Category Archives: Sosial & Politik

image_pdf

TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARI YANG DI BAWAH

GILA-GILA : Bila Orang Gila Bertemu Orang Gila

ANTARA CADBURY, BABI & KERA – ANALISA MUHKAMAT & MUTASYABIHAT

DNA Babi – Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

jakim-cadburyIsu DNA Babi – Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Pencemaran Asid Deoksiribonukliek (DNA) Babi Pada Produk Makanan Yang Disahkan Halal: Penelitian Dari Aspek Sains Dalam Menentukan Kaedah Penyelesaiannya Mengikut Aspek Syarak

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Pencemaran Asid Deoksiribonukliek (DNA) Babi Pada Produk Makanan Yang Disahkan Halal: Penelitian Dari Aspek Sains Dalam Menentukan Kaedah Penyelesaiannya Mengikut Aspek Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Isu DNA Babi – Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man dan Y. Bhg. Encik Dzulkifly Mat Hashim, daripada Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam adalah agama yang bersifat mudah, menyenangkan dan tidak memberatkan umatnya dalam sesuatu perkara atau muamalah sehingga menyempitkan kehidupan harian.

Dalam isu pencemaran bahan-bahan najis seperti DNA Babi yang berlaku pada produk makanan halal, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan keterangan pakar, setakat ini belum ada penyelidikan yang dilakukan untuk mengenalpasti samada DNA Babi yang tercemar tersebut asli atau sintetik dan sejauhmana tahap pencemarannya juga tidak diketahui.

Walau bagaimanapun pencemaran DNA tersebut boleh berlaku dengan mudah melalui udara secara tidak disedari atau tanpa diketahui secara zahir dan pakar-pakar sains berpandangan adalah amat sukar untuk menghalang pencemaran tersebut daripada berlaku.

Sehubungan itu, dalam menangani isu ini berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah

الأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ (Asal sesuatu perkara hendaklah dikekalkan mengikut asalnya) dan

الْمَشَقَّةِ تَجْلِبُ التَيْسِيْرَ (Kesukaran boleh membawa kepada kemudahan),

Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa produk-produk makanan atau minuman yang telah dikaji secara terperinci dan semua ramuan, kandungan dan cara pemprosesannya telah disahkan sebagai bersih, suci dan halal, serta telah menjadi bahan makanan dan minuman umat Islam secara meluas, tetapi kemudiannya didapati produk tersebut mengandungi bahan-bahan najis seperti DNA Babi akibat daripada pencemaran yang tidak disengajakan atau tidak disedari, maka adalah harus bagi umat Islam mengambilnya sebagai makanan atau minuman kerana kandungan asal produk tersebut adalah halal.

Bagi bahan-bahan peralatan pemprosesan yang telah melalui proses samak seperti yang ditetapkan oleh Syarak dengan pemantauan/penyeliaan pihak berkuasa agama, tetapi masih lagi didapati mengandungi DNA Babi, Muzakarah memutuskan bahawa adalah memadai dengan proses samak yang telah dilakukan tersebut dan ianya tidak perlu diulang.

Keputusan ini adalah berdasarkan pensyariatan Islam yang tidak mentaklifkan kepada manusia apa yang mereka tidak mampu melakukannya atau membebankan dan menyukarkan mereka.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 185: Maksudnya:

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”

* * *

SENARAI NON HALAL:
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI:
-minyak masak lam soon (cap helang & buruh)

-Ubat pearl cream arche (thailand)
-Ajinomoto (thailand)
-Ais krim harga rm1.00 ke atas
-Semua tauhu buatan orang cina
-Sabun luv & lotion badan buatan malaysia usa thailand
-Sabun FAB berbuku
-Lobak jeruk
-Mee & kueteow basah buatan cina
-Krim muka hazeline show
-semua jenis serbuk mee segera terutama MAGGI
-Pucuk,kulit popia,fish cake,bebola ikan buatan orang cina
-Daging burger import
-Sardin,kari ayam dalam tin & yong taufu buatan orang cina
-Kasut bola jenis gold cup
-Berus gigi jenis reach
-Mee kering (sanggol)
-Semua sabun mandi yang diimport (yang berminyak selepas dibasuh)
-Ajinomoto kecuali keluaran kilang lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
-semua jenis shampoo kecuali keluaran orang islam
-Have pearl cream
-Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc donald
-beehon segera siam
-Mee rebus tulang & kiub perasa ayam

