Category Archives: Parenting – Siri Khas

image_pdf

Suratan atau Kebetulan : Kisah Orked (5 tahun) serah seluruh simpanan dan duit rayanya untuk kos perubatan asnaf.

jiwaprihatin
Sejak 2 hari lepas, seantero negara digegarkan dengan kisah viral anak kepada jurugambar terkenal Malaysia (Saiful Nang) yang bernama Orked menyumbangkan 100% tabungan dan duit raya untuk perubatan seorang asnaf. Ayahanda Orked dan bondanya yang merupakan seorang Pensyarah Kanan di UPM, Dr. Intan Salwani (Ph.D, Cambridge) sama-sama menahan hati meletakkan anakanda tercintanya di sebuah rumah anak yatim dan asnaf. Rumah itu ialah rumah kami, Rumah Pengasih Warga Prihatin.

Puluhan mesej-mesej menerjah ruang inbox kami bertanyakan tentang fundamental dan kaedah pendidikan kepada anak ini kerana apabila ditanya kepada Saiful Nang sendiri, beliau hanya menjawab “Itu semua pendidikan di Prihatin”.

ORKED BUKAN KES TERPENCIL DI PRIHATIN.

Mak ayah anakanda kami Si Orked ni bukanlah calang-calang orang. Cucu kepada mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y.Bhg Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon. Neneknya pula pendidik. Atuk dan nenek sebelah bapanya adalah petani Jawa yang miskin tetapi sangat rajin lagi sangat beradab. TETAPI kelebihan itu digandakan dengan lingkungan rakan-rakannya yang sama-sama kami bentuk keprihatinannya.

Lihat dalam foto ini sahaja, sebahagian dari anak-anak kami yang merupakan rakan baik Orked. Hanya kebetulan cerita Orked dikeluarkan oleh ayahnya di facebook beliau yang sangat ramai peminat. Jika kami secara ringkas kenalkan, dari kiri sekali bernama Ain. Ain Mardiyah merupakan anak kepada seorang ustaz dan Ain diwakafkan ke rumah ini bersama-sama ibu bapanya menjadi sukarelawan yang mewakafkan harta dan dirinya sepenuh-penuhnya sebagai pekerja tanpa gaji (kebajikannya semua di bawah RPWP).

Diikuti oleh Dania (bertudung ungu), anak seorang bankers Affin Investment yang juga telah bersama pembinaan RPWP darihari pertama lagi. Bapa dan ibunya sanggup menyerahkan segala-galanya untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Hatta, selepas mereka meletak jawatan di tempat kerja mereka, kedua ibu bapa Dania mewakafkan diri melakukan tugas pembinaan dan penjagaan anak yatim dan asnaf di RPWP. Bapanya dari berkulit cerah sehingga hitam, dari kulit tangan lembut kini dah kematu dek kerja berpanas, berat, bermain dengan konkrit, batu dam bahan-bahan binaan. Jika bapanya sanggup lakukan sebegitu, anaknya pula Dania memberikan 100% yang anak kecil ini ada untuk perubatan Mak Sofiah mereka.

Di sebelah Dania pula ialah Abdah. Kisah ayah dan ibunya pernah kita jadikan satu cerita viral yang boleh anda rujuk di pautan ini http://prihatin.net.my/2013/07/13/yazid-majid-the-unsung-hero-cerita-ketaatan-isteri-anak-anaknya/

Sebab itu Abdah mampu juga memberikan segala yang ada di tabungan kepada Mak Sofiah.

Seterusnya Orked (bertudung coklat cerah) dan kami rasa anda dah baca cerita itu. Jika belum, masih boleh menyertai sekitar 350,000 orang yang telah membacanya di pautan ini http://prihatin.net.my/2013/08/21/testimonial-pendidikan-anak-dengan-konsep-sibghatullah-di-rumah-pengasih-warga-prihatin/ dan juga di fb kami.

Seterusnya Kamarina (Kak Q) yang menghidap autism, Alisya (tudung merah jambu) dan Ali Imran keseluruhannya memberikan 100% simpanan mereka. LEBIH CANTIK LAGI IALAH KEPUTUSAN UNTUK MEREKA BERIKAN 100% ITU DATANG DARI PERBINCANGAN DI KALANGAN MEREKA SENDIRI (Patutlah kami nampak selepas program takbir raya yang lepas, mereka duduk dalam bulatan untuk satu meeting pendek sekitar 5 minit). Rupanya, keputusan SYURO mereka itu adalah untuk sumbangan 100% itu.

BUKAN SATU KEBETULAN DAN TIDAK TERJADI TANPA SENGAJA.

Konsep pendidikan di Prihatin, kami menggunakan teknik USWATUNHASANAH. Jika anak-anak ini, idola terdekat mereka ialah ibu bapanya sendiri. Mereka melihat ibu bapa mereka berkorban harta, mereka juga berkorban harta tanpa disuruh. Mereka lihat ibu bapa mereka melakukan syuro setiap hari, mereka juga lakukan syuro juga. Mereka lihat ibu bapa mereka yang kaya dan miskin semuanya saling bahu membahu mengangkat batu, konkrit, kayu, besi untuk membangun sarana di Prihatin, mereka juga tanpa disuruh melakukan kerja-kerja pada kemampuan mereka. Yang jutawanpun letak anak bukan main tinggal sahaja, tetapi mereka sama-sama membangunkan rumah kami ini bersama-sama

Ramai ibu dan bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke sini. Kami terima tidak kurang 30 permintaan dalam tempoh 2 hari ini sahaja. Mereka sanggup bayar walaupun dengan harga yang tinggi. Kami cuma katakan, kami masih belum bersedia. Dan kami yakin juga, ramai ibu dan bapa diluar sana juga masih kurang bersedia.

Jika benar, sanggupkah mereka bersama-sama dalam pembangunan sarana di Prihatin. Sanggupkah mereka juga ditegur seperti mana kami menegur anak mereka? sanggupkah mereka berkorban masa untuk beri komitmen pembangunan akhlak dan sahsiah anak-anak yang lain di sini?

Mungkin ia tidak semudah itu meninggalkan anak kesayangan kita pada tangan orang lain tanpa memberi komitmen (atau sekadar komitmen wang ringgit sahaja) tetapi mahukan akhlak anak terbentuk seperti akhlak sahabat dan anbiya. Kerosakan telah berlaku banyak diluar, harta sepenuh bumi pun tak mampu memperbaikinya.

KONSEP SIBGHATULLAH

Sibghah Allah ini seperti satu rendaman dalam lingkungan yang kita mahukan anak-anak kita menjadi. Malah mereka akan lakukan lebih baik lagi. Nabi Sulaiman telah mengikuti Nabi Daud A.S berperang dari usia kanak-kanak lagi. Walaupun tidak ikut berperang, Nabi Sulaiman a.s mampu untuk memerhati segala kerjabuat bapa dan tenteranya berperang. Segala silap laku dan strategi mampu baginda lihat dari sudut pemerhati. Sampai ketika baginda dewasa, ketika itu segala kehebatan dan kebijaksanaan baginda sehingga jin pun sanggup tunduk pada baginda.

Kami “rendamkan” anak kami dalam lingkungan yang kami kawal. Lingkungan ilmu setiap masa (bukan jadi ulat buku). Setiap yang terjadi akan ada syuro mereka untuk membincangkannya. Hatta, isu tadika juga mereka bincangkan dalam syuro mereka. Kami tak ajar mereka syuro, tetapi mereka mengikuti sistem abang dan kakak yang besar bersyuro, ibu-ibu bersyuro, bapa-bapa juga bersyuro.

PEPATAH ORANG PUTIH BERKATA : DON’T TEACH YOUR CHILDREN WHAT TO DO, THEY WILL NOT DO.  SHOW THEM HOW YOU DO IT AND THEY WILL COPY”

Gamaknya, orang putih lagi cekap pula konsep sibghatullah ini. Untuk jadi insan hebat, pendidikannya bermula 100 tahun sebelum kelahiran (hadis). Masakan kita mampu lawan jika kami pun baru mulakannya pada anak-anak ini seawal dalam kandungan. InsyaAllah, anak-anak ini nantilah yang bakal melahirkan zuriat-zuriat hebat yang bakal menerajui dunia.

Diharap dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi idea kepada anda semua. Untuk kami ceritakan keseluruhan pendidikan parenting kami di sini, mungkin akan makan ribuan mukasurat 🙂

Salam prihatin
WARGA PRIHATIN

Bagaimana membuat anak kecil mampu berdakwah dengan berkesan

jannahYa Allah ampuni kami jika apa yang kami buat ini boleh menghapus amal kami. Jauhi kami dari sebiji sawi sekalipun rasa riak. Kami Sekadar ingin menanamkan minat manusia terhadap RUBUBIAH Mu Ya ROB.

Jika pahala itu hilang tidaklah kami berdukacita kerana bukan pahala yang kami cari, tapi janganlah ditarik nikmat redha dari Mu ya Allah. Kami sangat menginginkan REDHA MU, Teramat sangat menginginkannya.

DAKWAH MELALUI USWAH

Dulu kami tidak perasan sangat kesan `sampingan’ seperti ini, KAMI Cuma buat saja apa yang kami pakat-pakat bincang yang terbaik untuk menyelamatkan anak didik, anak jagaan dan anak-anak kami sendiri. Kami hanya gembira melihat hasil dari apa yang kami buat, apa yang kami didik, apa yang kami aturkan untuk anak-anak kami..

Tapi sejak akhir-akhir ini, banyak kami terima maklumat profile rakan kami di jadikan contoh kepada anggota jabatan & pekerja syarikat. Profile anak-anak kami di jadikan contoh para pelajar sekolah, malah ada yang di PINNED di fb Rasmi Universiti supaya ramai yang perasan. Banyak ibu bapa tag dan share kisah anak-anak kami untuk mendidik anak-anak mereka.

Pagi ini kami Share satu post kisah ‘Akhlak Prihatin’ seorang anak bernama Orked yang Subhanallah menerima 5,624 Likes, 2,360 share, 603 komen dan Alhamdulillah, 201,856 Views hanya selepas 19 jam (belum pun sampai sehari). Itu tidak termasuk 236 Likes, 3,290 Views, 95 share di fb Warga Prihatin ini.

Anda boleh lihat sendiri Artikel ringkas itu di portal kami bertajuk “Testimonial Pendidikan Anak dengan konsep `Sibghatullah’ di Rumah Pengasih Warga Prihatin”

http://prihatin.net.my/2013/08/21/testimonial-pendidikan-anak-dengan-konsep-sibghatullah-di-rumah-pengasih-warga-prihatin/

atau di fb melalui link berikut,

Salah seorang dari anak didik kami. Kisah Orked kini jadi tauladan kepada ramai. Anak jutawan fotografi terkenal, Saiful…

Posted by Warga Prihatin on 20hb Ogos 2013

Dicelah celah itu juga kami terjumpa gambar ini. Alhamdulillah, rupanya ini juga telah memberi banyak kesedaran tanpa di paksa paksa terhadap orang tua. Anak ini belum pandai berkata2, tapi pakaiannya mampu membuat orang berkata-kata. Adakah ini hakikat isa yang mampu berdakwah sejak kecil? Menampakkan sesuatu kepada si Buta? Mengubati hati orang yang Sakit? Menghidupkan orang yang MATI?

Subhanallah, Pernah kami lihat gambar ini satu ketika dulu namun kami tidak perasan. BERDETIK JUGA ADAKAH INI ANAK KAMI SECARA SEKALI IMBAS. Kami sensitif kerana warna bajunya serupa namun kerana POSTING gambar tidak dari kalangan Warga Prihatin dan gambar sudah di edit, kami tidak menjangka itu anak anak jagaan kami. Hari ini terlihat komen dan disebutkan nama anak dan Warga Prihatin sekali… Subhanallah 3x.

Kesimpulannya ialah, rupanya kaedah paling berkesan dalam urusan dakwah ialah USWAH. Rasulullah dahulu awalnya di baling batu sehingga berdarah dahi, patah gigi. Baginda juga sering diludah, dibaling pasir atas kepala, bahkan diperintah BUNUH oleh Abu Jahal sehingga terpaksa lari malam dan tinggalkan kampung halaman. Caci cerca tak perlulah nak diceritakan.

Namun apabila baginda berjaya menzahirkan USWAH terbaik hasil BIMBINGAN ALLAH, semua yang tidak peduli datang mencari, yang mencaci yang memusuhi datang berlutut, yang tidak mahu beriman sanggup bayar jizyah, pemerintah yang sombong turut mengguna pakai sistem Islam anjuran baginda dan lain-lain lagi.

Benarlah Firman Allah. Surah 33. Al Ahzab21.

“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari akhirat(kiamat) dan dia banyak menyebut Allah.

Nota: Rahmat Allah adalah berupa petunjuknya. HAKIKAT Hari kiamat ialah hari BANGKIT nya Islam (KIAM). Hari AKHIRAT ialah hari berakhirnya kekejaman, kebuntuan, kejahilan, kegelapan dan kebejatan Akhlak manusia. Jika kita gagal atau tidak peduli untuk ikut meng KIAM kan Islam sewaktu hayat kita, PASTI kita akan sengsara di hari KIAMAT yang satu lagi. Begitu jugalah dengan hakikat AKHIRAT.

Surah 98 AL BAYYINAH (BUKTI),
Ayat 1. Tidaklah Orang-orang yang kafir, dari kalangan ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ikut menginfak (munfik) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata.

Hasil Iqra’ dari kami golongan yang asalnya jahil, buta huruf dan bingung ini ialah, manusia kini ketandusan USWATUN HASANAH ketandusan contoh untuk ditiru. Baru kami sedar rupanya itulah SATU-SATUNYA kaedah berdakwah paling berkesan. Iaitu menunjukkan kebenaran dengan sabar melalui perlaksanaan, bagi membuktikan kaedah kita itu terbaik. Tidak perlu marah dan kecewa jika ia ditolak oleh bijak pandai sebelum bukti nyata berjaya di nampakkan.

Selama ini dakwah kita banyak disalur melalui ceramah politik, tulis buku, kitab, cerpen dan artikel berjela jela, buat seminar, bengkel dan forum. Hakikatnya ramai yang berkata pun tidak mampu menunjukkan bukti, dan kita terkapai-kapai bingung semula. Yang menganjurkan wakaf tidak ikut wakaf, yang mengajak orang bersedekah masih kedekut, yang menyuruh orang berpuasa masih pakai ferarri, yang suruh berbaik dengan isteri masih menampar anak isteri, menambah isteri dan macam macam lagi.

Taqobbalallahuminna wa minkum (Semuga di makbulkan Allah dari (doa) kami dan doa kalian).

Wajalana waja’alakum minal Eidiin Wal Faaiziin. (Dan dijadikan kami dan dijadikan anda dari kalangan orang yang kembali (kepada fitrah agama) dan orang yang berjaya).

Perkongsian kesyukuran
WARGA PRIHATIN.

Testimonial Pendidikan Anak dengan konsep Sibghatullah di Rumah Pengasih Warga Prihatin

Kami petik artikel ini dari laman facebook salah seorang pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin sendiri. Ini adalah satu testimonial besar tentang kelainan sistem pendidikan yang kita perkenalkan dengan konsep SIMBGHATULLAH. Alhamdulillah, jika itu datang dari Allah, pasti hasilnya yang baik sahaja.

Hayati artikel di bawah ini yang dibaca secara viral oleh 250,000 pembaca hanya dalam tempoh 5 jam sahaja di Facebook beliau. Subhanallah

orked
HADIAH HARIJADI ANAKKU

Anak pertama saya bernama Orked. Lahir pada 20 Ogos 2008. Permata hidup saya dan isteri. Masih teringat panggilan telefon dari isteri mengatakan Orked jatuh dari walker dan dikejarkan ke hospital dan menerima 5 jahitan di dahi cukup buat jantung terasa nak gugur. Anak ini mahu kami jadikan istimewa sekali.

Sudah 5 tahun berlalu, saat kelahiran Orked. Dalam hati saya telah saya fikirkan biarlah anak ini membesar menjadi pembela dan serikandi agama, nusa & bangsa. Semenjak umur 2 bulan, Orked diletakkan di bawah penjagaan ibu-ibu, bapa-bapa dan adik beradik asnaf dan yatim di RUmah Pengasih Warga Prihatin setiap hari dan hanya pulang ke rumah pada malam hari sahaja. Saya menerima tentangan dari beberapa orang rapat saya mempersoalkan mengapa saya korbankan kehidupan anak itu di tempat anak yatim dan asnaf yang serba kekurangan itu?

Saya tetap berpegang, untuk anak ini belajar menjadi yang istimewa. Jika pembentukannya sama seperti orang lain, masakan ia mampu jadi pembela luarbiasa kelak. Tiada Barbie Doll, Hello Kitty, Dora, Barney dan apa-apa lagi ikon kanak-kanak yang menjadi aksesori permainan Orked. Hanya mainan terpakai sahaja yang ada.

Zaman kanak-kanak Orked dan rakannya seperti telah berakhir dengan cepat. Orked kata dia nak jadi “Kakak Besar”. Dalam roll call dan juga ikrar harian, Orked sering memberitahu yang ia mahu cepat-cepat besar dan menjadi seorang yang hebat pada masa akan datang. Orked kadangkala nak jadi seorang Doktor, kadangkala nak jadi seorang Pensyarah seperti ibunya dan adakala nak jadi seorang usahawan seperti bapanya. Tetapi apapun cita-citanya, apabila ditanya apa yang mahu dibuat dengan kerja-kerja itu, Orked menjawab Orked mahu TOLONG ORANG SUSAH.

JIWA SUKARELAWAN

Terus terang, ia bukan perkara mudah untuk saya sendiri mendapatkan sedikit jiwa sukarelawan yang sanggup bersusah payah untuk orang lain ini. Ia terbentuk dari ibu dan juga ayah saya. Saya akui juga tidak mudah untuk saya didik isteri saya untuk mendapatkan jiwa sukarelawan seperti sekarang. Ia berlaku peringkat demi peringkat. Rupanya, anak saya mendapatkannya dengan mudah semenjak dari kecil lagi melalui lingkungannya di Prihatin.

Hadiah Harijadi ke-5 ini, Orked hanya minta diizinkannya untuk menyerahkan kesemua duit raya dan tabungannya itu kepada Mak Sofiah Wali (salah seorang ibu asnaf di Prihatin) bagi menampung kos pembedahan lutut beliau.

Sebagai bapa, saya tersentuh dengan izin yang diminta itu. Apa lagi yang saya mahukan dari seorang anak? saya ada harta yang cukup, saya mampu berikan anak saya kemewahan tetapi jiwa murni atas niat membantu orang lain sehingga berhabis-habisan itu satu perkara yang paling indah dalam hidup saya.

