Category Archives: ARTIKEL AGAMA

image_pdf

Wirid 3 : Solidariti & Uniti


Sepanjang pemerhatian kami terhadap Orang Melayu di luar negara, bilangan mereka tidak ramai tetapi yang baiknya ialah mereka menyatu tanpa mengira fahaman politik mereka. Ini semua berlaku kerana bilangan mereka yang kecil dan mereka rasa bersatu akan membuatkan mereka semua menjadi kuat. Ada KEPERLUAN untuk menyatu KITA MEMANG MAMPU BERSATU. Ini terzahir bagaimana komuniti Melayu yang sangat bersatu di Cheetam Hill, Manchester, juga di Dublin, Southampton dan tak kurang juga di Newcastle yang sangat bersatu walaupun warna mereka ada yang “hijau” ada juga yang “merah”.

Begitu juga dengan Orang Cina yang datang sahaja ke Malaysia terus bernaung di bawah “Kongsi” seperti dahulu yang terkenal seperti Kapitan Yap Ah Loy, Gee Hin & Hai San. Sekarang pun masih banyak kongsi-kongsi mereka dalam bentuk persatuan yang betul-betul bersatu.

Lain halnya dengan persatuan Melayu yang lebih banyak dari persatuan Cina tetapi kadangkala ia tidak bersandar langsung pada matlamat asal yang sangat baik. Yang ahli ASYIK nak cuba jadi Presiden supaya nanti ada kapasiti untuk jadi calon pilihanraya ataupun mendapat gelaran “Datuk”. Kemudian, sunyilah persatuan sehingga AGM yang satu lagi. Banyak meeting dan banyak politik tetapi kerja tak berjalan, misi tidak tercapai seperti dah jadi sebati dengan persatuan Melayu yang beragama Islam. Kalau tak puas hati tak dapat kuasa atau pendapat ditolak…BUKA LAGI PERSATUAN BARU. Nama sahaja PERSATUAN baru tetapi persatuan itu memecahkan persatuan lama kepada dua. Kelak ada juga orang yang keluar dari persatuan baru itu lalu membentuk persatuan baru dan baru dan baru dan baru. Hilang terus solidariti kita dan tak perlu nak salahkan orang lain.

Bagi kaum Cina, bukanlah kerana mereka kuat, tetapi Cina MASIH BERSATU walaupun sudah sampai ke peringkat mereka sangat kuat dari segi ekonomi, akademik, teknologi dan sebagainya. Sedikit yang menyatu lebih baik dari RAMAI yang berpecah-pecah. Apa lagi jika Orang Cina sangat bersatu dan mereka juga kuat sementara orang Melayu masih ada golongan yang berpecah. Ada yang PAS, ada PKR, ada juga UMNO. Sedangkan Orang Cina, jika dah “Kongsi” sepakat PRU kali ini kita sokong MCA, maka solid juga sokongan mereka kepada MCA. Jika PRU kali ini “Kongsi” telah sepakat memilih DAP maka solid juga perubahan mereka terhadap DAP. Itu tak masuk lagi cerita antara kongsi dengan kongsi bertemu dan BERPAKAT. Itulah yang jadi ‘Tsunami Cina’ walaupun anda perhatikan calon pilihanraya mereka tidak berceramah sangat pun seperti calon Melayu.

Orang Melayu masih lagi berfirkah-firkah (berpecah). Semua pijak memijak, kutuk mengutuk, saling menfitnah nak jatuhkan ‘seseorang’ supaya mereka boleh NAIK. Bukankah baik jika bersatu dan bersepakat. Kita ini, sudahlah ekonomi lemah kemudian taknak bersatu pula tu. Sampai bila Islam mampu dihormati jika penggalangnya semua masuk kategori ‘loser’. Loser disebabkan berpecah dan tidak solid.

Banyak lagi kes yang lain kalau nak dipetik jadi contoh.

Orang Yahudi contohnya, bukannya kuat sangat, sedikit saja bilangan mereka, itupun baki-baki yang tidak Adolf Hitler bunuh semasa Holocaust dahulu. TETAPI mereka sangat bersatu, sedangkan Palestin masih lagi nak berpecah dengan Fatahnya dan juga Hamasnya.

Di Mesir, mudah sahaja Barat nak takluk negara yang tersenarai antara yang mempunyai kekuatan ketenteraan terbaik dunia. Mereka kucar kacirkan kesatuan ummatnya, lalu mereka memasukkan campurtangan mereka dan melantik pemimpin kesukaan mereka yang mampu ikut telunjuk.

Sejarah Perang Badar juga orang Musyrikin kalah kerana ada 1000 lebih tentera tetapi tidak bersatu berbanding solidnya 313 orang tentera Rasulallah Muhammad SAW. Takkan lah kita masih tak Nampak kepentingan menyatu tanpa mengira ideologi politik.

Ayuh ketepikan segala perselisihan. Orang Melayu patut bersatu atas nama Islam. Bagi yang kata parti A itu sesat dan lebih kafir dari orang agama lain tu perlu ingat-ingatkan juga, shahadah mereka masih laku dan mereka masih patut dibantu keIslamannya. Bagi yang kata Parti B ni kolot dan tidak sesuai pendekatan Islam untuk negara demokrasi, negara moden, bawa-bawalah berunding untuk dilihat dari sudut manakah penyatuan boleh dipateri kukuh. Yang Parti C memperjuangkan keadilan atas seorang ikon individu, belajarlah memafkan kerana semua musuh-musuh politik kamu masih belum “syirik” lagi. Mereka berhak dapat pengampunan jika pun benar mereka bersalah.

Jika anda ikhlas ingin berjuang, tebaslah keinginan untuk jadi pemimpin, agar pendapat, nasihat anda kepada sesiapa saja yang anda lihat buruk kepimpinannya dapat diterima pakai. Bersyukurlah kerana ada insan lain yang sanggup menggalas amanah berat memimpin. Gesaan TURUN.. TURUN.. JATUH JATUH.. LETAK JAWATAN.. TUMBANG TUMBANG… akan semakin menambah ketegangan sesama kita.

Sebaliknya, siapa yang dinaikkan menjadi pemimpin pula, wajibkanlah diri mengikuti nasihat dan pandangan yang ikhlas. Jangan jadikan kepemimpinan satu veto individu, sebaliknya pimpinlah melalui praktik syuro bainahum (meeting dan secara kolektif, bukan semata-mata melaksanakan keputusan peribadi). Cantas juga rasa fanatik menyalahkan orang lain dan kembali melihat ke dalam diri sendiri apakah yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan Islam yang semakin parah kini.

Besatulah agar kita mampu berdiri dan dihormati. Kita MEMANG HEBAT cuma kita tidak bersatu dan tidak solid penyatuannya. Tolak hijau, tolak merah, tolak biru, tolak hitam – mari kita ambil yang putih sahaja.

Suasana Rmaadhan memang panas (sesuai dengan istilah nya “Ramadh = Panas”). Panas itu perlu di siram dengan air (sifat WAHYU itu mengalir seperti air) yang pasti turun dan mengalir bagi kita yang benar-benar berpuasa, berterawih dan berwirid (secara ritual & actualnya) dan aliran wahyu itu dari Al-Quran yang dikaji (iqra) akan menggantikan air-air beku (idea dan ilmu yang buntu) pada malam yang lebih baik dari 1000 bulan atau dipanggil Lailatulqadar. Pokok Bicara kita akan tunduk kepada Pokok Bicara Allah. Bermakna, apa sahaja isu pokok (yang utama) semuanya akan tunduk kepada isu pokok yang utama dari Allah. Dalam konteks ini, pokok bicara Allah mentitahkan penyatuan. Siapa kita nak kata Allah itu salah atau berdalih-dalih lagi tanpa dalil dan nas? Semoga Ramadhan kali ini menjadi nuzul Quran (turun hidayah) dalam cara mengutamakan perpaduan dan mengetepikan perpecahan dan perselisihan. Dengan adanya wahyu (air ) dari Allah yang lama kita biarkan tidak berguna, kita gunakannya dan nescaya tiada satu sentiment amarahpun yang mampu membahang dan membakar kita JIKA kita meletakkan Allah di hadapan.

Alangkah indahnya jika kita dapat pakaian (sistem) persaudaraan yang baru, yang indah bersama Islam di pagi raya ini, saling bermaafan sebagai SEBUAH KELUARGA yang sangat bersaudara dan berkasih sayang. Tolak sistem MERAH, tolak sistem HIJAU, tolak sistem BIRU TUA tetapi hanya berpaksi dengan sistem Allah sahaja sebagai PAKAIAN harian kita. Hiduplah kita bukan berpakaian sistem berbalah tetapi berpakaian sistem yang bersatu dan menguatkan.

Nak merasa cerdik, buanglah rasa pandai yang memandai-mandai. Gunapakailah ILMU ALLAH yang telah dihadiahkan kepada kita (Quran). Nak merasa kekuatan dan keperkasaan Allah? Buang rasa hebat, buang keAKUan, kerana AKU itu milik mutlak Allah, ayuh bersatu sebagai KAMI, cipta saf yang mengumpulkan HAMBA HAMBA (UBUDIAH) ALLAH yang merendah diri sebagai ‘KAMI’. Nescaya Islam akan kuat dan dunia akan turut menikmati RAHMAT keperkasaan Islam itu. INSYAALLAH.

Hanya 1 jalan untuk menjadikan dunia aman tanpa peperangan iaitu menjadikan diri kita orang Islam yang mengikut Islam yang sebenar. Bukan Islam sandar menyandar kepada individu yang masih tidak kita ketahui statusnya ahli neraka ataupun syurga TETAPI Islam yang hakikatnya bersandar pada Allah & Rasulnya.

Hasil wirid terawih
WARGA PRIHATIN

Bersambung….

RUJUKAN (terlalu banyak, kami petik beberapa saja):
Firman Allah dalam surah

42. Asy Syuura 13. “Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama …Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada orang yang kembali (kepada-Nya)”

>>> Boleh tak kita terima bahawa orang yang menolak penyatuan itu akan jatuh Musyrik berdasarkan ayat ini?

3. Ali ‘Imran 103. “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu kamu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”.

>>> sudahkah kita merasa benar benar NIKMAT PERSAUDARAAN itu, jika masih lagi bermusuhan, saling menfitnah dan jatuh menjatuh? janganlah kita tipu diri kita sendiri.

Kami petik juga beberapa Hadis Rasulullah s.a.w.

“..Bersatu adalah rahmat, bercerai berai adalah azab“. (Riwayat Baihaqi)

“..Apabila dua orang muslim berkelahi menggunakan pedang masing-masing, maka si pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka” – Dari Abu Bakrah r.a. (Riwayat Muslim)

Dalam hadith yang lain disebut, “tidak dikalangan kami (bukan umat Nabi) orang yang mengangkat senjata sesama Islam“.

>>> Tariklah nafas, tenangkanlah hati, rehatkan minda (itu hakikat Terawih = rehat), fikir dan sama-sama zikirkan berulang kali.

Salam Nuzul Qur’an buat semua Warga Dunia Yang Prihatin.

Amanah Ramadhan & Puasa Dr. Haji Masjuki, Pengasas RPWP

Kelmarin anak-anak Warga Prihatin dijemput ke sebuah majlis Amal Ramadhan MMU di Cyberjaya. Sebuah bas dan sebuah van dihantar untuk menjemput anak-anak kami.

Keunikan yang ingin kami kongsikan dalam majlis ini ialah,

1. Kesungguhan pihak MMU menjemput kami dengan menghantar wakil di kalangan pegawai tinggi Universiti bertujuan meninjau keadaan rumah dan menjemput secara peribadi.

2. Kesungguhan penyambut tetamu majlis yang menyambut ketibaan dan atur gerak para jemputan, khasnya pihak RPWP di majlis itu.

3. Pengisian majlis yang sangat bermakna. Hadirin disaji dengan majlis ilmu, tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Zaharum Ridzuan (UKM).

4. Kehadiran dan layanan mesra rakyat oleh para pegawai HEP dan Y. Bhg Professor Dato’ Dr. Muhammad Rasat bin Muhammad,Presiden MMU sendiri.

5. Tempat yang ‘humble’ di masjid kampus dan juadah yang sangat sederhana berupa nasi impit, lodeh dan rendang sahaja namun amat enak masakannya. Kata orang jika sajian dirasakan enak, itu tanda keikhlasan ‘penjamu’ yang sangat tinggi.

6. Jumlah sedekah yang ‘amat tinggi’ nilainya pada penilaian RPWP (walaupun mungkin tidak pada penilaian sesetengah pihak, kerana RPWP sudah biasa dengan situasi PUASA dan berjimat cermat).

7. Hubungan silah yang menjalin kasih sayang secara hakiki (silatulrahiim). Sehingga pulangnya kami dihantar semula oleh 3 orang pegawai MMU dari bahagian Hal Ehwal Pelajar, menyambung tinjauan mereka Rumah kami sehingga jam 12 malam.

Biasanya Pengasas RPWP, Dr. Haji Masjuki (Mesra dipanggil “Ayah”) tidak turut serta dalam majlis-majlis sebegini disebabkan kekangan kerja pembangunan di RPWP yang beliau sendiri terpaksa tangani. Walaubagaimanapun, dengan undangan yang sangat berprotokol (beradab), Ayah mencuba sedaya upaya untuk turut hadir juga walaupun terpaksa bergegas pulang selepas habis jamuan serta berterawih bersama co-founder yang lain yang tidak turut serta atas urusan kerja.

Sewaktu melafazkan akad dan membacakan doa sedekah (tradisi Nabi kami teruskan dengan mengakad dan mendoakan semua penyumbang), hadirin kelihatan sebak, bahkan ada yang menitiskan airmata menghayati isikandungan doa yang dibacakan secara spontan itu. Semuga Allah memperkenankan segala doa beliau untuk MMU pada malam itu.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur dan jemaah petugas majlis di MMU itu dari kami semua. Semuga Allah meredhai dan memberkati segala amal baik mereka.

Sewaktu berdipan-dipan selepas bekerja, pengasas RPWP sering mewasiatkan agar semua co-founder meneruskan hakikat PUASA walaupun sudah ada pihak-pihak yang menderma, khasnya di bulan Ramadhan ini. CO-FOUNDERS yang menginfakkan 10% daripada pendapatan bulanan mereka diminta meneruskan amalan itu. Yang mewakafkan diri sebagai sukarelawan sepenuh masa, walaupun tanpa gaji, namun digesa bukan saja meneruskan amalan berjimat cermat, bahkan meneruskan usaha mengembangkan wang sedekah itu melalui perniagaan yang diusahakan oleh RPWP, agar berpanjangan faedah sedekah itu dan lebih ramai insan dapat merasai keberkatannya.

“Jangan amalkan rezki harimau” ujar beliau. Tanggungjawab menanggung kesejahteraan anak-anak ini masih panjang. Sebaiknya kami harus mampu menabung sehingga minima 7 tahun kemarau. Tambahan pula belanja pembangunan rumah yang sedang rancak dijalankan sekarang memerlukan belanja yang sangat besar dan berterusan.

Kami di RPWP ini sangat kenal tabiat makan Ayah (Dr Hj Masjuki), selaku Pengasas dan Pengetua RPWP. Beliau hanya makan setelah merasa lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Selalu juga kami lihat beliau makan hanya SEKALI sahaja sehari.

Setiap hari beliau makan makanan yang sama dengan juadah anak-anak RPWP . Sepinggan (1 tupperware) makan berdua bersama isteri kesayangan beliau Cikgu Shakirah (mesra dipanggil Mak Ibu) sambil beliau meneruskan kerja-kerja ringan, di workstation beliau. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang biasanya Mak Ibu akan MENYUAPKAN makanan kepada Ayah sendiri. Begitulah gambaran mesranya pasangan suami isteri ini. Ini kerana beliau ingin memanfaatkan setiap saat sisa umur beliau untuk kerja kerja kebajikan di RPWP ini dan tidak mahu sesaatpun terbazir.

Soal makan minum anak-anak adalah sentiasa menjadi keutamaan beliau. Sesekali bila kami dapat sedekah makanan, buah-buahan atau ketika ibu-ibu TERKURANG masak, beliau akan tanyakan samada anak-anak dan sahabat co-founder keseluruhannya yang bekerja sudah makan atau belum. Jika belum beliau akan mengutamakan mereka terlebih dahulu.

Bersama gambar ini kami perlihatkan makanan sahur dan buka puasa Ayah. Tupperware itu sudah sekian lama menjadi bekas makanan beliau suami isteri. Tidak ada pinggan porselin mahal dari Italy, tiada juga pinggan kaca yang mewah walaupun anak-anak kami merasai kemewahan Ramadhan bila dijamu berbuka puasa di majlis-majlis di hotel dan sebagainya. itulah juga rupa makanan ‘simple’ beliau sejak 8 tahun kami hidup bersama beliau. Amat terkesan dalam hati kami semua dengan sifat wasato (besederhana) beliau yang asalnya merupakan seorang hartawan dengan perniagaan bernilai jutaan ringgit tetapi pada tahun 2005 telah mewakafkan segala harta yang beliau ada termasuk rumahnya dan dirinya sendiri serta menjalankannya menjadi RPWP sekarang. Subhanallah.

Bila difikir-fikir semula, macam mustahil bagi seorang hartawan yang berada dipuncak kemewahan mahu melabur leburkan kesemua harta kesayangan yang dicari bermati-matian itu dan kembali berlumpur, berselut, bersimen konkrit, bersakit mata membuat kimpalan, bersakit pinggang mengangkat yang berat dan banyak lagi.

Puasa pada hari ini kami kira belum pun sempat terasa betul-betul lapar dah berbuka. Itu kerana sahur sahaja sudah makan dengan sangat banyak. Nikmat puasa itu hadir apabila kita betul-betul merasai KELAPARAN itu. NIKMAT bersedaqah juga apabila kita MEMBERI SEHINGGA TERASA pemberian itu dan kita redhainya. Jika sekadar mengambil baki syilling dalam saku, mungkin sukar untuk memahami perasaan nikmat ini. Sebab itu, beliau bertindak untuk memberikan keseluruhannya kepada RPWP dan nikmat yang beliau rasakan, mungkin sukar untuk diungkap oleh sesiapapun.

Ada pelajaran besar yang ingin kami kongsikan melalui kisah ini. Semoga anda mampu menilai sendiri pelajaran yang terselit dari kisah ini sebagai ISLAH PUASA anda. Semuga kita mampu memahami dan merasai nikmat AMAL SOLEH dalam puasa kita.

Perkongsian oleh
WARGA PRIHATIN
25 Julai 2013

WIRID TERAWIH PART 2 – HAKIKAT ‘AMAL’ RAMADHAN.

DIARI semalam. 6.00 pm kami menghadiri Majlis berbuka Puasa dan Harakah Ramadhan di MMU. Lepas terawih menyambung kerja membuka cetak konkrit dan sambung kerja memasang lantai. Sebahagiannya melayan tetamu yang datang ziarah dan ingin tahu tentang RPWP.

Sementara itu, Ibu-ibu dan anak nisa’ dewasa meneruskan program tadarus seperti biasa.

Tepat 12.50 a.m bersiap untuk sesi dipan-dipan (sembang santai harian) sebelum pulang, tiba-tiba dapat pula panggilan ada 2 lori simen , kapasiti 10 meter padu untuk di curah. Terpaksa tangguhkan sesi dipan-dipan untuk uruskan konkrit. Alhamdulillah 3.35 a.m. PESTA konkrit selesai semuanya.

Sesi dipan-dipan kami teruskan juga kerana itulah hidangan dan minuman harian kami yang paling lazat, itu TONGKAT ALI kami. Selepas berSAHUR masing masing pulang.

Kita sudah terlalu banyak bercakap, banyak berseminar, banyak workshop, forum, ceramah, kertas kerja, thesis, journal, minit mesyuarat bla bla bla. Jika kita susun KERTAS itu semuanya, boleh panjat sampai ke BULAN tak perlu buat ROKET.

Surah 9. At Taubah, 105. Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Surah 39. Az Zumar

39. Katakanlah: “Hai kaumku, bekerjalah sesuai dengan keadaanmu, sesungguhnya aku akan bekerja (juga), maka kelak kamu akan mengetahui,

40. “siapa yang akan mendapat siksa yang menghinakannya dan lagi ditimpa oleh azab yang kekal.”

Tidakkah kita GEMENTAR dengan KENYATAAN Allah dalam Surah 61. Ash Shaff ini,

1. “Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

NAMA & AGAMA ALLAH ini telah dicemari dan dikutuk manusia atasan dan bawahan akibat dari perbuatan kita selaku HAMBA Allah sendiri. Antara sebab Islam dan Allah di benci ialah kerana kita CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Kita memperkatakan tentang SEGALA KEBAIKAN ALLAH & ISLAM tetapi hakikatnya kita tidak berada pada FITRAH ISLAM itu. Kita tidak fitrah lansung. Islam sepatutnya di atas, kita di bawah, Islam bersatu padu, kita bercerai berai bla bla bla…

Jadi, BERDASARKAN ayat di atas, tugas kita sekarang ialah untuk SAMA SAMA MEMBERSIHKAN SEMULA imej Islam yang membawa NAMA Allah ini. MenTASBIHkan ‘NAMA’ Allah. Sila ulang-ulang baca ayat ringkas itu dan renung dalam-dalam.

2. “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?”
3. “Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

KITA MENGUKUR AMAL dengan berapa banyak jumlah sebutan bibir kita membaca, melafaz, mentilawah. Bukan berapa banyak otak kita iqrak, zikir, fikir dan melaksanakan APA YANG KITA KATA dalam zikir qauli (bibir) tadi. Amat berbeza dengan apa yang telah Nabi dan para sahabat uswahkan.

