Category Archives: Jenayah Kanak-kanak

image_pdf

DIROGOL PENDAKWAH DAN PRESIDEN NGO ISLAM

BILA NAFSU SUDAH MERAJA.Sejak akhir-akhir ini kita dilambakkan dengan gejala "harapkan pegar, pegar makan padi"….

Posted by Warga Prihatin on Khamis, 26 Julai 2018

SIFAT TIDAK PEDULI TANDA DUNIA SEMAKIN SAKIT

Setiap kali melihat video ini, air mata akan menitis tanpa disedari. Begitu sekali manusia mementingkan diri sehingga…

Posted by Warga Prihatin on Jumaat, 27 Julai 2018

JENAYAH SEKSUAL PEMANDU BAS SEKOLAH

SELAMATKAN ANAK KITA DARI JENAYAH SEKSUAL BAS SEKOLAH – SIASAT DAN TELITI LATARBELAKANG PEMANDU BAS/VAN SEKOLAH…

Posted by Warga Prihatin on Sabtu, 28 Julai 2018

WAJARKAH NAIKKAN HAD USIA NIKAH

MENAIKKAN HAD USIA NIKAH – FAHAMI DAHULU HAKIKAT JAHILIYAH, SUNNAH JANGAN DIFITNAH. HUKUM ALLAH JANGAN DIUBAH….

Posted by Warga Prihatin on Selasa, 31 Julai 2018

BAPA TIRI ROGOL ANAK PEREMPUAN 8 TAHUN

MURID TAHUN 2 DIROGOL & DILIWAT AYAH TIRI.Di RPWP, kami paling curiga apabila anak yatim terbiar yang kami jaga sekian…

Posted by Warga Prihatin on Rabu, 1 Ogos 2018

GEJALA MAKSIAT GADIS BAWAH UMUR BERLELUASA

GEJALA MAKSIAT GADIS BAWAH UMUR BERLELUASA- HOTEL BAJET MERAIH UNTUNG DAN BERSUBAHAT- SELANGOR PULA NAIKKAN HAD USIA…

Posted by Warga Prihatin on Khamis, 2 Ogos 2018

GURU QURAN CABUL MURID

DIRABA KETIKA BELAJAR AL-QURAN.Sejak akhir-akhir ini banyak berita pencabulan guru terhadap pelajar dilaporkan. Kami…

Posted by Warga Prihatin on Selasa, 24 Julai 2018

APA ADA DALAM MINDA KITA MELIHAT FOTO & MEMBACA BERITA INI?

Buli Dan Bunuh Zulfarhan – Laptop Yang Dicuri Milik Kawan Perempuan Suspek Utama


Satu demi satu cerita yang dibongkar mengenai kes ini. Daripada identiti pelaku sehinggalah motif sebenar sehingga berlakunya kematian terhadap Zulfarhan Osman.

Umum sudah mengetahui antara motif berlakunya kes buli dan bunuh ialah bermula daripada komputer riba yang dikatakan dicuri oleh Zulfarhan. Tuduhan itu menjadi kukuh apabila salah seorang suspek telah berjumpa bomoh untuk mencari siapa yang mencuri komputer riba tersebut.

Kali ini, terbaru yang sedang diperkatakan di laman sosial twitter apabila seorang pengguna yang menimbulkan persoalan, komputer riba yang dicuri itu sebenarnya adalah milik siapa? Adakah milik salah seorang daripada suspek yang membuatkan mereka marah dan mendera Zulfarhan dengan teruk.

Jawapan yang diberi untuk soalan yang ditanya agak mengejutkan apabila pengguna laman twitter yang menggunakan nama Wani menyatakan komputer riba yang dicuri itu adalah milik seorang wanita yang dikatakan kawan kepada Hairi, suspek utama kes bunuh dan buli. Wani juga mengatakan bahawa perempuan itu kini dalam keadaan trauma kerana perasaan bersalah terhadap kematian arwah Zulfarhan.

“She even needs therapy sebab rasa bersalah sangat dekat Farhan padahal bukan salah dia”

sumber: twitter

Apabila ditanya sekali lagi, Wani  mengesahkan bahawa komputer riba itu milik seorang wanita.

Namun, hubungan wanita itu tidak dipastikan samada hanya sekadar kawan wanita ataupun teman wanita seperti sangkaan netizen.

