Category Archives: ABOUT PRIHATIN

Latest development and activities of ‘Warga Prihatin’.

image_pdf

RAHSIA DOA 1 – ANTARA FAKTA SAINTIFIK DAN METAFIZIK

00 din.jpg 2.jpeg2.jpeg2

RAHSIA DOA – ANTARA FAKTA SAINTIFIK DAN METAFIZIK

Setiap Isnin Khamis Anak-anak kami berpuasa. Semasa sahur mereka diajar berdoa. Setiap malam jumaat pula mereka mengadakan majlis tahlil, bacaan Yasin dan doa selamat. Ramai juga yang tahu akan rutin itu lalu datang menitipkan berbagai hajat dan doa.

Ada yang memohon doa kerana isteri lari, 3 hari selepas itu datang dengan senyum lebar bersama isteri yang lari. Ada yang mengadu anak lari, beberapa hari anak sudah berada bersama kami. Ada beberapa pihak yang berhajat untuk mendapatkan zuriat, sebulan dua lepas itu telah disahkan hamil. Ada yang bersedekah dengan hajat memohon dimajukan perniagaan, kemudian datang dengan senyum lebar yang anda sendiri tahu mengapa dan bermacam-macam lagi. Semuanya dengan izin Allah yang Maha Berkuasa Alhamdulillah.

Dalam kes kesakitan En Din ini juga menampakkan satu yang semacam mistik. Hari Jumaat anak kami ziarah beliau yang terlantar. Pagi sabtu kami upload berita di Facebook. Beberapa minit selepas itu ibu Siti Baya menghubungi kami (7 pagi). Pagi itu juga beliau dan suaminya En.Fuad ziarah En.Din bersama seorang tukang urut. Sebaik saja usai urutan, En.Din merasa lega dan boleh bangun. Usai urutan ke 2 pada hari Ahad En.Din sudah hadir ke RPWP berkerusi roda. Semalam (Isnin) syukur Alhamdulillah beliau sudah berjalan sendiri ke RPWP selepas urutan ke 3.

Kami ingin menarik perhatian pembaca dari beberapa kes study ini untuk kita sama-sama memperbaiki kefahaman dan amalan kita tentang doa.

DALIL NAQLI TENTANG DOA

Antara fakta tentang doa yang harus kita perhatikan antaranya adalah firman Allah bermaksud,

• Allah PERINTAH hambanya berdoa,
• Allah maha mendengar dan memakbulkan doa
• Allah tidak akan ubah nasib kaum melainkan kaum itu sendiri BERUSAHA mengubahnya
• Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat
• HANYA kepada Allah sahaja meminta tolong dan bentuk pertolongan dari Allah adalah HIDAYAH sahaja (Fatihah).

Antara maklumat dari hadis Rasulullah s.a.w. pula ialah,

• Doa itu otak ibadah
• Selawat dan Solat itu doa
• Kekuatan mukmin ialah pada doa

DEFINISI DOA

DOA bermakna SERU. Kita menyeru dalam ertikata meminta tolong untuk kepentingan diri kita atau bagi pihak lain. Oleh itu DOA (seru) terkait rapat dengan DAKWAH (SERUAN). Penyerunya dipanggil Da’ie (pendakwah). Bacaan-bacaan dalam solat adalah sarat dengan unsur doa. Ia adalah seruan dan tarbiyah besar dalam kehidupan kita.

Dalam Surah Fatihah yang juga dipanggil IBU DOA, Allah perintahkan kita agar benar-benar menjadikan Allah itu RAJA (MALIK) di hari Dien (Agama). Allah juga perintah agar kita HANYA mengabdi kepada Allah dan meminta tolong hanya daripadaNya. Secara tidak langsung Allah jelaskan bahawa pertolongan yang Allah sediakan adalah berbentuk HIDAYAH sahaja. Apabila kita amalkan hidayah itu secara istiqomah (SIROOT AL-MUSTAQIIM), kita akan mendapat nikmatnya. Jika tidak kita akan dimurkai dan akan sesat, hidup tanpa petunjuk.

KUASA ALLAH YANG GHAIB DAN METAFIZIK DOA

Sebaik saja kita faham dan hayati Fatihah, maka surah berikutnya, Baqarah Allah perkenalkan kita isi Kitab, Allah seru kita agar jangan ragu dan yakinlah pada Yang Ghaib. Jika Hamba bertanya tentang hal ghaib, Allah maklumkan bahawa Unsur Ghaib itu adalah RAHSIA Allah. Kita wajib mempercayai kewujudannya.

Antara contoh wujudnya unsur mistik atau metafizik ialah bagaimana permainan puja roh. Dahulu pernah masyhur permainan puja Roh yang dimainkan oleh jari dari dua orang menggunakan duit syiling dengan keyboard kertas. Jika anda masih ingat lafaznya “Spirit oh spirit of XXXX if you here me please come to the YES”. Semua soalan dijawab setelah roh masuk kedalam diri pemain.

Anda mungkin pernah lihat di YouTube bagaimana Kubah masjid di Indonesia dipindahkan melalui apungan di udara tanpa kren hanya dengan zikir orang ramai sahaja. Anda juga mungkin biasa dengar pokok besar yang dipuja pernganut Hindu menjadi kebal tidak boleh ditebang atau ditolak bulldozer. Itu tidak termasuk pendedahan unsur magik dan mistik yang berbagai-bagai dari yang pakar dalam bidang ini. Bahkan Zam-zam juga membawa unsur magik.

Dalam hal kemujaraban sesetengah doa anak-anak kami juga kami tidak nampak di mana sentuhan langsung dari tangan kami melainkan berkongsi sedikit HIDAYAH, namun Alhamdulillah ternyata diizin Allah ia makbul. Kami hanya ingin menegaskan bahawa unsur mistik dan metafizik ini WUJUD sahaja, tidak untuk mengulas hak dan batilnya unsur ini sekarang.

Dalam sudut KUASA GHAIB Allah ini, pendirian kami mudah, jika busut dan pokok yang disembah Hindu setempat pun boleh wujud aura ghaibnya, inikan pula ALLAH yang dipuja hambanya serata ALAM ini. Pastinya kuasa ghaib Allah jauh LEBIH HEBAT dari mana-mana kuasa ghaib lain.

HIMPUNAN AMAL BAIK MENJADI PENGUAT DOA:
BAGAIMANA BASMALAH MENGHASILKAN RAHMAT?

Ramai orang suka bertawassul dengan orang alim bagi mendapatkan doa yang makbul. Kononnya orang alim banyak amal dan dekat dengan Allah. Jadi doa mereka tentu akan lebih didengar Allah. Kami ingin kaitkan ulasan saintifik, sudut psikologi dan sosiologi dalam hal ini.

Dalam Sains Bismillah telah diterangkan – apabila kita telah melakukan cukup amalan atas NAMA Allah, pasti kita akan dapat banyak rahmat berupa hidayah dari Allah. Pengembangan Petunjuk dan hidayah yang muncul sepanjang perlaksanaan amal yang berteraskan Basmalah itulah yang dipanggil RAHMAT. Kita akan lebih arif setelah melaksana. “You read You Know, You do, You remember”, “Talking is one thing, Doing is another”.

Sila buka Surah 55 Ar-RAHMAN (1-3) yang menjelaskan hakikat Bismillah ini. Allah mengajar kita nikmat kefahaman Al-quran (ALLAMAL QURAN), sehingga mampu membentuk peradaban MANUSIA (KHOLAQOL INSAN) dari sifat kehaiwanan yang tanpa pedoman asalnya. Akhirnya kita dapat skill, mampu melaksana / membuktikan / membainatkan keberkesanan quran itu sendiri (ALLAMAHU AL-BAYAN). Jika kita berbicara selepas melaksana, pasti BICARA kita selepas itu sangat berbeza. Itulah hakikat RAHMAT/RAHMAN.

BAGAIMANA BASMALLAH MENGHASILKAN KASIH SAYANG ARRAHIM?

JIKA kita melaksana tepat dengan maksud dan caranya (LILLAH & BILLAH), pasti baik hasilnya. Tidak ada manusia biar sejahil dan sejahat manapun ia, yang tidak sukakan kebaikan dan menghargai orang yang berbuat baik. Apatah lagi kasihnya Allah yang melihat hambaNya yang melaksana perintah itu. Itulah hakikat kasih sayang (Ar-Rahiim) dari kerjabuat yang berdasarkan BASMALAH.

Dalam kes En.Din contohnya, Apabila berita dikeluarkan tentang penderitaan insan yang banyak amal murninya seperti En.Din, maka ramai yang nampaknya bersimpati dan turut mendoakan kesejahteraan beliau. Rakan-rakan yang mendoakan majoritinya tidak mengenali beliau pun. Yang mendorong mereka menolong ialah kerja amal En.Din yang telah dibuat atas nama dan perintah Allah lalu kami ceritakan.

Sekarang mari lihat sains sosial dari perlaksanaan Basmallah En Din yang telah menghasilkan Ar-Rahiim (kasih sayang). Hasil Doa En Din yang disampaikan maklumatnya oleh Da’ie (Admin) telah membuat Pembaca merasa kasih kepada beliau. Ini menjentik hati untuk saling menolong mencarikan hidayah bagaimana untuk membantu En Din.

Inilah hakikat AR-RAHIIM, kasih sayang hasil dari perlaksanaan amal EN DIN yang 100% berdasarkan Basmalah sebelum ini. Lengkaplah perlaksanaan rangkap BISMILLAH ARRAHMAN ARROHIIM.

BAGAIMANA MENGUBAH NASIB HASIL DOA?

Allah tidak akan ubah nasib kita jika kita tidak berusaha. Hasil doa En Din telah memberikan terlalu banyak petunjuk buat mengatasi masalah beliau. Jika En Din terus mengerang dan berdoa atas sejadah sahaja, tanpa sebarang usaha sesiapa untuk segera bangkit dan membawa tukang urut yang terbaik, mungkin hari ini En Din sudah lumpuh. Secara psikologi En Din amat terharu melihat curahan doa itu lalu sertamerta bertambah semangat dalam dirinya untuk melawan sakit, itu juga sejenis usaha (fighting spirit).

Sebahagian Individu yang menitipkan doa melalui kami juga begitu. Kami kongsikan beberapa pedoman bagaimana boleh membuat isteri atau anak mereka kembali. Kami kongsikan hasil kajian bagaimana boleh segera mendapat zuriat. Kami juga seru mereka yang berniaga tips untuk berjaya. Bagaimana membetulkan akhlak anak yang derhaka dan sebagainya bersama doa kami.

Setiap pagi kami istiqomah mendoakan anak-anak kami melalui konsep seruan / dakwah semasa program ikrar mereka. Semua bahan seruan itu terpahat di otak mereka dan menjadi zikir harian untuk mereka mengikuti seruan itu. Alhamdulillah ia nampak berkesan hasilnya. Inilah hakikat DOA ITU OTAK IBADAH. Inilah hakikat DOA > HIDAYAH > USAHA > HASIL.

InsyaAllah akan kami sambung lagi Falsafah di sebalik DOA nanti.

Kocak Minda
WARGA PRIHATIN

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA INSAN PRIHATIN

00 din.jpg 2JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA INSAN PRIHATIN

Suasana pilu dan hiba menyelubungi RPWP malam ini apabila En.Din tiba-tiba muncul. Alhamdulillah beliau yang baru selesai menerima urutan ke2 hari ini telah mampu berdiri dan berjalan perlahan-lahan.

Setinggi kesyukuran kehaderat Allah AWJ. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada saudara Prihatin kita, Ibu Siti Baya dan suaminya Abang Fuad. Beliau yang menghubungi admin beberapa minit selepas berita kesakitan En.Din kami paparkan di FB telah meminta alamat dan nombor kontak En.Din. Sebelum tengahari beliau hadir bersama seorang tukang urut ke rumah En.Din di Senawang.

MasyaAllah, rupanya malam itu En.Din telah mengalami kesakitan maksima tahap tiga. Daripada rasa kebas, berubah menjadi sejuk dan malam itu seluruh kaki beliau bertukar rasa menjadi sangat panas berapi pula. Itu tanda yang beliau berada pada tahap paling kritikal menurut kata tukang urut yang mendapat ilmu mengurut di Indonesia itu. Tanpa pertolongan segera beliau mungkin berhadapan dengan Parkinson atau lumpuh katanya.

Selepas menjalani urutan ke2 petang tadi, beliau mengambil peluang datang ke Prihatin untuk melepas rindu kepada anak-anak dan keluarga besar semuanya. Hanya beberapa hari tidak dapat datang sudah tidak dapat membendung kerinduan katanya.

Beliau yang berkerusi roda sempat menjenguk bapa-bapa yang sedang berdipan-dipan berkongsi hasil kerja seharian sebelum bersurai. Suasana segera menjadi sangat memilukan apabila En.Din dengan deraian air matanya menceritakan kronologi kesakitan dirinya sehingga berita tentangnya dikeluarkan di FB. Kesakitan luar biasa itu ditambah dengan keadaan isteri beliau Cikgu Zuriaty yang juga sakit Asma dan Darah Tinggi. Melihat keadaan suaminya, kak Ti menjadi tertekan dan terpaksa mencari rawatan sendiri.

Apa yang lebih membuatkan beliau sangat terharu ialah doa-doa yang tidak putus-putus dari rakan Facebook yang kebanyakkannya belum pun pernah dikenali selama ini. Terlalu hebat dan amat menyentuh hati rupanya kasih sayang dari persaudaraan ini. Selama ini kita hanya mendoakan keselamatan orang lain yang sedang kesusahan, tanpa merasai perasaan mereka yang kita doakan. Hari ini baru dapat merasakan sendiri bagaimana perasaan kita apabila mendapat limpahan doa tulus dari orang lain.

Menurut beliau, doa yang diterima telah dirasakan seperti satu suntikan energi dan semangat yang luarbiasa kedalam dirinya untuk melawan sakit. Kehadiran rakan taulan dan panggilan dari saudara mara jauh dan dekat turut mengharukan dan menyuntik semangat katanya. Beliau juga turut menyatakan rasa terhutang budi kepada semua staf stesen Petronas beliau (termasuk yang sudah berhenti) khasnya kepada Syed Khairul Amri yang telah mengambil alih pengurusan stesen sepenuhnya ketika beliau sakit.

Sebagaimana biasa anak-anak tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan berpelukan. Lebih memilukan kami apabila melihat sikecil seperti anakanda Seri yang belum mengerti bagaimana sakitnya slipdisk itu terus saja melompat naik ke riba seperti biasa. Dengan senyuman yang berkerut menahan sakit, Baba Din gagahkan juga mendukung anak yang dirinduinya itu.

Demikianlah kasih seorang mujahid terhadap anak-anak angkat yang ditaja jiwa dan raganya itu. Semuga apa yang sedang kita saksikan ini boleh menjadi suatu yang amat menarik untuk kita tunjukkan kepada anak-anak kita tentang ERTI KEPRIHATINAN & PERSAUDARAAN sesama insan.

Syukur kepadaMu ya Allah kerana telah memberikan kami saudara yang begitu ramai dan amat Prihatin sekali jiwanya terhadap kami. Ia amat membahagiakan kami. Ambillah apa saja dari kami, tetapi jangan dihilangkan murni persaudaraan berteraskan agamamu yang amat bererti ini.

Alhamdulillahi Robbil Alamiin.
WARGA PRIHATIN

Disklaimer

00 disklaimerDISKLAIMER:

Assalamualaikum semua Pembaca Setia.

