Category Archives: Politik – Antarabangsa

image_pdf

HUTANG PENYEBAB ISLAM KEHILANGAN UTHMANIAH, PALESTINE DAN AL-AZHAR. KENALI DAJJAL MELALUI SURAH AL-KAHFI – JANGAN SAMPAI SEJARAH INI BERULANG DI ‘SINI’

Larangan Solat Ketika Haid Satu Penindasan – Imam Wanita

By Wartawan Menara – June 18, 2017
 
Tiergarten, Berlin: Masjid Ibn Rushd-Goethe merupakan rumah ibadah Islam liberal terbaru di Berlin. Menurut pemimpin kepada 7 pengasas masjid itu, Seyran Ates, masjid ini mengundang semua orang termasuk shiah, sunni, alawi, sufi termasuk golongan LGBT.
 
Kredit gambar, EPA

Tidak perlu menutup aurat dan wanita boleh duduk bersebelahan jemaah lelaki. Masjid ini adalah buah fikiran imam wanita kelahiran Turki, Seyran Ates.
 
Selain daripada menjadi masjid liberal yang pertama, masjid ini juga telah mengharamkam pemakaian purdah di dalam masjid. Menurut Seyran Ates, “Ini adalah atas sebab keselamatan dan juga kami percaya bahawa purdah bukan sebahagian dari agama, akan tetapi merupakan penyataan politik.”
 
Seyran Ates mendakwa beliau mengelakkan diri dari masjid selama ini kerana perasaan diskriminasi di mana beliau tidak dapat solat bersama-sama jemaah lelaki serta perlu menunaikan solat di tempat buruk yang dikhaskan untuk wanita.
 
“Saya rasa didiskriminasi di dalam masjid-masjid di Berlin dan seluruh Jerman kerana tiada solat bersebelahan (lelaki dan wanita), kerana perempuan terpaksa pergi ke bilik yang buruk,” kata Seyran Ates.
 
Masjid yang dibina di tingkat tiga Gereja St. John di Berlin telah memulakan operasi pada Jumaat 16 Jun ini lengkap dengan perlindungan keselamatan daripada pihak polis, membolehkan wanita menjadi imam dan solat bersebelahan dengan lelaki.
 
 
Gereja St. John, Berlin yang menempatkan Masjid Ibn Rushd-Goethe. Kredit Gambar, dw.com
 
Solat Jumaat yang telah diadakan pada julung kalinya dimulakan dengan laungan azan oleh bilal Zuriani binti Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman yang juga merupakan kadi untuk nikah pasangan sejenis dan perkahwinan campuran agama. Beliau yang juga merupakan Presiden Muslim For Progressive Values (MPV-USA), turut mempunyai cabang NGO tersebut di Malaysia yang dibentuk atas nama Komuniti Muslim Universal (KMU).
 
Solat Jumaat ini telah menyaksikan dua orang imam, seorang lelaki Abdel-Hakim Ourghi dan seorang imam wanita bernama Elham Manea. Para jemaah juga tidak dipisahkan antara lelaki dan perempuan malahan jemaah perempuan yang duduk bersama lelaki tidak menutup aurat sama sekali.
 
Dua orang sedang mengimamkan solat pada masa yang sama. Kredit gambar, EPA
 
Elham Manea yang merupakan seorang feminis mendakwa bahawa larangan solat untuk perempuan ketika haid itu adalah simbol ketidaksempurnaan perempuan berbanding lelaki.
 
“Perempuan disuruh untuk solat berasingan dengan lelaki dan menutup rambut ketika solat…dan untuk berhenti solat sewaktu datang darah haid… Kesemua larangan ini diletakkan ke atas perempuan kerana ianya cerminan kepercayaan sosial bahawa perempuan tidak lengkap dan tidak sesempurna lelaki dan tanpa syak lagi tidak berada pada tahap yang sama seperti lelaki,” tegas Elham Manea.
 
Kewujudan masjid ini ditentang hebat oleh pertubuhan-pertubuhan Islam di serata Jerman.

PERANGKAP WANG KERTAS, HUTANG DAN RIBA’ DALAM KEJATUHAN MESIR & OTHMANIYAH

PERANGKAP WANG KERTAS, HUTANG DAN RIBA’ DALAM KEJATUHAN MESIR & OTHMANIYAH

Artikel ringkas kiriman pembaca mengenai isu di atas ini kami persetujui melalui pengkajian tentang punca kejatuhan sebuah negara dan kesejahteraan umat manusia.

Animasi dalam video ini kami rasa mudah untuk memahamkan kita tentang konspirasi Dajjal melalui agennya Rothschild (Freemason) dalam usaha merosakkan sistem matawang dan jual beli Islam yang halal lagi adil.

Perhatikan juga bagaimana sistem matawang kertas dan riba’ yang telah diwujudkan ini menjerat masyarakat dunia dalam usaha menawan negara-negara mereka.

Kerajaan Islam Khilafah Othmaniah selaku kuasa besar Islam terakhir adalah antara sasaran utama Dajjal.

Begitu juga Mesir yang terkenal dengan Fatwa Al-Azharnya, yang dirujuk hampir satu billion umat Islam sedunia menjadi pegangan pemikir politik yang pro-Islam atau Islam Sekular. Dajjal tahu akan hal ini dan agennya (Rothschild) sentiasa berusaha dengan konspirasinya bertujuan menjajah seluruh umat Islam.

Ketika 99 peratus bank di seluruh Eropah dikuasai oleh ahli-ahli keluarga Rothschild, Khalifah Islam dari kerajaan Turki Othmaniyah membuat kesilapan besar dengan melakukan pinjaman wang dari bank-bank Eropah.

Pinjaman dibuat Turki atas alasan pembangunan negara dan menampung kos ketenteraan. Tidak kurang juga besarnya sumbangan pengaruh wanita yang telah turut menjerat pemimpin Turki sehingga terpaksa berhutang.

Kejatuhan Mesir pula berlaku pada era 1860-an, ketika ia di bawah pemerintahan Ismail Pasha yang sangat inginkan negaranya maju seperti negara-negara Eropah lain. Keinginan beliau yang juga berpendidikan Eropah ini diambil kesempatan oleh Rothschild melalui agen-agennya di Mesir.

Projek pembinaan Terusan Suez oleh Dinasti Ali Pasha yang dijalankan oleh jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps menjadi punca kesulitan. Kos projek ini telah meningkat berjuta-juga Pound setiap tahun akibat peperangan yang sengaja ditaja oleh Dajjal.

Akhirnya kerajaan Mesir terpaksa berulang-ulang menambah hutangnya hampir setiap tahun bermula pada 1862, 1864, 1866, 1867, 1868, dan 1870. Pada 11 Jun 1873, kerajaan Mesir telah membuat pinjaman paling besar sepanjang pemerintahannya iaitu 32 juta pound dengan kadar bunga tahunan yang paling tinggi, iaitu 20 peratus setahun.

“Orang-orang yang makan riba’ tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran penyakit gila..” (QS:2/275)

Agen Rothchild di Mesir, Herman Oppenheim adalah antara yang membantu mendapatkan pinjaman kewangan daripada Bank Eropah. Daripada sekadar untuk biaya pembinaan Terusan Suez sampailah kepada pinjaman peribadi.

Semua pinjaman itu sengaja diLULUSKAN dengan mudah. Jumlah tunai yang diserahkan pula tidak penuh kerana telah ditolak bunga awal-awal lagi. Awalnya hanya hasil mahsul negara dari tiga kawasan dagangan di Mesir dijadikan cagaran. Apabila pendapatan negara tidak mencukupi untuk membayar hutang, maka terpaksa dicagar juga tanah-tanah bernilai tinggi.

Atas perancangan Rothschild, Mesir bankrup hanya 2 tahun dari pinjaman terakhir, iaitu setelah kerajaan British berjaya menguasai saham harta terbesar Mesir iaitu Terusan Suez. Ismail sendiri telah ditemui mati lemas secara misteri di Sungai Nil dan dipercayai angkara orang-orang Rothschild.

