Category Archives: Hudud

image_pdf

Basmi Gejala Derhaka – Kembalikan Martabat Guru

00 derhaka 2BASMI GEJALA DERHAKA – KEMBALIKAN MARTABAT GURU

Rencana kami mengenai fenomena DERHAKA semalam menjadi sangat viral. Dalam masa 10 jam ia telah dibaca oleh hampir setengah juta pembaca, 6,000 SHARE, hampir 500 KOMEN, 2,700 LIKE. Padahal ‘Likers Page’ kami hanya 70 ribu sahaja. Ini menunjukkan tahap kesedaran dan keresahan umum yang melebihi had biasa. Rata-rata sangat bersetuju dengan fenomena yang direncanakan.

Kami turut dihujani dengan pelbagai komen, luahan hati dan saranan dari para pembaca. Ramai yang mengirim pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang denda-denda yang tidak boleh diambil oleh para guru kepada anak muridnya. MasyaAllah, hampir semua bentuk hukuman yang sangat biasa bagi kita generasi terdahulu sudah tidak boleh dilakukan lagi. Membaca senarai itu sahaja membuat kami terkesima. Apa sebenarnya yang boleh dilakukan oleh para guru untuk mendisiplinkan pelajar sekarang ini???

APA PENDEKATAN WARGA PRIHATIN?

Apabila kami kongsikan kaedah kolot pendidikan anak-anak kami, maka ramai yang bertanya apa yang kami lakukan untuk menangani anak-anak yang rosak akhlaknya.

Kami tidak dapat menerangkan satu persatu kerana ia terlalu panjang. Secara kasarnya, sangat kami tekankan disiplin pembelajaran ala TALAQQI, yang menekankan peningkatan akhlak MUROBBI agar layak dan mudah dicontohi anak-anak. Kami sangat disiplinkan anak-anak agar jangan sekali-kali MENDERHAKA, sentiasa menyayangi, menghormati dan mendaulatkan perintah guru untuk mendapat KEBERKATAN ILMU. Disiplin inilah yang dilakarkan oleh Imam Ghazali dan para ulamak terdahulu, yang juga banyak ditunjukkan oleh para nabi dan rasul untuk kita contohi.

Sewaktu mendaftar anak ke sekolah, kami lampirkan surat rasmi mengizinkan anak kami dirotan/hukum jika melakukan kesalahan. Yang penting jangan sampai melibatkan kecederaan. Atas dasar itu anak kami tidak terlalu mengada-ngada di sekolah, malah kerana itu juga anak kami ‘kurang’ menerima rotan di sekolah. Kami juga tidak membenarkan anak kami menggunakan handfone sebelum mereka ke universiti. Komputer dan internet hanya untuk tujuan penyelidikan pelajaran dan hanya dengan pemantauan sahaja.

Sebagai manusia, kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Mustahil tidak berlaku khilaf di mana-mana dengan jumlah kendalian anak seramai ini. Namun, jika ada berita yang meragukan, kami mengambil pendekatan untuk ‘menyiasat’ dahulu. Kami berhubung rapat dengan para guru melalui kaedah SYURO. Pendekatan melapur ke pihak POLIS atau SAMAN MAHKAMAH sangat kami hindari. Secara logik pun kita boleh faham bahawa tindakan itu menggambarkan kita bermusuh dan tidak sukakan perdamaian. Itu telah kami rencanakan dalam isu DEBAT sebelum ini.

Seterusnya, anak didik kami melalui 3 fasa persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah agama dan ‘home schooling’ kami sendiri. Atas permintaan ramai, kami akan lancarkan buku panduan HOME SCHOOLING kami yang memuatkan panduan sekitar 400 mukasurat tidak lama lagi. Kita selaku ibubapa harus sanggup melakukan sendiri kekurangan atau apa saja kelemahan modul pendidikan nasional.

Insyaallah hasil kajian pendidikan sedunia yang telah kami jalankan secara perbandingan selama ini akan turut kami kongsikan dengan kementerian Pendidikan bila sampai masanya nanti. Nantikan saja buku hasil kajian dan panduan pendidikan yang sedang dalam proses proof reading dan printing sekarang ini.

PEMILIHAN HOME SCHOOLING DAN TAHFIZ

Ingin kami kongsikan dengan para pembaca tentang fenomena kenaikan mendadak dalam statistik ibubapa yang memberhentikan anak mereka dari sekolah untuk mereka lakukan home-schooling. Padahal kami difahamkan yang ia sangat susah untuk diizinkan oleh KPM, namun ramai yang menggunakan hak asasi manusia sebagai pilihan mensekolahkan anak sendiri, atau memilih institusi Tahfiz sebagai alternatif.

Ibubapa sebegini lebih menekankan pendidikan akhlak dan ilmu akhirat daripada mengejar kecemerlangan akademik. Rata-rata mereka menampakkan kebimbangan dengan gejala DERHAKA dan rosak akhlak yang sangat berleluasa di depan mata. Tidakkah ini merugikan negara?

Fenomena ini juga menjadi pertanda telah hilangnya keyakinan ibubapa terhadap kemampuan institusi sekolah untuk membina akhlak dan sahsiah anak mereka. Juga fenomena hilangnya minat guru untuk mengajar, kerana terbeban dengan tugasan dan masalah anak murid yang sukar diatur.

LANGKAH PENCEGAHAN – FENOMENA HUKUM, HAKIM, HIKMAH

Selaku orang Islam, kita harus berpegang kemas pada alquran dan sunnah. Dalam quran ada lakaran hukum dan hikmah, ada hudud yang sesuai selaku pencegahan dan kisas yang sesuai untuk setiap kesalahan. Tiap malam jumaat kita baca surah Yaasin yang menegaskan “WAL QUR’ANIL HAKIIM – Demi Qur’an sebagai Hukum/Hakim”. Nabi SAW telah sabdakan agar kita merotan anak jika ingkar solat seumur 10 tahun. Tetapi ajar dahulu anak itu bermula umur 7 tahun.

Pepatah Melayu lama lantang mengatakan “Sayang anak tangan-tangankan”… Siapa kita? Bijak setara mana kita ini untuk menafikan keperluan hukuman yang sesuai terhadap anak?

Islam itu agama WASOTIYYAH. Sebaik-baik urusan ialah bersederhana. Kesilapan kita ialah keterlaluan bila menyayangi dan menghukum. Apabila anak sudah terlalu dimanjakan, maka akan malas belajar atau tidak boleh diajar, lalu membentuk sikap kurang ajar. Apabila itu terjadi kita hukum pula dengan keterlaluan, capai apa yang ada, atau bagi PENANGAN atau TENDANGAN terus, tak sempat nak bersoal jawab atau mencari rotan pun. Maka jadilah ia satu jenayah yang membinasakan, bukan lagi satu pendidikan.

Zaman dahulu, para ayah menghantar anak mereka untuk ke sekolah dengan rasa sangat hormat dan meyakini para guru. Ramai yang datang berbekalkan rotan untuk secara simboliknya diberikan kepada cikgu-cikgu, sebagai tanda segala tindakan cikgu akan dibela.

Yang baiknya, dengan simbolik itu anak berusaha menjaga disiplinnya kerana cikgu sudah dapat LESEN BESAR. Para guru pula menerima amanah itu dengan penuh tanggungjawab dan tidak menghukum murid sewenang-wenangnya. Maka jadilah kita sekarang ‘manusia’ yang ada ‘tatasusila’. Ironinya, ke mana kita campak pendekatan yang berkesan itu? mengapa ramai di kalangan kita menjadi bongkak terhadap para guru sekarang ini?

Dahulu, jika balik sekolah kita mengadu dirotan oleh cikgu, ayah akan ambil rotan atau talipinggang dan tambah lagi untuk cukupkan dos. Jalan keluarnya ialah menghormati guru dan mengikuti apa yang guru katakan. Hasilnya, tidakpun anak-anak ini dirotan walaupun diberi lesen rotan dari ibu bapa.

Kisah bapa meroyan bila anak dirotan ini pada kami sangat keterlaluan. Apabila bapa dah mula buat laporan polis, kami nasihatkan tukar terus sekolah. Bagaimana mahu sekolah di sekolah yang sama jika anak itu sudah jadi satu mimpi ngeri kepada semua jemah pendidik di sekolah itu. Nanti di sekolah baru pula boleh buat perangai lagi dan pindahlah sekolah lain pula.

Bukankah lebih mudah untuk UBAH PERANGAI diri, agar menjadi seorang ayah yang lebih menghormati guru kepada anak-anaknya? Hasil kajian saintifik menunjukkan ROTAN mampu menyerap hentakan (absorber) walaupun ketika marah. Keperitan rotan, biarpun calar tidak akan membunuh. Ia memberikan kejutan minda melalui rangsangan saraf yang sihat. Itulah fakta sains dari saranan Rasulullah SAW itu.

FENOMENA MALU UNTUK MELAKUKAN KESALAHAN

Hasil kajian kami di Jepun, PTA (Parents Teacher Association) untuk setiap sekolah sangat aktif. Mereka juga ada hukuman yang tidak ‘menyakitkan’ tetapi memberi impak MEMALUKAN. “MALU ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN”. Orang Jepun pun tahu kerana malu, mereka tidak akan mengulangi perbuatan yang menyebabkan mereka dihukum.

Merujuk kepada ‘Pekeliling KPM’ yang kami terima, tindakan yang memalukan pelajar tidak langsung boleh dilakukan hari ini. Itulah dia…Kita ini, nama sahaja Islam, tetapi mereka beragama Shinto di Jepun lagi pandai tentang perlaksanaan Islam yang sebenar. Apa sudah jadi pada kita?

Jika dulu tak siap kerja sekolah, cikgu suruh keluar bilik darjah dan buat kerja sekolah di luar bilik darjah. Malu jangan katalah kerana berada di laluan orang lalu lalang. Lagi malang, bila ada “Cik Kecil Molek” yang diminati melalui koridor tempat kita terpaksa menyiapkan kerja rumah itu, terasa malunya bagai mahu ‘menukar muka’ menjadi tong sampah.

Ketuk ketampi, cubit, dijemur tengah padang kerana tak bawa baju PJ (Pendidikan Jasmani), piat telinga, junjung kerusi sehingga lari keliling padang bagi yang selalu ‘tidor’ atau tidak buat kerja sekolah itu satu asam garam pelajar dahulu. Kami sahkan melalui kajian bahawa segala hukuman itu membuatkan murid menyempurnakan apa yang diarahkan.

Sesungguhnya senjata ‘malu’ itu mampu untuk mendisiplinkan anak-anak. Menafikannya membuatkan generasi hari ini “TAK TAHU MALU” kerana mereka tidak biasa diperkenalkan dengan erti malu semenjak di sekolah. Bukan sekadar tak malu tidak buat kerja sekolah, mereka tidak langsung malu melakukan seks suka-suka di dalam kelas dengan diperhatikan oleh rakan-rakan yang bersorak. Cabar mencabar seperti “Kalau ko boleh main dengan mamat tu, aku bagi ko RM5” pun boleh sungguh-sungguh berlaku tanpa ‘rasa malu’. Kami mampu katakan ini kerana ia ada dalam fail kami.

JANGAN POLITIKKAN PENDIDIKAN

Realiti tidak seindah bicara menteri dan para pencacai politik. Setiap kali tukar menteri, tukar ketua pengarah, maka bertukarlah polisi pendidikan negara. Anak-anak dan para guru sering menjadi mangsa kecelaruan ini. Lihat saja buah butir dari luahan ibubapa dan para guru dari ribuan komen artikel berkaitan pendidikan yang telah kami rencanakan sebelum ini.

Sedarlah semua bahawa tahap ‘Pendidikan akhlak’ anak kita sudah sangat parah, walau akademiknya macam berjaya. Apabila pendidikan menjadi bahan politik, kebejatan yang bermula di sekolah juga tidak mampu ditangani.

Hasil perbincangan kami dengan pihak Polis juga sangat merisaukan. Banyak kejadian yang ibubapa tidak tahu, bahkan tidak dilapurkan pun kejadiannya atas dasar menjaga maruah keluarga. Apabila jenayah juvana tidak terkawal, PDRM terpaksa masuk sekolah. Malangnya ada yang protes lalu PDRM tidak dibenarkan masuk mengganggu persekolahan sedangkan gangster junior sedang dilatih dan direkrut di dalam sekolah itu. Itu hanya kerana campurtangan ahli-ahli POLITIK yang mahu menonjolkan diri mereka sebagai WIRA masyarakat.

Hasil kajian kami yang paling anda tidak suka ialah peningkatan kes di mana campurtangan anak-anak dan ibubapa yang turut mempolitikkan hal ehwal persekolahan. Apa yang anak lapurkan, ibu bapa ikut saja. Apa yang ibubapa putarkan anak pula ikut saja. Bayangkan anak yang masih belum kenal siapa TG Nik Aziz, DSAI, DS Najib, TS Muhyidin, DYMM Sultan dan lain-lain pun sudah dipolitikkan mindanya untuk membenci mereka. Ini amat tidak realistik sekali dalam pembentukan watan generasi. Harap pembaca faham apa yang kami maksudkan.

DI MANA MARTABAT GURU PADA HARI INI?

Dulu, jika berselisih dengan guru kalau boleh nak menyorok belakang tong sampah. Bukan kerana takut, tetapi segan dan rasa terlalu hormat dengan orang bernama guru. Tetapi setelah berjaya guru amat disayangi dan dihormati. Pantang guru minta tolong, apa yang termampu bekas murid akan bantu. Namun sekarang, cikgu sendiripun boleh dirogol, dicederakan sehingga ada juga yang sampai ke peringkat dibunuh. Nauzubillah.

Acapkali pembelaan kepada anak-anak yang bejat mendengar kata-kata keramat dari bapa dan ibu pelajar seperti “INI ANAK KAMI, KAMI KENAL MEREKA TIDAK LAKUKAN PERKARA TAK BAIK DAN SIAPA CIKGU NAK ROTAN ANAK KAMI? KAMI SENDIRI PUN TAK PERNAH JENTIK DIA”.

Sebahagian besar dari kami adalah warga pendidik. Ungkapan di atas ini seperti satu lagu “Dendang Perantau” di musim raya yang sentiasa berulang-ulang seperti satu skrip tetap ibubapa yang menyerang sekolah bila anak mereka dirotan. Kerana anak tidak pernah dijentiklah maka cikgu terpaksa lakukannya agar anak itu menjadi ‘manusia’. Jika sekadar kita sayang anak dengan membelainya semata-mata, kita nantikan sahaja kerosakan yang bakal berlaku.

Mungkin anak kita baru berumur 7 tahun pada hari ini dan kita rasa anak kita sudah baik. Anak ini melawan kita pun akan dikatakan “COMELNYA DIA DAH PANDAI BERHUJJAH, ALAHAI ANAK DADDY”. Tunggu sahaja apabila anak itu mula membantah kata-kata kita pada umurnya 13 tahun nanti. Pada ketika itu, “hilang comelnya” dan kita sendiri juga mungkin tidak lagi mereka pandang. Waktu itu kita akan capai apa yang ada, tak sempatpun nak cari rotan.