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL:
-Dairy milk coklat
-Coklat cadbury/ chewing gum
-Sugus strawberry
-Passer doily mixture
-Trebo mint chewing gum / peppermint
-Scothes vikmin
-Share extra atrenght
-black current jelly
-Royal gulaman & decarl oranges
-Valvis gelatin
-Sarung kapsul ubat
-Ais krim dalam bekas plastik
-Gula gula fruities
-Cake met- vilber funch
-Coklat cake
-Tepung kastard lady’s choice
-Semua jenis jelly dan gincu bibir
-Keseluruhan jenis sheisedo
-Lady’s choice jelly


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL
-Barangan avon keseluruhannya
-Pewangi ketiak terutama jenama vitalis & concord
-Minyak rambut brylcream (hijau)
-Racun serangga jenis spray seperti sheltox,baygon,mortin
-Seluruh ubat batuk jenis sirap
-Keseluruhan ball pen dakwat kering
-Tonik baby grape water,tonik waterberry compaund, minyak yuyi
-pringles potato chips


*kami dalam keresahan memohon maaf atas kelewatan memberitahu perkara di atas, pastikan pakaian anda tidak terkena bahan bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KEPADA SEMUA SAUDARA ISLAM KITA
Amaran oleh kerajaan malaysia berHati-Hati sebelum makan.

Dr Safurah Hj Jaafar:

Principal Assistant Directory Ministry of Health, Malaysia. Tel 03-2540088

Kod panduan lemak babi dalam makanan fat dan minuman (pig code guide)

*E100 *E110 *E120 *E140 *E141 *E153 *E210 *E213 *E214 *E216 *E234 *E252 *E270 *E280 *E325 *E326 *E327 *E334 *E335 *E336 *E337 *E422 *E430 *E431 *E432 *E433 *E434 *E435 *E436 *E440 *E470 *E471 *E472 *E473 *E474 *E475 *E476 *E477 *E478 *E140 *E481 *E482 *E483 *E491 *E492 *E493 *E494 *E495 *E542 *E570 *E572 *E631 *E635 *E904
*babi sudah jelas haramnya .

Risalah ini diedarkan oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya KL, Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia. Kajian Ini Hasil Gabungan Oleh Mahasiswa UTM,UUM,USM,UIA,UM,UKM & CAP.

Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk di pasaran iaitu :
1.Shampoo dan facial DOVE 2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS

KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR. JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.
Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. Untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website http://www.halaljakim.gov.my/

Sekian wassalam.
HARAP DIHEBAHKAN.

KEWAJIBAN & DILEMA PENJAGAAN ANAK YATIM – PERKONGSIAN PENGALAMAN

Rujukan Firman dan Hadis tentang anak yatim

herdik - CopyANAK YATIM – RUJUKAN FIRMAN

QS;107. AL MAA´UUN: “Tahukah kamu orang yang mendustakan dengan agama?. Maka itulah orang yang menindas anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat. orang-orang yang lalai dari solatnya. Orang-orang yang riya’ dan menyelewengkan bantuan.”

QS;4. AN NISAA’ 127. Dan mereka minta fatwa kepadamu tentang para wanita. Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepadamu tentang mereka, dan apa yang dibacakan kepadamu dalam Al Quran, tentang para wanita yatim yang kamu tidak memberikan kepada mereka apa yang ditetapkan untuk mereka, sedang kamu ingin mengawini mereka dan tentang anak-anak yang masih dipandang lemah. Dan supaya kamu mengurus anak-anak yatim secara adil. Dan kebajikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahuinya.

