Category Archives: Ekonomi

image_pdf

Anda mahu jadi golongan yang mana?

 

DALAM BISNES ADA 3 GOLONGAN ORANG YANG MENGEJAR KEJAYAAN
.
GOLONGAN PERTAMA adalah mereka yang mencuba dengan sedaya upaya untuk mengubah nasib mereka dengan perniagaan untuk membina harta sebanyak mungkin.
.
GOLONGAN KEDUA adalah golongan pertama yang konsisten dan mampu melakar kejayaan lalu mengumpul banyak harta. Ini dipanggil orang kaya. Golongan ini selalu masuk Forbes dan menang award macam-macam
.
GOLONGAN KETIGA adalah orang kaya yang harta banyak tidak lagi memuaskan hati mereka lalu mereka berusaha untuk leverage atau berkongsi kekayaan itu dengan orang lain dan mereka tidak kisah langsung untuk hidup dalam sekadar kecukupan sahaja walaupun tidak mewah. Orang ini biasanya, berlumba-lumbalah harta untuk meluru ke kantungnya namun dia tetap salurkannya kepada yang lain. INILAH GOLONGAN ORANG BERJAYA!
.
Dalam dunia, kita selalu nampak kolam dan tasik akan kering. Tapi kita jarang lihat sungai menjadi kering. Kenapa? Sungai tidak MENGUMPUL air tetapi MENGALIRKAN air. Dari aliran itu, ramai di hiliran boleh menangkap ikan, berperahu, mengairi tanaman, minum, mandi, memasak dan lain-lain. BERKONGSILAH.

HUTANG PENYEBAB ISLAM KEHILANGAN UTHMANIAH, PALESTINE DAN AL-AZHAR. KENALI DAJJAL MELALUI SURAH AL-KAHFI – JANGAN SAMPAI SEJARAH INI BERULANG DI ‘SINI’

JIKA TIDAK DARI ALLAH PASTI BANYAK KONFLIK

Bagaimanakan China boleh memusnahkan Amerika

00 VAT USA

Bagaimanakan China boleh memusnahkan Amerika?
1. Semenjak 6 tahun yang lalu, US dan Bank-Bank di Wall Street telah mencetak trillion duit kertas Dollar Amerika bagi tujuan mengekalkan ekonomi dan dagangan US serta peperangan dengan negara-negara luar.

2. Bertrillion duit kertas ini kini dalam Simpanan China. Ini kerana apabila pedagang Amerika mengimport daripada China, maka mereka menyerahkan (membayar) berbilion-bilion wang kertas Dollar ini kepada China bagi mendapatkan produk China (Majoriti Pengilang China menerima USD sebagai pembayaran). Yuan China pula tidak begitu banyak mengalir ke US kerana 1. China menerima USD sebagai matawang pembayaran dan 2. China tidak sebegitu banyak mengimport daripada US.

3. Oleh itu secara analoginya, bayangkan saja seolah-olah China sedang menyimpan segunung wang kertas USD di dalam China.

4. Kemudian bayangkan pula bahawa segunung wang kertas ini secara realitinya hanya kertas saja. Ia tiada nilai kerana tidak disandarkan kepada Emas kerana di Perbendaharaan US sudah tiada emas. Kalau segunung kertas ini hendak diguna membeli bergunung produk dari US pun tiada guna sebab hakikatnya US sekarang bukan banyak produk pun dan kalau ada pun lebih baik dibeli di negara lain. Nak guna beli hasil bumi US pun tak guna sebab US sudah tiada hasil bumi.

5. So kesimpulannya US Dollar tu hanya seperti kertas jamban saja. Tiada nilai. Tapi masih dipakai dijalanraya dan di antarabangsa sebab convinient saja. Semua negara pakai Dollar untuk jual beli. So Negara A nak beli barang dari negara B pun pakai dollar sedangkan A dan B ada matawang masih-masing. Sebab benda tu dah terbiasa. So convinience menyebabkan orang masih pakai dolar dalam berdagang.

6.Tapi Kerajaan China dan Rusia dan banyak negara tahu ianya tiada nilai. Nilainya sekarang hanya suatu ilusi sementara.

7. Dan Amerika berterusan mencetak Dollar ini bagi membiayai perang dan ekonominya. Hakikatnya Dollar adalah seperti mata wang pokok pisang masa jepun dulu. Sedang banjir di pasaran dunia dan tiada nilai. Kosong. Tapi orang ramai tak tau sebab ilusi masih berjalan dengan bantuan media.

9. Bayangkan jika China, yang nilai matawang Yuannya disandarkan kepada volume pengeluaran barang dagangannya diturunkan oleh China sendiri. Tentulah makin murah nak beli barangan dari China kan? So Negara A, B, C, D, E, F, G hingga Z semua kata senanglah kita nak borong dari China. So makin banyaklah barang nak dibeli – DARI CHINA – BUKAN DARI US.

10. Dan buat masa sekarang, Negara A, B, C, D, E, F, G masih boleh bayar pada China guna Dollar lagi.

11. Tapi bayangkan apa akan jadi kalau China join BRICS dan tetiba umumkan bahawa hanya matawang China, Russia, Brazil, India, dan South Africa saja yang akan diterima oleh China sebagai matawang bayaran.
12. Atau bagaimana kalau BRICS tetiba setuju bahawa matawang dagangan bagi anggota BRICS adalah YUAN MENGGANTIKAN DOLLAR?

13. Sudah tentu Negara A, B, C, D, E, F, G hingga Z semua terpaksa beralih kepada YUAN (atau matawang BRICS) dan meninggalkan Dollar.
14. So kalau Dollar kehilangan sifat “convinience” maka apa lagi gunanya DOLLAR?

15. Bila Negara A, B, C, D, E, F, G hingga Z dah tak nak simpan banya DOLLAR maka pasti nilai DOLLAR akan jatuh. Bila DOLLAR jatuh maka WALL STREET akan panik. Semua penyangak matawang asing yang banyak simpan DOLLAR sebagai invetori dagangan akan berlumba-lumba jual koleksi kertas jamban mereka. Makin jatuhlah Dollar. Malahan akan bertambah banjirlah dunia dengan kertas jamban yang dilupus oleh penyangak peniaga mata wang ini.

16. Dan sekarang bayangkan pula apa akan berlaku jika China ambil keputusan membanjirkan lagi dunia yang sudah banjir dengan Dollar dengan segunung kertas jamban Dollar dalam simpanannya?

17. Pasti Dollar jatuh lagi. Kali ini hampir kepada “0”.

18. So jika Dollar menjadi kosong atau hampir kosong, apa nasib rakyat Amerika. Mereka sudah tiada minyak tapi tak dapat beli minyak dari Arab sebab hanya ada kertas jamban. Mereka nak beli makanan dari Thailand sebab di US boleh kata sudah tiada pengeluaran makanan tapi tiada benda nak ditukar kecuali kertas jamban. Mereka perlu itu ini dari Eropah untuk hidup tapi tiada apa untuk ditawarkan kecuali kertas jamban?