Jangan terlampau percaya cakap anak. Seorang lelaki yang tidak cemburu kepada kerja buat isteri dan anaknya ialah lelaki dayus. Kedayusan ini penyebab kerosakan rumahtangga yang menyebabkan huruhara. Itulah hakikat neraka yang kekal bagi keluarga yang imamnya DAYUS.

Siasat dan periksalah anak kita. Jangan terkejut, ada ibu bapa yang mendapatkan khidmat nasihat kami kerana anak tidak mahu dengar kata dan sering pulang sekolah lewat, bila kami minta diperiksa anak itu, maka ditemui kondom dengan diari yang membariskan senarai lelaki-lelaki yang pernah mengadakan hubungan seks dengan anaknya.

Remuk hati ibubapa. Tapi apakan daya, kerana tanpa disedari itu yang ditempah. Kita beri anak smartphone, dan dengan smarphone itu anak tadi mencari kenalan. Dengan smartphone itu juga, anak itu melakukan selfie seksi yang menarik ramai lelaki yang mahukan batang tubuh gadis ini. Semua itu adalah kecelakaan yang ditempah. Tak guna menangis ketika itu, sudah terlambat untuk memperbaikinya.

Ini berita “sangat besar”. GEJALA SEKS BAWAH 15 TAHUN SUDAH TIDAK TERKAWAL. Janganlah kita leka lagi.

KESIMPULAN – KEMBALIKAN MARTABAT TALAQQI

Inilah kaedah Islam yang telah kita sendiri yang mengaku berpegang kepada alquran dan sunnah ini menafikannya. Inilah pendekatan pendidikan Sultan Mehmet Al-fateh, begitu juga kaedah pembentukan disiplin dan jatidiri tentera dan badan beruniform, disiplin silat, pelajar pondok dan sebagainya.

Apabila fungsi guru sudah macam fungsi video di YouTube yang hanya boleh ditonton tetapi tidak boleh mendenda, berleter, menggertak mahupun mencubit, adakah kita rasa kita akan hasilkan anak yang mendengar kata?

Jangan rasa terlampau bijak dan bangga kerana kita tidak pernah menjentik anak kita. Sedangkan nabi juga sarankan penggunaan rotan. Mengapa kita bangga kerana tidak pernah merotan anak? Adakah kita mahu menyatakan yang kita lebih hebat dari Allah dan nabi yang menyarankan hukuman rotan?

Sultan Mehmet Al-fateh itu seorang PUTERA RAJA. Baginda dicampak ke pondok pesantren untuk belajar dengan 2 orang sheikh yang kadangkala dengan sengaja memukul baginda tanpa sebab dan memberikan baginda makanan yang menjadi baki paling akhir selepas pelajar lain semua makan. Pakaian baginda adalah yang paling teruk berbanding orang lain. Setelah menjadi raja, beliau memanggil 2 orang sheikh itu untuk bertanya mengapa sheikh itu tidak berlaku adil kepada beliau. Lalu sheikh-sheikh itu menjawab..

“Kami dititah untuk melakukan kezaliman itu kepada Tuanku supaya apabila Tuanku menjadi raja, Tuanku tahu perasaan rakyat yang akan Tuanku zalimi”.

Dipendekkan cerita, sebuah ketamadunan besar mampu ditumbangkan oleh Al-Fateh dengan penawanan Constantinople selepas ratusan tahun percubaan oleh pelbagai kekuasaan lain. Adakah kita mahu anak sehebat itu tanpa perlu ada pengorbanan? Tanpa tekanan, sebagaimana proses pembikinan batubata, sebagaimana tekanan carbon untuk membentuk Diamond?

Jika kita jawap “YA”, lebih baik kita teruskan bermimpi. Berilah anak kita hadiah kereta ‘Mini Cooper’ hanya kerana mendapat pencapaian cemerlang dalam UPSR dan nantikan sahaja kerosakan yang bakal tiba. Ini fenomena pendidikan yang tidak harus kita lupa.

Apabila guru tidak lagi dihormati, nantikan sahaja satu ketamadunan yang akan berakhir dengan REBAH.

Kudap Pendidikan
WARGA PRIHATIN

JENAYAH BUNUH DAN ROGOL KANAK-KANAK SEMAKIN MENJADI-JADI

00 mati suspekJENAYAH BUNUH DAN ROGOL KANAK-KANAK SEMAKIN MENJADI-JADI

Tahniah kepada pihak PDRM. Baru saja kita menarik nafas yang sebenarnya tidak pun berapa lega atas kejayaan PDRM mengesan penjenayah yang membunuh kanak-kanak tiga beradik baru-baru ini. Hari ini digemparkan lagi dengan berita kejam. Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan dua tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua Dungun, jam 3.20 petang semalam. Sila klik link berikut untuk paparan penuh.

http://prihatin.net.my/2014/01/22/kanak-kanak-2-tahun-dibunuh-kejam-di-paka-terengganu/

Berita terkini selepas bedah siasat ke atas mayat yang telah busuk itu mendapati anak kecil ini telah diliwat dan dirogol dengan kejam sebelum di bunuh. Apa yang kami maksudkan dengan ‘tidak berapa lega’ adalah, sekalipun penjenayah dapat di kesan, atau anak-anak ini tidak dibunuh sekalipun, namun trauma yang dialami adalah bersifat kekal. Kehilangan nyawa, maruah maupun kerosakan fizikal yang di alami tidak sekali-kali dapat dipulihkan.

Terlalu banyak kejadian ngeri dan menyedihkan ini telah berulangkali berlaku. Sila baca dari link berikut, beberapa berita terkait yang telah kami paparkan jika anda tidak berkesempatan membacanya sebelum ini..

http://prihatin.net.my/2013/12/18/kita-masih-ego-menyalahkan-takdir-dalam-kes-jenayah-juvana/

PENDEDAHAN UNSUR SEKS YANG KETERLALUAN PENDORONG JENAYAH

Sebelum ini kami rencanakan situasi parah yang melibatkan aktiviti seks bebas di kalangan anak sekolah. Ada berita yang memaparkan kes gadis 12 tahun yang hamil hasil amalan seks bebas dengan pasangan berumur 15 tahun. Situasi yang dikongsi dalam artikel khas oleh anak prihatin dalam siri ZamZam Anak Prihatin tentang gejala seks bebas di kalangan anak sekolah juga sudah kelihatan sangat kritikal.

http://prihatin.net.my/2013/10/15/tid-bit-parenting-28-zina-anak-sekolah-satu-bencana/

Fenomena jenayah melibatkan kes rogol dan bunuh kanak-kanak ini malah lebih sadis lagi. Hasil kajian dan pengalaman kami mengendalikan kes-kes yang dirujuk mendapati anak lelaki seumur 5 tahun sudah pandai mencuba-cuba aksi seks. Terlalu banyak kes kanak-kanak perempuan seusia 3-4 tahun sudah juga turut terpengaruh dengan aktiviti seksual.

Tahukah anda banyak kes di mana anak lelaki sekecil 5 tahun sudah berkali-kali menjilat kemaluan kanak-kanak perempuan sebaya atau yang lebih muda darinya. Remaja berusia 13 tahun sudah berani menyelinap masuk ke bilik gadis 16 tahun, anak 10 tahun sudah mengaku pernah melakukan hubungan seks kerana ingin mencuba setelah melihat adegan itu sejak umur 1 tahun bersama abangnya. Sebahagiannya anda boleh baca sendiri di himpunan berita blog kami dan senarai link yang kami beri.

KEKANGAN PERKAHWINAN YANG MENDORONG KEPADA JENAYAH

Akibat dari pendedahan yang meluas, amalan seks bebas yang telah terlanjur terlalu kerap boleh membuatkan remaja dan lelaki dewasa menjadi ketagih. Bagi sesetengah remaja yang agak berumur dan ketagihan seks pula merasai tekanan akibat kesukaran berkahwin. Ini disebabkan stigma masyarakat yang enggan merestui perkahwinan di usia muda. Ada juga kes di mana ibu bapa sanggup membiarkan anak-anak gadis mereka yang hamil membuang bayi berkali-kali, hanya kerana ingin menutup malu. Namun begitu mereka tetap tidak mahu mengahwinkan anak gadis mereka kerana pasangan mereka terlalu muda kononnya.

Harus diingat juga bahawa negara kita kini dipenuhi oleh pekerja asing. Kebanyakkan mereka adalah golongan lelaki yang tidak mempunyai isteri dari kalangan kaum sendiri. Lebih parah lagi bagi mereka dari kalangan PATI yang tidak berdaftar. Jangan ambil ringan gejala ini kerana kita tidak tahu latar belakang dan rekod jenayah mereka. Ada kalanya golongan ini tidak dapat menahan nafsu lalu mengambil peluang melepaskannya melalui jalan jenayah.

Kekangan perkahwinan ini pula ditambah dengan pelbagai bentuk rangsangan yang bertali arus di alam maya, media elektronik dan di pusat-pusat hiburan. Tambahan lagi ramai di kalangan wanita dan gadis yang melonjakkan aura mereka dengan berbagai bagai cara melalui pakaian, lenggok badan, chatting di internet, melayan panggilan lucah dan sebagainya. Gejala ini juga telah kami artikelkan,

http://prihatin.net.my/2013/12/18/biar-gambar-dan-firman-berbicara/

HUDUDKAN KELUARGA KITA

Kami turut sedih dengan kebanyakkan kes-kes jenayah kejam yang melibatkan kanak-kanak ini. Namun pada masa yang sama kami ingin sarankan agar ibu bapa tidak mengulangi kesilapan yang sama. Sukar untuk memikirkan adanya ibu bapa yang tidak peka dengan keselamatan anak gadis mereka.

Telah Allah firmankan, “janganlah kamu berkeliaran membuat kerosakan”. Bagaimana boleh anak se usia 14 tahun dibiarkan bekerja, memandu motor bertiga tanpa lesen di malam hari dengan membawa adik-adiknya. Bagaimana anak perempuan kecil dibiarkan keluar rumah sendirian untuk ke kedai, ke pasar malam dan sebagainya.

Sementara itu kita dapat lihat sendiri gaya berpakaian anak perempuan pra sekolah kita. Bukankah telah Allah ajarkan adab sopan dan tatasusila? Cara berpakaian? Cara berjalan? Cara berinteraksi? Sudahkah kita ajarkan semua itu kepada anak perempuan kita, sesuai dengan apa yang Allah perintahkan?.

Kita juga dapat lihat kecenderungan ibu bapa yang memperagakan pakaian yang mengiurkan pada anak perempuan mereka yang kononnya masih kecil. Mahu mendidik atau membiasakan mereka untuk menutup aurat apabila keluar rumah jauh sekali. Kononnya anak itu masih kecil, takut menyiksa anak dan sebagainya. Inilah HUDUD, BATAS pencegahan yang kita lupakan amalannya dalam keluarga sendiri.

Pengaruh media elektronik, internet dan aktiviti orang dewasa turut membuatkan anak perempuan kita pandai meniru aksi yang mengiurkan. Itu tidak termasuk kalangan ibubapa yang memang sengaja mendidik anak perempuan mereka untuk bergelagat begitu. Mereka sengaja disuruh menari, catwalk, pakai skirt pendek, dan sebagainya. Ramai juga yang berebut-rebut ajar anak menyanyi dan menari untuk menjadi selibriti melalui pelbagai pertandingan di sana sini.

Suka kami kongsikan bahawa sekecil 2 tahun bagi anak perempuan yang berbadan besar sudah banyak yang menjadi mangsa ‘jilatan’ kanak-kanak lelaki dan remaja nakal. Telah kami kongsikan juga begitu banyak kes sumbang mahram dalam artikel yang lepas. Oleh itu perhatikanlah, kawal lah pusture dan gesture anak-anak kita di luar rumah, biarpun mereka masih peringkat pra sekolah. Sila lihat di gambar hiasan, gambar anak kecil berseluar yang baring ditempat awam itu? Tidakkah anda terfikir sesuatu?.

Statistik PDRM dari data 200-2007 menyatakan terdapat 2,193 kes sumbang mahram yang melibatkan ROGOL dalam rumah sendiri. Tidakkah angka itu menakutkan? Ironinya lelaki yang bertaraf wali yang banyak memperkosa mangsa. Hampir 30% adalah kes rogol oleh bapa kandung, 20% oleh bapa saudara, 18% oleh bapa tiri dan 8% oleh adik abang sendiri.

Tidakkah kita mula memikirkan keperluan mendidik akhlak pada anak-anak perempuan kita bermula dari umur pra sekolah? Bagi kami, itulah hakikat HUDUD (pencegahan) yang perlu dan mampu kita terapkan sendiri, tanpa perlu menunggu-nunggu pihak lain.

Semuga rencana ringkas ini mampu membuka mata dan menyedarkan kita akan peripentingnya melaksanakan amanah berat untuk mempastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita.

IQRA HUDUD
Warga Prihatin

Tahap Kritikal Terkait Buang Bayi – Satu Nafas Satu Zina

00 bayi longkangSeorang Warga Prihatin mengutarakan isu kelahiran anak luar nikah melalui perbincangan tertutup semalam. Beliau menyatakan kebimbangan setelah mendengar butiran ceramah menyentuh isu berkenaan di masjid. Menurut ustaz itu statistik menunjukkan sekitar 33,000 orang bayi dilahirkan setahun, 2,784 bayi sebulan, 93 sehari atau 4 bayi setiap jam.

Kami menyorot statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kelahiran ‘bayi tidak sah taraf’ dan cuba membuat unjuran. Berdasarkan lapuran sehingga tahun 2009, kami dapati angka rasmi menunjukkan jumlah yang lebih mengejutkan apabila didapati purata 42,807 orang bayi didaftarkan dalam setahun, 3,567 sebulan, 119 sehari. Ini bermakna 5 orang telah dilahirkan setiap jam.

Berdasarkan gariskasar bentuk unjuran kenaikan dari statistik tahun-tahun berikutnya boleh kita anggarkan saat ini kita sedang melihat sekitar 60,000 kelahiran sebulan, atau 7 orang setiap jam.

Sementara itu kes buang bayi pula sudah tidak terhitung statistiknya. TV3 pagi ini menyatakan rasa sugul yang belum hilang akibat berita bayi yang dibuang di jalan dan digilis hancur oleh lori sejurus selepas dicampak ke jalan. Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan lapuran akhbar seorang bayi yang dicampak di tepi jalan. Bayi perempuan yang masih bertali pusat ini didapati tersangkut secara meniarap di besi gril longkang seperti dalam gambar. Ia didengar menangis oleh seorang kontraktor. Sila baca di link berikut.

http://prihatin.net.my/2013/12/10/tangisan-bayi-yang-dibuang-tepi-longkang/

KITA KINI HIDUP DALAM TONG NAJIS

Statistik di atas tidak termasuk kes kelahiran yang disembunyikan kerana anak didaftarkan secara palsu oleh pasangan yang tidak mempunyai anak. Zina dari kes bayi dibuang, pengguguran haram dan sebagainya juga tidak didaftarkan. Mari kita perhati kaitan zina dengan najis kemusyrikan. Perhatikan Surah 24. An Nuur

1. Satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkannya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.

2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

3. Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau PEREMPUAN MUSYRIK; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau LAKI-LAKI MUSYRIK, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin.

4. Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik dan mereka tidak mendatangkan EMPAT ORANG SAKSI, maka deralah mereka DELAPAN PULUH KALI DERA, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.

Zina itu perbuatan yang sangat haram dan dilarang Allah sehingga kita dilarang dari mendekatinya. Larangan mendekati zina ini dijelaskan Allah secara terperinci melalui pendekatan cara berpakaian, berhias, cara berjalan, cara bergaul dan sebagainya. Jika mendekatinya saja sudah dilarang, bagaimana kita sampai hidup dalam rendaman zina sepanjang saat? Terlalu hebat penentangan kita terhadap Allah.

Jika anda teliti dan perhalusi maksud ayat 3 di atas, jelaslah melanggar larangan zina secara sengaja merupakan satu penolakan terhadap Allah secara terang terangan. Secara halus ia menampakkan kita telah bertuhankan nafsu syaitan lebih dari pengabdian terhadap Allah yang satu. Ini adalah unsur syirik, iaitu menduakan Allah melalui perlanggaran larangannya.

Iman itu bermula dari tasdiq di hati, dizahir pula dengan lisan dan amal kita. Kedegilan kita untuk terus mengikuti tabiat syaitan dengan larangan zina ini pasti menjejaskan keimanan kita terhadap Allah. Ini menunjukkan hati kita sendiri sedang MENYEMBAH SYAITAN. Kedegilan dari hati menggambarkan sifat najis yang tidak boleh disamak, itulah sifat babi yang najisnya sampai ke dalam. Zina adalah suatu yang disengajakan, sangat ditaja dan diusahakan oleh pelakunya, ia bukan terlanjur seperti kemalangan jalanraya di jalan licin.

Surah 9. At Taubah 28. “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Begitulah tabiat kita yang selalu fikir allah tidak bijak untuk kita tipu. Selain dari kehendak sendiri, terkadang kita sengaja langgar perkara yang mendekatkan kita kepada zina dengan alasan kerana kerja mencari rezeki. Dalam bidang perhotelan, pelancungan dan banyak bidang ekonomi lain, perkara yang menjurus kepada zina kononnya tidak dapat dielakkan. Jika kita masih beralasan lagi, maka jelaslah Allah itu begitu kecil di hati kita. Kerana itu kita lihat SEBELAH MATA saja segala larangan dan suruhan Allah itu macam Dajjal.

Pergilah ke Shangri La dan lihat bagaimana kain belah petugas wanitanya sampai nampak seluar dalam. Bertudung jauh sekali. Lihatlah social escort , GRO, penari, artis, apatah lagi sang pelacur yang memang sangat pasti zina adalah aktiviti utamanya. Semua ini masih bebas dan meriah disekeliling kita, bahkan ramai kita yang sedar kebanyakkan anak cucu kita sendiri pelakunya tanpa berbuat apa-apa pun.

Kajian kami menunjukkan terlalu bebasnya zina di kalangan banyak profesion wanita seperti pramugari, golongan artis muda (bahkan yang separuh umur juga), anggota kelab tarian bahkan pekerja kilang sekalipun. Satu nasihat serius pernah diberikan oleh seorang lelaki yang bertugas sebagai jurulatih pramugari, “Pesanlah kepada saudaramara, kalau ingin mencari isteri suci, elakkan dari mengambil isteri dari kalangan pramugari” ujar beliau. Terlalu panjang, bahkan tidak sanggup untuk kami ceritakan penjelasan beliau yang selanjutnya. Anda fikirlah sendiri mengapa beliau berkata demikian.

ARAK, ZINA BAKAL MEMBUNUH

Hari ini hampir saja kita merasakan zina itu tidak lagi berdosa. Kita boleh ceritakan aktiviti zina kita secara terbuka bersama rakan dan saudara mara. Ironinya ramai ibu bapa yang tahu anak-anak mereka berzina, namun tidak langsung merasa takut akan balasan Allah terhadap mereka. Perhatikan larangan zina ini diawali dan disusuli Allah dengan ayat berkaitan pembunuhan.

17. Al Israa’

31. “Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar”.

32. “Dan janganlah kamu MENDEKATI ZINA; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”

33. “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah, melainkan dengan suatu yang benar…”.

Jika durian atau nangka masak ada baunya. Zina juga ada mukadimah dan tanda-tandanya. Jika kita tidak mengenal atau memperdulikan tanda dan mencegah melalui tanda MENDEKATI zina, maka mengesan saat perlakuan zina itu amat sukar sekali kecuali penzina beraksi di tempat awam. Akhirnya kita hanya tahu setelah berlaku pembunuhan, samada mangsa zina yang dibunuh pasangan, atau kelahiran bayi hasil melantak zina yang dibunuh atau dibuang mati.

BERAPA BANYAK ZINA DI KALANGAN KITA?

Hukum statistik menunjukkan untuk satu penemuan kes sulit, ada sekitar 10 kes lagi bahkan mungkin lebih yang tidak dilapur atau ditemui. Itulah yang kami dapati hasil perbualan dengan pegawai PDRM, doktor swasta, bidan dan pihak-pihak berkaitan kelahiran yang rapat dengan kami. Semua lapuran keluarga atau mangsa (gadis hamil / rogol) yang dirujuk kepada kami juga tidak dilapurkan kepada pihak berkuasa. Ini semua membenarkan ‘law of statistic’ bahawa sebenarnya apa yang dilapur hanya gambaran sahaja. Jumlah sebanar jauh berganda dari itu.

Jika angka 7 kelahiran luar nikah sejam itu kita jadikan asas, bermakna telah berlaku minima 7 zina dalam sejam. Ambil kiraan mudah jika dari setiap kelahiran itu pasangan mengulangi 10 kali zina, samada ia berlaku sebelum hamil dengan menggunakan pelbagai kaedah cegah kehamilan atau meneruskan zina selepas hamil untuk memuaskan nafsu dengan rasa selamat tanpa perlu khuatir hamil lagi. Bermakna untuk golongan 7 kelahiran sejam itu sahaja sudah ada gandaan kekerapan 70 zina sejam, atau lebih dari 1 zina setiap minit.

Ini tidak termasuk begitu banyak kes pengguguran haram akibat zina, kes bayi dibunuh atau dibuang dan berleluasanya zina dengan penggunaan ubat dan alat cegah hamil. Seorang pengasas kami yang menyewa sebuah kedai berhampiran sebuah IPTA yang di atasnya ada 3 tingkat apartment yang disewa pelajar amat menyedihkan. Setiap pagi begitu banyak kondom yang dibuang dari tingkat atas. Itu semua petanda berleluasanya zina. Ya, tidak tergamak untuk kita mengira berapa banyak lagi zina dari golongan ini, yang pasti setiap saat kita menyedut udara tuhan, satu zina sedang menemani nafas kita. MASYAALLAH.. ASTAGHFIRULLAH.

APAKAH LANGKAH MENCEGAH PALING BERKESAN?

Pelbagai kempen, penyediaan baby hatch, penubuhan berbagai rumah perlindungan gadis hamil dan penguatkuasaan undang-undang pembuangan bayi sahaja tidak akan membantu. Setengah pihak malah melihat ia satu ekploitasi. Hari ini banyak pusat yang mengenakan bayaran sangat tinggi untuk menjaga gadis hamil, iaitu sekitar rm1,500-2,000 sebulan. Biasanya sebaik saja gadis disedari hamil sekitar 2 bulan, mereka telah ditempatkan di pusat perlindungan ini. Maknanya untuk jumlah penjagaan 7-9 bulan keluarga gadis atau ‘pembeli’ bayi terpaksa membayar tidak kurang RM15,000 sebelum boleh membawa pulang ibu dan bayi.

Kita juga tahu begitu banyak kes penjualan bayi luar nikah ini. Bahkan terlalu banyak kes pengguguran haram yang mana ramai para doktor yang tidak bermoral mengambil peluang menangguk di air keruh untuk mengaut keuntungan. Ada pula jenis doktor lelaki yang mengurangkan bayaran dengan syarat gadis hamil sanggup ditiduri sebelum melakukan pengguguran. Bayangkan beberapa kes yang dirujuk kepada kami seumur 24 tahun sudah pernah menggugurkan 6 kali, bahkan pernah menggugurkan 4 kali seumur 18 tahun. Kebiasaannya kes begini berlaku pada gadis atau pasangan lelaki dari golongan kaya, NAUZUBILLAH.

Kita tiada pilihan melainkan dengan mengikut aturan Allah untuk mengekang aktiviti zina daripada berlaku. Undang-undang sahaja juga tidak mampu menjaga manusia. Hukum hudud dan Qisas adalah yang terbaik bagi tujuan itu, tapi jangan tunggu Hudud rasmi dari kerajaan sahaja. Yang paling penting ialah amalan hudud yang sebenar dari ibu bapa terhadap diri sendiri dan anak-anak kita. Rasakanlah Allah itu benar-benar wujud dan cukup BESAR, cukup TINGGI untuk kita daulatkan dalam hidup kita. Bagaimana harus kita bataskan (hududkan) anak kita dari zina jika kita sendiri tidak sudi untuk menjauhinya?

BAGI pihak kerajaan kami rayu agar turut serius untuk menghentikan segala macam acara yang boleh menyuburkan zina. Kita sudah tidak boleh berdalih lagi. Jika ekonomi yang kita jadikan alasan, yakinlah dengan janji Allah seperti dalam firman di atas. Jika undi yang kita mahukan, sedarlah, penzina hanya suka kepada hiburan dan berzina sahaja, sampai waktu mengundi, mereka bukan peduli untuk mengundi pun. Dalam hal ini kami lihat pendekatan pembangkang menarik golongan muda dengan pendekatan ilmiah agak berkesan dan kurang pembaziran. Alangkah baiknya jika kerajaan pusat ikut pendekatan itu.

Cetusan minda mengulas berita,
WARGA PRIHATIN

Tips Parenting – BAGAIMANA MENANGANI AKHLAK BURUK ANAK-ANAK

00 anak degilBAGAIMANA MENANGANI AKHLAK BURUK ANAK-ANAK

Akhlak penghuni Syurga itu perlu dibentuk sejak lahir lagi. Ini mengikut ketetapan Allah agar kita berusaha menghasilkan anak-anak yang belum pernah disentuh manusia. Inilah ciri anak yang diperlukan jika kita inginkan suasana syurga dalam rumahtangga kita. Sering juga berlaku di mana anak-anak yang telah kita asuh dengan baik di rumah, terjebak pula dengan pelbagai gejala sebaik saja mereka keluar bercampur dengan rakan sebaya.

Apabila cerminan tabiat yang baik dalam rumah dari awal gagal dilaksana oleh ibu bapa, maka anak akan mengambil uswah yang hina dan membentuk habitat atau karakter anak derhaka. Contoh akhlak yang buruk itu ialah anak yang melawan, kasar, suka menipu, pemalas, pengotor, kedekut dan sebagainya. Dalam kes seperti ini maka urusan kita akan menjadi agak rumit.

Kami akan kongsikan sedikit tips berdasarkan pengalaman kami dalam menangani masalah ini. Jangan telan bulat-bulat tips yang kami berikan. Ini sekadar cetusan sahaja kerana terlalu ramai yang bertanya. Lain padang lain belalangnya.

PROSES PEMBETUKAN TABIAT BURUK 

Anak-anak yang rosak akhlak seperti ini terbentuk dari tabiat kedua ibu bapa yang tidak baik. Terlalu biasa kita lihat sikap ibu bapa yang tidak baik namun meminta anak-anak mereka menjadi baik. Kes ketam yang mengajar anak berjalan betul sudah terlalu biasa. Ada juga kes ibu bapa sudah baik, malang anak tidak cukup kental lalu terpengaruh dengan persekitaran.

Sepanjang pengkajian kami, ramai kaum bapa yang tidak pedulikan hukum-hakam tuhan. Halal haram tidak dibataskan, tabiat mencuri, rasuah, penipuan semuanya dilakukan sewenang-wenang. Ibu bapa sendiri (datuk dan nenek si anak) diabaikan dan sering diherdik. Perintah Allah diabaikan. Undang-undang negara dan agama turut dilanggar. Itu tidak termasuk tabiat yang tidak dipandang dosa tapi sangat buruk moralnya seperti pengotor, pemalas dan sebagainya. Semuanya berlaku setiap hari di depan anak-anak yang memerhatikan.

Ramai juga ibu yang tidak taat serta bersifat bengis terhadap suami dan orang tua, tidak mengikut arahan dan melanggar larangan tuhannya. Tidak menjaga maruah diri, tatasusila sebagai wanita mukmin, pemalas, pengotor, bangun lewat dan sebagainya.

Ironinya, mereka ini inginkan anak mereka jadi baik pada masa yang sama. Akhirnya mereka sekadar mengharapkan pihak sekolah dan ustaz sekolah agama atau pondok tahfiz untuk membetulkan anak-anak mereka. Tidak kurang juga yang mengharapkan pihak polis untuk menyekat kerosakan anak-anak mereka.

Pengalaman kami menunjukkan jika ibu bapa masih tidak mahu berubah bersama-sama perubahan anak-anak, maka akhlak anak yang sudah diperbaiki tadi juga akan kembali rosak.

PROSES PEMBAIKAN MELALUI PEKEJ BERJEMAAH

Apabila kesilapan sudah berlarutan di mana sikap buruk ibu bapa telah dikopi oleh anak-anak, atau anak-anak telah terbiar lalu membentuk akhlak buruk, maka satu-satunya jalan yang ada ialah melalui konsep apitan. Ia melibatkan proses pembaikan (islah / koreksi) diri ibu bapa dan anak itu dilakukan secara serentak.

Kesemua ahli keluarga, daripada ibu, bapa dan anaknya harus disedarkan tentang apa yang tidak baik dan perlu dibaiki. Kemudian masing-masing mengakuinya dengan rela hati serta sama-sama beristighfar. Program istighfar secara berjemaah ini kami dapati sangat efektif.

Lebih mudah lagi jika keluarga ini bergabung dengan keluarga lain, membentuk jemaah yang boleh saling menjadi cermin ajaib dan sokong menyokong antara satu keluarga dengan yang lain. Jemaah ini boleh mengambil uswah yang terbaik dari mana-mana anggota dan menjadikannya satu standard untuk diikuti oleh warga jemaah yang lain.

Sekiranya ada apa-apa yang perlu diperbaiki, ia boleh disampaikan mesejnya oleh wakil jemaah, setelah melalui proses perbincangan yang murni dalam syuro. Cara ini boleh memberikan kekuatan suara dan ketepatan fakta yang dikemukakan dalam proses pembetulan itu. Setiap subjek individu akan lebih menghormati teguran dan cadangan yang bakal dikemukakan untuk membantu koreksi diri.