Kami ingin membuat pengumuman rasmi bahawa apa sahaja yang dipaparkan di Wall status Saiful Nang tidak semestinya bersamaan dengan polisi kami walaupun beliau sebahagian dari pendokong rumah ini. Banyak juga posting beliau yang pedas dan agak keterlaluan seolah-olah menggambarkan polisi KAMI sedangkan kami sendiri kadang kala tidak menyetujui.

Kita cuba bersikap terbuka dan mengambil apa yang baik saja, kerana apa yang baik itu HANYA DARI HIDAYAH ALLAH. Yang tidak baik tentunya dari kelemahan kita sendiri. Sekalipun ada yang kami sendiri kongsikan samada dari Wall Saiful Nang atau dari cetusan kami sendiri tetap kami sedari ia bukan satu yang seharusnya menjadi ketetapan. Ia hanya berupa cetusan untuk kita sama-sama meriahkan minda dengan bahan zikir dan fikir.

Oleh itu kami harapkan pembaca semua menanam minat untuk sama-sama mempelajarinya dan kita satukan semua yang terbaik untuk pedoman anak cucu kita yang sedang dilanda berbagai pancaroba.

Sebagai insan biasa, kami juga tidak terlepas dari membuat kesilapan samada dalam cetusan artikel maupun dalam menjawab komen. Oleh itu kami telah lama korbankan PRIDE diri kami untuk memohon maaf atas sebarang kesilapan. Teguran anda secara berhemah sangat-sangat kami alu-alukan (bab ini kami setuju dengan status Diktator ini).

Untuk status DIKTATOR ini sekali lagi kami pohon agar anda sedar dan memahami. Mohon tidak mengaitkan polisi institusi jemaah KAMI di RPWP ini dengan pendirian dan pendapat peribadi. APAPUN ketepikan sahaja sebarang unsur negetif kerana masih banyak cetusan yang baik dan positif dari posting Saiful Nang itu sendiri.

HARAP MAAF.
Warga Prihatin

EN DIN – UNSUNG HERO YANG TERLANTAR

00 EN DIN TERLANTARKumpulan pertama anak-anak RPWP bergegas ke Senawang menziarahi Bapa Angkat mereka yang terbaring kesakitan sebaik saja menerima berita sedih itu. Suasana pilu menyelubungi bungalo mujahid yang amat disayangi ini sebaik saja anak-anak tiba. Beliau ini telah berkorban harta dan diri bertahun-tahun lamanya namun kini terlantar akibat kesakitan. Perkarangan rumah dipenuhi rumput dan lalang, pokok-pokok bunga layu dan seakan-akan terbiar.

EN. KHAIRUDDIN MD. NOR

Sebelum RPWP ditubuh dan dibangun secara berdikit-dikit melalui kerja gotong-royong pada tahun 2005 dahulu, beberapa co-founders telah berhabis-habisan dalam segala segi. Mereka berhabis harta dan berkorban diri, melabur masa dan tenaga untuk pembinaan RPWP.

Mesra dipanggil Baba Din atau Cik Din, adalah seorang dari mereka. Beliau adalah pengusaha stesen minyak Petronas di atas bukit Lavenda Height, Senawang, Seremban. Keuntungan perniagaan beliau disalurkan untuk memenuhi kekurangan apa saja yang dihadapi oleh RPWP, samada untuk membeli tanah, bahan binaan atau mencukupkan perbelanjaan bulanan bilamana saja ada keperluan.

Isteri beliau Cikgu Zuriaty (Mama Ti) pula mengalami penyakit LELAH dan darah tinggi yang agak serius. Namun begitu  beliau dan anak-anak beliau kesemuanya turut mewakafkan diri secara sepenuh masa sebagai tenaga pengajar anak-anak dengan sukarela sejak awalnya. Setiap malam mereka datang untuk melakukan tugasan masing-masing. Setiap hujung minggu atau cuti umum, hanya di RPWP lah tempat mereka menghabiskan tenaga.

Cik Din - Sedang bekerja di belakang gambar Yazid
Cik Din – Sedang bekerja di belakang gambar Yazid

Cik Din yang memang telah mengidap sakit tulang sejak 2005 belakang telah beberapa kali terlantar di wad hospital akibat kesakitan itu. Tahun lalu beliau terlantar dan telah menjalani satu pembedahan di HUSM Kubang Krian setelah dirujuk oleh Hospital Seremban.

Sepanjang 8 tahun bersama, beliau turut melakukan kerja berat sebagai buruh kasar walaupun tidak diminta kerana tidak sampai hati melihat rakan lain bekerja. Sepertimana co-founders yang lain, beliau tidak mengira kedudukan sebagai usahawan, berlumpur, berpanas melakukan kerja berat secara sukarela demi menjayakan projek membangun anak bangsa. Sewaktu pembelian kren baru-baru ini, beliau adalah antara penyumbang utama yang mencukupkan pembayarannya.

TETAPI sejak bulan lepas beliau sukar bergerak dan sering keluar masuk wad. Kes beliau dirujuk ke HUKM namun tiada kesan positif. Sebelum Aidil-Adha lalu beliau menjalani rawatan tradisional di Kelantan namun masih tiada perubahan.Sewaktu malam raya beliau solat atas kerusi kerana tidak mampu duduk bersila lagi (lihat gambar)

00 4PAGI TADI beliau diberitakan tidak mampu bangun kerana terlalu sakit sehingga mengalir air mata. Kaki menjadi kebas dan hanya terbaring kerana masalah slip disk yang sangat kritikal. Kini beliau sudah hampir hilang upaya dan terlantar di rumah tidak mampu bangun. Makan minum dan urusan kada’ hajat juga atas kerusi.

Menurut doktor, hanya kurang 20% lagi untuk saraf tunjangnya terhimpit penuh dan melumpuhkan beliau secara kekal. Pada masa yang sama, khidmat bakti beliau masih ditagih anak-anak Prihatin. Perniagaan Stesyen Petronas beliau juga sangat diperlukan untuk menampung kos bulanan dan pembangunan RPWP.

JIKA ADA DIANTARA ANDA SENDIRI ATAU KENALAN ANDA SEORANG DOKTOR YANG MAMPU UNTUK MEMPERCEPATKAN RAWATAN BELIAU ATAU MUNGKIN ANDA BOLEH TAG ATAU SHARE KEPADA MEREKA, MUNGKIN BABA DIN BOLEH DISELAMATKAN.

Allahyarham Khairi baru saja pergi menghadap Ilahi meninggalkan kami. Ramai tenaga kerja ko-founder yang lain sudah menghidap berbagai penyakit yang serius disana sini. Kami rasa tidak sanggup kehilangan mereka buat masa ini, kerana terlalu banyak kerja dan tugas yang perlu kami laksanakan sendiri untuk membela nasib anak-anak asnaf, anak yatim dan membangun watan pertiwi…

00 1Gambar gambar ini diambil oleh kumpulan pertama anak-anak yang datang menziarahi Baba Din mereka. Masing-masing menyaksikan sendiri bagaimana setiap malam dan hujung minggu Baba Din dan Mama Ti datang berbakti di RPWP sahingga mengabaikan rumah sendiri. Kawasan bungalo beliau dipenuhi rumput dan lalang. Lalu mereka ambil inisiatif membersihkan kawasan sebelum pulang.

Alhamdulillah kami bersyukur atas sikap keprihatinan yang mereka warisi.

00 200 5Pemakluman dari
WARGA PRIHATIN.

Acara Korban 2013

00 lapah lembu
Alhamdulillah. Lembu yang terikat telah rebah. Pisau menyembelih leher dipertajam dengan Bismillah. Darah sudah ke tanah, daging sedang dilapah. Insyaallah sebentar lagi daging ini dapat sama sama kita cicah.

Ada yang sudah bersama mesra. Ada yang baru teringin datang, sedang berkira kira. Ada yang sedang berada di lebuhraya. InsyaAllah kita semua diizinkan Allah untuk bersua mesra dalam suasana keluarga seagama. Kita bersatu dengan ilmu.

Surah 9. At Taubah 11. Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka itu adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.

Setinggi kesyukuran dan terima kasih atas sumbangan lembu dari Abidah Kamaruzaman … Jauh dari Batu Pahat sana. Ya Allah sesungguhnya dikau sedang memerhatikan cinta hamba mu melalui ibadah ini.

Allahuakbar 3x. Walillahilhamd.

This Picture tells thousands of words.

WARGA PRIHATIN

Klip Video Takbir Malam Eidul-Adha

Klip Video takbir malam EidulAdha oleh ayahanda pengetua.

Sepanjang hari kelmarin anak-anak dan ibu bapa RPWP bergotong-royong sama-sama membuat persiapan. Lepas solat maghrib berjemaah, bertakbir dan bertahmid beramai-ramai di halaman rumah. PA SYSTEM diurus sepenuhnya oleh team anak-anak. Lampu LED menyinar dengan tulisan ‘PRIHATIN’ dah nampak macam restoran tomyam lagaknya. Ikut sajalah asal anak-anak bahagia.

Usai solat isyak, anak-anak menyambung takbir yang ditutup dengan takbir raya dan sedikit tausiah EidulAdha oleh ayah pengetua. Lepas tu ibu-ibu dan anak-anak nisa duduk berdipan-dipan. Begitu juga anak-anak rijal dan bapa-bapa, turut duduk berdipan-dipan meneruskan wirid mengulas tausiah EidulAdha. Ada yang faham 100%, tidak kurang ada yang hanya faham 25% bergantung kepada tahap umur dan kefahaman asas tentang haji dan kurban. Terlalu menarik, soalan anak-anak malam tadi, insyaallah akan kami kongsikan dalam satu artikel nanti

Pagi Eidul-Adha 2013

00 solat raya haji

Mengisi ruang pagi EidulAdha ingin kami kongsikan perkembangan acara di RPWP. Untuk rakan-rakan tersayang yang merasa kesunyian, khasnya Saiful Nang di Mekah, Nik Shahrifulnizam di Australia, Ain Kadel yang menziarahi kakaknya diluar negara, Abu Zafeerah yang sedang melayani keluarga.. Iza Namida yang sedang menuggu saat kelahiran bayinya.. atau siapa saja di mana-mana. Sesungguhnya ketiadaan kalian di sisi amat dirindui dan diingati.

Sepanjang hari kelmarin anak-anak dan ibu bapa RPWP bergotong-royong sama-sama membuat persiapan. Lepas solat maghrib berjemaah, takbir dan tahmid berkumandang beramai-ramai di halaman rumah. PA SYSTEM diurus sepenuhnya oleh team anak-anak. Ada masa nanti kami update klip videonya. Lampu LED menyinar dengan tulisan ‘PRIHATIN’ dah nampak macam restoran tomyam lagaknya. Ikutlah asal anak-anak bahagia.

Lepas solah isyak, anak-anak menyambung takbir yang ditutup dengan takbir raya dan sedikit tausiah EidulAdha oleh ayah pengetua. Lepas tu anak-anak dan bapa-bapa berdipan-dipan meneruskan wirid mengulas tausiah EidulAdha. Ada yang faham 100%, tidak kurang ada yang hanya faham 25% bergantung kepada tahap umur dan kefahaman asas tentang haji dan kurban. Terlalu menarik, soalan anak-anak, insyaallah akan kami kongsikan dalam satu artikel nanti.

Gambar hiasan adalah rakaman kenangan di pintu utama masjid, usai solat sunat EidulAdha. Kemudian sama-sama bersarapan sebelum menyambung acara dengan penyembelihan lembu kurban (sedang berlansung sekarang).

Anda yang pulang ke kampung kami doakan selamat pergi dan pulang. Mulakan perjalanan dengan doa yang tenang. Isikan perjalanan dengan muzakarah ilmu bersama keluarga. Semuga kalian dapat membahagiaan orang tua yang diziarahi. Banyakkan perkongsian ilmu untuk membina syurga di rumah masing masing.

Yang kesepian di mana-mana, jangan terlalu melayan perasaan. Jenguk-jenguk page kami. Isikan masa terluang bertemanlah dengan ilmu, agar terasa dekat dengan Allah. Kerana perhubungan kita dengan allah ialah melalui hidayahnya, melalui ilmu yang menerangi hati.

Salam EidulAdha dari
WARGA PRIHATIN.

Tahniah Nik Haraz – Terima anugerah Sahsiah 2 tahun berturut turut

 

NIK HARRAZ TERIMA ANUGERAH SAHSIAH 2 TAHUN BERTURUT TURUT.

Enam belas (16) tahun dahulu, tanggal 20 Januari 1997 merupakan satu tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh pasangan Nik Mat b Nik Kob dan Sharifah bt Yaakub. Telah lahirnya putera mereka yang diberi nama Nik Mohd Harraz pada hari itu. Doa yang tidak putus-putus mengiringi perjalanan hidup anakanda tercinta.

Anak asnaf ini telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Atas desakan hidup yang terpaksa bergantung kepada ihsan Baitulmal, maka dengan izin Allah beliau menginjakkan kaki ke teratak Rumah Pengasih Warga Prihatin untuk menyambung pembelajaran bagi sekolah menengah. Tiga Visi yang digenggam kemas untuk memastikan ianya dapat direalisasikan. Membina sahsiah diri, berjaya dalam akademik dan ‘menguruskan’ badannya. Tanpa menoleh ke belakang, terus memacu dan mengorak langkah hari demi hari.

Pernah menjadi salah seorang pelajar di SMK Tinggi Kajang buat beberapa ketika. Kemudian bertukar sekolah ke SMK Presint 14 (1). Mula mengukir nama sejak Tingkatan Satu lagi. Hari demi hari dilalui dengan kesungguhan dan daya usaha yang gigih untuk menggapai visi. Menjadikan guru ibarat ibu dan ayah. Taat dan patuh kepada ajaran dan suruhan. Sedia menghulurkan tangan apabila bantuan diperlukan.

Pada tahun 2012 (Tahun Lepas)… Nik Mohd Harraz mendapat “ANUGERAH KECEMERLANGAN DALAM ASPEK SAHSIAH YANG TERPUJI”. Itu hasil kesungguhan dan kerjabuat yang efisien dan konsisten. Walaupun sudah mendapat anugerah yang diimpikan, perjalanan melengkapkan visi diteruskan.

Hasil usaha yang tidak pernah berhenti, kelmarin – tanggal 11 Oktober 2013, lagi sekali beliau mendapat “ANUGERAH PUTERA BUDIMAN”. Anugerah yang dikecapi adalah berdasarkan penilaian guru-guru yang terkait dengan espek sahsiah, akhlak, sikap bertanggungjawab dan mempunyai keperibadian yang luhur.

Perkongsian seperti yang dinyatakan oleh para guru:

1. Susah untuk menolak bantuan yang diminta oleh guru.
2. Murah dengan senyuman.
3. Menjaga silah dengan semua guru.
4. Mempunyai sikap berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.
5. Dikenali oleh semua guru-guru walaupun tidak mengajar Harraz.
6. Bukan seorang yang sombong dan sentiasa bersikap tawadduk.
7. Menjaga kebajikan sahabat-sahabat dari RPWP.
8. Seorang yang aktif dalam debat, forum, perbahasan,pidato, catur
9. Seringkali menggalas tanggungjawab sebagai MC dan menguruskan Sistem PA di sekolah.
10. Fokus dalam pembelajaran dan sering member tunjuk ajar pada sahabat.
00 arasy.jpeg SMALL
Beliau yang telah sengaja kami beri peluang sejak tingkatan 2 (14 tahun) untuk mengambil peranan sebagai Mas’ul (ketua anak anak) setelah melihat ciri kepimpinan yang ada pada dirinya. Alhamdulillah kini beliau telah menguasai banyak kemahiran hidup, dunia dan akhirat dan mendapat pengiktirafan dari pihak sekolah sekali lagi.

