Category Archives: ABOUT PRIHATIN

Latest development and activities of ‘Warga Prihatin’.

image_pdf

Abu Rijal Berjinak dengan Tilawah Alqur’an sejak Tadika.

Rakaman Pertandingan Tilawah Alquran Abu Rijal, Anak Rumah Pengasih Warga Prihatin. Anak 5 tahun ini berjaya mengalahkan anak-anak Tadika 6 tahun di peringkat Parlimen dan berjaya mendapat tempat ke 3 di peringkat Daerah.

Maaf rakaman video terputus kerana menggunakan digital canon lama saja dan batteri pula habis. sambung semula guna handfone. Kualiti memang tidak baik. InsyaAllah bakal menjadi benih generasi Anak Permata Negara.

Parenting Tips 10 : Ajar Anak Bekerja. Elak Sindrom Anak Malas

kerja BAnak terbentuk mengikut acuan kita. Jika kita tidak didik anak bekerja mereka akan jadi MALAS dan tidak kreatif. Jika kita tidak rajin menegur sejak awal, mereka akan jadi degil. Jika kita jarang senyum pada mereka mereka akan membentuk wajah yang sentiasa masam dan macam macam lagi.

Ada orang sayang anak, mereka biarkan anak jadi raja. Anak tunjuk itu kita beli, anak tunjuk ini kita beli. Anak nak itu dapat, anak nak ini dapat. Berbeza dengan pendekatan yang kami jalankan. Walaupun kami sayang anak kami, walaupun ada yang mampu berikan apa yang anak mahukan tetapi kami bertindak untuk berundur ke belakang mengikut cara dan uswah orang-orang Jawa dahulu yang MENDIDIK anak berbanding MEMBELA (ternak) anak.

Jika kita nak TERNAK anak, kita akan pastikan mereka cukup makan, pakai juga cukup gembira BERSUKARIA. Jika bela lembu, hujungnya kita boleh sembelih dan makan tanpa ada rasa bersalah atau kasihan kepada lembu itu. Tetapi, takkan anak mahu kita lakukan sama sahaja dengan lembu? Ironinya, lembu pun boleh di didik untuk membajak sawah.

(JANGAN MARAH KAMI SEBAB SELEPAS FATIHAH, KITA ADA SURAH lEMBU).

Tulisan Arab, bahasa quran telah di`Melayu’kan melalui tulisan Jawi / Jawa. Sejarah “Wali Songo” juga membawa peranan pendidikan gaya Jawa “Totok” walaupun bukan semua 9 Wali itu dari suku Jawa. Ia datang dari jaluran Islam yang dipraktis secara istiqomah. Setelah roboh legasi Kota Melaka, Wali Songo antara sekumpulan ulama akhir sebelum kegemilangan Islam berkubur dengan pemansuhan Sistem Islam berKhalifah dan ditukar kepada sekular pada tahun 1924. Selepas itu Islam tiada kemudi dan terpisah-pisah.

Pendidikan bukan sekadar di sekolah. Amat mudah kerja ibu bapa jika semuanya dilonggok ke sekolah untuk mendidik anak mereka. Jika anak jadi rosak, tuding jari pada sekolah. Diri sendiri tak mahu muhasabah melihat kelemahan diri.

Anak-anak kami dari mula faham bahasa sahaja telah kami berikan tugas. Bayarannya hanya pujian, pendidikan dan kasih sayang sahaja. Contohnya Anakanda Jannah dan Siti Hajar yang baru berusia 3 tahun, setiap hari kita tugaskannya untuk menyusun kasut dan selipar saja. Bersesuaian dengan umur mereka. Untuk yang besar sedikit seperti Anakanda Ain Mardiyah & Damia, pada usia 7 tahun mereka dah boleh mula menolong kemasan rumah dan dapur. Anak yang sebesar Sarah Sofiah, NurHani, Fatini pula dah mula menolong memasak. Nik MohdHarrazi, Hakim, Irfan dan mereka yang berada di sekolah menengah dah mula turun tangan dalam pembinaan rumah, bengkel kereta, kerja kayu, welding dan banyak lagi.

Dengan cara itu, mereka mampu membina “Sense of Belonging” , “Sense of Engineering” dan kreativiti tangan secara semulajadi sejak awal.

Dalam gambar yang di ambil semalam ini ialah Mohd Raimie Masjuki Pencinta Damai. Beliau sedang bercuti dari pengajian di UITM. Masih mengekalkan CGPA tertinggi sehingga kini. Waktu ini beliau mengerjakan kerja-kerja mengecat kereta untuk dijual. Cuti sebelum ini, beliau dilatih secara intensif untuk mengecat kereta. Walaupun cara Jawa ni agak kasar sikit, sebagai pelajaran yang menyerikkan bagi kesilapan atas kecuaian yang berulang, tapi hasilnya nyata. Sepanjang cuti sahaja, Raimie atau mesra kami panggil Uda mampu menyiapkan kereta yang dengan hasil lebih dari RM25k sebulan (Jika dia bekerja sendirilah). Oleh kerana Uda bekerja dengan Prihatin, satu sen pun beliau tak ambil upah, HANYA kerana “sense of belonging” dalam mengutamakan pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin yang membelanjakan RM35-45 Ribu sebulan.

Bukan itu saja, Uda juga mahir dalam bidang welding, konkrit bahkan cekap mengendalikan KESEMUA mesin ringan dan jentera berat yang digunakan di Prihatin. Beliau juga antara MC, DJ, pemuzik, pemain kompang, vocal utama selawat dan marhaban, multimedia, serta sound engineering terbaik yang mengurus high level PA & Video System milik Prihatin menggantikan peranan bapa-bapa. Sekali sekala ada orang sewa PA System atau panggil jadi DJ, semua bayaran diserah kepada Prihatin juga.

Bukan Uda sahaja, Mohd Abid, Muhamad Dinie, Hani, Harraz, Hakim, Irfan, Syafaat Yazid, Afiq Aisar dan ramai lagi. Semuanya tidak terjadi begitu sahaja. Mereka memerhatikan ibu dan bapa mereka bekerja sama dengan penuh semangat berkasih sayang dan mereka juga ikut bekerja.

Masalah utama ibu bapa moden sekarang, Mereka menyuruh anak mereka mengemas, mereka sendiri menyepah. Mereka suruh anak bekerja tapi mereka sendiri PEMALAS.

CUBA mulakannya dari kecil dan mereka akan membesar dengan kerajinan yang semulajadi. Boleh juga anda cuba dengan anak dara dan bujang anda, cuma mungkin liat sedikit sehingga mampu membentuk habit yang dah jadi habitat dalam diri mereka ini. Anda akan bahagia nanti anak anda jadi seperti anak di Prihatin, anak-anak jadi rungsing kalau tak diberi kerja.

Jika dahulu, kami pengasas-pengasas terpaksa lakukan kesemua kerja dan anak masih kecil memerhatikan kita sambil menolong sedikit sekali sekala di sana sini. TETAPI hari ini, jika kami nak buat majlis keramaian, kami HANYA PERLU CAKAP SAHAJA kerana selebihnya anak-anak yang uruskan. Dari PA system, dekorasi, susunan meja, memasak, persembahan, montaj video dan banyak lagi. Kami bapa-bapa pengasas yang 20 ini hanya pasang badan pakai baju cantik-cantik untuk sambut tetamu.

Bukannya kami tak mahu lakukannya…tetapi anda boleh bayangkan jika kami nak turun tangan buat kerja-kerja sahaja terus anak-anak besar datang sambar dan berkata “Ayah-ayah mandi dan pakai baju cantik-cantik, biar kami buat semua ni”. Kami hanya senyum melihat hasil yang terbentuk dari penerapan kerjatangan pada anak-anak.

Inilah juga faktor yang meyakinkan kami bahawa PRIHATIN tidak akabn berkubur setelah kami semua ‘tiada lagi’ di mukabumi ini. Mereka inilah juga yang kami harapkan untuk menemani hidup anak-anak anda, terutama yang sudah mula prihatin dengan kerjabuat Prihatin dan belum dapat kami terima masuk anak-anak untuk di didik. Allah itu Maha Adil dan menapati JANJI.

Rupanya tak susah kalau kita ada ANAK RAMAI pun jika semuanya kita biasakan dengan kerjatangan. YANG SUSAH jika dari kecil anda RAJAkan anak-anak sehingga jika anda ada anak 4 orang sahaja pun dah cukup pening kepala kerana di rumah anda ada 4 orang raja…

Itu tak termasuk kalau ISTERI PUN NAK JADI RAJA JUGA…!

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

Parenting Tips : Sains Ikrar (baiah) Anak-anak

 

IKRAR (Baiah) ANAK-ANAK.

by Saiful Nang

Inilah konsep yang kami terapkan kepada anak-anak kami setiap hari. Ini dari salah satu unit keluarga Prihatin. Kami akan bawakan video baiah anak-anak kami setiap pagi secara berjemaah. InsyaAllah kami akan bawakan juga baiah isteri kepada suami dan juga baiah SAHABAT antara kami seluruh co-founder yang 20 orang ini. Penyatuan atas baiah ini bukan sekadar satu retorik tetapi bermula dari lafaz begini, kami 20 orang ini sanggup menyatu dan disatukan kerana terikat dengan baiah atas NAMA ALLAH.

Ada sains yang besar dalam baiah…dan ada kerosakan besar yang berlaku dalam sebahagian baiah / ikrar / akujanji yang kini orang senang-senang langgar. Jika lihat BAIAH RUKUN NEGARA sahaja, rasanya dah ramai yang langgar TANPA ada kesan apa-apa.

Ada masa nanti, kami terangkan lanjut bagaimana BAIAH adalah satu pendekatan yang mampu dilurut sainsnya dalam PENYATUAN MANUSIA.

Video kali ini saya memenuhi permintaan beberapa pembaca yang nak rakaman video bagaimana mendisiplinkan anak-anak. Ikrar ini telah dimulakan semenjak mereka mula pandai bercakap. Dan si Lela (yang kecil) mesti berada dalam lingkungan dengar semasa ikrar kakak-kakak mereka dibacakan.

Ikrar ini salah satu pendekatan harian yang diamalkan di Rumah Pengasih Warga Prihatin pada setiap hari. Orked & Seri tidak berikrar di Prihatin kerana ikrar di Prihatin biasanya berlaku pada jam 6.30 pagi sebelum anak-anak ke sekolah. Selepas ikrar akan berlaku TAUSIAH (pesan-pesan kepada anak-anak) dan hujung hari akan dibuat ROLL-CALL (seperti yang anda pernah lihat videonya dahulu).

IKRAR adalah satu frame halatuju kehidupan anak yang perlu dilafazkan. Sama sepertimana lafaz akad nikah juga perlu dilafaz sehingga difaham oleh orang barulah sah. Lantas, mendisiplinkan anak akan jadi lagi mudah.

Nanti saya cuba dapatkan video IKRAR anak-anak Warga Prihatin pula. Ok, itu anak-anak…nanti saya insyaAllah cuba rakam dan kongsi ikrar isteri-isteri kepada suami masing-masing pula. Setiap hari, anak saya akan berikrar kepada isteri saya (ibu mereka) dan isteri saya pula akan berikrar dengan saya.

Jika masuk Silat pun ada baiah, masuk geng kongsi gelap pun ada ikrar, nak jadi sahabat pun ada ikrar, nak jadi doktor pun ada ikrar…nak jadi ANAK YANG BAIK takkan tak ada ikrar? Betul tak?

Kalau setuju, sila share. Jika tak setuju, sila PM. Terima kasih semua.

SAIFUL NANG

Minyak Naik & Naik Minyak

1243484_10152174057797786_1114428270_oTidak ada siapa pun yang suka harga minyak, bahkan apa barang pun naik harga kecuali pihak pengeluar yang berkepentingan ekonomi saja. Itu masalah yang harus kita hadapi suka maupun terpaksa. Berita kenaikan harga petrol semalam telah membuatkan semua meluahkan perasaan di WALL facebook. Nampaknya itu saja jalan melepas geram, marah dan kecewa.

Ramai juga yang terlupa mengadu dan merujuk kepada Allah untuk mencari ketenangan menghadapi musibah ini. “Qul-Innalillahi Wainna Ilaihiroojiuun”, “Katakanlah sesungguhnya bagi Allah dan sesungguhnya kepada Allah kembali segala RUJUKAN”. Setiap yang berlaku pasti ada rujukan yang harus kita cari, agar kita boleh kembalikan diri kita kembali redha dan tenang.

Sepertimana biasa, kami bincangkan bersama-sama dengan santai semasa berdipan-dipan dan merumuskan seperti ini. Di samping kami sendiri perlu tenangkan hati, kami pasti ada ramai rakan-rakan yang akan hantar mesej bertanya pendapat. Ternyata tekaan kami benar. Terima kasih kerana sudi bertanya kepada kami yang jahil dan hina dina ini.

Apa sebenarnya yang menyebabkan rakyat marhaen marah sangat? adakah sebenar-benarnya kerana minyak naik sangat? Atau ada perkara lain? Mari kita lihat poin-poin yang meledak perasaan rakyat.

MARAH SEBAB SEMUA BERATUR TAPI TIDAK DAPAT MINYAK.

Macam-macam ragam tunjuk perasaan keluar di internet. Sampaikan ada stesen minyak yang dimusnahkan. Haruskah sampai merusuh tanpa usul periksa begitu? Inilah masalahnya bila tiada ketelusan dari satu pihak dan kurang ilmu, kurang iqra’ dari satu pihak lagi yang menyebabkan keadaan tegang. Ketenangan itu gambaran syurga, ketegangan gambaran neraka. Maka ramailah yang terbakar dalam neraka dunia ini dengan fenomina minyak naik dan dibalas dengan naik minyak.

Salah seorang co-founder RPWP memang seorang pengusaha stesen Petronas. Memang bekalan telah disekat dan disukat, tidak seperti biasanya. Jadi apalah nasib stesen petrol yang dirusuh itu?

Kesilapan pihak penguasa pula ialah sudahlah nak naikkan harga, sekat pula bekalan. Apa lah salahnya jika dilebihkan bekalan, sekurang-kurangnya rakyat marhaen yang tidak fikir panjang ini boleh sejuk sikit hati.

KEPERLUAN BERATUR DAPATKAN MINYAK SAAT AKHIR

Kita lihat begitu ramai motosikal dan kereta yang beratur untuk mengisi full tank. Berapakah nilai full tank bagi sebuah motosikal? Berapakah penjimatan dari kenaikan harga RM0.20 seliter itu bagi tangki sebuah motosikal atau kancil? Berapa lamakah bertahan tangki yang penuh itu?

Nah, apakah yang sedang kita lihat dari fenomena ini sebenarnya?

1. Kita kurang bijak dalam urusan perkiraan untung rugi. Jika kita berjaya topup 5 litre, bermakna kita hanya jimat RM1. Untuk 20 litre kita jimat RM4 saja. Apa yang boleh kita dapat dengan RM1 hari ini? berbaloikah merusuh, tambahan tanpa usul periksa begitu? Jika kebetulan memang benar minyak habis, dan memang itulah sebenarnya berlaku, tidak kah kita telah menganiaya pengusaha yang tidak berdosa? Jika tertangkap pula kita akan ditahan di lokap, yang belajar tak dapat belajar, yang kerja tak dapat kerja… berbaloikah?
2. Ini juga mungkin sedang menunjukkan betapa rakyat sedang berada dalam situasi yang sangat terhimpit ekonominya.

MARAH SEBAB KERAJAAN TIDAK BERTERUS TERANG & MUNGKIR JANJI

Apabila kita sudah berjanji, ia akan di ikat sebagai satu akad yang perlu dipenuhi.

“Wahai orang-orang yang beriman penuhilah setiap akad-akad itu.” (QS. Al-Maidah: 1)

Rasulullah saw. bersabda:
“Janganlah kamu menyongsong rombongan orang-orang berkendaraan; janganlah kamu menjual dengan harga menyaingi harga jual orang lain; janganlah kamu membohongkan harga barang; janganlah orang kota menjualkan kepunyaan orang desa;” (Dari Abu Hurairah r.a.)

“Kecurangan apa yang lebih besar dibandingkan ketika engkau berbicara dengan saudaramu, ia mungkin berfikir bahwa engkau mengatakan kebenaran sedang engkau menipunya dengan mengatakan kebohongan”. (H.R. Bukhari)

Ada nota kecil di bawah foto hiasan di atas yang menayangkan janji pilihanraya yang tidak ditepati. Berbagai-bagai keratan akhbar dikeluarkan semula. Dimanakah silapnya?

Inilah sebenarnya yang berlaku. Bagi kami, apa yang berlaku adalah kerana kita tidak cukup berBasmallah dalam apa saja tindak tanduk kita. YAB DS PM sama juga dengan DSAI suka-suka menetapkan sesuatu yang belum pasti. Yang satu menetapkan harga Minyak PASTI turun, yang satu lagi menetapkan PASTI TIDAK NAIK selepas pilihanraya. Kami sudah masak dengan janji-janji seperti ini, jika DSAI naik, perkara yang sama juga berkemungkinan akan berlaku. Kami berkerabat dan memerhatikan tingkah ahli politik sedemikian CUKUP LAMA, dengan kedua dua belah pihak.

Rasulullah sendiri tidak berani menetapkan harga pasaran, biarpun baginda berkuasa.

“Wahai Rasulullah, tentukanlah harga-harga untuk kita.” Jawab Nabi: “Sesungguhnya Allahlah yang menentukan harga, Maha Penggenggam, Maha Pembentang, Maha Pemberi rizki…” (Sunan Abu Dawud)

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda,
“Hanya Allahlah yang menaikkan dan menurunkan harga-harga” (Ibnu al-Qayyim, al-Thuruq al-Hakiimah).

Sistem Allah (bagi orang yang nak berbuat atas Nama Allah lah, jika buat atas nama sendiri kami no komen), sistem Basmallah menetapkan agar tiada sesiapa boleh dan berhak menetapkan harga pasaran untuk masa depan. Biar Allah melalui fenomena alami yang menetapkannya, iaitu melalui proses “supply and demand”. Ya mungkin praktik forward purchase, subsidi dan sebagainya membolehkan kita menetapkannya ke suatu tahap, namun ia harus beralaskan INSYAALLAH, jangan kita terlalu yakin. Itu yang kita selalu lupa.

Apa tidaknya hanya Allah yang tahu apa akan terjadi dengan situasi bekalan dan permintaan. Jika kita tetapkan harga minyak, tiba tiba berlaku peperangan yang kita tidak jangka dan bekalan kurang sedangkan permintaan bertambah untuk menggerakkan jentera yang memusnahkan manusia. Jika kita tetapkan harga ubat, tiba tiba datang wabak atau ledakkan senjata kimia yang menyebabkan permintaan bertambah, lebih teruk lagi jika kilang pembuat juga turut musnah. Kedua dua faktor penetap harga terjejas. Apa kuasa yang kita ada? Apa perlu kita buat?

Apabila kita sedar kita tersilap langkah, kita kena bayar kifarah. Kita kena merendah diri dan memohon hidayah, memohon ampun dari semua pihak yang terlibat. “Habluminallah wa habluminannas.” Mohon ampun dari Allah dan dari manusia yang teraniaya dengan kesilapan kita. Bukan main silap mata, nafi menafi. Bukan sekat bekalan sampai ke saat akhir sehingga rakyat mengamuk kerana minyak habis setelah beratur 2 jam.

BAGAIMANA NAK SEJUKKAN HATI?

Nah ini sebenarnya perkara yang paling penting.

a) Kos tambahan dan cara mengatasinya:

Ramai yang mencadangkan kurangkan perjalanan bermotor, banyakkan naik basikal, naik lembu, naik keldai, buat pangkin atas motor sampai boleh naik 10 orang, car pooling dll. Semua itu sekadar lawak yang semakin menyakitkian hati rakyat. Mari kita kira kos sebenar.

Kenaikan harga 1 liter = 20sen, setiap 5 Liter = RM1, jika penuh tangki 25 liter = RM5

Jika kita isi minyak penuh tangki 2x seminggu (bagi yang kuat berkenderaan), bermakna 8x sebulan kita isi full tank.

Ia jadi RM40 BELANJA TAMBAHAN sebulan. Atau RM480 setahun. Jika kita hanya bermotosikal yang hanya 5 liter muatan tangki pula (kira motor besar jugalah), kos tambahan kita hanya RM1. Anda boleh kira sendiri berapa kos tambahan setahun.

Hari ini kita marah kerajaan yang sudah beri kita BRIM RM500. Masih ada baki RM20. Dengarnya kerajaan nak tambah jadi RM1,000 lepas ni, bersyukurlah, Alhamdulillah. Jangan marah sampai tak mau pergi ambil duit BRIM. Itu hak anda. Itu duit Rakyat.

Kepada pihak-pihak berkenaan tebuslah kesilapan ini dengan sedekah,

“Sesungguhnya para pedagang akan dibangkitkan di hari kiamat dalam keadaan durhaka, kecuali orang yang bertakwa kepada Allah, berbuat kebajikan dan bersedekah.” (HR. Tirmizi, Ibnu Majah)

“Wahai para pedagang, sesungguhnya dalam jual beli terdapat kelalaian dan sumpah, maka bersihkanlah dengan sedekah.” (Dari Qais bin Abi Gharzah, HR. Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah)

Mari kita permudahkan urusan ini samada pihak rakyat yang menuntut atau pihak kerajaan yang memberi, agar aman dan tenang kita meneruskan kehidupan. Ingatlah bahawa ketegangan, emosional akan merosak akal dan iman,

“Semoga Allah merahmati seseorang yang mudah apabila menjual, membeli dan jika menuntut haknya.” (HR. Bukhari)

b) Jelaskan Impak Ekonomi Terhadap Rakyat Bawahan

Fenomena silap mata dan harapkan magik untuk mengatasi masalah juga merupakan satu masalah besar. Bukanlah rakyat Malaysia ini bebal sangat, Cuma kerajaan kurang sangat bersungguh-sungguh menjelaskan sesuatu sebelum bertindak. Sudah begitu, main silap mata pulak, semalam kata tak naik, hari ini naik. Sudah la tu sekat bekalan pulak…!

Yang banyak guna kenderaan berkuasa tinggi dan banyak pula berjalan adalah orang yang berduit. Yang tidak dapat BRIM (sepatutnya lah).

Rakyat miskin naik basikal atau motosikal saja. Insyaallah jika BRIM di naikkan mereka tidak banyak guna petrol sangat, jadi ringanlah sikit. Jika masih tak cukup juga barulah kita kurangkan perjalanan kita. Itu yang paling penting bagaimana kita belajar adjust cara hidup.

c) Belajar jadi pemaaf dan cari jalan untuk sampaikan mesej dengan baik

Kami juga dari golongan yang terlalu banyak guna bahan bakar kerana mengurus anak-anak asnaf dan yatim yang ramai. Ada 15 buah kenderaan berjalan setiap hari. Tapi kemarahan tidak membahagiakan, ia memakan hati dan membuatkan emosi mengawal akal. Kami tidak mahu jadi orang yang kurang akal dek tekanan emosi.