Atas perancangan Rothschild juga, pada tahun yang sama iaitu pada Oktober 1875, kerajaan khalifah Otmaniyah di Turki telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang bank Rothschild. (Nantikan kronologi lengkap pada tajuk khusus kejatuhan Mesir & Othmaniyah angkara hutang/riba’).

Kedua-dua kisah ini telah menyebabkan rakyat melarat cukup lama kerana terpaksa dibebani cukai yang naik melambung-lambung untuk membayar hutang negara.

WANG KERTAS DAN PENUBUHAN “FEDERAL RESERVE DEPARTMENT” (FRD)

Selepas runtuhnya Kerajaan Khalifah Uthmaniah di Turki Pada tahun 1924, Yahudi telah menukar Sistem Kewangan Dunia menggunakan Wang Kertas. Mulanya, wang kertas itu bersandarkan emas. Akhirnya Yahudi mansuhkan sistem kewangan berasaskan emas dan perak itu dari muka bumi ini buat selama-lamanya.

Lantaran itu, sejarah wang kertas diwarnai pelbagai misteri, tipu muslihat dan pembelitan yang dahsyat.

Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll membawa kepada penubuhan ‘The Federal Reserve Department (FRD)’ pada tahun 1913. Keahliannya adalah milik syarikat persendirian. Kongress Amerika terpaksa meluluskannya secara paksa dan curi-curi.

Jabatan Ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat, termasuklah mencetak wang kertas Dollar Amerika. Mereka menentukan dasar perjalanan sesebuah bank. Kini FRD digunakan oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British menguasai Bandar Jerusalem pada tahun 1919. Dunia telah berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah di Turki.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia. Antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada tahun 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian ‘Bretton Woods’ yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan US35 = 1 auns EMAS.

Negara-Negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas itu, Dolar Amerika mendapat ‘daulat’nya, dan ‘International Monetory Fund’ (IMF) pun ditubuhkan.

Pada tahun 1948, Negara haram Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat di tengah-tengah benua Arab dan di dalam negara Palestin yang sah.

Pada tahun 1971, Amerika Syarikat pimpinan Richard Nixon yang hampir bankrup oleh perang Vietnam bertindak memutuskan ikatan antara dolar Amerika dan emas. Sejak itu dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Nilai dolar hanya ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Kesannya, semua matawang dunia telah berubah menjadi matawang FIAT, iaitu matawang yang bernilai SIFAR. Bayangkan betapa liciknya percaturan ini.

KESIMPULAN

Dunia mulai sedar mengenai rahsia wang kertas yang tiada nilai itu. Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini hanya ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya. Ini bermakna nilainya tergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.

Wang kertas hanyalah ‘janji untuk membayar’. Sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai..” Dalam erti kata lain, wang kertas hanya ‘sekeping kertas’ yang tidak bernilai apa-apa.

– Masih ingat lagikah bilamana ‘duit jepun’ menjadi tidak laku walau pun jumlahnya berguni di dalam simpanan kita dahulu? Apakah tidak mustahil keadaan semacam itu akan berlaku lagi?

– Apakah kita masih mahu menafikan bahawa nilai wang kertas semakin susut saban tahun? Sedarlah bahawa nilai RM 1 pada hari ini tentu tidak akan sama nilainya pada 5 tahun akan datang…

SABDA RASULULLAH S.A.W:

“Akan datang satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (emas) dan Dirham (perak).” (Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal).

“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’, orang yang berwakil padanya, dan jurutulisnya, dan saksi-saksinya, dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “ (HR Muslim)

FIRMAN ALLAH S.W.T :

QS: 2 Al Baqarah 275: “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’… Dan sesiapa yang mengulanginya maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…” (Sila baca sendiri seluruh ayat)

QS: 3 Ali Imran 130: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”

QS: 40. Al Mu’min 21. “Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah.”

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang yang berakal dan mahu mengambil pelajaran.

Bedah sejarah,
WARGA PRIHATIN

P/S: Ulasan artikel dari Neil Armsteen

Kubur Besar Rohingya : Akhbar Thailand Keluar Kartun Persenda Malaysia & Najib

x-default

Kuala Lumpur : Sebuah akhbar dari Thailand, The Nation, semalam telah mencetak satu kartun yang mempersendakan Malaysia berikutan kes penemuan kubur beramai-ramai di Wang Kelian, Perlis.

Kartun itu memaparkan karakter seorang polis sedang menggali kubur dan juga satu karakter yang menyerupai Perdana Menteri Malaysia, berdialog mengenai akta hasutan.

Selain dari itu, kartun itu juga turut memaparkan motto melawat Malaysia, iaitu “Malaysia Truly Asia” tetapi diubah kepada “Malaysia Truly Embarassed”.

Seorang jurnalis dari Kuala Lumpur telah memuat naik gambar keratan kartun tersebut di Facebook beliau.

Kubur Besar Rohingya - Akhbar Thailand Keluar Kartun Persenda Malaysia & Najib2

Jakarta cadang ‘benarkan’ kegiatan pelacuran

PUBLISHED: May 28, 2015 12:46pm00 indo pelacuran

INDONESIA CADANG ‘LEGAL’KAN INDUSTRI PALACURAN

Dalam satu artikel berkaitan gejala sosial sebelum ini pernah kami kongsikan tahap kemaksiatan di negara jiran kita. Pemerhatian yang diceritakan Pengetua kami yang sering berkelana malah ada beberapa cawangan perniagaannya di seluruh Indonesia memang sukar diterima.

Dari 1995-2000, beliau menjelajah seluruh Indonesia untuk mengurus produk dan cawangan-cawangannya. Dari Batam, Tanjung Pinang, Dumai, Medan, Bukit Tinggi, jakarta, Pulau Gadong, Tanjung Periuk, Indramayu, Jepara, Ciribon, Bandung, Garut, Tasik Malaya, Jogjakarta, Surabaya, Malang sampailah ke Bali.

Menyentuh isu zina dan maksiat, beliau kongsikan suasana di mana arak dijual dan diminum secara terbuka di merata-rata. Toleransi terhadap zina dan maksiat terlalu tinggi. Setiap pelancung boleh mendapatkan khidmat seks dan urut dengan amat mudah. Dari abang beca, pemandu teksi sampai preman di jalan semua tahu dan ‘sudi membantu’.

Amat menyedihkan apabila beliau ceritakan betapa ahli ibadat yang kuat solat juga tidak berupaya menghalang maksiat yang berlaku siang malam di depan mata.

Di perkampungan ilmu, di mana ramai tahfiz dan guru agama, warung pelacuran, panti pijat dan pusat hiburan kecil-kecilan bersepah di kiri kanan jalan. Kita harus lalu di celah-celah ‘warung maksiat’ itu untuk ke masjid. Ada pelacur yang ‘sengaja’ berbogel mandi di telaga yang boleh dilihat orang luar dengan mudah.

Paling sadis ialah melihat sebuah taman pelacuran ‘pandu masuk’ di Surabaya. Tarian bogel juga banyak didapati di gedung hiburan yang besar-besar. Pelajar universiti dan janda muda banyak menjual tubuh secara terbuka di situ. Yang peliknya kebanyakan pelanggannya pula adalah usahawan tempatan dan pegawai tinggi negara.

Satu lagi yang diceritakan ialah warung pelacuran terbuka Di Tanjung Periuk. Kebanyakan pelacur di sini terdiri dari gadis belasan tahun.

Ada banyak lagi yang bermain di benak fikiran beliau. Barangan kulit babi pun boleh dikatakan kulit kerbau. Penipuan, kecurian dan rompakan terlalu biasa terjadi di depan mata tanpa mengira latar belakang pelaku dan mangsa.

Konsert lucah pun ada di kenduri kahwin. Beberapa penyanyi dan penari dangdut seksi dibayar untuk menghiburkan ribuan tetamu dengan pakaian separuh bogel. Pelik juga melihat pak haji dan hajjah yang bertudung lingkup  dalam majlis itu turut ‘meraikannya’ tanpa segan silu. Dengan songkok di kepala, selamba sahaja memegak secekak wang dan menyelitkannya di celah coli dan seluar dalam penari secara terbuka begitu.