Anugerah ini bukan untuk saya tapi untuk RPWP sentiasa keluar dari bibir beliau setiap kali ditanya tentang anugerah ini. Diberitakan bahawa Anugerah peringkat Sekolah Menengah Atas ini biasanya dianugerahkan kepada pelajar tingkatan 5, namun tahun ini telah diberi kepada Nik Harraz yang dalam tingkatan 4. Alhamdulillah.

Sebelum ini anakanda Syafaat juga menerimah anugerah sahsiah tertinggi oleh pihak sekolah untuk dua tahun berturut-turut. Anakanda Nurhani, Fatini, Mira dan beberapa yang lain juga telah menerima anugerah yang sama.

Tahniah kepada anak- anak ini kerana mampu menongkah arus. Mereka rela dikatakan kolot kerana hidup mereka di Prihatin ini tidak dibekalkan dengan bilik privacy yang cantik, tidurpun dilantai saja tanpa katil, semua mereka tidak memiliki telefon bimbit, apatahlagi smartfone/tablet. Internet pun hanya dimakmal komputer RPWP dan hanya digunakan depan ibu-ibu saja.

Setiap hari Isnin dan Khamis mereka berpuasa sunat. Hari biasa juga mereka ke sekolah dengan bekal makanan yang dimasak sendiri oleh ibu-ibu angkat disini, tanpa wang saku harian. Telahan-telahan kolot seperti kelambu bergerak dan sebagainya terus ditepis demi menjadi pelopor kepada perubahan positif untuk generasi muda yang semakin gila-gila.

Setinggi tinggi penghargaan kepada Pengetua serta seluruh Warga Pendidik Sekolah Menengah Precint 14 yang telah menyambung pendidikan yang telah kami mulakan ini diperingkat sekolah. Tanpa keprihatinan bersama dari pihak sekolah semua ini tidak mungkin tercapai. Sama-sama kita kembalikan puji syukur kepada Allah. Alhamdulillah.

Luahan syukur
WARGA PRIHATIN.

Ulasan Pembaca : ZIARAH TARBIYYAH – Abu Zafeerah

00 abu and ayah
Hujung minggu lepas RPWP menerima lawatan yang bertali arus dari berbagai bagai tetamu. Salah seorang darinya ialah Abu Zafeerah (Shauqi) yang telah menghabiskan masa lebih 5 jam bersama warga, bermurah hati mengimami solat maghrib dan isyak, menemani tahlil serta mengaminkan doa selamat buat teman seperti yang tersiar di status fb kami.

Dengan rendah diri Admin ingin kongsikan nukilan Rakan FB Warga Prihatin yang mengulas hasil lawatan beliau buat renungan rakan FB yang lain. Namun bermacam cara kami usaha tapi gagal untuk share lalu kami pastekan linknya. Malangnya sistem FB membuatkan ramai yang tidak dapat masuk ke link tersebut.

Bagi yang mungkin tidak dapat membuka link terus ke page Abu Zafeerah , mungkin kerana sekatan privacy beliau, kami pastekan mesej beliau seperti berikut. Apapun kami rasakan komen komen di status asal tersangat menarik untuk dikongsikan bersama kerana ianya kaya dengan hazanah ilmu. Cubalah juga di wall DrMas Mohd Dua mungkin anda boleh lihatnya jika anda Friend dengan mereka.

Kesulitan amat dikesali…

Semuga bermanafaat hendaknya. Alhamdulillahirobbil aalamiin.

Post asal : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=389218931207219&set=a.257355931060187.60244.100003573473783&type=1

Kami perbaiki beberapa ejaan khasnya beberapa Nama yang disebutkan, juga kami buatkan paragraf untuk memudahkan bacaan.

Tajuk: ZIARAH TARBIYYAH

Alhamdulillah..

Akhirnya dapat juga saya kongsikan pengalaman berharga sepanjang keberadaan saya di Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP). Perancangan asal saya mahu ke sana bersama anak-anak dan isteri usai Program Parenting Seminar Yayasan Khalifah di UPM (dari UPM sekitar 10 km sahaja lagi untuk sampai ke RPWP) tapi perancangan Allah mengatasi segalanya..ada tetamu dari Pulau Pinang berkunjung ke rumah keluarga mertua saya.

Selesai segala urusan di rumah, di sebelah petang itu – terlihat status page Warga Prihatin mengenai Majlis Tahlil dan Doa selamat untuk menghormati keberangkatan sahabat Saiful Nang menunaikan Haji dan doa selamat mengiringi Saudari Iza Namida yang akan melahirkan bayi sekitar Aidiladha dan dibimbangi mengalami kesulitan oversized baby…

Terjentik dengan status yang penuh kasih sayang itu – segera saya suarakan isi hati untuk pergi ke RPWP kepada isteri saya Khadijah Abu Bakar – setelah bersyuro dan memahami keperluan isteri untuk berada di rumah mertua – saya mengambil keputusan segera untuk menyertai majlis tahlil setelah mendapat maklumat majlis akan bermula selepas Maghrib – dalam perjalanan hati sudah berbunga membayangkan wajah-wajah yang selama ini hanya dikenali di alam maya!

IMPIAN JADI KENYATAAN

Alhamdulillah dengan rencana Allah – dilorongkan hati saya untuk menjejakkan kaki di tanah RPWP – tanah yang telah menampung segala aktiviti agama dan tarbiyyah mendidik anak-anak kembali menyemai rasa cinta melalui tauladan quran dan sunnah.

Rasa gembira melihat bangunan RPWP tersergam depan mata memang tak mampu dihalang – kocak hati yang bercampur rasa syukur.. gembira dan teruja cuba ditutup dengan lebar senyum yang memang tersimpul sepanjang perjalanan tadi.. saya ambil masa seketika mengililingi premis RPWP dengan kereta untuk melihat dari skop seorang penziarah.. usai tawaf dan memahami bagaimana premis ini berfungsi dengan skala andaian sendiri (mengagak-agak dahulu untuk mudahkan soal bertanya nanti).. mengutuskan status terkini di ruang facebook untuk memaklumkan ketibaan saya..(mestilah..saya ni jiwa asing yang datang terjah tanpa persediaan! )

Subhanallah – orang pertama yang menyambut saya ialah Ayah Muhamad Yazid… yang berjaya meneka saya Abu Zafeerah dengan tepat hanya sekali TERKAM! – kecoh sudah kedatangan saya ke RPWP rupanya.. dan ramai yang menanti saya gara-gara gatal tangan memberi komen tentang kehadiran saya! – Allahuakhbar pertama kali saya bertentang mata dengan tokoh ‘Unsung Heroes’ Ayah Kharuddin Khairudin Md Nor .. disertai seorang tetamu bernama En. Rosli yang hadir memberi sedeqah..

Silih ganti tangan anak-anak dan ayah-ayah yang menerpa bersalam dan bertukar nama – sudahnya yang mengenali saya melalui nama Abu Zafeerah.. susah pula nak berkomunikasi bila nama tu sudah tersemat dalam hati masing-masing..

Subhanallah walaupun baru bertemu kurang 30 saat..tapi getaran aura dan rasa kasih sayang dari alam maya itu – seakan sudah bertahun mengenali watak-watak yang cuma saya baca dan mesra di alam FB..!

Lain!.. sungguh lain.. jarang bertemu orang asing disambut dengan kasih sayang yang sangat-sangat penuh tertib keakraban dan cinta kerana agama.. Begitu molek Allah ketemukan kami dengan penuh rasa syukur dan salam – dengan diiringi paluan kompang – selawat dan marhaban dari anak-anak yatim menyambut kedatangan saya dan En. Rosli. Hati ini cuma mampu berselawat dan memuji dengan rasa kagum – begitu sekali biah dan keraian tetamu yang hadir.. disambut dengan penuh kasih sayang dan penghargaan.. lebih dari seorang asing! – semuanya kerana ILMU yang satukan kami dan balasan ILMU itu sangat tinggi nilainya!

UNSUNG HEROES

Mengenali watak-watak utama di sebalik penubuhan RPWP menyentuh rasa rendah diri dan hormat saya pada mereka.. Ayah Khairuddin, ayah Johari Ibrahimi, ayah Muhamad Yazid , ayah Nazmi Enstek.. ayah Awang Abdullah dan ramai lagi (minta jangan kecil hati kalau saya tak mampu sebut semuanya di sini) ingatan di meja kopi begitu kabut dengan tangan yang silih ganti bersulam salam-menyalam memperkenalkan diri Penghargaan pada ayah Khairudin Md Nor yang sangat ramah dan bercerita berkaitan RPWP – ayah Yazid dan Johari memberikan saya ‘tour’ sekeliling RPWP seterusnya bersama saya sepanjang keberadaan saya di sana.. Begitu cantik ukhuwwah dan rasa kasih ditunjukkan – seolah saya telah lama mengenali watak-watak ini..

Menghenjak waktu Maghrib kami bersiap siaga untuk menunaikan solat dan melaksanakan Majlis Tahlil .. Saya hadir sebagai tetamu dan penziarah – berkenan sekali di hati ingin mengaminkan doa yang dipanjat anak-anak ini – hajatnya mahu jadi makmun dan mengikuti proses tarbiyyah dan merasai nikmat perkongsian ILMU. Subhanallah – Allah memberi peluang saya mengimamkan solat fardhu – memimpin orang-orang yang setiap hari mengaudit ILMU Allah.. rasa kerdil saya semakin kuat – begini sekali tarbiyyah Allah untuk membuka hati saya.. melihat dengan HATI bukan dengan mata kasar –

Jika menilai dengan MATA KASAR kita hanya akan melihat ‘ketidaksempurnaan’ – tapi bila di belah jiwa – disumbat hati dengan rasa cinta.. kasih sayang.. cintakan Allah.. Rasul-Nya.. quran dan sunnah serta segala ILMU-Nya pastinya hati akan menilai dengan pandangan yang betul – RPWP ini bukan dalam keadaan ‘sempurna fasilitinya’ – tapi ‘akhlak rumah ini disempurnakan’ dengan pengkajian al-Quran dan Sunnah – tidak ada satu masa dan ruang untuk mengelak dari berbicara soal ILMU – segalanya di sini tentang ILMU – tentang mengubah persepsi.. mengkoreksi diri.. memusatkan kecintaan pada ILMU berteraskan akhlak quran – kalau datang dengan mata kasar – maka kita akan kekal buta di hati..

Sungguhpun saya yakin – untuk menjadi tetamu di RPWP ini.. ianya dengan jemputan Allah.. bukan semua diberikan peluang untuk suka-suka datang kecuali dengan misi mencari diri – mencari ILMU.. mahukan sesuatu untuk mengubah sesuatu.. ada matlamat yang membuatkan rasa membuak-buak mahu datang ke sini – Allah memimpin hati-hati hambanya yang mencari kebenaran Agama-Nya.. dan semestinya Allah akan memimpin hati hambanya ke tempat yang sepatutnya..hadir saya malam tu sebagai tetamu tetapi Allah buka hijab saya dengan majlis perkongsian rasa dan suai kenal yang sangat tertib gayanya – maafkan atas kekurangan ILMU saya dalam sesi perkongsian – moga soalan dari anak WP.. Adik @Nik MohdHarraz, ayah Shauqi berjaya sampaikan jawapan yang memuaskan hati anda (satu soalan sahaja yang mampu jawab! .. sebab satu soalan sahaja yang sempat ditanya ..

Kehadiran pengantin yang diraikan Saudara Saiful Nang sejurus masuk waktu Isyak – inilah pertama kali saya bertemu dengan tuan badan yang saya letakkan sebaris dengan insa-insan yang saya kagum akhlak dan pemikiran beliau – bertahun menjadi follower dan silent reader dari laman fotopages hingga ke fanpage FB beliau menambah rasa terharu dapat bertemu dan mengambil manfaat atas pertemuan ini – usai solat Isyak – ucapan dari Saiful Nang dan Ayahanda Masjuki DrMas Mohd Dua benar-benar memberikan impak pada hati saya..bukan senang nak menerima ILMU secara langsung -setiap butir bicara dari semua Warga Prihatin adalah ILMU belaka..bergantung pada hati kita nak menilai mana kaca mana permata – ILMU itu di mana-mana..perlukan pemerhatian untuk mengutip setiap apa yang dikongsikan..alhamdulillah saya dapat merasai nikmat majlis yang lain dari yang pernah saya hadiri

BERTEMU AYAH

Allahuakbhbar – sebelumnya hanya mendengar suara di corong speaker di ruang surau..ketika ralit menjamah selera malam – sekujur tubuh..yang susuknya seperti digambar hati hadir menyapa dan bersama menjamu selera ..pengalamannya mudah – berkongsi ILMU..itulah hajat yang membuatkan kami bertemu..ayah seperti digambarkan melalui pembacaan..tajam kata-katanya dengan ILMU yang boleh membelah otak JAHIL..terbuka hati dan akal dengan pencerahan ILMU..rasa kasih sayang pada ILMU dan agama Allah menghadiahkan saya dengan mentor yang berilmu..agamawan dan hartawan akhirat – tidak ada apa yang mampu dilafazkan kecuali rasa syukur di hati ini..

sesi mengasah minda berlangsung dalam suasana santai – dengan iringan persembahan anak-anak istimewa kepada saudara Saiful dengan selingan ucapan dari ahli keluarga..begitu subur rasa kasih sayang di sini – kalau ada anak saya bersama..tentunya dah bemain-main dengan si kakak Orked – pencetus kehadiran saya di page WP!..menjadi aktivis ilmu dan pemberi komentar di ruang WP – mendekatkan saya dengan watak-watak ILMUWAN dari WP..ayah banyak membuka hijab JAHILIYYAH MODEN yang bersarang dalam kepala..sedikit demi sedikit perkongsiannya menjentik akal supaya berfikir..bukan menelan – tapi kena koreksi setiap baitnya dengan ILMU – hujjah dengan hujjah itulah yang membuka lapangan dada untuk menerima ilmu..

Kocak minda ayah soal masyarakat kita direnjat dengan kejutan nikmat yang melampau – tersasar dari landasan agama.. bagaimana statistik zina melampaui batas umur pelajar sekolah – kebimbangan sebegini dikongsi dari hati ke hati.. majlisnya santai tapi penuh dengan sarana hujjah.. bukan mudah menjadi watak-watak akhir zaman.. kitalah yang menentukan hala tuju agama – bagaimana agama membentuk peribadi kita.. bersyukurlah kita masih ISLAM.. cumanya IMAN yang menjadi pertaruhan setiap hari kita bangun pagi.. in sha Allah saya akan hadamkan segala perkongsian dari ayah.

