Category Archives: Jenayah Agama

image_pdf

SIRI 21: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN III) – ASOSIASI PENDIDIKAN DAN PENGATURAN GURU ISLAM.

APA YANG TIDAK KENA DENGAN USTAZ AUNI? APA HUBUNGANNYA DENGAN RPWP?

SIRI 20: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN II)

(BAHAGIAN II) – PENGGANTIAN SISTEM WARISAN ISLAM DENGAN WARISAN ADAT DAN PENCELAAN TERHADAP POLIGAMI

APA ADA DALAM MINDA KITA MELIHAT FOTO & MEMBACA BERITA INI?

Perkembangan yang amat membimbangkan

Perkembangan yang amat membimbangkan… Islam itu agama yang menyatukan. Tetapi apa sudah jadi sekarang?

 

SIRI 2: KERUNTUHAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH

SIRI 2: KERUNTUHAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH – MANIPULASI EKONOMI DARI ORANG YAHUDI DAN KEBODOHAN PEMIMPIN ISLAM DI ZAMAN ITU

Gadis 17 Tahun Dipukul Mati Dengan Kayu Baseball Dalam Perjalanan Ke Masjid

 

 

Tragedi yang memilukan ini berlaku pada komuniti masjid yang terletak di Virginia, Amerika. Laporan portal Washington Post memberitahu salah seorang jemaah remaja berumur 17 tahun di bunuh kejam ketika beliau dalam perjalanan untuk ke masjid.

Gadis malang yang bernama Nabra itu di katakan bersama rakannya dalam satu perjalanan namun di ganggu oleh seorang lelaki yang tidak di kenali.Rakan-rakan yang lain sempat melarikan diri namun tidak bagi Nabra.Tidak di sangka kelibat Nabra selepas itu tidak di lihat selepas insiden di ganggu lelaki yang bernama Darwin Manitez pada hari sebelumnya.

Rakan-rakan yang lain telah membuat laporan pada komuniti bahawa mereka di ganggu oleh seorang lelaki yang tidak di kenali namun sempat melarikan diri kecuali Nabra yang tertinggal di belakang. Keesokan harinya,polis membuat carian dan menemui mayat Nabra di dalam sebuah kolam bersama dengan kayu besbol yang di katakan menjadi senjata untuk membunuh mangsa dengan cara memukulnya sampai mati.

Menurut laporan pihak polis juga,motif pembunuhan itu ada kemungkinan atas faktor kebencian. Netizen dan jemaah komuniti masjid berkenaan sangat marah dan sedih atas apa yang menimpa rakan usrah mereka itu. Mereka juga mahukan keadilan di tegakkan atas kematian Nabra.

SUMBER: KISAH DUNIA

Muat Naik Status Di Facebook Dan Menggantung Diri Hingga Mati Kerana Kecewa

Kerana Kecewa Seorang Lelaki Memuat Naik Status Di Facebook Dan Menggantung Diri Hingga Mati

 

Seorang lelaki dilaporkan membunuh diri setelah menggantung dirinya sendiri dan meninggalkan satu nota di Felda Bukit Kuantan, Panching, Pahang, semalam.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Amirul Ismad, 22 tahun, dikatakan telah memuat naik beberapa status sebelum kejadian itu di laman sosial Facebook. Status-status berkenaan telah membuktikan bahawa beliau telah mengalami kemurungan.

Amirul Ismad dipercayai telah membunuh diri kerana putus cinta dan juga kehilangan orang yang disayanginya.

Menurut seorang netizen yang dipercayai rakan Facebook mangsa turut mengakui bahawa beliau ada bersembang dengan Amirul berkaitan dengan status yang ditulis Amirul apabila semua status Amirul seolah-olah menunjukkan Amirul ingin mati.