Amat sukar mengenal orang yang baik dan buruk. Pepatah “Yang haram saja sudah habis dijual pak…” memang biasa di dengar dan itulah hakikatnya.

Dahulu aktiviti pelacuran dilakukan secara terbuka atau berpusat untuk memudahkan pelacur mendapat pelanggan. Kini ia telah dilakukan secara haram di bilik sewa serta pangsapuri mewah kerana pelanggan atau pelacur boleh dicari melalui talian serta media sosial. Akhirnya, aktiviti gelap itu membuka ruang jenayah. Ada kes pelacur yang dibunuh pelanggan.

Wajarkah atas asbab itu maka pelacuran langsung diizinkan secara legal oleh pemerintah?

Bagi kami, sebagai negara Islam ia amat keterlaluan. Apa yang dilihat selama ini sahaja sudah sukar diterima akal dan iman kita. Biarpun akan ada yang menentang, namun apabila ada pemimpin yang mula berfikiran begitu, maka itu tanda umat ini sudah terlalu teruk akidahnya.

Semuga pembaca dari Indonesia dapat mengorak langkah agar lebih proaktif membenteras jenayah syariah ini. Dalam banyak hal, banyak perbuatan dan tidak tanduk kita sudah terlalu hina di sisi agama. Janganlah ditambah lagi kerana bencana dari murka Allah bakal menimpa semua yang ada.

WARGA PRIHATIN

*  *  *  *  *
JAKARTA, 28 Mei 2015

Mengawal aktiviti pelacuran dengan ‘membenarkan’ pelacuran, begitulah cadangan yang dilemparkan pemerintahan Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta.

Akhbar tempatan melaporkan, aktiviti pelacuran mungkin dibenarkan di beberapa kawasan di Jakarta, sebagai usaha mengawal kegiatan pelacuran haram yang berlaku di bilik sewa dan pangsapuri.

Idea untuk membenarkan aktiviti pelacuran dan mewujudkan ‘pekerja industri seks’ berdaftar itu ditimbulkan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, ekoran pelbagai kejadian tidak diingini, termasuk kes jenayah.

Selain itu, kebenaran untuk aktiviti pelacuran di tempat tertentu juga dikatakan dapat mengawal kegiatan menawarkan perkhidmatan seks di kalangan gadis bawah umur.

Akhbar tempatan memetik Sekretaris Daerah Pemerintah Provinsi DKI Jakarta, Saefullah sebagai berkata, pihaknya sedang meneliti cadangan membenarkan sebahagian bangunan di pangsapuri dijadikan kawasan pelacuran.

Katanya, ia sekadar satu cadangan untuk mendapat reaksi pelbagai pihak dan gabenor itu akan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum melaksanakannya.

Aktiviti pelacuran di Jakarta dikatakan dilakukan secara haram di bilik sewa serta pangsapuri mewah dan pelanggan boleh mendapat maklumat dalam talian serta media sosial.

Baru-baru ini, seorang gadis berumur 26 tahun yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks menerusi laman sosial, ditemui mati dalam bilik sewanya, dipercayai dibunuh pelanggannya.

Pihak berkuasa juga membongkar kegiatan perkhidmatan seks remaja bawah umur, menerusi sebuah laman sesawang, selepas menyerbu sebuah pangsapuri mewah dan menyelamatkan kira-kira 10 remaja, termasuk seorang gadis yang sedang mengandung dan dijadikan pelacur untuk golongan kelas atasan.

Bagaimanapun, idea Ahok itu dibantah Wakil Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia, Ma’ruf Amin yang dipetik media sebagai berkata, cadangan membenarkan pelacuran adalah langkah salah dan menyimpang daripada ajaran syariat Islam.

“Maksiat itu harus diminimalkan, bukan dibenarkan,” katanya sambil menyeru semua pendakwah menggerakkan aktiviti kesedaran mengenai kesan buruk akibat pelacuran.

Foto hiasan : prostitutionrecovery.org

Kem Kubur Besar – Mereka kena rogol, pukul sampai mati dalam kem

 rohingya-yangoon-myanmar
  • Mereka kena rogol, pukul sampai mati dalam kem
  • Nurul Amin Nobi Hussein, 25, (kanan) menceritakan detik-detik dia melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian, Perlis ketika ditemui Bernama di Alor Setar hari ini. – Foto Bernama
 

28 Mei 2015, ALOR SETAR – “Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja – mati. Saya hanya mahu mati kerana mati lebih senang daripada hidup,” menurut seorang pendatang Rohingya yang berjaya melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian.

Bercakap secara eksklusif kepada Bernama hari ini, Nurul Amin Nobi Hussein (lelaki), 25, berkata, sepanjang dua bulan penahanannya di kem transit di Wang Kelian itu, beliau hilang segala harapan untuk hidup dan hanya memikirkan tentang kematian.

“Sepanjang dua bulan di dalam kem transit itu tahun lepas, saya dikurung seperti kambing dan ayam dalam kandang dan setiap masa dikelilingi oleh kematian. Setiap hari lima hingga enam orang daripada kami menemui ajal sama ada disebabkan penyakit atau dipukul dan ditembak,” katanya.

Menurutnya, pendatang Rohingya bersesak-sesak di dalam apa yang disifatkan sebagai ‘reban’ kecil yang menempatkan sehingga 200 hingga 300 orang, dengan lelaki dan wanita diasingkan reban mereka.

Antara lima hingga enam pengawal yang berbahasa Thailand, katanya, berkawal 24 jam sehari mengawasi kira-kira 1,500 tahanan dengan bersenjatakan batang kayu, pisau, pistol dan senapang.

“Tahanan tidak dibenarkan bercakap. Sesiapa yang bercakap akan dipukul. Pengawal sering melaungkan “sleep, sleep, sleep,” mengarahkan kami semua supaya tidur dan tidak bercakap antara satu sama lain,” katanya.

Nurul Amin berkata, ‘reban’ itu dipagar oleh batang-batang kayu dan didirikan di atas tanah lembut dan apabila hujan ia akan menjadi lumpur, di mana tahanan hanya diberikan lampiran plastik untuk membolehkan mereka duduk.

“Tahanan akan berdiri dan duduk di dalam lumpur air sekiranya kem transit dilanda hujan lebat, menyebabkan ramai dalam kalangan tahanan dijangkiti penyakit sehingga membawa maut.

“Ramai dalam kalangan tahanan Rohingya mengalami bengkak kaki akibat terlalu lama duduk dalam lumpur, menyebabkan mereka tidak boleh bergerak dan makan, dan seterusnya menemui ajal,” katanya yang berasal dari Maungdaw, Myanmar.

Nurul Amin berkata, mereka hanya diberikan sedikit makanan iaitu nasi berlaukkan ikan bilis dan ubi untuk menahan kelaparan, menyebabkan ramai juga dalam kalangan mereka yang mati akibat kelaparan.

Menyifatkan apa yang berlaku di kem transit itu sebagai ‘neraka dunia’, dia berkata, terlalu banyak peristiwa ngeri dan menyedihkan yang tidak dapat dilupakannya selagi beliau hidup.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah bagaimana pengawal-pengawal itu tanpa sebarang belas kasihan memukul sehingga mati kanak-kanak berusia 12 tahun hanya kerana keluarganya di Myanmar tidak mempunyai duit untuk membayar duit pembebasannya.

“Ada juga bayi yang baru berusia beberapa bulan mati kelaparan selepas ibunya yang sakit serta kelaparan gagal menghasilkan susu badan untuk anaknya.

Tidak lama selepas anaknya mati, wanita itu juga menemui ajal,” katanya sedih.

Selain itu, kata Nurul Amin, pengawal-pengawal terbabit turut merogol beberapa wanita itu.

“Kami boleh mendengar teriakan ketika wanita-wanita itu dirogol secara beramai-ramai oleh pengawal berkenaan. Apa yang lebih malang, ada antara wanita itu yang telah mengandung hasil perbuatan itu,” katanya.