Dari RUJUKAN (Rooji’un) kepada aturan alam yang ditetapkan Allah seperti di atas, juga dari firman dan hadis, kami terima yang ALLAH menetapkan aturan alam, termasuklah kenaikan harga ini. Kami harap ada pihak kerajaan yang membaca mesej ini dan memberi peluang penangguhan sekurang-kurangnya sampai hujung tahun ini seperti yang dijanjikan sebelum pilihanraya. Jika tidak, bukan saja manusia yang benci, Allah lebih benci lagi. Dan jika Allah sudah benci, kemanakah lagi kita ingin mengadu? Atau kita memang tidak lagi pedulikan ALLAH?

Surah 61. Ash Shaff

2: Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Jika tidak mampu, berterus terang dan memohon maaflah kepada rakyat. Tambahlah segera BRIM, kerana kasihan si miskin, Abang beca, warga emas yang suka maupun terpaksa akan turut menanggung akibat kerana kenaikan harga barang lain. Jangan lupa juga kawal dengan perkiraan yang tepat kenaikan harga barangan lain yang sebenarnya duduk di tangan peniaga yang biasanya suka suka saja naikkan harga. Yang naik itu harga petrol barang pula di angkut dengan lori diesel.

Terlalu banyak jika nak ditulis semuanya, kami rasa cukuplah setakat ini sekadar tidak menghampakan mereka yang meminta pendapat. Kami tidak harapkan BRIM untuk cover kenaikan harga minyak. Kami Cuma belajar kurangkan perjalanan yang tidak berfaedah dan cari jalan untuk terus berpuasa. Para Nabi terdahulu pun telah dididik, siap untuk berpuasa akibat tiada bekalan (bukan sekadar naik harga) selama 7 tahun.

Mohon jangan pedulikan cetusan kami jika anda rasa tertekan dan sanggup naik minyak dengan cetusan ini. Kami tidak mahu kerana cetusan ini kasih sayang kita terjejas. Kami sangat sayangkan anda dan keluarga anda semua.

Cetusan tenang dari
WARGA PRIHATIN

Syafaat & Afiq – Mahasiswa Prihatin dari Buruh Kasar Tanpa Gaji

Jika semasa matrikulasi, mereka tidak dapat memasuki sebuah matrikulasi berdua, tetapi kali ini, kedua-dua sahabat baik ini mampu mendapatkan satu kursus di sebuah universiti yang sama di Universiti Teknikal Malaysia. Alhamdulillah

SYAFAAT DAN AFIQ KINI DI UNIVERSITI

Hari ini hari sunyi kami semasa bekerja di Prihatin. Hilang sudah kelibat lincah Afiq, hilang juga kerajinan tangan Syafaat. Rindu pula kami dengan kekalutan Afiq kadangkala semasa mendapat instruction yang bertimpa-timpa. Rindu juga dengan kepantasan Syafaat semasa menerima instruction sebelum instruction itu habis tetapi action pula jadi salah.
Apapun, kami redha melepaskan mereka yang sebelum ini bergelumang debu dan konkrit basah bersama-sama kami. Mereka teruskan jihad KEBAJIKAN kepada jihad PENDIDIKAN dengan memasuki universiti untuk menyambung pengajian.

WANG ZAKAT & SADAQAH

Kemasukan anak-anak kami tahun ini ke program ijazah ada 3 orang, 2 lelaki dan 1 perempuan. Alhamdulillah setakat ini azam dan cita-cita kami dalam jihad pendidikan terhadap anak-anak termakbul sudah. Sejak 2005, kesemua anak-anak yang kekal di bawah jagaan kami sehingga SPM, berjaya masuk ke Universiti.

Syukur Alhamdulillah kerana sejak akhir-akhir ini, kami mula menerima sumbangan dari rakan facebook yang mula tampil memberikan sumbangan zakat secara langsung kepada asnaf-asnaf dalam jagaan kami. Ini berlaku hasil maklumat dari facebook yang kami mula aktifkan semula sejak  kira-kira 2 bulan yang lalu, Sejak itu ramai yang mula datang melihat sendiri apa yang mereka anggap sebagai sesuatu yang hampir mustahil boleh berlaku di zaman ini. Malah ada yang datang setakat di pintu gate sahaja, dengan alasan mahu mempastikan kisah rumah yang mereka lihat di facebook itu benar-benar ujud rumahnya, itu saja.

Di sini pula kami meneruskan berpuasa secara hakikat, jauh sekali dari bermewah-mewahan sehingga separuh sudip simen yang jatuh ke bumi, yang nilainya mungkin sekitar 10sen  pun, PASTI kami akan korek dan digunakan semula. Ini kerana kami sedar bahawa kos pembinaan kompleks yang sedang rancak dijalankan, urusan pendidikan jangka pendek dan jangka panjang, formal dan informal, kos rawatan kesihatan dan kos kehidupan harian anak-anak yang bakal ditanggung adalah terlalu besar.

Hampir kesemua anak-anak kami telah menunjuk azam untuk belajar setinggi mungkin, jika boleh minta di izinkan untuk ke tahap double degree atau PhD. Mereka pula sanggup meneruskan bakti bapa-bapa pendokong RPWP untuk meneruskan usaha setelah selesai pengajian masing-masing nanti. Maksudnya, bukanlah keinginan belajar setinggi itu untuk meraih gaji besar atau pangkat tinggi. Mereka seakan-akan sudah tidak terliur dengan pangkat dan harta lagi, kerana setiap hari mereka melihat pendokong RPWP dari golongan bijak pandai dan berpangkat bekerja berat dan kotor bersama mereka.

Di samping itu, kami wasiatkan juga kepada mereka untuk cuba mengukuhkan pembinaan akhlak dan sahsiah adik-adik di bawah mereka. Bukan itu saja, yang lebih penting lagi, kami ingatkan mereka bahawa apa yang kami lakukan kepada mereka tidak terhenti di sini kerana mereka harus mampu memberi rahmat kepada alam ini.

Mereka semua jelas dan berjanji untuk mengenalpasti anak-anak setiap penyumbang kepada sarana pendidikan mereka di RPWP dan di Universiti untuk di bimbing akhlaknya, sama-sama berkasih sayang dan membentuk jaringan perniagaan dan membentuk komuniti kehidupan terbaik sesama mereka. Khususnya setelah kami dan ibu bapa yang menyumbang di peringkat awal ini sudah meninggal dunia dan anak-anak mereka pula menjadi anak yatim.

Mereka seronok melihat sahsiah dan akhlak mereka dan adik-adik dinilai tinggi oleh pihak sekolah dan masyarakat, sehingga ramai yang tidak dapat kami terima kemasukan anak mereka untuk dididik waktu ini, namun tetap menghulurkan sumbangan ikhlas semampunya. InsyaAllah, doakan kami sihat dan mampu menambah tabungan agar pembinaan kompleks ini segera siap dan kami ada cukup sarana untuk mengizinkan lebih ramai anak-anak lain ikut serta dengan program Home Schooling dan Tahfiz agar mereka boleh mesra sebagai saudara, dengan satu identiti akhlak al-karimah dengan lebih awal.

Afiq (kiri) dan Syafaat (berbaju kuning) sering berebut tempat terhadapan di dalam syuro harian bapa-bapa pengasas Prihatin. Mereka bertahan untuk menyertai syuro itu walaupun adakalah berakhir jam 6 pagi dan mereka perlu berada di site semula kurang lebih 9 pagi.
Afiq (kiri) dan Syafaat (berbaju kuning) sering berebut tempat terhadapan di dalam syuro harian bapa-bapa pengasas Prihatin. Mereka bertahan untuk menyertai syuro itu walaupun adakala berakhir jam 6 pagi dan mereka perlu berada di site semula kurang lebih 9 pagi.

APA BIASA ANAK KITA BUAT SEMASA MUSIM CUTI SEKOLAH / SEMESTER YANG PANJANG?

Kami ada kes-kes yang merujuk penyelesaian kepada kami tentang masalah anak sudah jadi gadget addict yang boleh jadi bahaya sangat jika dibiarkan. Kebanyakan dari penelitian dan pemerhatian kami, pada usia anak kita seperti Afiq & Syafaat (19 Tahun) ini, mereka banyak menghabiskan masa degan bersosial melalui facebook, window shoopings, menghadiri gathering, melancong ke luar negara, lepak-lepas kopi di Uptown atau Bangsar. Tetapi tidak pula pada Syafaat & Afiq serta kesemua anak-anak kami yang sedang bercuti panjang.

Selepas program matrikulasi mereka selesai dengan pencapaian yang sangat membanggakan kami, mereka lantas berikrar untuk mewakafkan diri mereka selama tempoh cuti pengajian sebagai pekerja ala buruh kasar tetapi lagi teruk lagi dari itu. Di mana yang teruk? Ini kerana MEREKA SEMUA,

  • lakukannya tanpa gaji
  • bekerja sehingga 20 jam sehari
  • sukarela mengambil alih semua kerja yang berat dari kami atas faktor usia yang muda serta mereka lebih kuat dan sihat berbanding kami yang sudah tua dan sakit-sakit.
  • tiada cuti, termasuk di setiap hujung minggu dan cuti umum.
  • bukan saja buruh, malah ikut syuro bersama bagi merancang kaedah terbaik pembangunan kompleks juga turut meneliti setiap lapuran akhlak dan akademik anak-anak lain.

Sepanjang tempoh itu, Afiq & Syafaat teruskan tugas sehingga hari-hari akhir sebelum ke universiti. Keseronokan mereka bekerja sehinggakan persiapan untuk ke universiti juga mereka anak tirikan.Akhirnya, baju-baju terpakai sumbangan orang ramai juga yang menyelamatkan keadaan. Itulah semacam satu trend yang berlaku kepada KESEMUA anak-anak siswazah kami, Syukur Alhamdulillah.

Malam terakhir sebelum berangkat, kami sangat sebak apabila Afiq tawaf seluruh tapak binaan yang bakal ditinggalkan sambil merintih; “Bagaimana ayah-ayah Co-Founders yang sudah tua dan sakit-sakit ini akan membancuh dan menarik simen konkrit dengan tali dan baldi ke tingkat-tingkat  atas apabila mereka sambung belajar nanti?” Sekarang bolehkah anda bayangkan betapa sukarnya kami semua menahan tangisan di malam itu? Itulah Syafaat & Afiq. Kami berdoa agar mereka mampu menyambung usaha Warga Prihatin membimbing generasi anak-anak cucu kita nanti.

Inilah cara yang Afiq sedihkan bagaimana cofounder yang lain yang sudah semakin uzur akan lakukan kerja menaikkan konkrit dengan baldi ini ke tingkat 2 dan 3 pula. Ini baru tingkat satu sahajapun sudah separuh nyawa sehingga ada konkrit hampir nak keras dahulu sebelum dinaikkan. Akhirnya konkrit yang dah tak boleh nak tunggu kami terpaksa kami ratakan untuk tambakan lantai.
Inilah cara yang Afiq sedihkan bagaimana cofounder yang lain yang sudah semakin uzur akan lakukan kerja menaikkan konkrit dengan baldi ini ke tingkat 2 dan 3 pula. Ini baru tingkat satu sahajapun sudah separuh nyawa sehingga ada konkrit hampir nak keras dahulu sebelum dinaikkan. Akhirnya konkrit yang dah tak boleh nak tunggu kami terpaksa kami ratakan untuk tambakan lantai.

Lihatlah foto-foto di bawah ini dan cuma anda lihat perbezaannya dengan gambar yang kami ambil semasa di universiti pagi semalam. Syafaat yang asalnya berkulit cerah juga kini sudah menjadi hitam seakan-akan disalai di tengah panas matahari.

Jiwa Syafaat sangat berani mencuba pelbagai idea. Beliau diwakafkan oleh bapa dan ibunya yang juga salah seorang pengasas RPWP
Jiwa Syafaat sangat berani mencuba pelbagai idea. Beliau Pemenang Anugerah Khas “Kepimpinan & Sahsiah” Peringkat Sekolah Menengah 2 tahun berturut-turut. Diwakafkan oleh bapa dan ibunya yang juga salah seorang pengasas RPWP sejak umut 13 tahun.
Inilah Afiq, kanan sekali. Beliau membiasakan diri dengan kerja keras 20 jam sehari sepanjang hampir 4 bulan mereka bercuti sebelum melanjutkan ke program ijazah sarjana muda ni UNITEKNIKAL
Inilah Afiq, kanan sekali. Beliau membiasakan diri dengan kerja keras 20 jam sehari sepanjang hampir 4 bulan mereka bercuti sebelum melanjutkan ke program ijazah sarjana muda di UNITEKNIKAL Melaka.

Di dalam foto di atas ini, Afiq sedang mendengar dengan teliti kepada makluman yang disampaikan oleh Ayah Yazid (bapa kepada Syafaat) dan Ayah Hatta / Baharuddin (bapa kepada Afiq) semasa dalam proses menyiapkan kolam tadahan air sedalam 13 kaki di RPWP.

BAPA & ANAK

Afiq sendiri mengakui bahawa contoh paling besar sekali yang membuatkan mereka semua sepakat untuk memberikan segala-gala yang ada itu adalah dari uswah yang ditunjukkan oleh bapanya dan ibu sendiri. Ayah Hatta & Ayah Yazid memang dikenali dengan kerajinan tangan mereka. Jika ayahnya sudah sekian lama istiqomah memberikan khidmat tak berbelah bahagi kepada RPWP, InsyaAllah anak-anak akan menjadi lebih baik lagi.

Jika anda datang ke Prihatin, bumbung masuk setinggi lebih 30 kaki dipasang oleh Syafaat & Afiq sebagai welder merangkap kerja-kerja "spiderman".
Jika anda datang ke Prihatin, bumbung masuk setinggi lebih 30 kaki ini dipasang oleh Syafaat & Afiq sebagai welder merangkap kerja-kerja “spiderman”. Tinggi atau tak? Jika rasa ini rendah, sila lihat foto berikutnya,
Inilah gaya Syafaat menyiapkan kimpalan logam semasa pemasangan struktur bumbung hadapan Rumah Pengasih Warga Prihatin
Inilah gaya Syafaat menyiapkan kimpalan logam semasa pemasangan struktur bumbung hadapan Rumah Pengasih Warga Prihatin
Bercomot-comot dan berkotor-kotor begini. Afiq (kanan sekali) bersama sebahagian pengasas bersama RPWP selepas membanting tulang bulan puasa baru ini yang berakhir tanpa kami sedari selepas mendengar azan Subuh. Lalu kami teruskan berpuasa walaupun sempat jika dikira bersahur dengan air-air minuman yang ada di sekitar kawasan pembinaan.
Bercomot-comot dan berkotor-kotor begini. Afiq (kanan sekali) bersama sebahagian pengasas bersama RPWP selepas membanting tulang bulan puasa baru ini yang berakhir tanpa kami sedari selepas mendengar azan Subuh. Lalu kami teruskan berpuasa walaupun sempat jika dikira bersahur dengan air-air minuman yang ada di sekitar kawasan pembinaan.

 

Tatkala ramai mahasiswa menggunakan masa bercuti untuk bermain game komputer, melancong ke luar negara, melepak bersama kawan-kawan, Syafaat dan Afiq memilih menjadi buruh kasar pembinaan di RPWP setiap hari (hanya 2 hari cuti raya) dengan kerja sekitar 20 jam sehari.
Tatkala ramai mahasiswa menggunakan masa bercuti untuk bermain game komputer, futsal, jamming, merempit, melancong ke luar negara, melepak bersama kawan-kawan, Syafaat dan Afiq memilih menjadi buruh kasar pembinaan di RPWP setiap hari (hanya 2-3 hari cuti raya) dengan kerja sekitar 20 jam sehari.

Apapun, kami di sini mengucapkan selamat membawa diri dengan baik-baik kepada Syafaat & Afiq. Ingatlah yang kita ada “Allah” yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan jangan sekali-kali permainkan Allah dengan mempermainkan segala titah perintah Allah yang telah kami ajarkan sewaktu berkampung dengan buruh-buruh abdi yang lain di sini..

Kami jarang jumpa anak sebesar itu sanggup melupakan impian zaman remaja mereka bersama dengan kami mendirikan sarana fizikal RPWP itu sendiri. Kami harap dengan penceritaan ini, InsyaAllah mampu membuka mata sebahagian khalayak pembaca, jauh lebih baik lagi kiranya ia mampu mendidik anak-anak lain bagi mengurangkan syndrome kemalasan, berkeliaran, bahkan meminta yang bukan-bukan biarpun tahu ianya tiada manfaat bahkan sesetengahnya sangat membebankan ibu bapa.

Sesungguhnya, jika kita berjaya mendapat hidayah, sirot yang mudah dimaksudkan sebagai RUBUBIAH atau ATURAN ALLAH, lalu kita istiqomahkan perlaksanaannya, maka akan InsyaAllah mampu menghasilkan UBUDIAH atau HAMBA ALLAH yang benar-benar mengambil Allah sebagai Raja (Malik) dan rela untuk mengabdi dan meminta pertolongan hanya dari Allah. Ubudiah seperti ini saja yang akan mampu memperlihatkan kesan sujud mereka di MULKIAH atau TEMPAT / RUMAH / PERSEKITARAN yang sejahtera berdasarkan acuan Allah. Jika Ubudiah yang tercipta dari Rububiah yang benar ini menempati Rumah maka akan mampu menjadikan RUMAHKU SYURGA KU, Jika Ubudiah ini menempati sebuah negara maka akan mampu menjadikan negara itu sebuah DARUSSALAM (Negara yang sejahtera).

Inilah 3 unsur yang menjadikan Allah sangat diagungkan seagung agungnya. Inilah hakikat 3x TAKBIR. Allahuakbar (Aturannya), Allahuakbar (Ubudiahnya) dan Allahuakbar (Mulkiahnya).

Terima kasih untuk Afiq & Syafaat atas bakti yang telah ditabur . Teruskan belajar bersungguh-sungguh dan jangan kita lupa jalan pulang ke sini.

Alhamdulillah

WARGA PRIHATIN

Lantai makin Tinggi, Hero-hero Kami dah Sakit-sakit, Dah perlu beli Kren!

Johari Ibrahim (Anak-anak panggil sebagai Ayah Jo) semasa kerja-kerja konkrit. Sekiranya lori konkrit datang, tidak kira jam berapa kami bersedia untuk keluar dan menyudahkannya. Jika nak beli konkrit yang menghantar ikut masanya, mahallah bayarannya. Jika kita ambil konkrit lebihan dari tapak pembinaan, masa mereka sampai pula yang tak menentu.
Johari Ibrahim (Anak-anak panggil sebagai Ayah Jo) semasa kerja-kerja konkrit. Sekiranya lori konkrit datang, tidak kira jam berapa kami bersedia untuk keluar dan menyudahkannya. Jika nak beli konkrit yang menghantar ikut masanya, mahallah bayarannya. Jika kita ambil konkrit lebihan dari tapak pembinaan, masa mereka sampai pula yang tak menentu.

Semalam, Ayah ( Dr. Masjuki ) , Yazid Majid dan Johari Ibrahim membuat lawatan ke tempat penjualan kren. Kami mendapatkan informasi dari portal mudah.my tentang sebuah kren Kobelco 7 Tan yang berharga RM60,000, harga tetap dan tidak boleh ditawar lagi. Itupun sudah cukup murah untuk sebuah kren yang kami telah ujiguna dan ia masih dalam keadaan baik. Pemilik sudah tidak ambil kontrak kecil lagi, juga telah mempunyai terlalu banyak kren yang lebih besar dan susah pula mendapatkan pemandu. Maka kami berhajat untuk meminang janda lama (kren Kobelco 7 Tan) pemilik kren itu.

Setelah negosiasi itu berlaku dan selepas percubaan dibuat, Ayah memandang Johari & Yazid lalu berbisik,

“Kita ada cukup duit tak?Tanya Ayah kepada Johari

“Kita ada sikit, wang dari tabungan pendidikan dan sarahidup anak-anak. Tabung pembangunan sarana bangunan cukup untuk membeli bahan binaan semasa saja. Kalau ada orang sedekah pun memang kurang orang akad untuk ke situ” Jawab Johari sambil memeriksa lejer akaun Prihatin

Ayah termenung sebentar dan berfikir sambil memandang Yazid dan lantas mengalihkan pandangan kepada kren lama itu, dan beralih kepada taukey kren itu berulang kali. Lama Sambil menarik nafas…perlahan ayah berkata;

Kami bayar deposit dulu, harap dapat beri kami 2 minggu kami akan bayar baki”. Ujar ayah dengan yakin dan ia dipersetujui oleh penjual kren itu. Johari bayar deposit dan minta pemilik jangan jual kepada orang lain sehingga kami mampu bayar semua dengan menjelaskan sungguh-sungguh mengapa kami perlu sangat kren itu.

Inilah rupa kren yang bakal memudahkan kerja konkrit kami sehingga ketinggian 30 kaki yang sebelum ini kami tarik dengan kederat tangan bergilir-gilir menggunakan bucket (baldi)
Inilah rupa kren yang bakal memudahkan kerja konkrit kami sehingga ketinggian 60 kaki yang sebelum ini kami tarik konkrit dan besi dengan tali menggunakan kederat tangan, bergilir-gilir menggunakan bucket (baldi) sehingga ramai yang sakit pinggang sehingga memerlukan pembedahan.

Di dalam kereta, ayah tanyakan pendapat semua bagaimana untuk mencukupkan baki itu?

Setakat ini kebanyakan penyumbang mensedekahkan makanan, atau kenderaan lama, pakaian dan perabut terpakai. Kami harus berbuat sesuatu  untuk membolehkan ia boleh digunakan atau dicairkan menjadi dana . Beberapa orang yang berzakat ke Prihatin pula meng’akad’kan untuk tabung saraan anak-anak dan pembedahan Mak Sofiah berbanding tabung pembangunan sarana bangunan. Ini kerana kebanyakan pemberi memikirkan pemberian atas asbab yang langsung kepada anak-anak ini akan memberikan mereka lebih banyak pahala.

Lalu Johari Ibrahim (mesra dipanggil Ayah Joe oleh anakanak kami) terus mencadangkan. “Saya boleh jual rumah murah saya di Kajang, Itu sahaja harta yang saya tinggal“. Tetapi proses penjualan rumah kos rendah Ayah Joe pasti memakan masa yang lama.  Yazid (Anak-anak panggil Ayah Yazid) pula termenung (kami faham beliau dah tiada apa nak diberi kerana semua telah diberi termasuk barang kemas isterinya sendiri pun telah isterinya serahkan semasa pembelian tapak tanah suku ekar yang sedang dibangunkan sekarang – Baca artikel tentang beliau di sini). 

