Category Archives: Sekolah Alam

image_pdf

Lapuran Bergambar Kembara Sekolah Alam Ke 11 – Hari ke 3 – 13 Jun

JANGAN PREJUDIS PADA ANAK KURAU – SERUAN BERSANGKA BAIK DAN SALING MEMAAFI

JANGAN PREJUDIS PADA ANAK KURAU – SERUAN BERSANGKA BAIK DAN SALING MEMAAFI

 

 

ANTARA CADBURY, BABI & KERA – ANALISA MUHKAMAT & MUTASYABIHAT

ISLAM TIDAK LAGI BOLEH DIBANGUNKAN DENGAN NANYIAN, SYAIR, KATA-KATA & TEPUK SORAK SAHAJA

SEKOLAH ALAM 10 – BAHAGIAN 1 PERJALANAN MENGENANG JASA PEJUANG KEMANUSIAAN YANG GUGUR

SEKOLAH ALAM 9 – BAH 2: JEJAK RANJAU ANAK KAMPUNG YANG BERJAYA

CSR PELAJAR UTEM – KREATIVITI & INOVASI MELALUI HASIL KERJA

SEKOLAH ALAM 9 – BAH 1: RUNGKAIAN BUDAYA REWANG & PUING PAPAN DI JAWA

ADAKAH SEDEKAH ORANG ISLAM SAMPAI KEPADA YANG DIBANTU?

1519002_10152776715782786_5274907075745876159_o

SEDEKAH – YANG MANA LEBIH ISLAMIK?Petang kelmarin, salah seorang dari pengasas RPWP menghadiri jemputan ceramah di Johor Bahru. Di dalam penerbangan, menggunakan Firefly beliau sembang panjang tentang modus operandi RPWP dengan penumpang di sebelahnya, seorang ‘somebody’. Beliau adalah insan yang sangat prihatin dan aktif dengan aktiviti kebajikan dan sukarelawan.

Satu perkara yang telah lama terfikir oleh kami ini terpacul dari mulut beliau apabila beliau menyatakan kekecewaan tentang bantuan sedekah orang Islam dibandingkan dengan Kelab Rotary dan Lions. Mungkin ini agak kontroversi jika anda hanya baca sehingga ke perenggan ini.

PERBANDINGAN ANTARA ISLAM DAN ISLAMIK

Kami mahu bawa semua pembaca berfikir. Dalam artikel kami ramai yang tulis di ruang komen pengalaman pahit tentang penyelewengan sedekah. Di media juga tidak henti-henti pembongkaran kes-kes yang sama dan kami sendiri juga ada banyak pengalaman secara langsung. Anda juga mungkin terbaca kes penganiayaan terang-terangan yang menggunakan nama ‘derma dan kebajikan’ yang menimpa anak-anak kami baru-baru ini.

http://prihatin.net.my/2013/12/23/kisah-benar-hakikat-mengherdik-anak-yatim/?lang=en

Islam itu yang terbaik dan ‘segala yang baik itulah Islam (selamat dan sejahtera)”. Fakta yang individu itu nyatakan ialah tentang bagaimana sedekah orang Islam jika datang dari tangan pemberi RM100, yang sampai kepada orang yang mahu kita bantu hanyalah sekitar RM10 sahaja. Selebihnya telah terbelanja di tengah jalan.

Contoh mudah ialah pungutan sedekah itu sendiri. Sebahagian besar daripada kutipan itu akan menjadi komisyen mereka yang mengutip sedakah / zakat itu sendiri. Kadarnya pula agak tidak munasabah, tidak seperti konsep AMIL yang Nabi SAW tunjukkan (baca di hujung). Itu tidak termasuk kos pentadbiran yang sangat tinggi seperti penggajian ribuan pekerja, penyenggaraan bangunan, pembinaan pejabat, bayaran iklan publisiti dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang bermodal.

Kemudian beliau bandingkan pula dengan institusi Rotary atau Lions Club. Mereka mengumpulkan Professional & Pemimpin-pemimpin syarikat dan organisasi di dalamnya.

MENGAPA MEREKA PILIH PERSONALITI DARI GOLONGAN INI?

Golongan ini sudah kecukupan. Mereka mempunyai dana sendiri yang cukup, mereka tidak perlukan komisyen atau upah untuk kerja mengutip derma dan melakukan kerja-kerja kebajikan. Mereka ini barulah boleh dipanggil sukarelawan yang benar-benar dipanggil sukarela. Kesemua mereka telah faham untuk menjalankan kerja sukarelawan ini dengan SEPENUH HATI dan bukan sekadar asal-asalan sahaja. Jika tidak, keahlian mereka boleh dikaji semula.

Keahlian Rotary Club bukannya terbuka semudah-mudahnya. Keahlian tidak boleh berlaku jika tiada rekomendasi atau penajaan dari ahli sedia ada. Kata orang putih “Not any Tom, Dick & Harry” boleh menyertai pertubuhan ini. Itupun, mereka berjaya mengumpulkan keahlian seramai 1.22 Juta orang di seluruh dunia dan mereka ini bukanlah golongan gelandangan yang hidupnya tak tentu arah. Mereka adalah golongan di lapisan atas hiraki sosial dunia.

Jaringan di dalam Rotary Club ialah sebagai bentuk imbuhan yang TIDAK WAJIB. Ya, dengan keahlian itu mereka dapat membina jaringan dengan perjumpaan setiap minggu secara bertaqwim. Itulah konsep “Solat Jumaat” yang pernah kami rungkai sebelum ini. Jika mereka tidak aktif dalam kerja-kerja sukarela dan hanya semata-mata menangguk laba dari jaringan yang ada di dalamnya, mereka akan dikeluarkan kerana hanya pandai menuai tetapi tidak mahu menanam.

Jika dibandingkan dengan sukarelawan Islam, berapa kerapkah kita berjumpa? Adakah perjumpaan itu menggunakan wang sendiri atau menggunakan dana yang telah dikutip dari orang lain? Jika ahli kelab Rotary bermesyuarat di hotel, atau mungkin berjumpa di kelab-kelab ekslusif pun, mereka belanjakan wang dari saku mereka, bukan dari dana kelab yang dikhususkan untuk bantuan kemanusiaan.

Individu di dalam pesawat dari JB itu juga menyatakan pernah kecewa kerana hanya mampu melihat tetapi tidak mampu untuk mengubahnya. Beliau berani katakan banyaknya sibodoh yang mahu tunjuk pandai tanpa ada central leadership yang qowwam. Ada contoh jelas tentang ini dalam satu organisasi ‘charity’ atas nama Islam di peringkat antara bangsa yang turut bertapak di Malaysia. Gaji pengarah dan kakitangan mereka melampau-lampau tingginya sedangkan mereka menggunakan 100% dana sumbangan.

Contohnya dalam kes misi bantuan ke Syria. Jutaan RM yang dikutip digunakan untuk membeli barang bantuan yang sangat banyak dan dihantar menggunakan kapal yang akhirnya sampai ketika tarikh luput telah berlalu. Ada barangan yang tidak luput tetapi menjadi sampah sahaja kerana tidak menjadi keperluan oleh penerima.

Mari kita buat perbandingan sebelah menyebelah. Jika bantuan ke Syria yang terkumpul ialah RM1 Juta. Kemudian ia melibatkan pembelian berbanding pemindahan dana ke negara berjiran dengan Syria untuk pembelian bekalan. Pastinya masa dan dana dapat dijimatkan, khasnya kos logistik seperti pengangkutan dan kos pengurusan jual beli. Itu tidak termasuk pembelian yang tidak amanah. Contohnya pembelian berharga RM50 diberikan bil RM100 sementara yang RM50 lagi untuk masuk saku sendiri.

Rotary Club berkonsepkan “1 Dollar diberi, 1 Dollar yang sampai”. Di antara pemberi dan penerima adalah VOLUNTEER / SUKARELAWAN yang memang bekerja tanpa gaji. Malah, mereka sendiri yang memodalkan kerja kebajikan itu. Sebab itu sangat kurang selera untuk menyeleweng kerana sumbangan yang mereka belanjakan itu pun wang dari saku mereka juga.

Sistem kutipan sedekah Orang Islam pula jika diber RM10, yang sampai hanya RM1 sahaja. Kami sangat menyetujui FAKTA ini kerana kami juga banyak pengalaman dan kami ada data-datanya. Mengapa begitu? Kerana kita TIADA VOLUNTEER YANG SEBENAR. Ramai sukarelawan kita yang bergaji, berelaun, berupah, berkomisyen dan bekerja dalam pejabat mewah yang juga menggunakan dana sedekah dan bukan menggunakan dana sendiri.