Perbuatan inilah yang membuatkan kita, yang kononnya mengaku hamba Allah, kononnya bakal menempati syurga khas untuk ummat Muhammad, telah DIBENCI dengan SEBESAR-BESAR KEBENCIAN oleh Allah sendiri. Inilah hakikat KEHINAAN kita di mata dunia sekarang ini.

4. “Sesungguhnya Allah menCINTAI orang yang berJUANG dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.”

Bagaimana harus kita elakkan KEBENCIAN ALLAH terhadap kita itu? Bagaimana untuk meraih CINTA SEJATI Allah itu? Susunlah saf, biarpun sedikit. Bersatulah dengan spirit keIslaman, fitrahkanlah ISLAM dengan SALING RAHMAT MERAHMATI & BERKASIH SAYANG.

ALHAMDULILLAH.

Hasil wirid, hasil Dipan-dipan
WARGA PRIHATIN.

WIRID TERAWIH PART 1 – BERAMAL UNTUK PAHALA ATAU REDHA ALLAH?

Salam Ramadhan semua. Kita bertemu lagi tetapi kali ini lebih kepada mewiridkan perkongsian-perkongsian SAINS PUASA yang 8 bahagian keseluruhannya sebelum ini. Bagi yang belum membacanya, bolehlah lurut dari bahagian pertama lagi. Barulah boleh tahu mengapa Ibadat Puasa ini diwajibkan bagi memperkasakan Orang Islam itu sendiri.

Dari Surah An Nisa’ ,122.

Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan saleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya (sebagai balasan amal SOLEH mereka), mereka KEKAL di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah ?

Note : Amal Soleh = AMALAN, tabiat, kerjabuat, yang sentiasa MENGHASILKAN PERUBAHAN KEBAIKAN, bukan sentiasa kekal di takuk lama atau semakin hari semakin teruk (Soleh itu sendiri datang dari kata ISLAH = Perubahan). Dengan AMAL SOLEH, KITA JADI semakin berilmu, semakin FAHAM, semakin tunduk, kasih dan takutkan Allah. itulah HAKIKAT SYURGA. dipenuhi ilmu yang mengalir, tidak beku, tidak jumud, tidak menakung tempat pembiakan jentik-jentik dan nyamuk pembawa ‘demam’ masyarakat ini.

Menurut An-Nisa,123 pula – (Pahala & Balasan amal) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tiada penolong baginya selain dari Allah.

Baru-baru ini kami dengar ceramah seorang ustaz dalam Ceramah Ramadhan di sebuah IPT tempatan. Kata beliau, orang yang bijak akan membuat amal jariah yang banyak pada bulan Ramadhan kerana PAHALA mereka digandakan banyak. Jika hari biasa mereka bersedekah RM10 kita dapat pahala RM10 tapi pada bulan puasa kita beri RM10 kita dapat pahala RM1000 kata ustaz itu.

Waktu iftar, salah seorang dari kami disapa oleh seorang Muallaf dengan soalan begini…

“Allah Maha adil, tetapi kalau bulan-bulan lain anak-anak yatim tak makan kah? bulan-bulan lain tak digalakkan ibadah kah? Nanti orang buat tak tahu sahaja selama 11 bulan dan nak cover semua dalam 1 bulan puasa. Macammana Allah boleh adil?”

Soalan itu, dari seorang muallaf (harap beliau bukan dari jenis yang `masuk Islam’ kerana nak kahwin semata-mata). Kami jawab,

“Masuknya manusia ke dalam syurga dan neraka, BUKANLAH KERANA PAHALA ATAU AMAL, TAPI KERANA REDHA, KASIH SAYANG DAN SIFAT PEMURAH ALLAH SEMATA-MATA”

Antara salahfaham dan stigma masyarakat ialah adakala mereka hanya menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan beramal sedangkan bulan lain TIDAK berbuat apa-apa. Mereka memandang dari sudut itu dan bukannya pada bulan Ramadhan mereka perlu GANDAKAN amal melebihi biasa.

Sebagai pengendali Rumah Pengasih Warga Prihatin (Penempatan Asnaf, Anak Yatim, Pembangunan Akhlak Karimah & Pusat Kajian Sains Kemanusiaan) kami menyaksikan sendiri tumpuan kepada golongan asnaf & yatim ini mendadak pada bulan puasa. Ada rumah-rumah yang dah penuh program jemputan sepanjang bulan sedangkan hari-hari lain mereka hidup seperti tiada yang hirau. Kefasikan dalam menitiskan airmata semasa mengusap rambut anak-anak ini seperti satu tradisi yang meriah pada bulan Ramadhan. Kemudian, 95% mereka tidak anda lihat lagi sehingga sekurang-kurangnya Ramadhan yang satu lagi.

Lalu kami berikan satu approach yang lebih logikal dari segi penjelasannya dengan mengatakan kepada beliau, jika kita seorang anak yang menolong ibu bapa kita…janganlah kita menolong kerana ibu bapa berikan kita upah. Nanti kelak, bila upah tiada, kita akan berhenti menolong mereka sedangkan itu adalah tanggungjawab kita untuk berkhidmat kepada kedua ibu bapa kita (bukan satu kerja “kontrak” berbayar). Analogi yang sama, cuba padankan dengan GANJARAN PAHALA yang Allah janjikan lalu kita mula melakukan sesuatu kerana PAHALA dan bukan kerana ALLAH (lillah) semata-mata.

Berbakti kepada ibu bapa kerana mereka ibu bapa,
Atau berbakti kepada ibu bapa KERANA upah?

Mudahnya, buat kerana Allah akan dapat Pahala.
Buat kerana Pahala tak tentu dapat rahmat & redha Allah….!

Untuk anda wiridkan, zikirkan, fikirkan, agar kebaikan yang dilakukan tidak hanya berhenti pada bulan Ramadhan. Ber’amallah sebagai seorang HAMBA yang merasakan wajib melakukan titah perintah TUANnya, sebagai anak yang merasakan tanggungjawab terhadap IBU BAPA nya.

.. BUKAN SEBAGAI AMALAN SEORANG SAUDAGAR YANG HANYA MENGHARAPKAN LABA PAHALA SEMATA-MATA…

Hasil Iqra’, WIRID terawih
WARGA PRIHATIN

SAINS PUASA PART 8 – BANYAKKAN MEMBACA AL-QUR’AN.

“Memang kita tak setaraf Imam Syafie : satu hari Ramadhan beliau khatam 2 kali. SEBULAN 60 kali” – statement seorang ustaz di wall fb.

Program Fikrah Ramadhan TV 3 pagi ini, ceramah Ramadhan semua para Ustaz dan pelbagai penceramah di masjid, tv, radio, juga status wall dan artikel rakan-rakan di fb dan blog banyak sekali menyebut tabiat Imam Shafi’e yang dikatakan menghabiskan (khatam) al-qur’an sebanyak 2x sehari, 60 kali sepanjang Ramadhan.

Warga Prihatin telah mencuba sedaya upaya ke arah itu dan mendapati ia tidak mampu dilakukan, walaupun kita tidak ‘berhenti membaca’ untuk urusan asas seperti makan minum, memasak, solat fardu, berterawih, bahkan untuk termenung buang air dan tidur sekalipun, yang mana itu menjadi wajib biologi dan diperintahkan Allah dalam al-Qur’an, iaitu minimum tidur 4 jam sehari atas fitrah keperluan biologi tubuh kita. Itu tidak termasuk lagi urusan kerja mencari nafkah, urusan kemasyarakatan, pengurusan jenazah dan fardu kifayah lainnya.

Untuk membenarkan apa yang kami nyatakan mudah saja, anda bukalah mana mana rakaman bacaan al-Qur’an dalam simpanan anda. Bagi kami, bacaan penuh nikmat dan tartil adalah dari Mahmoud Khalil Al Hussary. Tartil Bacaan itu sempat kita hayati maknanya (itupun jika kita mampu menguasai makna secara harfiah). Untuk khatamkan bacaan yang lancar oleh qari itu memerlukan 44 jam.

KESIMPULANNYA, UNTUK KHATAM SEKALI PUN MEMERLUKAN MINIMUM 2 HARI. BAGAIMANA BOLEH JADI 2 KALI SEHARI?

Jadi kami tidaklah silap jika terpaksa menghabiskan lebih lama dari itu sebab kami ini orang jahil dan tidak lancar membaca seperti qari. Lagipun kami didik anak-anak supaya sentiasa cuba hafalkan maknanya semasa membaca, supaya ada penghayatan. Penghayatan yang menghidupkan hati, itulah hasil sebenar yang Allah tuntut dari bacaan itu, bukan syair’nya.

Firman Allah di Surah 36. Yaasiin

69. “Dan Kami tidak mengajarkan syair (al-Qur’an) kepadanya, dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan.”
70. “supaya dia memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya dia perbetulkan (dengan kepastian yang kukuh) perkataan atas orang-orang kafir.”

Untuk di percepatkan bacaannya, menyalahi disiplin membaca yang Allah sarankan pula. Contohnya dalam Surah 75. Al Qiyaamah 16. Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya..

Akhirnya kami TERPAKSA untuk kembali AKUR kepada banyak saranan ALLAH yang ternukil dalam al-Qur’an dan ingin kongsikan hasil iqra’ kami untuk memutuskan kesahihan riwayat terhadap Imam Shafie itu atau samada untuk bertabiat mengikuti uswah itu atau sebaliknya, agar dapat sama sama kita fikirkan. Mungkinkah ada ‘rahsia’ di sebalik itu yang belum kita tahu?

Allah nyatakan bahawa al-qur’an itu mengandungi ‘perkataan’ atau kalam yang berat untuk difikirkan. Oleh itu ia harus dibaca dengan perlahan-lahan dan difikir-fikir berulang-ulang, sehingga kita ‘khatam memikirkan’ dengan tenang ‘setiap ayat’ yang kita baca tadi dengan hasil ‘furqon’ (dapat menentukan kebenaran ayat itu, berprinsip dengan kukuh dengan nya serta mampu menolak fahaman yang salah tentang hidyah Allah itu). Setelah itu, kita mampu memanjangkan mesejnya, sampaikan (silah) ia kepada yang lain sebagai bahan ‘doa’ atau ‘dakwah’ keIslaman kita..

Waktu yang paling tenang dan berkesan membaca al-qur’an merurut Allah pula ialah di malam hari.

Surah 73. Al Muzzammil, Allah berfirman,
4. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.
5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat.
6. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.

Itulah kaedah membaca dengan kaedah iqra’ yang kami rasakan tepat, amat berkesan untuk dapat merasakan getaran roh, agar ‘gementar’ hati dengan bacaan itu dan kita pasrah dan rela untuk melaksanakan apa saja hidayah yang kita perolehi dari bacaan itu keseluruhannya tanpa BANYAK BERTANGGUH DAN BERDALIH.

Ini dinyatakan Allah dalam surah 8. Al Anfaal,

2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila di`sebut’ nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ‘ayat-ayat’Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
3. (yaitu) orang-orang yang (SEGERA) mendirikan shalat dan yang (RELA) menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.

Soalnya, jika kita baca laju-laju kerana nak mengejar khatam bacaan, sempatkah kita menikmati segala hidayah, menyerap hasil zikir dan furqon, termasuk menyediakan minda dan diri untuk melaksanakan apa saja yang kita baca dengan sepenuhnya?

Bagi kami, apabila di sebut saja `nama Allah’, itu adalah Basmallah (dengan nama Allah). Setiap surah di awali dengan Basmallah, maknanya segala ayat selepas Basmallah itu adalah representasi kaedah atau sistem kehidupan berdasarkan NAMA ALLAH itu.

Jadi jika KITA ingin melaksanakan dengan ‘Basmallah (Lillah Billah), apa saja sistem atau kaedah, gaya hidup YANG ALLAH SARANKAN dalam al-Qur’an harus kita guna pakai. Jika tidak, bermakna kita guna NAMA KITA, ikut suka kita, ikut cara kita sahaja. Boleh nampak tak maksud ‘Nama Allah’ tadi?

Jika kita guna nama BOMBA, kita buat ikut disiplin dan tujuan kerja BOMBA, nama POLIS, guna sistem dan urusan POLIS, nama HOSPITAL, guna kaedah dan maksud amal HOSPITAL. Kesemua contoh nama tadi membawa disiplin SISTEM, sarana, maksud yang berbeza. BOMBA urusan api, POLIS urusan jenayah, HOSPITAL urusan rawatan.

Nah jika ikut nama ALLAH, gunalah kaedah dan tujuan amal yang sesuai dengan apa yang Allah MAKSUDKAN, set matlamat, missi dan visi kita sesuai dengan apa yang Allah redo’i melalui segala kerjabuat (amal) dan carakerja sarananNya.

Itulah yang sering dilafaz oleh golongan sufi sebelum memulakan sebarang kerja. “Ilaahi, Anta maksudi, wa ridoka matluubi”.

Itulah sains Basmallah,
“Billah..- dengan Allah” , “Lillah..- untuk Allah”

IQRA’ adalah proses cerapan isi al-Qur’an ke dada manusia. Jika semua itu dalil naqli (ternukil) dari al-qur’an yang kami iqra’ dengan paparan dalil aqli (akal) yang kami ramai-ramai SERING bincangkan bersama. Fikirkan juga sirah dan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam proses iqra’ ini. Ayat 1-5 saja mengambil masa 2 tahun, SEBELUM diturunkan ayat seterusnya. Seberat itu untuk membuatkan Nabi faham, menyerap dan MEYAKINI SEPENUHNYA, sebelum ‘mentilawahkan bacaan sebenar’ hasil IQRA’ itu kepada para sahabat baginda.

Surah 2. Al Baqarah ayat 121. “Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan ‘bacaan yang sebenar’nya, mereka itu beriman (dengan sepenuhnya) kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Surah 29. Al ‘Ankabuut 49. “Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.”

Sains gunaannya ialah, jika kita meletakkan al-Qur’an itu hanya di tulisan, di buku dan di bacaan bibir tanpa kefahaman yang jelas dan sangat meyakinkan, maka kita telah tersalah guna (mungkin menyalahgunakan) al-qur’an. Itu adalah satu keINGKARAN di sisi Allah.

Rasulullah hanya khatam (selesai) sekali seumur hidupnya. Tetapi ‘khatam ‘baginda yang paling BERMAKNA ialah KHATAM lafaz dan MAKSUD KALAM Nya, KHATAM perlaksanaan dan KHATAM penyampaian (di`silah’ kan, dakwahkan kepada seluruh umat baginda) KESELURUHANNYA.

Anda jawablah sendiri soalan ini. Apakah yang bakal mampu MENJAGA (Hafiz) Agama ini?.

Adakah LAFAZ yang kita hafalkan TANPA MEMAHAMI SUATU APA DARINYA itu, yang dengan itu kita TIDAK MAMPU MEMPERBAIKI (ISLAH’KAN) DIRI dan masyarakat dengan mengikuti arahan dari bacaan yang SEHARUSNYA telah kita fahami DENGAN JELAS itu?

Atau hafalan ‘kefahaman dan pelajaran dengan jelas’ yang dengan kefahaman itu kita amat yakin, bersemangat dan sanggup mengatur perlaksanaan kerja harian mengikut kehendak Allah secara kaaffah (menyeluruh)?

Jika paparan hasil iqra’ ini ANDA RASAKAN ADA KEBENARANNYA & boleh memperbaiki kefahaman dan keyaklinan anda terhadap kebenaran dan sains praktikal al-Qur’an dan sistem ISLAM itu, gunakan dan sebarkanlah.

Sabda Rasulullah SAW ;”Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun ia sudah tiada.” (HR. Muslim)

Jika tidak, kami alu-alukan sebarang PEMBETULAN & saranan balas. Atau boleh saja anda abaikan kesemuanya.

Salam kasih dan selamat berPUASA dengan membanyakkan BACAAN (iqra’) al-Qur’an. Semuga kita berjaya mendapatkn LAILATULQADAR Ramadhan ini dan berjaya memakai ‘baju’ (sistem kehidupan) baru yang membuatkan kita kembali fitrah dan bersih hati seperti bayi yang baru lahir di pagi raya Aidilfitri nanti.

Insya-Allah.

Hasil Rumus
WARGA PRIHATIN.

Bersambung …

Lailatulqadar untuk Palestin?


Fitrah yang telah Allah tetapkan untuk Islam itu ialah sejahtera lagi mensejahterakan (Islam dan Taslim). Penuh Rahmat dan mampu merahmatkan seluruh alam (Rahmatan lil-alamiin). Islam adalah Lambang penyatuan dan kekuatan ummah dan jemaah (ummatun wahidah). Fitrah Ummat Islam ialah semakin hari semakin baik, penuh dengan pembaikan (ISLAH & SOLEH)), jauh sekali untuk jadi semakin teruk.

Apabila Palastine, Gaza gagal dipertahankan oleh umat Islam yang sedang berpecah belah, apabila gejala sosial, buang bayi, dadah, arak, judi, zina, rasuah, pengejaran pangkat dan harta, tipu menipu, tindas menindas, perbalahan agama, perpecahan kelompok dan fahaman, penceraian dan perpecahan keluarga, hilangnya kasih sayang sesama manusia, Serenti, penjara, shoping complex, Hendry Gurney, Sure Heboh, konsert, bola sepak dan berbagai-bagai lagi gejala yang semakin berleluasa dan di majoritikan pelakunya oleh umat Islam, maka perkara yang harus kita renung ialah…

SUDAH ISLAM KAH KITA?
MASIH ISLAMKAH KITA?

Setelah kita jawab soalan di atas, renungkan pula adakah apa yang telah diajarkan Rasulullah s.a.w. dengan sempurna dulu telah benar-benar SETIAP diri kita fahami? jika sudah, benar pulakah, bersungguh-sungguh dan sempurnakah strategi praktiknya? atau kita perlu usaha lebih keras mencari di mana silapnya dan segera megembalikan fitrah Islam yang sudah tidak fitrah lagi PENZAHIRANNYA ini…!

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.;

“Akan sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong langit (di bawah kongkongan atasan mereka). Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”. H.R al-Baihaqi

Kata kuncinya ialah, Islam kita sekarang ini agak pelik kerana ia tidak menghasilkan hasil yang fitrah, yang sunnah dari keIslaman itu sendiri. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan praktik keIslaman kita. Mari sama sama kita iqra’ semula.

Manusia jadi hebat bila ditekan, tetapi bagaimana caranya?

BAGAIMANA TEKANAN MENGHASILKAN KEKUATAN.

Applikasi tekanan pada sesuatu dalam cetakan (mould) yang betul seharusnya menghasilkan kekuatan. Jika asas kejadian manusia dari ‘tanah liat’, tentunya tekanan terhadap tanah yang di’basah’kan dengan air (wahyu) saja yang akan terbentuk akibat tekanan dan pembakaran itu. Jika tidak pada cetakan yang betul, atau bahan yang rapuh (seperti tanah liat yang kering) maka tekanan itu akan menyebabkan kemusnahan dan perpecahan.

Kita lihat bagimana Kaum Cina di Malaysia jadi maju. Mereka tiada Amanah Saham bumiputera, Quota Bumiputera, bantuan MARA dan macam macam lagi berbanding Melayu. Bagi mereka ini adalah satu tekanan. Tapi bagaimana mereka boleh semakin maju, berbanding MELAYU yang di ‘cetak’ dengan segala kelembutan, bantuan dan kenikmatan ini.? Pastinya mereka menggunakan kaedah KESATUAN, kaedah pengetahuan yang strategik, istiqomah dan kesungguhan dalam usaha mereka. Pada ‘hakikat’nya mereka BERPUASA, berzakat kepada kesatuan mereka dan sentiasa pakai baju (sistem) dan kenderaan ‘baru’ setiap tahun.

Sehingga tahun 1940’an semasa peristiwa Holocaust yang menyembelih dan membunuh 6 juta orang yahudi, mereka masih lagi dalam kategori loser dalam dunia. Dari 1940-2010, kurang lebih 70 tahun berlalu. Kalau masa holocaust dulu seorang itu anak dara sunti, sekarang dah ada cucu yang dewasa dan juga cicit. Kami nampak, mereka BANGKIT kerana tekanan semasa holocaust itu sehingga mereka membangkitkan generasi sehingga lapis yang ke-4 sekarang ini. Cicit mereka sekarang dah buat facebook ini, cucu mereka dah cipta telekomunikasi digital, cucu mereka dah cipta internet, anak cucu mereka dah kawal ekonomi global sehingga dijentik sikit oleh Soros sahaja, jutaan manusia hilang tempat bergantung, hilang kerja, mati kebuluran dan macam-macam lagi atas kuasa yang terhasil dari sejarah mereka yang DI TEKAN.

Ambillah pelajaran dari kebangkitan yahudi, yang jika Hitler mahu, dia boleh bunuh kesemuanya, tapi ditinggalkan segelintir untuk pelajaran buat generasi masa kini. Mereka berjumlah ‘sedikit’, tiada negara pun pada asalnya, tetapi kini menguasai dunia secara Assobiyyah, mementingkan kelompok mereka sahaja. Itulah Bani ISRAEL.

APA JADI DENGAN PALASTINE?

SUDAH HAMPIR 1000 BULAN, Palastine berjuang dengan baling batu, berdemonstrasi dan air mata tanpa nampak tanda-tanda kemenangan. Setiap datangnya RAMADHAN, Rejim Zionis akan buat hal, pembunuhan, pengeboman akan dilancarkan. Tidak lansung peduli etika peperangan, apatah lagi kemanusiaan. Anak kecil, orang tua, wanita, ibu mengandung semua turut dibunuh sewenang-wenangnya. Negara negara Arab yang gagah, kaya dan mewah terus alpa dan MABUK KUASA.