Pengawal-pengawal tersebut disifatkannya lebih teruk daripada ‘haiwan’. Dia mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri kerana selepas dua bulan di kem transit itu merasakan kematian semakin menghampirinya disebabkan keadaan sekeliling serta tidak mempunyai sebarang duit untuk membayar sindiket.

Menurut Nurul Amin, anggota sindiket meminta bayaran daripadanya sebagai syarat untuk melepaskannya ke Malaysia dan jika gagal menjelaskannya, berdepan dengan penahanan lebih lama di kem transit itu dan akhirnya kematian.

“Saya tidak boleh membayar mereka kerana tiada lagi duit selepas menjual segala harta dan tanah untuk ke Malaysia. Mereka akan pukul saya sampai mati jika saya tidak membayar mereka,” katanya.

Berdepan dengan kemungkinan ditahan lebih lama dan dipukul sehingga mati oleh anggota sindiket, beliau bersama-sama lima yang lain nekad melarikan diri pada jam 1 pagi selepas mendapati pengawal kem transit itu tertidur.

Beliau terpaksa merangkak ratusan meter dalam keadaan gelap-gelita, sebelum berlari ke dalam hutan, tanpa mengetahui arah tujuan.

“Dalam apa juga keadaan sekalipun, jika saya gagal melarikan diri mereka (anggota sindiket) akan tembak mati saya atau jika terus tinggal dalam tahanan, saya akan dipukul hingga mati kerana tiada duit.

“Mati adalah lebih baik daripada hidup,” kata Nurul Amin yang membayar RM6,500 untuk menaiki bot selama 22 hari dari Maungdaw ke sempadan Myanmar dan Thailand.

Setibanya di bandar sempadan itu, menurut Nurul Amin, pendatang Rohingya itu akan dibawa menaiki trak-trak pikap menuju ke selatan Thailand dalam perjalanan yang mengambil masa antara 10 hingga 11 jam.

Sementara itu seorang lagi pendatang Rohingya, Mohamad Osman Nurul Amin, 22, pula menceritakan pengalamannya ditahan di sebuah lagi kem transit di kawasan hutan di Padang Besar, Thailand, tahun lepas.

“Ia adalah neraka. Setiap hari soal kematian sentiasa bermain dalam kepala saya. Pada ketika itu, kematian adalah jalan terbaik untuk menamatkan segala penderitaan,” katanya.

Sama seperti Nurul Amin, beliau turut menjadi saksi pembunuhan dan kematian dalam kalangan tahanan Rohingya di tangan pengawal-pengawal kem yang kejam dengan memukul atau menembak mati menggunakan senjata api.

Bagaimanapun nasibnya lebih baik berbanding Nurul Amin kerana keluarganya berkemampuan untuk membayar sejumlah duit kepada sindiket yang bertindak membebaskannya selepas hanya sebulan ditahan di kem transit itu.

“Sehingga kini, saya masih tidak dapat menerima kenyataan bagaimana seorang manusia boleh berlaku begitu kejam kepada manusia yang lain,” kata Mohamad Osman. – Bernama


05/07/2015 by Ana Ghoib in Berita Dunia

Misteri Kubur Mangsa Perdagangan Dibongkar Dengan Data Telefon Teknologi Tinggi

Rohingya thailand


Pasukan penyelamat Thailand membawa keluar mayat mangsa pemerdagangan yang ditanam dalam kubur besar.

Thailand: Kubur besar yang menempatkan pelarian masyarakat Rohingya yang ditemui di Songkhla baru-baru ini terbongkar menerusi satu kerjasama yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengn menggunakan teknologi tinggi secara efektif, kata sebuah badan anti pemerdagangan orang.

Kumpulan antarabangsa itu, Yayasan Freeland berkata, kerjasama rapat antara polis dan badan bukan kerajaan (NGO) menerusi penggunakan teknologi telefon forensik membolehkan para penyiasat mengesan dan menangkap anggota sindiket pemerdagangan orang yang dikatakan bertanggungjawab terhadap penculikan dan pengebumian itu.

Januari lalu, yayasan tersebut membantu polis Thailand secara teknikal dengan cara menganalisis telefon-telefon yang dirampas daripada suspek.

“Apa yang menarik mengenai kes ini ialah ia bermula dengan polis tempatan dan bukannya polis persekutuan.

“Dan semua kes ini ditangani dengan segera untuk bantuan teknikal dan kerjasama yang membawa kepada progres yang lebih cepat,” kata pengarah Freeland, Steven Galster dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, penemuan kubur besar ini menunjukkan prestasi Thailand dari segi memperjuangkan sindiket transaksi walaupun ia sebelum ini menafikan masyarakat Rohingya dipemerdagangkan ke dalam negara.

Freeland membantu polis dalam menganalisis jumlah nombor daripada telefon bimbit milik suspek.

Dengan menggunakan data telefon, polis boleh menjana “i-2 telephone link chart” yang memboleh penyiasat untuk mengecilkan siasatan mereka.

Data itu akhirnya merakamkan warga Myanmar, Soe Naing Anwar secara dekat (zoom in) dan kaitan dengan pihaknya di Thailand.

Pada Selasa, polis mengumumkan penahanan Anwar dan dua lagi ahli politik di Thailand, bahagian selatan.

Kumpulan penyiasat sebelum ini difahamkan bahawa modus operandi suspek termasuk menghantar bot bersaiz besar ke Myanmar setiap bulan.

Ini dapat membantu membawa antara 300 dan 400 Rohingya di Rakhine pergi ke beberapa negara lain dengan jaminan kerja di Thailand.

Sebaik sahaja bot itu penuh, ia akan menuju ke pelabuhan Ranong di Thailand, di mana trak yang dikendalikan oleh suspek akan menampung Rohingya dan membawa mereka ke Songkhla.

Bagaimanapun Anwar telah ditangkap polis dan ia telah membawa kepada penemuan kem tersebut yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari sempadan Thailand dengan Malaysia serta terdapat kira-kira 30 lubang kubur kaum Rohingya yang dipercayai telah dibunuh. – mStar

Bantu Rohingya, Kapal Perang Turki ke Perairan Asia Tenggara

Ahmet Davutoglu memelik warga Rohingya. Sementara Emine Erdogan (Istri Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan) terlihat menangis

LINTAS NASIONAL – TURKI, Pemerintah Turki ikut serta berperan menyelamatkan Muslim Rohingya yang terdampar di perairan Asia. Sebuah kapal militer Turki sudah menjalankan tugasnya di perairan Asia Tenggara mencari pengungsi yang melarikan diri dari Myanmar.

“Pemerintah telah menginstruksikan kapal militer Turki di wilayah tersebut dan bergabung dengan upaya internasional membantu para pengungsi Rohingya,” kata Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu Rabu, 20 Mei 2015.

Ratusan pengungsi Rohingya dilaporkan berlayar ke perairan teritorial Thailand di Laut Andaman sejak awal bulan ini. Selain itu banyak pula yang menuju Malaysia dan Indonesia untuk mencari tempat tinggal setelah konflik di negaranya.

PBB memperkirakan ribuan pengungsi masih berada di laut lepas. Mereka juga ditipu dan ditinggalkan penyelundup manusia yang awalnya memfasilitasi mereka melarikan diri dari negaranya.

Menurut data yang dirilis Komisi Tinggi PBB untuk pengungsi, lebih dari 25 ribu etnis Rohingya melarikan diri dari Myanmar dalam tiga bulan terakhir. (Rol)

 

Emine Erdogan Tak Kuasa Menahan Tangis di Myanmar

“Assalamu’alaikum..,” kata warga Rohingya menyambut kedatangan rombongan Turki.

Emine Erdogan Tak Kuasa Menahan Tangis di Myanmar

 

Terkait

Hidayatullah.com—Menteri Luar Negeri Turki Ahmet Davutoglu dan istri perdana menteri Turki Emine Erdogan hari Jumat (10/8/2012) mengunjungi Muslim Rohingya di kamp pengungsian Banduba di negara bagian Arakan (Rakhine), Myanmar.

