Category Archives: Jenayah

image_pdf

SIRI 21: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN III) – ASOSIASI PENDIDIKAN DAN PENGATURAN GURU ISLAM.

SIRI 20: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN II)

(BAHAGIAN II) – PENGGANTIAN SISTEM WARISAN ISLAM DENGAN WARISAN ADAT DAN PENCELAAN TERHADAP POLIGAMI

APA ADA DALAM MINDA KITA MELIHAT FOTO & MEMBACA BERITA INI?

HUTANG PENYEBAB ISLAM KEHILANGAN UTHMANIAH, PALESTINE DAN AL-AZHAR. KENALI DAJJAL MELALUI SURAH AL-KAHFI – JANGAN SAMPAI SEJARAH INI BERULANG DI ‘SINI’

JIKA TIDAK DARI ALLAH PASTI BANYAK KONFLIK

Perkembangan yang amat membimbangkan

Perkembangan yang amat membimbangkan… Islam itu agama yang menyatukan. Tetapi apa sudah jadi sekarang?

 

Abang pilu lihat adik mati ditetak beramai-ramai

 
BERNAMA
 

KEJADIAN lelaki maut ditetak sekumpulan remaja di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, semalam, disaksikan sendiri abang mangsa namun tidak dapat berbuat apa-apa selain menyorok dalam semak selama lebih setengah jam sebelum keluar mendapatkan bantuan penduduk kampung.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der, 22, dari Jalan Pantai, Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut dikatakan ke kampung itu bersama abang dan seorang rakan untuk berbincang bagi menyelesaikan tuduhan dibuat terhadap mereka.

Menurut abang mangsa, Nik Mud Nek Der, 24, adiknya dituduh membakar motosikal milik ibu seorang daripada suspek pada 19 Jun lalu, di rumah wanita berkenaan.

“Kami menegaskan bahawa kami tidak bersalah dan mengesyorkan kepada suspek membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan penerangan kami.

“Ketika itu suasana menjadi tegang dan kira-kira 15 orang rakan suspek yang datang ke rumah itu, mula campur tangan.

“Bila keadaan menjadi kalut, saya ajak adik dan rakan melarikan diri melalui pintu belakang.

“Kami dikejar kumpulan remaja yang membawa pedang hingga ke dalam semak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut, hari ini.

Menurutnya, ketika melarikan diri, nasib tidak menyebelahi adiknya kerana tidak dapat berlari laju akibat kecederaan lutut lalu jatuh di satu kawasan semak sebelum ditetak sekumpulan lelaki berkenaan, katanya.

“Dari jarak kira-kira 50 meter saya dapat lihat adik ditetak hingga membawa maut. Saya sempat menyorok dalam semak untuk menyelamatkan diri selama lebih setengah jam sebelum keluar mendapatkan bantuan penduduk kampung,” katanya sebak.

Nik Mud terkilan tidak dapat membantu adiknya namun ketika kejadian, dia tidak membawa telefon bimbit untuk memohon bantuan.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Besut selepas Asar, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dan menjangka dapat menangkap semua suspek tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 10:08 PM

‘Heal Fast Please’ Antara Status Twitter Suspek Utama Sebelum Arwah Zulfarhan Meninggal

‘Heal Fast Please’ Antara Status Twitter Suspek Utama Sebelum Arwah Zulfarhan Meninggal

 

Astro Gempak melaporkan bahawa suspek utama merangkap ‘rakan baik’ arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mohd Akmal Zuhairi Azmal telah memberi tanda-tanda mengenai keadaan arwah di laman sosial. Akmal Zuhairi dalam laman Twitternya telah menyatakan keresahannya apabila luka lecuran di badan arwah masih tidak sembuh.

Akmal Zuhairi yang menggunakan nama samaran @hairiazmal telah meluahkan perasaannya dengan menulis ‘Heal fast please‘ dan ‘Hidupku tidak tentu arah‘ pada 31 Mei baru-baru ini.

Status berkenaan telah dimuat naik sehari sebelum arwah Zulfarhan disahkan meninggal dunia pada 1 Jun (Khamis).

