Category Archives: ARTIKEL UMUM

image_pdf

NED – Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia

NED – Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia

Anwar bersama Carl Gershman, Presiden NED di McGraw-Hill Auditorium, New York City, pada 1 Disember 2005. Dalam program itu Anwar menyampaikan ceramah bertajuk “The Future of Muslim Democracy” yang ditaja oleh NED.

NED – Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia

Apabila satu skandal pada tahun 1980-an mendedahkan mengenai manipulasi peringkat antarabangsa oleh CIA, Presiden Ronald Reagan telah menubuhkan National Endowment for Democracy-NED (Pembiayaan Demokrasi Kebangsaan ) sebagai satu alat yang lebih sulit dan kurang mengundang kontroversi.

Alat ini mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang.

National Endowment for Democracy (NED) telah diwujudkan pada 1983, kononnya sebuah organisasi yang tidak membuat keuntungan untuk menggalakkan hak asasi dan demokrasi.

Pada tahun 1991, presiden pertama organisasi ini Allen Weinstein, telah mengaku kepada The Washington Post : “Banyak telah kita lakukan pada hari ini telah dilakukan secara rahsia 25 tahun yang lepas oleh CIA” (1)

Sebelum NED ditubuhkan, akhbar yang sama telah mendedahkan pada tahun 1969 bagaimana CIA telah membiayai kesatuan perdagangan, organisasi budaya, media dan para intelek yang terkenal.

Philip Agee, bekas operatif kepada the Company telah menyatakan kepada saya di dalam satu temuramah pada 2005 : “CIA telah menggunakan yayasan-yayasan yang terkenal di AS, termasuk entiti yang telah ditubuhkan dan hanya wujud di atas kertas sahaja.”

Presiden Lyndon Johnson yang berada dalam tekanan telah mengarahkan satu penyiasatan dilakukan, walaupun dia mengetahui bahawa CIA telah diberikan mandat untuk melaksanakan aktiviti seperti yang didakwa sebelum ini semenjak penubuhannya pada 1947.

Agee memberitahu : “Akibat Perang Dunia Ke-2, AS telah berhadapan dengan ancaman terhadap pakatan demokrasi dan tanpa sebarang mekanisme untuk menyalurkan bantuan politik, penggubal dasar AS telah menggunakan cara tersembunyi dengan menghantar penasihat, peralatan dan bantuan kewangan untuk menaja akhbar dan parti-parti yang berada dalam kekangan di Eropah” (2).

Mereka juga terpaksa menentang pengaruh idealogi Soviet Union pada permulaan Perang Dingin.

Organisasi yang dibiayai dari segi kewangan ini kadang kala mampu untuk melemahkan dan juga menghapuskan pihak pembangkang dengan mengubahnya kepada kerajaan yang bersahabat dengan AS, dan mewujudkan keadaan yang memenuhi kepentingan AS.

Terdapat beberapa rampasan kuasa, antaranya di Brazil pada 1964 dimana rampasan kuasa ini telah menggulingkan Presiden Joalo Goulart.

Agee mendakwa : “Untuk menyediakan ruang kepada tindakan ketenteraan, kami telah menaja dan menyalurkan kuasa kepada organisasi yang menjadi peneraju di dalam masyarakat awam dan juga media. Ini adalah versi yang diperbaharui dalam rampasan kuasa di Brazil.”

Pertarungan Idea

Pada 1975, CIA telah disiasat oleh Senat, khususnya berhubung dengan pembabitannya di dalam plot terhadap pemimpin politik di seluruh dunia termasuk Lumumba, Allende dan Fidel Castro.

Kejayaan gerakan revolusi di Afrika dan Amerika Latin telah memaksa AS untuk menyedari walaupun strategi penyusupan masuk ke dalam organisasi sosial masih penting, taktik tersebut tidak produktif.

Jadi, “Untuk menaja pertarungan idea ini, pentadbiran Johnson telah mencadangkan penubuhan mekanisma awam persendirian untuk menaja aktiviti luar Negara secara terbuka” (3).

The American Political Foundation-APF (Yayasan Politik Amerika), ditubuhkan pada 1979, merupakan sebuah pakatan di antara Parti Demokratik dan Republikan, pemimpin kesatuan dan pekerja, ahli akademik yang konservatif dan institusi yang berkaitan dengan dasar luar.

Ianya berdasarkan kepada model yang yang berkembang di German Barat, di mana 4 parti politik yang utama telah menubuhkan sebuah yayasan yang dibiayai oleh kerajaan sebagai tindak balas terhadap Perang Dingin. Yang paling penting dalam gabungan ini adalah Konrad Adenauer Foundation (Yayasan Konrad Adenauer) yang mempunyai kaitan dengan Christian Democratic Union (Kesatuan Demokratik Kristian) (4).

Pada Januari 1983, Presiden Ronald Reagan telah menandatangani satu arahan rahsia NSDD-77, hasil daripada apa yang telah dihuraikan di dalam satu ucapan Ahli Parlimen British sebagai satu proses yang diwujudkan “untuk menggalakkan infrastruktur demokrasi” dan “untuk menentukan bagaimana AS boleh memberikan sumbangan terbaik…..kepada kempen global untuk demokrasi” (6).

Arahan tersebut juga menyatakan “kerjasama erat bersama dengan usaha dasar luar-diplomatik, ekonomi, ketenteraan-termasuk hubungan erat dengan sektor masyarakat Amerika- buruh, perniagaan,universiti, dermawan, parti politik, akhbar.”

Reagan terus merahsiakan arahan tersebut apabila dia membentangkan satu kertas cadangan APF bertajuk ‘Program Demokrasi kepada Kongres’.

Satu tindakan pada 23 November 1983 telah mengesahkan penubuhan NED. Dalam satu majlis di White House (Rumah Putih) pada Disember, Reagan mengumumkan: “Program ini tidak akan disembunyikan di dalam bayang-bayang. Program ini dengan megah akan berdiri di bawah lampu yang terang. Dan, sudah tentu ianya akan selari dengan kepentingan negara kita.”

Tajaan untuk Anti-Sandinista

NED mengandungi 4 organisasi teras yang bertanggungjawab terhadap pentadbirannya. Salah satu yang telah wujud : Free Trade Union Institute (Institut Kesatuan Perdagangan Bebas) yang merupakan cawangan kepada persekutuan kesatuan perdagangan AFL-CIO dan dikorporatkan kepada American Centre for International Labour Solidarity (Pusat Amerika untuk Perpaduan Buruh Antarabangsa).

Walaupun sebagai sebuah NGO yang sah, NED telah dibiayai oleh Jabatan Negara, dengan kelulusan kongres. Selain daripada mengelakkan kerajaan daripada bertanggungjawab dalam sebarang tindakan yang dilakukan secara rasmi, langkah ini juga mewujudkan satu kelebihan strategik.

William Blum, bekas Pegawai Jabatan Negara telah menyatakan : “Rujuk kepada maksud bukan kerajaan – ini membantu dalam mengekalkan kredibiliti di seluruh dunia di mana ini tidak terdapat dalam agensi kerajaan AS.”

Pada Oktober 1986, pentadbiran Reagan telah digegarkan oleh pendedahan bahawa AS secara haram telah menaja pemberontakan ke atas kerajaan Sandinista di Nicaragua, menggunakan wang daripada penyeludupan kokain.

Secara kebetulan, operasi ini yang dikoordinasikan oleh Kolonel Oliver North dan mendapat kebenaran National Security Council – NSC (Majlis Keselamatan Nasional) dinamakan sebagai Program Demokrasi.

NED memainkan peranan yang utama. Namun, penyiasatan tersebut lebih tertumpu kepada penajaan kewangan kepada gerakan anti-revolusi rakyat Nicaragua, the Contras, daripada penglibatan “NGO”, walaupun NED telah diselia bermula dari penubuhannya sehingga 1987 oleh Walter Raymond, seorang pegawai kanan CIA dan juga ahli Lembaga Pengarah Perisikan CIA.

The Cuban American National Foundation-CANF (Yayasan Kebangsaan Cuba Amerika) merupakan sebuah organisasi pelampau anti-Castro yang ditubuhkan oleh NSC yang pada masa yang sama merupakan NED.

Presiden yayasan tersebut, Jorge Mas Canosa berkata : “NED mewarisi Program Demokrasi Ronald Reagan dan telah menyediakan pembiayaan kepada banyak kumpulan Latin-Amerika, termasuk CANF. Diyakinkan bahawa jalan menuju ke arah kemerdekaan Cuba bergantung kepada Nicaragua, jawatankuasa CANF komited terhadap perjuangan anti-Sandinista” .

Mas Canosa berkata : “Kerjasama ini bermula apabila Theodore Shackley, bekas Timbalan Pengarah Operasi dan Ketua Bahagian Operasi Sulit, meminta ahli yayasan tersebut menyokong dasar Amerika Tengah.”

Pada 1987, semasa skandal the Contra, NED telah menaja sebuah organisasi anti-Sandnista, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Nicaragua yang tetap.

Sokongan ini tekah membantu Violeta Chamorro, calon yang lebih disenangi oleh Washington dan juga pemilik akhbar ‘bebas’, La Prensa untuk memenangi kerusi Presiden pada 1990.

Kempen menentang kejahatan bukan kerajaan

Kebolehan NED menyalurkan wang, mewujudkan NGO, manipulasi pilihanraya dan manipulasi media banyak terhutang budi kepada pengalaman lama oleh CIA, Agensi Bantuan Luar Jabatan Negara (USAID) dan ahli konservatif elit yang berkaitan dengan dasar luar AS (termasuk John Negroponte, Jeane Kirkpatrick dan Francis Fukuyama).

Selain keganasan, pentadbiran Reagan menggunakan kaedah yang sama di Eropah Timur, dimana NED menganjurkan “kempen menentang kejahatan untuk hak asasi dan demokrasi dimana ia mengelakkan tuduhan imperialisma dengan menggambarkan dirinya sebagai satu tindakbalas kepada keperluan penentangan dan perubahan seluruh dunia”(8).

Selepas perubahan regim, kebanyakan daripada individu dan kumpulan yang berkait dengan NED hilang.

Salah satu kemenangan yang bersejarah berlaku di Poland. Seawal 1984, NED membahagikan bantuan terus untuk menubuhkan kesatuan pekerja , akhbar dan kumpulan hak asasi manusia, yang kesemuanya ‘bebas’.

Pada pilihanraya parlimen 1989, NED menyerahkan $2.5 juta kepada gerakan perpaduan, yang dipimpin oleh Lech Walesa, seorang sekutu rapat AS, yang dipilih sebagai presiden pada 1990.

Kejatuhan Soviet Union merupakan satu permulaan kepada pengembangan global NED. Ianya bergerak melalui wang dan mempunyai kepakaran untuk mencampuri urusan sosial, ekonomi dan hubungan politik di 90 buah negara di Afrika, Amerika Latin, Asia dan Eropah Timur.

Seperti yang disebutkan oleh Gerald Sussman, “Campur tangan dalam pilihanraya sangat penting kepada objektif dasar luar AS”.

“Pembinaan demokrasi” oleh NED dan organisasi AS yang lain telah diperhalusi. “Berbanding tindakan secara diam dan perlakuan agresif secara terbuka dimana secara kebiasaannya digunakan oleh CIA untuk melakasanakan serangan untuk mengkucar kacirkan keadaan bermula pada akhir 1940-an sehingga pertengahan 1970-an, bentuk manipulasi pilihanraya sekarang dipimpian secara besar-besaran sebagai satu pandangan putarbelit yang indah dan drama moral” (9).

Ketika pilihanraya 1990 di Haiti, NED telah melaburkan $36 juta untuk calon pilihanraya tersebut, Marc Bazin, bekas pegawai bank Dunia. Walaupun Jean-Bertrand Aristide dipilih, beliau digulingkan pada 1991 selepas kempen media yang ditaja oleh NED dan USAID.

Dalam masa 10 tahun penubuhannya, NED telah membahagikan $200 juta untuk 1,500 projek bagi menyokong sahabat AS (10).

Sejak 1988, NED telah menunjukkan minat yang tersembunyi di Venezuela.

Philip Agee berkata : “Terdapat satu operasi rahsia menentang revolusi Bolivaria. Ianya bermula di bawah Presiden Clinton dan diperhebatkan dibawah
George Bush Jr. Ianya seperti kempen menentang Sandinistas, tetapi setakat ini tanpa keganasan atau sekatan ekonomi : menggalakkan demokrasi, memantau pilihanraya dan membantu kehidupan masyarakat.”

Peguam AS, Eva Golinger mendedahkan dari dokumen rasmi di antara 2001 dan 2006, NED dan USAID telah memberikan lebih dari $20 juta kepada kumpulan pembangkang Venezuela dan media swasta (11).

Pada 25 April 2002, The New York Times mendedahkan kongres telah mengarahkan perbelanjaan NED untuk Venezuela dinaikkan 4 kali ganad, beberapa bulan sebelum rampasan kuasa yang gagal ke atas Presiden Hugo Chávez.

Kempen Terhadap Cuba.

Tetapi, kempen NED yang paling konsisten adalah terhadap Kerajaan Cuba, di mana NED dipercayai melaburkan sejumlah $20 juta selama 20 tahun dalam usaha untuk menggalakkan “peralihan demokrasi”; lebih $65 juta telah disumbangkan oleh USAID sejak 1996.

Walaupun terdapat desakan terhadap perlunya pilihanraya yang demokratik, dokumen rasmi telah menyebut bahawa sesiapa yang dipilih perlu disukai olah kerajaan AS.

Hampir semua dana berada di dalam pegangan organisasi yang berpusat di AS dan Eropah. Kerajaan Poland, Romania dan Republik Czech menerima habuan sebagai balasan kepada mengetuai tekanan antarabangsa kepada Cuba.

Merujuk kepada Laura Wides-Munoz (Associated Press, 29 Disember 2006), NED membayar mereka $2.4 juta pada 2005.

Idea demokrasi Washington adalah pilihanraya dan perniagaan bertukar dari tangan ke tangan yang lain. Dalam ucapannya pada Januari 2004 di State of Union, Presiden Bush mengumumkan bahwa beliau akan meminta Kongres “untuk menambahkan sebanyak dua kali ganda perbelanjaan untuk National Endowment for Democracy, dan memfokuskan kepada usaha terbaru dalam memajukan pilihanraya yang bebas dan pasaran bebas, media bebas dan kesatuan buruh yang bebas di Timur Tengah”

Usaha idealogi ini akan termasuk dengan tindakan ketenteraan. Hitherto : Penglibatan NED dalam rantau tersebut telah menjadi minima.

NED telah bergerak ke Afghanistan pada 2003. Berdasarkan laman webnya, NED telah memutuskan “ untuk mewujudkan dan memperkuatkan hubungan perniagaan di dalam Afghanistan untuk memastikan langkah yang lebih kukuh dan pelbagai dalam membina demokrasi dan ekonomi pasaran”.

NED menaja NGO yang baru ditubuhkan.NGO di negara yang dijajah, Iraq telah ditaja dengan objektif yang sama, terutamanya di bahagian utara. Organisasi tempatan disokong dan dengan cepat bergantung kepada NED. Di bawah usaha perjuangan untuk demokrasi, mereka telah bekerja untuk satu sistem di mana kepentingan mereka jarang menepati kepentingan masyarakat tempatan.

Secara uniknya, untuk sebuah NGO, Presiden NED mesti membentangkan di hadapan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat AS setiap tahun untuk melaporkan aktiviti mereka.

Pada Jun 2006, Carl Gershman (Presiden NED sejak April 1984) telah mengemukakan rayuan kecemasan untuk bantuan kewangan yang lebih bagi menyokong demokrasi.

Beliau mendakwa NGO di Russia, Belarus, Uzbekistan, Venezuela dan Mesir memerlukan bantuan kewangan tersebut untuk berhadapan dengan kerajaan “separuh kuku besi”.

Kemudian, beliau memberikan satu ucapan yang sama kepada Parlimen Eropah semasa persidangan tersebut, “ Penggalakan Demokrasi : Cara Eropah”.