Ya, Palastine benar-benar memerlukan satu hidayah, petunjuk Allah yang MAHA BIJAKSANA melalui konsep LAILATULQADAR. Satu strategi yang berkesan, lebih baik dari 1000 bulan, 83 tahun meneruskan perjuangan dengan kaedah yang sama, yang tidak membuahkan kemenangan. SYARATNYA mereka harus istiqomah berpuasa dan berterawih secara hakikat (applikasi saintifiknya).

Pressure creates diamond. Seharusnya orang Palestine berhenti guna batu dan kembali upgrade diri mereka…bukan setakat Palestine, semua orang Islam perlu upgrade, perlu ISLAH, cari rahsia AMAL SOLEH. Inilah tekanannya untuk jadikan kita DIAMOND….atau….tin coke! (kemik bila di tekan).

Sesungguhnya Palastine harus praktikkan strategi yang terselindung di sebalik kelima lima RUKUN ISLAM, contohnya sentiasa memperbanyakkan silah (kata pokok solat, selawat, silatulrahim), berbincang mencari hidayah paling baik (isi Fatihah) dengan penuh tunduk dan berkasih sayang. Banyakkan berpuasa dari pembaziran dolar, waktu dan amarah, berterawih cari hidayah, kumpulkan zakat yang fitrah, secukupnya, pakai baju (sistem dan pendekatan) baru dalam perjuangan mereka. Bermaaf-maafan DI PAGI RAYA. Hentikan perselisihan faham di kalangan mereka dahulu (tiada lagi HAMMAS, TIADA FATTAH)…

Sementara itu, kita di Malaysia harus segera sedar dari lamunan dan hayalan juga. Buatlah sesuatu untuk menyedarkan generasi kita agar terbina generasi PRIHATIN yang sentiasa menzikirkan pesanan Rasulullah s.a.w. dan memahami arahan Allah yang ternukil dalam al-Qur’an KESELURUHANNYA.

Sayangi agama kita, fahami Islam, berstrategilah dengan strategi Islam, untuk mensejahterakan diri, keluarga, masyarakat, negara kita dan ummat dunia amnya, tanpa mengira kaum dan tutur bangsa. Bersatulah saudara-saudara kami semua..

Perkongsian Iqra’ Ramadhan
WARGA PRIHATIN

MR. FONG & KELUARGA : HARTAWAN & DERMAWAN TIDAK MENGENAL BEZA AGAMA DAN KAUM.

Sebelum YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada tahun 2008, kami di Prihatin telahpun dari penubuhannya pada tahun 2005 meletakkan perpaduan dan integrasi kaum sebagai salah satu resipi keharmonian keluarga besar kami di sini. Jika kami menyokong inspirasi 1Malaysia saranan YAB Perdana Menteri, bukanlah itu bermakna kami penyokong tegar dan fanatik satu-satu pihak, itu adalah kerana inspirasi itu adalah sangat ISLAMIK dan kami ingin melihat Islam dilaksanakan secara makro ataupun mikro nya..

Mr. Fong ialah salah seorang dari ramai dermawan dari kalangan mereka yang berbangsa Tionghua yang telahpun menjadi sebahagian dari keluarga besar kami. Beliau tidak menjadikan Prihatin hanya sebagai tempat menderma, tetapi telah mengangkat kesemua sekali keluarga besar kami menjadi ‘keluarga angkat’ kepada keluarga besar beliau sendiri. Dalam foto di atas, Mr Fong ialah lelaki yang di sebelah kiri sekali dan di sebelah kanan foto, lelaki warga emas itu mesra kami panggil Kongkong (Atuk) sahaja.

Kami percaya, 1Malaysia tidak hanya meletakkan 3 jenis tanah liat berlainan warna di dalam 1 baldi sebaliknya menjadikan 3 warna tanah liat itu ter’adun menjadi SATU sehingga mampu ditempa menjadi tembikar yang cantik dan sangat kuat. Menurut Saiful Nang, salah seorang warga kami yang sering memberi ceramah motivasi beliau di banyak universiti tempatan, beliau mengenalpasti sebahagian besar pelajar hanya mampu duduk se’dewan atau se’kelas tetapi masih belum mampu untuk memecah kelompok. Yang Cina duduk dan berkawan dengan Cina, Melayu berkawan dengan Melayu, India berkawan dengan India. Tetapi tidak bagi Mr. Fong, sakit pening kami juga diberi perhatian beliau dan begitu juga kami yang sangat risau dengan keadaan kesihatan kongkong yang semakin lanjut usia.

Setiap kali sebelum Mr Fong menyambut Tahun Baru Cina di kampungnya, 1 majlis akan diadakan di kilang beliau di Puchong khas untuk Rumah Pengasih Warga Prihatin. Keprihatinan beliau juga sangat tinggi dengan penyediaan katering Islam yang menyediakan makanan halal untuk majlis itu. Begitu juga setiap kali hari raya aidlilfitri, beliau akan melawat Prihatin dan agak biasa setiap kali balik dari sembahyang sunat hari raya, kami pasti akan lihat mereka sekeluarga dahulu. Dan beliau akan datang bersama juadah halal seperti SATAY atau Kentucky dan buah-buahan secukupnya sebagai sajian kepada anak-anak.

Sebagaimana lazim menjelang aidilfitri, pagi semalam beliau datang lagi untuk menyerahkan wang Kera’ian aidilfitri beliau berjumlah RM2000. ALHAMDULILLAH.

Seperkara lagi, semua kayu kayan yang digunakan oleh pembangunan Rumah kami juga adalah ehsan beliau dari papan pallet yang biasanya beliau jual semula tetapi diberikan kepada kami secara percuma. Bukannya sekali tetapi sudah lebih kurang 5 tahun kami menggunakan kayu yang beliau berikan. Bukan itu saja, beliau turut menawarkan kami menggunakan 2 buah lori baru 3Tan beliau, siap dengan bahan bakar yang telah di isi penuh di setiap hujung minggu (sewaktu kami belum mampu memilikki lori sebelum ini). Tidak dikira lagi sumbangan kewangan beliau yang sangat konsisten kepada kami.

Biasa juga beliau dan anak-anak beliau membuat lawatan mengejut sekadar bertanya khabar. Sekian lama beliau berhasrat untuk menitipkan anak-anak beliau untuk bersama-sama tinggal di Prihatin. Apakan daya, rumah kami masih belum sempurna lagi untuk menggantikan rumah mewah kepunyaan beliau.

Mr. Fong ialah seorang pengusaha kilang cermin, Hen Glass di Puchong. Beliau berasal dari keluarga yang sangat susah dan bekerja tidak kira siang ataupun malam sehingga mampu mengumpulkan dana bagi membuka sebuah kilang kaca.

Kesusahan beliau, sebagai warga desa di Pagoh, Muar ketika mudanya itu tidak dirasai lagi oleh anak-anak beliau yang kini sebahagiannya berada di universiti. Itulah antara 1 sebab mengapa hartawan ini mahu menitipkan anaknya ke Prihatin. Beliau mampu lihat bagaimana terdidiknya akhlak anak-anak di Prihatin sehingga beliau sendiri berkenan untuk mengundur ke belakang untuk opsyen pendidikan akhlak kepada anak beliau berbanding penekanan terhadap akademik semata-mata. “Banyak pelajaran yang saya dan anak-anak perlu ambil dari perlaksanaan ‘Rumah’ ini”, ujar beliau selalu.

Tidak ada jurang pemisah antara Mr. Fong sekeluarga dengan kami di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Marilah kita sama-sama mewujudkan semangat perpaduan dengan menolak perbezaan dan mera’ikan persamaan.

Ada juga beberapa Individu lain yang serupa yang Insyaallah akan kami ceritakan satu hari nanti. Mr Foo contohnya adalah seorang yang konsisten memasukkan dana sumbangan pembangunan RPWP berjumlah RM500 setiap awal bulan.

Oleh itu, apa yang kami suarakan terkadang dipandang negetif oleh sesetengah pembaca MELAYU yang mengatakan kami tidak sayang ‘bangsa melayu’ dan sebagainya. Islam itu sejahtera, lagi mensejahterakan (Islam, Taslim). Ia bukan milik satu-satu bangsa, ia adalah HADIAH Allah untuk seluruh ummat manusia. Kami takut jika ada rusuhan kaum, akan ada insan-insan PRIHATIN sebegini turut kita ‘SEMBELIH & KELAR’ tanpa usul periksa. Jika itu berlaku, Baikkah kita pada hakikatnya ? Subhanallah, mahasuci Allah daripada mengajarkan kezaliman kepada HAMBA hambanya.

Rumah Pengasih Warga Prihatin menjadikan Islam tinggalan RasulAllah berpaksi Kitab Allah & Sunnah Rasulnya. Maka berdasarkan itu juga, Islam menggalakkan semangat toleransi dan saling hormat menghormati antara MANUSIA (walaupun berlainan kepercayaan).

Assobiyyah tidak lansung ada dalam kamus perlaksanaan kami. Dalam bahasa mudahnya, Kami tidak partisan maupun perkauman. Tidak kiralah assobiyyah (taksub) atas dasar kaum, agama, maupun pecahan assabiyyah ‘dalam kelompok sebangsa’ samada berasaskan fahaman kepartian, agama, status sosial dan sebagainya. Ini memang telah disebutkan oleh Allah Ta’ala dalam al-Quran dan disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam banyak hadis baginda:

“wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi ‘menerangkan kebenaran’ (itu tugas kita). Jangan sekali kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak melakukan keadilan. Kamu hendaklah berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa…”[QS al-Maidah,8]

“…sesiapa yang berperang di bawah panji ‘kebutaan’, marah kerana asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap asabiyyah, atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah…”-[hadis riwayat Muslim, no1477]

“bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada asobiyyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang berperang atas assobiyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang mati dalam keadaan assobiyah”-[hadis riwayat Abu Daud].

Kepada ummat MELAYU yang masih bersikap assobiyyah, ISTIGHFARLAH, kembalilah kepada ajaran Al-Qur’an dan sunnah, khususnya dalam soal assobiyyah ini. Kepada sahabat kami berbangsa Cina atau India, jangan segan dan jangan malu untuk bersama kami dan berkerabat. Sekali kamu suka, 10 kali kami gembira.

Kami tidak ‘sekali-kali’ akan memperkatakan apa yang tidak kami iqra’ (kaji), kami laksanakan dan kami rasai sendiri ‘kebenaran dan kenikmatannya’. Ada terlalu banyak testimoni, namun kami terlalu sibuk untuk memaparkan kesemuanya. Sila ambil masa dan teliti sendiri sebahagian gambar kenangan dari link berikut.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151997177632786.1073741826.176792972785&type=3

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150836724072786.517757.176792972785&type=3

Tidak akan ada ‘sebarang’ ilmu, kefahaman dan hidayah yang akan kita terima jika tiada sedikit pun usaha ke arah itu. Iqra’lah, kajilah, perhatilah, ambillah pelajaran sebanyak mungkin, biarpun dari sekeping ‘gambar’ yang kita lihat. Apatah lagi dari pelbagai kelaku manusia, haiwan dan kejadian alam di depan ‘mata’ kita sendiri. Semuanya itu bakal Allah tanya di kubur nanti.

Salam Perpaduan, Salam 1Malaysia. Selamat berPUASA.

Apresiasi oleh
WARGA PRIHATIN

P/S : Menjawab beberapa komen dari artikel di atas: Jika anda telah mengikuti semua komen, tidak perlulah baca,

• Untuk mereka yang masih berperasangka, kami tiada urusniaga suatu apa pun dengan Mr Fong. Kebetulan salah seorang sukarelawan kami nampak ada papan panjang yg sedang kami perlukan di kilang beliau, lalu bertanya utk membelinya dgn harga murah. Tidak disangka beliau begitu pemurah utk memberinya percuma, sejak itu hingga sekarang.

• Seperkara lagi, memang benar, beliau sangat mempercayai kami, hingga ada konflik besar antara sukarelawan kami dengan pak guard beliau, yang tidak yakin beliau sanggup beri kunci spare lori dan gate kilangnya utk kami masuk pd malam hari dan hujung minggu ketika kilang tutup, tiada pekerja. setelah diakui oleh Mr Fong sendiri, Alhamdulillah akhirnya Guard pun bekerjasama.

• Beliau dan partners juga sangat bermurah hati, sering membelikan air minuman, dan kadang2 makanan ketika melihat ada sukarelawan kami berpanas melakukan kerja meleraikan papan palet dan memuat ke atas lori. Amat sukar dipercayai, tetapi itulah kenyataan.

• Anak – anak Mr Fong akrab dengan anak-anak Warga Prihatin. Berjumpalah mereka di mana sahaja walaupun dikhalayak ramai, mereka akan berpelukan. Kasih Sayang tidak mengenal batas rupa. Yang hendak menampakkan Islam itu indah dan penuh dengan kasih – sayang adalah umat Islam itu sendiri.

• Mr Fong inginkan kesedaran pada anak – anaknya supaya menghargai kehidupan.

• Sedikit tentang isteri Mr Fong. Mrs Fong ini adalah anak kelahiran Sungai Pelek. Membesar bersama dan meraikan Syawal bersama rakan – rakan dan guru – gurunya yang beragama Islam. Seringkali berbasikal ke Bukit Bangkung menziarahi rakan – rakan Melayunya. Kalau kerepek di Bukit Bangkung itulah kegemaran beliau. Kebetulan kampung beliau dekat pula dengan cawangan kami di Sg Pelek.

• Beliau memang sangat merendah diri. Tidak pernah mahu di puji. Itu sememangnya ‘sifat pemberi’ yang Allah dan Rasul galakkan. Namun Warga Prihatin melaksanakan ‘sifat penerima’. Tugas kita menampakkan kebaikan orang agar jadi tauladan, bahan dakwah melalui uswah kepada orang lain.

Sains Puasa – Syaitan diikat, Neraka ditutup?

neraka tutup syaitan diikatSalam sahur semua rakan fb.

Syaitan dijadikan dari API (panas). Kemarahan juga bersifat api (panas). Jika kita dapat mengawal kemarahan, Insyaallah kita akan terhindar dari gejolak API NERAKA lantaran menurut nafsu Syaitan. mari kita renung hadis Rasulullah ini.

Rasulullah saw bersabda: “Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka” (HR. Ahmad).

“Apabila salah seorang di antara kalian sedang berpuasa, maka janganlah ia berkata-kata kotor dan bertengkar. Apabila seseorang mencaci atau memaki kamu maka katakanlah: “Saya sedang berpuasa” (HR. Bukhari Muslim).

Selamat berpuasa.

 

Salam 2:

Alhamdulillah sudah azan subuh. Mari kita sempurnakan sahur ini dengan memperbanyakkan taubat, membersih diri dari kesilapan lalu. Firman Allah.

Surah 3. Ali ‘Imran 17. (yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur[187].

Mari kita sempurnakan puasa kita dengan mengawal NAFSU.

“Yang aku takuti terhadap umatku ada tiga perbuatan, yaitu kesalahan (KELAKU) seorang ulama, menghukum secara zalim, dan hawa nafsu yang diperturutkan.” (HR. Asysyihaab)

Selmat berPUASA (YG BUKAN SEKADAR MENAHAN LAPAR DAHAGA SAHAJA).

 

Salam 3:

Jom berhenti makan sebelum kenyang ikut sunnah Rasulullah. Esok, Gunakan tenaga sebaiknya utk membakar kalori yg di makan. Jgn guna alasan ‘puasa’ utk curi tulang. Sebab bila perut dah kosong, hati akan pecahkan lemak jadi glukos utk sumber tenaga. lama2 yg gemuk akan jadi kurus juga dengan AMALAN PUASA.

“Sebaik-baik umatku adalah mereka yang hidup pada masa kurunku, … akan ada satu kaum yang berkhianat dan tidak boleh dipercayai, dan mereka bersyahadah tetapi tidak ingin mati syahid, dan mereka bernazar tetapi tidak memenuhinya, dan mereka nampak GEMUK-GEMUK (sebab lebih makan, kuat tidor atau malas bekerja)” – Sahih Bukari dan Muslim.

Salam 4:

Salam sahur SEMUA rakan fb yg menjenguk fb pagi ini…

Salam sahur SEMUA rakan fb yg menjenguk fb pagi ini…Nampak ibu-ibu sibuk memasak juadah sahur. Itu ibadah besar seorang ibu. Bapa tekun membaca dan meneliti pelajaran dari Al-Quran. Sabar mengejutkan anak-anak untuk bangun sahur. Itu Ibadah besar buat para bapa, mencari hidayah buat mendidik anak-anak dan para isteri.Doa selamat dan tempahan syurga buat para ibu, khasnya ibu tunggal yang kematian suami, rela kekal men’janda’ hidup sendiri kerana tekad menjaga anak suaminya yang berstatus YATIM. Juga para bapa tunggal yg sanggup terus men’duda’ atas alasan yg sama. Buatlah dengan ikhlas dan redo. Yakinlah dengan janji syurga di sisi Rasulullah sedekat 2 jari..

Semuga amal ikhlas para ibu bapa sekalian menjadi Uswah ikutan buat anak-anak mempelajari hakikat ibadah untuk mewarisinya setelah kita meninggalkan mereka ke DUNIA lain yang kekal abadi kelak.

Hadis di foto ini kami sajikan buat teman anda sewaktu sahur. Selamat berPUASA.

Unlike ·  · Unfollow Post · Share · Edit · Promote · July 15

 

Selamat bersahur buat semua rakan FB yg menjenguk fb pagi ini. Tahniah kerana anda mampu bangunkan diri untuk bersahur, bersiap untuk meninggalkan makan minum sekalipun anda mampu semata-mata kerana PERINTAH ALLAH.Rasulullah saw bersabda: “Seluruh amal perbuatan anak Adam akan dilipatkan pahalanya. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan bahkan dapat sampai tujuh ratus kali lipat. Allah berfirman: “Kecuali puasa, ia khusus bagiKu dan Aku lah yang akan membalasnya secara langsung. Ia meninggalkan syahwatnya, makanannya semata-mata karenaKu. Orang yang berpuasa itu akan memperoleh dua kebahagiaan: Kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika ia berjumpa dengan Tuhannya kelak. Bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah, lebih wangi dari pada wanginya minyak kasturi” (HR. Muslim).

Semuga kita tidak hanya meninggalkan makan dan minum sahaja.
Selamat berpuasa.

Unlike ·  · Unfollow Post · Share · Edit · Promote · July 14

 

Sudah Azan subuh sekarang. Benang putih sudah dapat dibezakan dari benang hitam. Sila berhenti makan sahur. Mulakan puasa kita hari ini dengan azam untuk saling ingat mengingati dengan yang hak, dgn kebenaran, dan dengan kesabaran. Azam kita untuk meraih amal ibadah yang mampu membawa perubahan (Islah), itulah amal soleh. Jika tidak kita lakukan Islah bersama sama, maka seluruh manusia akan rugi serugi ruginya.Selamat berpuasa semua.

Kalau puasa itu salah satu cara untuk kita merasai kehidupan orang miskin sepatutnya kita bersahur dan berbuka sekadar yang nabi ajar iaitu setara dengan beberapa biji kurma dan sekeping roti.Rasanya sekarang orang puasa makan sebakul semasa sahur, selori semasa buka. Macammana nak rasa feel orang susah?

Kalau orang susah tak makan dan berpuasa tetapi masih tetap kena buat kerja harian yang berat. Ini tidak, ramai kita puasa sahaja kerja pun jadi lemah. Berendam dalam bath tub, swimming pool, tidur dalam aircond, kurangkan aktiviti luar, kerja pun ala kadar…macammana nak feel puasa orang miskin?

Fikir-fikirkan semula.

SAIFUL NANG
Tahun ke-3 Tanpa PARAM (Pasar Ramadhan)

Salam sahur buat semua teman fb yg menjenguk laman buku pagi ini. Mulakan sahur dengan taubat, mulakan puasa dengan meninggalkan yang batil, memacu kepada yg hak saja.3. Ali ‘Imran 17. orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur.

Selamat berpuasa semua.

Selamat bersahur sahabat fb yang menjenguk page saya pagi ini. Kami di RPWP mendoakan agar kita sama-sama dapat memasukki pintu syurga bernama ‘Ar-Rayyan’, yg di khaskan HANYA untuk orang yang berpuasa. Sabda Rasulullah s.a.w.”Sesungguhnya di syurga ada sebuah pintu yang bernama ‘Ar-Royyan’, Pada hari kiamat nanti, orang-orang yang berpuasa akan masuk syurga melalui pintu tersebut dan tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu tersebut kecuali mereka…” – Dari Sahl bin Sa’d r.a. (H.R. Bukhari dan Muslim).

Perawi menjelaskan bahawa Ar-Royyan merujuk kepada air. Orang yang berpuasa tidak akan dahaga selama lamanya. Jika Tanah asas kejadian manusia kering ia akan merekah dan berpecah belah tidak boleh di bentuk. Kalau tubuh manusia kekeringan, darah jadi pekat dan akan mati. kalau minda jadi kering kita akan ‘meroyan’ tidak tentu arah (Ramadh), tidak dpt masuk pintu syurga Ar-royyan.

Allah ibaratkan air sebagai hidayah secara mutasyabihatnya (hujan, sungai, madu, susu, rohik dll). Sama sama kita tafakkur dan fikirkan ini, semuga kita dapat apa yang kita cari dalam ibadah puasa tahun ini. Semuga anda dapat tangkap maksud Nya.

Sahurlah sekadarnya okey!. Si fakir di luar sana ada yg tidak berjaya mendapat sebarang sisa makanan sepanjang pencarian mereka di tong sampah malam tadi.!