“Tak mengapa, kita mampu untuk usahakan lagi. Kita mungkin terpaksa buat jualan promosi untuk kereta-kereta dan barang terpakai kita (Untuk pengetahuan, Prihatin mendanai sendiri operasi dan pembangunan kompleks dengan perniagaan kereta terpakai kecil-kecilan dikenali PRIHATIN GARAGE). Kita perlukan kren itu kerana kita semua dah semakin tua dan semakin sakit untuk bekerja seperti 8 tahun dahulu“. Mereka mengangguk membenarkan kata-kata itu.

8 Tahun lepas, ramai antara kami ini adalah hero-hero dan badang-badang yang sanggup bekerja 20 jam sehari untuk pembangunan rumah ini. Kini, yang dahulu sihat dan cergas dah mula ada yang sakit tulang, sakit pinggang, darah tinggi, kencing manis, athma dan macam-macam lagi. Masing-masing telah sekian lama melakukan kerja di luar batasan mereka HANYA kerana memikirkan keperluan untuk membela nasib anak yatim dan asnaf yang tidak terbela akhlaknya.

Sekarang ini terlalu ramai pula yang melamar untuk menitipkan anak-anak di sini. Jika hanya untuk membela dari segi makan dan minuman, tidaklah kami risau sangat kerana ramai anak yatim dan asnaf yang kecukupan makan minum.Tapi pembangunan akhlak memerlukan langkah bijak dan sarana yang jauh lebih meluas dari sekadar makan minum. Kami perlu siapkan bangunan kompleks untuk memberi ruang lantai lebih luas buat memenuhi keperluan yang mendesak.

    Ketinggian pucak tertinggi ini sekitar 50 kaki. Untuk sampaikan konkrit ke atas ini, lebih dari 3000 bucket perlu dinaikkan untuk lantaidan tiang.  Selama ini kami guna tangan dan tarik ke atas dengan tali. Dengan Kren, masa jimat, tulang empat kerat masih boleh pakai lama.
Ketinggian pucak tertinggi ini sekitar 50 kaki. Untuk sampaikan konkrit ke atas ini, lebih dari 3000 bucket perlu dinaikkan untuk lantai dan tiang. Selama ini kami guna tangan dan tarik ke atas dengan tali. Dengan Kren, masa jimat, tulang empat kerat masih boleh pakai lama.
Inilah cara yang Afiq sedihkan bagaimana cofounder yang lain yang sudah semakin uzur akan lakukan kerja menaikkan konkrit dengan baldi dan tali ini ke tingkat 2 dan 3 pula. Ini baru tingkat satu sahajapun sudah separuh nyawa sehingga ada konkrit hampir nak keras dahulu sebelum dinaikkan. Akhirnya konkrit yang dah tak boleh nak tunggu kami terpaksa kami ratakan untuk tambak lantai.
Inilah cara yang Afiq sedihkan bagaimana cofounder yang lain yang sudah semakin uzur akan lakukan kerja menaikkan konkrit dengan baldi dan tali ini ke tingkat 2 dan 3 pula. Ini baru tingkat satu sahajapun sudah separuh nyawa sehingga ada konkrit hampir nak keras dahulu sebelum dinaikkan. Akhirnya konkrit yang dah tak boleh nak tunggu kami terpaksa kami ratakan untuk tambak lantai.
Ini cara lain sebelum ini, lihat wheel barrow (kereta sorong) di belakang itu berisi konkrit yang dijulang dengan forklift. Tetapi angkatan itu tidak mampu menjulang lebih dari ketinggian 12 kaki.
Ini cara lain sebelum ini, lihat wheel barrow (kereta sorong) di belakang itu berisi konkrit yang dijulang dengan forklift. Tetapi angkatan itu tidak mampu menjulang lebih dari ketinggian 12 kaki.

Semalam kami syurokan pembelian kren itu bagi mempercepatkan proses pembangunan Fasa Kedua Rumah Pengasih Warga Prihatin yang sudah tidak mampu lagi dikerjakan dengan tangan kerana jumlah tenaga kerja yang amat sedikit. InsyaAllah jika siap nanti ia mampu menyediakan ruang tambahan bukan saja untuk memberi peluang lebih ramai lagi anak-anak yatim dan asnaf baru, malah anak-anak awam yang ingin ditumpangkan oleh keluarga mereka atas pelbagai alasan. Ia juga akan dapat menyatukan kembali kira-kira 20 orang anak kita yang terpaksa kami letakkan sementara di Cawangan kami di Sungai Pelek, Sepang.

Dalam syuro, kami sebulat suara bersetuju untuk pembelian itu. Baki sekitar RM58,000 perlu kami usahakan dalam 2 minggu ini. Kami, pengasas-pengasas RPWP kebanyakannya sudah tiada aset dan simpanan. Semuanya telah di labur semasa pembelian tanah tapak tambahan 1/4 ekar baru-baru ini. Infak hasil pendapatan dari kerja harian semasa harus dikumpul untuk Perbelanjaan semasa untuk 2 cawangan RPWP yang berjumlah sekitar RM35,000 – 45,000 sebulan, semuanya memerlukan komitmen kami juga.

Kami berazam untuk berusaha lebih gigih lagi. Proksi perniagaan-perniagaan kami seperti Akid Maju (Petronas Lavender Height Senawang), CandidSyndrome, Saiful Nang Academy dan yang paling utama Prihatin Garage perlu adakan jualan yang baik untuk disalurkan ke dana ini dalam tempoh hanya 2 minggu. Anda boleh lihat beberapa promosi kami sedang berjalan untuk memberi peluang kepada orang ramai mendokong perjuangan Jihad Kebajikan ini samada mereka sedari atau tidak.

Itulah cabaran yang perlu kami tempuh dalam 2 minggu ini. Kata-kata akhir dari ayah ialah “Anggaplah RM58,000 ini seperti bayaran tebusan anak kita yang dicolek, tebusan bayi yang dicampak ke lubang tandas, tebusan maruah anak-anak gadis kita yang sedang diratah gejala seks bebas, mayat-mayat remaja kita yang mati semasa merempit, mayat hidup anak-anak kita yang hayal menunggu maut akibat dadah dan macam-macam lagi…  jika tak dapat bayar, anggapkan pencolek akan bunuh dan hantar kepala anak kita, bayi bertalipusat yang dikutip di tong sampah dan lubang najis kepada kita dalam PETISURAT

Kami faham, itu satu semboyan. Dan kami akan usahakannya kerana pembelian kren itu adalah satu jihad pembangunan untuk pembelaan anak-anak yatim dan asnaf, JUGA jihad pembangunan akhlak untuk menyediakan persekitaran komuniti kehidupan lebih baik untuk anak-anak kita setelah kita ‘tinggalkan’ mereka semua nanti.

Suatu yang lucu berlaku semasa Dr Masjuki mengujiguna. Taukeh kren yang sudah 30 tahun dalam perniagaan secara hands on itu terkejut dan bertanya "INI OLANG SIAPA HAH, MANYAK PANTAI PUNYA OLANG?". Ini berlaku bila beliau dan mekaniknya terkial-kial tidak mampu demo cara guna dengan lancar kerana sudah lebih 6 bulan tidak memandu kren itu. Tidak sampai 5 minit Ayah sudah mampu 'rempit' kren itu walaupun itu kali pertama Ayah jumpa dan sentuh kren dalam hidupnya.Itulah Ayah Dr Masjuki, semua mesin dan jentera termasuk jentera berat di RPWP adalah di bawah KENDALIAN beliau secara hands on. Segala kerja berat dan bahaya yang kesukaran bagi kami akan beliau tangani sendiri.
Suatu yang lucu berlaku semasa Dr Masjuki mengujiguna. Taukeh kren yang sudah 30 tahun dalam perniagaan secara hands on itu terkejut dan bertanya “INI OLANG SIAPA HAH, MANYAK PANTAI PUNYA OLANG?”. Ini berlaku bila beliau dan mekaniknya terkial-kial tidak mampu demo cara guna dengan lancar kerana sudah lebih 6 bulan tidak memandu kren itu. Tidak sampai 5 minit Ayah sudah mampu ‘rempit’ kren itu walaupun itu kali pertama Ayah jumpa dan sentuh kren dalam hidupnya.Itulah Ayah Dr Masjuki, semua mesin dan jentera termasuk jentera berat di RPWP adalah di bawah KENDALIAN beliau secara hands on. Segala kerja berat dan bahaya yang kesukaran bagi kami akan beliau tangani sendiri.

Nota: Pemilik kren menetapkan minima 4 tahun menjadi pembantu pemandu baru layak memandu kren. Ayah akan bertawakal mengendalikannya sendiri atas desakan kesihatan dan tenaga rakan-rakan pendokong yang semakin mengurang. Juga desakan keperluan menambah ruang lantai untuk kepentingan anak-anak didik RPWP. Demi Allah, demi masa depan agama, bangsa dan negara, InsyaAllah, kita doa selamat saja.

Firman Allah dalam surah 2. Al Baqarah

272. “Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu infakkan, maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dirugikan.”

273. “(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir (yang memerlukan) yang terikat di jalan Allah; mereka tidak mendapat apa di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu infakkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui.”

Surah 3. Ali ‘Imran 92. “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan, sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

Alhamdulillah semuga sama sama kita dapat rasakan bahawa kita semakin hari semakin merasa nikmat membaca dan melaksanakan wahyu Allah. Jika merosak lagikan memerlukan banyak belanja membeli itu ini, inikan pula usaha membangun semula.

Terima kasih

WARGA PRIHATIN

Tips Parenting Prihatin 6 : Bagaimana Berdoa Membina Generasi Yang Tenang & Hebat

doa anak

Doa itu otak ibadah, kemudi ibadah. Fungsi otak dan akal yang paling baik ialah ketika kita dalam keadaan tenang.

Kami perhatikan, ramai yang mampu untuk membaca doa makan sebelum makan. Tetapi ramai juga yang tidak sempat nak berdoa masuk ke tandas. Lagi-lagi kalau ada hajat tertangguh lama sampai dah melebihi “due time”. Masuk dengan kaki kiri dahulupun dah tak ingat apa, yang penting dapat masuk dan lepaskan hajat jangan sampai bertaburan.

Rasionalnya mudah. Apabila kita berdoa, kita akan berdoa dalam keadaan tenang dan cuba khusu’ (dinasihati fahamkan anak maksud doa itu sekali). Jika adapun 10 orang anak kita yang sedang kelaparan berpuasa seharian dan bila dengar azan sahaja terus nak cekur dan baham mana yang dapat. TETAPI dengan doa tadi, kegelojohan itu mampu dikurangkan dan dibendung.

Orang yang tenang adalah penghuni syurga (Nafsu Mutmainnah), terkawal tindak tanduknya, panjang akal dan tinggi ilmunya (Bastotan fil-ilmi Wal Jismi). Itulah cara pendidikan yang awal kepada anak-anak, khusus dalam soal ketenangan. Sehingga jika pada waktu makan, naik kenderaan, memulakan belajar dan apa saja yang didoakan itu mereka boleh tenang.

Semasa tempoh bertenang itu jugalah banyak strategi boleh diatur, betulkan niat dengan Basmallah, teliti jenis makanan dan asal usulnya, yang mana satu lebih bergizi, ada tidak kekotoran, lalat, lipas, rambut atau sebarang unsur haram yang tersirat seperti pengambilan hak orang lain atau dapatan dari hasil judi, curi, rasuah dan sebagainya.

Jika terkait dengan doa naik kenderaan, semasa tempoh bertenang juga mereka boleh teliti samada kenderaan selamat tayarnya, brakenya, bahan bakar cukup atau tidak, tali pinggang dah pakai atau belum, pintu dah tutup rapat ke belum dan lain-lain.

Selepas itu mereka akan melakukan apa saja dengan tenang. Apa-apa sahaja boleh menghasilkan kesan yang baik JIKA kita benar-benar mampu bertenang.

Hasil pemerhatian kami dari sampel komuniti anak-anak kami ini. Jika seorang anak yang kini berumur 15 tahun tetapi berperangai kalut dan banyak gagal dalam melakukan task yang susah adalah kerana mereka dari awalnya tidak biasa “ditenangkan” dengan doa.

Di sebalik itu pula, sebahagian anak-anak kami yang lain mampu menguruskan tekanan dengan baik dan melaksanakan tugasan dengan cemerlang kerana mereka dibiasakan dengan ritual doa itu dari kecil lagi. Tidaklah mereka tergopoh gapah nak belajar kerana esok nak masuk peperiksaan. Sebalinya mereka tenang dan apabila mereka tenang, mereka mampu SUSUN STRATEGI yang BIJAK.

Silakan mencuba

Kudap-kudap sedap

WARGA PRIHATIN

Tips Parenting Prihatin 4 : Didik Anak 100 Tahun Sebelum Lahir

100 tahun B
Sabda Nabi Muhammad SAW “Didiklah anak 100 tahun sebelum dilahirkan.”

Bagaimana kita nak didik anak yang akan lahir 100 tahun akan datang. Rasanya, tak ramai yang berumur panjang untuk didik anak yang lahir pada umur 120 tahun dan isterinya pula dah umur 120 tahun (jika kahwin umur 20 tahun). KAMI menyorot hadis ini dari sudut sosiologi, psikologi dan teologi secara teori dan amali.

Nabi sangat halus dalam kiasan begini. Baiklah, ini juga sebahagian dari apa yang telah kami lakukan. Malah kami didik anak-anak kami lebih dari 100 tahun itu. Secara saintifiknya, 100 tahun sejarah sebelum anak kita lahir adalah persekitaran semasa anak kita hidup. Mudahnya, jika 100 tahun lalu kita dijajah dan sistem beraja kita ditukar kepada sistem Barat. Maka seleaps 100 tahun kita sendiri hidup dalam persekitaran yang dicipta 100 tahun dahulu.

Jika mahu kita cipta anak yang hebat pada hari ini dan zaman ini, ajarkan anak-anak kita tentang SEJARAH. Mulakan dahulu dengan sejarah diri kita sendiri sampai ke atuk-atuk kita yang kita ceritakan turun temurun. Itu sahaja dah hampir 100 tahun.

Perlaksanaan kami dalam program ibu-ibu bersama anak-anak setiap minggu telah menjadikan sejarah satu benchmark di mana anak-anak kita berada pada hari ini. Mungkin pada orang yang nak ambil PMR, subjek sejarah itu satu subjek yang boring tetapi apa yang kami lakukan, sejarah diri kami, ibunya, neneknya, atuknya dan mereka yang di sekitar mereka itu kami ceritakan dan mereka suka mendengarnya. Seakan-akan mereka sedang mendengar cerita kartun di Disney Channel.

Ada pengasas kami yang tergolong dalam golongan saintis yang agak tinggi pendapatannya. Tetapi anak-anak mereka ini tidak pula menjadi bermewah kerana mereka telah biasa diceritakan tentang cerita ibu bapa mereka yang dahulunya susah. Maka, mereka cepat sedar diri untuk TIDAK MELAMPAU.

Setelah anak sudah mampu memahami sejarah yang lebih luas skopnya, barulah kita ceritakan kepada mereka tentang secarah-sejarah yang lebih luas. Contohnya, apa yang berlaku pada hari ini di Palestin adalah kesan sejarah 100 tahun lalu. Maka, untuk didik anak-anak Palestin menjadi warga yang berani, rajin belajar, rajin bekerja, pasti ibu bapa mereka dah ceritakan sejarah 100 tahun lalu lagi.

Kebangkitan Israel juga terjadi dengan proses ini. Dendam Yahudi kepada Islam diceritakan kepada anak-anak lebih dari 100 tahun ke belakang. Sebab itu mereka yang asalnya menjadi golongan yang diusir, dibunuh beramai-ramai kemudian mampu meniupkan dendam dan semangat membangun (perkara negatif) kepada keturunan mereka dengan penceritaan sejarah melangkau 100 tahun. Kini Yahudi menguasai ekonomi, teknologi, pendidikan bahkan pencatur politik yang berkuasa di dunia walaupun jumlah mereka hanya sedikit.

Akhirkata, perlu kita kenalkan anak kita kepada semua sejarah yang membentuk persekitaran yang mereka tinggal pada hari ini supaya mereka sedar diri. Namun itu tidak mungkin berlaku jika tenaga PENGAJAR utama, iaitu ibu bapa dan guru-gurunya masih belum minat untuk BELAJAR.

Tips kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

Pembedahan Ke2 Mak Sofiah Wali Berjaya

00 PEMBEDAHAN SOFIAH
Kepada semua yang telah mendahului “pusat zakat” dalam urusan membiayai kos pembedahan Mak Sofiah Wali (seorang asnaf penjaga anak-anak Prihatin), kami ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana Mak Sofiah selamat menjalani pembedahan lututnya pada hari Isnin baru-baru ini di PPUM. Maaf kerana kami tak update lebih awal kerana baru sehari dua ini nampak Mak Sofiah dalam keadaan stabil. Tak sampai rasa hati pula nak update selepas pembedahan terus menerus sedangkan Mak Sofiah masih dalam keadaan kesakitan yang teruk.

Ramai penderma yang prihatin tidak mengira jumlah yang anda berikan. Apapun, pembedahan Kak Sofiah kali ini adalah pembiayaan “zakat-zakat yang dizakatkan terus” kepada keperluan asnaf ini.

BERITA BAIK juga, Doktor Pakar yang menguruskan kes Mak Sofiah adalah dalam senarai 3 pakar ortopedik terbaik Malaysia dan pegawai-pegawai perubatan (dikhabarkan) kebanyakannya telah membaca CERITA SOFIAH WALI dalam posting kami sebelum ini. Mereka terkesan dengan cerita seorang asnaf yang menyerahkan keseluruhan diri dan keluarganya untuk komitmen tanpa gaji di sebuah rumah kebajikan selama lebih dari 6 tahun. Mereka berusaha atas beberapa kapasiti dalam tangan mereka untuk pembedahan kedua diusahakan pada tahun ini juga berbanding tahun hadapan.

Alhamdulillah syukur.

WARGA PRIHATIN

Tips Parenting Prihatin 3 : KUCUP ANAK

KUCUP ANAK
Ini satu lagi tips yang kami amalkan dan ia terbukti sangat berkesan dalam mewujudkan hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa mereka.

Kebetulan juga kami bapa-bapa co-founder di Prihatin ini biasa balik ke rumah agak lewat pagi setiap hari. Setiap kali kami pulang, anak-anak telahpun tidur.

Mungkin ada yang rasa mengucup anak yang sedang tidur itu satu yang tiada manafaat kerana ia bersifat sehala. Mulakan dahulu dengan kucupan kasih sayang kepada anak yang sedang tidur (jangan dilupa isteri yang banyak berjasa juga).

Jika perlu, betulkan selimut mereka. Hatta, jika mereka tidak berselimut sekalipun, cuba pakaikan mereka selimut sekadarnya. Satu hari pasti mereka tanpa sedar tahu itu berlaku pada meraka walaupun hanya pada satu malam sahaja. Lebih terkesan lagi jika mereka perasan anda mengucupnya sekali dan menganggapnya anda melakukannya setiap hari berbanding anda mengucupnya sekali sekala semasa dalam sedar.

RINGKASNYA : LEBIH BAIK ANDA KUCUP ANAK ANDA SEKALI DALAM TIDUR DAN MEREKA TERSEDAR DAN MERASAKAN ANDA LAKUKANNYA HARI-HARI DARI ANDA LAKUKANNYA 100 KALI SEMASA SEDAR TETAPI ADA 1 HARI TERTINGGAL. KERANA KUCUPAN DALAM TIDUR ITU ADALAH SATU TANDA KEIKHLASAN KASIH SAYANG TANPA HARAP BALASAN.

Kita juga boleh bisik ke telinga anak “I Love You” tanpa mengharap balasan “I Love You Too”.

Pendekatan psikologi begini mampu merapatkan anak dengan ibu bapa mereka dengan tautan ghaib (tidak nampak) yang lebih jauh perginya dan sangat indah praktisnya.

Walaupun kami pulang dalam keadaan anak telah tidur, tetapi tidak sampai 1 bulan kami lakukannya (walaupun kadangkala kita ada miss) tetapi tautan kemesraan antara anak dan bapa semakin baik. Lebih dari itu, mereka jadi MUDAH UNTUK MENDENGAR KATA.

InsyaAllah, penggunaan rotan mampu dikurangkan jika mampu kita konsisten dengan cara begini. Kami telah buktikannya, ia sangat berkesan.

Atas amalan begini jugalah kami menzahirkan sayang kepada anak yatim dan asnaf yang tidak berkeluarga (kerana ibu bapa mereka pun tidak pernah lakukan itu sewaku hayatnya).

Selamat mencuba

kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

Dr. Haji Masjuki : Pengorbanan dan Impian Seorang AYAH

IMG_0204Minggu lepas kami membuat lawatan tapak di Pinggiran Putrajaya untuk melihat satu pelan pembangunan hartanah. Lawatan diketuai oleh Dr. Masjuki sendiri bersama dua orang rakankongsi pelaburan hartanah seluas 1.7 ekar ini.

Ada cerita yang buatkan kami menitiskan airmata semasa bersama-sama di sana. Sepanjang  perjalanan Dr. Masjuki mengambil peluang bercerita kisah di sebalik tanah ini. Sepanjang penceritaan, kami mula terasa sesuatu di halkum kami yang teramat sebak, bergetar menahan sedu. Rupanya ada sesuatu yang besar di sebalik hartanah itu yang mungkin kami boleh kongsikan ceritanya di sini.

Antara rakan-rakan kongsi tanah 1.6 ekar di Pinggiran Putrajaya.
Antara rakan-rakan kongsi tanah 1.7 ekar di Pinggiran Putrajaya.

Dr. Hj Masjuki seperti yang anda tahu merupakan seorang bekas usahawan yang terdidik dari segala macam kesusahan sejak kecil lagi. Memandangkan beliau merupakan pencetus awal idea Rumah Pengasih Warga Prihatin, dan kebetulan juga beliau adalah yang tertua di kalangan kami, maka kami mesra memanggil beliau sebagai “AYAH”.

Bagi yang belum kenal, akan kami ceritakanlah sedikit latarbelakang beliau.

ZAMAN KANAK-KANAK AYAH SEHINGGA DEWASA

Kisah Kesusahan Hidup Pengasas RPWP Jadi Iktibar Untuk Anak-anak Prihatin - Sila klik gambar untuk membaca artikel berkaitan.
Kisah Kesusahan Hidup Pengasas RPWP Jadi Iktibar Untuk Anak-anak Prihatin – Sila klik untuk membaca artikel berkaitan.