Walaubagaimanapun. sejauh mana kebenaran cerita ini tidak dapat lagi dipastikan kerana ianya mungkin boleh jadi satu rumours yang dibawa dari satu mulut ke mulut. Artikel ini pula hanya sekadar perkongsian dan tidak mengiyakan atau menidakkan mengenai cerita yang diceritakan. Apa pun yang terjadi, biarlah yang selayaknya menentukan.

SUMBER : KISAH DUNIA

 

Lagi Video Pelajar Sekolah Bergaduh Tersebar Di Laman Sosial

 

VIDEO pergaduhan membabitkan dua remaja dipercayai pelajar sekolah menengah yang didakwa berlaku di Mantin Negeri Sembilan kini tersebar di Facebook.

 
 


Selasa, 20 Jun 2017 4:39 PM
 

POLIS akan menyiasat rakaman video pergaduhan dua pelajar lelaki yang didakwa berlaku di sekolah menengah di Mantin, Nilai, yang tular di Facebook, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin, berkata pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengenal pasti kesahihan dakwaan kejadian itu.

“Polis akan berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui kesahihan dan mendapatkan identiti pelajar terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rakaman video berdurasi satu minit 15 saat itu menunjukkan dua remaja lelaki bergaduh manakala kira-kira 10 pelajar berpakaian seragam sekolah bersorak menyaksikan pergaduhan itu.

Hmetro: Selasa, 20 Jun 2017 @ 2:15 PM
 

Kena kutuk dalam Facebook punca dua pelajar sekolah bertumbuk

 
20/06/2017 5:29pm

Lokasi di mana dua pelajar SMK Mantin bertumbuk (gambar kecil).

NILAI – Polis mengenal pasti satu rakaman video pergaduhan membabitkan dua remaja lelaki yang tular di media sosial sejak semalam melibatkan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mantin di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pergaduhan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kedua-dua remaja terbabit kerana terlebih dahulu saling memperli dan mengutuk di laman Facebook.

“Pergaduhan ini melibatkan seorang pelajar tingkatan lima dengan seorang pelajar tingkatan empat di sekolah berkenaan. Punca pergaduhan kerana saling memperli dan mengutuk di Facebook Live.

“Pelajar tingkatan empat itu dipercayai mengutuk pelajar tingkatan lima menyebabkan mereka bersemuka. Pelajar tingkatan lima menyahut cabaran untuk bertumbuk di luar sekolah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Rakaman video berdurasi satu minit 26 saat yang tular sejak semalam itu menunjukkan dua remaja lelaki bergaduh, manakala kira-kira 10 pelajar berpakaian seragam sekolah bersorak menyaksikan pergaduhan itu.

Zaldino berkata, pergaduhan itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 1 tengahari di sebuah taman permainan yang terletak kira-kira 100 meter dari SMK Mantin pada 16 Jun lalu.

Menurut beliau, ibu bapa kedua-dua pelajar terbabit telah mengetahui tentang kejadian tersebut, namun tidak mahu ia diperbesarkan.

“Tiada laporan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak mengenai kes itu setakat ini. Polis bagaimanapun akan melakukan siasatan,” katanya.

Sumber Artikel : Kosmo
 

7 DARI 38 PEROGOL DIJATUH HUKUM, APA CERITA YANG LAIN

 
 

TUJUH lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun dipenjara antara 18 hingga 22 tahun dan dikenakan enam hingga 16 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati bersalah terhadap tuduhan merogol dua gadis berusia 17 dan 15 tahun secara beramai-ramai di Ketereh, Kota Bharu, tiga tahun lalu.

Hakim Adli Ab Ghalib membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Muhmed Azroel Hassan, 26, Mohamad Faiz Azahan, 24, dan Che Azuan Che Hassan, 32, masing-masing dipenjara 22 tahun dan 16 sebatan manakala dua lagi tertuduh, Eris Che Azmi, 21, Che Muhamad Farhan Isyrif Che Mat, 21, masing-masing dipenjara 22 tahun dan lapan sebatan.

Dua lagi tertuduh Muhamad Adib Che Harun, 20, dan seorang remaja bawah umur berusia 17 tahun masing-masing dipenjara 18 tahun dan enam sebatan.

Mengikut pertuduhan, enam tertuduh didakwa merogol dua mangsa yang ketika itu berusia 17 dan 15 tahun dengan kehadiran orang lain di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, antara 7.30 dan 11 malam, 20 Mei 2014.