Merujuk kepada William Blum, falsafah asas NED adalah masyarakat “ lebih baik dilayan dibawah satu sistem di bawah perdagangan bebas, kerjasama kelas…[dan] campur tangan yang minima daripada kerajaan. Ekonomi pasaran bebas adalah sama dengan penekanan terhadap demokrasi, perubahan dan pembangunan dan merit daripada pelaburan luar. Laporan NED merujuk kepada demokrasi yang berpanjangan, tetapi yang terbaik adalah langkah sederhana dalam demokrasi politik seperti yang ada dalam fikiran mereka, bukan demokrasi ekonomi; tiada yang mensasarkan kepada anacaman terhadap kuasa.”

Senjata perang global

Ketika memberikan ucapan kepada Perhimpunan Agung PBB pada September 1989, Presiden George Bush Sr. telah menegaskan, cabaran yang dihadapi oleh dunia kebebasan adalah untuk memperkukuhkan asas kebebasan.

Pada 1998, Parlimen Kanada, dengan sokongan AS, telah mewujudkan klon NED, Rights and Democracy (hak dan demokrasi).

Sweden mengikuti langkah ini dengan menubuhkan Swedish International Liberal Centre (Pusat Kebebasan Antarabangsa Sweden), Belanda dengan Alfred Mozer Foundation (Yayasan Alfred Mozer) dan Perancis dengan Robert Schuman Foundation (Yayasan Robert Schuman) dan Jean Jaurí¨s Foundation (Yayasan Jean Jaurí¨s) yang berkaitan dengan parti Sosialis.

Dengan penyebaran rangkaian, NED telah menubuhkan Democracy Projects Database (Projek Pangkalan Data Demokrasi) bagi mengkoordinasi 6,000 projek di seluruh dunia.

NED juga telah mewujudkan Network of Democracy Research Institutes (Institut Penyelidikan Rangkaian Demokrasi) untuk membawa bersama “institusi yang bebas, pusat kajian berdasarkan universiti dan program penyelidikan secara gabungan bersama parti politik, kesatuan buruh, gerakan demokrasi dan hak asasi untuk memudahkan hubungan diantara intelektual demokrasi dan aktivis” (12).

NED juga telah menjadi hos untuk Centre for International Media Assistance (Pusat Bantuan Media Antarabangsa), yang “membawa bersama had yang lebih luas untuk pakar media dengan objektif untuk memperkukuhkan sokongan terhadap media yang bebas ke seluruh dunia” (13).

Dalam laman web rasmi Jabatan Negara, Carl Gershman mengisytiharkan bahawa kesemua yayasan ini, individu dan organisasi yang menyumbang “ke arah membina gerakan demokrasi seluruh dunia”, merupakan rangkaian dalam rangkaian bersama NED di pusat kawalannya.

Yayasan lain yang termasuk dalam gerakan ini adalah : Friedrich Ebert Foundation in Germany (Yayasan Friedrich Ebert di German) ; Olof Palme International Centre in Sweden (Pusat Antarabangsa Olof Palme di Sweden); Renner Institute in Austria (Institut Renner di Austria), dan Pablo Iglesias Foundation (Yayasan Pablo Iglesias), yang mempunyai kaitan dengan Spanish Socialist Workers’ Party (Parti Sosialis Pekerja Sepanyol).

Pada 1996, untuk membuktikan bahawa perlunya peningkatan perbelanjaan NED, satu laporan sokongan telah dihantar kepada Kongres : “AS tidak berkemampuan untuk menafikan satu instrument yang berkesan untuk dasar luarnya apabila kepentingan dan nilai Amerika dipertahankan daripada serangan idealogi daripada pelbagai jenis kuasa anti-demokratik di seluruh dunia……[Mereka] masih diancam dengan hebat oleh regim komunis yang masih kukuh, neo-komunis, pemerintahan dictator yang agresif, nasionalis yang radikal dan pelampau Islam. Berdsarkan reality ini, AS tidak boleh mengaku kalah dalam perang idealogi inikepada musuh masyarakat yang bebas dan terbuka.” (14).

Tiga tahun kemudian, Benjamin Gilman, Presiden Jawatankuasa Dewan Hubungan Luar, mengambil langkah yang sama.

Seperti yang didakwa oleh Blum ; “ Apa yang telah dilakukan adalah untuk menukar banyak perkara dahsyat [yang dilakukan oleh CIA] kepada organisasi baru, dengan nama yang baik. Kewujudan NED adalah sesuatu yang sangat hebat. Untuk politik, hubungan awam dan sinis.”

Hernando Calvo Ospina merupakan seorang wartawan dan penulis buku, Bacardi: the Hidden War (Pluto Press, London, 2002). Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal bertajuk “The CIA’s Successors And Collaborators”

Rujukan :
(1) The Washington Post, 22 September 1991.

(2) www.ned.org/about/nedhistory.html. On the CIA’s use of intellectuals see Frances Stonor Saunders, Who Paid the Piper? The CIA and the Cultural Cold War (Granta Books, London, 2000).

(3) www.ned.org/about/nedhistory.html

(4) The others were the Friedrich Ebert Foundation (Social Democratic Party), the Hanns Seidel Foundation (Christian Social Union) and the Friedrich Naumann Foundation (Free Democratic Party).

(5) http://www.fas.org/irp/offdocs/nsdd…

(6) www.ned.org/about/reagan-060882.html

(7) www.ned.org/about/reagan-121683.html

(8) Nicolas Guilhot,”Le National Endowment for Democracy”, Actes de la recherche en sciences sociales, 139, Paris, September 2001.

(9) Gerald Sussman,”The Myths of`Democracy Assistance’: US Political Intervention in Post-Soviet Eastern Europe”, Monthly Review, vol 58, no 7, New York, December 2006.

(10) Guilhot, op cit.

(11) Eva Golinger, The Chávez Code: Cracking US Intervention in Venezuela (Pluto Press, London, 2006).

(12) www.wmd.org/ndri/ndri.html

(13) www.ned.org/about/cima.html

(14) James A Phillips and Kim R Holmes, “The National Endowment in Democracy: A Prudent Investment in the Future”, The Heritage Foundation, Executive memorandum 461, Washington DC, 13 September 1996.

********

Rakaman terima kasih kepada netter menggunakan nama pena SHINAH KAMA yang sering mengutuskan email mengenai artikel-artikel berkaitan dengan komplot jahat Amerika dan Yahudi ke seluruh dunia. Salah satu artikel adalah seperti yang diterjemahkan ini-AIDC.

PROJEK DEMOKRASI – FFF Yayasan Hantu : Foundation For The Future

Yayasan Hantu : Foundation For The Future


Pengkaji barat melabelkan Foundation for the Future (FFF) sebagai Yayasan Hantu . Yayasan itu menjalankan operasi sulit untuk menumbangkan sesebuah negara (Istilah neocon : Regime Change) menggunakan modus operandi ‘Projek Demokrasi’

Catatan dairi ditulis oleh Converger dalam Daily Kos dan laporan oleh Steve Clemons dalam The Washington Note mengupas tentang misteri ‘kewujudan’Foundation for the Future (Yayasan Masa Depan).

Di sinilah tempat bekerjanya buah hati Paul Wolfowitz iaitu Shaha Riza dibayar gaji AS$200,000 setahun tanpa cukai, melalui tabung Bank Dunia.

Biar saya tambahkan sedikit fakta hasil penyelidikan awam berhubung dengan yayasan yang amat diselubungi misteri itu.

Sebelum Shaha Riza bekerja di Bank Dunia, beliau pernah bertugas di National Endowment for Democracy (NED),instrumen warisan peninggalan Ronald Reagan, yang menjadi badan perantara penaja usaha demokrasi dalam beberapa perubahan kerajaan (Regime Change )dunia termasuk parti-parti politik negara luar yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.

Menurut laman rightweb:

Pengerusi NED ialah Vin Weber, bersama ahli lembaga NED, Francis Fukuyama dan bekas ahli lembaga, Paula Dobriansky serta Paul Wolfowitz (kedua-duanya menyertai pentadbiran Bush II pada 2001), telah menandatangani kenyataan bersama tentang penubuhan Project for the New American Century.


Paul Wolfowitz, Yahudi neocon Amerika sampai bila-bila perjuangkan falsafah “We Stand With Israel”. Itulah slogan pegangan kumpulan yang dakwa ‘bangsa pilihan Tuhan’.Tidak akan berubah hingga kiamat seperti yang termaktub di dalam Al Quran. Jadi Yahudi neocon akan terus memperalatkan aktivis-aktivis Islam yang rela jadi tali barut mereka semata-mata untuk mendapat wang dan kuasa!

Bill Berkowitz, seorang pemerhati pergerakan konservatif, mendalami kajiannya ke atas NED:

Menurut penulis William Blum, NED telah membiayai “komponen penting komplot rahsia Kolonel Oliver North, iaitu rangkaian ‘Project Democracy,’ yang berkaitan dengan dasar luar Amerika Syarikat, mencetuskan perang, menyeludup senjata dan dadah, selain menjalankan pelbagai aktiviti hitam lain.Pada 1987, seorang jurucakap White House menyatakan bahawa mereka di NED ‘ menguruskan Project Democracy.’ Kenyataan ini tidak benar, kerana apa yang nyata, NED adalah cabang awam untuk Projek Demokrasi, manakala, Oliver North mengendalikan operasi-operasi covert (tersembunyi) berkaitan dengannya. Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak memeranjatkan kerana perkara seperti itu sudah diketahui umum bahawa CIA pernah menjadi dalang di sebalik operasi tersembunyi (covert) itu.”


Gambarajah di atas menerangkan susur galur operasi Shaha Riza melalui Projek Demokrasi. Agent terlatih itu dipergunakan oleh dua instrumen US iaitu NED (overt) dan USAID & CIA (covert). Operasi terbuka (overt) akan disusuli dengan operasi tersembunyi (covert). Operasi tersembunyi(covert) akan menyeludup masuk dalam operasi terbuka (overt)sehingga yang muncul pada diri agent itu adalah badan rasmi, NED, Bank Dunia dan Jabatan Kerajaan Amerika. Agent ini ditugaskan menjalankan Yayasan Hantu (FFF) yang tidak mempunyai pejabat dan no telefon.

Sebelum mengadakan hubungan sulit dengan Paul Wolfowitz, Shaha Riza pernah berkahwin dengan Bulent Aliriza. Bekas suaminya itu, berbangsa Turki, seorang pakar di Center for Strategic and International Studies.

Setelah dipindahkan dari Bank Dunia, Shaha Riza bekerja mengendalikan projek-projek demokrasi di Jabatan Negara Amerika di bawah Elizabeth Cheney (anak kepada Naib Presiden Amerika,Dick Cheney)


Condoleeza Rice, Elizaberth Cheney dan Shaha Ali Riza. Liz Cheney adalah Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA).Liz adalah bos Shaha. Tetapi kedudukan Shaha Ali Riza di Jabatan Negara menjadi ‘misteri’ kerana tiada dalam struktur pentadbiran. Sudah tentu modus operandi ‘agent’ tidak mempunyai jawatan dalam struktur pentadbiran tetapi wujud wataknya untuk menjalankan operasi-operasi tersembunyi. Paul Wolfowitz sengaja ‘meletakkan’ Shaha Ali Riza di Jabatan Negara US untuk memudahkan operasi khas. Memang sudah diketahui, semua ini ‘komplot’ Paul Wolfowitz dengan Dick Cheney (Naib Presiden US) yang bersama-sama dalam rangkaian neocon”

Pada November 2005, Elizabeth Cheney dan Condoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika), berada di Bahrain melancarkan Foundation for the Future.

Mereka tiba di Jeddah setelah menghadiri Forum of the Future di Bahrain, yang menyaksikan pelancaran dua institusi. Pertama adalah Fund of the Future yang bernilai AS$100 juta bagi membiayai modal perniagaan kecil dan sederhana. Kedua adalah Foundation for the Future bernilai RM55 juta untuk membiayai beberapa NGO dan projek penajaan kebebasan akhbar dan demokrasi.


Condoleeza Rice merasmikan Forum of the Future di Bahrain, November 2005. Pada majlis inilah Setiausaha Negara Amerika itu melancarkan ‘Fund of the Future’ dan Foundation for the Future’

Foundation for the Future ditubuhkan dengan modal bernilai AS$35 sumbangan daripada Jabatan Negara Amerika, sementara Bahrain menyumbangkan kira-kira AS$11 juta dan selebihnya daripada beberapa sumber lain. Sepertimana yang ditulis oleh Steve Clemons bahawa Jabatan Negara Amerika sendiri dalam satu sidang media baru-baru ini, tidak dapat memberitahu secara tepat dimanakah letaknya pejabat yayasan tersebut. Jabatan itu juga tidak begitu pasti apakah peranan Shaha Riza ditugaskan di sana. Di dalam laman web yayasan itu tidak dinyatakan tempat pejabat dan nombor telefon yayasan itu.

Maklumat pendaftaran domain foundationforfuture.org adalah seperti berikut:

Admin Name: BMENA Foundation for future
Admin Organization: BMENA Foundation for future
Admin Street1: 1350 Connecticut Ave
Admin Street2: Suite 1000
Admin Street3:
Admin City: Washington
Admin State/Province: DC
Admin Postal Code: 20036
Admin Country: US
Admin Phone: +1.2022347370…
Admin Email:nstormer@hotmail.com

Alamat tersebut sama dengan alamat Eurasian Foundation. Yayasan tersebut mempunyai seorang Pengurus Projek bernama Neil Stormer. Nombor telefon yayasan itu ialah (202) 234-7370.


Peranan Eurasian Foundation adalah menaja gerakan demokrasi di negara-negara bekas Soviet Union. Ahli jawatankuasa eksekutifnya termasuklah tokoh-tokoh terkemuka US seperti Madeliene Albright (bekas Setiausaha Negara Amerika di bawah Bill Clinton), James A. Baker (ketua Staff Pentadbiran Presiden Ronald Reagan), Lawrence Sidney Eagleburger (diplomat Amerika di bawah Bush), dan Frank C. Carlucci III (salah seorang ahli lembaga pengarah NED). Yayasan ini dibiayai oleh United States Agency for International Development (USAID).USAID memang diketahui umum dijadikan topeng kepada operasi-operasi covert CIA.


Presiden Foundation for the Future ialah Bakhtiar Amin. Beliau bekas pelarian Iraq, berketurunan Iraq-Kurdish yang sebelum serangan US ke atas Iraq pernah mempromosi tentang bahaya ancaman senjata pemusnahan besar-besaran kepunyaan Saddam Hussein. Setelah US berjaya menakluk Iraq, beliau dipilih menjadi Menteri Hak Asasi Manusia dalam pentadbiran Bremer/Allawi. Allawi pernah berkhidmat untuk CIA. Isteri Bakhtiar Amin, Safia Taleb al-Suhail pula pernah menjadi tetamu Laura Bush (isteri George Bush) semasa majlis ucapan State of the Union pada Februari 2005.

[Nota : Pengerusi Foundation for the Future adalah Anwar Ibrahim. Setelah Bakhtiar Amin meletak jawatan sebagai Presiden yayasan itu, Anwar memegang dua jawatan sekaligus iaitu Pengerusi dan Presiden Foundation For the Future]


Fungsi Anwar Ibrahim turut menjadi ‘misteri’.Yahudi neocon, Paul Wolfowitz terpaksa mem’plan’ seorang lagi ‘agent’ daripada bekas aktivis Islam yang menyusup masuk dari dalam. Sudah diketahui umum modus operasi CIA akan meletakkan ‘agent’ di mana-mana NGO menggunakan jawatan rasmi lain seperti pensyarah pelawat John Hopkins University atau profesor pelawat Georgtown University supaya gerakannya tidak dapat dikesan. Tetapi hakikatnya ‘agent’ itu menjalankan tugas-tugas khas Jabatan Negara US untuk mencapai objektifnya atas nama ‘Projek Demokrasi’

Foundation for the Future setakat ini belum lagi membelanjakan wang untuk sebarang tajaan – yang sepatutnya dilakukan – tetapi telah mengadakan tiga mesyuarat eksekutif ahli lembaga pengarah yayasan itu yang menelan perbelanjaan tinggi.