Ramai sukarelawan Islam pada hari ini bukanlah bekerja untuk menjadi sukarelawan, tetapi banyak (walaupun tidak semua) yang kami lihat menerima lebih dari apa yang mereka beri. Ada yang bermasalah untuk mendapat kerja yang baik kemudian menyertai gerakan-gerakan sukarelawan yang memberikan mereka elaun.

Ini semua sudah hilang ketulenan sebagai sukarelawan. Orang Bukan Islam membuat kerja sukarela dan mereka sendiri keluarkan infaq yang besar. Sistem infaq pendapatan 10% anjuran Islam itu mereka yang komited untuk laksanakan. Sebab itu tabungan dana mereka banyak. Kita sendiri yang Islam ini tidak sudi melakukannya. Buat kerja sukarela siap dapat elaun dan menyelewengkan dana lagi. Sampai tidak larat kita nak dengar kes-kes penyelewengan sebegini sekarang ini. Malu bukan?

PRINSIP DAN MODUS OPERANDI RPWP

Dalam penerbangan itu WAKIL kami sempat menerangkan bahawa konsep Rotary Club itu sangat mirip dengan apa yang kami laksanakan. Kami ditubuhkan dengan dana dan aset kami sendiri keseluruhannya. Sehingga hari ini, kami masih dengan kumpulan SEKITAR 20 ORANG pengasas yang sama. Sedekah kami tidak minta dengan paksa, tetapi bila orang datang memberi kerana sukahati dengan kami, kami tetap alu-alukan dan hargainya kerana memang kami ingin kongsikan hasilnya kepada semua. Apapun, kami tetap meneruskan konsep PUASA, terus berjimat cermat untuk mendapatkan keberkatannya. Sesudu simen tumpah yang bernilai 10 sen pun kami kutipnya semula.

Untuk menampakkan konsep IKHLAS yang kami prinsipkan sebagai KHOLAS, berhabis atau ALL OUT, maka kami berhabis harta dan diri kami sendiri untuk bangunkan Rumah ini. Sebelum terhasil bukti dari kerjabuat kami dahulu, kami tersembunyi dan tidak dikenali sehinggalah pada tahun ke-8 kami ditubuhkan. Selepas itu barulah sedikit demi sedikit masyarakat umum nampak. Kami terus istiqomahkan dan sejak akhir-akhir ini, khususnya sejak hujung tahun lepas, umum mula memBENARkan hasil usaha ini dengan bersedekah untuk berkongsi ‘pahala’ demi mempercepatkan perkembangan RPWP membangun semula praktis agama melalui anak-anak ini.

Mereka yang hadir atau mengikuti perkembangan RPWP tahu bahawa semua dana sedekah 100% digunakan untuk pembelaan asnaf dan anak yatim seperti yang diakadkan. Kami teruskan usaha dalam keadaan berpuasa dan berjimat cermat. Umum perasan perkembangan RPWP hari demi hari. Itu tanda zakat mereka itu berkat dan diberkati. Pengasas yang berhabis harta juga turut membanting tulang bertahun-tahun. Semua perbelanjaan diputuskan dalam syuro, tiada langsung ruang penyelewengan.

Seperti apa yang ditulis dalam akhbar Berita Harian ruangan Famili pada 18 April 2014. Di RPWP, semua pengasasnya duduk di rumah yang sama, melakukan kerja apa saja bersama-sama, pakai jenis baju yang sama, makan makanan yang sama dan naik kenderaan yang sama dengan anak-anak. Selain dari berhabis harta, mereka juga jadi murobbi, pengurus, malah menjadi pemandu serta buruh binaan rumah yang dibina secara gotong royong ini. Walaupun mereka bergelar doktor, CEO, usahawan, pensyarah universiti di luar sana, namun konsep sukarelawan yang tulen itu menjadikan mereka ini bekerja setiap hari semenjak 2005 dahulu tanpa satu sen pun gaji di RPWP.

Kami berpuasa dari bermewah-mewah untuk peribadi. Kami salurkan semua hasil puasa itu sebagai sedekah untuk pembangunan, kesihatan dan pendidikan anak-anak yatim dan asnaf ini. Sebahagian dari pengasas terpaksa berhenti kerja di luar untuk mengabdi sepenuh masa bekerja di Prihatin tanpa gaji. Namun begitu, mereka tetap kecukupan seadanya, di atas tanggungan dana dari pengasas yang masih bekerja dan menjalankan perniagaan. Kerana itu, sedekah dari orang awam tidak terseleweng, 100% sampai kepada golongan sasaran.

http://prihatin.net.my/2013/08/29/pengorbanan-impian-seorang-ayah/

Semua itu hanya terjadi jika ada ketulusan dalam menjadi sukarelawan dan ada perasaan MALU untuk makan wang derma orang ramai. Sukakah kita memberi sedekah RM1000 tetapi yang sampai hanya RM100 dengan kebanyakannya tercicir di tengah jalan? Dalam konsep perbandingan dengan Rotary Club, adakah mereka lebih baik ataupun saluran sedekah orang Islam pada hari ini lebih baik? Tepuk dada, tanya iman.

Etika kepimpinan yang ditunjukan oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. dahulu telah diamalkan oleh golongan bukan Islam. Baginda dan sahabat HIDUP ALA KADAR SAHAJA DENGAN BIAYA BAITULMAL. Setiap kali ada baki peruntukan peribadi yang tidak dibelanjakan, mereka kembalikan semula di hujung tahun. Berapa ramaikah para pengurus zakat dan pemimpin negara kita sanggup berbuat begitu?

http://prihatin.net.my/2013/12/18/pamplet-baru-bingkisan-kasih-dari-rpwp/

KESIMPULAN

Kami di Prihatin mengambil uswah terbaik dari praktis sunnah dan contoh etika terbaik dari segenap manusia tidak mengira agama dan bangsa. Kami percaya, segala yang baik itu adalah Islam dan wajar dicontohi, yang buruk itu bukan Islam dan wajar ditinggalkan. Jika kami mampu kutip pelajaran dari mereka, mengapa perlu kita nafikan kebaikannya?

Kemunafikan dan kepalsuan tetap akan terbongkar juga akhirnya. Ia tidak akan kekal lama. Mustahil penyelewengan derma 1.7 juta RM untuk membina surau boleh disembunyikan jika surau tidak terdiri. Masyarakat boleh nilai keikhlasan, ketelusan dan kebenaran atas hasil usaha kita. Apabila masyarakat nampak jelas bahawasanya usaha kita itu di jalan yang benar, sesuai dengan kehendak ALLAH dan SUNNAH melalui hasil kerja kita, InsyaAllah ramailah yang akan tampil membantu dengan sukarela tanpa diminta-minta.

Itulah hakikat SIDDIQ (benar) yang disaksikan manusia (SYAHID/SYAHADAH) lalu masing-masing membenarkan dengan SODAQOH (sedekah). Selapas itu barulah seronok dan puas hati kita sama-sama BERHAMDALAH. Barulah puas hati menyebut SODAQO-ALLAH dan SODAQO-RASULULLAH, bukan sekadar bacaan lafaz sahaja, tetapi melalui PERLAKSANAAN DAN HASILNYA.

Diperingkat awal dahulu, Nabi SAW dan sahabat-sahabat juga menegakkan Islam bukan dari sedekah orang ramai. Nabi Muhammad SAW, Saidina Osman, Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar RA kesemuanya golongan professional dan pemimpin syarikat. Mereka bukan gelandangan, bahkan orang hebat yang kaya. Bezanya mereka sanggup salurkan kekayaan itu kepada pembangunan Islam, tidak seperti kita yang menjual Islam untuk jadi kaya.

Selepas penyatuan Madinah, Islam sudah menyerlah, barulah dana sumbangan datang mencurah-curah dari orang awam (ansar). Namun kesemuanya juga disalur kepada pembangunan Islam, bukan untuk peribadi. Itulah konsep puasa. Individu seperti Abu Bakar a.s. dan para sahabat lain sewajarnya mampu hidup kaya raya dengan harta mereka, namun sanggup membenarkan (men’siddiq’kan) dengan sedeqah. Keseluruhan harta dan tenaga diserahkan untuk menyokong dakwah Nabi SAW.