Selain PBB, bantuan yang diserahkan Turki itu merupakan bantuan dari negara asing pertama yang sampai kepada pengungsi Rohingya, lansir Today’s Zaman.

Dalam kunjungan itu, Davutoglu dan Emine Erdogan mendapatkan penjelasan dari Bulan Sabit Merah Turki (TRC) tentang kondisi kamp pengungsi tersebut.

Menurut TRC, di tempat itu terdapat 8.532 orang pengungsi dan saat ini membutuhkan 801 tenda.

Saat ditanya Davutoglu tentang masalah terbesar yang dihadapi pengungsi, TRC mengatakan bahwa penghuni kamp tersebut kesulitan mendapatkan akomodasi yang layak dan menderita kekurangan gizi.

Istri PM Erdogan menangis

Dalam rekaman video yang diunggah ke YouTube, tampak Emine Erdogan tidak kuasa menahan tangis ketika Davutoglu berdialog dengan salah seorang pengungsi dengan bantuan penterjemah.

Davutoglu menanyakan apa yang dibutuhkan oleh pengungsi. Dijawab oleh seorang pria Rohingya, “Kami membutuhkan bantuan.”

“Kami ingin mendapatkan bantuan Anda,” katanya menegaskan sambil menangis.

Pada saat yang sama, Emine Erdogan yang duduk di kursi sebelah kiri Davutoglu terlihat berlinangan air mata. Ia terus mengusap mata dan hidungnya dengan selembar tissue putih.

“Kami mengucapkan terima kasih dan kami sangat bahagia melihat Anda berkunjung ke sini,” kata pria itu, setelah mendengar jawaban Davutoglu bahwa mereka bersama-sama akan membantu pengungsi.

Davutoglu dan pria Rohingya itu kemudian berpelukan. Terdengar kata “Allah…” saat pria itu memeluk erat Davutoglu sambil menangis.

Emine Erdogan kembali tidak bisa menyembunyikan kesedihannya. Sembari sedikit menolehkan wajah, istri PM Turki Recep Tayyip Erdogan itu, meletakkan telapak tangan kanannya di depan mulut untuk menahan tangis.

Di jalanan, Muslim Rohingya tampak berbaris menyambut iring-iringan kendaraan rombongan dari Turki itu. Mulai dari anak-anak kecil sampai orang tua, pria dan wanita, melambai-lambaikan tangan memberi penghormatan.

“Assalamu’alaikum..,” kata mereka bergantian seraya tersenyum sambil berbaris di tepi jalan. Mereka seperti tidak peduli meskipun harus berbasah-basahan karena hujan.

Ketika Davutoglu menyerahkan bantuan, pengungsi wanita mendekati Emine Erdogan. Mereka pun berpelukan erat sambil menangis. Lihat videonya di link ini: http://www.youtube.com/watch?v=MEfniqNel0g

Kunjungi warga Buddhis

Setelah mengunjungi kamp pengungsi Muslim Rohingya, Davutoglu dan rombongan mendatangi kamp pengungsi warga Buddhis.

Di tempat itu rombongan dari Ankara tersebut juga membagikan paket bantuan.

Davutoglu menyatakan bahwa semua orang memiliki hak yang sama dan ia berharap melihat warga Muslim dan Buddhis hidup berdampingan dengan damai.

Menteri Luar Negeri Turki itu juga menyampaikan salam dari rakyat Turki untuk rakyat Myanmar dan menegaskan bahwa Bulan Sabit Merah Turki akan terus menyalurkan bantuan kepada masyarakat.

Menurut data resmi, Myanmar memiliki populasi 55 juta jiwa, di mana 90 persen beragama Buddha dan 10 persen Muslim.

Sementara itu, lapor Today’s Zaman, Direktorat Manajemen Bencana dan Keadaan Darurat di Kantor Kementerian Perdana Menteri Turki (AFAD) menyatakan bahwa sampai saat ini jumlah bantuan untuk Muslim Myanmar yang berhasil dikumpulkan mencapai TL3,4 juta.

AFAD mengucapkan terima kasih kepada rakyat Turki atas dukungan mereka kepada saudara-saudaranya yang menderita akibat perang sipil, pembantaian etnis dan kemiskinan di wilayah Arakan, Myanmar.*

Rep: Ama Farah

Editor: Dija

Arkitek dan Jurutera Teologi Yang merangka kejatuhan Islam Nusantara – Ulamak Palsu Snouck Hurgronje

Arkitek & Jurutera Teologi Yang merangka kejatuhan Islam Nusantara – Ulamak Palsu Kiai haji Abdul Ghafur Kajian oleh Unit R&D Warga Prihatin

Dalam usaha mempertahankan kehebatan dan keagungan Islam, kita tidak boleh lari dari mengkaji asal usul DIEN atau USULUDDIN, termasuk bagaimana dan dari mana punca hadir dan jatuhnya Islam di bumi Nusantara ini. Segala yang berlaku memberikan impak yang tersendiri terhadap pola fikir dan akidah umat Islam di rantau ini.

Memandangkan Islam adalah satu-satunya agama yang memiliki keistimewaan tersendiri, adalah mengecewakan sekali sekiranya ia menghasilkan sahsiah umat yang tidak setanding dengan kehebatan agamanya dari pelbagai sudut sepertimana zaman kegemilangan Islam sebelumnya.

Menyedari hakikat itu, Unit Penyelidikan dan Pembangunan RPWP telah melakukan kajian dan menemui satu daripada pelbagai punca yang telah menyebabkan kelemahan Umat Islam dari sudut penguasaan ilmiah dan kekuatan akidah yang berteraskan ilmu.

Hasil kajian sejarah telah jelas menunjukkan bahawa salah satu dari punca kejatuhan empayar Islam dari segi wilayah kekuasaan, penguasaan ekonomi dan akidah Islamiah umat itu sendiri ialah dengan hadirnya seorang insan yang amat kuat pegangan Kristianitinya. Cita-citanya begitu tinggi untuk melihat kejatuhan Islam di Nusantara ini. Beliau adalah Snouck Hurgeronje yang dikenali dengan panggilan Islamnya sebagai Kiyai Haji Abdul Ghafur.

Semuga perkongsian ini akan dapat memberikan gambaran jelas tentang punca kelemahan dan kejatuhan Islam di Nusantara. Ia amat membantu kita dalam usaha membangkitkannya semula dengan cara meneliti strategi musuh Islam melalui fakta sejarah yang terkait dengan punca kejatuhannya.

Bayangkan sebesar peranan musuh agama ini hanya dimuatkan sebaris sahaja kisahnya dalam silibus pendidikan anak-anak kita. Itupun tidak langsung diceritakan kisah sebenar berkaitan dengan peranan jahat beliau yang sebenarnya. Ia benar-benar DISUKAT oleh ‘mereka’ agar kita ‘tenggelam punca’ dan tidak tahu kisah sebenarnya. Inilah hakikat ‘HIS-STORY‘ yang telah menjadikan sistem pendidikan kita dibuli.

Dutch scholar Snouck Hurgronje
Dutch scholar Snouck Hurgronje

Snouck Hurgronje – Lahir : 1857 | Mati : 1936

MENGIMBAS SEJARAH SNOUCK HURGRONJE DI NUSANTARA

Dr. Christian Snouck Hurgronje adalah nama yang cukup sinonim dengan kontroversi sejarah di Nusantara. Beliau merupakan seorang orientalis yang tersohor di dunia dengan hasil kajian yang cukup mendalam dan menyeluruh mengenai masyarakat Islam di rantau ini, terutama masyarakat Acheh pada awal kurun ke-20. Penghasilan buku bertajuk �Aceh� (De Atjehers) telah mengangkat beliau sebagai pakar kebudayaan orang Melayu, khususnya Melayu Aceh.