Semuga kita tidak tergolong org yg LAPAR dan DAHAGA pun tidak berjaya dirasainya dalam amalan PUASA ini. Selamat berpuasa. Panjang umur, ada rezeki kita ‘minum’ lagi esuk INSYAALLAH.

Love you ALL so very much.

Unlike ·  · Unfollow Post · Share · Edit · Promote · July 17

SAINS DI SEBALIK PUASA 7 : SYAITAN DI IKAT? PINTU SYURGA DI BUKA LUAS?


Mari kita rujuk dari artikel ke-6 Sains Puasa yang sebelum ini kita rumuskan. Pada ketika itu kita bercerita API YANG TIDAK MEMBAKAR. Dari apakah Syaitan ini diciptakan? Dari api kan? Dari jiwa yang marah di situlah ‘laluan’ syaitan.

Pada malam Lailatul Qadar nanti, kita dibasahi dengan ilmu-ilmu yang lebih besar nilainya berbanding ilmu terkumpul selama 83.33 tahun (1000 bulan). Ketika itu tidak akan ada API yang mampu membakar hati kita. Dalam kata lainnya, tidak ada syaitan yang ‘mampu’ membinasakan kita.

Syaitan datang dari api. Api bersifat panas. Kemarahan juga bersifat panas. Jadi Syaitan dan Marah ada similariti sifatnya. Boleh nampak logik sains (Sosiologi, Psikologi) nya?

Dalam ibadah puasa kita perlu menahan diri dari melayankan nafsu kita. Makan itu adalah satu ‘keperluan’, tetapi pelbagai ‘citarasa’ atau ‘selera’ melampau untuk memenuhi keperluan makan itulah ‘nafsu’.

Biasa kita dengar ungkapan seperti,
“ Aku marah betul dengan si fulan, rasa macam nak makan ajer, macam nak telan sajer”
“ Aku tak mampulah nak nasihatkan dia tu? Tak ‘makan’ saman”.
“ Aku tak boleh ‘makan’lah hujah dia tu”. Dan macam-macam lagi terkait dengan makan.

Semua itu membawa maksud bahawa kita cuba untuk ‘peduli’ pada seseorang, cuba untuk ‘makan’ kebatilan dan kejahatan seseorang sewaktu cuba untuk menasihati mereka, juga seperti cuba untuk ‘makan kejahilan (ilmu)’ seseorang dalam sesi berhujah. Nampak tak bahawa secara mutasyabihat, ‘makan’ itu ada kaitan dengan ‘hujah’, ‘idea’, ‘pendapat’, atau ‘sikap’ pihak lain yang tersaji depan kita.

Mari kita lihat analogi makan sebagai ‘keperluan’ dan ‘selera’ sebagai nafsunya. ‘Marah’ itu juga kadangkala satu ‘keperluan’, tetapi bila berlebihan dan tidak ber’pada’ itulah ‘nafsu’nya. Sebagai contoh, api nak buat memasak itu ‘keperluan’, tapi api nak buat bakar rumah wakil rakyat kawasan anda, itulah ‘nafsu syaitannya’.

Lurut semula artikel sains puasa sebelum-sebelum ini yang kita bicarakan tentang bagaimana puasa ini satu disiplin mendidik nafsu.

SYAITAN DIIKAT DALAM BULAN PUASA?

Kita tidak menafikan syaitan yang ‘ghaib’, yang ‘halus’ itu wujud dan sedang diikat di mana-mana tempat mereka diikat. Tetapi ‘rakan baik’ dan ‘tentera’nya masih bersama kita iaitu ‘nafsu’ kita sendiri. Lihat, nafsu juga membawa ciri-ciri syaitan antaranya ialah ‘amarah’ yang bersifat ‘api’ (asas kejadian syaitan).

Contohnya, British jajah tanah Melayu dan kemudian Tunku Abdul Rahman mendapat kemerdekaan dan British balik ke negara asal mereka. British telah tiada di Malaysia TETAPI kita masih ditadbir dengan sistem British sehingga hari ini. Juga seperti anak kecil yang bermain kereta mainannya dengan tangan. Atas perkembangan teknologi, boleh saja anak kita bermain kereta yang tidak gunakan tangan lagi (direct contact) sebaliknya menggunakan alat kawalan jauh sahaja. British dengan sistem kawalan jauhnya juga masih mentadbir Malaysia dalam bentuk sistem dan perlembagaannya. Betul tak?

Syaitan juga begitu. Syaitan Laknatullah meng’instalasi’kan ‘sistem syaitan’ di dalam nafsu kita sehingga mereka tidak perlu ada direct contact tetapi sekadar membiarkan nafsu kita me’rajai diri kita sendiri. Syaitan sudah boleh bercuti selepas itu.

Yang diikat dalam bulan puasa itu siapa? Dan juga siapa yang IKAT syaitan itu?

Kadang-kadang terfikir juga kalau anda membayangkan syaitan ada ‘bersama-sama’ kita. Takkanlah syaitan tak bertembung dengan Malaikat Rokib & Atib di bahu kanan dan kiri kita? Dan takkan juga syaitan tak berselisih dengan Malaikat Maut yang menjenguk kita berpuluh-puluh kali sehari? Padahal Malaikat itu juga yang akan mencabut nyawa Syaitan itu nanti selepas penangguhan umur syaitan tamat.

Susah nak difikirkan dari sudut begitu kan?

Nah, sebenarnya ‘PUASA kitalah yang mengikat Syaitan itu’ melalui “Operating System Kesyaitanan” yang telah di’install dalam NAFSU kita. Puasa itu kan mengawal nafsu, jadi itulah mekanisma kita mendidik nafsu supaya nafsu yang panas itu kita mampu sejukkan dengan AKAL, contohnya melalui pem’bacaan’ yang berbentuk Iqra’ yang jelas sebagai sumber kefahaman yang menghidupkan hati, bukan sekadar me’lagukan, menghafaz, men’syairkan ‘tilawah’ dan mentadarus bacaan yang tidak lansung kita fahami.

Renungkan Firman Allah dalam Surah 36. Yaasiin ini,

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. sesungguhnya Ia hanyalah satu zikir dan sebuah ‘pembacaan’ (iqra’) yang sangat jelas.
36:70. Supaya dia memberi peringatan kepada seorang yang ‘hidup’, dan supaya diperbetulkan (dengan yang haq) Ucapan ke atas orang-orang yang ingkar (kafir).

Surah 69. Al Haaqqah

69:40. Sesungguhnya ia adalah ucapan rasul yang mulia (berkaromah).
69:41. Ia bukanlah ucapan seorang penyair; sedikit sekali kamu mempercayai,
69:42. Dan bukan juga ucapan seorang tukang tilik; sedikit sekali kamu menzikirkannya (baca dan fikir).

Bacaan Talkin kubur antaranya ialah soalan kubur – “siapa IMAM (ikutan) kamu? Jawabnya ‘al-Qur’an. Siapa Penghulu kamu? Nabi Muhammad s.a.w.

Sebagai umat Islam yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan dan menggalang agama ini, bolehkah kita sekadar wakilkan saja kepada pihak lain, dan kita tidak lansung berusaha sendiri untuk cuba menilai ‘sajian’ pelbagai sumber yang bermacam-macam percanggahannya sebelum kita makan?. sehingga dengan tabiat itu terlalu banyak ‘alimiin’ yang berpeluang ‘menjual’ agama. Terbitlah bermacam-macam ajaran, Nabi Palsu, Rasul Melayu, Tuhan Langit, Tuhan harun, Syiah, Wahabi dan macam-macam lagi ‘terbitan’ Islam selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. kita ikut saja.

Lebih banyak kitab terbitan, akan lebih banyak kekeliruan. Allah menyatakan orang jahil sahaja yang suka menulis kitab. Ini adalah kerana LABA dunia yang sedikit dan sementara sifatnya. Tidak sepadan dengan NILAI ilmu Allah.

Firman Allah di Surah 2. Al Baqarah

2:78. Dan antara mereka adalah ummiy, tidak mengetahui al-Kitab melainkan hanya dengan khayalan, dan semata-mata sangkaan.

2:79. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, “Ini daripada Allah,” supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka menulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka.

Nah, janganlah kita cuba tipu diri kita sendiri lagi. Ingatlah, setiap hari Malaikat Izrael menjenguk kita. Di kubur nanti kita sendirian untuk menjawab semua soalan? Berapa kali telah kita baca terjemahan al-Qur’an seumur kita. Sejauh mana kita ambil inisiatif untuk iqra’kan, nota’kan, shortnote’kan, kemudian kita cuba teliti AYAT YANG BERBENTUK TULISAN itu melalui proses iqra’, kajian dengan AYAT KASAR BERBENTUK GAMBARAN di alam ini (picture tells thousand of words). JIKA AYAT HALUS SEBUT LEMBU, POKOK, KERA, BABI,… SEJAUH MANA KITA LIHAT SEMUA ITU DAN TAFAKURKAN GAMBARAN AKHLAK, PROSES KEJADIAN SEMUA ITU DENGAN APA YANG TELAH KITA BACA DAN CUBA MEMAHAMI DARI AYAT HALUS TADI..? Sudahkah kita rujuk sendiri kebenaran semua bacaan dari ribuan kitab lain, atau PELBAGAI sumber ‘sajian ilmu ajaran’ macam-macam orang ‘alim’ ikutan kita yang SANGAT MENYELERAKAN itu dengan al-Qur’an, untuk memfurqon’kan kebenaran atau khilafnya.?

Sebenarnya, Sumber Tenaga untuk AKAL ialah ILMU yang bersifat air yang sejuk lagi menyejukkan. Tidaklah kita senang-senang melompat melatah kononnya melancarkan jihad hanya dek kerana diprovok dengan blogger seks yang tak berakhlak yang tak berbaloi nak dilayankan. Malulah jika Malaysia mencipta sejarah ulangan 13 Mei disebabkan oleh seorang blogger lucah?? Jangan sampai dunia ketawakan kita dan anak cucu kita juga nanti bakal ketawakan kebodohan kita.

Nafsu akan jadi panas dengan provokasi begitu. Tetapi AKAL akan pertimbangkan provokasi itu dengan ILMU. Jika ilmu pun tak dicari dalam bulan puasa ni, bagaimanakah kita nak kawal nafsu kita dengan akal kita sendiri?

Jika ILMU kita terpaksa kita sandarkan SEMUANYA kepada alimin, habib, sheikh dan ulama’ SAHAJA, maka adakah mereka yang akan menyejukkan nafsu panas kita? Jika bukan, sila berikan akal anda MINUMAN dengan ilmu.

Jika Allah sendiri dengan tegas ‘memerintahkan’ kita mempergunakan ‘akal’ (rujuk Siri Sains Puasa yang lepas), mengapa kita sewenang-wenang mengikuti kebanyakkan manusia yang mengatakan ISLAM dan KEKUASAAN ALLAH tidak mampu difikirkan dengan akal dan logik? Adakah HANYA KERANA mereka (para ilmuan) tidak mampu jawap penjelasan sesuatu perkara, lantas dijawabnya dengan sajian ‘berduri’ berbunyi “Islam tak boleh dijangkau dengan akal”. Soal hadith begitu juga, ada para alimin yang terus menerus menjatuhkan hukum “Ini hadith Dhoif” agar ditolak perawiannya tanpa penjelasan, HANYA kerana mereka tidak dapat menjelaskan rasional di sebalik hadis itu.

MAKANAN NAFSU IALAH AMARAH tetapi MAKANAN AKAL IALAH ILMU. Sangkaan-sangkaan negetif sebegini adalah “Software” Syaitan dalam nafsu kita itulah yang kita IKAT supaya tujuan ikatan itu untuk menundukkannya di bawah pentadbiran akal. Jika kita bertuhankan nafsu, memanglah budak kecil 3 tahun ajak gaduh pun kita layan bertumbuk juga. Malah dengan orang yang anda tahu tak layak untuk berdebat pun anda layankannya kerana nafsu amarah. Akhirnya kedua-duanya terbakar hangus dan kedua-duanya rugi. JIKA anda berdebat hanya dengan mereka yang anda lihat menggunakan akal ia akan jadi indah. Ini kerana jikalau anda menang, anda dapat 2 kebaikan iaitu yang pertama kerana anda menang dan lebih yakin kefgahaman anda betul dan yang kedua kerana anda mengajarkan orang yang kalah itu apa yang lebih betul. Yang kalah hujah, masih bawa balik 1 kebaikan iaitu mengetahui ada hujah akal yang lebih baik, yang menambah 1 lagi hazanah ilmu yang ‘masuk akal’ dalam diri anda.

Tak perlu pergi jauh, kita intai parlimen Malaysia sahaja sudah cukup. Anda rasa mereka berhujah dengan akal ke atau nafsu? Betul tak YB Pasir Salak?

Sebab itulah, apabila anda membayangkan syaitan yang ghaib ‘telah di’ikat’, tetapi yang sedang berPUASA masih ramai yang tak berubah, malah lebih teruk lagi dalam bulan puasa. Di bulan inilah ikan, daging, ayam semua jadi mahal, supermarket lanjutkan masa, bazar ramadhan macam cendawan tumbuh dll. Tapi kali ini, kita bukakan sains Syaitan diikat itu dalam perspektif yang lain dan diharap anda mampu memahaminya dengan jelas.

Lemahnya nafsu bermakna akal menjadi kuat.
Kuatnya nafsu akan menjadikan akal menjadi lesu.

Puasa kali ini, kita ikat nafsu kita, dan kekangnya supaya akal kita mampu jadi tuan. Jangan semasa bulan Ramadhan sahaja, kerana ‘baroqah’nya Ramadhan ini ialah ilmu / tarbiyah supaya kita meneruskan kekangan dan ikat’kan nafsu itu berterusan pada bulan-bulan yang lainnya. Rihat (tarawikh)kan ‘nafsu’ untuk solat lebih rakaat, selepas berbuka, di racik dan dirumus (tahiyat’kan) sedikit-demi sedikit menjadi 2 rakaat. Penemuan ilmu semasa berpuasa, dan Tarawikh ini boleh kita teruskan ‘’praktik’nya sepanjang tahun kedepan, itu maksud ‘berkat’ (cukup, berpanjangan, berkesinambungan). Sebab itu Ramadhan di panggil ‘al-Mubarakh’.

Jika ada yang kurang jelas dengan artikel ini, kami harap anda boleh ulangkaji perlahan-lahan artikel-artikel SAINS PUASA yang berangkai itu dari artikel pertama lagi.

Kami tutup celoteh kali ini dengan pesan Rasulullah s.a.w. ” Bersegeralah utk lakukan amal soleh (yang memberi ISLAH / pembaikan) apabila telah muncul 6 perkara:
1. perlantikan pemimpin2 yg BODOH,
2. ramainya bilangan POLIS (diperlu kerana banyaknya JENAYAH),
3. PENJUALAN KEPIMPINAN (jawatan),
4. tiada penghargaan terhadap DARAH,
5. pemutusan silaturahim (PERPECAHAN),
6. orang-orang mabuk (YANG TIDAK FAHAM APA YANG DIKATA) yg jadikan AlQuran sebagai bahan nyanyian di mana mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar menyanyikannya, walaupun orang tersebut adalah orang yg paling SEDIKIT ILMU KEFAHAMANNYA”: HR Tabrani

Jazakallah

Hasil iqra’
WARGA PRIHATIN

bersambung…

Salam Sahur

Assalamualaikum. Ingatan kasih buat semua rakan fb saya pagi ini.

ALHAMDULILLAH, SELESAI bersahur sudah semuanya. Suka nak kongsikan tips, amal tambahan semasa berpuasa untuk mengelakkan kita jadi golongan yg berpuasa untuk hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja (itu pun kadang2 tak dapat, sebab MEWAHNYA kita).

Pesan Rasulullah s.a.w.. “Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad di jalan Allah dan ibarat orang shalat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.” (HR. Bukhari).

Jumpa lagi esok InsyaAllah.

Selamat berpuasa dengan Puasa yang sebenar-benarnya. Mardhotillah.

Nota: Maaf silap ejaan Mutasyabihat. Salah taip.
Foto : Muhamad Yazid Norhazidah MdNor dari keluarga Yazid Majid – The Un-sung Hero.
https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10152049067082786

Unlike ·  · Unfollow Post · Share · Edit · Promote · July 18

Sains di sebalik Puasa- Bahagian 6: LAILATUL QADAR – API TIDAK MEMBAKAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang budiman. Alhamdulillah dah masuk topik ke-6 kita melanjutkan perbincangan dalam kupasan sains gunaan PUASA untuk menjadi panduan kami dan mereka yang memahaminya. Sebenarnya kami rasa malu dan rendah diri nak kongsikan hasil kajian yang tidak seberapa ini, takut dikata nak menunjuk pandai pulak. 8 tahun kami berada di sini menelusuri liang ilmu dari ilmu pada setitik embun di atas sehelai daun sehinggalah dirasakan cukup 2 kolah atau menjadi air mata air seterusnya mampu memberi penghidupan kepada 105 orang anak-anak dan Warga Prihatin.

Bagi yang melompat terus ke bahagian 6 ini, adalah dinasihat untuk menyusuri semula artikel berangkai ini dari bahagian pertama lagi. Bukannya apa, cerita sains di sebalik puasa ini adalah satu kupasan mutasyabihat dari perkataan-perkataan muhkammat dari dalam Al-quran dan sunnah itu sendiri. Maka sangat molek sekiranya anda semua membuat ulangkaji dan memeriahkan perbincangan sekiranya ada ada kelainan pendapat atau input tambahan. Kami lari dari ambien tipikal untuk menceritakan agama dalam perspektif spiritual tetapi kami gandingkannya kini dalam perpektif intelektual dan sains gunaannya, samada sains biologi, sosiologi maupun Psikologinya. Harapan agar Islam mampu jadi hebat semula sehebat sebelum SAINS dan ISLAM itu dipisahkan angkara Mubaligh Kristien bernama Snouck Hurgronje yang menyamar sebagai KIAI HAJI ABDUL GHAFUR.

LAILATULQADAR – MALAM YANG BERKADAR 1000 BULAN

Lailatul qadar adalah satu fenomena yang orang Islam tunggu-tunggu pada setiap 10 malam terakhir. Ia adalah 1 malam yang bersamaan dengan 1000 bulan iaitu kira-kira seumur hidup manusia jumlah kasarnya (83 TAHUN). Ia adalah satu fenomena groundbreaking yang jarang-jarang berlaku dalam seumur hidup tetapi ia sangat berbaloi jika kita mencari dan mampu menemuinya. Adakah pernah anda semua merasai Lailatulqadar?

Nabi menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan dan dengan wahyu itu nabi mampu meng’iqra’ (mengkaji – rujuk artikel bahagian 2 sebelum ini). Dari iqra’ itulah baginda tilawah dan tadaruskan (bacaan berulang-ulang) sehingga baginda menjumpai 1 penemuan yang tidak ada tolok bandingnya dalam seumur hidup baginda iaitu ILMU ALLAH yang Maha Besar.

Salah satu tanda yang dikhabarkan ada pada malam Lailatulqadar ialah apabila api menjadi tidak membakar. Menarik tu? Semasa membincangkan ini bersama 20 orang jemaah lainnya, kami sempat bertanya adakah mereka pernah mencuba jari-jari mereka melalui api pada 10 malam terakhir Ramadhan? Rupanya, ramai juga yang mencuba kaedah itu dengan harapan lailatul qadar itu akan tiba dalam salah satu harinya. Ada yang menceritakan pengalaman bermalam di masjid selepas terawih sepanjang 15 hari terakhir Ramadhan selama 7 tahun berturut-turut semasa kecil dulu. Akhirnya, ramai juga yang melecur-lecur jari dek kerana mengacu-ngacu jari ke api pelita.

Nabi Ibrahim juga mempunyai sejarah yang sama iaitu apabila baginda dihumban ke dalam api dari timbunan ‘kayu’ yang marak atas arahan Raja Namrud ketika itu. Tetapi dengan yakinnya, baginda masuk ke tengah api itu tanpa mampu dibakar gejolak api. Itu kerana, Nabi Ibrahim telahpun iqra dan mentadaruskan iqra sehingga menemui ISLAM itu sendiri. Itulah asal SUHUF asal agama ini (ISLAM). Sebab itulah, dengan ilmu wahyu yang sifatnya seperti air mengalir itu membuatkan Nabi Ibrahim boleh COOL dalam gejolak bakaran api itu.

Sekarang ada 2 kes, Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim yang kedua-duanya dalam keadaan yang PANAS (Ramadh). Nabi Ibrahim ramadh dengan kaumnya dan Raja Namrud dan tidak dilupakan oleh bapa baginda sendiri dan kemudian barulah menjumpai TUHANNYA sendiri (Allah) setelah lama mencari. Itulah lailatul qadar besar untuk baginda yang hanya berlaku SEKALI sahaja dalam umur baginda (kita cari tiap-tiap tahun dan tak jumpapun, cuma kadang-kadang orang bercerita macam betul-betul jumpa kononnya. Lagi-lagi orang-orang yang perwatakan warak sahaja cerita terus kita pecaya tanpa dakwa dakwi).. Nabi Muhammad pula menemui Islam dalam keadaan Ramadh (Ramadhan) juga, iaitu Panas / huru hara / kacau bilau dll tetapi setelah turunnya wahyu pertama iaitu IQRA lalu baginda tadaruskan sehingga baginda menjumpai petunjuk sebenar ILMU BESAR ALLAH iaitu Al-Quran.

ILMU kita kupaskan sebelum ini tepat dengan analogi air. Air dan ilmu mempunyai sifat sama. Kedua-duanya mengalir dan sejuk juga menyejukkan. Maka secara sainsnya, jika dalam keadaan berair kita akan jadi susah untuk dibakar.