Kerja yang dilakukan Abu Bakar a.s. itu adalah kerja tidak bergaji malah memerlukan pelaburan dari sakunya lagi. Tetapi pada hari ini, kita mahu lakukan kerja sukarela dengan pelbagai jenis upah pelbagai bentuk. Kontrak buat bihun dan nasi lemak untuk mesyuarat sendiri pun kita saling berebut.

Dalam masa yang sama, kita mengharapkan ISLAM ITU TERTEGAK SEMULA. Bolehkah ia berlaku? Kita sendiri hanya duduk menadah sahaja mengharapkan Islam tegak dengan sendirinya? Ermmmm… lambatlah lagi jawabnya sebab “Allah tidak akan ubah nasib kita tanpa kita bangun berusaha bersungguh-sungguh…”

Mari sama-sama kita bangun menggalang nasib agama demi anak cucu yang bakal kita tinggalkan. Jika tidak sekarang bila lagi? Jika bukan kita siapa lagi? Bukankah Islam itu tinggi? AL ISLAAMU YA’LU WALA YU’LA ALAIK..?

WAJARKAH KITA HANYA MEMINTA-MINTA DAN MENGHARAPKAN PIHAK KETIGA? BUKANKAH ALLAH ITU BERDIRI DENGAN SENDIRINYA? WAJAR BUKAN JIKA AGAMA INI DIDIRIKAN DENGAN SIKAP MANDIRI PENGANUTNYA?

Kudap malam minggu,
WARGA PRIHATIN

TANGAN ALLAH ATAS TANGAN MEREKA

Sekolah Alam 7 KONSEP UPAH DALAM BASMALAH WALIMATUL URUS

SEKOLAH ALAM 8 – BAH 1 : Talut & Jalut – Melintasi Maksiat Untuk Mengambil Pelajaran

Sekolah Alam ke 8 – sekilas ulasan

00 sek alam 8.SEKILAS NOTA SEKOLAH ALAM 8Alhamdulillah, kami baru sahaja kembali semula ke Kajang Selangor selepas 4 hari dalam Kembara Sekolah Alam yang ke-4 kami di Pantai Timur. Ramai juga antara anak-anak bahkan sebahagian dari kami sendiri yang tidak pernah langsung menjejakkan kaki ke Pantai Timur.

Perjalanan bermula dari Kajang pada jam 11 malam 25 Mac 2014. Kali ini agak berbeza sedikit dari Sekolah Alam sebelum ini yang mana hampir keseluruhan pengurusan bagasi diuruskan oleh anak-anak sendiri. Anak-anak diberi tugasan untuk menguruskan bagasi menggunakan sistem yang mereka fikirkan terbaik sehingga bagasi akan tiba ke dalam bilik sebelum pemiliknya masuk.

Juga berbeza kerana kami berjalan dengan 2 unit bas yang diiring oleh 2 marshall menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Perjalanan agak lancar melalui Gua Musang, merentasi malam dan kabus tebal. Rombongan hanya berhenti solat subuh di Kuala Krai, dan kami tiba dengan selamatnya pada pagi hari berikutnya. Sepanjang perjalanan itu hanya berteman riuh rendah komunikasi radio antara 4 kenderaan yang berada dalam rombongan ini. Warga yang kepenatan membuat persiapan mengambil peluang berehat dalam perjalanan itu buat mengumpul tenaga.

Ketibaan kami di Kelantan disambut mesra oleh host kami yang juga salah seorang dari pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin iaitu keluarga Cikgu Mejar Awang Abdullah dan isteri beliau Puan Nik Azlina.

Ketibaan kami turut disambut oleh Cik Linda yang merupakan pemilik kepada Citara Linda Katering (www.facebook.com/CitarasaLindaKatering) yang hadir untuk memberikan sumbangan beberapa kampit beras berkualiti tinggi, sumbangan wang tunai dan menawarkan khidmat memasak kambing golek untuk malam esoknya. Alhamdulillah, kami doakan Cik Linda akan terus berjaya dalam perniagaan serta mendapat jodoh yang baik dan bahagian hidup di dunia dan akhirat. Amin.

Kedudukan rumah Cikgu Awang setentang benar dengan madrasah tahfiz milik Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mantan Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim. Di rumah Cikgu Awang juga, anak-anak nisa’ kami menginap. Anak-anak rijal pula mengambil tempat di ‘inap desa’ sebaris dan sepelaungan sahaja dari Madrasah Tok Guru.

Selepas semua membuat kemasan yang patut dan semua team pemandu, pembantu pemandu, pengiring-pengiring dan ibu-ibu yang bertungkus lumus sepanjang perjalanan mula mendapat rehat sekadarnya, kami dipelawa oleh CEO Elham-Q Agro Farm untuk melawat ladang kambing beliau di Jelawat, Bachok.

Kami bersetuju dan membawa anak-anak untuk merasai suasana ladang dengan melawat kawasan penternakan kambing itu. Banyak yang ditanyakan oleh anak-anak tentang penternakan kambing, dari cara mengukur umur kambing sehingga pemasaran kambing itu sendiri.

Pengalaman baru buat anak-anak bila berada dalam sebuah ladang kambing sebesar itu tanpa bau busuk. Najis ternakan itu dibersihkan secara berkala dan dirawat dengan Efektif Mikro-organism (EM). Tidak seperti ladang penternakan yang biasa kami lihat dengan bau yang busuk dan hanyir sekali.

Seronok juga apabila melihatkan anak-anak dari sekecil 3 tahun menghalau kambing untuk minum dan terus menghalau kambing masuk ke kandang. Itulah pengalaman anak-anak ini menjadi pengembala dan dalam masa yang sama menerokai pelbagai pengetahuan melalui pengalaman dan pembelajaran laduni.

Kami pulang selepas mengakadkan pemberian seekor kambing dari Elham Q Agro Farm kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin. Alhamdulillah, ini kambing yang kedua kami perolehi selepas Siti Haslinda Abdullah (yang sebenarnya tidak mahu namanya disebut, tetapi kami yang sebut tidak mengapa dan ia tidak menjejaskan pahala beliau).

Malam hari pertama berlalu dengan anak-anak, ibu-ibu dan bapa-bapa menjalankan perkongsian pemerhatian dalam “pack” masing-masing selepas makan malam. Selepas itu kami merencana apa yang bakal dijalankan esok harinya.

HARI KEDUA, kami mulakannya dengan solat Subuh berjemaah di Masjid TGNA di Pulau Melaka. Sempat juga kami beramah mesra sedikit dengan TGNA. Kami bukan menyokong mana-mana parti tetapi kami lihat, wajarlah TGNA sangat dihormati oleh kawan dan lawan beliau sendiri.

Seorang bekas Menteri Besar yang mentadbir melebihi 20 tahun dan seorang ahli politik yang tidak pernah kalah semenjak pertama kali bertanding dalam politik seharusnya memiliki segala jenis kemewahan hidup. Namun, Tok Guru masih tinggal di belakang masjid dengan sebuah rumah kampung yang sangat sederhana. Kereta pun sekadar Honda Odyssey dan sebuah Proton Savvy yang kami lihat di garaj. Orangnya juga mudah didekati tanpa protokol walaupun semasa beliau menjadi Menteri Besar dahulu.

Melihat pembangunan sekitar Masjid TGNA, dengan pantas anak-anak kongsikan furqan mereka tentang model pembangunan Islam yang menjadikan masjid sebagai satu pusat komuniti yang kompak. Mereka jelas dapat mengaitkan struktur dan fungsi masjid seperti di artikel Al-Kahfi yang mereka baca baru-baru ini. Di Pulau Melaka, Masjidnya berfungsi dengan baik, dihidupkan dengan aktiviti solat berjemaah, disulami dengan kuliah bahkan ada sekolah, deretan kedai dan perumahan.

Penghormatan kami kepada Tok Guru melangkaui kepercayaan politik beliau. Kami melihat Tok Guru sebagai satu ikon manusia yang berpuasa nafsunya sehingga ke penghujung hayat beliau. Sehari selepas kami meninggalkan Kelantan, Tok Guru pula membuat istighfar umum meminta maaf kepada semua. Kami doakan semua urusan Tok Guru dipermudahkan.

Usai solat Subuh, kami sempat merakamkan foto bersama Tok Guru sebelum meninggalkan rumah beliau. Kemudian, kami berangkat ke Pelabuhan LKIM di Jeti Tok Bali. Di samping mendedahkan anak-anak dengan aktiviti nelayan di sana, kami juga ingin membeli ikan-ikan untuk barbeque pada malam hari kedua ini.

