Category Archives: Unsung Hero

image_pdf

KAUNTER ASNAF PROJEK PELANGI FOOD AID

KAUNTER ASNAF BANTUAN MAKANAN DI DAPUR RAYA PRIHATIN.Demi mencipta generasi anak-anak yang insaf dan prihatin, RPWP…

Posted by Warga Prihatin on Khamis, 26 Julai 2018

HANI CALON MEDIC DARI DAPUR RAYA PRIHATIN

HANI – 'CALON MEDIC' DARI DAPUR RAYA PRIHATIN.Kisah Anakanda Nurhani yang tular tahun lepas bersambung lagi. Kisah…

Posted by Warga Prihatin on Sabtu, 4 Ogos 2018

UNIKNYA SISTEM PENDIDIKAN AIP

Ada pembaca yang forwardkan screenshot ini dan ucapkan tahniah kepada RPWP. .Terima kasih kepada Nur Jannah Keman dan…

Posted by Warga Prihatin on Jumaat, 3 Ogos 2018

CARA MENANGANI ANAK ‘LEMBAM’

CARA MENANGANI ANAK LEMBAM

CARA MENANGANI ANAK 'LEMBAM'.Setiap insan dilahirkan dengan keistimewaan yang tersendiri, termasuklah anak-anak yang digelar lembam, disleksia, hyperaktif dan sebagainya ini..Sebenarnya tiada istilah anak lembam. Yang ada hanyalah khilaf penjaga dalam proses pembinaan siyasah dan sahsiyah mereka sahaja. Akibatnya, mereka merasa kurang berupaya dan dipenuhi rasa rendah diri. Apa tidaknya, dari kecil mereka hanya berkomunikasi dengan 'besi'. .Ada anak lembam yang terus menerus senyap dan tidak mahu berkata-kata. Apabila diselidik, rupanya itu situasi mereka ketika bersama keluarga. Dari pagi hingga ke pagi asyik leka bermain game saja. Mahu bercakap pun tiada siapa yang mahu melayaninya. Jauh sekali untuk mengajar mereka ilmu itu dan ini..Setibanya di RPWP, biasanya kami akan ambil tempoh bertenang dan memerhati baik buruk, kelebihan dan kelemahan anak-anak ini. Kami campurkan dengan pack yang sesuai dengan mereka dan perhatikan cara mereka menyesuaikan diri..Ada yang berubah secepat kilat. Sebaik saja bercampur, mereka terus boleh menyesuaikan diri. Mereka ikut sahaja peraturan dan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak lama. Mereka ikut bersama dalam syuro anak-anak, dalam solat, kuliah dan bekerja..Bersyukur kami ada anak-anak yang ramai dan datang dari berbagai latarbelakang dan bermacam warna. Yang ada kelebihan menjadi pembimbing kepada yang kekurangan..Namun begitu tidak semua perubahan anak-anak ini boleh berlaku secara semulajadi. Jika anak-anak lembam ini tidak menunjukkan perubahan dalam tempoh selewat-lewatnya satu bulan, maka kami akan mula aturkan takwim atau task khusus untuknya..Tujuan utama ialah untuk mereka merasa diri mereka juga ada 'harga'nya. Kami beri mereka tugasan yang paling mudah mengikut kemampuan diri sambil diperhati oleh para murobbi..Kelebihan anak-anak lembam ialah mereka tidak pandai bercakap bohong. Ibubapa yang memiliki anak lembam mungkin boleh sahkan perkara ini. Oleh itu kami jadikan sifat tulus itu untuk mengangkat fungsi diri anak-anak seperti ini..Masalah utama penjaga ialah tidak dapat mengesan masalah atau salah laku anak-anak mereka sejak mula. Sekalipun ratusan cctv di RPWP boleh membantu, namun fungsi pengawas yang bercirikan malaikat (tiada kepentingan diri) masih diperlukan untuk mengapit anak-anak ini..Anak dalam video ini contohnya telah kami amanahkan untuk mengapit adik-adik tadika yang jauh lebih muda darinya. Dia diminta memerhati dan melaporkan segala salah laku mereka. .Alhamdulillah, akhirnya malah dia sendiri ambil inisiatif untuk mengajar matematik, membaca dan menulis kepada adik-adik tadikanya. Jika abang-abang besar sibuk kerja di luar, dia sendiri ajak adik-adik solat dan mengimaminya. Ternyata dia tidaklah 'selembam' mana seperti yang kita sangka. .Alhamdulillah daripada anak yang terbiar, tidak mahu bercakap dan suka mengasingkan diri, kini dia merasa lebih berkeyakinan dan mula menunjukkan keterampilan..Kebanyakan anak-anak lain mampu menyesuaikan diri dalam masa satu atau dua hari. Anak ini pula mengambil masa hampir sebulan. Namun hasilnya tetap sama jika kita sabar dan tahu menangani segala kelemahan dan mengenalpasti kelebihan dirinya. .Awal-awal dahulu dia terlalu rindukan gajet dan video game lamanya. Asyik merengek sahaja mahu balik, namun sekarang tidak lagi. Jika dahulu beliau 'berat mulut', hari ini beliau antara anak yang paling banyak bercakap dalam syuro anak-anak..P/S: Jangan terkejut dengan bahasa yang dia guna. Di RPWP, anak kecil yang tidak menyahut atau tidak datang dekat apabila dipanggil pun sudah dikira 'kurang ajar' oleh 'pengawas' ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat,WARGA PRIHATINWith – Warga Rpwp