Saya mampu bawa Orked ke Disneyland setiap tahun, saya mampu bawa Orked melancong ke luar negara, saya mampu bawa Orked membeli belah pakaian berjenama, saya mampu belikan koleksi Mattel Barbie Doll, saya mampu bawa Orked ke Kidzania setiap minggu, saya mampu bawa Orked makan makanan terbaik di Kuala Lumpur tetapi jiwa luhur begitu tak mungkin saya dapati pada diri anak kecil itu jika saya berikan kesemua yang saya sebutkan itu.

Orked hanya mengikuti rombongan berziarah Warga Emas di Melaka, Perak dan Selangor sementara rakan yang semampu bapanya sedang bercuti di Disneyland. Orked pakai pakaian dari kotak-kotak yang disumbangkan oleh orang ke Prihatin sebagai pakaian yang disukai (jika dibelikan yang elok dan baru, dia jadi malu kerana tak sama dengan rakan lain), Orked makan nasi kawah beras hancur bersama anak-anak yatim dan asnaf yang daif ketika rakan semampunya sedang menikmati makanan di McDonald’s dan A&W. Memang sebagai bapa saya kena tahan hati dengan semua itu.

Orked berkawan dengan orang-orang kurang bernasib baik dan saya bersyukur, itulah sumber keprihatinan Orked. Lingkungan Orked bukan kemewahan harta, permainan, baju berjenama tetapi kasih sayang dan ilmu.

Sebesar 5 tahun juga, Orked sudah kenal nilai wang ringgit. Tetapi saya bersyukur kerana Orked lebih menilai kemanusiaan berbanding nilai ringgit itu untuk dirinya. Orked saya didik menabung dari umur 3 tahun dan saya berikan Orked inspirasi untuk dia kumpulkan wang bagi membeli sesuatu yang dia mahukan. Orked mahukan sekeping puzzle besar 1000 potongan yang berharga lebih RM100. Saya mampu belikannya tetapi saya mahukan Orked merasakan sendiri itu adalah hasil simpanannya sendiri.

Benar, saya mampu mendidik anak saya menabung dan berjimat, tetapi saya lebih bersyukur kerana pelajaran yang terbesar bukan hanya sikap menabung itu. Saya terlupa ajarkan Orked sesuatu yang lebih berharga sehingga ia terjadi sendiri di hadapan mata saya. Selepas izin diberi, Orked dan sekumpulan kawan sebayanya di Prihatin membawa wang tabungan masing-masing dan membuat penyerahan kepada Mak Sofiah yang akan menjalani pembedahan keduanya minggu hadapan.

Ketika itu saya sedar, dan saya senyum dan tidak salahlah saya meletakkan anak saya membesar di Rumah itu. Sebuah rumah yang kelihatan kekurangan sarananya tetapi kaya dengan kasih sayang. Antara impian peribadi dan kasih sayang, mereka pilih kasih sayang. Saya mahu Orked begini. Jikalah Orked memilih untuk kemahuan peribadi berbanding kasih sayang, saya rasa hampir pasti saya dan isteri akan mengakhiri hayat di rumah jagaan orang-orang tua. Tetapi jika Orked meletakkan kasih sayang melebihi kepentingan peribadi, saya dan isteri mampu tarik nafas lega.

Air mata mengalir melihat proses kedewasaan anakku yang baru berusia 5 tahun pada hari ini. Hanya satu hadiah harijadi yang diminta sebelum harijadinya. Bukannya permainan mahal, bukannya kek bertingkat, bukan juga trip ke Disneyland tetapi HANYA keizinan untuk memberikan keseluruhan tabungannya kepada orang yang lebih memerlukan. Walaupun tindakan itu terpaksa mengorbankan impiannya sendiri.

Saya hanya mampu ajar Orked menabung, tetapi di Prihatin, Orked belajar tentang nilai kasih sayang dan kemanusiaan.

Kita kadangkala lupa, dunia jadi huru hara apabila “Kasih sayang” menjadi lebih murah berbanding “agenda peribadi”.

SAIFUL NANG
Daddy Orked.

Video Orked Akad Tabungannya kepada Mak Sofiah
Posting Tentang Mak Sofiah Wali 1
Posting siapa Sofiah Wali 2

Tertib Beraya Terbaik Masyarakat Jawa

WALL JAWA Mari kita sambung artikel tentang adab Orang Jawa semasa beraya yang kami ceritakan dalam artikel lepas bertajuk BUDAYA ISLAMIK JAWA BERAYA. Kami rasa banyak kebaikkan kita kongsikan amalan ini, khusus bagi mereka yang bakal hidup bersama dengan masyarakat dan keluarga Jawa. Samada atas alasan perkahwinan atau sosiologi  berjiran. Atau sekurang-kurangnya untuk menanam budaya terbaik ke dalam generasi Muslim keseluruhannya di masa depan.

Adab sangat dititikberatkan dalam amalan beraya secara tradisi masyarakat Jawa. Pada hariraya pertama dan minggu pertama, Biasanya yang muda akan menziarahi semua sanak saudara yang lebih tua, bermula daripada anak ziarah ibu bapa & datuk nenek, adik beradik, pakcik dan makcik dan seterusnya sepupu yang lebih tua.

Anggota keluarga mengambil giliran memohon maaf kepada yang lebih tua.
Gambar Hiasan : Anggota keluarga mengambil giliran memohon maaf kepada yang lebih tua.

Beberapa hari sebelum raya pula, sesama adik beradik, bagi keluarga yang besar atau bersama jiran penduduk kampung biasanya bergotong-royong secara bergilir untuk mengacau dodol di rumah beberapa orang tua terpilih sebagai host. Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan bekalan lebih, mereka akan turut menyumbang bahan mentah tambahan. Semua kerja termasuk mencari kayu api, memarut kelapa dan memerah santan dikerjakan bersama. Setelah dodol masak (biasanya sekitar 8 jam mengacau), setiap orang yang turutserta akan dibekalkan dengan dodol yang telah siap sebagai buah tangan, sehingga raya cukuplah bekalan dodol yang terkumpul untuk keperluan keluarga kecil itu secara kolektif dari aktiviti gotong royong tadi.

Amalan bergotong royong mengacau dodol & memantai memasak juadah hari raya seperti lemang, ketupat dan lauk pauk.
Amalan bergotong royong mengacau dodol & memantai memasak juadah hari raya seperti lemang, ketupat dan lauk pauk.

Di petang terakhir Ramadhan, mereka akan memantai, bergotong royong menyediakan juadah raya seperti ketupat, lemang dan lauk pauk sesama keluarga yang ada. Biasanya mereka tidak tidur di sepanjang malam raya. Sebelum ke masjid di awal pagi raya, wakil keluarga yang lebih muda akan menghantar juadah raya berupa lemang, ketupat, rendang, lodeh dan lain-lain kepada orang-orang tua yang dihormati di kampung itu. Tradisi ini di panggil `MEMUNJUNG’.

Hampir kesemua jenis juadah pagi raya yang dimasak oleh keluarga muda akan di agihkan kle rumah warga tua, tanpa mengira pertalian darah dan keluarga sebagai tanda hormat dan ikatan kasih sayang.
Hampir kesemua jenis juadah pagi raya yang dimasak oleh keluarga muda akan di agihkan kle rumah warga tua, tanpa mengira pertalian darah dan keluarga sebagai tanda hormat dan ikatan kasih sayang.

Usai solat sunat Aidilfitri, keluarga akan berkumpul dan mengambil giliran saling bermaaf-maafan. Ia dimulai dari isteri kepada suami, anak-anak kepada ibu bapa masing-masing. Kemudian beralih sesi bermaafan antara anak yang paling tua kepada ibu bapa, cucu-cucu yang paling tua diikuti dengan yang lebih muda kepada datuk nenek. Seterusnya di ikuti sesama adik beradik, dimulai dari yang muda kepada yang lebih tua.

Berikut adalah beberapa adab bersalam dan situasi ketika memohon maaf,

  1. Yang muda memohon maaf kepada yang tua terlebih dahulu secara bergilir. Yang terakhir bermaafan ialah yang paling tua.

    3955890310_e53d999119
    Gambar Hiasan : Maaf bermaafan di hari raya cara Orang Jawa
  2. Adab mesti berpakaian sopan, termasuk bertudung dan bersongkok.P8300324
  3. Posisi duduk bertemu lutut atau lebih rendah dari yang tua dan membongkok merendah diri. Samada muka bertemu telinga untuk memudahkan pendengaran atau tunduk hingga muka merendah di bawah paras bahu sambil KEDUA BELAH TANGAN bergenggam salam dengan erat.61256_580867311954819_2036935864_n
  4. Dimulakan dengan lafaz selawat, ucapan hari raya dan diikuti permohonan maaf untuk diri sendiri, juga mewakilkan diri untuk memohon maaf bagi pihak isteri & anak-anak, sekalipun mereka juga ada di situ ketika itu. Ini menampakkan yang mereka bertanggungjawab terhadap perbuatan anak isteri mereka.rayalepas3.jpgb
  5. Bagi yang memohon maaf (yang muda) merapatkan muka ke telinga sambil berdakapan atau merapatkan muka ke sisi pinggang yang tua sambil meluahkan kata-kata dengan sangat lembut, sayu dan syahdu, seakan akan berbisik.DSC_1848
  6. Bagi yang mendengar (yang tua) akan mendengar dengan khusyuk, sekali sekala berbalas kata, seolah-olah mereka sedang berbincang panjang.raya20097
  7. Biasanya sesi itu agak panjang, bagi peringkat veteran, ia boleh sepanjang 15 minit dan diiringi dengan esak dan tangis penuh keinsafan dalam ikatan kasih sayang.100_2406

ANTARA LAFAZ SEWAKTU MEMOHON MAAF

  • Auzubillahi minasyaitoonirrojiim
  • Bismillahirrohmaanirrohiim
  • Allahumma solli Ala Sayyidina Muhammad, waala Aali Muhammad,
  • Kama sollaita ala Ibroohiim wa’ala Ali Ibrohim
  • Astaghfirullah al-aziim 3x
  • Allazi la ilaaha illa huwalhayyulqoyyum wa’atuubu ilaik
  • Allahuakbar3x Walillahilhamdh
  • Assalamualaikum bapak
  • Saya sekeluarga ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri
  • Taqobbal minna wa minkum
  • Wajaalna wajaalakum Minal Eidin Walfaaiziin
  • Sempena hari baik bulan baik ini, Saya bagi pihak diri selaku orang muda yang lemah dan lalai ingin memohon ampun dan maaf sebanyak banyaknya, dari hujung rambut sampai hujung kaki, awal ke akhir, dari dulu hingga kini. Mohon di ampun segala dosa, zahir dan batin, samada yang kecil atau yang besar, yang nyata atau yang tersembunyi, (ada kalanya mereka menyatakan beberapa kesilapan yang mereka sedari telah dilakukan secara spesifik satu demi satu).
  • sedikit lafaz dalam bahasa Jawa ialah “KELUPATANE KULO, PIRANG-PIRANG LUPUT, NJALOK DHI NGAPURO, LAHIR BATIN, AWAL AKHIR, YO SAK ANAK BOJO KULO SEKABEHANE, NJALOK DHI NGAPURO”
  • Saya juga Mohon di halalkan dunia akhirat akan segala harta anak adam yang terambil, termakan dan terminum, samada secara sedar maupun tidak.
  • Saya mewakili isteri dan anak anak saya, juga mohon di ampun segala kesalahan mereka, juga minta dihalalkan dunia akhirat segala yang terambil termakan dan terminum.

USAI SESI LAFAZ MAAF DARI YANG MUDA, YANG TUA PULA AMBIL GILIRAN.

  • Mengulangi pembuka kata seperti di atas, iaitu berupa selawat, istighfar dan lain-lain.
  • menyatakan rasa kesyukuran kerana diingati, diziarahi dan merasa dihormati.
  • Menyelitkan beberapa nasihat berguna kepada yang muda
  • Menutup sesi itu dengan doa selamat dan doa hari raya
  • Sebelum berhenti mereka akan berpelukan, berkucupan penuh kesyahduan dan biasanya diiringi dengan isak dan tangis.

Sebagai perbandingan kami nyatakan juga pantang larang dalam tradisi budaya beraya masyarakat Jawa yang kini sedang berleluasa. Antara contohnya,

  1. Permohonan maaf adalah satu luahan berbentuk sesalan dan kesyahduan, tidak wajar kita luahkan sambil tersenyum atau ketawa tersengeh-sengeh. Orang Jawa tidak suka gelagat yang tidak serius ketika bersalaman memohon maaf, mudahnya sambil tersengih gedik dan mengada-ngada.

    photo-134
    Gambar Hiasan : Contoh yang kurang disukai oleh orang-orang tua Jawa apabila pernyataan maaf itu tidak dilakukan secara serius
  2. Tidak merendahkan diri. Contohnya muka kita lebih tinggi dari orang tua yang sedang kita pohonkan maaf darinya. Apatahlagi budaya berdiri, keberatan untuk tunduk, bersalaman dengan cara menarik tangan orang tua ke muka kita  – lihat gambar hiasan.

    maaf-maafan
    Gambar Hiasan : Bersalaman sambil berdiri dan menarik tangan orang tua ke atas dan bukan kita membongkok untuk tunduk itu bukan sahaja buruk pada masyarakat Jawa tetapi juga buruk untuk masyarakat Melayu.
  3. Pantang bagi Mana-mana ahli keluarga yang bersembunyi, tidak keluar bersalaman dan bertegur mesra mengalukan saudara mara yang hadir dan tidak keluar memohon maaf dan meraikan kepulangan sanak saudara yang datang beraya. – Inilah budaya yang sangat serius kami perhatikan saat ini.

    Salaman
    Gambar hiasan
  4. Pantang bagi tetamu meminta juadah yang bukan-bukan atau duit raya (kini sebahgian besar Masyarakat Jawa pun sudah terikut-ikut). Ada klip video lagu nasyid tradisi Baraan yang sering dinyanyikan oleh Warga Prihatin ketika bertandang. Akan kami uploadkan Insyaallah. Antara liriknya ialah “..Kepada Tuan rumah Jangan bersusah payah, bukannya kami mengharap juadah, tali silatulrahim kita sambungkan, sunnah-sunnah nabi kita laksanakan…”

    5004025701_26ee2b0de5_b
    Gambar Hiasan : Pantang bagi tetamu (dayoh) minta duit raya ataupun makanan. Tetapi, pantang juga untuk tuan rumah membenarkan tetamu pulang tanpa menjamah.

Kami berjaya mengumpul beberapa klip rakaman video lama VHS yang sudah kami digitalkan dari beberapa co-founder dari suku Jawa. Insyaallah akan kami edit dan paparkan agar kita dapat meneliti dan mengambil sedikit pelajaran untuk memperbaiki atau membentuk peradaban terbaik generasi kita di masa depan.

Hasil Iqra’ dan Perkongsian

WARGA PRIHATIN

*baca juga artikel BUDAYA JAWA BERAYA

Video Doa & Akad Anak RPWP waktu serah Duit Raya untuk Pembedahan Mak Sofiah


Tidak di sangka rupanya sewaktu anak-anak memerhatikan 10 pendokong RPWP mengakadkan sedekah INFAK, 10% dari pendapatan bulanan mereka untuk membangun RPWP di setiap hujung bulan, anak-anak ini telah menanam azam untuk melakukan sendiri akad itu apabila ada peluang. Oleh kerana itu Orked menangis-nangis minta di ajar lafaz akad dan telah berjaya membacakan sendiri akad beliau semasa menyerahkan duit rayanya sebagai DERMA perubahan Mak Sofiah.

Bukan jumlah RM yang harus kita nilai, namun benih sifat KEPRIHATINAN & KEIKHLASAN yang tertanam di jiwa mereka yang bagi kami TERSANGAT MAHAL. Kami tidak ajarkan mereka tetapi mereka belajar dari pemerhatian mereka saban hari. MasyaAllah.

Alhamdulillah.

 

Budaya Islamik JAWA Beraya

BUDAYA JAWA BERAYA

Wak Kobri menghulur tangan, menggenggam erat tangan Pengetua RPWP Dr Hj Masjuki. Sambutan hangat yang mengikat jiwa.
Wak Kobri menghulur tangan, menggenggam erat tangan Pengetua RPWP Dr Hj Masjuki. Sambutan hangat yang mengikat jiwa.

Orang Jawa beraya SATU BULAN SYAWAL PENUH. Bukan kerana mereka ini kaki raya sangat pun tetapi budaya sebegitu  telahpun ada sejak turun temurun lagi. Tertib beraya pada Minggu-minggu Syawal amalan  Orang Jawa yang anda perlu tahu.

Pertama : Anak dan cucu pulang melawat Orang tua mereka.

Kedua : Orang tua yang dilawati cucu dan anak akan ke rumah ibu bapa mereka pula

Ketiga : Pangkat-pangkat atuk akan mula menziarah moyang-moyang pangkat ibu bapa mereka atau ibu bapa saudara mereka.
Keempat : Atuk nenek & moyang mula menziarah sesame beradik dan sepupu yang masih hidup.

Kaedah beraya cara ini kami rasakan sangat santai dan meresap di jiwa. Tidak sangat menyantap makanan sewaktu beraya, kadang kala hanya secawan teh `O’ sahaja dan bersembang sejam dengan air kosong itu. Tidak kalut dan hiruk pikuk seperti budaya yang berlaku di bandar-bandar kini. Memang sajian di rumah terbuka agak istimewa, tapi mustahil kita dapat merungkai silatulrahim secara peribadi dan mendalam jika dalam beberapa jam tuan rumah terpaksa melayan ribuan yang hadir.

JAWA SG PELEK

Dakapan erat, seerat kasih sayang dan kemesraan hidup bersaudara.
Dakapan erat, seerat kasih sayang dan kemesraan hidup bersaudara.

4 bulan lagi, cukup setahun kami bercawangan di Kampung Ulu Teris, Sungai Pelek Sepang. Keberadaan kami di sana lebih hangat diterima atas dasar persaudaraan yang sangat intim walaupun baru 8 bulan bersama mereka. Satu kampung Jawa yang uswah silaturrahimnya perlu diambil contoh oleh semua lapisan masyarakat. Kami sudah 8 tahun di Kajang dan berada dalam sebuah kampung yang agak moden, tetapi keintiman 8 bulan di Kampung Ulu Teris lebih hangat berbanding yang sudah 8 tahun. Bukannya kami nak buat perbandingan dengan sengaja, tetapi bukankah baik jika kita mampu jadi bersaudara dari hanya berjiran.

