Category Archives: Alam & Manusia

image_pdf

MAJLIS PERKAHWINAN MERAPAT SILATURRAHIM : APABILA REWANG DITIUPKAN ROH ISLAM.

MAJLIS PERKAHWINAN MERAPAT SILATURRAHIM : APABILA REWANG DITIUPKAN ROH ISLAM.

AKADEMI INSAN PRIHATIN

KWP-scene3PENGENALAN

Akademi Insan Prihatin ialah sebuah perkampungan ilmu yang memberikan fokus kepada pembelajaran ALAMI melebihi QALAM (akademik). Namun, bukan bermakna pembinaan secara akademi akan diabaikan. Sekiranya anak-anak bijak untuk IQRA’ alam, mereka secara automatik akan menjadi bijak MENTILAWAH akademik. Ia adalah sebuah kampung ilmu yang nukleas asalnya di Rumah Pengasih Warga Prihatin, yang telah ditubuhkan semenjak tahun 2005 lagi itu dikembangkan.

Pembelajaran yang berteraskan spirit kekeluargaan ini telah kami laksanakan sepanjang hampir 10 tahun lalu. Ia telah menghasilkan anak-anak yang seimbang rohani dan jasmani, melebihi apa yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Bukan kecemerlangan akademik yang menjadi sasaran utama tetapi kehebatan berfikir dan menyelesai masalah secara laduni.

Itulah cara pendidikan yang diajarkan oleh Nabi Khidir kepada nabi Musa A.S dan bergitu juga gaya pendidikan semua nabi-nabi dalam sejarah Islam.

 
A.I.P. MELAHIRKAN KHALIFAH BUKAN AGAMAWAN BIASA

Khalifah ialah manusia yang mampu memimpin dan mengurus dengan perlembagaan Allah (Al-Quran & Sunnah). Ia tidak sama dengan agamawan biasa yang bersifat ritual semata-mata.

Dengan modul ini, membilang tasbih, bertahajjud, beristighfar, bertadarus semuanya akan dijalankan dalam mode ritual dan actual. Maka, lahirnya mereka dari AIP bukan dengan simpulan serban bersanad (yang dipasang di kepala) tetapi secara actual iaitu simpulan kesimpulan pemikiran yang terletak di dalam minda dalam apa jua urusan termasuk urusan kepemimpinan keluarga, organisasi, masyarakat, negara dan dunia.

 
TAHAP-TAHAP PENDIDIKAN

7 Tahun Pertama : Proses Mumayyiz (Harian) – Inilah fasa pembinaan akhlak secara uswah (suri tauladan). Anak-anak akan dicampurkan sesama mereka TANPA penekanan langsung terhadap subjek akademik seperti membaca dan mengira.

Mereka akan dilebihkan tentang pembinaan akhlak dan sahsiah diri terlebih dahulu. Ini kerana akhlak di AIP bukan sekadar adab untuk tunduk bila melalui hadapan orang lebih tua, tetapi akhlak yang bersandarkan Quran & Sunnah. Aktiviti sains (non-academic), seni, kebajikan, etika, adab, kemanusiaan, empathy, spiritual dan sebagainya.

Pada fasa ini, penglibatan ibu bapa adalah sangat diperlukan. Ibu bapa akan dapat ikuti aktiviti anak secara online, melalui kumpulan seperti whatsap & telegram. Mereka juga boleh mengakses CCTV AIP melalui telefon mereka untuk memantau aktiviti anak-anak mereka secara real-time.

7 Tahun Kedua : Proses Eksplorasi – Pada tahap ini, anak-anak yang telah terbentuk akhlaknya akan menjalani persekolahan dengan cara eksplorasi. Kami lebih sukakan jika tahap ini datang dari mereka yang telah melalui tahap PERTAMA. Namun, jika tidak, kami boleh lakukan 1-2 bulan induksi akhlak sebelum dimasukkan ke tahap kedua ini bagi penyertaan terus.

Pada fasa ini, pembelajaran akan bertumpu kepada akademik asas 3M, eksplorasi dan hafazan terjemahan Al-Quran, Tadabbur Quran dan hafazan teks ayat-ayat asal dalam Bahasa Arab. Setelah proses ini selesai dan mereka telah disahkan menjadi Al-Hafiz barulah kita akan masukkan ke fasa selanjutnya.

7 Tahun Ketiga : Proses Pematangan, iaitu;

Persediaan O-Level (jika bawah umur 16 tahun ke bawah)
Persediaan SPM (jika Al-Hafiz pada umur 16 tahun ke atas)

Bagi mereka yang masuk pada umur sekolah menengah, mereka akan diteruskan untuk ke tahap menghafaz mengikut spesifikasi AIP (Arab, terjemahan & tadabbur).

SEBENARNYA tiada had umur yang kami tetapkan. Secepat mana mereka siap hafazan, secepat itu kami persiapkan mereka untuk ke universiti ataupun ke saluran kemahiran & ikhtisas.

Untuk persediaan O-Level, kami akan jalankannya sebaik sahaja hafazan tuntas. WALAUPUN mereka baru berumur 10 tahun,  InsyaAllah mereka boleh ke universiti pada umur 11 atau 12 tahun. Kemampuan hafazan kami jadikan kayu ukur kepada kemampuan otak kiri mereka untuk persiapan pengajian KALAM / TEKS peringkat tinggi.

Pendidikan Laduni dan tafakur alam ialah pengkajian KONTEKS, melalui pembangunan otak kanan, iaitulah pendidikan cara nabi-nabi. Inilah pendidikan paling meluas yang tiada sukatan atau TIDAK DISUKAT SUKAT. Kami yakin jika Nabi Sulaiman A.S mampu memimpin dan merangka strategi peperangan pada umur baginda 12 tahun, semestinya kita juga mampu jika pendidikannya pada cara yang betul.

 
MODE INTAKE & HAD UMUR

Berasrama : Untuk tahap 2 sahaja
Harian : Untuk tahap 1 dan 2 (dengan pilihan untuk datang sendiri atau dijemput)
Sekolah Alam : Program ini terbuka kepada semua, tidak terhad kepada pelajar harian
atau berasrama dan tidak mengira tahap.

Had umur yang biasa ialah

Tahap 1: 2-6 tahun,

Tahap 2: 7-13 tahun dan

Tahap 3: 13 tahun ke atas.

Namun kami tidak terlalu menghadkan kelayakan mengikut usia, tetapi kami ukur mengikut kematangan otak kiri dan otak kanan mereka sepertimana yang akan kami terangkan di bawah nanti.

Mode pengajaran secara terperinci boleh rujuk kepada BUKU AKADEMI INSAN PRIHATIN yang kami sediakan.

MODE PEMBAYARAN YURAN

Yuran akan dikenakan mengikut program dan aktiviti secara bulanan sama seperti sekolah-sekolah tahfiz swasta yang lain. Sesuai dengan ketetapan Allah yang telah dilakarkan dalam alquran, maka semua program kami ADALAH PERCUMA untuk anak-anak yatim dan asnaf.

Untuk masyarakat awam, kami memperkenalkan beberapa cara pembayaran yang sangat menarik. Kos operasi dan sewaan bangunan sahaja mencecah RM80,000 sebulan, maka untuk meneruskan kelangsungan AIP, kutipan yuran terpaksa dilakukan.

Namun begitu, sistem kutipan yuran yang unik ini akan diperkenalkan untuk kali pertamanya di Malaysia secara adil menggunakan sistem infaq & wakaf. Mode ini juga diilhamkan dari penelitian perjalanan sunnah nabi-nabi dan juga pedoman dari Al-Quran itu sendiri. Semuanya telah kami amalkan dengan baik sekali sepanjang satu dekad lalu di RPWP.

Berikut adalah struktur kemasukan mengikut yuran dan pembayaran. Ia amat berlainan dari biasa dan perlukan ketelitian untuk membacanya.

 
YATIM – KEUTAMAAN TERTINGGI

Anak-anak yatim dikecualikan dari sebarang bayaran dan akan mendapat tempat keutamaan melebihi pemohon-pemohon lain. Malah, anak yatim tidak perlu memohon. Asal sahaja mereka mahu, kami akan hamparkan permaidani untuk mereka masuk sebagai VVIP Allah.

 
MUNFIQ – PEMBAYAR INFAQ BULANAN (KEUTAMAAN KEMASUKAN TERTINGGI)

Semua anak-anak dari golongan munfiq, iaitu penyumbang infaq bulanan akan diberikan keutamaan kemasukan tertinggi untuk kesemua anak-anak yang layak di bawah tanggungannya. Mereka juga akan diberikan diskaun khusus bayaran yuran mengikut kondisi pendapatan mereka.

Berapakah jumlah infaq bulanan yang sempurna? Kami menggunakan pedoman 1/10.

Kami guna kaedah puasa di dunia dan berbuka di akhirat untuk mencapai misi ini. Untuk itu Nabi SAW sarankan kita berpuasa (BERJIMAT) 36 hari setahun, iaitu 30 hari di bulan Ramadhan dan tambah 6 hari di bulan Syawal. 36/365 juga jadi 1/10. Demikian juga saranan nabi SAW untuk jumlah 1/10 infaq atau zakat hasil panen pertanian.

Itulah juga kaedah cukai pendapatan negara, di mana kita berpuasa sebulan untuk bayar cukai pendapatan setahun.

Infaq bulanan dikira mengikut pendapatan (bring-home) isi rumah. Setiap 10 suap rezeki yang kita perolehi, kita infaqkan 1 suap untuk Allah. Namun, Allah tidak makan tetapi 1 dari 10 bahagian itulah infaq bulanan yang diberikan untuk membangunkan Agama Allah di sabil (jalan/laluan) ilmu untuk anak-anak ini.

Anak seorang tukang kebun bergaji RM1500 yang membayar infaq RM150 sebulan (10%) akan mendapat faedah yang sama dengan munfiq yang berpendapatan RM100,000 sebulan dan menyerahkan 10% (RM10,000) sebulan.

Yang cantiknya, anak Si Miskin yang hanya membayar infaq RM150 dan anak Si Kaya memberi RM10,000 sebulan akan hidup dalam standard yang sama. RM150 itu tidakpun sampai melepasi kos yang terpaksa kami tanggung untuk seorang pelajar namun disebabkan adanya munfiq dari Si Kaya, maka Si Miskin juga dapat belajar sama apabila gunung-gunung Si Kaya dan lembah-lembah Si Miskin dapat diratakan.

Kaedah ini akan membentuk perhubungan kekeluargaan dan saling bela membela antara golongan kaya dan miskin. Bukan sahaja anak-anak akan kami didik untuk saling mensyukuri nikmat dan hormat menghormati, malah para ibubapa juga akan turut merasai nikmat kekeluargaan ini. Yang miskin akan menyayangi dan membela si kaya kerana sumbangan zakat infaq mereka. Si kaya pula merasa tenang kerana mendapat keberkatan dari hartanya dan disayangi ibubapa dan anak-anak si miskin sebagai saudara.

Gologan ini akan diluluskan permohonan kemasukannya SEPANTAS KILAT. Sekalipun ibu bapa yang INFAQ semasa hayat mereka telah meninggal dunia, anak-anak mereka tetap akan menjadi anak-anak kami dan berhak atas semua perbedaharaan kami. Kebajikan anak-anak yang ditinggalkan ini akan sama-sama kami pantau sehingga mereka berumahtangga dengan stabil dan matang.

Jika ibubapa anak-anak ini meninggalkan harta, akan kami bimbing anak-anak mereka menguruskannya dengan baik untuk mengembangkan harta tinggalan ibu bapa mereka, menyambung amal infaq ayah ibunya dan tidak tertipu dengan pancaroba dunia.

 
WAQIF – PEWAKAF (KEUTAMAAN KEMASUKAN TERTINGGI)

Sama seperti munfiq bulanan, pemberi waqaf juga akan dinilai keikhlasan mereka. Ikhlas adalah dari katapokok kholas, iaitu berhabis-habisan.

Pemberi wakaf sebuah kereta buruk kerana kereta itu satu-satunya harta yang mereka ada dan tidak mengungkit-ungkit akan lebih dilihat ikhlas berbanding wakaf sebuah kereta baru dengan kemampuan waqif yang memiliki puluhan buah kereta mewah dan menyakitkan hati dengan sentiasa menyebut-nyebutnya. Yang dilihat bukan NILAI pemberiannya tetapi bagaimana tahap KEIKHLASAN atau BERHABISAN mereka.

Walaupun keutamaan diberikan tertinggi, namun kebenaran kemasukan tetap akan dinilai dari tahap keikhlasan itu juga dan kelonggaran yuran akan ditetapkan berdasarkan pertimbangan kholas itu.

Anak-anak dari golongan ini akan turut menerima syafaat (bantuan) selepas ibu bapanya meninggal dunia. Mereka juga boleh diwariskan kepada kami untuk di didik tanpa apa-apa bayaran setelah kematian ibu bapa.

 
MENYUBUR KEKELUARGAAN MELALUI PENDIDIKAN

AIP dilaksanakan secara kekeluargaan. Bolehnya mode pembayaran dan jumlah yuran yang sebegini kerana itulah sistem Islam yang syumul dan adil. Sistem ini akan membuatkan semua ibubapa tidak teragak-agak untuk melahirkan anak buat menambah ummat kerana Allah telah sediakan sarana yang adil untuk saraan dan kesejahteraan anak-anak mereka.

Jika ibubapa ditentukan meninggal dunia awal sebelum anak-anak cukup matang juga tiada masalah kerana Allah telah tetapkan cara untuk membela mereka buat mengimbangi nasib kematian ibu bapa itu. Kami Cuma melaksanakan petunjuk dan perintah Allah sahaja agar ibubapa yang pergi dan anak yatim yang tinggal merasa redha dengan qada’ dan qadar Allah.

Jika ditakdirkan kita miskin, bukan itu yang kita mahu. Kami akan cari jalan membantu mereka yang susah. Antaranya sistem yuran AIP yang fleksibel, tidak meminta dengan paksa dari golongan ini sehingga hak pendidikan untuk anak-anak mereka dinafikan.

Jika kita kaya, biasanya kita menjadi agak takbur dan menunjuk-nunjuk sehingga sering dimusuhi dan difitnah. Kita sentiasa menjadi intaian penjenayah. Ada kalanya kita bersedekah, tabur wang merata-rata tanpa satu mekanisma yang mampu memperlihatkan apakah kesan yang tepat dari sedekah kita.

Melalui AIP kita bayar sahaja mengikut kiraan rezeki yang telah Allah kurniakan sambil membantu yang miskin dan anak yatim secara praktikal dan istiqomah. InsyaAllah kita akan lihat hasil INFAQ kita dan dapat merasai nikmat darinya.

Proses al-Alaq atau ‘penggaulan’ ibubapa dan anak-anak pelbagai golongan di AIP akan kita gembeling untuk membentuk satu sampel komuniti yang berkasih sayang dan hormat menghormati. Yang susah kita bantu, yang kaya kita bela dan pertahankan keselamatan dan kekayaannya.

Bila anak-anak ini membesar, mungkin anak si kaya boleh menaja syarikat, anak simiskin mendokong rakannya yang kaya sebagai keluarga. Kami hanya menjadi pembimbing dan penasihat kepada mereka untuk hidup sejahtera dan bersaudara. Tiadalah rasuah, fitnah dan tikam menikam sepertimana sikap PHD Melayu biasa.

Semua murobbi murobbiah AIP adalah golongan profesional. Mereka itu sukarelawan sepenuh masa yang akan bertugas secara percuma sepertimana ibu ayah yang berkhidmat kepada anaknya. Anak-anak akan didik untuk menganggap murobbi itu sebagai ibubapa angkat mereka sehingga jika dimarah atau dihukum pun hanya kerana mereka mahu dia berjaya. Jika terpaksa kutip sampah atau bekerja membantu mereka juga kerana AIP dan RPWP itu adalah ‘rumah mereka’.

Demikian juga kami harapkan kepada semua ibubapa agar menganggap AIP dan RPWP adalah rumah mereka. Jika baik sarana yang dapat dipersiapkan dan hasil pendidikan yang diberikan, itu adalah untuk kesejahteraan anak-anak dan keturunan kita semua. Jika ada kekurangan sarana atau kecemerlangan pendidikan, tugas kita untuk sama-sama usahakan pembaikannya sebagai sebuah keluarga yang bersaudara.

INILAH ANTARA SEBAB MENGAPA KAMI MAMPU WAKAFKAN HARTA DAN DIRI UNTUK RPWP… KERANA KAMI MENGANGGAP RPWP ADALAH RUMAH KAMI DAN ANAK-ANAK ITU ADALAH ANAK ANAK KAMI JUGA.

 
LAIN-LAIN

Keutamaan kemasukan akan berdasarkan kekosongan yang ada dan juga merit menerusi temuduga ibu bapa & anak. Kami mengajak semua ibubapa dan anak-anak yang ikut serta program pendidikan ini untuk menanam niat AMAL, berjihad melalui harta dan diri, bukan atas dasar komersial semata mata. Bersamalah kita perjuangkannya secara NAHNIAH (kekitaan) bukan secara ANANIAH (kepentingan peribadi).

Jika kami yang mendidik dan mengurus ini berkorban dengan harta dan diri kami, sanggup bekerja 20 jam sehari, tanpa gaji dan cuti, maka ia adalah kerana kami anggap anak-anak itu adalah anak anak kami. Jika ada lebihan dana dari yuran, maka itulah matlamat kita untuk mengumpul dana agar Kompleks sebenar AIP dapat segera di bina.

Selain dari semua yang dinyatakan di atas, kami akan perjelaskannya di dalam PROGRAM INDUKSI WAJIB untuk kesemua ibu bapa sebelum mereka menghantarkan anak ke AIP.

Cara pembelajaran dan modul juga boleh didapati secara detail dalam BUKU PENDIDIKAN AKADEMI INSAN PRIHATIN yang berjumlah hampir 400 mukasurat. Ia akan diberikan dalam format e-book ataupun secara hardcopy dengan bayaran SEDEKAH RM100 dengan akad.

Semuga bermanfaat dan mampu menjelaskan segala persoalan yang ditanyakan. Alhamdulillah.

Warga Prihatin.

 

Lelaki Melayu berbakti kepada lebih 500 anjing dan 100 kucing liar

MENARIK – BAGAIMANA JIWA PRIHATIN TERBENTUK

Lelaki Melayu berbakti kepada lebih 500 anjing dan 100 kucing liar.
Ini adalah satu kerja mulia yang jarang berlaku walaupun umumnya masyarakat memandang jijik dan hina pada anjing.

Kita pernah dengar kisah pelacur yang masuk syurga kerana berbakti kepada anjing yang kehausan. Oleh itu, tidak mustahil ada tempat di syurga untuk insan ini. Yang nyata jiwanya merasa tenang dengan kerja bakti yang sedang beliau usahakan. Ketenangan itu adalah ekspresi syurga bagi beliau. Ia jauh lebih baik dari setengah kita yang nampak sangat beragama tapi pada luarannya sahaja. Satu lagi inspirasi ke arah insan prihatin.

Kami tersentuh dengan paparan dokumentari ini. Yang ingin kami tekankan di sini ialah bagaimana jiwa prihatin itu boleh dipupuk. Jika anjing dan kucing liar pun sanggup beliau taburkan bakti atas dasar ikhsan, wajarlah kita yang masih ‘kurang’ prihatin berhenti dari menganiaya manusia… berhentilah mendera anak anak, memukul, mencederakan dan membunuh sesama sendiri. Terlalu banyak kes penganiayaan dan kita sudah tidak sanggup lagi melihat ianya terus menerus berlaku hari demi hari.

Tiada apa dari ciptaan Allah yang sia sia di bumi bertuah tempat kita menumpang ini (QS:3/190-191). Di luar sana ramai manusia yang mampu berkawan dengan harimau dan singa, kuda dan ular, beruang dan lain lain… sementara majoriti yang lain amat takut dan geli.

Semua itu hanya berbekalkan jiwa prihatin dan rasa kasih sayang. Dengan perasaan murni itulah yang membuatkan hati kita jadi tenang ketika berhadapan dengan haiwan itu. Getaran ketenangan itu yang membuatkan haiwan ini tidak menganggap kita sebagai musuh lalu tidak mereka mahu mencederakan kita.

Itu juga antara sebab mengapa anak kecil boleh tindih.. boleh picit kucing dan anjing… boleh bermain dengan ular dan sebagainya tanpa digigit oleh haiwan itu. Antaranya adalah kerana anak kecil yang belum mumayyiz tidak tahu bahawa haiwan itu boleh mencederakan. Kerana itu mereka tidak ada getaran takut atau marah untuk memusuhi haiwan yang sedang bermain dengan mereka.

Anjing dan kucing ini adalah haiwan yang rapat dengan manusia. Boleh dilatih untuk menjaga rumah dan ladang, mengawal ternakan, menjejak penjenayah atau orang hilang, menjejak dadah bahkan halal dimakan hasil buruannya.

Semuga paparan ini mampu membuka minda kita barang sedikit agar hidup ini tidak terlalu jumud dan dipandang hina oleh manusia lain.

Wallahuaklam.
WARGA PRIHATIN

HADIS TANDA AKHIR ZAMAN

al-quran

 

HIMPUNAN HADIS TANDA KIAMAT & AKHIR ZAMAN

Mari muhasabah jika masih ada dari lebih 40 hadis dibawah ini yang belum berlaku lagi saat ini. Jika sudah sempurna semuanya maka itu tandanya kegemilangan Islam sudah luput dari kita. Carilah kepastian, jangan kita bersangka-sangka dan berangan-angan lagi dalam soal iman dan Islam.

Tidak guna lagi kita membangga diri dengan keislaman kita yang berdasarkan sangka-sangka, kerana semua itu sudah luput dari kita. Kita perlu bersihkan tanah dari segala pohon reput dan buah fikiran yang tidak berguna, yang pernah tumbuh dalam dada kita dan kita harus cari semula benih yang terbaik dan lakukan penanaman semula. QS;14/24-27.

 

1. BANYAK PERSELISIHAN– GIGITLAH SUNNAH DENGAN GERAHAM

Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda,

“Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (mendapat hidayah) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” – H.R. Abu Daud dan Tirmizi

2. UMAT MUSNAH BILA KEJAHATAN TERLALU BANYAK

Daripada Ummul Mu’minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) berkata,

” (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, LA ILAHA ILLALLAH, celaka bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang¬orang yang soleh?” Lalu Nabi saw. bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”. – H.R. Bukhari Muslim

3. UMAT ISLAM RAMAI TAPI TIDAK DIGERUNI – TERTINDAS, DIRATAH DUNIA

Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)

4. ULAMAK MATI, ILMU AGAMA HILANG, FATWA DIKELUARKAN OLEH SI JAHIL

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,

“Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” – H.R. Muslim

5. BUDAYA BARAT TAJAAN YAHUDI & NASRANI JADI IKUTAN UMAT ISLAM

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,

“Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R. Muslim)

6. GOLONGAN ANTI HADITH

Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda

“Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi/katil kemegahannya, lalu disampaikan kepadanya sebuah hadis dari hadisku lalu dia berkata,

“Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan” (Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya) “Padahal apa yang diharamkan Rasulullah SAW itu samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah SWT” (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

7. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”.- (H.R. Bukhari)

8. BERULANGNYA PENYAKIT UMAT TERDAHULU YANG MEMUSNAHKAN

Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu seronok/sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki/saling menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi” (HR Hakim)

9. ISLAM KEMBALI DAGANG & TERASING

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing”.- H.R. Muslim

HADIS PENUHNYA,

“Sesungguhnya dien (agama) itu awalnya terasing (ghoriban), dan dia akan kembali terasing. Maka beruntunglah orang yang mengembalikan apa yang terasing itu, apa sahaja yang telah dirosak manusia selepas ketiadaan aku, dari sunnahku”

10. KEMEWAHAN RUMAH, BANYAK PERSALINAN & HIDANGAN MEMUSNAHKAN

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu, dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, (kamu mewah) pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi langsir) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?”

Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan hanya memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki” Lalu Nabi SAW bersabda “TIDAK! Keadaan kamu hari ini (ketika sempit) adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu” (HR Tirmizi)

11. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,

“Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!.. Dan bunuhlah ia!”, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”. (H.R. Bukhari Muslim)

12. HILANG SIFAT AMANAH & KEIMANAN PADA PEKERJA DAN PENIAGA

Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, “Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya.

Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al­Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.

Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa”. Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.

“Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.”

“Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)”. (H.R. Bukhari Muslim)

VERSI RINGKAS HADIS

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. Katanya, …”Kemudian jadilah orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada seorang pun yang suka menunaikan amanah, sehingga dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan “Alangkah tekunnya dia dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.” (HR Bukhari & Muslim)

13. ORANG BAIK BERKURANG, ORANG JAHAT BERTAMBAH, ANAK MENJADI MUSUH

Dari Aisyah r.a. Dia berkata “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas, akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan orang tua, dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik” (HR Thabrani)

14. KUFUR & BINASA KERANA MENGIKUTI KEHENDAK ORANG LAIN

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda,

” Akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pendapatannya tidak diperolehi kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt.

Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum keluarganya atau dari menepati kehendak jirannya”.

Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?” Nabi saw. menjawab, “Mereka akan mencela dan mengaibkannya dengan kesempitan hidupnya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya”.(H.R. Baihaqi)

15. TIDAK CIUM BAU SYURGA PENGUASA YANG GANAS & WANITA GEDIK

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda,

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk/cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang.

Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­ lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya haruman syurga itu akan terhidu dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.(H.R. Muslim)

16. ORANG TAK PEDULIKAN HALAL HARAM SUMBER HARTANYA

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw,

“Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram”.(H.R. Muslim)

17. SEMUA MAKANAN & HARTA MELIBATKAN RIBA’

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan/memiliki harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”. (H.R. Ibnu Majah)

18. KERA & BABI – PERANAN ARTIS & MUZIK, KHAMAR DIUBAH NAMA

Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda,

“Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. Sambil diiringi dengan alunan muzik dan suara biduanita (artis). Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah SWT akan mengubah mereka menjadi kera atau babi” (HR Ibnu Majah)

19. ILMU KURANG, JAHIL LEBIH, ZINA BANYAK, 1 RIJAL URUS 50 NISA’.

Dari Anas r.a. Beliau berkata “Aku akan menceritakan kepada kamu sebuah Hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, banyak kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nanti seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan” (HR Bukhari Muslim)

20. HAMBA MELAHIRKAN TUAN, SIMISKIN SIBUK MEMBINA BANGUNAN

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), “…kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW ” Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?” Lalu Nabi SAW menjawab, “Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya” Maka Jibrail berkata “Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya” maka Nabi SAW menjawab,

“Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan” (Riwayat Muslim)

21. AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., “Akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq”.(H.R. Ibnu Ady)

22. MEMEGANG AGAMA SEPERTI MEMEGANG BARA API

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. – (H.R. Tarmizi)

23. GOLONGAN RUWAIBIDHAH CUBA MENEGUR PENDUSTA DAN PENGKHIANAT

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan (ada meriwayatkan tandus/kemarau). Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah RUWAIBIDHAH itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang yang kerdil hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)

24. AL-HAJR – PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi “al-Harj”. Sahabat bertanya “Apakah AL-HARJ itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau ucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah)

25. MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan/jilatan api”. (H.R.Termizi)

26. MUNCULNYA GALIAN YANG DIURUS OLEH ORANG JAHAT

Daripada Ibnu Omar r.a. Beliau berkata “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah SAW sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari lombong (galian) mereka. Maka sahabat berkata “Wahai Rasulullah! Emas ini adalah hasil galian kita” Lalu Nabi SAW menjawab “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat ” (HR Baihaqi)

27. TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; “Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai”. (H.R.Muslim)

28. PAGI BERIMAN PETANG KAFIR, JUAL AGAMA DENGAN HARTA DUNIA

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia” (HR Muslim)

29. KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA

Daripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda:” Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku”. (H.R.Muslim)

30. PERANG DI SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Banyak orang yang terbunuh kerana merebutnya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata “Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu”

Di dalam riwayat lain disebutkan “Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka siapa sahaja yang hadir di situ janganlah dia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut” (HR Bukhari Muslim)
[Ada pihak yang menyatakan bahawa perkataan emas di dalam Hadis ini sebenarnya petroleum]

31. TIADA IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH

Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat” (HR Ibnu Majah)

32. ULAMA YANG FASIH & FASIQ TIDAK DIPEDULIKAN

Daripada Sahl bin Saad as-Sa ‘idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ULAMA sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang PENYANTUN sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (FASIQ), lidah mereka seperti lidah orang Arab (FASIH)” (HR Ahmad)

33. ISLAM TINGGAL NAMA, ULAMAKNYA JAHAT, MASJID INDAH TAPI HAMBAR

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.;

“Akan datang suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisan/adat resamnya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah/petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.(H.R al-Baihaqi)

34. ISLAM MACAM PAKAIAN LUSUH, AL QURAN & ILMU DIHILANGKAN

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda;

“Islam akan luntur seperti lusuhnya corak pakaian, sehingga orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan PUASA, dan apa yang dimaksudkan dengan SOLAT dan apa yang dimaksudkan dengan SUSUK (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan SEDEKAH. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat.

Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, di antaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”.

Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), “Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah”? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya. Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, “Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka” (HUZAIFAH memperkatakan jawapan yang bertentangan dengan SHILAH itu tiga kali).

VERSI RINGKAS

“Islam akan lenyap seperti hilangnya corak pada pakaian, sehingga orang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan puasa, apakah yang dimaksudkan dengan solat, apakah yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak ada yang tertinggal di permukaan bumi ini darinya walaupun hanya satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia, di antaranya orang tua, lelaki dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimat LAILAHAILLALLAH, lalu kami pun mengucapkannya juga” (HR Ibnu Majah)

35. LIMA BELAS FENOMENA AKHIR ZAMAN YANG MENYEBABKAN BALA

Hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali Maksudnya : ” Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka BALA pasti akan turun kepada mereka. Lalu ditanya tentang apakah itu wahai Rasulullah? Jawab baginda :

[1] Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja
[2] Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan
[3] Zakat dijadikan hutang (bertangguh atau mengelak)
[4] Suami menurut sahaja kehendak isteri
[5] Anak derhaka terhadap ibunya
[6] Anak terlalu mementingkan kawannya
[7] Anak menjauhkan diri daripada bapanya
[8] Suara sudah ditinggikan dalam masjid
[9] Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina dari kalangan mereka
[10] Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya
[11] Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata tempat
[12] Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
[13] Para artis disanjung tinggi
[14] Muzik (hiburan) banyak dimainkan
[15] Generasi akhir umat ini melaknat/menyalahkan generasi pertama (para sahabat)

36. LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

H.R Ibnu Majah, Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap/dipan Rasulullah saw. kepada kami kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara itu ialah:

1)    Tiada terzahir perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2)    Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3)    Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang tentu mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4)    Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5)    Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.

37. TERJADI KEHANCURAN BILA AMANAH DISIA SIAKAN

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., “Bilakah akan terjadi hari qiamat?”. Maka Nabi saw. tetap meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Baginda mendengar apa yang ditanyakan, tetapi soalan itu tidak disukainya”. Sementara yang lain pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu”. Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, “Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?” Lalu Arab Badwi itu menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah”. Maka Nabi saw. bersabda,

“Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat”. Arab Badwi ini bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu”? Nabi saw. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat”. (H.R Bukhari)

38. BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Dari Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid” (HR Abu Daud)

 

39. FITNAH AKIBAT BERLAKUN ZUHUD, MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda

“Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)

40. UMAT BERPECAH 73, YANG SELAMAT IALAH ASWJ

Daripada ‘Auf bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda

“Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi 71 golongan, maka hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga dan yang 70 akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi 72 golongan, maka 71 golongan masuk neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan 72 akan masuk neraka. Sahabat bertanya “Golongan mana yang selamat?” Nabi SAW menjawab “Mereka adalah berjemaah (Ahlus Sunnah Wal Jamaah)” (HR Ibnu Majah)

41. LAHIRNYA MUHAMAD KE 2 ATAU IMAM MAHADI

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku yang namanya sama dengan namaku”. – H.R Termizi

42. SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda:

“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya (barat), turunnya Isa bin Maryam a.s., Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab, yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslimi)

43. ORANG YANG ROSAK MENGATAKAN ORANG LAIN ROSAK
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)

 

– TAMAT –

40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Isi kandung himpunan hadis ini di sedut dari http://www14.brinkster.com. Insya’allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Warga Prihatin

ANTARA CADBURY, BABI & KERA – ANALISA MUHKAMAT & MUTASYABIHAT

Tanah, Air & Manusia – Hasil Iqra’ Pembelajaran Alam

00 gersangTANAH, AIR & MANUSIA – HASIL IQRA’ PEMBELAJARAN ALAM

Apabila kami bawa anak-anak mengembara dalam musim kemarau yang panas ke Baling, Kedah baru-baru ini, kami tunjukkan kepada anak-anak pelbagai fenomena kekeringan. Sepanjang pengembaraan, anak-anak kami diperlihatkan banyak kebakaran di kiri kanan lebuhraya, juga rekahan-rekahan tanah dan daun-daun getah yang bergururan. Susu getah berkurangan, tanah jadi keras, rumput menjadi kering dan banyak tanaman menjadi layu.

Sebelum program itu, kami turut tidak terlepas dari menerima musibah demam Denggi yang melanda seluruh negara. Berpuluh-puluh anak-anak dimasukkan ke hospital silih berganti. Ini juga terkait dengan kekeringan, di mana banyak jentik-jentik nyamuk Aedes dari air yang bertakung tidak berganti dan tidak mengalir. Syukurlah tiada yang mengalami Denggi berdarah yang serius dan boleh menyebabkan kematian.

AIR, TANAH DAN MANUSIA

Sepertimana kita semua tahu, air adalah satu elemen kehidupan yang sangat penting untuk manusia. Hampir 70 peratus tubuh kita terdiri dari air. Tanpa air, kita akan mati. Demikianlah bentuk rawatan yang diberikan oleh pihak hospital kepada semua Warga Prihatin yang mengalami demam denggi baru-baru ini. Ini adalah kerana demam itu menyebabkan suhu badan menjadi panas (ramadh) dan berlakunya dehydrasi.

Begitu juga halnya dengan keperluan air pada tanah. Sepertimana kita tahu, 70 % daripada mukabumi ini diliputi air. Apabila berlaku kekeringan yang berpanjangan sahaja, maka tanah akan merekah, tidak mampu menumbuhkan tumbuhan dan tidak boleh dibentuk.

MUTASYABIHAT KEJADIAN MANUSIA DARI TANAH DAN AIR

Terlalu banyak ayat quran yang mengatakan asas kejadian manusia daripada gabungan tanah dan air ini. Sesungguhnya ini adalah penjelasan mutasyabihat yang memerlukan kita tafakur dan tadaburkan dengan cara memerhati dan meneliti.

Surat Al-Hijr Ayat 28

وإذ dan tatkala
قال berfirman
ربك Tuhanmu
للملئكة kepada malaikat
إني sesungguhnya Aku
خلق yang menciptakan
بشرا manusia
من dari
صلصل tanah liat yang kering
من dari
حمإ lumpur hitam
مسنون yang berbentuk

Ayat di atas menerangkan fitrah kejadian manusia daripada TANAH LIAT YANG KERING, kemudian melalui proses pembasahan untuk MENJADI LUMPUR HITAM agar boleh diolah dan diBENTUK. Untuk menjadi komponen kepada jemaah Umat Islam di bumi Allah ini, kita harus memahami sedalam-dalamnya kelayakan sebagai tanah ini.

Dengan situasi panas dan melihatkan tanah yang merekah ini, kita seharusnya boleh mengambil pelajaran. Falsafah di sebalik ‘Tanah liat yang hitam dan kering’ adalah merujuk kepada diri kita. Untuk membolehkan kita dibentuk dan dipandang sebagai manusia di sisi Allah, maka tanah yang memerlukan air. Tanah juga harus diproses agar menjadi sekata atau homogenus. Batu dan pasir atau bahan selain tanah liat harus disingkirkan, agar jisim itu boleh dirapatkan untuk mampu menyerap dan dilikatkan dengan air sebagai bahan pelembut dan pengikat.

Kekeringan adalah satu fenomena ramadh (panas) yang menyebabkan manusia menjadi seperti tanah yang merekah tadi. Situasi ini menjadi penyebab kepada keperluan yang kuat terhadap air. Dalam bahasa mutasyabihat, banyak kali kami kongsikan bahawa air adalah analogi ilmu dan hidayah yang bersifat mengalir dari atas ke bawah. Air yang paling segar adalah air yang turun dari langit sebagai hujan yang membasahi bumi. Selain itu air juga terbit dari rembesan batu gunung dan terkumpul mengalir ke sungai-sungai. Jangan lupa bahawa air juga tersimpan dilembah bumi yang paling bawah, lalu DIGALI menjadi perigi untuk mendapatkannya. Itu juga ciri PENGGALIAN ilmu.

Fenomena ini juga telah kami kongsikan dalam siri sains puasa sebelum ini, iaitu dalam bulan ramadhan, suasana panas itu membuatkan manusia hidup huru hara dan berpecah belah. Mereka tidak lebih dari sekumpulan haiwan, tidak boleh disatukan untuk membentuk satu masyarakat yang harmoni (RUJUK QS: 7/179). Oleh itu apabila kita merasa kepanasan yang cukup, kita akan merasakan keperluan yang kuat untuk kembali fitrah, untuk hidup berkasih sayang dan berharmoni. Kita perlukan air/petunjuk Allah untuk tujuan itu.

Kerana itulah selepas 2/3 Ramadhan, Allah turunkan lailatulqadar. Itulah hari di mana tanpanya seluruh umur manusia akan terbazir begitu sahaja. Itulah gambaran 1000 bulan atau 83 tahun. Ini kerana selama ini manusia mencedok air dari laut (himpunan ilmu olahan lautan manusia) yang kelat dan masin. Pohon-pohon tumbuh tanpa siraman yang teratur oleh tangan manusia yang berjemaah dan berpedomankan wahyu. Kerana itu ia menjadi liar ibarat hutan. Tumbuhnya tidak teratur seperti pokok di taman syurga yang ditanam manusia dengan sengaja. Hasilnya kurang, malah sesetengahnya menjadi pokok beracun dan berduri.

Di malam Qadar itu Quran diturunkan sebagai hidayah untuk menyejukkan hati-hati manusia dan membuatkan mereka mampu bersatu dan membentuk komuniti dan masyarakat yang baik. Ini adalah analogi turunnya hujan yang segar dan dingin dari langit. Segala air (analogi ilmu) yang kelat dan masin yang dimiliki oleh lautan manusia tadi akan menjadi beku dan tidak berguna. Ini kerana manusia sudah dapat air yang segar dari Allah.

Dengan air yang segar dari Allah mampu menumbuhkan satu pohon akidah yang baik (RUJUK QS 14/24-27). Itulah kemampuan menyaksikan kebesaran Allah dan rasul melalui kalimah yang baik, kalimah syahadah. Kerana itu manusia akan mampu menyatu dengan kalimah yang satu. Ketika itu semua pohon lama yang berbagai bentuk dan rupa, yang tidak mampu menghasilkan buah fikiran yang baik kepada kehidupan manusia akan tunduk dan rebah semuanya.

Selepas itu maka sisa-sisa ramadhan akan dipenuhi cahaya. Manusia merasakan nikmat dalam beribadah kerana mereka sudah mendapat petunjuk yang di analogikan sebagai cahaya itu. Dipagi Syawal, manusia kembali bermaafan dan bersaudara semula.

KESIMPULAN

Kita dijadikan daripada tanah yang gersang dan hitam. Namun jika kita tidak merasa kekeringan, tidaksedar diri bahawa kita ini tidak cantik ibarat tanah liat yang hitam itu, maka tidaklah dapat kita dibentuk dengan fitrah asal kejadian kita. Rasakanlah suasana panas (ramadh) dan gersang. Akuilah bahawa kita sedang merekah, berpecah belah. Akuilah bahawa imej kita sedang sangat huduh di mata dunia. Kita semua sedang bersifat melampau (thogho) dan keras kepala sehingga masyarakat Islam tidak boleh dibentuk dengan wahyu.

Tanpa kesedaran ini, hidayah Allah seperti tidak laku, tidak dirasakan keperluannya oleh kita. Dengan itu kita akan sentiasa mengabai dan mendustakan petunjuk Allah begitu sahaja. Padahal, petunjuk itulah yang mampu membentuk dan menyusun saf, samada dalam bentuk keluarga, masyarakat maupun negara. Petunjuk Allah itulah yang bakal mewarnai semula imej kita yang asalnya hitam dan hodoh itu.

Untuk kembali fitrah, kita harus merendahkan diri sebagai hamba. Itu adalah analogi ‘bumi’ yang sifatnya rendah berbanding pemimpin di langit. Pemimpin yang baik itu adalah ‘hamba rakyat’. Dalam Islam, pemimpin dilantik oleh majlis syuro di peringkat tertinggi, bukan dari kalangan yang menawarkan diri, apatahlagi yang tergamak berebut tahta. Oleh itu, kelayakkan pemimpin juga harus dari kalangan insan yang bersifat tanah dan bumi, yang paling merendah diri dan telah DIBENTUK akhlaknya.

Allah bersemayam di atas arasy, di aras langit yang paling tinggi, lebih tinggi dari para pemimpin citaanNya di dunia ini. Oleh itu, samada kita sebagai orang yang dipimpin ibarat bumi, atau yang memimpin ibarat langit yang rendah, maka kekallah membesarkan Allah. Sucikanlah hati dari sifat besar kepala dan melampau batas. Janganlah meninggi diri, mendabik dada melebihi kuasa Allah dengan sewenang-wenang melanggar wahyu Allah dalam apa sahaja tindak tanduk kita.

Sebagai selingan, sila perhatikan pelajaran alam dari lirik dan paparan gambar hiasan dari lagu BERITA KEPADA KAWAN dendangan Ebiet G Ade ini. Landasan Keretapi itu ada dua jalur. Mari analogikan ia sebagai landasan dari sumber Quran dan Sunnah, dari NUR ALLAH dan NUR MUHAMMAD. Telah Nabi SAW sabdakan bahawa semua kita adalah pemimpin yang bakal ditanya akan kepimpinan kita. Maka jadilah kepala keretapi yang melalui landasan yang lurus, agar mampu memacu gerabak pimpinan kita di atas landasan yang sama. Itulah asas syahadah sebagai paksi kepada akidah kita.

http://www.youtube.com/watch?v=OCHGgfuRCT4

Perhatikan juga analogi simiskin anak gembala yang sangat menyedarkan kita. Mengapa dikatakan bapa dan ibu anak ini telah lama mati ditelan bencana tanah ini. Apakah analogi kematian? Ibu/ayah? dan apakah bencana itu? siapakah tanah itu?

Tataplah langit, carilah jawabnya!! Mengapa Tuhan sampai bosan melihat tingkah kita yang berbangga dengan dosa. Mengapa alam enggan bersahabat dengan kita. Bertanyalah pada rumput yang hidup, bukan rumput yang kering. Bertanyalah kepada MATAHARI yang terang benderang, jangan kepada sumber cahaya kedua dan ketiga.

Ada banyak yang ingin dikongsikan sepanjang perjalanan yang merentasi tanah kering berbatuan yang menyedihkan ini. alangkah baiknya jika kita semua mudah mengerti akan segala analogi ini.

Kudap awal minggu
WARGA PRIHATIN

KEMBARA BALING – PROJEK SEKOLAH ALAM WARGA PRIHATIN

00 SEKOLAH ALAM BALINGPROJEK SEKOLAH ALAM WARGA PRIHATIN

Pada 31 Januari 2014 sempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu, kami di RPWP mengambil kesempatan untuk perlaksanaan Program Sekolah Alam kami yang ke-3 selepas Muar, Melaka. Kali ini kami menuju ke Baling, Kedah. Seramai 99 orang bermusafir ke Utara, melalui lebih 12 jam perjalanan dalam keadaan jalanraya yang sangat sesak sempena musim cuti perayaan.

Terima kasih kami dahului kepada semua pewakaf “Harakah Wakaf Bas” yang telah turut menitipkan amal melalui wadah yang kami sediakan. Dengan tambahan dana wakaf dari co-founders, akhirnya berjaya juga dicukupkan untuk pembelian bas sekolah yang pertama RPWP. Namun untuk dimuatkan 109 orang warga di dalam 1 bas pastinya tidak mencukupi. Maka, bas kedua masih dalam proses pengumpulan dana.

APAKAH PROJEK SEKOLAH ALAM?

Ia satu projek yang sangat menarik di mana anak-anak belajar lebih banyak dalam 3 hari perjalanan berbanding 3 bulan di dalam kelas. Hatta, impak pembelajaran menjadi 3000% lebih efektif dari pembelajaran secara qalam (bilik darjah).

Mungkin rumusan lawatan kami ini mampu membuka perspektif yang lebih luas kepada anda semua. Harapan kami agar anda faham mengapakah sebelum adanya bas sekolah, kami sanggup menggunakan 15 buah MPV, beberapa kali setahun membawa anak-anak keluar untuk pembelajaran insitu yang sangat bernilai. Namun, kos yang sangat mahal itu menghadkan perjalanan kami. Alhamdulillah, jelas sekali kos perjalanan dapat dikurangkan dengan adanya bas yang pertama ini. Di samping itu tausiah murobbi jauh lebih efektif sepanjang perjalanan dengan bas, puluhan jam masa perjalanan dapat diisi dengan program pembelajaran alam dengan berkesan. Doakanlah kami berjaya mencukupkan dana untuk mendapatkan sebuah lagi bas sekolah.

Perjalanan bermula jam 10.30 pagi menuju ke Teluk Intan Perak melalui jalan Kuala Selangor pada awalnya. Namun, atas sebab trafik yang sangat buruk, kami terpaksa membuat perubahan pelan untuk terus ke Baling, Kedah.

Perjalanan menjadi meriah apabila Baba Din (Che Din) dan Ayah Saiful (Saiful Nang) membuka celoteh perjalanan dengan pelbagai informasi yang anak-anak lihat dari tingkap mereka. Sekali sekala, keadaan menjadi gamat apabila soalan-soalan quiz dibukakan kepada anak-anak yang berada di dalam bas. Kasihan juga kepada anak-anak yang menaiki kenderaan biasa, mereka terkilan kerana terlepas maklumat yang disampaikan sepanjang perjalanan.

Setiap pelajaran adalah berharga. Anak-anak akan bertanya dan murobbi bertugas sebagai pemberi penjelasan akan terus menjawab dan memberikan informasi demi informasi. Yang menariknya, informasi yang agak tinggi tahap jawapannya dan hanya difahami oleh kakak dan abang-abang yang di sekolah menengah akan turut dijelaskan mereka kepada adik-adik kecil yang mereka apit dalam bahasa yang lebih mudah untuk difahami. Maka, tidaklah si kecil yang berada dalam bas termanggu-manggu tak tahu apa yang dibual bicarakan.

Anak-anak sehingga sekecil-kecil yang sudah pandai menulis akan bersama dengan buku nota kecil masing-masing. Mereka tak sabar untuk berkongsikan pengalaman sesama mereka bila balik nanti. Si kecil yang tidak pandai menulis lagi juga teruja untuk mencatit apa yang mereka saksikan melalui LUKISAN-LUKISAN pensil mereka. Itu sahaja sudah cukup menampakkan bermulanya proses pembelajaran kerana apabila kami tanyakan, mereka mampu menjelaskan.

JAMUAN MAKAN ISTIMEWA DI BANGKOK STATION (DULUNYA BM TOMYAM)

Perjalanan yang melalui pelbagai kesesakan itu berjaya sampai ke Bangkok Station, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam pada jam 8.30 malam. Ia sebuah kedai makan yang sangat sedap dimiliki oleh bekas anak didik Ayah Saiful melalui akademi beliau Saiful Nang Academy of Professional (SNAP) yang kini beroperasi di Sunway. Kami dijamu dengan masakan siakap masak pedas, otak-otak Utara, tomyam seafood dan pelbagai hidangan lagi. Paling menarik yang menjadi kehebatan Bangkok Station itu ialah “Siakap Stim Limau” resipi termahal berasal dari Thailand.

Jika dihitung pinggan demi pinggan, mungkin lebih RM2,000 untuk makan malam itu. Harga makanan masih tidak diberitahu oleh pemilik restoran yang dari mula hanya mengatakan “InsyaAllah, nanti saya cuba” apabila ditanyakan tentang kos per kepala.

Rupanya, setelah kami duduk makan, En. Syaafily yang merupakan pemilik restoran menghantar mesej kepada Ayah Saiful mengatakan, makanan malam itu adalah satu jamuan. Beliau rupanya dah lama menyimpan hajat untuk membelanja anak-anak RPWP untuk makan di restoran beliau. Makan malam itu diakadkan dan didoakan oleh anak-anak.

Sempat juga En. Syaafily yang tidak dapat bersama malam itu kerana bertugas di Kuala Lumpur menghantar pesanan mengatakan “jangan bagitahu orang lain saya belanja… takut tak afdhal sedeqahnya nanti”. Namun, kami sebagai penerima berfikir, jika ia dicanang oleh pemberi mungkin itu tidak baik, tetapi jika kami yang canangkannya di dalam rencana ini, maka ia menjadi satu tanda terima kasih kami kepada orang yang budiman dan seterusnya mampu untuk menjadikan beliau satu contoh kebaikan yang harus dipromosikan. Tidak hilang amal baik beliau kerana yang mengatakan kebaikan beliau itu ialah PIHAK PENERIMA.

Anak-anak tak habis-habis memuji kelazatan hidangan yang disajikan kepada kami. Terima kasih Bangkok Station Bandar Baru Perda. KAMI DOAKAN AGAR RESTORAN INI BERTAMBAH MAJU DI MASA DEPAN.

PENGALAMAN JELAJAH DESA

Perjalanan diteruskan sehingga ke Baling dan kami tiba disambut oleh pasangan Mak Tok AISHAH & Tok Wan ABDULLAH. Pasangan warga emas yang tinggal berdua inilah destinasi kami bermusafir. Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, bas yang kami perolehi bukan untuk bawa anak-anak melawat Legoland ataupun Universal Studio, tetapi kami memberi keutamaan kepada sesuatu yang kini hilang dalam kemanusiaan iaitu “Kasih Sayang” dan “apresiasi alam”.

Itulah kali pertama anak-anak menziarahi Mak Tok & Tok Wan di kampungnya. Sebelum ini, Mak Tok & Tok Wan yang sering melawat RPWP. Ketibaan pada malam yang hening dengan suhu pada waktu Subuh hanya 18 darjah celcius cukup buat kami yang bermalam disuluh bulan menggigil kedinginan.

Bila fajar menyingsing pada pagi berikutnya, maka bermulalah kembara menerokaan desa secara rasminya. Pagi itu digawatkan dengan perbarisan anak-anak lelaki diiringi oleh bapa-bapa untuk bersolat di surau berhampiran. Selepas itu anak-anak rijal beriadah dengan merentas desa. Anak-anak nisak membantu ibu-ibu menyediakan sarapan.

Selepas sarapan pagi, kesunyian desa dipecahkan dengan kawad kaki disiplin pagi anak-anak yang disampaikan “hukumannya” oleh Anakanda Azizul. Keluar baris dalam 2 kumpulan iaitu kumpulan anak lelaki (rijal) dan anak perempuan (nisa’). Anak rijal terus ke kebun untuk melihat sendiri pokok ubi, merasakan bagaimana mencabut ubi dan bagaimana menanam semula ubi yang telah dicabut.