19. Pasti seluruh negara US akan tumbang, hancur dengan rusuhan di sana-sini.

20. Tapi selain dari KERTAS JAMBAN, US ada satu lagi yang dia boleh pakai – KEKUATAN MILITER nya.

21. Oleh itu kesimpulannya – kita di ambang perang dunia dan itulah sebabnya Tianjin dan Shandong diletupkan oleh US baru-baru ini.

– Merong Mahawangsa –

LEPAS DISIASAT POLIS, SPRM ANJUR SOLAT HAJAT PERDANA

LEPAS DISIASAT POLIS, SPRM ANJUR SOLAT HAJAT PERDANA

Timeline hampir kesemua media dipenuhi dengan berita ini sejak petang semalam. Sedih dan sayu membaca apa yang ditulis serta gambar yang disiarkan oleh para pemberita. Diberitakan ramai yang khusyuk berdoa sehingga menitiskan airmata.

Sama-samalah kita doakan agar para pegawai dan anggota SPRM dapat menjalankan tugas mereka dengan gigih, telus dan saksama. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Kami telah teliti semua artikel mengenai berita ini dari semua saluran media untuk mendapatkan kesahihannya. Kami petik dari semua sumber agar dapat kita hayati beritanya.

“Allahumma Salaamatan Fiddien”

WARGA PRIHATIN

* * * * * * * *

PUTRAJAYA – Ogos 04, 2015 : Kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyertai Majlis Solat Hajat Perdana hari ini bagi memohon agar institusi itu diberi kekuatan untuk terus kukuh dalam menyelamatkan negara daripada gejala rasuah. Ia telah diadakan di bangunan pentadbiran SPRM di sini selepas solat Zohor, dipimpin Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Tazkirah ringkas dan doa memohon supaya SPRM dapat meneruskan perjuangan membela maruah agama, bangsa dan tanah air disusuli selepas itu.

Antara kandungan doa berkenaan ialah: “Kami memohon kepada-Mu, ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Berilah bimbingan dan petunjuk bagi mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugas kami memerangi perbuatan rasuah yang mungkar dan penuh dengan dosa.”

Zakaria turut memohon supaya Allah memberi kekuatan kepada pegawainya mempertahankan masyarakat dan negara daripada dicemari dengan rasuah dan penyelewengan.

“Rasuah ini berpunca daripada perbuatan yang haram. Rasullah kata, orang yang memberi dan menerima rasuah masuk neraka. Nak cegah orang masuk neraka ini satu pekerjaan yang berat, yang besar. Jadi, kita kena minta tolong daripada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui yang akan menunjuk jalan membantu kita melaksanakan tugas terbaik dan paling mulia,” katanya.

Zakaria, 58, yang akan bersara secara rasmi pada 12 Oktober ini berkata, sepanjang 35 tahun khidmatnya dalam agensi itu, beliau menganggap perjuangannya ialah “mencegah individu daripada terjerumus ke neraka”.

“Daripada masuk kerja, sampai habis pencen, 35 tahun berjuang mencegah orang daripada masuk neraka dan saya menjadikan sepanjang hidup itu sebagai satu ibadah. Apabila saya keluar daripada (SPRM) ini, saya pindahkan apa yang saya yakini kepada semua warga SPRM, supaya sepanjang masa apa yang dibuat ini menjadi ibadah di sisi Allah,” katanya.

CAWANGAN SPRM SELURUH NEGARA

Selain di Putrajaya, beberapa cawangan SPRM negeri turut bersama menganjurkan solat hajat.

Antaranya di Negeri Sembilan di mana solat hajat didirikan selepas solat dhuha sekitar jam 9 pagi dan dihadiri 36 kakitangan termasuk Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Datuk Shaharom Nizam.

Sementara Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abd Aziz Aban mengambil peluang menyampaikan amanat dan pesanan kepada pegawai dan kakitangan yang menjadi jemaah solat hajat.

Selain itu, SPRM Johor, Melaka dan Terengganu turut diadakan pada Isnin dan Selasa.

SIRI PENAHANAN PEGAWAI SPRM

Solat hajat ini dilakukan selepas beberapa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan bagi membantu siasatan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setakat ini, beberapa pegawai SPRM telah ditahan dan diambil keterangan berhubung kes kebocoran maklumat siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara yang telah ditahan untuk diambil keterangannya ialah Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik Datuk IG Chandran dan pegawai SPRM, Tuan Roslan Tuan Mat.

Semalam, polis Cawangan Khas menyoal siasat Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin bagi membantu siasatan dalam kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Manakala bekas Ahli Lembaga Penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh ditahan Sabtu lalu kerana dipercayai berkaitan dengan laporan pertemuannya dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London.

Polis Cawangan Khas turut menyerbu pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi mencari dokumen berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat dibebani hutang berbilion ringgit itu. Serbuan di pejabat Sazilee di Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya itu turut merampas sebuah komputer riba, malah kediamannya juga diperiksa.

Sazilee, pegawai yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara, antara 3 yang ditahan minggu lalu selain Rashpal dan Sekretariat Kewangan dan Pasukan Petugas Khas Pentadbiran Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

KREDIT BERITA & FOTO : BERNAMA, SINAR HARIAN, MALAYSIA KINI, ASTRO AWANI, TMI,

Warga Prihatin's photo.

LUAHAN HATI – SIAPAKAH AKU?

Subhanallah… Astaghfirullah…

Siapalah aku … muka tak tahu malu..

BACA DAN NILAIKANLAH SENDIRI …
TELITI DENGAN HATI YANG TENANG, BERSIH DAN SUCI

Dr Masjuki's photo.

LUAHAN HATI – SIAPAKAH AKU?

Terpandang tarikh hari ini 19 Syawal 1436 Hijrah membuatkan aku terfikir.

Aku lahir tahun 1382 Hijrah. Bermakna 54 kali pusingan tahun Hijrah ini berlaku bersama usiaku.. (ini kiraan yang paling tepat sebab diukur terus dari pusingan bulan).

Terdetik di hati… betapa banyak aku terhutang budi.

Udara Allah aku hirup…
Air Allah aku gunakan.
Cahaya Allah menerangi kegelapan hidup..
Rezeki Allah aku makan..

MasyaAllah…

54 tahun jantungku berdegup tanpa sesaatpun berhenti..
54 tahun paru-paru aku mengepam tanpa cuti..
54 tahun buah pinggang aku memperoses tanpa protes
54 tahun hati, pankreas dan semua organ dalaman setia berfungsi

54 tahun mata aku melihat dunia
54 tahun telinga aku mendengar suara
54 tahun hidung menghidu dan lidah merasa
54 tahun mulut ku berkata-kata
54 tahun gigi ku mengunyah entah apa-apa…

Belum dihitung lagi betapa banyaknya nikmat lain..

54 tahun otak ku berfungsi
54 tahun nikmat aman dan kasih sayang ini
54 tahun digerakkan tangan dan kaki..
54 tahun Allah bekalkan alQur’an..
54 tahun Allah izinkan Islam dan iman…

Terima kasih Allah… terima kasih..
Sesungguhnya aku merasa terlalu kerdil dan amat terhutang budi terhadap Mu…

Aku sedar wahai Allah bahawa peraturan Mu ingin menyelamatkan aku..
Aku sedar itu tanda Engkau kasih pada ku dan para hamba ciptaanMu…
Aku sedar aku tidak mampu berfikir untuk mendapatkan peraturan secantik itu…
Aku sedar aku gagal mematuhinya dengan sempurna dalam diriku..
Aku sedar aku belum mampu mempengaruhi saudara-saudara ku..