Manakala Eurasian Foundation mendakwa yayasan mereka telah membelanjakan AS$360 juta untuk projek demokrasi di negara-negara bekas Soviet Union.

Kenyataan media Foundation for the Future pula berbunyi:

Foundation for the Future akan menyokong rakyat negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara dalam usaha mereka memperjuang dan mengukuhkan amalan demokrasi dan kebebasan.

Dengan ini jelaslah matlamat kedua-dua yayasan ini mempunyai tugas yang sama, tetapi di wilayah yang berlainan. Mungkinkah tidak lama lagi kita akan menyaksikan berlaku ‘Demokrasi Revolusi Unggu’ di Arab Saudi atau ‘Revolusi Kuning di Bahrain’? Saya tidak terfikir akan berlaku…

Maklumat Soalan Lazim (FAQ) dari laman web Foundation for the Future :

“Yayasan tersebut adalah sebuah badan yang bebas.”

Sejauh manakah “kebebasan” yayasan itu kerana sebahagian besar daripada laman webnya masih mempunyai lokasi dalam laman web Jabatan Negara Amerika?

FAQ juga menyebut:

“Ibu pejabat yayasan itu sedang dalam perancangan akan diwujudkan di Beirut, Lubnan”

Di sini saya sedikit keliru. Dengan Bahrain sebagai penyumbang besar, kenapa tidak Manama dijadikan pusat Foundation for the Future untuk operasinya di Timur Tengah?

Nampaknya bukan saya sahaja yang terkeliru. Dalam komen kepada laman Daily Kos, Billmon (seorang blogger berhaluan kiri terkemuka dunia) menulis :

Ok, sila kaji persoalan ini dengan laporan terkini Seymour Hersh (seorang wartawan penyiasat terkemuka Amerika) berhubung sokongan gelap CIA kepada kumpulan-kumpulan militan anti-Hezbollah Sunni di Lubnan. Selepas menghayatinya, sila renungkan kembali dengan mendalam mengenai skandal Iran-Contra dan pengunaan yayasan-yayasan kebajikan palsu sebagai topeng untuk usaha gelap menyalurkan wang kepada pihak Contra DAN membiayai beberapa tokoh neocon

Nampak tak agenda tersembunyi?

Itulah yang uniknya tentang tokoh-tokoh neocon : Apabila mereka melakukan suatu dan mendapati tidak berjaya, tetapi mereka masih terus menggunakan kaedah yang sama..

Apa yang terlintas di fikiran saya setelah membaca komen Billmon adalah kebenaran apa yang diutarakannya, tetapi tidak tepat tentang negara sasaran. Apa yang saya perhatikan di sini, perkara itu bukannya berkaitan dengan Lubnan tetapi Palestin, apabila Hamas memenangi pilihanraya sudah tentu menuntut tajaan perbelanjaan “demokrasi” yang lebih tinggi.


Kumpulan Hamas memenangi pilihanraya umum di Palestin.Sudah tentu berita ini tidak menyenangkan hati regim Israel. Barangkali peranan yayasan hantu perlu dipertingkatkan untuk promosi ‘projek demokrasi’ di Palestin untuk melegakan semula hati regim Israil dan neocon Amerika yang telah gundah gulana. Adakah penyaluran wang dan senjata oleh Yayasan Hantu itu kepada Kumpulan Abbas sebahagian daripada usaha melemahkan kumpulan Hamas ?

Rejim penjajah Israel telah kembali menyokong pelan awal Amerika Syarikat untuk melatih dan membekalkan senjata kepada kumpulan Abbas, walaupun pada mulanya Kongres Amerika menyekat pembiayaan tersebut. Tetapi sekarang Kongres telah bersetuju membekalkan senjata kepada kumpulan Abbas bertujuan untuk menentang kumpulan Hamas (yang memenangi pilihan raya tersebut).

Agaknya inilah usaha ‘projek mengembangkan demokrasi” dengan menggunakan senjata AK-47. Mungkin sekarang ini tiada lagi keperluan untuk wang gelap di sana dan ada kebenaran pada jangkaan Billmon bahawa sasaran terkini ialah Lubnan.

Oleh itu kemungkinan besar Shaha Riza, CIA dan Foundation for the Future yang didalangi mereka akan beroperasi ke arah untuk membinasakan kumpulan Hezbollah.

Seperti kata Billmon: “ia tidak mungkin berlaku, tetapi mereka akan meneruskannya.”

*************************

Nota : Terjemahan anwaribrahimdotcom dari artikel asal website moon of Alabama, bertajuk Wolfowitz, CIA, Lebanon – Get the picture?”,

Maklumat tambahan 1 : Sila baca artikel bertajuk ” Soal Jawab Anwar Ibrahim dan Foundation for the Future”

Maklumat tambahan 2 : Sila tonton video bertajuk “Skandal Wolfowitz, Shaha Riza & Anwar Ibrahim” seperti dilampirkan di bawah :

 

1 comments:

Ahmad Zack said…
Assalamualaikum,

Dalam Ilmu Numerologi

A = 1
B = 2
C = 3
D = 4
E = 5
F = 6
G = 7
H = 8
I = 9
J = 1
.
.
Y = 7
Z = 8

Foundation for the Future (FFF)

FFF = 666

seperti yg kita tahu nombor 666 adalah lambang lucifer, syaitan, iblis mengikut kepercayaan barat.. dan di agungkan oleh ahli-ahli freemason sepertimana All Seeing Eye pada wang kertas Amerika…

All Seeing Eyes juga dikatakan sebagai mata Dajal… 666 adalah simbol pada dahi Dajal (mengikut pendapat barat, mengikut kepercayaan orang Islam pada dahinya terdapat perkataan Kafir (Kaf-Fa-Ra)) yang takkan boleh dipadamnya walaupun Dajal mampu melakukan apa sahaja termasuk memberhentikan putaran bumi mengikut kehendaknya 1 tahun, 1 bulan atau 1 minggu…

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari-hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari-hari kamu yg biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Adakah ia satu kebetulan atau memang sengaja dipilih FFF = 666?

Adakah future yang dimaksudkan adalah benar-benar future generation (generasi Masa Depan) atau future god (Dajjal)…

Jika kita lihat semula pada wang Amerika, ada ditulis “In God We Trust” (pada tuhan kami percaya) dan untuk menjadi Ahli Freemason seseorang itu wajib percaya adanya Tuhan (In God We Trust)..

Waulahua’lam

Mengenali modus operandi politik “demokratik” NED

Mengenali modus operandi politik “demokratik” NED

Anwar Ibrahim (gambar kecil bawah, kanan) dalam program forum meja bulat CIPE pada 28 Mac 2007. CIPE adalah cabang kepada NED. Anwar dilantik Ahli jawatankuasa panelis NED. Rencana ini sangat menarik untuk dibaca untuk memahami peranan NED dan kaitannya dengan Anwar Ibrahim. Sumber foto klik di sini dan di sini

Mengenali modus operandi politik “demokratik” NED

Oleh Thierry Meyssan

Dalam ucapannya dalam Kesatuan Amerika Syarikat (State of the Union) 2004, Presiden Bush telah mengumumkan niatnya untuk menggandakan perbelanjaan untuk National Endowment for Democracy (NED).

Organisasi ini telah ditubuhkan oleh Ronald Reagan untuk meluaskan aktiviti rahsia CIA dengan menyediakan tajaan kewangan dan mengawal kesatuan sekerja, persatuan dan parti-parti politik. NED berbangga kerana telah mendesak dan memanipulasi kesatuan sekerja Poland (Solidarnosc), Charter 77 dan banyak lagi kumpulan lain.

Di bawah arahan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dan berhubung kait dengan Parti Republikan dan Demokratik, bersama Lembaga Pemegang Amanah dan kesatuan sekerja, NED telah bertemu dengan ramai individu dan institusi “penggerak” di seluruh dunia, termasuk di Perancis.

Vin Weber (Yahudi), pengerusi NED sedang mendengar ucapan Presiden Bush mengenai peranan NED terhadap luar negara

Semasa ucapan terakhirnya di Kesatuan Amerika Syarikat, pada 20 Januari 2004, Presiden Bush telah mengumumkan niatnya untuk menggandakan perbelanjaan untuk National Endowment for Democracy (NED) dan ianya merupakan “peranan terbarunya dalam menumpukan galakan terhadap pilihan raya yang bebas, pertukaran bebas, kebebasan media dan kebebasan kesatuan sekerja di Timur Tengah”.

Untuk Rumah Putih (White House) , kesemuanya merupakan pelengkap kepada tindakan ketenteraannya di beberapa wilayah bersama dengan meningkatkan campur tangan dalam hubungan dalam negeri di beberapa buah negara.

Pada awal 1980-an, Presiden Ronald Reagan melabelkan Kesatuan Soviet sebagai “Empayar Kejahatan” dan memikirkan langkah-langkah baru untuk menentangnya. Kemudian, usaha yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menyahstabilkannya dengan pergerakan “masyarakat awam” telah dimasukkan ke dalam “kekangan” ketenteraan dan diplomatik.

Selepas aktiviti rahsia CIA didedahkan oleh beberapa siri Suruhanjaya Siasatan dan dikutuk oleh pendapat awam, National Security Council(Majlis Keselamatan Negara) mengambil keputusan untuk meneruskan tugasnya dengan cara yang kurang kotor dan menggunakan nama lain. Yang paling penting, struktur yang baru perlu dilindungi dari peralihan politik melalui satu arahan yang melibatkan kerjasama antara dua parti politik.

Secara rasminya ditubuhkan pada 6 November 1982, National Endowment for Democracy (NED) mempunyai status yang sah dari sudut undang-undang sebagai sebuah organisasi yang tidak berlandaskan keuntungan. Bagaimanapun, perbelanjaannya diluluskan oleh Kongres sebagai sebahagian daripada peruntukan Jabatan Negara AS untuk US Agency for International Development (USAID).

Penaja utama NED : United States Agency for International Development (USAID). Ditubuhkan pada 1961 oleh Presiden Amerika John F. Kennedy. Menurut Jane Perlez dalam New York Times (August 2006) Presiden Bush telah menambahkan peruntukan kepada USAID untuk mewujudkan “Moderate Muslim” di seluruh dunia Islam seperti Pakistan, Afghanistan, Egypt, Iraq dan Indonesia . Klik di sini

Penaja NED – The Smith Richardson Foundation (SRF). SRF juga menaja Center for Strategic and International Studies, American Enterprise Institute (AEI); Paul H. Nitze School of Advanced International Studies (SAIS) di Universiti Johns Hopkins; Brookings Institution; RAND Corporation; Hudson Institute, National Institute for Public Policy ; Urban Institute; Freedom House; Inc. dan Council on Foreign Relations. Klik di sini

Penaja NED – The John M. Olin Foundation – Yayasan ini juga turut menaja 15 buah universiti termasuk Georgetown, George Mason dan Stanford. Juga menaja 15 badan pemikir Amerika termasuk, Heritage Foundation; American Enterprise Institute (AEI); Hudson Institute; Council on Foreign Relations (CFR); Foreign Policy Research Institute; Brookings Institution; Woodrow Wilson International Center for Scholars dan Cato Institute; Project for the New American Century (PNAC). Senarai penuh tajaan yayasan ini klik di sini.

Penaja NED : Lynde and Harry Bradley Foundation. Yayasan ini turut menaja The American Enterprise Institute (AEI); The Foreign Policy Research Institute (FPRI) and Middle East Forum; The Institute on Religion and Democracy; Project for the New American Century (PNAC); Heritage Foundation; The Council on Foreign Relations (CFR); Hoover Institution ; Hudson Institute. Senarai penuh klik di sini

Dalam menjadikannya kelihatan seperti sebuah organisasi persendirian, NED juga menerima sumbangan daripada tiga persatuan, pada masa yang sama, secara tidak langsung dibiayai oleh kontrak persekutuan iaitu Smith Richardson Foundation (Yayasan Richardson Foundation), John M. Olin Foundation (Yayasan John M. Olin) dan Lynde and Harry Bradley Foundation (Yayasan Lynde dan Harry Bradley).

Kebanyakan tokoh-tokoh yang terlibat dalam tindakan rahsia CIA, dalam beberapa sudut, telah menjadi ahli Majlis Pentadbiran NED atau Lembaga Pengarah : Antaranya adalah Otto Reich, John Negroponte, Henry Cisneros atau Elliot Abrams.

Pada masa ini, ianya dipengerusikan oleh Vin Weber (Yahudi), bekas ahli Kongres Republikan daripada negeri Minnesota,pengasas “ultrakonservatif” Persatuan Empower America dan terlibat dalam mengutip sumbangan untuk kempen presiden bagi George W. Bush pada tahun 2000.

Pengarah Eksekutifnya, adalah Carl Geshman (Yahudi), merupakan bekas pengikut fahaman Trotskyite telah menjadi individu yang bertanggungjawab kepada Sosial Demokrat AS dan merupakan ahli kepada aliran neo-konservatif. [1]

NED secara ringkasnya merupakan kesinambungan kepada tindakan rahsia CIA melalui cara lain, dan oleh sebab itu, United Kingdom dan Australia menjadi rakan bersekutu kepada aktivitinya daripada manfaat perjanjian peringkat tertinggi yang menentukan hubungan di antara perkhidmatan rahsia tentera mereka.

Surat pujian peranan NED daripada rakan sekutu Amerika paling rapat iaitu Tony Blair, United Kingdom.

Prinsip utama NED adalah “Apa yang bagus untuk Amerika adalah bagus untuk dunia.”

Oleh yang demikian, dana diuruskan oleh sebuah Majlis Pentadbiran yang diwakili oleh Parti Republikan, Parti Demokratik, US Chamber of Commerce (Dewan Perdagangan AS) dan kesatuan sekerja AFL-CIO.

Setiap daripada mereka mencadangkan aktiviti yang perlu diterima oleh dua pertiga daripada ahli. Setelah bantuan kewangan diperuntukkan, ianya akan melalui institusi yang dikawal oleh salah satu daripada ahli Majlis Pentadbiran NED.

Secara praktikal, melalui proses ini, NED menentukan negara mana yang akan menjadi sasaran tindakan, di mana ia akan menaja parti dan rakan sosial untuk menumbangkan kerajaan dan meletakkan individu tertentu berkuasa bergantung kepada “kepentingan Amerika” dan tidak bergantung kepada kepentingan mana-mana ahlinya.

Walaupun ianya ditubuhkan untuk menentang komunisme, secara tepatnya selepas kejatuhan Soviet Union, barulah NED menikmati keadaan yang selesa. Sewaktu ia berpura-pura untuk terlibat dalam menggalakkan demokrasi, sebenarnya ia menguasai negara-negara yang kepentingan bercanggah dengan kelas memerintah Amerika.

Dari sudut pandangan ini, mungkin NED bertanggungjawab terhadap krisis demokrasi di seluruh dunia : Ia tidak berhenti daripada menyalahkan mekanisme institusi dan menerapkan demokrasi kepada “pentadbiran yang baik” melalui mereka yang mengambil alih pentadbiran tersebut melalui NED.

Sementara itu, penggunaan institusi yang mempunyai pelbagai aliran politik berselindung daripada pandangan awam, punca dana dan motif yang menentukan pembahagian mereka.

Dalam banyak negara, mereka yang mendapat faedah daripada “bantuan” ini dipergunakan tanpa mereka sedari, walaupun ketika individu yang berunding mengenai peruntukan dana tersebut amat menyedari tentang jalan yang mereka pilih untuk bekerjasama.