BARAAN RAYA

Baraan raya atau dalam bahasa Melayunya ialah ziarah raya dari rumah ke rumah saudara mara, jiran tetangga SECARA BERKUMPULAN itu seakan diambil alih dengan kehebatan program-program khas raya di televisyen, ipad, smartphone, game, PSP atau setidak-tidaknya hanya suka tidur sahaja di hari raya. Di Kampung Jawa, usai sahaja solat Raya, masing-masing akan kembali ke rumah masing-masing untuk anak dan isteri bersalaman dan bermaaf-maafan. Biasanya selepas itu terus mereka berkumpul semula dengan kumpulan motosikal dan kereta untuk menziarah satu persatu rumah ahli qariah Masjid. Mereka berselawat dan bertakbir di setiap rumah. Bukan untuk makan sangat pun, tetapi itulah kemeriahan RAYA JAWA. Ya, Kampung Jawa disatukan qariahnya dengan aktiviti Masjid. Dari ziarah menziarahi itu pula mereka mengenali lebih dalam siapakah ahli keluarga rakan-rakan mereka yang lain.

Di kampung Jawa, Jika seorang kanak-kanak melintas di hadapan rumah pun mereka kenal siapa ibu bapa mereka. Ditegurnya budak itu dan jika mencurigakan terus ditelefon sahaja orang tua mereka. Dengan baraan itu mereka kenal mengenal, dengan masjid itu mereka bersahabat dan keseluruhan keluarga mereka dengan keluarga yang lain saling jaga menjaga.

Kemesraan yang terpapar sewaktu bergambar kenangan beramai ramai sebelum anak-anak berangkat pulang.
Kemesraan yang terpapar sewaktu bergambar kenangan beramai ramai sebelum anak-anak berangkat pulang.

ORANG JAWA BERSAUDARA / SEDULUR

Bukan nak rasis, tetapi Jawa juga sebahagian dari komponen kaum dalam keseluruhan Bangsa Melayu Nusantara sejak ratusan tahun dahulu lagi. Melayu agak sinonim dengan Islam. Hatta, Wali Songo juga kebanyakannya adalah orang Jawa. Mereka mampu bersatu atas dasarnya Agama Islam. Mengambil konsep Islam yang bersaudara, Orang Jawa benar-benar mempraktiskannya alam sistem hidup mereka dalam komuniti kampung. Mereka merantau seluruh Nusantara dan mereka BERSATU. Bersatunya mereka atas persaudaraan sangat kami kagumi. Dalam pemerhatian kami, jarang ada sebuah kampung Jawa yang mempunyai 2 puak besar. Untuk Kampung Ulu Teris, mereka sepakat menyokong PAS dan hampir keseluruhan mereka menyokong PAS walaupun tanpa dikempen. Satu hal yang kami perhatikan, walaupun ada yang tidak menyokong PAS, namun mereka tidak lansung dilihat fanatik dalam politik, masih bertegur sapa,  bekerjasama & bergotong royong. Hanya satu kesepakatan yang mereka persetujui melalui konsep sedulur / persaudaraan.

Itu agak mirip dengan apa yang telah kami kongsikan sebelum ini tentang Orang Cina. Mereka merantau dan mereka asalnya tidak kuat kerana bilangan mereka yang sedikit. Apa yang membuatkan mereka hebat ialah kerana solidarity mereka yang bersatu dalam apa jua urusan. Sehinggakan tanpa apa-apa kempen yang mega, Orang Cina boleh secara solid berhijrah dari menyokong BN kepada DAP. Jika orang Cina ada institusi Persatuannya, Orang Jawa ada institusi Masjidnya (sebenarnya Orang Islam seluruhnya pun ada institusi Masjid cuma orang Jawa kami perhatikan lebih aktif).

Gambaran Kemesraan yang tulus.
Gambaran Kemesraan yang tulus.

Di situ anda boleh lihat bagaimana institusi Masjid orang Jawa menjadi wadah perpaduan dan mencari penyelesaian. Rumah kami di Kampung Ulu Teris juga sering menjadi topik perbincangan ahli qariah masjid. Mereka prihatin dengan keberadaan kami di sana.

Dalam keraian Hari Raya itu sendiri kita mampu lihat kemuafakatan mereka. Hari raya kali ini hanya sebagai pembuka bicara untuk kita mengenali budaya orang Jawa yang positif yang sepatutnya dicontohi oleh yang lain juga. Bukan nak kata suku kaum lain tidak bagus, cuma kami kisahkan untuk menunjukkan sisi baik suku kaum ini. Kami juga percaya setiap suku kaum ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

Bukan sekadar hanya di Kampung Ulu Teris, kami telah menjalankan pemerhatian dan kajian sendiri dari komuniti Jawa di Johor (Rengit & Panchor), Selangor (Kampung Bukit Kerayong, Parit Mahang, Jaya Setia, Meru dan banyak lagi) dan kami mperhatikan struktur social mereka sangat mengutamakan kemuafakatan. Menurut Wak Sanip Haji Sirat, Pak Bilal Kampung Bukit Kerayong mengatakan Orang Jawa menjadikan masjid pusat komuniti sosial mereka. Seakan-akan semua yang menetap dikampung itu mampu dikenali setiap satunya dengan menghadirkan diri bersolat Jemaah di masjid qariah mereka.

Ketua Kampung Ulu Teris, Tuan Haji Sobirin yang kami temui dalam majlis hari raya yang berlangsung Sabtu lalu menyatakan yang mereka menjadi SANGAT mesra dengan anak-anak di Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan cepat sekali kerana mereka datang ke masjid setiap waktu Maghrib dan Isya.

Tuan Haji Sobirin yang mesra di panggil Wak Sobirin menyatakan yang Orang Jawa mengutamakan tetamu melebihi diri mereka sendiri. Kegembiraan tetamu adalah satu yang mengembirakan Tuan Rumah. Majlis mereka ringkas tetapi yang membuatkan kita tak lupa adalah layanan sedulur (persaudaraan) mereka sendiri. Alhamdulillah, itulah juga budaya yang kami terapkan di RPWP sejak dulu.

Menurut sebahagian kami di sini yang juga dari suku Jawa, jika tetamu (Dayoh) datang bertamu, segala makanan yang sedap-sedap dimasak. Kita yang jadi anak-anak ni pun terkulat-kulat tengok tin-tin sardin yang dah kosong sedangkan kita menunggu bila nak dimasak. Sekali mak ayah masak untuk tetamu. Sebab itu jugalah, ada tips jika bertandang ke rumah Orang Jawa, jangan habiskan lauk dihidang. Kerana anak-anak mereka biasanya tidak diasingkan dahulu. Sehingga begitu sekali orang Jawa menghormati tetamu melebihi anak sendiri.

Masjid Ar-Raudhah, Kampung Ulu Teris yang dibina atas tanah yang diwakafkan, dengan kos kira-kira RM300,000 berdasarkan perkongsian setiap ahli qariahnya yang terdiri dari 98% Orang Jawa. Berada di kampung ini merasakan kami teringat kemesraan komuniti zaman dahulu yang telah hilang diambil alih dek facebook, twitter, ipad, game, psp, tv dan lain-lain lagi. Kampung sekecil itu yang kurang dari 300 keluarga di dalamnya juga mampu untuk membina masjid yang indah tanpa bantuan dari kerajaan.

Program hari raya kami di sana juga sangat meriah dan dijayakan sepenuhnya oleh anak-anak qariah sendiri.

BUDAYA REWANG DAN SYARIKAT

Semasa berada dalam keraian yang mereka buat sempena hari raya ini, kami dapat rasakan semula satu budaya yang telah mati iaitu budaya REWANG. Kami sangat rindukan suasana begitu. Tiada katering dan tiada pelayan berbayar sebaliknya semua dilakukan oleh orang kampung dan anak-anak mereka.

Dalam rewang juga, seorang lelaki diperhatikan oleh ibu dan bapa yang mempunyai anak gadis sebagai satu profiling. Ada yang malas memang jarang-jarang Nampak dalam kenduri ataupun jika adapun hanya berlakon seperti bekerja tetapi tidak sebenar-benarnya bekerja. Si Lelaki pula boleh lihat calon-calon isteri ataupun calon ibu bapa mertua mereka.

Apapun, rewang ialah satu budaya yang kian dilupakan kini. Jiran sebelah menyebelah pun kadangkala kita tak bertegur dan tidak pula kita kenali. Seperti ada Tembok Besar China (Great Wall) yang memisahkan antara rumah teres yang berkongsi dinding yang sama dengan jiran.

Itu tidak lagi masuk Sistem Syarikat yang mereka amalkan. Contohnya jika ada 100 buah rumah dalam satu kampung. Setiap rumah akan menyumbangkan RM100 (biasanya yang KAYA akan beri lebih), bahan makanan mentah dll keperluan setiap seorang setiap kali ada keramaian  atau kenduri kendara seperti perkahwinan atau majlis bercukur jambul. Mudah bukan? Sekiranya hari ini kami mahu menjalankan sebuah kenduri, sudah tetap ada RM10,000 untuk kami belanjakan dengan sistem syarikat ini. Bagi yang tak menyumbang, akan hilang kelayakan mereka untuk mendapat kemudahan begitu. Bukan setakat itu, kuali, periuk juga pinggan mangkuk, khemah kanopi, meja, kerusi semua itu tak perlu disewa kerana telah ada dengan sistem syarikat itu.

Kebersamaan ini juga memupuk kemuafakatan sehingga beberapa orang dari kami juga dahulu semasa nak ke universiti dahulu mendapat bantuan sehingga wang terkumpul sampai ke angka RM5000 keseluruhannya. Pada mereka, hari ini hari mereka, lain kali mungkin hari kita pula.

Masih ada banyak baki yang mahu diceritakan tentang Orang Jawa. Jika sebelum ini kami coretkan sebuah artikel dengan tajuk Raya yang Hilang tapi kali ini selepas kami berkunjung ke Kampung Ulu Teris, Sepang malam Sabtu lalu, kami bolehlah katakan Raya itu masih belum hilang. Sekurang-kurangnya kami mampu rasakannya di Kampung Orang Jawa ini.

BERAT UNTUK MENUTUP CAWANGAN SG PELEK

Nampaknya niat kami untuk menutup cawangan di Sg Pelek terpaksa dipertimbangkan semula walaupun Kos pengurusan dan pengangkutan terlalu tinggi. Tambah pula kami tidak maklum bahawa rumah yang diwakafkan masih ada lebih RM100,000 baki hutang lagi. Apapun kami Tidak sampai hati melihat pengharapan yang tinggi penduduk di sana terhadap anak anak kami. Baik di peringkat sekolah rendah, sekolah agama, mahupun menengah, Anak-anak RPWP telah menjadi uswah akhlak anak-anak di sana.  MEREKA istiqomah mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah, mengaji, bertuisyen. Semuga Allah berikan kami kekuatan untuk meneruskan apa yang telah kami mulakan di sana.

Yang ingin kami ketengahkan ialah budaya beraya yang bersifat Islamik dari masyarakat JAWA ini, bukan Bangsanya.

Kesuwon kabeh!

Salam sedulur untuk semua.
WARGA PRIHATIN

 

Sofiah Wali – Doa Anak Diterjemah Melalui Serahan `Duit Raya’

Mak Sofiah yang sedang demam dan beberapa hari tidak keluar rumah masih mampu melemparkan senyuman manis berkat semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak sewaktu menyerahkan `duit raya' mereka untuk membantu kos pembedahan & perubatan beliau.
Mak Sofiah yang sedang demam dan beberapa hari tidak keluar rumah masih mampu melemparkan senyuman manis berkat semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak sewaktu menyerahkan `duit raya’ mereka untuk membantu kos pembedahan & perubatan beliau.

HARAKAH RAMADHAN ANAK-ANAK PRIHATIN

Jika sebelum ini kami berkongsikan cerita tentang Allayarham Khairi Zainal, salah seorang pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin yang hanya menerima bantuan Pusat Zakat selepas kira-kira 4 bulan permohonan. Dalam kata lain, setelah 1 bulan Allayarham meninggal dunia baru kami menerima panggilan dari Lembaga Zakat. Seperti tidak merasa bersalah, kesal mendengar kematian penerimanya, tanpa ucapan maaf atau mungkin bertanya bagaimana saat sakit hingga kematian arwah, bahkan itulah panggilan terakhir PPZ.

Cerita ini berterusan dengan Puan Sofiah Wali yang juga antara personaliti yang kami lakarkan namanya dengan tinta emas kerana pengorbanan beliau yang sangat dalam walaupun dalam keadaan kesakitan tulang disebabkan Arthritis yang akut. Walaubagaimanapun, disebabkan jangkitan kuman, beliau terapaksa menjalani pembedahan kedua bagi membuang jangkitan kemudian pembedahan ke-tiga adalah untuk memasukkan tulang lutut palsu bagi menggantikan tulang yang telah dijangkiti.

Sofiah Wali dikenali oleh anak-anak sebagai Mak Sofiah. Masakannya sedap dan beliau seorang yang sangat ringan tulang. Dapur akan sunyi tanpa kehadiran Mak Sofiah dengan suara beliau melayani anak-anak sekecil 6 bulan yang sedang bermain ruang makan umum.

Beberapa bulan lepas, Mak Sofiah sudah tidak mampu bergerak. Hidup beliau hanya di sekitar tempat tidur dan ruang tamu di atas kerusi roda. Untuk ke bilik air, beliau terpaksa di papah. Jika sebelum ini, Mak Sofiah layan kesakitan beliau dengan membanyakkan kerja-kerja di dapur sehingga beliau melupakan kesakitannya tetapi tidak kini. Beliau terlantar dan apabila kami tanyakan, beliau katakan “Semuanya OK”.

Sebak hati kami mengetahui dari suami beliau yang juga pesakit tulang belakang, rupanya beliau merahsiakan kos perubatan yang bakal kami tanggung jika beliau meneruskan dengan pembedahan ke2, ke3 dan ke 4 nanti. Sebak kerana seorang ibu yang sangat berjasa begitu sanggup terlantar pasrah menantikan takdir seterusnya hanya kerana tidak mahu menyusahkan atau menjadi bebanan kewangan terhadap Prihatin. Atas dasar itu juga, Ramadhan tahun ini, kami melancarkan Harakah Ramadhan yang khusus untuk Sofiah Wali. Pada kami, beliau adalah aset kami yang tiada galang gantinya.

ANAK-ANAK MEMERHATI & MEMBENTUK GENERASI PRIHATIN

Sebak kami bertambah apabila anak-anak kami dari seumur 3 tahun hingga yang besar datang kepada kami dan menyatakan yang mereka berniat untuk menyerahkan segala duit raya mereka pada tahun ini kepada Mak Sofiah.

Hati kami tersentuh dengan ketulusan & keprihatinan mereka. Apabila kami tanyakan apa yang membuatkan mereka mahu menyerahkan apa yang mereka ada, lalu mereka sebulat suara menjawab, mereka mendengar perbincangan Malam Raya bapa-bapa dan ibu-ibu Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin. Lalu mereka berbincang sesama mereka dan tidak mahu ketinggalan dalam memberikan sumbangan itu.

Mak Sofiah yang sedang demam dan beberapa hari tidak keluar rumah sedang menahan rasa terharu dengan kesungguhan doa dan sokongan anak-anak RPWP.
Mak Sofiah yang sedang demam dan beberapa hari tidak keluar rumah sedang menahan rasa terharu dengan kesungguhan doa dan sokongan anak-anak RPWP.

Semalam, mereka buktikan kata-kata mereka. Ada yang menghulurkan sebanyak RM20, ada yang RM70, ada RM80 dan sehingga terbanyak melebihi RM200. Agak pelik juga bagi yang memberi lebih dari RM50 kerana kebanyakan anak-anak kami mendapat kurang dari RM50 kerana ramai yang tidak balik kampung berayapun dan mereka tidak kami galakkan meminta duit raya. Bila ditanya pada mereka dari mana datangnya lebihan itu? Mereka menjawab, itu dari simpanan belanja sekolah yang kami puasakan.

Untuk makluman, salah satu pendidikan ritual kami yang paling berkesan selain solat, puasa Ramadhan, doa, tahlil dan hafazan alQuran ialah PUASA SUNAT Isnin dan Khamis.

MasyaAllah. Itu satu perkara yang sangat indah bagi kami. Titisan airmata kesyukuran itu membasahi bumi Prihatin mengenangkan keindahan akhlak anak-anak itu yang kami sendiri tidak sedar mereka terbentuk dari contoh-contoh yang mereka lihat. Sabrina Khairuddin salah seorang anak yang diwakafkan di Prihatin menyatakan, beliau melihat sendiri pengorbanan “bapa-bapa co-founder” yang bertungkus lumus dan berhabis-habisan TENAGA, MASA DAN WANG siang dan malam untuk membangunkan Prihatin. Tanpa disuruh-suruh, mereka berbincang sesama sendiri dan menyatakan niat Harakah Ramadhan mereka pada malam raya itu juga.

Lantas, kami berpelukan dengan anak-anak ini tanda kesyukuran yang amat sangat. Daripada kes-kes yang dirujuk, juga atas penyelidikan kami, banyak gejala anak yang tidak mengikut apabila disuruh jika tidak diupah. Di musim raya ini ramai rungutan tentang anak-anak yang berkeliaran keliling kampung dan taman tanpa adab sopan beraya, ada yang tidak masuk rumah pun, bahkan ada yang tidak kita kenalpun terus terang meminta `duit raya’ di pintu pagar saja (lihat artikel raya yang hilang). Sementara ramai anak anak yang mahu kutip duit raya untuk beli PSP, Game console dan macam-macam yang lain, kami pula mendapat anak-anak yang secara sukarela mahu menyerahkan segala yang mereka ada, semata-mata untuk membela insan yang berjasa.

Suatu yang lebih manis apabila seorang anak kami bernama Dhiya yang baru berusia 1 tahun lebih kelam kabut mencari permainan-permainan terpakai beliau dan memberi gesture untuk menyerahkannya kepada Mak Sofiah. Anak sekecil itu juga mahu memberi walaupun yang mereka faham ialah ingin menggembirakan Mak Sofiah dengan permainan yang mereka PALING SAYANGI (bukan yang mereka mahu buang atau yang tidak mereka gemari).

