Category Archives: Parenting – Siri Khas

image_pdf

Peri Pentingnya Ibu Melangkah Ke Syurga

Renungan untuk para anak, ibu dan bapa demi memastikan pembentukan generasi yang berakhlak di masa depan.

Sedikit demi sedikit peradaban kita terhakis sehingga pembaikannya menjadi amat sukar.  Apa pun mengeluh saja tiada gunanya. Setiap diri harus menentukan hala tuju pejalanan agar tapak kaki yang akan diikuti itu benar benar menempatkan anak yang cuba mematuhi perintah Allah untuk meletakkan syurga di tapak kaki ibu benar benar menjadi kenyataan.

Sedang dibincangkan di FB Warga Prihatin. Sila klik untuk mengikutinya.

Semuga bermanfaat. Doa selamat buat seluruh sahabat prihatin sedunia.

 SILA KLIK FOTO DI BAWAH UNTUK MEMBESARKANNYA

lagi Kondom dalam beg sekolah anak

MyMetro

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HULU SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.

Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.

“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.

Faktor persekitaran sumbang zina

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my

TIDAK akan mengandung atau tidak mendapat penyakit kelamin adalah perkara biasa antara tanggapan sempit remaja yang menjadi faktor menyebabkan mereka rela melakukan zina.

 

Ini dibuktikan apabila kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (MPFS) pada 2004 mendapati 2.4 peratus remaja terbabit dengan hubungan seks luar nikah, manakala 13.6 peratus remaja tahu pusat pengguguran, 21.2 peratus remaja mengenali rakan hamil luar nikah dengan 10 peratus daripadanya menggugurkan kandungan.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam kajiannya pada 2005 pula menunjukkan bukti lebih mengejutkan apabila kira-kira 50 peratus remaja yang terbabit seks luar nikah ialah golongan terpelajar iaitu penuntut daripada empat universiti.

Turut membimbangkan, Kementerian Kesihatan melaporkan seramai 1,215 kes HIV membabitkan mereka berusia 13 hingga 19 tahun pada 1986 hingga 2008, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan 65 kes buang bayi dicatatkan dari Januari hingga Ogos 2010.

 Ketua Sub Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pemba�ngunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Hamizah Mohd Hassan berkata, sebilangan remaja tidak berasa bersalah melakukan seks luar nikah kerana menganggap perbuatan itu turut dilakukan rakan lain selain ingin membuktikan cinta.

“Banyak faktor penggalak mereka melakukan salah laku seksual, misalnya faktor biologi iaitu lebih mudah terangsang melakukan seks kerana hormon mendadak tinggi, kurang penge�tahuan mengenai seks, tiada pegangan agama dan nilai murni, tanggapan salah mengenai seks luar nikah dan kurang kawalan serta perhatian ibu bapa,” katanya ketika membentangkan kertas kerja dalam Muzakarah Pakar ‘Menangani Zina dan Pembua�ngan Bayi di Kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah’ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Dr Hamizah yang mengendalikan pusat mesra remaja LPPKN, kafe@Teen berkata, daripada aduan remaja di klinik berkenaan, rumusan mendapati faktor persekitaran sangat menyumbang salah laku seksual.

“Selain tempat hiburan 24 jam menjadi lokasi remaja berlibur, tempat sunyi juga mendorong mereka melakukan hubungan seks. Ada remaja menjadikan tangga kecemasan sebagai tempat berasmara. Remaja juga mudah bertukar bahan pornografi sesama mereka hasil kecanggihan teknologi,” katanya.

Menurutnya, kerajaan perlu mengkaji semula polisi dan undang-undang, mengetatkan penguasaan undang-undang, menyokong agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit selain memberi perhatian khusus kepada penyalahgunaan bahan pornografi, penapisan Internet, bahan yang dipaparkan di media serta pusat hiburan.

Daripada sudut sosiologi, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Abd Hadi Zakaria berkata, masalah sebenar yang hendak ditangani ialah pembuangan bayi dan zina.

“Kalau kita jawab secara mudah, jika kita dapat tangani zina, tidak ada bayi dan kes buang bayi. Pendekatan pihak Barat membenarkan ‘semua boleh,’ tetapi Islam jelas menekankan zina dan buang bayi tidak boleh. Bagaimanapun, Islam memboleh�kan kita memelihara anak tidak sah taraf dengan syarat tertentu seperti tidak layak menerima harta pusaka,” katanya.

Menurutnya, zina mudah berlaku apabila lelaki dan wanita berduaan di tempat sunyi selain program yang menemukan atau terdapat percampuran lelaki dengan perempuan.

“Pasangan yang ingin melakukan hubungan seks akan mencari kesempatan. Dalam satu kes berlaku di luar bandar, seorang remaja lelaki yang sudah berhenti sekolah rajin ke surau. Dalam perjalanan pulang, dia akan singgah ke rumah teman wanitanya, pelajar tingkatan empat yang tinggal dengan nenek. Teknik digunakan ialah masuk ke rumah berkenaan dari lantai papan, terus ke bilik gadis itu,” katanya.

Beliau berkata, senangnya memperoleh kondom dan alat cegah kehamilan di kedai 24 jam turut menyumbang terjadi zina berikutan remaja menggunakannya bagi mengelakkan hamil.

“Kita juga perlu mengawal stigma anak tak sah taraf. Remaja membuang bayi luar nikah kerana ingin menutup malu. Apa dosa anak yang lahir daripada tidak sah taraf? Mengapa hendak buang sedangkan Islam sendiri membenarkan memelihara anak tidak berdosa itu,” katanya.