Beliau telah melalui segala kesusahan hidup dalam belantara di hujung desa terpencil di kampung Paya Besar, Segamat Johor sebagai anak peneroka hutan. Tiada sebarang kemudahan asas seperti jalan, elektrik dan bekalan air. Ayah berjalan kaki melebihi 20 km sehari untuk ke Sekolah Rendah, sendirian meredah jalan balak di celah belukar, 12 bukit dan paya, merentasi 2 estet dan 2 desa.

Semasa sekolah menengah, Ayah juga berbasikal sejauh 45 km sehari, 25 km ulang alik ke sekolah menengah di bandar, dan 20 km lagi untuk ke sekolah agama di Kampung Melayu Raya. Beberapa malam dalam seminggu, Ayah berbasikal 20 km ulang-alik di gelap malam untuk menuntut ilmu persilatan di sebuah estate.

Atas segala kesusahan itulah ayah berjaya mencipta kejayaannya. Beliau antara graduan cemerlang di UPM dalam bidang Doktor Perubatan Veterinar (DVM). Seterusnya beliau mencipta kejayaan sehingga menjadi seorang yang berjaya di pelbagai bidang perniagaan, termasuk dengan cawangan di luar negeri. Antara bidang perniagaannya termasuklah pembuatan dan impot ekspot barangan kulit, perabut, pakaian, barangan saintifik, jentera, haiwan ternakan dan banyak lagi.

Ayah acapkali keluar di dada akhbar, majalah, corong radio dan kaca TV sebagai usahawan Melayu cemerlang sebelum ini. Ayah berjaya keluar dari kepompong kemiskinan. Pernah memiliki kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi, rumah banglo, tanah dan wang simpanan.

Di sebalik semua itu, Ayah sering menangis sejak muda lagi melihat keruntuhan akhlak anak bangsa. Hatinya pedih mendengar tangisan anak-anak miskin dan yatim yang kelaparan, tangisan orang tua yang terbuang di rumah orang tua-tua, tangisan bayi yang dibuang ibunya, tangisan sang dara yang diragut kesuciannya, nasib lelaki pewaris bangsa yang terlonggok akibat dadah, tangisan marhaen sedunia yang tertindas oleh pemimpinnya, bencana peperangan, penindasan mangsa jenayah dan segala macam kerosakan yang berlaku di depan mata.

Ini membuatkan ayah sedar bahawa kesenangan yang beliau kejar itu tidak menjadikan semua itu menjadi lebih baik. Akhirnya Ayah labur dan leburkan kesemua yang beliau miliki untuk membangunkan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP). Benar, Ayah laburkan KESELURUHANNYA untuk mendirikan satu Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak serta Peradaban Ummah.

Anak yatim dan asnaf, juga keluarga rakan pendokong menjadi sampel komuniti yang mahu dijadikan generasi gemilang melalui kaedah yang terpahat dalam Al-Quran & Sunnah, secara teori dan praktikal. Itulah Dr Haji Masjuki Mohd Musuri, AYAH di RPWP yang kami maksudkan.

 

IMPIAN AYAH

Impian Ayah adalah untuk mengembalikan Islam dalam kegemilangannya melalui perlaksanaan dan bukan sekadar ceramah-ceramah saja. Ayah sendiri pernah bercerita tentang penceramah yang berceramah berapi-api, bahkan ada yang dengan jujuran airmata menyeru kesedaran wakaf tetapi diri sendiri bukan saja bakhil, sebaliknya bersifat tamak dan bermewah-mewah sehingga ramai yang dikesan melakukan pecah amanah..

Berbalik kepada tanah Pinggiran Putrajaya, Ayah telah ikat perut untuk mendapatkan tanah sebesar 1.7 ekar itu bersama 4 rakan kongsinya. Ia merupakan satu pasak awal mercutanda impian Ayah dahulu. Seperti orang lain, Ayah mengidamkan untuk menjadikan tapak itu sebuah istana kasih bersama isterinya Cikgu Shakirah Abdullah dan 7 orang anak-anaknya di hujung usia. Semasa pembelian tanah itu, keadaan ekonomi bukanlah baik sangat. Ayah tidak terlepas dengan situasi itu, malah pernah kerugian berjuta Ringgit apabila dikhianati oleh rakan kongsi yang pernah beliau selamatkan dari bankrupsi.

Pada zaman itu, Ayah sudah mula aktif dalam NGO terbesar di Malaysia. Dari situ, Ayah melihat segala jenis gejala di hadapan mata dan bukan lagi satu drama televisyen Barat. Melihat segala kebejatan berlaku di hadapan mata, Ayah menjadi semakin tawar hati untuk mendirikan projek istana impannya di Pinggiran Putrajaya. Selera untuk bermewah terus menjadi malap. Isteri beliau Cikgu Shakirah (kami panggil “Mak Ibu”) pula rela mengorbankan kerjaya perguruannya untuk memberikan tumpuan kepada pendidikan akhlak anak-anak.

 

SUSUR GALUR PENCARIAN AYAH

Ayah banyak mengembara ke seluruh dunia. Beliau suka berguru dengan berbagai-bagai guru dan dikenali sebagai seorang yang sangat istiqomah, taat dan disenangi oleh kesemua gurunya. Semasa proses pembinaan di sini berlangsung, kami juga pernah terjumpa diari lama Ayah yang mencatitkan beberapa waktu-waktu solat yang tertinggal untuk digantikan (qadha’). Semuanya berjaya diqadha’ sebelum mengerjakan Haji. Selain Ayah, belum pernah kami terjumpa sesiapa yang mencatat solat yang tertinggal dalam diari mereka.

Ibadah puasa juga begitu, tidak pernah ayah tinggalkan semenjak darjah satu. Menceritakan pengalamannya, ayah pernah terlepas sahur 3 hari berturut-turut semasa bertugas di luar kota (outstation) sendirian. Ketika bekerja sebagai buruh kasar disetiap cuti sekolah & cuti universiti bagi menampung kos pengajian pun ayah tidak tinggalkan puasa. Ayah selalu didik anak-anaknya agar memperuntukan sedekah yang cukup setiap kali masuk masjid, setiap kali terjumpa peminta sedekah, khasnya dari orang buta atau derma untuk pembinaan masjid.

Kami yang menulis ini mengakui amat sukar mencari Muslim yang sebegini komitmennya terhadap agama, khususnya terhadap ibadah solat, zakat & puasa.

 

PENCARIAN `ISLAM’ YANG HILANG DI MEKAH

Tahun 1995, Ayah berangkat ke Mekah untuk kali pertamanya pada usia 33 tahun. Sepanjang masa berada di Mekah & Madinah, Ayah ambil peluang untuk menziarahi semua tempat-tempat bersejarah . Tidak lupa juga untuk berguru dengan orang-orang alim Mekah termasuk beberapa keluarga melayu yang bermustautin di sana selaku keluarga angkatnya.

Ironinya, Ayah bingung melihat suasana rampok-merampok di sekitar Kaabah sehingga ramai yang ditoreh baju dan begnya. Ramai yang mati terpijak hanya untuk mengucup Hajarul Aswad. Ramai wanita yang dilarikan ke padang pasir oleh pemandu teksi, juga yang diperkosa dan dibunuh di penginapan ketika tidak ke masjid disebabkan uzur. Ramai jemaah lelaki & wanita bukan muhrim tinggal sebilik, khususnya jemaah Indonesia dan berbagai-bagai lagi tabiat ummah yang membingungkan.

Gelagat pemandu teksi dan bas yang meminta rasuah, juga kebodohan pengurusan Imigresen yang membuli jemaah haji turut diperhati. Berbagai-bagai tabiat manusia sewaktu beribadah turut diteliti. Ada wanita kulit hitam solat di kaki lima hotel tidak pakai baju. Ada yang solat sambil bercakap. Ada yang bawa batu dan letak di tempat sujud, bahkan ada yang tergamak duduk atas kitab suci alQur’an di Masjidilharam. Kesemuanya menambah kebingungan Ayah dalam mencari Islam yang sebenarnya.

Setahun selepas Haji, Ayah dijemput rakan niaganya, seorang SHEIKH pemilik hotel di Mekah sebagai tetamu khas untuk mengerjakan umrah selepas selesai urusan melakukan promosi dan jualan produk keluarannya bersama EXPO anjuran MATRADE di Dubai. Alhamdulillah 1 kontena barangannya terjual semua. Kali ini ayah bawa kakaknya, seorang Guru Besar Sekolah Agama. Sekali lagi beliau meneruskan kaji selidik tentang Islam di Mekah dengan lebih tenang.

 

PENCARIAN `ISLAM’ DI INDONESIA

Ayah pernah ada beberapa cawangan di Surabaya, Bandung, Jakarta, Dumai dan Medan. Sambil berniaga, Ayah mengambil peluang mengkaji kondisi dan tabiat manusia yang dinamakan Islam. Negara yang lebih 90% penduduknya Islam, kerajaannya pun Islam, tetapi lebih 90% ekonominya dikuasai oleh golongan bukan Islam.

Gejala judi, arak, perampokan, pusat hiburan, pelacuran, rumah urut terlalu banyak dan berlesen. Yang paling menyedihkan ialah zina & pelacuran di kalangan gadis bawah umur bertebaran secara amat terbuka yang berleluasa. Ulamak ramai tetapi semacam tidak mampu berbuat apa-apa. Gejala penipuan sangat parah. Ayah sendiri pernah kecurian tunai sejumlah Rp40 juta oleh jurupandu yang Ayah bayar dengan sekelip mata. Bila Ayah buat lapuran polis, Ayah pula yang di lokap sehari.

Inilah Indonesia, Negara yang majoritinya ISLAM. Baiklah, kami pendekkan sedikit untuk yang belum melihat lagi tentang Ayah, boleh tonton video ini “Asian of The Year” terbitan ChannelNews Asia, Mediacorp Singapura.

Di Indonesia juga Ayah banyak berguru dengan beberapa ulamak di sana. Ayah pernah turut mencari penulis kitab Agama yang beliau sanjungi. Kitab itulah yang digunakan oleh salah seorang guru Ayah di Malaysia.

Berjumpa dan berbincang dengan penulis kitab itu bersama anaknya membuatkan Ayah bertambah kecewa. Dari mula hadir sehingga Ayah pulang, Sheikh itu tidak habis-habis bercerita tentang royalti buku yang sangat sedikit, juga tentang kerugian mereka akibat cetak rompak. Semuanya kembali berkisar tentang laba dunia. Sekelumit pun tidak mereka cerita tentang laluan memperbaiki akhlak ummat.

 

PENCARIAN ISLAM MELALUI NGO

Pencarian Ayah tidak berhenti di situ. Dalam kesibukan berniaga, Ayah menjadi AJK PEYATIM, Persatuan Anak Yatim Daerah Segamat dan menjadi wakil negeri Johor sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi Pusat diketuai YM Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansur.

Banyak NGO yang telah Ayah sertai. Ayah pernah menjadi Ketua Cawangan Belia 4B, PEMADAM, Badan Amal & Kebajikan Islam (BAKI), PEKIDA, AJK Masjid dan sebagainya.

Sepanjang 10 tahun di Terengganu, Ayah berkhidmat dengan pelbagai lapisan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar seluruh Terengganu, Kelantan dan Pahang. Ayah gilirkan solat jumaat di Masjid Raja di Chendering & Masjid Haji Hadi di Marang untuk bersikap adil dengan rakan-rakan dari kedua belah parti politik yang berbalah itu.

Dengan latarbelakang persilatan, kualiti siasah dan keyakinan diri, Ayah sering mengetuai gerakan pencegahan maksiat maupun gerakan pembelaan terhadap golongan yang teraniaya, sejak di Sekolah Rendah & Universiti lagi. Ayah juga mudah berkawan dengan siapa saja termasuk pemimpin politik & peniaga pelbagai bangsa.

Melihat gambar-gambar lama kami tahu Ayah rapat dengan hampir kesemua ahli politik tidak mengira parti. Namun tiada satupun projek perniagaan beliau yang bergantung dengan mana-mana rakan pemimpin ini. Ayah berkawan kerana Allah, atas tugasan NGO & kepentingan ummat. Pelbagai orang alim dari pelbagai jurusan agama telah beliau gauli, tetapi tidak langsung menunjukkan jalan pasti pembaikan ummat yang semakin parah ini.

Lebih 30 tahun pencarian Ayah untuk mencari kaedah Islam yang strategik dan holistik bagi memperbaiki kebejatan akhlak masyarakat, namun masih lagi beliau gagal menemuinya. Dipendekkan cerita, akhirnya Ayah diberikan kepercayaan oleh Presiden sebuah NGO Islam, dengan restu YAB Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi ketika itu untuk mengepalai Projek Khas R&D. Matalamatnya bagi memperbaiki kebejatan akhlak & perpecahan umat.

Tugasan itu berupa satu perintah semata-mata tanpa dibekal dengan sarana dan dana yang wajar untuk tugasan R&D yang berat itu. Segala modal Ayah kena usaha sendiri. Ayah pernah diberi pangkat dan gelar sebagai Abang Long dan kemudiannya dilantik menjadi AYAHANDA oleh Allayarham Paduka Ayahanda Ustaz Hamzah, seorang bekas kadhi. Tidak langsung gelaran itu melalaikan Ayah dalam mencari jawapan kepada masalah kebejatan ummat.

Ayah juga acapkali mengelak untuk dicalonkan jawatan dan gelaran dalam politik atau NGO samada di Segamat mahupun di Selangor. Matlamat beliau hanyalah untuk benar-benar menemui kaedah yang mampu membaiki Islam yang semakin parah. Kami lihat itulah rupanya perjalanan mencari Allah. Ia satu perjalanan yang panjang dengan pengorbanan yang sangat tinggi.

Segala harta hasil usaha syarikat Ayah juga tidak sampai banyak kepada diri & keluarga beliau sendiri, melainkan diguna sekadar mencukupi keperluan sahaja. Selebihnya Ayah belanjakan untuk pembangunan sahsiah ummat secara agresif dalam kesemua NGO tersebut. Malangnya, harta kekayaan yang beliau laburkan di situ tidak mendatangkan apa-apa kesan. Kerosakan semakin teruk dan meruncing. Jika kami mahu ceritakan tentang perjalanan Ayah, kami rasa ia memakan ribuan mukasurat. Kami terpaksa ringkaskannya setakat ini.

PEMBINAAN SAMPEL KOMUNITI PRIHATIN

Akhirnya Ayah seperti menjumpai satu kebijaksanaan yang lama tertimbus hanya di sebalik lembaran usang kitab-kitab lama. Ayah nampak pedoman dari lembaran sirah Rasulullah SAW yang cuba memperbaiki akhlak ummat melalui Hizbul Fudul (NGO zaman Jahilliyah). Ayah nampak pelajaran dari perjuangan Nabi melalui kaedah pertempuran (seperti perang Fijar), juga melalui khidmat tulus sebagai pemegang kunci Masjidilharam dan Kaabah,  dan usaha baginda mendamaikan perselisihan puak yang bertelagah namun akhirnya tiada hasil yang bertahan lama.

Setelah menjadi Rasul, barulah Nabi Muhammad SAW mampu memperbaiki akhlak manusia melalui satu sampel komuniti kecil yang dipanggil AhlulBait. Ia bukan kerja sehari dua, 13 tahun kerasulan hanya berjaya memperbaiki akhlak dan menghijrahkan sekitar 100 orang sahaja. Bagusnya, ia membuka mata dan menarik minat beratus-ratus yang lain di luar Mekah, yang akhirnya membentuk Ansar (Penolong) di Madinah.

Alhamdulillah, Ayah melihat itu satu mekanisma besar untuk dicontohi. Memang sukar untuk bersihkan kekotoran yang sudah berleluasa menjadi budaya dengan jumlah yang besar. Tetapi mudah untuk membersihkan “sedikit jumlah” yang kotor dahulu. Mereka ini nanti akan menjadi uswah dan mampu melahirkan anak-anak yang bersih akhlaknya dari hari pertama lagi untuk membantu proses pembaikan kepada yang lain.

Penemuan kaedah itu “BAGAIKAN SATU LAILATULQADAR” bagi Ayah, Tanpa menoleh ke belakang lagi, Ayah wakafkan keseluruhan harta terkumpul dan sisa tenaga yang ada untuk tujuan itu. Benar para pembaca yang dirahmati Allah, kerosakan dan keruntuhan yang berlaku juga bermodalkan harta, apatah lagi kos pembaikannya.

Banyak kos telah kita labur untuk menganjur berbagai pesta maksiat, membeli arak, dadah, judi, pelacur, mengumpan wanita, bil hotel dan sebagainya. Jika tidak kerana kos pembaikan itu sangat tinggi, tidaklah Abu Bakar Assiddiq, Saidatina Khadijah, Umar Al-Khattab, Usman Al-Affan r.a. semuanya menjadi FAKIR kerana harta mereka diserahkan SELURUHNYA untuk pendanaan misi besar Nabi dalam usaha memperbaiki akhlak!

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi akhir zaman. Tiada lagi nabi selepas itu. Tetapi ajaran dan langkah sunnah Nabi tetap kekal hidup sebagai panduan kita sepanjang zaman. Ayah tahu, itu tak mungkin berlaku dengan tangan beliau sendiri bersendirian, lalu masuk ke satu fasa lain apabila contoh tauladan Ayah dilihat oleh orang lain.

 

HANYA TAULADAN MAMPU MENUNDUKKAN BIJAK PANDAI

Ayah sudah bosan dalam NGO yang tidak habis-habis dengan mesyuarat serta perebutan pangkat dan harta. Ayah kecewa dengan badan-badan politik yang pemain di dalamnya berlakon baik tetapi rakus menfitnah & sanggup membeli kuasa untuk kepentingan diri dan kerabatnya. Ayah benci dengan orang yang hanya berkata tetapi tidak mahu melaksanakan apa yang dikata.

Perasaan benci itu selari dengan apa yang Allah firmankan di dalam Surah As-Saff, Ayat 2-3. “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

Tiada ceramah, tiada kata-kata manis, tiada pujuk rayu, tidak pula janji-janji ditabur untuk mempengaruhi ramai cerdik pandai lain dalam masyarakat buat menyokong cetusan idea Ayah untuk menubuhkan RPWP. Apa yang Ayah lakukan untuk mempengaruhi yang lain ialah dengan memberikan CONTOH tauladan.

Jika Ayah mahukan orang lain patuhi perintah Allah dan Nabi dengan 10% INFAK pendapatan bulanan contohnya, Ayah akan pastikan yang Ayah telah berikan 100% dari hasil kerjanya. Apa saja tunai dan aset Ayah yang terkumpul sebelum ini sudah diwakafkan semuanya. Kini, puluhan ribu Ringgit sebulan hasil jualan dan upah mengecat kenderaan yang Ayah kerjakan dengan tangan sendiri masuk ke Tabung Pembangunan Prihatin semuanya.

Ini kerana sepertimana beberapa Asnaf yang lain, Ayah bekerja tanpa gaji. Yang dahulu, Yang sekarang dan Yang akan datang, semuanya telah diwakafkan.” Ya, hanya tauladan yang mampu mempengaruhi 19 lagi pengasas-pengasas yang lain dari kalangan bijakpandai. Ada yang ahli perniagaan berprofil tinggi, ada yang pensyarah Universiti, ada ustaz, ada ahli akademik lepasan PhD Unviersiti Cambridge, ada CEO, ada kontraktor, ada cikgu, ada jurutera kanan syarikat Jepun, ada banker, ada pengusaha stesyen minyak dan sebagainya.

Yang baiknya, Ayah tidak memilih bulu. Beliau juga tidak melupakan golongan bawahan untuk berada dalam team pengasas. Ada juga pemandu lori & teksi, ada tukang masak, kakitangan kedai kek, ada buruh kasar bahkan juga bekas penagih dadah.

Inilah rakan-rakan Dr. Masjuki yang sama-sama menggalang pembangunan akhlak dan sarana RPWP. Ada yang dahulu muda sudah menjadi tua, yang dahulu sihat dah mula sakit tetapi menyerah kalah tidak sekali-kali.
Inilah rakan-rakan Dr. Masjuki yang sama-sama menggalang pembangunan akhlak dan sarana RPWP. Ada yang dahulu muda sudah menjadi tua, yang dahulu sihat dah mula sakit tetapi menyerah kalah tidak sekali-kali.

Semua itu beliau satukan dengan satu matlamat, untuk visi pembangunan akhlak manusia serta peradaban Islam, agar golongan atas dan bawah ini mampu hidup bersaudara.  Yang kaya tidak perlu mendabik dada kerana di sisi mereka ada Dr Masjuki yang pernah kaya, cuma telah mewakafkan semua kekayaannya.

Cerdik pandai & ahli agama tidak perlu berbangga, kerana Ayah juga dari kalangan mereka. Si buruh kasar dan fakir miskin juga tidak perlu merasa hina, kerana Ayah yang dulunya hartawan juga kini berstatus fakir seperti mereka, makan & bertempat tinggal di rumah yang sama dengan mereka, bahkan setiap hari ikut kerja berat bersama mereka.

Percaya atau pun tidak, semua kerja paling bahaya seperti di puncak paling tinggi, penggunaan jentera berat dan apa sahaja yang tidak lagi mampu dilakukan oleh kami, termasuk yang memerlukan kreativiti dan kepakaran tinggi, Ayah akan ambil risiko melakukannya sendiri. Ini selari dengan keberanian Rasulullah SAW yang menjadi susuk tubuh pertama, yang mara di barisan paling hadapan semasa mengepalai Perang BADAR. Jadi…, Ada apa lagi nak diperkatakan tentang status?

Inilah Dr. Masjuki, seorang hartawan yang memilih memfakirkan diri untuk membela Islam secara praktis. Bukan sekadar membina kolam simpanan air hujan, kolam kumbahan najis juga beliau masih sudi turun tangan walaupun dalam keadaan mampu berdiri dengan hanya 1 kaki (1 kaki lagi lemah disebabkan sambungan tulang femur yang kurang sempurna)
Inilah Dr. Masjuki, seorang hartawan yang memilih memfakirkan diri untuk membela Islam secara praktis. Bukan sekadar membina kolam simpanan air hujan, kolam kumbahan najis juga beliau masih sudi turun tangan walaupun dalam keadaan mampu berdiri dengan hanya 1 kaki (1 kaki lagi lemah disebabkan sambungan besi tulang femur yang kurang sempurna)
PIC_1041
Gambar-gambar X-Ray Tulang femur yang hancur dan tulang tangan ayah yang patah semasa jatuh dari bumbung rumah sewaktu memasang atap pada tahun 2008. Beliau kini menggunakan tulang sokongan besi dan bersetatus OKU kekal.
PIC_1046
Gambar-gambar X-Ray Tulang femur yang hancur dan tulang tangan ayah yang patah semasa jatuh dari bumbung rumah sewaktu memasang atap pada tahun 2008. Beliau kini menggunakan tulang sokongan besi dan bersetatus OKU kekal.
PIC_1044
Gambar-gambar X-Ray Tulang femur yang hancur dan tulang tangan ayah yang patah semasa jatuh dari bumbung rumah sewaktu memasang atap pada tahun 2008. Beliau kini menggunakan tulang sokongan besi dan bersetatus OKU kekal.