Di sekitar itu, banyak pertanyaan yang wujud. Mengapakah dahulu kampung ini tidak berpagar dan kini semuanya telah dipagar? Mengapakah apabila adanya ubi mesti ada batasnya? Mengapa pula bila ada batas ada pula babi yang melanggar batas itu? (dari Quran), mengapa itu dan mengapa ini semuanya menjadi pokok persoalan yang ditanyakan anak-anak dan banyak sekali pelajaran yang mereka kutip. Menurut Tok Wan jika orang tidak ramai, kita boleh lihat babi hutan berjalan depan rumah untuk merosak tanaman ubi. Di samping itu lembu dan kambing juga berkeliaran sudah tidak boleh dikawal. Kerana itu semua kawasan rumah perlu dipagar.

Anak rijal kemudiannya turun ke sungai untuk membersihkan sungai yang kotor. Tetapi kami lihat, mandi sungai menjadi aktiviti utama dan membersihkan sungai jadi aktiviti sampingan pula. Anak nisa’ meneruskan perjalanan ke kandang kambing, kebun tebu, ternakan arnab, kolam ikan tilapia, melihat pembalak membuat papan dari kayu hanyut, melihat proses bagaimana buah pinang menjadi peluru, kebun jagung, kebun keledek termasuk juga melihat sendiri bagaimana pokok getah ditoreh.

Mungkin hari ini kita generasi X dan Y tidak heran dengan semua itu. Tetapi ada anak-anak yang diserahkan kepada kami mengenali ayam itu dengan melukis seketul “drumstick” (peha ayam) seperti dalam iklan KFC. Apabila ditunjukkan ayam yang sebenarnya, ada yang terkejut melihat bentuk asal ayam yang mereka makan.

Pelajarannya bermula selepas itu. Mereka berkumpul dalam kumpulan-kumpulan mereka dan berbincang tentang pengalaman mereka. Perkongsian tentang pemerhatian mereka tentang pagar yang dulu tiada sekarang sudah dipasang juga mampu mereka sintesiskan dengan kadar jenayah setempat. Jika lembu, kambing juga sudah seperti babi yang tidak boleh dikawal, berkeliaran membuat kerosakan, maka rumah dan tanaman kita pulalah yang harus dipagar.

Subhanallah, satu mena’kulan mantik yang kami lihat sangat indah. Babi juga mereka sifatkan sebagai haiwan yang melampaui batas dan atas sebab itu babi itu NAJIS. Ada yang mencelah, najisnya babi itu sehingga manusia tidak boleh menyentuhnya apa lagi MENIRU perangai babi itu sendiri yang sentiasa menyondol batas-batas yang telah disediakan. Disambung lagi oleh seorang anak berumur 7 tahun yang bertanya “Bukankah di dalam Al-Quran dinyatakan tentang Firaun juga adalah individu yang melampaui batas, adakah Firaun juga seorang “Babi”?”

Meriah kami dengar perbincangan mereka. Ya, Firaun mempunyai sifat babi yang melampaui batas yang Allah telah tetapkan namun, beliau seorang yang mempunyai fizikal seorang manusia. Seperti ada mentol yang menyala di kepala anak-anak ini untuk menyimpulkan bahawa manusia juga boleh menjadi seburuk babi jika manusia meniru sifat babi. Jika ada batas-batas / had-had (hudud) yang telah ditetapkan, hanya babi sahaja yang akan melanggarnya. Oleh itu, jika kita ini manusia, ikutilah batas-batasan yang telah ditetapkan.

Perbincangan itu berlarutan dalam banyak suasana. Sukar untuk kami ceritakan semua itu tanpa menjadikan artikel ini lebih panjang. Semua perjalanan di dalam bas mahupun semasa berjalan kaki dan menerokai hutan dan pelbagai kebun tanaman, aktiviti membersihkan sungai, semua itu menjadi bahan tanya dan jawab antara anak-anak dengan murobbi mereka.

KESAN SUJUD YANG MERAHMATKAN ALAM

Aktiviti anak-anak di surau sewaktu solat berjemaah, juga majlis tahlil dan doa selamat serta celoteh anak-anak ala juruhebah radio dengan pembesar suara sepanjang berada di sana telah memeriahkan suasana. Keletah anak-anak yang menghujani orang kampung dengan pelbagai soalan, kemudian membacakan selawat/marhaban dan doa selamat sebelum beredar telah menyebabkan orang kampung sangat tersentuh hatinya.

Abang Jamil yang kami temui sedang menangkap ikan tilapia di dalam kolamnya menyerahkan lebih dari 200 ekor ikan tilapia kepada kami untuk makan malam. Tidak cukup dengan itu, isteri Abang Jamil yang mengusahakan kebun tebu pula menghantar 2 gelen besar air tebu asli yang baru dimesin untuk kami. Abang beliau yang juga berjiran turut mengirim sebakul rambutan untuk cuci mulut.

Perjalanan program turut menggembirakan Tok Wan dan Mak Tok sehingga berat untuk mereka melepaskan kami pulang. Aktiviti barbeque ikan tilapia pada malam hari, petik rambutan, mandi sungai yang terletak di belakang rumah Mak Tok, menebas belukar, membersihkan kawasan rumah dan banyak lagi menjadi aktiviti kami semasa di sana dapat menyumbangkan keceriaan buat mereka.

Warga Emas tidak meminta wang berjuta. Yang mereka mahukan adalah kemeriahan dalam berkasih sayang. Belum habis gembira itu, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada hari ketiga. Perjalanan pulang perlu dimulakan.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Felda Teloi Kanan, menziarah ibu dan bapa kepada salah seorang dari kami. Suasana sangat meriah, kami dijamu oleh bungkusan nasi-nasi lemak yang sangat enak. Hampir semua menambah bungkusan kedua nasi lemak itu.

Kami teruskan perjalanan pulang sambil menyinggah di Royal Belum dan menyaksikan kecantikan dan keindahan suasana di situ sebelum kami singgah untuk makan malam dan solat Maghrib & Isya secara jamak dan qasar.

KESIMPULAN

Ibarat sireh pulang ke gagang. Di bandar, mungkin tidak sekali dalam seminggu atau sebulan, di mana tapak kaki kita dapat menyentuh tanah, selaku asas kejadian kita. Semuanya sudah berturap atau berjubin. Oleh itu kita semakin jauh dari asal usul kejadian sendiri dan mudah lupa diri.

Pertanian dan ternakan desa, juga aliran sungai bersih yang tidak ada di bandar, membuatkan anak-anak kami meminatinya. Kerana itu, ke mana sahaja kami bawa mereka pergi, mereka akan bertanya ada sungai atau tidak? Jika ada, mereka akan berusaha membersihkannya lalu mandi manda menikmati kesegaran airnya. Malangnya kebanyakan sungai walau di mana sahaja sentiasa dicemari dengan pelbagai kotoran sisa buangan manusia yang amat menyedihkan.

Seperti biasa, pada penghujung setiap program, kami akan melakukan “Tahallul” (post-moterm) yang ringkas bagi mengambil pelajaran-pelajaran besar yang boleh dikutip dari program 3 hari yang akan berakhir itu. Alhamdulillah, ada terlampau banyak untuk diceritakan dalam program tahallul ringkas itu.

Masih terlampau banyak yang anak-anak catatkan untuk mereka kongsikan. Tak sempat untuk kami ceritakan kesemuanya. Kami hanya menganggarkan apa yang mereka pelajari dalam 3 hari secara ALAM (Program Sekolah Alam Prihatin) itu melebihi apa yang mereka dapat dengan cara QALAM (bilik darjah) selama 3 bulan bahkan lebih lagi.

Jika anda sukar nak fahami mengapa kami katakan ia begitu, cuba sahaja bayangkan jika anda masih ingat lagi apakah soalan-soalan matematik dalam kertas soalan akhir semasa anda dalam darjah 1? Kami sendiri pun tidak dapat mengingatinya. Tetapi jika ditanya kepada anda, apakah warna beg atau apakah jenama kasut sekolah yang anda pakai semasa darjah satu pasti anda akan ingatinya. Ada banyak yang dipelajari di dalam bilik darjah hilang dari fikiran anak-anak kami kerana tidak diperjalankan dalam bentuk ALAM yang memberi pengALAMan.

Jika anda masuk ke dewan peperiksaan dan anda ditanya soalan geografi tentang PETA NEGERI KEDAH, anda mungkin perlu menghafalnya untuk mampu menjawap peperiksaan itu. Anda mampu jawapnya dengan baik tetapi tidak pasti samada minggu-minggu selepas peperiksaan itu, anda masih mengingatinya. Tetapi anak-anak dalam Program Sekolah Alam Prihatin ini tidak menghafal peta sebaliknya menerokai alam menggunakan peta itu.

Sama juga dengan Islam, ada orang menghafaz Quran tetapi tidak pula memperjalankan perlaksanaan Al-Quran itu sendiri, bahkan ada yang tidak tahupun makna apa yang dihafazkan. Nabi Muhammad SAW ialah seorang pelaksana, dan perlaksanaan itulah yang Allah ambil kira. Apabila ia telah dilaksanakan, pastinya nabi mampu untuk bercerita tentang perlaksanaan itu dengan tepat dan yakin.

Itulah ringkasnya tentang PROGRAM SEKOLAH ALAM Prihatin yang akan terus kami jalankan sekerap yang boleh. Agak rugi anak-anak kami jika cutinya dihabiskan dengan tidur, menonton TV, menghadap tablet, permainan komputer, merayau dan pelbagai lagi.

Setiap anak ditanyakan dan berkongsikan pelajaran yang mereka kutip di sepanjang program ini dan itu adalah salah satu garisan yang membezakan samada mereka BERTEBARAN ataupun mereka BERKELIARAN. Di dalam Al-Quran sendiri menyatakan, Bertebaran untuk MENCARI KURNIA Allah tetapi berkeliaran MEMBUAT KEROSAKAN. Walaupun tindakannya nampak seperti sama, tetapi sistem DIPAN-DIPAN yang kami jalankan membuatkan anak-anak menjadi pemerhati yang kritis. Mereka juga kongsikan pelajaran masing-masing dengan sahabat yang lain. Boleh jadi anak ini nampak apa yang anak itu tidak nampak, lalu perkongsian begitu membuatkan ilmu itu berkembang.

Beralainan sekali dengan BERKELIARAN yang menggunakan tindakan yang serupa tetapi akhirnya ia tidak memberi apa-apa pelajaran kepada pelakunya.

InsyaAllah, program ini akan terus kami lanjutkan. Kami juga berharap tabung wakaf bas untuk unit yang kedua dapat segera dicukupkan, agar program seperti ini mampu dijalankan dengan kos yang lebih murah.

Rumusan Perjalanan
WARGA PRIHATIN

BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBUAT WAKAF BAS KEDUA sila baca perinciannya di pautan ini http://prihatin.net.my/2014/01/07/wakaf-bas-menunjang-program-pembelajaran-islam-sepanjang-hayat/

Minda Jumaat – Rahsia Kahfi 7

00 GUA 7MINDA JUMAAT – RAHSIA KAHFI 7Dajjal telah sangat berjaya melaksanakan misi mengaburi agama apabila rata-rata umat sudah tenggelam punca. Begitulah yang telah berlaku apabila Adam a.s. yang diketuai oleh Syaitan di Syurga dahulunya sudah tidak lagi kenal nama-nama. Akhirnya KHULDI, buah syurga yang terlarang telah dimakan baginda. Semuanya disebabkan kekeliruan dari segi nama dan hakikat buah yang sebenarnya.

Adam tersilap lalu dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke dunia nyata untuk memahami semula segala yang sudah tidak dikenali selama ini. Langkah pertama di dunia untuk Adam ialah belajar dan diajarkan Allah tentang nama-nama. Proses pemberian dan penerimaan ilmu itu dipanggil TALAQQI (QS 2:37)

Begitulah juga keadaan kita yang telah dihadiahkan Rasulullah saw dengan hazanah syurga berupa ilmu yang terang dan nyata sebelumnya, namun kini jahil semula. Banyak maklumat dan pedoman agama yang hanya kita mampu baca pada teks, namun kita jahil dari segi konteksnya. Pelbagai istilah yang bermain di bibir setiap hari sebenarnya tidak kita ketahui secara tepat dalam konteks kehidupan seharian.

Hari ini ingin kami kongsikan dapatan kajiselidik kami tentang beberapa istilah yang terdapat dalam surah kahfi.

MENGENALI FALSAFAH TALAQQI, LADUNI DAN MURSYID

Sering kita dimomokkan dengan istilah pencarian ilmu yang dipanggil LADUNI. Kemudian kita disaran agar belajar dengan guru MURSYID. Malangnya ramai yang tidak mengetahui dengan jelas apakah konteks sebenar dari istilah-istilah itu.

Ilmu LADUNI ialah ilmu yang dikatakan didapati melalui kaedah semula jadi. Ia didapati dalam bentuk pemerhatian yang panjang dan berulang-ulang oleh mereka yang merendah diri dan fokus terhadap tabiat alam dan manusia. Ia diperolehi secara praktikal atau pembacaan (iqra’/kajian) ayat kasar secara objektif dan konteks, bukan dalam bentuk penceritaan atau tulisan berhuruf (teks).

ILMU juga boleh didapati dan diturunkan melalui proses TALAQQI (pemberian/penerimaan). Inilah juga kaedah pembelajaran orang dulu-dulu di mana para guru adalah insan yang banyak meneliti tabiat alam maya dan manusia. Itulah guru yang mampu menjelaskan kepada muridnya dengan jelas lalu ia dipanggil guru MURSYID, yang mampu menunjuk/menjelaskan dengan jelas.

Inilah hakikat penjelasan tentang kefahaman segala persoalan ilmiah dalam kehidupan yang tidak boleh dicabar oleh orang yang hanya sekadar membaca teks sahaja tanpa meneliti konteks.

Pepatah inggeris mengatakan “you read you know, you do you remember”. Contoh adalah perbezaan yang sangat ketara apabila kita mendapat penjelasan dari orang yang membaca ‘TULISAN LEMBU’ dalam quran, berbanding dengan orang yang setiap hari ‘MENGGEMBALA LEMBU’ di lapangan. Kefahaman tentang lembu itu didapati melalui proses secara LADUNI oleh GURU MURSYID.

MEMAHAMI HAKIKAT HAMBA, TABIAT DAN ASBAB

Hari ini terlalu banyak bahan bacaan, terlalu ramai bijak pandai yang fasih berceramah dan berhujjah dengan lidah dan mata pena. Malangnya kebanyakan ilmuan bergerak sendiri tanpa rumusan secara berjemaah, bahkan tanpa keluar meneliti alam buat mengesahkan kebenaran maklumat dari teks yang dibaca dan dijadikan bahan ceramah. Akibatnya banyak percanggahan isi ceramah atau buku berbanding tabiat alam dalam konteks yang sebenar.

Sementara itu tidak ramai ilmuan yang berbuat seperti guru mursyid zaman dahulu di mana mereka sendiri memperhambakan diri kepada alam dengan ikut meneliti serta mengalami asbab dan tabiat alam. Oleh itu, dalam keadaan umat sudah kembali jahil ini, kita tiada pilihan melainkan harus rajin kembali mencari bukti kebenaran melalui proses penelitian alam dan pembacaan ayat kasar.

Bermula dari ayat 60 dalam surah al-Kahfi, ingin kami petik kisah pengalaman pembelajaran dari Nabi Musa a.s. dalam konteks LADUNI dan guru MURSYID.

Pertamanya ingin kami ajak pembaca meneliti kisah bagaimana Musa a.s. berkelana, berjalan bersama pengikutnya sehingga bertemunya dua lautan, bagaimana baginda mengalami kehilangan ikan sewaktu berehat. Kemudian dikisahkan pula bagaimana baginda bertemu dan belajar dari hamba yang diriwayatkan bernama Hidhir. Itu tidak termasuk penerimaan ilmu melalui pengalaman bekerja dengan bapa mertuanya Syuaib a.s., bertalaqqi secara langsung dengan Allah, belajar dari kepetahan Harun a.s. dan sebagainya.

Dalam ayat seterusnya dikisahkan pula bagaimana Zulkarnain berjalan meneliti ASBAB dalam membantu umat menangani ancaman Yakjuj dan Makjuj, meneliti matahari yang terbenam di lautan berlumpur hitam dan berjalan lagi sehingga bertemu tempat matahari terbit. Falsafah di sebalik misal ini akan kami kongsikan di siri lain insyaAllah.

65. Lalu mereka bertemu dengan seorang HAMBA di antara HAMBA-HAMBA Kami, yang telah Kami berikan kepadanya RAHMAT (ilmu) dari sisi Kami (LADUNI), dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami

66. Musa berkata kepadanya (Khidhr): “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar (RASHID) di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?”

67. Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup SABAR bersama aku.

78. Khidhr berkata: “INILAH PERPISAHAN antara aku dengan kamu; kelak akan kuberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu TIDAK DAPAT SABAR terhadapnya.

84. Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya ASBAB segala sesuatu,

85. maka diapun menempuh suatu ASBAB/SEBAB (ayat yang berulang-ulang dalam kisah Zulkarnain).

Dari ayat 65 dan 66 sila perhatikan juga harfiahnya di gambar hiasan. Apa yang ingin kami kongsikan ialah kata kunci LADUNI, HAMBA, MURSYID, ASBAB, SABAR dan IKUTI / BERJALAN / TABIAT.

KESIMPULAN


Untuk mendapat ilmu dan kefahaman yang tepat, kita harus banyak merendah dan MEMPERHAMBAKAN DIRI kepada Allah melalui perlaksanaan. Kita harus banyak berjalan dan meniti asbab musabbab, agar dapat menghayati KONTEKS SEBENAR tentang tabiat alam dan manusia. Proses ini mampu menjelaskan dan mengesahkan kefahaman apa saja yang kita baca dari teks.
Segala kekalutan hidup yang kita alami sekarang adalah hasil kerjabuat kita sendiri. SEMUANYA akibat kejahilan kita yang teterlaluan. Cara Allah menolong kita hanyalah dengan membuang kejahilan itu. Itulah ilmu, itulah hidayah yang kita pohon HANYA dari Allah sebagai penolong kita. Kita baca pengakuan itu 17 kali sehari dalam Fatihah semasa solat. Kerana itu juga Allah perintahkan kita agar sentiasa sabar dan khusyuk untuk mendapatkan hidayah itu. Namun itu amat sukar kita lakukan.

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’”- QS 2:45

Jelaslah untuk mendapatkan semua ilmu dan petunjuk yang bakal menolong kita dari kekalutan hidup ini kita harus SABAR. Tanpa kesabaran itu kita akan gagal dalam pencarian ilmu. Tanpa ilmu dan petunjuk yang tepat maka segala permasalahan hidup kita selama ini akan tidak tertolong dek kerana kejahilan kita yang berpanjangan.

Inilah serba sedikit disiplin yang ingin kami kongsikan dalam pencarian ilmu yang telah sekian lama hilang dari pegangan umat Islam ketika ini. Semuga kita semua mampu menghayati dan sama-sama ikut mencuba, menghambakan diri dengan rendah hati untuk meneliti.

Ambillah pelajaran dari proses pembelajaran yang dilalui oleh Nabi Musa a.s.. Haidir yang dikatakan Guru Mursyid itu adalah dari GOLONGAN HAMBA yang mendapat ilmu secara LADUNI, secara semulajadi langsung dari Allah, melalui perlaksanaan dan penelitian alam. Guru terbaik ini BERSIFAT HAMBA, tiada nama, pangkat dan harta namun amat fokus dan penuh siyyasah yang strategik, bukan seperti ciri guru-guru hebat yang selama ini kita sangka.

Ilmu itu bersifat seperti air YANG PERLU DITADAH dan yang mengalir mengikut graviti. Ia tidak akan mengalir dari bawah ke atas. Oleh itu kita harus belajar merendah diri dalam menuntut ilmu. Sediakan bekas yang bersih dan kosong untuk menadah ilmu yang bersih.

Selagi kita masih merasakan kita sudah berilmu, berpenyakit hati, keras kepala, suka membantah dan tidak sabar, maka segala rahmat ilmu dari Allah akan terhenti dant terputus. Kekallah kita menjadi golongan yang rugi dan sengsara dengan pelbagai salah laku yang membinasakan. Amal harian kita bakal dipenuhi dengan angan-angan kosong dan fatamorgana selamanya.

Koncakan Minda pagi Jumaat
WARGA PRIHATIN

Perumpamaan Lalat Dalam Pengurusan Organisasi

00 lalat
PERUMPAMAAN LALAT DALAM PENGURUSAN ORGANISASISelagi kita hidup, kita cuma ada dua pilihan. Pertama ialah hidup dengan sumber wahyu Allah yang segar lagi menyegarkan, sejahtera lagi mensejahterakan serta tenang lagi menenangkan. Pilihan kedua ialah bersumberkan regim (fahaman jahat) syaitan yang sesat lagi menyesatkan, resah lagi meresahkan dan panas lagi memanaskan. Jika anda tidak bertakwuz dari regim syaitan, maka jangan harap anda akan mendapat hidayah Allah.

QS: 16. An Nahl 98. “Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan DENGAN ALLAH dari REGIM SYAITAN”.

Merujuk kepada pengalaman Pengurusan Tabiat Organisasi (Organizational Behavioral Management – OBM) suka kami kongsikan beberapa cabaran di dalamnya. Antaranya ialah bagaimana tabiat ahli sesebuah organisasi yang mampu menggugat keutuhan organisasi tersebut. Tabiat yang ingin kami kaitkan ini ada kaitan dengan perumpamaan lalat dan nyamuk yang telah Allah nukilkan dalam alquran dengan unik sekali.

Sebelum ini telah kami rencanakan tabiat hebat jemaah lebah dan tabiat buruk labah-labah (laba-laba). Kali ini ingin kami huraikan tabiat lalat pula. Jika alquran diturunkan untuk memperbaiki akhlak, tentunya segala maklumat dan petunjuk yang telah Allah nukilkan dalam quran adalah terkait dengan pedoman memperbaiki akhlak, termasuklah perumpamaan yang telah Allah berikan tentang lalat ini.

http://prihatin.net.my/2013/12/18/mengapa-kita-menganut-islam/

http://prihatin.net.my/2013/08/26/jihad-dengan-al-quran-bahagian-4-jihad-ilmu-lebih-utama-dari-bertumpah-darah/

TABIAT LALAT DAN PELAJARANNYA DALAM PENGURUSAN ORGANISASI

Lalat dikenalpasti sebagai serangga yang memudaratkan. Ia suka kepada segala benda yang busuk, hanyir dan berbau. Ia bergerak secara berjemaah dan membiak dengan cepat melalui telur dan ulat (maggot) yang turut memudaratkan atau merosak sumber yang di hurungnya.

Seperti ilustrasi gambar hiasan, anda dapat lihat jika lalat menghurung luka atau kudis, ia akan bertelur dan menjadikan kudis itu berulat (maggot wound). Jika ia hinggap pada buah, terutamanya yang berair (juicy) ia akan menyebabkan buah itu busuk. Jika ia hurung bunga sekalipun, akan menjadikan bunga yang indah itu menjadi bertompok-tompok dan huduh. Jika lalat hinggap pada makanan, ia akan jadi kotor dan berpenyakit.

Dari segi rumah, lalat hidup berkeliaran tanpa sarang atau rumah. Ia berbeza dari tabiah lebah yang membina rapi srangnya maupun labah-labah yang berumah dalam sarang perangkap mangsanya.

Sebagai manusia, perumpamaan ini terkait dengan perangai individu yang bersatu dengan tabiat lalat ini tidak bijak memilih sumber kehidupan. Jika sifat pemurahnya Allah kepada kita ialah atas dasar pemberian wahyu dan hidayah, maka sumber yang terkait dengan sifat lalat ini ialah sumber ilmu dan berita/hujjah. Kerana itu ayat ini dimusyhafkan dalam surah Haji (Hujjah).

Ringkasnya, orang yang tidak bijak akan suka menghurung berita/hujjah yang busuk dan tidak keruan. Mereka ini turut membawa mulut dan bertelur merata untuk membiakkan komuniti sepertinya. Jenis ahli seperti ini akan merosakkan organisasi.

Ada pula tabiat ahli yang suka mencetuskan sesuatu berita yang busuk dan hanyir untuk memanggil manusia lalat. Berita sebegini adalah satu kefasikan yang tidak berasas. Pencetus itu sendiri tahu pasti bahawa dia sedang melakukan kejahatan dan kedengkian. Mereka tahu yang usaha mereka tidak boleh pergi jauh dan satu hari pasti kefasikan dan kerja bodoh mereka akan diketahui umum, namun dilakukan juga demi mengikuti hawa nafsu jahat mereka.

Itulah penyakit hati yang telah menjadi darah daging seorang manusia yang malang. Tabiat perosak sesebuah organisasi ini dipanggil WASWIS (pembicaraan rahsia) mengikut bahasa alquran.

“Sesungguhnya PEMBICARAAN RAHSIA ITU ADALAH DARI SYAITAN, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal” – QS 58 Al-Mujaadilah (wanita yang menggugat): ayat10.

Bagaimana caranya Allah tidak mengizinkan tabiat WASWIS ibarat lalat dan nyamuk ini merosak orang yang beriman? Iaitu dengan memesan orang mukmin agar bertakwuz, menolak fahaman jahat dan merahmati mereka dengan rahmat hidayah yang sangat indah dan meyakinkan.

BAGAIMANA MENGELAKKAN GEJALA LALAT

Secara muhkamat, kita boleh menghalau lalat dengan cara membersihkan kawasan atau persekitaran kita dari segala bahan atau benda yang busuk dan hanyir yang dikenal pasti menarik perhatian lalat. Keduanya kita boleh bunuh terus lalat-lalat itu dengan penyembur lalat atau membuat jaringan bagi menyekat kehadiran lalat itu sendiri.