Muhmed Azroel, Mohamad Faiz dan Che Azuan didakwa merogol kedua-dua mangsa manakala Eris, Che Muhamad Farhan Isyrif dan remaja bawah umur itu didakwa merogol mangsa yang berusia 17 tahun.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Muhamad Adib didakwa merogol mangsa sama berusia 15 tahun di satu lagi lokasi lain di sebuah rumah tidak bernombor di kampung sama antara 2 hingga 3.30 pagi, 21 Mei 2014.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala semua tertuduh diwakili peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri, Mohd Zubairi Salleh dan Nik Nazhriq Nik Nazman.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang remaja berusia 15 tahun dan rakannya mendakwa menjadi mangsa rogol dalam kejadian 7.30 malam pada 20 Mei 2014.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon daripada rakan perempuan yang mendakwa berada di Ketereh dan meminta mangsa membantu membawanya pulang ke rumah.

Pelajar itu mendapatkan bantuan seorang rakan lelaki yang mempunyai motosikal untuk mengambilnya sebelum menjemput rakannya di Ketereh.

HMetro: Selasa, 20 Jun 2017 @ 2:00 PM

Gambaran Kesan Melecur Di Badan Arwah Zulfarhan

Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan arwah semasa kejadian itu berlaku. Melihat akan gambaran kesan melecur berikut ini sangat-sangat menyayat hati.

Cuba bayangkan bagaimana pula dengan perasaan ibu, bapa dan ahli keluarga arwah yang melihat kesan melecur di hadapan mata itu ? Ya Allah, sedihnya! Inilah yang terjadi apabila manusia hilang pertimbangan waras pada diri.

Ramai yang mendoakan arwah. Semoga arwah tenang di sana. Kepada pembunuh-pembunuh semua yang tidak berhati perut, semoga mendapat balasan yang setimpal.

Sumber: Facebook/Rizal Hakimm

Cikgu ditahan liwat pelajar 12 tahun lebih 50 kali sehingga 14 tahun

SIBU – 15 Jun 2017: Tabiat seks songsang seorang guru hingga sanggup meliwat pelajarnya lebih 50 kali terbongkar selepas ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kapit, di sini, pagi semalam.

 

Difahamkan, penahanan guru terbabit susulan laporan dibuat seorang guru lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah sejurus mangsa mengadu mengenai tabiat pelik suspek.

 

Sumber memberitahu BH, bertindak atas laporan polis dibuat kelmarin, polis melancarkan usaha mengesan suspek sebelum berjaya mengesannya di Kapit, seterusnya menahan guru berusia lingkungan 40-an itu untuk membantu siasatan.

 

“Berdasarkan maklumat yang diterima, remaja berusia 14 tahun itu mengalami peristiwa hitam itu sejak berusia 12 tahun dan belajar di Tahun 6 di salah sebuah sekolah rendah di Kapit.

 

“Mangsa mendakwa diliwat lebih 20 kali di kuarters guru dan sebuah hotel murah di bandar berkenaan. Difahamkan, insiden berkenaan berlaku antara Ogos hingga Disember 2015,” katanya.

 

Sumber berkata, tertekan dan mengalami trauma susulan kejadian itu, mangsa bertukar ke sekolah lain di Mukah, namun terus menjadi sasaran pelampias nafsu songsang guru terbabit.

 

Katanya, kali ini mangsa diliwat di sebuah rumah di Kemunyang, di sini, selain hotel bajet.

 

“Mangsa mendakwa diliwat lebih 30 kali sepanjang tahun lalu. Sepanjang 2017, suspek terus mengulangi perbuatan terkutuknya antara Februari hingga Mei lalu di Mukah.

 

“Tertekan dengan keadaan itu, mangsa menceritakan detik hitam berkenaan kepada guru di sekolah baharunya yang kemudian membuat laporan polis hingga membawa kepada penahanan suspek,” katanya.

 

Katanya, suspek ketika kini ditahan di lokap Balai Polis Kapit dan akan dibawa ke dibawa ke Mukah untuk mendapatkan perintah reman.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 377 C atas kesalahan melakukan seks di luar tabii.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau ketika mengesahkan penahanan berkenaan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan. – BHarian

 
ULASAN : Ini satu kes “harapkan pegar, pegar makan padi” yang amat sadis sekali. Di sini perlunya satu cabang pendidikan seksual yang perlu diajarkan kepada anak-anak. Bukan mengajar bagaimana ia harus dilakukan, tetapi mengajar batas-batas penjagaan hak peribadi pada tubuh mereka dari dicerobohi. Sedih sekali dengan trauma yang dialami oleh anak-anak ini.