Walau bagaimanapun, agak mengecewakan apabila sekumpulan netizen menyalahkan ahli keluarga Amirul kerana Amirul dikatakan menghadapi tekanan yang hebat. Namun, beberapa ketika selepas itu, seorang wanita yang dipercayai kakak kepada mangsa memohon agar netizen tidak membuat sebarang komen negatif terhadap mangsa memandangkan mangsa baru sahaja meninggal dunia.

Segelintir netizen turut menyampaikan rasa sedih mereka di atas kejadian yang amat menyayat hati ini berlaku terhadap Amirul Ismad, malah mereka turut mengatakan luahan hati Amirul di Facebook dikatakan tiada siapa pun yang mempedulikannya yang mendorong Amirul bertindak sedemikian.

Imam selamatkan penyerang daripada dibelasah [VIDEO]

 
 
Agensi
 

JIKA bukan kerana imam dan sekumpulan ahli jawatankuasa masjid Muslim Welfare House di utara London melindungi Darren Osborne yang merempuh jemaah pulang dari Terawih Sabtu lalu, lelaki itu mungkin cedera parah dibelasah orang ramai.

Mohammed Mahmoud, 30, yang tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas lelaki itu merempuh orang ramai dengan van, menjerit: ‘Jangan sesiapa sentuh dia’; sambil melindungi Darren dengan bantuan berapa orang lagi.

Darren sudah ditarik keluar dari van dan ketika itu, sedang ditekan ke tanah oleh tiga lelaki, dikelilingi ramai lagi.

“Kami berjaya meredakan kemarahan orang ramai yang mahu bertindak ikut undang-undang sendiri.

“Ketika kami tiba, orang semakin ramai dan mereka cuba memukulnya, sama ada menendang atau menumbuk.

“Dengan rahmat Tuhan kami berjaya mengelilinginya dan melindungi lelaki itu daripada diapa-apakan.

“Kami halang serangan dan asakan dari semua arah,” katanya kepada BBC.

Menurut Mohammed , penyerang itu kelihatan tenang dan dia kendengaran berkata: ‘saya laksanakan tugas saya’.

Menurutnya, mereka menahan sebuah van polis yang melalui tempat kejadian dan menceritakan apa yang berlaku kepada polis.

“Kami berkata: Dia (Darren) sudah ditahan, dia langgar orang dengan van. Orang ramai cuba membelasahnya dan jika anda tidak menahannya, dia mungkin cedera teruk.

“Kami menolak orang ramai sehingga lelaki itu selamat masuk ke dalam van polis,” katanya.

Orang ramai memberkas penyerang sebelum diserahkan kepada polis.

Polis mengesahkan 10 cedera dalam kejadian itu, seorang meninggal dunia dan seorang koma di hospital.

Menurut saksi, dua mangsa diseret di bawah van dan seorang daripada mereka berkemungkinan lumpuh.

Saksi, Rashid Hassan, 47, memberitahu Daily Mail, dia nampak penyerang itu ketika mahu membantu mangsa yang cedera.

“Dia menjerit ‘saya mahu bunuh orang Islam’. Dia kelihatan agresif, berpeluh menjerit.

“Dia cuba lari namun berjaya dikejar empat atau lima lelaki yang kemudian menekannya ke tanah,” katanya.

Adam Kadar, 40, berkata dia dan orang lain memberi air kepada penyerang itu.

“Kami cuba menyelamatkannya dan menenangkan diri tapi dia melawan kami, menggigit dan bertindak agresif.

“Kami cuba menyelamatkannya daripada orang ramai yang marah. Islam tidak mengajar umatnya membunuh orang lain, jadi kami perlu selamatkan dia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2017 @ 5:53 PM

Larangan Solat Ketika Haid Satu Penindasan – Imam Wanita

By Wartawan Menara – June 18, 2017
 
Tiergarten, Berlin: Masjid Ibn Rushd-Goethe merupakan rumah ibadah Islam liberal terbaru di Berlin. Menurut pemimpin kepada 7 pengasas masjid itu, Seyran Ates, masjid ini mengundang semua orang termasuk shiah, sunni, alawi, sufi termasuk golongan LGBT.
 