Bagi masyarakat Barat, beliau adalah seorang yang amat disanjungi dan dihormati terutama oleh kerajaan Belanda kerana sumbangannya dalam pengajian teologi dan oriental. Hakikatnya terhadap masyarakat Islam, beliau adalah musuh dalam selimut kerana sanggup mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam, bahkan menikahi ramai wanita Melayu semata-mata untuk mengaburi niat jahatnya dalam membantu kerajaan Belanda menguasai bumi dan melumpuhkan kekuatan akidah umat Islam di Acheh.

Dilahirkan pada 1857 di Tholen, Oosterbout, Belanda. Dr. Christian Snouck Hurgronje dibesarkan di dalam keluarga yang amat patuh kepada ajaran Kristian Protestan. Sejak dari kecil lagi beliau telah belajar dalam bidang teologi atau pengajian agama. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Leiden yang terkenal sebagai Pusat Kajian Orientalis dalam subjek Ilmu teologi dan sastera Arab.

Pada 1875 Snouck Hurgronje tamat pengajian dengan predikat cum laude. Beliau menghasilkan buku “Het Mekaansche Feest” (Perayaan di Mekah) untuk tesis pengajiannya.

 

SNOUCK KE MEKAH

Setelah Islam bertapak di Nusantara, ramai ulamak, khususnya dari Acheh bertali arus bertalaqqi, belajar dengan para ilmuan di Tanah Suci Mekah dan kembali menyampaikan ilmu kepada umat Islam Acheh. Hang Tuah berlima juga adalah antara yang turut menimba ilmu di Acheh dan mengembangkannya di bumi Melaka.

Berlakun sebagai seorang cukup komited dan obses dengan Islam, Snouck Hurgronje pergi ke Hijjaz (Arab Saudi) pada 1884 untuk mendalami Islam dan bahasa Arab. Di sana beliau telah berguru dengan ramai guru-guru yang terkenal. Disebabkan keramahan dan daya inteletualnya yang tinggi, beliau berjaya memikat dan mendekati ramai alim ulamak di sana dengan mudah tanpa sebarang sekatan dan prejudis. Dia memeluk Islam dan menukar namanya kepada Abdul Ghaffur agar mudah dirinya diterima oleh masyarakat Arab, khususnya golongan ulamak di Mekah yang diharapkan dapat membimbingnya.

Muslim pilgrims from Ambon, Kai and Banda island, Maluku Islands on their way to Mecca. Photographed by Snouck Hurgronje at the Dutch Consulate in Jeddah, 1884.
Jemaah Haji dari Ambon, Kai, Pulau Banda, dan Kepulauan Maluku yang singgah di Konsolat Belanda di Jeddah dalam perjalanan ke Mekah – Foto oleh Snouck Hurgronje 1884.

Sewaktu di Mekah Snouck terus mengorak langkah untuk mendalami budaya dan adat resam Melayu. Beliau bergaul dengan orang-orang Melayu dari Nusantara yang ramai bermustautin samada untuk bekerja, beribadat atau menuntut ilmu di sana, terutamanya dari Hindia Belanda (Indonesia) yang sedang menunaikan haji. Sewaktu bergaul, Snouck sering memerhatikan mereka, kalau-kalau mereka punya hubungan khusus dengan umat Islam dari negara yang lain untuk meluaskan kajian dan penelitiannya.

Kebetulan pada waktu itu Jamaluddin Al-afghani dan Muhammad Abduh sedang rancak menyebarkan fahaman �Pan-Islam� yang menyeru umat Islam membebaskan diri dari belenggu penjajahan.

Selain itu beliau juga merupakan orang Barat yang pertama berjaya merakamkan foto-foto di sekitar Mekah, sambil mengumpulkan hasil pengamatan melalui pergaulannya dengan umat Islam di Arab Saudi. Pemerhatian ini dibukukan oleh Snouck dalam beberapa bukunya. Antara lain ialah “Makkah a Hundred Years Ago” (Mekah Seratus Tahun Lampau) yang menghimpunkan foto-foto tentang Mekah abad ke-19 dan sosok jemaah haji terutamanya dari Nusantara.

 

Pilgrims from Aceh on their way to Mecca. Picture taken by Snouck Hurgronje in the Dutch Consulate in Jeddah, 1884.
Jemaah Haji dari Acheh yang singgah di Konsolat Belanda di Jeddah dalam perjalanan ke Mekah – Foto oleh Snouck Hurgronje 1884.

 

PERTEMUAN SNOUCK DENGAN ULAMAK MELAYU

Dalam pada masa yang sama, Snouck telah bertemu dengan Habib Abdurrachman Az-Zahir, seorang keturunan Arab yang pernah menjadi pembesar kerajaan Acheh namun kemudiannya menjadi tali barut Belanda. Atas bantuan Zahir dan Konsulat Belanda di Jeddah JA Kruyt, Snouck mula mempelajari politik kolonial dan rancangan untuk menakluk Acheh.

Habib Abdurrachman Az-Zahir kecewa kerana gagal menarik perhatian Gabernor Belanda di Batavia dengan laporannya tentang kerajaan Acheh. Akhirnya semua laporan penelitian dan hasil kajian beliau itu diserahkannya pada Snouck yang saat itu menjadi dekan di Universiti Leiden.

Snouck seperti mendapat durian runtuh waktu itu dengan menerima hasil kajian Habib Abdurrachman Az-Zahir. Beliau telah mempersembahkan laporan itu kepada Pejabat Menteri Daerah Jajahan Belanda. Bukan itu saja, beliau malah menawarkan diri kepada kerajaan Belanda untuk menjadi representatif Belanda untuk mengkaji masyarakat Acheh secara terus ‘dari dalam’ dan berusaha menasihati kerajaan Belanda untuk melemahkan penentangan rakyat Acheh terhadap Belanda.

 

SNOUCK KE NUSANTARA

Pada 1889 Snouck Hurgronje memulakan misinya ke Nusantara. Disebabkan pemerintah Hindia Belanda tidak membenarkannya menyeludup masuk ke Acheh, beliau mencari jalan dan pengaruh dengan mengelilingi pulau Jawa bersama kenalan beliau di Mekah iaitu Haji Hasan Mustapa, seorang ulamak Sunda dari Bandung yang telah menjadi Penghulu Besar Acheh. Beliau menggunakan pengaruh Haji Hasan Mustapa untuk bertemu dengan para kiai tekenal di samping membuat kajian mengenai masyarakat Islam Jawa.

Mosque in the Dutch East Indies, 1900.
Mosque in the Dutch East Indies, 1900.

Catatan Dr. Snouck Hurgronje setebal 1337 halaman tentang perjalanannya selama dua tahun itu diikhtisaskan oleh Dr. ph. van Ronkel dalam “Aanteekeningen over Islam en folklore in west-en Midden Java” (Bijdragen KITLV No.101, 1942).

Setelah sekian lama mencari ruang dan pengaruh, Snouck akhirnya berjaya memasukki Acheh. Kedatangan beliau disambut mesra oleh seluruh para ulama Acheh. Sebagai seorang yang berpengetahuan luas dalam agam Islam Snouck Hurgronje menjadi tempat rujukan kepada masyarakat Islam Acheh tanpa sebarang syak wasangka. Kefasihannya berbahasa Arab dan sanggup pula masuk Islam menjadikan masyarakat Acheh lebih menerimanya dengan hati yang terbuka.

 

STRATEGI KOLONIAL DENGAN MENIKAHI WANITA MELAYU

Untuk memperkukuhkan lagi kedudukannya di Acheh, Snouck Hurgronje sanggup mengahwini beberapa wanita melayu di Indonesia. Tujuannya agar beliau dapat lebih mendalami budaya Melayu dan mudah diterima bergaul di kalangan ulamak dan pembesar negeri.

Isteri pertama beliau bernama Sangkana, meninggal tahun 1896 ketika melahirkan anak ke-5 dari Snouck Hurgronje. Empat anak beliau dipelihara oleh Lasmitakusuma, isteri bupati Ciamis, Jawa Barat.