Anak yang telah membentuk tabiat buruk dari contoh ibu bapa perlu melihat sendiri ibu bapanya yang awalnya juga telah tersilap itu sama-sama diperbetulkan. Apabila dilihat ibu bapanya mampu menerima teguran dengan berlapang hati, maka anak itu juga akan mudah merubah diri.

Proses nasihat menasihati itu juga akan menjadi lebih berkesan jika ianya dilakukan melalui jemaah kerana level respek yang tinggi, yang tidak mampu untuk dinafikan oleh subjek. Ia amat berbeza jika kita sekadar menasihati anak sendiri yang telah rosak akhlaknya secara sendirian (private) sahaja. Begitu juga proses membetulkan ibu dan bapa di mana kami dapati hanya teguran secara berjemaah saja yang mampu menundukkan ego manusia, khasnya ibu bapa.

PEMANTAUAN BERJEMAAH

Kita memerlukan satu piawaian tentang standard akhlak dan kaedah hudud dalam keluarga yang paling murni. Selain menambah tekanan untuk berubah dari kekuatan jemaah, kita juga perlu pekej pemantauan. Setiap anggota yang memerlukan koreksi perlukan tunjuk ajar dan contoh perlakuan yang baik-baik. Dengan adanya anggota jemaah yang baik, ia dapat memberi motivasi dan dorongan kepada anggota yang lemah untuk berubah.

Motivasi jemaah juga diperlukan untuk memantau perjalanan proses secara berterusan di setiap masa dan tempat. Contohnya jika anak ke sekolah, lebih berkesan jika ada rakan anak kita yang memerhati sebarang perubahan tingkah laku atau cabaran akhlak yang mendekati mereka. Rakan anak kita juga boleh diminta memantau sebarang perlanggaran arahan atau larangan terhadap anak-anak kita di sekolah, di masjid atau di mana saja.

KONSEP PENJARA, KURUNGAN ATAU SEKATAN

Jika kaedah tarbiah kurang berkesan, maka jalan terakhir dan bersifat sementara ialah dengan menggunakan pendekatan penjara atau sekatan. Dalam kes ini anak-anak yang sudah terlalu teruk akhlaknya harus disekat dari terus bermaharajalela bagi mengurangkan kerosakan (damage control). Di samping memberi tempoh bertenang untuk menenangkan hati anak itu, ia juga boleh menjauhkan mereka dari punca gejala.

Dalam masa kurungan atau sekatan itu, proses tarbiah secara berjemaah masih diperlukan untuk menetapkan hati anak-anak itu. Proses siraman dengan lembut, disertai rasa sesal ibu bapa atas kelalaian mereka akan insyaAllah mampu memperbaiki akhlak anak secara perlahan-lahan.

KESIMPULAN :

Islam itu agama sejahtera (salam). Di sinilah dapat kita buktikan atara kebenaran secara ilmu al-bayan (bainat) bahawa hadis yang mengatakan tidak Islam tanpa JEMAAH itu adalah sangat benar. KOREKSI dan PEMBANGUNAN keluarga wajib dilakukan dalam bentuk saf QS: 61. Ash Shaff,

2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. 
4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berjuang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.

Ibu bapa yang memerlukan koreksi juga tidak terlepas dari konsep apitan oleh anggota jemaah yang membawa fungsi malaikat. Anggota jemaah tertentu harus ditaklimatkan agar menjadi pendamping dan pengapit untuk melakukannya tanpa kepentingan diri.

Cuma pesan kami, janganlah lagi ibu bapa mahu meneruskan keingkaran melalui tabiat-tabiat buruk setelah sedar anak-anak pun membentuk tabiat yang sama. Ini sesuai dengan firman Allah ini,

QS: 73. Al Muzzammil 17. Maka bagaimanakah kamu akan dapat memelihara dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjadikan anak-anak beruban.

QS: 2. Al Baqarah 44. Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab, Maka tidaklah kamu berfikir? 

Harap kami dapat memenuhi permintaan mereka yang bertanya. Tips seterusnya ialah perkongsian petua menangani anak-anak istimewa.

Kudap Kudap
WARGA PRIHATIN

TIPS MUNAKAHAT – JAHIL FALSAFAH RUKUN NIKAH PENYEBAB PENCERAIAN

rukun nikah
TIPS MUNAKAHAT – JAHIL FALSAFAH RUKUN NIKAH PENYEBAB PENCERAIANRukun Islam biasa disebut sebagai tiang yang menongkat atau membangun agama. Tanpa memahami dan melaksanakan rukun maka robohlah agama. Begitu juga dengan rukun yang lain-lainya. Tanpa melakukan rukun haji maka batallah haji dan mabrurnya. Tanpa melaksanakan rukun negara maka hancurlah negara dan rakyatnya. Oleh itu jelaslah bahawa rukun itu harus dilaksanakan sepanjang masa untuk memelihara kedaulatan dan kesejahteraan agama dan negara.

RUKUN NIKAH JUGA BEGITU. Ia bukan sekadar untuk dihafal sewaktu majlis pernikahan sahaja. Ia adalah sesuatu yang harus difahami segala falsafah dan fungsinya. Apabila kita berhenti dari berpegang teguh dan melaksanakan fungsi dari rukun nikah itu, maka akan runtuh jugalah rumah tangga.

RUKUN 1 : LELAKI (SUAMI)

KETETAPAN FIRMAN “LELAKI MUKMIN DENGAN WANITA MUKMIN” harus kita ambil berat. Sepintas lalu untuk melaksakan tanggungjawab sebagai suami bagi keluarga Islam ia mesti terdiri dari seorang lelaki Islam yang merijal. Ingat tu..! ada bezanya lelaki biasa dengan lelaki yang bersifat rijal padahal kedua duanya bermaksud lelaki. Hanya fungsi kelelakian itu yang membezakan keduanya. Ini yang dipanggil lelaki yang TERTENTU, yang jelas keupayaan fungsi kerijalannya sepertimana yang kita hafal dalam syarat sah nikah selama ini.

Firman Allah dalam surah 4 An-Nisa’ ayat 34. Rijal (lelaki) adalah pengurus /PELINDUNG keatas perempuan, dengan sebab Allah MELEBIHKAN sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka MENAFKAHKAN daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga apa yang rahsia daripada apa yang dipelihara Allah, dan mereka yang kamu takut akan menjadi derhaka (nusyuz), TEGURKANLAH mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari jalan MENYAKITI mereka; Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Jika kita benar-benar menganggap Allah ini MahaTinggi dan MahaBesar, maka seharusnya kita perhatikan ayat tersebut dan laksanakannya tanpa besar kepala lagi. Perhatikan perkataan yang dihurufbesarkan. Rasanya tanpa kami jelaskan juga anda telah mampu memahami apa tujuan kami besarkan huruf itu. Berapa ramai lelaki yang melindungi wanita? Yang disamakan atau direndahkan tarafnya? Yang memenuhi nafkah keluarga sepenuhnya? Yang mampu mendidik dan menegur isterinya? Yang sering menyakiti isterinya? Dan banyaklah lagi…

ANTARA FUNGSI RIJAL MUSLIM DAN MUKMIN yang telah Allah nyatakan dalam quran ialah mempunyai ilmu agama yang jelas (Qur’anum Mubiin), mampu pula menyampaikan pendidikan dengan jelas (Balaaghul Mubiin) serta mampu menjadi imam atau pemimpin yang jelas dalam keluarganya (Imaamim Mubiin). Di samping itu Allah perintahkan agar lelaki membiayai wanita dari segi nafkah sebagai syarat untuk meninggikan darjat rijal dalam teraju keluarga.

Sewaktu akad nikah dikatakan tidak boleh lelaki yang sedang BERIKHRAM. Ini ada kaitan dengan kesamarataan darjat. Jika ‘pakaian’ dikatakan sebagai analogi ‘sistem’ yang dipakai dalam kehidupan berumah tangga, maka lelaki yang berikhram tidak sah bernikah katanya. Ini juga satu petunjuk yang tiada persamaan taraf, darjat dan fungsi antara lelaki dan perempuan, juga antara mempelai dengan wali dan saksi itu sendiri. Sedangkan dalam ikhram sendiri pun telah membezakan dua pakaian yang berbeza antara lelaki dan perempuan. Pakaian wanita itu berjahit dan terbatas, pakaian lelaki tidak berjahit dan bebas lepas. Tentulah perempuan ada sistem dan hudud hidupnya, dan lelaki juga ada sistem dalam peranannya.

Dalam kesinambungan perlayaran bahtera rumah tangga juga begitu. Status ini harus dikekalkan sepanjang masa melayari rumahtangga kerana ia akan runtuh jika taraf lelaki dan wanita, taraf wali dan saksi itu juga disamakan sepertimana ketika ikhram. Tidak seperti amalan kita hari ini dengan berbagai bagai hujah dan alasan yang menuntut kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita, suami dan isteri, anak lelaki anak perempuan, juga dengan bapa mertua, dengan saksi nikah dan sebagainya.

Ada banyak lagi falsafah di sebalik rukun nikah yang pertama ini yang tidak difahami bahawasanya ia harus dipelihara dan diamalkan sepanjang masa demi menjaga keutuhan rumah tangga. Akibatnya terlalu banyak perkahwinan berakhir dengan penceraian yang amat menakutkan dan menyulitkan keadaan.

PERHATIKAN SYARAT LELAKI BUKAN MAHRAM dengan bakal isteri. Ini menunjukkan pernikahan itu bukan saja untuk menyuburkan kasih sayang, malah untuk menghalalkan percampuran hidup sampai ke tahap persetubuhan kelamin antara lelaki dan wanita. Kerana itu dijadikan syarat talaq apabila perhubungan kelamin tidak berlaku sekian lama, di mana talaq boleh jatuh dengan sendirinya.

Hari ini berapa ramai lelaki dan wanita yang tidak peduli dengan syarat ini? cuba perhatikan kes di mahkamah syariah… berapa ramai yang telah hidup di bilik bahkan rumah berasingan? tidak bertegur sapa sehingga bertahun-tahun? dan mereka masih hidup sebagai suami isteri. Adakah mereka faham hakikat mempertahankan jodoh melalui konsep takliq? Melalui falsafah rukun nikah? Dan falsafah mahram, di mana apa yang telah jadi halal diharamkan sesuka hati?

Lelaki yang menganggap isteri ibarat ibu sendiri (mahramnya) contohnya harus dihukum di sisi Allah. Lihatlah begitu hebat syarat pernikahan ini yang harus dipelihara sepanjang tempoh perkahwinan. Hari ini berapa ramai yang tahu dan memberitahu? Baik Juru nikah, wali, saksi bahkan pengantin lelaki sendiri pun jahil tentang itu. Maka jadilah amalan perkahwinan jahiliyah yang kian menambah kes cerai masa ke masa.

MENGETAHUI WALI YANG SEBENAR juga menjadi syarat sah nikah bagi lelaki. Wali adalah WAKIL Allah. Bukan sahaja wali pakai cantik-cantik, cari wang banyak-banyak buat kenduri besar-besaran dan pegang mikrofon menjadi tukang lafaz akad nikah dengan bangganya sahaja. Wali adalah pelindung kepada wanita sebelum perkahwinan itu, lalu menyerahkan kuasa perlindungan itu kepada bakal suami anaknya.

HAKIKAT WALI INI ALLAH NUKILKAN dalam surah 2. Al Baqarah 257. Allah satu-satunya Pelindung (WALI) orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya (AULIYA’) ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

INILAH FUNGSI WALI (SATU SAJA) YANG SEBENAR, iaitu menyediakan cahaya petunjuk dari Allah untuk melindungi anak perempuan atau isterinya. Jika lelaki tidak berfungsi sebagai imam yang jelas, maka wanita akan kembali merujuk kepada BANYAK WALI (AULIYAK). Habis semua kawan, boyfriend, ipar duai, wall facebook dirujuknya. Akhirnya merujuklah mereka ke mahkamah…

Wali asal (bapa) seseorang wanita harus mampu mendidik dengan jelas tentang tanggungjawab anak gadisnya sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Wali juga harus memberikah tausiah kepada calun menantu bagaimana harus menjaga anak gadisnya selepas berkahwin nanti.

KITA LIHAT PULA KONSEP PELAPIS WALI yang menjadi penyokong kepada kesejahteraan sesebuah rumahtangga. Jika sang suami gagal berperanan sebagai pelindung kepada wanita yang dinikahi, lalu rumahtanga itu bermasalah, maka wali asal wanita itu harus berperanan mendidik dan menasihati menantunya dengan semangat persahabatan dan kasih sayang. Allah sarankan bimbingan ini dilakukan sehingga berumur 40 tahun. Itulah tahap kematangan seorang insan. Praktik ini menjadikan suami rapat dengan mertua. Tapi, Itupun jika mertua itu berilmu, jika tidak suami kenalah cari pedoman dari wali hakim yang arif tentang hukum hakam.

Kerana itulah kami nasihatkan agar menantu bersahabat baik dengan bapa mertua. Rasulullah SAW dahulu ambil masa 3 tahun sebelum membawa isterinya Aishah tinggal bersama. Setiap kali ada masalah, mertua baginda (yang juga sahabat) ini turut memikirkan dan memberi nasihat. Untungnya Abu Bakar a.s. ialah kerana nabi sendiri arif tentang urusan wali kepada Aishah ini. Nabi Musa juga mengabdi diri dan bersahabat, berguru dengan mertuanya nabi Syuaib a.s. sehingga 8 tahun. Para sahabat nabi yang lain juga saling bersahabat dengan mertuanya. Semangat Persahabatan itulah saluran ilmu dan nasihat di kalangan mereka.

KITA BAGAIMANA? Me’Rijal hanya waktu akad nikah sahaja. Lepas itu kita tukar fungsi jantina. Berapa ramai bapa yang mendidik anak gadisnya sebelum berkahwin? Menyenaraikan “Do and Don’s” kepada anak mereka? Pengantin laki-laki pula satu hal… Dengan mertua ramai yang berkelahi dan berdendam. Ini kerana perkenalan dan peminangan kita bukan dilakukan dengan kerjasama murobbi anak gadis sedari awal. Kadangkala kita siap bawa lari anak gadis dari keluarganya. Setiap kali ada perselisihan pula, si isteri juga tidak merujuk terus kepada suami, sering lompat terus kepada keluarga sendiri (Pihak ketiga). Mertua juga begitu, tidak melalui suami anaknya, terus saja lompat bawa lari anak gadisnya yang sudah berkahwin..!

SYARAT-SYARAT SAH NIKAH YANG TERKAIT DENGAN FUNGSI LELAKI ini tidak dapat kami hurai dengan panjang kerana melebihi kuota artikel. Cukuplah kami cetuskan untuk anda masing-masing mendalami hakikat pernikahan melalui penerusan perlaksanaan falsafah dalam setiap rukun nikah. Antaranya, Lelaki harus menikahi wanita dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan. Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa. Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri, kenal keluarganya dan kematangannya untuk siap membawa peranan sebagai isteri dan sebagainya.