Aku redha Ya Allah dengan musibah akibat kelalaian dan dosaku …
Aku pasrah… aku kesal dan memohon keampunan dariMu..

Sesungguhnya aku juga sedar ya Allah..

Aku terlalu biadab dan hina sebagai hambaMu yang kufur nikmat..
Aku tidak mencari jalan untuk sentiasa menjadi taat..
Aku sering mencari alasan untuk tidak berbuat..
Aku sering gagal mengingkari godaan Dajjal yang amat berat.

Ya Allah…

Redhalah dengan apa yang telah dikau izinkan buat ku selama ini..
Kasihilah aku yang lemah, lalai dan sering lupa diri.
Janganlah kau humban aku ke neraka JahannamMu nanti..

Ya Allah… Terima kasih sekali lagi…

Kerana izinkan aku berkelana di dunia yang indah…
Kerana izinkan aku menikmati semua yang telah Dikau anugerah…
Kerana sudi membimbing aku untuk mengelakkan fitnah..
Kerana kurniaan akal sehingga isi hati ini mampu aku luah..

Jika ada kebaikan dari hayatku ..
Jika ada kemampuan menyuburkan ilmu dan sunnah Nabi Mu…
Jika ada ruang untuk aku menyambung amal ibu..
Jika ada ruang untuk islah terhadap amalku..
Jika ada manfaat diri ini terhadap hamba-hambamu…

Maka… dengan muka tidak tahu malu aku pohon lanjutkanlah ia wahai Allah… (baca tutup muka.. sembam di meja)

Jika hayat ini boleh menjadikan aku semakin lagho, togho dan durhaka..
Jika hayat ini hanya menambah dosa dan menganiaya manusia
Jika hayat ini sudah tidak lagi menambah amal seorang hamba..

AKU RELA DIHENTIKAN SAJA HAYAT INI YA ALLAH…
CUMA AKU POHON LAGI DENGAN MUKA TEBAL KU…

SELAMATKANLAH ANAK CUCUKU… SAUDARA SEAGAMAKU… JUGA TANAH AIR DAN DUNIA INI…

Sesungguhnya…
Aku melihat kefasikan, kemungkaran dan kejahatan yang amat dahsyat di hadapan ku…
Aku melihat peperangan yang amat dahsyat bakal berlaku…
Aku amat bimbang keselamatan anak generasiku..

Astaghfirullah… Astaghfirullah… Astaghfirullah…
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…
Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar…

Mardhotillah…
MASJUKI – Petang 4 Ogos 2015

CORETAN IKHLAS DARI STOCKHOLM

Kami tidak perasan coretan travelog Saiful Nang yang kini sedang dalam rangka kerja di Eropah ini sehingga ianya jadi viral dan keluar di Astro Awani. Apabila kami baca catatan ringkas ini memang banyak benarnya sebagai pelajaran buat rakyat dan pemimpin kita.

Jika anda sudah baca, boleh terus lompat ke sambungan ulasan kami di hujung artikel ini. Jika belum silalah baca dahulu agar mampu memahami sambungan ulasan kami nanti….

* * *
Orang kat Sweden ni pun bising juga pasal tax. Income tax dia sampai 45%. Dapat gaji separuh gomen ambik. Dah lah macam tu… GST sampai 24% !! Kalau di Malaysia, yang 6% pun dah rusuhan. Income tax 20% pun ramai cilok. TAPI SWEDISH TETAP TAK GADUH SANGAT bayar tax.

KENAPA?

Kerana education terbaik dunia dia dari kecil sampai universiti semua FREE. Public transport mereka bagus dan murah, barang makan murah, highway free, jalanraya cantik, insuran kesihatan tak perlu kerana healthcare dia lagi baik dari private hospital kita. Tidaklah sampai datang hari ini utk temujanji dengan pakar, 15 bulan nanti baru jumpa.

Pencuri di sini tak ramai kerana yang jobless pun dapat gaji berdasarkan 70-80% gaji terakhir mereka. Tak ada sebab orang nak pecah rumah orang lain.

Lagi yang mereka tak marah sangat, menteri-menteri dan PM dia orang biasa sahaja. Tak kaya mana pun macam PM Uganda yang banyak jet.

Petang ni ke Paris…. Siapa nak ngopi sila PM.

Lupa satu lagi. Ni gambar saya dengan kawan saya tengah highway ada accident. Tengok lane kosong ni kenapa tak ada orang menyelit potong queue? Kerana accident ni jauh di depan. Kami berhenti dalam 15 minit dalam 1 barisan supaya bila accident tu buka 1 lorong sahajapun, traffic dah surai.

Kita pula, buka 1 lorong bahagian kosong ni mesti penuh sampai ke tempat accident. Lepas tu masa nak masuk 1 lorong, semua tak nak bagi jalan. Kanan kata kiri potong queue, kiri kata kanan potong queue. Last-last benda yang boleh settle 10 minit pun, 2 jam tak selesai lagi. Buatlah highway 50 lorong pun… Yang penting ialah sikap yang perlu disekolahkan.

Bukan kata mereka bagus semua. Tapi bukankah jika nak dijadikan contoh, kita kenang yang baik sahaja dan yang buruk kita diam-diam dan balik nanti kita jadikan sempadan. Apapun, syukurlah Uganda masih aman. Nama saya Saiful Nang… saya sayang Uganda.

SAIFUL NANG
Stockholm

KESIMPULAN

Bohonglah jika kami katakan kami suka dengan cukai setinggi 45% nilai pendapatan dan 20% GST. Tetapi melihat kepada efisiensi pengurusan kewangan kerajaan mereka, terasa ada wajarnya juga.

Dalam beberapa trip sebelum ini, Saiful Nang telah kongsikan juga tingginya disiplin dan tanggungjawab sosial anggota polis dan badan penguatkuasa mereka. Kepentingan rakyat sangat diutamakan. Gaji polis mereka tinggi tetapi rasuah tiada. Hukuman rasuah juga terlalu berat. Keselamatan kejiranan terjamin.

Saman trafik tidak dicaj secara tetap, tetapi mengikut kadar pendapatan pesalah. Ada yang setinggi 30% dari slip gaji. Lebih kaya dan berpangkat, hukumannya semakin berat. Kerana itu masing-masing takut untuk lakukan kesalahan. Ini menghasilkan pemandu yang berdisiplin seperti di Singapore.

Tidak seperti di sini bilamana kompaun trafik sama saja nilainya. Bahkan yang miskin sering teraniaya sedangkan si kaya dan berpangkat pula sering terlepas dari membayar denda kerana mereka ada kuasa. Ada yang mengumpul sehingga ratusan saman yang dilakukan oleh diri sendiri, anak isteri dan saudara mara untuk dihapus kira. Penguatkuasa pun sering serbasalah.

Yang lebih sadis ialah amalan rasuah yang parah. Baik pegawai tinggi mahupun yang rendah. Kerana itu hasil kutipan cukai jadi tiris dan tidak berkah. Jika perbelanjaan negara tidak berhemah, bagaimana prasarana boleh ditambah?