Banyak pelajaran yang boleh dikutip. Antaranya fakta bahawa 50% nelayan dikuasai oleh warga Thailand dan selebihnya oleh warga Melayu, Cina dan India. Ia seakan-akan satu ketidakseimbangan. Namun begitu, jelas terlihat akan kerajinan tekong dan awak-awak Thailand semasa memunggah ikan naik ke darat dari perut kapal. Program berakhir dengan satu jamuan sarapan pagi. Menarik juga bila anak-anak mula mengenal pelbagai jenis ikan di jeti itu.

Selepas itu, destinasi berikutnya ialah Kraftangan Kelantan yang dihoskan oleh En. Abd Aziz. Anak-anak diajar dan mencuba sendiri untuk mencanting batik dengan lilin panas, mewarna dan menggunakan peralatan khusus. Turut diterangkan tentang penggunaan bahan terbuang menjadi kraftangan dengan pendapatan yang lumayan.

Selepas urusan di Kraftangan, kami berangkat menunaikan solat Jamak & Qasar di Majid Kampugn Sireh, Kota Bharu. Di situ juga kami ambil peluang untuk menikmati makanan sarapan (sepatutnya) tetapi hanya sempat dimakan sebagai makanan tengahari yang juga agak terlewat di masjid itu. Alhamdulillah ada banyak yang boleh kita pelajari.

Lawatan seterusnya di Wat Photivihan, dekat Tumpat. Ini adalah sebuah kuil Buddha yang menempatkan berhala Buddha Berbaring yang terbesar di Asia Tenggara. Agak menarik juga kisah ini dan ia boleh dijadikan medium yang baik dalam penyatuan umat manusia untuk hidup bertoleransi dan berkerjasama.

Kehadiran kami secara mengejut itu disambut baik pula oleh sami Wat itu, yang dikenali sebagai Tok Raja. Beliau merupakan penjaga kuil itu bersama seorang lagi sami lain. Kesabaran dan pelayanan tetamu dan sifat keterbukaan mereka sangat baik sekali. Tok Raja sangat penyabar melayani segala pertanyaan oleh anak-anak sepanjang lawatan. InsyaAllah kami akan kongsikan perinciannya nanti.

Usai lawatan di Wat Photivihan itu, kami pulang ke rumah inap. Malam ke dua itu telah diadakan majlis tahlil dan doa selamat untuk kesejahteraan mereka yang bersedekah, TGNA, MH370 dan lain-lain. Makanan malam itu ialah barbeque ayam, ikan dan kambing. Di majlis itu Warga Prihatin beramah bersama dengan rakan FB dan kaum kerabat yang hadir.

HARI KETIGA, kami telah bertolak dari awal pagi lagi ke arah Kemaman. Kami membuat satu hentian untuk makan tengahari dan bersilatutrrahim bersama Cikgu Khatijah Muhamad serta suaminya Cikgu Yusuf. Makan tengahari nasi dagang yang mereka hidangkan benar-benar membuat kami termimpi-mimpi sehingga hari ini. Lebih tidak mampu kami lupa ialah kesungguhan pasangan insan prihatin ini dalam menerima kami sebagai tetamu mereka.

Destinasi seterusnya ialah ke Kampung Gong Baru, Gong Tok Nasek, K. Trengganu yang dinobatkan sebagai KRT terbaik Terengganu dan juga tenunan songket yang terkenal. Anak-anak belajar tentang kehalusan orang dahulu dalam kesenian ini. Program kami bertembung dengan kehadiran pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu yang kebetulan sedang menjalankan projek anak angkat dan CSR di kampung itu. InsyaAllah furqon anak-anak di sini juga akan kami ceritakan nanti.

Dari jam 6 pm, kami harus bergegas. Sekitar 8.30 malam kami dijadualkan membuat tahlil di Kemaman. Alhamdulillah dengan bantuan beacon dan Marshall, kami berjaya sampai tepat pada waktunya. Terima kasih JPJ yang meluluskan permohonan beacon light Marshall kami.

Sepanjang di Kemaman, banyak pelajaran yang dapat kami kutip dari penceritaan kisah Allayarham Haji Ali, seorang usahawan yang sangat cekal, rajin dan pemurah. Beliau mempunyai diterminasi yang sangat tinggi dalam kehidupan sehingga mampu menjadi seorang ikon yang disegani di Chukai Kemaman.

Begitu juga kisahnya dengan latarbelakang Cikgu Ishak bersama Ibu Izan yang telah menjemput kami bersarapan di rumah mereka. Dapat kami curi perhati bagaimana keluarga besar ini mampu untuk membesarkan 12 orang anak menjadi orang yang elok-elok semuanya. Mereka yang turut menghadirkan pengerusi Cakna Anak Yatim Kemaman telah menyambut kami dengan majlis ramah mesra yang sangat menyentuh jiwa.

Program kami berakhir dengan lawatan ke Zoo dan taman Rekreasi Kemaman. InsyaAllah kesemua itu akan kami kongsikan ceritanya dalam artikel-artikel susulan nanti. Program Sekolah Alam 8 secara rasminya berakhir selepas itu dan kami semua bertolak ke Kajang pada akhir hari ke-4 dan selamat tiba pada awal hari berikutnya.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini melalui pertolongan dengan tangan, semangat mahupun harta yang mereka ada.

Alhamdulillah

Catitan Kembara Sekolah Alam-8
WARGA PRIHATIN

Sekolah alam ke 7 – Bah 1 – Rewang bukan merewang

00 sek alam 7 .1NOTA KEMBARA SEKOLAH ALAM KE-7
SABAK BERNAM BAH. 1 – ‘REWANG’ BUKAN ‘MEREWANG’

Alhamdulillah, kali ini kami bersama anak-anak keseluruhannya dapat menikmati perjalanan ke Sabak Bernam. Tujuan berziarah ialah untuk memperlihatkan kepada anak-anak tentang majlis Walimatulurus secara Islamik dan segala yang berkaitan dengannya.

Perjalanan kami padatkan seperti biasa dengan pelbagai pemerhatian alam yang tidak putus-putus. Anak-anak pula terbahagia kepada dua kumpulan besar dalam 2 buah bas yang berlainan. Anak-anak tahap 2 sehingga sekolah menengah dalam 1 bas, sementara yang lain dalam 1 bas lagi bersama para penjaga dewasa.

ULANGKAJI KEMBARA ALAM 4

Perjalanan kali ini melalui jalan yang pernah dilalui semasa Projek Sekolah Alam ke-4 kami di Tanjung Karang. Anak-anak diberikan tugasan untuk mengendalikan ulangkaji sepanjang perjalanan. Bukan dengan hafalan tetapi bilamana mereka melihat satu perkra, akan teringatlah di dalam benak mereka apa yang pernah muhadir jelaskan sebelum itu.

Pembahagian mengikut kumpulan umur memberi ruangan untuk anak-anak yang lebih besar untuk mendapatkan input yang lebih tinggi bahasa dan pemahamannya. Anak-anak di bawah 10 tahun pula kami berikan pendedahan tentang cara berfikir yang kritis agar mereka mampu memerhati dan mencerap pelajaran walaupun tanpa buku dan tanpa kelas.

Kami jelas tentang kelemahan sistem sedia ada dalam pendidikan arus perdana. Walaupun semua misi pendidikan sangat baik bagi mencipta daya pemikiran yang kognitif di kalangan pelajar, namun ia tidak berlaku sebegitu. Anak-anak kita di sekolah pada hari ini dengan mudah mampu mendapatkan keputusan 9A tetapi apabila memasuki bidang pekerjaan sebenar, anak-anak kita juga yang tertinggal ke belakang kerana tidak mampu menyelesaikan masalah.

REWANG – KAITAN DENGAN JAWA & ISLAM

Salah satu dari fokus kembara kami kali ini ialah kepada pembelajaran melalui pemerhatian konsep rewang orang Jawa yang menjadi tunjang kepada perpaduan masyarakat. Sememangnya Islam itu berasaskan kerjasama berjemaah, Ummatun wahidah.

Kami pernah bercerita kepada anak-anak yang sehingga hari ini kami kekalkan di kalangan mereka budaya rewang ini. Mereka juga sangat teruja apabila kami mahukan mereka memerhatikan tentang budaya ini di kampung semasa majlis walimatulurus di sana.