Satelit NED : Pembiaya utama NED adalah United States Agency for International Development (USAID). Di bawah cabang NED terbahagi kepada 4 agensi lain iaitu ACILS, CIPE, NDI dan IRI

Empat institusi satelit NED adalah :

1. American Center for International Labor Solidarity (ACILS) atau Pusat Amerika untuk Penyatuan Buruh Antarabangsa. Lebih dikenali sebagai Solidarity Center. Dipengerusikan oleh John J. Sweeney yang bertugas sebagai Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja AFLC-CIO. [nota AIDC : sekarang dipengerusikan oleh Ellie Larson. Klik di sini]

Transparency International Malaysia (TIM) adalah jaringan NED di bawah cabang CIPE . Dari kiri Tan Sri Ramon Navaratnam, (Presiden TIM/board of directors of Monash University Malaysia’s) ; Professor Robert Bignall (pro vice-chancellor, Universiti Monash Malaysia) ; Tunku Abdul Aziz Ibrahim, bekas president TIM / telah menyertai DAP) ; da Mr Lee Chong San, executive director of operations, TIM. Kesemua aktivis TIM ini berkumpul di Universiti Monash Malaysia.

2. Center for International Private Enterprise (CIPE) atau Pusat Keusahawanan Persendirian Antarabangsa. Dipengerusikan oleh J. Donohue yang bertugas sebagai Presiden US Chamber of Commerce (Dewan Perdagangan AS), yang juga merupakan “ketua kepada ketua yang lain” [2].(nota; Pengarah CIPE pula adalah John D Sullivan)

3. International Republican Institute (IRI) atau Institut Republikan Antarabangsa. Dipengerusikan oleh John McCain, yang tewas dalam pilihan raya utama 2000 kepada George W. Bush dan pada masa sekarang merupakan penyokong kuat Kongres untuk perang global menentang keganasan. ( Nota Presiden IRI pula adalah Lorne Craner )

4. National Democratic Institute for International Affairs (NDI) atau Institut Demokratik Negara untuk Hubungan Antarabangsa. Dipengerusikan oleh bekas Setiausaha Negara, Madeleine K. Albright. (Nota – Presiden NDI pula adalah Kenneth Wollack )

Berikut merupakan foto AJK Pusat NED yang mempunyai 4 cabang iaitu ACILS, CIPE, NDI dan IRI : Anwar Ibrahim -kedudukan paling kiri – Jawatan Panelis-Bangsa Melayu ; Lorne Craner – kedudukan no 5 dari kiri – Jawatan Presiden IRI – AJK USAID – bangsa Yahudi; Ellie Larson – kedudukan no 9 dari kiri – Jawatan Pengarah Eksekutif Solidarity Center/ACILS – Bangsa Yahudi; Carl Gershman – Kedudukan no 7 dari kanan – di depan patung – Jawatan Presiden NED – Bangsa Yahudi; Kenneth Wollack – Kedudukan no 3 dari kanan – Jawatan Presiden NDI – AJK USAID/AIPAC – Bangsa Yahudi ; John D Sullivan Kedudukan no 2 dari kanan – Jawatan Pengarah Eksekutif CIPE – AJK USAID. Sumber foto klik di sini. AJK USAID klik di sini.

Sistem institusi satelit telah diinspirasikan oleh Amerika Syarikat di Jerman, sebagai askar penjajah, bersama Friedrich Ebert Stiftung (Yayasan Friedrich Ebert), Friedrich Naunmann Stiftung (Yayasan Friedrich Naunmann), Hans Seidal Stiftung (Yayasan Hans Seidal), dan Heinrich Boell Stiftung (Yayasan Heinrich Boell), kesemuanya digunakan untuk menyalurkan bantuan kewangan di negara tertentu.

Friedrich Naumann Foundation (FNF), penaja sekutu Amerika yang berpengkalan di Jerman : Di Malaysia FNF memilih untuk menaja Anwar Ibrahim dan PKR dalam mewujudkan masyarakat yang “Liberalisme” dalam agama, politik dan ekonomi. Bukti klik 1, klik 2, klik 3, klik 4, dan klik 5.

Anwar bersama salah satu penajanya FNF. Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Potsdam, Jerman. Hubertus Von Welck pula Pengarah FNF untuk Wilayah Timur dan Asia Tenggara.

Dengan menggunakan prinsip yang sama, NED telah menemui beberapa koresponden di beberapa buah negara sekutu, ahli NATO atau ahli kepada bekas ANZUS, di antara mereka adalah Westminster Foundation for Democracy atau Yayasan Westminster untuk Demokrasi (United Kingdom), International Center for Human Rights and Democratic Development atau Pusat Antarabangsa untuk Pembangunan Hak Asasi dan Demokratik (Kanada), Fondation Jean Jaurès (Yayasan Jean Jaurès), Fondation Robert Schuman atau Yayasan Robert Schuman (Perancis), International Liberal Center atau Pusat Liberal Antarabangsa (Sweden) dan Alfred Mozer Foundation atau Yayasan Alfred Mozer (Holland).

NED bekerjasama dengan rangkaian penaja di seluruh dunia. Rangkaian-rangkaian penaja ini merupakan sekutu Amerika yang beroperasi di seluruh dunia.

Dalam majlis ulang tahun ke-20, NED telah melakukan satu penilaian tindakannya yang mendedahkan bahawa pada masa ini, ia telah menaja dan memberikan arahan kepada lebih daripada 6000 pertubuhan sosial dan politik di seluruh dunia.

NED mengesahkan telah menubuhkan secara lengkap kesatuan sekerja Solidarnosc di Poland, Charter 77 di Czechoslovakia dan Otpor di Serbia.

Ia juga berbangga kerana telah mewujudkan Radio B29 dan akhbar Oslobodjenje di bekas Yugoslavia dan juga beberapa cawangan akhbar yang “bebas” di negara “merdeka” Iraq.

NED telah menerbitkan Journal of Democracy (Jurnal Demokrasi), yang telah diedarkan ke seluruh dunia dan majalah Encuentro (Mesyuarat), khusus untuk Cuba, dan juga buku-buku kolektif.

Ia juga telah menganjurkan persidangan yang berprestij dengan menaja ahli intelektual (sebagai contoh, ahli sejarah François Furet dan ketua media di Perancis Jean Daniel).

Akhirnya, NED “membentuk” kesatuan sekerja dan tokoh-tokoh politik terkenal di seluruh dunia, semuanya berkaitan dengan pelaksanaan “demokrasi”.

Secara rasminya, perbelanjaan NED meningkat kepada 50 juta dolar. Bagaimanapun, penajaan bersama yang besar diterima dan diperuntukkan dalam menguruskan operasinya.

Sumbangan luar tersebut, yang meningkat beberapa juta dolar setahun, kebanyakannya datang daripada Jabatan Negara AS, Jabatan Perbendaharaan AS dan secara rahsia dari CIA.

Thierry Meyssan
Wartawan dan penulis, Presiden Voltaire Network

Nota : Terjemahan AIDC ini daripada rencana asal bertajuk “NED: National Endowment for Democracy-The networks of “democratic” interference”,7 Oktober 2008. Artikel asal klik di sini

NOTA KAKI :

[1] Jangan dilupakan bahawa kebanyakan penganut fahaman neo-konservatif merupakan tokoh-tokoh Trotskyite yang bergabung dengan CIA menentang fahaman Stalinisme. Aliran “idealis sayap kiri” ini, yang sebelum ini diuruskan oleh Ahli Demokrat, Henry Scoop Jackson, telah menyertai Parti Republikan dan pada masa ini mempunyai pengaruh intelektual terhadap White House dan Pentagon.

[2] CIPE melaksanakan tindakan menentang rasuah melalui Transparency International dan menentang eksploitasi buruh kanak-kanak melalui Social Accountability International atau Akauntabiliti Sosial Antarabangsa.

Artikel terjemahan lain yang berkaitan :

1. NED dan Modus operandi ‘Projek Demokrasi’ dunia

2. NED,NDI & IRI, Projek Demokrasi Amerika untuk menakluk negara-negara luar

3. NED – Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia

4. Perpecahan Mazhab Muslim adalah salah satu dari agenda Amerika

5. Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia – Peter Schier

6. Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) – Peter Schier

Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) – Peter Schier

Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) – Peter Schier

Peter Schier, Wakil KAF di Malaysia (kiri) dan Anwar Ibrahim. KAF merupakan penaja paling lama kepada think tank Anwar (IKD), sejak 1984 hingga sekarang. Modus operandi KAF adalah menaja tokoh yang mempunyai potensi untuk menjadi PM bagi memastikan agenda utama yayasan itu mewujudkan IFC di Malaysia akan terlaksana.

Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) – Peter Schier

Jacqueline Ann Surin

Dalam bahagian pertama temu ramah kami bersama wakil Malaysia Konrad Adenauer Foundation (KAF), Peter Schier, kami menampilkan pembabitannya dalam usaha antara agama dan menggalakkan hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan demokrasi.

Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (1) – Peter Schier

Manakala wawancara bahagian kedua pula persoalan di atas diulas dengan lebih mendalam.

theSun: Penerbitan Declaration Toward a Global Ethic (Deklarasi Ke Arah Etika Global) merupakan kerjasama tidak rasmi antara Pejabat KAF Kuala Lumpur, Malaysian Interfaith Network-MIN (Rangkaian Antara Agama Malaysia) dan Global Ethic Foundation (Yayasan Etika Global) ?

Ya, secara gigih tetapi tidak rasmi, atau tidak rasmi tetapi kerjasama secara gigih (tertawa) dengan Malaysian Interfaith Network (MIN) yang diketuai oleh Datuk Dr. Anwar Fazal, dan kami telah meluaskan versi asal pameran ini yang dinamakan World Religions, Universal Peace and Global Ethic (Agama-Agama Dunia, Keamanan Sejagat dan Etika Global).

Kami telah menyertakan kesemua kepercayaan yang ada di Malaysia. Jadi, terdapat 9 kepercayaan kesemuanya, kerohanian penduduk asal, Hindu, Buddha, Yahudi, Islam, Sikh dan Kepercayaan Baha’i dalam untuk menggambarkan secara lebih baik tentang kepelbagaian agama di Malaysia. Dan kami telah menyunting teks, kami telah menukar sesetengah perenggan, sebilangan rakan kami dalam MIN fikir kami perlu ubah, kami lakukannya bersama-sama.

Kami menyunting satu bab yang bertajuk “What is the Global Ethic” (Apakah etika Global) dalam usaha untuk menerangkan secara jelas bahawa Etika Global bukanlah satu agama yang baru.

Ianya bukan satu ……agama baru?

Bukan satu agama baru. Tidak, Tidak, Tidak, Tidak. Kita sudah ada agama yang cukup. Kita tidak memerlukan yang baru. Etika Global hanya merupakan satu gabungan nilai moral dan standard etika yang dikongsi oleh semua sistem kepercayaan dan sistem agama.

Ianya sudah pasti bukan satu konsep sekular. Kerana ianya mengakui kepentingan peranan agama dalam mengatur norma-norma etika yang baik dan menganjurkan moral dan etika yang baik dalam masyarakat. Tetapi, keindahan konsep Etika Global adalah, ianya juga boleh diterima oleh agnostik (golongan ateis), oleh orang yang tidak memeluk mana-mana agama.

Kerana mereka ini, boleh berpegang kepada nilai asas Etika Global-yang bermaksud, ‘layan individu lain seperti mana anda mahu dilayan’– peraturan yang utama, anda akan dapati dalam setiap agama. Jangan membunuh. Hormati kehidupan. Jangan mencuri. Jangan menipu. Jangan melakukan seks luar nikah. Sangat mudah tetapi nilai yang sama amat penting dan dikongsi oleh semua budaya dan agama.

Kami juga menyunting satu bahagian yang kononnya dinamakan peraturan utama, kerana saya fikir, kami perlu (berhenti sejenak) memahami bahawa, peraturan utama ini, sebenarnya adalah ibu kepada etika. Setiap norma etika yang lain berasal dari peraturan utama ini, ‘layan individu lain seperti mana anda mahu dilayan’.

Saya fikir ianya sangat jelas bahawa ini adalah asas, prinsip. Dan apabila kita melihat kepada petikan daripada kesemua agama yang berbeza, ianya telah dinyatakan berulang kali, bahawa peraturan utama, sebagai contoh, Hindu menyatakan, peraturan utama adalah intisari moral. Agama Yahudi mengatakan bahawa ianya merupakan undang-undang asas. Dalam Kristian, ianya menyatakan bahawa ini adalah undang-undang Tuhan dan juga ajaran nabi.

Terdapat kritikan, sekali lagi dalam e-mel yang anda berikan kepada saya, bahawa KAF cuba untuk menggantikan agama dengan gabungan nilai moral atau menukar peranan agama menggunakan cara tertentu, melalui Projek Etika Global.

Mengarut. Benar-benar, mengarut.

Apabila anda baca bahagian Etika Global dalam buku kecil pameran kami, ianya telah dinyatakan dengan sangat jelas. Mereka yang menyebarkan dakwaan dan penipuan, mereka lebih tahu tetapi mereka cuba untuk memburuk-burukkan. Mereka ini juga tidak datang ke sini dan berbincang dengan saya dalam usaha untuk mengetahui apa sebenarnya yang mereka mahukan.

Dan saya bersedia untuk berjumpa mereka semua. Saya juga bersedia untuk bercakap dengan pelampau. Saya tidak ada sebarang masalah dengan perkara itu, secara keseluruhannya.

Kami tidak bekerja menentang mana-mana agama. Sudah tentu tidak. Maksud saya, seperti yang anda maklum, Yayasan Konrad Adenauer rapat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik (di Jerman). Bagaimana kami boleh menyokong sesuatu yang menentang agama itu sendiri? Tidak.

Kami akui bahawa peranan agama yang positif telah mengambil peranan, dan masih lagi berperanan dalam menganjurkan nilai moral dan standard etika dunia dalam masyarakat.

Sebaliknya, kita tidak boleh menutup mata terhadap hakikat bahawa setiap agama telah disalahgunakan oleh pelampau, oleh ahli politik sehingga ke peringkat yang lebih buruk dan meluas. Maksud saya, di Eropah, semasa Zaman Pertengahan, berjuta-juta penduduk kehilangan nyawa disebabkan oleh pemimpin agama dan politik yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kekecohan dalam perang 30 tahun yang terkenal di antara 2 mazhab Kristian, Katolik dan Protestan. Untuk apa? Ianya hanya membawa kepada penderitaan.

Sebenarnya, anda tahu, ia merupakan satu pencabulan agama yang lengkap. Agama tidak menganjurkan keganasan. Tiada agama yang menganjurkan keganasan ! Tiada agama yang menganjurkan peperangan, seperti yang saya nyatakan tadi.

Jadi, projek Global Ethic adalah salah satu projek untuk melihat kepada golongan biasa di antara agama lebih daripada sentiasa berbicara tentang perbezaan?

Projek Global Ethic secara khususnya menumpukan perhatian terhadap golongan biasa tetapi, seperti yang anda lihat dalam buku pameran kami, kami juga memberikan maklumat tentang agama-agama lain. Jadi, anda juga mampu untuk mempelajari tentang perincian 9 agama yang berlainan yang telah kami gambarkan atau terangkan dalam pameran kami dan juga di dalam buku pameran kami.

Jadi, matlamatnya adalah dua. Pertama, untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik mengenai agama yang berlainan. Maklumat yang paling asas. Tiada perancangan untuk setiap agama menarik penganut baru! Tiada propaganda ! Kami menentang sebarang perancangan untuk setiap agama menarik penganut baru.

Ada juga sesetengah pihak mengatakan bahawa sebuah organisasi yang terdiri dari latar belakang agama Kristian, anda tahu, kami mungkin mempunyai agenda Kristian. Kami tidak menyokong perancangan untuk menarik penganut baru.

OK, maklumat mengenai agama yang berlainan, ya. Ini perlu dibenarkan. Tetapi, tidak dalam usaha menarik penganut baru yang agresif. Kerana usaha tadi merupakan sebab utama banyak berlakunya konflik dan juga perang pada masa lampau.

Saya fikir pemimpin agama pertama sekali perlu menumpukan perhatian, anda tahu, mereka perlu cuba untuk memperbaiki diri mereka. Dan, menghasilkan penganut Kristian yang baik, penganut Islam yang baik, penganut Hindu yang baik, penganut Buddha yang baik dan sebagainya.

Dan kemudiannya anda biarkan perkara tersebut kepada individu tersebut untuk menentukan agama apa yang mereka ingin pilih.

Agama ialah perkara peribadi. Agama perlu menjadi perkara peribadi.