Salah seorang anak beliau yang bernama Salmah Emah sering menulis surat kepada bapanya di Belanda tetapi Snouck jarang membalasnya. Beberapa surat jawaban Snouck ada disimpan oleh anak perempuan Salmah Emah (cucu Snouck) bernama T. Subrata yang masih hidup hingga kini di Bandung.

Isteri kedua Snouck ialah Siti Sadiyah, anak perempuan Raden Haji Muhammad Adrai, dinikahi pada 1890 di Ciamis, Jawa Barat, Indonesia. Anak Snouck bersama Sadiyah yang bernama Yusuf pernah tinggal di jalan Kramat Sentiong, Jakarta, lalu kemudiannya menjadi polis di Surabaya.

Dr Van Der Meulen bercerita bahwa beliau mempunyai seorang staf di Palembang yang bercerita bahwa saudara laki-laki tirinya yang menjadi polis di Surabaya adalah anak Snouck Hurgronje. Ternyata yang bekerja dengan Dr Van Der Meulen di Palembang itu adalah Ibrahim, anak keempat Snouck dari Sangkana. Dan yang menjadi polis di Surabaya adalah Raden Yusuf, anak dari Siti Sadiyah.

Ketika hendak pulang ke Belanda, anak-anak Snouck sempat dibawa berjalan ke mesium Gambir (sekarang Musium Gajah), lalu Snouck berkata:

Wahai anak, papa akan kembali ke negeri Belanda untuk selamanya. Keperluan kamu akan Papa kirim dari Belanda dan kamu semua akan Papa sediakan insuran nyawa. Bila besar nanti, janganlah lagi gunakan nama ‘famili Hurgronje’ karena mungkin kesannya sangat tidak bagus untuk kamu.

Snouck sedar, akhir zaman nanti namanya akan dikenali sangat buruk sekali di Nusantara ini, sebagai seorang tokoh nifaq (MUNAFIQ) yang menjadi musuh Islam paling terkenal dan amat dibenci. Tahulah kita kenapa dia berpesan seperti itu kepada anaknya. Sejak itu anak-anak Snouck tidak pernah lagi melihat sang ayah si munafik laknatullah itu sampai akhir hayatnya.

Ketika kembali ke Belanda, Snouck membujang selama 4 tahun sebelum menikah lagi pada 1910 dengan Maria Otter, seorang gadis Roman Katolik di Belanda. Dari Maria ini, tahun 1912, Snouck mendapat 1 orang anak perempuan bernama Christien.

Ia menikah secara Katolik dan dimakamkan di Leiden tahun 1936 secara Katolik juga. Hal ini membuktikan ia seorang agnostik dan munafik sejati.

Bagi Snouck tidak menjadi soal apakah menjalani prosesi Protestan, Katolik atau Islam karena ia menganggap agama ini hanya sebagai produk budaya manusia. Inilah pembuktian kemunafikan Snouck yang telah membuli agama ini di Nusantara dengan jayanya.

 

KONSPIRASI MENJATUHKAN ISLAM NUSANTARA DENGAN FATWA SONGSANG

Hampir setiap malam SNOUCK mencatatkan setiap butir perbualannya dengan para ulama Acheh. Beliau mengakaji sedalam-dalamnya mengenai struktur masyarakat Acheh. Dari hasil kajiannya, Snouck telah menyarankan kerajaan Belanda agar memanjakan dan menggula-gulakan golongan ulama. Tujuannya ialah untuk menghapuskan ulama-ulama yang bersikap agresif terhadap Belanda dan terlalu berpegang teguh dengan akidah Islamnya.

Beliau juga berjaya membuat umat Islam melebih-lebihkan amalan ritual dan memisahkan siyasah kehidupan seharian daripada sains sebenar agama Islam itu sendiri. Beliau telah menerapkan satu fahaman Islam Masjid, di mana hal-ehwal agama hanya akan berkisar pada sudut ‘ritual agama’ di masjid-masjid sahaja.

Snouck menyarankan agar kerajaan Belanda mempermudahkan dan menaja urusan haji di Indonesia untuk menyakinkan ulama bahawa kerajaan Belanda sedang membantu mereka dalam hal-ehwal keagamaan. Matalamat sebenar Snouck ialah agar Umat Islam leka dengan ibadah ritual itu. Masing-masing akan membuang masa berbulan-bulan berlayar dan meninggalkan segala urusan agama, politik, sosial dan ekonomi bahkan membelanjakan wang simpanan dan harta peribadi masing-masing untuk urusan itu.

Setelah mendapat kepercayaan dari masyarakat tempatan, beliau mula mengambil kesempatan untuk mengeluarkan fatwa-fatwa palsu yang memberi manfaat kepada kepentingan Belanda. Fatwa-fatwa Snouck banyak berasaskan politik `Devide et Impera’ (politik adu domba atau politik pecah belah).

Dalam setiap khutbahnya kepada masyarakat, beliau berusaha memisahkan agama dari politik dan ekonomi. Beliau mengalakkan rakyat menumpukan soal ibadah ritual semata-mata untuk mengejar pahala dan kehidupan akhirat. Ini sesuai dengan konspirasi Vatican. Pada masa yang sama mereka sendiri mengambil alquran sebagai sains untuk kepentingan visi dan misi 3G mereka (Gold, Gospel & Glory) dan menterbalikkan strategi alquran untuk memusnahkan kehidupan orang Islam pula.

Snouck Hurgronje memang petah berbahasa Arab dan luas ilmu agama Islam serta budaya dan adat resam Melayunya hasil kajian yang gigih sekian lama. Oleh itu dengan mudah beliau telah berjaya memperdaya masyarakat Islam dengan mencampur aduk amalan-amalam syirik dan bidaah dalam ibadah. Ayat-ayat Al-Quran dipesongkan maksudnya sebagai hujjah untuk membuat fatwa-fatwa yang menyesatkan. Ini mendorong masyarakat mudah mempercayai dan mengamalkan ritual-ritual bidaah yang jauh menyimpang dari ajaran Islam sebenar.

 

FATWA TANAM TERUNG UNTUK MASUK SYURGA

Di antara fatwa-fatwa yang pernah diketengahkan oleh Snouk melalui dakyahnya ialah menyarankan kepada masyarakat Islam bahawa barang siapa menanam pokok terung, nescaya mereka akan masuk syurga.

Dalam meneliti butir-butir fatwa terung yang songsang ini, kami dapat banyak pengesahan dari warga tua yang berasal dari Indonesia, termasuk dari warga tua di daerah Bandung yang sempat kami temubual. Sangat menyedihkan apabila dikatakan ramai di kalangan mereka yang mengesahkan bahawa memang pernah dengar, bahkan pernah melaksanakan amalan dari fatwa songsang ini. Mereka sendiri terkejut dan beristighfar bila kami dedahkan siapa Kiai Haji Abdul Ghafur (Snouck) ini.

Melihat sosok warak dan berilmunya Snouck, masyarakat Islam seluruh Acheh dan Jawa telah menerima pakai fatwa tersebut tanpa usul periksa. Maka berebut-rebutlah umat Islam ketika itu menanam terung di lahan tanah masing-masing. Akibatnya pusat buangan sampah menerima longgokkan sayur terung yang tidak terhingga banyaknya, terutama di daerah Bandung kerana tiada siapa ingin memakan terung yang begitu banyak. Memang tujuan asal terung itu ditanam adalah untuk mendapat pahala, bukan untuk dijual atau di makan hasil panennya. Ya, sejauh itu berjayanya Snouck dengan fatwa sesatnya.

Melihatkan penerimaan bulat-bulat segala fatwa yang telah dikeluarkan oleh Snouck oleh masyarakat Islam ketika itu tanpa usul periksa, maka tahulah Snouck bahawa umat Islam telah jahil dan jumud secukupnya. Kekuatan Islam yang sebelum itu dijadikan asas menentang Belanda telah berjaya dihapuskan sama sekali.

Snouck Hurgronje meneruskan asakan doktrinnya dengan menasihati Belanda agar membina sekolah-sekolah sekular bagi menggantikan peranan pesantren atau sekolah pondok. Pada pendapat beliau, sistem pendidikan ala pesantren adalah pusat melahirkan pejuang-pejuang melawan penjajahan Belanda. Padahal universiti terkemuka seperti Havard sendiri menggunakan sistem pendidikan ala pesantren itu.