Dalam budaya REWANG, sekadar bunga duit RM1 sebagai ‘penanggah’, RM5 untuk ketua penanggah dengan tuala “good morning” dan juga rokok penanggah boleh menjadi satu bayaran yang lebih bernilai dari bayaran penanggah professional katering pada hari ini. Pada malam hari perkahwinan sehingga semuanya selesai, tuan rumah akan melantik seorang wakil dari kalangan ahli masyarakat yang datang untuk rewang. Secara tradisinya, tuan rumah tidak boleh lagi masuk campur selepas itu, iaitu selepas wakil jemaah mengambil alih pengaturan.

Ada juga kes apabila tuan rumah terlampau banyak ‘songel’ sehingga ahli rewang terasa hati dan terus meninggalkan kenduri. Jika itu berlaku, tuan rumah akan merendah diri untuk meminta maaf kepada setiap ahli masyarakat untuk mendapatkan mereka kembali meneruskan rewang.

Semuanya berlaku dalam semangat kekeluargaan yang sangat tinggi. Majlis keramaian memang satu yang ditunggu-tunggu kerana itu seperti satu asbab kepada penyatuan masyarakat. Bukannya untuk upah dan bayaran, tetapi sekadar mengeratkan silaturrahim. Anak dara dan anak bujang diacu-acukan oleh ibu-ibu dan bapa-bapa yang memerhatikan mereka semasa rewang. Bapa Si Dara pula boleh lihat calon-calon menantu mengikut kerajinannya.

Setibanya kami di sana, kami mula merasakan kemeriahan yang ada. Namun anak-anak bertanya, dimanakah rewangnya? Mereka mencari-cari penanggah-penanggah yang memakai bunga duit dan tuala “Good Morning” seperti yang pernah kami ceritakan. Namun semua itu sudah tidak berlaku lagi.

Penanggah rewang berganti dengan penanggah beruniform katering yang menyediakan hidangan-hidangan secara buffet. Dalam tradisi rewang, tetamu hanya perlu duduk sahaja dan semua hidangan akan disediakan terus dengan sopan di atas meja. Akan ada barisan penanggah yang ke depan ke belakang bergiliran menghantar hidangan serta mengutip dan membasuh pinggan kotor.

Tuan rumah tempat kami berziarah ini merupakan guru vateran dan orang yang sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Cikgu Hajjah Hashimah & Cikgu Haji Nasir merupakan insan prihatin yang meletakkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri. Hidup mereka sederhana dan majlis perkahwinan anak mereka itu juga berlaku secara sangat sederhana. Tiada busana-busana dan pelamin ribuan RM untuk menghiasi pengantin, tiada solekan tebal ala-ala Oprah Winfrey ataupun Opera Cina dengan khemah-khemah sederhana tanpa renda-renda puluhan ribu RM.

Disebabkan aktiviti kemasyarakatan yang menjadikan mereka ini sibuk, maka mereka kurang terlibat dengan aktiviti kenduri kendara di kampung itu. Walaupun begitu, aktiviti kemasyarakatan di dalam kampung itu tetap sangat memberi kesan kepada masyrakat sekeliling. Disebabkan itu juga, mereka agak gusar dan risau sekiranya kenduri mereka itu tiada yang nak datang rewang. Alternatifnya ialah katering.

Bukannya sesuatu kesalahan menggunakan katering, cuma dari kajian sosiologi yang pernah kami lakukan ke atas komuniti Jawa yang pernah kami tuliskan selepas hari raya tahun lepas, kami dapati budaya rewang menjadi salah satu unsur penyatuan yang sangat penting.
http://prihatin.net.my/2013/08/19/budaya-islamik-jawa-beraya/

Sekalipun anak-anak tidak merasa kemeriahan rewang, tetapi kami berikan tugasan kepada anak-anak yang akhirnya mereka dapat wujudkan juga suasana rewang antara mereka. Kami harap mereka faham maksud kami agar dapat menghidupkan budaya yang baik ini dalam generasi dan kelompok mereka.

MEMULIAKAN TETAMU

Setelah tidak dapat rewang menyediakan / memasak makanan, maka kami CUBA WUJUDKAN KEMERIAHAN REWANG dengan cara sendiri. Sebagai kelompok warga yang sudah biasa menguruskan majlis, kami bahagikan tugasan untuk membantu sajian dan membersihkan pinggan mangkuk, mengawal lalulintas, menjaga parkir, memasang dan mengendalikan sistem siaraya, deejay, persembahan kompang, selawat dan nasyid, dan yang paling mendapat remark baik dari orang kampung ialah pasukan penyambut tetamu berpayung hijau yang ‘unik’.

Dengan cara itu, kami dapat merasakan kemeriahan rewang dapat dizahirkan semula. Setiap tetamu yang hadir kami cuba untuk payungi mereka dalam keadaan panas mahupun redup, khususnya yang membawa bayi.

Budaya menyambut tetamu dengan payung yang telah kami amalkan sejak hari pertama itu sebagai satu simbolik kasih sayang dan penghormatan kepada tetamu dengan penghormatan VVIP keseluruhannya tanpa mengira darjat dan pangkat. Itu sudah menjadi tradisi sekiranya RPWP datang bertandang atau terlibat dalam pengurusan majlis perkahwinan. Biar panas, biar hujan bahkan ribut sekalipun kami akan tetap jalankan tugas, demi memuliakan tetamu.

Majlis perkahwinan Warga Prihatin yang berlangsung 2011 sebelum ini turut memberikan gambaran serupa dengan Majlis Walimatulurus yang ini. Pengantin tidak bersolek tebal-tebal untuk duduk di pelamin, bahkan ikut berdiri dengan payung yang kami sediakan di jalan masuk ke rumah, bersama-sama ibu bapa mereka menyambut tetamu di terik mentari.

Alhamdulillah, walaupun tiada pancaragam, tiada karaoke, tiada kuda kepang dan penyanyi seksi, ramainya kehadiran tetamu tidak pernah dapat kami bayangkan. Tetamu bertali arus sampai jam 12 malam sebelumnya, bersambung jam 8 pagi di hari majlis sampai ke petang. Subhanallah.. akan kami kongsikan di bahagian seterusnya nanti.l

SIKAP TETAMU & PEMANDU – SATU PEMERHATIAN

Tugasan yang paling mencabar ialah pengawalan trafik di bawah terik mentari. Di sini kami lihat, bagaimana sebahagian tetamu dan pemandu yang sukar diatur. Sebahagian mereka tidak boleh bertolak ansur, sombong dan bongkak dalam menerima aturan lalulintas yang kami susunkan. Mereka mahukan keselesaan, tetapi mereka tidak mahu “bayar” harga keselesaan itu dengan menurut pengaturan kami.

Tidaklah kami sengaja menjaga lalulintas di sepanjang sekitar 1 km itu untuk menyusahkan orang, tetapi sekiranya ada 2 hala berselisih tanpa ada yang mahu mengalah, sampai bilapun tidak akan ada penyesaian. Ini kerana jalan kampung itu kecil sahaja, cukup-cukup untuk dua kenderaan kecil berselisih. Kiri kanan dibatasi dengan parit dan kebun sawit. Jika ada kenderaan diletak di bahu jalan, maka ia akan jadi satu hala.

Tidak kurang juga ada yang memandu kereta mewah berjenama Mercedes yang bila kita sapa dengan senyuman terus tidak diendahkan. Ironinya, ada yang tidak langsung sudi menurunkan tingkap untuk menyambut salam dan teguran yang diberi, padahal tujuannya untuk kami tunjukkan yang nombor pendaftaran kereta beliau telah hampir terjatuh.

Begitulah akhlak ‘orang kita’ sekarang. Dari bahasa badan kelihatan ada juga yang melihat tukang payung dan jaga parkir ini sebagai makhluk bertaraf bawahan. Mungkin sudah terbiasa mengherdik ‘mat gian’ yang sering menjadi ‘pengatur parkir’ mereka di bandar untuk meminta seringgit dua. Ataupun ada kejutan budaya dari miskin dahulunya lalu kini dah jadi kaya, lalu jadi bongkak melupakan adat budaya dan tatasusila.

Kasihan mereka kerana tidak mengetahui yang memayungi dan menjaga kenderaan mereka itu ada yang doktor, jurutera, guru senior, pensyarah Universiti bahkan ustaz dan individu bergelar Datuk juga. Anak-anak asnaf yang nampak macam gelandangan dan memayungi serta menyajikan makanan mereka itu juga ada yang penerima anugerah tetap sebagai pelajar terbaik akademik dan sahsiah di sekolah.