QS;4. AN NISAA’ 6. Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kawin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas, maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan tergesa-gesa sebelum mereka dewasa. Barang siapa mampu, maka hendaklah ia menahan diri dan barangsiapa yang miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas.

QS;89. AL FAJR 16-20: Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rizkinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”. Sekali-kali tidak, sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim, dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin, dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan, dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.

QS;8. AL ANFAAL 41. Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba Kami di hari Furqaan, yaitu di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

QS;4. AN NISAA’ :5. Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik.

QS;76. AL INSAAN 8-9: Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula terima kasih.

QS;59. AL HASYR 7: Apa saja harta rampasan yang diberikan Allah kepada RasulNya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.

QS;18. AL KAHFI 82. Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.”

QS;17. AL ISRAA’ 34-35: Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya. Dan sempurnakanlah takaran apabila kamu menakar, dan timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama dan lebih baik akibatnya.

QS;6. AL AN’AAM 152. Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia berkerabat, dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat.

QS; 4. AN NISAA’ 36. Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,

QS;4. AN NISAA’ 8-10: Dan apabila sewaktu pembahagian itu hadir kerabat, anak yatim dan orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala.

QS;4. AN NISAA’ 2-3: Dan berikanlah kepada anak-anak yatim harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan itu, adalah dosa yang besar. Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yang yatim, maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

QS;2. AL BAQARAH

83. Dan, ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil: Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.

220. tentang dunia dan akhirat. Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakalah: “Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

177. Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir dan orang-orang yang meminta-minta; dan hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar; dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

215. Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.

QS;93. ADH DHUHAA 6. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? 9. Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.

 

BEBERAPA HADIS RASULULLAH SAW TENTANG ANAK YATIM:

Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini.” Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga”. (Dari Sahl bin Saad r.a HR: Al- Bukhari).

Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (HR: At-Tabhrani)

Bersikaplah kepada anak yatim, seperti seorang bapa yang penyayang.” (dari Daud ‘a.s., Hadis Riwayat Bukhari)

Barang siapa yang mengikut-sertakan seorang anak yatim diantara dua orang tua yang muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk syurga.” (Hadis Riwayat Abu Ya’la dan Thabrani, Sahih At Targhib, Al-Albani)

Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.” (Diriwayatkan oleh Abu Darda’ r.a HR: Thabrani, Targhib, Al Albaniy : 254)

Engkau melihat orang-orang beriman itu dalam hal kasih sayang dan saling mencintai di antara mereka, adalah seperti satu tubuh, jika ada satu organ yang mengeluh (sakit), maka seluruh tubuh akan merasakan sakit dengan tidak tidur dan panas.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Aku dan seorang wanita yang pipinya kempot dan wajahnya pucat bersama-sama pada hari kiamat seperti ini (Nabi Saw menunjuk jari telunjuk dan jari tengah). Wanita itu ditinggal wafat suaminya dan tidak mau kawin lagi. Dia seorang yang berkedudukan terhormat dan cantik namun dia mengurung dirinya untuk menekuni asuhan anak-anaknya yang yatim sampai mereka kawin (berkeluarga dan berumah tangga) atau mereka wafat.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

Harta-benda anak yatim tidak terkena zakat sampai dia baligh.” (Hadis Riwayat Abu Ya’la dan Abu Hanifah)

Tidak disebut lagi anak yatim bila sudah baligh”. (Hadis Abu Hanifah)

Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya, dan tidak bersikap angkuh dengan apa yang Allah anugerahkan kepadanya terhadap tetangganya. Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menerima sedekah seorang yang mempunyai kerabat keluarga yang memerlukankan santunannya sedang sedekah itu diberikan kepada orang lain. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, ketahuilah, Allah tidak akan memandangnya kelak pada hari kiamat”. (Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

Barangsiapa menjadi wali atas harta anak yatim hendaklah diperkembangkan (diperdagangkan) dan jangan dibiarkan harta itu susut karena dimakan sedekah (zakat).”(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