CIKGU DIPENJARA 34 TAHUN, 2 KALI ROGOL PELAJAR TINGKATAN 3

(TERTUDUH (kiri) dijatuhi hukuman 34 tahun penjara dan 8 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu)

 

KOTA BHARU, May 29, 2017  – Guru lelaki dipenjara 34 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol pelajar tingkatan tiga, dua tahun lalu.

 

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Nurhasliman Ghazali, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

 

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan hari ini.

 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di rumah di Machang pada 7.30 malam, 23 April 2015.

 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi sama pada 1 pagi, 25 April 2015.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. – Metro

 
ULASAN : Inilah fenomena “harapkan pegar, pegar makan padi”. Nafsu gila lelaki hari ini tidak lagi mengenal mangsa. Ayah dan abang sendiri pun berlambak-lambak. Inikan pula guru….

Adalah amat malang dan sangat ‘pelik’ juga bagaimana seorang pelajar perempuan umur 15 tahun boleh ‘berada’ di rumah bersama guru lelaki itu sebanyak 2 kali. Adakah unsur paksaan atau memang beliau sendiri memang ada hati?

 

GADIS OKU DIROGOL POK SU SAMPAI MENGANDUNG

(Tertuduh (tengah) dikawal ketat polis keluar dari mahkamah selepas dihukum)

KOTA BHARU May 29, 2017  – Perbuatan kejam seorang lelaki dikenali sebagai Pok Su yang merogol seorang wanita orang kurang upaya OKU lembam dibalas dengan hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan di mahkamah sesyen, di sini, tadi.

 

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Faizal Adlan Husin, 25, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan yang dikemukakan.

 

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 23 tahun di sebuah bengkel motosikal di Kampung Permatang Pasir Gunung, Bachok, pada jam 8.30 malam, dalam Julai 2016.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Dalam kejadian lalu, mangsa yang baru pulang dari mengaji di rumah saudaranya di kampung sama berjalan kaki untuk pulang ke rumah.

 

Tiba di hadapan sebuah kedai, lelaki yang dikenalinya sebagai Pok Su iaitu tertuduh menariknya dengan kuat dan menutup mulut dengan kain tudung mangsa.

 

Tertuduh kemudian mengangkat mangsa dan membawanya ke sebuah bilik serta merogolnya.

 

Tertuduh juga memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa pun, bagaimanapun mangsa mengalami sakit perut dan dibawa ke hospital sebelum disahkan mengandung 18 minggu. – Sinar

 

ULASAN: Sudah TERLALU BANYAK kes kehamilan gadis OKU hasil ‘kerja’ jantan-jantan yang bersifat binatang ini. Kebanyakannya dibuat dengan rela bahkan ada yang berlanjutan menjadi gejala ketagihan seks. Gadis malang ini sanggup menyerahkan kepada sesiapa sahaja lelaki yang ‘berhajat’ menidurinya secara bergilir-gilir. Tidak kerana wang, tidak juga kerana cinta, namun hanya kerana naluri biologi semata-mata. Tiada yang mahu tampil untuk membantu mangsa dan pemangsa mengawal nafsu yang tidak lagi ada batas sosial dan agama.

 

Wajarkah gadis OKU 23 tahun ini keluar sendirian jam 8.30 malam untuk belajar mengaji? Di manakah penjaganya?

Pelajar 13 tahun cedera dipukul warden Maahad tahfiz

Ahli lembaga penasihat Darul Tahfiz Ummul Qura, Samad Rahim.

 

SHAH ALAM, May 20, 2017: Sebuah sekolah tahfiz di sini yang dikaitkan dengan kes warden mencederakan pelajar, berjanji tidak akan menyenarai hitamkan pelajar terbabit jika beliau didapati bersalah.

 

Ini kerana, kata ahli lembaga penasihat Darul Tahfiz Ummul Qura, Samad Rahim, mereka percaya setiap individu perlu diberikan peluang ke-2 untuk memperbaiki kesilapannya.