Seperti kata ayah.. tak semuanya mampu dikongsi dengan satu pertemuan – siri-siri pertemuan lain yang membantu menyuburkan lagi ILMU dan perkongsian.. segala nasihat dan budi akal yang ayah kongsikan akan saya sampaikan pada anak isteri saya..keluarga saya.. sebaik mungkin kesedaran ini saya kongsikan pada mereka.. sudah tiba masa untuk bangun dan bangkit melawan laqha dalam jiwa ini..

terima kasih pada seluruh Warga Prihatin yang menerima kunjungan saya dengan penuh nikmat kasih saya..apa yang mampu saya nukilkan di sini adalah satu luahan rasa kasih dan cinta saya pada WP..tak mungkin silaturrahim ini berganda cintanya hadir kalau bukan kerana cetusan ILMU dari kalian semua..subhanallah..pertemuan inilah yang memperkenalkan saya dengan anak-anak yang menulis makalah-makalah ilmiah – BERHALA ANAK..CERMIN AJAIB..dan lain-lain..saya diberi peluang mengenali insane-insan berilmu yang cilik dan jauh akal mendahului si ayahnya..

moga kita bertemu lagi di ruang masa yang menghimpunkan ahli keluarga saya dan WP..mohon maaf atas segala kekurangan dari pihak saya..yang baik-baik itu..segalanya pantulan tarbiyyah Allah..yang khilaf dan buruk itu..sememangnya dari kejahilan saya..

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LAA ILAHA ILLALLAH WALLAHUAKHBAR..

coretan ringan
MUHAMAD SHAUQI HASAN
(Abu Zafeerah)
1 Zulhijjah 1434

Doa Selamat Buat Teman

00 doa haji sn

Malam ini anak-anak Warga Prihatin akan mengadakan majlis tahlil dan doa selamat khas buat mengiringi keberangkatan Saiful Nang, Pendokong RPWP ke tanah suci esok pagi. Kita pohonkan doa agar beliau sentiasa mendapat perlindungan Allah, sihat sentiasa, dipermudahkan segala urusan ibadah hajinya di sana, selamat juga sepanjang perjalanan pergi dan pulang untuk menyambung hidup beramal bakti bersama kita.

Doa selamat juga dipohon untuk rakan Prihatin, Saudari Iza Namida, yang hanya kami kenali di alam Maya, namun kehangatan ukhwah persaudaraan sudah meresap terlalu jauh ke sanubari. Beliau adalah insan pertama yang menghulur derma bakti sebaik saja tahu keperluan dana pembedahan Ibu Sofiah, Asnaf Fakir, OKU yang sekian lama mengabdi diri sebagai pengasuh dan tukang masak untuk anak anak di teratak ini.

Iza Namida dijadualkan bakal melahirkan anak sehari dua lagi sewaktu AidilAdha ini. Beliau menghadapi masalah oversized baby. Beliau inginkan kelahiran normal bukan melalui surgery. Kami pohon doa kepada Allah agar memberikan kemudahan dan hidayah yang tepat kepada para Doktor yang bakal membantu kelahiran bayi Iza Namida nanti. Yang paling penting mari kita sama sama pohonkan doa agar beliau selamat bersama bayi yang bakal lahir.

Saiful Nang telah berhabis harta dan meneruskan puasa untuk mendanai RPWP bersama co-founders yang lain. Iza Namida juga sangat pemurah dan banyak bersedekah, bukan saja kepada rumah ini bahkan kepada pihak lain juga. Sebagai amil dan penerima, kami tidak ada apa yang mampu diberikan untuk membalas jasa mereka kecuali memanjatkan doa sebanyak banyaknya. Itulah janji Allah untuk penderma seperti mereka, untuk kita yang menyaksikan amal mereka sama sama mendoakannya.

Surah 9. At Taubah 103. “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Ketahuilah wahai Iza Namida dan Saiful Nang, bahawa AURA doa kami semua sedang mengiringi kalian. Jadikanlah aura ini satu kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi cabaran apa saja. Ketahuilah juga kami semua telah menyaksikan amal penyucian melalui sedekah kalian, kami semua doakan segala dosa kalian diampuni KESEMUANYA oleh Allah yang Maha Kuasa. Jadikanlah oleh kalian doa dan penyaksian kami ini sebagai satu pendorong yang kuat untuk tidak mengulangi sebarang dosa lalu agar ia menjadi taubat yang sebenar benarnya. Jadikan doa ini juga untuk menambah amal yang sedia ada.

Biarpun doa anak yatim, fakir miskin dan orang orang yang tertindas itu mudah diterima, namun doa insan suci, insan berilmu dan doa ikhlas rakan Prihatin diluar sana juga tidak ada kurangnya. Ulangan doa 40 orang dalam jemaah dikatakan mencipta satu janji. Walaupun Warga Prihatin saja sudah ada 3x ganda, namun lebih ramai mengaminkannya lebih kuat haul dan kekuatan doa bagi mereka.

Mari sama sama kita aminkan dengan klik LIKE sebanyak mungkin buat menambah suntikan semangat kepada mereka. Lebih ramai mengaminkannya lebih kuat Aura doanya.

Al-Faatihah….. AMIIN.

WARGA PRIHATIN.

Animasi Al-Baqarah yang sangat mencuit hati menyentap kalbu

Selari dengan Artikel kami pagi ini tentang sapi betina (Al-Baqarah) yang menindik ego sebahagian kita yang masih merasakan kita dalam keIslaman yang tulen, sedangkan sebaliknya kita sedang dalam zaman Jahilliyah. Fahamilah, jahiliyah itu penuh kemusyrikan dan Allah katakan orang musyrik itu NAJIS. Maka, zaman Jahilliyah ialah zaman KOTOR & NAJIS untuk kita dan anak-anak kita berada di dalam sistemnya. Janganlah terasa suci sedangkan kita semua hidup dalam tong najis yang sama.Inilah sikap lembu, dan ramaiiiii.. juga yang bersikap begini. Kelakar juga tengok animasi pendek ini. Ada orang (lembu) yang tidak percaya dengan lembu satu lagi yang telah mempunyai pengalaman sehingga lembu itu mati kerana cuba membuktikan kebenaran. Selepas rakan yang pertama itu mati, yang tinggal masih nak argue lagi dengan perkara yang sama.

Pelajarannya bagi kami. Rasanya cukuplah kami memberitahu pengalaman pahit dan tersangat menyedihkan yang telah kami lalui melalui 20 keluarga founders Warga Prihatin dan juga kes-kes luar yang mendapatkan rujukan kami. Tak perlulah kami nak buktikan sangat kepada mereka yang tidak mahu percaya walaupun kami hidangkan kes sebenar beserta statistik, bahkan pengesahan ayat quran & sunnah sebagai fakta.

Bukan kami buat ini semua untuk mencari nama. Kami berkongsikan cerita-cerita kami ini untuk mewujudkan satu ruang SUCI yang sebelum ini seperti tong najis sahaja. Jika kami tidak kongsikan, ada ramai lagi masih dalam kejahilan yang kekotorannya bakal terpalit juga kepada mereka yang bersih.

Kami fikir jika sekalipun kami berjaya memperbaiki akhlak anak anak kami, mereka tetap akan terpalit juga jika kami tidak bantu masyarakat untuk sama sama membina akhlak anak anak yang bakal menjadi rakan taulan dan ipar duai anak anak kami juga.

Salam sayang untuk semua Rakan Prihatin yang mahu mengambil pelajaran. Sila bersiap untuk senyum sinis…

Sila baca Artikel penuh tentang FALSAFAH JAHILLIYAH DI SEBALIK SURAL AL-BAQARAH

WARGA PRIHATIN

Stigma Ulamak Jumud dan Pengikut Taksub

00 anie alja baru b

STIGMA KEJUMUDAN PENDAKWAH & TAKSUB PENGIKUT

Jumud adalah satu KEBEKUAN minda dan ilmu. Ilmu akan menjadi PEGANGAN hidup ibarat sepohon pokok dalam akidah manusia. Kedua duanya akan diturun-turunkan secara terus menerus mengikut keturunan berganti generasi.

Jika sifat ilmu itu mengalir ibarat air, maka lailatul Qadar adalah jalan penyelesaian atas sifat kebekuannya. Di malam itu, air yang kita takung selama ini akan beku tidak boleh digunakan dan dialirkan. Akhirnya apa yang Allah turunkan, iaitu berupa wahyu dari nuzul Quran menjadi pengganti yang lebih segar dan lancar. Ia akan terus mengalir menyuburkan akidah manusia tanpa putus ibarat telaga zam zam. Syaratnya kita kena solat malam yang panjang dan tidak tidur mencari turunnya LAILATULQADAR.

Analogi pokok akidah juga begitu. Jika ilmunya beku, maka pokok bicara, isi bualan, prinsip dan pendirian serta akidahnya juga rapuh dan akan mati. Masing masing macam kayu mati yang terpacak macam pokok, tapi bukan pokok yang hidup dan berakar umbi yang kukuh. Nak ditebas tak boleh, nak dibiarkan tak ada buah dan daun. Tidak mampu memproses udara kotor untuk keluarkan oksigen pun.

Nah, dari apa yang Allah turunkan semasa LailatulQadar itu, maka akan tumbuh segar pokok baru yang tegap kukuh setegap asas ilmu Allah. pokok itu akan mengeluarkan berbagai-bagai buah tanpa henti. Jika keyakinan dan kepercayaan itu datang dari unsur ilmu, pasti buahnya juga berupa percambahan ilmu. Itulah dia “buah fikiran”. Dengan ilmu dan percambahan buah fikiran itu kita akan hidup tenang, teratur dengan peraturan yang mantap. Itulah dia syurga yang di dalamnya ada banyak “buah”. Ada tidak kemungkinan pendirian pertama akan tunduk kepada pendirian kedua? Itulah yang akan berlaku nanti. Pokok golongan yang pertama tadi akan tunduk kepada Allah juga akhirnya.

Itulah falsafah disebalik lailatulQadar yang akan mengubah pemikiran dan strategi kehidupan. Ilmu yang hebat malam itu akan memansuhkan 1000 bulan atau 83.3 tahun pencarian sebelumnya. Itulah peluang perubahan seumur hidup.

 

STIGMA UMAT ISLAM

Kami terpanggil dengan siri komen dari folower yang terpapar di print skrin yang disertakan. Bukan apa, kerana komen beliau semacam sama dengan apa yang sedang kami alami. Kami tidak kenal beliau dan beliau juga tidak kenal kami. Apa yang kami tahu beliau banyak mengembara dan turut memerhati akhlak manusia. Kami pernah bercanggah pendapat dan beliau menegur dengan berhemah, kami jelaskan dengan berhemah dan semua dapat manfaat pembaikan ilmu.

Kami paling suka siapa saja yang menegur kami secara beradab di INBOX. Itu tanda anda ikhlas dan berakhlak. Teguran anda adalah pembaikan kami. Tapi kami paling sedih mereka berlagak pandai, cut and paste sana sini dan menghukum terus di wall atau ruang komen yang publik. Beradablah jika kita nak menegur tuan rumah ketika bertandang.

Stigma masyarakat yang terlalu taksub dengan kitab itu dan ini, ulamak itu dan ini telah membuatkan kita jadi jumud. Ilmu Allah yang banyak dan sangat berharga ini jadi terbantut. Kita semua jadi rugi.

Mengapa jejak langkah Rasulullah s.a.w. yang bijaksana tidak kita ikut. Ayahanda baginda bernama ABDULLAH (Hamba Allah), Ibunda baginda AMINAH (pendidik kearah al-Amin). Semua itu nama nama dalam kamus ISLAM. Baginda ada perbagai kitab dan ahli kitab pada zaman baginda. Baginda pemegang kunci Kaabah, tentunya Islam sudah bertapak ketika itu, orang sudah solat dan tawaf.  Mengapa baginda tinggalkan kesemuanya? Mengapa baginda memisah diri bertahannut di gua Hira’ sampai 3 tahun sebelum mendapat wahyu pertama?

Aduhhh… terlalu banyak hasil kajian kami yang sukar untuk di ceritakan. Apapun semua itu membuatkan perangai masyarakat, khasnya yang jumud dan taksub ini cukup memeningkan. Pantang kami keluarkan hadis atau ayat Quran, secepat kilat akan ada yang menyekat, kamu tu siapa? kamu tidak boleh petik ayat itu, itu asbab lain, kamu letak pada asbab lain… kamu kena rujuk kitab dan ulamak dan macam macam lagi. Ada pula yang siap tulis panjang-panjang dengan huruf besar dengan nada bongkak dan mengancam… RPWP, hati-hati kamu, kamu jaga jaga… kami cari kamu…! Hebat bukan?

 

APA CIRI ISLAM SEBENARNYA?

Islam itu agama ilmu, satu kefahaman yang sangat diyakini dan mampu menyatukan. Muslim seharusnya bersatu dan semakin kuat, sentiasa hidup dan berkembang biak. Amal umat Islam harus membawa Islah (PEMBAHARUAN/PEMBAIKAN) kepada diri, masyarakat dan ummah. Itulah hakikat `Amal Soleh’, telah jelas ditegaskan oleh Nabi s.a.w. “Tidak Islam tanpa berJemaah, Tidak Islam orang yang tidak Islah,  hari ini tidak lebih baik dari semalam, Tidak Islam Orang Yang memutuskan silatulrahiim, Tidak iman itu, tidak Islam ini dan berbagai bagai lagi ciri Islam.”

Nama Melaka itu terkait dengan RAJA, MALIK dan MULKIAH, lambang kekuasaan dan penyatuan Islam di Nusantara. Fatihah juga bicara RAJA. Dulu Melaka itu satu wilayah. Kini dah jadi Negeri yang paling kecil. Banyak wilayah kekuasaan Melaka telah hilang Islamnya. Filipina, Indocina, Singapura dan banyak wilayah Islam Melaka telah kembali asal. Dulu Melaka ada Raja, kini hilang rajanya.

Hakikatnya, berilmu atau jahilkah kita sekarang? Jika jahil, maka perbuatan dan carahidup kita pastilah sama dengan JAHILIAH. Bersatukah kita? Semakin baik atau semakin burukkah kita setelah ditinggalkan Rasulullah s.a.w.? kerjabuat seharian kita menjadi amal soleh atau amal salah? Kita semakin kuat atau semakin lemah? Semakin berkuasa kah?, semakin merdeka atau semakin dijajah? Anda jawablah dalam hati….

Jika jawabnya tidak, bermakna kita tidak ISLAM. Itu kayu pengukur dan batu timbangan kita tentang CIRI Islam. Ringkasnya jika sifat api itu panas, Ais itu sejuk. Tentunya bukan api dan bukan ais jika sifatnya tidak seperti itu. Islam kita sekarang bagaimana? Sesuai tak dengan ciri Islam? Anda jawablah sendiri.

 

ULAMAK FASIQ PENYEBAB PERPECAHAN

Ulamak seharusnya meletakkan kepentingan Allah itu paling tinggi, lebih tinggi dari kepetingan peribadi. Mereka harus sanggup bersatu, memutuskan apa saja secara berjemaah dan muafakat berpaksikan ilmu yang disatukan. Bukan membuat fatwa itu dan ini secara solo mengikut pendapat peribadi. Bukan itu saja, mereka malah saling merendahkan dan menfitnah antara satu sama lain. Setiap seorang ingin lebih dipandang pandai dan berpengaruh. Penyatuan suara itu atas NAMA ALLAH, tapi mereka memilih membawa EGO dan mementingkan NAMA SENDIRI.

Yang paling penting, ulamak itu harus berhabis habisan berjuang kerana Allah sebelum menyeru orang lain berbuat. Itu yang telah dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w.. Baginda ikut pikul batu, ikut bina Masjid, ikut perang, ikut serah harta dan lain-lain.