 

POLEMIK DYANA SOFYA – ANTARA KEHEBATAN DAP DAN KELEMAHAN PKR, PAS & UMNO

POLEMIK DYANA SOFYA – ANTARA KEHEBATAN DAP DAN KELEMAHAN PKR, PAS & UMNO

MENYINGKAP SERIBU RAHSIA DI SEBALIK “GURU”

KEMELUT POLITIK NEGERI TERENGGANU AMAT KEBUDAK-BUDAKAN

Wasiat Ayah buat anak-anak RPWP

ISLAM TIDAK LAGI BOLEH DIBANGUNKAN DENGAN NANYIAN, SYAIR, KATA-KATA & TEPUK SORAK SAHAJA

Video “Hari Ibu” Prihatin Tersiar di TV1

ANCAMAN HUDUD – SULTAN BRUNEI BERTEGAS & PULANGKAN PAKU BUAH KERAS

Posting yang Yahudi tidak gemar – sudah dibuang oleh FB

00 sekolah dibomSUDAH TERANG LAGI BERSULUH

Kekejaman Regim Bashar al-Assad ini sudah tiada maafnya lagi. Islam tidak mengajar kekejaman sebegini rupa. Tidak kira rumah ibadat, sekolah habis dibom semuanya. Anak kecil, wanita mengandung, orang tua semua menjadi mangsa.

Perhatikan gambar yang menceritakan seribu kepiluan hasil kekejaman yang telah dilakukan. Ini hanya sebahagian kecil dari berita sadis dan menyayat hati yang kita terima. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Di mana perginya peranan PBB? OIC? pejuang hak asasi manusia?
Di mana jiran tetangga? ke mana perginya pula hazanah alam yang Allah kurnia? Bukankah negara Timur Tengah ini kaya raya belaka?

Masih kaburkah dengan kekejaman SYIAH? 

Ayuh gandakan usaha. Teruskan berdoa, tambahkan aura doa melalui zikir yang mendalam untuk tragedi ummat ini. Allah mendengar dan Insyaallah akan hadir kuderat Allah yang ghaib dengan aura doa kita. Sekurang-kurangnya lebih ramai manusia akan ikut merasa keperitan ini dan turut memberikan seruan yang sama.

Tadaruskan… bacakan… iqra’ berulang-ulang tanpa jemu.

Tafakkurkan.. Jangan sekali-kali berhenti. Fikir-fikirkan sentiasa, 

Taddaburkan.. masing-masing uruskan, anjurkan sesuatu untuk membantu..

Tabayyunkan.. Buktikan keprihatinan kita.. laksanakan apa saja bantuan yang termampu sebagai bukti sokongan kita.

Yang ada FB dan blog gunakanlah, sebarkan, buktikan kita simpati. Kita ajak dunia menyedari tragedi ini. Yang ada suara dan kuasa, suarakan, berikan tekanan kepada makhluk bernama Bashar al-Dajjal ini.

Jangan cari dan tunggu lagi datangnya Dajal yang bermata satu pada zahirnya. Kerana Al-Masih Dajjal itu adalah satu bentuk kepercayaan.. tugasnya menanam fitnah, doktrin salah yang membuat kita mempercayainya… ya, SATU MATA itu ialah mereka yang memandang dengan sebelah mata melihat kekejaman dan kebodohan ajaran ini.

Kita yang di sini juga harus ambil perhatian dan berjaga-jaga. Jika tubuh badan sendiri pun Syiah ajarkan untuk di pukul dan dikelar, inikan pula tubuh badan orang lain. Anda masih fikir ini ajaran Islam? Bagaimana masih ada yang ‘sudi’ dan ‘tergamak’ mengakui kebenaran dan memperjuangkannya? MasyaAllah…

Lihat wajah Basyar.. wajah ganas dan penuh selera untuk membunuh (wajah hitler sebagai perbandingan) Kaji dan teliti siapa rakan karibnya.. perhatikan ucapan dan tindaktanduknya.. 