Itulah antara punca rakyat kita tolak GST walaupun hanya 6%. Semua golongan terkena bebanannya, termasuk asnaf yang miskin dan yatim piatu. Sedangkan mereka ini adalah golongan susah yang harus dibantu.

Tidak seperti amalan di sana yang mana prasarana jalan, pengangkutan awam, kesihatan, pelajaran dan keselamatan amat baik dan percuma. Orang sihat yang tiada kerja pun dibayar mengikut nilai gaji terakhirnya. Apatahlagi yang miskin macam kita.

Sekarang ini GST dikenakan juga biarpun rakyat tidak rela.

Harapan kami agar dana kutipan tidak disia-sia. Rancanglah perbelanjaan agar semua perkhidmatan rakyat dapat diperbaiki. Jauhilah rasuah dan ketirisan wang negara ini.

Kami mewakili rakyat marhaen yang tidak mampu ke hospital swasta merayu agar ditambah jumlah doktor dan prasarana perubatan, khususnya doktor sakit puan dan perbidanan.

Ketahuilah bahawa ‘darurat maruah’ telah menyebabkan kaum ibu merana sejak sekian lama. Mereka terpaksa menebalkan muka melahirkan bayi dengan bantuan doktor lelaki. Bukankah Islam itu agama rasmi kita?

Semuga rintihan kami didengari…

WARGA PRIHATIN

Warga Prihatin's photo.

LAWATAN SILATURRAHIM KE RUMAH IBU WATI OKU BERSAMA LZS

Seperti yang dinyatakan, kami ambil keputusan untuk menziarahi keluarga ini yang kisahnya dipenuhi kontroversi untuk mendapatkan penjelasan lebih telus.

Semuga usaha ini dapat menjernihkan keadaan.

Nantikan lapuran selanjutnya.

WARGA PRIHATIN

 

RM2.6 BILION DIDAKWA DALAM AKAUN NAJIB DARI DANA PENDERMA, BUKAN 1MDB – SPRM

RM2.6 BILION DIDAKWA DALAM AKAUN NAJIB DARI DANA PENDERMA, BUKAN 1MDB – SPRM
Astro Awani | Ogos 03, 2015

Sangat mengejutkan. Tidak sampai sejam sudah lebih 9,000 likes, 7,000 komen, lebih 6,000 share untuk artikel berita ini.

Ramai yang musykil dengan istilah ‘derma’ tu… Dalam Islam derma dikaitkan dengan SEDEKAH. Ini membawa maksud bukti MEMBENAR atau MEN’SIDDIQ’KAN suatu keperluan 8 asnaf atau untuk membenarkan usaha ibadah atau jihad fisabilillah (QS:9/60)

Mungkin perlu dijelaskan lebih lanjut dengan istilah dan tujuan ‘derma’ itu. Jika tidak, maka inilah jadinya… YAB Perdana Menteri hangit kena sindir dan dicerca dengan kenyataan yang tergantung ini.

WARGA PRIHATIN

* * * * * * * * * *

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International.

Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

SPRM turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas wujud pelbagai siasatan yang diadakan secara serentak ke atas beberapa organisasi berkaitan.

SPRM sendiri memberi tumpuan siasatan ke atas SRC International dan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sementara Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Warga Prihatin's photo.

KEBAKARAN di DAERAH HULU LANGAT

Innalillahiwainnailaihi rojiun…

Semuga mereka tabah menghadapi musibah ini. Tahniah kepada LZS melalui Pengurus Kawasan Kajang yang pantas membantu. Jangan kita lihat jumlah RM500… itu sekadar sumbangan awal. Insyaallah bantuan lain bakal menyusul.

Yang baik kita puji…
Yang buruk kita nasihati… QS:103

Yang baik itu dari hidayah Allah,
Yang buruk itu kerana diri kita yang salah.

WARGA PRIHATIN

'Satu kebakaran telah berlaku jam 1:45 petang tadi di Daerah Hulu Langat. Ia melibatkan sebuah rumah di persimpangan Sungai Michu, Hulu Langat.

Bantuan awal sebanyak RM500 diberikan kepada mangsa kebakaran. Bantuan lain akan menyusul kemudian. Semoga keluarga yang terlibat tabah menghadapi ujian ini. 

Laporan daripada Pengurus Daerah Kajang, Ustaz Salehuddin.'      'Satu kebakaran telah berlaku jam 1:45 petang tadi di Daerah Hulu Langat. Ia melibatkan sebuah rumah di persimpangan Sungai Michu, Hulu Langat.

Bantuan awal sebanyak RM500 diberikan kepada mangsa kebakaran. Bantuan lain akan menyusul kemudian. Semoga keluarga yang terlibat tabah menghadapi ujian ini. 

Laporan daripada Pengurus Daerah Kajang, Ustaz Salehuddin.'
'Satu kebakaran telah berlaku jam 1:45 petang tadi di Daerah Hulu Langat. Ia melibatkan sebuah rumah di persimpangan Sungai Michu, Hulu Langat.

Bantuan awal sebanyak RM500 diberikan kepada mangsa kebakaran. Bantuan lain akan menyusul kemudian. Semoga keluarga yang terlibat tabah menghadapi ujian ini. 

Laporan daripada Pengurus Daerah Kajang, Ustaz Salehuddin.'   'Satu kebakaran telah berlaku jam 1:45 petang tadi di Daerah Hulu Langat. Ia melibatkan sebuah rumah di persimpangan Sungai Michu, Hulu Langat.

Bantuan awal sebanyak RM500 diberikan kepada mangsa kebakaran. Bantuan lain akan menyusul kemudian. Semoga keluarga yang terlibat tabah menghadapi ujian ini. 

Laporan daripada Pengurus Daerah Kajang, Ustaz Salehuddin.'

Satu kebakaran telah berlaku jam 1:45 petang tadi di Daerah Hulu Langat. Ia melibatkan sebuah rumah di persimpangan Sungai Michu, Hulu Langat.

Bantuan awal sebanyak RM500 diberikan kepada mangsa kebakaran. Bantuan lain akan menyusul kemudian. Semoga keluarga yang terlibat tabah menghadapi ujian ini.

Laporan daripada Pengurus Daerah Kajang, Ustaz Salehuddin.

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH

Alhamdulillah segala kekeliruan yang berlaku antara LZS dan Puan Wati, Ibu OKU yang menjadi viral sejak akhir-akhir ini telah terungkai.

Kami ambil keputusan untuk bersama-sama LZS, PPZ dan Baitulmal WP dan beberapa pihak lain menziarahi beliau setelah menerima terlalu banyak maklum balas dari pihak-pihak lain yang telah membuat siasatan sendiri. Beberapa daripadanya mengakui telah membantu beliau sejak sekian lama.

Bagi mereka yang ternanti-nanti hasil pertemuan itu, maka ingin kami kongsikan secara ringkas sahaja agar tidak menimbulkan fitnah, membuka aib dan boleh mengeruhkan suasana. Itu juga atas nasihat dari LZS,

1. Kami ucap tahniah kepada team pegawai dari LZS, PPZ dan Baitulmal Wilayah Persekutuan atas ketinggian kualiti siyasah dan budibicara mereka semasa pertemuan tadi.