Rasulullah s.a.w. dan isteri baginda Khadijah, Abu Bakar dan semua sahabat baginda berhabis harta dan berkorban diri untuk mengabdi demi memastikan kejayaan Misi dan Visi dakwah Rasulullah s.a.w. Makan pakai mereka yang asalnya hartawan itu dicatu pula oleh BaitulMal yang dikumpul dari dari harta mereka sendiri. Mereka tidak menawarkan diri untuk jadi pemimpin, tapi memikul amanah kepimpinan dengan penuh pengabdian dan merendah diri bila dipilih. Pakaian mereka sangat murah dan bercatu. Mereka tidak makan selagi ummat masih ada yang lapar. Bermewah jauh sekali. Anak mereka sendiri pun akan menerima hukuman yang sama jika buat salah. Ulamak kita bagaimana?

Berapa ramai ulamak yang sanggup ke tahap ini? tahukah anda jika ulamak atau orang yang tahu tentang kitab tidak mampu berbuat, Allah tidak pandang langsung mereka ini..! jangan jawab dulu sebelum anda baca Firman Allah yang kami kepilkan dihujung artikel ini.

Belajar agama mesti bertalaqi, mesti berguru dengan ulamak secara berdepan…?

Jikalah masih ada sisa ilmu terbaik dan peribadi ulamak muktabar yang semuanya benar-benar tepat melaksana sepenuh hati seperti uswah Rasusullah s.a.w. dan para sahabat mengapa Islam jadi begini? Islam itu bersatu. Jika ulamak sudah berpecah belah kita nak bertalaqi kepada ulamak yang mana?

 

PERPECAHAN UMAT DARI RIBUAN KITAB

QS 2:79 Allah melarang penulisan dan penjualan kitab.

Ini antara sebab mengapa kami tidak mahu apa saja cetusan kami dibukukan oleh penerbit biarpun kononnya dapat royalti tinggi dan boleh cepat siapkan kompleks RPWP ini. Kami lebih rela ambil inisiatif menulis dan memaparkan secara terbuka dengan percuma begini. Kami tidak merasa berdosa jika tersilap kerana ia boleh dibetulkan, tidak dijadikan ketetapan. Jika ada yang tidak faham boleh berdiskusi biarpun di alam maya. Bahkan kami terbuka untuk sebarang pembetulan, asalkan ada fakta jelas dan berhemah. Sejujurnya kami amat berterima kasih kerana teguran anda memandaikan kami. Bolehkah itu berlaku jika kami bukukan dan jual? Kaya miskin bayar dengan harga yang sama? Mahukah kami buka hati untuk pembetulan jika ia sudah dipatri matikan sebagai hak cipta? Anda tentu tahu jawapannya.

Kami lebih runsing lagi bila memikirkan hadis Rasulullah s.a.w. yang melarang pembukuan apa saja yang keluar dari lisan baginda. Hanya Skrip asal alQuran saja yang boleh dibukukan. Rasulullah s.a.w. pesan agar carilah, tuntutlah secara berdepan para sahabat, tabi’in dan kerabat baginda yang dipanggil Ahlul Bait jika inginkan ilmu. Soalnya yang mana satu pewaris AhlulBait yang masih memilikki ilmu yang hak ini?

Hari ini kita pening dengan ribuan kitab dan perawian Hadis. Berapa banyak kitab tafsir, novel agama, artikel persendirian yang dikitabkan dan dijadikan rujukan sebagai pedoman syariat dan feqah. Ironinya, Yang ini menulis, yang sana mencabar dan memansuhkan. Ada pula kitab khusus yang kerjanya mengesah dan memansuhkan. Tidakkah itu penyebab perpecahan yang nyata?

Beratus ratus kitab telah kami baca. Bahkan ada yang kami temui sendiri penulisnya namun hasil yang sangat mengecewakan.

Jika kitab jadi sandaran, tolong beritahu kami kitab apa yang paling sohih? Bagaimana anda nak tahu kitab itu sohih? Masih hidupkah penulisnya untuk kita bertalaqi? Untuk mengesahkan kebenarannya? Nyatalah, anda hidup dan mati 13 kali lagi tidak mungkin anda mampu habiskan membaca, memahami longgokkan kitab yang banyak itu. Bila pula anda nak mengatur gerak melaksanakannya dengan teratur? Bila pula anda nak lihat hasilnya di kalangan ummah? Sedangkan ummah semakin rosak hari demi hari.

 

KEMBALI KEPADA ALQURAN

AKHIRNYA kami bertawakkal untuk kembali kepada satu-satunya kitab yang Nabi s.a.w. izinkan menulisnya. Itulah Quranulkariim. Tetapi bukan sekadar membaca berlagu bertajuwid saja tanpa memahami isinya. Hari ini semua Warga Prihatin, seawal 7 tahun sudah kami belikan senaskah terjemahan, termasuk meneliti harfiah dari naskah khusus. Ke mana saja mereka pergi, bila saja ada free, mereka akan membaca dengan minat. ISNIN KHAMIS anak anak puasa, masa lapang boleh mereka guna untuk sambung membaca. Kami juga suka bersoal jawab secara terbuka dengan mereka untuk membina cetusan minda.

Subhanallah, Allah itu berdiri dengan sendirinya. Maha tinggi Allah. Kami suka kongsikan penemuan bahawa Allah menerangkan diriNya sendiri. AlQuran itu kami dapati mampu menjelaskan kitab itu sendiri.

Contohnya, kita yang dimomokkan bahawa Rasulullah s.a.w. itu Buta Huruf (al-Ummiy). Jenis buta huruf bagaimanakah bagi seorang cucu pembesar Mekah?, anak saudara penguasa mekah?, pemegang Kunci kaabah? Pengurus Peniaga hebat? Presiden Hizbul Fudul? Komanden perang Fijr? Sehingga tidak kenal alif ba taa…?

Jika kenyataan buta hurufnya baginda pada QS 62:2 itu menunjukkan SELURUH kaum itu buta huruf. Mungkinkah Abu Jahal, Abu Lahab juga buta huruf? NAH Allah jelaskan dalam QS 2:78. Yang buta huruf ialah orang yang tidak mengetahui alkitab. Bagaimana orang yang al-ummiy boleh tulis dan jual kitab, boleh berceramah sana sini memutar lidah? Lihat ayat berikutnya QS 2:79. Berapa ramai di kalangan kita yang buta huruf, tidak faham kitab, bahkan semua bacaan dalam solat sekarang?

Itu sekadar contoh bagaimana hebatnya ilmu Allah itu ditabur dalam Quran semacam hujan.. Tugas kita kumpul, takung dan alirkan. Ia juga semacam puzzle untuk kita susunkan dengan sabar dan teliti. Insyaallah seluruh isi kandung quran itu kita dapat lihat sangat jelas untuk kita mula laksanakan mengikut plot strategi yang tepat.

Nah, anda yang nak maki maki kami dengan biadab kerana kami memetik firman Allah boleh teruskan maki dan marah. Itu hak anda, dan teruslah berbuat begitu asal anda bahagia. Kami telah sangat merasakan nikmatnya berbanding anda yang macam kena `sawan’ marah kami. Kami kongsikan atas dasar kasih sayang, untuk anda fikir dan ikut berbuat dalam keluarga anda tanpa paksaan. Kami mahu anda ikut merasai keyakinan dan nikmati hasil perlaksanaannya. Anda tidak bayar sesenpun untuk artikel kami.

Jika anda bersedekah sedikit sebanyak pun ikut kemampuan dan tahap keikhlasan anda. Itu juga kerana anda mungkin nampak kebenaran dan keperluan membantu usaha kami. Itulah SIDDIQ yang dibenarkan dengan SODAQOH, kerana anda mungkin telah nampak kebenaran wahyu Allah dan kebenaran sunnah Muhammad Rasulullah s.a.w. Jadi sedekah anda juga sebagai menzahirkan hakikat SODAQALLAH dan SODAQORASULULLAH.

 

APA PULA PERANAN UMAT DALAM SITUASI RAMADH BEGINI?

Setelah berpuluh tahun mengkaji dengan serius, prinsip kami mudah saja. Rasulullah s.a.w. itu manusia biasa seperti kita dalam kehidupan harian. Itu kaedah Allah untuk meyakinkan kita bahawa kita juga boleh ikut jejak langkah dan menikmati hasil usaha jihad sebagaimana baginda telah nikmati jika kita benar-benar mahu dan bersungguh-sungguh.

Pengalaman kami menunjukkan apabila anak-anak sudah habis membaca alQuran sebelum mereka terpengaruh kepada pancaroba dunia, pemikiran mereka jadi sangat kritis. Mereka sangat teliti bila mendengar ceramah di masjid, radio, maupun di TV. Kadang kala mereka senyum saja bila mendengar ceramah yang fasik dan mengada-ada. Ini kerana meraka sudah baca terlebih dahulu dan mampu mengenal pembohongan. Kerana itu jugalah mereka ini jadi rujukan guru dan rakan di sekolah.

Tahukah anda seserius mana kami harus berusaha untuk menjawab persoalan agama dari anak-anak Milinium yang telah terlebih dahulu membaca quran ini?

Anda mungkin tidak percaya jika kami katakan untuk menjelaskan tentang LAILATULQADAR saja, 7 tahun kami pernah cuba carinya sepanjang ramadhan secara eksperimen berkumpulan. Kami tidak tidur, duduk di masjid sampai raya. Tidak sekali pun nampak ada air beku, ada pokok sujud, ada api yang tidak membakar sepertimana yang dikatakan oleh para ustaz dan tertulis di poster poster di dinding masjid. Adakah sesiapa PERNAH jumpa? Yang ada hanyalah sangkaan-sangkaan kosong yang malam ini tenang, ulamak menetapkan malam ini lailatul Qadar turun. Anda rasa anak Milinium kita akan percaya dengan penjabaran sebegini? Jika tidak, bolehkah mereka pertahankan akidah?

Akhirnya alQuran juga yang menjelaskan sejelas jelasnya bahawa Lailatulqadar itu adalah mutasyabihat. Kita harus cari `code breaking’ kepada ayat itu. Alhamdulillah berkat kajian berjemaah dan istiqomah, kami telah temui pelbagai code breaking kepada pelbagai analogi mutasyabihat dalam quran. Kini kami mampu mengaitkannya dengan banyak perkara.

Kesimpulannya – ilmu Quran ini telah Allah sempurnakan penyampaiannya. Dalam Khutbah Wida’ Rasulullah s.a.w. sabdakan bahawa baginda telah sampaikan kesemua risalahnya. Bermakna apa yang baginda tahu pastinya kita semua sudah tahu. Jika belum, pasti ada yang tidak kena di mana-mana.

Semuga cetusan ini mampu membuka minda kita. Jangan harapkan ulamak dan tok imam saja sebab di kubur nanti kita semua bakal ditanya sendirian tanpa bantuan mereka. Jangan juga amalkan merendahkan quran. Allah katakan ia mudah, kita pula menyulitkannya. Allah kata rujuk sumber lain dengan quran, kita pula minta rujuk Quran dengan kitab lain. Itu semuanya terbalik.

Artikel ini mudah difaham jika anda telah habis baca quran. Jika belum sila baca di link ini. kami pastekan di bahgian bawah sekali.

Kami sayang anda dan ingin sekali melihat kita semua mampu mengecap bahagia yang telah Islam janjikan.

Kocak minda

WARGA PRIHATIN.

 

Rujukan:

5. Al Maa’idah 68. Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.” Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.

63. Al Munaafiquun

4. Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh, maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan?

5. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah, agar Rasulullah memintakan ampunan bagimu, mereka membuang muka mereka dan kamu lihat mereka berpaling sedang mereka menyombongkan diri.

6. Sama saja bagi mereka, kamu mintakan ampunan atau tidak kamu mintakan ampunan bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

 

2. Al Baqarah

78. Dan diantara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab, kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga.

79. Maka kecelakaan yAng besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; “Ini dari Allah”, untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.

3. Ali ‘Imran 78. Sesungguhnya diantara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: “Ia dari sisi Allah”, padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui.

62. Al Jumu’ah 5. Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

4. An Nisaa’ 59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

14. Ibrahim

24. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,

25. pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.

26. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap sedikitpun.

27. Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.

9. At Taubah 31. Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Parenting Tips 18: Profesion IBU yang kian di lupakan

00 profesion ibuBelum lagi kita hilang sedih dengan anak yang mati di dera amah, semalam kita dikejutkan lagi dengan ulangan kes yang sama, “anak maut tersedak di taska”. Padahal kisah anak 2 tahun yang maut dilanggar kereta yang dipandu abangnya berumur 4 tahun beberapa hari lepas masih lagi terbayang diminda kita.

Kita semua ada anak. Takziah kita untuk keluarga anak-anak malang ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Macam-macam rasa ada dalam hati kita. Rasa nak marah, rasa menyesal, rasa nak saman, atau nak redha saja, berbagai rasa bercampur baur.

Pembaca yang dikasihi sekalian,

Kita ini beragama Islam, agama paling mahal atas mukabumi ini. Agama dan cara hidup yang mahal kerana ia paling sempurna dan telah disempurnakan perlaksanaannya dengan hasil yang selamat, sejahtera dan membahagiakan. Teori dan kaedah kehidupan ini lengkap terkandung dalam quran dan selesai diuswahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Kita ini selalu mengaku bahawa pedoman kita adalah alQuran dan sunnah. Tapi hasil kehidupan kita selama ini tidak habis-habis menampakkan kegagalan mencapai kesejahteraan dan kebahgiaan. Adakah itu pertanda kita benar-benar telah mengikut acuan Allah dan Rasul? Quran dan sunnah? Sepenuhnya “Fissilmi kaaffah?”.

Anda jawablah sendiri. Alasan darurat lah.., belum sampai seru lah.., kita bukan nabi lah.., dan entah apa-apa alasan lagi tu hentikanlah… Seru dan sampai lebih 1400 tahun dahulu. Para sahabat & diri Nabi s.a.w. tu orang biasa. Jika baginda boleh, kita boleh juga kalau mahu.

Dalam setiap artikel kami tidak habis-habis kami nampakkan bahawa akidah anak remaja kita sudah TERLALU LEMAH. Tabiat negetif anak kecil yang tidak kita perhatikan, yang kita “biarkan” boleh membawa banyak musibah. Dari manakah segala fenomena anak yang lemah ini terjadi kalau tidak dari lemahnya IBU memainkan peranan secara PROFESIONAL sebagai seorang ibu?.

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar”. QS : 4. An Nisaa’, 9.

Hanya TAKWIM seorang IBU, hanya keBENARan, keikhlasan kata nasihat dari seorang ibu saja yang paling murni dan berkesan terhadap pembangunan anak. Itulah hakikat “TAKWA” – iaitu bagaimana seorang ibu mengatur takwim mengasuh anak-anaknya. Itulah cara kita TAKUTkan Allah, dengan BERUSAHA melaksanakan peraturanNya.

Ya, dengan tidak meninggalkan anak-anak yang lemah…!

BAIK BURUKNYA AMAH & TASKA BERBANDING KHIDMAT IBU

Sering juga kami seru agar para ibu memandang dengan serius untuk kembali menfitrahkan diri mengambil tempat yang wajar untuk memelihara anak. Masakan terenak, paling selamat dan berkat ialah hasil masakan tangan ibu sendiri, itulah “air tangan ibu”.

Redhalah wahai para ibu sekalian bahawa martabat paling tinggi bagi kita ialah apabila kita mampu memenuhi tanggungjawab kita sebagai ibu dan isteri yang solehah. Apa itu soleh? Ia adalah apabila semua kerjabuat kita mampu membawa pembaikan dan kebaikan (islah).