Lihat siapa isteri Bashar dan bagaimana pemakaiannya. Jatuh bangun, betul salah, kuat lemahnya seorang pemimpin itu juga dapat di lihat atau dipengaruhi oleh perwatakan dan peranan isterinya.

Ada pemimpin yang sebenarnya teruk, namun penampilan dan peranan isteri ‘menyelamatkannya’. Ada pemimpin yang berpotensi, namun perangai anak isteri ‘membuatkan dia dibenci’.

Jika pemimpin bicara soal Islam, namun begitu gaya isterinya… nilaikanlah sendiri… Ayuh masing masing muhasabah diri. Lepas itu mari sama-sama islahkan diri.

IQRA – KUDAP PETANG AHAD
Warga Prihatin

 

P/S:

POSTING ASAL DI FB SUDAH DIPADAM SEBAIK SAJA MENCECAH SEJUTA VIEW PADA BEBERAPA JAM PERTAMA. INI PERTANDA MEREKA SEDAR AKAN KEKEJAMAN INI DAN SENGAJA MAHU MENUTUPINYA.

Syiah – ajaran sesat yang bertahan paling lama

1syiahPerbuatan menyeksakan diri oleh pengikut Syiah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

Justeru ketika menilai sesuatu pegangan dan aliran mestilah daripada perspektif ilmu agar tidak terpedaya dengan syaitan. Sememangnya jika dilihat dari sudut luaran, golongan Syiah agak ke hadapan daripada pelbagai sudut seperti ketenteraan, disiplin, penampilan dan sebagainya.

Apatah lagi setelah berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang menyerlahkan lagi kewibawaan Iran mendokong dan menyebar fahaman Syiah, namun semua itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk terus menerima pegangan dan aliran mereka.

Banyak golongan dan ajaran sesat yang berjaya menzahirkan penampilan hebat, namun akhirnya apabila ditimbang dari sudut ilmu, amat mengecewakan bahkan termasuk dalam ajaran yang menyeleweng. Jika persepsi menjadi ukuran, sudah tentu masyarakat akan mudah terikut dengan akidah dan pegangan orang Jepun.

Melalui kajian ilmu, didapati Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu’tadilah (Zaidiyah).

SYIAH RAFIDAH atau IMAMIYAH merupakan golongan yang paling dominan dan berkembang dalam dunia pada hari ini. Mereka merupakan majoriti Syiah yang mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas. Ali telah menaskan imamah anaknya Hassan manakala Hassan telah menaskan imamah saudaranya Hussein.

IMAMAH itu berpindah dengan nas kepada anak-anak Hussein sehinggalah kepada Muhammad bin Hassan al-Askari yang pada pendapat mereka dia ghaib semasa kecil dan akan muncul sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman dengan membawa kebenaran dan keadilan.

Mereka dikenali dengan Syiah Imamiyah kerana pegangan mereka kepada 12 imam yang dianggap sebagai maksum, yakni bebas daripada segala dosa dan kesalahan.

Mereka ini juga dinamakan golongan RAFIDAH kerana mereka menolak imamah Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman Affan dengan hujah bahawa Nabi Muhammad SAW mewasiatkan kepada Ali sebagai khalifah selepasnya.

Namun wasiat ini pada dakwaan Syiah telah diketepikan oleh kebanyakan sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW. Oleh yang demikian mereka mengkafirkan para sahabat Nabi SAW termasuk sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan selainnya.

Jelasnya, Syiah bukanlah suatu ajaran yang boleh diikuti, bahkan ia merupakan ajaran sesat yang diasaskan oleh seorang Yahudi dari Yemen yang bernama Abdullah bin Saba’.

Dia merupakan bangsa Yahudi yang digelar Ibnu Sauda’, berpura-pura memeluk Islam, pandai mengada-adakan cerita palsu dan bijak menipu orang.