Senyuman semangat yang tersuntik kepada Mak Sofiah selepas menerima serahan derma `Duit Raya' dari anak-anak RPWP sebagi membuktikan azam mereka yang diluahkan pada malam raya lepas. Alhamdulillah
Senyuman semangat yang tersuntik kepada Mak Sofiah selepas menerima serahan derma `Duit Raya’ dari anak-anak RPWP sebagi membuktikan azam mereka yang diluahkan pada malam raya lepas. Alhamdulillah

Sebelum ini pernah Salah seorang jemaah pengasas kami menyatakan cita cita anaknya yang bertadika di Prihatin. Anak 5 tahun itu bercita-cita untuk belajar sungguh-sungguh dan menjadi kaya supaya dapat membantu rakan-rakan Asnafnya di Prihatin kerana mereka semua orang susah. Anak bertuah ini mengumpul kesemua wangnya dan tidak sabar-sabar sampai tahap menangis setiap kali bertanya ibunya bilakah beliau berpeluang menyerahkan `duit rayanya’ kepada Mak Sofiah. Setelah 3 hari menunggu, hari ini beliau tersenyum gembira (lihat di gambar) kerana cita citanya untuk menjadi insan prihatin telah tercapai. Beliau adalah anak yang bernama ORKED, anak yang suka bekerja sama dengan rakan sebaya dan suka menolong ibunya juga. Alhamdulillah, Semalam dengan bersungguh-sungguh walaupun merangkak ORKED minta izin mengakadkan `derma’ beliau, walaupun terpaksa dibimbing namun beliau tetap mahu membacanya sendiri sepertimana beliau lihat bapa-bapa mengakadkan INFAK pendapatan bulanan mereka disetiap hujung bulan.

Anak-anak kecil ini tidak faham sangat tentang jumlah sebenar kos pembedahan Mak Sofiah yang memakan belanja RM10,000 setiap kali pembedahan tidak termasuk kos rawatan susulan dan ubat ubatan. Mereka juga tidak tahu RM30,000 – 45, 000 kos bulanan yang terpaksa disediakan untuk makan pakai, bil utiliti, kos persekolahan, perubatan, bahkan belian bahan binaan untuk membangun RPWP yang kami sediakan untuk mereka. Namun kami pernah ceritakan kisah beberapa anak kami yang telah turut menyerahkan RM2,000 hadiah JUARA KHAT NUSANTARA, RM1,500 kerana memenangi AgroRace di Melaka, RM350 hadiah Emas pelajar terbaik peringkat sekolah dan macam macam lagi dengan sukarela.

Muhamad Abid dan kumpulannya, anak-anak RPWP menyerahkan hadiah kemenangan Agro Race, tunai RM1,500 untuk pembangunan RPWP.
Muhamad Abid dan kumpulannya, anak-anak RPWP menyerahkan hadiah kemenangan Agro Race, tunai RM1,500 untuk pembangunan RPWP.

RUPANYA HAMPIR KESEMUA MEREKA AMAT TERKESAN DENGAN APA YANG MEREKA PERHATIKAN SETIAP HARI DI RPWP DAN TIDAK SABAR-SABAR UNTUK MEREKA DAPAT TURUT MENYUMBANG SEADANYA. INSYAALLAH, INI MEYAKINKAN KAMI RPWP TIDAK AKAN TERKUBUR SETELAH KAMI ‘TIADA’ NANTI.

Muhammad Abid menyerahkan hadiah TUNAI RM2,000 selaku Johan Pertandingan Khat Peringkat Nusantara untuk pembangunan RPWP.
Muhammad Abid menyerahkan hadiah TUNAI RM2,000 selaku Johan Pertandingan Khat Peringkat Nusantara untuk pembangunan RPWP.

Melihat pencapaian ini, kami secara tidak sedar telah menikmati hasil pembentukan peradaban anak melalui muafakat yang kami telah tunjukkan sepanjang 8 tahun kami berkerjasama dalam projek amal ini. Setiap bulan anak-anak memerhati sekitar 10 orang pengasas yang berpendapatan di luar mengakadkan penyerahan 10% sedekah atau INFAK pendapatan bulanan. Mereka juga memerhati setiap malam kami bergotong royong, setiap kesilapan kami saling tegur menegur dengan hati terbuka dan berbagai cara hidup harian kami. Alhamdulillah kami kurang mendidik dengan tulisan atau mulut, tapi kami biar anak anak ini belajar melalui TAULADAN.

Begitulah rupanya bagaimana Nabi Sulaiman a.s. belajar dari Daud a.s., Ismail belajar dengan Ibrahim a.s. bahkan bagaimana sifat al-Amin yang Rasulullah SAW pelajari dari ibunya Aminah dan bimbingan akhlak yang baginda terima semasa hidup bersama Ibu Angkat baginda Halimah dan berniaga bersama bapa saudara baginda Abu Talib telah menjadikan baginda sangat berakhlak, prihatin dan bijaksana. Rupanya apa yang Allah nyatakan di dalam al-Qur’an tentang fungsi ibu bapa angkat vs ibu bapa kandung dalam proses pembentukan akhlak dan peradaban anak-anak BUKAN LAH `SAJA-SAJA’.  Semua itu adalah hidayah yang harus kita urut dan laksanakan KESEMUANYA untuk mendapat kualiti terbaik dari cetakkan itu.

Bila cerita ini kami beritahu kepada tetamu kami yang kebetulan melihat situasi ini, mereka juga menitiskan air mata dan sama-sama terpanggil dan ikut menyumbang seadanya dengan rasa gembira dalam sedu sedan tangisan. Kata salah seorang dari mereka “Saya dahulu sangat bakhil, tetapi anak-anak kecil ini rupanya yang memberi saya satu tamparan kesedaran bahawa harta saya tak bawa saya ke mana-mana. Mereka lebih pemurah dan lebih KAYA dari saya”.

Mendengar itu, kami tersenyum dan hati kami berkata… Syukur Alhamdulillah.

Harakah

WARGA PRIHATIN

Ada sedikit klip video ringkas yang merakam saat indah itu. Insyaallah akan kami paparkan sedikit masa nanti.  Sementara itu Anda mungkin berminat untuk mendapatkan maklumat tambahan yang terkait dengan artikel ini seperti berikut,

Sofiah Wali – Pengorbanan Melewati Batasan

Puisi Pilu Buat Allahyarham Khairi – Al-fatihah

Abid Anak Prihatin.

Kisah Kesusahan Hidup Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin jadi iktibar untuk anak-anak Prihatin

Amanah Ramadhan & Puasa Dr. Haji Masjuki, Pengasas RPWP

HAJI LUTFI LOKMAN – IKON USWATUN HASANAH ERA MODEN

YAZID MAJID – THE UNSUNG HERO : CERITA KETAATAN ISTERI & ANAK-ANAKNYA

 

Mereka Mungkin Anak Kita di Sekolah.

Lebih teruk dari ini, bertudung labuh berbaju kurung di dalam kelas dan ada yang di Bilik X-Ray juga ada sampel dalam kajian kami. Mungkin mereka anak-anak kita sendiri yang kita biarkan dengan perkataan "Biarlah....biarlah...biarlah..."

Beberapa hari lepas kami menyatakan dapatan kami melalui penyelidikan dan pemerhatian tentang gejala dan cara menangani gejala sebelum ia terjadi. Yang diperlukan ialah mengenal tanda. 2 artikel kami sebelum ini tentang TANDA itu menjadi sangat viral dalam facebook dan juga dalam blog kami.

Bagi yang terlepas siaran, sila berkunjung ke website official kami di www.prihatin.net.my (cuba lihat artikel-artikel terkini). Walaupun ramai yang mengakui kebenaran (99%) tetapi adalah segelintir dalam kelompok 1% yang masih tidak percaya apa yang dikatakan itu tidak benar.

Kami tidak sanggup mengeluarkan buktinya. Jika anda rajin menyelongkar internet, anda sendiri mampu jumpa. Tidak kira di mana tidak terlepas dari gejala ini. Lihat foto hiasan ini (sebenarnya PRINTSCREEN dari video yang awalnya kami share kan). Minta maaf, selepas kami share kan video itu, kami lihat tak kurang juga yang menontonya sebagai pemuas nafsu pula. Maafkan kami kerana ia tidak sama dengan yang kami rasa. Kami menangis melihat bagaimana Islam sudah tiada harga lagi pada diri mereka ini. Nauzubillah.

Tak guna kami bercakap panjang membentang kajian kami jika segelintir anda tak dapat apa-apa manafaat kerana masih dengan amalan kata-kata keramat anda ini

“Biarlah…biarlah…biarlah….”

Berikut kami kongsikan beberapa posting dari beberapa orang pembaca dengan Dr. Masjuki (salah seorang admin fb ini) sebelum posting asal bervideo terpaksa kami delete

##################################

ABDUL GHANI ABDULLAH – Astaghfirullahal’azim…

DrMas, pertama kali saya melihat video ini melalui rakan fb. Saya tidak tahu sama ada video ini telah dilihat dalam penyelidikan yang dijalankan di bawah RPWP. Kalau dah sampai begini keadaan anak bangsa kita, sesuatu harus dilakukan.

Jika ada sesiapa yang tahu saluran untuk bertindak, silalah lakukan sebelum gejala ini berlaku dalam keluarga kita.

########################

DR. HAJI MASJUKI menjawab

Bang saya terus terang, keadaan sudah beribu batu jauh lebih teruk dari video yg abg share. Atas permintaan ramai ada juga cadangan utk buat parenting workshop khusus tentang ini. Kita sudah tiada apa lagi utk dipertahankan sebenarnya..

Nasib baik video ini diupload oleh kaum lain. Kalau Prihatin yg upload tentu kami dah kena maki. Tapi itulah hakikatnya, masih nak bersangka baik lagi… biarlahhh… biar lahhh.. biarlah.. itu ayat keramat kita.

Banyak kali juga kami post sekerat jalan dan terpaksa delete saja, kiri kanan orang hentam, otak kami kotor lah tak hormat dan jaga aib orang la…

Kita dok kira aib pelaku saja, AIB AGAMA & BANGSA INI SIAPA NAK JAGA??? NAMA ALLAH YG MRK CEMARI SIAPA NAK JAGA? SIAPA NAK BERSIHKAN NAMA ALLAH? CUKUP KER CUMA DENGAN MEMBEBEL SUBHANALLAH, SUBHANALLAH ATAS SEJADAH? DALAM BILIK SEBELAH ANAK SENDIRI KENA RATAH OLEH ORANG.

Kami ni golongan saintis, kerja kami berdasarkan fakta, guna teknologi, guna teropong. Kalau nak sembunyi sana sini, tak IZIN DOKTOR buka baju seluar macamana nak nampakkan kayap, kudis, gonorrhea dan syphilis untuk dirawat.

Jika ibu bapak tahap umur 40 th ke atas pun masih TAK MAU BUKA MATA, APATAH LAGI MASIH ADA YANG BERPOYA-POYA LEBIH DARI BUDAK BUDAK jugak tak tau lah.

SAYA ULANG BANG, SITUASI SUDAH BERIBU BATU LEBIH JAUH TERUKNYA DARI GAMBAR & VIDEO DI ATAS…

“HENDAKLAH KAMU TERTAWA SEDIKIT DAN MENANGIS BANYAK” – FIRMAN.

Maaf bang agak emosi sikit dengan benda macam ni. Lebih 30 tahun saya libatkan diri dalam gerakan cegah maksiat ni… tahu sangat.

############# POST DELETED ############

KOMEN-KOMEN yang sama-sama di delete dalam posting asal:

AZLAN JOHARI : Apa benda tu tuan rosak2 bdk2 zmn skrg

IZA NAMIDA : Tak snggup nk tgk..buang blh Dr…

DR. MASJUKI : Dua inilah delema kami… Iza Namida. Bukan kami yg upload. Tapi hasil kajian kami mendapat beribu2 kes yang jauh lebih teruk dari ini.

IZA NAMIDA : DrMas Dua betul..ada sek di mlk dimana pljr perempuan seawl umur 13thn tnpa segan silu menawarkan diri. .byran tiada cuma topup pun cukup..Nauzubillah

HANIS ALESYA : Memalukan..buang la Dr

JON JEMANG : Dahsyat betol bdk zaman skang..umur aku time ni pon cuma tau main beskal ngan kengkawan

AZUA HANIM : Speechless!

DR. MASJUKI

Disamping kehancuran akibat perang, gejala ini jugalah yang selalu membuat saya tidak mampu menahan sebak dan tangisan setiap kali berdoa (tonton video ini)

http://www.youtube.com/watch?v=ZeUrcvC0_fw&feature=c4-overview&list=UUiEva1IM4cXPIU2Kl34tdyQ
TANGISAN Dalam Doa Selepas Akad oleh Dr Hj Masjuki – Klip Ringkas

Mari kita teruskan perbincangan di sini.

WARGA PRIHATIN

KAJIAN TENTANG TANDA-TANDA GEJALA SOSIAL ANAK KITA

Kami tidak berselindung dalam menunjukkan gejala yang telahpun terjadi dalam masyarakat kepada masyarakat agar kita ambil pelajaran. Foto-foto di dalam ini juga telah bertebaran di internet disebarkan dengan bangganya. Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW kondisi dua kesudahan iaitu SYURGA dan juga NERAKA. Foto ini juga kami tunjuki kepada anda dan anda tanda diri anda sendiri, jika anda merasakan teransang dengan foto-foto jijik ini, anda semua pro-neraka dan suka kehidupan neraka. Jika melihat foto-foto ini timbul kebencian yang meluap, itu tanda anda pro kepada suasana syurga.

Pendedahan foto-foto terlampau ini adalah DISENGAJAKAN supaya anda tahu ini semua benar-benar berlaku dan bukan reka-rekaan semata-mata.

Kami sangat bersyukur di atas kesedaran ramai hasil posting kami yang sangat viral berkaitan gejala keruntuhan akhlak dan peradaban anak generasi kita dan perkongsian tentang tanda-tandanya. Hasil kajian kami menunjukkan ia TERSANGAT SERIUS DAN MASUK TAHAP HANCUR.

Di atas permintaan pembaca yang ramai nak tahu tentang hasil-hasil kajian kami tentang tanda, maka kami kongsikannya sebahagian yang kami ada. Nak dikongsikan keseluruhan memang tak cukup 500 mukasurat. Tidak cukup dengan tulisan, kami terpaksa sulam dengan banyak video rakaman yang memaparkan tanda suara dan body language.

Apapun, sedikit yang kami kongsikan ini sekadar beberapa tanda hasil dari kajian kami sahaja, yang lebih baik ialah mengetahui sendiri CARA MENGENAL TANDA bukan APAKAH TANDA-TANDANYA. Tiada modul, tiada template khusus untuk tanda-tanda ini, maka kami kongsikan tanda-tanda yang agak umum dengan peratusan ketepatan melebihi 90%.

Meramal cuaca juga satu cara mengenal tanda. Tengok ke langit Nampak awan hitam kumulunimbus, itu tanda hari nak hujan. Siap-siaplah angkat kain jemuran sebagai tindakannya.

Sebahagian tanda-tanda umum ialah seperti berikut;

Anak Gadis & bujang Suka Mengunci Diri dalam bilik dengan komputer atau handphone yang berinternet.

  1. Melayari laman web lucah
  2. Webcam sex, phone sex, aktiviti narkotik
  3. Ada pasangan seks di dalam bilik tidur anak anda.

Beraksi foto dengan cara gedik

Perhatikan tanda pada jari & lidah, mata mereka. Simbol PEACE yang berulang-ulang sudah cukup memberikan gambaran berat. Apatah lagi mainan JARI HANTU.

  1. Nak cari kenalan untuk tujuan “ringan-ringan” yang akhirnya jadi “berat”
  2. Mewujudkan jaringan rakan berpeleseran.

Baju dalam dan baju tidur yang fancy

  1. Baju tidur & pakaian dalam berenda-renda bukanlah pakaian yang lebih selesa berbanding kain cotton. Apatah lagi jika anak anda mula pakai G-string yang biasanya digunakan oleh seorang isteri untuk “teasing” suaminya.
  2. Jika dipakai oleh anak gadis berumur 13 tahun dan digabung dengan mengunci diri dalam bilik yang ada akses internet. Cerita seterusnya ialah zina

Handphone di set kata laluan, ada 2 sim card, 2 phone, menggunakan mode silent. Ada bag yang tidak boleh diusik juga melarikan diri jauh dari ibu bapa sebelum menjawap panggilan telefon  dll.

  1. Tandanya mereka ada hubungan sulit
  2. Mereka merahsiakan sesuatu yang buruk. Cuba sahaja anda pegang telefon bimbit mereka dan tunjukkan kepada mereka, jika mereka kelam kabut biasanya mereka ada rahsia buruk yang disembunyikan.
  3. Ada temujanji rahsia
  4. Ada gambar rahsia atau berunsur seksual xxx
  5. Ada koleksi foto-foto gedik dan seksi yang anda sendiri tak pernah lihat dan percaya itu adalah anak anda.
  6. Ada video / foto seksi dan adakala berbogel terus yang dirakam sendiri untuk tujuan memuaskan mata teman lelaki internet mereka dan akhirnya juga akan jatuh ke kancah zina dan ketagihan seks
  7.  Apatah lagi jika sudah ada kondom dalam handbag mereka…

Hubungan keluarga menjadi renggang dan sering beralasan untuk tidak ikut program keluarga.

  1. Hati hanya ada satu, jika anak telah berikan pada orang lain, kita akan rasa komitmen mereka kepada kita berkurang
  2. Ada hubungan terlarang yang sengaja mereka atur selepas anda keluar dari rumah untuk program keluarga yang mereka tidak ikut itu.
  3. Hati hati bila anak suka berjalan berasingan semasa membeli belah. 2 minit sudah cukup untuk mereka melepaskan gian di tangga-tangga / car park pasaraya. Hanya bermodalkan 1 SMS kepada pasangan yang banyak semasa dalam perjalanan sudah cukup untuk 1 zina.

Ponteng sekolah, terlalu banyak stayback selepas waktu sekolah,

Terlalu banyak kes seks di dalam kawasan sekolah, belakang dewan, tepi pagar, tepi kantin, tepi surau, dalam kelas, dalam bilik air, dalam librari, dalam makmal dll. Lebih teruk lagi bila sudah berani buat beramai-ramai, rakam, tonton dan sebar lagi..

  1. Sekali sekala cuba sahkan dengan guru terlibat.
  2. Jangan percaya maklumat rakan mereka, kerana mereka boleh saja mereka reka sesuatu yang kita jadi tertipu.
  3. Kadangkala mereka menggunakan beberapa sim card yang mereka katakan itu rakan mereka dengan nama-nama tertentu. Ada yang kami dapati mereka menhantar sms sesama sendiri seolah-olah ada rakan yang mengajak untuk stay back di sekolah kerana ada tuysen tambahan. JANGAN SAMPAI TERTIPU

Rakan sebaya yang terlampau

  1. Jika MAJORITI rakan perempuan mereka jenis yang happy go lucky, jangan anda duduk senang lenang, sekalipun anak anda BERTUDUNG LABUH. Ada banyak kes zina melibatkan individu berTUDUNG LABUH, semata-mata mengelakkan syak dari keluarga.
  2. Periksa dengan rapi KESEMUA kenalan lelaki mereka.
  3. Kenali ibu bapa dan keluarga rakan sebaya anak anda dan kongsikan maklumat demi keselamatan mereka.