Hakikatnya, Ibu adalah PUNCA, CETAK dan SUMBER UTAMA pengaturan (rob) dalam pembentukan seseorang anak. Apabila kita dapat memenuhi peranan kita sebagai rob, iaitu pendidik dan pengasuh kepada anak-anak, InsyaAllah anak-anak akan mampu melakukan perkara yang sama bila kita tua nanti.

Masih ingat rangkap doa anak untuk orang tua ini? “Kama Robbayana soghiiro”- “sepertimana mereka memelihara (rob) kami waktu kecil”.

Apabila anak terlalu bergantung kepada Amah dan Taska, maka anak akan mula membahagi kasih sayang dengan ibunya. Sewaktu ibu memisah diri dari anak untuk keluar bekerja, waktu itu terputus hubungan (silah) kita dengan anak. Sesaat kita terputus, sesaat itulah banyak unsur gejala yang datang dari selain ibu akan masuk ke dalam diri anak-anak kita. Ismail a.s. hebat kerana siti hajar tidak pergi lebih jauh dari bukit Safa & Marwa ketika mencari air. Batas jarak pemergian Hajar ialah seperlaungan tangis bayi.

Itulah juga hakikat SOLAT, yang juga dari katapokok SILAH, yang diwajibkan 5x sehari dalam pembentukan keluarga. Bila kita tidak solat, maka kita terputus hubungan dengan Allah. Bagaimana? Kerana rukun qauli dari ayat quran yang dibaca dalam solat adalah mesej Allah yang menghubungkan kita denganNya, semacam kita membaca surat (surah) cinta Allah kepada kita. Isunya ialah PERHUBUNGAN intim dengan anak.

SURI RUMAH SEPENUH MASA PALING TINGGI MARTABATNYA

Ada kaum ibu yang bekerja atas nama sendiri, kerana ingin bermewah-mewah, ingin memenuhi keinginan peribadi memiliki wang sendiri untuk bebas membeli itu dan ini. Dengan wang sendiri juga isteri mudah jadi ego, sukar untuk patuh kepada suami. Ini hakikat kebergantungan atau pilihan kedua dalam hidup berperaturan. Dengan Allah pun begitu juga. jika kita ada sembahan lain kita akan kurang membesarkan Allah.

Ada juga kaum ibu yang bekerja kerana Allah, atas dasar keperluan membantu keluarga. Ada juga yang bekerja untuk memenuhi fardu kifayah, kerana berkhidmat kepada manusia.

Ringkasnya kita harus meneliti samada kita ini bekerja kerana “need or greed”? Apapun, banyak telah kami huraikan keperluan ibu untuk bertawakal saja kepada ketetapan Allah. Kembalilah kepada fitrah surirumah sepenuh masa dalam kondisi Ramadh ini. Sikit rezeki kita buat cara sikit. Yang penting jika kita sanggup puasakan nafsu diri, sedikit akan berkat. Itulah hakikat Ramadhan alMubarak.

Apa yang diceritakan dalam artikel Saifulnang harus dibaca serentak. Beliau mengambil langkah yang sama atas prinsip yang telah diuswahkan dengan jayanya oleh pengasas RPWP sendiri. Ini turut diikuti oleh beberapa Warga Prihatin yang lain.

Dr Masjuki (mesra dipanggil Ayah) adalah aktivis masyarakat sekian lama. Dengan latarbelakang keluarga dan pengalaman meneliti hal ehwal umat sejak kecil, maka banyak pelajaran yang Ayah kutip. Ayah melihat gelagat isteri dan rakan karibnya sejak di kolej lagi. Di samping keperluan menyelamatkan anak, Ayah juga bimbang dengan gejala isteri selengkoh atau gangguan seksual ditempat kerja. Banyak firasat Ayah telah terbukti benar di mana guru perempuan rakan sekerja mak ibu yang ayah curigai ditangkap maksiat dengan guru lelaki yang juga Ayah perhatikan. Mereka ditangkap di hotel berhampiran sekolah. Itulah hakikat sekilas dipandang sudah tahu jantan betina. Itulah dia kasyaf membaca TANDA.

Jika kita ini memang jenis bahan ratahan api, kayu rapuh yang kering dan mudah terbakar. lebih baik jauhkan diri dari api. Itulah `damage control’. Lainlah jika kita jenis pokok hidup yang sentiasa basah dan kuat akarnya. Harap anda faham maksud kami.

Pengalaman 7 orang maid yang pernah bekerja di rumah Ayah pula lain cerita. Pejabat Ayah tidak sampai 1 km dari rumah. Ayah selalu ambil inisiatif balik mengejut sekali sekala memerangkap maid. Ayah selalu `check’ cara maid menjaga anak-anaknya dengan meneliti kondisi pampes contohnya. Banyak juga kes bila ibu tiada, maid muda Ayah akan mula buat-buat keluar bilik air hanya dengan tuala ‘tanggung’, tanpa coli dan seluar dalam yang anda boleh bayangkan seksinya. Yang sudah bersuami pun ada yang mengaku janda. Calang-calang suami akan menggigil nafsu dibuatnya.

Sifat perempuan memang mudah digoda dan suka menggoda. Tidak peliklah kalau banyak suami yang selalu tertinggal barang untuk “makan tambah” dengan maid dalam rumah sendiri. Isteri gersang dan pekerja wanita moden penggoda di pejabat juga tidak kurang teruknya. Itu Ayah sahkan dengan begitu ramai gadis seksi yang menggoda, menawarkan tubuh dengan terus terang semasa mereka bekerja di syarikat Ayah dulu. Jika tidak dengan tawaran lisan, Ayah boleh lihat mereka menawarkan dengan bahasa tubuh yang anda sendiri tahu, tak perlu cerita.

Jika Ayah kaki betina yang tak fikir dosa pahala, memang kenyang dengan zina di rumah, pejabat atau dimana-mana. Atas dasar itu juga, Ayah meminta isterinya Cikgu Shakirah (Mak Ibu) berhenti kerja sebaik saja ikatan kontrak biasiswanya tamat iaitu semasa anak sulungnya masuk darjah 1.

Alhamdulillah hasilnya kami semua nampak jelas. Banyak pun kisah tentang semua anak-anak dan keluarga Ayah yang telah diartikelkan.

SOLAT ITU MEMANDAIKAN, PUASA ITU MENYIHATKAN

Banyak sekali tarbiah yang seharusnya mampu mendidik kita dalam solat telah terbazir. Ini kerana ramai dari kita yang melakukan solat tidak memahaminya sepanjang hayat.

Sekali lagi kami seru agar kita ramai-ramai meminati quran. Bacalah, ambil nota, catitkan apa-apa yang menarik dengan minat seminat-minatnya. Ambil pelajaran dari mesej besar yang Allah telah utuskan kepada kita sebagai tanda cintaNya. Sebab itu Allah wajibkan kita bacanya dalam solat. Kita kata kita cinta Allah! tapi tidak sudi pun memahami surat cintaNya, wajar tak? Jika Allah berikan kita peta dalam surat itu, kita cuma baca atas sejadah dan tidak bangun pakai kasut dan berjalan ikut arah peta itu, adakah kita sampai ke tempat yang Allah nak tunjuk? Lebih sengal lagi jika kita tidak faham satu apa pun pun isi surat yang kita baca.

Soal ekonomi keluarga sudah jelas diterangkan dalam artikel Saifulnang. Yang nak kami rumuskan ialah bagaimana hakikat bahawa “puasa itu sihat”?.

Cukuplah ulasan bahawa `ritual’ puasa makan minum itu membuatkan perut kita rehat, buang toksik dan lemak badan dan sebagainya. Yang ingin kami kongsikan ialah bagaimana kesihatan AKAL boleh diraih dari PUASA NAFSU secara HAKIKAT (actual).

Bila kita sedang berpuasa, nafsu yang berpaksikan tabiat syaitan akan diikat. Untuk memenuhi nafsu kita banyak guna masa dan akal kita ke arah itu. Bila nafsu diikat, maka yang bebas adalah AKAL. Nah tiada lagi alasan bosan, sunyi duduk dirumah dan sebagainya. Masa inilah kita isi minda dengan membaca alquran sepenuh minat. Nanti kita akan jadi dekat dengan ilmu Allah. Makin lama makin minat, makin jelas dan yakin serta semakin tenang hati. Semakin hari semakin pandai dan bertambah bekalan ilmu untuk mendidik anak dan memainkan peranan isteri. Semakin baik dan terarah juga khidmat kita kepada suami.

Hasilnya, anak akan jadi semakin akrab dan mengenali kita. Anak semakin mesra dan sentiasa mengenang jasa. Tambah bila anak tahu yang kita berkorban, berhenti kerja hanya untuk menjaga mereka. Kajian kami menunjukkan anak dari surirumah sepenuh masa lebih akrab, lebih kenal dan menyayangi ibu mereka. Ini berbeza dengan anak yang banyak masa dengan maid kerana ibu banyak masa terpisah kerana bekerja. Anak tunggal pun boleh punah.

Dulu anda bersolek dan pakai cantik-cantik ke pejabat. Balik pula nak basuh dan cuci muka tak mau pakai gincu dan make-up lagi untuk suami sebab esok nak solek semula. Sekarang anda ada lebih masa untuk bersolek dan pakai seksi untuk menyambut suami pulang.

Jika anda buat dengan `all-out’, berhabis-habisan atau `kholas’ untuk memenuhi arahan Allah, atas nama Allah, insyaAllah rumahtangga akan bahagia. Itulah hakikat IKHLAS. Anak dan suami semakin sayang semuanya. InsyaAllah, suami akan terhutang budi dengan pengorbanan kita dan jadi semakin sayang sebab dia juga merasai nikmatnya. Itulah kesihatan `actual’ hasil dari HAKIKAT PUASA.

Janganlah selepas berhenti kerja jadi semakin malas pula..! Masa kerja dulu boleh bangun subuh, bila dah berhenti bangun jam 10. Dulu bersolek ke pejabat, bila berhenti dok kekal berkemban dengan bedak sejuk saja. Jenis begini, tak ada ayat lagi, kecuali nasihat untuk anda gali lubang kubur saja. Jika begini, tahulah sang suami, segalanya jadi haru biru dulu bukan sebab kerja, tapi memang kita jenis PEMALAS. Masa ni lah suami cari lain..

Sila baca bersama tips 14 – APPLIED SAINS BAGAIMANA MENELITI MUSIBAH
– Bila berlaku musibah, Allah ajar agar kita baca “Qul-Innalillahi Wainna Ilaihiroojiuun”- “Katakanlah sesungguhnya bagi Allah (yang menetapkan musibah itu) dan sesungguhnya kepada Allah kembali segala RUJUKAN (sebab musabab musibah berlaku)”.

Kami, ibu-ibu Prihatin tutup coretan ini dengan rangkap terakhir artikel Saifulnang yang sangat membuatkan kami semakin hari semakin sayang kepada anak dan suami…

“Kerja suri rumah sepenuh masa memang teruk dan wajar dihormati. Masa suami tiada, mereka BEKERJA di rumah, suami balik…. Mereka DIKERJAKAN pula. Berbahagialah.!

http://prihatin.net.my/2013/09/20/repost-suri-rumah-ialah-satu-kerjaya-tertinggi-seorang-wanita/

“RAMAI ISTERI YANG BEKERJA JADI LETIH, TIDAK BERAPA NAK DIKERJAKAN OLEH SUAMI”

Kami suka dikerjakan oleh suami. Biar penat tapi puas hati. Biar hidup sederhana tapi kami bahagia. Anda pula bagaimana?

Tips oleh ibu-ibu
WARGA PRIHATIN

Parenting Tid Bit 19 : Malaikat Bukan Satu Misteri Agama

MALAIKAT 2Parenting Tid Bit 19 : Malaikat Bukan Satu Misteri Agama. Adaptasikannya Dalam Konsep Pendidikan Akhlak

Sejak kecil kita diajarkan bahawa setiap manusia yang lahir di dunia ini ada malaikat yang sentiasa mengawasi dan mencatit amalan baik dan buruk mereka. Pada masa yang sama juga kita semua tahu bahawa Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar dan Allah tidak lupa, yang dulu sekarang dan akan datang. Mengapa Allah masih perlukan Malaikat? Perlu catit dan melapur pula tu? Ini lah mekanisma PENGATURAN alam.

“Alhamdulillahi Robbil Alamiin”- “Segala puji bagi Allah Pengatur alam”. Kita membaca Fatihah setiap hari yang menuntut kita memuji Allah dengan keberkesanan pengaturan Allah ke atas alam ini. Namun Kami juga yakin bahawa tidak ramai yang menyedari yang sesungguhnya Allah, zat yang mengatur sekalian alam ini sedang mengajarkan kepada kita bagaimana kita harus berbuat untuk menjadi seorang pengatur di atas dunia ciptaanNya. Dalam isu ini bagaimana fungsi malaikat itu harus diterjemahkan dalam sistem kehidupan keluarga Islam.

Coretan ini adalah melalui kisah dan pengalaman kami didalam mendidik diri dan adik-adik agar mungkin menjadi sumber inspirasi bagi yang merasakan kehausan ILMU RUMAH TANGGA. Melalui “konsep malaikat”, anak-anak di RPWP diajarkan unuk saling memerhati, menjaga, dan menasihati antara satu sama lain terutama sekali ketika mereka berada di luar kawasan seperti di sekolah, di padang riadah, di masjid, di majlis jemputan dan sebagainya.

Melalui konsep ini, setiap anak akan menjaga tingkah laku mereka kerana mereka tahu bahawa selain memerhatikan sahabat yang lain, mereka juga diperhatikan. Penjaga kami juga menggunakan seluruh sumber lain yang ada dengan mendapatkan maklum balas mengenai tingkahlaku mereka melalui guru-guru mereka, cctv dan sebagainya. Bahkan penjaga kami sendiri yang memberikan rotan kepada guru untuk menghukum sekiranya kami melakukan kesalahan.

Hasil sehari pemerhatian anak-anak kemudiannya harus dilengkapi dengan proses maklum balas dimana hasil salah laku mesti ditegur atau dihukum sewajarnya. Perbuatan yang baik pula mesti dinampakkan dan diberi ganjaran atau pujian agar menjadi suntikan semangat kepada pelaku dan jadi contoh kepada yang lain.

Ketika proses maklum balas dari peranan kemalaikatan ini, setiap anak dengan sendirinya akan mengakui kesalahan masing-masing kerana andai mereka tidak mengaku, pasti akan ada teman-teman mereka yang akan melaporkan kesalahan mereka. Secara tidak langsung, ia mengajar anak-anak Prihatin untuk bersikap lebih telus.

Kitab amalan anak-anak akan di tutup di hujung waktu Asar, sebelum Maghrib. Hasil sesi maklum balas yang dilaksanakan dalam syuro harian anak-anak malam hari itu kemudiannya akan dilapur dan dibincang dalam syuro bapa tengah malamnya. Hasil rumusan dari syuro bapa akan menjadi sumber inspirasi ibu-ibu untuk disampaikan dalam ikrar pagi anak-anak itu pada keesokannya. Proses ini diamalkan setiap hari di Rumah Pengasih Warga untuk memastikan akhlak penghuni didalamnya sentiasa berada didalam keadaan yang baik dan terkawal. Maka, seluruh fungsi kekeluargaan berjalan setiap hari tanpa cuti.