2. Kami puas hati dan sekali lagi mengucapkan syabas dan bersyukur kerana LZS dan Baitulmal WP telah menjalankan tanggungjawabnya dalam membantu Puan Wati selama ini.

3. Segala bantuan yang Puan Wati perlukan telah lebih dari cukup. Bukan sahaja hasil bantuan yang banyak dari LZS, tetapi juga dari terlalu ramai individu, korporat, NGO, termasuklah dari sebuah rumah asnaf seperti kami yang wakilnya turut bersama dalam pertemuan tadi.

4. Apa yang dilapurkan oleh Puan Wati kepada pihak akhbar dan TV, juga sebaran TEKS SMS beliau disahkan tidak tepat, tidak lengkap malah ada yang mengelirukan. Ini agak menyedihkan kerana itu adalah sumber berita langsung dari dirinya yang kita ambil kira dalam membuat keputusan untuk membantu.

5. Tawaran untuk mengajak beliau tinggal di RPWP juga dirasakan tidak perlu lagi kerana kami dapati pangsapuri beliau ada lift dan rumah beliau juga jauh lebih selesa dari sarana yang kami ada.

6. Kami ingin menyeru sekali lagi seperti yang pernah kami seru sebelum ini agar kita tidak mengutuk dan mencaci institusi zakat yang menjadi sarana maliah dalam sistem agama kita ini.

7. Kami sendiri turut terpanggil untuk memohon maaf sekiranya ada bahagian dari artikel kami telah disalah tafsir dalam usaha untuk membantu asnaf ini. Sepertimana yang kami katakan sebelum ini, kami tidak sedikitpun berniat, malah melarang masyarakat dari merendah-rendah peranan Lembaga Zakat.

8. Kami juga bersyukur kerana pihak LZS sangat terbuka dan sudi menerima teguran atau kritik membina yang bersifat akademik, dan tidak sekali-kali kerana sesuatu di luar dan keluar dari kepentingan agama Allah.

9. Kami sendiri berazam untuk bekerjasama dan bahu membahu dengan institusi zakat selaku mata dan telinga masyarakat di media sosial ini. Yang baik kita katakan baik dan kita puji. Yang buruk akan kita katakan buruk dan sama-sama kita nasihati. Ini sesuai dengan perintah Allah agar kita BERKERJASAMA/TOLONG MENOLONG DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN

10. Page Warga Prihatin dan Saiful Nang (yang sememangnya agak sarcastic) adalah dua entiti yang berbeza walaupun beliau adalah salah seorang dari pengasas kami. Oleh itu, jika ada kapsyen yang dibaca dari page beliau ketika kongsikan artikel kami yang kurang enak, kami pohonkan ampun juga bagi pihak beliau yang kini sedang berada di luar negara. Bagi kami, mulut beliau memang pedas, tetapi hatinya sangat baik.

KESIMPULAN

Terlalu banyak kes permohonan bantuan yang didapati tidak telus dan meragukan. Sebahagiannya malah didapati 100% palsu dan merupakan scam berprofail tinggi.

Selepas ini kami akan lebih berhati hati, demi menjaga amanah para ‘pemberi’ dan demi memastikan setiap titik peluh dan susah payah kami berkerja dan berniaga mengumpul dana anak yatim dan asnaf di bawah tanggungan kami ini tidak disalah guna.

Golongan asnaf dan fakir, anak-anak yatim kami terpaksa berpuasa dan menahan diri agar kami mampu berbakti. Tetapi sedih juga apabila ada orang yang ditolong rupanya jauh lebih mewah dan boros dari kita.

Kami sendiri tidak beli baju raya… hanya pakai baju lama, baju ‘kotak’, pakaian terpakai pemberian orang ramai dan uniform RPWP yang di’recycle’ sahaja. Tetapi ada ‘peminta sedekah’ yang menerima puluhan ribu sumbangan duit raya. Skandal yang dipaparkan di TV dan media, juga apa yang kita lihat dijalanan antara buktinya.

Lebih kecewa lagi apabila tahu ada ‘penaja’ di sebalik cerita yang turut mengaut untung dari perit jerih orang lain dengan jalan mudah (bukan merujuk kepada kes Puan Wati).

Inilah antara pengalaman yang kami alami sendiri. Maklumlah… dunia akhir zaman, manusia tidak lagi peduli dari mana rezeki mereka diperolehi.

Kepada yang sudah terlanjur memberi terus kepada akaun Puan Wati kami pohon halalkanlah. Yang menitipkan melalui kami dan ingin kami mengembalikannya semula silalah hubungi kami.

Jika tidak, sila ubah niat/akad pemberian itu samada untuk dimasukkan ke tabung anak yatim dan asnaf RPWP, atau untuk projek pembangunan Kota Ilmu Akademi Insan (KIAI) PRIHATIN di Lenggeng.

Marthotillah,
WARGA PRIHATIN

Warga Prihatin's photo.

LUAHAN YANG MELAMPAU

LUAHAN YANG TERLAMPAU

Sekian lama memerhatikan rentak reaksi rakyat yang menghambur caci cerca dengan berbagai gaya bahasa yang sukar untuk diterima di page YAB Perdana Menteri.

Kadang-kadang terasa pelik juga mengapa admin page PM membiarkan sahaja semua kutukan itu tanpa berusaha menyaring dan memadamkannya.

Apa yang terjadi sejak 28 Julai amat mengejutkan sekali. Tidak menyangka reaksi pembaca di Facebook YAB Perdana Menteri selepas pengumuman rombakan kabinet jadi sedahsyat itu.

Sukar dibayangkan kutukan sebegitu boleh berlaku terhadap laman sosial seorang individu yang bergelar YANG AMAT BERHORMAT. Situasi itu turut dilapurkan secara meluas di media.

Ada kalanya jumlah komen itu mencecah sekitar 40,000. Ternyata jumlah itu masih sukar dikurangkan walaupun kami yakin admin page berusaha memadamkannya. Hingga saat artikel ini ditulis pun jumlah yang tertera masih sekitar 24,000.

Tidak dapat dibayangkan apakah persepsi Perdana Menteri UK yang sedang melawat Malaysia terhadap negara kita. Beliau pastinya turut melayari page Perdana Menteri kerana turut di ‘TAG’ oleh PM dalam satu mesej khas yang mengaitkan lawatannya.

Yang nyata ada unsur kebejatan akhlak yang amat berat dalam scenario ini.

Pertamanya fenomena di mana rakyat tidak lagi mampu berakhlak dalam menyuarakan ketidakpuasan hati. Dari media sosial, poster, ceramah bahkan sanggup berdemonstrasi untuk meluahkan isi hati dan rasa benci.

Keduanya fenomena di mana Para Pemimpin kita sudah hilang pertimbangan dan sensitiviti. Rintihan dan suara hati rakyat yang semakin membenci seperti tidak diendahkan sama sekali.

Terlalu tabah dan kebal sekali perasaan mereka ini. Sebagai rakyat kami tidak TERGAMAK mencaci seteruk ini dan terasa malu membiarkan anak cucu melihat dan memerhati.