Kerana itu, kami juga sebenarnya seperti mereka, iaitu manusia yang wajar dihormati, bukan kerana pangkat dan darjat, tetapi kerana kita semua hanyalah HAMBA YANG ESA. Apapun tidak semuanya melayani kami begitu rupa. Ramai juga yang ramah dan sangat berbudi bahasa. Yang baik kita kekalkan, yang buruk kita tegur dan ambil pelajaran.

Pengalaman mengendalikan trafik dan keamanan ini memberikan kesedaran kepada kita betapa sukar dan serbasalahnya tugas anggota keselamatan, khasnya PDRM dan RELA. Di tengah terik mentari anggota polis mengorbankan diri mengawal lalu lintas yang ada ketikanya tidak boleh dikawal dengan besi dan cahaya. Tidak mustahillah terjadinya isu besar isteri pemain bola sepak muda yang biadap dengan pak guard yang jauh lebih tua.

Itulah sebahagian dari ‘PEMBELAJARAN ALAM’ yang besar, melalui PENGALAMAN yang dapat di ‘ALAMI’ sendiri oleh mereka yang ikut MENGALAMINYA.

Sekian dahulu perkongsian kami. Salam ukhwah
WARGA PRIHATIN

BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 2..

Satu keperluan ke arah reformasi kepolisian

BAGAIMANA MENGISLAMKAN INSTITUSI KEPOLISIAN

Sepertimana rumah Kebajikan dan Pertubuhan NGO yang lain, RPWP sentiasa dilawati oleh para pegawai Polis dari pelbagai cawangan dan pangkat. Peringkat awal dahulu, ramai yang ditugaskan untuk mendapatkan maklumat, khususnya bimbang tentang adanya sebarang aktiviti bawah tanah di RPWP. Kita harus terima hakikat, cemburu itu tandanya PDRM sayangkan negara.

Setelah disahkan RPWP tiada anasir subversif, maka kini kedatangan mereka lebih kepada kajian umum tentang situasi semasa masyarakat dan negara. Sebahagian lain datang untuk mendapatkan hasil kajian dan pembangunan kami, untuk dijadikan pedoman dalam menangani masalah jenayah, dadah dan pelbagai gejala sosial dalam negara.

Beberapa orang pesara pegawai tinggi Polis termasuk berpangkat Datuk adalah antara pendokong tetap RPWP. Pengerusi Rukun Tetangga yang menganugerahkan “Tokoh Mulidurrasul dan Maal Hijrah” kepada pengasas RPWP juga dari pegawai tinggi Bukit Aman berpangkat Datuk.

Kelmarin RPWP diziarahi lagi oleh 2 orang pegawai tinggi dari Bukit Aman. Kali ini kami rasa ingin kongsikan sesuatu yang mungkin boleh dijadikan pelajaran oleh pembaca, khususnya kalangan murobbi, iaitu penanggungjawab dari kalangan ibu bapa, para guru, ketua masyarakat dan pemimpin negara. Mereka ini sangat berilmu dan tertarik dengan falsafah yang diamalkan di RPWP. ALHAMDULILLAH.

Oleh kerana hadirnya mereka sewaktu tengahari, maka dapatlah mereka bertemu dengan sebahagian anak-anak yang pulang sebelum meneruskan persekolahan sebelah petangnya. Selepas urusan rasmi selesai, para pegawai ini meneruskan dengan pelbagai soalan yang berkaitan dengan RPWP. Kami juga bawa mereka untuk melawat ke seluruh kawasan kompleks RPWP.

Berikut ini kami cuba kongsikan secara ringkas buah-buah fikiran di sepanjang perbincangan dengan mereka.

FORMULA PENYATUAN & KERJASAMA

Antara perkara utama yang seolah-olah menjadikan mereka takjub ialah soal pokok yang menjadi masalah utama dalam dunia, iaitu isu penyatuan. Apakah yang menjadi tunggak perpaduan yang mampu menyatukan seluruh jemaah RPWP, termasuk para pengasas, kaum ibu dan anak-anak jagaan sejak hari pertama. Bukan setakat bersatu hati dan wawasan, malah menyatukan tenaga dan dana untuk RPWP.

Seorang darinya kongsikan bahawa beliau ada 15 orang adik beradik seibu dan sebapa. Beliau menampakkan bahawa dalam keluarga sendiripun begitu susah untuk bersatu dengan satu faham. Ini turut beliau perhatikan berlaku dalam banyak keluarga-keluarga lain di kalangan rakan taulan beliau. Fenomena ini turut dilihat dalam organisasi, masyarakat, negara bahkan dunia. Dari hasil kajian dan pemerhatian, kami sendiri bersetuju 100% akan fenomena ini.

Antara yang ingin kami kongsikan di sini ialah formula penyatuan yang dimulakan dari pembentukan 1 faham. Perpecahan di kalangan ummah adalah berpunca dari hati dan pemikiran. Jika kefahaman dalam pemikiran kita bercanggah, di situlah berpuncanya gejala perpecahan.

Untuk mengatasi masalah itu, kami menggunakan pendekatan al-quran dan sunnah. Ramai juga yang berkata menggunakan pendekatan itu, tetapi mengapa ternyata mereka sentiasa gagal? Jawapan kami adalah kerana mereka tidak berpaut pada kedua unsur itu secara kaaffah dan bersungguh-sungguh. Kami lihat orang yang melaungkan penyatuan melalui alquran dan sunnah itu sendiripun tidak memahami kedua-duanya dengan cukup mendalam dan tidak sanggup mematuhinya dengan sempurna. Masing-masing ambil yang secocok dengan mereka sahaja.

Ajakan mereka hanya sekadar retorik sahaja, tidak serius dalam usaha memahami dan mengajak manusia untuk menyatu dengannya. Ajakan mereka tidak disulam dengan ilmu. Sebahagian besar dari golongan yang mengajak itupun ada yang tidak pernah baca alquran dan memahami terjemahannya.

Atas dasar itu maka kami wajibkan semua co-founder dan anak-anak membaca terjemahan quran sekurang-kurangnya 3 kali ulang. Setiap saranan, cadangan, aturan maupun hukuman yang ingin dilakukan adalah bersandarkan kepada tuntutan apa yang difahami dari alquran itu secara adil dan praktikal. Segalanya harus pula dipersetujui dengan sebulat suara, secara NAHNIAH, bukan ANANIAH (keakuan).

Apabila visi itu jelas didapati dari alquran, dan segala keputusan dibuat secara bersama melalui syuro, maka semua yang terlibat akan jadi mudah untuk menerima dan mematuhinya. Ini berbeza dengan organisasi lain di mana setiap yang ingin dilakukan itu adalah berdasarkan visi individu, kemudian memaksa yang lain untuk menerima dan mematuhinya. Di situlah mudahnya terbit individu diktator.

MENGAPA PRIHATIN TIDAK BUKUKAN FORMULA PENYATUAN

Seperti pelawat lain, soalan di atas menjadi terlalu biasa ditanyakan. Kami memang ingin kongsikan formula penyatuan ini, tetapi bukan dengan cara menulis buiku. Kami telah BERSATU berpandukan kepada doktrin alquran yang SATU. Hasil kajian kami menunjukkan hebatnya alquran itu ialah kerana ia mengandungi konsep dan prinsipal yang sangat meluas. Kesemua 6236 ayat itu boleh diterapkan dengan mudah dan berkesan kepada siapa sahaja, organisasi dan institusi apa sahaja, di mana saja dan pada zaman bila-bila juga.

Kerana itu kami rasakan tidak ada keperluan untuk kami bukukan apa yang kami telah berjaya laksanakan. Ini kerana apa yang kami lakukan mungkin nampak jelas dalam urusan membina keluarga dalam sampel komuniti kami, tetapi mungkin berbeza penerapannya jika ingin diterapkan dalam urusan membentuk sebuah keluarga kecil oleh sepasang suami isteri di rumah lain. Perlu penyesuaian di situ.

Begitu juga kemungkinan keraguan atau khilaf berlaku jika apa yang kami bukukan dari praktis kami di RPWP ini disalin atau ditiru bulat-bulat oleh orgasisasi lain seperti syarikat, pertubuhan NGO, pengurusan kerajaan, negara dan sebagainya. Sedangkan apa yang ada dalam quran dan sunnah itu perlu disesuaikan mengikut matlamat pembaca dan penggunaannya.