Bukan sahaja anak, para bapa dan ibu di sini juga tidak lari dari konsep “peranan malaikat” ini. Hanya dengan mengamalkan konsep ini, kami sendiri sedang merasakan nikmatnya hidup berkeluarga walaupun diantara kami kebanyakannya tidak memiliki pertalian darah sama sekali. Rasa kasih dan sayang yang lahir dalam hidup berkeluarga tidak akan datang dengan bergolek dengan sendiri tetapi melalui pelbagai proses antaranya seperti saling memerhati, menegur, dan beristighfar (mengakui kesalahan sendiri).

MAT SALEH DAH TAHU DAH BENDA NI, MEREKA MUNGKIN LEBIH ADVANCE “ISLAM”NYA SEBAB ITU MEREKA KELUARKAN IDIOM “YOU HATE A GOOD FRIEND FOR TELLING YOU THE TRUTH BUT YOU LOVE BAD FRIENDS WHO TELL YOU LIES”.

00 malaikatNikmat yang kami rasai di sini dan bapa-bapa juga ibu-ibu kami rasai ialah satu suasana ketelusan tanpa prejudis. Jika buruk dikatakan buruk, jika baik dikatakan baik. Pahit, panas telinga, panas hati itu dah biasa tetapi konsep BERUBAT memang ubat yang baik itu semua pahit-pahit (lagi-lagi ubat tradisional) dan yang manis-manis tu semua bawa kencing manis sahaja.

Begitulah Allah mengajarkan kita tentang sistem kawalan dalam keluarga. Berapa ramaikah anak-anak zaman sekarang menyimpan rahsia? Ada tak peranan malaikat yang jaga tepi kain mereka? Berapa ramai pula adik beradik lain yang subahat? yang saling lindung melindungi atas kerjabuat negatif? Si Kak Ngah pergi dating boyfriend dan ponteng sekolah, Si Kak Long tolong coverkan. Kerana Kak Long punya giliran nanti, Kak Ngah pula yang tolong coverkan. Lagi teruk, sampai boleh buat projek bawah tangga, Si kakak cover adik, Si adik cover kakak (Nauzubillah). Maaf, kami bercakap dari fakta kes-kes yang merujuk kepada institusi kami bukannya cakap kosong.

Perlulah diingat, Malaikat tidak makan (nasi dan rasuah). Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, berilmu, bukan dari api macam syaitan dan batu api. Jadi, Malaikat menjalankan tugasnya dengan kefahaman, TANPA KEPENTINGAN, tanpa prejudis, sucihati dan tidak mengapi-apikan berita. Amalan KITA sekarang pula LAIN SEKALI. Tiada isu jika adik beradik melindungi kesalahan adik beradik yang lain dari pengetahuan pengatur mereka (kecuali mereka juga terjebak sama dan terpaksa melindungi untuk dilindungi). Jika ada lapuran pula atas dasar dengki dan irihati..!

Inilah konsep dan prinsip dalam kehidupan yang saling bergantung dengan fungsi kemalaikatan dalam keluarga dan masyarakat yang banyak Allah nyatakan dalam Quran namun kita tidak dapat `menyedut’ sistem itu untuk dilaksana agar teratur keluarga kita.

Sila baca bersama Parenting Tips 17 dan Siri Sains Fatihah 1-7.

Hasil Cetusan ZamZam ke-2
ANAK PRIHATIN

Harakah Kren – Rahsia WASILAH Membesarkan Allah

Terserlah wajah ceria barisan co-founder Prihatin selepas kren Kobelco yang diidamkan telah berjaya dimiliki. Walaupun tidak banyak, kami tetap bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa penyumbang yang menitipkan kepada kami dana mereka untuk bersama-sama dalam pembangun Rumah Pengasih Warga Prihatin. Walaubagaimanapun, ia masih terlalu jauh dari mencukupkan RM60,000 harga pembelian kren ini. Tambahan pula kami terpaksa keluar belanja tambahan untuk baikpulih sistem hindraulik, brake, starter dan lain-lain untuk melancarkan penggunaannya.

Walaupun Harakah Kren yang kami umumkan temphari di http://prihatin.net.my/2013/09/01/hero-kami-dah-sakit-sakit-dah-perlu-beli-kren/ mendapat reaksi yang tidak berapa menggalakkan, tetapi kami tetap meneruskan niat kami memandangkan kesihatan beberapa co-founder kami yang semakin uzur. Johari Ibrahim, Khairudin Md Nor, Khalinan Tahar dan Rosli Ludin adalah antara yang sudah agak parah sakitnya. Semua mereka telah menggalang pembinaan rumah ini melebihi kemampuan fizikal mereka sebelum ini. Hasilnya ialah rumah yang telah separuh disiapkan itu dan juga penyakit yang semakin menjadi-jadi.

Untuk tidak lagi kehilangan tenaga kerja yang semakin hari semakin sedikit dek kerana faktor usia dan kesihatan, maka kami gagahkan juga pembelian jentera itu yang telah kami gunakan. Alhamdulillah terbukti kecepatannya dan penjimatan tenaga dari tulang empat kerat.

Kami terpaksa menggunakan “Dana Tabungan Kesihatan dan Dana Pendidikan” yang kami ada. Walaupun ia bukan secara langsung tetapi tanpa jentera ini, kami akan menyaksikan satu persatu hero-hero kami ini tumbang dengan kesakitan yang kemudiannya akan menelan belanja lagi banyak lagi untuk kos rawatan. Pusing ikut manapun, tetap kami lihat keperluan untuk kren ini sangat tinggi. Insyaallah dana pendidikan dan kesihatan yang digunapakai itu akan dapat diganti bahkan ditambah lagi satu masa nanti.

Kami bukan membelinya untuk mempercepatkan pembangunan bagi menampung lebih ramai anak-anak anda dididik di sini. InsyaAllah, dengan adanya kren ini, kami mampu mempercepatkan proses pembinaan yang semakin rancak ini. Bila sarana rumah ini sudah memadai, Insyaallah anda yang telah beratur untuk menitipkan anak anda ke sini boleh mula senyum.

Terima kasih sekali lagi bagi mereka yang telah mengambil peluang untuk turutsama dalam “Harakah kren” ini. Sesungguhnya, di sebalik setiap pembinaan dalam rumah kami ini, ada nama-nama anda sedang dipahatkan. Kami menyeru anda supaya maklumkan kepada kami apa saja yang anda sumbangkan kerana biar sumbangan seringgit sekalipun, ada hak anda yang wajib kami dan anak anak kami tunaikan… iaitu DOA.

Ada dua video yang disiapkan oleh anak-anak kami untuk update status dan falsafah di sebalik Allahuakbar dari Harakah Kren ini. Antara isinya ialah bagaimana kita berkorban untuk menyatakan dan menzahirkan apa yang tersirat di hati dalam usaha kita MEMBESARKAN ALLAH.

Kami yakin jika video ini disimpan dan hanya disiarkan 100 tahun dari sekarang, ia bukan saja akan jadi sangat viral, malah pemilik video itu mungkin akan jadi BILIONARE, hanya mengutip royaltinya sahaja. Begitulah kesan intipati video ini yang kami dapat bayangkan. Samalah seperti apa yang berlaku zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. “Orang-orang terkemudian yang tidak bersama dengan aku akan lebih meyakini aku lebih dari kamu yang berjuang bersama-sama dengan ku”, demikian maksud sabda baginda.

Kami sedang upload video yang satu lagi, walau pun pendek tetapi saisnya amat besar kerana ia dalam bentuk HD. Sekurang-kurangnya pihak sekolah dan Universiti, malah pakar motivasi yang sering menggunapakai video kami boleh turut menggunakannya tanpa perlu meminta fail asal dari kami. Jika anda terjumpa video itu tersiar sebelum kami isikan teks yang berkaitan dengannya nanti, bukalah semula untuk melihat teks artikelnya.

Bagi yang meminta untuk kami pastekan Caption Text / Subtitle video itu, Insyaallah akan kami usahakan. Untuk video kedua nanti InsyaAllah mudah kami lakukan. Video pertama yang dihiasi dengan Nasyid “Pemuda Islam” ini tidak boleh “cut n paste”, jadi kami kena taip semula. Apapun, ada baiknya anda tonton dua kali, pertama untuk gambarnya, ke dua untuk mesejnya.

Kerana ia adalah satu pekej untuk MEMBESARKAN ALLAH.

Alhamdulillah

HARAKAH KREN – Video yang bakal dicari para ibu bapa 100 tahun nanti.

HARAKAH KREN – Video yang bakal dicari para ibu bapa 100 tahun nanti.

Tatkala kita santai di cuti panjang hujung minggu dan HARI MALAYSIA. Tatkala 1500 artis menghibur 50 ribu watan negara di Sabah sana, anak-anak Prihatin pulang dari Universiti memanfaatkan waktu bekerja bersama kami. Dari seusia 10 tahun sampai yang si tua yang sakit sakit berpesta kerja, menyiapkan sarana buat menambah warga anak didik yang ramai dalam senarai menunggu.

Ia bukan sangat kerana jentera kren itu, tapi ada suatu tentang nasib agama dan bangsa yang jauh lebih utama ingin kami aspirasikan melalui video ini. Kami cuba kongsikan rahsia mengapa kami sanggup wakafkan “keseluruhan” harta yang ada. Mengapa kami memilih meminggirkan ketuanan dunia dan menjadi Hamba Marhaen dan menjadi sukarelawan percuma sahaja. Mengapa kami begitu beriya-iya. Mengapa anak-anak didik kami ikut serta, tanpa banyak cerita dan meminta-minta.

Naluri kesedaran kali ini adalah dengan memetik ASBAB gejala Buang Bayi yang telah terlalu berleluasa. Dimulakan dengan paparan akhbar bertajuk, “ANAK HARAM BERCAMBAH” di ikuti slide “Statistik buang bayi”. Jika Bukit jalil boleh memuatkan 100 ribu manusia, maka jumlah bayi terbuang perlu beberapa Stadium yang sama saisnya.

Pakai headphone kerana `sound effect’nya agak menyeramkan bulu roma juga. Tidak pasti samada ia boleh bertahan lama kerana mungkin ada sekatan pada muzik yang kami guna. Tutup mata jika anda tak tergamak melihat imej bayi dikelar, bayi pecah kepala dan sebagainya. Buka mata semula untuk melihat buangan bayi yang sudah sangat biasa. Bayi dihurung semut dan kerengga, atau merengkok dibakul sampah bersama sayur sisa, yang reput dilongkang dan sebagainya.

Berikut ini adalah sub title video yang mungkin sukar anda baca kerana asyik dengan panorama aerial view dengan `helicopter’ ikhsan dari Unit Video “CandidSyndrome” yang sangat mempersona.

< Mula>

Cukuplah, cukuplah, cukuplah…
Kami tak sanggup… Nak Tengok Lagi…!!!
Bolehkah gejala ini berhenti sendiri?

Bolehkah kita sekadar berdakwah
Hanya dengan pena dan lidah?

Berpuluh tahun kita memerhati…!
Berpuluh tahun kita mengkaji..!
Akhlak anak muda semakin menjadi-jadi …!
Yang tua, pemegang amanah asyik berkelahi…!

Kalau Tidak Sekarang, Bila lagi… ?
Kalau Bukan KITA Siapa lagi…?

Akidah anak-anak kita dah terlalu lemah …!
Wang & Harta sudah jadi pemusnah…!

Jika akhlak anak tidak kita perbaiki…
Harta dan anak akan makan diri sendiri…

Demi anak generasi kami berkhidmat…
Sekian lama berkerja guna tulang 4 kerat…
Tak kira malam siang selagi sihat…!

Tapi kami tak boleh lagi berdikit-dikit…
Yang dulu sihat sudah ramai sakit…!

Yang dulu bersama ada yang dah meninggal…
Takut rumah belum siap kami pula dijemput Ajal …!

Dana yang sedikit harus dibahagi-bagi…
Tenaga yang sedikit juga harus dikaji…
Oleh itu Mesin & jentera berat harus di beli…
Demi Nasib Agama & kesejahteraan anak generasi …
Kami rela korban seluruh harta & diri…!

Tiada kejayaan tanpa perngorbanan warga…
Yang dah rosak itu rakan2 anak kita juga…
Jika tidak dibaiki, anak cucu kita turut terima gejala…!

Yang masih selera bermewah bermegah… Sila habiskan..!
Yang asyik berkelahi…, Boleh teruskan…!
Yang Menyembah pangkat & kuasa … sila Puaskan..!

Yang masih memperkecilkan Allah, boleh ikut suka..!
Hidup ini sebentar saja, rugi jika tak sempat berpoya…!

Persetan dengan marhaen yang hidup derita…
Persetan dengan jenayah yang berleluasa…
Persetan dengan bayi yang dibuang merata…
Itu masalah mereka, kita peduli apa…!

Persetan dengan Murka Allah & segala macam bala…
Syurga neraka belakang cerita, itu urus nanti di sana…

Ini saja cara yang ada untuk merawat hati…
Ini cara kami merendah diri, membesarkan ILAHI …
Kami tak sanggup lagi melihat kehancuran pertiwi…!

Jika ditakdirkan gugur atau cedera juga kami rela…
Yang ingin sangat menitipkan anak sabarlah seketika…
Beri kami masa mempersiapkan sarana…!

Jika anak-anak anda tidak sempat kami bina…
Telah kami wasiatkan anak kami untuk membantu mereka…
Bagi membalas jasa anda yang menyumbang DANA…
Biarpun tak ramai & jauh dari sempurna…

Biarpun seringgit, akadkanlah dengan nyata…
Kerana infak yang ikhlas berhak menerima doa…
Tanpa mengenali penderma sukar untuk kami mencatatnya..

Semuga Usaha Kita Mampu Membina…
SYURGA & REDHA YANG MAHA ESA…

RAKAMAN Video dari Udara Ikhsan dari Candidsyndrome
Kalau anda nak tengok rupa bumbung bangunan anda, carilah mereka.

Warga Prihatin

RPWP Kini Milik Semua

2

SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH, LA-ILAHAILLALLAH, ALLAHUAKBAR.

Ramai Folower Warga Prihatin yang memberitahu mereka mengambil masa hampir sebulan untuk mentelaah sebanyak mungkin artikel lama kami yang mereka terlepas pandang. Ada pula artikel yang terlalu berat. Mereka terpaksa baca berulang kali. Ada yang terpaksa ambil inisiatif merujuk kepada Quran dan Hadis untuk membenarkannya.

Minggu lepas ada yang memberitahu beliau terlalu asyik, sehingga tidak tidur sampai subuh membaca artikel kami sebaik saja dapat tahu dari seorang rakan dan amat terkesan dengan kesemua artikel kami. Dikatakan idea dalam artikel kami sangat FRESH bukan jenis RECYCLE yang dipenuhi pelbagai rujukan dan “cut and paste” yang bercelaru di sana sini. Ada juga kami terserempak posting `saja-saja’ yang tanpa isu mengatakan KAMI DOKONG WARGA PRIHATIN sebagai tanda terkesan. Sila lihat di gambar print screen yang dipaparkan.

Ironinya, ramai dari kalangan ustaz guru sekolah (bukan Ustaz Penceramah Umum) yang tidak berkepentingan dan juga tok imam dan jawatankuasa masjid yang mula menyatakan sokongan. Banyak juga Page rasmi MASJID yang jadi folower kami dan Admin atau AJK Masjid sendiri merujuk kepada kami bagaimana cara untuk mendidik anak dan menggalakkan anak-anak muda ke Masjid.