Tiba-tiba tukar trend dari baju ketat tak bertudung kepada baju longgar, jubah dan tudung labuh.

  1. Mereka benar-benar telah berubah kepada kebaikan ATAU
  2. Menyembunyikan kesan “gigitan cinta” mereka ATAU
  3. Anak anda sedang menyembunyikan kehamilan haramnya. Jangan tertipu dengan trick ini kerana jika tidak kerana trick ini dan yang lain-lain di atas, masakan ada anak kita yang melahirkan bayi haram tanpa diketahui kehamilannya?

 

 

Kenali tanda-tanda yang kami kutip dari kes-kes yang merujuk kepada kami. Kami lebih mengundur ke belakang dengan mengutip tanda-tanda ini supaya dapat dibacakan kepada anak-anak kami agar ia tidak berlaku terhadap mereka.

Ada banyak lagi tanda-tanda yang umum sebegini. Tetapi lebih penting dari itu ialah bagaimana kita menghidupkan deria ke-6 kita untuk mampu membaca tanda-tanda yang berlaku pada bahasa-bahasa tidak verbal agar kita mampu mencegah kemungkaran sebelum ia berlaku. Bangkitkan deria itu dengan menelusuri sirah, sunnah dan wahyu.

Kita ini bertuah kerana segala masalah yang kita lalui pernah nabi-nabi sebelum ini lalui dan selesaikannya. Kadangkala hanya kita yang SOMBONG dengan penyelesaian yang telah mereka lakukan.

Jika membaca tanda itu tidak penting, tidaklah sampai diriwayatkan Nabi Khidir membunuh seorang kanak-kanak yang telah dilihat bakal mengheret ibu bapanya ke neraka kelak, tidak pula dibocorkan perahu yang sedang baginda layari. Itu cerita muhkammat yang perlu dibaca secara mutasyabihat. Prejudis begitu membuatkan kita alert dengan tanda-tanda yang berlaku dan dengan cara itu kita ambil tindakan dengan MEMBUNUH TANDA-TANDA yang bakal membawa kepada kehancuran yang vital dan tidak boleh dibaiki (irreversible damage).

Kami di sini, di Rumah Pengasih Warga Prihatin lebih dari sekadar sebuah pusat perlindungan anak yatim dan asnaf tetapi kami melakukan penyelidikan dan pembangunan akhlak secara kritis. Kami kongsikan dapatan kami ini untuk anda sama-sama kongsikan pada yang lain dan memberi manafaat kepada semua.

Sama-sama fikirkannya, sama-sama iqra tanda-tanda pada anak-anak kita.

Salam iqra
WARGA PRIHATIN

 

Mengenali Tanda Mencegah Gejala

MASALAH BESAR HARI INI IALAH MASALAH-MASALAH KECIL YANG DIBIARKAN ATAU TIDAK DIANGGAP SATU MASALAH

Hari ini kita gusar, kita gentar dengan pelbagai gejala yang mengasak masyarakat kita dari kanan dan kiri, atas dan bawah.

  • Isu pembuangan anak ditangani dengan pusat “penetasan” mereka. Nasib mereka pula dibela-bela NGO sebagai penyelesaian dan rawatan simptom dan bukan penyakit asalnya .
  • Kisah tembak menembak ditangani dengan mencari, memerangi dan menghukum penjenayah itu.
  • Masalah ketagihan dadah sibuk kita membina lebih banyak pusat pemulihan narkotik. Sampai ada pusat pemulihan narkotik swasta lagi sekarang yang pelatihnya diberi dan dibayar oleh kerajaan.
  • Pelbagai ajaran sesat timbul silih berganti kita tangkap ketua dan pengikut mereka.

Natijah dari semua itu, ia seolah-olah merawat alergik dalam darah yang menyebabkan kegatalan pada kulit dan berkudis akibat di garu dengan menyapukan salap di atas kulit sahaja. Sudahnya, yang dikulit itu baik di tempat lain pula timbul kudis. Penangani masalah secara topical dan rawatan simtom ini hanyalah penyelesaian sementara yang menutup di sini, terbuka di sana.

MEMBACA TANDA

Dari kajian kami, juga menurut firman dalam Al-Quran, kita diseru untuk membaca tanda-tanda (Surah Ali-Imran,190) dengan menggunakan akal kita. Jika anak gadis berumur 7 tahun kita sudah mula menggedik, itu tandanya beliau akan ditiduri dan rela ditiduri lelaki yang bukan suaminya dalam umur 10 atau 13 tahun. Tindakannya, bunuh gedik itu dahulu dari perangai anak kita sedari awal lagi. Jika anak gadis mula cenderung berbaju ketat semasa mula pembentukan badan gadis remaja yang membonjol sana dan sini, itu tandanya mereka sudah sanggup berbogel dihadapan lelaki-lelaki yang mahu meratah mereka. Pada kami, jika anak gadis kami sudah berbaju ketat, kami dah anggap itu sudah terlambat walaupun mereka belum melakukan zina.

Dalam Al-Quran juga dengan terang-terangan Allah berfirman “Jangan kamu HAMPIRI zina”. Soal di sini, Allah tak berfirman “JANGAN BERZINA” tetapi JANGAN HAMPIRI ZINA. Hampir zina sahaja sudah dilarang keras oleh Allah, apalagi jika zina itu berlaku.

Hari ini, ramai yang BUTA kerana melihat tanda tetapi tidak mampu membacanya. Ada juga yang nampak tapi hanya dengan SEBELAH MATA ibarat DAJAL . Ada juga yang KUSTA kerana mereka Nampak dan kenal tanda-tanda itu tetapi tidak mampu melakukan apa-apa dengan tangan-tangan mereka yang sudah kusta itu. Lantaran itu kulit luar keluarga jadi SOPAK dan BERKAYAP. Akhirnya semua jadi LELAH, SESAK NAFAS tidak mampu menangani keadaan. Jiwa-jiwa umat ini jadi MATI dan kaku.

Inilah hakikat perlunya NABI ISA yang MENGHIDUPKAN yang mati dan MENYEMBUHKAN yang sakit. Inilah hakikat perlunya IMAM MAHDI yang datang membawa petunjuk yang menyuluh segala kegelapan ini.

Pada mereka yang buta mata terhadap tanda-tanda ini, anak minta smartphone dibelikan kononnya kerana sayang. Bila Nampak video 3gp anak sedang di “rewang” dengan Mat Rempit, tahu pula tumbang diserang stroke. Anak minta beli baju dalam lace berenda-renda dan fancy juga dibelikan juga kononnya itu satu citarasa tanpa memeriksa tujuannya. Ini juga satu tanda yang kami kenali dari kajian kami. Anak gadis yang ber`pakaian dalam’ yang fancy 90% telah merelakan tubuhnya dibogelkan oleh lelaki dan rela untuk dizina.

Apabila anak minta akses internet, ibu bapa hanya berikan kononnya untuk pelajaran anak-anak tetapi mereka tidak sedar anak-anak lelaki atau anak gadis mereka melayani nafsu menonton pornografi, porno yang percuma sahajapun sudah terlampau, apatah lagi ada yang guna kad kredit supplement dari bapa untuk melanggan video XXX. Lebih berat lagi ada ibu bapa yang tidak sedar anak gadis berbogel di bilik dengan webcam, dan si pihak sana ada jantan pelbagai bangsa dan rupa sedang berbogel juga… Nauzubillah.

Tatkala kita sedar semua ini berlaku, anak sudah masuk tahap ketagih, nafsu sudah disembah melebihi Tuhan. Hamil tanpa tahu siapa bapa bayi kerana terlalu ramai. dari kes yang dirujuk kepada kami, ada yang seumur 16 tahun telah ditiduri puluhan ribu kali oleh 285 individu JANTAN berulang-ulang. Terpaksa ber’onani’ dengan batang besi, bukan dengan jari lagi, minima 1 jam sehari untuk melepaskan gian. Ibu bapa, agama, adik beradik semuanya tolak tepi. Sanggup lari ikut jantan berbulan-bulan, sanggup keluar negara, sanggup jadi keldai dadah, bahkan sanggup MURTAD dan sukar diselamatkan lagi, melainkan setelah mati untuk dikebumi cara ISLAM kerana agama Islam ada dalam IC.

Saudara yang dikasihi, tatkala semua gejala ini berlaku, itu pertanda anak kita sudah jauh dari pedoman. Menangkap, mengurung, penjara, mengubah akta bukanlah rawatan punca penyakit secara total, ia sekadar menutup atau mengawal saja. Jika anak-anak kita jelas tentang hukum hakam, gejala sosial, maksiat, jenayah bahkan ajaran sesat sekalipun tidak mampu singgah, jauh sekali untuk ke tahap murtad. Jangan kita TERNAK anak-anak kita, didiklah, peliharalah mereka.

Prejudislah terhadap tanda-tanda anak kita. Jadilah cekap dalam membaca tanda agar langkah kita sentiasa ke hadapan berbanding anak-anak kita. Kitalah pemimpin mereka dan bukan mereka yang memimpin kita. Wajarnya, pemimpin perlu jalan dahulu melangkah ke hadapan dan bukan MEMBIARKAN diri ditinggalkan anak-anak dalam kesesatan.

Biarlah… budak kecik memang macam tu.. dia tak faham lagiii..

Biarlah… anak muda kannn… berilah dia peluang… bukan kita tak pernah muda?

Biarlah… kita bersangka baik saja… esuk lusa taubatlah dia,

Biarlah.. Biarlah… Biarlah..

Itulah perkataan keramat yang membawa masalah besar kepada anak-anak kita. Bukan kerana apa, tetapi kerana masalah besar itu terjadi lantaran masalah-masalah kecil yang berlarutan dan dibiarkan dengan ucapan “Biarlah….”

Jika tidak kerana kekangan masa dan memenatkan mata menulis dan mata membaca, tajuk ini akan memuatkan puluhan mukasurat A4. Cukup dengan bukti dan contoh2 yang dirujuk kepada kami, jangan cerita yang terpapar di akhbar dan internet. Malah gejala Murtad & jenayah juga tersangat besar kaitannya dengan gejala seksual… MASYAALLAH.

Untuk renungan anda semua

 

Dari hasil iqra (kajian) kami
WARGA PRIHATIN

Penyelesaian Kepada Masalah Buang Anak ialah Perkahwinan Awal dengan Pendidikan.

Pendirian kami mungkin terkebelakang sedikit dari kemodenan. Sebenarnya, bukan terkebelakang sikit, tapi terkebelakang sejauh 1400 tahun dahulu dan kami benar-benar berundur ke belakang sehingga pada praktis RasulAllah semasa zaman baginda yang memudahkan perkahwinan seperti sabda baginda.

ابركهن اقلهن مهرا

Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya

Ok, nanti mesti ada yang jawab mereka berikan mahar yang rendah mengikut negeri. Ada negeri hanya RM20 sahaja dan itu sudah kira rendah lah tu. Yang mahal itu bukan mahar tetapi hantarannya. Tetapi pernah kita fikirkan bahawa pada zaman Nabi (zaman kolot pada pandangan kita kini) tiada pula hantaran-hantaran. Yang ada hanya mahar. Rasanya HANTARAN ini bermula menjadi praktis selepas permintaan Puteri Gunung Ledang rasanya (kerana Nabi tak katakan begitu).

KAHWIN AWAL MENGHINDAR ZINA

Dahulu zaman generasi X, tidak sama dengan generasi Y kini. Gen X dahulu umur 15-16 tahun barulah kita sorok-sorok ada yang terjumpa kawan bawa VHS tape yang ada video lucah. Adakala, mereka sendiri tidak faham mengapakah kemaluan mereka tegang apabila melihat wanita seksi sehinggalah berumur 16 tahun. Ada pula yang ingat, hanya dengan pegang tangan selepas berkahwin akan menyebabkan seorang perempuan mengandung. Pada ketika ini, pada umur 16 tahun mereka kurang lebih telah mencapai satu tahap yang dipanggil “puberty” ataupun keinginan pada individu berlainan jantina.

TETAPI tidak bagi Generasi Y (Gen Y) yang kini telah mendapat exposure tentang seks ketika di sekolah rendah lagi. Mana tidaknya, apabila mereka melayari facebook sahajapun, mereka akan dapat lihat pautan-pautan di sebelah kanan dan kiri browser yang menunjukkan pelbagai imej lucah yang tidak sepatutnya. Pada ketika ini level of puberty menjadi lebih cepat, jerawat gatal juga cepat tumbuh dan keinginan kepada individu berlainan jantina semakin tinggi walaupun ketika berumur 13 tahun.

Dari kajian dan pemerhatian kami, kebanyakan kes zina yang berlaku telah bermula kebanyakannya pada usia 13 tahun. Pendedahan yang awal tanpa kekangan dan pemahaman tentang agama akan menyebabkan perkara itu berlaku.

PERMUDAHKAN PERKAHWINAN dan bukannya dengan meletakkan hantaran yang tinggi-tinggi. Memang wajar kita lihat pada zaman sekarang perkahwinan itu dilambatkan jika hantarannya sahaja sudah sampai 50,000. Kita tidak boleh mengekang kemahuan biologikal lelaki dan wanita yang normal terhadap seks. Keinginan itu BUKAN PERKARA YANG MEMALUKAN tetapi itu perkara normal / fitrah (kalau tak, mungkin kena periksa kesuburan anda atau anda mungkin orang yang minat dengan orang sejenis). Sebab itu Allah halalkan hubungan itu dengan jalan perkahwinan. Itu juga menjawab mengapa pasangan Islam yang banyak buang anak, bukannya kerana pasangan islam sahaja yang berzina tetapi pasangan bukan Islam tidak anggap zina satu kesalahan. Jika mengandungpun, ia satu yang tidak memalukan sangat. Maka, dengan NIKAH AWAL ini…biarlah mereka terlanjur berkali-kali sampai beranak pun tapi halal dan memelihara nasab. KALAU MEMANG DAH GATAL SANGAT TAK TAHAN-TAHAN WALAUPUN BERUMUR 13 TAHUN…KAHWINKAN SAHAJA dengan bekalan ILMU rumahtangga mengikut Islam. Tak perlu beri harta benda tetapi berikan mereka ilmu…itu lebih hebat sebenarnya. Kami ada beberapa kes dalam sampel komuniti kami di Rumah Pengasih Warga Prihatin yang kami kahwinkan awal dan semakin FOKUS mindanya kepada kemajuan akademik, kerjaya dan segala apa yang dilakukan selepas itu. Jika belum kahwin, ada “hutang” belum berbayar…hati gusar, kerja apapun tak menjadi.

Tak faham?

Tak faham macamamna dengan perkahwinan tadi akan menambahkan fokus kita pada kerja lain dan buat kita orang yang berjaya?

Baiklah, mungkin dalam bahasa mudahnya orang selalu kaitkan itu dengan “REZEKI ORANG KAHWIN”. Sebenarnya bukan sesuatu yang magik tetapi satu yang boleh dibuktikan dengan sains. Jika minat tak merewang, fokus kepada yang lain akan bertambah. Tak ada lagi nak pergi cuci mata di Bukit Bintang, tiada lagi tonton “Redtube”, tiada lagi majalah porno, tiada lagi membuang masa dilorong-lorong gelap…semuanya akan DIBERKATI DAN LEBIH BERJAYA LAGI.

Kajian kami mendapati, mempermudahkan perkahwinan adalah salah satu solusi menangani masalah penzinaan dan pembuangan bayi yang kini sampai tak larat nak dikira lagi statistiknya. Hari ini kita sibuk mencegah masalah-masalah terbitan sedangkan MASALAH AKAR tidak kita tangani. Tangkaplah semua orang yang buang anak dan masukkan mereka dalam penjara, nescaya kita memerlukan penjara sebesar Pulau Pinang.

Ibu bapa atau nenek dan atuk kita dahulu berkahwin hanya ada tilam sekeping, belanga dan dapur sahaja. Yang lain semuanya kosong. Benar, mereka mulakan rumahtangga dengan rumah yang kosong dan bukannya seperti sekarang yang menetapkan bagi Si Lelaki nak berkahwin, perlu ada rumah yang lengkap dengan sofa, perabot, tilam 15 inci, peti sejuk, kabinet dabur, penghawa dingin, karpet dan macam-macam lagi. Kononnya, nak melihat samaada Si Lelaki mampu menjaga anak mereka SEBAIK ibu bapanya sendiri.

Persediaan atau kemampuan seorang lelaki dan wanita untuk menjadi suami dan isteri perlu dilihat pada sudut ilmunya dan bukan pada harta semata-mata. Perkahwinan yang asalnya mudah menjadi sangat sulit.

Jangan dilihat hanya di Malaysia, mari kita lihat di Arab Saudi yang mana anak gadis Arab ini untuk dikahwini akan memakan belanja sekurang-kurangnya 100,000 Riyal. MasyaAllah…sebab itu kita boleh lihat, setiap hujung minggu lelaki Arab berbondong-bondong masuk ke Bahrain sehingga sesak lalulintas di jambatan ke Bahrain hanya kerana mereka mahu melampias nafsu jantan yang tidak mampu dilepaskan dengan cara yang halal. Takkan kita mahu sampai ke peringkat itu.

Kami di Rumah Pengasih Warga Prihatin mengambil langkah-langkah berikut.

  1. Pendidikan
  2. Kekangan terhadap bahan bacaan, sms, internet dll sehingga mereka sendiri mampu mengongkong diri sendiri selepas akil baligh.
  3. Setelah mereka bersedia, kami tunangkan mereka dengan pasangan pilihan sebelum masuk ke universiti.
  4. Mereka tentukan bila perkahwinan boleh dilangsungkan. Jika mahu cepat pun boleh, jika mahu tunggu sampai habis belajar pun boleh.

Tetapi, langkah ke3 dan 4 tidak mungkin juga berlaku jika langkah pertama dan kedua tidak dijalankan. Terlalu panjang untuk kami ceritakan. InsyaAllah kami akan keluarkan satu artikel tentang salah seorang dari sahabat kami di Prihatin yang percaya tentang kahwin awal dan beliau sangat berjaya dengan perkahwinan awal itu.