Posted by Warga Prihatin on Rabu, 25 Julai 2018

 

CARA MENANGANI ANAK ‘LEMBAM’
.
Setiap insan dilahirkan dengan keistimewaan yang tersendiri, termasuklah anak-anak yang digelar lembam, disleksia, hyperaktif dan sebagainya ini.
.
Sebenarnya tiada istilah anak lembam. Yang ada hanyalah khilaf penjaga dalam proses pembinaan siyasah dan sahsiyah mereka sahaja. Akibatnya, mereka merasa kurang berupaya dan dipenuhi rasa rendah diri. Apa tidaknya, dari kecil mereka hanya berkomunikasi dengan ‘besi’.
.
Ada anak lembam yang terus menerus senyap dan tidak mahu berkata-kata. Apabila diselidik, rupanya itu situasi mereka ketika bersama keluarga. Dari pagi hingga ke pagi asyik leka bermain game saja. Mahu bercakap pun tiada siapa yang mahu melayaninya. Jauh sekali untuk mengajar mereka ilmu itu dan ini.
.
Setibanya di RPWP, biasanya kami akan ambil tempoh bertenang dan memerhati baik buruk, kelebihan dan kelemahan anak-anak ini. Kami campurkan dengan pack yang sesuai dengan mereka dan perhatikan cara mereka menyesuaikan diri.
.
Ada yang berubah secepat kilat. Sebaik saja bercampur, mereka terus boleh menyesuaikan diri. Mereka ikut sahaja peraturan dan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak lama. Mereka ikut bersama dalam syuro anak-anak, dalam solat, kuliah dan bekerja.
.
Bersyukur kami ada anak-anak yang ramai dan datang dari berbagai latarbelakang dan bermacam warna. Yang ada kelebihan menjadi pembimbing kepada yang kekurangan.
.
Namun begitu tidak semua perubahan anak-anak ini boleh berlaku secara semulajadi. Jika anak-anak lembam ini tidak menunjukkan perubahan dalam tempoh selewat-lewatnya satu bulan, maka kami akan mula aturkan takwim atau task khusus untuknya.
.
Tujuan utama ialah untuk mereka merasa diri mereka juga ada ‘harga’nya. Kami beri mereka tugasan yang paling mudah mengikut kemampuan diri sambil diperhati oleh para murobbi.
.
Kelebihan anak-anak lembam ialah mereka tidak pandai bercakap bohong. Ibubapa yang memiliki anak lembam mungkin boleh sahkan perkara ini. Oleh itu kami jadikan sifat tulus itu untuk mengangkat fungsi diri anak-anak seperti ini.
.
Masalah utama penjaga ialah tidak dapat mengesan masalah atau salah laku anak-anak mereka sejak mula. Sekalipun ratusan cctv di RPWP boleh membantu, namun fungsi pengawas yang bercirikan malaikat (tiada kepentingan diri) masih diperlukan untuk mengapit anak-anak ini.
.
Anak dalam video ini contohnya telah kami amanahkan untuk mengapit adik-adik tadika yang jauh lebih muda darinya. Dia diminta memerhati dan melaporkan segala salah laku mereka.
.
Alhamdulillah, akhirnya malah dia sendiri ambil inisiatif untuk mengajar matematik, membaca dan menulis kepada adik-adik tadikanya. Jika abang-abang besar sibuk kerja di luar, dia sendiri ajak adik-adik solat dan mengimaminya. Ternyata dia tidaklah ‘selembam’ mana seperti yang kita sangka.
.
Alhamdulillah daripada anak yang terbiar, tidak mahu bercakap dan suka mengasingkan diri, kini dia merasa lebih berkeyakinan dan mula menunjukkan keterampilan.
.
Kebanyakan anak-anak lain mampu menyesuaikan diri dalam masa satu atau dua hari. Anak ini pula mengambil masa hampir sebulan. Namun hasilnya tetap sama jika kita sabar dan tahu menangani segala kelemahan dan mengenalpasti kelebihan dirinya.
.
Awal-awal dahulu dia terlalu rindukan gajet dan video game lamanya. Asyik merengek sahaja mahu balik, namun sekarang tidak lagi. Jika dahulu beliau ‘berat mulut’, hari ini beliau antara anak yang paling banyak bercakap dalam syuro anak-anak.
.
P/S: Jangan terkejut dengan bahasa yang dia guna. Di RPWP, anak kecil yang tidak menyahut atau tidak datang dekat apabila dipanggil pun sudah dikira ‘kurang ajar’ oleh ‘pengawas’ ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat,

WARGA PRIHATIN

LIVE – Pengasas AIP di BNC TV

 

SIARAN LANGSUNG PENGASAS AKADEMI INSAN PRIHATIN (AIP) DI BERNAMA NEWS CHANNEL TV.