InsyaAllah akan kami sambung untuk rukun nikah yang lain.

Kudap munakahat
WARGA PRIHATIN

Brunei laksana hukum Hudud

00 sultan brunei

Utusan Melayu

BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.

Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.

Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.

“Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.

“Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam,” katanya.

Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.

Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.

Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. – AGENSI

Artikel Penuh- © Utusan Melayu (M) Bhd
BANDAR SERI BEGAWAN – Kosmo
Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei, semalam memperkenalkan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina sekali gus menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama yang melaksanakan undang-undang tersebut di peringkat nasional.Baginda berkata, Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang baru diperkenalkan semalam selepas persediaan selama beberapa tahun itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat enam bulan kemudian.

Undang-undang tersebut akan hanya dilaksanakan terhadap penganut Islam.

Ia merangkumi hukuman Islam termasuk merejam penzina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dan hukuman sebat ke atas penganut Islam yang melakukan perlbagai salah seperti minum arak dan menggugurkan anak.

“Dengan ini, Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,” titah baginda dalam satu ucapan.

Sultan Hassanal pertama kali mencadangkan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara yang dihuni oleh 400,000 penduduk itu pada 1996.

“Brunei menonjolkan ciri-ciri sebuah negara feudal pada kurun ke-18 berbanding anggota penting rantau ekonomi dan sosial Asia Tenggara pada kurun ke-21,” kata Timbalan Pengarah Asia Pertubuhan Hak Asasi Manusia Human Rights Watch, Phil Robertson ketika mengulas perkembangan itu.

Beliau menyifatkan perubahan kepada undang-undang tersebut sebagai pencabulan hak, dibenci dan tanpa justifikasi.

Brunei telah mengharamkan penjualan dan perbuatan minum arak di tempat awam serta mengehadkan perkembangan ajaran agama lain.

Sultan Brunei sendiri melahirkan kebimbangan berhubung undang-undang syariah beberapa tahun lalu ketika kanun berkenaan dalam proses untuk disiapkan.

Namun, baginda berulang kali menyokong untuk mengukuhkan asas Islam bagi menghadapi pengaruh luar yang merosakkan termasuk internet.

Bagaimanapun, kerajaan Brunei dipercayai akan melaksanakan undang-undang syariah secara peringkat-peringkat seiring dengan cirinya sebagai sebuah negara yang aman, kata seorang felo pelawat di Pusat Pengajian Islam Omar Ali Saifuddien, Gibril Fouad Haddad.

“Adakah ia (undang-undang syariah) hanya simbolik? Saya tidak tahu,” katanya. – Agensi, Kosmo.

Tid Bit Parenting 28 : ZINA ANAK SEKOLAH – SATU BENCANA

 

ZINA
Tid Bit Parenting 28 : ZINA ANAK SEKOLAH – SATU BENCANA

Di dada akhbar, kaca televisyen mahupun di media massa kini dipenuhi dengan pelbagai kes dan masalah. Masalah kini yang kerap berlaku dalam kalangan kita ialah masalah pembuangan bayi yang tidak dapat dikira berapa jumlahnya. Sehinggakan terdapat tempat-tempat yang dibina khas untuk wanita yang melahirkan anak luar nikah serta bayi yang dilahirkan oleh orang tidak bertanggungjawab. Paparan dan tayangan yang dibuat oleh penjaga kami di RPWP setiap hari sangat menakutkan dan menyedarkan kami.

Inilah salah satu kesan dan akibat yang berlaku disebabkan oleh kebejatan akhlak dalam kalangan generasi muda sekarang ini. Hal ini juga berlaku disebabkan batas pergaulan antara rijal (lelaki) dan nisa’ (perempuan) yang tidak diambil kisah atau dipandang remeh oleh ibu bapa. Amatlah penting perkara ini diberi perhatian kerana masa tidak mampu diundur semula tatkala perkara yang kita tidak pernah jangka itu sudah berlaku.

Ingatlah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

BAGAIMANA MENGATASINYA?

“Janganlah kamu mendekati zina”. Itulah salah satu perintah Allah SWT yang tercatat dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun, sama ada kita sedar mahupun tidak, kenyataannya setiap hari kita melanggar suruhan Allah walaupun kita tahu itu merupakan satu perintah yang mesti kita patuhi.

Apa yang ingin kami tekankan di sini ialah larangan Allah supaya TIDAK MENDEKATI ZINA. Sebenarnya kita ini dahulunya ibarat kera yang tidak cantik dan memerlukan bunga. Kita tidak cantik kerana sistem kehidupan yang teruk. Bunga itu ibarat pemberian Allah iaitu sistem kehidupan yang elok untuk kita pakai. Malangnya kita renyuk dan bazirkan saja. Sekarang ini kita sudah sampai tahap yang Allah katakan seumpama ‘babi’ atau lebih dikenali sebagai haiwan yang ‘melampaui batas’.

Inilah hakikat yang Allah ceritakan dalam Surah Al-Maa’idah(5), 60. Katakanlah, “Mahukah aku beritahu kamu balasan di sisi Allah yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang dilaknat Allah, dan dimurkai-Nya, dan menjadi antara mereka beruk dan babi, dan (bagi) penyembah Thaghut – mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul.”

Manusia zaman sekarang sudah melampaui batas, seolah-olah tidak pernah merasa dosa melakukan zina setiap hari. Yang penting masing-masing dapat memuaskan nafsu dalam diri. Oleh itu, janganlah kita mendekatkan diri kepada zina sekiranya kita tidak mahu hal sedemikian berleluasa.

MENDEKATI ZINA SAJA DILARANG, APATAH LAGI MELAKUKANNYA.

Berdasarkan Surah An-Nur (24), ayat 31; ingin kami rungkaikan isi yang terdapat di dalam ayat tersebut. Bagi memelihara diri daripada didorong perkara maksiat, jagalah pandangan kita. Terutama seorang wanita, namun tidak terkecuali kepada kaum laki-laki juga. Tatkala kita berjalan, tundukkanlah pandangan kita, bukannya mendada. Janganlah kita menunjukkan aurat kita tidak kira di mana-mana pun kita berada.

Melalui pemerhatian kami di sekolah, khususnya pelajar perempuan kini, tatkala sesi persekolahan tamat, tudung yang digunakan bagi menutup perhiasan tubuh badan dah dicabut hilang entah ke mana. Alasannya, panaslah.. tak selesalah.. dan sebagainya. Terlalu ramai juga pelajar menyimpan gambar dan video porno dalam smartfone mereka dengan bangganya. Sesetengah mereka malah menyimpan gambar lucah mereka sendiri walaupun mereka bertudung. Sesiapa yang belum melakukan seks mereka gelar kolot.

Percampuran bebas dalam kelas atau sewaktu aktiviti luar sangat merimaskan. Sewaktu cikgu tidak masuk kelas, kami diminta buat kerja sendiri. Dapatkah bayangkan apa jenis kerja sendiri itu? Pelajar lelaki dan perempuan akan bebas bertepuk tampar, raba-meraba dan bergelak ketawa, mengilai-ngilai dan terjerit jerit tanpa segan silu. Tudung, baju kurung dan kain diselak-selak sesuka hati.

Bayangkan bagaimana rupanya jika kita yang bertudung menyelak baju dan menampakkan susuk peha dan punggung yang hanya bertutupkan kain tipis itu. Ramai juga yang suka menyelak tudung menampakkan belahan dada dari leher baju yang besar dan tidak berbutang… Astaghfirullah.

BAGAIMANA MENUTUP AURAT?

Spesifikasinya harus mengikut Al-Quran dan sunnah, itu PERINTAH daripada Allah. Itu yang ibu bapa RPWP ajarkan kami. Aurat berkait rapat dengan aura (tarikan). Auralah faktor utama yang mampu menyebabkan seseorang itu terjerumus ke lembah kehinaan dan perbuatan sumbang.

Jagalah etika pemakaian dan pakailah pakaian yang menutup aurat agar tidak menimbulkan aura. Jika bertudung ikutlah spesifikasi tudung contohnya sampai menutup dada. Pilihlah kain, ukurlah baju sesuai dengan saiz tubuh kita. Jangan terlalu tipis dan ketat seperti apa yang dipesan nabi sehingga kita berpakaian tapi nampak macam telanjang. Begitu juga cara berjalan, adab bercakap, cara bersolek dan sebagainya.

Sesungguhnya ibadah itu ialah mengerjakan semua perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Menjaga aurat itu juga suatu ibadah besar yang dapat menyelamatkan diri kita. Selagi ia diperlukan dan kita tetap melakukannya maka ada ganjaran daripada menahan panas dan tidak selesa (bagi yang belum biasa). Kami juga peringkat awalnya begitu, namun alah bisa tegal biasa. Yang penting kita tahu dengan tepat surah mana dan ayat mana datangnya perintah Allah itu. Setiap datang dugaan, ibu bapa ajarkan kami untuk ingat ayat itu sebagi motivasi. Bukan menghafalnya menjadi tangkal azimat untuk selamat tapi kita terus membuka aurat.

Dengan menutup aurat, kita akan terselamat kerana tidak menarik perhatian lelaki buas dengan menunjukkan perhiasan yang terdapat pada diri kita. Ironinya kita sendiri selaku anak nisa’ yang selalu sengaja membesar-besarkan aura itu untuk menarik perhatian dan menjemput pelbagai gejala.

Dengan kaedah memerhati dan mengkaji alam sekeliling, kita akan mampu membaca tanda. Hanya melihat cara berjalan, cara berpakaian, cara bercakap sahaja dapat menggambarkan siapa kita sebenarnya. Oleh itu wajiblah kita sentiasa berjaga-jaga. Walaupun kita merasakan perkara ini sesuatu yang dianggap kecil, namun masalah yang besar sebenarnya datang dari perkara yang kecil yang tidak diatasi dari awal.

Akhir kata, sentiasalah istighfar diri kita dan perkuatkan istighfar dengan taubat iaitu agar kita istiqomah dalam melaksanakan islah. Dengan istighfar (sentiasa memohon ampun) dapat dijadikan hudud, lebih-lebih lagi percampuran sumbang antara rijal dan nisa’. Bersama-samalah kita menuju ke arah kebaikan agar dapat melahirkan insan yang berkualiti pada masa hadapan.

Cetusan zam zam
WARGA PRIHATIN

ULASAN ADMIN

Artikel ini ditulis oleh anak nisa’ Tingkatan 3 dan dinilai oleh rakan sebayanya. Beliau yang baru habis peperiksaan PMR telah lebih 3 kali habis bacaan terjemahan Quran. Adalah anak yang sangat berakhlak dan menjaga adab… Alhamdulillah.

Antara perkongsian mingguan kami dengan anak anak ini ialah apa yang mereka lihat di sekolah dan apa pelajaran yang mereka dapat. Gejala sosial yang melampau dan isu ke arah murtad adalah paling banyak. Kami pula kongsikan apa yang kami jumpa di luar dan apa batas atau langkah hudud yang harus kami ambil agar mereka kenal masalah itu dan tidak mendekatinya.

Antara yang mampu menyedarkan bahaya gejala sosial pada mereka ialah kes buang bayi. Ramai di antara mereka yang menangis apabila kami tayangkan ratusan video dan gambar bayi terbuang. Kami juga sentiasa tayangkan ratusan gambar kemalangan ngeri hasil rempit. Begitu juga kes gadis hilang, rogol yang berbagai jenis tidak kira tua muda yang berlaku setiap hari. Smartfone adalah antara punca banyak gejala. Kerana itu kami haramkan mereka menggunakannya sejak dahulu. Biarlah mereka dikatakan kolot tidak mengapa.

Akhlak anak bukanlah suatu yang terjadi dengan saja saja, yang berjaya dibentuk bukan juga terjamin selamanya. Hari ini mereka baik, esok lusa belum tentu. Oleh itu kami galakkan mereka hidup berjemaah agar sistem hidup beragama boleh dilakukan bersama sama. Mereka diminta sentiasa saling nasihat menasihati dan ingat mengingati perkara yang hak. Seboleh bolehnya kami mahu mereka menghayati semua perintah Allah hingga dapat mereka rasa nikmatnya.

Bagaimana? Ada yang menangis atau hantuk kepala menyesal bila rambut mereka terlihat bukan muhrimnya, walaupun secara tidak sengaja. Ada yang menangis kerana puasa sunat mereka dibatalkan dengan paksa. Ada yang menangis kerana tidak diizinkan ikut kerja dan sebagainya… Alhamdulillah..

Sepanjang pengkajian kami memang tepat telahan anak ini. Gejala sosial di sekolah sudah masuk tahap BENCANA bukan sekadar gejala. Jikalah tidak kerana sekatan sistem pendidikan pasti kami tidak izinkan mereka ke sekolah. Biarlah kami sendiri ajar mereka.
Kajian kami menunjukkan sebanyak mana pun pendidikan kita beri kepada mereka, namun hakikatnya cabaran di luar sana terlalu berat dan menekan jiwa. Kerana itu kami berhabis habisan BERKORBAN DIRI dan HARTA menyiapkan sarana agar lebih ramai anak anak dapat dididik untuk menambah kekuatan mereka melawan godaan bersama sama. Fahamilah, Kami tolak permohonan mereka yang memohon bukan kerana kami tidak mahu, tapi prasarana tempat belum siap.

DISCLAIMER:

Kepada yang tidak senang dengan gambar ini kami pohon maaf. Kami tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk menukarnya kerana kelemahan sistem FB ini, sekali gambar di upload ia tidak boleh ditukar gambarnya, kecuali tulisannya sahaja.

Yang kami harap bukan untuk anda menilai methodologi penyampaian (ini masalah umum pembaca Melayu), tapi kaji isi penyampaian atau mesej dari anak ini.

Jika beliau tingkatan tiga, pastinya mangsa adalah anak-anak yang sebaya atau lebih muda. Yang nak dipaparkan ialah umur anak di gambar itu (13 th), tempat atau lokasi (awam), waktu (siang). Lihat saiz dan isi beg anak perempuan itu, agak-agak ada berapa keping kertas atau buku?

Gambar ini pun bersepah di internet termasuk di fb sendiri. Rekod kami menunjukkan seks ANAK SEKOLAH INI sudah bermula dari DARJAH SATU… Kita tiada masa nak berkelahi pasal gambar lagi…

Jika kita nak cerita isu neraka, kena tahan hati masuk menjenguk isi neraka. Rasulullah dulu ceritakan terus bagaimana buah dada di gantung, manusia telanjang dibakar, rambut digantung, lidah dipotong, kemaluan disula… dan berbagai lagi.

Semua dinampakkan gambaran sebenar, tetapi ia sebagai tarbiah bukan nak melayan nafsu. Jika anda tunjukkan gambar begini kepada anak anda bersama mesej dan dengan tarbiah yang jelas, insyaallah ia akan jadi vaksin. Kuman yang dimatikan virulence nya. Jika tidak, anak anda akan melihat ribuan lagi gambar lebih teruk dari ini dengan nafsu buas. Itu baru menjadi viral dalam dirinya.