 

“Kita tidak akan senarai hitamkan pelajar ini. Ummul Qura tidak mahu pelajar dia disenarai hitamkan atau gelapkan masa depan dia. Tujuan kita memang hendak perbaiki kehidupan mereka, itu adalah matlamat pertama. Kita mahu mereka berjaya,” katanya.

 

Darul Tahfiz Ummul Qura menjadi perhatian media selepas seorang warden yang juga gurunya didakwa memukul pelajar tingkatan 1 sehingga cedera di rusuk dan lengan, pada 5 petang 10 Mei lepas.

 

Pelajar berusia 13 tahun itu mendakwa dirotan dan ditumbuk pada tulang rusuk sehingga bengkak. Mangsa yang kesakitan menghubungi bapanya dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis keesokannya.

 

Warden berusia 21 tahun itu yang dikatakan baru 3 minggu bertugas sebagai tenaga pengajar, ditahan pada Rabu lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin. Polis berkata, kertas siasatan itu akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya pada Isnin nanti.

 

Mengulas lanjut, Samad berkata, mereka percaya ada hikmah di sebalik kes itu dan akan akur jika pihak berkuasa mendapati ada kesalahan di pihaknya.

 

“Sekiranya pihak kami membuat kesilapan dan memang beliau (warden) bersalah, ia terserah kepada undang-undang. Kita saran pihak keluarga sama-sama lihat perkara ini secara positif. Jangan ada pihak yang teraniaya, tidak kiralah di pihak kami atau ibu bapa.”

 

Katanya, bukan mudah untuk mendidik anak orang lain, justeru masyarakat tidak seharusnya menghakimi sekolah tahfiz menerusi berita sensasi semata-mata.

 

Ibu bapa lepas tangan

 

Samad berkata, sesetengah ibu bapa melepaskan tanggungjawab menjaga anak kepada sekolah tahfiz dan ada pula yang akan menyalahkan pihak sekolah apabila anak mereka ditimpa kecelakaan.

 

“Di sekolah biasa, guru-guru hanya mendidik di waktu siang sahaja, tetapi kami pula 24 jam berada di sisi pelajar, ambil alih tugas ibu bapa.

 

“Kalau ada yang silap, kami terpaksa telan. Kalau ada yang buat salah paling besar sekalipun, kami terpaksa juga didik kerana mereka inilah anak bangsa.

 

“…kalau ada kasih sayang di rumah, jika datang ke Ummul Qura, Insya Allah kerja kami di sini lebih senang,” katanya.

 

Pilihan terakhir ibu bapa

 

Beliau berkata, ada pula ibu bapa yang menjadikan sekolah tahfiz sebagai pilihan terakhir selepas anak mereka dibuang sekolah dan tidak lagi diterima sekolah biasa.

 

“Ada yang dibuang sekolah. Ibu bapa tidak ada tempat mahu mengadu, maka kamilah tempat mereka cari. Bahkan, sesetengah (daripada pelajar itu) tidak lagi mahu terima sekolah (biasa), hanya kita mahu menolongnya.

“Bila kita ambil, ada sesetengahnya bermasalah dan apabila bercampur dengan yang bermasalah sedikit, maka masalah bertambah.”
Masalah kewangan, tiada masa

Dalam pada itu, Samad berkata, kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Ummul Qura menghadapi masalah kewangan dan tiada masa.

[​IMG]
Pengetua Darul Tahfiz Ummul Qura, Abd Rasul Rahman.

“Kebanyakan mereka datangnya daripada keluarga orang susah. Bahkan, ada sesetengahnya bukan susah dari segi duit, tetapi juga susah dari segi masa.”

Sehubungan itu, Pengetua Darul Tahfiz Ummul Qura, Abd Rasul Rahman berkata, mereka hanya mengenakan yuran bulanan RM120 kepada setiap pelajar yang merangkumi tempat tinggal, makan minum selama sebulan, iaitu RM4 sehari.

Katanya, sekolah itu akan menerima semua pelajar tanpa sebarang diskriminasi kerana mereka percaya setiap pelajar akan memperolehi hikmah apabila dikenalkan kepada ayat Al-Quran.

“Kita tidak ada temu bual, kita hanya didik mereka untuk jadi lebih berguna. Bahkan kita ambil yuran lebih kurang supaya tidak membebankan pelajar dan ibu bapa,” katanya yang memaklumkan Ummul Qura kini mempunyai 90 pelajar dan 15 kakitangan, termasuk 10 guru.