Saiful Nang di program Nine11 Bernama News Channel (BNC)

PARENTING TIPS #10 : AJAR ANAK BEKERJA

SELAMAT HARI RAYA DARI PROJEK PELANGI AS-SALAM

 

SELAMAT HARI RAYA DARI PROJEK PELANGI AS-SALAM

SELAMAT HARI RAYA DARI PROJEK PELANGI AS-SALAMTahniah buat seluruh warga Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Baru Bangi yang telah bersama PROJEK PELANGI. Semuga video ini mampu membuka mata dan hati lebih ramai umat Islam di akhir zaman ini. Rasulullah SAW bersabda:‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)Sabda Baginda lagi,إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)Semuga amal yang sedikit ini mendapat redha Allah lagi diberkati.Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin Ucapan tulus dari,WARGA PRIHATIN

Posted by Warga Prihatin on 21hb Jun 2017

SELAMAT HARI RAYA DARI PROJEK PELANGI AS-SALAM

Tahniah buat seluruh warga Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Baru Bangi yang telah bersama PROJEK PELANGI. Semuga video ini mampu membuka mata dan hati lebih ramai umat Iswlam di akhir zaman ini.

Rasulullah SAW bersabda:

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Sabda Baginda lagi,

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)

Semuga amal yang sedikit ini mendapat redha Allah lagi diberkati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

Ucapan tulus dari,
WARGA PRIHATIN

NURHANI KETUAI BANTUAN BAJU RAYA PROJEK PELANGI

Anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin menggembling tenaga menyiapkan baju raya untuk anak-anak yang senasib dengan mereka.

Tahun 2016, mereka berjaya menyiapkan 750 pasang baju raya untuk diagihkan kepada yang memerlukan. Satu usaha yang murni dalam membantu golongan anak yatim dan kurang berkemampuan.

TETAMU :

1) NURHANI MASJUKI , PROJEK KOORDINATOR 

2) IZZAH MAISARAH SAPAWI

KEJAYAAN NURHANI – HASIL INSPIRASI KASIH DAN ILMU BAPA TERCINTA

INSPIRASI BAPA & ANAK – DEMI KASIH DAN ILMU

INSPIRASI BAPA & ANAK – DEMI KASIH & ILMUUsianya baru menjangkau 18 tahun namun hampir separuh usianya sudah diabadikan sebagai sukarelawan, demi kasih dan ilmu dia melakukan semampu yang boleh..Ikuti curahan hati Nur Hani Masjuki dan pesan-pesan bapa tersayang di pentas "Assalamualaikum" – TV Al-Hijrah –

Posted by Warga Prihatin on Rabu, 22 Mac 2017

INSPIRASI BAPA & ANAK – DEMI KASIH & ILMU

Usianya baru menjangkau 18 tahun namun hampir separuh usianya sudah diabadikan sebagai sukarelawan, demi kasih dan ilmu dia melakukan semampu yang boleh.

Ikuti curahan hati Nur Hani Masjuki dan pesan-pesan bapa tersayang di pentas “Assalamualaikum”

– TV Al-Hijrah –

KEJAYAAN NURHANI DI SEKOLAH RENDAH

THROWBACK … kejayaan Nurhani Masjuki sebelum meninggalkan bangku sekolah rendah.Anakanda Nurhani Masjuki terpaksa…

Posted by Warga Prihatin on Isnin, 20 Mac 2017

Sibuk kerja amal tak halang capai SPM cemerlang

Nurhani hanya buat persediaan tiga bulan sebelum peperiksaan

  • Berita Harian
  • 21 Mar 2017
  • Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my Kajang

[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH]

 

Sibuk mencurah bakti sebagai sukarelawan sepenuh masa di Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) tidak menghalang Nurhani Masjuki, 18, cemerlang pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Tidak pernah mendapat pendidikan rasmi di sekolah untuk SPM, rutin hariannya melakukan kerja amal di pusat kebajikan yang beroperasi sejak 2005 di Sungai Ramal Baru, di sini, yang menempatkan lebih 120 penghuni, termasuk anak yatim.

Mendaftar sebagai calon persendirian untuk SPM, Nurhani mengaku impiannya untuk cemerlang dalam akademik tidak pernah padam dan bersyukur apabila memperoleh keputusan 6A dan 3B dalam peperiksaan itu.

Ulangkaji waktu terluang

Anak keenam daripada tujuh beradik ini, berkata beliau hanya mengulangkaji apabila ada waktu terluang, terutama pada sebelah malam sambil dibantu tenaga pengajar di bawah program Akademi Insan Prihatin kelolaan rumah kebajikan itu.