PUNCA GEJALA APABILA ABAL HAKAM (BAPA) DAH HILANG HUKUM

00 abal hakam.jpg B

 

PUNCA GEJALA APABILA ABAL HAKAM (BAPA) DAH HILANG HUKUM

Suami ialah pemimpin dan Abal Hakam dalam sebuah keluarga. Bengkok lelaki, bengkok juga isterinya maka bengkok juga anak-anaknya. Ingat, Mat Saleh panggil pemimpin ini RULER. Bila terjemah dalam bahasa Melayu ia bermaksud Pemimpin dan boleh juga PEMBARIS kan? Itulah juga fungsi Abal Hakam yang membawa isteri dan anak-anak ke jalan yang lurus yang diredhai Allah.

Pada saat artikel ini kami tulis, kami lihat satu trend yang sangat menyakitkan hati. Universiti dipenuhi anak-anak perempuan. Ramai anak lelaki kita sedang mendominasikan jalanraya dengan kerjaya “Mat Rempit” mereka. Yang ada disekolah pun sedang direkrut oleh kongsi gelap sehingga Polis kena masuk Sekolah semula. Ramai sekali dilonggok di pusat-pusat pemulihan narkotik, penjara atau terhoyong hayang di kaki lima.

Sebahagian sahaja yang terselamat untuk sampai ke universiti. Itupun, jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar perempuan, masih lagi yang lelaki keciciran. Sampaikan ketua Platun ROTU pun dipilih dari pelajar wanita. Yang jantan sikit dah mengaruk pulak, terikut ikut trend SAWAN demonstrasi dan berpolitik sana sini. Belum lagi masuk golongan JENTAYU, yang susah nak diharapkan KEJANTANANnya.

Apabila masuk ke alam pekerjaan, wanita lebih komited dengan kerja dan banyak juga yang mampu sehingga ke peringkat kepimpinan. Di manakah Lelaki yang sepatutnya menjadi Abal Hakam.? Ramainya meneruskan sikap malas dan ke arah rasuah dan penipuan dalam kerja.

Itulah fenomena yang menjadi salah satu sebab utama mengapa Si Isteri terpaksa bekerja. Kerana Si Lelaki dalam spesis PEMALAS. Sama macam Pak Belalang yang kerjanya tidur sahaja. Anaknya pula yang kena mencari nafkah. Tidak hairanlah Si Isteri lebih Berjaya dalam kerjaya berbanding Si Suami. Ini semua SYNDROME yang semakin menjadi jadi.

SUAMI ROMANTIK, BUKAN TEGAS

Ini MENJADI IDAMAN SEMUA WANITA. Katanya, Nabi juga romantik dengan isteri-isterinya. Hadis tentang Nabi memanggil Siti Aisyah dengan panggilan manja Umaira (Pipi kemerahan) sangat popular di kalangan wanita. Tetapi tidak pula popular hadis yang menunjukkan ketegasan Nabi Muhammad S.A.W. semasa Siti Aisyah ketinggalan rombongan pulang dari medan perang kerana tercicir seutas kalung. Sudahnya, Siti Aisyah RA pulang ‘menumpang kenderaan’ lelaki lain. Hanya kerana itu Nabi tak bertegur dengan Siti Aisyah, diriwayatkan sehingga lebih 3 bulan, ada yang kata 40 hari.

Tetapi Hadis Tentang KETEGASAN NABI Ini Sangatlah TIDAK POPULAR kerana ia tidak menggembirakan hati isteri-isteri yang sedang membaca artikel ini sekarang. Begitu sekali tegasnya Nabi terhadap isteri yang baginda sangat cintai. Anak nisak Nabi sendiri disuruh masuk bilik bila ada lelaki buta datang bertandang, padahal sibuta tak nampak pun anak Nabi..! Bagaimanapula suami/ayah hari ini? Boleh pula dengan yakin tanpa cemburu dan SENTIASA FIKIR POSITIF tanpa sekelumit prejudis membenarkan isteri dan anaknya ditumpangi rakan lelaki. Kononnya mereka sepejabat dan nak memudahkan urusan.

Satu lagi ayat Al-Quran yang paling menarik hati wanita ialah apabila Nabi Muhammad s.a.w. dikatakan memasak. Tetapi dalam ayat itu, Nabi MEMASAK DI DALAM BILIK TIDUR baginda. Bagaimana pula memasak di bilik tidur? Masakan apa yang nabi sedang masak? Ya baginda memasak hidangan ilmu, Al-Ma’idah. Ada penjelasannya bukan? tetapi ramai wanita suka sahaja untuk tidak dengar penjelasan, sebaliknya memegang firman Allah itu bagi membenarkan dan memaksa suami turun sama-sama ke dapur memotong bawang, mengupas telur, memanak nasi. Kalau betul nak ikut sunnah, kenapa tidak dimasak sahaja di dalam bilik tidur?

Gejolak api yang besarpun bermula dengan sepercik api sahaja. Lelaki dan perempuan ibarat petrol dan api. Bagi mengelakkan kedua-duanya saling menyambar dan membakar, hanya ada satu cara sahaja iaitu MENJAUHKANNYA. Allah sendiri pesan, Jauhi zina dan bukannya jangan berzina. ‘Hampir’ sahajapun dah Allah tegah, kalau dah sampai terlanjur tu, silalah bawa-bawa pakai kain kapan siap-siap. Suami jenis ini juga tergolong dalam pasukan lelaki DAYUS.

SUAMI HILANG FUNGSI

Prinsip orang yang memimpin biasanya dilebihkan dan ditinggikan oleh Allah. Jika khalifah Islam itu Allah tinggikan ilmu dan amalnya. Jika pemimpin keluarga pula, Allah tinggikan juga ilmu dan amalnya. Tetapi jika Si Isteri yang lebih berilmu dan beramal sementara yang lelaki lebih suka tidur dan tengok bola, wajarlah berlaku CONFLICT OF LEADERSHIP. Secara semulajadi, apabila seseorang mempunyai kelebihan akan mula wujud satu dominan. Dan dominasi itu adalah punca Queen Control. Queen control berpunca dari King yang lembik dan dayus, maaf cakap kadangkala BACUL.

Semalam kami keluarkan artikel tentang isteri bekerjaya. Ramai juga yang naik darah katanya kami berat sebelah. Mari kami beritahu terus terang. Artikel manakah dalam dunia ini yang mampu merangkum segala sudut isu? Ada yang marah-marah katanya kami sexist dan suka menyalahkan wanita sahaja dan lelaki tak pula kena usik.

KAABAH ITU KIBLAT PENENTU POLISI KELUARGA IBRAHIM

Mari kita sorot uswah nabi-nabi. Kita ni tak sempurna, dan nabi sudah tunjuk cara mereka berbuat. Kehebatan Ismail A.S disebabkan didikan oleh Siti Hajar. Kehebatan Siti Hajar datang dari pendirian keatas ilmu Nabi Ibrahim AS. Jangan pertikaikan mengapa kami ambil contoh ini. Inilah LEGASI KELUARGA yang Allah abadikan dalam Islam melalui falsafah qiblat. Semuanya telah kami terangkan dalam falsafah haji, malangnya tak ramai yang minat baca artikel ilmiah. Jika nak koreksi keluarga, lihat contoh mereka dan kiblatkanlah polisi keluarga mengikut contoh dan aturan mereka.

Inilah masalah terbesar banyak unit institusi keluarga dalam Negara kita. Umumnya dalam kalangan umat Islam sendiri. Ramai isteri kini jadi KING dan suami jadi QUEEN dalam rumahtangga. Suami mulai malas apabila isteri menjadi rajin dan berdikari.

Di Universiti tempatan sahaja, peratusan antara lelaki dan wanita sangat membimbangkan. Wanita lebih ramai dan lebih komited dalam segala hal. Wajarnya, mereka yang komited begini akan diberikan segala jenis peluang seperti company trip, kenaikan pangkat dan banyak lagi. Sudahnya, Si Suami yang malas itu akan menjadi inferior apabila isterinya berpendapatan dan berpangkat lebih tinggi darinya. Wanita jadi pemimpin ni berlawanan dengan fitrah, tapi bagi kita dah jadi lumrah. Sampai Muftipun nak lantik dari kalangan wanita.

Berapa ramai hari ini perceraian berlaku disebabkan suami gagal menyara kehidupan keluarganya. Suami tak mampu kuasai isteri dan tak mampu kuasai anak-anak. Itulah sebenarnya DAYUS.

ABAL HAKAM MEMASUKKAN BUKAN MUHRIM KE DALAM RUMAH.

Paling mudah dan paling tipikal sekali ialah apabila suami yang patutnya menjadi Abal Hakam mengizinkan pula orang gaji untuk berada dalam rumah. Itu tak termasuk lagi tukang kebun, pemandu, hatta adik beradik ipar duai sekalipun. Ini turut menyebabkan kekacauan dalam pengaturan hukum. Dah ada ramai orang dalam satu keluarga, perkara seterusnya ialah kekacauan sistem rumahtangga yang telah terlalu ramai ahlinya yang tak termaktub dalam aturan Abal Hakam pun.

Tolong jangan cabar kami jika kami katakan terlalu banyak kes abang ipar yang meniduri adik ipar, suami meniduri maid, rakan suami meniduri isteri dan lain lain suka sama suka. Sedangkan kes ayah rogol anak sendiri, abang rogol adik sendiri pun sudah berlambak. Semua itu kerana DAJAL yang melihat sebelah mata saja larangan ALLAH. Semua itu kerana sikap DAYUS Sang Abal Hakam.

HASIL ISTERI TADBIRAN SUAMI

Kami petik hartawan Khadijah r.a. yang melabur leburkan semua hartanya itu kepada suaminya dengan sukarela dan penuh keimanan. Itu kerana beliau tahu suaminya adalah seorang al-Amin yang amanah. Itu bukan untuk BMW nabi, tapi untuk urusan ALLAH.

Ada juga yang cepat melatah semalam kerana tidak setuju dengan perkara ini. Habis segala ceramah ustaz dikaitkannya. Padahal ada juga kaum ibu yang ceritakan pengalaman dan pesan ibu ayah mereka yang mengatakan nak beli jarum sebatang pun kena minta izin suami, sekalipun dengan duit gaji sendiri. Bagi kami inilah contoh isteri yang terbaik, kerana datang dari keluarga yang Abal Hakamnya sangat hebat dan berprinsip. Namun hujungnya masih kabur juga.

Perkara ini agak sedikit komplikated kerana ada ‘nasah dan mansuh’nya. Konsep Nasah dan mansuh pun ramai orang tidak tahu. Sebab itu membaca Quran dan Hadis pun akan keliru jika tak baca keseluruhannya. Iaitu melihat dalam dua perspektif, satu sudut mengesahkan, satu sudut memansuhkan. Contohnya prinsip yang MENGESAHKAN bahawa segala yang berlaku, biarpun gugurnya sehelai daun itu “Allah tahu, kehendak Allah belaka.”, Satu sudut lagi MEMANSUHKAN statement pertama, Allah kata Allah tidak akan ubah Nasib suatu kaum melainkan “kaum itu sendiri mengubahnya”.

Selepas akad nikah, isteri dan segala yang ada pada isteri adalah di bawah tadbiran penuh seorang suami. Dalam masa yang sama juga, seorang suami yang bermaruah tidak makan hasil dari isteri kecuali dengan kesedaran isteri yang menyerahkannya dengan sukarela dan kasih sayang, terutama untuk urusan JIHAD Sang Suami, bukan kegunaan peribadi.

Apapun, kuasa pentadbiran tetap ada pada suami. Jika Si Isteri berniat nak kepit sahaja pendapatan mereka, apa yang suami boleh lakukan dan ia sah di sisi undang-undang Allah ialah dengan MENARIK BALIK KEIZINAN BEKERJA kepada isterinya. Anda ambil alih semua kos rumahtangga sebagai suami yang bermaruah dan mengikut perintah ALLAH. Si isteri pula, apapun alasannya, apabila sudah dititah oleh suami untuk berhenti kerja, maka berhentilah tanpa dakwa dakwi lagi.

Kita cerita soal hukum itu dan ini, tapi ramainya suami sendiri yang suruh isteri bekerja,… ermmm sedih!

KONFLIK PENGATURAN DENGAN MERTUA

Itu juga menjadi salah satu tajuk yang utama isu perceraian. Yang betulnya, jika telah bernikah sahaja maka semua tanggungjawab beralih kepada Si Suaminya. Hormati dan sayangi MERTUA tanpa syak lagi, tetapi jangan sampai mereka pula yang mengatur dan mencatur hidup dalam rumahtangga.

Isteri itu macam kanak-kanak juga, bila suami tak setuju nanti dia akan pandang ibu bapa dia pula. Bila ibu bapa tak setuju dia pandang suami pula. Hujungnya cuma nak ambik keputusan yang mereka mahukan sahaja. Konflik ini membuatkan semua isi rumah akan keliru, yang mana satu adalah pengatur sebenarnya. Adakah neneknya? Atuknya? Atau Sang Suami / Bapa?. Suami pula akan hilang kuasa dalam rumahtangga. Akan berlakulah fenomena apabila isteri meminta izin kepada suami dan suami tidak izinkan, nanti mereka minta dari ibu bapa mereka pula. Maka syndrome campurtangan kuasa rumahtangga ini akan berpindah generasilah jawabnya.

Kita hanya baca kisah nabi yang indah indah saja. Tahu tak nabi juga hadapi masalah pada wanita? Ingat-ingat sedikit cerita tentang Abu Bakar Assiddiq yang memukul kepalanya sehingga berdarah kerana bengang Siti Aisyah r.a berbicara biadab terhadap baginda dengan memepertikaikan kononnya “Nabi (suaminya) sedang perasan yang baginda itu seorang rasul”. Itu sahaja yang mampu Abu Bakar Assiddiq lakukan dan tidak boleh langsung Abu Bakar masuk campur dalam urusan itu. Padahal beliau ingin campurtangan kerana ingin mempertahankan Nabi s.a.w., baguskan tu? Tapi tetap Nabi s.a.w. halangnya.

Hormati dan sayangilah mertua, tapi jangan izinkan mereka campuri urusan pengaturan rumahtangga anda. Sang Isteri pula janganlah suka mengadu domba. Rob anda, pendidik dan pengatur anda adalah suami anda. Syurga neraka, susah senang dan redha Allah untuk anda ada di situ.

ABAL HAKAM SENDIRI BERMASALAH

Mengajar anak ketam berjalan memanglah tak mungkin berhasil. Begitu juga hal dengan Abal Hakam / bapa yang menyuruh anaknya berbuat kebaikan tetapi mereka sendiri melupakan diri mereka sendiri. Contoh paling biasa ialah bapa yang melarang anaknya menghisap rokok tetapi diri mereka sendiripun masih berkepul-kepul saban hari. Ini perkara asas juga yang semua perlu ambil kira. Pasti ada kelebihan lain pada anda jika anak anda mampu melakukannya.