Dan perlu dibuktikan pilihannya? Adakah ini yang anda maksudkan?

Sudah tentu. Kebebasan beragama sekali lagi adalah salah satu nilai sejagat yang asas yang termaktub dalam beberapa konvensyen antarabangsa.

Jadi, pendirian kami adalah jelas. Seperti penganut Buddha yang dibenarkan untuk menjadi seorang penganut Kristian, seorang penganut Kristian juga perlu diizinkan untuk menjadi penganut Islam atau Hindu. Tetapi, lazimnya, sekiranya bukan Islam dibenarkan untuk menukar kepercayaan mereka, jadi umat Islam juga perlu dibenarkan untuk menukar kepercayaan mereka. Ini berkaitan dengan keadilan!

Sekiranya anda memberikan satu kumpulan hak tersebut, jadi anda juga perlu memberikan hak tersebut kepada kumpulan lain. Sekiranya tidak, anda bertindak dengan tidak adil. Anda tidak mengamalkan keadilan. Inilah apa yang dimaksudkan dengan keadilan. Dan saya fikir keadilan adalah salah satu nilai umum yang utama yang juga dikongsi oleh semua agama.

Adakah anda terperanjat apabila kerja-kerja KAF diserang ketika Perhimpunan Agung UMNO? Apa yang anda fikir mengenai kritikan yang dibangkitkan terhadap tajaan anda kepada IFC dan projek Global Ethic oleh delegasi UMNO?

Saya terkejut dengan dakwaan daripada delegasi UMNO Pulau Pinang kerana apa yang mereka katakan tidak sama sekali benar. Dia tidak mengendahkan fakta tetapi terus mengkritik kami dengan perkara-perkara yang tidak kami lakukan.

Tambahan kepada perkara tersebut, sesungguhnya ianya merupakan sesuatu yang dikesali bahawa Encik Shahbudin Yahya tidak menghubungi pejabat kami atau saya sendiri dalam usaha mendapatkan penerangan atau penjelasan mengenai tugas-tugas kami di Malaysia sebelum dia membuat kenyataan dalam mesyuarat penting parti kerajaan memerintah. Benarkan saya sebutkan tiga perkara, tetang kesilapan Encik Shahbudin

Pertama, Professor Dr Hans merupakan seseorang yang boleh dianggap sebagai bapa kepada konsep Etika Global, tidak seperti yang didakwa oleh Encik Shahbudin, ‘seorang Yahudi Dari Jerman’ tetapi dia merupakan seorang ahli teologi Katolik Roman yang terkenal dari Switzerland yang diberi penghormatan tertinggi oleh pemimpin agama dari semua kepercayaan.

Pada Disember 2005, Professor Dr Hans merupakan penceramah yang memberikan ucapan dasar dalam bengkel antarabangsa “Pengajaran Nilai Umum dalam Pendidikan Rasmi” di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh KAF dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Dia juga telah menyertai satu dialog panjang dengan wakil dari semua agama di Malaysia mengenai konsep etika global dan isu-isu yang berkaitan.

Kedua, Projek Global Ethic Pulau Pinang dan Pameran Agama-Agama Dunia-Keamanan Sejagat-Etika Global adalah berdasarkan kepada “Deklarasi Ke Arah Satu Etika Global” yang diambil daripada Parlimen Agama Dunia. Dan dengan itu, lebih dari 5,000 wakil daripada agama yang berbeza telah bersetuju dengan satu gabungan nilai moral umum dan standard etika yang dikongsi oleh semua kepercayaan.

Deklarasi ini juga ditandatangani oleh wakil-wakil dari semua agama di dunia. Dari Malaysia, 2 orang tokoh Muslim yang terkenal menandatangani deklarasi : Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid adalah Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Datuk Dr. Ismail Ibrahim, yang pada ketika ini merupakan Duta Malaysia ke Arab Saudi dan merupakan bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Ketua Pengarah IKIM.

Ketiga, dalam “Deklarasi Ke Arah Satu Etika Global”, tandatangan yang diturunkan adalah sangat jelas : ‘Dengan etika global kami tidak maksudkan ideologi global, atau satu gabungan agama yang mengatasi semua agama yang wujud, dan tentunya bukan dominasi satu agama ke atas agama yang lain. Dengan etika global kami maksudkan satu persetujuan dalam nilai yang terikat, standard yang tidak boleh ditarik balik dan sikap peribadi. Tanpa sebarang persetujuan asas dalam etika, lambat laun setiap masyarakat akan diancam oleh kekacauan atau pemerintahan diktator, dan individu-individu akan berputus asa.

Dalam pandangan di atas, secara jelas bahawa dakwaan Encik Shahbudin terhadap konsep etika global adalah benar-benar tidak berasas.

Saya menjemput dan mengalukan Encik Shahbudin Yahya dan sesiapa yang berminat dalam kerja-kerja yang dilaksanakan oleh KAF untuk menetapkan satu sesi dialog bersama saya di mana kita boleh berbincang secara bebas berkaitan isu-isu projek kami di Malaysia. Dialog adalah cara terbaik untuk mengatasi kejahilan, salah faham, prasangka dan sikap tidak bertoleransi. Dialog adalah penting untuk mengelakkan konflik. Dialog adalah satu-satunya cara di mana kita boleh mencapai harmoni, dan keamanan di antara manusia yang mempunyai latar belakang etnik, budaya dan agama yang berlainan.

Perkauman, sikap pelampau agama dan salah guna kaum dan agama untuk kepentingan politik telah menjadi sebab kepada konflik ganas dan peperangan dalam sepanjang sejarah manusia. Sekiranya kita mahu mengelakkan senario yang mengerikan ini dalam pertembungan tamadun, budaya atau agama, kita perlu mempunyai pengetahuan yang lebih mengenai satu sama lain dan saling memahami dan menghargai.

Pada bulan Mei, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah menghentikan pelajar-pelajar untuk mengambil bahagian dalam projek Etika Global yang dilancarkan di sana. Boleh anda ceritakan kepada kami apa yang berlaku?

Ya, benarkan saya menceritakan mengenai Projek Etika Global Pulau Pinang yang telah dianjurkan dari 4 Februari hingga 10 Mac di Pulau Pinang bersama dengan rakan-rakan tempatan yang lain , seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysian Interfaith Network (Rangkaian Antara Agama Malaysia), Penang Heritage Trust (Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang), Muzium dan Galeri Seni Lukis Pulau Pinang dan Lestari Heritage Network (Rangkaian Warisan Lestari). Kami masih memiliki satu laman web yang amat menarik di mana anda boleh menyemak maklumat tersebut.(www.globalethicpenang.net).

Ianya merupakan sangat berkaitan, projek pendidikan agama yang sangat menyeluruh yang saya laksanakan setakat ini. Dan saya fikir Malaysia perlu berbangga dengannya tetapi (ketawa kecil dengan kuat) tidak semua pihak berbangga dengannya. Kerana projek ini mengandungi pameran yang memaparkan Pameran Agama-Agama Dunia-Keamanan Sejagat-Etika Global dalam 3 bahasa di 3 tempat yang berlainan.

Projek Global Ethic ini juga memaparkan permulaan penggunaan terjemahan dalam Bahasa Malaysia dalam Pameran Agama-Agama Dunia-Keamanan Sejagat-Etika Global. Pameran ini telah dirasmikan oleh Gabenor (Yang Dipertuan Negeri) Pulau Pinang. Pada masa yang sama, beliau juga telah melancarkan versi Bahasa Melayu buku pameran tersebut.

Dan kemudiannya, tambahan kepada perkara tersebut, kami juga mengadakan pameran kaligrafi Arab dan Cina buat pertama kalinya dalam undang-undang utama. Pameran ini juga membawa kepada pertandingan kaligrafi Arab dan Cina berkenaan peraturan umum yang pertama di Malaysia di mana kami anjurkan bersama dengan Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur. Pameran tersebut juga dirasmikan oleh Menteri Pelajaran. Jadi, kami anjurkan pameran tersebut di Pulau Pinang juga.

Dan kemudian, Projek Global Ethic juga terdiri daripada Program Berjalan untuk Agama Dunia Pulau Pinang. Kami anjurkan bersama dengan rakan-rakan kami di Pulau Pinang dan ingin saya nyatakan di sini, khususnya Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang dan Rangkaian Warisan Lestari, dan terutamanya koordinator keseluruhan projek kami yang hebat, Puan Khoo Salma Nasution.

Kami mengadakan Program Berjalan untuk Agama Dunia Pulau Pinang. Anda sebenarnya hanya perlu melalui, di satu lorong, Jalan Masjid Kapitan Keling (mengeluarkan risalah untuk menunjukkan peta) di mana kami telah menamakannya untuk program tersebut sebagai “Lorong Harmoni”, yang juga boleh dipanggil sebagai “Lorong Keamanan Agama”. Dan lorong ini yang tidak terlalu panjang, anda boleh melawat tempat-tempat beribadat beberapa agama. Anda boleh melawat Gereja Kristian, Tokong Buddha, kuil Hindu…

Dan sebuah masjid?

Lazimnya, sebuah masjid! Bahkan dua masjid, Masjid Kapitan Keling dan Masjid Jalan Acheh, dan anda juga boleh melihat 3 tokong Cina yang menampilkan gabungan sistem kepercayaan Confucian, Tao dan Buddha.

Oleh itu, dalam satu tempat yang sangat kecil, dalam masa beberapa minit sahaja berjalan, anda boleh melawat tempat-tempat untuk beribadat untuk pelbagai agama. Ini merupakan sesuatu yang unik ! Anda tidak akan menemui perkara seperti ini di tempat-tempat lain di dunia (dalam nada yang perlahan)

Ini sebab kenapa kami senang hati, anda tahu, untuk mendapatkan kerjasama daripada orang ramai dan beberapa organisasi untuk melaksanakan program ini. Kami menganjurkan lawatan, yang diadakan oleh Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang, bukan sahaja untuk pelancong tetapi untuk penduduk Pulau Pinang yang berminat. Dan,yang paling penting untuk murid-murid sekolah, ya, untuk pergi ke pelbagai tempat ibadat, melawat tempat-tempat ini, dan mengambil peluang untuk berinteraksi dengan penjaga atau imam atau paderi atau sami. Dan mengajukan soalan yang berkaitan dengan kepercayaan tempat ibadat tersebut kepada penjaga tempat ibadat tersebut. Jadi, para pelajar dan juga orang dewasa dapat menimba beberapa pengetahuan praktikal mengenai agama tersebut.

Jadi, apa yang telah berlaku? Selepas Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang menganjurkan lawatan kepada beberapa buah sekolah, dan terdapat sebuah sekolah agama, sekolah agama yang tertua di Pulau Pinang yang menyertai Program Berjalan untuk Agama Dunia, telah menghantar pelajar mereka untuk menyertai program ini. Sebenarnya, ini adalah sekolah yang pertama menyertai program ini!

Setelah beberapa kali lawatan ini diadakan, sesetengah golongan yang berfikiran sempit rupa-rupanya telah datang ke Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan memberikan maklumat berat sebelah, meyakinkan Pengarah Jabatan Pelajaran untuk mengeluarkan satu pekeliling mengarahkan sekolah-sekolah yang telah menyertai dan sekolah-sekolah lain untuk menghentikan penyertaan dalam program tersebut.

(Berhenti sejenak) Apabila Ketua Menteri mendapat tahu tentang perkara ini, saya fikir dia marah dan mengarahkan Pengarah Jabatan Agama untuk menarik balik pekeliling tetapi kerosakan yang telah dilakukan amat teruk kerana program menganjurkan lawatan untuk murid-murid sekolah tidak akan dilaksanakan sekali lagi.

Walaupun, ingin saya nyatakan sekali lagi dengan jelas, sekiranya kami bersedia, kami akan membiayainya pada masa akan datang. Jadi, ianya bukan satu masalah, anda tahu, sekiranya tidak mempunyai dana, tetapi ianya menjadi satu masalah apabila orang ramai kelihatan dalam ketakutan sekarang dan oleh yang demikian tidak sanggup untuk mengadakan kembali program yang sangat bagus ini.

Bermaksud, sekolah-sekolah itu sendiri tidak mengambil peluang untuk terlibat dalam lawatan ini?

Yang pertama sekali, lazimnya sekolah juga mengambil inisiatif dengan meminta agar lawatan seperti ini dianjurkan . tetapi, sebaliknya ianya juga memerlukan pandangan daripada Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang untuk menawarkan lawatan seperti ini. Dan saya dengar mereka tidak menawarkan lawatan ini lagi.

Tetapi, saya telah memaklumkan kepada pengerusi bahawa kami sedia untuk membiayainya, Jadi, ianya bukan disebabkan masalah dana. Saya tidak tahu apa masalahnya.

Tetapi, secara jelasnya, arahan daripada Jabatan Pelajaran Negeri telah ditarik balik?

Apa yang Ketua Menteri arahkan Pengarah Jabatan Pelajaran untuk lakukan. Tetapi saya tidak tahu sama ada ianya benar-benar telah ditarik balik. Saya tidak pasti.

Tetapi (berhenti sejenak) bagaimana ianya berjalan. Pekeliling telah dikeluarkan. Sekarang, setiap orang berasa bimbang. Pada saya, ianya seperti isu sensitif.

Ternyata pertengkaran ini menyatakan bahawa ianya merupakan sesuatu yang tidak Islamik untuk membenarkan umat Islam untuk mengunjungi tempat ibadat agama lain.

Saya fikir ianya merupakan satu contoh yang lain daripada, pemikiran yang sempit dari pihak (berhenti sejenak) sesetengah pemimpin Muslim yang mementingkan diri.

Anda boleh Memetik kata-kata saya. Ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Tetapi, masalah itu tidak berakhir di sini. Kerana, saya juga, kami juga mahu memiliki tempat yang tetap di mana kami boleh menganjurkan pameran. Idea ini juga untuk menganjurkan sesuatu seperti pelancongan agama, di mana orang ramai boleh mendapatkan pemahaman asas mengenai agama-agama yang berlainan dan nilai umum yang mereka kongsi, dan kemudiannya selepas itu, mereka akan menyertai lawatan!

Jadi, apa yang kami temui, apa yang kami kenal pasti sebagai sebuah tempat yang ideal adalah Pusat Warisan Pulau Pinang di 116 & 118 Lebuh Acheh..untuk menganjurkan pameran di sana, dipersembahkan kepada orang awam, pelancong, murid sekolah, dan dari situ, anda boleh mulakan, anda tahu, untuk mengadakan program berjalan untuk agama dunia.

Anda juga boleh melawat Muzium Islam Pulau Pinang yang amat berdekatan dengan Pusat Warisan Pulau Pinang.

Satu surat telah ditulis kepada mereka yang bertanggungjawab untuk Pusat Warisan Pulau Pinang dan rakan tempatan kami telah memohon kebenaran untuk mengadakannya (pameran) di sana, dan jawapannya adalah, ‘Tidak’, mereka tidak dapat mengizinkan pameran tersebut kerana ianya tidak Islamik.

Tetapi, mereka ini tidak menyatakan kenapa ianya tidak Islamik. Saya tidak faham apa yang berkaitan dengan tidak Islamik dan sebuah pameran yang telah diadakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang telah diadakan di banyak tempat , yang tiada sebarang rancangan untuk menarik penganut baru agama, yang tidak membuat sebarang propaganda untuk mana-mana agama, yang tidak menggalakkan sekularisme tetapi hanya nilai-nilai umum yang baik.

(Sebenarnya), tentangan terhadap pameran dan tentangan terhadap Program Berjalan untuk Agama Dunia di Pulau Pinang tidak menunjukkan pandangan (sentimen) majoriti umat Islam di Pulau Pinang.

Menurut wakil pendapat masyarakat awam yang telah kami biayai (bertajuk, ‘Kenyataan Muslim dalam Tinjauan Pendapat Masyarakat Awam di Semenanjung Malaysia’ yang diselaraskan oleh Dr. Patricia Martinez, 79% Muslim Malaysia berpandangan bahawa mereka perlu belajar mengenai agama-agama lain di Malaysia. Ini bermaksud bahawa mereka yang menentang projek Etika Global Pulau Pinang hanya mewakili minoriti sebanyak 20%.