Jika kami jadi pemimpin juga pasti kami akan segera angkat kaki. Tidak sanggup untuk terus memimpin rakyat yang keterlaluan membenci seperti ini. Apalah guna kuasa dan harta jika rakyat dan orang yang dipimpin bukan sahaja tidak hormat pada kita, malah terus-terusan mencaci dan menghina.

KITA SALUTE. SESUNGGUHNYA PEMIMPIN KITA MEMANG TERLALU “TABAH DAN CEKAL” SEKALI.

Warga Prihatin

https://www.youtube.com/watch…

Warga Prihatin's photo.

AHMAD MASLAN SANGKAL MUHYIDDIN, TIADA WANG MASUK AKAUN NAJIB

AHMAD MASLAN SANGKAL MUHYIDDIN, TIADA WANG MASUK AKAUN NAJIB

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan dalam sebuah video bahawa wang jutaan ringgit disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Video berkenaan dirakamkan ketika beberapa pengunjung, termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menziarahi Muhyiddin di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, malam semalam.

Walau bagaimana pun semalam Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengakui dana berjumlah RM2.67 billion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Beliau yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak benar.

“Tidak betul. Tidak ada pengaliran (wang ke akaun Perdana Menteri) dan sebagainya. Sebenarnya Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi tentang perkara itu.

“Beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB masuk ke dalam akaunnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Makan Malam Perdana dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera di Menara Matrade pada malam Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Muhyiddin dalam sebuah video yang mendakwa Najib mengakui RM2.67 billion dimasukkan ke dalam akaunnya.

Dalam masa sama, Ahmad Maslan menyindir Muhyiddin kerana mengatakan Barisan Nasional (BN) akan kalah jika pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat.

“Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya boleh atau tidak Barisan Nasional menang, saya menjawab esok tidak lagi pilihan raya..itu jawapan saya.

“Esok persiapan untuk pilihan raya. Kalau ada pimpinan mengatakan, jika esok pilihan raya Barisan Nasional akan kalah, saya berpandangan berbeza. Esok tidak ada pilihan raya. Pilihan Raya mungkin 2018.

“Oleh itu persiapan perlu dibuat dengan pemantapan parti dan jika kita bersatu pembangkang berpecah belah..yang bersatu akan menang, yang berpecah belah akan kalah. Oleh kerana itu jangan kita berpecah belah,” katanya.

Muhyiddin baru-baru ini ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras berkata, BN akan tewas sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan dalam masa terdekat ini.

“Saya nak bercakap benar, memang kalau ikut perkiraan saya, kalau esok pilihan raya, kita tidak mungkin boleh menang, kerana sudah ada kajian yang dibuat oleh banyak pihak,” kata Muhyiddin.

********************************
SUMBER: KINI-TV, FMT

 

ALBUM KHAS KES DERA ADIK YAYA

Untuk mendapatkan gambaran lebih dekat trauma yang dideritai oleh adik Yaya, kami kompilasikan gambar-gambar berkaitan.

Turut dimuatkan beberapa printscreen komunikasi kasar dan gambar ibu tiri Yaya dari FB beliau.

Sukar dimengerti apa yang ada di minda ibu tiri Yaya dan bapa kandung sendiri yang tidak bertanggungjawab sama sekali atas kes penderaan ini.

SEMUGA ALLAH LINDUNGI ANAK INI BIARPUN TELAH MENGALAMI KECACATAN KEKAL DAN MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA IBUBAPA MEREKA.

Allahumma Amiin.

WARGA PRIHATIN

 

VIDEO PENAHANAN IBU TIRI SUSPEK DERA – BERITA TERKINI TV1

VIDEO PENAHANAN IBU TIRI SUSPEK DERA – BERITA TERKINI TV1

Ini rupa ibu tiri yang mendera Nur Zuliana hingga cacat. Lihat betapa angkuh gaya jalannya… sama dengan gaya bahasa di FB nya… tidak peliklah beliau tergamak mendera sampai begitu rupa.

Kita tunggu sandiwara dan alasan apa yang bakal diberikan kepada pihak polis semasa soal siasat sepanjang reman 4 hari ini.

(Wajarnya Polis “reman penjara” sahaja mereka ini maksima 60 hari untuk kes berat seperti ini).

Tindakan suami wanita ini yang membawa lari isterinya selepas kes terbongkar adalah amat mencurigakan. Mungkinkah si bapa sendiri yang melakukan penderaan yang amat trajis terhadap anak ini?

Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya. Semuga anak ini mendapat pengadilan yang sewajarnya.

WARGA PRIHATIN

BELI TANAH PERSENDIRIAN BINA RUMAH MANGSA BANJIR

KOTA BAHARU, 16 Jun (Bernama) — Kerajaan Persekutuan sedang mengenal pasti beberapa tanah milik individu di Kelantan untuk dibeli dan dijadikan tapak pembinaan rumah kekal mangsa banjir di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata setakat ini pihaknya telah mengenal pasti tanah milik individu seluas 2.4 hektar di Pria, Manjor (2.8 hektar), Kemubu (3.6 hektar) dan Dabong (3.6 hektar), yang kesemuanya dalam jajahan Kuala Krai.

“Kita minta bantuan kerajaan Negeri dari segi ubah syarat tanah dan proses dokumentasi lain yang berkaitan dengan pembelian tanah berkenaan supaya rumah kekal untuk mengsa banjir dapat dibina segera,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Kerajan Persekutuan memutuskan untuk membeli tanah milik individu kerana tanah yang disediakan oleh kerajaan negeri tidak mencukupi atau tidak sesuai bagi pembinaan rumah untuk mangsa banjir.

Katanya sejumlah 1,827 rumah musnah akibat banjir di Kelantan pada Disember tahun lepas.

Bagi tapak rumah seluas 12 hektar yang telah disediakan oleh kerajaan negeri seperti di Telekong, Kuala Krai, beliau berkata Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kos bagi pembinaan rumah kekal serta infrastruktur lain seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik.

* * * * * * *

TERIMA KASIH TOK PA DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN.

WALAUPUN ISU PEMBELIAN TANAH PERSENDIRIAN INI SUDAH DIWAR-WARKAN SEKIAN LAMA DAN IA MASIH DIULANGI LAGI DENGAN KATA-KATA “AKAN DAN BERCADANG”, KAMI BERHARAP AGAR KALI INI IANYA DAPAT BENAR-BENAR DISEGERAKAN.

LETAKLAH DIRI KITA DI TEMPAT MANGSA BANJIR YANG MASIH BERGELANDANGAN DAN KESENGSARAAN. USAHAKANLAH DENGAN SEGERA SEHINGGA BENAR-BENAR DAPAT MEREKA RASAKAN SEGERA HASIL USAHA KITA ITU. BARULAH NANTI DAPAT KITA RASAKAN NILAI KEIKHLASAN DARI AMAL BAKTI KITA UNTUK MEREKA

JUMLAH 17 UNIT YANG BARU SIAP SELEPAS 6 BULAN BANJIR BERLALU JELAS MENAMPAKKAN PENGURUSAN BANTUAN KITA YANG TERLALU LAMBAT DAN TERHEGEH-HEGEH. BERIBU-RIBU LAGI MANGSA BANJIR YANG MASIH MENUNGGU BANTUAN ITU. KELEWATAN INI TIDAK SEHARUSNYA BERLAKU DI MALAYSIA YANG KATANYA MENUJU NEGARA MAJU.