“Saya tiada guru persendirian dan tiga bulan sebelum SPM barulah beri tumpuan, termasuk menghadiri kelas tuisyen selama lima minggu. Saya terpaksa mengurangkan kerja amal bagi menyelesaikan silibus pembelajaran subjek SPM.

Cita-cita jadi doktor

“Tuisyen membolehkan saya mendapatkan soalan ramalan. Memang waktu agak singkat dan persediaan tidak sempurna, namun saya percaya jika kita tekad dan fokus dengan apa yang ingin dilakukan dan dicapai, pasti boleh buat,” katanya.

Nurhani yang bercita-cita menjadi doktor sebelum ini turut cemerlang Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dengan skor A dalam subjek ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, di sini.

Selepas SPM, beliau yang mengambil peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 14 (1) Putrajaya, kembali meneruskan kerja amal seperti memasak, mengemas dan membantu anak yatim di kebajikan itu.

Ibunya, Shakirah Abdullah, 53, yang juga antara penggerak rumah kebajikan berkenaan, berkata Nurhani memang minat bidang akademik dan mereka memberi galakan kepadanya untuk mencapai cita-cita menjadi doktor.

“Memang waktu agak singkat dan persediaan tidak sempurna, namun saya percaya jika kita tekad dan fokus dengan apa yang ingin dilakukan dan dicapai, pasti boleh buat” Nurhani Masjuki, Lepasan SPM.

Rakaman live video Nurhani Masjuki di 'Berita Harian Online' sebentar tadi utk yang tidak sempat mengikutinya secara Live. Boleh juga ditonton terus dari Page BH.https://www.facebook.com/bhonline/videos/10155006584900600/Alhamdulillah.WARGA PRIHATIN

Posted by Warga Prihatin on Sabtu, 18 Mac 2017

 

ANAK INI NYARIS STRAIGHT A, TAPI PADA SAYA DIA SCORER 20A (UPDATE 11.00 am : Keputusan BM = A+)Hari ini kalau tengok…

Posted by Saiful Nang on Khamis, 16 Mac 2017

 

SAKSIKAN TUESDAY FB WERDA LIVE – EPS 10AKHLAK SEIRING DENGAN AKADEMIKBersama dengan kita hari ini adik NurHani…

Posted by Warga Prihatin on Isnin, 20 Mac 2017

 

Dr. Haji Masjuki : Pengorbanan dan Impian Seorang AYAH

 

Nurhani Membentuk Jiwa Prihatin

NURHANI BERSIARAN LANGSUNG DI BERITA HARIAN

Rakaman live video Nurhani Masjuki di 'Berita Harian Online' sebentar tadi utk yang tidak sempat mengikutinya secara Live. Boleh juga ditonton terus dari Page BH.https://www.facebook.com/bhonline/videos/10155006584900600/Alhamdulillah.WARGA PRIHATIN

Posted by Warga Prihatin on Sabtu, 18 Mac 2017

Rakaman live video Nurhani Masjuki di ‘Berita Harian Online’ sebentar tadi utk yang tidak sempat mengikutinya secara Live. Boleh juga ditonton terus dari Page BH.

https://www.facebook.com/bhonline/videos/10155006584900600/

Alhamdulillah.
WARGA PRIHATIN

KENAPA PADA SAYA ANAK INI DAPAT 20A

ANAK INI NYARIS STRAIGHT A, TAPI PADA SAYA DIA SCORER 20A (UPDATE 11.00 am : Keputusan BM = A+)Hari ini kalau tengok…

Posted by Saiful Nang on Khamis, 16 Mac 2017

KEPILUAN TAWAF WIDA’ YANG MEMBERI ‘TANDA’

tawaf wida'

Berikut adalah kata-kata pesan dari Saiful Nang kepada jemaah RARECATION UMRAH 25 yang akan meninggalkan Mekah menuju ke Madinah kelmarin. Ada banyak pelajaran yang menyentuh hati dari perkongsian ini untuk sama-sama kita teliti dan hayatinya.

*************************

[1:12 PM, 12/15/2016] Siful Nang:

Selamat menjalankan tawaf wida’ semua…

Inilah tawaf yang paling sedih dan sangat cepat berlalu. Dan kita perlu tinggalkan Mekah selepas itu dan kembali dengan segala pelajaran yang kita kutip. Pada pusingan ke 7 dan semasa istilam itulah antara masa hati terasa sayu. Jika ada rasa itu… insyaAllah memang Allah itu lebih dekat di hati kita dari urat nadi kita.

Kepada semua yang lain…perjalanan ini bukanlah satu kembara pelancongan biasa. Kembara umrah ialah kembara mencari Allah dalam diri kita sendiri. Alhamdulillah sehingga semalam dah ramai yang meluahkan rasa hati mereka bahawa ini ialah satu perjalanan yang lain dari biasa. Lain kerana perjalanan ini dilimpahi berkah. Perjalanan ini diniat atas memberi laluan kepada asnaf dan yatim utk turut sama bersama kita.