Ulang semula. DALAM KEADAAN BERAIR MEMANG SUSAH UNTUK DIBAKAR. Terjemahkah sedikit mutasyabihatnya DALAM KEADAAN BERILMU (kefahaman yang mendalam dan meyakinkan) MEMANG SUSAH UNTUK KITA JADI PANAS HATI.

Mudahnya, JIKA DADA ADA ILMU ISLAM, TIADA SIAPA MAMPU BAKAR HATI KITA.

Cuba baca semula dari perenggan sebelum-sebelum ini jika masih tidak faham. Kerana kita akan masuk kepada penjelasan yang lebih berat lagi.

ORANG BERILMU TIDAK MUDAH DI”BAKAR”.

Baru-baru ini kita lihat di sekeliling kita ada isu panas yang menjadi isu nasional apabila seorang blogger pornografi dan teman wanitanya mengeluarkan sekeping foto yang mengucapkan selamat berbuka puasa kepada umat Islam dengan bakuteh (menu sup tulang babi). Orang Islam jadi marah sehingga ke peringkat nak membunuh pasangan ini serta menghabiskan banyak masa bersembang memaki hamun dalam internet. Beberapa hari selepas itu, seorang lelaki berbangsa Cina yang menghina Islam diculik dan dibelasah oleh 8 orang lelaki Melayu beragama Islam dan ditinggalkan dalam keadaan bogel di lebuhraya DUKE. Islam itu indah dan ada cara yang sangat indah yang Nabi sendiri dah buktikan berkesan.

Banyak kali dah orang BAKAR kita dan kita boleh TERBAKAR. Cuba kalau orang cucuh api pun tapi kita tak menyambar api itu seperti minyak petrol yang dicucuh mancis. Kerana kita boleh terbakar itu yang mereka SENTIASA nak bakar. Ada yang bising kononnya kita kena beri pelajaran keras untuk mereka tetapi setiapkali dihina kita melayan dengan hati panas terbakar dan mereka lakukannya semula. Mengapa tidak kita ikut cara Nabi iaitu dengan hikmah, barulah orang lepas ni senyap kerana KITA SUDAH PANDAI. Dibakar pun tak terbakar pada ketika itu.

Sebelum itu kami ingin mengingatkan sekalian pembaca untuk berfikiran terbuka dan tidak melatah jika pendirian wahyu dan fakta ini tidak sebulu dengan fahaman anda. Jika disorot semula, bagaimanakah seorang kartunis tidak ternama menjadi popular dalam dunia ini hanya kerana melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w. Kita diBAKAR dengan sentimen begitu. MUSLIM seluruh dunia buat rusuhan, demostrasi, melontar caci dan keji dalam laman sosial dan macam macam lagi.

Respond sebegitulah sebenar yang menjadi TUJUAN mereka, kerana ingin membuatkan kita terbakar hati, jadi tidak rasional dan gerak ekonomi kita jadi ‘terencat’. Semua ambil cuti, tinggalkan rumahtangga, tutup niaga dll untuk berdemostrasi. Kesemua itu jika dihitung mungkin melebihi 1 BILLION MAN HOUR orang-orang Islam yang menjadikan dunia Islam KERUGIAN BERBILLION-BILLION DOLLAR hanya disebabkan sentimen yang digunakan untuk MEMBAKAR diri kita sekaliannya. Sama juga, isu seorang blogger porno yang tidak layak dilayan sama sekali dengan kerendahan akhlaknya tetapi kita jadikannya isu nasional. Biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan menghukum dan bukannya kita membazir jutaan JAM keseluruhannya dek kemarahan hanya disebabkan foto ucapan berbuka puasa dengan bakuteh.

Bukan kami tak sensitif dengan isu itu. Malah SECARA SEMULAJADINYA, kami juga sangat marah dan terguris dengan tindakan sebegitu. Tetapi pernahkah anda selongkar dalam hadith mana satukah atau ayat quran yang mana satukah yang membenarkan hinaan dibalas hinaan? Nabi diludah, dibaling batu, ditabur pasir atas kepala dll, tetapi Nabi tidak membalasnya lantaran MEREKA JAHIL.

ALlah berfirman dalam surah Al Muzzammil, 10 & 11. Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar.

YANG NI BACA BETUL-BETUL…

Orang Cina pada hakikatnya BUKANLAH KAFIR (‘Kafir ‘dalam bahasa Arab, dalam bahasa Melayunya ‘INGKAR’). Jika ingkar, pasti dari kalangan mereka yang tergolong TELAH mendapat KEFAHAMAN, PERINTAH dan KETETAPAN (seperti kita orang ISLAM) yang kemudian diINGKARi. Orang Cina dan yang beragama lain tidaklah kafir tetapi mereka JAHIL tentang Islam (Jahil bukan bodoh, zaman jahiliah dulu pun orang dah pandai kejuruteraan, perniagaan dan ketenteraan. Maka JAHIL itu adalah terkait dengan TIDAK ADA ILMU tentang Islam itu sendiri). Tugas kitalah mencuba berbaik dengan mereka, mencari ilmu buat panduan perlaksanaan yang terbaik sehingga mereka tertarik dengan Islam sebagai agama untuk SEMUA KAUM ini. Cari ilmu buat bekalan menjelaskan kepada mereka dengan tepat dan yakin.

Benarlah Nabi sangat keras dengan orang KAFIR (tetapi bukan dengan orang JAHIL). Perang selepas termeterainya ‘Piagam Madinah’ dan juga perang-perang sebelum Hudaibiyah tidak disebabkan EJEKAN (membakar sentimen) tetapi apabila lembing, panah dan busur sudah mula digunakan, ketika itulah kewajipan Islam untuk BERPERANG mempertahankan diri.

Islam adalah agama PENUH ILMU dan dengan ilmu itu tadi, Nabi mampu COOL dan tidak terbakar dengan sakat-sakat dan hinaan orang Musyrikin Makkah malah baginda sangat COOL dengan mereka. Begitu juga Nabi Ibrahim yang masih COOL walaupun keseluruhan kerajaan Namrud dan warganegaranya semua menghina dan mencaci (membakar sentimen amarah) Nabi Ibrahim, tetapi dek kerana ILMU YANG BAGINDA ADA yang bernilai melebihi hidup 1000 bulan itulah yang membuatkan baginda tidak terbakar dan mampu menjadi BAPA kepada Agama Islam yang kita anuti sekarang ini.

Ikutilah contoh Muhammad s.a.w., dan ahli keluarga baginda, sepertimana Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga baginda. Itulah bacaan kita dalam tahiyat solat setiap hari.

Carilah lailatulqadar dalam cara mutasyabihat yang ‘logik dan saintifik’, tanpa menunggu sesuatu yang ‘magik dan mistik’, yang tidak ada sesiapapun manusia yang hidup kini pernah melihat sendiri kesemua pokok-pokok sujud dan api-api pelita menjadi tidak panas dan air pula menjadi beku, melainkan dengan sangka-sangka sahaja. Islam itu SEJAHTERA dan sekiranya kita mengambil pendekatan tidak sejahtera itu bermakna kita bukan Islam.

Masa kecil dulu, kita selalu menangis bila disakat dan diejek oleh orang lain. Lagi kita nangis, lagi orang suka sakat. Emak-emak kita pun pesan, biarkan sahaja…bukan luak pun. Maka itu juga pesanan kami kepada khalayak pembaca sekalian. Gunakan AKAL dan bukan NAFSU dalam membuat pertimbangan.

Bagi mereka yang tidak setuju, harap kita dapat berhujah dengan hemah.

Ada terlalu banyak dalil naqli yang ternukil dalam al-Qur’an dan Hadis. Anda yang mencari ilmu tentu telah lebih banyak menimbun dalil tersebut. Kalau kami masukkan kesemuanya ramai yang komplain terlalu panjang dan macam-macam lagi. Yang ingin kami kongsikan di sini ialah ‘groundbreaking’ dan ‘code breaking’ nya.

Ilmu Allah itu ibarat puzzle yang harus dikumpul lengkap semua kepingan dan menyusun dengan betul untuk dapat gambaran dan memahami maksud sebenanrnya. Harus di lihat dari ‘mata burung’ atau ‘helicopter view’ untuk lebih jelas. Ibarat hujan dan embun yang harus dikutip, atau air mata air, dikumpul melebihi 2 qolah untuk mampu menyucikan sebarang keraguan yang bersarang selama ini, kemudian dialirkan seperti sungai yang mampu kekal mutlak, menghayutkan bangkai dan menghidupkan manusia, binatang dan tumbuhan.

Semuga kupasan kasual ini mampu memecah minda dan sama sama muhasabah diri untuk memacu ISLAH (pembaikan) di hari muka. Semuga kita mampu mencorak anak-anak melakukan amal SOLEH, amal yang berkesan memperbaiki diri hari demi hari.

Selamat BERPUASA, bersulam iqra’, tadarus al-Qur’an penuh kefahaman mencari LAILATUL QADAR.

Hasil iqra’
WARGA PRIHATIN

BERSAMBUNG…

Konflik Fatwa

Kami Baru lepas menonton Fikrah Ramadan – TV3

Untuk memperkayakan Hidayah, membanyakkan iqra’, penelitian dari sumber pendengaran, pengelihatan dan hati ini, Admin nak ajak pembaca berkongsi minda secara terbuka dan interlektual. Bahan yang bincangkan dalam program itu ialah mengajak manusia membaca al-Qur’an dalam bulan Ramadhan. Isunya ialah

A. Al-Qur’an dikatakan tidak boleh di bawa masuk ke tandas dalam ‘BENTUK APA SEKALIPUN’, termasuk paparan di handphone, tablet dsb nya. Jika sdg membaca pun kena matikan dulu sewaktu berada di tandas. Apatah lagi dalam bentuk cetakan atau nota tulisan.

Persoalan untuk dibincangkan,

1. Firman Allah al-qur’an itu letaknya di DADA orang yang berilmu, tidak di lembaran kertas (Surah 6 ayat 7 dan 91).

Q.S. 29. Al ‘Ankabuut 49. “Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam DADA orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim”.
2. Apakah implikasi fatwa sebegini terhadap potensi kembangan ilmu ummat Islam. Sumber hidayah Allah kita kena tutup dan dikatakan dalam tandas itu tempat banyak syaitan. Jadinya kita jauhkan diri dari Allah dan dekatkan diri dari syaitan.

Boleh tak kemungkinan jadi begitu?
B. Orang yang hafiz al-Qur’an tidak akan reput mayatnya di makan bumi.

Persoalan untuk dibincangkan ialah,

1. Di dalam al-Qur’an Allah jelaskan contoh mayat manusia yang tidak reput ialah ‘Fir’aun.
2. Fenomena padri Kristian juga sami Budha di Siam yang juga dibanggakan kerana jasadnya tidak reput. Sebandingkah mereka yang HAFIZ , ulamak dll dengan Fir’aun, padri dan Sami-sami ini?

Q.S. 10. Yunus 92. “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan (jasad) mu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.

“Janganlah menjadikan kuburanku sebagai tempat pemujaan berhala. Allah melaknat suatu kaum yang menjadikan kuburan-kuburan para nabi sebagai masjid-masjid.” (HR. Bukhari dan Abu Ya’la)

DAN BANYAK LAGI LARANGAN PEMUJAAN TERHADAP MAYAT DAN KUBURAN INI.

Sila panjangkan untuk sama sama kita teliti melalui ruang komen, secara ilmiah dan berhemah. Banyakkan guna iqra’ (kajian) bukan dengan tilawah (bacaan tekstual) semata-mata. SELAMAT BERDISKUSI.

WARGA PRIHATIN

SAINS PUASA PART 5 –BAGAIMANA UNTUK KURANGKAN BOROI


Agak sensitif tajuk kali ini. Maaf bagi yang terasa ye. Bukan anda sahaja yang terasa, kami yang sedang membincangkan isu ini juga sebahagiannya sedang melihat perut sendiri untuk diuruskan dan dikuruskan pada bulan Ramadhan ini.

Ada juga yang takut tempahan baju raya dah penuh bulan puasa ini terpaksa tempah awal kemudian semasa nak raya, baju dan seluar raya dah lari 2 saiz. Bukan larinya makin longgar tapi dah sampai tahap ketat nak meretas. Itu macammana kisahnya tu? Puasa ke tak? Atau puasa tapi macam tak puasa bila berbuka puasa, kalau boleh satu pasar nak masuk dalam perut kita yang sejemput tu.

“Sebaik-baik umatku adalah mereka yang hidup pada masa kurunku, … akan ada nanti satu kaum yang berkhianat dan tidak boleh dipercayai, dan mereka bersyahadah (menyaksikan kebenaran) tetapi tidak ingin mati syahid, dan mereka bernazar tetapi tidak memenuhinya, dan mereka nampak GEMUK-GEMUK (sebab lebih makan, kuat tidor atau malas bekerja)” – Sahih Bukari dan Muslim.

BOROI DARI PERSPEKTIF MEDIK

Boroi ini kata orang kampungnya lah. Kita jelaskan dalam bahasa mudah lah ye, bukan bahasa orang yang score A dalam biologi ataupun bahasa budak-budak medic. Asalnya kerana lebihan glukos (glikogen) yang tidak digunakan menjadi tenaga ditukarkan fungsi oleh hati menjadi Lipid (lemak) dan disimpan di bawah kulit. Dalam badan manusia perlu ada SIMPANAN LIPID (fat) sekitar 18-24% bagi seorang lelaki dan 25-31% bagi wanita dewasa normal. Bukannya tak boleh ada langsung cuma kalau kita nak ‘menyimpan’ lemak pun, tak payahlah banyak sangat. Sekadarnya sahaja.

Menurut Kevin Zahri, seorang coach kesihatan terkenal di Malaysia, Glycogen ini seperti wang tunai di dalam saku, sementara lipid seperti wang di dalam bank. Kerja dan tenaga harian kita akan menggunakan sepenuhnya glycogen dahulu dan bukannya lemak simpanan. Jika DAH HABIS wang dalam saku baru kita keluarkan wang dari bank dan masukkan semula dalam saku kita. Sama juga seperti lemak yang disimpan akan dikeluarkan menjadi glycogen dahulu (masuk dalam saku) baru digunakan jadi tenaga keperluan semasa.

Apabila kita terlalu banyak makan, atau terlalu banyak tidur, kurang membakar tenaga dari makanan yang dihadam lansung menjadi glikogen itu, maka bakinya banyak disimpan sebagai Lipid/ lemak.

FENOMENA LEBIH GULA, KENCING MANIS

BANYAK juga kes PENYAKIT di mana ada kegagalan fungsi PANCREAS di hati untuk menukar gula kepada lemak akibat paras gula/glikogen sentiasa tinggi dalam darah dan tidak di bakar sebagai tenaga fizikal. Tidak berlaku secara istiqomah proses gula ditukar kepada lemak, dan latih pula lemak ditukar kepada gula tatkala perut kosong (puasa) dan seketika darah kekurang gula. Ini di panggil KENCING MANIS. Penyakit dari tabiat makan ini menjadi lumrah di Malaysia. Akibatnya ialah luka membusuk, potong anggota (amputasi) dan MATI.

SECARA MUTASYABIHAT nya pula, Bagi yang kurang normal, terlalu suka menyimpan tunai dalam walet dan poket, tidak suka menyimpan dalam bank. Ini akan mengakibatkan kita jadi boros berbelanja sebab duit sentiasa ada di tangan. Keborosan itu banyak mengakibatkan kita commit dengan pelbagai unsur perbelanjaan yang memudaratkan. Terlalu banyak tunai di tangan juga menggalakkan jenayah. Itu adalah penyakit masyarakat.

Bilakah masa wang dalam saku nak habis JIKA saku tak pernah kering. Duit yang kita dapat hari-hari pun akan masuk saku dahulu baru masuk ke bank. Sama juga makanan yang kita makan akan jadi glycogen dahulu, diguna sekadar perlu dan selebihnya disimpan jadi lipid.

PUASA DAN DISIPLIN MENYIMPAN

Boroi selalu dikaitkan dengan “Orang Kaya”. Itu bukan kebetulan tapi itulah suratan kerana orang kayalah yang ada simpanan berlebih-lebihan. Fitrahnya ialah mereka makan, pakai, berkenderaan yang mereka perlu sahaja, biar semewah mana makanan dan sarana kehidupan mereka sekalipun, masih tetap ada limitnya. Selebihnya, 30 % (tinggi sedikit dari nisbah normal lemak dalam badan kita) lebihan dari rezki selepas diguna buat nafkah peribadi dan keluarga itu di simpan buat reserve masa depan. Bakinya, sepatutnya boleh jadi makanan orang lain. Agar kehidupan si KAYA ini jadi tenang, dihormati dan dibela dan dipertahankan oleh orang miskin dalam komuniti umum Islam itu sendiri.

jika kita selalu membebel nak hidup ikut al-Qur’an dan sunnah sebagai pedoman, Rasulullah sebagai ikutan, idola… perhatikan hadis ini.

“Balasan amal dari seorang miskin terhadap orang kaya ialah kesetiaan (keikhlasan) dan doa.” (HR. Abu Dawud)

“Rasulullah Saw memberi wang belanja kepada keluarga beliau dari peruntukan dana rampasan perang yang menjadi hak beliau untuk keperluan rumah tangga selama setahun. Apabila ternyata ada kelebihannya maka wang itu diminta kembali (dari keluarga beliau) dan dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara (baitul maal). (HR. Ahmad)

Allah jadikan semua perut kita ni lebih kurang sahaja saiznya. Orang Arab makan seekor kambing sehari pun sama sahaja saiz perutnya dengan kita (mungkin ada besar sikit atau kecil sikit tetapi tak lah sampai melampau besarnya). Maka, sebaiknya antara kita ini nafsu makannya tak berbeza.Tapi mengapa ada yang gemuk dan ada yang kurus pula.

Puasa mengajarkan kita untuk jadi sihat. Makan sahur selepas tidur adalah satu establishment bacaan dan adjustment kadar metabolic badan kita. Maka, sahur itu sangat perlu. Menjelang petang, glycogen dah hampir habis dan kadangkala kita perasan tanggan mula menggigil sedikit. Itu adalah masa apabila hati mula menukarkan lemak dalam badan untuk menjadi glycogen yang boleh digunakan sebagai tenaga.

Masalahnya, apabila dah mula nak menggigil sahaja, NAFSU makan pun menjadi-jadi. Jika anda layan nafsu ini semasa memasak dan pergi ke pasar ramadhan, anda akan rosakkan program diet ISLAM ini dengan segala macam juadah yang anda bawa balik. Sebaiknya, berbuka hanya sekadarnya sahaja agar lebih banyak lemak boleh digunakan semula.

Ini macam duit dalam poket dah nak habis, dah mula menggigil kehabisan duit terus cari duit lagi untuk topup duit dalam poket. Tak sempatlah kita nak korek duit dalam bank kalau macam tu. Sikap TAMAK dan RAKUS kita menjadi-jadi. Duit dalam bank jangan di usik, kalau boleh nak tambah lagi. Walhal sampai mati pun kita tak akan dapat pakai habis duit tu. Kita hanya perlu semasa hayat menumpang di dunia yang amat seketika ini. Jika lebih pun tak mungkin bawak masuk dalam kubur.

Sama juga dengan lemak, asal badan menggigil sahaja… satu lori juadah kita nak makan, kalau boleh dengan lori-lori dia nak telan, masa bila lemak yang kita rajin ‘simpan’ tu nak digunakan.

Nahhh.. Itulah puncanya BOROI.

Tak jauh lari dari konsep simpanan kekayaan yang kita ada. Apabila diaudit akaun Abu Bakar Assiddiq RA, Umar Al-Khattab RA, Ali Abi Talib KW, Usman Al-Affan RA dan Nabi Muhammad SAW sendiri pun, simpanan mereka tak banyak. Tetapi mereka sangat kaya. Ingat tu, ‘MEREKA’ yang sangat kaya, tetapi individunya tak kaya. Maksudnya ialah, bagaimana dalam sistem Islam dahulu, mereka dan semua sahabat serta Ahlulbait melepaskan pegangan peribadi dan menyalurkan pegangan itu kepada satu central wealth (kekayaan berpusat = Islam).

Islam sangat kaya kerana mereka hanya menyimpan sekadar yang nak digunakan tetapi tidak sampai menjadi kaya peribadi. Islam jadi sangat kaya tetapi individunya semua KECUKUPAN. Sebenarnya, kecukupan itulah KAYA.

“Apa yang sedikit tetapi mencukupi lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan.” (HR. Abu Dawud)
“Yang dinamakan kekayaan bukanlah banyaknya harta-benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa (hati)”. (HR. Abu Ya’la)

Kita manusia, sekaya manapun kita makan, paling kuat pun seekor kambing seorang sehari (Orang Arab lah ni) dan tidaklah sampai ada manusia yang menu’nya seekor lembu sehari. Betul tak? Maka itu adalah satu sistem perekonomian Islam yang sewajarnya. Jangan kita cuba ubah fitrah itu.

KERJALAH, berniagalah sekuat mungkin untuk Allah. Simpanlah sekadarnya untuk kegunaan peribadi dan mereka dalam tanggungan mengikut kadar standard penggunaan kita. Ada orang yang belanjanya besar kerana keluarganya besar dan citarasanya besar. Bab citarasa besar itulah NAFSU yang perlu dididik semasa puasa. Kalau bergaji RM1 juta sebulan tapi belanjanya RM1.2 juta, mereka ini lebih miskin dari pengemis tepi jalan yang berpendapatan RM200 sebulan tetapi belanja RM150.