Nafsu ini seperti satu tekanan yang berat dan ia akan reda jika mampu dilepaskan dengan cara yang terbaik dan halal. Jika kita ada pilihan yang mudah, mengapa kita persulitkan hanya kerana nafsu kita nak rasa glemer bila anak kita diberikan hantaran sehingga RM50,000. Sedangkan mereka tak mengira RM50,000 itu yang bakal menghantui rumahtangga mereka ini apabila ceti dan bank yang akan menjadi lebih mesra berbanding hubungan suami isteri itu.

NATIJAH KEPADA ITU…TIDAK MUSTAHIL sampai 3 perceraian berlaku setiap jam di Malaysia ini. Kebanyakannya berlaku kerana MASALAH KEWANGAN. Antara satu sebabnya ialah “Hutang Perkahwinan Lama”.

Fikir-fikirkan agar kita sama-sama mendapat manafaat. Sila sampaikan dan share artikel ini bagi membuka minda umum terhadap perkahwinan.

Ingatlah semua pembaca, RUKUN NIKAH HANYA ADA 5 dan ia tidak pernah bertambah-tambah dari dahulu sehingga sekarang. Mengapa perlu kita susah-susahkannya.

Jangan rukunkan sesuatu yang bukan rukun.

Iqra oleh
WARGA PRIHATIN.

Raya yang Hilang.

Selamat Hari Raya semua. Sedar tak sedar dah habis bulan puasa dan dah masuk raya kedua dah. Semalam ada yang slim selepas sebulan puasa berjaya turun 2 saiz, hari ni dah terbukti ada yang naik balik 3 saiz. Makan usah dikiralah, hari raya sinonim sangat dengan MAKAN. Kita juga tak mahu orang label Islam ini agama makan.

Marilah kami kongsikan sedikit hasil iqra kami tentang fenomena raya yang tak sepatutnya terjadi tetapi sedang berleluasa terjadi di kalangan umat Islam sekarang. Sebelum itu mari kita lurut apa yang telah terjadi dahulu dan sekarang.

DAHULU

Lelaki Bujang : Raya ialah hari untuk tayang kereta baru, ranggi dengan sport rim 17 sambil-sambil cari gadis untuk jadi teman wanita.

Perempuan Bujang : Raya ialah hari menunjuk baju baru, dan susuk tubuh menawan dengan busana ketat terbungkus umpama lepat.

Lelaki Dewasa Berkahwin : Masa untuk jumpa kawan-kawan lama dan tengok rancangan Khas TV raya.

Perempuan Dewasa Berkahwin : Masa untuk bergossip tentang kawan-kawan lama dan tengok rancangan Khas TV raya.

Orang-orang tua : Untuk update siapa lagi yang belum meninggal dunia.

Kanak-kanak : Kutip duit raya di semua tempat yang mereka ziarahi.


SEKARANG

Lelaki dan perempuan yang muda, bujang atau berkahwin juga termasuk kanak-kanak semuanya SIBUK DENGAN GADGET mereka. Semua berkumpul tetapi mata pada tablet dan smartphone masing-masing. Hanya yang tua-tua masih kekal dengan aktiviti mengumpulkan senarai nama-nama rakan yang telah meninggal.

Jika diamati dalam-dalam, semasa zaman kanak-kanak kita dahulu kita merasa senarion sebelum ini pun sudah tidak sesuai untuk meraikan hari raya tetapi rupanya, ia tidak menjadi lebih baik pun. Zaman berubah, makin hilang silaturrahim antara satu sama lain.

Kita lupa tujuan mengapa kita pulang ke kampung halaman agar kita ini tidak mengira siapa kita, apapun gelaran kita, berapapun banyak duit dalam bank, apa sahaja jenama kereta, apapun kerjaya kita kita tetap pulang untuk lihat asal usul kita. Lihatlah selut yang kita berkubang semasa kecil dahulu. Lihatlah pokok yang kita panjat dahulu, lihat juga parit dan kali tempat kita mengail sepat dan puyu. Itu semua akan membuatkan kita tunduk dengan asal-usul kita yang sering dilupakan apabila hidup kita berubah.

Jika dulu memegang selut seperti satu nikmat keriangan kanak-kanak, tapi sekarang adakah kita menjadi lebih mulia dari itu? Sepanjang tahun yang penuh cabaran, kita sering tersasar dari fitrah dan kembalinya kita kepada fitrah itu ialah satu kembalian kepada asal usul yang baik ataupun fitrah yang baik. Lihat siapa ibu kita, siapa ayah kita dan ambil iktibar sempena hari raya. Bukan sekadar pulang untuk sibuk di hadapan tablet dan telefon pintar masing-masing.

TIGA TAKBIR

3 takbir dilaung menyambut Syawal. Mengapa 3 kali diulang-ulanginya. Takbir itu ialah perbuatan meng”akhbar” kan Allah (membesarkan). Hanya Allah sahaja yang berhak takbur kerana kita mentakbirkan Allah. Apakah yang kita takbirkan? apa yang kita besarkan? Jika ia hanya alunan suara mentakbir tanpa kita kenali maksudnya, apakah beza takbir itu dengan alunan muzik modern yang tidak bermakna apa-apa sekadar sedap di telinga sahaja?

Takbirkanlah tauhid-tauhid Allah. Takbir Ubudiah (pengabdi Allah), Takbir Mulkiah (Wilayah Allah) & Takbir Rububiyah (Perlembagaan Allah). Periksa balik dalam keluarga kita dahulu adakah telah kembali fitrah 3 takbir besar ini? Tidak ada Islam tanpa salah satu dari komponen tauhid Allah ini.

Periksa dahulu jika rumahtangga kita telah ada atau belum rububiyah ataupun aturan-aturan mengikut mahunya Allah? Atau kita hanya membiarkan rumahtangga kita menggunakan apa-apa sahaja aturan luar yang main rasa-rasa sahaja? Jika belum…apakah yang kita takbirkan?

Periksa juga adakah aturan kita itu telah ada tempat perlaksanaannya? Adakah rumah kita berjaya menjadi 1 dari mulkiah-mulkiah Allah? Adakah rumah kita sudah seperti syurga amannya dengan perlaksanaan rububiyah Allah tadi? Jika belum, sila periksa semula aturan milik siapa yang kita guna di dalam rumah kita sendiri?

Periksa juga, adakah keluarga yang kita pimpin sudah benar-benar mengikut aturan Allah? aturan keluarga mengikut spesifikasi Quran & SUnnah? Jika belum…pasti tiada syurga dalam rumahtangga itu.

Adakah telah kita akhbarkan Rububiyah (Aturan / Perlembagaan), Mulkiyah (Tempat / Wilayah) dan Ubudiah (Pengabdi)nya?

Jika belum, mungkin kita perlu habiskan keraian raya kita cepat-cepat untuk kita teruskan bekerja kuat sehingga kita mampu melaksanakan aturan Allah (Rububiyah) dalam rumah kita (mulkiyah) di kalangan ahli keluarga kita (ubudiah) yang akan menghasilkan satu sistem rumahtangga yang hebat acuan Allah.

Mulakannya dalam keluarga kita dahulu. Kembalikan keluarga kita kepada fitrah yang Allah mahukan…barulah kita berhak BERAYA SAKAN.

Salam Aidilfitri

WARGA PRIHATIN.

Pilu di sebalik Takbir Eidul Fitri Prihatin

Takbir raya kami tahun ini disulami kesedihan pemergian adinda co-founder kami Allayarham Khairi. Kurang lah seorang dari 20 orang antara kami tetapi saf diisi oleh anak-anak kami yang masuk dewasa. Apa-apapun, perjuangan beliau tetap kami teruskan bersama-sama dalam pembinaan sarana fizikal dan yang lebih penting pembinaan akhlak anak-anak kami di sini. Seperti biasa, hari raya adalah hari perpisahan kami sementara. Selama 1 minggu hari raya itulah seminggu yang membosankan bagi co-founder yang telah biasa memerah keringat saban malam bersama-sama membangunkan sarana fizikal RPWP dan diteruskan dengan sessi dipan-dipan sehingga awal pagi. Seminggu beraya, tiadalah dipan-dipan, tiadalah kerja-kerja pembinaan, tiada lagi tangis ketawa anak-anak, tiada laungan ikrar pagi anak, tiada deruan forklift, tiada hangat konkrit dan semua itu adalah kesunyian kami seminggu ini.

Tetapi jangan khuatir, kami tetap cuma meneruskan menemani anda khalayak pembaca di facebook dan laman web ini.

Itulah makanan harian kami, itulah hiburan kami dan merekalah saudara-saudara kami. Kami berpisah kekal dengan Allayarham Khairi tetapi Kepiluan takbir apabila kami berpisah sementara dengan yang lainnya dan berdoa kepada Allah agar kembali semula dalam keadaan yang baik untuk meneruskan kerja-kerja yang kini semakin kurang orang mahu lakukannya.

Sudah 8 tahun kami bersama-sama. Meninggalkan Ramadhan penuh barokah juga satu kepiluan terbesar. Meninggalkan 1 bulan yang romadh (panas) dengan segala isu yang kami dipan-dipankannya dan kami kongsikan hasilnya kepada semua khalayak pembaca di laman web kami www.prihatin.net.my dan di fb ini. Pada waktu itulah al-quran diwahyukan semula (bukan dari malaikat Jibril pada kali ini tetapi dari himpunan wahyu dalam Al-Quran yang selepas raya ini bakal mengumpulkan debu dan habuk selama setahun lagi).

Semoga kita diketemukan lagi dengan Ramadhan yang satu lagi. VIdeo ini kami kongsikan sekilas dari aktiviti sebelum hari raya seperti mantai dan juga sekilas dari kerja-kerja yang kami lakukan sepanjang tahun.

Selamat Kembali Fitrah dan keberkatan (Eid Mubarak) dan selamat istiqamahkan fitrah yang telah dikembalikan itu.

WARGA PRIHATIN.

Dokumentari tentang Prihatin oleh seorang pelajar UITM

Dari penyelidikan pelajar ini, anda mungkin mampu mengenali RPWP dengan lebih jelas. Jika ada antara bahan bicaranya boleh anda garap untuk pedoman mendidik anak dan masyarakat setempat, kami sangat sukahati & bersyukur.

Ini bahan ilmiah, bukan video hiburan. Lihatlah ia dalam sudut ilmiah, dengan hati yang tenang dan minda yang terbuka. Sambil memenuhi ruang masa sempena hari raya bersama keluarga.

Video ini mendapat markah TERTINGGI dalam kelas. Mengapa agaknya? Anda hanya boleh menilai sendiri setelah menonton sampai ke hujung. visualnya, latar musiknya dan yang penting isi wawancara nya.

Ini adalah projek Tugasan Kajian seorang Pelajar IPT yang mengupas Falsafah pembinaan keluarga & masyarakat Madani, dipadankan dengan Falsafah di sebalik pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang, Selangor. Bagaimana kajian tentang kaedah pembinaan, teknologi, pemilihan & cara adunan bahan terbuang atau terpakai dikaitkan dengan kajian siasah pembangunan ummat manusia secara saintifik, secara Biologi, Psikologi & sosiologi.

Koleksi video Pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. KAMI paparkan buat renungan masyarakat, khusus untuk merenung situasi Akhlak semasa, agar sama-sama dapat menzikirkan dan mencari hidayah untuk memperbaikinya.

WARGA PRIHATIN

Erti Peluk Cium Warga Prihatin di Aidilfitri

PENTERJEMAHAN SEMANGAT PERSAUDARAAN DI AIDILFITRI

Suasana pilu, sayu, gembira dan sedih di saat perpisahan sebelum pulang ke desa menyambut raya di kalangan Warga Prihatin. Suatu yang sukar di gambarkan dengan kata-kata, eratnya ikatan kasih seerat dakapan dan genggaman tangan.

Sebagai SAMPLE KOMUNITI, inilah gambaran persaudaraan dalam ISLAM, inilah fitrah kasih sayang yang harus kita kembalikan (Eid Fitri), inilah asal usul budaya ISLAM yang harus kita perhati semula di kampung masing masing, yang masyarakatnya sangat kenal mengenal, berkerjasama, berkasih sayang dan tolong menolong (itupun sudah tidak banyak berlaku)..

Masih ada lagikah tabiat berkasih sayang, ramah mesra, tolong menolong seperti ini dalam masyarakat bandar kita? masih kita fikir penyatuan ummatun wahidah, Muslim ibarat sebatang tubuh itu mustahil di capai? anda lihat dulu video ini…

Koleksi video Pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. KAMI paparkan buat renungan masyarakat, khusus untuk merenung situasi Akhlak semasa, agar sama-sama dapat menzikirkan dan mencari hidayah untuk memperbaikinya.

RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN – Bukan sekadar Rumah Kebajikan.

Pada tahun 2005, seramai 20 orang pengasas RPWP dari pelbagai latarbelakang dan profession menubuhkan sebuah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak Karimah & Peradaban. Tujuan penubuhannya adalah bagi mencari formulasi utama berlandas Sains Al-Quran dan Sains perlaksanaan Sunnah Rasul melalui PEMBENTUKAN dan pembangunan SAMPEL komuniti. RPWP tidak ditaja atau menerima geran dari kerajaan, ahli politik atau mana-mana NGO yang berkepentingan politik.

Kami usahakan projek ini atas dasar PRIHATIN, untuk kepentingan masyarakat dan umat manusia keseluruhannya. Oleh kerana itu kami tidak boleh menafikan hak awam untuk turut sama beramal melalui projek yang kami usahaklan ini. Sekali-sekala kami terima sedekah individu yang PRIHATIN tidak mengira agama, bangsa dan fahaman politik, namun kami mengelakkan penajaan bagi memerdekakan pemikiran kami sehingga kami mampu mengatakan sesuatu yang benar TANPA perlu menjaga hati PENAJA kami. Pendanaan kami hanyalah dari usaha 20 orang pengasas dan sebahagiannya datang dari sumbangan orang awam dari pelbagai parti.

PEMBANGUNAN GENERASI TERBAIK DUNIA BERMULA 100 TAHUN SEBELUM KELAHIRANNYA (Hadith)

Jika sebelum ini ada beberapa posting menunjukkan contoh anak-anak tadika RPWP yang suka melakukan kerja, tolong menolong bahu membahu, yang ini TERJUMPA 1 lagi foto lama yang menceritakan BUDAYA (TABIAT) BERKASIH SAYANG & TOLONG MENOLONG. Ini bukannya foto lakunan, tetapi inilah foto candid yang kami ambil di rumah kami sendiri.

Pembentukan semula sesebuah generasi secara terprogram dan terpantau itu harus bermula 100 tahun sebelum anak generasi itu lahir. Sememangnya kita perlu MASA YANG PANJANG secara keseluruhannya untuk proses itu.

Sains sosial di sebalik hadis itu menunjukkan jika kita ingin mengeluarkan sebuah generasi unggul, ia perlu bermula pada diri kita sendiri, seterusnya meneliti segala kelemahan generasi kita sekarang. Di samping itu mencari jalan keluar dan memperbaiki sebarang kelemahan diri sendiri (khasnya selaku bapa). Setelah kita sendiri yakin, kemudian lakukan perkara yang sama kepada isteri. Perubahan pada tabiat harian kita dan isteri setiap hari secara istiqomah itu nanti akan dilihat anak-anak untuk turut mengikutinya. Itulah hakikat “rumahku syurgaku”. Ini adalah proses awal yang amat panjang, yang biasanya hanya mampu dilakukan oleh BEBERAPA KERAT pasangan yang berumur sekitar 40an yang sudah merasa ramadh (rimas, panas, huru hara) dalam rumah tangganya.

APA PEDOMANNYA DAN BAGAIMANA NAK MULA?

FATIHAH bermakna PEMBUKAAN. Ia juga ummul kitab (POKOK BICARA KITAB). Selagi kita tidak faham sains gunaan surah pertama dalam musyhaf ini, jangan harap kita akan mampu memahami yang lainnya.

• Oleh itu, Seharusnya DIRI KITA SENDIRI mula mengkaji dan mendalami kefahaman Sains di sebalik AL-FATIHAH yang kita baca 17 kali sehari itu dengan sungguh2. Pasti ada mesej besar yang mahu Allah turunkan sehingga ia dibacakan dalam setiap rakaat di semua solat yang didirikan. Harap baca bahagian ini nanti dengan perlahan untuk memahami mesej berat ini.

• Ulangi perlaksanaan dari isi perintah ALFATIHAH itu dengan penuh pengabdian diri (iyyaka nakbud). Kata kuncinya di sini ialah PENGABDI.

• Sungguh-sungguh menDAULATkan, meRAJAkan Allah dan segala perintahnya sebagai asas agama, secara istiqomah, setiap hari dan ketika (Maaliki Yaumiddiin). Jika lihat terjemahan walaupun secara harfiyah, MALIK itulah RAJA. Kata kunci ini ialah DAULAT & RAJA.

• Meminta tolong HANYA dengan hidayah Allah sahaja (wa iyyaka nasta’iin), bukan dari WALL fb, dari buku-buku barat, bomoh, jampi tok alim dan sebagainya. Sekarang pun ramai yang tak minta tolong lagi dari hidayah Allah yang semakin menjadi koleksi usang pelbagai versi di gerobok-gerobok berabuk di rumah masing-masing. Ironinya, ramai yang mencari penyelesaian melalui lontaran di facebook. Sampaikan nak beli seluar dalam warna apapun nak kena tanya pendapat awam di twitter, facebook dan instagram.

• Apa saja HIDAYAH yang kita dapat, kita ISTIQOMAHkan pula perlaksanaan dari hidayah itu (Ihdinassirootol Mustaqiim). Bukan sekadar CARI PERTOLONGAN Allah di dalam Hidayahnya tetapi setelah dapat petunjuk dan hidayah yang diberikan ALLAH kita TIDAK KONSISTEN dalam perlaksanaan hidayah itu. Ada orang, hari ini mereka dapat hidayah, esoknya dah kembali ikut jalan Syaitan semula. Biasa kita nampak macam ni terutama pada awal Ramadhan, semua pub dan club kosong kerana GRO pun pergi terawih dan bertadarus. Masuk hari ke-10, masjid dan surau mulai kosong dan pub juga karbaret sudah mulah “di`imarah’kan” semula.

• Kemudian barulah kita akan terasa NIKMATnya, termakbul doa kita, tercapai hajat dan terlerai masalah generasi kita sampai bila bila. INSYAALLAH.

Itulah kesemuanya sebagai 1 FRAME DOA KESELURUHAN KEHIDUPAN KITA. Semuanya ada dalam Al-Fatihah yang hari-hari kita baca (jika solat lah). Sebelum ini, kita tak faham, hari ini kalau dah faham mari kita lakukannya terus secara konsisten. Baru dapat nikmat kefahaman dan praktik Islam itu sendiri. Jangan jadi macam burung tiong yang pandai berkata tapi tak tahu apa yang mereka katakan.