Setelah Abdullah bin Saba’ memeluk Islam secara berpura-pura, dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajipan melantik Ali sebagai Imam dan menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali, bahkan mengkafirkan mereka.

Bermula dari sinilah, dapat dilihat dengan jelas bahawa ajaran Syiah Rafidah terpengaruh dengan agama Yahudi. Syiah merupakan ajaran sesat yang paling lama dapat bertahan sehingga ke hari ini. Mereka yang terpedaya dengan ajaran Syiah telah terperangkap dengan tipu daya syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat Islam daripada persada kebenaran.

SYIAH DAN AL-QURAN

Syiah tidak menganggap kitab suci al-Quran adalah kitab yang terpelihara. Bahkan mereka beranggapan telah berlaku penyelewengan pada ayat-ayat al-Quran.

Buktinya adalah nas yang dikemukakan oleh al-Kulaini iaitu ulama hadis Syiah dalam kitab hadisnya al-Kafi dengan menyatakan bahawa: “Daripada Hisham bin Salim, daripada Abi Abdillah, a.s berkata, al-Quran yang didatangkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad SAW adalah sebanyak 17,000 ayat”.

Mereka beranggapan al-Quran yang ada pada umat Islam hari ini masih tidak sempurna kerana ayat al-Quran yang ada hanya berjumlah 6,236 ayat sahaja, sedangkan mereka beranggapan bahawa al-Quran sebenar iaitu yang dikenali sebagai mushaf Fatimah mengandungi 17,000 ayat.

Ini bermakna dua pertiga ayat al-Quran sudah diselewengkan. Pegangan Syiah ini jelas sesat kerana Allah SWT telah menjamin kesucian al-Quran. Kitab suci itu terpelihara sehingga hari kiamat, tidak akan berlaku penyelewengan terhadap al-Quran walau satu huruf sekalipun. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Allah juga berfirman dalam Surah Fussilat ayat 41-42 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap al-Quran ketika sampainya kepada mereka, sedang al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

SYIAH DAN HADIS

Golongan Syiah menolak hadis-hadis yang terdapat dalam sahih Bukhari, sahih Muslim, sunan al-Tirmidzi dan kitab-kitab hadis ahli sunah yang lain. Mereka menolak mentah-mentah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW.

Bagi mereka, kitab hadis yang menjadi pegangan mereka ialah al-Kafi tulisan al-Kulaini, yang diriwayatkan daripada Imam Maksum.

Mereka juga menganggap para sahabat menjadi kufur dan murtad setelah kewafatan Rasulullah SAW. Al-Kulaini yang dianggap oleh golongan Syiah setaraf dengan Imam Bukhari meriwayatkan bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah SAW kecuali tiga orang daripada mereka iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.

Ini jelas menunjukkan kebiadaban puak Syiah kerana perbuatan mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad SAW sedangkan para sahabat mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda. Secara tidak langsungnya, puak Syiah juga telah memperkecilkan serta menghina Rasulullah SAW.

Golongan Syiah juga mengatakan bahawa para isteri Rasulullah SAW Saidatina Aisyah dan Saidatina Hafsah sebagai munafik dan kafir. Mereka mendatangkan riwayat palsu yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Rasulullah SAW sehingga mengakibatkan kewafatan baginda.

SYIAH DAN TAQIYAH

Sebenarnya konsep taqiyah itu ialah konsep yang berasaskan kepada perbuatan berdusta, berbohong dan berpura-pura. Konsep ini telah dijadikan asas oleh golongan Syiah dalam memartabatkan keimanan mereka kepada Allah SWT.

Disebabkan sikap taqiyah ini, para ulama tidak mahu menerima riwayat yang dibawa oleh golongan Syiah ekoran pembohongan yang dilakukan oleh mereka.

Ajaran Syiah itu sendiri sebenarnya ditegakkan di atas dasar taqiyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitab beliau al-Kafi: “Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah”.

Jangan berhenti berdoa agar Sultan Brunei terus cekal menghadapi cabaran