Ada juga bapa yang berselingkuh, berkaraoke, berparti liar, hobi gila-gila, berkeliaran sana sini, anak siap terserempak bapa bersama girlfriend lagi, tetapi mahukan anaknya menjadi sebaik Malaikat. Tak mungkin acuannya bulat hasilnya menjadi bersegi. Jika pembaris dah bengkok, apa sahaja yang dilukiskan dengan pembaris itu juga tidak akan lurus.

Terlalu ramai isteri tertipu dengan lenggok suami. Terlalu banyak kes suami yang selengkoh, simpan gundik, ada afair atau ada bini baru sekalipun akan berperangai sangat rajin dan romantik. Yang lazim sekali ialah bila suami memang tak kerja dan hidup atas hasil isteri. Jadi suri rumah jaga anak dan masak saja. Atau suami yang nak pinjam kredit kad isteri, ada udang sebalik batu sebenarnya. Sebab suami yang baik di sisi Allah bukan begitu.

Bagi Warga Prihatin, mereka suka suami yang tegas. Kami tercabar jika sampai suami ke dapur ambil air sendiri untuk minum kerana kelalaian kami melayan pulangnya mereka. Sang suami pula rasa tercabar jika isteri kena ambil tangga panjat siling untuk tukar mentol. Yang lain tu anda fikirlah sendiri

SOAL POLIGAMI pun banyak menyakitkan hati, ini akan kami cerita nanti. Ramai isteri tertipu dengan poligami ni. Tidak pasal-pasal Allah dan Rasul kena caci gara-gara Poligami. Padahal kita yang tak betul.

DAYUS TIDAK MENCIUM BAU SYURGA.

Berapa ramaikah lelaki dayus sedang bersenang lenang tanpa ada rasa bersalah dan berdosa?. Ada lelaki yang warak dengan solat yang tak pernah ditinggalkan tetapi membiarkan isteri dan anak mereka keluar dari rumah tanpa MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA. Isteri pula menjawab, memang bidang tugasnya untuk bergaya dengan dandanan rambut yang menarik dan berkebaya ketat sampaikan Si Lembu yang meragut rumput di tepi jalan pun boleh terangsang. Suami yang ranggi jangan ceritalah.!

Berapa ramaikan lelaki dayus yang tak mampu bertegas dengan isteri mereka sendiri.? Sanggup mereka pikul dosa-dosa dari Allah semata-mata memenuhi nafsu isterinya yang mahu melaram menayangkan aurat-auratnya. Suami buat apa? Suami senyap sahaja kononnya isteri mereka BELUM SAMPAI SERU lagi…!

SERU DAH LAMA SAMPAI DALAM AL-QURAN. Cuma sengaja mereka tak mahu membaca seruan yang telah diturunkan lebih 1400 tahun lalu lagi. Inilah Abal Hakam yang dah hilang hukumnya dan itulah juga SUAMI DAYUS. Padahal MAHAR paling utama dari seorang suami ialah al-Quran itu sendiri, itulah seruannya.

Itu belum lagi masuk isu si DAYUS yang melihat saja anak gadisnya balik lewat, kadang tu tak balik lansung, siap terserampak anak daranya di GONGGONG Mat Rempit lagi. Semuanya nak harapkan isteri yang memang jika suami sudah begitu, pastinya kekentalan iman isteri pun jauh lagi lemahnya. Tau tau video lucah anak bersepah di internet. Bayi anak tersumbat di lubang tandas.

ABAL HAKAM PERLU BERHATI KERING

Abal Hakam itu satu tanggungjawab, dan sebagai Abal Hakam kita mesti berhati kering. Jika tidak, kita akan selalulah kalah dengan pujuk rayu dan berkompromi dengan kebejatan di hadapan mata di kalangan isteri dan anak-anak. Lihat bagaimana ayahanda kepada Sultan Mehmet al-Fateh melayan baginda sewaktu kecil? Bagaimana seorang ahli istana kena hidup sengsara dulu atas matalamat pendidikan dan membina jatidiri sehingga mampu memimpin tentera untuk menawan Constantinople pada umur 18 tahun. Lihat bagaimana Sulaiman a.s. yang ikut Nabi Daud a.s. perang sejak kecil sehingga mampu memimpin pada umur 9 tahun.

Nabi Ibrahim tu hati keringlah tu sampai boleh dapat anak seorang nabi. Mahu tidaknya, dahlah baginda berhati kering tinggalkan Siti Hajar bersama Ismail yang masih kecil di padang pasir, tiba-tiba kembali semula selepas Ismail A.S sudah besar hanya untuk menyembelih anaknya (peristiwa Qurban). Datang lagi suruh pula Ismail ceraikan isterinya. Tapi semua itu anak dan isteri baginda patuh saja, mengapa?

Itulah contoh dari Ayahanda utama agama kita Nabi Ibrahim. ‘No favour no fear’ jika bercakap soal hukum dan prinsip dalam melaksanakan titah Allah. Nauzubillah, banyak kan sudut yang menunjukkan kedayusan seorang suami? Tak mencium bau syurga untuk lelaki-lelaki dayus ini. Neraka dunia, ‘the living hell” pun dah jelas hasil dayus.

ABAL HAKAM TAK MENGHUKUM DAN TAK MENGHUDUD

HUDUD dalam bahasa Arab bermaksud BATAS. Seorang suami perlu mengenalkan batas- batas ‘boundaries & limitation’ kepada isteri dan anak-anak mereka.

Masalahnya suami sendiri pun tak endah langsung tentang halal haram, tentang kerja dan gaji. Tanpa batasan ini anak-anak akan terbiar dan brutal. Isteri pula boleh main cilok-cilok bertemu janji malah melakukan “projek maksiat” lagi bersama rakan pejabat, pelanggan mahupun majikan. Apa nak ditakutkan? Asalkan makan dan pakai cukup, yang lain semuanya OK sahaja. Berapa ramaikah antara kita sudahpun memperkenalkan had-had atau hudud ini dari rumahtangga lagi?

HATI-HATI DENGAN SUAMI YANG ROMANTIK.! Tambahan jika ia berlaku dengan sekali sekala atau tiba-tiba. Biasanya ada udang sebalik batu. Kajian kami mendapati, KEBANYAKAN suami yang tiba-tiba berubah menjadi penyayang mungkin memiliki affair atau ada masalah lain di luar. Samalah juga dengan perangai anak yang tetiba buang tabiat begini. Adalah salah buat dia di mana mana. Romantik mereka kepada isteri mereka itu menjadi satu ketenangan pada diri beliau sendiri, atau nak senangkan hati isteri supaya tidak ganggu projek mereka. Sayang-sayang cik abang sayang, baiknya abang tolong potong bawang, rupanya dah ada cawangan sayang baru cik abang…!

Apa yang kita mahu jarang sama dengan apa yang Allah mahukan. Allah beri apa yang kita perlukan melalui aturannya. Kita hari ini memilih untuk ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian hanya kerana kita ikut apa yang kita suka sahaja, bukan apa yang kita PERLU.

KESEMUA PERKATA DI ATAS PUNCA GEJALA QUEEN CONTROL

Apabila seorang wanita sudah turun menyingsing lengan dan mendapat pendapatan lebih dari suaminya, wajarnya isteri akan mula menjadi dominan dan itulah QUEEN CONTROL. Apabila queen control berlaku, nasib suami dan juga anak tergantung atas budi bicara isteri. Itu sangat dayus.

Deduksinya, cubalah kembali kepada fitrah yang LELAKI mampu menjadi suami yang berprinsip Islam dan berpendirian. Sang Isteri pula terus menerus mencari jalan mendidik anak menjadi yang terbaik. Barulah ‘output’nya nanti merupakan anak-anak yang terhebat melangkaui generasi. InsyaAllah.

Ini hanya cetusan dan perkongsian, bukan ketetapan. NAK CARI KETETAPAN, RUJUK ALQURAN. Jika anda rasa baik, sila pakai, jika tidak, anda bebas ikut cara sendiri, syurga neraka itu hasil kerjabuat kita sendiri.

Hidup ini hanya sekali. Jika boleh sekali kawin kami tak mahu kawin lagi dan lagi dan lagi selagi isteri pertama kami hidup lagi. Kami malu dengan tok kadhi dan anak isteri kami. Kami sendiri nak cuba ikut cara Allah dan Rasul sepenuh penuhnya kerana kami ingin sangat merasai nikmat yang mereka telah rasai.

Cetusan
WARGA PRIHATIN

Tid Bit Parenting 13 : Bedung Budaya Yang Dilupakan. Asas Hudud Bagi Bayi

BEDUNGOrang tua-tua dulu-dulu memberi nasihat kepada ibu-ibu muda jika tidak membedung anak akan mejadikan anak kengkang jalannya. Tapi pada hakikatnaya membedung itu mempunyai Kelebihan yang tersendiri dari segi pendidikan jika kita tahu kebaikan dan kelebihanya. Jika mereka kengkang secara fiziklal saja tak apa. Tetapi yang paling kita takuti ialah kengkang juga rohani atau akhlaknya.

Dewasa ini kebanyakan bayi yang baru lahir oleh ibubapa moden menggunakan cara yang ringkas. Umpamanya apabila anak dilahirkan terus sahaja dipakaikan lampin pakai buang. Maklumlah zaman sudah berubah dan cara kehidupan juga berubah.

Apa yang kami ingin nampakkan di sini adalah peri penting untuk meneruskan kesinambungan budaya membedung bayi yang baru lahir. Tahukah anda bahawa bayi tidak mempunyai penglihatan semasa dilahirkan? Walaupun matanya kita lihat seperti celik, yang ada pada bayi tersebut hanyalah pendengaran.

Al Quran sendiri menjelaskan fenomena ini dalam surah 16. An Nahl 78. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”.

Begitulah asal perkembangan manusia, lahir hanya berbekalkan pendengaran, selepas kira-kira 3 bulan barulah bayi dapat pengelihatan. Hati bayi pula mula berfungsi apabila mereka mula mampu berkata-kata. Itulah tanda perkembangan hidup kita. Untuk para ibu sekelian bayi-bayi yang baru dilahirkan ada baiknya kita “bedung” mereka.

Ada juga ibu-ibu moden mengatakan tak sesuai untuk membedung bayi dengan alasan bayi panas, ganggu pergerakan motorik anggota dan perkembangan otak dan bermacam-macam lagi. Ingin kami kongsikan “significance” membedung bayi terhadap perkembangan jasad dan sahsiah bayi itu sendiri.

Di dalam rahim ibu, bayi terlindung sepenuhnya, hidup dalam keadaan aman tanpa gangguan bunyi dan cahaya. Oleh kerana bayi tidak dapat melihat sebaik dilahirkan, maka hanya deria pendengaran dan sedikit deria rasa saja yang ia ada. Ini akan membuatkan bayi “over-react” pada bunyi dan sentuhan. Ini membuatkan bayi terlalu sensitif dengan ransangan bunyi dan sentuhan itu dan mudah terkejut dan terganggu, khususnya waktu tidur. Tanpa ketenangan itu proses kematangan tisu dan otak akan terganggu.

Sebagaimana bayi perlu tidur yang cukup. Begitulah juga kesinambungan anggota yang perlu ditenangkan untuk memberi peluang kematangan sel-sel otak dan anggota untuk matang. Kejutan demi kejutan akan menyebabkan bayi terganggu bukan saja fizikalnya, malah perkembangan otaknya. Selain itu, tidak kurang bayi yang gagal mengawal tangan dan jari sehingga tanpa sedar melukakan mulut, mata, hidung dan telinga mereka.

Ini agak berbeza dengan pandangan sesetengah ibu moden yang mengatakan membedung akan mengganggu perkembangan bayi.

Cuba perhatikan. Bagi mereka yang terlewat membedung bayi, akan dapat melihat tindakbalas bayi berupa protes terhadap bedungan pada hari pertama. Tangan atau kaki sukar untuk diluruskan. Secara psikologi pula, tujuan bayi yang baru dilahirkan dibedung adalah untuk membiasakan anak itu dari awal lagi tentang unsur-unsur batas. Itulah pengenalan tentang “rule and regulation, boundary and limitation” asas hudud dalam pengurusan bayi.

SAMPAI BILA HARUS DI BEDUNG?

Ada yang menganjurkan maksima 1 bulan, ada yang kata sampai 3 bulan, bagi sesetengah orang lama ada yang menganjurkan sehingga 6-8 bulan, mungkin itu agak terlalu lama. Bagi kami ia harus berdasarkan konsep “apply to effect”.

Masih ingat Hadis nabi yang menganjurkan pendidikan 100 tahun sebelum kelahiran bayi? Yang menganjurkan pendidikan itu dari lahir hingga ke liang lahad? Mari kita pelajari lagi.

Pelbagai reaksi berupa protes dari kalangan ibu muda banyak berlaku dalam hal bedung ini. Tidak kurang yang bergaduh sampai mengeluarkan kata kesat, ini anak aku, aku yang mengandung, ikut aku lah apa aku nak buat.!

Ingatlah wahai ibu muda sekalian, walaupun ia sekadar satu ‘kata hati’ yang tidak diluah, ia tetap dapat dibaca oleh orang tua kita yang sudah banyak makan garam, cukup masak dengan tabiat body language kita. Jika sampai mereka ‘terasa hati’ apatah lagi sampai menitiskan air mata, maka kita sudah jadi derhaka yang tidak akan cium bau syurga. “What goes around comes around” TUNGGU PULA GILIRAN KITA BILA ANAK SENDIRI BESAR NANTI. Bagaimana ianya berlaku?

Bayi yang baru lahir hanya belajar melalui bunyi dan sentuhan. Jika anda marah atau tention maka suara anda berbeza, nadi anda berbeza, otot anda akan kejang (stiff). Bayi sangat sensitif. Ini akan membina sahsiah awal bayi anda secara negetif juga. Ia menjadi pendidikan melalui ‘body language’ dan system saraf anda yang memberikan hasil negetif sehingga jangka panjang.

Tahukah Anda kenapa ular, kucing, anjing garang pun jarang mencederakan bayi? Ini kerana hati mereka bersih ibarat kain putih. Mereka tidak kenal musuh dan tidak bermusuh dengan haiwan itu. Oleh itu mereka tenang dan tidak mengancam haiwan tersebut, walaupun baby duduk atau pijak atas kucing itu sekalipun, tetap tidak akan dicederakan. Anjing yang sama akan menerkam sebelum kita dekati lagi, kerana kita ada reaksi negetif yang dikesan getarannya oleh mereka.

Balik kepada bedung, Kajian kami merumus dan mencadangkan ia di buat mengikut kondisi. Di sini perlunya iqra’ atau membaca keadaan. Selain dari membuatkan anak merasa aman untuk tidur tanpa masalah kejutan yang berbagai-bagai, bedung juga mengawal ronta dan mengeliat yang berlebihan. Ini juga memudahkan kita mendokong anak. Oleh itu bedungan harus mengikut perkembangan jasad anak anda. Yang penting bayi anda harus dapat merasakan kongkongan bedung itu setelah pergerakan motor anggotanya mulai aktif. Wajarnya antara sekitar 2-4 bulan, di mana pegerakan motor mula aktif, teruskan mengongkong pergerakan itu seketika lagi.