(INTERMISSION : Bertenang dahulu dan fahamkan dahulu para-para atas supaya kita mudah untuk menghadam para seterusnya yang masih berat bacaannya untuk difahami terutama bagi mereka yang tidak berlapang dada)

PERKAHWINAN YANG DIATURKAN OLEH SISTEM ALLAH

Anak-anak yang telah mampu dibentuk, melalui uswah terbaik ibu bapa yang berjaya muhasabah dan mengISLAHkan(membaikpulih) diri ini pula akan berkahwin dengan pasangan yang juga telah dipersiapkan mengikut acuan Allah itu. Masing-masing saling gigih mempersiapkan diri untuk menjadi ‘ibu bapa’ yang terbaik sejak hari pertama perkahwinan, bertepatan dengan acuan Allah.

Membesarnya generasi CUCU kita INSYAALLAH akan terbina AKHLAK KARIMAH yang mampu MERUBAH CIRI BANGSA INI. Inilah proses pembentukan generasi BERJAYA Israel. Israel bangkit dari sebuah bangsa yang LOSER, menjadi peneraju dunia pada hari ini melalui kesedaran mereka hampir 70 tahun yang lalu (selepas peristiwa Holocaust) dan tempoh itu adalah tempoh seumur hidup manusia.

Jika kita bermula sekarang dan kita baru berumur 20 tahun, pada ketika itu kita akan lihat hasilnya jika kita hidup pada usia 90 tahun. Cicit mereka yang disembelih dan ditindas dalam peristiwa Holocaust dahulu telah membina Facebook yang kita guna sekarang. Generasi anak mereka pula pernah jentik ekonomi kita dalam 1 malam dan berapa ramai manusia mati kebuluran, bunuh diri, jatuh sakit, stroke disebabkan jentikan ekonomi dari jari mereka. Mereka bukan lagi loser selepas lebih 70 tahun itu.

Maka, jangan mimpi jika kita mahukan sesuatu kehebatan itu hanya dalam 1 minggu. Ini adalah proses pembentukan generasi khalifah, generasi pemimpin, generasi IMAMAH yang telah ditunjukkan oleh Ibrahim a.s., terhadap anak isteri baginda seperti Siti Sarah, Siti Hajar, Ismail a.s. Ishak, Yaakob, Musa, Isa dan Muhammad SAW.

ASAS PEMBENTUKAN AGAMA IALAH RUMAH TANGGA

Asal Kaabah, Baitullah selaku Kiblat kita ini dahulunya adalah Rumah (Bait), MULKIAH tempat tinggal dan mengurus keluarga Nabi Ibrahim A.S.. bayangkan bermula daripada lagenda proses pembinaan keluarga ia menjadi QIBLAT, RUJUKAN, HALATUJU, SASARAN ibadah Ummat Islam. Anda boleh kaji sejarah perletakan asas Islam oleh Nabi Ibrahim yang masih kita selawatkan dalam setiap tahiyyat solat. Itulah Prototype pembinaan generasi Hebat yang telah diletakkan standardnya oleh Nabi Ibrahim dalam KELUARGA baginda. Kaabah adalah rumah asal Nabi Ibrahim & Ismail a.s. atau lebih jelas jika dinyatakan sebagai RUMAHTANGGA. Maka, rumahtangga cara Nabi Ibrahim adalah kayuukur sebuah keluarga yang WAJIB dilaksanakan di kalangan seluruh umat Islam yang BENAR-BENAR YAKIN (BERIMAN) DENGAN ISLAM.

HASILNYA, Nabi Ibrahim mampu merahmatkan dan menyatukan keluarga baginda lalu diperhebatkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. yang menyatukan Bangsa-bangsa Arab menjadi Bangsa Islam. Dilanjutkan oleh kekhalifahan seterusnya sehingga mampu Islam itu menyatukan seluruh Jazirah Arab serta empayar-empayar besar dunia seperti Parsi dan Sepanyol.

Keluarga Ibrahim a.s. adalah pengabdi agung (UBUDIAH) yang telah difahamkan dan mampu melakukan hakikat pembinaan sebuah keluarga melalui peranan seorang Pengatur (ROB) keluarga yang mengatur keluarga menggunakan Hidayah (RUBUBIAH) Allah yang dijadikan aturan hidup yang didaulatkan secara ISTIQOMAH. Kombinasi keluarga terbaik inilah membentuk ISLAM, agama YANG jadi ikutan UMAT yang mampu meluaskan kekuasaan seluruh dunia (MULKIAH).

INILAH ASAS AGAMA INI, iaitu asas pembentukkan keluarga dan kita harus ulangi perlaksanaannya sebagai kesimpulan dari segi praktik kehidupan berkeluarga melalui solat kita hari hari (kama sollaita’ala IBRAHIIM, WA’ALA ALI IBRAHIM).

TIPS PERLAKSANAAN STRATEGIK MENGIKUT TURUTAN SURAH DALAM AL-QURAN.

• Fahamilah APPLIED SCIENCE FATIHAH dengan sedalam-dalamnya untuk menetapkan CARA HIDUP BERAGAMA.

• Setelah kita faham FATIHAH, Insyaallah kita akan dapat menyedari bahawa selama ini kita adalah keluarga lembu betina (AL-BAQARAH) yang menternak anak. Hanya mementingkan makan minum, kain baju, rumah besar, ipad, kenderaan, akaun bank dan kemewahan majlis kahwin mereka saja. Apa nak jadi pada orang sebelah kita tidak peduli.

• Setelah kita sedar diri, jangan lagi kita ternak anak kita. Bina keluarga yang berpengatur, ada fungsi KETUA rumah dan ATURAN yang baik (ALI-IMRAN).

• Setelah itu baiki ISTERI kita (AN-NISA’).

• Ibu bapa yang baik akan mampu membentuk anak yang baik, yang sesuai untuk dihidangkan sebagai umat Islam yang baik dan sempurna kepada DUNIA (AL-MA’IDAH).

Sekarang Bolehkah anda baca langkah pembentukan semula keluarga Islam MADANI mengikut susunan Musyhaf Al-Quran, yang akan mampu merealisasikan pembentukan 1Malaysia ala MADINAH ini?

Anda masih merasakan Ummatun wahidah, 1Malaysia itu sekadar satu ceramah? satu billboard, iklan di TV? Seminar sekali sekala? Logo di t-shirt? atau sekadar moto seorang pemimpin? Namun begitu adakah ia MUSTAHIL? Kami rasa anda sudah dapat jawapannya dalam artikel ini.

Firman Allah dalam surah 6. Al An’aam 135. Katakanlah: “Hai kaumku, berbuatlah sepenuh kemampuanmu, sesungguhnya akupun berbuat (juga). Kelak kamu akan mengetahui, siapakah (di antara kita) yang akan memperoleh hasil yang baik di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan mendapatkan keberuntungan.

Jika kita yakin dengan kebijaksanaan ALLAH, jika kita inginkan keberkesanan dalam usaha pembentukan generasi berakhlak, jangan menzalimi diri sendiri dengan membuang masa mengikut CARA KITA yang selama ini JELAS GAGAL. Kita sendiri harus memulakannya, BERUSAHA untuk menjadi contoh.

Generasi ini telah terlalu jauh menyimpang, tidak lansung memandang pentingnya NILAI PERSAUDARAAN, PERPADUAN dan terlalu jauh jurang perbezaan kefahaman yang mencipta banyak SALAH FAHAM yang berpanjangan.

Jangan sekali-kali harap anak-anak kita mampu menyatu, bekerjasama, menjalin network sesama mereka dengan 1 Faham, 1 Hidayah jika kita sendiri belum melakukannya sebagai CONTOH TERBAIK (uswatun hasanah) yang akan mereka perhatikan secara istiqomah atas dasar 1 FAHAM, sebagaimana yang telah Allah Hidayahkan (ihdinas Sirootol mustaqiim).

Di RPWP anak-anak melihat kami, PARA PENDOKONG berkasih sayang dan bekerjasama SETIAP HARI. Tidak perlu kami AJAR mereka dengan kata-kata sangat, mereka seolah-olah tercipta begitu dengan sendirinya melalui rendaman praktik kehidupan yang kami NAMPAKKAN setiap hari (SIBGHATULLAH). Itulah hebat dan berkesannya CARA HIDUP ISLAM.

Jika tidak kerana kami melarang, mereka semua ingin ikut membantu kerja-kerja yang banyak ini, sekalipun yang berat-berat dan kotor, kerana bekerja itu adalah satu keseronokan bagi mereka.

Terlalu banyak hidayah Allah dari al-Quran dan Hadis menyentuh isu ini. jika kami keluarkan semua tanpa penjelasan ia akan tergantung, MEMBAZIR. Jika kami terangkan ia akan jadi terlalu panjang, anda penat membaca dan hilang konsentrasi. Berikut ialah beberapa hadis yang mudah untuk anda fahami peripentingnya budaya kasih sayang dan tolong menolong;

“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia dapat bersedekah. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang memerlukan bantuan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan kebaikan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah”. (Hadis riwayat Ahmad)

“Bukanlah dari umatku sesiapa yang tidak menghormati saudaranya yang lebih tua, dan yang tua tidak mengasihi saudaranya yang lebih muda”. (Hadis riwayat al-Tarmizi)

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.” (hadis riwayat Ahmad)

Semuga kita sama-sama mendapat HAKIKAT LAILATULQADAR tahun ini.

• Semuga kemelut kepanasan sosial (ramadh – Ramadhan) masyarakat dalam hidup kita kini, mampu MENEKAN KITA UNTUK BERPUASA dengan sebenar-benarnya, kembali MERUJUK kepada Allah melalui KITAB & SUNNAH pusaka tinggalan Rasulullah SAW. MEMBEKUKAN buah fikiran peribadi kita dari pelbagai sumber yang mengelirukan, yang selama ini mengalir deras itu, biarkan air SUNGAI SYURGA, iaitu Hidayah dan petunjuk Allah pula yang mengalir. Bagaimana ILMU ALLAH itu mahu berkuasa jika kita rasa ideologi peribadi ataupun idola kita (selain Nabi) adalah yang terbaik untuk kita praktiskan? Katakunci – BEKUKAN hidayah selain dari SUMBER Allah & Rasul.

• TUNDUKKAN POKOK pegangan kita, pokok bicara kita, semai semula hidayah Allah, kalimah demi kalimah, ayat demi ayat, biar ia tumbuh subur di tanah hati kita, agar ia mampu menghasilkan akar (iman) yang kukuh, batang (akidah) yang tegap dan buah fikiran yang banyak, YANG MAMPU menghidupkan semula semua hidupan di bumi ini.

Rujuk hal pokok dari Firman Allah ini, Surah Ibrahim ayat;

24. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,

25. pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu zikirkan (fikir2kan) (end)

Banyak keluhan kami baca saban hari di wall facebook, dari mesej inbox kami dan kes-kes yang dirujuk ke RPWP, tentang sukarnya mendidik anak sedangkan ia SANGAT MUDAH jika kita MAHU mulakan perubahan pada diri kita sendiri. Anak akan ambil segala yang ada pada habit kita. Nak anak jadi baik, kita dahulu perlu jadi baik.

Yang baik semuanya dari Hidayah Allah. Ambillah tanpa was was.
Yang buruk itu kerana kelemahan pemahaman dan penyampaian kami sendiri.

Selamat berpuasa. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Hasil IQRA’
WARGA PRIHATIN.

MR. FONG & KELUARGA : HARTAWAN & DERMAWAN TIDAK MENGENAL BEZA AGAMA DAN KAUM.

Sebelum YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada tahun 2008, kami di Prihatin telahpun dari penubuhannya pada tahun 2005 meletakkan perpaduan dan integrasi kaum sebagai salah satu resipi keharmonian keluarga besar kami di sini. Jika kami menyokong inspirasi 1Malaysia saranan YAB Perdana Menteri, bukanlah itu bermakna kami penyokong tegar dan fanatik satu-satu pihak, itu adalah kerana inspirasi itu adalah sangat ISLAMIK dan kami ingin melihat Islam dilaksanakan secara makro ataupun mikro nya..

Mr. Fong ialah salah seorang dari ramai dermawan dari kalangan mereka yang berbangsa Tionghua yang telahpun menjadi sebahagian dari keluarga besar kami. Beliau tidak menjadikan Prihatin hanya sebagai tempat menderma, tetapi telah mengangkat kesemua sekali keluarga besar kami menjadi ‘keluarga angkat’ kepada keluarga besar beliau sendiri. Dalam foto di atas, Mr Fong ialah lelaki yang di sebelah kiri sekali dan di sebelah kanan foto, lelaki warga emas itu mesra kami panggil Kongkong (Atuk) sahaja.

Kami percaya, 1Malaysia tidak hanya meletakkan 3 jenis tanah liat berlainan warna di dalam 1 baldi sebaliknya menjadikan 3 warna tanah liat itu ter’adun menjadi SATU sehingga mampu ditempa menjadi tembikar yang cantik dan sangat kuat. Menurut Saiful Nang, salah seorang warga kami yang sering memberi ceramah motivasi beliau di banyak universiti tempatan, beliau mengenalpasti sebahagian besar pelajar hanya mampu duduk se’dewan atau se’kelas tetapi masih belum mampu untuk memecah kelompok. Yang Cina duduk dan berkawan dengan Cina, Melayu berkawan dengan Melayu, India berkawan dengan India. Tetapi tidak bagi Mr. Fong, sakit pening kami juga diberi perhatian beliau dan begitu juga kami yang sangat risau dengan keadaan kesihatan kongkong yang semakin lanjut usia.

Setiap kali sebelum Mr Fong menyambut Tahun Baru Cina di kampungnya, 1 majlis akan diadakan di kilang beliau di Puchong khas untuk Rumah Pengasih Warga Prihatin. Keprihatinan beliau juga sangat tinggi dengan penyediaan katering Islam yang menyediakan makanan halal untuk majlis itu. Begitu juga setiap kali hari raya aidlilfitri, beliau akan melawat Prihatin dan agak biasa setiap kali balik dari sembahyang sunat hari raya, kami pasti akan lihat mereka sekeluarga dahulu. Dan beliau akan datang bersama juadah halal seperti SATAY atau Kentucky dan buah-buahan secukupnya sebagai sajian kepada anak-anak.

Sebagaimana lazim menjelang aidilfitri, pagi semalam beliau datang lagi untuk menyerahkan wang Kera’ian aidilfitri beliau berjumlah RM2000. ALHAMDULILLAH.

Seperkara lagi, semua kayu kayan yang digunakan oleh pembangunan Rumah kami juga adalah ehsan beliau dari papan pallet yang biasanya beliau jual semula tetapi diberikan kepada kami secara percuma. Bukannya sekali tetapi sudah lebih kurang 5 tahun kami menggunakan kayu yang beliau berikan. Bukan itu saja, beliau turut menawarkan kami menggunakan 2 buah lori baru 3Tan beliau, siap dengan bahan bakar yang telah di isi penuh di setiap hujung minggu (sewaktu kami belum mampu memilikki lori sebelum ini). Tidak dikira lagi sumbangan kewangan beliau yang sangat konsisten kepada kami.

Biasa juga beliau dan anak-anak beliau membuat lawatan mengejut sekadar bertanya khabar. Sekian lama beliau berhasrat untuk menitipkan anak-anak beliau untuk bersama-sama tinggal di Prihatin. Apakan daya, rumah kami masih belum sempurna lagi untuk menggantikan rumah mewah kepunyaan beliau.

Mr. Fong ialah seorang pengusaha kilang cermin, Hen Glass di Puchong. Beliau berasal dari keluarga yang sangat susah dan bekerja tidak kira siang ataupun malam sehingga mampu mengumpulkan dana bagi membuka sebuah kilang kaca.

Kesusahan beliau, sebagai warga desa di Pagoh, Muar ketika mudanya itu tidak dirasai lagi oleh anak-anak beliau yang kini sebahagiannya berada di universiti. Itulah antara 1 sebab mengapa hartawan ini mahu menitipkan anaknya ke Prihatin. Beliau mampu lihat bagaimana terdidiknya akhlak anak-anak di Prihatin sehingga beliau sendiri berkenan untuk mengundur ke belakang untuk opsyen pendidikan akhlak kepada anak beliau berbanding penekanan terhadap akademik semata-mata. “Banyak pelajaran yang saya dan anak-anak perlu ambil dari perlaksanaan ‘Rumah’ ini”, ujar beliau selalu.

Tidak ada jurang pemisah antara Mr. Fong sekeluarga dengan kami di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Marilah kita sama-sama mewujudkan semangat perpaduan dengan menolak perbezaan dan mera’ikan persamaan.

Ada juga beberapa Individu lain yang serupa yang Insyaallah akan kami ceritakan satu hari nanti. Mr Foo contohnya adalah seorang yang konsisten memasukkan dana sumbangan pembangunan RPWP berjumlah RM500 setiap awal bulan.

Oleh itu, apa yang kami suarakan terkadang dipandang negetif oleh sesetengah pembaca MELAYU yang mengatakan kami tidak sayang ‘bangsa melayu’ dan sebagainya. Islam itu sejahtera, lagi mensejahterakan (Islam, Taslim). Ia bukan milik satu-satu bangsa, ia adalah HADIAH Allah untuk seluruh ummat manusia. Kami takut jika ada rusuhan kaum, akan ada insan-insan PRIHATIN sebegini turut kita ‘SEMBELIH & KELAR’ tanpa usul periksa. Jika itu berlaku, Baikkah kita pada hakikatnya ? Subhanallah, mahasuci Allah daripada mengajarkan kezaliman kepada HAMBA hambanya.

Rumah Pengasih Warga Prihatin menjadikan Islam tinggalan RasulAllah berpaksi Kitab Allah & Sunnah Rasulnya. Maka berdasarkan itu juga, Islam menggalakkan semangat toleransi dan saling hormat menghormati antara MANUSIA (walaupun berlainan kepercayaan).

Assobiyyah tidak lansung ada dalam kamus perlaksanaan kami. Dalam bahasa mudahnya, Kami tidak partisan maupun perkauman. Tidak kiralah assobiyyah (taksub) atas dasar kaum, agama, maupun pecahan assabiyyah ‘dalam kelompok sebangsa’ samada berasaskan fahaman kepartian, agama, status sosial dan sebagainya. Ini memang telah disebutkan oleh Allah Ta’ala dalam al-Quran dan disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam banyak hadis baginda:

“wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi ‘menerangkan kebenaran’ (itu tugas kita). Jangan sekali kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak melakukan keadilan. Kamu hendaklah berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa…”[QS al-Maidah,8]

“…sesiapa yang berperang di bawah panji ‘kebutaan’, marah kerana asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap asabiyyah, atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah…”-[hadis riwayat Muslim, no1477]

“bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada asobiyyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang berperang atas assobiyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang mati dalam keadaan assobiyah”-[hadis riwayat Abu Daud].