Cara untuk jadi Berjaya, kaya dan badan yang sederhana (BMI Unggul) kedua-duanya terkait dalam disiplin puasa (Rujuk artikel kami bahagian 4 untuk Sains Puasa disiplin kejayaan). Didik nafsu untuk kurangkan citarasa Ferrari kita kepada citarasa Mercedes sahaja ataupun Toyota pun boleh. Maka lebihan itu mampu kita salurkan kepada simpanan kita sebahagiannya dan selebihnya untuk pembangunan Islam.

Kita perlu malu dengan PUASA ORANG CINA. Kebanyakan mereka berpuasakan 10% dalam pendapatan mereka untuk mereka “infaq” kan (mereka tak panggil lah infaq…mungkin mereka panggilnya貢獻 ) kepada Persatuan-persatuan mereka. Mana ada persatuan Orang Cina yang kecil, semuanya besar-besar dan aktif. Persatuan mereka juga ada bangunan sendiri dan mampu beri biasiswa kepada anak-anak ahlinya sampai belajar ke luar negeri sekali tanpa guna PTPTN atau MARA.

Itu adalah konsep CENTRAL WEALTH atau orang British kononnya gunakan sebagai COMMONWEALTH (tapi tak common juga, mereka juga yang “wealth”…kita?). Itu puasa mereka orang Cina cuma mereka tidaklah panggil istilah itu puasa tetapi konsepnya SAMA. Yang baik semua adalah Islam yang buruk itu bukan Islam. Kalau kita bergaji sejuta masih bayar zakat fitra RM7.80 satu kepala, separuh darinya ‘AMIL’ dah ambil, berapa bakinya sampai ke Baitulmal? rasanya macammana nak jadi sebaik Persatuan Cina ini? Mereka yang bergaji sejuta bagi RM100k sebulan.Nelayan Cina yang berpendapatan RM1000 juga bagi RM100 sebulan.Tapi anak nelayan dan anak jutawan Cina boleh mampu pergi ke Havard University USA tanpa guna duit kerajaan. Nelayan Cina miskin kerana kena sewa bot dapat buat loan dari Persatuan untuk beli bot besar.

Mungkin KENYATAAN ini sangat perit untuk diterima.Tetapi jika Nabi katakan “Belajarlah Ilmu Walaupun Dengan Cina” bermakna Nabi sudah tahu ‘attitude’ Orang Cina itu sendiri yang patut kita ambil contoh kebaikannya (yang buruk kita janganlah ikut). Ada alimin yang mengatakan itu hadith daif tetapi tidak dapat membuktikan kedaifan hadith itu selain mereka kurang yakin menjelaskan mengapa nabi berkata begitu. Al-Quran itu satu ilmu terbaik yang jatuh pada bangsa Arab yang paling teruk perangai dan akhlaknya atas muka bumi sebelum ini dan dengan kehebatan Al-Quran itu mampu menukarkan bangsa paling teruk menjadi tamadun yang unggul….apatah lagi jika Al-Quran itu turun pada bangsa Melayu yang sangat berbudi bahasa, Cina yang kuat bekerja atau Jepun yang sangat berdisiplin dalam kerja.

Berbalik pada isu puasa merampingkan pinggang dan menimbulkan six-pack itu apabila kita makan mengikut keperluan, menyimpan sekadarnya dan menyalurkan yang selebihnya (yang tidak kita makan) untuk orang-orang lain pula makan (Central Wealth). Itulah juga yang menjadi sunnah nabi untuk makan SEDULANG. Makan ramai-ramai, yang tidak kita makan akan orang lain pula makan. Jika kita tidak mampu ikuti sunnah ‘ritual’nya (makan sedulang) pasti boleh ikut ‘actual’ sunnah itu.

Jika orang berkata “konsep RPWP LUAR BIASA, UNBELIEAVABLE, TAK PERCAYA ADA LAGI MANUSIA BEGINI ATAS MUKABUMI INI” dan macam macam lagi. Maka ketahuilah, Konsep PUASA, INFAQ, ZAKAT yang fitrah (wajar) hidayah Allah tauladan Rasul inilah yang kami laksanakan. Jika anda dapat rasakan yang hasil dari perlaksanaan yang baru setahun jagung ini adalah baik, SUBHANALLAH, kami kembalikan pujian itu kepada SISTEM yang Allah hidayahkan kami semua ini, bukan kerana kehebatan kami. ALHAMDULILLAH.

Konsep itu kami tak dapat buat di luar, tapi kami teliti dan lakukan ia di Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan skala 105 orang sahaja. Kalau nak dibesarkan pun boleh jika ada insan-insan yang optimis dengan sistem puasa ini. Kami di Prihatin ada yang menyerahkan 100% tanpa segan silu ataupun menyesal KERANA ‘Central Wealth’ yang kami tubuhkan mampu menghantar anak-anak kami ke Universiti dan juga mendanai modal-modal perniagaan yang hasilnya juga akan dimasukkan ke dalam Central Wealth kami. Kami bukan golongan orang kaya, bahkan sebahagian besar dari kami adalah dari golongan asnaf, OKU dan anak-anak Yatim. Maka tabungan ‘Central Wealth’ kami tidaklah besar tetapi cukuplah nak hantar anak-anak kami masuk universiti tempatan.

Firman Allah dalam Surah 2. Al Baqarah, ayat 273. “(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari MEMINTA-MINTA. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara MENDESAK. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui.”

Oleh kerana itu jugalah kami tidak PERNAH MEMINTA-MINTA, tetapi sangat hargai semua pemberian dari semua insan yang prihatin walaupun sebuah bantal busuk, kayu tulang kaki meja, besi katil lama sekalipun. Setiap sen yang disumbangkan kami akad dan rekodkan. Sedikit yang kami kumpul kami kembang niagakan agar ia tidak dimakan zaman atau lapuk begitu saja.

”Barangsiapa menjadi wali atas harta anak yatim hendaklah diperkembangkan (diperdagangkan) dan jangan dibiarkan harta itu susut karena dimakan sodaqoh (zakat)”. (HR. Al-Baihaqi)

Biar tubuh kami hitam berkilat macam Bangla, asalkan anak-anak yatim dan asnaf jagaan kami gebu dan sihat rohani dan jasmaninya (itu kenyataan Perdana Menteri sewaktu bertemu kami).

“Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk”. (HR. Ibnu Majah)

“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di surga seperti dua jari ini.” (HR. Bukhari).

Di cincang mati pun kami tidak akan pernah menafikan kebenaran Hadis ini kerana kami telah merasakan suasana dan ketenangan SYURGA itu waktu ini walaupun kami belum mati untuk melihat syurga yang satu lagi. Kami yakin apa yang kami rasai kini akan menjadi ‘tiket’ untuk masuk ke pintu syurga yang kekal abadi nanti, INSYAALLAH. Sodaqollah, Sodaqorasulullah.

Kami amat gementar dengan Firman Allah ini. Surah 107. Al Maa´uun

1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
2. Itulah orang yang menghardik anak yatim,
3. dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,
5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,
6. orang-orang yang berbuat riya
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna

Kesejahteraan Islam harus menyeluruh, bukan berlegar di kalangan sikaya saja, sibijak pandai saja. Agama lain berjaya memikat manusia melalui program kebajikan. Kami yakin melalui konsep perlaksanaan sistem Agama Islam secara ‘kaffah’ yang tidak didustakan, diabaikan, projek RPWP mampu menandingi mereka.

Insyaallah, Islamofobia akan terhakis, dunia akan mampu memuji Islam semula. Kami takut menjadi celaka, sebagai orang yang solat tapi tidak melaksana apa yang di’ikrar’kan kepada Allah dalam rukun solat. Ya allah, jauhkan kami dari sebarang rasa ria’, biarpun sebiji sawi, kerana itu akan menghapus SELURUH amal kami. Kami ingin menolong dengan barang paling berguna, iaitulah SISTEM ISLAM, yang akan menjadikan sikaya, si miskin, si bodoh, sicerdik, barang baru, barang lama, semuanya kembali BERGUNA.

Firman Allah, Surah 61. Ash Shaff
1. Bertasbih (memuji) Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berjuang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Maha besar, Maha Bijaksana dan terpuji Allah dengan sistemnya. Malang kini Allah dan Agama yang diredoiNya dicaci keji. Ayuh sucikan kembali kedaulatan dan MARUAH ITU. Jangan biarkan Allah, satu-satunya tempat meminta pertolongan, kekasih yang kita rindui MEMBENCI KITA dengan sebesar-besar kebencian dengan tabiat “cakap tak serupa bikin” ini. Sama-sama kita atur saf, susun gerak BAITULMAL, membina BAITULLAH yang kukuh tersusun.

Okey, Dah Nampak dah macammana sains puasa itu mampu buat badan kita tidak boroi? Islam yang kini terkenal jumud, suka ikut-ikut, miskin (walaupun umatnya kaya) dan kedekut bakal menjadi AGAMA yang sangat kaya, pemurah, pengasih, penyayang dan disegani? Ada kisah di sebaliknya untuk kita fikir-fikirkan.

Adakah anda boroi?
Jika ya… mesti anda kaya.

Hasil iqra
WARGA PRIHATIN

SAINS DI SEBALIK PUASA – Part 4 : PUASA 1 DISIPLIN BESAR KEJAYAAN & KEMENANGAN

Salam semua pembaca celoteh dari kami Warga Prihatin. Terima kasih kepada semua yang telah menjadikan semua artikel-artikel kami tentang Sains di sebalik puasa itu satu capaian yang viral setiap kali dikongsikan. Jumlah capaian viral itu makin meningkat dari satu artikel ke satu artikel. Niat kami hanyalah untuk berkongsikan segala kebaikan Islam jika ia tidak dipisahkan dengan perlaksanaan SAINSnya.

Kalau sebelum ini kami kupaskan SAINS SOCIOLOGI PUASA, kali ini ingin kami kongsikan SAINS PSIKOLOGI nya pula, sains yang terkait dengan fungsi minda, fungsi akal.

Islam Agama syumul yang sangat komprehensif. Allah turunkan panduan dalam Al-Quran ternyata Allah berikan akal juga untuk kita semua memahami keseluruhannya dengan akal. Kata-kata alimin yang kononnya Al-Quran itu tidak boleh ditafsir-tafsir dengan akal adalah satu jawapan pelepas bagi mereka yang kurang jelas tentang beberapa bahagian yang seharusnya dibaca dalam bacaan mutasyabihat dan bukannya mukammat. Rujuk surah Ali-Imran ayat 190, ayat itu jelas menunjukkan AKAL kita mampu memahami apa yang ada di antara langit dan bumi (everything) dan dari silih bergantinya siang & malam (everytime). Maka, everything dan everytime kita sepatutnya mampu iqra’kan al-quran dalam alam ini.

Pendapat lemah itu sangat bertentangan dengan firman dan hadis-hadis berikut.

Surah Ali-Imran 3:7. Dia yang menurunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (menentukan secara lansung). Itulah ibu isi al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (berupa misal). Bagi orang-orang yang di dalam hati mereka menyimpang sesat, mereka mengikuti yang mutasyabihat daripadanya untuk menginginkan (menimbulkan) pertikaian, dan menginginkan interpretasi (takwil) nya. Tiada yang mengetahui interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan berkata, “Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara (Rob) kami”; dan tiada yang menzikirkannya (untuk mengambil pelajaran), kecuali orang-orang yang mempunyai minda terbuka (ulul al-baab).

Di dalam Al Qur’an Surah 2, Al Baqarah: 164 Allah Swt berfirman, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa segala yang berguna bagi manusia, apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah matinya, Dia sebarkan di bumi segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) ayat-ayat (ayat kasar Allah) bagi kaum yang ber’akal”

Pedoman darinya, gunakan akal yang tajam untuk berfurqon selepas kita iqra’, meneliti ayat kasar Allah (nontekstual) yang terpapar dalam kitaran alam ini. Jangan harap untuk memahami keseluruhan ayat halus (tekstual) jika kita tidak rajin memerhati ayat kasar sebagai kayu pengukur ketepatan pemahaman ayat halus tadi dengan ayat kasarnya. Ini adalah kerana selepas menurunkan al-Kitab, Allah hadiahkan FURQON (Pembeda) agar kita mampu mengambil al-Qur’an sebagai panduan yang tepat.

Ini sesuai dengan firman Allah dalam Surah 3, Ali-Imran : ayat 3. “Dia menurunkan kepada kamu al-Kitab dengan yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan Dia menurunkan Taurat dan Injil”, 3:4. “Sebelumnya, menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan Pembeza (Furqon). Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, bagi mereka, azab yang keras; dan Allah Perkasa, Pendendam.”

Ia juga bertepatan dengan Hadis Nabi s.a.w. “Semua kebaikan didapati dengan akal, dan tiada agama bagi orang tak berakal.” Ingat tu…!, “TIADA AGAMA BAGI ORANG TIDAK BER’AKAL.” Dalam artikel sebelumnya telah kami rujuk firman yang “ALLAH MURKA ORANG YANG TIDAK MENGGUNAKAN AKAL”.
Sabda Nabi lagi, “Setiap sesuatu memiliki alat dan kendalinya, alat dan kendali bagi seorang mukmin adalah akalnya. Setiap sesuatu memiliki keutamaan, keutamaan seseorang ada pada akalnya. Setiap sesuatu memiliki puncak, puncaknya ibadah adalah akal. Setiap kaum pasti memiliki pemimpin, pemimpin para ahli ibadah adalah akal. Setiap orang kaya pasti memiliki harta, harta orang-orang yang bersungguh-sungguh adalah akalnya. Setiap yang runtuh adalah bangunan, bangunan yang paling megah di akhirat adalah akal. Setiap perjalanan yang ditempuh pasti terdapat tempat persinggahan, tempat persinggahan para muslimin adalah akal.”

Baiklah, mari kita menelusuri tajuk ke-4 kita tentang sains Puasa itu sendiri. Seperti yang kita tahu, ritual puasa itu dari sahur hingga ke iftar kita tidak makan dan minum juga tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti bersetubuh dengan isteri / suami atau datangnya haid. Tetapi apakah disebalik puasa itu sehingga Allah wajibkan puasa menjadi ritual sepanjang zaman untuk manusia beragama Islam? Pernahkah anda fikirkan apakah tujuan puasa?

PUASA MENDIDIK NAFSU MENINGGIKAN AKAL

Sebentar tadi dalam perenggan awal, kita nyatakan tentang al-quran itu mampu ditafsir dengan akal (al-Baqoroh 164, Ali-Imran,190) maka bagaimanakah untuk kita meninggikan keupayaan akal kita? Dalam diri kita Allah berikan 2 perkara yang mengimbangi satu sama lain iaitu AKAL & NAFSU.

Bukan nak kata nafsu itu patut kita buang terus kerana MALAIKAT dikatakan hanya diberi Akal tetapi tidak diberi nafsu dan kerana tiada nafsu itu malaikat perlu tunduk kepada manusia (Adam). Itu menunjukkan manusia adalah sebaik-baik kejadian kerana mampu mengadun secara fitrah Allah fungsi kedua-dua Nafsu dengan Akal.

TETAPI jika nafsu itu tidak didik, maka akal akan hilang kuasanya dan manusia AKAN JADI LAGI TERUK DARI BINATANG. Tak perlulah kami ceritakan senario-senario yang ada di dada akhbar dan internet tentang kebejatan manusia yang melampaui naluri haiwan itu. Anda semua pun sudah sedia maklum.

Dengan ini, kami rasa agak perlu untuk kita petik beberapa kisah JAUH & DEKAT untuk kita nampakkan iktibar PUASA yang actual dan ritual dalam sudut sains.

 

FENOMENA PERANG BADAR

Perang badar dimenangi oleh tentera Islam yang hanya tinggal 313 orang sahaja melawan 1000 lebih tentera Musyrikin pimpinan Abu Jahal. Bagaimanakah secara saintifiknya, puasa itu mampu menjadikan 313 orang ini kuat? Puasa itu terkait dengan menundukkan nafsu yang gelojoh dan meninggikan akal yang tenang.

Dalam keadaan kalut selepas ramai juga tentera Islam yang berpatah balik lari dari pertempuran, Nabi dan sahabat menggunakan AKAL YANG TENANG lalu nabi mengkobarkan semangat tenteranya yang hanya 313 orang tentang solidariti melalui MOTIVASI KETUHANAN. Di situ nabi perlihatkan kematian juga 1 kemenangan dan kemenangan juga 1 kemenangan. Pelbagai strategi perang yang hebat dan tidak terjangkau pemikiran Abu Jahal telah dilaksanakan yang menyebabkan kemenangan tentera Islam.

Kekuatan musuh pula hanyalah pada angka tetapi tidak pada motivasi ketuhanan yang dibawakan tentera Islam. Motivasi tentera musyrikin hanyalah untung dan laba yang besar apabila memenangi perang itu saja. Abu Jahal tersilap caturan, mereka menyerang pada masa bulan Ramadhan kononnya tentera Islam akan menjadi lemah tetapi sebaliknya Islam menjadi lebih kuat dek kerana nafsu yang ditundukkan dan akal yang ditinggikan.

FENOMENA PUASA & KEMENANGAN SULTAN MEHMET AL-FATEH

Sultan ini sangat terkenal dalam sejarah Islam dan sebagai orang Islam yang berjaya menembusi tembok Constantenople (Istanbul sekarang) dan merampasnya dari kerajaan Kristian Byzentine setelah dicuba lebih 700 tahun lamanya. Beliau menyudahkan misi dan aspirasi Rasulullah s.a.w. yang mensabdakan “Konstantenopal akan dirobohkan temboknya oleh satu balatentera yang terbaik yang dipimpin oleh seorang raja yang terbaik”. Puluhan ribu tentera Al-Fateh dipilih dengan disiplin ritual puasa & solat yang menjadi tarbiah asas SEBELUM menjadi tentera Al-Fateh.

Tidak dilupakan, Al-Fateh sendiri lagi dasyat puasanya. Tidak cukup puasa wajib, puasa sunat sudah menjadi rutin biasa pada baginda sejak akil baligh. Seorang anak raja seharusnya tak perlu nak puasa nafsu. Beliau mampu dapatkan apa yang beliau mahukan dari perempuan yang cantik, makanan terbaik, istana yang besar tetapi dengan tarbiyah puasa ritual itu, baginda menjadi orang yang sangat optimis dan sangat BIJAK. Sekali lagi, kerana akalnya tertinggi disebabkan nafsu dapat beliau tundukkan.

Bukan mudah untuk seorang anak raja mengetepikan kemahuan baginda untuk terus berdiam dalam istana bersama isteri-isteri yang cantik juga melancong sampai ke Australia dalam kelas pertama (jika sekarang lah) dan makan di restoran-restoran yang mahal dan hebat. Tetapi baginda lebih memikirkan aspirasi Nabi untuk meruntuhkan tembok Konstantenopal itu dengan segala susah payah dan perit jerih. Jika tidak kerana AKAL yang kuat pasti tidak mampu baginda menurutkan kemahuan nafsunya yang semuanya telah tersedia.

Sudahnya, dengan ketinggian akal hasil terdidiknya nafsu itu, baginda mampu membedil roboh Konstantenopal dengan strategi yang tidak masuk AKAL (bagi orang yang berakalkan “nafsu”) tetapi sangat sampai AKAL bagi yang menundukkan nafsu. Jika tiada ritual puasa itu sebagai tarbiyah baginda dan tenteranya sejak dari kecil lagi, maka tidaklah baginda mampu mendidik nafsu itu untuk perkara-perkara ACTUAL.

KES STUDI KEJAYAAN 20A ADIK MISKIN NIK NURMADIHA

Mungkin ada yang pernah dengar cerita adik Nik Nurmadiha. Tak perlu jauh kita terbang kerana beliau hanya pada zaman ini sahaja. Kemiskinan beliau mendesak beliau untuk kerap berpuasa sunat. Puasa itu mampu menjadikan tumpuan beliau berkurang pada perkara-perkara yang melalaikan seperti makanan, tengok wayang dan membeli belah. Satu, disebabkan beliau tidak mampu, kedua, disebabkan beliau mampu untuk tundukkan nafsunya dengan PUASA itu tadi.

Apabila nafsu ditundukkan, tiada lagi nak melepak dengan kawan atau makan McDonald di mana-mana bersama kawan sekolah sebaliknya yang ada hanya akal yang terus digunakan sehingga beliau menjadi pelajar terbaik SPM tahun 2008. Rumahnya sahaja sangat kecil dengan keluarga yang sangat miskin. PUASA itulah yang menjadikan akal adik Nik Nurmadiha digunakan sepenuh-penuhnya sehingga menjadi insan yang hebat dan berjaya.

KES STUDI SURVIVAL CANDIDSYNDROME (CS)

Kes ini juga tidak jauh, hanya dalam lingkungan kita juga. CandidSyndrome International merupakan agensi media fotografi & videografi terkenal di Malaysia sehingga ke luar negara. Pemiliknya, Saudara Saiful Nang & Azman Salikin juga tertarbiyah dek ritual puasa. Contohnya, Saiful Nang sendiri tidak pernah meninggalkan puasa semenjak beliau darjah 1 lagi. Pada ketika zaman kemuncak CandidSyndrome pada tahun 2008, beliau mampu untuk membeli walaupun sebuah Ferrari tetapi nafsu itu beliau puasakan dengan membeli BMW sahaja sebagai kereta CEO. Hasilnya CS mampu membuat reserve yang tinggi yang sukar dipercayai oleh saingan perniagaan beliau yang menjalankan perniagaan yang sama.