Tatkala agensi umrah membuat keuntungan puluhan ribu RM utk setiap keberangkatan, anda semua redha membayar sesuatu yang sama tetapi membenarkan keuntungan yang kami ambil terus ditukarkan menjadi peluang kepada golongan yang memerlukan untuk merasai pengalaman umrah ini.

Tiada perjalanan yang sempurna kecuali ia disempurnakan di dalam hati. Tinggal di tempat berhawa dingin juga jika hati sedang panas, kedinginan itu tak dirasa selain dari panas dalam hati. Berdiri di tengah panas dengan hati redha, kepanasan itu hanya sekadar membakar kulit tetapi tidak hati. Kita mencipta 5 bintang dalam hati.

Tiada perjalanan yang sempurna. Seperti sekeping puzzle yang hanya  sempurna apabila kita pasangkannya bersama. Barulah ia menjadi sempurna gambarnya. Bila kita bersama…barulah datang kesempurnaan. Walaupun bilik hanya berkipas, tetapi terasa dingin seperti dalam syurga.

Kami tidak sempurna, tetapi tuan-tuan yang menyempurnakan trip yang tidak sempurna ini menjadi sempurna dalam hati mereka yang redha.

Saya pernah pergi umrah dengan pakej sederhana. Saya juga pergi mengerjakan haji sebagai petugas dari pakej termahal sehingga yang termurah bersama muassasah. Saya sendiri lihat bagaimana pakej muassasah yang setiap hari beratur mengambil nasi bungukus…kehidupan mereka dan pengalaman haji mereka lebih mewah dalam kasih sayang dan persahabatan berbanding VVIP yang tinggal di hotel Intercon dengan bilik mengadap Kaabah. Saya belajar satu perkara…yang boleh diceritakan di dalam foto…bahawa syurga itu wujud dalam kalbu mukmin yang redha. Neraka itu datang dari kerungsingan dan keluh kesah.

Kita manusia tak mungkin sempurna, tetapi bila bersama-sama…kita boleh jadi jemaah yang sempurna.
Lihat foto-foto jemaah haji muassasah ini…mereka gembira dalam kekurangan yang ada. Kerana mereka bersyukur dan mengatakan….bahawa mereka tidak mungkin datang ke baitullah jika tiada jemputan.

d922e545-1394-4bc5-806d-c9e31b02892c 48ed4df9-204c-4b30-8787-8edccfce6906 045afe62-e10a-4803-8bae-a3b117a45c35 jemaah Muassasah

Bila saya jumpa Si Kaya di pakej mahal…ada yang berkata “Saya boleh pergi umrah setiap tahun yang saya mahu” ketika beliau memarahi petugas haji kami kerana kelewatan beg tiba di kamarnya. Itulah tahun ke-7 dia mengerjakan haji dengan menggunakan quota khusus dari menteri.
3089a9c1-cd2f-4542-ade3-046d508fa93c
Pada tahun berikutnya dia diserang angin ahmar…dan semenjak 2013 beliau tidak lagi mampu pergi mengunjungi Baitullah. Benarlah bahawa Allah memilih siapa yang dijemputnya bukan kerana wang ringgit

Saban hari saya di sana, saya memikirkan....betapa mereka ini lebih bertuah kerana hari-hari berada di baitullah. Namun saya sendiri yang mampu kewangan tidak sebertuah mereka ini.
Saban hari saya di sana, saya memikirkan….betapa mereka ini lebih bertuah kerana hari-hari berada di baitullah. Namun saya sendiri yang mampu kewangan tidak sebertuah mereka ini.

 

Saya memang orang yang angkuh...saya memang orang yang diva...saya memang orang yang sentiasa nak cari salah orang...saya memang orang yang sentiasa cari kesempurnaan dan menyalahkan orang lain jika ada kekurangan....
Saya memang orang yang angkuh…saya memang orang yang diva…saya memang orang yang sentiasa nak cari salah orang…saya memang orang yang sentiasa cari kesempurnaan dan menyalahkan orang lain jika ada kekurangan….

 

Bila hati redha...tempat ini lebih mewah dari Hotel 5 bintang. Pada ketika saya sendiri pernah merasa mengapa pakej saya semasa umrah dulu kurang itu dan kurang ini...saya tidak terus melihat kepada mereka di pakej lain...tetapi saya tersujud bersyukur bila melalui tempat ini...
Bila hati redha…tempat ini lebih mewah dari Hotel 5 bintang. Pada ketika saya sendiri pernah merasa mengapa pakej saya semasa umrah dulu kurang itu dan kurang ini…saya tidak terus melihat kepada mereka di pakej lain…tetapi saya tersujud bersyukur bila melalui tempat ini…

namun…Allah beri saya pelajaran besar. Haji dan umrah saya membawa saya melihat kepada golongan orang yang kurang bernasib baik. Dan saya terus insaf bahawa rupanya…saya terlalu melihat ke atas…dan kurang jalan merunduk ke bumi melihat apa yand di bawah. Saya terlampau jalan mendongak…sehingga saya tersadung tersungkur dan melihat bagaimana orang di bawah.