Kerana itu jika kita ambil langsung dari buku sedia ada, iaitu quran dan sunnah, maka ia lebih asli dan mudah disesuaikan. Kami tiada masalah untuk membantu menyesuaikan penerapannya dalam kalangan individu atau organisasi yang berbeza.

Ini juga selari dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, haram menulis apa sahaja penjelasan wahyu yang keluar dari mulut baginda. Hanya alquran sahaja yang layak ditulis dan dihafal. Apa yang kami lihat di situ ialah agar kita memahami, menghafal dan mengambil prinsip dari quran secara terus untuk disesuaikan dengan keperluan hidup dan zaman kita. Hadis sekadar contoh huraian perlaksanaannya sahaja.

Dalam alquran, kami dapati doktin kehidupan yang bersifat universal, yang sesuai untuk digunapakai oleh pelbagai bangsa, geografi dan di sepanjang zaman itu terletak di ayat-ayat misal atau MUTSYABIHAT. Ayat-ayat langsung atau MUHKAMAT adalah isi ketetapan yang sentiasa sama bentuknya. Tiada perubahan sampai bila-bila, tidak mengira zaman mana dan bangsa apa sekalipun pengamalnya.

Contoh mutasyabihat salah satunya ialah, bila Allah dan rasul sarankan tentang kuda. Itu bermaksud MISALAN kenderaan yang pantas, pintar dan gagah. Zaman nabi mungkin membandingkan keldai dan kuda, zaman moyang kita mungkin basikal dan motosikal, tapi zaman kita mungkin kereta kancil berbanding BMW. Amat tidak berfaedah jika penjelasan sunnah tentang kuda itu kita hafal dan ikuti secara jumud, lalu kita semua beli kuda dan menunggangnya di lebuhraya.

Contoh muhkamatnya pula ialah, tentang spesifikasi pakaian wanita. Yang ini tiada masalah untuk kita hafal dan ikut hadis nabi bulat-bulat kerana ia berbentuk perintah yang jelas secara langsung (muhkamat), bukan berbentuk MISAL (mutasyabihat). Kerana itu pakaian nisak mengikut kehendak Allah itu masih kekal sama dari dahulu sampai sekarang. Malangnya yang sudah jelas (muhkamat) itu pula yang kita ubah-ubah. Yang mutasyabihat (MISAL) pula yang kita ikut bulat-bulat.

PENERAPAN DISIPLIN

Para pegawai ini melihat tahap disiplin dan jatidiri yang agak tinggi pada keseluruhan warga yang sempat ditemui dan berbual bicara. Mereka ingin tahu apakah rahsianya? Ini kerana di PDRM, mereka ambil 6 bulan untuk membentuk disiplin anggota sebelum berkhidmat. Mereka akui bahawa hasilnya hanya disiplin yang bersifat luaran. Amat sukar untuk menerapkan disiplin secara dalaman kerana rekrut yang juga datang dari pelbagai latarbelakang.

Jawapan kami tetap sama. Pertamanya kami pastikan kesemua warga sanggup membenarkan kebenaran wahyu dan sunnah. Warga mesti sanggup mematuhinya tanpa dakwa dakwi. Itu syarat utama untuk mereka hidup bersama dengan kami. Setiap perintah wahyu dan sunnah wajib didaulatkan oleh setiap warga. Ia tidak sukar jika kita memahami sudut praktikal dari wahyu dan sunnah itu. Masalah kita hanya nampak wahyu pada potong tangan dan rejam untuk ditolak, atau poligami untuk diterima sahaja. Akhirnya ramai yang semakin hari semakin takut dengan wahyu.

Kemudian kami nampakkan kepada warga dari surah mana ayat mana dari alquran yang telah mereka baca itu, datangnya idea dan perintah yang harus mereka mendisplinkan diri dengannya. Apabila mereka telah membaca sendiri dan memahaminya dengan bantuan penjelasan jemaah, maka mereka akan mudah mendisiplinkan diri dengan perintah itu. Walaupun sekali sekala mereka terlupa atau melanggar dengan sengaja, maka dengan mudah jemaah boleh menghukum dan mereka juga boleh menerimanya dengan rela.

Disiplin tidak boleh lari dari kesamarataan zahir dan batin. Kerana itu kami menggalakkan anak-anak mengikuti sebarang badan berunifom seperti kadet polis, ROTU, PBSM, silat dan sebagainya. Kesemua itu mampu mendisiplinkan anak-anak dan mengajar mereka hidup berperaturan (rububiah) dan berpengatur (murobbi). Ia turut mengajar anak tentang teknikal, taktikal, strategi dan ketahanan mental. Perhubungan antara skuad dengan komanden kawad, pelatih dengan guru silat dan sebagainya boleh mendidik anak tentang aplikasi silah, solah dan solawat dalam berjemaah.

Yang paling penting ialah mendisiplinkan warga melalui pendekatan keadilan dan kesamarataan. Setiap warga tidak kira pangkat dan usia akan makan makanan yang sama, memakai warna dan jenis pakaian yang sama, menaiki kenderaan dan mendiami rumah yang sama. Semua warga juga turut mematuhi arahan dan disiplin yang sama di samping melaksanakan tugasan secara kerjasama.

Kerana itu juga anda lihat setiap kali berprogram kesemua warga akan memakai uniform yang sama. Latihan kawad kami ajar kepada anak-anak seawal tadika lagi, paling tidak seminggu sekali. Anak-anak dibahagikan kepada kelompok kecil dan setiap satu mempunyai ketua sendiri. Semua warga diwajibkan menjaga warga lain tanpa prejudis, tanpa rasa takut dan pilih kasih.

KAEDAH CEGAH JENAYAH

Ini bukanlah perkara mudah untuk kita lakukan dengan jayanya jika kita tidak mampu mencerap apa sahaja formula dari quran, yang telah Allah bukukan sebagai manual hidup kita. Kami telah lama mengaku kalah dengan cara ciptaan sendiri, melainkan yakin dengan keberkesanan manual dari Allah sahaja. Ada beza yang jelas antara PENCEGAHAN (PREVENTION) dengan PENGAWALAN (CONTROL) jenayah.

Selama ini Polis hanya menggunakan pendekatan cegah jenayah secara LUARAN, iaitu melalui kaedah penangkapan dan pengurungan. Bagi kami, pendekatan itu hanya berlaku SETELAH jenayah berlaku. Jadi apa yang dilakukan itu hanya MENGAWAL jenayah daripada terus-terusan berlaku sahaja. Ia berbeza dengan kami yang menggunakan kaedah DALAMAN, iaitu pendekatan tarbiah, kaedah pendidikan dan pencegahan. Kami sunguh-sungguh inginkan supaya jenayah itu TIDAK SAMPAI berlaku.

Alhamdulillah kami telah buktikan kaedah “Penjara Di Tepi Masjid” yang Nabi SAW laksanakan itu amat berkesan. Kami pernah merawat gadis 15 tahun yang telah ‘melunjur’ bersama 285 jantan silih berganti dalam masa 2 tahun. Alhamdulillah beliau pulih dalam masa beberapa minggu tanpa gari dan pintu berkunci. Kami juga merawat penagih tegar yang sudah 16 tahun menagih dan 6 kali dipenjarakan, tanpa menggunakan kaedah kimia, jampi mentera, tanpa pil methadone maupun rokok.

Kami juga ada kes anak yatim yang kami ambil dari lokap polis, yang mengaku telah terjebak dengan jenayah seksual, dadah, rompak dan curi kenderaan sejak tingkatan 1. Kami sanggup jadi penjamin anak itu, Alhamdulillah kini anak itu amat baik sekali. Ada juga anak yatim yang terabai sejak ayahnya masih ada, yang mengakui pernah tinggal sebilik serta meniduri teman wanitanya selama 2 minggu di rumah ibu bapa gadis. ironinya ia berlaku dengan pengetahuan dan izin ibubapa mereka. Lihatlah, seteruk ini lemahnya ibubapa memainkan peranan menjaga anak dara mereka..!