 

PERANAN BANGSAWAN UNTUK PROJEK BERSEPADU MEMPERBAIKI AKHLAK

Jika ada yang fikir sahabat-sahabat rasulallah dahulu miskin, mungkin mereka perlu buat bacaan semula. Harta Saidatina Khadijah yang diuruskan oleh Nabi Muhammad sendiri dikhabarkan MENGUASAI hampir separuh EKONOMI Kota Mekah. Dicampur dengan kekayaan Abu Bakar As-Siddiq, Usman Ibn Affan, Umar Al-Khattab, Abdurrahman Auf dan lain-lain.

Semuanya habis dikumpulkan untuk satu proses HIJRAH besar yang dilalui oleh Nabi. Jika tidak begitu, tidaklah Allah berfirman ;

“Orang-orang yang berIMAN dan berHIJRAH serta berJIHAD pada jalan Allah dengan HARTA & DIRI adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah. Dan merekalah orang-orang yang Berjaya – At-Taubah,20

“Apakah kamu sangka kamu akan masuk syurga, sedang belum nyata di sisi Allah orang orang yang berJIHAD di jalannya, dan belum nyata di sisi Allah orang orang yang sabar.” – Ali-Imran 142

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka>> Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” – At Taubah, 111.

Sekarang kita lihat, sarana HIJRAH itu ialah HARTA & DIRI. Adakah kita masih selesa dengan mengumpul harta yang kita ada tetapi tidak berhabis untuk mendapatkan KEMENANGAN & SYURGA yang Allah janjikan dalam firman di atas itu?

Jika Ayah sanggup berkorban sebegitu rupa untuk masa depan generasi anak-anak kita, Adakah kita rasa tanpa pengorbanan harta dan diri itu kita mampu membentuk anak-anak yang terbentuk akhlaknya? Atau kita hanya menadah tangan di atas sejadah dan mengharapkan keajaiban dari Allah sepanjang masa?. Susah untuk kami katakan.

Rasanya pasti masih ramai yang lebih sayangkan harta peribadi mereka tanpa memikirkan kepentingan generasi mendatang yang akhirnya akan menjadi lingkungan komuniti tempat kehidupan anak-anak mereka juga. Begitu juga halnya dengan semua pengasas-pengasas RPWP yang diketuai oleh Ayah sendiri. Visi pembangunan akhlak ini satu proses yang panjang yang juga memerlukan komitmen HARTA dan DIRI.

Mungkin ada yang kata, cukuplah jika sudah ada beberapa hartawan, kerana mereka sahaja sudah mampu berikan sumber kewangan yang baik kepada Prihatin. Ya ia mungkin cukup jika Prihatin hanya berbuat untuk sekelompok warga sahaja. Namun skala Islam itu besar, iaitu untuk merahmatkan seluruh alam. Kerana itu pada zaman nabi dahulu, KESEMUA sahabat-sahabat bangsawan yang dipanggil ahlulbait berkorban keseluruhan harta mereka dalam merialisasikan visi Rasulullah SAW kerana ceramah-ceramah sahaja tidak cukup untuk membangkitkan Islam.

 

ROBOH ISTANA IMPIAN BERGANTI SYURGA

Kawasan 1.6 ekar yang bakal dibangunkan dan dikorbankan Dr. Masjuki untuk digunakan bagi membangunkan 40% baki pembinaan kompleks di Kajang ini dengan khidmat kontraktor professional
Kawasan 1.7 ekar yang bakal dibangunkan dan dikorbankan Dr. Masjuki untuk digunakan bagi membangunkan baki pembinaan kompleks RPWP dengan khidmat kontraktor.

Foto di atas diambil semasa lawatan ke tapak tanah yang telah diwakafkan oleh Ayah sejak 2005 untuk dicairkan. Lot-lot banglo itu akan dibangunkan oleh pemaju yang meletakkan harga jualan RM1 juta seunit dan memberi margin 50% kepada pemilik. Ayah ada 2 lot, oleh itu nilai wakaf kepada RPWP akan menjadi RM 1 Juta untuk di cairkan.

RM1 Juta itu sedikit pun tidak sampai kepada anak-anak kandung Ayah dan tidak pula Ayah simpan walaupun seringgit. Ayah laburkan lagi kesemuanya untuk mempercepatkan progress pembangunan fasa kedua RPWP di tapak seluas ¼ ekar di belakang kompleks sedia ada.

Kami insaf dengan ketulusan yang sepenuhnya oleh Ayah. Malu bagi kami yang menulis artikel ini kerana masih ada berbidang-bidang lagi hartanah, masih ada lagi amanah saham dalam simpanan masa hadapan, masih ada lagi harta-harta yang bernilai.

Apabila kami tanyakan kepada Ayah…“Bagaimanakah masa hadapan anak-anak Ayah nanti?” Selamba Ayah menjawab, “Masa hadapan tidak akan ada untuk anak kita jika hari ini kita masih terus memikirkan tentang diri & anak sendiri sahaja dan gagal untuk berkorban untuk membangun potensi masyarakat mereka. Allah ada `cara’ tersendiri untuk melindungi anak-anak yang bakal Ayah tinggalkan”.

Roboh sudah impian untuk membina istana bersama isteri & anak tercinta. Ayah lebih memikirkan tentang ummah yang semakin lemah & ada perkara yang lebih besar untuk dibuat. Ayah tidak sedikit pun kelihatan terkilan. Dalam hati kami berkata “Alangkah tabahnya lelaki ini”. Kami yang mengikuti Ayah dalam rombongan ini terkesan dengan berhabisnya Ayah dalam urusan pembangunan ummah. Diam-diam, kami cuba mencontohi tauladan itu.

TAULADAN AYAH DITIRU ANAK-ANAK

Tiada pendidikan lebih berkesan dalam membentuk akhlak selain dari tauladan. Anak anak Ayah semuanya berpuasa nafsu dari meminta yang macam-macam. Mereka malu dengan Ayah mereka sendiri yang pernah kaya dan mereka dapat saksikan kekayaan ayahnya (Dr. Masjuki) tetapi ayahnya sendiri berpuasa nafsu dan memberikan lebih kepada orang lain yang memerlukan.

Gambar terkini keluarga Ayah. Berdiri dari kiri Dinie, Abid, Raimie, Ikhwan, Abu Rijal. Duduk, Ayah, Mak Ibu, Afiah, Nurhani.
Gambar terkini keluarga Ayah. Berdiri dari kiri Dinie, Abid, Raimie, Ikhwan, Abu Rijal. Duduk, Ayah, Mak Ibu, Afiah, Nurhani.

Kesemua anak-anak Ayah makan makanan yang sama, tinggal di rumah yang sama dan memakai pakaian `terpakai’ pemberian orang ramai, sama seperti anak yatim dan asnaf lain. Setiap cuti panjang mereka bekerja membantu pembinaan rumah dan membimbing anak-anak lain dalam kem cuti sekolah, tanpa bersungut meminta upah walau sedikit. Berjalan pun hanya ketika raya atau ada trip bersama rombongan anak-anak RPWP.

Anak sulong Ayah, Dinie Masjuki kini sedang menghabiskan Pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Artificial Intelligent di UiTM dan menjalankan perniagaan dengan syarikat OMG Creative Sdn Bhd. Semua pendapatan Dinie sejak mula bekerja di Candid Syndrome yang bermula dengan elaun RM400 sebulan, hingga menjadi Jurugambar Profesional dengan pendapatan setinggi RM7 ribu sebulan, dan kini segala keuntungan dan elaun pengarah syarikat, beliau serahkan 100% kepada RPWP. Tiada makan tengahari di restoran kecuali selesa dengan bekal makanan dari rumah.

Muhammad Dinie, anak sulong Dr. Masjuki sanggup menangguhkan pengajian selama 1 tahun selepas SPM untuk beliau bekerja sehingga menjadi seorang jurugambar antarabangsa dan wang itu beliau berikan sepenuhnya kepada Prihatin.
Muhammad Dinie, anak sulong Dr. Masjuki sanggup menangguhkan pengajian selama 1 tahun selepas SPM untuk beliau bekerja sehingga menjadi seorang jurugambar antarabangsa dan wang itu beliau berikan sepenuhnya kepada Prihatin.

Anak kedua, Raimie Masjuki kini dalam pengajian Ijazah di Fakulti Pengurusan Perniagaan dalam bidang Insuran di UiTM. Tidak pernah meminta wang belanja dari mula sehingga kini. Raimie menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung belanja peribadi. Beliau yang kini mahir dalam bidang mengecat, PA system, event management dan construction hasil didikan RPWP pernah menjana pendapatan sehingga RM35,000 sebulan tanpa meminta walau seringgit jika tidak diberi.

Pernah diberi peruntukan RM1K untuk kemasukan Universiti dan membeli cermin mata yang sesuai berharga RM350, beliau hanya beli yang berharga RM140 saja, bakinya diserahkan semula kepada bendahari sehingga ditegur Ayah kerana jenis itu akan merosakkan mata.

Raimie yang mesra di panggil Uda, berjaya mendapat CGPA 3.5 di peringkat diploma, walaupun aktif dalam ROTU.
Raimie yang mesra di panggil Uda, berjaya mendapat CGPA 3.5 di peringkat diploma, walaupun aktif dalam ROTU.

Tauladan itu diikuti oleh Abid Masjuki (Ijazah Bioteknologi, Universiti Malaya) yang pernah mengejutkan wartawan utusan kerana menyerahkan kesemua hadiah Johan Khat Nusantara berjumlah RM2,000 & RM1,500 Naib Juara Agro Race kepada RPWP.

Muhamad Abid dan kumpulannya, anak-anak RPWP menyerahkan hadiah kemenangan Agro Race, tunai RM1,500 untuk pembangunan RPWP.
Muhamad Abid dan kumpulannya, anak-anak RPWP menyerahkan hadiah kemenangan Agro Race, tunai RM1,500 untuk pembangunan RPWP. Gambar kecil ialah Hadiah RM2000 selaku Johan Khat Peringkat Nusantara – Sila Klik jika anda ingin membaca artikel khas ini

Sekecil Nurhani yang menjadi pemenang Anugerah Emas, pelajar terbaik UPSR turut menyerahkan hadiah RM350 & basikal pemberian PIBG kepada RPWP.

Nurhani di hari anugerah kecemerlangan sekolah Rendah Leftenen Adnan - Klik untuk membaca kisah ringkas beliau.
Nurhani di hari anugerah kecemerlangan sekolah Rendah Leftenen Adnan – Klik untuk membaca kisah ringkas beliau.

Ikhwan (Matrikulasi Jengka) dan Abu Rijal Masjuki bahkan Norafiah Masjuki, OKU Down Syndrome juga seakan-akan semuanya menuruti contoh tanpa perlu dididik dengan paksaan. Kesedaran itu diturunkan secara tauladan. Pelik juga kerana kesemuanya berjaya dalam akademik, penuh jatidiri dan sangat berakhlak.

Anak bongsu Dr. Masjuki ini (Abu Rijal) pun sudah mula menyerahkan segala apa yang diperolehi dari sebarang pemberian orang luar kepadanya secara peribadi kepada Prihatin. Katanya beliau mahu jadi seperti AYAHNYA.
Anak bongsu Dr. Masjuki ini (Abu Rijal) pun sudah mula menyerahkan segala apa yang diperolehi dari sebarang pemberian orang luar kepadanya secara peribadi kepada Prihatin. Katanya beliau mahu jadi seperti AYAHNYA.

Hari ini kita bingung mendidik anak dengan tuisyen, televisyen, ipad dan segala saluran pembelajaran sedangkan kita sendiri masih terus menerus menutup mata kepada keburukan yang kita sendiri kompromi untuk lakukan. Percayalah, jika ibunya pakai tudung dan baju ketat, anaknya nanti berbogel terus depan webcam. Jika ibunya baik, anak akan menjadi lebih baik lagi. Dalam dua-dua arah positif mahupun negatif, kesan kepada anak adalah digandakan.

Kesemua anak-anak ayah rajin melakukan kerja berat di RPWP tanpa disuruh. Gambar hiasan Raimie & Abid.
Kesemua anak-anak ayah rajin melakukan kerja berat di RPWP tanpa disuruh. Gambar hiasan Raimie & Abid.

 

TANAH PINGGIRAN PUTRAJAYA & RPWP

Hartanah  bernilai RM 1 JUTA itu mahu Ayah wakafkan untuk mempercepat pembangunan sarana di RPWP ini sendiri. Impian Istana dunia itu dirobohkan tetapi Ayah mendapat syurga, ketenangan hati di dunia dan InsyaAllah di akhirat nanti.

Sudah 8 tahun kami bergelumang dengan simen, kayu, pasir, batu dan besi untuk menyiapkannya tanpa khidmat kontraktor dan jentera. Maklumlah, kami mulakannya berbekalkan azam sahaja. Sekarang ini, kami terpaksa belanja antara RM35-45 ribu sebulan. Wakaf tunai dari Ayah sendiri bertahan tidaklah lama seperti bukit yang dikorek hari-hari lama-lama jadi rata. Rumah yang kami ada kini agak uzur buatannya. Ini kerana kami tiada banyak sumber kewangan dan orang pula tidak mengenali kami untuk memberi.

Sejak 2005, kami beli 95% bahan terpakai, dan kami guna kepakaran dan tangan sendiri untuk membangunkan rumah di atas tapak setengah ekar ini. Besi sependek 4-6 inci kami sambung, kaki bangku dan meja sekolah, plywood cetak konkrit dan kayu palet yang terbuang kami leraikan dan guna semula. (Anda boleh lihat jika anda datang ziarah ke RPWP). Persis seperti awal pembangunan Masjid Quba’ yang hanya menggunakan batang & pelepah tamar, batu dan seadanya saja.

Rumah banglo setingkat Dr. Masjuki dah rupa begini hasil tangan-tangan kami sendiri. Pada peringkat awal, tiada lagi jentera. Gergaji, memaku semuanya secara manual.
Rumah banglo setingkat Dr. Masjuki dah rupa begini hasil tangan-tangan kami sendiri. Pada peringkat awal, tiada lagi jentera. Gergaji, memaku semuanya secara manual.

Pada fasa kedua pula, kami telah mula guna jentera dan mesin. Itulah hasil penjimatan dan pengembangan Infak bulanan kami yang sedikit itu. Sekali sekala ada juga kami terima sumbangan dari tetamu yang terkesan dengan usaha kami, khususnya dibulan Ramadhan. Ada juga yang mensedekahkan lebihan bahan binaan seperti kayu, besi dan lain-lain.

Ayah sentiasa meyakinkan kami yang konsep PUASA secara hakikat dan ZAKAT yang FITRAH akan mampu membangunkan sesuatu yang hebat. Kami menahan diri dari meminta-minta. Kami hidup dengan survival beberapa perniagaan kecil kami di sini. Jika tidak, gamaknya kami hanya makan pada bulan Ramadhan sahajalah, sebab bulan lain orang tak bersedaqah dan kami terpaksa rebus kayu-kayu binaan pulalah jawabnya.

KESIHATAN & ILMU MENJADI MAHKOTA MUJAHID

Apalah nilai RM1 juta hari ini? kata Ayah. Di samping ilmu untuk pembentukan akhlak di RPWP, Ayah juga melihat kepentingan akademik bersijil. Sebolehnya Ayah mahu anak-anak RPWP ke IPT kesemuanya, sekalipun hingga double degree atau PhD.

Pengalaman dari kematian Khairi, pembedahan ibu Sofiah, kesukaran kewangan anak-anak kami yang ke IPT banyak mengajar kami. Kerana itu jugalah selain dari dana pembinaan & sarana asas, Ayah mahu ada tabungan yang cukup untuk Dana Kesihatan & Dana Pendidikan Anak. Kami harus meneruskan puasa, berjimat, menambah zakat dan berusaha dengan tangan kami sendiri untuk menambah tabungan.

Saudara Khairuddin Mohd Nor, salah seorang pengasas kami dahulunya sihat, kini terpaksa dibedah kerana masalah tulang belakang disebabkan slipdisc. Ayah sendiri dari orang normal sudah menjadi OKU kerana tulang femur yang berganti besi, patah semasa jatuh di ketinggian hampir 20 kaki sewaktu memasang bumbung rumah.

Rosli Ludin, suami Sofiah Wali yang diberhentikan kerja kerana masalah tulang belakang dahulu, kini semakin serius sakitnya. Khairi baru meninggal dunia, beberapa co-founder lain pula sudah ‘meninggal’kan kami kerana tidak sanggup meneruskan pengorbanan.

Alhamdulillah, dengan membesarnya anak-anak yang dibina, Kami yang asalnya 20 orang dan ditolak dengan yang telah ‘meninggal’ juga badan-badan yang sakit ini masih istiqomah meneruskan pembinaan rumah kami, walaupun agak sedikit perlahan. wirid1ITULAH SEBABNYA Ayah mahu cairkan hartanah bernilai RM1 juta yang beliau wakafkan itu supaya kami mampu untuk menyiapkan pembinaan yang berbaki dengan lebih cepat. Sudah 8 tahun kami membina berdikit-dikit, jika kontraktor dengan dana yang cukup pasti sudah 12 menara seperti KLCC kita siapkan dalam tempoh itu.

Sekitar 10 orang anak-anak kami yang sedang belajar dalam berbagai bidang di Universiti pula sudah mula menunjukkan minat mendalam untuk meneruskan pengkajian dalam bentuk akademik. Selepas tamat degree pertama nanti, ramai yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah secara khusus dalam Pengajian Hadis, Usuluddin dan Ilmu Wahyu di universiti terbaik seperti di Yarmouk Jordan dan Al-Azhar.

Itulah juga yang Ayah sisihkan dananya dan dibangunkan melalui hasil wakaf dan perniagaan yang kami ada sekarang. Untuk memahamkan dan mula merangkak mengatur usaha bukan mudah. Hati yang sudah lama kotor berdaki, amal yang sedikit bercampur dosa ini memerlukan masa dan pelbagai usaha teliti yang istiqomah untuk dibersihkan.

Oleh itu, cita-cita Ayah untuk melihat perubahan peradaban umat ini bersama rakan-rakan mungkin tidak mampu dicapai kerana didahului ajal. Atas sebab itu Ayah sering menangis ketika membilang penghujung usianya.

Pilihan yang ada ialah mempersiapkan sarana untuk membentuk akhlak berserta kecemerlangan akademik anak-anak asnaf dan yang dititipkan oleh masyarakat untuk dibangunkan. Pendidikan memerlukan bukan saja kepakaran, malah modal yang besar dan masa yang panjang.

Semakin ramai ibu bapa yang memohon menitipkan anak-anak mereka untuk di didik di RPWP. Alhamdulillah itu satu kepercayaan masyarakat hasil pemerhatian awal keberkesanan sistem pendidikan di RPWP. Namun ia menjadi beban amanah yang harus di pikul bersama atas nama Allah.

Ayah merasa sangat bersalah dan sedih bila kami terpaksa menolak permintaan mereka. Jika pembinaan rumah ini lambat, Ayah khuatir Ayah akan terlebih dahulu `meninggal’kan kami sebelum sempat melihat kejayaan usaha yang telah Ayah mulakan.

Kerana itulah Ayah sanggup leburkan segala yang ada untuk mempercepatkan pembinaan, agar usaha selepasnya boleh ditumpukan kepada program pendidikan anak-anak secara intensif. Kami rasa, jika kami teruskan cerita ini ia bakal menjadi sebuah autobiografi dan bukan lagi sebuah artikel.

Ayah seorang yang sangat tidak suka akan pujian. Kerana Jika ada pujian, Ayah ajar kami untuk memulangkannya kepada Allah. Ramai juga tamu yang hadir memuja muji beliau sehingga beliau lebih selesa mengasing diri dari bertemu tetamu kerana janggal dipuji atas apa yang telah beliau korbankan selama ini.

Ayah juga tidak suka kami bercerita tentang pahala, kerana itu mengajar kita jadi terlalu berkira dengan ‘upah’ dari amal kita. Jikalah ada apa yang dikatakan pahala itu Ayah kata wakafkan juga semuanya. Bukan sombong, tapi kerana “YANG KITA CARI IALAH REDHA ALLAH, BUKANNYA PAHALA”, kata Ayah.

Jika kisah ini mampu menjadi tauladan kepada anda, sila panjang-panjangkannya. Dalam dunia moden sekarang, terlalu ramai orang sangat suka bercakap tapi kerjabuat tidak seberapa, sukar pula mencari orang yang banyak berbuat tetapi kurang bercakap.

Sejujurnya, Kami yang menulis ini juga berasa malu kerana masih banyak bercakap, tapi baru belajar berbuat.

Diriwayatkan oleh

WARGA PRIHATIN

Suratan atau Kebetulan : Kisah Orked (5 tahun) serah seluruh simpanan dan duit rayanya untuk kos perubatan asnaf.

jiwaprihatin
Sejak 2 hari lepas, seantero negara digegarkan dengan kisah viral anak kepada jurugambar terkenal Malaysia (Saiful Nang) yang bernama Orked menyumbangkan 100% tabungan dan duit raya untuk perubatan seorang asnaf. Ayahanda Orked dan bondanya yang merupakan seorang Pensyarah Kanan di UPM, Dr. Intan Salwani (Ph.D, Cambridge) sama-sama menahan hati meletakkan anakanda tercintanya di sebuah rumah anak yatim dan asnaf. Rumah itu ialah rumah kami, Rumah Pengasih Warga Prihatin.

Puluhan mesej-mesej menerjah ruang inbox kami bertanyakan tentang fundamental dan kaedah pendidikan kepada anak ini kerana apabila ditanya kepada Saiful Nang sendiri, beliau hanya menjawab “Itu semua pendidikan di Prihatin”.

ORKED BUKAN KES TERPENCIL DI PRIHATIN.

Mak ayah anakanda kami Si Orked ni bukanlah calang-calang orang. Cucu kepada mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y.Bhg Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon. Neneknya pula pendidik. Atuk dan nenek sebelah bapanya adalah petani Jawa yang miskin tetapi sangat rajin lagi sangat beradab. TETAPI kelebihan itu digandakan dengan lingkungan rakan-rakannya yang sama-sama kami bentuk keprihatinannya.