Secara mutasyabihat dalam pengurusan sesebuah organisasi, kita harus sentiasa memerhati dan mengenalpasti serta membersihkan organisasi kita dari pencetus kerosakan ini. Keduanya, kita singkirkan mereka yang tidak berprinsip dan terus terusan suka berjemaah dengan komuniti lalat ini.

Telah Allah jelaskan bahawa orang yang berakal dan bersih hatinya pasti boleh mengenal unsur fitnah yang Allah ibaratkan sebagai memakan daging saudara yang sudah busuk ini. Selaku ketua atau penanggungjawab organisasi anda harus tegas dan berani bertindak tanpa kompromi dengan kedua dua golongan ini. SAMA sahaja bahayanya bahan yang busuk yang menjadi tarikan lalat atau lalat yang menghurung itu sendiri.

Inilah nasihat yang kami berikan apabila kami dirujuk untuk menangani masalah perpecahan sesebuah organisasi yang berpunca dari tabiat gossip, fitnah dan WASWIS yang meruntuhkan ini.

Perhatikan beberapa ayat dari Surah 47 Muhammad (Golongan Terpuji) ini.

29. Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka ?

30. Dan kalau Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu.

31. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan hal ihwalmu.

35. Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah pun bersamamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi pahala amal-amalmu.

36. Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.

KESIMPULAN:

Dari sudut agama, ini hanya sedikit dari begitu banyak ayat ayat Allah yang menegaskan betapa kita harus bijak menilai ilmu/berita/maklumat dan pembawanya. Tidak susah untuk menilai kebenaran dan ketulinan ilmu/berita jika hati kita bersih dan sungguh-sungguh ingin mendekatkan diri kepada Allah. Selama ini kita tidak kenal Dajjal dan Syaitan, kerana itu kita gagal menjauhinya bahkan suka berkawan dengannya. Tidaklah Nabi katakan yang Dajjal itu boleh masuk ke rumah-rumah kita jika tidak kerana kejahilan kita mengenali tabiatnya.

Jadilah lebah yang bijak memilih sumber, tidak merosak bunga, membantu pendebungaan, bekerja dengan mematuhi aturan dan arahan ratu/ketua. Lebah cermat memainkan peranan masing-masing, bekerja untuk jemaah dan secara berjemaah, menghasilkan madu yang berhasiat, memberi tenaga dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

Janganlah kita jadi seperti lalat yang menyukai benda busuk dan hanyir, menghurung apa sahaja sumber busuk tanpa usul periksa. Lalat bertelur merata-rata menghasilkan ulat yang merosak substance / sumber dengan liurnya.

Jangan juga jadi seperti laba-laba yang bersifat individualistik. Memerangkap mangsa dengan jaringnya, semata-mata untuk santapan peribadi dengan menyedut mangsa tanpa merubah bentuk asalnya. Licik dan rakus sungguh tabiat laba-laba.

Binalah Keutuhan Rumah tangga atau organisasi dengan pautan SATU DAHAN yang kukuh seperti lebah. BERJEMAAH dengan patuh dan teratur mengikut aturan pengatur/sang ratu dalam gerak kerja mencari sumber madu dari bunga yang indah dan murni.

Janganlah tiru struktur rumah labah-labah yang terdedah dan berserabut lemah. Rumah yang hanya berfungsi memerangkap dengan binaan jaringan yang memaut lemah apa saja dahan dan ranting di sekitarnya. Rumah laba-laba ini bersifat sementara sahaja, lepas dapat makanan ia suka-suka berpindah dan membuat perangkap baru pula.

Paling penting sekali ialah pesanan agar tidak sekali-kali mengikut perangai lalat yang sentiasa berkeliaran TANPA RUMAH. Tiada sumber ilmu dan hidayah yang bertunjangkan siyyasah.

Selamat Tahun Baru 2014 dari kami.

Perkongsian Santai OBM
WARGA PRIHATIN

Sains Kahfi 6 – KEMBALIKAN FUNGSI MASJID DALAM KHARIAH DAN RUMAHTANGGA

00 gua 6.jpeg smallSains Kahfi 6 – KEMBALIKAN FUNGSI MASJID DALAM KHARIAH DAN RUMAHTANGGA

Antara rukun fe’li yang paling penting dalam solat ialah sujud, iaitu tanda penyerahan dan pengabdian seorang hamba. Tempat atau rumah tempat sujud ini dipanggil masjid. Itulah hakikat kepatuhan perlaksanaan segala ketetapan yang telah ditetapkan dalam al-kitab (quran). Itulah dia IBADAH, yang datang dari kata pokok ABDI, perlaksanaan yang menggambarkan PENGABDIAN seorang HAMBA tanpa dakwa dakwi.

PERANAN MASJID atau rumah peribadatan ini sangat besar bagi pembangunan peradaban umat Islam. Ceramah seorang ustaz di TV al-Hijrah baru-baru ini menjelaskan bahawa peranan MASJID di zaman Rasulullah SAW adalah ibarat sebuah universiti. Maknanya masjid adalah tempat pengembangan dan penyebaran ilmu dan maklumat yang sangat meluas.

Sesuai dengan maksud itu, harus kita renung dan tadabbur semula hadis yang menyatakan “Solat itu Doa”. Bahkan dalam surah at-Taubah ayat 103, semua naskah terjemahan menterjemahkan kalimah “WASOLLI ALAIHIM” itu sebagai “MENDOALAH” bukan “SOLATLAH ATAS MEREKA”. Sangat bertepatan dengan makna DOA itu sebagai seru, DAKWAH itu menyeru, DA’IE itu pendakwah/penyeru. Marilah kita realisasikan hakikat solat itu doa sebagai wadah aqimuddin yang membangun ummah di setiap jumaat.

Dalam proses pendidikan atau tarbiah ummat di masjid ini, apa yang penting ialah peranan murobbi (rabb) yang berilmu untuk mendakwahkan dan menyampaikan ilmu. Itulah proses menghubungkan (mensilah) ilmu Allah dan wasiat rasul kepada ummat. Proses inilah yang menjamin ketahanan dan pertambahan progres pembangunan ummat yang telah sekian lama hibernasi Islamnya ini.

APA SITUASI MASJID KITA HARI INI?

Jangan malu untuk mengakui bahawa masjid kita sudah tidak begitu bermanfaat dalam proses mempertahankan akidah dan menggembeling usaha pembangunan ummat. Beberapa kerat dari kalangan kita berulang alik untuk solat lima waktu dengan sekadar melakunkan ritual rukun fe’li dan qauli solat yang sama setiap hari di masjid. Semuanya di ulang tanpa penghayatan apa yang dilakunkan dan apa yang dibaca. Majoriti musollin tidak tahupun apa yang mereka baca. Inilah yang Allah katakan dalam surah annisa’ 43 “..jangan kamu solat dalam keadaan mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu kata..”

Di hari jumaat pula, kita hanya hadir untuk berkumpul setiap minggu mencari tiang masjid menyandarkan tubuh untuk lena, bukan khusyuk mendengar khutbah. Yang tidak dapat tiang akan menundukkan kepala dan badan sehingga tersungkur sujud sambil duduk menghirup air liur yang meleleh ke kaki akibat khusyuknya lena. Kita sedar untuk terpinga-pinga bangkit solat pun kerana dikejut orang sebelah.

Imam yang membacakan surah dalam solat juga ramai yang tidak tahu apa yang dia baca. Pilihan imam bagi kita ialah yang pandai menghafal dan melagukan bacaan sahaja. Khatib yang membacakan khutbah juga jauh berbeza. Mereka membacakan khutbah, bukan berkhutbah. Maksudnya, mereka hanya mengikut sahaja apa yang ditulis oleh Majlis agama atau sesetengah masjid mengikut teks dari ketua parti mereka. Seharusnya mereka mentausiahkan juga hal ehwal semasa masyarakat setempat dalam khariah mereka, yang telah mereka syurokan bersama majlis syuro di khariah itu.

Selebihnya masjid hanya menjadi tempat kita mencari pahala, meletakkan pisang di tangga untuk sajian orang ramai. Ummat pula berebut datang awal untuk mengambil peluang. Ada yang awal awal lagi sudah ambil beberapa sisir pisang untuk dipunggah dan diletakkan dalam raga motor buat sajian keluarga di rumah.

Sekali sekala kita himpun manusia mendengar ceramah Maulidurrasul, Awal Muharram, Israk Mikraj, sembahyang raya, menikahkan pasangan, bersunat dan sebagainya. Jelaslah peranan masjid yang sebegitu besar dan penting untuk mendidik dan menyedarkan manusia sudah lama berakhir. Inilah salah satu dari tanda berakhirnya zaman kegemilangan Islam. Berikut telah nabi SAW sabdakan,

Akan datang pada manusia suatu zaman, ketika itu Islam tidak tinggal kecuali namanya, alqur’an tidak tinggal kecuali tulisan (resam) nya, masjid-masjid indah/megah namun kosong dari petunjuk, ulamanya termasuk orang paling jelek yang berada dibawah kolong langit , karena dari meraka timbul beberapa fitnah dan akan kembali semula (fitnah itu) padanya (H.R. Baihaqi Dari Ali R.A)

Surah 9. At Taubah

107. Dan ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan, untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka Sesungguhnya bersumpah: “Kami tidak menghendaki selain kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta.

108. Janganlah kamu berdiri/sembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. Sesungguh- nya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. Di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.

MASJID RUMAH TANGGA

Rumahtangga ibarat sebuah masjid juga. Kerana itu pasangan yang berkahwin kita katakan bakal mendirikan masjid. Namun situasinya kini sama sahaja. Rumah dan rumahtangga sudah tidak lagi disusun untuk memupuk fungsi sujud dengan tersusun. Ia tidak lagi menggambarkan sebuah masjid, yang terdapat taman raudhah tempat warga berdipan-dipan dan mimbar tempat murobbi atau imam mentaklimkan warganya.

Dalam ayat 21 al-Kahfi dijelaskan bahawa murobbi (rabb) dalam keluarga atau masyarakat harus tahu hal ehwal dan setiap urusan ahlinya. Namun ini tidak lagi berlaku dalam keluarga moden kita. Seorang suami sudah tidak tahu apa urusan isterinya, terutama isteri yang bekerja. Apatahlagi yang lebih tinggi pangkat dari suaminya. Hari ini seorang bapa juga kurang tahu atau tidak ambil tahu urusan anak-anaknya. Anak-anak juga tidak lagi sudi untuk berkongsi urusan mereka dengan ibu bapa mereka.

Jika Murobbi sudah tidak berilmu, tentu dia tidak lagi mampu memimpin atau mengimami ahli keluarganya. Ahli yang tidak dipandu oleh imam yang mantap selaku bapa hukum (ABAL HAKAM) pasti akan menjadi haru biru dan tidak tentu hala tuju. Maka masing-masing akan hidup mengikut kemahuan sendiri lalu banyaklah berlaku perselisihan dan perbalahan, sepertimana ayat al-Kahfi 21 itu. Ini pasti akan mewujudkan situasi neraka, menafikan hakikat rumahku syurga ku.

Ahli yang tidak terdidik tidak akan tahu bagaimana dan apa yang harus diruku’ dan sujudkan, apa yang harus di taati dan patuhi. Anak dan isteri akan hidup dengan haluan sendiri, tidak patuh dan sujud pada arahan ayah atau suami. Inilah hakikat keluarga yang tonggang terbalik, keluarga 69.

Doa anak-anak untuk arwah bapa/ibu mereka akan berbunyi .. “KAMA ROBBAYANA SOGHIIRO” (sebagaimana mereka menjaga/mendidik/mengatur kami waktu kecil). Jika sebagai MUROBBI (pengatur/rabb) anak-anak itu kita tidak gali ilmu untuk mentarbiah/mentaklimkan/mendidik/mengatur anak anak kita, maka akan adakah anak yang tahu mendoakan kita kelak? Ayuh fikirkan.

RUMAHKU SYURGAKU

Suasana syurga adalah bilamana ahli-ahlinya hidup damai, tenang jiwanya kerana setiap diri ada rujukan dan peraturan, masing-masing patuh dan mengikutinya dengan ridha. Jelaslah bahawa syurga itu terbentuk apabila ada seorang murobbi (rabb) yang mampu mendidik dan mengatur jemaah ahlinya dengan rujukan yang mantap. Segalanya terpapar jelas dalam ayat berikut,

Al-Fajr Ayat 27
يأيتها Wahai
النفس Jiwa /diri
المطمئنة Yang tenang
Al-Fajr Ayat 28
ارجعي Merujuklah (kembali)
إلى Kepada
ربك Rabb mu
راضية (Dengan) keridhoan
مرضية Di ridhai

Al-Fajr Ayat 29
فادخلي Maka masuklah
في Dalam
عبدي Hamba-Ku (jemaah)

Al-Fajr Ayat 30
وادخلي Dan/demi masuklah
جنتي Surga-Ku

SERUAN KHAS JUMAAT INI

Mari kembalikan semula fungsi masjid dalam khariah kita agar benar-benar menjadi tempat sujud, agar benar-benar menjadi tempat solat, tempat menyeru seruan agama yang membangun DIEN (aqimuddin).

Pastikan imam, murobbi, daie masyarakat dan keluarga kita tahu akan urusan setiap ahlinya. Dalam khutbah jumaat pula, jika sekalipun ada mesej dari atas, ibarat hujan dari langit yang harus dibacakan, janganlah sampai mengabaikan tanggungjawab untuk mentausiahkan urusan perigi, maklumat dari bumi bawahan untuk dikongsikan melalui mimbar. Tausiahkanlah perkembangan isu serta masalah setempat juga.

Para imam/wali untuk masjid rumahtangga juga tidak kurang penting peranannya. Keluarlah mencari ilmu parenting Islam yang sebenar agar dapat mengimami keluarga dengan jelas. Dengan ilmu yang hak itu sahaja ahli keluarga boleh diatur dengan yakin dan sempurna.

“Benar sungguh-sungguh pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik”. Setiap para bapa dalam masjid rumahtangga dan imam dalam masjid khariah hendaklah menunjukkan uswah yang baik dalam melaksanakan segala isi tausiah dan tarbiah mereka. Janganlah pula jadi ketam yang menyuruh anaknya berjalan dengan betul.

Minda Jumaat
WARGA PRIHATIN

Mengapa Kita Menganut Islam

00 sunnah lebahMENGAPA KITA MENGANUT ISLAM?
Berita skandal Awang Hitam dalam buletin utama malam tadi amat menyedihkan. Selamba saja wanita Melayu diserbu, tinggal bersama pemuda-pemuda Negro dalam sebuah rumah. Tidak serik-serik gadis kita jadi mangsa penipuan internet, menjadi keldai dadah, menyerah duit untuk membeli cinta bahkan menghalalkan tubuh untuk diratah Negro beramai-ramai. Hebat sekali sembahan nafsu seks wanita kita. Anak sendiri sanggup dibiar diperkosa, bahkan dibunuh oleh ‘teman lelaki Awang hitam’ mereka. Cerita seorang wanita melayu duduk serumah dengan ramai bujang sudah tidak lalu kita nak singkap.Terjentik dalam dipan-dipan kami persoalan ini, apabila kita yang mewarisi agama Islam ini seakan hilang taring keIslamannya. Kami perhatikan segala kerosakan dan gejala umat Islam yang mengaku Islam dan berpakaian macam Islam tetapi kebejatan tetap berlaku di depan mata. Setiap pagi, ada saja berita buang bayi disajikan, gejala zina dan kes rogol yang rela mahupun paksa. Pelacuran di kalangan ahli keluarga, malah meruntuhkan nilai Islam sehingga dipijak tanpa harga pada seorang yang namanya berBIN dan BINTI. Hanya itulah pengenalan yang menjadi petunjuk KEISLAMAN kita hari ini. Islam hanya di atas kad pengenalan!

KEMBALI KEPADA QURAN DAN SUNNAH

Kami dihujani pelbagai persoalan untuk mencari jalan keluar. Ramai meminta petunjuk sinar harapan yang ada pada kami. Tiada kaedah dan jawapan mudah melainkan merujuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Hanya di dalam Al-quran sahaja yang menyediakan jawapan dan tanda aras samada masih Islamkah kita pada hari ini? Apakah nilai Islam pada kita? Adakah Iman dalam jiwa kita lagi? Al-quranlah satu-satunya yang JUJUR memberikan jawapan, tidak bias dan kekal asli untuk menjadi pembeda antara yang haq dan batil.

Sebelum kita menuding jari pada orang lain, perhatikan sendiri diri kita. Kita sering bergaduh dan berkelahi dalam persoalan ranting tetapi memandang remeh dalam persoalan asas yakni akar dan pokok. Persoalan yang paling besar yang perlu kita jawab, apakah kita berpegang teguh kepada asas rujukan sebenar kita yakni al-Quran dan as-Sunnah? Ramai yang mengangguk tahu tentang itu, namun berapa ramai yang sedar akan kepentingan 2 perkara itu. Al-quran masih disimpan dalam almari, tidak disentuh malah dipandang sebelah mata. Berbeza benar dengan selera menghadap televisyen sampai terbeliak dua biji mata.

Untuk percaya atau tidak, sila kaji selidik ummat Islam hari ini. Antara 100 orang di dalam satu fokus group, berapa ramai yang tahu kandungan ayat al-Quran? Berapa ramai yang celik dengan susunan ayat al-Quran? Ayat al-Quran terbahagi kepada berapa golongan? Persoalan-persoalan ini cukup untuk memberi kita satu jawapan. Silapnya ummat Islam hari ini ialah MENGABAIKAN AL-QURAN! 30 buah buku untuk menjawab soalan peperiksaan mampu dihabiskan dalam satu semester, tapi nak menghabiskan 1 kitab al-quran terjemahan boleh jadi seumur hidup! Itupun terlalu ramai juga yang sampai mati tidak habis pun membaca terjemahan quran untuk memahaminya.

Secara terbuka kami minta pembaca mulakan dengan membaca terjemahan alquran dahulu apabila mereka banyak bertanya apa saja formula kehidupan. Kemudian baru kami mudah menjelaskan susurgalur jalan keluar penyelesai masalah mereka. Ironinya, ramai yang kembali mengadu, tidak sampai 3 hari mereka mula istiqomah membaca al-quran terjemahan, mereka sudah di cop sesat. Lebih menyedihkan lagi, ibu bapa sendiri yang tidak tahu hujung pangkal turut merasakan kebimbangan itu sebaik saja perasan mereka mengisi ruang masa dengan khusyuk membaca quran. Padahal mereka hanya berusaha mencari cahaya bagaimana nak membina diri serta keluarga ikut sunnah dan aturan Allah.

MENGAPA TELAHAN SESAT INI TERJADI? Pastinya kerana habit kita sudah sangat berlainan dengan mereka yang mengatakan kita sesat. Mereka sudah terbiasa hidup tanpa al-Quran. Tentunya yang tidak membaca petunjuk itulah yang sesat bukan? Jadi bila anak mereka mula baca Quran, itu dilihat sesat kerana ia jadi pelik dan luar biasa bagi mereka. Cuma bagi kami sesat begini adalah kesesatan yang bagus, kerana yang mengatakan kita sesat adalah orang yang tersesat. Mana mungkin orang yang berjalan membaca petunjuk dikatakan sesat oleh orang yang sedang meraba-raba? (QS 68:1-13)

Untuk merealisasikan ikrar kita yang kononnya mahu ikut al-Quran dan sunnah, pastinya kita harus fahami dahulu, baru nampak kesungguhannya. Bagaimana nak ikut quran dan sunnah, mahu jadi ahli sunnah dan berjemaah jika sunnah besar nabi yakni membaca dan mengikut petunjuk quran itu kita tidak ikut?

Paling menyedihkan ialah, bila ditanya kepada pengadu yang ingin tahu rahsia kesejahteraan keluarga kami ini, siapa yang suruh mereka baca quran, lalu dijawab Prihatin. Serta merta mereka kata Prihatin itu sesat. Padahal kami cuma minta dia beli dan baca saja. Kami belum kenal pun dia dan beliau tidak pernah datang jumpa kami pun. Dari mana datangnya keputusan itu? Inilah masalah kita, memutuskan tanpa ilmu.

Surah 55, Ar-Rahman adalah surah yang menjelaskan bagaimana pemurahnya Allah, mengajarkan kita al-quran. Berulang-ulang kali Allah peringatkan kepada kita akan nikmat Allah yang mana lagi harus kita dustakan? Pastinya nikmat paling besar kita dustakan ialah al-Quran itu sendiri.

Berjalanlah kita di atas muka bumi dan perhatikanlah sekeliling kita hari ini. Apakah hasil yang kita lalui akibat dari tindakan kita mendustakan ayat-ayat Allah? Berapa banyak jenayah yang berlaku dalam masyarakat? Kerosakan akhlak anak-anak berlaku di merata-rata tempat. Masjid sendiri sudah tidak disucikan, tanpa segan boleh jadi tempat mencuri, menghisap dadah, jadi sarang melepas nafsu serakah. Di situ jugalah anak hasil zina dibuang. Sesungguhnya manusia itu memang sudah seperti binatang, bahkan lebih teruk dari itu! (QS: 7/179)

JADILAH SEPERTI LEBAH, JAUHI LABA-LABAH

Al-Quran dijadikan sebagai petujuk kepada umat manusia tentang kebenaran dan kebatilan. Ia juga terkandung bukti supaya dapat kita membezakan baik dan buruknya. Kita diciptakan oleh Allah untuk mengikut petunjuk yang diberikan dalam Al-Quran. Jika kita tidak membaca Al-Quran bagaimana hendak mengetahui petunjuk dan bukti yang diberi? Bagaimana pula kita hendak membezakan yang haq dan batil?

Dah jumpa dimana letaknya naskah terjemahan Al-Quran anda saat ini? Atau anda belum beli lagi? Belum install lagi dalam komputer dan smartfone anda? Memory dah penuh dengan lagu?

Tuhan tidak menciptakan manusia dengan sia-sia. Ada fungsi dan tugas kita sebagai hamba. Jika kita masih bermegah di atas dunia, nyatalah kita masih belum mengaku diri sebagai hamba. Tugas hamba adalah patuh kepada tuannya. Jika tidak patuh maka murkalah tuan punya hamba.

Fungsi kita di dunia ini sudah terbalik. Kita lupa siapa Allah sebagai PENGATUR. Kita terjerat, menjadi mangsa sistem hidup dan ekonomi aturan YAHUDI. Itulah cara labah-labah. Ia meletakkan sarangnya seluruh dunia. Kitalah mangsanya yang terperangkap tanpa mampu berbuat apa-apa. Rupa kita masih sama, tapi dalaman kita sudah rompong disedut mereka.

Kita hanya membuta tuli mengikut aturan mereka, HAMBA kepada sistem mereka. Kita bekerja dan hidup 24 jam dengan agenda pembodohan manusia untuk sujud patuh pada HARTA, WANITA dan PANGKAT DUNIA. Kita langsung menjauhi niai Islam yang sebenar. Hilang agama, hilang JEMAAH, malah pohon tauhid kita langsung ditebas, diracun akarnya supaya kita hilang arah mencari diri kenapa dan bagaimana kita harus jadi MUSLIM!

APA CIRI LEBAH?

Lebah, hanyalah serangga. Besar manalah sangat saiz seekor lebah, jika hendak dibandingkan dengan kita manusia, yang Allah telah lantik untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Hebatnya serangga kecil ini kerana cara hidup berjemaah. JEMAAH LEBAH ini taat pada POHON DAN RUMAH yang SATU. Di situlah tempat bergantungnya SARANG mereka yang SATU. POHON yang terpilih itu pula pohon yang baik; akarnya teguh, cabangnya melangit. Dahan yang dipilih pula jauh dari gangguan. Pokok itulah sistem tauhid Allah yang punya maruah yang tinggi, berdiri dengan sendirinya dan memberi manfaat, merahmati alam semesta.

Allah sendiri menceritakan perihal lebah dalam Al-Quran (Surah 16; An-Nahl). Adakah Allah menceritakan perihal lebah untuk suka-suka, sekadar untuk kita menghayati keindahan seekor lebah? Sekadar mahu khabarkan yang Allah berkuasa mencipta lebah? Sesungguhnya tidaklah Allah jadikan sesuatu dan menceritakannya dengan sia-sia. Setiap yang diceritakan di dalam Al-Quran ada pengajaran, ada manfaat bagi mereka yang sudi mendengar, melihat dan berfikir.

Al-Baqarah :2, “Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; PETUNJUK bagi mereka yang bertaqwa”.
Al-Baqarah :5 “Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”.

Maha Bijaksana Allah, dijadikan seekor lebah sebagai perumpamaan. Tidak Allah jadikan sesuatu yang ghaib, yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran kita sebagai petunjuk, panduan dan pengajaran bagi kita. Segala yang Allah jadikan petunjuk itu wujud dan ada di sekeliling kita. Beruntunglah mereka-mereka yang mencari dan mendapat petunjuk dari Allah.

Carilah yang baik-baik seperti lebah untuk merahmatkan alam, memilih nektus yang terbaik. Lebah sedut madu dari pelbagai bunga, dikumpul jadi makanan dan ubat terbaik untuk manusia. Bunga tidak layu, bahkan lebah membantu pendebungaan. Tidak seperti habit laba-laba yang memangsa bersendirian. Tidak banyak bergerak, hanya dengan memerangkap mangsa saja. Mangsa yang terperangkap akan disedut isinya, meninggalkan rupa saja.

KAITAN LEBAH DENGAN UMMAT MANUSIA

Dajjal itu berupa-rupa. “Jika datangnya selepas aku tiada, maka setiap diri harus jaga diri masing-masing” nabi kata. Jika Dajjal merosak fahaman, maka lawannya ialan Nur Muhammad, cahaya ilmu dari Nur Allah. Hari ini rasanya sudah lebih 73 ajaran sesat diseluruh dunia. Ironinya, Dajal-Dajjal yang nak menyesatkan kita juga pakai quran. Orang yang kurang berfikir akan bertanya, bagaimana hendak pilih 1 YANG HAK DARI 73? Ramai juga yang takut tersalah pilih? Janganlah bila takut, terus langsung kita tidak memilih dan berusaha.