Kredit gambar, EPA

Tidak perlu menutup aurat dan wanita boleh duduk bersebelahan jemaah lelaki. Masjid ini adalah buah fikiran imam wanita kelahiran Turki, Seyran Ates.
 
Selain daripada menjadi masjid liberal yang pertama, masjid ini juga telah mengharamkam pemakaian purdah di dalam masjid. Menurut Seyran Ates, “Ini adalah atas sebab keselamatan dan juga kami percaya bahawa purdah bukan sebahagian dari agama, akan tetapi merupakan penyataan politik.”
 
Seyran Ates mendakwa beliau mengelakkan diri dari masjid selama ini kerana perasaan diskriminasi di mana beliau tidak dapat solat bersama-sama jemaah lelaki serta perlu menunaikan solat di tempat buruk yang dikhaskan untuk wanita.
 
“Saya rasa didiskriminasi di dalam masjid-masjid di Berlin dan seluruh Jerman kerana tiada solat bersebelahan (lelaki dan wanita), kerana perempuan terpaksa pergi ke bilik yang buruk,” kata Seyran Ates.
 
Masjid yang dibina di tingkat tiga Gereja St. John di Berlin telah memulakan operasi pada Jumaat 16 Jun ini lengkap dengan perlindungan keselamatan daripada pihak polis, membolehkan wanita menjadi imam dan solat bersebelahan dengan lelaki.
 
 
Gereja St. John, Berlin yang menempatkan Masjid Ibn Rushd-Goethe. Kredit Gambar, dw.com
 
Solat Jumaat yang telah diadakan pada julung kalinya dimulakan dengan laungan azan oleh bilal Zuriani binti Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman yang juga merupakan kadi untuk nikah pasangan sejenis dan perkahwinan campuran agama. Beliau yang juga merupakan Presiden Muslim For Progressive Values (MPV-USA), turut mempunyai cabang NGO tersebut di Malaysia yang dibentuk atas nama Komuniti Muslim Universal (KMU).
 
Solat Jumaat ini telah menyaksikan dua orang imam, seorang lelaki Abdel-Hakim Ourghi dan seorang imam wanita bernama Elham Manea. Para jemaah juga tidak dipisahkan antara lelaki dan perempuan malahan jemaah perempuan yang duduk bersama lelaki tidak menutup aurat sama sekali.
 
Dua orang sedang mengimamkan solat pada masa yang sama. Kredit gambar, EPA
 
Elham Manea yang merupakan seorang feminis mendakwa bahawa larangan solat untuk perempuan ketika haid itu adalah simbol ketidaksempurnaan perempuan berbanding lelaki.
 
“Perempuan disuruh untuk solat berasingan dengan lelaki dan menutup rambut ketika solat…dan untuk berhenti solat sewaktu datang darah haid… Kesemua larangan ini diletakkan ke atas perempuan kerana ianya cerminan kepercayaan sosial bahawa perempuan tidak lengkap dan tidak sesempurna lelaki dan tanpa syak lagi tidak berada pada tahap yang sama seperti lelaki,” tegas Elham Manea.
 
Kewujudan masjid ini ditentang hebat oleh pertubuhan-pertubuhan Islam di serata Jerman.

DOA DI MEKAH MAKBUL, ISTERI TAK BERCOLI BERSAMA LELAKI DALAM RUMAH SENDIRI

Lagi tragis, apabila isterinya dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan separuh bogel, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anakApabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”Nauzubillah. Semoga perkara ini tidak berlaku kepada kita mahupun ahli keluarga kita sendiri dan kisah benar ini menjadi pengajaran buat semua.

Sumber: utaranews.com

Pelajar 13 tahun cedera dipukul warden Maahad tahfiz

Ahli lembaga penasihat Darul Tahfiz Ummul Qura, Samad Rahim.