Lihat dalam foto ini sahaja, sebahagian dari anak-anak kami yang merupakan rakan baik Orked. Hanya kebetulan cerita Orked dikeluarkan oleh ayahnya di facebook beliau yang sangat ramai peminat. Jika kami secara ringkas kenalkan, dari kiri sekali bernama Ain. Ain Mardiyah merupakan anak kepada seorang ustaz dan Ain diwakafkan ke rumah ini bersama-sama ibu bapanya menjadi sukarelawan yang mewakafkan harta dan dirinya sepenuh-penuhnya sebagai pekerja tanpa gaji (kebajikannya semua di bawah RPWP).

Diikuti oleh Dania (bertudung ungu), anak seorang bankers Affin Investment yang juga telah bersama pembinaan RPWP darihari pertama lagi. Bapa dan ibunya sanggup menyerahkan segala-galanya untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Hatta, selepas mereka meletak jawatan di tempat kerja mereka, kedua ibu bapa Dania mewakafkan diri melakukan tugas pembinaan dan penjagaan anak yatim dan asnaf di RPWP. Bapanya dari berkulit cerah sehingga hitam, dari kulit tangan lembut kini dah kematu dek kerja berpanas, berat, bermain dengan konkrit, batu dam bahan-bahan binaan. Jika bapanya sanggup lakukan sebegitu, anaknya pula Dania memberikan 100% yang anak kecil ini ada untuk perubatan Mak Sofiah mereka.

Di sebelah Dania pula ialah Abdah. Kisah ayah dan ibunya pernah kita jadikan satu cerita viral yang boleh anda rujuk di pautan ini http://prihatin.net.my/2013/07/13/yazid-majid-the-unsung-hero-cerita-ketaatan-isteri-anak-anaknya/

Sebab itu Abdah mampu juga memberikan segala yang ada di tabungan kepada Mak Sofiah.

Seterusnya Orked (bertudung coklat cerah) dan kami rasa anda dah baca cerita itu. Jika belum, masih boleh menyertai sekitar 350,000 orang yang telah membacanya di pautan ini http://prihatin.net.my/2013/08/21/testimonial-pendidikan-anak-dengan-konsep-sibghatullah-di-rumah-pengasih-warga-prihatin/ dan juga di fb kami.

Seterusnya Kamarina (Kak Q) yang menghidap autism, Alisya (tudung merah jambu) dan Ali Imran keseluruhannya memberikan 100% simpanan mereka. LEBIH CANTIK LAGI IALAH KEPUTUSAN UNTUK MEREKA BERIKAN 100% ITU DATANG DARI PERBINCANGAN DI KALANGAN MEREKA SENDIRI (Patutlah kami nampak selepas program takbir raya yang lepas, mereka duduk dalam bulatan untuk satu meeting pendek sekitar 5 minit). Rupanya, keputusan SYURO mereka itu adalah untuk sumbangan 100% itu.

BUKAN SATU KEBETULAN DAN TIDAK TERJADI TANPA SENGAJA.

Konsep pendidikan di Prihatin, kami menggunakan teknik USWATUNHASANAH. Jika anak-anak ini, idola terdekat mereka ialah ibu bapanya sendiri. Mereka melihat ibu bapa mereka berkorban harta, mereka juga berkorban harta tanpa disuruh. Mereka lihat ibu bapa mereka melakukan syuro setiap hari, mereka juga lakukan syuro juga. Mereka lihat ibu bapa mereka yang kaya dan miskin semuanya saling bahu membahu mengangkat batu, konkrit, kayu, besi untuk membangun sarana di Prihatin, mereka juga tanpa disuruh melakukan kerja-kerja pada kemampuan mereka. Yang jutawanpun letak anak bukan main tinggal sahaja, tetapi mereka sama-sama membangunkan rumah kami ini bersama-sama

Ramai ibu dan bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke sini. Kami terima tidak kurang 30 permintaan dalam tempoh 2 hari ini sahaja. Mereka sanggup bayar walaupun dengan harga yang tinggi. Kami cuma katakan, kami masih belum bersedia. Dan kami yakin juga, ramai ibu dan bapa diluar sana juga masih kurang bersedia.

Jika benar, sanggupkah mereka bersama-sama dalam pembangunan sarana di Prihatin. Sanggupkah mereka juga ditegur seperti mana kami menegur anak mereka? sanggupkah mereka berkorban masa untuk beri komitmen pembangunan akhlak dan sahsiah anak-anak yang lain di sini?

Mungkin ia tidak semudah itu meninggalkan anak kesayangan kita pada tangan orang lain tanpa memberi komitmen (atau sekadar komitmen wang ringgit sahaja) tetapi mahukan akhlak anak terbentuk seperti akhlak sahabat dan anbiya. Kerosakan telah berlaku banyak diluar, harta sepenuh bumi pun tak mampu memperbaikinya.

KONSEP SIBGHATULLAH

Sibghah Allah ini seperti satu rendaman dalam lingkungan yang kita mahukan anak-anak kita menjadi. Malah mereka akan lakukan lebih baik lagi. Nabi Sulaiman telah mengikuti Nabi Daud A.S berperang dari usia kanak-kanak lagi. Walaupun tidak ikut berperang, Nabi Sulaiman a.s mampu untuk memerhati segala kerjabuat bapa dan tenteranya berperang. Segala silap laku dan strategi mampu baginda lihat dari sudut pemerhati. Sampai ketika baginda dewasa, ketika itu segala kehebatan dan kebijaksanaan baginda sehingga jin pun sanggup tunduk pada baginda.

Kami “rendamkan” anak kami dalam lingkungan yang kami kawal. Lingkungan ilmu setiap masa (bukan jadi ulat buku). Setiap yang terjadi akan ada syuro mereka untuk membincangkannya. Hatta, isu tadika juga mereka bincangkan dalam syuro mereka. Kami tak ajar mereka syuro, tetapi mereka mengikuti sistem abang dan kakak yang besar bersyuro, ibu-ibu bersyuro, bapa-bapa juga bersyuro.

PEPATAH ORANG PUTIH BERKATA : DON’T TEACH YOUR CHILDREN WHAT TO DO, THEY WILL NOT DO.  SHOW THEM HOW YOU DO IT AND THEY WILL COPY”

Gamaknya, orang putih lagi cekap pula konsep sibghatullah ini. Untuk jadi insan hebat, pendidikannya bermula 100 tahun sebelum kelahiran (hadis). Masakan kita mampu lawan jika kami pun baru mulakannya pada anak-anak ini seawal dalam kandungan. InsyaAllah, anak-anak ini nantilah yang bakal melahirkan zuriat-zuriat hebat yang bakal menerajui dunia.

Diharap dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi idea kepada anda semua. Untuk kami ceritakan keseluruhan pendidikan parenting kami di sini, mungkin akan makan ribuan mukasurat 🙂

Salam prihatin
WARGA PRIHATIN

Bagaimana membuat anak kecil mampu berdakwah dengan berkesan

jannahYa Allah ampuni kami jika apa yang kami buat ini boleh menghapus amal kami. Jauhi kami dari sebiji sawi sekalipun rasa riak. Kami Sekadar ingin menanamkan minat manusia terhadap RUBUBIAH Mu Ya ROB.

Jika pahala itu hilang tidaklah kami berdukacita kerana bukan pahala yang kami cari, tapi janganlah ditarik nikmat redha dari Mu ya Allah. Kami sangat menginginkan REDHA MU, Teramat sangat menginginkannya.

DAKWAH MELALUI USWAH

Dulu kami tidak perasan sangat kesan `sampingan’ seperti ini, KAMI Cuma buat saja apa yang kami pakat-pakat bincang yang terbaik untuk menyelamatkan anak didik, anak jagaan dan anak-anak kami sendiri. Kami hanya gembira melihat hasil dari apa yang kami buat, apa yang kami didik, apa yang kami aturkan untuk anak-anak kami..

Tapi sejak akhir-akhir ini, banyak kami terima maklumat profile rakan kami di jadikan contoh kepada anggota jabatan & pekerja syarikat. Profile anak-anak kami di jadikan contoh para pelajar sekolah, malah ada yang di PINNED di fb Rasmi Universiti supaya ramai yang perasan. Banyak ibu bapa tag dan share kisah anak-anak kami untuk mendidik anak-anak mereka.

Pagi ini kami Share satu post kisah ‘Akhlak Prihatin’ seorang anak bernama Orked yang Subhanallah menerima 5,624 Likes, 2,360 share, 603 komen dan Alhamdulillah, 201,856 Views hanya selepas 19 jam (belum pun sampai sehari). Itu tidak termasuk 236 Likes, 3,290 Views, 95 share di fb Warga Prihatin ini.

Anda boleh lihat sendiri Artikel ringkas itu di portal kami bertajuk “Testimonial Pendidikan Anak dengan konsep `Sibghatullah’ di Rumah Pengasih Warga Prihatin”

http://prihatin.net.my/2013/08/21/testimonial-pendidikan-anak-dengan-konsep-sibghatullah-di-rumah-pengasih-warga-prihatin/

atau di fb melalui link berikut,

Salah seorang dari anak didik kami. Kisah Orked kini jadi tauladan kepada ramai. Anak jutawan fotografi terkenal, Saiful…

Posted by Warga Prihatin on 20hb Ogos 2013

Dicelah celah itu juga kami terjumpa gambar ini. Alhamdulillah, rupanya ini juga telah memberi banyak kesedaran tanpa di paksa paksa terhadap orang tua. Anak ini belum pandai berkata2, tapi pakaiannya mampu membuat orang berkata-kata. Adakah ini hakikat isa yang mampu berdakwah sejak kecil? Menampakkan sesuatu kepada si Buta? Mengubati hati orang yang Sakit? Menghidupkan orang yang MATI?

Subhanallah, Pernah kami lihat gambar ini satu ketika dulu namun kami tidak perasan. BERDETIK JUGA ADAKAH INI ANAK KAMI SECARA SEKALI IMBAS. Kami sensitif kerana warna bajunya serupa namun kerana POSTING gambar tidak dari kalangan Warga Prihatin dan gambar sudah di edit, kami tidak menjangka itu anak anak jagaan kami. Hari ini terlihat komen dan disebutkan nama anak dan Warga Prihatin sekali… Subhanallah 3x.

Kesimpulannya ialah, rupanya kaedah paling berkesan dalam urusan dakwah ialah USWAH. Rasulullah dahulu awalnya di baling batu sehingga berdarah dahi, patah gigi. Baginda juga sering diludah, dibaling pasir atas kepala, bahkan diperintah BUNUH oleh Abu Jahal sehingga terpaksa lari malam dan tinggalkan kampung halaman. Caci cerca tak perlulah nak diceritakan.

Namun apabila baginda berjaya menzahirkan USWAH terbaik hasil BIMBINGAN ALLAH, semua yang tidak peduli datang mencari, yang mencaci yang memusuhi datang berlutut, yang tidak mahu beriman sanggup bayar jizyah, pemerintah yang sombong turut mengguna pakai sistem Islam anjuran baginda dan lain-lain lagi.

Benarlah Firman Allah. Surah 33. Al Ahzab21.

“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari akhirat(kiamat) dan dia banyak menyebut Allah.

Nota: Rahmat Allah adalah berupa petunjuknya. HAKIKAT Hari kiamat ialah hari BANGKIT nya Islam (KIAM). Hari AKHIRAT ialah hari berakhirnya kekejaman, kebuntuan, kejahilan, kegelapan dan kebejatan Akhlak manusia. Jika kita gagal atau tidak peduli untuk ikut meng KIAM kan Islam sewaktu hayat kita, PASTI kita akan sengsara di hari KIAMAT yang satu lagi. Begitu jugalah dengan hakikat AKHIRAT.

Surah 98 AL BAYYINAH (BUKTI),
Ayat 1. Tidaklah Orang-orang yang kafir, dari kalangan ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ikut menginfak (munfik) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata.

Hasil Iqra’ dari kami golongan yang asalnya jahil, buta huruf dan bingung ini ialah, manusia kini ketandusan USWATUN HASANAH ketandusan contoh untuk ditiru. Baru kami sedar rupanya itulah SATU-SATUNYA kaedah berdakwah paling berkesan. Iaitu menunjukkan kebenaran dengan sabar melalui perlaksanaan, bagi membuktikan kaedah kita itu terbaik. Tidak perlu marah dan kecewa jika ia ditolak oleh bijak pandai sebelum bukti nyata berjaya di nampakkan.

Selama ini dakwah kita banyak disalur melalui ceramah politik, tulis buku, kitab, cerpen dan artikel berjela jela, buat seminar, bengkel dan forum. Hakikatnya ramai yang berkata pun tidak mampu menunjukkan bukti, dan kita terkapai-kapai bingung semula. Yang menganjurkan wakaf tidak ikut wakaf, yang mengajak orang bersedekah masih kedekut, yang menyuruh orang berpuasa masih pakai ferarri, yang suruh berbaik dengan isteri masih menampar anak isteri, menambah isteri dan macam macam lagi.

Taqobbalallahuminna wa minkum (Semuga di makbulkan Allah dari (doa) kami dan doa kalian).

Wajalana waja’alakum minal Eidiin Wal Faaiziin. (Dan dijadikan kami dan dijadikan anda dari kalangan orang yang kembali (kepada fitrah agama) dan orang yang berjaya).

Perkongsian kesyukuran
WARGA PRIHATIN.

Testimonial Pendidikan Anak dengan konsep Sibghatullah di Rumah Pengasih Warga Prihatin

Kami petik artikel ini dari laman facebook salah seorang pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin sendiri. Ini adalah satu testimonial besar tentang kelainan sistem pendidikan yang kita perkenalkan dengan konsep SIMBGHATULLAH. Alhamdulillah, jika itu datang dari Allah, pasti hasilnya yang baik sahaja.

Hayati artikel di bawah ini yang dibaca secara viral oleh 250,000 pembaca hanya dalam tempoh 5 jam sahaja di Facebook beliau. Subhanallah

orked
HADIAH HARIJADI ANAKKU

Anak pertama saya bernama Orked. Lahir pada 20 Ogos 2008. Permata hidup saya dan isteri. Masih teringat panggilan telefon dari isteri mengatakan Orked jatuh dari walker dan dikejarkan ke hospital dan menerima 5 jahitan di dahi cukup buat jantung terasa nak gugur. Anak ini mahu kami jadikan istimewa sekali.

Sudah 5 tahun berlalu, saat kelahiran Orked. Dalam hati saya telah saya fikirkan biarlah anak ini membesar menjadi pembela dan serikandi agama, nusa & bangsa. Semenjak umur 2 bulan, Orked diletakkan di bawah penjagaan ibu-ibu, bapa-bapa dan adik beradik asnaf dan yatim di RUmah Pengasih Warga Prihatin setiap hari dan hanya pulang ke rumah pada malam hari sahaja. Saya menerima tentangan dari beberapa orang rapat saya mempersoalkan mengapa saya korbankan kehidupan anak itu di tempat anak yatim dan asnaf yang serba kekurangan itu?

Saya tetap berpegang, untuk anak ini belajar menjadi yang istimewa. Jika pembentukannya sama seperti orang lain, masakan ia mampu jadi pembela luarbiasa kelak. Tiada Barbie Doll, Hello Kitty, Dora, Barney dan apa-apa lagi ikon kanak-kanak yang menjadi aksesori permainan Orked. Hanya mainan terpakai sahaja yang ada.

Zaman kanak-kanak Orked dan rakannya seperti telah berakhir dengan cepat. Orked kata dia nak jadi “Kakak Besar”. Dalam roll call dan juga ikrar harian, Orked sering memberitahu yang ia mahu cepat-cepat besar dan menjadi seorang yang hebat pada masa akan datang. Orked kadangkala nak jadi seorang Doktor, kadangkala nak jadi seorang Pensyarah seperti ibunya dan adakala nak jadi seorang usahawan seperti bapanya. Tetapi apapun cita-citanya, apabila ditanya apa yang mahu dibuat dengan kerja-kerja itu, Orked menjawab Orked mahu TOLONG ORANG SUSAH.

JIWA SUKARELAWAN

Terus terang, ia bukan perkara mudah untuk saya sendiri mendapatkan sedikit jiwa sukarelawan yang sanggup bersusah payah untuk orang lain ini. Ia terbentuk dari ibu dan juga ayah saya. Saya akui juga tidak mudah untuk saya didik isteri saya untuk mendapatkan jiwa sukarelawan seperti sekarang. Ia berlaku peringkat demi peringkat. Rupanya, anak saya mendapatkannya dengan mudah semenjak dari kecil lagi melalui lingkungannya di Prihatin.

Hadiah Harijadi ke-5 ini, Orked hanya minta diizinkannya untuk menyerahkan kesemua duit raya dan tabungannya itu kepada Mak Sofiah Wali (salah seorang ibu asnaf di Prihatin) bagi menampung kos pembedahan lutut beliau.

Sebagai bapa, saya tersentuh dengan izin yang diminta itu. Apa lagi yang saya mahukan dari seorang anak? saya ada harta yang cukup, saya mampu berikan anak saya kemewahan tetapi jiwa murni atas niat membantu orang lain sehingga berhabis-habisan itu satu perkara yang paling indah dalam hidup saya.

Saya mampu bawa Orked ke Disneyland setiap tahun, saya mampu bawa Orked melancong ke luar negara, saya mampu bawa Orked membeli belah pakaian berjenama, saya mampu belikan koleksi Mattel Barbie Doll, saya mampu bawa Orked ke Kidzania setiap minggu, saya mampu bawa Orked makan makanan terbaik di Kuala Lumpur tetapi jiwa luhur begitu tak mungkin saya dapati pada diri anak kecil itu jika saya berikan kesemua yang saya sebutkan itu.

Orked hanya mengikuti rombongan berziarah Warga Emas di Melaka, Perak dan Selangor sementara rakan yang semampu bapanya sedang bercuti di Disneyland. Orked pakai pakaian dari kotak-kotak yang disumbangkan oleh orang ke Prihatin sebagai pakaian yang disukai (jika dibelikan yang elok dan baru, dia jadi malu kerana tak sama dengan rakan lain), Orked makan nasi kawah beras hancur bersama anak-anak yatim dan asnaf yang daif ketika rakan semampunya sedang menikmati makanan di McDonald’s dan A&W. Memang sebagai bapa saya kena tahan hati dengan semua itu.

Orked berkawan dengan orang-orang kurang bernasib baik dan saya bersyukur, itulah sumber keprihatinan Orked. Lingkungan Orked bukan kemewahan harta, permainan, baju berjenama tetapi kasih sayang dan ilmu.

Sebesar 5 tahun juga, Orked sudah kenal nilai wang ringgit. Tetapi saya bersyukur kerana Orked lebih menilai kemanusiaan berbanding nilai ringgit itu untuk dirinya. Orked saya didik menabung dari umur 3 tahun dan saya berikan Orked inspirasi untuk dia kumpulkan wang bagi membeli sesuatu yang dia mahukan. Orked mahukan sekeping puzzle besar 1000 potongan yang berharga lebih RM100. Saya mampu belikannya tetapi saya mahukan Orked merasakan sendiri itu adalah hasil simpanannya sendiri.

Benar, saya mampu mendidik anak saya menabung dan berjimat, tetapi saya lebih bersyukur kerana pelajaran yang terbesar bukan hanya sikap menabung itu. Saya terlupa ajarkan Orked sesuatu yang lebih berharga sehingga ia terjadi sendiri di hadapan mata saya. Selepas izin diberi, Orked dan sekumpulan kawan sebayanya di Prihatin membawa wang tabungan masing-masing dan membuat penyerahan kepada Mak Sofiah yang akan menjalani pembedahan keduanya minggu hadapan.

Ketika itu saya sedar, dan saya senyum dan tidak salahlah saya meletakkan anak saya membesar di Rumah itu. Sebuah rumah yang kelihatan kekurangan sarananya tetapi kaya dengan kasih sayang. Antara impian peribadi dan kasih sayang, mereka pilih kasih sayang. Saya mahu Orked begini. Jikalah Orked memilih untuk kemahuan peribadi berbanding kasih sayang, saya rasa hampir pasti saya dan isteri akan mengakhiri hayat di rumah jagaan orang-orang tua. Tetapi jika Orked meletakkan kasih sayang melebihi kepentingan peribadi, saya dan isteri mampu tarik nafas lega.

Air mata mengalir melihat proses kedewasaan anakku yang baru berusia 5 tahun pada hari ini. Hanya satu hadiah harijadi yang diminta sebelum harijadinya. Bukannya permainan mahal, bukannya kek bertingkat, bukan juga trip ke Disneyland tetapi HANYA keizinan untuk memberikan keseluruhan tabungannya kepada orang yang lebih memerlukan. Walaupun tindakan itu terpaksa mengorbankan impiannya sendiri.

Saya hanya mampu ajar Orked menabung, tetapi di Prihatin, Orked belajar tentang nilai kasih sayang dan kemanusiaan.

Kita kadangkala lupa, dunia jadi huru hara apabila “Kasih sayang” menjadi lebih murah berbanding “agenda peribadi”.

SAIFUL NANG
Daddy Orked.

Video Orked Akad Tabungannya kepada Mak Sofiah
Posting Tentang Mak Sofiah Wali 1
Posting siapa Sofiah Wali 2

Video Doa & Akad Anak RPWP waktu serah Duit Raya untuk Pembedahan Mak Sofiah


Tidak di sangka rupanya sewaktu anak-anak memerhatikan 10 pendokong RPWP mengakadkan sedekah INFAK, 10% dari pendapatan bulanan mereka untuk membangun RPWP di setiap hujung bulan, anak-anak ini telah menanam azam untuk melakukan sendiri akad itu apabila ada peluang. Oleh kerana itu Orked menangis-nangis minta di ajar lafaz akad dan telah berjaya membacakan sendiri akad beliau semasa menyerahkan duit rayanya sebagai DERMA perubahan Mak Sofiah.

Bukan jumlah RM yang harus kita nilai, namun benih sifat KEPRIHATINAN & KEIKHLASAN yang tertanam di jiwa mereka yang bagi kami TERSANGAT MAHAL. Kami tidak ajarkan mereka tetapi mereka belajar dari pemerhatian mereka saban hari. MasyaAllah.

Alhamdulillah.

 

Budaya Islamik JAWA Beraya

BUDAYA JAWA BERAYA

Wak Kobri menghulur tangan, menggenggam erat tangan Pengetua RPWP Dr Hj Masjuki. Sambutan hangat yang mengikat jiwa.
Wak Kobri menghulur tangan, menggenggam erat tangan Pengetua RPWP Dr Hj Masjuki. Sambutan hangat yang mengikat jiwa.