Gunakanlah akal untuk berfikir. Allah telah memudahkan Al-Quran sebagai pelajaran. Allah tanya berulang kali dan ditanya lagi, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan? (54 Al-Qamar: ayat 17,22,32,40). Tentu Allah tahu kita tidak mahu ambil pelajaran kerana itu Allah ulang pertanyaan itu berkali kali.

Jika kita masih terkapai-kapai dengan soalan-soalan berkaitan ketuhanan, maka hendaklah kita MENCARI seperti jemaah lebah. Tuhan kurniakan akal untuk kita fikir dan fizikal badan untuk digerakkan dalam usaha MENCARI kebenaran. Ikut proses lebah dalam mencari makanan yang terbaik untuk dibawa pulang ke sarang dengan memilih nektus yang terbaik. Kata kunci disini adalah CARI, PILIH YANG TERBAIK DAN KONGSIKAN.

Setelah dikumpulkan maka terhasillah satu sarang yang penuh dengan nectar terbaik dari ladang. Begitu juga kehidupan manusia di dalam proses mencari tadi, kita perlu berjemaah yang membawa kepada kesatuan dan bukannya perpecahan. Masing-masing mencari dan bawa kepada jemaah untuk disucikan, dirumus dan laksanakan bersama bagi mendapat kemanisan ilmunya. Itulah sunnah iqra’ dan aqimuddin secara berjemaah. Barulah ia dapat menyembuhkan pelbagai penyakit akhlak di kalangan masyarakat yang kini asyik bersengketa.

Di dalam surah An-Nahl Allah perintahkan kita untuk memerhati tingkah-laku lebah sebagai zikir atau nasihat kepada kita. Di dalam sarangnya ada struktur organisasi yg tersusun dan teratur, ada satu pemimpin dan ada pekerja-pekerjanya yang memainkan peranan masing-masing. Sebahagian lagi ditugaskan untuk mencari madu di luar. Perumpamaan yang Allah hadirkan kepada kita di dalam al-Quran bukanlah untuk dijadikan permainan ataupun senda gurau. Ia memiliki fungsi yg saling terkait untuk satu sama lain.

Seperti mana dalam firman Allah dalam surah Al-Imran 3:191 bahawa “… tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..”. Maka hendaklah kita bertafakkur dan bertadabbur dengan ayat-ayat Allah ini.

PERANAN UMMAT ISLAM

Cuba kita kaitkan gerak-kerja lebah dan sistem organisasinya dengan ummat Islam hari ini. Apakah kita memainkan peranan kita sebagai seorang insan yg bergelar muslim yakni berserah diri menunaikan tanggungjawab kita dalam menyeru manusia kepada Allah? Lihat sahaja kehidupan ummat dan dunia Islam hari ini. Bagaimana keadaannya? Kita yakin bahawa kita bukan di tampuk yang atas, bahkan kita telah lama tenggelam sedalam-dalamnya.

Apabila kita melihat saudara seagama kita ditindas apakah reaksi kita? Apakah kita memainkan peranan seperti lebah? Bila sarangnya di serang, sekumpulan lebah akan menyerang kembali. Kita? Bukan kata saudara seIslam, nasib keluarga sendiri pun belum tentu terbela lagi.

Lihat contoh menentukan awal puasa. Kita adalah ummat yang satu, anak bulan yang satu. Kita berpuasa dengan melihat anak bulan yang sama. Itulah satu perintah global yang Allah tunjukkan kepada kita bahawa di mana pun seorang muslim itu berada , petunjuknya hanya satu. Allah mendatangkan al-quran sebagai mukjizat untuk ummat Muhammad. Maka gunakanlah ia sebaik mungkin sebagai syafaat di dunia lagi, bukan sahaja di dalam kubur. Bacalah ia sebagai panduan ketika hidup, bukan DIBACAKAN sewaktu mati nanti !

Nabi Muhammad sentiasa mengenangkan ummatnya yang hidup jauh dari zaman baginda. Bagaimana kita yang masih hidup sihat dan waras ini mengingati dan membalas jasa perjuangan baginda? Apakah sumbangan kita pada agama dalam menghidupkan Islam hatta di dalam rumah sendiri? Di dalam batang tubuh sendiri??

Kesatuan kita amat rapuh kerana berjayanya agenda Yahudi memecah dan perintah jiwa kita yang telah mengikut saja dengan rela dan redha. Kita tidur lena tanpa pakaian agama – bogel tanpa ilmu dan panduan. Masih belum cukup malukah kita bila aurat agama dilondehkan dengan segala penyakit jiwa yang membenihkan jenayah dalam agama. Belum lagi dikupaskan isu-isu fanatisme dan membawa agama sebagai habuan dunia, meraih kekayaan dan menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah untuk kesenangan peribadi.

Inilah antara punca-punca Islam itu dipandang sepi dari satu harakah memerintah dunia dengan ADIL dan memandu manusia kepada rahmat seluruh alam. LEBAH yang sepatutnya bersatu sudah kematian RATU. Itulah situasinya sejak sistem Khalifah Islam sedunia yang ditetapkan Allah itu dimansuhkan pada 1924. Hidup kita seperti bangkai yang menagih nyawa – itulah yang Yahudi jenamakan kita! Sewenang-wenang mereka katakan dengan angkuh yang kita Muslim ini sudah macam BANGKAI semata-mata.

Kocak fikir
WARGA PRIHATIN

Rahsia al Kahfi 5 – Islam bukan dongeng

00 dongengDalam tidak sedar, kita berada dalam aliran modern dengan pelbagai cerita hiperbolik, magik dan misteri dalam Islam. Ramai golongan agamawan menggunakan magik ini sebagai modal ceramah yang menjadikan Jemaah mengantuk menjadi segar.

SYURGA – CONTOH MUTASYABIHAT YANG DIMUHKAMATKAN

Penceritaan syurga pada seorang lelaki seperti satu ruangan seksual dengan bidadari-bidadari yang sentiasa kembali dara selepas bersama. Apabila bila ditanyakan kepada mereka satu soalan cepu emas, secara kolektif kami rumuskan kebanyakan tidak menjawab dengan tepat. Soalannya mudah… Jika lelaki dapat bidadari? Apakah yang isteri kita dapat?

Ada juga yang jawab bidadara (merujuk kepada seorang lelaki). Itu sahaja cukup buat masa ini kami petikkan contoh pentakrifan ayat-ayat yang mutasyabihat (tersirat) menjadi Muhkamat (tersurat). Jika benar isteri kita dapat bidadara, pasti kita akan tumbuk dan bunuh sahaja bidadara yang meniduri isteri kita. Bergaduh pula dalam syurga nanti.

Syurga itu sendiri digambarkan Allah bicara satu ruang tertutup sehingga tiada haba neraka mampu tembus walaupun untuk ke syurga kita perlu menyeberangi neraka. Maka, dengan sistem tertutup begitu anak-anak di dalam syurga menjadi bidadari yang tidak pernah disentuh manusia. Bukannya tak pernah disentuh itu secara fizikal tetapi pemahaman mereka belum pernah teracun dengan manusia sebaliknya suci mengikut pemahaman Allah melalui Al-Quran.

Di dalam syurga itu ada sungai-sungai yang mengalir. Itu bicara ilmu yang tidak putus-putus. Sama juga seperti pelbagai pohon yang mengeluarkan buah sepanjang tahun. Itu bermaksud, dalam syurga itu sentiasa ada pelbagai buah-buah fikiran yang ranum.

Ilmu dan buah fikiran tak putus-putus itu Allah imbangkan dengan halaqah berdipan-dipan membincangkan ilmu dari kesan amalan-amalan ahli syurga. Dari kesan ilmu itu mampu menzahirkan isteri yang menjadi bidadari yang sentiasa perawan, sentiasa suci kerana disucikan dengan ilmu. Dengan ilmu juga anak-anak sukar disentuh oleh kejahatan pemikiran manusia.

Barulah kita mampu mensiddiq hadis Nabi, SYURGA ITU SATU SUASANA ILMU dan mampu katakan, “Rumahku Syurgaku”. Bukankah itu lebih praktikal? Tidaklah Agama Islam digelar agama yang gila seks apabila gambaran bidadari syurga dapat dijelaskan dengan betul.

DONGENG DALAM ISLAM DAN SEJARAH PEMESONGAN

Kami memikirkan tentang perkara ini secara serius, meneliti beberapa nama tokoh Yahudi yang memang terkenal memanipulasi hadis. Bayangkan seorang Yahudi mampu palsukan lebih 4000 hadis. Gerakan memalsukan hadis ini dibuat secara terancang, strategik dan sinerginya untuk membuatkan umat Islam kabur dengan idea dan fahaman akhirat.

Dongengan ini sudah melampau dan terlalu ditokok tambah. Di zaman tabiin, dengan kapasiti untuk melihat sesuatu secara globalize dan divisualkan dalam bentuk 3 atau 4 dimensi, masyarakat zaman itu terlalu mencari penggantungan untuk digerunkan dengan cerita kiamat dan akhirat. Matan hadis yang terlalu menyimpang dari membangunkan ummat pun dihasilkan.

Jika nabi mampu mentarjih sebegini rupa peristiwa akhirat, pastinya tugas nabi akan jadi lebih mudah. Tentu fokus dakwahnya hanya mengajak manusia supaya ‘beramal soleh seperti yang kita faham dan amalkan sekarang’, kumpul pahala, kejar syurga dan jauhi azab neraka. Kenapa perlu sampai berperang, menegakkan agama dan membina negara bangsa, mengembalikan Allah sebagai paksi dalam perlaksanaan sistem kehidupan untuk memanusiakan manusia?

Inilah ideologi Israiliyyat yang melampau disampaikan untuk mempengaruhi pemikiran umat Islam akhir zaman. Kita dididik dari kecil supaya melihat akhirat itu sebagai laluan sukar, dan menaikkan nama-nama tokoh tertentu untuk tujuan memecah dan memerintah umat Islam melalui kepercayaan dan nilai-nilai rukun Iman.

Setiap asas perkara GHAIB dalam rukun iman dimanipulasi, ditokok tambah malah diguna setiap inci ruang untuk mereka pesongkan akidah umat Islam supaya gambaran akhir zaman dan akhirat itu menjadi begitu GELAP. Yang mereka tidak mampu ubah HANYALAH AL-QURAN! Kerana ia terpelihara. Janji Rasulullah itu pasti, jika kita berpegang dengannya kita takkan sesat selama-lamanya.

Kapasiti al-quran yang menceritakan segala yang ghaib sudah cukup untuk mengheret kita beriman sepenuhnya dengan ayat-ayat Allah. Janganlah percaya membabi buta dan sanggup pula mengiyakan apa sahaja yang dikaitkan dengan cerita syurga dan neraka tanpa terlebih dahulu menyiasat kebenarannya. Perhalusi sedalam mungkin di sebalik tangan-tangan pemalsu hadis yang sentiasa mencari ruang dan peluang menyesatkan umat Islam.

ULASAN KHUSUS ISU ARTIKEL YANG DIKIRIM PEMBACA

Artikel yang dikirim pembaca berjaya membuatkan jutaan pembaca terkesima. Anda lihat sendiri artikel itu serta jumlah Share dan Likes dari link berikut jika mahu,

http://prihatin.net.my/2013/12/04/dongeng-sayap-malaikat/

Kami petik juga dari ceramah seorang ustaz muda selebriti yang menyatakan pelbagai dongengan tentang kiamat, padang mahsyar, tentang syurga, neraka dan titian siroot al-Mustaqim. Bermacam-macam dongeng dari peristiwa Isra’ Mikraj juga sering menjadi tajuk menarik untuk di recycle tanpa penjelasan strategik dalam membangun ummah. Semua penceritaan hanya ingin membuat pendengar dan anak-anak ternganga serta bersangka-sangka. Lalu penceramah sebegitu dipandang hebat, buku dan CD pun laku terjual.

Pelbagai rupa Malaikat-malaikat telai dihurai. Turut digambarkan Daun di sebuah pokok besar di Sidaratul Muntaha di atas Arasy. Lebar daunnya sahaja sejauh 500 tahun perjalanan seekor kuda yang terpantas. Semua itu maklumat dongengan yang hanya sesuai dijadikan bedtime story anak kecil yang belum berakal, laksana kisah Doremon dan Transformer juga.

Burak itu digambarkan oleh agamawan sebelah kepaknya meliputi separuh muka bumi. Bila kepaknya dibuka gelap seluruh dunia. Agaknya di bahagian manakah Nabi menunggang burak itu? Di lehernya? Di bulunya? Di kukunya?

Nabi sendiri kata Allah itu cahaya, bagaimana aku boleh menemuinya? Allah juga firmankan tiada seorang manusia pun boleh bersemuka dengannya (42:51). Musa a.s. ada pengalaman yang sama. Bagaimana pula dikatakan agamawan Nabi bertemu Allah? gambaran singahsana Allah pula sebegitu besarnya? Arasy Allah ditampung oleh 8 Malaikat gergasi katanya, yang ada 300 kepak.

Satu kepak malaikat penjaga arasy boleh menaungi Malaikat Israfil yang ada 300 kepak. Jika dibuka 1 kepak dari 300 kepak Malaikat Israfil pula boleh menaungi Jibrail. Sais kepak Jibrail itu bila dibuka sahaja gelaplah seluruh dunia. Bagaimana dengan sais itu Jibrail a.s. boleh memeluk nabi? Dan masuk gua yang bukaan pintunya hanya muat seorang manusia?

Wah pening betul untuk menggambarkan kebesaran SAIS MALAIKAT semuanya. Apakah motif penceritaan itu sebenarnya? Untuk menampakkan Allah maha hebat kerana mampu mencipta mahluk sebesar itu? Untuk menampakkan kita kerdil? Atau untuk menampakkan penceramah hebat kerana mampu mengadun cerita???

Pada hari kiamat digambarkan nanti datang Nabi Muhammad BERSAMA 4 IMAM MAHZAB UTAMA DALAM ISLAM untuk menemui umat-umatnya di Padang Mahsyar. Soalnya, kewujudan Mahzab tidak ada semasa kenabianpun, maka siapakah SEBENARNYA yang meriwayatkan cerita itu? Aneh bukan? Ironinya dari komen-komen dilihat hampir 100 % kita takjub dengannya.

Itulah pemesongan-pemesongan yang berjaya dilakukan dek Yahudi Laknatullah terhadap hadis-hadis Islam. Mereka tidak mampu tempur Islam tetapi mereka racuni AIR yang kita minum hari ini semenjak kewafatan Nabi lagi. Jadilah kita umat penyembah bayangan.

Kami pernah tuliskan tentang ayat-ayat dari Al-Quran yang menyanggah perbuatan kita mengikuti sesuatu tanpa menggunakan akal fikiran. Bercanggah benar dengan nasihat agamawan agar kita tidak boleh mentelah agama dengan logik akal. Pelik pula jadinya bila Allah utuskan satu surat cinta kepada hambanya tapi Allah rahsiakan isinya?

Itu bukti bagaimana kejayaan Sang Yahudi yang memalsukan hadis-hadis yang sebahagiannya kita pegang pada hari ini. Sekali imbas hadis itu dilihat tidak bercanggah banyak dari pokoknya, tetapi pemesongan 1 darjah dari sudut trajektori satu tembakan laser menyebabkan kita lari jauh dari sasaran. Ya, semakin lama semakin lari yang sangat jauh.

Umat Islam yang ortodok akan percaya dengan yakin malah membuta tuli meyakini dan takkan membangkang. Mereka menyampaikan dengan tujuan peringatan dan iktibar tapi wajarkah dalil yang tidak berpaksikan wahyu al-quran yang dimomokkan? Tidakkah semua itu telah memesongkan kepercayaan dan boleh dihujah untuk membawa semula Islam ke peringkat pembangunannya???

Banyak yang perlu kita koreksi dan perhatikan semula, khususnya mengenai isi kandungan dan matan hadis dongeng ini. Ingatlah, pengklasifikasian hadis hanya berlaku lebih 200 tahun selepas kewafatan nabi. Jika anda bariskan 10 lelaki pada jarak 10 meter, dan serah 20 patah perkataan kepada orang pertama untuk sampaikan tanpa tulisan sampai yang ke10, dalam masa 5 minit saja anda akan dapati tidak sampai 50% ketepatannya. Inikan pula 200 tahun dan sengaja diasak pemesongannya oleh makhluk ghaib yang berupa-rupa.

Hadis itu dikutip dari pelbagai sumber dengan melihat peribadi periwayat hadis itu. Jika anda mahu bicara tentang keperibadian baik seorang Yahudi, anda akan dapati mereka adalah pelakon terbaik di dunia. Anda boleh lihat bagaimana hebat lakonan Abdullah bin Saba’ yang mengadu dombakan antara Siti Aisyah dan Ali Abu Talib sehingga tercetus perang Jamal dan Perang Siffin. Ya, MEREKA BERJAYA menyebabkan ratusan ribu KEMATIAN ORANG ISLAM. Terbunuh yang sana juga Islam, terbunuh yang sini juga Islam.

Lalu pelakon hebat Abdullah Saba’ ini mencetuskan aliran Syiah lalu dipanggil itu Islam. Beliau bukannya Islam tetapi beliau tahu, untuk jatuhkan Islam hanya perlu dibenihkan perpecahan dan menyuburkannya dari masa ke semasa. Kerana mereka sangat faham bahawa ISLAM ITU PENYATUAN, ummat yang disatukan. Jangan lupakan juga lakonan hebat Snouck Hurgeronje yang berjaya memperdaya nenek moyang kita hingga Nusantara terjajah semua.

Konspirasi menjatuhkan Islam ini sudah dirangka secara bersepadu semenjak hayat Rasulullah SAW lagi. Kerana itu Baginda sentiasa mempersiapkan diri dan sering wasiatkan “jika DAJJAL itu turun sewaktu aku masih hidup, aku akan jadi benteng kalian, jika datangnya setelah aku tiada, maka setiap kalian harus menjaga diri masing-masing”. Baginda sendiri diriwayatkan telah diracun oleh wanita Yahudi sebelum wafatnya.

Saidina Omar r.a. khalifah yang paling tegas juga dibunuh Yahudi di dalam masjid, yang seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk umat Islam. Pembunuh Osman r.a. juga dari kalangan tangan ghaib mereka yang bijak memperdaya.

SEMUA PENDERHAKA ALLAH TIDAK DITERIMA BUMI

‘Baiah’ itu adalah kunci keIslaman. Dari baiah khalifah sedunia yang mengatur negara-negara Islam, diikuti baiah rakyat kepada ulil-amri pemimpin negara-negara yang disatukan di bawah satu Khalifah, semua itu menjadi sukatan keIslaman. Kerana itu apabila sistem kekhalifahan berjaya dibatalkan oleh Kamal at-Tarturk, maka itu tanda ummat Islam sudah hilang kemudi, tercabut pohon akidah besar yang menaungi keIslamannya.

Syaitan itu amat bijaksana, namun tahu tidak bakal mampu menipu tuhannya. Dalam banyak banyak perintah Allah, syaitan hanya ingkar satu perintah sahaja, iaitu enggan sujud kepada manusia selaku khalifah. Adam juga patuh di syurga dahulunya, hanya dengan satu perlanggaran yang telah diperingatkan allah, maka Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga. Bolehkah gambarkan nasib kita? berapa banyak kita semua sudah melanggar perintah Allah?

Firaun itu bertaubat sebelum kematiannya namun tidak diterima. Jasadnya telah dikekalkan kerana kedegilannya, agar ia menjadi pengajaran kepada manusia selepasnya. Allah telah nukilkan hal itu dalam al-Qur’an dengan jelas. (QS 10:90-92).

Penentang Allah yang terkemudian juga Allah jadikan serupa. Kesukaran pengkebumian jasad Kamal at-Tarturk yang memakan masa berbelas tahun harus menjadi pelajaran buat kita. Akhirnya jasad itu gagal dikebumikan, bahkan terdampar atas muka bumi dan disita dengan jubin saja. Jasad para padri, para sami juga begitu. Mahukah kita menerima nasib yang sama?

Kehebatan zam-zam masih boleh kita lihat dan zikirkan sampai hari ini. Mayat-mayat penentang Allah yang dimakan sumpah pencipta alam juga masih boleh kita saksikan. Allah haramkan tanah menerima jasad yang berasalkan tanah itu juga. Dengan bukti (bainat) yang jelas itu, masih beranikah kita, khususnya para pemimpin keluarga dan negara yang sanggup menentang apa-apa yang telah Allah perintahkan? Ayuh, Segeralah beristighfar…

MISI PEMBANGUNAN SEMULA DENGAN STRATEGI JUMAAT & AL-KAHFI

Surah alKahfi bukan untuk dijadikan nama-nama gerakan yang menyesatkan, memenuhkan kantung individu dengan mengeksploitasi kejahilan umat. Ia menuntut kita meneliti semula fakta kebenaran kesemua berita, hadis dan kejadian dengan merujuk kepada alquran, wang perak yang tidak laku namun masih asli, tidak mampu dirobah oleh sesiapa sampai kini.

Sesungguhnya, apabila Islam sudah tidur ratusan tahun, memanglah ia kelihatan ‘pelik dan asing’ bila kita terjaga semula. Itulah maksud Hadis Ghuroba dan itulah juga rahsia surah al-kahfi yang diperintahkan kita membacanya setiap jumaat. Itulah surah penengah Musyhaf alQuran dengan perintah WALYATALLATTOF, perintah memperhalusi dan meneliti semula.

Ambillah pelajaran sebanyaknya dari surah al-Kahfi. Ikut jejak Musa yang memadankan pelajaran dari kitab dengan ilmu laduni, dengan siyyasah yang mendalam sepertimana yang ditunjukkan Hidir a.s. melalui perjalanan bersamanya.

Ayuh bina tembok Zulkarnain yang kukuh untuk membenteng konspirasi Dajjal yang mengajar kita melihat perkara hanya dengan sebelah mata. Sudah terlalu banyak Dajjal berjaya membuat kita leka, yang Allah larang kita langgar buta-buta, yang diperintah kita buat bodoh saja.

Ayuh kita benteng akidah kita dari serangan Yakjuj Makjuj. Jangan mudah menelan buta-buta berita dari puak-puak yang sudah tidak tahu apa yang mereka kata. Puak-puak yang menyuruh kita bersatu tapi mereka sendiri memisah mati macam minyak dengan air.

Ayuh bina diri dengan ilmu Allah selaku pemimpin keluarga dan negara. Kumpulkan ahli keluarga, alirkan semula sungai ilmu Allah yang diwariskan nabi dalam rumah kita. Satukan jemaah setempat, satukanlah puak-puak yang bertelagah, kita semua ini sama-sama berdosa.

Syaitan, Dajjal, Yahudi, Nasrani dan segala malaun musuh agama sudah lama meracuni agama kita dengan sangat halus tanpa kita sedar. Mereka puji Rasulullah SAW namun meletakkan baginda dalam senarai 100 orang terulung dunia. Kita bertepuk sorak suka tanpa sedar itu satu penafian bahawa nabi kita insan paling mulia seluruh dunia, sepanjang masa.

Mereka puji Muhammad menjadi penghulu syurga, tapi mereka letak 4 imam sebaris dengan baginda. Wahhh kita pun seronok menggila. Mereka racuni akidah bahawa 4 imam itu tidak layak untuk sebaris dengan baginda sedangkan dengan maklumat itu kita semakin taksub dengan menyembah imam-imam lalu menduakan Allah dan rasulnya (At-Taubah, 31). Mereka cetuskan surat berantai kisah mimpi penjaga makam Nabi, dengan ungkapan jika kita tidak panjangkan maka akan timbul bencana, jika kita sebar bakal dapat rezeki yang tidak disangka… dan banyaklah lagi yang tidak cukup ruang untuk kami ceritakan.

Adakah kini ISLAM kita hanya SATU ataupun kita telah memiliki banyak versi Islam? Jika anda pernah sampai ke Mekah, pasti anda bersetuju mengapakah Agama yang satu ini memiliki pemahaman dan perlaksanaan yang beribu perbezaannya.

Cetusan Minda Jumaat
WARGA PRIHATIN

Sains Kahfi 4 – Misal Pemisahan Dua Zaman

00 gua.4Sains Kahfi 4 – Misal Pemisahan Dua Zaman

Surah alKahfi disusun di tengah-tengah Musyhaf alquran. Di situ jugalah terdapatnya seruan WALYATALLATTOF (hendaklah kamu berhalus/berhati-hati/berlemah lembut). Begitu juga pencerahan dari surah itu sendiri. Jika kita baca berulang-ulang kali kita akan dapati surah ini membantu kita mengenalpasti kekosongan jiwa dan kefahaman agama secara total, yang sudah lama berlaku tanpa kita sedar. Ia seolah-olah membahagi tepat antara dua zaman dengan jahiliyah yang kaffah, yang menuntut kita menghalusi semula segalanya sedari mula.

PERI PENTINGNYA MENGHALUSI PERUMPAMAAN/MUTASYABIHAT

Antara punca kekalutan umat dalam usaha memahami dan menerapkan nilai Islam yang sebenar dalam kehidupan ialah kerana kegagalan kita memahami rahsia mutasyabihat. Pelbagai pentafsiran tentang ayat-ayat mutasyabihat telah berlaku dan menyebabkan umat menjadi semakin bingung. Lebih menyedihkan lagi apabila ramai yang mencuba-cuba menjelaskan ayat mutasyabihat secara muhkamat.