TIDAK PERLULAH DIRIKAN RUMAH YANG TERLALU CANGGIH. CUKUPLAH DENGAN RUMAH SEPARUH BATU DAN SEPARUH KAYU AGAR CEPAT SERTA MURAH PEMBINAANNYA DAN LEBIH RAMAI DAPAT SEGERA MEMILIKINYA. MANFAATKAN SUMBER KAYU DARI PEMBALAKAN YANG TELAH TURUT MENYEBABKAN BANJIR LUMPUR ITU.

KAMI DOAKAN TOK PA DAN KERAJAAN NEGERI BERJAYA MENYEMPURNAKANNYA DENGAN KADAR SEGERA. AMBIL PELAJARAN DARI APA YANG DIRANCANG OLEH DAP DAN USWAH MEREKA DALAM “BERSEGERA”. BIARLAH ORANG KATA KITA MENIRU TIDAK APA.

TERAKHIR KAMI BERDOA AGAR DIBUANG JAUH-JAUH SEGALA SENGKETA. KEMBALIKANLAH ROYALTI MINYAK KEPADA RAKYAT KELANTAN AGAR MEREKA TIDAK LAGI PERLU MENGAGIH-AGIHKAN TANAH SESUKA HATI UNTUK DIGONDOLKAN MELALUI PEMBALAKAN DAN MEMBUKA LADANG.

AMBILLAH PELAJARAN DARI PENGALAMAN LALU. JADIKAN KRISIS LAMA SEBAGAI PELAJARAN YANG MEMANDAIKAN DAN MENGUATKAN KESATUAN KITA.

WARGA PRIHATIN

 

PERANGKAP WANG KERTAS, HUTANG DAN RIBA’ DALAM KEJATUHAN MESIR & OTHMANIYAH

PERANGKAP WANG KERTAS, HUTANG DAN RIBA’ DALAM KEJATUHAN MESIR & OTHMANIYAH

Artikel ringkas kiriman pembaca mengenai isu di atas ini kami persetujui melalui pengkajian tentang punca kejatuhan sebuah negara dan kesejahteraan umat manusia.

Animasi dalam video ini kami rasa mudah untuk memahamkan kita tentang konspirasi Dajjal melalui agennya Rothschild (Freemason) dalam usaha merosakkan sistem matawang dan jual beli Islam yang halal lagi adil.

Perhatikan juga bagaimana sistem matawang kertas dan riba’ yang telah diwujudkan ini menjerat masyarakat dunia dalam usaha menawan negara-negara mereka.

Kerajaan Islam Khilafah Othmaniah selaku kuasa besar Islam terakhir adalah antara sasaran utama Dajjal.

Begitu juga Mesir yang terkenal dengan Fatwa Al-Azharnya, yang dirujuk hampir satu billion umat Islam sedunia menjadi pegangan pemikir politik yang pro-Islam atau Islam Sekular. Dajjal tahu akan hal ini dan agennya (Rothschild) sentiasa berusaha dengan konspirasinya bertujuan menjajah seluruh umat Islam.

Ketika 99 peratus bank di seluruh Eropah dikuasai oleh ahli-ahli keluarga Rothschild, Khalifah Islam dari kerajaan Turki Othmaniyah membuat kesilapan besar dengan melakukan pinjaman wang dari bank-bank Eropah.

Pinjaman dibuat Turki atas alasan pembangunan negara dan menampung kos ketenteraan. Tidak kurang juga besarnya sumbangan pengaruh wanita yang telah turut menjerat pemimpin Turki sehingga terpaksa berhutang.

Kejatuhan Mesir pula berlaku pada era 1860-an, ketika ia di bawah pemerintahan Ismail Pasha yang sangat inginkan negaranya maju seperti negara-negara Eropah lain. Keinginan beliau yang juga berpendidikan Eropah ini diambil kesempatan oleh Rothschild melalui agen-agennya di Mesir.

Projek pembinaan Terusan Suez oleh Dinasti Ali Pasha yang dijalankan oleh jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps menjadi punca kesulitan. Kos projek ini telah meningkat berjuta-juga Pound setiap tahun akibat peperangan yang sengaja ditaja oleh Dajjal.

Akhirnya kerajaan Mesir terpaksa berulang-ulang menambah hutangnya hampir setiap tahun bermula pada 1862, 1864, 1866, 1867, 1868, dan 1870. Pada 11 Jun 1873, kerajaan Mesir telah membuat pinjaman paling besar sepanjang pemerintahannya iaitu 32 juta pound dengan kadar bunga tahunan yang paling tinggi, iaitu 20 peratus setahun.

“Orang-orang yang makan riba’ tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran penyakit gila..” (QS:2/275)

Agen Rothchild di Mesir, Herman Oppenheim adalah antara yang membantu mendapatkan pinjaman kewangan daripada Bank Eropah. Daripada sekadar untuk biaya pembinaan Terusan Suez sampailah kepada pinjaman peribadi.

Semua pinjaman itu sengaja diLULUSKAN dengan mudah. Jumlah tunai yang diserahkan pula tidak penuh kerana telah ditolak bunga awal-awal lagi. Awalnya hanya hasil mahsul negara dari tiga kawasan dagangan di Mesir dijadikan cagaran. Apabila pendapatan negara tidak mencukupi untuk membayar hutang, maka terpaksa dicagar juga tanah-tanah bernilai tinggi.

Atas perancangan Rothschild, Mesir bankrup hanya 2 tahun dari pinjaman terakhir, iaitu setelah kerajaan British berjaya menguasai saham harta terbesar Mesir iaitu Terusan Suez. Ismail sendiri telah ditemui mati lemas secara misteri di Sungai Nil dan dipercayai angkara orang-orang Rothschild.

Atas perancangan Rothschild juga, pada tahun yang sama iaitu pada Oktober 1875, kerajaan khalifah Otmaniyah di Turki telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang bank Rothschild. (Nantikan kronologi lengkap pada tajuk khusus kejatuhan Mesir & Othmaniyah angkara hutang/riba’).

Kedua-dua kisah ini telah menyebabkan rakyat melarat cukup lama kerana terpaksa dibebani cukai yang naik melambung-lambung untuk membayar hutang negara.

WANG KERTAS DAN PENUBUHAN “FEDERAL RESERVE DEPARTMENT” (FRD)

Selepas runtuhnya Kerajaan Khalifah Uthmaniah di Turki Pada tahun 1924, Yahudi telah menukar Sistem Kewangan Dunia menggunakan Wang Kertas. Mulanya, wang kertas itu bersandarkan emas. Akhirnya Yahudi mansuhkan sistem kewangan berasaskan emas dan perak itu dari muka bumi ini buat selama-lamanya.

Lantaran itu, sejarah wang kertas diwarnai pelbagai misteri, tipu muslihat dan pembelitan yang dahsyat.

Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll membawa kepada penubuhan ‘The Federal Reserve Department (FRD)’ pada tahun 1913. Keahliannya adalah milik syarikat persendirian. Kongress Amerika terpaksa meluluskannya secara paksa dan curi-curi.