Dalam masyarakat demokrasi, kemahuan majoriti perlu mengatasi segalanya.

Pada pandangan anda, apa lagi yang perlu dilakukan untuk membina hubungan dan persefahaman yang lebih baik di antara perbezaan kepercayaan dan budaya di Malaysia?

Kami telah mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran untuk menyertakan pengajaran pengetahuan asas mengenai agama-agama di dunia dan standard etika umum dan nilai moral yang dikongsi oleh pelbagai kepercayaan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah dan menengah…..

Sekiranya kami mahu membina hubungan dan mencapai persefahaman yang lebih baik, saya fikir cara yang terbaik adalah dengan menggabungkan pengetahuan asas agama-agama di dunia dan nilai umum, dalam kurikulum pelajaran kebangsaan.

Kami perlu menyasarkan anak-anak dan cucu-cucu kita dalam membina masa depan yang lebih baik. Masa depan yang lebih harmoni. Ini adalah sebab kenapa saya percaya bahawa pendidikan merupakan perkara fokus, dan merupakan perkara yang sangat penting. Dan saya berharap agar pada tahun terakhir saya berada di Malaysia – saya pasti akan meninggalkan Malaysia pertengahan tahun depan – kita mampu untuk melangkah ke hadapan dalam menyertakan perkara ini dalam kurikulum tetapi ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya setakat ini, saya tidak terlalu optimistik.

Tetapi benarkan saya menyatakan kepada anda tentang perkara ini – penggabungan pengetahuan asas agama-agama di dunia dan standard etika umum dan nilai moral yang dikongsi oleh kepercayaan yang berbeza dalam kurikulum pelajaran kebangsaan telah termasuk dalam “Larnaca Action Plan” (Rancangan Tindakan Larnaca) yang telah merupakan hasil daripada ASEM Interfaith Dialogue (Dialog Antara Agama ASEM) yang diadakan di Larnaca, Cyprus pada 3-5 Julai. Malaysia merupakan penganjur bersama-sama dengan Cyprus.

Dan keputusan lain yang sangat penting adalah untuk meneroka kemungkinan untuk mewujudkan kumpulan dialog antara agama kebangsaan. Ini adalah sangat penting dengan merujuk kepada projek suruhanjaya antara agama yang telah dimulakan di sini, di Malaysia.

Malaysia akan menjadi negara pertama, bukan, negara kedua selepas Filipina, saya fikir, untuk mempunyai suruhanjaya antara agama seperti itu tetapi dalam keadaan ketika ini yang boleh digambarkan sebagai penuh dengan rasa dendam, saya fikir kita memerlukan masa untuk mencapai perkara tersebut.

Berhubung dengan suruhanjaya antara agama, kami memperoleh keputusan yang sangat menarik dalam tinjauan pendapat masyarakat awam yang diadakan oleh Muslim Malaysia (di Semenanjung Malaysia) pada Disember 2005; 76% yang diajukan soalan menyatakan bahawa Islam perlu menyertai Interfaith Council (Suruhanjaya Antara Agama) sekiranya sesuatu (organisasi) seperti itu diwujudkan di Malaysia.

Ini adalah hasil daripada tinjauan pendapat yang menunjukkan majoriti Muslim Malaysia sebenarnya lebih berfikiran terbuka dan lebih bersederhana daripada mereka yang berpura-pura untuk bercakap mewakili mereka (Muslim Malaysia).

Agama sebenarnya tidak berkaitan dengan apa yang anda pakai, bagaimana anda menyimpan rambut dan janggut, apa yang anda makan dan minum. Tetapi yang paling utama dalam agama adalah memupuk dan menganjurkan nilai moral yang baik berdasarkan standard etika asas, di mana Tuhan telah wahyukan berulang kali kepada semua rasul-Nya di seluruh dunia.

Standard etika ini mempunyai maksud penting kerana ianya telah diwahyukan kepada semua rasul Tuhan. Ianya mempunyai ciri-ciri peringkat tertinggi yang mutlak.

Sekiranya pemimpin dan penganut agama menumpukan perhatian dalam memupuk dan menganjurkan standard etika asas tersebut, yang kami anjurkan menerusi pameran kami dan cara-cara lain, kita akan hidup dalam keadaan dunia yang harmoni pada hari ini.

Malangnya, disebabkan ego, kejahilan, tamak-tamak kepada kuasa, kepada wang, kepada nafsu dan disebabkan perasaan benci, satu bahagian yang penting dalam manusia telah tidak mampu untuk hidup berpandukan perintah etika Tuhan yang asas. Ini adalah sebab utama manusia menderita semenjak Adam dan Hawa. Ianya kedengaran sangat mudah tetapi ianya sangat mendalam.

sumber asal : thesundaily.com

Islam dan Demokrasi: Pilih Islam atau Demokrasi?

Bahan rujukan kiriman pembaca:

Thursday, September 18, 2008

Islam dan Demokrasi: Pilih Islam atau Demokrasi?

http://aidc-editor.blogspot.com/2008/09/islam-dan-demokrasi-pilih-islam-atau.html

Islam dan Demokrasi : Pilih Islam atau Demokrasi ?

Berikut merupakan petikan pidato Syaikh Asy-Syahid Abu Mus’ab Al Al-Zarqawi tentang sikap Mujahidin Iraq terhadap pemerintah Demoraksi Iraq. Pidato ini dipetik daripada buku “Agama Demokrasi”, di bawah tajuk “Demokrasi Alat Penjajahan”, terbitan Kafayeh Cipta Media.

Sesungguhnya segala puji hanya milik Allah, kami memujiNya dan memohon pertolongan dan ampunan kepadaNYA. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan jiwa kami dan keburukan amal perbuatan kami. Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah maka tiada seorang pun mampu menyesatkannya. Dan bang siapa disesatkan Allah maka tiada seorang pun mampu memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawa tiada ilaah yang hak disembah selain Allah, satu-satunya dan tidak ada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhamad adalah hamba sekaligus utusan-NYA.

Ibnul Qayyim Rahiimahullaah berkata di dalam bukunya ” Madaarijus Saalikiin”, “Apabila musuh Islam dari kalangan orang kafir menyerang salah satu negeri Islam, maka menyerangnya atas takdir Allah. Maka bagimana bisa dibenarkan kaum muslimin hanya pasrah kepada takdir, serta tidak mahu melawannya dengan takdir yang lain, iaitu berjihad di jalan Allah, yang bermakna mereka telah melakukan penolakkan takdir dengan takdir yang lain ?”

Jihad juga merupakan salah satu pintu penyaringan untuk mengetahui siapa orang beriman yang benar-benar bertauhid dan siapa orang munafik yang pura-pura beriman, yang kebiasaannya suka mendabik dada yang tidak diberikan kepadanya dan suka dipuji dengan perbuatan yang tidak dilakukannya.

Dan orang yang tidak memiliki pengalaman dalam mengalami pahit getirnya merintis jihad dalam membela agama ini, dia tidak berhak menempatkan dirinya untuk mendapat tempat dalam kepimpinan dan ketokohan, walau sebanyak mana pun ilmu yang dia miliki dan sepandai mana pun dia beretorika. Kalau dia tetap mencalonkan dirinya, bererti dia termasuk orang yang merasa angkuh dengan sesuatu yang tidak diberikan kepadanya, tak ubah dirinya itu seperti pemakai dua baju palsu.

Betapa umat Islam sekarang ini sangat memerlukan neraca, kerana ramai orang-orang yang berpura-pura, munafik dan manipulasi.

Hari ini umat Islam disibukkan dengan “pembohongan besar” Amerika yang bernama “Demokrasi”.

Sesungguhnya Amerika telah mempermainkan fikiran kebanyakan bangsa di dunia dengan propanganda bohong ” kehidupan moden yang demokratik”. Amerika memberitahu seolah-olah kebahagiaan dan kemamkmuran sangat bergantung kepada demokrasi.

Dengan dalih pendemokrasian itu, kemudian mereka menghalalkan perang ke atas Iraq dan Afghanistan, kerana mereka mendakwa dirinya sebagai pelindung utama demokrasi di dunia.

Atas tujuan ini, Amerika telah mewujudkan pemerintahan Iyadh Allawi bertujuan untuk menampakkan kepada masyarakat Iraq bahawa Amerika benar-benar serius dalam keinginan mewujudkan negara Iraq yang merdeka dan demokrasi.

Dengan itu, membolehkan mereka menjalankan misi-misinya secara berleluasa di Timur Tengah iaitu mewujukan negara Israel raya dan menggali sumber kekayaan Iraq (minyak).

Propaganda “Demokrasi” menyatakan bahawa rakyat menjadi acuan utama. Di tangan merekalah keputusan dan ketetapan semua permasalahan. Jadi pada hakikatnya sistem demokrasi ingin menyatakan;

“Tidak ada yang boleh menolak dan mengganggu-gugat keputusan rakyat, di tangan merekalah ketentuan hukum dan kepada mereka pula urusan rakyat akan dikembalikan.

Slogan ini, “dari rakyat untuk rakyat“, merupakan inti dari fahaman demokrasi. Inilah sebenarnya “agama’ demokrasi yang diagung-agungkannya.

Ringkasnya perinsip-perinsip ajaran “demokrasi” mereka adalah seperti berikut :

1. Rakyat adalah rujukan utama kekuasaan, terutama kekuasaan dalam pembuatan undang-undang.

Hal ini terlaksana dengan mengangkat wakil-wakil rakyat dalam majlis parlimen untuk melaksanakan tugas membuat dan meminda undang-undang. Dengan kata lain, pembuat aturan yang dipatuhi dalam sistem demokrasi adalah manusia, bukan Allah.

Ini bererti “tuhan” yang diibadahkannya dalam hal menentukan peraturan hidup (undang-undang) adalah rakyat, makhluk dan manusia..bukannya Allah.

Ini jelas sekali kemusyrikan, kekafiran dan kesesatan kerana ia bertentangan dengan perinsip-perinsip utama agama dan tauhid serta mempunyai niat tersirat untuk menyamaratakan peranan manusia yang lemah ini dengan Allah.

Semoga Allah merahmati Sayyid Qutb, ketika beliau berkata, ” Sesungguhnya, manusia yang berada dalam sistem pemerintahan buatan manusia itu, mengangkat satu sama lain sebagai tuhan selain Allah. Orang yang berada dalam posisi tertinggi dalam sistem demokrasi, sama dengan orang yang terendah dalam sistem diktator”

Sayyid Qutb menambah, ” Sesungguhnya yang memiliki hak yang menentukan halal-haram hanyalah Allah sahaja. Tidak ada seorang pun dari manusia yang berhak menyandang hak itu, baik persorangan atau pemangku jabatan tertentu, kecuali kententuan yang berdasarkan kepada keterangan dari Allah dan bersesuaian dengan syariatNya.

2. Sistem demokrasi dibangun atas perinsip kebebasan beragama

Semua orang yang hidup di bawah naungan demokrasi, dibenarkan menyakini apa sahaja agama yang diminatinya. Dibenarkan memindah dari agama ke agama lain, tanpa halangan. Walaupun pindah agama dari agama Allah sekalipun,menuju kepada keyakinan athies pun tetap dibenarkan.

Ini amat jelas kebatilan dan kerosakannya, kerana ia bertentangan dengan nash-nash syari’. Dalam Islam, hukum Muslim yang pindah agama (murtad) adalah dibunuh sebagaimana yang disebut dalam hadists yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain.

Prang yang murtad tidaklah perlu diberi jaminan keamanan atau perjanjian bersyarat atau hak hidup bersama dengan muslim lain. Dalam agama Allah, orang yang murtad hanya diberi dua pilihan : Istitaabah (diminta bertaubat, kembali kepada agama Islam) atau dipenggal dengan pedang (dihukum mati).

3. Demokrasi berdiri atas perinsip kebebasan bersuara dalam apa bentuk sekalipun, meskipun penghinaan terhadap nilai-nilai agama

Kerana dalam kamus demokrasi, tidak ada istilah perkara-perkara suci yang tidak boleh disentuh atau diungkap dengan kata-kata yang tidak baik.

Allah berfirman : “Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) secara terus terang, kecuali oleh orang yang dizalimi“. (QS. An Nisa’ : 148)

4. Demokrasi dibangun di atas perinsip pemisahan antara agama dan negara.

Firman Allah, ” Dan mereka mengatakan, Kami beriman pada sebahagian dan kufur pada sebahagian yang lain. Dan mereka ingin mengambil jalan tengah, di antara semua itu. Mereka itulah orang-orang kafir yang sesungguhnya, dan Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu siksa yang menghinakan (QS : An Nisa’ : 150-151)

5. Demokrasi dibangun di atas perinsip kebebasan mendirikan organisasi apa-apa bentuk keyakinan, dasar pemikiran dan landasan moral yang dianuti oleh organisasi itu.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahiimahullaah berkata, ” Setiap kelompok yang menolak untuk tunduk kepada syariat Islam yang jelas dan mutawaatir maka wajib diperangi sampai agama itu seluruhnya menjadi milik Allah, ini berdasarkan kesepakatan para ulama

Yang menghairankan, walaupun fakta banyak menunjukkan betapa buruknya hasil sistem demokrasi, namun sebahagian mereka ingin memperjuangkan sistem demokrasi. Mereka menjadikan demokrasi sebagai anutan untuk mencapai tujuan-tujuan agama tanpa mempedulikan sah menurut syariat dan agama Allah atu tidak.

Lantas, bagaimana kalian rela wahai kaum muslim Iraq, dihukum oleh kaum Salib dan boneka-bonekanya di dalam urusan kehormatan, darah dan kemanusiaan kalian, dengan aturan selain aturan Allah dan agama selain agamanya yang lurus ?

Padahal, kalian adalah anak cucu sahabat Sa’ad bi Abi Waqas, Al Mustsanna, Khalid Al Walid dan Qa’qa’ yang telah menyuburkan tanah ini dengan darah mereka.

Relakah kalian dengan kehinaan dan kerendahan, sementara ‘kaum pelacur’ daru Rum (barat), kaum Salib, para pengidap kelainan seks mempermainkan kehormatan wanita-wanita kaum Muslimin ?

Ya Allah, bukankah telah kusampaikan…? Ya Allah, saksikanlah
Ya Allah, bukankah telah kusampaikan…? Ya Allah, saksikanlah

Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.

Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.

Pengasas Liberalisme dan Pluralisme : Hans Küng, pemikir agamawan Catholic Switzerland. President, Foundation for a Global Ethic; Immanuel Kant, ahli falsafah Jerman kurun ke 18. Pengaruhnya meluas di kalangan pemikir moden Eropah yang dikenali sebagai pencetus Enlightenment (pencerahan); John Locke, ahli falsafah British. Penulisannya bertajuk ‘Voltaire’ & ‘Rousseau’, berpengaruh di Amerika, yang diterjemahkan dalam ‘the American Declaration of Independence’.

Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.

Oleh Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria

Dalam kehidupan di dunia ini kita menghadapi banyak kepercayaan agama, ideologi, latarbelakang sosial, etnik dan sebagainya. Di banyak tempat di seluruh dunia ini nilai-nilai pluralisma ini sering mencetus perpecahan, pergaduhan malah peperangan, justeru pluralisma itu ertinya bukan satu, tetapi banyak (plural), sudah tentu mengandungi nilai-nilai yang sama atau berbeza.

Bag bangsa yang pandai dan matang cara berinteraksi, bangsa atau negara itu akan aman. Demikianlah sebaliknya. Apabila hal kepelbagaian ini dihubungkan dengan agama secara khusus, maka ia bererti bahawa dunia aini memiliki banyak agama dan kepercayaan. Tiap penganut ada persepsinya sendiri. Bagi pejuang pluralisma dan liberalisma ini, syurga bukan untuk umat Islam sahaja, malah terbuka kepada semua penganut agama atas dunia asalkan mereka membuat kebaikan.