BEDUNGAN MUHTASYABIHAT?

Ini yang paling penting. Selepas melepaskan bedungan jasmani. Teruskanlah dengan bedungan rohani. Selepas kira-kira 3 bulan anak kita sudah boleh melihat dan berinteraksi mata dengan jelas dan pasti. Waktu ini anak sudah kenal ibu, bapa, susu, makanan dan sebagainya. Teruskan dengan bedungan suara, tangan, kerusi roda, buaian dan lain-lain untuk menyekat kebebasan pergerakan bayi. Jika kita mahu anak kita patuh, jangan kita tunjukkan kedegilan kita terhadap orang tua dan suami depan mereka. Jangan sentuh anak dengan kasar tanpa sebab, jangan sering meninggi suara depan mereka. Anak akan copy dengan cepat sekali.

INILAH ASAS HUDUD YANG SEBENAR, DARI PERINGKAT BAYI DALAM KELUARGA ISLAM.

Jika tidak kita bedung rohani mereka dari perkara-perkara negatif, nanti apabila mereka sudah remaja dan dewasa, mereka tak mampu kita bendung lagi. Mereka akan memberontak kerana kongkongan (bedung) baru nak dilaksanakan hanya selepas mereka mampu melawan.

Amalkan bedung sejak bayi, ketika mereka tak mampu melawan dan hanya menurut sahaja sehingga mereka biasa dengan kongkongan itu. Pada sudut kerohanian pula, Jika anak dari kecil sudah dibedung / dikongkong rohaninya, contohnya dari berkeliaran membuat kerosakan, pasti setelah bedung mereka dibuka, iaitu semasa mereka telah akil baligh nanti, mereka boleh bawa diri, di asrama dan universiti contohnya, tidak perlu kita kongkong dan pantau sangat lagi. Insyaallah mereka MAMPU MEMBEDUNG dan MENGONGKONG diri mereka dengan aturan ala ‘bedung’ yang telah kita biasakan mereka sejak awal melalui akal dan disiplin yang diterapkan.

Ibu-ibu Prihatin mengambil langkah berundur ke belakang. Kami tidak menolak untuk membedung bayi sejak hari pertama anak-anak dilahirkan. Anda bagaimana?

Kudap-kudap
dari Ibu-ibu
WARGA PRIHATIN

 

Parenting Tips 12 : Cemburu Anak

CEMBURU
TIPS PARENTING PRIHATIN 12 : CEMBURU

Cemburu tanda kita sayang atau “caring”. Cemburu yang ada asas, bukan yang membabi buta akan dapat menyelamatkan banyak keadaan daripada menjadi ‘out of control’.

Bila disebut tentang CEMBURU, Lazimnya masyarakat kita terbayanglah kisah isteri cemburukan suami yang pakai wangian dan bersiap sekacak mungkin ketempat kerja. Pakwe yang cuba hubungi makwe malam-malam, telefon bimbit ‘busy’ sentiasa.

Kurang sekali kita bincangkan sikap cemburu seorang ibu kepada anaknya. Jika adapun, segelintirnya seperti yang sering kita tonton dikaca televisyen dalam slot akasia, slot samarinda iaitu kisah ibu yang cemburukan menantu. Itu pun sebab bimbang menantu mengambil alih peranannya dan kasih sayang anaknya beralih arah.

Pernahkah kita terdetik untuk mencemburui anak kita yang baru seusia 10 tahun? Yang baru nak menjengah alam remaja?. Dunia sekarang, anak seusia 6 tahun pun sudah pandai dan memandai. Tak perlu tunggu usia mereka menjangkau 13 tahun. Kes-kes yang dirujuk kepada kami menunjukkan anak darjah 1 sudah banyak yang melihat sendiri video lucah, malah melihat abang dan kakak melakukan hubungan seks…!!!

DUNIA TANPA SEMPADAN? BINA SATU UNTUK ANAK KITA

Dunia tanpa sempadan kini membuatkan kita sebagai ibu bapa terpaksa membina sempadan-sempadan dan halangan-halangan. Inilah konsep HUDUD dalam rumah. Kadang-kadang kita pula yang terpaksa keluar sempadan untuk berada dihadapan anak kita.

Sifat cemburu inilah yang membuatkan kita melangkah kehadapan lebih daripada anak. Dunia zaman moden dan IT ini membuatkan bukan setakat selangkah malah berpuluh-puluh langkah lagi kita kena berada jauh 100 TAHUN di hadapan. Ini bukan pepatah bapak kencing berdiri, anak kencing berlari tau… “Ini pepatah anak dapat diploma, ibu bapa kena ambil Ijazah”!. Tidak boleh dibiarkan “Anak digital ibubapa analog”. Mesti cemburu pada anak.

Bayangkanlah, anak sekarang masuk sahaja sekolah menengah sudah diberikan telefon bimbit dan komputer riba yang canggih, yang ada camera, yang ada laman sesawang. Tup..tup.. anak kita yang tadinya berada di dalam bilik di Taman ABC sudahpun boleh berada di Negeri XYZ.! Maaf cakap, sudahpun beraksi seksa seksi. Sikap tidak `cemburu’, `biarkanlah’ dan ‘tidak apa’, mengizinkan anak kita diratah di dalam jagaan sendiri. Kononnya mereka sedang mentelaah, nak exam dah.. “ memangpun! mereka sedang mentelaah, tapi dimentelaah dek jantan liar’. Habis setiap inci tubuh mereka sudahpun dikaji melalui webcam!”. ini hanya satu contoh, banyak lagi contoh jika nak dicoretkan.

JANGAN JAGA TEPI KAIN MEREKA?

Memangpun kita sebagai ibu bapa wajib lagi fardu sentiasa menyibuk dan sentiasa menjaga tepi kain anak-anak kita. Kalau kita tidak tolong jaga, nanti DISELAK pula. Anak-anak LAHIR TAK TAHU APA-APA (JAHIL). Allah suruh jaga tepi kain mereka sampai umur 40 tahun. Tapi macamana kita nak jaga jika kain sebahgian kita sendiri selalu terselak?

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” QS: 16. An Nahl 78.

Jahil memang cenderung ke haluan kiri, haluan neraka. Mereka mudah diperdaya dan mudah memperdaya. Itu belum lagi sukarnya kita nak menjaga pakaian, tingkah laku, aktiviti, pergaulan mereka di depan mata. Pokoknya jika kita sayangkan mereka kita sentiasalah cemburukan apa yang mereka lakukan. Sentiasalah tanamkan dalam hati “apakah yang sedang anak aku buat?, apa yang ada dalam beg sekolah mereka?, apa yang mereka baca?, apa yang mereka tulis?, apa yang mereka bincangkan? dan banyak lagi.

Janganlah bimbang dikatakan kolot. Dengan anak pun nak cemburu?. Bila kita cemburu, itu tanda kita sayang dan bimbang akan kehilangan seseorang yang kita sayangi. Cemburu, bila diletakkan pada tempatnya dapat mendorong seseorang itu untuk menghargai dan melindungi hubungan dan insan yang disayangi itu. Cemburu memberi manfaat kerana ia dapat membuka mata kita terhadap sesuatu yang masih berada di dalam tanggungjawab kita supaya ia tidak akan hilang dari kita sebelum waktunya.

Bila hilang rasa cemburu mulalah timbul sikap ketidakpedulian pada anak dan keluarga. Mulalah membiarkan segala perilaku dan penampilan serta aktiviti mereka tanpa kawalan. Semua berdalih konon saling mempercayai meskipun realitinya bakal mengundang fitnah dan indikasi negatif serta membuka peluang penodaan, kepincangan dan kemaksiatan.

Pasangan yang saling cemburu sanggup menghabiskan wang ringgit, mengupah risik untuk mengetahui tentang pasangannya, malah ada yang sampai ke tahap membunuh secara batil. Cemburu atas dasar kebenaran dan tanggungjawab merupakan dasar perjuangan “amar ma’ruf nahi munkar”. Apabila tidak terbit sikap cemburu dalam hati seseorang yang beriman, maka sudah pasti tidak akan ada dorongan untuk memperjuangkan amar ma’ruf nahi munkar padanya, yang dimulai dari sekecil-kecil perkara untuk diri dan keluarga.

Terlalu banyak firman dan hadis yang merujuk soal kaitan kepimpinan ibu bapa dan cemburu ini. Ringkasnya, “lelaki itu pemimpin keluarga”. Selaku pemimpin kita bakal ditanya tentang orang yang kita pimpin. Lelaki yang tidak cemburu terhadap ahli keluarganya dikatakan LELAKI DAYUS.

Si DAYUS haram mencium bau syurga, samada di dunia maupun di akhirat. Neraka di dunia ini menjadi tiket untuk neraka yang satu lagi! Bagaimana? lelaki dayus akan berakhir dengan longgokan laporan polis di tangan kerana isteri berselengkoh, anak gadis di bawa lari teman lelaki, nak tukar agama atau tak mau balik lagi. Tidakpun habis duit mereka bayar denda dan kos mahkamah, anak ditangkap mengedar dadah atau pecah rumah, merogol dan memukul. Semua berpunca kerana tidak cemburu untuk mencegah lebih awal.

Ada hadis yang berbunyi: “Orang-orang mukmin itu pencemburu dan Allah lebih pencemburu.” (HR. Muslim).

Lihat!.. Allah juga sangat cemburu kepada kita. Jangankan berzina, mendekat diri kepada zina saja Allah sudah larang. Jangan kata ingkar, berkawan dengan syaitan pun sudah Allah tegah. Mengapa? Itu kerana ALLAH SAYANG KITA.

Masalah kita adalah “kita tidak tahu kita bermasalah”. “Kita tidak mampu menjuhi syaitan kerana kita sendiri tidak kenal syaitan”. Jadi sila baca bersama artikel “mengenal tanda” dan lain-lain Parenting Tips sebelum ini.

Kudap Kudap
dari Ibu-ibu
WARGA PRIHATIN

http://prihatin.net.my/2013/08/12/mengenali-tanda-mencegah-gejala/.

 

Tips Parenting Prihatin 9: Tangani masalah anak “On the spot”!

salam

Setiap anak pasti akan melakukan kesilapan dan kenakalan. Anak yang besar, anak yang kecil, sama sahaja. Cuma bentuk kenakalan dan kesalahan mereka sahaja yang berbeza. Kali ini kami bawakan satu parenting tips yang mudah dan sesuai untuk menangani anak-anak kecil yang nakal.

Sebaik sahaja kita berjaya menangkap anak kita melakukan kesilapan, apa yang kita perlu buat? Tegur on the spot! Ini adalah mekanisma mendidik anak tentang “do and don’t s” dan “damage control”. Ia mengajar anak tentang “rules and regulations, boundary and limitation” sejak bayi lagi.

Mari kita lihat contoh ini.

Kita lihat anak kita yang berumur tiga tahun mencubit adiknya yang masih kecil. Apa yang perlu dibuat? Terus tegur dan hukum mereka? ataupun tunggu ayahnya balik dan kemudian laporkan kepada ayahnya untuk diambil tindakan?

Tindakan pertama akan segera menghentikan perlakuan mencubit adik itu, dan memberikan mesej kepada anak bahawa apa yang dilakukannya itu salah. Tindakan kedua akan menghimpunkan kesemua kesalahan anak yang telah dihukum pada hari itu, dan ditegur/dihukum kesemuanya pada malam hari.

Anak-anak kecil terutamanya yang belum bersekolah banyak melakukan kesilapan dan kenakalan setiap hari. Ini disebabkan oleh sifat mereka yang suka mencuba, suka mengikut-ikut apa yang mereka lihat, serta masih tidak tahu lagi mana yang betul dan mana yang salah. Ada yang mereka lakukan itu baik, dan pasti juga ada banyak yang salah. Selain itu, memang sifat anak-anak kecil ini tidak mampu untuk mengingati kesemua yang mereka lakukan untuk satu tempoh masa yang panjang. Mereka juga masih keliru dengan masa.

Oleh itu, setiap kali kita mendapati anak kita melakukan sesuatu kesalahan, maka perlulah kita menegur mereka pada ketika itu juga, ketika ditangkap melakukan kesalahan tersebut. Jika kesalahan itu besar atau berulang dan perlu dihukum, hukumlah mereka pada ketika itu juga. Rotan, ketuk ketampi, time frame, atau apa-apa hukuman yang bersesuaian. Berbanding dengan menghimpunkan kesemua kesalahan yang mereka telah lakukan dalam tempoh sehari, dan dinasihati/dihukum pada penghujung hari, kaedah ini adalah kurang berkesan berbanding tegur on the spot. Mengapa?

Pertama, daya ingatan anak-anak. Jika ditegur dan dihukum on the spot, mereka masih ingat lagi dengan jelas apa yang telah mereka lakukan. Pada waktu itu juga mereka tahu apa yang telah dibuat itu salah. Mereka mungkin telah pun lupa pada apa yang telah mereka lakukan jika tidak ditegur “on the spot”.

Kedua, terlalu banyak perkara yang telah mereka lakukan dalam satu-satu hari. Setelah ditegur/dihukum on the spot, mereka akan tahu untuk kesilapan yang mana mereka ditegur/dihukum. Sebaliknya, mereka akan keliru dan mungkin tidak tahu daripada banyak perkara yang telah mereka lakukan pada hari tu, atas kesalahan manakah mereka ditegur dan dihukum itu. Itu tidak termasuk kerusakan dan kerugian akibat kenakalan mereka yang juga bertimbun. Ingat, biasanya satu kesalahan yang kita tangkap “right handed” ada 10 lagi yang tidak kita ketahui.

Ketiga, dengan menegur on the spot, mereka akan segera menghentikan kesalahan yang telah mereka lakukan itu dan tidak mengulanginya lagi. Penting untuk menghentikannya segera berbanding dengan menghentikan sesuatu yang telah terbiasa kerana telah berulang kali dilakukan.

Hari ini ramai ibu bapa moden sudah lupa mendidik anak melalui pencegahan (hudud). Depan ibu bapa, depan tetamu anak boleh panjat atas meja, ramas kuih dan tembikai yang dihidang pada tetamu. Berlari-lari depan orang tua tanpa adab, salam orang tua tanpa tunduk, malah tarik tangan orang tua sampai nak tersungkur. Bagi kami itu sudah masalah berat. Hasilnya ramai anak muda kini SUKAR DITEGUR.

Warga Prihatin mendapati habit ini boleh mendisplinkan anak. Ia mengurangkan kerusakan dan kecederaan. Yang penting mengurangkan KEDEGILAN anak. Marilah kita sama-sama menegur anak kita ON THE SPOT setiap kali kita nampak mereka melakukan kesalahan.

Kudap kudap
IBU PRIHATIN