Apabila ayat mutasyabihat (tersirat) yang pembacaannya dibuat berselari dengan sunnah dan asbab tidak diperhalusi, maka ia mula ditelah dengan cara muhkamat (tersurat). Cuba anda bayangkan jika bidalan “Bagai anjing dengan kucing” merujuk secara tersurat pasti kita akan menafikan konteks bidalan itu adalah untuk kita juga pakainya kerana ia hanya untuk anjing dan kucing. Tetapi apabila kita mula menyelami KONTEKS bidalan tadi, barulah kita tahu yang kita ambil ialah pelajaran di sebalik anjing dan kucing itu dalam kehidupan manusia.

Apabila Allah buat perumpamaan manusia seperti babi dan anjing di dalam Al-Quran, adakah kita akan mencari manusia yang sudah menyerupai fizikal babi dan anjing itu? Ataupun kita mencari perangai / habit haiwan itu yang ada pada manusia. Itu namanya, PEMBACAAN STRATEGIK yang mengambil bacaan mutasyabihat sebagai kekuatan utama.

Hari ini, kita mendamba kepada sesuatu yang terlampau magik berlaku untuk kita memperkuatkan pasak diri kita terhadap Islam. Rakaman video yang “over-expose” di dalam masjid Nabawi pun menjadi viral di internet kononnya itulah Malaikat yang bersama menunaikan solat. Mudah-mudah kita jadi takjub dengan perkara itu sedangkan kejadian alam ini keseluruhannya sudah lebih dari besar untuk kita pasakkan iman kita kepada Allah.

Golongan agamawan sebahagiannya mencari makan dengan ceramah juga dengan menulis buku yang tampak seperti dongeng-dongengan tentang kehebatan Malaikat berbanding manusia sedangkan Allah telah nyatakan manusia adalah ciptaan terbaik. Itulah semua bahana perkataan mutasyabihat ditafsir secara muhkamat. Jadilah sampai ke saiz Malaikat Jibrail yang sebelah sayapnya sahaja memenuhi sedunia. Bagaimana secara fizikal dan tersurat kita mahu jelaskan bagaimana Jibrail sebesar itu menemui Nabi di Gua Hira? Bagaimana Jibrail memeluk nabi? Bagaimana pula Nabi bertemu Jibrail dengan Malaikat Jibrail menunjukkan rupa sebenarnya?

Itulah strategi yang mantap yang menjadi rahsia Allah dan rasul dalam mengenal kebenaran dan meyakini yang ghaib adalah di sebalik ayat ayat mutasyabihat ini. Mengenali jatuhnya agama dan untuk mencari kaedah membangunkannya semula juga terselindung di sebalik ayat ayat mutasyabihat atau ayat yang berupa ‘misal’ ini.

Hari ini, musuh Islam juga pening kerana inkripsi ayat-ayat Allah itu ada kekuatannya secara TERSIRAT bukan tersurat. Jika secara tersurat, mudah sahaja musuh Islam memesongkannya sepertimana mereka memesongkan kitab-kitab sebelum Al-Quran. Hari ini, mereka melihat Quran dan mereka jelas ADA KERAMAT dalam bacaannya tetapi mereka sendiri tidak faham bacaan mutsyabihat itu sendiri. Yang mereka baca yang tersurat itu hanya memberikan mereka impresi bahawa ia seperti satu buku cerita yang tidak membangunkan Islam sangat.

Waspadalah, hari ini kebanyakan manusia hanya membaca yang muhkamat tanpa penguasaan mesej tersirat (mutasyabihat). Hasilnya, Islam dilihat satu agama yang hanya kelihatan seperti Islam (hardware) tetapi rohnya (software) adalah bukan Islam. Muhkamat (hardware) dan pemacu hardware itu ialah perisiannya (mutasyabihat).

Sudah jelas tentang beza bacaan?

Sudah Nampak mengapa musuh Islam tidak pernah menentang malah menaja program-program musabbaqah Al-Quran? Kerana mereka lebih selesa kita berlumba-lumba membaca dan melagukannya berbanding kita berlumba-lumba membuka sekolah untuk mentalaqi Al-Quran tanpa berjubah dan tanpa beserban.

32. Dan berikanlah kepada mereka sebuah PERUMPAMAAN dua orang laki-laki, Kami jadikan bagi seorang di antara keduanya dua buah kebun anggur dan kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon korma dan di antara kedua kebun itu Kami buatkan ladang.

45. Dan berilah PERUMPAMAAN kepada mereka, kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka menjadi subur karenanya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkann oleh angin. Dan adalah Allah, Maha Kuasa atas segala sesuatu.

54. Dan sesungguhnya Kami telah MENGULANG-ULANGI bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam PERUMPAMAAN. Dan manusia adalah MAKHLUK YANG PALING BANYAK MEMBANTAH.

Sedikit yang ingin kami kongsikan dari ayat di atas adalah tentang pohon akidah dan taman syurga yang diumpamakan dengan anggur dan korma. Jika kita susur kembali akan kita kenali Nabi manakah (lelaki) yang menanam Anggur dan Korma. Lebih baik lagi jika kita boleh susur juga siapa penanam pokok Tin dan Zaytun. Itu adalah fenomena taman syurga yang telah dikecapi ummat hasil dakwah mereka di wilayah dan mulkiyah masing-masing. Allah gambarkan situasi terputusnya tamaddun di antara mereka agar yang terkemudian sedar dan membangkitkannya semula.

HAKIKAT AKHIR ZAMAN (AKHIRAT) DAN HARI KEBANGKITAN (KIAMAT)

Antara yang wajib diimani oleh setiap individu muslim adalah hakikat wajib berlakunya hari akhirat atau hari kebangkitan. Sepertimana yang telah dialami oleh baginda Rasulullah SAW dahulu, begitulah yang sedang kita alami. Islam yang ditegakkan oleh Nabi Ibrahim a.s. berdasarkan Suhuf Ibrahim melalui Millah Ibrahim akhirnya jatuh semula. Kemudian diturunkan Kitab Taurat kepada Musa a.s. dan didakwahkan dengan susah payah lalu jatuh semula. Kemudian diturunkan pula Injil kepada Nabi Isa a.s. dan didakwahkan dengan jayanya lalu jatuh semula.

Untuk kita pula, alquran diturunkan melalui baginda Rasulullah SAW yang juga telah berjaya didakwahkan dengan meluas dan jayanya. Namun Nabi SAW tahu akan patern jatuh bangun ini lalu baginda mewasiatkan begitu banyak tanda kejatuhannya dan mengajarkan cara membangkitkannya semula. Kita seharusnya bersyukur kerana baginda telah mewasiatkan kitab yang lengkap dan dijamin Allah akan terpelihara sampai bila-bila. Itulah himpunan hadis ‘akhir zaman’.

Sejak kecil baginda Rasulullah SAW memerhatikan keadaan sekitar dan bagaimana manusia menangani aturan Allah yang telah ditetapkan dalam kitab sebelumnya. Apa yang jelas segala ajaran rasul terdahulu itu telah hilang sirna dari perlaksanaannya. Umat yang telah diajarkan tentang kitab dan peraturan Allah waktu itu telah kembali jahil. Masing masing berlumba-lumba mengejar laba dunia berupa harta, tahta dan wanita.

Bapa saudara baginda SAW sendiri yang salah satu dari namanya ialah Abdul Uzza bin Abdul Muttalib yang juga digelar Abu Lahab telah mewarisi tabiat Qorun. Dari nama itu kita kenal apa itu al-Uzza, salah satu dari 3 berhala besar, iaitu penyembah (Abdul) harta (al-Uzza). Bapa saudara sepupu baginda Haji Amr Bin Hisham yang digelar Abu jahal menjadi pewaris Fir’aun, yang ketagih kuasa dan berbuat sewenang wenang dalam menguasai Mekah serta mengurus Jemaah Haji di Masjidil Haram.

Segala tanda akhir zaman yang diwasiatkan oleh baginda SAW adalah himpunan dari apa yang baginda lihat sepanjang hidup baginda sebelum menerima wahyu. Dalam mengejar kekayaan, riba dan penindasan dijadikan instrumen perniagaan yang sangat meluas dan menindas. Demikian juga halnya dengan Abu Jahal yang sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan kedudukannya. Buktinya beliau sanggup keluarkan perintah bunuh kepada baginda SAW sendiri setelah gagal memujuk baginda dengan harta, tahta dan wanita untuk meninggalkan dakwah.

Begitu juga situasi jahiliyah di mana ibu-ibu tidak lagi menyusukan anak sendiri, setiap kelamin mempunyai amah, isteri sudah menjadi barang perhiasan dan tidak berfungsi sebagai amarat rumahtangga, nisak sudah bertukar menjadi rijal, manusia berpecah belah dan tindas menindas dalam apa saja. Hiburan dan perkara-perkara yang menghayalkan dan memabukkan telah sangat berleluasa. Zina, judi, rampok merampok berleluasa.

Anda masih rasa ciri-ciri dan tanda-tanda yang Nabi sudah gambarkan tentang Jahiliyah itu masih berlaku dalam zaman kita? Jika anda rasa kita masih belum seteruk Jahiliyah, kami harap artikel ini mampu mengejutkan anda dari lena yang panjang anda itu.

Itu semua menjadi pedoman tanda berakhirnya fitrah agama yang baginda wasiatkan kepada kita agar jangan lalai dan sentiasa berjaga-jaga. Apabila segala tanda itu sudah sangat ketara, maka baginda nasihatkan agar kita kembali merujuk dan berpegang teguh dengan al-quran dan sunnah baginda untuk membangunkannya semula.

Penggiliran jatuh bangunnya agama samawi ini telah banyak sekali Allah nyatakan melalui sirah rasul satu demi satu. Allah jelaskan juga melalui berbagai bentuk perumpamaan yang boleh kita perhatikan di alam ini. Antaranya Allah kaitkan dengan matahari dan bulan, siang dan malam, pusingan minggu, bulan juga tahun demi tahun dan sebagainya. Kerana itu penggiliran solat lima waktu, penamaan hari dalam seminggu, penamaan bulan-bulan hijrah membawa maksud yang sama tentang jatuh bangunnya nasib agama.

Benarlah firman Allah itu. Islam itu sezaman ia gelap ibarat malam sehingga manusia melaksanakan agama dalam gelap gelita dan meraba-raba. Kemudian ada golongan yang solat malam yang panjang penuh kesedaran lalu menemui subuh dan fajar lalu Islam terang semula. Menjelang Zuhur, segala bayangan yang samar akan menjadi jelas tanpa bayang. Itulah hakikat tertegaknya Islam. Namun bayang pagi yang mendekati zuhur tadi kembali tergelincir dan cahaya semakin jauh sehingga terputus semula selepas Asar.

Dari ahad sampai khamis kita bekerja dan bermasyarakat, hari jumaat kita kumpul segala berita dalam solat jumaat. Kita bermuhasabah di hari sabtu dan kita mulakan dari ahad semula. Dari awal bulan yang gelap gelita, kita lalui kehidupan hingga terang bulan dan bulan akan menuju ke hujung dan hilang cahayanya semula.

Dalam pusingan tahun juga begitu. Selepas musim Haji di bulan ZulHijjah, masih-masing mendapat hujjah yang tepat tentang Islam lalu kita mulai tahun baru dengan Muharam menggunakan hujjah yang tepat. Dari situ kita jelas mana yang haram, mana yang halal. Dari situ kita jelas kenapa Kaabah itu berada dalam masjidil haram, di Tanah haram. Berbagai bagai proses pembaikan kita alami, kita pindah kiblat dan sembahan dari syaitan kepada Allah. Kita perjalankan jiwa untuk meningkatkan darjat keimanan kita. Namun seperti biasa hujungnya manusia akan melalaikannya lalu menemui ramadhan dan kepanasan semula. Dan begitulah pusingan seterusnya.

Banyak dipetik dalam surah al-Kahfi ini tentang misal zaman kegemilangan kita yang telah berakhir. Antaranya ayat-ayat berikut,

40. maka mudah-mudahan Tuhanku, akan memberi kepadaku yang lebih baik dari pada kebunmu; dan mudah-mudahan Dia mengirimkan ketentuan dari langit kepada kebunmu; hingga menjadi tanah yang licin;

41. atau airnya menjadi surut ke dalam tanah, maka sekali-kali kamu tidak dapat menemukannya lagi.”

42. Dan harta kekayaannya dibinasakan; lalu ia membulak-balikkan kedua tangannya terhadap apa yang ia telah belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata: “Aduhai kiranya dulu aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Tuhanku.”

43. Dan tidak ada bagi dia segolongan pun yang akan menolongnya selain Allah; dan sekali-kali ia tidak dapat membela dirinya.

Kami tidak dapat mengulas penuh kerana ia akan jadi terlalu panjang. Cukuplah untuk memberikan gambaran bahawa perintah membaca surah kahfi di hari jumaat ada kaitan dengan jatuh bangunnya agama. Pohon akidah yang memenuhi taman syurga yang ditegakkan oleh pejuang terdahulu semuanya musnah tanpa kita sedar. Air wahyu yang mengalir di bumi itu semuanya telah sejat. Itulah hakikat yang dinukilkan dalam ayat-ayat di atas.

Kami tutup dengan penegasan agar kita banyakkan istighfar dan bertasbih setelah menghalusi tahap kefahaman, kesedaran dan ketakwaan diri kita dengan sedikit pencerahan ini. Mari kita taubatkan diri dari mengulangi kelalaian, membiarkan agama kita diinjak-injak oleh manusia, atau lebih sedih lagi jika kita sendiri yang selama ini menghancurkannya.

Apabila apa yang ditegakkan oleh orang terdahulu telah jatuh, maka kegemilangan Islam akan tertidur tanpa kita sedar. Ia ibarat Allah simpan dalam gua. Kerana itulah ada pihak yang menggunapakai nama gua untuk menyesatkan manusia. Tidak kurang ada yang meninggalkan kota naik ke gua. Bukan begitu caranya, jadikan masjid kita sebagai gua. Himpunkan semula pemuda khariah dan menuntut dari yang tua.

300 tahun tertidur itu hanya lah satu anggaran Allah kata. Jika jarak masa 600 tahun dari Isa ke zaman Muhammad saw di bahagi dua, memanglah ia menjadi 300. Namun untuk kita dan pusingan-pusingan seterusnya hanya Allah yang tahu. Cuma kami ingin mengambil peluang menjawab pertanyaan pembaca tentang tambahan 9 tahun lagi. Ini adalah kerana secara alami, apabila kita terjaga dari tidur yang terlalu panjang, tentunya banyak yang harus kita laras semula. Kita sudah tidak kenal kerabat dan saudara mara, ilmu yang ada pada kita sudah menjadi wang purba yang tidak lagi diterima di pasaran. Kerana itu 9 tahun diperlukan untuk membiasakan diri dengan situasi, untuk berjinak-jinak membaca dan meneliti.

InsyaAllah jika kita sabar dan menghalusi, apa yang telah berjaya ditegakkan oleh Nabi SAW namun telah berjaya dimusnahkan oleh Dajjal itu akan dapat kita nikmati kembali. Tidak lain tidak bukan dengan alquran dan sunnah baginda itu sendiri.

Bersambung …

Hasil Iqra’
WARGA PRIHATIN

Minda Jumaat: Rahsia Al-Kahfi 3 – Melawan Ujian & Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal

00 gua.3Minda Jumaat: Rahsia Al-Kahfi 3 – Melawan Ujian & Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal

Cerita tentang Ashabulkahfi dan juga cerita tentang Dajjal sebelum ini sangat popular kepada kita sebagai cerita sebelum tidur dan juga bahan ceramah sebahagian pendakwah. Cerita dalam alquran sekiranya kita sekadar baca bukan secara kritis, kita hanya dapat kulitnya sahaja tetapi tidak isinya. 

Betulkah momokkan tentang Dajjal yang mempunyai fizik manusia bermata satu yang sangat besar? ataupun ia sebenarnya berbentuk satu kesatuan / organisasi / kuasa yang sangat besar ATAUPUN Dajjal itu ada dalam diri kita sendiri dan ia menguasai ruang terpenting manusia iaitu hati. Sila baca terus artikel ini untuk satu lapahan dalam sudut yang jarang dibincangkan oleh daie-daie yang sebahagiannya juga menjadi instrumen Dajjal. 

Sepanjang zaman bermula dari awal kebangkitan Islam, pusingan jatuh bangun agama Allah ini adalah menjadi rutin. Sezaman ia dibangkitkan, dan sezaman ia jatuh semula di atas mukabumi ini. Walaubagaimanapun, Allah awj telah menetapkan hak Nya untuk menjamin agama ini terpelihara dari terus lenyap dari mukabumi. Sewaktu terputusnya wahyu dari amalan dunia, Allah simpan ia di tempat rahsia bernama GUA. 

Jangan dicari dalam gua batu kapur di mana-mana secara TERUS tetapi ia satu konsep kerahsiaan untuk melarikan Islam dari musuh Islam sendiri. Ada yang ambil secara terjemahan langsung, maka mereka mencari tuhan dalam gua. Jika anda berada di dalam gua, anda mampu lihat dari dalam itu apa yang berlaku di luar gua. Jika anda berada di luar gua, anda tidak nampak apa yang berlaku di dalam gua. Konsep ini juga yang digunakan oleh beberapa gerakan yang telah diwartakan sesat di Malaysia tetapi maksudnya telah lari dari apa yang Allah mahukan.

Dalam siri 1 telah kami kongsikan hakikat jumaat dan keperluan memperkemaskan saf dan ukhwah dalam berjemaah. Juga telah kami kaitkan rahsia al-Kahfi yang terkait dengan Jumaat penghulu hari. Dalam ayat 1 dan 2 surah al-kahfi telah disentuh tentang situasi di mana hidayah Allah telah dibengkokkan dan perlu diluruskan semula. Kami kaitkan juga ayat 18 al-Kahfi yang menerangkan situasi di mana kejatuhan tidak akan kita sedari sehingga ke satu saat kebangkitan semula yang ditentukan Allah. Liciknya, apabila kita telah bangkit maka akan ada rasa selesa. Apabila selesa, kita akan tidur (leka dan lena) sehingga mampu musuh Islam buat kerja dan meragut kedaulatan Islam itu semasa tidur. Sedar-sedar bila bangun, semua khazanah di tangan sudah tidak laku lagi. 

Sebab itu Allah tidak pernah tidur dan kerana itu Islam mampu dipelihara. Jika Islam tiada di permukaan, Allah simpannya dalam sistem gua hanya dengan segolongan kecil sahaja memiliki khazanah itu. 

Dalam siri 2, telah kami kongsikan tentang situasi tersedarnya kita dari lena yang panjang. Terasa Islam dalam keadaan lapar dan tidak bermaya kerana sudah terlalu lama tidur dalam gua. Mahu kita beli makanan namun terpaksa menggunakan wang perak yang sudah tidak dikenal. Oleh itu kita terpaksa berhalus dan berlemah lembut menerangkan nilai wang yang telah digilap itu untuk membeli makanan yang baik. itulah prospek yang tahu menilai wang purba untuk menjadi makanan buat kita.

Sila baca dahulu siri 1 dan 2 untuk lebih memudahkan anda memahami siri 3 ini,

http://prihatin.net.my/2013/11/22/minda-jumaat-ashabul-kahfi-1/
http://prihatin.net.my/2013/11/25/minda-jumaat-sains-al-kahfi-2/

DAJJAL DAN KEJATUHAN ISLAM

Kejatuhan Islam adalah angkara Fitnah Dajjal dan syaitan yang menjadi bala tenteranya. Ini adalah ketentuan Allah untuk memberi ujian kepada keimanan manusia, samada untuk mempertahankan agamaNya atau untuk membangunkan semula.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy RA, beliau berkata: Baginda SAW telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir…Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

Hari ini ingin kami kongsikan beberapa situasi yang bakal mengiringi Dajjal dan syaitan untuk memusnahkan iman manusia dan menghalang kebangkitan agama. Syaitan, malaikat, para nabi dan Dajjal ini juga makhluk Allah belaka. Semua mereka diciipta untuk membawa peranan masing-masing demi menguji keimanan manusia terhadap tuhannya.

FALSAFAH AL-MASIH DAN PERTEMBUNGAN ANTARA MEREKA

AL-MASIH bererti ‘YANG DIPERCAYAI’. Kehadirannya adalah dalam bentuk analogi dan kepercayaan sebenarnya, bukan secara fizikal. Al-Masih Ad-Dajjal ialah analogi MAKHLUK BERMATA SATU, memandang perintah dan larangan Allah hanya dengan satu mata saja. Syurga dikatakan neraka dan begitulah sebaliknya. Namun si Dajjal ini jugalah yang memberitahu manusia bahawa mereka akan turun dengan pelbagai bayangan rupa. Ini agar manusia tidak menyangka bahawa mereka telah berumahtangga dengan si Dajjal sekian lama.

Begitu juga halnya dengan kisah al-Masih Isa Putera Mariam dan al-Masih Mahdi. Kesemua mereka juga kehadiran yang berbentuk analogi, bukan secara peribadi yang amat diketahui oleh si Dajjal. Namun Dajjal jugalah yang memberitahu kita bila, di mana dan bagaimana meraka ini akan hadir melawan Dajjal. Ini semua terungkai dalam al-Kahfi. Begitulah liciknya Dajjal.

Al-Kahfi itu sendiri merupakan satu analogi. Oleh itu segala tanda kemunculan Dajjal harus dibaca secara analogi atau mutasyabihat dalam membaca al-Kahfi.

DUNIA ISLAM KEMARAU SEBELUM DAJJAL MUNCUL

Analogi kemarau adalah kaitan dengan ketiadaan air sebagai analogi ilmu. Dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang di mana umat akan dilanda kebuluran dan kegersangan. Ini menyebabkan umat Islam menjadi jahil dan berada dalam keadaan panas (Ramadh). Masyarakat hidup tindas menindas, berselisih faham dan bermusuhan.

Ketika inilah diperlukan kita berpuasa, solat malam yang panjang, mencari lailatul Qadar dan NuzulQuran. Dengan petunjuk kehidupan dari Allah itu kita mampu kembali menfitrahkan semula kesejahteraan hidup beragama. Hasil puasa dapat melentur jiwa untuk saling bermaafan dan bersama mengumpul dana untuk membangun semula fitrah agama (Eidulfitri).

DAJJAL MUNCUL TATAKALA MANUSIA KEBULURAN

Diriwayatkan, penyokong Dajjal akan memiliki bergunung makanan sedangkan orang-orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam pada hari itu wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu menggantikan makanan.”

Terlalu banyak analogi hidangan berbagai rupa sajian dari barat, dari ahli-kitab dan musuh-musuh agama untuk santapan dan minuman kita yang sudah berpecah belah waktu ini. Sajian dari Allah (al-Maidah) sudah tidak laku lagi (ayat 19). Aktiviti dakwah yang menjadi analogi makan (kejahilan/kebatilan/kemungkaran) dan minum (menimba ilmu) digantikan dengan zikir tersebut secara istiqomah untuk memelihara akidah dan keimanan. Ia menjadi analogi menggilap wang perak di dalam gua.

SYAITAN BERKUMPUL BERTEBARAN MEMBANTU DAJJAL 

Ringkasan Sabda Nabi saw dalam satu hadis riwayat Nuaim bin Hammad: 

Allah SWT mengerahkan kepada Dajjal para syaitan yang ada di timur dan di barat bagi menunjukkan kesediaan mereka untuk mengikuti apa jua perintah Dajjal. Mereka pergi kepada semua manusia untuk meyakinkan bahawa Dajjal adalah tuhan mereka dengan membawa untuk mereka syurga dan neraka acuan Dajjal.

Dengan bilangan yang sangat banyak, syaitan bertebaran di mukabumi dan masuk ke rumah-rumah manusia, lebih dari 100 syaitan untuk sebuah rumah. Mereka menjelma dalam bentuk ayah, ibu, anak, saudara-saudara, hamba-hamba, guru-guru, orang alim dan sahabat-sahabat tuan rumah itu. 

Apabila tuan rumah berkata: “Sesungguhnya telah diberitakan kepada kami bahawa musuh Allah yang bernama Dajjal telah muncul.” Syaitan menjawab: “Janganlah engkau terburu-buru berkata demikian. Dajjal itu sebenarnya tuhanmu yang dapat membuat sesuatu keputusan terhadap nasibmu. Bersama dengannnya ada syurga dan neraka, ada sungai-sungai dan ada banyak makanan. Sesungguhnya tiada makanan kecuali yang datang dari sisinya, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah”.

Ini adalah analogi anasir syaitan tentera Dajjal yang berupa-rupa. Sementara kita menunggu makhluk khusus bernama Dajjal yang direka-reka rupanya, sebenarnya watak mereka telah berada dalam rumah kita. Fungsi rumah sebagai syurga sudah berubah jadi neraka. Masjid dan majlis ilmu yang menjadi taman dan sungai syurga pula berubah menjadi neraka pada kita. Buktinya kita seronok berjam-jam dalam pesta dan kelab hiburan tapi sangat letih dan tersiksa hanya 30 minit dalam majlis ilmu di masjid. Prospek Dakwah sebgai analogi makanan untuk Islam sudah tiada kerana minat manusia semuanya menjadi makanan syaitan belaka.

DAJJAL ADA SYURGA DAN NERAKA TERSENDIRI

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Neraka itu sebenarnya syurga sedangkan syurganya itu adalah neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksa dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah SWT dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk”.

Inilah hakikat air, analogi ilmu yang menyejukkan jiwa dan memberi kekuatan kepada manusia. Bastotanfililmi wal jismi.

DAJJAL MUNCUL DI ANTARA SYAM DAN IRAQ

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.”

Kita sedang benar-benar melihat kecelaruan yang sukar dirungkai di wilayah itu. Anda dapat lihat bagaimana musuh Allah begitu berjaya memutarbelitkan fakta sampai kita sendiri terbelit sehingga sanggup berbunuhan sama sendiri. Anak kecil, orang tua, wanita hamil dibunuh dengan senjata dan dituba dengan kimia sesuka hati. Puluhan mayat sanggup ditolak dengan buldozer dan dibakar dengan sengaja. Berbagai ulamak timbul, melantik diri sendiri dan mengeluarkan fatwa itu dan ini. Ironinya banyak yang jauh lari dari pesanan nabi dan perintah Allah itu sendiri. 