SEJARAH dan PUNCA TIMBUL LIBERALISMA dan PLURALISMA

Liberalisma iaitu kebebasan berfikir dan bertindak individu tanpa had adalah satu fahaman yang muncul di Eropah asalnya, dan bukan dari dunia Islam. Fahaman ini menyerap ke dalam masyarakat Islam melalui proses penjajahan dan pembaratan sekitar abad ke 16/17.

Reaksi umat Islam kemudiannya pada abad ke 18/19 terpecah dua kelompok; Pertama, kumpulan yang menolak pengaruh barat dan Kedua, kumpulan yang menerima. Kumpulan tradisionalis yang berpegang kepada asas-asas fundamental Islam, menolak dan menentang.

Kumpulan kedua yang lazimnya mendapat pendidikan Barat atau liberal dan terpegun dengan kemajuan Barat yakin bahawa apa yang datang dari Barat baik belaka, kita diminta meniru dan mendewakan Barat. Hal ini berlaku di seluruh dunia Islam.

Mengapa timbul di Barat ?

Masyarakat Eropah mempunyai sejarah hidup dan pemikiran mereka sendiri. Selama 1000 tahun (abad ke 5-ke 15) mereka dicengkam kuat oleh agama Kristian Katholik, Kristian kontrol kepercayaan, ilmu, dasar dalam dan luar negeri.

Kristian Katholik yang berpegang kepada dasar bahawa mereka adalah wakil Tuhan di bumi, memaksa semua lapisan masyarakat agar patuh kepada kuasa agama dan gereja.

Hak asasi gereja ialah meletakkan dasar-dasar kehidupan, pentadbiran, ekonomi hinggalah kepada akhlak dan kehidupan individu. Kumpulan bangsawan, ahli
perniagaan, ilmuan dan orang awam dikongkong dan tugasnya ialah patuh dan turut ketentuan gereja.

Kitab Injil tidak boleh dibaca, apalagi untuk mentafsir. Perempuan adalah najis, tidak boleh baca atau pegang Bible. Akhirnya semua kumpulan masyarakat bangun memberontak.

Dari dalam Kristian sendiri timbul protes yang serius dan akhirnya lahir Mazhab Protestan.

Injil perlu ditafsir semula. Tafsiran lama tidak boleh dipakai lagi. Intelektual pun bangun menulis buku-buku menentang fatwa-fatwa gereja. Nicolai Copenicus, Kepler, Brehe dan Galileo Galilee adalah antara tokoh yang mengkritik otonomi dan tafsiran-tafsiran Gereja Khatolik.

Sehubungan dengan penglibatan intelek mengkritik agama, kumpulan-kumpulan feudal, kemudian kapitalis, kumpulan sosioalis-marxis juga muncul dengan teori dan gerakan yang menentang otonomi Gereja Katholik.

Karl Marx menganggap agama adalah candu-masyarakat! Ahli-ahli fakir moden Eropah mempersoal agama dan kriteria kebenaran.Akibat dari gerakan itu, agama dibenci. Kitab agama dikatakan perlu di nilai semula. Kebenaran itu relatif. Semua orang bebas mentafsir agama, atau Tuhan!

Eropah akan terus berada dalam kemunduran jika masih kuat berpegang pada agama. Maka
pada akhirnya, akibat banyak penjuru berlaku penentang dan pemberontakan, para penentang ditangkap, dibunuh atau disiksa. Buku-buku yang mengkritik otonomi dan fatwa gereja dibakar.

Buku-buku yang didatangkan dari Timur Tengah hasil tulisan tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Rusyd diperintah supaya dibakar. Sebarang wacana ilmu yang mengkritik Kristian diharamkan.Penentangan besar diambil oleh kumpulan cendekiawan.

Mereka mula mengkritik agama Kristian dari segenap penjuru. Kitab Injil, yang asalnya juga banyak diubah, dikritik lagi dan lebih mendasar. Kitab Injil sudah jadi macam buku sastera yang dikritik oleh semua peminat. Kandungannya tidak lagi
relevan.

Mazhab protestat terus mendapat sokongan. Akhirnya timbul Renaissance. Agama dan Tuhan sudah kehilangan kuasa dan daulat. Kebenaran boleh didapati dari manusia sendiri berasaskan akal rasional atau pengalaman dan bukan teks-teks agama.

Ahli falsafah Barat yang memimpin tentangan dan fikiran bebas ini antaranya Rene Descartes (1592-1650), John Locke (1632-1704), Immanuel Kant (1724-1804), David Hume (1711-1776), Auguste Comte (1798-1857), Jeremy Bentham (1748-1832), John S.Mill (1806-1873), Frederich Nietzsche (1844-1900) dan ramai lagi.

Terdapat tiga jenis fikiran-fikiran asas yang diperjuang oleh pemikir-pemikir ini;
Pertama, Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya; Kedua, ala mini wujud secara mekanistik, iaitu hukum alam bukan hukum Tuhan; Ketiga, akal manusia mampu memahami semua masalah manusia, fenomena alam dan lain-lain. Di sini, otoriti agama ditolak.

Berkaitan dengan agama secara khusus, pemikir Barat W.C Smith memperkenalkan slogan “Universal Theologi of Religion”. Idea ini menarik pemikir-pemikir Eropah yang lain dalam kerangka dan semangat menolak otoriti agama.

Muncul John Hick dan Hans Kung tokoh pemikir Barat sekular dan terus memperpularkan gagasan ini. Gagasan ini memperjuangkan bahawa semua agama boleh diterima dan benar, sebab tujuannya adalah satu, hanya jalannya sahaja berlainan.

Maka popularlah ‘Pluralisme’. Tuhan cipta banyak agama menurut mereka untuk kepentingan berbagai bangsa di pelbagai masa dan wilayah.

Semua ajaran betul belaka dan semua orang boleh sampai pada Tuhan dengan mengikut jalan mana pun. Oleh itu semua agama di dunia ini menyeru pada Tuhan dan benar belaka. Siapa pun tidak boleh dakwa agama mereka sahaja yang benar dan betul!

Apabila berlaku interaksi Islam-Barat melalui penjajahan dan pembaratan, gagasan liberalisma ini turut sama masuk dan ia subur berkembang dibawah payung sekularisma. Keadaan ini berjalan hingga kini di serata dunia Islam.

IDEA-IDEA UTAMA LIBERALISMA-PLURALISMA (LP)

Di sini diperturunkan sebahagian idea-idea LP ini.

Mengkritik teks Al-Quran.

Antara tokoh utama di sini ialah Nasr Hamid Abu Zaid (Mesir). Beliau bertugas di Universiti Leiden, Belanda. Beliau dihukum murtad oleh Universiti al-Azhar. Beliau kritik Al-Quran dalam bukunya “Mafhum Al-Nas –Dirasat fi’ulum Al-Quran” (kefahaman mengenai Teks – Satu kajian mengenai al-Quran).

Nasr Hamid ini setuju dengan Frederich Schlie Marcher (1768-1834) yang pernah memberi teori bahawa al-Quran yang diturunkan melalui Malaikat Jibril a.s. kepada seorang Muhammad yang (sifatnya) manusiawi. Muhammad sebagai penerima pertama adalah penyampaian Teks hal ehwal manusia. Al Qur’an itu bukan Teks Ilahi dalam bentuk asli, tapi telah disaring menurut pemikiran Muhammad. Jadi al-Quran itu bukan asli seperti yang selamanya kita faham.

Apa yang kita pelajari adalah Malaikat membaca ayat-ayat wahyu dan Rasulullah SAW menurutnya dan kemudian dihafal serta dikumpul oleh para sahabat.

Bagi para pemikir LP ini, metod di atas adalah method lama dan salah.

Professor Mohammed Arkoun berasal dari Algeria. Menjadi tenaga pengajar di New Sorbonne University of Paris. Pernah berkhidmat sebagai Fellow di Wissenschaftskolleg, Berlin (1986-1990); Tenaga pengajar di the Institute for Advanced Studies in Princeton, New Jersey, U.S.A (1992-1993); Visiting professor di University of California, Los Angeles (1969), Princeton University (1985), Temple University, the University of Louvain-la-Neuve, Wallonia, Belgium, (1977-1979), the Pontifical Institute of Arabic Studies di Rome dan the University of Amsterdam (1991-1993). Sekarang beliau Professor Emeritus, La Sorbonne sebagai Senior Research Fellow dan member of the Board of Governors of The Institute of Ismaili Studies (IIS). Beliau juga dikenali antara pelopor Islam Liberal.

Umpamanya professor pemikiran Islam di Universiti Sorbone, Perancis iaitu Prof. Muhammed Arkoun membawa pendekatan “Makna Teks”.

Perkara ini ada ditulis oleh beliau dalam beberapa buah bukunya seperti “The Unthought in Comtemporary Thought” (2002) dan “Min al-Ijtihad ila Naqd al-‘Aql al-Islami” (1992).

Menurutnya kajian kritis terhadap al-Quran adalah bentuk ijtihad, (sama seperti pemikir Barat bersifat kritis terhadap Bible).

Arkoun berpendapat wahyu perlu dilihat dalam kontek umum. Ia juga termasuk kitab-kitab agama lain seperti kitab agama Hindu, Buddha, Injil Perjanjian Lama dan Baru.

Ini bermakna kebenaran agama dimiliki semua.Teori mereka ini memberi maksud (i) Muhammad itu pengarang al-Quran (ii) Syariat juga dicipta oleh Muhammad (iii) al-Quran tidak suci lagi (iv) semua kitab-kitab tafsir di dunia Islam tidak boleh dipakai lagi (v) al-Quran perlu ditafsir semula. (seperti laungan terhadap Bible)

Idea Theologi Pluralis

Idea ini, seperti yang telah disebutkan di atas, menganggap semua agama adalah sama, sama benarnya dan semua membawa kepada Tuhan hanya jalannya sahaja yang berlainan.

Nama Tuhan boleh berbeza menurut bahasa-bahasa bangsa manusia. Kitab suci pun
boleh berlainan bahasa. Islam mempunyai syariat dan Tariqat. Syariat adalah hukum-hukum lahiriyah, sedangkan tariqat adalah perjalanan hamba menuju Tuhannya dengan cara menyucikan batin dan bersih dari sifat-sifat tercela.

Ini ada dalam semua agama. Persamaan ini akan membentuk hidup yang harmoni, asalkan jangan ego mengatakan akidah atau agamanya sahaja benar, yang lain batil.

John Hick pendukung kuat liberalisme mengatakan semua orang boleh masuk syurga tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama. Tuhan boleh dikenali dengan apa sahaja identiti oleh semua penganut agama.

Brahma dan Allah kata mereka adalah Tuhan yang sama, Cuma dilihat dan diucap dengan cara berlainan antara Hindu dan Islam. Tertera dalam al-Quran.

Apakah sifat Brahma, Tuhan dalam Shinto dan lain-lain itu sama dengan sifat-sifat Allah SWT dalam al-Quran?

Apa yang kita faham Allah SWT mempunyai sifat-sifat yang tersendiri seperti Penolakan Syariat Islam.

Abdullah al-Naim, seorang penulis berasal dari Sudan telah menulis buku “Toward an Islamic Reformation” (1989).

Abdullah mahu merombak cara berfikir umat Islam terhadap syariat. Syariat hanyalah ciptaan manusia. Ia tidak suci. Perlaksanaan hukum Islam hanya memberi impak counter-productive.

Hukum-hukum Islam melanggar Hak Asasi Manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman.

Abdullah terpengaruh kuat dengan orientalis Barat yang bencikan Islam iaitu antaranya Goldziher, Schacht dan Coulsan yang lama menyebut bahawa syariat Islam adalah ciptaan fuqaha selama 300 tahun. Abdullah juga turut bersetuju dan menyebut hal berkenaan.

Kumpulan Islam liberal menggunakan idea ini untuk menolak hukum Islam. Oleh itu Negara Islam pun tidak ada.

Mereka sebenarnya gagal membezakan antara Syariat dan Fiqh, Qat’iyyat dan Ijtihadiyat, Thabat dan Mutangaiyirat dan sebagai dalam sistem Ilmu-ilmu Islam.

Konsep Ijtihad dalam Islam membuka ruang untuk umat Islam menyusun keputusan baru menurut masalah-masalah semasa.Golongan Liberal ini tidak berminat berpegang kepada hadis nabi. Mereka mempertikaikan kesahihan hadis dan menolak otoritinya.

Di Malaysia kumpulan ini telah menolak hadis. Hadis menurut mereka hanyalah rakaman sejarah masa lalu. Ia boleh dibaca jika perlu. Sedangkan dalam Islam, Allah SWT
telah memerintahkan hambanya taat kepada Tuhan melalui patuh kepada al-Quran, turut dan patuh kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan juga Rasul. Ijmak para ulamak juga telah diinstitusikan.

Kumpulan liberal ini menolak ijmak. Malah menurut mereka ijmak-ijmak itu adalah ijmak Pak Arab! Kebebasan berijtihad dan penolakan Otoriti Agama. Gologan Liberal ini menolak otoriti agama.

Mereka menekankan kebebasan memberi dan menentukan fikiran. Apa pun permasalahan agama, semua orang berhak memberi pendapat. Semua orang boleh berijtihad. Otoriti agama hanya diada-adakan. Oleh itu ulamak pun tidak perlu. Mereka merujuk kepada analisa-analisa orientalis-kristian, sebab mereka lebih pandai dan lebih kritis. Sedangkan dalam apa ilmu pun ada pakarnya. Dalam agama ada ulamak dan cendiakawan-
cendiakawan Islam. Mereka bukan monopoli hal-hal Islam, tetapi ahli atau pakar

LIBERALISMA-PLURALISMA DI ALAM MELAYU

Indonesia

Di Indonesia, gerakan Islam liberal ini sudah meluas. Ia diperjuang oleh para sarjana yang mendapat pendidikan Islam dan Institusi Pengajian Islam iaitu Institusi Agama Islam Negeri(IAIN), Universitas Islam Negeri (UIN), Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN), dan Sekolah Tinggi Agama Islam Swasta (STAIS).

Mereka ini kebanyakan mendapat pendidikan tinggi agama Islam dalam Negara, Mesir, Ameriak dan Canada.

Bermula denga Prof. Dr Harun Nasution, diikuti pula oleh Prof. Dr. Nurcholis Madjid yang pernah melancarkan gagasan sekularisasi untuk kemajuan umat, maka sekarang ini, sarjana-sarjana yang lebih junior memperjuangkan gagasan Islam liberal ini.

Dari Liberalisme dan Pluralisme akhirnya mempelopori Islam Liberal : Dari kiri Dr Harun Nasution, Prof. Dr. Nurcholis Madjid dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur)

Terdapat ramai cendiakawan yang berlatarbelakang agama, mendukung Liberal-Plural ini. Antaranya: Budhy Munawar Rachman, Alwi Shibab, Luthfi Assyaukanie (editor Jaringan Islam Liberal), Taufik Adnan Amal, Ahmad Baso, Khoirul Muqtafa, Munawar Rahman, Mahrus el-Mawa, Hamami Zada, Ala’i Nadjid(P), Umi Khusnul Khotimah(P), Sri Mulyati (P), Siti Musda Mulia (P), Marzuki Wahid, Abd A’la, Abd Rahman Wahid, Azyumadi Azra, Jalaluddin Rahmat, Nasamuddin Umar dan Ade Armanda.

Alwi Shibab (bekas Menteri Agama) menyatakan bahawa pluralisma agama sangat penting. Ia boleh pupuk hidup rukun damai. Alwi mengatakan syariat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW itu tidak menghapus syariat-syariat sebelumnya. Dakwanya al-Quran itu mendukung pluralisma. Islam tidak hanya diperuntukkan kepada muslim sahaja, tetapi bagi segenap mereka yang percaya pada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia.

Ini disebabkan oleh makna istilah ISLAM itu ialah berserah diri dan ini berlaku dalam semua agama. Jadi siapa sahaja yang menyerah diri pada Tuhan, bagaimana pun
caranya, ia adalah Islam. Bukanlah orang Islam sahaja.

Di Barat hal ini sudah lama terjadi. Idea ini pernah dikembangkan oleh Frithjof Schuon dan Syed Hosein Nasr. Mereka merujuk idea kesatuan seperti ini ditahap tinggi (The Transcendent Unity Of Religions) dan penekanan kepada agama Ibrahimiyyah.