Ketika saya komplen makanan di Hotel Mubarak Madinah tidak sedap dan saya belanja di luar hotel untuk makanan yang lebih enak....dan setiba saya di Mekah saya terus jadi orang yang berterima kasih kerana melihat ada jemaah yang terpaksa makan dari sisa makanan orang lain
Ketika saya komplen makanan di Hotel Mubarak Madinah tidak sedap dan saya belanja di luar hotel untuk makanan yang lebih enak….dan setiba saya di Mekah saya terus jadi orang yang berterima kasih kerana melihat ada jemaah yang terpaksa makan dari sisa makanan orang lain.

Saya cuba cari kesempurnaan di dalam pakej yang mahal…rupanya kesempurnaan itu ada di dalam pakej yang murah sahaja. Saya cuba cari gelak tawa yang ikhlas dalam kalangan jemaah VIP tetapi saya jumpainya pada jemaah muasasah. Saya cuba cari persahabatan dari kalangan berada tapi saya jumpainya di kalangan mereka yang miskin.

Semua itu milik Allah. Dan saya tidak punya apa-apa.

Pengalaman mengerjakan umrah dan Haji mengajar saya semua itu. Dari situ saya berazam untuk memulakan langkah bagi memastikan lebih ramai anak-anak yatim dan asnaf boleh saya bawa ke sini bersama RPWP. Supaya Baitulllah ini mendidik kita untuk mula melihat ke dalam diri…bukan melihat orang lain.

Dari azam itu, saya pulang dengan menjual foto2 semasa di Mekah dan Madinah. Namun gagal juga menghantar seorangpun anak-anak yatim dan asnaf. Akhirnya…Allah tunjukkan jalan ini untuk menjadi lorong kepada anak-anak yatim dan asnaf untuk pergi bersama. Di sini nanti mereka belajar….dari alam…bila mereka buka mata mereka untuk melihat ke dalam diri dengan melihat ke bawah lebih berbanding mendongak ke langit.

Saya faham ada banyak kekurangan kami dalam mengendalikan pakej kali ini. Kami juga bersyukur kerana ramai yang meluahkan kesyukuran mereka kepada trip ini yang telah memberikan pendidikan rohani kepada mereka. Jika mahu dibanding mana lebih mewah, mana lebih makan, mana lebih selesa…ia adalah perlumbaan yang tiada kesudahan. Jika mahu diukur…sejauh mana kita berubah selepas kita mengunjungi rumah Allah…

InsyaAllah kita akan berubah menjadi insan lebih baik sekembalinya kita ke tanahair nanti.

Saya minta maaf atas segala kekurangan yang berlaku. Sampaikan salam saya kepada Rasulullah S.A.W

 

***************************

T.kasih SN… sebak pulak membacanya..

SETIAP GERAK DARI AMAL ANGGOTA KITA.. KATA KATA KITA.. GERAK HATI KITA.. bakal dicatat dan dikira.. yg baik mahupun yg buruk.. biar sebesar zarah sekalipun. Amal diukur dari niat.

KISAH JUTAWAN YANG MENFAKIRKAN DIRI

JUTAWAN INI SERAHKAN SELURUH KEKAYAANNYA UNTUK BUKA RUMAH KEBAJIKAN YANG TIDAK MEMINTA DERMA. SELEPAS 11 TAHUN ANAK-ANAK YATIM JAGAANNYA MENJUMPAI KERATAN AKHBAR INI DAN….

 

ANTARA DUA DARJAT – KISAH ANAK MAKAN LAUK GARAM

KISAH ORANG MENANG

KISAH ORANG MENANG

Kami tambah lagi coretan travelog Saiful Nang petang ini. Banyak kisah suka duka beliau menempuh ranjau duri dalam kerjayanya. Kekerabatan beliau dengan kami sebelum sama-sama menubuhkan RPWP banyak menyimpan rahsia.

Semasa perniagaannya menempa nama, baliau banyak menabur jasa yang kurang dilihat manusia kecuali yang rapat dan kenal hatibudinya. Beliau sangat mengambil berat dalam membantu ibubapa dan adik beradiknya, bahkan sesiapa sahaja tanpa banyak berkira-kira. Beliau juga banyak kongsikan ilmu dan pengalaman dengan rakan taulan dan para pekerjanya.

Ketika namanya memuncak, beliau ambil ramai pekerja dengan membayar gaji dan elaun yang tinggi belaka. Ada yang bawa pulang sehingga RM11,000 sebulan dari kerjaya itu. Malangnya kemewahan itu tidak banyak membantu menjadikan mereka bersatu dan maju.

Kesukaran SN di zaman susah, sebelum berjaya menempa nama tidak begitu dirasa oleh para pekerja dan anak didiknya. Yang mereka buru hanyalah pendapatan yang tinggi untuk diri sendiri.