Orang Jawa beraya SATU BULAN SYAWAL PENUH. Bukan kerana mereka ini kaki raya sangat pun tetapi budaya sebegitu  telahpun ada sejak turun temurun lagi. Tertib beraya pada Minggu-minggu Syawal amalan  Orang Jawa yang anda perlu tahu.

Pertama : Anak dan cucu pulang melawat Orang tua mereka.

Kedua : Orang tua yang dilawati cucu dan anak akan ke rumah ibu bapa mereka pula

Ketiga : Pangkat-pangkat atuk akan mula menziarah moyang-moyang pangkat ibu bapa mereka atau ibu bapa saudara mereka.
Keempat : Atuk nenek & moyang mula menziarah sesame beradik dan sepupu yang masih hidup.

Kaedah beraya cara ini kami rasakan sangat santai dan meresap di jiwa. Tidak sangat menyantap makanan sewaktu beraya, kadang kala hanya secawan teh `O’ sahaja dan bersembang sejam dengan air kosong itu. Tidak kalut dan hiruk pikuk seperti budaya yang berlaku di bandar-bandar kini. Memang sajian di rumah terbuka agak istimewa, tapi mustahil kita dapat merungkai silatulrahim secara peribadi dan mendalam jika dalam beberapa jam tuan rumah terpaksa melayan ribuan yang hadir.

JAWA SG PELEK

Dakapan erat, seerat kasih sayang dan kemesraan hidup bersaudara.
Dakapan erat, seerat kasih sayang dan kemesraan hidup bersaudara.

4 bulan lagi, cukup setahun kami bercawangan di Kampung Ulu Teris, Sungai Pelek Sepang. Keberadaan kami di sana lebih hangat diterima atas dasar persaudaraan yang sangat intim walaupun baru 8 bulan bersama mereka. Satu kampung Jawa yang uswah silaturrahimnya perlu diambil contoh oleh semua lapisan masyarakat. Kami sudah 8 tahun di Kajang dan berada dalam sebuah kampung yang agak moden, tetapi keintiman 8 bulan di Kampung Ulu Teris lebih hangat berbanding yang sudah 8 tahun. Bukannya kami nak buat perbandingan dengan sengaja, tetapi bukankah baik jika kita mampu jadi bersaudara dari hanya berjiran.

BARAAN RAYA

Baraan raya atau dalam bahasa Melayunya ialah ziarah raya dari rumah ke rumah saudara mara, jiran tetangga SECARA BERKUMPULAN itu seakan diambil alih dengan kehebatan program-program khas raya di televisyen, ipad, smartphone, game, PSP atau setidak-tidaknya hanya suka tidur sahaja di hari raya. Di Kampung Jawa, usai sahaja solat Raya, masing-masing akan kembali ke rumah masing-masing untuk anak dan isteri bersalaman dan bermaaf-maafan. Biasanya selepas itu terus mereka berkumpul semula dengan kumpulan motosikal dan kereta untuk menziarah satu persatu rumah ahli qariah Masjid. Mereka berselawat dan bertakbir di setiap rumah. Bukan untuk makan sangat pun, tetapi itulah kemeriahan RAYA JAWA. Ya, Kampung Jawa disatukan qariahnya dengan aktiviti Masjid. Dari ziarah menziarahi itu pula mereka mengenali lebih dalam siapakah ahli keluarga rakan-rakan mereka yang lain.

Di kampung Jawa, Jika seorang kanak-kanak melintas di hadapan rumah pun mereka kenal siapa ibu bapa mereka. Ditegurnya budak itu dan jika mencurigakan terus ditelefon sahaja orang tua mereka. Dengan baraan itu mereka kenal mengenal, dengan masjid itu mereka bersahabat dan keseluruhan keluarga mereka dengan keluarga yang lain saling jaga menjaga.

Kemesraan yang terpapar sewaktu bergambar kenangan beramai ramai sebelum anak-anak berangkat pulang.
Kemesraan yang terpapar sewaktu bergambar kenangan beramai ramai sebelum anak-anak berangkat pulang.

ORANG JAWA BERSAUDARA / SEDULUR

Bukan nak rasis, tetapi Jawa juga sebahagian dari komponen kaum dalam keseluruhan Bangsa Melayu Nusantara sejak ratusan tahun dahulu lagi. Melayu agak sinonim dengan Islam. Hatta, Wali Songo juga kebanyakannya adalah orang Jawa. Mereka mampu bersatu atas dasarnya Agama Islam. Mengambil konsep Islam yang bersaudara, Orang Jawa benar-benar mempraktiskannya alam sistem hidup mereka dalam komuniti kampung. Mereka merantau seluruh Nusantara dan mereka BERSATU. Bersatunya mereka atas persaudaraan sangat kami kagumi. Dalam pemerhatian kami, jarang ada sebuah kampung Jawa yang mempunyai 2 puak besar. Untuk Kampung Ulu Teris, mereka sepakat menyokong PAS dan hampir keseluruhan mereka menyokong PAS walaupun tanpa dikempen. Satu hal yang kami perhatikan, walaupun ada yang tidak menyokong PAS, namun mereka tidak lansung dilihat fanatik dalam politik, masih bertegur sapa,  bekerjasama & bergotong royong. Hanya satu kesepakatan yang mereka persetujui melalui konsep sedulur / persaudaraan.

Itu agak mirip dengan apa yang telah kami kongsikan sebelum ini tentang Orang Cina. Mereka merantau dan mereka asalnya tidak kuat kerana bilangan mereka yang sedikit. Apa yang membuatkan mereka hebat ialah kerana solidarity mereka yang bersatu dalam apa jua urusan. Sehinggakan tanpa apa-apa kempen yang mega, Orang Cina boleh secara solid berhijrah dari menyokong BN kepada DAP. Jika orang Cina ada institusi Persatuannya, Orang Jawa ada institusi Masjidnya (sebenarnya Orang Islam seluruhnya pun ada institusi Masjid cuma orang Jawa kami perhatikan lebih aktif).

Gambaran Kemesraan yang tulus.
Gambaran Kemesraan yang tulus.

Di situ anda boleh lihat bagaimana institusi Masjid orang Jawa menjadi wadah perpaduan dan mencari penyelesaian. Rumah kami di Kampung Ulu Teris juga sering menjadi topik perbincangan ahli qariah masjid. Mereka prihatin dengan keberadaan kami di sana.

Dalam keraian Hari Raya itu sendiri kita mampu lihat kemuafakatan mereka. Hari raya kali ini hanya sebagai pembuka bicara untuk kita mengenali budaya orang Jawa yang positif yang sepatutnya dicontohi oleh yang lain juga. Bukan nak kata suku kaum lain tidak bagus, cuma kami kisahkan untuk menunjukkan sisi baik suku kaum ini. Kami juga percaya setiap suku kaum ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

Bukan sekadar hanya di Kampung Ulu Teris, kami telah menjalankan pemerhatian dan kajian sendiri dari komuniti Jawa di Johor (Rengit & Panchor), Selangor (Kampung Bukit Kerayong, Parit Mahang, Jaya Setia, Meru dan banyak lagi) dan kami mperhatikan struktur social mereka sangat mengutamakan kemuafakatan. Menurut Wak Sanip Haji Sirat, Pak Bilal Kampung Bukit Kerayong mengatakan Orang Jawa menjadikan masjid pusat komuniti sosial mereka. Seakan-akan semua yang menetap dikampung itu mampu dikenali setiap satunya dengan menghadirkan diri bersolat Jemaah di masjid qariah mereka.

Ketua Kampung Ulu Teris, Tuan Haji Sobirin yang kami temui dalam majlis hari raya yang berlangsung Sabtu lalu menyatakan yang mereka menjadi SANGAT mesra dengan anak-anak di Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan cepat sekali kerana mereka datang ke masjid setiap waktu Maghrib dan Isya.

Tuan Haji Sobirin yang mesra di panggil Wak Sobirin menyatakan yang Orang Jawa mengutamakan tetamu melebihi diri mereka sendiri. Kegembiraan tetamu adalah satu yang mengembirakan Tuan Rumah. Majlis mereka ringkas tetapi yang membuatkan kita tak lupa adalah layanan sedulur (persaudaraan) mereka sendiri. Alhamdulillah, itulah juga budaya yang kami terapkan di RPWP sejak dulu.

Menurut sebahagian kami di sini yang juga dari suku Jawa, jika tetamu (Dayoh) datang bertamu, segala makanan yang sedap-sedap dimasak. Kita yang jadi anak-anak ni pun terkulat-kulat tengok tin-tin sardin yang dah kosong sedangkan kita menunggu bila nak dimasak. Sekali mak ayah masak untuk tetamu. Sebab itu jugalah, ada tips jika bertandang ke rumah Orang Jawa, jangan habiskan lauk dihidang. Kerana anak-anak mereka biasanya tidak diasingkan dahulu. Sehingga begitu sekali orang Jawa menghormati tetamu melebihi anak sendiri.

Masjid Ar-Raudhah, Kampung Ulu Teris yang dibina atas tanah yang diwakafkan, dengan kos kira-kira RM300,000 berdasarkan perkongsian setiap ahli qariahnya yang terdiri dari 98% Orang Jawa. Berada di kampung ini merasakan kami teringat kemesraan komuniti zaman dahulu yang telah hilang diambil alih dek facebook, twitter, ipad, game, psp, tv dan lain-lain lagi. Kampung sekecil itu yang kurang dari 300 keluarga di dalamnya juga mampu untuk membina masjid yang indah tanpa bantuan dari kerajaan.

Program hari raya kami di sana juga sangat meriah dan dijayakan sepenuhnya oleh anak-anak qariah sendiri.

BUDAYA REWANG DAN SYARIKAT

Semasa berada dalam keraian yang mereka buat sempena hari raya ini, kami dapat rasakan semula satu budaya yang telah mati iaitu budaya REWANG. Kami sangat rindukan suasana begitu. Tiada katering dan tiada pelayan berbayar sebaliknya semua dilakukan oleh orang kampung dan anak-anak mereka.

Dalam rewang juga, seorang lelaki diperhatikan oleh ibu dan bapa yang mempunyai anak gadis sebagai satu profiling. Ada yang malas memang jarang-jarang Nampak dalam kenduri ataupun jika adapun hanya berlakon seperti bekerja tetapi tidak sebenar-benarnya bekerja. Si Lelaki pula boleh lihat calon-calon isteri ataupun calon ibu bapa mertua mereka.

Apapun, rewang ialah satu budaya yang kian dilupakan kini. Jiran sebelah menyebelah pun kadangkala kita tak bertegur dan tidak pula kita kenali. Seperti ada Tembok Besar China (Great Wall) yang memisahkan antara rumah teres yang berkongsi dinding yang sama dengan jiran.

Itu tidak lagi masuk Sistem Syarikat yang mereka amalkan. Contohnya jika ada 100 buah rumah dalam satu kampung. Setiap rumah akan menyumbangkan RM100 (biasanya yang KAYA akan beri lebih), bahan makanan mentah dll keperluan setiap seorang setiap kali ada keramaian  atau kenduri kendara seperti perkahwinan atau majlis bercukur jambul. Mudah bukan? Sekiranya hari ini kami mahu menjalankan sebuah kenduri, sudah tetap ada RM10,000 untuk kami belanjakan dengan sistem syarikat ini. Bagi yang tak menyumbang, akan hilang kelayakan mereka untuk mendapat kemudahan begitu. Bukan setakat itu, kuali, periuk juga pinggan mangkuk, khemah kanopi, meja, kerusi semua itu tak perlu disewa kerana telah ada dengan sistem syarikat itu.

Kebersamaan ini juga memupuk kemuafakatan sehingga beberapa orang dari kami juga dahulu semasa nak ke universiti dahulu mendapat bantuan sehingga wang terkumpul sampai ke angka RM5000 keseluruhannya. Pada mereka, hari ini hari mereka, lain kali mungkin hari kita pula.

Masih ada banyak baki yang mahu diceritakan tentang Orang Jawa. Jika sebelum ini kami coretkan sebuah artikel dengan tajuk Raya yang Hilang tapi kali ini selepas kami berkunjung ke Kampung Ulu Teris, Sepang malam Sabtu lalu, kami bolehlah katakan Raya itu masih belum hilang. Sekurang-kurangnya kami mampu rasakannya di Kampung Orang Jawa ini.

BERAT UNTUK MENUTUP CAWANGAN SG PELEK

Nampaknya niat kami untuk menutup cawangan di Sg Pelek terpaksa dipertimbangkan semula walaupun Kos pengurusan dan pengangkutan terlalu tinggi. Tambah pula kami tidak maklum bahawa rumah yang diwakafkan masih ada lebih RM100,000 baki hutang lagi. Apapun kami Tidak sampai hati melihat pengharapan yang tinggi penduduk di sana terhadap anak anak kami. Baik di peringkat sekolah rendah, sekolah agama, mahupun menengah, Anak-anak RPWP telah menjadi uswah akhlak anak-anak di sana.  MEREKA istiqomah mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah, mengaji, bertuisyen. Semuga Allah berikan kami kekuatan untuk meneruskan apa yang telah kami mulakan di sana.

Yang ingin kami ketengahkan ialah budaya beraya yang bersifat Islamik dari masyarakat JAWA ini, bukan Bangsanya.

Kesuwon kabeh!

Salam sedulur untuk semua.
WARGA PRIHATIN

 

Khairi Zainal : Cerita Legenda Keikhlasan Manusia

Allayarham Khairi Zainal bukannya hartawan, bukan artis yang dipuja, bukannya karyawan ternama, bukan juga penyanyi pujaan remaja. Beliau datang dan pergi dalam hati kami Warga Prihatin sebagai seorang manusia yang sanggup berhabis-habisan untuk orang lain. Meninggalkan kerjaya yang baik untuk memberikan khidmat 100% di Rumah Pengasih Warga Prihatin tanpa gaji sehingga ke akhir hayatnya.

Allayarham tidak pernah mendapat liputan media kerana Allayarham adalah seorang ikon yang belum pernah didendang sebelum ini. Pengorbanan Allayarham menjadi satu cerita yang kekal segar sehingga seribu tahun lagi.

Video yang membasahi pipi KESEMUA yang hadir dengan deraian air mata dan isak tangis yang tidak dapat ditahan di majlis tautan kasih mengenang jasa Allahyarham Khairi Anuar di Felda Jelai 3, Negeri Sembilan petang semalam 17 Ogos 2013.

Koleksi video Pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. KAMI paparkan buat renungan masyarakat, khusus untuk merenung situasi Akhlak semasa, agar sama-sama dapat menzikirkan dan mencari hidayah untuk memperbaikinya.

WARGA PRIHATIN

Warga Prihatin

Kami sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan akhlak serta pusat kajian pembangunan peradaban Islam moden yang dibangunkan sendiri oleh 20 pengasas secara bergotong-royong. Anak yatim dan asnaf yang terbiar menjadi subjek kepada kajian ini untuk kami cuba buktikan dengan Al-Quran & Sunnah mampu membentuk generasi yang hebat yang bakal menerajui dunia, InsyaAllah. Tujuan kami tidak lain hanya untuk melihat ketamadunan yang telah tersungkur menyembah bumi ini mampu dinaikkan dengan islah Akhlak Al-Karimah generasi yang terbentuk dengan acuan Quran & Sunnah.

Berita terkini kami update di Facebook Warga Prihatin. Silalah LIKE page kami untuk mendapatkan notifikasi apa saja yang kami uploadkan. Hanya bila ada kelapangan baru kami transfer di blog ini. Anda juga boleh cadangkan posting atau video yang anda rasa wajar dikongsikan bersama folower yang lain. Untuk menonton video RPWP anda boleh BUKA MENU VIDEO di FB kami ATAU ke Channel YouTube VideoPrihatin.

Untuk mengetahui pelbagai perkhidmatan yang kami sediakan atas dasar Jualan & Perkhidmatan Amal  kami sila ke Prihatin Services di MENU Utama. Untuk membaca artikel kami di page ini, sila pilih di senarai artikel, samada mengikut susunan katagori atau mengikut paparan terkini. Semuga usaha kecil kami bermanfaat untuk anda

Untuk maklumat lanjut silalah baca ‘Buku Pengenalan RPWP‘.

Warga Prihatin

Sofiah Wali – Doa Anak Diterjemah Melalui Serahan `Duit Raya’

Mak Sofiah yang sedang demam dan beberapa hari tidak keluar rumah masih mampu melemparkan senyuman manis berkat semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak sewaktu menyerahkan `duit raya' mereka untuk membantu kos pembedahan & perubatan beliau.
Mak Sofiah yang sedang demam dan beberapa hari tidak keluar rumah masih mampu melemparkan senyuman manis berkat semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak sewaktu menyerahkan `duit raya’ mereka untuk membantu kos pembedahan & perubatan beliau.

HARAKAH RAMADHAN ANAK-ANAK PRIHATIN

Jika sebelum ini kami berkongsikan cerita tentang Allayarham Khairi Zainal, salah seorang pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin yang hanya menerima bantuan Pusat Zakat selepas kira-kira 4 bulan permohonan. Dalam kata lain, setelah 1 bulan Allayarham meninggal dunia baru kami menerima panggilan dari Lembaga Zakat. Seperti tidak merasa bersalah, kesal mendengar kematian penerimanya, tanpa ucapan maaf atau mungkin bertanya bagaimana saat sakit hingga kematian arwah, bahkan itulah panggilan terakhir PPZ.

Cerita ini berterusan dengan Puan Sofiah Wali yang juga antara personaliti yang kami lakarkan namanya dengan tinta emas kerana pengorbanan beliau yang sangat dalam walaupun dalam keadaan kesakitan tulang disebabkan Arthritis yang akut. Walaubagaimanapun, disebabkan jangkitan kuman, beliau terapaksa menjalani pembedahan kedua bagi membuang jangkitan kemudian pembedahan ke-tiga adalah untuk memasukkan tulang lutut palsu bagi menggantikan tulang yang telah dijangkiti.

Sofiah Wali dikenali oleh anak-anak sebagai Mak Sofiah. Masakannya sedap dan beliau seorang yang sangat ringan tulang. Dapur akan sunyi tanpa kehadiran Mak Sofiah dengan suara beliau melayani anak-anak sekecil 6 bulan yang sedang bermain ruang makan umum.

Beberapa bulan lepas, Mak Sofiah sudah tidak mampu bergerak. Hidup beliau hanya di sekitar tempat tidur dan ruang tamu di atas kerusi roda. Untuk ke bilik air, beliau terpaksa di papah. Jika sebelum ini, Mak Sofiah layan kesakitan beliau dengan membanyakkan kerja-kerja di dapur sehingga beliau melupakan kesakitannya tetapi tidak kini. Beliau terlantar dan apabila kami tanyakan, beliau katakan “Semuanya OK”.

Sebak hati kami mengetahui dari suami beliau yang juga pesakit tulang belakang, rupanya beliau merahsiakan kos perubatan yang bakal kami tanggung jika beliau meneruskan dengan pembedahan ke2, ke3 dan ke 4 nanti. Sebak kerana seorang ibu yang sangat berjasa begitu sanggup terlantar pasrah menantikan takdir seterusnya hanya kerana tidak mahu menyusahkan atau menjadi bebanan kewangan terhadap Prihatin. Atas dasar itu juga, Ramadhan tahun ini, kami melancarkan Harakah Ramadhan yang khusus untuk Sofiah Wali. Pada kami, beliau adalah aset kami yang tiada galang gantinya.

ANAK-ANAK MEMERHATI & MEMBENTUK GENERASI PRIHATIN

Sebak kami bertambah apabila anak-anak kami dari seumur 3 tahun hingga yang besar datang kepada kami dan menyatakan yang mereka berniat untuk menyerahkan segala duit raya mereka pada tahun ini kepada Mak Sofiah.

Hati kami tersentuh dengan ketulusan & keprihatinan mereka. Apabila kami tanyakan apa yang membuatkan mereka mahu menyerahkan apa yang mereka ada, lalu mereka sebulat suara menjawab, mereka mendengar perbincangan Malam Raya bapa-bapa dan ibu-ibu Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin. Lalu mereka berbincang sesama mereka dan tidak mahu ketinggalan dalam memberikan sumbangan itu.

Mak Sofiah yang sedang demam dan beberapa hari tidak keluar rumah sedang menahan rasa terharu dengan kesungguhan doa dan sokongan anak-anak RPWP.
Mak Sofiah yang sedang demam dan beberapa hari tidak keluar rumah sedang menahan rasa terharu dengan kesungguhan doa dan sokongan anak-anak RPWP.

Semalam, mereka buktikan kata-kata mereka. Ada yang menghulurkan sebanyak RM20, ada yang RM70, ada RM80 dan sehingga terbanyak melebihi RM200. Agak pelik juga bagi yang memberi lebih dari RM50 kerana kebanyakan anak-anak kami mendapat kurang dari RM50 kerana ramai yang tidak balik kampung berayapun dan mereka tidak kami galakkan meminta duit raya. Bila ditanya pada mereka dari mana datangnya lebihan itu? Mereka menjawab, itu dari simpanan belanja sekolah yang kami puasakan.

Untuk makluman, salah satu pendidikan ritual kami yang paling berkesan selain solat, puasa Ramadhan, doa, tahlil dan hafazan alQuran ialah PUASA SUNAT Isnin dan Khamis.

MasyaAllah. Itu satu perkara yang sangat indah bagi kami. Titisan airmata kesyukuran itu membasahi bumi Prihatin mengenangkan keindahan akhlak anak-anak itu yang kami sendiri tidak sedar mereka terbentuk dari contoh-contoh yang mereka lihat. Sabrina Khairuddin salah seorang anak yang diwakafkan di Prihatin menyatakan, beliau melihat sendiri pengorbanan “bapa-bapa co-founder” yang bertungkus lumus dan berhabis-habisan TENAGA, MASA DAN WANG siang dan malam untuk membangunkan Prihatin. Tanpa disuruh-suruh, mereka berbincang sesama sendiri dan menyatakan niat Harakah Ramadhan mereka pada malam raya itu juga.

Lantas, kami berpelukan dengan anak-anak ini tanda kesyukuran yang amat sangat. Daripada kes-kes yang dirujuk, juga atas penyelidikan kami, banyak gejala anak yang tidak mengikut apabila disuruh jika tidak diupah. Di musim raya ini ramai rungutan tentang anak-anak yang berkeliaran keliling kampung dan taman tanpa adab sopan beraya, ada yang tidak masuk rumah pun, bahkan ada yang tidak kita kenalpun terus terang meminta `duit raya’ di pintu pagar saja (lihat artikel raya yang hilang). Sementara ramai anak anak yang mahu kutip duit raya untuk beli PSP, Game console dan macam-macam yang lain, kami pula mendapat anak-anak yang secara sukarela mahu menyerahkan segala yang mereka ada, semata-mata untuk membela insan yang berjasa.