DAJJAL MENGAKU SEBAGAI NABI

“Pada mulanya Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu dia mengaku pula sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan yang baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAF FA RA (KAFIR), yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.”

Analogi dari hadis ini ialah tidak perlu bijak pandai untuk mengenal Dajjal, sibuta huruf pun mampu jika mahu. Yang penting gunakan kedua-dua belah mata, pendengaran dan hati, itu sahaja. Hari ini begitu ramai Dajjal yang mengaku rasul dan nabi, bahkan sudah ada yang mengaku tuhan pun. Mahu tunggu apa dan bila lagi untuk Dajjal itu mampu kita kenalpasti? 

DAJJAL MENGHIDUPKAN AYAH DAN IBU YANG TELAH MATI

“Di antara tipu daya Dajjal juga dia berkata: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

Dalam isu ini, Dajjal menghidupkan sentimen ajaran nenek moyang yang sudah mati ke dalam jiwa manusia. Nostalgia amal orang tua menjadikan perubahan menjadi sangat sukar dilakukan biarpun sejelas mana bukti fitnah Dajjal itu dinampakkan. Inilah kejayaan Dajjal, menghidupkan orang yang mati dan mematikan orang yang hidup. QS 6/122, 36/6, 36/70, 2/170, 11/87. Kerana itu jugalah Allah kirim al-Masih Isa dan al-Masih Mahdi untuk melawan Si al-Masih yang satu ini.

Ini hanya beberapa contoh sebagai pembuka minda. Ada banyak lagi riwayat yang merujuk kepada ciri dan fenomena kehadiran Dajjal dalam hidup kita. Kami tidak mampu tuliskan semua kerana ini sekadar cetusan untuk membuka minda sahaja. Tanamkanlah minat untuk sama-sama mengkaji dan menggali.

Sempena jumaat ini, rapatkan diri dengan jemaah setempat untuk memperbaiki hubungan keIslaman kita. Jadikan masjid dan solat jumaat sebagai wadah gua yang penuh rahsia dalam usaha membangunkan masyarakat dan pelbagai urusan agama. Ini kerana tidak semuanya boleh kita bincang secara terbuka dalam situasi semasa agama kita yang sudah lama tidur lena.

QS: 18. Al Kahfi, 10. Tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.” 

Jangan terima bulat-bulat cetusan ini. Nasihat kami agar kita ramai-ramai baca alquran yang masih lagi dalam tulisan asal itu, dengan terjemahan bahasa kita sekurang-kurangnya 3 kali. Itulah asas iqra’ yang menjadi sunnah nabi saw. InsyaAllah selepas itu mudah untuk kita mengenal kawan dan lawan, Al-Masih Isa dan Dajjal, Al-Masih Mahdi dan Regim Syaitan. Semuga kita mampu membezakan antara hak dan batil, yang mana perintah dan larangan, syurga dan neraka, dosa dan pahala dan sebagainya.

Bersambung … INSYAALLAH

CETUSAN JUMAAT
Warga Prihatin.

TERIMA KASIH ALLAH – Ummi Dayana

 

1471902_1480795882146114_1871533841_n2013-11-26 14.17.56TERIMA KASIH ALLAH – Ummi Dayana

Bismillah. . Assalamualaikum duhai keluarga yang dikasihi. .

20-11-2013 @ 1500H

Detik ini sudah tertulis oleh Pencipta semesta. Tiap sesuatu tak akan ada yang mampu menghalang atau mengelak melainkan dengan izinNya. Musibah ini menguji sejauh mana pengharapan aku pada Pencipta, keyakinan aku pada syahadah yang aku lafazkan. Melihat musibah ini dari sudut ego seorang manusia pasti saja aku berkata “mengapa aku? Tak cukupkah lagi dengan bebanan yang aku galas?”. Tetapi bila aku melihat musibah ini sebagai didikan Allah, teguran cintaNya, hati lantas berbisik “betapa Allah mencintaiku”.

Alhamdulillah aku dan keluarga adalah insan terpilih itu. Maka senyuman syukur terukir. Tak mengapalah ini hanya sedikit. Bohong kalau aku tidak menangis dengan musibah ini kerana aku cuma manusia. Bagaimana harus aku lakukan sendiri? Ketabahan itu bagai sukar bila melihat insan-insan yang aku kasihi menjalani kesukaran ini.

Saat musibah datang hanya doa yang diperlukan. Hanya suara yang berbisik “semuanya akan ok. Allah kan ada”. Itu ayat yang sering aku bisikkan pada diri sendiri setiap kali kesukaran aku temui. Manusia kan sering ingat Allah bila sukar menjelma. Ya Allah hinanya aku hambaMu. Ego sombong bongkaknya aku. Mengingati Mu, meminta hanya bila susah. Ambil mudah bila senang. .

Musibah mendidik aku untuk segera mencari jalan kembali. Sepenuh pengharapan aku serahkan. Allah Maha Kuasa ke atas tiap sesuatu milikNya. Dia menggerakkan hati hambaNya kanda Azlin untuk membantu sedaya mampunya. Perkhabaran musibah ini diberitahu pada keluarga besar Tunas Prihatin dan seterusnya mendapat perhatian Warga Prihatin.

07Masih teringat pesan ustaz ku “jangan berharap pada manusia kelak kamu kecewa”. Aku berharap Allah mengirimkan jiwa-jiwa yang luhur. Alhamdulillah. Kasih sayang kanda Azlin mencipta rantaian cinta yang sangat luas, sangat luhur. Satu persatu jiwa ini digerakkan Allah. Perkhabaran gembira demi perkhabaran gembira diterima. Doa yang tidak putus dari keluarga Tunas Prihatin dan Warga Prihatin membisikkan semangat dari kejauhan.

Seketika itu juga, kanda Ira menyusul. Menyatakan hasrat keluarga besar Warga Prihatin untuk membuat kunjungan. Alhamdulillah, tetapi saat mendengarkan jumlah jemaah yang bakal hadir, akal logik membuat kiraan “di manakah mahu aku tempatkan ahli keluarga ini? Selesakah mereka nanti? Dan pelbagai persoalan logik yang aku tiada jawapan”. Tapi entah mengapa hati membisikkan kata lalu dizahirkan “datanglah”… Tiada paksaan, tiada yang memaksa, tiada yang terpaksa. Semuanya digerakkan dan dibisikkan dengan rela.

Tarikh dan waktu diberikan sebagai janji yang hanya Allah tahu. Menghitung hari menanti kedatangan keluarga besar ini bukan mudah. Penuh debar. Sejujurnya demi Allah, tidak ada seorang pun yang pernah aku kenali secara peribadi. Hanya sekadar coretan di blog dan facebook sebenarnya tidak cukup untuk menilai. Tetapi kehendak Allah mengatasi segalanya. Tanpa mengenali mahupun membuat nilaian, segalanya diatur dan dirancang. .

2013-11-26 14.18.1426-11-2013 @ 1130H

Kehadiran dinanti setelah pengharapan diserahkan pada Allah agar melindungi jiwa2 yang penuh cinta ini sepanjang perjalanan mereka menyusuri denai ukhwah, merentasi sempadan jarak, memintas keterbatasan waktu demi mencari redha Allah dalam kunjungan kasih sayang.

Takdir Allah tertulis menemukan aku dengan jiwa-jiwa yang tidak aku kenali sebelum ini. Senyuman dan cinta terpancar penuh cahaya. Saat mata bertentangan, tangan bersentuhan, pipi berkucupan, salam disambut, hati merasa terisi mengusir segala rasa. Tulus suci wajah anak2 membayangkan putik yang sedang tumbuh dengan subur.

Doa memulakan segalanya. Satu persatu diperbetulkan. . Satu persatu diusahakan dan hari ini Allah mendidik aku. .

  1. Buah yang baik dan berkualiti terhasil daripada pohon yang subur. Dan pohon ini segar kerana akar yang kukuh dan sentiasa mencari yang benar
  2. Keluarga bukan hanya terwujud dengan adanya hubungan DNA.
  3. Jemaah yang teguh dikukuhkan oleh pemimpin yang telus dan pengasih
  4. Keterbatasan bukanlah pengakhiran untuk apa pun selagi kesanggupan itu ada
  5. Setiap sesuatu menjadi mudah dengan adanya jemaah yang bekerjasama dan saling mendokong satu sama lain.
  6. Perkongsian kesusahan mendidik jiwa lebih tenang dan saling berkasih sayang
  7. Meninggalkan ruang keselesaan adalah permulaan mencari diri dalam mengenal Allah dan segalnya.
  8. Berharaplah hanya pada Allah kerna Dia yang menggerakkan segala sesuatu
  9. Nikmat berkongsi kesusahan jiwa lain adalah penunduk keegoan.
  10. Tiada yang mustahil bagi jiwa yang meyakini Rukun Iman ke-6. .

03Buat semua keluarga Tunas Prihatin dan Warga Prihatin, tiada bait kata yang mampu menggambarkan cinta kalian. Tiada hadiah yang mampu menilai tulus murni jiwa kalian. Setiap penat lelah jerit perih, malah setiap titisan peluh kalian adalah hitungan janji dan saksi ketulusan kalian yang tidak minta dibalas dengan apa pun. Hanya Allah yang mampu memberikan hitungan yang terbaik. Pengalaman bersama kalian merupakan detik yang sangat manis. Bukti kekuasaan Allah menggerakkan jiwa hambaNya tanpa ada sesuatu pun menghalangi. Nikmat Allah yang mana lagi mahu didustai. Subahanallah. .

Ayah Dr. Masjuki dan bonda Shakirah terima kasih kerana memberi peluang untuk Kasih belajar tentang akar yang kukuh.

Buat kekanda dan adinda Warga Prihatin, terima kasih kerana memberi peluang mata Kasih menjadi saksi keikhlasan, penghormatan dan cinta yang menjadi pohon rendang yang subur.

Buat kesemua bilangan anakanda Rumah Pengasih WP yang hadir, terima kasih kerana membiarkan jiwa ummi dijentik dengan didikan kesamarataan yang menundukkan ego sesama kalian. Kejernihan hati yang kalian paparkan sesama kalian telah banyak mendidik ummi.

Terima kasih dan hanya Allah sebaik Pembela, Pemberi dan Penjaga. Alhamdulillah Kasih sayang kalian tersemat kukuh di jiwa. Semoga diberikan kesempatan untuk kita berkampung lagi. . Dengan rendah hati Kasih memohon kemaafan andai terkurang dalam layanan. Terlepas pandang wajah yang manis. Terlalai mengukirkan senyuman. . Maafkanlah kasih. .maafkanlah jiwa yang rapuh yang masih mencari jalan pulang. . Alhamdulillah.

2013-11-26 14.18.49
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI – Abu Zafeerah

Alhamdulillah tiada kata ungkapan selain puji dan syukur kepada Allah yang melapangkan kesibukan saya untuk turut serta jemaah keluarga besar ini.

Pengalaman yang dicari sudah berbuahkan ilham dan ilmu, mengenali kemampuan diri dan komitmen untuk berjemaah, hanya melalui pelaksanaan. Ilmu itu boleh dicari di mana-mana.. tetapi untuk mengamalkannya memerlukan kekuatan. Namun kekuatan individu tidak mampu untuk menggerakkan sebatang pokok yang tumbang.. kekuatan individu tidak ada daya untuk menyiapkan kerosakan yang melumpuhkan fungsi rumah dalam seharian..

Itulah kuasa jemaah yang sebulat hatinya, bertekad dalam amal jamaie dan tidak meletakkan kekuatan individu sebagai ukuran, sebaliknya dengan kekuatan jemaahlah segalanya menjadi pasti, tidak mustahil dan membenarkan azam yang kuat.

Sekecil-kecil anak yang mengutip sampah dan mencabut rumput..sehingga sebesar langkah bapak-bapak yang memanjat bumbung, bersabung nyawa melawan panas terik, itulah kualiti amal dan kesungguhan mencurahkan kasih sayang melalui kerja buat yang sehabis baik.

Sumbangan ini saja yang mampu saya sertakan dalam berjemaah, melihat dan menilai kualiti kasih sayang yang tidak mampu diukur dengan duit dan harta.

22TERIMA KASIH TUAN RUMAH

Semoga tuan rumah tenang dan kembali bahagia hati dan jiwanya dengan kedatangan berita gembira dari WP. Inilah nikmat kasih sayang melalui USWAH, yang memberi bersungguh-sungguh, melaksanakan kerja buat tanpa paksaan dengan penuh rela dan redha kerana Allah, menyampaikan kasih sayang Allah melalui tangan-tangan hambanya yang PRIHATIN. Yang menerima mengucapkan syukur, merasai kebesaran Allah dan mengambil hidayah dan bukti cinta Allah. Pengharapan pada Allah itu YAKIN, bukan angan-angan. Allah maha mendengar keluhan hamba yang jujur mencari kasih sayang-Nya.

Saya berbesar hati dapat bersama hampir seluruh Warga Prihatin menjalani misi kemanusiaan, melalui ibadah gotong royong yang pada saya, itulah kenikmatan dalam sebuah keluarga besar. Sungguh! Jika sudah bersatu hati, apa jua yang sukar dan mustahil mampu diperkemaskan dengan kerjasama dan ganding bahu untuk mempermudahkan segala kesulitan.

Untuk kakak Chenta Kasih Dayana (Ummi), kata akhir dari saya… Yang patah akan kembali tumbuh.. Tunas baru yang lebih kuat, segar dan mampu menjadi foundation yang lebih kukuh dari sebelum ini.

Yang hilang bakal berganti, Allah datangkan kemudahan selepas kesulitan.. itu janji Allah. Semoga apa yang digantikan Allah itu, lebih baik dari sebelumnya.

Alhamdulillah.

kaseh 1TUGAS BERAT UNTUK MEMANUSIAKAN MANUSIA – ANONYMOUS

Saya sangat bersyukur dapat berada dalam rombongan ini buat pertama kali. Masih terkesima dengan ketabahan Dayana menghadapi kesulitan hidup selama ini. Berhenti kerja yang selesa di bandar untuk hidup di desa menjaga 2 orang warga Emas yang sakit, tidak berupaya dan dimakan usia. Ditambah dengan penceraian rumahtangga dan dibiarkan tanpa pembelaan manusia yang dipanggil ahli keluarga dan jiran tetangga.

Kini keluarga Dayana diuji lagi. Saya terkejut melihat kerosakan rumah yang menempatkan orang yang lemah tidak berdaya. Jauh lebih teruk dari apa yang dapat dilihat dalam gambar. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana harus menjalani hidup. Seminggu dibanjiri air hujan yang mencurah ke dalam seluruh ruang rumah.

Tilam dan tempat tidur terpaksa dibiarkan basah. Dingin hujan dan angin malam menghembus terus ke dalam rumah, akibat bumbung dan dinding yang turut musnah. Hati masih menangis pilu mengenang kesejukan anak kecil dan warga tua. Hati tidak boleh membayangkan bagaimana perasaan seorang ibu tunggal yang menjadi tempat bergantung buat kesemua mereka satu-satunya.

Dalam pada hati sebak, merintih memikirkan sikap manusia yang tak punya rasa. Manusia yang Nabi katakan tidak sempurna Islam dan imannya membiarkan yang daif tidak terbela. Tiba tiba tersentak dengan suara orang desa yang berkata “ Amboi cepatnya YB hantar orang baiki rumah… sempat siap dalam 1 hari..!’. pada masa yang sama seorang lagi terpinga-pinga bertanya “kamu semua ini datang dari mana?”.. Allah saja yang tahu perasaan di hati.

Ya… Desa itu ada ramai penduduknya. Ada masjid dan balai raya. Ada banyak kereta mewah dan juga jentera. Ada logo PAS, PKR dan UMNO juga. Ke manakah fungsi masyarakat dan aktiviti kemanusiaan mereka.? Di manakah fungsi JKKK? Imam? Rukun Tetangga? RELA? Di manakah tukang kempen pilihanraya yang selalunya beriya-iya menabur jasa menjelang PRU? Di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat? Di mana Baitulmal dan Pusat Zakat? Kenapa keluarga daif ini sempat dibiar tersiksa sampai 1 minggu?

Maaf saya tidak mampu meneruskan luahan hati. Mata saya semakin kabur dipenuhi air… nafas semakin sesak tak habis memikir. Ampuni aku ya Allah yang selama ini banyak menipu Mu. Banyak berdoa, menyeru hanya dengan kata-kata tapi tidak bangun melakukan sesuatu. Astaghfirullah… ampuni daku.

Untuk melihat gambar-gambar dari awal hingga akhir yang telah dirakam oleh anak-anak, anda mungkin boleh klik link album ini.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10152408904032786.1073741832.176792972785&type=1

 

Minda Jumaat – Sains Al-Kahfi 2

00 gua. 2Minda Jumaat – Sains Al-Kahfi 2

Minggu lepas telah kami kongsikan serba sedikit tentang falsafah Jumaat dan keterkaitannya dengan surah al-Kahfi yang Rasulullah SAW minta kita bacanya pada hari JUMAAT. Kami juga telah kongsikan serba sedikit pelajaran dari ayat 1-2 dan ayat 18 yang menampakkan situasi semasa kita. Sila baca dahulu siri 1 dari link berikut jika anda belum membacanya. http://prihatin.net.my/2013/11/22/minda-jumaat-ashabul-kahfi-1/

Dalam ayat 18 telah kami kongsikan ketatapan Allah bahawa kondisi Islam akan berada dalam bentuk pusingan kejatuhan dan pembangunan semula seperti malam dan siang. Kondisi ini berlaku atas fitrah Allah yang menetapkannya begitu tanpa kita sendiri sedar bagaimana dan bila ianya berlaku. Apabila kita sedar, kita telah ratusan tahun ketinggalan sehingga kefahaman dan perilaku kita telah jauh lari dari Islam yang sebenarnya.

Minggu lepas telah kami kaitkan “WALYATALLATTOF” (“Dan hendaklah kamu berhalus/hati-hati”) yang biasanya berwarna merah dan letaknya di tengah-tengah Musyhaf alquran. Hari ini kami ingin kongsikan secara khusus ayat ke 19 dari surah Al Kahfi ini.

“Dan/DEMI demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka. Berkatalah seorang yang berkata: Sudah berapa lamakah kamu berdiam?.” Mereka menjawab: “Kita berdiam sehari atau setengah hari.” Mereka berkata: “Rabb kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berdiam. Maka suruhlah salah seorang di antara kamu dengan membawa Wang perakmu ini pergi ke Madinah (kota), maka hendaklah dia perhatikan/cari manakah makanan yang lebih baik/suci, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu sebagai rezeki dari sebahagiannya, dan hendaklah ia berhalus/ hati-hati /lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menberitahu halmu kepada seorangpun.

HAKIKAT LENA – FITRAH PUSINGAN JATUH BANGUNNYA AGAMA

Sebagai janji Allah untuk memastikan agamaNya sentiasa terpelihara, kita yang lena dalam kegelapan gua dunia ini tetap akan terjaga semula. Itu menjadi sumpah dan janji Allah yang dizahirkan dalam kata sumpah “WAW QASAM” di awal ayat ini. Kebangkitan ini berlaku dengan sendiri atas kuasa dan gerak dari Allah jua.

Harus kita teliti juga scenario tidur dan bangun dari ayat ini. Apabila saja kita terjaga dari lena yang panjang, pastinya kita akan terpinga-pinga. Pertama yang kita biasa tanyakan ialah berapa lama kita terlena. Dalam ayat ini dijelaskan hanya Rabb sahaja yang tahu berapa lama Islam telah terlena, telah sangat statik, tidak bergerak atau pesat berkembang. Jawapan sebenar hanya akan diketahui setelah mereka iqra’ semula atas nama Allah. Kaji semula bila bermulanya pemansuhan sistem Allah dimuka bumi dengan mengurut semula faktur sejarah yang panjang.

ANALOGI MAKAN DALAM URUSAN DAKWAH

Menjadi kebiasaan juga untuk kita LAMA TERLENA terus terasa lapar dan ingin mencari makanan sebaik saja kita terjaga. Makan minum inilah yang memberi TENAGA kepada kita.
Selama ini kita tidak melihat keperluan untuk makan kerana kita sedang lena.

Agama Allah ini hidup dan berkembang dengan aktiviti dakwah. Dalam program dakwah ada yang dimakan dan ada yang memakan, ada yang minum dan memberi minum. Kerana itulah aktiviti makan dan minum di masjid ini menjadi arahan Allah dalam quran. Ia sebanarnya satu analogi kepada program dakwah.

Sabda baginda “ASSOLATUDU’A” (“Solat itu adalah DOA / SERU”). Itulah hakikat dakwah yang Nabi SAW terapkan melalui aktiviti SOLAT yang diwajibkan Allah.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat (silah) kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawat (silah)lah kamu kepadanya dan Islamlah kamu, Islamkanlah (Islam yang sebenar-benarnya).” (Surah 33 Al-Ahzab: 56).

Wahyu dan petunjuk Allah telah pun disampaikan melalui malaikat kepada Nabi SAW. Umat pula harus berusaha mendapatkannya daripada baginda. Ini adalah asas selawat yang menjadi jamak kepada kata pokok solat. Inilah matarantai perpindahan ilmu, iaitu kaedah bagaimana ilmu dihubungkan dari Allah melalui malaikat kepada Rasul dan kepada umatnya. Asas perhubungan ini dipanggil SILAH yang dikembangkan menjadi SOLAT dan SOLAWAT.

Solat yang membawa misi tarbiah dan pengembangan ilmu inilah yang akan meningkatkan darjat dan mencegah perbuatan keji dan mungkar. “ASSOLATUL MIKRAAJUL MUKMINIIN” yang bermaksud “Solat itu adalah peningkatan darjat (Mikraj) bagi orang Mukmin”. Inilah hakikat makanan rohani bagi orang Islam yang telah lama tidak diamalkan dengan berkesan.

ANALOGI MAKANAN

Apa yang nak dimakan dengan dakwah ini ialah kejahilan dan kemungkaran yang ingin dihapuskan (dimakan). Semasa jahiliyah, di mana progress dan kefahaman agama sudah lama terdiam, ramai umat telah kembali jahil. Kejahilan itu telah menimbulkan terlalu banyak kecelaruan dan kemungkaran dalam kehidupan.

Peringkat awal proses kebangkitan selepas umat terjaga dari lena, akan ada yang mampu menerima bahawa benarlah agama ini telah lama tertidur dan perlu dibangunkan. Jadi mereka yang benar-benar ingin kembali memartabatkan agama inilah yang ingin menimba ilmu yang asal dan ingin menghentikan segala amalan kemungkaran yang telah berleluasa. Inilah calun yang dinamakan makanan yang baik, iaitu orang yang benar-benar mahu dimakan kejahilan dan kemungkarannya.

FALSAFAH WANG PERAK & PENDUDUK KOTA

Wang adalah sesuatu yang berharga untuk membeli makanan. Ia juga merupakan analogi nilai ilmu dan tarikan agama. Dalam alQuran Allah sebutkan nilai ilmuNya jauh lebih mahal dari emas sepenuh bumi. Dengan ilmu yang mahal ini, manusia berminat untuk menyatu, hidup teratur dan sangat berkasih sayang. Ini yang akan membeli hati-hati umat manusia untuk tertarik dan memeluk Islam.

Oleh kerana terlalu lama agama ini terlena, maka hazanah ilmu YANG MAHAL ini hanya tersimpan di gua-gua belantara oleh orang lama yang sudah tidak berupaya sahaja. Penjelasan dari kefahaman dan praktikal dari ilmu agama sudah tiada progresnya. Apabila kita sedar dan cuba memahamkan manusia dengan ilmu yang asal itu, ramai sudah tidak lagi mengenalinya.

Orang awam, khasnya warga kota sibuk dengan urusan dunia penuh pancaroba. Mereka lebih suka sajian dari ceramah pelbagai individu tertentu yang menjadi idola masing-masing dari sumber internet, majalah, blog dan media. Tiada lagi budaya talaqqi penuh hormat, budaya dipan-dipan, sapa menyapa, tanya menanya dan perguruan agama cara lama yang penuh semangat kasih sayang.

Pembacaan berupa iqra ilmu dari alquran yang diturunkan dari Allah sendiri sudah kurang diminati. Kita selesa membaca quran tanpa usaha memahami makna dan maksudnya. Bahkan kita bacanya dalam solat tanpa memahaminya walaupun itu sudah jelas Allah larang. Lazim kita membaca teks tanpa konteks pembacaannya.

Oleh itu, ayat ini menuntut kita menggilap hazanah ilmu purba. Inilah analogi wang perak sebagai petunjuk yang paling tua (petua) yang sudah tidak laku lagi. Inilah ilmu yang telah memberikan kejayaan kepada dakwah Nabi SAW dahulu. Setelah digilap semula, Allah minta kita tunjukkan kepada orang yang ikhlas dan meminati hazanah lama ini. Itulah orang yang ikhlas mencari Ilahi dan ingin berserah diri. Inilah analogi “makanan yang baik dan suci”.

BAWA MAKANAN SUCI DAN MAKAN DI MASJID

Agama ini terlalu unik dan sangat banyak rahsianya. Tidak semua boleh disampaikan melalui tulisan atau media elektronik. Kerana itu penyampaian secara bertalaqqi, secara personal atau kumpulan kecil yang terkawal jumlahnya menjadi laluan yang tertutup. Dengan jumlah yang kecil ini ilmu dan kefahaman agama boleh diulas secara dekat dan mendalam untuk memantau kefahaman dan perlaksanaannya.