Hasilnya, pada tahun 2009-2010 apabila ramai saingannya gulung tikar kerana kehabisan modal disebabkan kegawatan ekonomi sub-prima CS di bawah Saiful Nang & Azman Salikin menggunakan reserve yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaan menjadi sebuah kumpulan syarikat besar sehingga menerima Anugerah Malaysia Achievement Award 2010 dan juga Asian Youth Ambassador. Beliau juga menjadi feature di ChannelNews Asia dalam ruangan ikon “Asian of the Year” serta disenarai dalam majalah berprestij “TOP 10 OF MALAYSIA”. Kemudian, Azman Salikin & Saiful Nang mewakafkan kepada RPWP seluruh keuntungan dari kumpulan syarikat itu selagi ada bintang, bulan dan matahari. Kereta BMW beliau dijual dan digantikan dengan Sebuah Mercedes terpakai sahaja untuk mengurangkan perbelanjaan. Sebuah lagi Mercedes peribadi beliau dan Satria Neo isteri beliau turut diwakafkan kepada RPWP.

Banyak lagi kes studi yang menunjukkan testimoni cemerlang dari fenomena TARBIAH RITUAL PUASA yang boleh di kutip dari founders RPWP sendiri. Termasuklah Pengasasnya Dr Hj Masjuki yang juga tidak pernah menginggalkan Puasa Ramadhan sejak darjah 1 lagi dalam situasi apa sekalipun. Juga fenomena PUASA Dr Intan Salwani yang datang dari keluarga ber’ada tetapi memilih untuk berpuasa. Insyaallah akan kami paparkan kemudian buat tauladan genersi akan datang.

KONKLUSI

Ramai juga kita yang berpuasa tetapi tak lain hanya dapat dahaga dan lapar sahaja. Bahkan LAPAR DAN DAHAGA itupun tak tentu lagi mereka dapat, bila sahur sahaja juadah satu almari, berbuka pula juadanya satu LORI. Sedangkan kita digalakkan merasai lapar dan dahaga sebenar-benarnya sebagai menginsafi penderitaan si fakir di luar sana.

Sekarang kita dah nampak bagaimana kes-kes jauh dan dekat telah kita telusuri dari disiplin PUASA itu dalam menundukkan nafsu meninggikan fungsi akal bukan? Kami mulanya mahu mengemukakan kes studi tentang akibat TIDAK ADA DISIPLIN PUASA yang mengakibatkan kegagalan banyak pihak, tapi kami rasa itu akan jadi tidak molek pula. Kami rasa anda sendiri mampu furqankannya kini dan lihat banyak entiti gagal disebabkan KEBOROSAN (tidak puasa) dan GELOJOH (tidak puasa) juga TAMAK (tidak puasa) dan STRATEGI YANG LEMAH (Tidak puasa / akal kurang tip top kerana nafsu jadi tip top).

Imam Ali bin Abi Thalib meriwayatkan “Allah Swt tidak membagikan sesuatu yang lebih afdhal kepada hamba-Nya melainkan itu adalah akal. Sesungguhnya, tidurnya orang yang berakal lebih baik dari terjaganya orang yang jahil, makannya orang berakal lebih baik dari puasanya orang yang jahil, dan berdirinya orang yang berakal lebih baik dari terbangnya orang yang jahil.” –

Maka, nikmat tuhan kamu yang mana lagikah yang kamu dustakan?

Perkongsian Iqra oleh
WARGA PRIHATIN

SAINS DI SEBALIK PUASA – BAHAGIAN 3 (Mulut Busuk)

Fenomena mulut busuk orang yang berpuasa:

Dalam artikel bahagian ke-dua kami telah hidangkan kepada anda pengertian “Ramadhan” itu sendiri yang asal ceritanya dari perkataan “Ramadh” iaitu huru hara / kekacauan / tidak tenteram / tegang dan macam-macam lagi yang negatif.

Sabda Rasulullah s.a.w.; “Akan sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisan/resam nya saja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit (golongan atasan). Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. – H.R al-Baihaqi

Jangan tipu Allah jika kita tak mampu tipu diri kita sendiri untuk mengakui bahawa Islam pada hari ini hanya tinggal nama sahaja. Hidupnya juga berpecah belah walaupun sesama Islam. Syria itu juga Islam dengan Islam tetapi masih bergaduh dan berbunuh. Iraq-Kuwait, Iraq-Iran juga begitu.

Mesir, Saudi, Jordan, Oman, Turkey dan banyak lagi kuasa Islam di Timut Tengah SEMUANYA HEBAT DAN KUAT, tetapi mengapa tidak bersatu untuk menidakkan keganasan Israel?

Kiramana jika kesemua negara Islam bersatu dan berdiri menyerang kembali Zionis di Israel, kami rasa tidak padan dengan kereta kebal dan roket, kita ludah atau kentut ramai-ramaipun mereka akan terusir keluar. Itulah RAMADH sebenarnya. Hari ini kita juga tak mampu tipu diri sendiri bahawa SISTEM kekeluargaan dan masyarakat kita pun banyak kepincangan dan menwujudkan SUASANA RAMADHAN (panas, huru hara dll).

Situasi ini berlaku akibat dari kelunturan kefahaman yang mengakibatkan lusuhnuya sistem kehidupan yang asalnya telah SEMPURNA dan mantap.

Rasulullah s.a.w telah bersabda; “Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak pakaian (yang telah lama dipakai), sehingga insan sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan PUASA, dan apa yang dimaksudkan dengan SOLAT dan apa yang dimaksudkan dengan NUSUK (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan SEDEKAH. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”. Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. – H.R Ibnu Majah

Hadis di atas menjelaskan bahawa kefahaman al-Qur’an itu yang hilang. Yang tinggal pada kita hanya tulisan atau resam nya sahaja, sehingga kita gagal memahami sais ibadah dari kefahaman isikandung al-Qur’an dan sunnah itu sendiri. Ini amat sesuai dengan Firman Allah, surah 8. Al Anfaal

35. Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan (lafaz & af’al yang kosong tiada makna). Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.
36. Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan,

Nah, Jika Allah sendiri memerintahkan kita supaya jangan mengikuti sesuatu secara ikut-ikut, tanpa ilmu (rujuk Sains PUASA part 2, Surah 10 ayat 36, Surah 17 ayat 36), namun kita masih tidak pedulikan arahan itu, terus menerus dalam keadaan ikut-ikutan, pastinya KITA TELAH INGKAR (dalam bahasa Arab kafir) daripada arahan itu. Dan beginilah hasilnya.

KAITAN PUASA DENGAN MULUT BUSUK.

Ketika berpuasa akan terbau mulut orang yang berpuasa itu seperti busuk sekali. Orang yang berpuasa itu sendiri tidak begitu merasai bau busuk dari mulutnya ketika ia berpuasa. Yang dia tahu dia sedang iqrak dan memperkatakan hasil Iqra’ Nya, yang kadang kadang dihidu sebagai tidak ‘favourable’ oleh pihak-pihak tertentu.

Wajarnya, jika kita sedang tidak setuju, tidak suka menelan kebatilan perlakuan manusia, contohnya dalam keadaan yang RAMADH / huru hara melihat anak gadis kita dibawa keluar oleh teman lelakinya setiap malam dan balik pada hari esoknya pula, ketika itu takkan yang keluar dari mulut kita (bau mulut) nak yang wangi sahaja, silap-silap mungkin berpakej dengan pelempang Jawa sekali.

Bau Busuk dari mulut orang yang berpuasa itu keluar secara alami, semulajadi, tidak boleh di buat-buat. Rasanya cukup jelas untuk anda teruskan mentafakur fenomena ini secara mutasyabihat.

HARI INI RAMAI YANG BERMULUT WANGI, LEMAH LEMBUT DAN MANIS UNTUK MENGGADAIKAN AGAMA KERANA LABA DUNIA – MEREKA TIDAK MAMPU BERPUASA DARI GODAAN DUNIA INI.

Ungkapan “Solat untuk kita, puasa untuk Allah.” “Puasa jadi SIHAT, Hijrah jadi kaya” ada kebenaran dalam ritual dan aktualnya. Jasmani dan Rohaninya. Orang yang solat banyak mendapat hidayah dan petunjuk untuk pedoman kehidupan diri sendiri. Orang yang berpuasa pula sedang mempertahankan HAK ALLAH. Berpuasa untuk memperbanyakkan taubat, mengumpul sedekah dan zakat, mengurangi perbelanjaan (consumption) diri untuk saling membantu, membanyakkan iqra’, mengumpul furqon, dan sebagainya untuk membersihkan, memurnikan agama Allah. Berlatih menolak kepentingan diri, ibarat sang MALAIKAT yang tidak makan dan minum dalam melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah saw. bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka LEBIH MANIS daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (buas). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim pun akan menjadi bingung”. Daripada Abu Hurairah ra. H.R Termizi

HARI INI JUGA UMAT MENJADI BINGUNG DAN HILANG HORMAT DENGAN PERCANGGAHAN ULAMAK YANG FASIH TAPI FASIQ , YANG DATANG DARI PELBAGAI ASAL USUL.

Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada kefasihannya).” – Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. – H.R Ahmad

Ilmu dan kefahaman hasil iqra’ tidak bermula pada huruf (ayat halus), ia bermula dari ayat kasar (pemerhatian alam). Jadi ia tidak diukur dari kefasihan bahasa dan pertuturan lidah. Rasulullah s.a.w. hebat kerana proses Iqra’ itu, membaca ayat kasar (alam), bukan melalui tilawah (membaca ayat halus). Bahkan SELURUH kaum sedang jahil ketika Rasulullah menerima Iqra’. Peliknya, ramai pula yang menulis kitab dan mengaku pandai, begitu jugalah keadaan kita sekarang. Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufian pemimpin Mekah ketika itu juga Allah gelar jahil dan Ummi (tidak pandai membaca/iqra’ dari huruf al-Kitab). Bukankah mereka itu dari golongan atasan. Bukan kah Rasulullah sendiri juga peniaga hebat? Datuknya penguasa Mekah. Bapa saudara baginda Penguasa Mekah? Tidak kenal alif, ba, ta?

Untuk membenarkan Hadis Nabi dan penjelasan itu, mari perhatikan firman Allah ini.

Surah 62. Al Jumu’ah 2. “Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (kebijaksanaan). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,

Surah 2. Al Baqarah

78. Dan diantara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga.

79. Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan (dan idea) mereka sendiri, lalu dikatakannya; “Ini dari Allah”, untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.

KAMI TUTUP Iqrak’ tentang fenomena mulut busuk ini dengan firman Allah dalam Surah ke2 turutan turunnya (nuzul) al-Qur’an, selepas Surah Iqra’ (al-alaq) iaitu Surah ke 68. Al Qalam:

Ayat 8. Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).
Ayat 9. Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu).

KESIMPULANNYA,

Antibiotik, panadol Yang pahit di mulut, yang sakit semasa suntikan, yang busuk pada hembusan berita orang yang berpuasa itu boleh jadi UBAT.

Gula yang manis macam madu, kata-kata pendusta yang fasih tetapi FASIQ (penuh kepalsuan) selalunya jadi punca PENYAKIT.

Hasil IQRA’
WARGA PRIHATIN

Bersambung…

SAINS DI SEBALIK RITUAL PUASA – Bahagian 2

Bersambung dari artikel yang agak viral untuk bahagian 1, hari ini kami hidangkan kepada anda bahagian ke-2 pula yang mengupas secara empirikal tentang istilah-istilah lazim yang sering jadi tidak lazim disebabkan ketidak laziman kita terhadap fahaman asas kita terhadap “Al-Quran & Sunnah” yang dipusakakan oleh Rasulullah s.a.w.. Boleh jadi juga atas kekeliruan disebabkan input dari ribuan kitab “ pelbagai terbitan” selepas 2 pusaka tersebut. Mari kita berbicara tentang rahsia sains di sebalik Ramadhan, Puasa, Iqra, Nuzul Qur’an, Lailatul Qadar, Zakat, Fitrah sehinggalah Baju baru pagi Syawal.

Dari segi istilah dan harfiyah, Ramadhan bermaksud panas / tegang / huru hara (Ramadh). Ia terkait dengan situasi manusia yang kehilangan sistem dan cara hidup yang syumul. Hidup kini dilanda kejahilan, kebingungan dan kesesatan. Hidup ketandusan idea dan teraba-raba membuat ummat saling bertelagah dan memusuhi sesama sendiri. Kita kini MEMAKAI SISTEM yang semakin hari semakin lusuh, tidak mampu menutupi keaiban diri (aurat) mahupun melindungi kepanasan dan kesejukan. ‘Sistem’ itu secara mutsyabihat adalah seperti ‘pakaian’ kerana sistem itulah yang kita pakai hari-hari dan dengan sistem itulah aurat keaiban kita ditutupi dan kita diperlihatkan indah sahaja. Kita jadi cantik dan rapi dengan sistem. Contohnya jika lalulintas di Malaysia tiada sistem, maka berlanggarlah antara satu sama lain dan JADILAH KEKACAUAN, HURU HARA, DAN KETEGANGAN YANG MEMANASKAN HATI di persimpangan jalan.

Itulah Ramadhan dalam skop yang kecil. Kita besarkan lagi jadi skop Negara dan dunia pula. Dunia kita pun dah pakai sistem (pakaian) ala-ala Barat. Katanya berpakaian tetapi tersembul sana, terbuka sini, terjarang situ dan sebagainya. Sama sahaja yang terjadi pada hari ini kepada kita yang pakaian melekat pada badan, ada yang pakai ada yang tak pakai (kalau pakai lebih kurang, sama macam tak pakai lah).

Kurnia Allah kepada manusia yang sebenar-benarnya ialah berupa SISTEM dan hidayah kehidupan yang mensejahterakan, itulah ‘Diin’ agama, ‘a’ (tidak), ‘gama’ (kacau). Manusia guna sistem itu dan mereka akan dapat hidup penuh berkeyakinan diri, mandiri, saling menyayangi dan sangat sejahtera.

Bila keadaan ‘ramadh’, kita puasakan diri dari memakan dan minum pelbagai saranan yang selama ini saling bercanggah dan kurang berkesan. Air itu sering dikaitkan secara mutasyabihat dengan ILMU ataupun pada zaman nabi dulu sebagai wahyu. Kita tapislah ilmu-ilmu antara satu syeikh dengan syeikh yang lain. Sekarang ini alimin saling bergaduh kerana semuanya kata dia betul, maka adakah Islam itu yang salah.? Kita yang mendengar jangan “minum” sahaja apa yang diberi (Rujuk Artikel “Analogi Air di Hulu & Hilir sebelum ini). Ijma’ Ulamak adalah sandaran yang Rasulullah s.a.w. sarankan. Orang alim yang berjemaah dan memutuskan secara musyawarah, bukan masing-masing mengeluarkan fatwa secara Individu sewenang-wenang.

IQRA ADALAH PROSES NUZUL QURAN

Kita aktifkan semula fungsi diri sebagai hamba Allah. Bezakan benang putih dari benang hitam. Mulakan sahur dan bertaubat. Rendahkan diri serendahnya, agungkan Allah seagung-agungnya. Menggunakan sepenuhnya pendengaran, penglihatan dan hati untuk IQRA’ semula. Bandingkan kadar tahap ketepatan perlakuan dan perlaksanaan manusia berbanding apa yang telah Allah perintahkan (Rujukan : Al-Baqarah, 187)

Soal iqra, tilawah dan tadarus pun ada yang masih confuse bezanya. Iqra adalah cara bacaan Nabi (non-textual). Buktinya apabila Jibrail menurunkan wahyu pertama iaitu “Iqra” sedangkan tidak ada apapun nak dibaca (tilawah)kan. Maka sebenarnya, lebih tepat jika iqra itu berbeza dengan tilawah kerana iqra itu ialah “OBSERVE” / Perhati / Mengkaji dan bukannya Mengaji / Membaca tekstual. Membaca tekstual dan mengaji ini adalah TILAWAH. Hasil iqra’ memberi furqon, menjadi ketetapan (al-kitab) dan menjadi bahan tilawah Rasulullah s.a.w. kepada ummat. Rasanya itu cukup jelas untuk semua memahami konteks IQRA dan ia berbeza dengan TILAWAH. Berbeza juga dengan TADARUS (bacaan berulang-ulang). Dari iqra tadi kia tadaruskan dalam bulan puasa baru dapat FURQAN (salah satu komponen besar dalam Al-Quran tetapi ia datang dari hati – Rujuk Al-Baqarah,185).

Jika dibaca dalam konteks actual, ia akan jadi PENGKAJIAN & PEMERHATIAN (iqra), YANG BERULANG-ULANG (Tadarus) SEHINGGA MENERBITKAN PENDIRIAN (Furqan) dan dengan pendirian itu mampu untuk kita membezakan antara yang HITAM & yang PUTIH. Itulah proses hidayah dari Al-quran yang datang mencurah-curah (mencurah-curah ini sifat air juga). Inilah proses NUZUL QURAN yang berlaku dalam entiti diri kita sendiri. Nabi Muhammad s.a.w. dah dapat bahagian baginda melalui Jibril a.s. dan proses itu berulang semula dari ayat-ayat yang sama Jibril berikan kepada nabi tetapi dapat kepada kita melalui proses iqra atas apa yang di TILAWAHKAN kepada kita tadi DAN BUKAN IKUT-IKUT ORANG SAHAJA (Rujuk Al-Isra,36)

LAILATUL QADAR

Di hujung Ramadhan nanti akan kita rasakan segala POKOK bicara yang selama ini kita ikuti akan turut tunduk dengan POKOK bicara dan kehendak Allah. AIR hidayah yang kita takung selama ini akan beku. Pembakaran dan API (Naar) yang memanaskan (ramadh) tadi akan tidak lagi memanaskan hasil dari HIDAYAH (Nuur) al-Qur’an. Kita akan dapat satu hidayah besar yang merubah pemikiran dan pendirian dalam hidup kita keseluruhannya. Itulah LAILATUL QADAR, di mana amal satu malam gelap yang lebih baik dari 1000 bulan yang penuh kegelapan (83 tahun ~ seumur hidup manusia), kerana mendapat hidayah sebenar dari proses IQRA’ itu lebih baik dari sepanjang hayat kita terus menerus mengulangi tabiat ibadah ikut-ikutan tanpa menggunakan proses IQRA tadi itu. Seterusnya tidak difikir-fikirkan (Tafakur) dan dizikir-zikirkan. Oleh itu ibdah kita tidak menghasilkan sebarang ISLAH (pembaikan), tidak menjadi AMAL SOLEH bagi kita. Semuanya jadi pembaziran (rujuk surah al-Asr).

Setelah mendapat NUZUL QUR’AN & LAILATUL QADAR, InsyaAllah kita akan mampu mengeluarkan ZAKAT yang FITRAH dengan wajar jumlahnya, sepersepuluh seperti yang Rasulullah sarankan dan seperti sepersepuluh jumlah hari berpuasa dalam setahun yang sedang kita amalkan. Tidak lagi petani dan fakir miskin bayar RM10, jutawan juga bayar rm10. Tidak lagi berpuasa untuk mengejar pahla saja, bahkan bermegah-megah menghadapi raya, menambah sifat tamak dan riya’.

Rasulullah s.a.w telah bersabda; “Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak pakaian (yang telah lama dipakai), sehingga insan sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan PUASA, dan apa yang dimaksudkan dengan SOLAT dan apa yang dimaksudkan dengan NUSUK (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan SEDEKAH. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”. Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. – H.R Ibnu Majah

InsyaAllah, kita juga akan dapat memulakan hidup baru di pagi raya dengan ‘pakaian’ baru yang lebih cantik. Hidup tenang penuh kegembiraan, saling bermaafan dan berkasih sayang tidak kira jutawan mahupun Si Fakir. Itulah AIDUL FITRI. Itulah FITRAH Islam yang amat sejahtera lagi mensejahterakan.

Hasil IQRA
WARGA PRIHATIN.

Bersambung…

———— Tips kata kunci & glosari kata—————

Ramadan – Satu suasana yang panas, bingung, lintang pukang, huru hara.

Puasa – menahan diri,

Benang Putih – lembaran yang benar, haq

Benang Hitam – Lembaran yang salah, batil.

Iqra – kaji

Tadarus – baca berulang-ulang

Nuzul Qur’an – turunnya al-Qur’an

Lailatul Qadar – malam Istimewa yang berkadar (Nisbah yang besar), di hujung Ramadhan.

Zakat – sedekah yang menyucikan menenangkan hati

Fitrah – wajar, patut

Baju baru pagi Syawal – pakaian, cara hidup baru dan fresh. Itulah cara ISLAM, sejahtera.

——— RUJUKAN ———————

2. Al Baqarah
185. “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan bukti penjelasan dari petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan, maka sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, (diganti) pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”
187 “… dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam, janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri’tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa”.

17. Al Israa’ 36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

10. Yunus 36. Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

30. Ar Ruum 30. Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,

36. Yaasiin 6. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.

AL ‘ASHR (MASA), 103
1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

3. Ali ‘Imran 17. orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur.

Dan banyak lagi … kenalah mula tanam minat untuk kita sama-sama baca dan IQRA’ sendiri.

Sains di sebalik Puasa – Bahagian 1

SAINS DI SEBALIK RITUAL PUASA – Part 1

Islam ini syumul. Ia satu sistem yang dinamik dan komprehensif mencakupi segala sudut kehidupan. Setiap disiplin dalam ritual ibadat ada penerapan disiplin tertentu dalam sains kehidupan itu sendiri.

Sains paling besar dalam ibadat puasa ialah “Mendidik Hawa Nafsu” dari melakukan perkara-perkara yang dibolehkan (halal) pada hari biasa tetapi menjadi haram dilakukan semasa berpuasa.