Melalui rahsia Fatihah, kita seharusnya mampu menyingkap bagaimana Allah mengatur alam ini sebelum kita mampu menirunya. Bagaimana harus kita fahami dan menerapkan BASMALLAH, LILLAH, BILLAH melalui fungsi Murobbi (rabb yang menguasai), malaikat (yang menyampai dan mencatat), nabi (penerima berita), serta rasul (penyampai dan pelaksana risalah). Perhatikan bagaimana Allah menyediakan alam yang baik melalui uswah para rasul untuk kita letakkan diri dan keluarga kita di alam kehidupan itu, agar kita turut jadi baik.

Demikian juga pelbagai peranan dalam institusi malaikat yang secara ghaib menyampaikan berita, mencatit amalan manusia dan melapurkannya kepada Allah (Rabb) setiap hari tanpa rasa takut dan pilih kasih. Kemudian dipanjangkan sistem pengaturan alam itu kepada fungsi nabi dan rasul sebagai utusan yang membawa risalah buat mengatur manusia agar sejahtera semuanya. Konsep Allah melihat dan mendengar kami terjemahkan melalui 65 cctv terpasang dan terakam 24jam di kompleks ini. Bahkan dalam bas kami pun ada 4-8 cctv.

SARANAN RPWP UNTUK MASYARAKAT & PDRM?

Soalan ini kami jawab dengan saranan agar masyarakat tidak terlalu takut atau membenci polis. Jika ini berterusan maka masyarakat sendiri yang akan rugi. Wang rakyat diguna untuk membayar gaji dan sarana kepolisian, namun tugas mereka tidak efektif kerana tiada sokongan masyarakat. Dari komunikasi yang berterusan antara kami dengan PDRM, bukanlah semua polis itu baik, namun tidak semuanya jahat.

Seperti anggota masyarakat yang lain, kami juga ada banyak komplain tentang kepincangan institusi kepolisian. Belum ada dari sebegitu banyak kes-kes kecurian yang kami lapurkan dan kami dapat semula. Bahkan ada kenderaan kami yang dicuri oleh sindiket besi buruk, yang kami sendiri temui ‘bangkainya’ sejurus selepas lapuran dibuat dan kami serahkan segala bukti termasuk geran, bil belian besi buruk kepada pihak balai, namun tiada tindakan dibuat sampai kini.

Atas sebab itu juga, ramai penduduk yang tidak mahu bekerjasama membuat lapuran apabila berlaku kes jenayah. Ada sampai 6 kecurian motosikal berlaku dalam masa sebulan tanpa sebarang lapuran dibuat. Memanglah sekali kecurian, harapan mendapatkan kembali terlalu tipis. Namun kami pujuk masyarakat agar membuat lapuran supaya PDRM dapat maklumat tentang indeks jenayah setempat. Dengan itu mereka boleh menyusun semula rondaan atau program pencegahan.

Rumah kami menggunakan besi terpakai yang dibeli dari kedai besi buruk. Banyak kali juga kami terserempak kereta peronda yang tanpa segan silu mengutip ‘zakat’ terang-terangan dari pusat ini. ini kerana kami yakin mereka ada membeli dan menyimpan besi buruk yang tidak sah dari sudut undang-undang.

Kami ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan membaiki dan menjual kenderaan terpakai. Sebahagiannya kenderaan lama hasil wakaf orang ramai. Pernah juga kami diganggu oleh ‘pengutip zakat’ sepertimana nasib peniaga kenderaan terpakai yang lain. Pelbagai ancaman dan gaya bahasa yang tidak bermoral sekali dilontarkan. Kononnya terima lapuran kami menyimpan kenderaan curi.

Yang baiknya pula, kami dibela oleh pasukan lain yang lebih tinggi dengan meminta kami panggil beliau jika ada mana-mana anggota ‘pengutip zakat’ seperti ini datang lagi. Atas dasar lapuran dari golongan yang sakit hati, maka pasukan yang ikhlas ini telah tanpa pengetahuan kami menyelinap secara senyap selama 4 hari menyelidiki kesemua stok kenderaan kami. Mereka sahkan tiada satupun barang curi dari stok kami. Kerana itu mereka sanggup mempertahankan kebenaran biarpun terpaksa bertembung dengan anggota lain. Tidakkah zalim jika kita ‘cop’ PDRM keseluruhannya buruk?

Tatkala rumah kami terbakar, POLIS adalah yang sampai paling awal. Mereka antara yang simpati dan menganjurkan bantuan. Kami juga pernah disaman hanya kerana sebelah lampu belakang van kami tidak menyala. Namun kami juga pernah diiring (eskot) oleh kereta peronda, dari jalan bandar sampai tol sungai besi selepas mereka menahan kenderaan kami yang tamat tempoh cukai jalan. Mereka tidak mahu ada anggota lain yang ambil peluang ‘mengutip zakat’ ke atas kami. Wajarkah anggota sebaik ini kita bunuh hanya kerana bencikan PDRM?

Dalam hal mengkaji situasi jenayah dan gejala sosial melibatkan anak-anak juga begitu. Kami banyak berkongsi maklumat terkini tentangnya. Kita perlu kemaskini apakah perkembangan modus operandi penjenayah atau gejala sosial terhadap anak-anak. PDRM pula perlu tahu indeks jenayah yang ada pada kita. Jika perlu kita beri maklumat tentang dadah, maksiat dan jenayah lainnya untuk tindakan mereka. Bila jenayah sudah berkurangan, anggota pula boleh anjurkan CSR, mendekati masyarakat, bergotongroyong dan sebagainya. Indah bukan?

Terlalu banyak lagi kebaikan PDRM yang boleh dikongsikan. Kami sarankan agar PDRM boleh memainkan peranan sebagai institusi yang bercirikan malaikat, bersifat berkecuali dan tidak berkepentingan diri. Alangkah baiknya jika orang ramai, khasnya ketua masyarakat boleh menjadikan polis sebagai rakan karib, duduk santai bermuzakarah bersama mereka di balai sebagai rakan kongsi. Kita isi kebosanan mereka bertugas di sunyi malam dengan kopi panas dan biskut, kita cari jalan untuk mensejahterakan masyarakat dan anak-anak kita.

Pepatah inggeris mengatakan “you pay peanut, you got monkey”. Seperti di negara Eropah, pihak kerajaan mungkin boleh menaikkan lagi moral polis, guru dan pegawai penguatkuasa lain dengan menyediakan gaji yang cukup sehingga mereka tidak lagi berselera untuk mengutip ‘zakat secara tidak sah’ seperti yang sering berlaku sekarang.

Pengisian rububiah Allah perlu ditanamkan agar anggota faham dan ikhlas menjalankan tugas menjaga keamanan negara dengan sebenar-benarnya. Segera singkir yang masih ambil rasuah atau salahguna kuasa. Dengan demikian setiap anggota akan berbangga dengan PDRM kerana tapisan yang tinggi ini. InsyaAllah dengan ini anggota PDRM kita akan sangat bermotivasi dan berprestasi tinggi. Seperti di negara eropah, Polis sangat friendly dan ikhlas. Khidmat mereka sangat menyenangkan rakyat.

KESIMPULAN

Kami di RPWP bina SAMPEL komuniti kemudian pengalaman itu kami kongsikan untuk pedoman bersama memperbaiki komuniti luar iaitu komuniti tempat anak-anak kita bercampur di masa hadapan.

Apa yang kami kongsikan di RPWP adalah sebahagian dari Program Sekolah Alam kami. Ia adalah sarana “Pendidikan Islam Sepanjang Hayat”. Tidak akan cukup dengan program 6 bulan untuk mendisplinkan manusia, kerana ia harus dilakukan secara istiqomah, dari buaian hingga ke liang lahad. Secara harian, ia seperti rukun solat fardhu, 5 kali sehari dalam hidup kita.

Mari kita sama-sama berusaha menjadikan institusi kepolisian itu suatu yang bersifat natural dan penuh bermakna. Jangan hanya cari polis bila anak dirotan guru, anak dirogol, tertangkap kes dadah, curi, gaduh, bunuh dan sebagainya. Kita akan saling menyukai dan aman sejahtera jika berkerabat dengan polis sebelum jenayah menjelma. Begitu juga dengan guru. Kita dan anak kita akan sejahtera jika selalu berjumpa sebelum masalah menjelma. Itu nasihat kami pada anak kami, berkerabatlah dengan guru.

Janganlah kita provokasikan isu politik dalam institusi kepolisian, kerana institusi seperti polis, tentera, bomba, guru dan sebagainya ini tetap dianggotai oleh orang yang sama biar siapapun yang memerintah.

Anjuran perdamaian dan reformasi dari
WARGA PRIHATIN