Kepada ummat MELAYU yang masih bersikap assobiyyah, ISTIGHFARLAH, kembalilah kepada ajaran Al-Qur’an dan sunnah, khususnya dalam soal assobiyyah ini. Kepada sahabat kami berbangsa Cina atau India, jangan segan dan jangan malu untuk bersama kami dan berkerabat. Sekali kamu suka, 10 kali kami gembira.

Kami tidak ‘sekali-kali’ akan memperkatakan apa yang tidak kami iqra’ (kaji), kami laksanakan dan kami rasai sendiri ‘kebenaran dan kenikmatannya’. Ada terlalu banyak testimoni, namun kami terlalu sibuk untuk memaparkan kesemuanya. Sila ambil masa dan teliti sendiri sebahagian gambar kenangan dari link berikut.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151997177632786.1073741826.176792972785&type=3

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150836724072786.517757.176792972785&type=3

Tidak akan ada ‘sebarang’ ilmu, kefahaman dan hidayah yang akan kita terima jika tiada sedikit pun usaha ke arah itu. Iqra’lah, kajilah, perhatilah, ambillah pelajaran sebanyak mungkin, biarpun dari sekeping ‘gambar’ yang kita lihat. Apatah lagi dari pelbagai kelaku manusia, haiwan dan kejadian alam di depan ‘mata’ kita sendiri. Semuanya itu bakal Allah tanya di kubur nanti.

Salam Perpaduan, Salam 1Malaysia. Selamat berPUASA.

Apresiasi oleh
WARGA PRIHATIN

P/S : Menjawab beberapa komen dari artikel di atas: Jika anda telah mengikuti semua komen, tidak perlulah baca,

• Untuk mereka yang masih berperasangka, kami tiada urusniaga suatu apa pun dengan Mr Fong. Kebetulan salah seorang sukarelawan kami nampak ada papan panjang yg sedang kami perlukan di kilang beliau, lalu bertanya utk membelinya dgn harga murah. Tidak disangka beliau begitu pemurah utk memberinya percuma, sejak itu hingga sekarang.

• Seperkara lagi, memang benar, beliau sangat mempercayai kami, hingga ada konflik besar antara sukarelawan kami dengan pak guard beliau, yang tidak yakin beliau sanggup beri kunci spare lori dan gate kilangnya utk kami masuk pd malam hari dan hujung minggu ketika kilang tutup, tiada pekerja. setelah diakui oleh Mr Fong sendiri, Alhamdulillah akhirnya Guard pun bekerjasama.

• Beliau dan partners juga sangat bermurah hati, sering membelikan air minuman, dan kadang2 makanan ketika melihat ada sukarelawan kami berpanas melakukan kerja meleraikan papan palet dan memuat ke atas lori. Amat sukar dipercayai, tetapi itulah kenyataan.

• Anak – anak Mr Fong akrab dengan anak-anak Warga Prihatin. Berjumpalah mereka di mana sahaja walaupun dikhalayak ramai, mereka akan berpelukan. Kasih Sayang tidak mengenal batas rupa. Yang hendak menampakkan Islam itu indah dan penuh dengan kasih – sayang adalah umat Islam itu sendiri.

• Mr Fong inginkan kesedaran pada anak – anaknya supaya menghargai kehidupan.

• Sedikit tentang isteri Mr Fong. Mrs Fong ini adalah anak kelahiran Sungai Pelek. Membesar bersama dan meraikan Syawal bersama rakan – rakan dan guru – gurunya yang beragama Islam. Seringkali berbasikal ke Bukit Bangkung menziarahi rakan – rakan Melayunya. Kalau kerepek di Bukit Bangkung itulah kegemaran beliau. Kebetulan kampung beliau dekat pula dengan cawangan kami di Sg Pelek.

• Beliau memang sangat merendah diri. Tidak pernah mahu di puji. Itu sememangnya ‘sifat pemberi’ yang Allah dan Rasul galakkan. Namun Warga Prihatin melaksanakan ‘sifat penerima’. Tugas kita menampakkan kebaikan orang agar jadi tauladan, bahan dakwah melalui uswah kepada orang lain.

Abid Anak Prihatin.

ISTIQOMAH MENJANA UMMAH GEMILANG.

Di awal sekolah menengah. Beliau mula memerhatikan rutin kerja para pendokong RPWP. Pada masa yang sama mendengar segala perbincangan keluarga besar RPWP, meneliti sikap dan semangat para pendokong RPWP. Ini menyerap di hati beliau dan kesemua anak-anak para pendokong yang lain sehingga turut menanam tekad untuk turutsama menyumbang dengan segala keupayaan yang ada. Turut menanam tekad untuk menyambung usaha murni para pendokong RPWP sebagai generasi pelapis.

Sejak kecil beliau terkenal dengan sifat berjimat cermat, jujur dan ikhlas. Wang saku sekolah dikumpul sehingga melebihi seribu ringgit dalam tabung peribadi beliau. Beliau istiqomah untuk tidak meminta-minta samada pakaian, makanan dan mainan sepertimana kebanyakan anak-anak zaman ini. Setiap kali cuti sekolah beliau akan tetap istiqomah di rumah membantu apa saja kerja bagi meringankan beban ibu bapa di RPWP.

Dapat kita lihat di foto ini, jari beliau berpelaster, malah darah merecik-cerik mewarnai kulit kompang, namun semangat diteruskan. Itulah semangat MENGGALANG dengan ‘blood, sweat and tears’, yang ada dalam jiwa beliau.

Sewaktu Tingkatan 5, beliau memenangi hadiah tunai RM2,000 sebagai JOHAN ‘Peraduan Khat peringkat Nusantara’ anjuran UTUSAN MALAYSIA. Para pemberita terkejut apabila beliau nyatakan akan menyerahkan keseluruhan hadiah tunai itu untuk RPWP. Sebulan selepas itu, kumpulan beliau bersama 3 anak-anak lain mewakili RPWP sekali lagi memenangi hadiah tunai RM1,500 dalam pertandingan AGRORACE di Melaka. Kesemua anak-anak RPWP dalam kumpulan itu sebulat suara turut menyerahkan hadiah tersebut sebagai sumbangan dana pembangunan RPWP.

Ketika anak-anak lain sibuk melancung dan berihat sepuasnya selepas penat belajar menghadapi peperiksaan SPM, beliau istiqomah mengambil peluang untuk menambah kemahiran diri, sama-sama bekerja sebagai buruh binaan, bengkel kenderaan dan pembantu tukang cat kenderaan. Turut sama mendidik adik-adik di RPWP, menguruskan program kem cuti sekolah, mengajar kawad, kompang, silat, PA SYSTEM, Nasyid, dan akademik adik-adik. Di RPWP, beliau terkenal dengan pakar fabrikasi ‘fibreglas’ dan tulisan jawi dan seni khat.

Dengan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, beliau melanjutkan pelajaran memasuki Matirikulasi. Masih terbayang betapa sadisnya mengetahui yang beliau membawa pakaian seadanya saja, bahkan ada yang terkena cat dan simen ke kolej.

Kini beliau sedang mengambil kursus Ijazah BioMedic di Universiti Malaya. Sepanjang pembelajaran, beliau istiqomah tidak meminta-minta wang belanja. Dana PTPTN diatur sebaiknya agar cukup sebagai belanja. Berkat disiplin yang di tanam di RPWP, beliau bijak memilih program dan aktiviti di Universiti. Mampu memimpin pelajar dalam persatuan dan tidak terjebak dengan aktiviti negetif yang terlalu banyak waktu ini.

Itulah MOHD ABID BIN MASJUKI. Salah seorang dari anak pengasas RPWP. Tahniah UTIH. Terima kasih atas sumbangan mu dan kami doakan kejayaan selanjutnya.

Hasil pengabdian DI RPWP, Mengagungkan Allah seagung-agungnya. Hari-hari kami baca Fatihah mencari hidayah. Ihdinas Siroot al-MUSTAQIIM – Tunjukki, hidayahkanlah kami kaedah yang harus kami ISTIQOMAHKAN. Siroot al-lazina An’amta Alaihim – Seperti kaedah orang yang telah dapat nikmat atas mereka.

Alhamdulillah mula menampakkan hasil. Nikmat yang tidak boleh didustakan. Nikmat mendapat anak yang Soleh, yang sentiasa menunjukkan Islah, perubahan pembaikan hari demi hari.

INSYAALLAH AKAN KAMI KONGSIKAN BANYAK LAGI BIOGRAFI ANAK-ANAK LAIN SEBAGAI TESTIMONI PENDIDIKAN RPWP dari masa ke semasa.

SILA like, share dan tunjukkan kepada anak-anak kita. Semuga boleh dijadikan contoh yang baik untuk anak-anak lain.

Perkongsian Inspirasi oleh
WARGA PRIHATIN.

Kisah Kesusahan Hidup Pengasas RPWP Jadi Iktibar Untuk Anak-anak Prihatin

PENGALAMAN DI SEKOLAH RENDAH

Dari hujung desa terpencil, Kampung Paya Besar, beliau BERJALAN KAKI sejauh 20 km pergi dan balik dari Sekolah Rendah Kampung Melayu Raya, Segamat. Perjalanan beliau bermula dari menyusuri jalan balak di celah belukar, seterusnya melalui jalan tanah merah berdebu dan selut, meredah 12 bukit dan paya, merentasi 2 desa dan 2 estate getah tua dan kelapa sawit muda. Sewaktu darjah 5 baru beliau mula berbasikal.

Beliau harus bertolak gelap pagi dan pulang meredah terik mentari petang. Kadang kala terpaksa mengharungi hujan ribut sendirian. Minum air parit dan sungai menjadi biasa baginya buat penghilang dahaga.

Beberapa anak sekampung yang sebaya ke sekolah yang sama samada naik kereta sewa atau tidak ke sekolah sama sekali. Dalam kesusahan itu beliau berjaya menjadi pelajar terbaik sekolah beliau dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Beliau juga berjaya sebanyak 7 kali menjadi johan qari tilawah al-Quran di peringkat daerah dan berjaya 3 kali masuk pertandingan ke peringkat negeri.

PENGALAMAN DI SEKOLAH MENENGAH

Dari tingkatan 1-3, beliau terpaksa mengayuh basikal sekitar 45 km setiap hari. Ini kerana beliau terpaksa, berulang-alik ke bandar Segamat untuk menghantar bekalan makanan buat kakak beliau di asrama sekolah Arab di Kg Gubah, atau membantu urusan keluarga di bandar dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Datuk Bentara Dalam. Balik dari sekolah menengah, beliau harus mengulangi perjalanan mengayuh basikal lagi ke sekolah Agama di Kg Melayu Raya.

Di sebelah malam, beliau sering berbasikal sejauh 20 km lagi, meredah kegelapan untuk belajar ilmu persilatan di ladang Labis Baru. Setiap bulan Ramadhan beliau terpaksa mendampingi ayahnya menjadi bilal Terawih. Bahkan beliau sering tidur di Masjid sepanjang Ramadhan untuk mencari “LailatulQadar’, biarpun terpaksa bersahur dengan lebihan juadah mureh atau mi segera.

Wang Biasiswa Kecil Persekutuan berjumlah RM20 sebulan tidak beliau sentuh dari tingkatan satu hingga ke tingkatan 5. Selepas SPM beliau serahkan wang terkumpul untuk perbelanjaan keluarga sepenuhnya.

Di setiap cuti hujung tahun, bermula dari darjah 6 lagi, beliau sudah menjadi buruh kasar di estate berdekatan melakukan pelbagai jenis kerja sebagai penggali parit, penyembur racun, pemotong buah & pelepah sawit serta menoreh getah. Beliau juga pernah menumpang lori balak, sebelum lebuhraya Kuantan-Segamat siap hanya untuk bekerja sebagai penebas belukar di Karatong, Pahang bagi mencari wang belanja persekolahannya.

Hasilnya, daripada 10 pelajar aliran sains yang mendapat grade 1 SPM tahun 1979 di sekolah beliau, 8 darinya adalah pelajar CINA dan hanya 2 pelajar MELAYU, dan beliau adalah seorang daripadanya. Di samping aktif sebagai qari Tilawah al-quran, beliau turut menjadi komanden kawad Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) mengetuai 350 ahli dan aktif juga di beberapa persatuan sekolah.

Dari 10 adik-beradik, beliau adalah satu-satunya ahli keluarga yang berjaya melangkah ke Universiti dan menempa kejayaan selanjutnya bagi membela insan lain. Begitu juga daripada kurang 10 rakan sebaya dari kampung terpencil itu, hanya beliau yang mampu meniti ke Menara Gading.

AWAL KERJAYA

Setelah 2 tahun makan gaji dengan syarikat Multinasional, beliau menubuhkan syarikat sendiri & menjelajah ke serata dunia dengan kepakaran yang ada untuk membela adik beradik yang tidak ke Universiti agar semua dapat turut merasai kejayaan beliau. Kini adik beradiknya hidup senang.  Beliau pula mengabdi diri, mewakafkan segala hasil kesenangan yang beliau capai, menjadi buruh sukarela tanpa gaji di RPWP.

Bermacam-macam bidang perniagaan termasuk bidang pembuatan serta impot dan ekspot telah beliau jalani, termasuk membuka beberapa cawangan di luar negeri. Sering beliau mengikuti pameran dan jualan promosi produk keluaran beliau di dalam dan luar negara bersama MATRADE. Kejayaan beliau sering menjadi bahan tulisan akhbar sepenuh mukasurat dan rencana TV.

MENYUSUR JEJAK

Anak-anak RPWP telah dibawa menziarahi kampung halaman beliau dan masing-masing ingin mencuba berjalan kaki menyusuri laluan perjalanan beliau ke Sekolah Rendah Kg Melayu Raya. Malangnya mereka hanya mampu berjalan setakat 20% jarak perjalanan saja. Bakinya harus diteruskan dengan kenderaan. Begitulah gambaran keperitan yang pernah dilaluinya.

Itulah pengalaman getir kehidupan yang dilalui oleh pengasas RPWP, Dr Hj Masjuki Mohd Musuri. Beliau telah melawan ujian hidup sejak kecil lagi.

Bapanya seorang suku JAWA, bertugas sebagai bilal kampung, guru silat, guru kompang, guru marhaban, berzanji dan al-Quran, seorang peneroka tanah, penebang hutan, tukang rumah dan tukang gunting rambut sambilan.

Ibunya juga seorang wanita JAWA, yang menjadi bidan Kampung, juga tukang urut yang cekal dan pemurah. Beliau banyak mengambil anak angkat dari kalangan asnaf, juga menjadi bilal wanita dan guru al-Quran wanita di desa itu.

Rumah asal beliau berupa rumah kayu bertanggam, tiang kayu bulat, berlantaikan tanah liat di dapur dan lantai kayu belah bahgian lantai atasnya. Dinding rumah dari kulit kayu dan beratapkan rumbia.

Untuk makanan harian, keluarga beliau harus cucuk tanam dahulu. Ikan sebagai sumber protin harus tangkap di tengah paya. Buah harus dipetik di hutan. Beliau belajar dengan pelita minyak kerana desa itu tiada bekalan letrik. Beliau mandi dan minum dari air telaga yang berlumut kerana tiada bekalan air paip.

Terlalu banyak untuk dikongsikan. Mungkin sebahgian foto ini mampu meneruskan penceritaan.

Pelajaran yang kami dapati, kejayaan beliau mengharungi kepayahan itu menjadikan beliau insan yang sangat prihatin, kreatif, berani, mandiri dan tidak gusar berhadapan dengan kesusahan. Lebih penting lagi, pengalaman itu mampu dijadikan motivasi kepada anak-anak di RPWP agar TIDAK MUDAH MENGALAH dan merasa lemah mengharungi kehidupan yang penuh dengan pelbagai pancaroba. Pengalaman itu jugalah yang memberi kekuatan dan inspirasi kepada kesemua pengasas bersama RPWP ini.

Semuga kisah ini juga boleh dijadikan motivasi kepada para ibu bapa, khususnya dalam soal memanjakan anak dengan pelbagai kesenangan hidup, juga pelajaran buat anak-anak yang mungkin sedang menghadapi kesukaran hidup.

Yakinlah, “Di mana ada kemahuan, Di situ ada jalan”.

Perkongsian oleh
WARGA PRIHATIN

Nurhani Membentuk Jiwa Prihatin

nurhaniAnakanda Nurhani Masjuki terpaksa mengorbankan privacy beliau, selaku anak pengasas dan pengetua RPWP.

Beliau terpaksa berkongsi ayah kandung bersama anak-anak asnaf yang lain, juga sama-sama makan minum, belajar, bersekolah bersama mereka tanpa sedikitpun double standard. Beliau juga turut sabar membantu ibu menjaga kakaknya seorang OKU DownSyndrome.

Seperti anak-anak yang lain, Nurhani tidak terlepas dari ikut berpuasa sunat isnin khamis. Di sekolah Nurhani sibuk dengan tugasan pengawas dan ko-kurikulum. Pelbagai program pendidikan yang padat di RPWP juga tidak menggugat beliau.

Nurhani tetap unggul di bidang akademik. Beliau telah memenangi ANUGERAH EMAS (Tahap tertinggi peringkat sekolah beliau), juga turut memenangi anugerah Markah tertinggi beberapa subjek di Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama.

Bukan itu saja, Lebih Istimewa lagi apabila beliau mengikuti jejak ayah dan abang-abangnya. Beliau telah menyerahkan hadiah KEJAYAAN ANUGERAH EMAS berjumlah RM300 serta hadiah basikal baru yang dikurniakan oleh pihak PIBG itu kepada RPWP untuk digunakan oleh anak-anak asnaf yang lelaki.

Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Doktor perubatan, pengkhususan bidang sakit puan bila tiba waktunya nanti. SYABAS anakanda Nurhani. Doa kami tetap mengiringi mu.

Pelajaran :
Mengurangi kelebihan dan kemewahan hidup, MENGGALAKKAN anak bergaul dengan para asnaf dan anak yatim walaupun dalam serba kekurangan sambil memerhatikan kerukunan hidup jemaah ibu bapa pendokong berjaya memberi kesedaran dan motivasi tertinggi untuk pembinaan akhlak dan sahsiah anak-anak.

ALHAMDULILLAH.

Hasil pemerhatian

WARGA PRIHATIN