Tapi yang menariknya, ada pula orang ingat bulan puasa ini sekadar yang minum arak kena berhenti minum arak selama sebulan. Yang kerja GRO kena hormati waktu terawikh untuk tidak melayan pelanggan, yang dulu seksi pada bulan puasa mula pakai baju kurung, berselendang atau bertudung litup. Masuk hari raya, semuanya kembali seperti sebelumnya (Geleng kepala). Kalau minum arak, berzina, tak tutup aurat ini pada hari bukan Ramadhan pun dah haram dan bukan sekadar bulan Ramadhan sahaja.

Yang nak dijinakkan ialah hawa nafsu kita. Sepanjang 1 tahun ada 1 bulan yang dipanggil Ramadhan. 11 bulan yang lain hari yang biasa dan boleh kalau nak berpuasa juga boleh untuk tidak berpuasa.

Jika kita ingin mendapat fadilat puasa sepanjang tahun, kena tambah 6 hari dalam bulan Syawal. Jika dihitung-hitung, 30 hari + 6 hari puasa enam = 36 hari dari 365 hari setahun = 10% yang kita puasa sepanjang tahun. Bersesuaian dengan hadith nabi yang maksudnya “10% hasil panen tani harus dizakatkan”. Ringkasnya 10 suap rezeki, 1 suap untuk Allah.

Awal-awal Al-Baqoroh (surah Lembu Betina) Allah tuntut kita “menginfak apa saja yang Allah rezkikan, tanpa RAGU-RAGU”. Dalam surah itu jugalah diterangkan panjang lebar tentang PUASA.

Sainsnya, dari hasil kita menundukkan nafsu, kita mampu membuat penjimatan. Jika hari biasa kita belanja RM20, hari puasa kita belanja RM10 dan kita jimatkan RM10. RM10 x 30 hari = RM300 berjaya kita jimatkan dan RM300 itulah nilai penjimatan yang kita ZAKAT FITRAH kan.

Hari ini, zakat fitrah ditentukan SAMA semuanya. Petani ladang sayur suku ekar, pesawah yang dapat beberapa ratus sekali panen pun bayar sama dengan hartawan berpendapatan RM1 juta seminggu. Adilkah? Fitrah atau patutkah begitu? Jika tidak, bolehkah zakat itu di panggil Zakat Fitrah? Kalau Zakat yang menfitrahkan langit dan bumi itu belum berlaku, maka apa jenis Raya Fitrah, Idul Fitri yang kita rayakan selama ini?

Berapa ramaikah kita mengambil 10 suap dari 10 suap yang Allah beri kesemuanya untuk kita sendiri? Ada tak 10% setiap tahun yang digunakan untuk disumbangkan semula kepada apa-apa sahaja yang mendaulatkan Allah (yang NamaNya kini sedang dicemari, kedaulatan agamaNya diperlekeh) pada mata umum melalui tingkah laku Muslim itu sendiri.

Berapa ramai pula yang pada hari biasa belanja sehari RM20 tetapi pada bulan puasa belanja sehari jadi RM50? Di manakah datangnya barakah jika pembaziran berlaku pada bulan Ramadhan? Hari biasa makan di rumah, bulan puasa di Hotel sana sini. Kerana itu jugalah indek jenayah, rasuah bertambah di musim ini.

Hari raya pula jadi medan menayang kereta baru, baju rekaan pereka terkenal yang harganya beribu-ribu. Hanya leret sahaja kad kredit, yang pentingnya gaya. Yang berkereta baru pula selepas raya haji finance dah mula telefon nak tarik kereta. Itupun mereka sanggup agar tidak malu di pagi raya bersama kawan-kawan lama yang baru jumpa semula selepas 10 atau 15 tahun. Kononnya mahu ditayangkan kejayaan peribadi kepada mereka semua. Rumah terbuka wajib buat besar besaran. Panggil band, artis supaya meriah..!

DISIPLIN BESAR

Apabila NAFSU ditekan, AKAL mula mengambil fungsi. Nafsu dan Akal seperti Utara & Selatan dalam sebuah kompas. Ia tidak mungkin bersatu tetapi untuk menundukkan akal, didiklah nafsu dan untuk jadi orang yang berakal tinggi, jadilah orang yang bernafsu rendah. Puasalah dengan sebenar-benar Puasa. Mudah kan?

Ternyata dalam sejarah bahawa Nabi sendiri menempa kejayaan dalam banyak peperangan pada bulan puasa. Disiplin puasa juga yang menjadi tunjang kekuatan tentera Sultan Mehmet Alfateh dalam menawan Constantinople. Mereka menjadi KUAT kerana puasa. Berlainan sekali dengan puasa sekarang ini. Makin puasa, makin lemah, makin melepek, makin banyak tidur dan MAKIN banyak makan semasa buka puasa. Macammana nak jadi kuat?

Sainsnya berbalik kepada fungsi AKAL dan NAFSU tadi. Kekuatan AKAL yang tinggi oleh tentera Perang Badar juga tentera Mehmet Alfateh disebabkan mereka berjaya tundukkan nafsu. Maka akal mereka berfungsi secara maksima. Akal juga menunjang kekuatan fizikal dan mental. Itulah punca kemenangan mereka.

Apa dah jadi pada kita ni?
Kita ni puasa ke tak ni?

Jika puasa memberi kebaikan dan kekuatan, sebaliknya yang kita dapat hanya LEMAH DAN LESU, sebenarnya kita ni TAK PUASA PUN.

Betul tak?

(bersambung)

Hasil iqra
WARGA PRIHATIN

Salam Ramadhan

Ramadhan datang lagi. Bulan keberkatan, bulan diturunkan al-Qur’an, bulan dihadiahkan LailatulQadar. Bulan Maghfiroh, penuh keampunan. Bulan di mana Syaitan diikat, pintu syurga dibuka luas, pintu neraka tertutup rapat, BLA BLA BLA..

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain dari mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Dari hadis di atas, masih okey lagi jika sekurang-kurangnya kita masih berpeluang merasai sedikit lapar dan dahaga untuk merihatkan badan untuk menjaga kesihatan juga menginsafi kesusahan insan yang kurang bernasib baik.

JANGAN SAMPAI lapar dan dahaga pun kita tidak rasai, kerana terlalu bermewah dengan makan minum di sana sini. Yang sakit yang berpunca dari habit makan, semakin bertambah sakit, yang susah mencari makan makin bertambah melarat, jika puasa dengan menghimpun makanan, kuih muih, langsir, perabut, kereta, rumah dan baju baru bla bla bla.. jauh sekali mengamalkan penjimatan (hakikat puasa itu sendiri) untuk dizakatkan (dengan jumlah yang fitrah dengan kemampuan kita) untuk pembangunan Islam, merahmatkan alam, sebagai hasil fitrah dari puasa yang kita amalkan.

Untuk renungan bersama.

Selamat berpuasa dari,
WARGA PRIHATIN.

Bersambung.

Analogi Air Hilir dan Hulu Sungai : Fenomena “Memuja” Para Alimin.

PERINGATAN : PEMBACAAN MUTASYABIHAT YANG PERLUKAN PEMIKIRAN KRITIS UNTUK FAHAMI. INI SEBUAH DISKUSI MAKA BERBINCANGLAH DALAM SUASANA HARMONI SEKALIPUN JIKA PENDAPAT ANDA BERLAINAN.

Dari langit hanya air hujan yang tulin. Setelah melalui darat, dari kawasan bukit turun ke lembah, mengalir sepanjang sungai, mengumpul kotoran kampung dan bandar, ia bertambah rasa dan bila tiba di laut, air yang tulin itu dah bercampur garam, mineral tidak dilupa juga pelbagai, kencing dan sampah sarap.

Sama juga, ilmu yang Allah turunkan kepada kita adalah tulin dari Al-Quran dan bila sampai kepada Nabi & Rasul dialirkan terus dari sungai kecil di hulu sungai hingga kepada zaman kita sudah jadi Sungai Besar di hilir dan tak kurang ada yang sampai ke laut yang masin. Kiranya air laut itu langsung tidak boleh diminum juga tidak boleh nak basuh kereta pun (nanti berkarat kereta kerana kandungan Natrium Chloride). Jika nak mandi pun wajib bilas dengan air tawar selepas mandi. Begitu jugalah bandingan ilmu dari lautan manusia ini, harus di rujuk kepada air yang tulin sebelum digunapakai..

Adakala, kita keliru dengan percampur adukan air di Hilir Sungai, lalu kita ke hulu sungai untuk mencari ketenangan di celah legeh & pokok yang nyaman. Kadangkala banyak sampah dan bangkai di hilir sedangkan kita dambakan air bersih yang tulin seperti bersihnya air di hulu sungai lalu kitapun menelusuri sungai besar sampailah ke hulunya bagi mencari sumber asal yang masih bersih dalam hutan yang penuh pokok-pokok menyejukkan.

Kini, pelbagai ilmu terbitan yang digarap dari pemahaman orang lain yang membacakan Al-Quran & Sunnah dengan stigma bahawa “untuk baca Al-Quran & Sunnah perlukan ketinggian ilmu dan guru-guru dari golongan ulama yang muktabar”. Belajar tanpa guru maka gurunya ialah Syaitan adalah satu ungkapan popular tetapi tidak ada hadithnya juga tiada pula nas dari kitabullah sendiri yang membenarkan ungkapan itu. Ia hanya satu stigma yang ditanamkan oleh Snauck Hurgronje seorang mubaligh Kristian yang masuk Islam untuk menghancurkan Islam pada kurun ke 19. Beliau menguasai Al-Quran tatkala ramai orang Islam sendiri pun tidak menguasainya. Lalu dengan kewarakannya, dengan serban dan jubahnya, beliau dipuja sehingga dilantik menjadi kiyai dan mufti Acheh yang sangat dihormati di Nusantara dengan nama Kiai Haji Abdul Ghafur. Selesai missi teologi itu, setelah Belanda berjaya menawan Indonesia, beliau kembali ke agama asal beliau.

Ungkapan “Belajar mesti BERGURU” itu adalah dari ungkapan Imam Syafie yaitu “Kebodohan paling besar adalah mengambil helai-helaian sebagai Sheikh” dan “sesiapa yang tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam” lalu Snouck menggunakan 2 ungkapan itu untuk mewajibkan kepercayaan besar terhadap guru sehingga melarang pembacaan SECARA TERUS kepada Al-Quran & Sunnah tanpa pantauan beliau sendiri.

Kesudahannya, penipuan tidak mampu dikesan. Apabila manusia di HILIR sungai tidak pernah melihat bagaimana bersihnya hulu sungai, pasti mereka akan merasakan bahawa bangkai dan sampah yang datang dalam aliran hilir juga adalah satu perkara NORMAL.

Hasilnya, sekarang ini juga kita lihat bagaimana golongan-golongan alimin mula bantah membantah antara satu sama lain walaupun mereka semua dalam satu aliran yang sama jika dilurut sampai ke hulu.

Dalam surah An-nisa ayat 59, Allah menyatakan tingkatan ketaatan. Untuk taat kepada Allah kena taat kepada rasul dan untuk taat kepada rasul kena taat kepada ulilamri. Jika ada perselisihan, kembalikan kepada ALLAH & RASUL (Kitabullah & Sunnah Rasul). Allah sendiri turunkan ayat ini pasti Allah dah tahu pada akhir zaman orang akan memisahkan hulu sungai dengan hilir sungai agar kekotoran dilihat sebagai kehidupan. Maka Islam akan jadi lemah. Seharusnya kita mampu mencari jawapan kepada segala perselisihan itu dengan merujuk kepada sumber asli air (ilmu) itu dari bahagian hulu lagi.

Islam asalnya hanya ada 2 pusaka besar iaitu KITABULLAH & SUNNAH RASUL. Dalam khutbah wida’, nabi Muhammad SAW sendiri bersabda meninggalkan keduanya kepada UMAT ISLAM (bukannya secara spesifik nabi katakan kepada golongan guru). Sebab itu juga, aqidah pada akhir zaman mudah disesatkan hanya dengan perwatakan menarik dan sedikit hafazan yang lancar juga mahraj Arab yang baik seorang `guru’. Sedihnya ramai di kalangan umat yang tanpa sedar mengagung-agungkan Guru, alimin keterlaluan, kelihatan seolah-olah MENYEMBAH mereka melebihi sembahan terhadap Allah s.w.t. Nabi sendiri berulangkali menegaskan, jangan memuja diri Baginda berlebihan, sembahlah, agungkanlah setinggi-tingginya Allah saja.

Isu sembahan ini ditegaskan Allah dalam surah 9. At Taubah 31. “Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada SEMBAHAN selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.”

Fenomena inilah yang telah menyebabkan kesucian dan keredoaan Allah terhadap umat Isa ditarik balik. Inilah juga hakikat yang berlaku sekarang, yang mana minda umat perlu di transformasi semula, perlu di instalasi semula dengan air yang suci bersih lagi segar.

Jangan Guna Akal Untuk Menilai Ilmu Islam ?

Fenomena ini tersangat songsang dan melemahkan. Allah sendiri dalam terlalu banyak firmannya jelas tegas memerintahkan kita gunakan akal, bahkan memurkai orang yang tidak gunakan akal,

Antaranya dalam surah 10. Yunus 100. Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.

Surah 5. Al Maa’idah 100. Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.”

Jika kita guna akal, membaca surah 9 ayat 31 ada kisah besar sebagai pelajaran. Sesuai dengan firman Allah dalam surah 12. Yusuf 111. Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Jika masing-masing individu alimin yang berpecah belah, dan bukannya ulamak yang bersatu telah menjadi kiblat kita, maka guna akal waras, kembali kepada fitrah Allah, panjatlah bukit dan gunung mencari air yang segar.

Di Surah 2. Al Baqarah 142. Allah berfirman “Orang-orang yang kurang akalnya di antara manusia akan berkata: “Apakah yang memalingkan mereka dari kiblatnya yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?” Katakanlah: “Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus”.

Jadi guna akal sepenuhnya, perhatikan alam ini bagaimana Allah selitkan ilmunya untuk pedoman kehidupan kita. Pujilah Allah kerana menampakkan kepada kita ilmunya melalui cara alam ini di atur (Alhamdulillahirobbil Aalamiin). Jadikan ia hidayah kaedah yang harus di amal istiqomahkan (Ihdinassirootolmustaqiim) agar dapat merasa nikmat sebagaimana mereka yang pernah merasainya.

Surah 2. Al Baqarah 269. “Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran.”

Ilmu besar Allah yang penuh dengan strategi kehidupan terselit dalam ayat ayat mutasyabihat yang mengaitkan fitrah alam. Berjalan dan perhatikanlah alam ini untuk menggali ilmu Allah dengan akal yang tajam. Sesuai dengan firman Allah dalam surah 3. Ali ‘Imran ayat 7. “ … Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal. “

Ia berbalik kepada kisah Snouck yang kemudiannya berjaya melemahkan Islam dengan memisahkan SAINS dari ISLAM. Kononnya, kerja ditempat kerja, ibadat di tempat ibadat sedangkan pada zaman nabi dan para sahabat dahulu, kejuruteraan & perniagaan juga adalah IBADAT. Kenapa ramai percaya? Kerana kita ditegah menelek semula lembaran ASAL (air sungai di hulu).

Harus ada kekuatan untuk melawan fenomena songsang ini, kembalilah merenung kaedah menuntut ilmu yang Allah ajarkan.

Jadi, jika hari ini kita pening dengan segala sampah sarap, bangkai yang bercampur dengan air yang sebelumnya bersih…, singkap-singkap kembali menelusuri sungai besar sampai ke hulu yang bersih. Itu juga yang Allah sarankan dalam ayat 59 surah An-Nisa yang disebutkan di atas. Jangan sampai dengan kemalasan mengkaji, kita menerima segala-galanya tanpa usul periksa menyebabkan kita jadi orang yang selesa makan sampah & bangkai juga meminum air kotor tercemar dengan pelbagai kencing dan najis manusia sepanjang sungai dan lembah hanya kerana kita tak pernah mahu lihat perbandingan air yang bersih di hulu sungai itu sendiri.

Renungkan dengan baik, fikirkan dengan baik dan sekiranya anda ada berlainan pendapat, kami jemput anda menyatakannya di sini dan diharap anda sertakan sekali dalil-dalil dari kitab Allah & Sunnah Rasul dan bukannya ungkapan alimin atau petikan video-video para alimin. Berbincang dengan HIKMAH kerana itu yang Allah ajarkan di dalam Al-Quran secara jelas dan terang.

Logiknya, jika semua ilmu tok tok guru itu tepat belaka, jika semua GURU memahami dan melaksanakan aplikasi ilmu Allah yang benar dengan tepat dan kaffah, Muslim akan jadi semakin soleh, sentiasa Islah dan bertambah baik. Adakah ini berlaku ataupun sebaliknya..? “Tidak Islam orang yang hari ini sama dengan semalam” (Hadis), apatah lagi yang semakin buruk dari semalam.! Adakah Islam menjadi semakin baik berbanding dengan dahulu? Semakin bersatu? Semakin berakhlak? Semakin dihurmati?

Surah 5. Al Maa’idah 68. Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.” Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.

Surah 62. Al Jumu’ah 5. “Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. “

Subhanallah. Sama sama kita fikirkan.

Selamat berdiskusi, salam Jumaat

Lontaran fikir
WARGA PRIHATIN

Fenomena Mengutuk Pemimpin bukan Ajaran Islam

Perangai mengutuk pemimpin dan Sultan secara terbuka sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. Itu bukan cara Islam, semua Muslim tahu akan hal itu. Jika Muslim amal tabiat itu pastinya ia tidak layak mengaku Muslim. Tapi itulah hakikatnya, semacam tidak ada apa salahnya dengan tabiat hudoh itu, yang kini rata-rata menjadi amalan ekstemis Muslim.

FB, tweeter, blog, YouTube penuh dengan pelbagai gambar-gambar, video, kata-kata rencana dan macam-macam material kutukan yang melampau secara terbuka, TETAPI DI BELAKANG PEMIMPIN. Semua itu berbaur hasutan, mengajak orang membenci. Yang dikutuk akan kekal dengan tabiat yang menjadi bahan kutukan terhadap beliau. APA KESUDAHANNYA?

Rasulullah s.a.w dalam hal ini telah bersabda dalam satu hadis sahih:

“Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya”

Dalam hadis sahih yang lain Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Maafilah kesalahan-kesalahan orang-orang kenamaan dari kalangan kamu” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:

“Sesiapa yang melihat di kalangan kamu satu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, kemudian sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”

Ironinya, dulu seluruh bangsa di Malaysia menghormati institusi Raja dan Menteri. Apabila Melayu Muslim mulakan, maka menari-narilah umat yang lain, dalam dan luar negara ikut memukul gendang kutukan sewanang-wenangnya.

WARGA PRIHATIN mengajak agar kita berhenti dengan tabiat itu. Tidak kiralah samada kita golongan partisan maupun yang kononnya sedang berceramah agama ke sana ke mari. Bukan berhajat untuk kita menelan saja segala kebatilan, tetapi mengajak agar menggunakan kaedah yang berhemah, mengikut pendekatan Al-Qur’an dan Sunnah untuk memperbetulkan sebarang kesilapan.

Sekali lagi ditekankan, DEBAT akan menerbitkan ideologi bantah membantah, sentiasa berlaku cadang dan bangkang. “berbantah-bantah akan melemahkan kamu” (Firman). “Tegakkanlah Diin, dan jangan kamu berfirqah-firqah”(Firman).

Jalan penyelesaian ialah SYURO. Sumber dalil NAQLI. Satu surah Allah nukilkan dalam Al-quran yang kononnya kita junjung (Bukunya) tapi tidak kita amalkan Hidayah dariNya. Mari ramai-ramai fikirkan dengan fakta yang jelas, apa kesalahan dan keburukan pemimpin, apa pula kebaikan mereka yang kita sukai. Cari saluran yang betul untuk kita sampaikan kepada mereka secara tertutup. BERHENTILAH MENGERUHKAN KEADAAN MELALUI KUTUKAN LIAR.

“al-Qur’an diturunkan untuk memperbaiki akhlak manusia, dan akhlak Rasulullah s.a.w. ialah al-Qur’an” (Hadis). “Taati Allah dan taati Rasul dan Ulil amri di kalangan kamu, dan jika ada perselisihan, kembalikan kepada Allah dan Rasulnya (al-Qur’an dan Sunnahnya)” (Firman). “Jika tidak dari Allah, pasti banyak khilaf” (Firman). “Sesungguhnya was wis (bisikan jahat) itu adalah perbuatan Syaitan” (Firman)

Akhlak ialah mengikut kehendak al-Kholiq (pencipta). Cara paling beradab ialah mengikut saranan Allah melalui kitabnya al-Qur’an. Lawan berADAB ialah BIADAB.

Mari sama-sama kita renungkan dan sama-sama buat ISLAH (pembaharuan pendekatan) agar amal kita menjadi amal yang SOLEH (berhasil dan membawa pembaharuan ke arah kebaikan). Jika tidak, amal usaha kita untuk memperbetulkan pemimpin akan jadi sia-sia (surah al-Asr), “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (kerana menyalak dengan cara itu akan menjadikan usaha kita sia-sia, menang jadi abu , kalah jadi arang), keculi orang yang beriman dan beramal SOLEH, dan mereka nsihat menasihati dengan kebenrn, nasihat menasihati dengan kesabaran”

TERLALU BANYAK UNTUK DI UNGKAPKAN TENTANG INI. BERHENTILAH MENGUTUK, MELALAK, MENULIS, MELUKIS GAMBAR DAN LAIN-LAIN SECARA TERBUKA. IKUTLAH APA YANG DI ANJURKAN OLEH AL-QURAN DAN SUNNAH.

Keluhan dan seruan
WARGA PRIHATIN