Suatu yang lebih manis apabila seorang anak kami bernama Dhiya yang baru berusia 1 tahun lebih kelam kabut mencari permainan-permainan terpakai beliau dan memberi gesture untuk menyerahkannya kepada Mak Sofiah. Anak sekecil itu juga mahu memberi walaupun yang mereka faham ialah ingin menggembirakan Mak Sofiah dengan permainan yang mereka PALING SAYANGI (bukan yang mereka mahu buang atau yang tidak mereka gemari).

Senyuman semangat yang tersuntik kepada Mak Sofiah selepas menerima serahan derma `Duit Raya' dari anak-anak RPWP sebagi membuktikan azam mereka yang diluahkan pada malam raya lepas. Alhamdulillah
Senyuman semangat yang tersuntik kepada Mak Sofiah selepas menerima serahan derma `Duit Raya’ dari anak-anak RPWP sebagi membuktikan azam mereka yang diluahkan pada malam raya lepas. Alhamdulillah

Sebelum ini pernah Salah seorang jemaah pengasas kami menyatakan cita cita anaknya yang bertadika di Prihatin. Anak 5 tahun itu bercita-cita untuk belajar sungguh-sungguh dan menjadi kaya supaya dapat membantu rakan-rakan Asnafnya di Prihatin kerana mereka semua orang susah. Anak bertuah ini mengumpul kesemua wangnya dan tidak sabar-sabar sampai tahap menangis setiap kali bertanya ibunya bilakah beliau berpeluang menyerahkan `duit rayanya’ kepada Mak Sofiah. Setelah 3 hari menunggu, hari ini beliau tersenyum gembira (lihat di gambar) kerana cita citanya untuk menjadi insan prihatin telah tercapai. Beliau adalah anak yang bernama ORKED, anak yang suka bekerja sama dengan rakan sebaya dan suka menolong ibunya juga. Alhamdulillah, Semalam dengan bersungguh-sungguh walaupun merangkak ORKED minta izin mengakadkan `derma’ beliau, walaupun terpaksa dibimbing namun beliau tetap mahu membacanya sendiri sepertimana beliau lihat bapa-bapa mengakadkan INFAK pendapatan bulanan mereka disetiap hujung bulan.

Anak-anak kecil ini tidak faham sangat tentang jumlah sebenar kos pembedahan Mak Sofiah yang memakan belanja RM10,000 setiap kali pembedahan tidak termasuk kos rawatan susulan dan ubat ubatan. Mereka juga tidak tahu RM30,000 – 45, 000 kos bulanan yang terpaksa disediakan untuk makan pakai, bil utiliti, kos persekolahan, perubatan, bahkan belian bahan binaan untuk membangun RPWP yang kami sediakan untuk mereka. Namun kami pernah ceritakan kisah beberapa anak kami yang telah turut menyerahkan RM2,000 hadiah JUARA KHAT NUSANTARA, RM1,500 kerana memenangi AgroRace di Melaka, RM350 hadiah Emas pelajar terbaik peringkat sekolah dan macam macam lagi dengan sukarela.

Muhamad Abid dan kumpulannya, anak-anak RPWP menyerahkan hadiah kemenangan Agro Race, tunai RM1,500 untuk pembangunan RPWP.
Muhamad Abid dan kumpulannya, anak-anak RPWP menyerahkan hadiah kemenangan Agro Race, tunai RM1,500 untuk pembangunan RPWP.

RUPANYA HAMPIR KESEMUA MEREKA AMAT TERKESAN DENGAN APA YANG MEREKA PERHATIKAN SETIAP HARI DI RPWP DAN TIDAK SABAR-SABAR UNTUK MEREKA DAPAT TURUT MENYUMBANG SEADANYA. INSYAALLAH, INI MEYAKINKAN KAMI RPWP TIDAK AKAN TERKUBUR SETELAH KAMI ‘TIADA’ NANTI.

Muhammad Abid menyerahkan hadiah TUNAI RM2,000 selaku Johan Pertandingan Khat Peringkat Nusantara untuk pembangunan RPWP.
Muhammad Abid menyerahkan hadiah TUNAI RM2,000 selaku Johan Pertandingan Khat Peringkat Nusantara untuk pembangunan RPWP.

Melihat pencapaian ini, kami secara tidak sedar telah menikmati hasil pembentukan peradaban anak melalui muafakat yang kami telah tunjukkan sepanjang 8 tahun kami berkerjasama dalam projek amal ini. Setiap bulan anak-anak memerhati sekitar 10 orang pengasas yang berpendapatan di luar mengakadkan penyerahan 10% sedekah atau INFAK pendapatan bulanan. Mereka juga memerhati setiap malam kami bergotong royong, setiap kesilapan kami saling tegur menegur dengan hati terbuka dan berbagai cara hidup harian kami. Alhamdulillah kami kurang mendidik dengan tulisan atau mulut, tapi kami biar anak anak ini belajar melalui TAULADAN.

Begitulah rupanya bagaimana Nabi Sulaiman a.s. belajar dari Daud a.s., Ismail belajar dengan Ibrahim a.s. bahkan bagaimana sifat al-Amin yang Rasulullah SAW pelajari dari ibunya Aminah dan bimbingan akhlak yang baginda terima semasa hidup bersama Ibu Angkat baginda Halimah dan berniaga bersama bapa saudara baginda Abu Talib telah menjadikan baginda sangat berakhlak, prihatin dan bijaksana. Rupanya apa yang Allah nyatakan di dalam al-Qur’an tentang fungsi ibu bapa angkat vs ibu bapa kandung dalam proses pembentukan akhlak dan peradaban anak-anak BUKAN LAH `SAJA-SAJA’.  Semua itu adalah hidayah yang harus kita urut dan laksanakan KESEMUANYA untuk mendapat kualiti terbaik dari cetakkan itu.

Bila cerita ini kami beritahu kepada tetamu kami yang kebetulan melihat situasi ini, mereka juga menitiskan air mata dan sama-sama terpanggil dan ikut menyumbang seadanya dengan rasa gembira dalam sedu sedan tangisan. Kata salah seorang dari mereka “Saya dahulu sangat bakhil, tetapi anak-anak kecil ini rupanya yang memberi saya satu tamparan kesedaran bahawa harta saya tak bawa saya ke mana-mana. Mereka lebih pemurah dan lebih KAYA dari saya”.

Mendengar itu, kami tersenyum dan hati kami berkata… Syukur Alhamdulillah.

Harakah

WARGA PRIHATIN

Ada sedikit klip video ringkas yang merakam saat indah itu. Insyaallah akan kami paparkan sedikit masa nanti.  Sementara itu Anda mungkin berminat untuk mendapatkan maklumat tambahan yang terkait dengan artikel ini seperti berikut,

Sofiah Wali – Pengorbanan Melewati Batasan

Puisi Pilu Buat Allahyarham Khairi – Al-fatihah

Abid Anak Prihatin.

Kisah Kesusahan Hidup Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin jadi iktibar untuk anak-anak Prihatin

Amanah Ramadhan & Puasa Dr. Haji Masjuki, Pengasas RPWP

HAJI LUTFI LOKMAN – IKON USWATUN HASANAH ERA MODEN

YAZID MAJID – THE UNSUNG HERO : CERITA KETAATAN ISTERI & ANAK-ANAKNYA

 

HAJI LUTFI LOKMAN – IKON USWATUN HASANAH ERA MODEN

Salam Aidilfitri kepada semua pembaca. Semalam posting kami tentang konflik perkahwinan yang tidak disangka menjadi SANGAT viral walaupun ramai Likers fb kami sedang bercuti memperlihatkan komen-komen yang menunjukkan kesedaran bahawa kita sudah bingung dan jauh dari fitrah. Sempena Hari Eid al-fitri (Kembali Fitrah) ini, kami kenalkan kepada anda seorang ikon yang kami ulangceritakan kepada anak-anak kami agar mereka mengambil uswah dengan cerita itu.

Haji Lutfi Lokman atau dikenali oleh anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) sebagai Baba Lutfi ialah individu yang bertanggungjawab menjadi laluan kami sehingga dikenali oleh Perdana Menteri Malaysia. Bermula dari perkenalan beliau dengan salah seorang pengasas RPWP secara online pada tahun 2006 dahulu telah membawa beliau ke RPWP beberapa bulan lepas. Dari ketika itu, kami berkenalan dengan beliau dengan lebih rapat lagi. Dari hanya seorang pelawat, sehingga kini menjadi sebahagian dari kami di sini. Dalam cerita beliau ada banyak pelajaran yang mampu kami rungkai sebagai contoh-contoh baik seorang manusia Islam.

KAHWIN AWAL

Haji Lutfi Lokman merupakan seorang graduan dalam Pengajian Bahasa Arab & Syariah dari Umm Al-Qura University, Makkah. Beliau amat meminati fotografi dan itu beliau jadikan sebagai salah satu dari aktiviti beliau sepanjang berada di Kota Mekah. Beliau berada dalam pengajian dan seterusnya menyambung kerjaya beliau di Kota Mekah dan di Jeddah.

Lahir pada tahun 1983, beliau sangat determine dengan apa yang dimahukannya. Sebelum menjejakkan kaki ke Kota Suci Mekah untuk menyambung pengajian beliau, telah disemat di dalam hati mahukan seorang isteri dari kalangan yang fasih berbahasa Arab. Alhamdulillah, jodoh beliau telah tertulis dengan seorang anak gadis Melayu kelahiran Kota Mekah yang ibu bapanya berasal dari Negeri Kedah Darul Aman. Isteri beliau (Najwa Abdul Rahman) pada ketika itu baru berusia 18 tahun dan dipisahkan dengan jarak umur 5 tahun berbanding beliau sendiri.

Perhubungan antara Lutfi dengan isterinya Najwa sebelum perkahwinan sangat terkawal. Mereka tidak pernah sekali pun keluar bersama selain berutus surat melalui adik Najwa dan pertemuan yang dihadiri oleh ibu bapa Najwa sendiri. Kemurnian hubungan itu berterusan sehingga pada kebetulan waktu ibu dan bapa Lutfi mengerjakan ibadah haji dan disitu Lutfi membuka mulut menyatakan niat untuk mengahwini Najwa. Niat yang baik disambut baik dan dipermudahkan oleh kedua-dua belah pihak. Pekrara ini juga sudah jarang berlaku dalam keluarga moden kini yang lebih mengutamakan kemampuan harta berbanding kemampuan ilmu.

Malangnya, Lutfi yang mendapat penajaan dari Kerajaan Arab Saudi mengalami keputusan kewangan apabila 5 bulan tertangguh beliau tidak mendapat pendanaan yang biasanya dimasukkan secara bulanan sebanyak SDR840 (Sekitar RM700). Beliau terpaksa berpuasa dan mengikat perut untuk tempoh 5 bulan itu sambil melakukan aktiviti-aktiviti kerja sambil belajar bagi survival beliau di sana.

Selepas 5 bulan, biasiswa beliau masuk sekaligus dengan satu amaun yang besar tetapi cukup sekadarnya bagi melangsungkan sebuah perkahwinan yang ringkas di tanah suci Mekah bersama isteri beliau Najwa. Beliau meneruskan pengajian dengan segala keterbatasan dana yang hanya cukup untuk seorang sahaja.

Allah telah berikan Lutfi satu latihan yang semulajadi pada tempoh 5 bulan itu sehingga beliau mampu mencari sumber pendapatan lain selain dari bergantung hanya kepada biasiswa sahaja. Rezeki itu ternyata datang dari Allah, walaupun sibuk dengan pengajian beliau, Lutfi masih berkesempatan melakukan pelbagai perniagaan termasuk pernah satu masa membekalkan 1000 ekor kambing biri-biri untuk tujuan pembayaran “Dam” semasa musim haji juga umrah.

Rezeki yang tiba selepas kahwin ditambah lagi dengan kehadiran 3 orang cahayamata yang kesemuanya dilahirkan di Saudi. Ketiga-tiga cahayamata itu bernama Waseem, Naseem & Basmah. Rezeki semakin bertambah sehingga beliau meneruskan pengajian dalam bidang Syariah selepas menamatkan pengajian dalam Bahasa Arab di peringkat ijazah sarjana muda.

Beliau yang dikenali sangat ringan tulang dan ringan mulut itu mampu untuk menyara sebuah keluarga yang telah dikira besar bagi sebahagian keluarga di Malaysia ini. Pada beliau, keberkatan itu bukan bergantung kepada berapa banyak yang beliau dapati tetapi sedikit yang mencukupi. Berpuasa secara hakikat juga menjadi satu sarana keberkatan rezeki beliau sekeluarga. Tatkala beliau memperolehi laba besar dalam perniagaan kambing, beliau puasakan nafsu untuk menukar kereta kepada kereta baru yang lebih mahal dan juga menahan diri dari bermewah-mewahan.

BAPA & IBU YANG MEMBENTUK LUTFI LOKMAN

Beliau akui, apa yang telah terjadi kepada beliau sehingga menjadi seorang yang hafidz pada usia muda semasa di ‘Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu’ adalah pengaturan oleh ibunya sendiri. Ibunya seorang guru di Kuala Terengganu sementara bapanya pula bekerja sebagai seorang pelukis plan TNB di Dungun. Pengorbanan bapanya berulang alik antara Dungun dan Kuala Terengganu setiap hari menjadi satu inspirasi kepada beliau tentang pengorbanan seorang bapa demi untuk bersama dengan keluarga dan menjalankan fungsi seorang bapa secara konsisten. Bapa Lutfi merupakan seorang yang jarang marah tetapi sangat tegas dengan prinsipnya. Barangkali, itulah punca bagaimana Lutfi terbentuk akhlaknya. Seorang Hafidz Quran yang tidak mahu digelar Al-Hafidz dan seorang Haji yang rasa janggal digelar Haji menunjukkan sikap beliau yang ikhlas dan sangat takutkan kebaikan dan kelebihan itu membuatkan beliau menjadi takbur dan ujub. Hatta, artikel ini pun kami pujuk beliau dan atas dasar dakwah melalui uswatunhasanah, beliau bersetuju untuk kami

Ia agak selari dengan pendidikan di Prihatin sendiri yang mana pendidikan akhlak bukan satu pendidikan yang ada pedagogi khusus sebaliknya ia memerlukan satu pendekatan USWAH (Contoh tauladan). Lutfi bernasib baik kerana beliau lahir dalam keluarga yang terbentuk dengan akhlak yang baik lalu beliau sendiri mewarisi asas akhlak itu sebelum beliau naiktarafnya dengan kefahaman dalam teologi Islam.

PENDIRIAN ISLAM YANG TEGUH – ABAL-HAKAM (SUAMI) YANG DIHORMATI

Kami mudah mesra dengan isteri & anak-anak Lutfi yang ketiga-tiganya sangat mendengar kata. Isterinya pula sangat taat dan tidak banyak komplen. Pernah sekali beliau hadir ke Prihatin dan kami melayaninya dengan pelbagai isu perbualan sehingga melewati tengah malam tetapi isteri beliau, Najwa tetap menunjukkan muka riang dan ceria walaupun kami dapat lihat beliau agak kepenatan mendukung anak kecil sepanjang hari itu. Tidak sekalipun kami dengar beliau melontarkan isyarat untuk Lutfi cepat-cepat menghabiskan perbualan dan beransur pulang.

Kami mudah mesra dengan beliau kerana pendekatan pendidikan anak-anak kami di Prihatin agak selari dengan apa yang beliau praktiskan. Salah satunya ialah PRINSIP “Arrijal Qowwamun Alan Nisa” (Lelaki pemimpin Wanita). Memang agak tegas prinsip itu tetapi itulah yang beliau kongsikan antara faktor kebahagiaan rumahtangga ibu bapanya dan juga rumahtangga beliau sendiri. Kami di Prihatin juga mengakui keberkesanan pendekatan itu. Barulah seorang lelaki mampu menjadi `lelaki’ yang memimpin dan bukan hanya mendengar kata-kata isteri dan hanya berkata “Baik yang…ikut you lah yang…apa-apa lah yang… etc etc”.

ANTARA KERJAYA, KEPENTINGAN AGAMA & KELUARGA

Manusia moden berlumba lumba mengumpul dan sebahgiannya mencapai tahap `menyembah’ pangkat dan harta, hingga sanggup menggadaikan maruah, mengabaikan keluarga, khasnya apabila anak-anak terbiar kerana sang isteri turut berlumba-lumpa mencari nafkah siang dan malam. Lutfi memutuskan untuk mengutamakan keluarga, tidak mengizinkan isteri beliau keluar bekerja. ALHAMDULILLAH, Itu juga selari dengan PRINSIP dan praktis RPWP.

Sejak awal saat beliau menikmati rezeki hasil pencarian sendiri yang sedikit jumlahnya, beliau sentiasa ingat bahawa ada HAK ALLAH dari setiap perolehan itu, lalu beliau meng’infak’kannya melalui sedekah kepada pihak-pihak yang memerlukan setiap kali rezeki diperolehi. Alhamdulillah, keberkatan sangat jelas dirasakan dan rezeki beliau sentiasa kecukupan.

Satu ketika pula, beliau pernah dilimpahi dengan rezeki yang banyak dan telah terlalai dari menginfakkan perolehan rezeki. Akibatnya beliau telah merasa tidak tenteram dan jauh dari redo Allah. Rezeki dirasakan sempit dan kurang berkat walaupun banyak jumlahnya. Dengan segera beliau KEMBALI kepada fitrah INFAK yang telah sekian lama beliau amalkan dulu. Kini Alhamdulillah, beliau telah mendapat semula keberkatan yang pernah beliau kecapi dulu. Ini juga satu PRINSIP yang sangat selari dengan praktis RPWP.

Tidak ramai antara kita yang telah mendapat pendapatan sebesar SDR6800 di luar Negara mampu meninggalkan kesemuanya sekali kerana seorang bapa yang jatuh sakit. Lutfi telah bekerjaya dengan baik di sebuah syarikat berpejabat di Jeddah. Apabila bapanya diserang penyakit jantung dan terpaksa menjalani pembedahan menggantikan injap jantungnya dengan kos perubatan yang sangat tinggi. Beliau tidak mahu ketinggalan dalam menjaga bapanya.

Tanpa berfikir panjang, Lutfi berkemas dan bersiap untuk pulang ke tanahair selama-lamannya. Tidak sanggup beliau bermewah di luar Negara sementara bapanya yang uzur sangat perlukan sokongan anak-anak, terpaksa di papah oleh isteri (ibu Lutfi) saban hari.

Walaubagaimanapun, kekangan kewangan menunda pembedahan kepada bapanya. Tanpa berfikir panjang, beliau menggunakan foto-foto koleksi beliau sepanjang berada di Kota Mekah untuk dijadikan sebuah buku dan dijual pada harga RM130 sebuah. Ia merupakan buku yang sangat luarbiasa, foto-fotonya sangat cantik dan terlalu bersifat journalistik sehinggakan melihatnya sahaja membuat kita rasa seperti berada di sana. Benarlah kata pepatah, penceritaan dari gambar (ayat kasar) sangat mendalam dan mampu menyentuh jiwa, khususnya bagi mereka yang tidak ada masa untuk membaca huruf (ayat halus). Jadi, untuk hadiah kepada warga emas, atau mereka yang sibuk adalah sangat sesuai sekali.

Bagi yang mahu mendapatkan buku “A Glimpse of Makkah” yang beliau tulis dan foto juga dari beliau sendiri boleh dapatkan HANYA secara online di https://www.facebook.com/AGlimpseOfMakkah

Tak rugi anda membeli kerana beliau adalah orang yang menginfakkan pendapatan dari jualan itu untuk tujuan yang baik. Sedar tak sedar, pembeli juga telah menyumbang dalam usaha menyelamatkan nyawa bapa Lutfi sendiri.

Rezeki beliau agak baik apabila ditawarkan bekerja mengajar Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Tetapi beliau berhenti kerja apabila ditawarkan untuk bekerja sebagai seorang pegawai penyelidik seorang pemimpin tertinggi Negara.

Segala jualan buku itu telahpun beliau gunakan untuk menampung kos pembedahan bapanya yang akhirnya berjaya dijalankan. Selepas dari pembedahan dilakukan, kini beliau menginfak jualan buku-buku itu kepada kami di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Kami faham dan kami jelas keadaan beliau selepas beliau meletakkan jawatan di sebuah tempat kerja yang paling dikehendaki oleh orang Malaysia. Beliau tidak lagi berpendapatan tinggi tetapi hasil jualan buku itu dengan hidup TANPA HUTANG membuatkan beliau bahagia dengan hidup yang beliau lalui.

Beliau tinggalkan kerjaya menarik di Jeddah, beliau tinggalkan kerjaya yang ringan tetapi bergaji tinggi di USZA dan selepas itu beliau tinggalkan juga kerja hebat bersama pemimpin tertinggi Negara yang biasanya dijaminkan pelbagai kemewahan dan peluang besar dalam pembangunan kerjaya dan semua itu beliau lakukan untuk mencari keberkatan rezeki. Beliau menjual buku-buku yang beliau terbitkan sendiri, walaupun tidak mewah tetapi beliau merasakan kegembiraan itu terbit dari hati dan itulah yang membawa keberkatan rezeki beliau. Walaupun sedikit tetapi mencukupi.

Kami sangat menyenangi beliau kerana antara Lutfi dengan kami, masing-masing memikirkan bahawa ILMU ialah rezeki terbesar kami dan bukannya wang ringgit yang habis bila dibelanjakan.

KESIMPULAN

• Berapa ramaikah antara kita yang semakin rosak dalam arus kemodenan?
• Berapa ramaikah antara kita dipimpin oleh isteri kita sendiri?
• Berapa ramaikan yang sanggup menolak kemewahan untuk seorang bapa yang sakit?
• Berapa ramai yang sanggup meminta isteri berkelayakan tidak bekerja untuk kepentingan anak-anak?
• Berapa ramai yang sanggup mengeluarkan infak bulanan, dalam keadaan mewah maupun sempit?
• Berapa ramai yang sanggup bernikah secara ala kadar sahaja?
• Berapa ramaikah yang sanggup mengakhirkan zaman bujang tanpa sebarang pertemuan (dating) dengan bakal isterinya?

Tatkala manusia berpusu-pusu melangkah ke hadapan, Haji Lutfi Lokman mengundur ke belakang terus kepada perlaksanaan cara Quran & Sunnah yang telah turun kepada kita lebih 1400 tahun dahulu. Itulah carahidup Islam yang MAJU. Jika perlu berundur untuk jadi MAJU dalam Islam, kami juga rela berundur dari kemodenan dan mencari paksi lama yang telah dilupakan atau telah digelar KOLOT bagi manusia moden.

Cerita ini akan terus kami ceritakan kepada anak-anak kami sebagai tauladan yang baik.

Diriwayatkan oleh
WARGA PRIHATIN