Bukan hanya setakat itu sahaja. Pelajar-pelajar yang berasal dari keturunan Diraja dan Pembesar Kesultanan Nusantara turut dihantar melanjutkan pelajaran ke Belanda. Tujuannya supaya apabila mereka balik, bakal-bakal pemimpin tempatan ini akan berkiblatkan Barat untuk meneruskan legasi penjajahan mereka. Strategi yang sama juga dilakukan oleh penjajah Inggeris di Malaysia.

Pada 1906, Snouck Hurgronje kembali ke Belanda setelah akidah umat Islam Acheh berjaya ditakluki sepenuhnya. Beliau terus dilantik menjadi Profesor di Universiti Leiden. Banyak penulisannya yang terkenal tersimpan di Universiti itu. Beliau telah menerima penghargaan khas dari kerajaan Belanda atas sumbangannya membantu kerajaan Oren menumpaskan tentangan rakyat Aceh dengan berkesan.

Acheh adalah serambi Mekah, atau Madinah Nusantara yang menjadi nadi pengembangan Islam di Nusantara.  Hang Tuah berlima juga sering berulang alik ke Acheh untuk menuntut ilmu agama buat memperkasakan akidah dan siyyasah Islamiah untuk raja dan rakyat di Melaka. Malangnya fakta sejarah mengatakan Hang Tuah hanya belajar silat agar jadi perkasa untuk menyedapkan cerita. Apabila Acheh lemah Islamnya, maka lemahlah kerajaan Melaka, Indonesia dan kuasa wilayah Islam di Nusantara.

Setelah Aceh, Snouck pun memberikan petunjuk kepada Belanda bagaimana cara tebaik menguasai beberapa bahgian Jawa, iaitu dengan memanjakan golongan ulamak. Hampir setiap pegawai Belanda yang akan dihantar ke Hindia Timur (Indonesia) akan mengikuti kelas di Universiti Leiden untuk mengetahui asas agama Islam dan struktur masyarakat Melayu. Sehingga beliau meninggal dunia pada 26 Juni 1936, dia tetap menjadi penasihat utama Kerajaan Belanda untuk segala urusan penaklukan minda pribumi di Nusantara.

Demikianlah sosok Snouck Hurgronje yang dianggap sosok kontroversial bagi kaum muslimin Indonesia, terutama kaum di Aceh.

 

KESUKARAN USAHA MENGEMBALIKAN AKIDAH UMAT PASCA SNOUCK

Segala pemesongan akidah melalui fatwa songsang snouck ini adalah berita yang tidak disedari dan tidak diketengahkan oleh umat Islam atas banyak sebab. Pertamanya kerana menutupi aib dan kesilapan begitu banyak ulamak yang telah berjaya dilalaikan. Keduanya kerana telah terlalu sukar untuk membetulkan keadaan yang terlalu jauh dan berleluasa pemesongannya.

 

Kuasa penjajah yang zalim juga turut mengancam sesiapa saja yang cuba mengubah keadaan. Golongan yang sedar akan bencana akidah ini akhirnya berkumpul untuk melancarkan usaha mengembalikan akidah secara rahsia. Mereka hanya keluar di permukaan masyarakat secara zahir setelah Snouck kembali ke Belanda. Antara yang dikenali ialah Jemaah atau parti yang memakai nama Serikat Islam, muncul pada tahun 1912.

Banyak lagi pejuang akidah yang bergerak secara sembunyi-sembuyi berusaha mendapatkan semula ilmu yang hak di Mekah dan mengembangkannya dengan penuh kesukaran dan pelbagai pancaroba. Antara mereka ialah Kiai Haji Samanhudi, K.H. Omar Said Chokro Aminoto, Sekarmaji Marjan Karto Suwiriyo, Semeon, Sukarno, Bung Hamka dan lain-lain. Sebahagian mereka mampu meredah pancaroba untuk meneruskan usaha dakwah mengembalikan maruah agama. Sebahagian lain hanyut dengan habuan dunia lalu terpesong semula. Sebahagiannya bukan sekadar hanyut jauh, malah sanggup membunuh rakan sepengajian mereka.

InsyaAllah akan kami cuba huraikan fakta lengkap sejarah kejatuhan Islam yang telah kami urut 100 tahun ke belakang selepas ini agar sama-sama kita sedarkan diri dan berusaha keras untuk mengembalikan akidah anak generasi.

 

KESIMPULAN

Menjadi lumrah bahawa semakin jauh jarak masa, semakin banyak sesuatu pendidikan atau pegangan agama itu dilalaikan dan dilupa. Penaklukan agama yang berasaskan konsep 3G (Glory, Gold and Gospel) adalah  bermotifkan kemenangan penaklukan wilayah atau kuasa, penaklukan harta dan penaklukan minda / akidah manusia. Ini merupakan pekej penaklukan yang harus sentiasa diingat kronologi dan sejarahnya oleh setiap dari kita. Semuga kita mampu mengesan di mana silap orang tua kita dan mampu mencari jalan untuk bangkit semula.

Penelitian kesan sejarah penaklukan akidah Islamiah oleh golongan bangsawan seperti Snouck Hurgeronje ini telah memberikan satu kesedaran peri pentingnya meneliti asas kukuh berlandaskan alQuran dan Sunnah. Scenario penaklukan ini pernah berlaku sebelum kenabian baginda Rasulullah SAW.  Pengetahuan ini penting untuk memperbetulkan amalan seharian generasi kita dalam urusan agama. Misi Vatican yang ingin melihat Umat Islam menyembah berhala ‘tanpa ada objek berhalanya’, bahkan murtad tanpa memakai salib sebagai tanda kita telah menganuti agama mereka nampaknya telah sangat berjaya.

Seluruh umat Islam harus ingat bahawa seorang mubaligh Kristian seperti Snouck sanggup melakukan apa sahaja. Puluhan tahun dia korbankan diri untuk mempelajari ilmu agama dan budaya kita. Sanggup berlakun memeluk Islam, berkahwin dengan wanita Islam, bahkan menggembeling segala tenaga dan usianya untuk berusaha merosakkan akidah umat Islam di Nusantara.

Sebagai balasan, setiap umat Islam seharusnya kembali sedar dari segala lamunan yang telah terhasil dari doktrin palsu hasil usaha si Ulamak Palsu ini. Kita harus sedar bahawa kelalaian ini telah berlaku sejak sekian lama ke atas nenek moyang kita. Ia telah pun menjadi sebati dalam setiap diri umat ini. Tiada siapa menyedari sejauh mana kita telah menyimpang dari akidah asal yang telah di tanamkan oleh pendakwah terdahulu.

Dahulunya nenek moyang kita tidak beragama. Melihat hebatnya amalan ritual dan kebudayaan Hindu lalu mereka memeluk agama itu. Selepas itu nenek moyang kita terpikat pula dengan ketinggian Islam yang telah berjaya menghalau Hinduism dari hidup mereka. Adalah tidak mustahil bahawa nenek moyang kita juga boleh dipesongkan dengan begitu mudah oleh dakyah dan doktrin palsu seperti yang berjaya diterapkan oleh Snouck Hurgeronje ini.

Janganlah tipu diri sendiri bahawa kita sudah tidak lagi mempunyai daya IKATAN, AKIDAH dan KEPERCAYAAN terhadap agama yang cukup kuat lagi dalam urusan hidup sehari-hari. Generasi kita tidak lagi merujuk kepada kejituan ilmu dengan tepat dan yakin dari al-quran dan hadith / sunnah nabi. Walhal, 2 unsur itulah yang telah diwariskan Nabi SAW sebagai rujukan utama untuk setiap perkara oleh sekalian umat Islam terdahulu yang terkenal dengan kehebatan mereka di seluruh dunia.

 

>>>BERSAMBUNG

Rumah Asnaf & Anak Yatim | Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak | Kajian Pembangunan Tamadun Islam Moden