Akhirnya ramai yang sudah terlatih dan tahu selok belok perniagaan di bidang itu berpakat meninggalkan beliau dan keluar membawa diri. Bukan setakat menjadi pesaing, malah mengatur gerak untuk ‘membunuh’ karear gurunya yang telah banyak berbudi.

Waktu itu hanya jemaah ini yang ada di sisi untuk meminjamkan bahu. Ayahanda Pengetua kami, Dr Masjuki selaku orang paling rapat dengan beliau terpaksa menyuntik semangat. Beliau yang juga bekas ahli perniagaan bertaraf antarabangsa mula berkongsi cerita suka duka. Cabaran yang SN hadapi itu tidaklah sebesar mana berbanding apa yang pernah beliau rasa.

Dr Masjuki mula kongsikan semua pengalaman beliau berkaitan kes anak-anak didik yang menderhaka. Beliau sebut juga banyak nama lain yang mengalami ujian serupa. Salah satu kata hikmat beliau yang terkesan di jiwa ialah…,

“Jangan takut dilihat huduh akibat dicaci dan dicerca oleh orang yang menderhaka. Mereka itulah orang yang hodoh sebenarnya, yang mahu kelihatan cantik hanya dengan membuat orang lain nampak buruk… Itu adalah ‘kekotoran’ yang sengaja dicipta untuk kita oleh orang yang kurang upaya dan ia hanya bersifat sementara. Ambil masa dan cari jalan untuk menyucikan kotoran itu agar wajah kita nampak seperti sediakala”.

Antara nasihat kami ialah agar SN fokus kepada mendidik anak bangsa dan elakkan dari bersaing di lapangan yang sama dengan anak didiknya. Kerana itulah “Saiful Nang Akademy of Photography – SNAP” ditubuhkan. Kini beliau sendiri menjadi Pengetua “Akademi Insan Prihatin” yang insyaAllah akan menyediakan pendidikan sehingga ke taraf Universiti.

Alhamdulillah, bukan sahaja semangat SN naik semula, malah ia lebih kental daripada sebelumnya. Pekerja yang hanya mementingkan gaji dan bayaran tinggi ternyata tidak ke mana.

Ternyata SN semakin maju sementara ada di kalangan mereka yang menderhaka dan mencerca itu masih juga begitu. Ada yang bayaran bulanan kereta dan rumah pun tidak berbayar. Ada yang terlelong dan berpindah randah. Kini ada yang merempat kerana rumah tangga pun musnah. Hidup kesempitan hingga tidak mampu pun untuk sewa rumah

Takdir Allah, anak didik beliau yang nampak berjaya ialah yang tidak ikut tabiat golongan syaitan yang mencerca dan mengkhianati gurunya. Keberkatan ilmu itu dapat dilihat pada mereka. Hingga saat ini pun ada yang masih lagi menghormati gurunya.

Inilah sebahagian kecil tambahan rahsia kemenangan SN yang sempat kami kongsi sebagai pelajaran. InsyaAllah lain kali kami tambah lagi.

WARGA PRIHATIN

* * * * *
SAIFUL NANG – BIR HAKEIM, PARIS

Saya di sini lagi hari ini setelah 10 tahun 2 bulan dari kali pertama saya jejakkan kaki di Paris sekitar 10kg yang lalu. Ohh..inilah gambaran saya ketika itu. Nampak mantap dan handsome bergambar hebat di Kota Paris tapi meneguk air pili dan hanya makan fries di atas crossing ferry dari Dover ke Calais berharga 1 pound utk sepanjang hari.

Inilah sejarah yang orang tak minat nak tanya. Orang suka dengar cerita kejayaan saja. Foto ini foto sebelum saya ke Palace De La Concorde di Automobile Club FIA untuk perkahwinan French pertama saya.

Sebelum saya ke sini 10 tahun lalu, saya diejek kerana berangan untuk jadi jurugambar perkahwinan antarabangsa. Dari pandang ke bawah, elok terus pandang ke depan.

Pulang dari coverage ini, saya berjumpa dengan isteri saya buat kali pertama di Cambridge. Pulang dari perkahwinan ini juga, saya diupah untuk kali pertama oleh Sultan Brunei dan mula mendapat perhatian banyak perkahwinan-perkahwinan VVIP kerana belum ada ketika itu dalam pasaran Malaysia seorang jurugambar perkahwinan Melayu diupah sehingga ke Paris di sebuah kelab mewah antara paling prestij di Kota Paris.

Semuanya berubah kerana kita percaya. Kerana kita tidak tunduk pada ejekan loser-loser yang kemudiannya diam-diam mengikuti langkah menjadi jurugambar perkahwinan juga.

Jangan biarkan orang lain tentukan kekalahan kita sebaliknya usahakanlah kemenangan kita. Saya bersara dari fotografi perkahwinan 3 tahun lalu semasa pakej saya RM10,000 per event atau RM30,000 sehari. Dan saya bersara sebagai ORANG MENANG!