Kejadian di Shah Alam itu berlaku tidak sampai sebulan selepas kematian Mohamed Thaqif Amin Mohd Gaddaffi, 11, yang didakwa dipukul pembantu warden di sekolah tahfiznya di Kota Tinggi, Johor, pada 26 April lalu.

Pembantu warden berusia 29 tahun itu dibebaskan pada 3 Mei lalu dengan jaminan bon mahkamah RM20,000, selepas polis mengesahkan kekurangan bukti untuk mendakwanya. – FMT

KUALA LUMPUR, May 17, 2017 : Polis masih cuba menentukan perkara sebenar kes seorang pelajar tingkatan 1 dipukul warden sebuah sekolah tahfiz di Shah Alam baru-baru ini.

Ini kerana 4 individu yang dipanggil untuk diambil keterangan, termasuk warden asrama terbabit, memberikan cerita berlainan.

“Mereka ini disoal siasat sejak semalam. Kita akan siasat bagi menentukan apa perkara sebenarnya berlaku. Ketika ini ia masih di peringkat awal,” kata Ketua Polis Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat ketika dihubungi FMT.

Shafien berkata polis akan mengadakan sidang media Jumaat ini bagi memberi penjelasan lanjut mengenai kejadian itu.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah tahfiz di Shah Alam mengalami kecederaan pada tulang rusuk dan lengan selepas didakwa dipukul warden asrama sekolah berkenaan minggu lalu.

Portal itu juga memuatnaik gambar mangsa menunjukkan kecederaan pada lengan.

Kejadian didakwa berlaku pada 5.00 petang 10 Mei lepas, ketika mangsa dipanggil berjumpa warden. Warden terbabit didakwa bertanyakan pelbagai soalan peribadi, namun mangsa menafikan tuduhan terhadapnya.

Akibatnya, mangsa mendakwa dirotan selain ditumbuk pada tulang rusuk hingga bengkak. Mangsa yang kesakitan menghubungi bapanya dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Keesokan harinya mangsa dibawa ke Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam untuk membuat laporan. Menurut Shafien, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Bapa pelajar berkenaan berkata anaknya pernah dirotan tetapi kejadian 10 Mei itu dilihat tidak sepatutnya berlaku kerana melampau. Beliau juga mendakwa warden cuba meminta maaf dan mahu menanggung kos rawatan anaknya, tetapi beliau tidak dapat menerima perbuatan itu.

Bapa pelajar berkenaan berkata anaknya pernah dirotan tetapi kejadian 10 Mei itu dilihat tidak sepatutnya berlaku kerana melampau. Beliau juga mendakwa warden cuba meminta maaf dan mahu menanggung kos rawatan anaknya, tetapi beliau tidak dapat menerima perbuatan itu.

Kejadian ini merupakan yang terbaharu sebulan selepas Mohamed Thaqif Amin Mohd Gaddaffi, 11, mati selepas dilaporkan cedera selepas didakwa dipukul dengan hos getah oleh pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Johor. – FMT

 
 

Warden asrama rogol kanak-kanak perempuan 11 tahun

(Tertuduh dipenjara 17 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak perempuan}

 

KOTA BHARU,  May 17, 2017 – Warden asrama sekolah swasta dipenjara 17 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, dua tahun lalu.

 

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Hafiz Abdul Syukri, 24, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kedai Melor, Melor pada 6.15 pagi, 14 Februari 2015.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Firdaus Yusoff. – Metro

 
 

GURU AGAMA ditahan cabul murid sejak 3 tahun lepas

BANGI, May 12, 2017 : Seorang guru lelaki sebuah sekolah agama di sini yang didakwa melakukan perbuatan jelik terhadap anak muridnya sejak tiga tahun lalu, ditahan polis kelmarin.

 

Guru berusia 29 tahun itu ditahan di sekolah terbabit, susulan laporan dibuat bapa mangsa terbaru berusia 12 tahun pada Rabu lalu, sebaik mengetahui kejadian menimpa anaknya pada 19 April lalu.

 

Sumber berkata, tindakan keluarga berkenaan mendorong enam mangsa lain melaporkan perbuatan guru terbabit menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

 

Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa suspek memegang dan meraba bahagian sulit mereka dalam kejadian berasingan.

 

Ada mangsa mendakwa dipeluk dan dicium serta diarah mengurut beberapa bahagian badan suspek.