Jabatan Ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat, termasuklah mencetak wang kertas Dollar Amerika. Mereka menentukan dasar perjalanan sesebuah bank. Kini FRD digunakan oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British menguasai Bandar Jerusalem pada tahun 1919. Dunia telah berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah di Turki.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia. Antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada tahun 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian ‘Bretton Woods’ yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan US35 = 1 auns EMAS.

Negara-Negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas itu, Dolar Amerika mendapat ‘daulat’nya, dan ‘International Monetory Fund’ (IMF) pun ditubuhkan.

Pada tahun 1948, Negara haram Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat di tengah-tengah benua Arab dan di dalam negara Palestin yang sah.

Pada tahun 1971, Amerika Syarikat pimpinan Richard Nixon yang hampir bankrup oleh perang Vietnam bertindak memutuskan ikatan antara dolar Amerika dan emas. Sejak itu dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Nilai dolar hanya ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Kesannya, semua matawang dunia telah berubah menjadi matawang FIAT, iaitu matawang yang bernilai SIFAR. Bayangkan betapa liciknya percaturan ini.

KESIMPULAN

Dunia mulai sedar mengenai rahsia wang kertas yang tiada nilai itu. Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini hanya ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya. Ini bermakna nilainya tergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.

Wang kertas hanyalah ‘janji untuk membayar’. Sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai..” Dalam erti kata lain, wang kertas hanya ‘sekeping kertas’ yang tidak bernilai apa-apa.

– Masih ingat lagikah bilamana ‘duit jepun’ menjadi tidak laku walau pun jumlahnya berguni di dalam simpanan kita dahulu? Apakah tidak mustahil keadaan semacam itu akan berlaku lagi?

– Apakah kita masih mahu menafikan bahawa nilai wang kertas semakin susut saban tahun? Sedarlah bahawa nilai RM 1 pada hari ini tentu tidak akan sama nilainya pada 5 tahun akan datang…

SABDA RASULULLAH S.A.W:

“Akan datang satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (emas) dan Dirham (perak).” (Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal).

“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’, orang yang berwakil padanya, dan jurutulisnya, dan saksi-saksinya, dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “ (HR Muslim)

FIRMAN ALLAH S.W.T :

QS: 2 Al Baqarah 275: “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’… Dan sesiapa yang mengulanginya maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…” (Sila baca sendiri seluruh ayat)

QS: 3 Ali Imran 130: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”

QS: 40. Al Mu’min 21. “Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah.”

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang yang berakal dan mahu mengambil pelajaran.

Bedah sejarah,
WARGA PRIHATIN

P/S: Ulasan artikel dari Neil Armsteen

Pelaksanaan hudud isyarat Malaysia tidak lagi sederhana, kata G25

Menurut Datuk Noor Farida Ariffin yang mewakili kumpulan G25, Malaysia menghantar isyarat kepada dunia yang ia tidak lagi mengamalkan kesederhanaan sekiranya kerajaan Kelantan dibenarkan menguatkuasakan hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mac, 2015.Menurut Datuk Noor Farida Ariffin yang mewakili kumpulan G25, Malaysia menghantar isyarat kepada dunia yang ia tidak lagi mengamalkan kesederhanaan sekiranya kerajaan Kelantan dibenarkan menguatkuasakan hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider,

 

25 Mac, 2015

Malaysia akan menghantar isyarat kepada dunia yang ia tidak lagi mengamalkan kesederhanaan sekiranya kerajaan PAS Kelantan dibenarkan menguatkuasakan hudud di negeri itu, kata G25, kumpulan pesara kakitangan awam Melayu berpangkat tinggi yang sebelum ini meminta satu perbincangan rasional tentang Islam diadakan.

Kumpulan itu berkata, Malaysia akan dilihat sebuah negara ditadbir undang-undang agama yang tertakluk kepada tafsiran ulama, dan ia menggesa Putrajaya melindungi Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara ini.

“Sejak Kemerdekaan, negara ini memilih jalan kesederhanaan. Perdana menteri terus mengemudi kerajaan sepanjang jalan ini dan melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global untuk menunjukkan kepada dunia yang negara kita komited kepada prinsip kesederhanaan.

“Pelaksanaan undang-undang hudud PAS akan menunjukkan kepada dunia yang Malaysia kini tidak lagi mengambil jalan sederhana. Kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang ditadbir oleh undang-undang agama yang tertakluk kepada berbagai ragam tafsiran ulama, yang juga manusia biasa yang mampu membuat silap,” G25 berkata dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan dikeluarkan jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin, sebuah negara pelbagai kaum dengan ekonomi terbuka seperti Malaysia tidak mampu mengubah ciri-ciri sekular perlembagaannya bagi membolehkan enakmen hudud PAS dilaksanakan.

G25 juga menyokong pandangan Dr Chandra Muzaffar yang Perlembagaan Persekutuan bukannya tidak Islamik, dan berkata, sebarang percubaan memindanya bagi membolehkan pelaksanaan hudud, akan melanggar Perjanjian Malaysia.

Ia juga menimbulkan keraguan  sama ada undang-undang hudud di Kelantan, seperti diperincikan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2015), dapat menegakkan keadilan, memandangkan wujudnya kepelbagaian dalam tafsiran perundangan undang-undang.

G25 menambah, kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud tanpa memenuhi syarat seperti digariskan ulama terkenal, Yusuf al-Qaradawi yang mengetuai Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Memetik Qaradawi, G25 berkata keperluan ekonomi rakyat seperti peluang pekerjaan dan pembasmian kemiskinan perlu dipenuhi sebelum hudud boleh dikuatkuasakan.

“Berdasarkan penjelasan di atas oleh Sheikh Qaradawi, bolehkah mana-mana negeri di Malaysia memenuhi syarat tersebut untuk membolehkan pelaksanaan hudud?” soal G25.

Kumpulan itu juga memetik akademik Islam, Prof Dr Professor Mohammad Hashim Kamali yang menganalisis enakmen asal PAS pada 1993 dan mendapatinya “tidak mencerminkan keseimbangan yang terdapat dalam al-Quran atau keadaan sosial dan realiti masyarakat Malaysia kontemporari”.

Dalam tulisannya, Hashim, yang mengetuai Institut Kajian Islam Lanjutan (IAIS), juga berkata, “Rang Undang-Undang Hudud yang dipamerkan tiada memperlihatkan usaha untuk menjalankan Ijtihad (pemikiran kreatif) ke atas isu-isu baharu seperti memenuhi cita-cita keadilan dan menggalakkan pembangunan dasar sosial yang bijak.”

G25 berkata semakan ke atas enakmen hudud baru-baru ini hanya menekankan hukuman dan bukan aspek taubat dan pemulihan seperti ditekankan al-Quran.

Isu hudud timbul semula selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu. Ia disusuli notis pemberitahuan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud dibawa ke Parlimen pada sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.

Pindaan tersebut diluluskan sebulat suara DUN Kelantan, termasuk sokongan wakil rakyat Umno.

Langkah Hadi itu dikecam hebat khususnya daripada pemimpin DAP, malah PKR juga tidak menyatakan sokongan terhadap keputusan Hadi itu. – 25 Mac, 2015.