 

SHAH ALAM, May 20, 2017: Sebuah sekolah tahfiz di sini yang dikaitkan dengan kes warden mencederakan pelajar, berjanji tidak akan menyenarai hitamkan pelajar terbabit jika beliau didapati bersalah.

 

Ini kerana, kata ahli lembaga penasihat Darul Tahfiz Ummul Qura, Samad Rahim, mereka percaya setiap individu perlu diberikan peluang ke-2 untuk memperbaiki kesilapannya.

 

“Kita tidak akan senarai hitamkan pelajar ini. Ummul Qura tidak mahu pelajar dia disenarai hitamkan atau gelapkan masa depan dia. Tujuan kita memang hendak perbaiki kehidupan mereka, itu adalah matlamat pertama. Kita mahu mereka berjaya,” katanya.

 

Darul Tahfiz Ummul Qura menjadi perhatian media selepas seorang warden yang juga gurunya didakwa memukul pelajar tingkatan 1 sehingga cedera di rusuk dan lengan, pada 5 petang 10 Mei lepas.

 

Pelajar berusia 13 tahun itu mendakwa dirotan dan ditumbuk pada tulang rusuk sehingga bengkak. Mangsa yang kesakitan menghubungi bapanya dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis keesokannya.

 

Warden berusia 21 tahun itu yang dikatakan baru 3 minggu bertugas sebagai tenaga pengajar, ditahan pada Rabu lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin. Polis berkata, kertas siasatan itu akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya pada Isnin nanti.

 

Mengulas lanjut, Samad berkata, mereka percaya ada hikmah di sebalik kes itu dan akan akur jika pihak berkuasa mendapati ada kesalahan di pihaknya.

 

“Sekiranya pihak kami membuat kesilapan dan memang beliau (warden) bersalah, ia terserah kepada undang-undang. Kita saran pihak keluarga sama-sama lihat perkara ini secara positif. Jangan ada pihak yang teraniaya, tidak kiralah di pihak kami atau ibu bapa.”

 

Katanya, bukan mudah untuk mendidik anak orang lain, justeru masyarakat tidak seharusnya menghakimi sekolah tahfiz menerusi berita sensasi semata-mata.

 

Ibu bapa lepas tangan

 

Samad berkata, sesetengah ibu bapa melepaskan tanggungjawab menjaga anak kepada sekolah tahfiz dan ada pula yang akan menyalahkan pihak sekolah apabila anak mereka ditimpa kecelakaan.

 

“Di sekolah biasa, guru-guru hanya mendidik di waktu siang sahaja, tetapi kami pula 24 jam berada di sisi pelajar, ambil alih tugas ibu bapa.

 

“Kalau ada yang silap, kami terpaksa telan. Kalau ada yang buat salah paling besar sekalipun, kami terpaksa juga didik kerana mereka inilah anak bangsa.

 

“…kalau ada kasih sayang di rumah, jika datang ke Ummul Qura, Insya Allah kerja kami di sini lebih senang,” katanya.

 

Pilihan terakhir ibu bapa

 

Beliau berkata, ada pula ibu bapa yang menjadikan sekolah tahfiz sebagai pilihan terakhir selepas anak mereka dibuang sekolah dan tidak lagi diterima sekolah biasa.

 

“Ada yang dibuang sekolah. Ibu bapa tidak ada tempat mahu mengadu, maka kamilah tempat mereka cari. Bahkan, sesetengah (daripada pelajar itu) tidak lagi mahu terima sekolah (biasa), hanya kita mahu menolongnya.

“Bila kita ambil, ada sesetengahnya bermasalah dan apabila bercampur dengan yang bermasalah sedikit, maka masalah bertambah.”
Masalah kewangan, tiada masa

Dalam pada itu, Samad berkata, kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Ummul Qura menghadapi masalah kewangan dan tiada masa.

[​IMG]
Pengetua Darul Tahfiz Ummul Qura, Abd Rasul Rahman.