 

Difahamkan, ada yang menjadi mangsa pelakuan jijik itu lebih 10 kali sejak Februari 2014.

 

“Selama ini, semua mangsa takut menceritakan apa yang berlaku kerana malu serta bimbang diapa-apakan suspek,” kata sumber berkenaan.

 

Suspek direman hingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan Seksyen 377D kerana melanggar kesopanan. – BHarian

 
 

Remaja 16 tahun mati dipukul abang teman wanita ‘WeChat’nya

 
 
 

Tawau: “Saya tidak percaya anak saya bercinta dengan adik suspek,” kata bapa pelajar tingkatan empat yang maut selepas dipercayai dipukul di sebuah padang di Taman Gembira berdekatan Kampung Sentosa, di sini, Ahad lalu.

Lambang Sundang, 59, berkata, anaknya, Mohd Ayieruchizamsyah, 16, adalah seorang yang mudah berkawan dan cepat mesra dengan sesiapa sahaja.

“Saya tidak percaya mereka menjalin hubungan cinta pada usia yang muda begini, lagipun mereka masih bersekolah.

“Kalau ada pihak yang cakap mereka pasangan kekasih itu tidak betul,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pisang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa dipercayai ditumbuk di pipi dan dipukul di tengkuk menggunakan sebatang kayu oleh suspek di Taman Gembira.

Mangsa kemudian melarikan diri dan pulang ke rumahnya di Kampung Pisang serta memaklumkan kepada ibunya bahawa dia dipukul oleh seorang yang tidak dikenali sebelum masuk ke dalam bilik pada jam 8 malam.

Namun, dia didapati sudah meninggal dunia pada jam 7.30 pagi, kelmarin, ketika ibunya cuba mengejutkannya daripada tidur.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Haryani Lahabe, 49, berkata, biarpun keluarganya reda dengan pemergian mangsa, mereka berharap suspek dikenakan hukuman setimpal atas perbuatannya.

Katanya, ia bagi memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak bertindak mengikut nafsu dan membelakangkan undang-undang dengan mengambil tindakan sedemikian.

“Saya berharap dia menerima hukuman setimpal akibat perbuatannya yang menyebabkan kematian anak saya.

“Sepatutnya jika ada perselisihan faham, selesaikanlah dengan perbincangan atau datang berjumpa kami. Janganlah buat tindakan sesuka hati,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, suspek berusia 18 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata, suspek sebelum itu ditahan polis pada jam 10.45 pagi, kelmarin.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa baru dua minggu berkawan dengan adik perempuan suspek yang berusia 15 tahun.

“Mangsa berkenalan menerusi WeChat dan sudah dua kali bertemu termasuk pada hari kejadian manakala keluarga mereka saling tidak mengenali.

“Dalam kejadian terbabit, itu adalah kali pertama suspek menegur mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Fadil, suspek dan adiknya juga didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Hmetro : Rabu, 26 April 2017 @ 7:08 AM

Pelajar tingkatan 4 cederakan rakan sekelas dengan kaca dan tumbuk cikgu

KULIM 12 Mac 2017 – Tidak cukup dengan bertindak ganas mencederakan rakan sekelas, seorang pelajar tingkatan empat bersikap biadab apabila menumbuk muka seorang guru lelaki berusia 50 tahun di sebuah sekolah menengah di sini, hari ini.

Sumber memaklumkan, kejadian itu berlaku pada pukul 9.35 pagi ketika salah seorang rakan sekelas pelajar tersebut menumpahkan air ke atas meja suspek ketika kelas pendidikan seni sehingga mendatangkan kemarahannya.

‘‘Berlaku pergaduhan antara dua pelajar itu menyebabkan guru wanita serta beberapa rakan lain bertindak meleraikannya.

“Namun suspek dipercayai sempat mencapai kepingan kaca tingkap nako dan melibasnya menyebabkan dua pelajar yang cuba menyabarkannya tercedera di leher dan tangan kiri.

‘‘Kepingan kaca yang pecah kemudiannya turut mendatangkan kecederaan di dagu salah seorang pelajar lain. Akibat daripada keadaan itu, seorang guru lelaki bertindak membawa kesemua pelajar tersebut ke pejabat sekolah untuk bertemu dengan guru bertugas,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, ekoran kejadian itu, guru berkenaan kemudiannya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdullah Arshad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – Utusan