Netizen juga menjumpai beberapa video cara untuk mengubati luka melecur yang telah ditonton oleh Akmal Zuhairi di laman Youtube.

Pembunuhan arwah Zulfarhan sangat memberi kesan kepada masyarakat Malaysia menjadikan netizen bertindak sebagai penyiasat persendirian dan mula menyiasat kisah di sebalik kejadian kejam ini.  

Beberapa netizen juga menjumpai beberapa gambar suspek bersama arwah dalam keadaan gembira di laman Instagram.

Akmal Zuhairi dan empat lagi suspek, Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin telah didakwa membunuh arwah Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi pada 22 Mei yang lalu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika terbukti bersalah. 

Sumber Astro Gempak

Buli Dan Bunuh Zulfarhan – Laptop Yang Dicuri Milik Kawan Perempuan Suspek Utama


Satu demi satu cerita yang dibongkar mengenai kes ini. Daripada identiti pelaku sehinggalah motif sebenar sehingga berlakunya kematian terhadap Zulfarhan Osman.

Umum sudah mengetahui antara motif berlakunya kes buli dan bunuh ialah bermula daripada komputer riba yang dikatakan dicuri oleh Zulfarhan. Tuduhan itu menjadi kukuh apabila salah seorang suspek telah berjumpa bomoh untuk mencari siapa yang mencuri komputer riba tersebut.

Kali ini, terbaru yang sedang diperkatakan di laman sosial twitter apabila seorang pengguna yang menimbulkan persoalan, komputer riba yang dicuri itu sebenarnya adalah milik siapa? Adakah milik salah seorang daripada suspek yang membuatkan mereka marah dan mendera Zulfarhan dengan teruk.

Jawapan yang diberi untuk soalan yang ditanya agak mengejutkan apabila pengguna laman twitter yang menggunakan nama Wani menyatakan komputer riba yang dicuri itu adalah milik seorang wanita yang dikatakan kawan kepada Hairi, suspek utama kes bunuh dan buli. Wani juga mengatakan bahawa perempuan itu kini dalam keadaan trauma kerana perasaan bersalah terhadap kematian arwah Zulfarhan.

“She even needs therapy sebab rasa bersalah sangat dekat Farhan padahal bukan salah dia”

sumber: twitter

Apabila ditanya sekali lagi, Wani  mengesahkan bahawa komputer riba itu milik seorang wanita.

Namun, hubungan wanita itu tidak dipastikan samada hanya sekadar kawan wanita ataupun teman wanita seperti sangkaan netizen.

Walaubagaimanapun. sejauh mana kebenaran cerita ini tidak dapat lagi dipastikan kerana ianya mungkin boleh jadi satu rumours yang dibawa dari satu mulut ke mulut. Artikel ini pula hanya sekadar perkongsian dan tidak mengiyakan atau menidakkan mengenai cerita yang diceritakan. Apa pun yang terjadi, biarlah yang selayaknya menentukan.

SUMBER : KISAH DUNIA

 

Nenek Mati Ditetak Cucu Sendiri

Nenek Mati Ditetak Cucu Sendiri! Bapa Mertua & Isteri Suspek Juga Cedera… Apa Nak Jadi Ni?

 

Mayat Wak Moh dibawa ke unit forensik Hospital Lipis untuk bedah siasat. Gambar kecil: Wak Moh a/p Bah Wek

Seorang wanita warga emas Orang Asli maut akibat ditetak cucunya di Kampung Pagar, Pos Lenjang, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi itu mangsa, Wak Moh a/p Bah Wek, 76, ditetak di bahagian belakang leher dengan menggunakan sebilah parang.

Turut cedera dalam kejadian itu ialah bapa mertua suspek, Bah Keloh Bah Kuyah, 56, yang ditetak di bahagian leher dan belakang badan serta isteri suspek, Rohini a/p Bak Keloh, 21, yang mengalami kesan lecur di bahagian muka disebabkan bara api.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengkebumian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang cedera pula kini menerima rawatan di wad Hospital Lipis dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – Sinar