“Kebanyakan mereka datangnya daripada keluarga orang susah. Bahkan, ada sesetengahnya bukan susah dari segi duit, tetapi juga susah dari segi masa.”

Sehubungan itu, Pengetua Darul Tahfiz Ummul Qura, Abd Rasul Rahman berkata, mereka hanya mengenakan yuran bulanan RM120 kepada setiap pelajar yang merangkumi tempat tinggal, makan minum selama sebulan, iaitu RM4 sehari.

Katanya, sekolah itu akan menerima semua pelajar tanpa sebarang diskriminasi kerana mereka percaya setiap pelajar akan memperolehi hikmah apabila dikenalkan kepada ayat Al-Quran.

“Kita tidak ada temu bual, kita hanya didik mereka untuk jadi lebih berguna. Bahkan kita ambil yuran lebih kurang supaya tidak membebankan pelajar dan ibu bapa,” katanya yang memaklumkan Ummul Qura kini mempunyai 90 pelajar dan 15 kakitangan, termasuk 10 guru.

Kejadian di Shah Alam itu berlaku tidak sampai sebulan selepas kematian Mohamed Thaqif Amin Mohd Gaddaffi, 11, yang didakwa dipukul pembantu warden di sekolah tahfiznya di Kota Tinggi, Johor, pada 26 April lalu.

Pembantu warden berusia 29 tahun itu dibebaskan pada 3 Mei lalu dengan jaminan bon mahkamah RM20,000, selepas polis mengesahkan kekurangan bukti untuk mendakwanya. – FMT

KUALA LUMPUR, May 17, 2017 : Polis masih cuba menentukan perkara sebenar kes seorang pelajar tingkatan 1 dipukul warden sebuah sekolah tahfiz di Shah Alam baru-baru ini.

Ini kerana 4 individu yang dipanggil untuk diambil keterangan, termasuk warden asrama terbabit, memberikan cerita berlainan.

“Mereka ini disoal siasat sejak semalam. Kita akan siasat bagi menentukan apa perkara sebenarnya berlaku. Ketika ini ia masih di peringkat awal,” kata Ketua Polis Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat ketika dihubungi FMT.

Shafien berkata polis akan mengadakan sidang media Jumaat ini bagi memberi penjelasan lanjut mengenai kejadian itu.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah tahfiz di Shah Alam mengalami kecederaan pada tulang rusuk dan lengan selepas didakwa dipukul warden asrama sekolah berkenaan minggu lalu.

Portal itu juga memuatnaik gambar mangsa menunjukkan kecederaan pada lengan.

Kejadian didakwa berlaku pada 5.00 petang 10 Mei lepas, ketika mangsa dipanggil berjumpa warden. Warden terbabit didakwa bertanyakan pelbagai soalan peribadi, namun mangsa menafikan tuduhan terhadapnya.

Akibatnya, mangsa mendakwa dirotan selain ditumbuk pada tulang rusuk hingga bengkak. Mangsa yang kesakitan menghubungi bapanya dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Keesokan harinya mangsa dibawa ke Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam untuk membuat laporan. Menurut Shafien, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Bapa pelajar berkenaan berkata anaknya pernah dirotan tetapi kejadian 10 Mei itu dilihat tidak sepatutnya berlaku kerana melampau. Beliau juga mendakwa warden cuba meminta maaf dan mahu menanggung kos rawatan anaknya, tetapi beliau tidak dapat menerima perbuatan itu.

Bapa pelajar berkenaan berkata anaknya pernah dirotan tetapi kejadian 10 Mei itu dilihat tidak sepatutnya berlaku kerana melampau. Beliau juga mendakwa warden cuba meminta maaf dan mahu menanggung kos rawatan anaknya, tetapi beliau tidak dapat menerima perbuatan itu.

Kejadian ini merupakan yang terbaharu sebulan selepas Mohamed Thaqif Amin Mohd Gaddaffi, 11, mati selepas dilaporkan cedera selepas didakwa dipukul dengan hos getah oleh pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Johor. – FMT