Di Indonesia hal ini diaktifkan. Alwi terus menggunakan al-Quran untuk mengukuhkan dakwaan beliau. Ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69 al-Maidah dijadikan alasan mengukuhkan teori mereka.

Ayat ini bermaksud begini:

” Sesungguhnya orang yang beriman, orang-Yahudi, Sabi’in dan orang Nashara, barangsiapa yang beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati” (al-Maidah:69)

Pendapat Alwi Shihab dalam hal ini ada ditulis dalam bukunya Islam Inklusif: Prinsip lain yang digariskan oleh al-Quran adalah pengakuan eksistensi beragama dan dengan begitu, layak memperolehi pahala dari Tuhan. Lagi-lagi prinsip ini memperkokoh idea
mengenai pluralisma keagamaan dan menolak eksklusivisme.

Dalam pergertian lain, eksklusivisme keagamaan tidak sesuai dengan semangat al-Quran, sebab al-Quran tidak membeza-bezakan antara satu komunitas agama dengan lainnya.

Prinsip ini digariskan oleh dua ayat al-Quran,sebuah eksposisi yang jarang sekali terjadi sebuah ayat al-Quran tampil dua kali dan hampir mirip kata per kata, yang mengatakan:

Sesungguhnya mereka telah beriman, Yahudi, Kristian dan kaum Sabiin. Mereka yang percaya pada Tuhan dan hari akhirat dan berbuat kebaikan, akan menerima pahala dari Tuhan mereka. Mereka tidak akan rugi dan tidak akan berdukacita”. (al-Baqarah : 62, al-Maidah : 69)

Prof Dr. Nurcholis Madjid.

Terdesak kepada masalah hubungan antara kaum dan agama yang menyesakkan di Indonesia, Nurcholis Madjid merujuk al-Quran bagi mendapat jalan penyelesaian. Beliau telah merujuk kepada (surah al-Ankabut 29;46), al-Maidah 44,45,46,47,48,66 seterusnya al-Nahl 16;28 bagi mengesahkan bahawa memang Allah SWT cipta kepelbagaian dan semuanya, katanya (muslimuh), menggunakan pelbagai cara dan kaedah menuju Tuhan.

Dia amat yakin terhadap ketulinan kitab Taurat dan Injil hari ini Tulin/asli seperti yang benar-benar terjadi sewaktu diturunkan dahulu?

Kelihatan Nurcholis terlalu konfiden yang dua kitab itu serta suruhan-suruhannya itu asli dn tulin betul!

Soalnya apakah kita memiliki rekod catatan sebenar kitab-kitab sebelum al-Quran itu?

Akhirnya menurut beliau “ Oleh kerana itu, mari kita sambut hari esok dengan kepala tegak, bibir tersenyum sambil menyapa tanah air yang kita cintai bersama-sama dengan lambaian kasih sejati. Kita tunjukkan kepada dunia bahawa bangsa beradap, bangsa yang berperikemanusiaan dan berperikeadilan. Lupakan permusuhan dan pertikaian yang menganjal di dada. Hapuskan dendam dan kebencian yang tersimpan di hati. Tegakkan perdamaian abadi dalam kekudusannya”. (Pendahuluan untuk buku Pluratitas AGAMA : Kerukunan dalam keagamaan. 2001. Jakarta. Kompas. 1-8) Editor : Nur Ahmad.Mengapa hal-hal yang menggugat aqidah ini bertapak di institusi pengajian Islam di Indonesia?

Hartono Ahmad Jaiz dalam bukunya Ada Pemurtadan di IAIN (2005) ada menyebut bahawa…..”mengesakan Allah SWT, metodnya sudah ada tinggal mengikuti Rasulullah SAW. Pendidikan Islam hakikatnya adalah mengajak kepada Tauhid itu sendiri tidak diajarkan. Hanya ilmu kalam, yang itu termasuk dalam sejarah pemikiran Islam. Pada hal Tauhid inilah landasan paling utama. Bila landasannya ini salah, maka rosaklah agamanya”.(xxxi)

Al-Quran sendiri pun diajar metod baru untuk tafsirnya. Cara baru itu disebut “hermeneutika” iaitu metod yang digunakan untuk tafsir Bible oleh pemikir Kristian. Metod ini diajar di Universitas Islam Negeri Jakarta dan IAIN Yogyakarta. Jika metod mengkritik Bible sudah diajar kepada Mahasiswa di IAIN, sudah tentu bertambah luaslah kritikan terhadap Al-Quran dan Rasulullah SAW, dan bertambah luaslah sikap ragu-ragu (skeptis) terhadap Al-Quran.

Al-Quran bukan lagi kalam Allah sebaliknya teks dari Muhammad SAW. Perkara-perkara pelik diamal di Indonesia.Prof Dr Nurcholis Majid, Prof di IAIN Jakarta, pengasas Yayasan Paramadina Jakarta, telah kahwinkan anaknya (perempuan), Nadia dengan lelaki Yahudi di Amerika pada 30 September 2001, tidak dengan Islam, tetapi akad universal iaitu anak manusia dan anak manusia.

Dr. Kautsar Azhari Noer, pensyarah IAIN Jakarta (kini UIN) menikahkan Ahmad Nurcholish (muslim) iaitu anggota pengurus YISC (Youth Islamic Study Club) Masjid al-Azhar, kebayoran Baru Jakarta dengan wanita kunghuchu Ang Mei Yong pada Ahad 8 Jun 2003.

Dr Zainun Kamal pensyarah UIN Jakarta telah menikahkan wanita muslimah Suri Anggteni Alias Fithri dengan lelaki Kristian Alfin Siagan di Hotel Kristal Pondok Indah Jakarta Selatan. Pengantin diberkati pendeta Kristian. Ijab qabul cara Islam. Dr. Zainun sendiri membimbing mereka.

Munawir Sjadzali, bekas menteri agama (1983-1993) memperjuang penyamaan bahagian waris harta antara lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita perlu sama banyak. Sedangkan al-Quran jelas memperuntukan 1/3 untuk perempuan dan 2/3
untuk lelaki justeru tanggungjawab lelaki adalah diri sendiri dan tanggungannya.

Al-Quran menyebut (al-Nisa:11)

“Allah mensyariatkan bagimu tentang pembahagian pusaka anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak peremuan”. (Al-Nisa:11).

Munawir mahu mengubahnya. Dr. Siti Masdah Mulia, pensyarah UIA Jakarta menyuarakan agar poligami diharamkan sebaliknya menghalalkan nikah berbeza agama.

Malaysia

Di Malaysia, apabila institusi-institusi agama, pihak berkuasa dan rakyat terbanyak masih kukuh pegangan agama, kumpulan minoriti ini tidak berani membuat pengisytiharan terbuka.

Kerajaan sendiri mengambil berat dalam soal ini. Ada idea-idea yang menggambarkan mereka ada umpamanya al-Quran mesti diolah semula. Tafsir al-Quran banyak ditafsir oleh lelaki.

Perempuan perlu tafsir al-Quran menurut cara berfikir wanita, poligami tidak lagi relevan, lelaki “superior” dalam keluarga juga sudah out-of-date. Hukum Faraid perlu penafsiran baru, sebab hukum itu lebih memihak kepada kepentingan lelaki.

Mereka itu menggunakan medium tulisan khasnya dalam bahasa Inggeris untuk mengembangkan idea mereka. Fokus mereka ialah golongan elit berpendidikan tinggi dan mahir berbahasa Inggeris mereka ini mempunyai jaringan dengan gerakan-gerakan luar negara. Mereka juga mengkritik Islam dengan membandingkan dengan gagasan hak asasi manusia.

Perlembagaan Negara pun dikritik khasnya hal-hal yang menyentuh Islam. Kumpulan Sister in Islam adalah pendukung kuat gerakan ini.

LIBERALISMA-PEMODENAN dan Warisan Mazhab Silam

Ada yang mendakwa liberalisme ini adalah juga pemodenan dalam Islam. Ini amatlah salah. Pemodenan fikiran Islam yang digerakkan oleh Muhd Abduh, Rashid Rida, Iqbal dan lain-lainnya bukan mahu menyoal keteoritian al-Quran, Rasulullah SAW, Rukun Islam dan Rukun Iman.

Mereka mahu aplikasi Islam dalam tuntutan dunia semasa supaya umat Islam maju
tetapi bertolak dari gagasan Islam. Demikian mazhab Islam dahulu seperti jabariah Khawarij dan sebagainya.

Mereka juga mentafsir ayat-ayat al-Quran dan hadith tetapi tidak bertindak
mengkritik otoriti al-Quran atau kerasulan Nabi Muhammad SAW, hukum-hakam faraid dan
sebagainya.

Kumpulan Liberalisma ini sangat radikal. Mereka mahu menolak al-Quran,
Syariah, menyamakan akidah Islam dengan lain-lain agama, menentang superioriti lelaki ke atas wanita, menolak ketentuan faraid dalam al-Quran dan lain-lain lagi. Gerakan kumpulan ini wajib dihapuskan.

APAKAH BAHAYANYA PADA ISLAM & MUSLIM

Konsep dan falsafah hidup manusia yang benar ditukar.

Eksistensialisma etheis Barat yang dipopularkan oleh Jean-Paul-Sartre (1905-1980) menobatkan manusia begitu tinggi.

Menurut J.P.S tujuan dan objektif hidup manusia ditentukan oleh manusia sendiri bukan kitab-kitab agama. Tuhan tiada apa-apa peranan dalam kehidupan manusia. Manusia mempunyai kebebasan penuh untuk berbuat apa sahaja atas dunia ini.

Kebenaran itu subjektif dan relatif. Baik-buruk sesuatu itu manusia yang tentukan.
Keputusan-keputusan yang baik adalah keputusan yang dibuat tanpa tekanan agama dan budaya. Maka tidak heranlah kepada masyarakat Barat kini budaya seks bebas, pornografi, homoseksual, bersekedudukan tanpa ikatan kahwin dan lain-lain dianggap sah dan boleh diamalkan.

Penghinaan Terhadap Al-Quran.

Al-Quran bukan lagi koleksi wahyu yang perlu diterima. Ia sudah jatuh tarafnya menjadi seperti buku-buku sastera yang boleh dikritik, diterima atau ditolak. Ia juga boleh dipijak dan diperlakukan sesuka hati seperti buku-buku teks sekolah.

Liberalisma mahu membuang syariah.

Mereka berpendapat syariat Islam banyak bertentangan dengan piagam hak asasi manusia dan tuntutan zaman moden. Oleh sebab ia tidak sesuai, maka ia perlu dirobah. Hukuman bagi penzina, pencuri dan lain tidak jelas dalam al-Quran. Fuqaha juga membuat peraturan. Maka ia perlu ditukar. Tetapi Islam membuka pintu Ijtihad. Empat mazhab yang ada jelas unsur progresif yang diamalkan. Fiqh tidak jumud. Tetapi mereka
mahu ijtihad cara mereka bukan cara yang telah diinstitusikan dalam sejarah Islam.

Aliran pemikiran Islam liberal adalah bertentangan dengan prinsip aqidah Islam.

Pemikiran Islam liberal boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufur, syirik dan fasiq. Pokoknya ia berlawanan dengan doktrin Ahli sunnah Wa al-
Jamaah.Adalah jelas bahawa gerakan pemikiran Islam liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam seperti yang kini sedang berlaku di Indonesia sehingga Majlis Ulama Islam (MUI) di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa pemikiran Islam liberal itu adalah HARAM pada 25 Julai yang lalu.

Kehadiran Muslimin liberalis yang kini menjadi ”celebrities” di dunia telah memberi peluang dan ruang untuk musuh-musuh Islam seperti Zionis,Buddha, Bahai, Sikh dan lain-lain menyusup masuk secara lansung dan tidak langsung bagi merialisasikan
cita-cita jahat mereka untuk melemahkan status agama Islam dan masyarakatnya supaya terus terpinggir dari arus perdana masyarakat.

Golongan Muslim liberalis kini mendapat dokongan moral dan material dari pelbagai individu terutamanya dari dunia Barat. Ini dapat dilihat dari persidangan, seminar, bengkel yang dianjurkan di dunia Islam.

Di Malaysia, pada tahun 2003 telah diadakan satu persidangan antarabangsa mengenai Islam dan cabaran modeniti yang dinamakan KALIF. Dalam seminar tersebut telah dihadirkan ramai tokoh-tokoh liberal Muslim dengan tujuan untuk mempengaruhi inteligensia Muslim di Malaysia supaya bersikap kritis terhadap warisan Islam. (Al-
turath al-Islami)

Atas nama “moderat Islam/Muslim”, kehadiran Muslim liberal telah menyebabkan doktrin Islam yang syumul dalam world viewnya sebagai “ad-din” sedang diturunkan statusnya untuk menjadi agama sivil atau agama peribadi semata-mata.

Konsep “moderat” tidak lagi diukur dengan skala al-Quran dan al-Sunnah yang hakiki seperti konsep kaitannya dengan keadilan (ummatan wasatan).

Pada masa ini beberapa konsep dan institusi asas Islam serta pemeluknya seperti jihad, syariat, dakwah, madrasah dan sebagainya sedang dicairkan dengan Islam dalam bijaksana Barat seperti Islam Amerika.

Justeru, terlalu banyak “think-tank” Barat yang mengakui tentang Islam seperti projek Rand Corporation, SIM di Leiden, Belanda, Insitut Brooke, Washington. D.C dan yang lain-lain.

Mutakhir ini masyarakat bukan Muslim di Malaysia dan di lain-lain tempat semakin berani melontarkan fikiran mereka mengenai agama Islam termasuklah mempersoalkan kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan dan otoriti ulama.

Gagasan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama(IRC) adalah satu usaha nekad pimpinan bukan Islam untuk mencari jalan melemahkan status Islam dan umat di Malaysia ketika umat Islam kuat mengukuhkan diri mereka dengan identiti Islam bagi menghadapi cabaran dalaman dan luaran yang semakin menyemarak.

Di Malaysia, beberapa NGO, antaranya, Sister In Islam, adalah antara pendukung Islam liberal yang kuat mempromosikan isu kesetaraan kaum jenis lelaki dan perempuan. Ia mendapat dokongan moral dari beberapa figure politik nasional dan media massa serta begitu akrab jaringannya beberapa agensi di dunia Barat. (Dr. Muhammad Nur Manuty. 2005. Kertas kerja: “IDEA-IDEA ISLAM LIBERAL” yang dibentang di wacana bulanan YPU dengan kerjasama Y3K (Kelantan) di PJ pada 2 Sept 2005)

BAHAN BACAAN

1) Nur Achmad (ed). 2001. PLURALITAS AGAMA: Kerukunan Dalam Keagamaan. Jakarta. Kompas.

2) Budhy Munawar-Rachman. 2004. ISLAM PLURALIS: Wacana Kesetaraan Kaum Beriman. Jakarta. Srigunting.

3) Surunin (ed) 2005. Nilai-nilai PLURALISME DALAM ISLAM: bingkai gagasan yang berserak. Bandung. Nuansa dengan Fatayat Nu dan The Ford Foundation.

4) Adian Husaini dan Nuim Hidayat. 2002. ISLAM LIBERAL: Sejarah, Konsepsi, Penyimpanan dan Jawapannya. Jakarta. Gema Insani.

5) Khalif Munawwar. 2006. Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana ISLAM LIBERAL. Kajang. Akademik Kajian Tamadun.

6) Dr. Muhd Nur Manuty. 2005. kertas kerja; IDEA-IDEA ISLAM LIBERAL.

Nota AIDC memetik kertas kerja Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria, bertajuk ANCAMAN DAN TENTANGAN TERHADAP ISLAM dan MUSLIM; TUMPUAN KES: Liberalisma / Pluralisma.(Sebuah catatan ringkas)Prof”,di seminar Ancaman Akidah di ILP, Seberang Perai Selatan, pada 23 Sept. 2006. Kertas kerja ini diterbitkan semula oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Tulisan asal bentuk PDF, klik di sini.