SAIFUL NANG, Paris

Warga Prihatin's photo.

LUAHAN HATI – SIAPAKAH AKU?

Subhanallah… Astaghfirullah…

Siapalah aku … muka tak tahu malu..

BACA DAN NILAIKANLAH SENDIRI …
TELITI DENGAN HATI YANG TENANG, BERSIH DAN SUCI

Dr Masjuki's photo.

LUAHAN HATI – SIAPAKAH AKU?

Terpandang tarikh hari ini 19 Syawal 1436 Hijrah membuatkan aku terfikir.

Aku lahir tahun 1382 Hijrah. Bermakna 54 kali pusingan tahun Hijrah ini berlaku bersama usiaku.. (ini kiraan yang paling tepat sebab diukur terus dari pusingan bulan).

Terdetik di hati… betapa banyak aku terhutang budi.

Udara Allah aku hirup…
Air Allah aku gunakan.
Cahaya Allah menerangi kegelapan hidup..
Rezeki Allah aku makan..

MasyaAllah…

54 tahun jantungku berdegup tanpa sesaatpun berhenti..
54 tahun paru-paru aku mengepam tanpa cuti..
54 tahun buah pinggang aku memperoses tanpa protes
54 tahun hati, pankreas dan semua organ dalaman setia berfungsi

54 tahun mata aku melihat dunia
54 tahun telinga aku mendengar suara
54 tahun hidung menghidu dan lidah merasa
54 tahun mulut ku berkata-kata
54 tahun gigi ku mengunyah entah apa-apa…

Belum dihitung lagi betapa banyaknya nikmat lain..

54 tahun otak ku berfungsi
54 tahun nikmat aman dan kasih sayang ini
54 tahun digerakkan tangan dan kaki..
54 tahun Allah bekalkan alQur’an..
54 tahun Allah izinkan Islam dan iman…

Terima kasih Allah… terima kasih..
Sesungguhnya aku merasa terlalu kerdil dan amat terhutang budi terhadap Mu…

Aku sedar wahai Allah bahawa peraturan Mu ingin menyelamatkan aku..
Aku sedar itu tanda Engkau kasih pada ku dan para hamba ciptaanMu…
Aku sedar aku tidak mampu berfikir untuk mendapatkan peraturan secantik itu…
Aku sedar aku gagal mematuhinya dengan sempurna dalam diriku..
Aku sedar aku belum mampu mempengaruhi saudara-saudara ku..

Aku redha Ya Allah dengan musibah akibat kelalaian dan dosaku …
Aku pasrah… aku kesal dan memohon keampunan dariMu..

Sesungguhnya aku juga sedar ya Allah..

Aku terlalu biadab dan hina sebagai hambaMu yang kufur nikmat..
Aku tidak mencari jalan untuk sentiasa menjadi taat..
Aku sering mencari alasan untuk tidak berbuat..
Aku sering gagal mengingkari godaan Dajjal yang amat berat.

Ya Allah…

Redhalah dengan apa yang telah dikau izinkan buat ku selama ini..
Kasihilah aku yang lemah, lalai dan sering lupa diri.
Janganlah kau humban aku ke neraka JahannamMu nanti..

Ya Allah… Terima kasih sekali lagi…

Kerana izinkan aku berkelana di dunia yang indah…
Kerana izinkan aku menikmati semua yang telah Dikau anugerah…
Kerana sudi membimbing aku untuk mengelakkan fitnah..
Kerana kurniaan akal sehingga isi hati ini mampu aku luah..

Jika ada kebaikan dari hayatku ..
Jika ada kemampuan menyuburkan ilmu dan sunnah Nabi Mu…
Jika ada ruang untuk aku menyambung amal ibu..
Jika ada ruang untuk islah terhadap amalku..
Jika ada manfaat diri ini terhadap hamba-hambamu…

Maka… dengan muka tidak tahu malu aku pohon lanjutkanlah ia wahai Allah… (baca tutup muka.. sembam di meja)

Jika hayat ini boleh menjadikan aku semakin lagho, togho dan durhaka..
Jika hayat ini hanya menambah dosa dan menganiaya manusia
Jika hayat ini sudah tidak lagi menambah amal seorang hamba..

AKU RELA DIHENTIKAN SAJA HAYAT INI YA ALLAH…
CUMA AKU POHON LAGI DENGAN MUKA TEBAL KU…

SELAMATKANLAH ANAK CUCUKU… SAUDARA SEAGAMAKU… JUGA TANAH AIR DAN DUNIA INI…

Sesungguhnya…
Aku melihat kefasikan, kemungkaran dan kejahatan yang amat dahsyat di hadapan ku…
Aku melihat peperangan yang amat dahsyat bakal berlaku…
Aku amat bimbang keselamatan anak generasiku..

Astaghfirullah… Astaghfirullah… Astaghfirullah…
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…
Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar…

Mardhotillah…
MASJUKI – Petang 4 Ogos 2015