Peranan Masjid adalah terlalu besar dalam proses pengaliran ilmu. Di sinilah jemaah setempat dikumpulkan dan ditarbiah setiap minggu. Kerana itu orang yang musafir diharuskan untuk tidak ikut solat jumaat. Banyak rahsia agama yang fundamental, samada menyentuh isu setempat, nasional maupun global yang harus disampaikan dalam kelompok jemaah yang terkawal di dalam khutbah jumaat itu. Pekej 40 orang untuk satu wali atau wakil dalam khutbah jumaat dikatakan lumrah untuk mendapatkan keberkesanan tarbiah semasa khutbah.

Mudahnya khutbah jumaat itu seharusnya disampaikan secara tertutup. Itulah rahsia dari perintah dalam ayat 19 al-Kahfi ini, iaitu jangan kamu siarkan hal agama mu kepada sesiapapun di luar. Kaedah inilah yang akan membuat semua rijal sayang dan rindukan masjid, kerana hanya di situ mereka dapat maklumat terkini secara terus dari pucuk pimpinan agama kepada rakyat jelata. Hari ini seluruh dunia dapat mengetahui rahsia Islam kerana semua khutbah dari mimbar disiarkan secara langsung. Itu tidak termasuk media, internet, video, penulisan dan ceramah yang disampaikan secara individu dan tidak terkawal. Kekeliruan tidak dapat dijawab secara berdepan dengan kaedah itu.

Semuga sedikit sebanyak perkongsian berat ini dapat membuka minda dan menyedarkan kita akan situasi agama kita sekarang ini. Jika berat, ikutlah sunnah iqra’ Nabi iaitu dengan ulangan 3 kali. Pentingnya kita memperkemaskan jemaah dalam khariah masjid masing-masing melalui mekanisma solat jumaat ini dan mengajak umat yang benar-benar inginkan ilmu dan petunjuk agama untuk hadir menimba ilmu dari perkongsian khutbah jumaat.

Ini hanya cetusan minda. Sekadar menanam minat untuk kita sama-sama mengkaji dan membuat penyucian sendiri. InsyaAllah bersambung dengan siri berikutnya jumaat depan.

WARGA PRIHATIN

MEMAHAMI AKHLAK HAIWAN UNTUK MENDIDIK MANUSIA

00 anjing ceaser milanMEMAHAMI AKHLAK HAIWAN UNTUK MENDIDIK MANUSIA

Menonton program Psikologi Anjing “Dog Whisperer” oleh Cesar Millan di National Geografi, kita seharusnya terasa malu dan hina untuk mengaku diri sebagai ‘manusia’. Kita yang beragama Islam ini telah dibekalkan dengan pedoman hidup oleh Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Bijaksana. Segala manual kehidupan itu adalah peraturan paling baik untuk kita menikmati hidup sejahtera bersama-sama. Kita semua sekadar menumpang hidup sementara sahaja di bumi tuhan ini.

Cesar Millan boleh membuatkan pelbagai breed anjing yang berlainan, bahkan mampu mendidik kucing beliau untuk hidup bersama anjing tersebut. Beliau sendiri boleh hidup bersama lebih 40 ekor anjing yang berlainan spesis dengannya, dengan begitu teratur dan berakhlak sekali. Semua haiwan peliharaan beliau patuh dan akur dengan kehendak pencipta (al-kholiq). Mematuhi AL-KHOLIQ itulah falsafah disebalik AKHLAQ.

CUBA BANDINGKAN DENGAN PERIBADI DAN CARA HIDUP KITA?

Allah minta kita cari persamaan, Allah beri SATU kefahaman yang menyamakan kita untuk hidup bersatu. Malang sekali kita manusia yang ada akal, boleh melihat, mendengar, membaca dan berfikir semakin hari semakin hilang akal. Semakin hari kita semakin rakus mencipta fahaman sendiri dan semakin jauh meninggalkan faham Allah. Semakin hari kita semakin memecah belah bukan semakin bersatu. Fahaman yang semakin banyak ini telah mencetus SALAH FAHAM yang banyak.

Kita lihat hari ini umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia sedang menunjukkan akhlak yang lebih teruk dari binatang yang dianggap najis itu. Kita semakin berpecah-belah, bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri. Harimau yang ganas pun tahu menyayangi baby kera yang telah ditumpaskan sebagai mangsanya (merujuk video). Kita manusia menuba kimia pada anak kita lebih zalim dari singa.

Di dalam keluarga kecil pun kita tidak mampu menyatu. Bapa dan suami hanyut dengan haluan hidup dan hobinya yang tersendiri. Menjadi bapa dan suami hanya di atas katil, ibarat lembu jantan yang disewa untuk mengawan sahaja. Zina sudah tidak dirasakan berdosa dari anak kecil sampai datuk yang tua. Sudah tidak kira anak sendiri, anak tiri atau saudara mara.

Ibu dan isteri terbiar meraba-raba mengurus keluarga tanpa haluan dan bimbingan yang tegas dari suami dan bapa. Atas kelemahan jiwa laki, ramai isteri terpaksa bekerja menyara keluarga. Tidak kurang isteri yang menyerah tubuh semasa bekerja, bahkan ramai yang menjual diri dengan izin suaminya… MasyaAllah… kehidupan dunia apakah ini? Jangan sangsi berita ini kerana kami ada banyak bukti.

Akibatnya anak-anak terpaksa diletak merata-rata, akhirnya berselerak mengikut arus kemodenan dunia. Bila besar saja, anak-anak didorong dengan kerakusan cita-cita keluarga. Tersungkur-sungkur si anak ikut mengejar cita-cita dunia yang ditanam oleh ibu bapa dan nenek moyang mereka. Pendidikan agama sudah jatuh bukan lagi nombor dua, tapi entah nombor ke berapa.!

Islamnya kebanyakkan kita hanya di keyboard komputer, atau atas kertas di sini sana. Selebihnya Hanya pada had dan hari tertentu sahaja. Islam kita hanya ketika bersunat, menikah dan bila sakit atau mati saja. Quran hanya dibaca setelah mati atau bila ada upacara dan bencana, ataupun bila anak nak periksa, hanya untuk diraih tangkal azimatnya sahaja. Walhal quran itu adalah panduan hidup, rahmat paling besar hadiah dari Pencipta kita. Sewajarnya dibaca ia ketika hidup, agar boleh digunakan panduannya untuk hidup selamat dan sejahtera.

Benarlah firman Allah. Jika Ayat-ayatnya sudah tidak mampu difahami dan diikuti, memang benarlah akan jadi begini. Kita telah mati dan mematikan fungsi diri sebelum kita dimatikan. Terlalu banyak firman Allah yang merujuk kepada haiwan. Alquran ini diturunkan untuk memperbaiki akhlak, itu sabda baginda saw. Pastinya akhlak haiwan ini yang harus kita iqra dan baca untuk diambil pelajarannya.

JANGANLAH KITA IKUT AKHLAK ANJING yang Allah tidak suka. Menjelir lidah sahaja kerjanya, di ajak tidak datang, dihalau tidak mahu pergi. Diajak melaksana sebagai muslim tidak mahu, disuruh mengaku sahaja kafir juga tidak mahu.

JANGANLAH KITA JADI KERA yang berkelakuan sumbang. Datang ke kampung hanya untuk cari pisang. Hadir kepada Islam bila ada habuan dan keperluan saja. Jauhilah perangai kera yang suka mengejek-ngejek dan mencela. Wajah dan perangai huduh tapi tidak mahu pakai bunga, analogi sistem kehidupan yang lebih baik untuk dirinya. Lebih malang lagi bunga pemberian itu juga direnyuknya.

JANGAN JADI SEPERTI BABI yang degil dan najis sampai ke dalam diri. Yang banyak beranak tapi tidak ada budi pekerti. Yang suka tempat kotor dan makan tahi sendiri, yang suka menyondol batas untuk memakan ubi. Sedangkan batas itu satu tanda dan larangan, agar babi tidak menceroboh perkara larangan dan yang bukan haknya.

JANGANLAH JADI MACAM KELDAI yang suka memikul kitab yang banyak, tapi tidak memikul perintah yang ada dalam kitab yang dibaca. Yang Allah perintahkan ialah kefahaman dan perlaksanaan dari isi kitab itu. Bukan bacaan dan hafazan hurufnya!

JANGANLAH JADI LEMBU JANTAN yang hanya mampu mengawan dengan 20 betina. Yang hanya tahu mengumpul betina dan makan minum sahaja. Yang tidak peduli apa jadi pada rakan jiran dan saudara mara serta keluarganya. Rakan jiran, anak isteri disembelih pun dia masih buat tak tahu sahaja, masih terus rakus makan dan minum juga.

JANGANLAH JADI SEPERTI ULAR yang suka membelit. Jangan jadi BUAYA DARAT yang memakan mangsa bersama baju, kasut dan topinya. Jangan jadi macam BIAWAK yang lidah bercabang.

JANGAN JADI MACAM NYAMUK yang hanya suka buat bising, yang mengambil peluang membiak dari air yang bertakung. Yang menyebarkan fitnah dan virus yang membunuh.

JANGAN JADI MACAM LALAT yang sangat suka makan dan bertelur atas benda kotor dan busuk serta amat sukar ditangkap.

SEMUA PERUMPAMAAN DI ATAS TERDAPAT DALAM QURAN. Bahkan ada terlalu banyak ayat dan surah yang menggunakan nama haiwan dan ternakan. Beberapa potong ayat ini mungkin boleh menyedarkan kita.

QS al-Maidah 5:60. Katakanlah, “Apakah aku memberitahu kamu, tentang yang lebih buruk daripada itu? Pembalasan di sisi Allah, orang yang Allah telah melaknat dan murka padanya, dan dia menjadikan antara mereka kera dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut – mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih tersesat daripada jalan yang betul.”

QS Al Jumu’ah 62:5. Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

QS Al A’raaf 7:179. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (tafaquh) dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai telinga tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Banyak lagi contoh-contoh haiwan yang Allah ceritakan dalam quran yang memberi pelajaran akhlak baik dan akhlak buruk untuk pedoman hidup kita. Antaranya ialah baik buruknya LEBAH, LABAH, SEMUT, KUTU, BELALANG, KATAK, dan banyak lagi.  Semuga cetusan ini ada kebaikan sebagai renungan buat kita semua…
WARGA PRIHATIN

KONSPIRASI TERBESAR EKONOMI DUNIA YANG MENGHANCURKAN SOSIAL DAN KEMANUSIAAN.

00 ribaKONSPIRASI TERBESAR EKONOMI DUNIA YANG MENGHANCURKAN SOSIAL DAN KEMANUSIAAN.

Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan pinjaman. Kita ukur kemampuan kita bergaji RM5000 sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita nampak kita mampu menanggung hutang itu. Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang anda langsaikan ialah RM1,500,000. RM1 Juta ialah faedah yang diambil oleh bank itu sendiri.

Anda rasa itu biasa saja bukan? 

Tahukah anda, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang anda beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 SAHAJA. Nanti dulu, gaji anda pula mungkin mampu sampai RM10,000 (pada nilai bukan pada kertasnya).

Kali ini, kami akan mengupas topic “bosan” ini yang jarang orang nak hiraukan sangat. Ramai orang tak tahu pun, riba itu disebut sebagai dosa ke-empat terbesar selepas menyengutukan Allah, sihir dan membunuh. Berzina dengan ibu sendiri juga dosanya tak sebesar dosa riba.

Hari ini, Jabatan Agama Islam menangkap penzina dan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman TETAPI mengapa riba yang menjadi dosa ke-empat terbesar dalam Islam tidak pula ditangkap. Malah, ia dibiarkan berleluasa di semua peringkat.

Mungkin ada yang mengatakan yang kita sudah tidak riba lagi, dan kita menggunakan SISTEM EKONOMI ISLAM dan sistem perbankkan Islam. Mahulah kami simpulkan, dari pengertian riba yang sebenarnya, bahawa sistem perbankkan Islam juga hanya menukar nama dan memperkenalkan akad tanpa perubahan actual dalam kekejaman kewangan. Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000 berbanding konvensional yang sedikit terbuka dengan spekulasi pasaran yang secara purata mungkin lebih rendah dan kadang-kadang (atau jarang-jarang) lebih tinggi dari Islamik.

Sebab itu, perbankkan Islam kini menjadi agenda ekonomi dunia. Kerana ia lebih menguntungkan dari sistem konvensional. Seperti ayam yang disembelih dengan BETUL TEKNIKNYA oleh Ah Seng dan juga ayam yang disembelih oleh Pak Karim yang baca Bismillah. Itu sahaja bezanya. Secara teknikal ia sama cuma secara kulit ia kelihatan Islamik. Malah kadangkala cara sembelihan dan pengurusan karkas Ah Seng mungkin jauh lebih bersih dan sihat pun.

Sebelum ada yang bersilat melatah dan mengeluarkan komen-komen yang buruk tanpa membaca habis artikel ini, mari kami tunjukkan mekanisma bagaimana riba ini menghancurkan manusia.

RIBA IALAH AGENDA PENGHAMBAAN MODEN

Hari ini, seorang bayi yang dilahirkan telah tertulis hutang piutangnya. Seorang lelaki dewasa yang dikatakan MERDEKA telahpun berhadapan dengan hutang pelajaran, kad kredit dan hutang kenderaan motor. Berapa ramaikah yang masih bebas dari riba? Adakah lagi? Jika mahu ditanggap oleh Jabatan Agama Islam kerana melakukan riba, pastinya tak cukup penjara nak disumbatkan pesalah-pesalahnya.

PENJELASAN SECARA TEKNIKAL

Hari ini, kita berbelanja bukan mengikut kemampuan saku tetapi kita berbelanja mengikut kemampuan kita mampu bayar sebelum kita MATI. Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang-hutang mereka seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana sentiasa akan beli kereta baru), hutang rumah pula (40 tahun / sampai mati), hutang kahwin (5-10 tahun), Hutang belajar (5-15 tahun) dan hutang kad kredit.

Semua ini membuatkan KITA MENJADI ORANG TERJAJAH dan bukannya orang merdeka. Kita tak mungkin mampu untuk berlepas diri dari segala kekangan hutang itu sehingga kita terpaksa bekerja SELAMA-LAMANYA untuk membayar hutang yang kita mulakan pada usia kita 20-an.

Lihat sini dengan tenang. Jika tanpa riba, kita bergaji RM3,000 dan kita mampu berkereta bernilai RM10,000 sahaja. Pengeluar kereta juga akan mengeluarkan kereta pada pasaran mampu dengan kadaran RM10,000 sebuah kereta. Maka kita akan menabung ATAU BERKONGSI wang untuk sampai RM10,000 dan pergi ke kedai untuk beli, bayar dan bawa pulang dengan senang hati.

Insuran pun memadai dengan THIRD PARTY sahaja. INSURANCE FIRST PARTY tidak jadi wajib melainkan atas kesedaran pemilik untuk insurankan kereta mereka. Apabila insuran tidak wajib, maka ia satu pilihan yang mampu kita pilih dan insuran juga akan jadi rendah premiumnya kerana kita ada pilihan. Tidak seperti sekarang, insuran FIRST PARTY jadi wajib maka berapa sahaja mereka nilaikan… kita wajib bayar tanpa banyak soal. Itu juga cabang riba, satu perniagaan secara paksa, menindas dan mengambil untung berlebihan.

Pada kes itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan saku. TETAPI apabila riba diperkenalkan, maka kita yang bergaji RM3,000 MAMPU MEMBAYAR KEMBALI PINJAMAN SEHINGGA RM50,000. Maka penjual kereta juga bertindak mengikut situasi pasaran yang orang sudah mampu memiliki kereta bernilai RM50,000. Maka harga kereta juga akan jadi sebanyak itu.

Itu tidak termasuk perlaksanaan riba dalam semua lapisan. Sebutir skrew di sebuah kereta yang sepatutnya bernilai RM10,000 itu juga dikilangkan oleh sebuah kilang yang MEMINJAM BANK untuk modal pengeluaran mereka. Lalu, kos riba itu ditanggung secara efek domino dalam keseluruhan rangkaian bekalan. Pengilang enjin pula akan beli skrew dan nut dari kilang itu secara hutang. Dan hutang itu juga ada kos nya. Walaupun tidak dinyatakan dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan kita BELI TUNAI pasti dapat diskaun lagi. Sebenarnya ia bukan diskaun tetapi itulah harga sebenar. Jika debeli secara hutang atau ‘consignment’ ia akan jadi tinggi sedikit harganya. Itu juga berlaku riba.

Tak termasuk lagi kes kilang enjin itu yang terpaksa meminjam bank juga untuk mengilang engin. Kalau nak dalami lagi, cuba gali sampai ke lombong besi yang menggali besi untuk dibuat skrew tadi. Riba berlaku dalam segala lapisan dan kosnya akan terus dibawa ke hadapan.

jelas sekali riba berlarutan dalam semua rangkaian bekalan. Maka, kereta yang sepatutnya berharga RM10,000 dengan kos pembuatan RM7,000 akan meningkat kos pembuatannya menjadi RM30,000 dan dijual pula pada harga katalah RM50,000 mengikut KADAR KEMAMPUAN PASARAN MEMBUAT PINJAMAN, bukan berdasarkan kos pembuatan sebenar.

Kerana tiada pilihan, kerana riba sudah menjadi SISTEM EKONOMI, maka kita terpaksa memakan riba itu juga. Sedangkan, Allah sudah katakana bahawa pemberi dan penerima riba kedua-duanya sama sahaja.

PESANAN LARANGAN RIBA ADALAH PESANAN TERAKHIR NABI

Dalam khutbah wida, Nabi telah menyatakan larangan riba secara spesifik. Tidak pula ada larangan dosa-dosa lain seperti makan babi, minum arak atau yang lain-lain lagi. Tetapi RIBA itu nabi sebut secara spesifik. Jika ia tidak penting, pasti Nabi juga tidak menyatakannya pada khutbah baginda di Arafah semasa Haji Wida baginda.

Nabi tahu, riba ialah senjata pemusnah SENYAP. Ia telahpun diamalkan oleh orang Yahudi sendiri dalam proses urusniaga jahilliyah sedangkan ia adalah larangan Allah yang dinyatakan dalam semua kitab-kitab Allah dari Taurat sampai kepada Al-Quran. Hatta, pengharaman riba berlaku dalam Agama Kristian pada Era Medieval tetapi mengapa kini kita sudah tidak merasakan riba itu tidak berdosa sepertimana zina?

Jika kita katakana kita tiada pilihan? Nanti bakal ada yang katakan, mereka yang berzina juga tiada pilihan kerana perkahwinan menjadi semakin sulit? Dosa riba lebih besar dari zina. Perkahwinan pula untuk mengelakkan zina, tapi berapa ramai pula yang terpaksa ambil loan dengan riba untuk berkahwin?

MEKANISMA KEMUSNAHAN SENYAP

Hari ini, kita yang kononnya merdeka dan menikahkan anak gadis kita sendiri sebagai walinya telah hilang KEMERDEKAAN yang menjadi salah satu syarat sah seorang wali. Bagaimanakah kita ini? Kita belum merdeka dari hutang. Kita sentiasa rasa kita tak boleh nak mati hari ini kerana kita masih ada hutang yang tidak mahu kita wariskan kepada anak-anak dan isteri kita nanti. Maka kita sudah jadi manusia yang tidak sedia untuk dipanggil Allah. Langsung, kita menjadi manusia yang tidak rindukan Allah. Hari-hari kita akan bangkit untuk bekerja dari pagi sampai ke malam JUGA UNTUK BAYAR HUTANG. Kita kata kita CINTA ALLAH tetapi sehari kita hanya beri Allah 25 minit sahaja (5 minit untuk setiap waktu). Mungkin ada yang rajin sikit, mereka berikan 1 jam sehari untuk Allah. Sedangkan baki masa itu digunakan untuk mengejar wang ringgit untuk membayar hutang kepada TUAN kita.

Bukankah itu sama seperti seorang hamba? Berapa ramai antara anda yang belumpun gaji masuk ke akaun tetapi telah ada bahagian orang lain dari pendapatan itu. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kahwin, hutang ceti, hutang kad kredit, hutang belajar dan macam-macam lagi.

Adakah masa untuk anda bangunkan ummah?
Bilakah masa untuk anda perkasakan Islam?
Adakah lagi baki masa untuk anda melaksanakan sunnah?

Ataupun anda hanya panggil bersolat di masjid dan surau sehari semalam sebagai wacana pembangunan umat? Bilakah solat berjemaah anda itu mampu untuk menjadi satu disiplin actual gerak kerja yang memajukan Islam atau hanya sekadar ritual tanpa perlaksanaan? Mengapa pula masjid kini berkunci pada bukan waktu solat? Mengapa masjid Nabi dan masjid komuniti sekitar Madinah dahulu bukan sekadar tempat solat? Di masjid sekarang ini, mengapa hanya cantik tetapi sekadar menjadi lapangan solat? Di mana perekonomian? Di mana baitulmal? Di mana fungsi social? Di mana fungsi pembinaan umat? Di mana fungsi pembangunan keluarga? Di mana segala fungsi masjid yang dahulu ada dalam masjid nabi tetapi hari ini masjid hanya jadi pusat solat. Jika tidak dikunci malam hari akan jadi pusat zina bagi mereka yang nak cari port selamat melampias nafsu.

Semua berada dalam hutang dengan kadar kemampuan PALSU. Mereka tak seluk saku untuk lihat kemampuan tetapi menjengah PUSAT RIBA berapakah mereka layak untuk berhutang.

Golongan BERHUTANG adalah salah satu dari golongan ASNAF menurut Al-Quran dan layak menerima zakat. Jika dikira begitu, hari ini kita kebanyakannya di Malaysia ini adalah golongan ASNAF. Jika apa yang terjadi pada kita hari ini adalah yang haq, maka kita akan menzalimi baitulmal yang terpaksa memberikan kita bantuan zakatnya? Siapa pula nak membayar zakat jika semuanya adalah PENGHUTANG?

Ataupun, pada zaman Nabi dahulu tiada orang berhutang. Jika adapun yang berhutang itu adalah golongan yang sangat terdesak dan mereka berhutang kerana mereka lapar dan keputusan makanan mungkin. Inilah orang yang layak menerima pembelaan baitulmal dan tergolong dalam 8 kategori asnaf.

HALUSNYA KONSPIRASI MEREKA

Selagi Islam belum pupus, selagi itulah musuh Islam akan terus menghancurkan Islam. Tidakkah kita belajar bagaimana Skim Ekonomi Ponzi yang dilaksanakan oleh USA telah menumbangkan gergasi ekonomi ini? Krisis Ekonomi Sub-Prima yang disebabkan juga oleh hutang-hutang dan riba-riba yang dilaksanakan secara sistemik.

Kita pula, nak ikut model kejatuhan itu. Household Debt (Hutang Isirumah) di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Seterusnya, anda tahu apa akan berlaku pada kita nanti.

SOLUSI MELAWAN RIBA

Kami dalam satu komuniti kecil ini telah 90% bebas dari riba. Kami bangunkan model baitulmal kami sendiri dalam komuniti kecil ini. Dan laksanakan wakaf sebagai satu perkongsian pintar yang pewakaf tidak kehilangan haq tetapi bertambah kaya dari segi akses kepada perbendaharaan baitulmal kami. Kami berharap, baitulmal yang ada kini mampu memberikan satu reformasi besar dalam perekonomian.

Hari ini, baitulmal hanya menjadi tempat orang miskin meminta bantuan zakat. Mengapakah itu sahaja fungsinya? Mengapakah tidak seperti yang berlaku pada zaman nabi dahulu yang mana fungsi baitulmal ialah seperti rangkuman fungsi-fungsi berikut (dalam dunia moden)

1. Bank Negara
2. Pemungut Jizyah (cukai)
3. Pusat Zakat dan Infaq
4. Pusat Wakaf
5. Amanah Wasiat
6. National Treasure / Perbendaharaan
7. Kementerian Kewangan
8. Kementerian Pembangunan Usahawan
9. Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa
10. Insuran
11. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
13. Kebajikan Masyarakat
14. Pusat perangkaan ekonomi
15. BANYAAAAAAAKKKKKKK LAGI FUNGSI YANG KINI DITIADAKAN.

Sebab itu, apabila BAITULMAL yang dahulu menjadi satu nukleus kemajuan perekonomian Islam kini tercantas fungsinya menjadi sangat minor dan tidak mampu mengubah apa-apa dan tak mampu membendung riba yang kini menjadi darah daging kita.

Kami telah lakukannya selama 8 tahun. Kami akan bebas dari riba 100% dalam 1-2 tahun lagi. Itupun dari hutang-hutang lama pengasas-pengasas kami yang dilakukan sebelum kami memulakann baitulmal kami sendiri.

Kami tidaklah sekaya baitulmal diluar yang boleh secara terang-terangan mempromosikan pembayaran zakat di saluran mereka. Kami hanya menerima zakat dari kalangan pengasas-pengasas kami yang 20 orang ini dan juga beberapa individu-individu lain yang sanggup menyumbang tanpa kami janjikan dengan pengecualian cukai pendapatan.

Walaupun tidak kaya dari pembayar zakat, kami telahpun menyemai sedikit itu dalam perniagaan dan pendidikan anak-anak kami sehingga perkembangan perniagaan kami mampu untuk seiring dengan keperluan pendidikan anak-anak kami. Dan anak-anak kami yang telah keluar dari Universiti pula mampu kembali dan memajukan lagi perniagaan-perniagaan kami di sini.

MEMANG ADA CARA DAN JALAN KELUAR. Tetapi hari ini,

Berapa ramaikah yang mahu menjengah Al-Quran apabila mereka menghadapi masalah?
Jika ada, berapa ramai pula yang fahami ayatnya?
Berapa ramai pula yang laksanakan penyelesaian yang Allah berikan dalam Al-Quran itu?
Atau kita hanya sekadar mengeluh TANPA ADA USAHA MELAKUKAN ISLAH

Kita jadi seperti anjing yang menyalak-nyalak hingar kerana ada paku di tempat tidurnya TETAPI tidak pula mahu berganjak dari tempat tidur berpaku itu.

Fikirkan semula…
Benarkah kita sudah merdeka?

WARGA PRIHATIN