Ada dari mereka adalah jiran sekampung kami sendiri, guru-guru sekolah dan Ustaz anak-anak kami. Ada sebahgian telah sering bertamu dan menjadi Likers Page kami sekian lama. Mereka ini tahu akan pengiktirafan masyarakat terhadap akhlak anak-anak RPWP di kedua-dua cawangan kami. Selain dari kempen mulut ke mulut oleh Ketua Kampung, ADUN dan AJK Masjid, mereka juga nampak sendiri pekerti Anak-anak Prihatin, khususnya ketika di Sekolah, dalam majlis dan Masjid. Namun mereka tidak pernah tahu rupanya banyak penemuan pedoman mengurus keluarga cara Islam yang bagi mereka sangat istimewa, mudah dan efektif ada di Prihatin itu boleh meraka ikut amalkan. Mereka hanya sedar setelah kami aktifkan semula Page dan blog kami sejak Julai tahun ini.

KENAIKAN VIEWS YANG MENDADAK

Sebelum meninggalkan PC untuk perbincangan mingguan keluarga sekitar Jam 9 malam semalam, admin agak terkejut melihat sekitar 22,000 pembaca sedang online di Page Warga Prihatin. Sekitar Jam 3.30 pagi, Usai berdipan-dipan selepas bergotong royong melakukan kerja, Admin lihat tidak banyak jumlah itu menurun. Sedangkan semalam tiada isu yang viral dalam artikel kami dan bukan pula masa “high traffic” di internet, yang biasanya sebelah pagi waktu pejabat. Sebelum ini jumlah tertinggi “on-line viewers” dalam satu satu masa pernah yang direkodkan adalah sekitar 3-6 ribu saja, itupun bila ada artikel yang sangat hot dan viral.

Tidak yakin dengan statistik di FB, pada waktu begini, kami cuba lihat statistik di blog. MASYAALLAH…, kami amat terkejut yang jumlah visitor semalam hampir 7,000 sehari. Ini terlalu jauh melebihi statistik view biasa bagi kebanyakan blog kekeluargaan, keagamaan yang termasyhur. Ia juga mengalahkan jumlah view blog selibriti yang biasanya sekitar 3,000 sehari. Alhamdulillah, ada juga kami terjumpa satu posting yang mengajak seseorang ke KARAOKE lewat malam telah dijawab, “AKU SEDANG MENTELAAH PAGE WARGA PRIHATIN”. Sehingga jam 3.30 pagi ini saja sudah ada 1,651 view (maknanya dalam masa 3.30 jam di awal pagi ini). Semuga mereka tidak melupakan SOLAT MALAM kerana asyik membaca artikel kami.

Apapun yakinlah, majlis ilmu adalah taman syurga. Menuntut ilmu dan melawan nafsu adalah JIHAD AKBAR.

TOPIK YANG JADI TUMPUAN VIEWER WP

View pada topik Parenting Tips yang Muhkamat (bersifat lansung), khasnya yang ada demo melalui VIDEO,  dan juga isu kemelut politik sangat menjadi tumpuan. Malangnya artikel berbentuk ilmiah yang memerlukan sedikit tumpuan hati dan akal amat kurang diminati. Antaranya adalah siri Sains Puasa, Sains Fatihah, Sains Syahadah, Sains Jihad Dengan alQuran dan lain-lain. Ketahuilah pembaca sekalian, kami dapat mengenalpasti dan meniru pekej perlaksanaan holistik dari pelbagai Sunnah-Sunnah Rasul juga melalui penelitian “applied science” dari pembacaan al-Quran dan Sunnah itu sendiri.

Ya, Selama ini kami sangat yakin melaksanakannya dan Alhamdulillah dapat merasai sedikit nikmat dari kejayaannya kerana kekuatan fakta “Applied Science” pada alQuran & Sunnah itu sendiri.

Oleh itu kami cadangkan, jika anda serius untuk mencari dan mencuba sendiri carahidup Islam mengikut kaedah Allah dan perlaksanaan Sunnah Rasulullah SAW, anda juga harus ambil masa dan cuba ikut meneliti. Bacalah beberapa kali jika anda dapati sukar memahaminya kerana apa yang kami nukilkan adalah dari bahasa perlaksanaan kami sendiri. Kami ambil masa bertahun-tahun untuk memahami dan mencari kaedah perlaksanaan yang terbaik (bagi kami lah!). Oleh itu, jika anda belum ikut melaksana, mungkin agak sukar memahaminya. Namun kami dapat banyak juga maklumbalas dari mereka yang berjaya memahami praktikaliti artikel itu secara holistik setelah membaca 2x atau 3x.

Subhanallah… Paling menggembirakan kami adalah apabila ramai yang maklumkan bahawa sejak mengikuti artikel kami, mereka jadi berminat membaca terjemahan alQuran dan meneliti Hadis-hadis. Mereka katakan seolah-olah Prihatin telah menampakkan kaedah, membuka mata, minda dan hati mereka bagaimana cara terbaik membaca alQuran dan hadis.

Anda tahu mengapa?

Kerana penemuan dan pendirian Warga Prihatin adalah, SELURUH isi alQuran dan SUNNAH adalah merupakan satu PERINTAH Allah dan Rasul. Semua ayat dan hadis ada unsur “strategi yang hebat”, menjadi panduan untuk kita laksanakan. Quran Bukan sekadar satu penceritaan kosong seperti sebuah NOVEL CINTA yang biasa kita baca. Tidak ada sebab Allah nak ceritakan “kisah itu dan ini” sekadar memberitahu Allah mampu buat itu dan ini semata-mata. Allah mahu agar kisah-kisah dalam alquran itu menjadikan pembacanya mendapat pelajaran, mampu meneliti dan secara holistik melaksanakannya langkah demi langkah, ayat demi ayat dan berjaya mengulangi kejayaan apa saja yang diceritakan dalam wahyu Allah itu.

Hadis dan Quran banyak menceritakan pelbagai strategi membangun agama, membaiki akhlak serta strategi dan kaedah perjuangan orang terdahulu. Banyak kisah tentang pengorbanan, amanah, semangat juang, akhlak terpuji dan pelbagai kemenangan hasil perjuangan mereka. Itulah hakikat bagaimana ilmu Allah telah dihubungkan (SILAH) kepada Nabi melalui Malaikat untuk menunjukkan contoh perlaksanaannya kepada manusia. Kerana itulah kita harus hubungkan dan merujuk carahidup kita pada sunnah baginda. Kita harus cari, tuntut, gali, pelajari dan teliti cara nabi dan ahli keluarga baginda diurus.

Itulah hakikat sains gunaan dalam konsep SOLAT (perhubungan dengan Allah melalui kitabnya) dan SOLAWAT (perhubungan dengan Rasul melalui perlaksanaannya). Itulah yang kita lafazkan dalam TAHIYAT, penutup SOLAT kita.

“Allahumma Solli ala Sayidina Muhammad, Wa’ala ali Muhammad”
“Kama Sollaita’ala Ibroohiim, Wa’ala Alii Ibroohiim”.
“Wabaarik ‘ala Muhammad, Wa’ala Ali Muhammad”
“Kama Baarokta ‘alaa Ibroohiim, Wa’ala Ali Ibroohiim.”

Islam sangat menitikberatkan kesejahteraan keluarga, asas pengeluaran sebuah generasi IMAMAH dan watan warga negara yang baik. Sebab itu jika kita mampu faham Fatihah, kita akan sedar bahawa surah-surah selepasnya adalah tentang akhlak sebuah isi KELUARGA.

InsyaAllah jika kita faham Sains Solat dari wudu’ sampai salam, kita akan mampu mendapat kesejahteraan dan keberkatan dalam keluarga sepertimana telah dinikmati oleh Rasulullah SAW dan keluarganya, sepertimana telah berjaya dinikmati oleh Nabi Ibrahim A.S. dan keluarganya. Barulah kita dapat menampakkan SALAM pada golongan kanan, ahli keluarga kita (dikatakan WAJIB), bahkan jika mahu, kita mampu mensejahterakan golongan lain yang masih berhaluan kiri (dikatakan sunat).

RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN KINI JADI MILIK SEMUA

AWAL mula usaha kami dalam urusan penulisan adalah sekadar update status, memaklumkan apa yang sedang berlaku di RPWP, siapa yang datang melawat dan sebagainya.

Entah bagaimana ia kini menjadi satu perkongsian ilmiah pula. Ia bermula bila kami terpaksa menjawab pelbagai persoalan yang diutarakan oleh para pembaca.

Sejujurnya Kami sendiri adalah golongan yang buta huruf dalam bidang agama dan penulisan. Cuma kami terlalu bingung memikirkan gejala sosial dan nasib generasi ini. Kami berusaha keras mencari pedoman terbaik dan melaksanakannya. Asal Kami jahil kesemuanya, tidak pandai membaca kitab dan hadis, bagaimana mungkin kami pandai menulis, kerana itu bukan bidang kami. Kami tidak pandai berbahasa “standard penulisan”, tambahan pula menyentuh isu-isu yang berkaitan secara lansung atau pun tidak dengan soal agama.

Sebab itu apabila ramai penerbit yang melamar untuk membukukan kesemua artikel kami, khasnya sejak akhir akhir ini, kami tidak terima walaupun dijanjikan dengan royalti dan biaya. Tidak kurang juga TERLALU RAMAI motivator yang melamar kami untuk ikut buat business sebagai motivator kepada pelajar dan ibu bapa.

MENGAPA KAMI TOLAK SEMUA LAMARAN ITU?
KAMI INGIN KESUCIAN ALQURAN TERPELIHARA.

Hasil penelitian Quran dan Hadis, kami dapati terlalu banyak perselisihan pendapat dan perpecahan umat antaranya juga disebabkan terlalu banyak kitab yang ditulis. Akhirnya alquran itu sendiri ditinggalkan. Ada pula yang tegas menyarankan, jangan baca alquran tanpa merujuk KITAB, tafsir itu dan ini, ULAMAK itu dan ini.

Apa yang kami dapati adalah sebaliknya. Kami mudah kenal hadis itu palsu atau sahih, kitab itu tepat atau tersasar, penceramah itu berilmu atau merapu dengan merujuknya kepada alquran. Quran saja yang telah dijamin ketulinannya untuj dijadikan rujukan. BUKAN QURAN PULA YANG HARUS DIRUJUK KEPADA MEREKA.

Kami tidak mahu PATRI MATI fakta dan hujah dalam artikel kami. Apabila penulisan itu sudah dibukukan, ia akan menjadi satu buku, satu kitab dan ketetapan. Ini amat merbahaya. Dikhuatiri ada ketidaksempurnaan hujah kami di sana sini yang perlu dibaiki. Kami tidak sanggup menanggung dosa dan laknat Allah. kami lebih suka ada yang terpanggil dan ikut sama berusaha menyempurnakan R&D yang telah kami mulakan. Itu lebih murni dan selamat. Sekadar paparan di FB dan blog boleh kami baiki selalu apa bila ada keperluan, kerana ia berbentuk soft data.

Sedangkan hadis dan kisah yang didengar lansung dari lisan Nabi lagikan Nabi larang menulisnya. Inikan pula cetusan biasa dari insan jahil lagi kerdil dan hina dina macam kami. Cuba baca mukaddimah naskah terjemahan alquran anda, kebanyakkan terjemahan ada memasukkan hadis tentang “larangan menulis hadis” ini.

Dalam al-Quran juga melarang kita menulis kitab dan komersialkan wahyu Allah (QS, 2:79). Jika didapati apa yang kami kongsikan dari apa yang telah kami praktikkan itu bersih dari bidaah dan syubahah, Anda bebas untuk ikut mencuba dan meyakininya.. Jika tidak, anda bebas menolaknya dan mengkaji semula. Jangan sampai apa yang kami coretkan dijadikan HUKUM dan anda ikut buta-buta begitu saja.

Cukuplah kitab agung alQuran jadi pautan dan tunggak rujukan kita bersama.

KAMI YAKIN PRINSIP INI MAMPU MEMBERSIHKAN TERLALU BANYAK PERSELISIHAN PENDAPAT DARI BERBAGAI-BAGAI KITAB DAN CETUSAN PRIBADI OLEH TERLALU BANYAK GOLONGAN ILMUAN DI PASARAN.

Jika setiap Muslim mengambil inisiatif MEMBACA & MEMAHAMI alQuran dan meneliti Hadis dengan penuh minat, lama kelamaan InsyaAllah kita semua akan mampu menyucikan apa saja kekeliruan dan kesilapan orang terdahulu yang telah menyebabkan ummat berpecah. Inilah faktor utama yang telah menyebabkan Islam yang sepatutnya semakin hari semakin maju, semakin gagah, kini jadi semakin berpecah, semakin lemah dan jatuh tersungkur.

NASIHAT & TEGURAN DIALU-ALUKAN

Tiada siapa yang maksum dan sempurna tanpa bersatu dan usahasama. Kerana itu jugalah kami sangat berbesar hati dengan teguran-teguran. Ada yang menyalurkannya secara tertutup melalui inbox dengan penuh hormat dan berbudibahasa. Bagi yang terlibat, sesungguhnya kami sangat berterima kasih.

Ada pula yang menegur secara terbuka samada secara sedar atau tidak. Walaupun ini bukan adab menegur yang baik namun kami masih berterima kasih dan bersangka baik. Ada juga artikel yang kami edit semula, atau kami delete sekalipun atas nasihat ramai.

Malangnya ada beberapa kerat yang bersifat jagoan, “Keyboard Warrior”, pakar “Cut & paste” atau pelajar agama, atau mungkin golongan “Imam Muda”yang baru nak menempa NAMA, tanpa segan silu terus memaki hamun secara terbuka dengan lagak dan carut marut yang nauzubillah sukar diterima sama sekali. Untuk folower sedemikian, kami tidak teragak-agak untuk BAN kerana akhlak buruk anda akan mengeruhkan suasana usrah. Kata-kata anda pencetus suasana neraka dalam rumah maya kami. Sejujurnya, kami tidak perlukan folower yang “arrogant” dan tidak berbudi bahasa seperti ini. Biarlah follower kami sedikit tetapi berakal dan berakhlak, kerana pembinaan akhlak adalah sasaran kami.

BIAR SEDIKIT ASALKAN YANG SEDAR DIRI & INGIN MENCARI

Islam kuat bukan dengan jumlah yang ramai, tapi golongan sedikit yang berkualiti. Telah Allah tetapkan “Tidak menerimanya kecuali sedikit, “Illa Qoliila”. Siapa golongan yang sedikit ini? mereka adalah golongan yang sudah berumahtangga. Khususnya ibu bapa yang sudah pening, sudah bingung. Isteri sukar dinasihati, suami tidak berfungsi, anak sudah lari atau buang bayi, tabiat anak kecil tidak dimengerti dan macam-macam lagi. Masalah maksima melanda biasanya sekitar umur 40, bila anak sudah meningkat remaja. Tidak kurang juga pasangan muda yang 2 minggu selepas kahwin sudah huru hara.

YAHUDI DILAKNAT KERANA MEMENTINGKAN BANI ISRAEL SAHAJA
ISLAM PULA BERSIFAT MERAHMATKAN ALAM, TIDAK KIRA KAUM

Ramai Non-Muslim ikut berprogram dengan kami, ada yang sampai ikut INFAK BULANAN atau tahunan kerana mereka dapat mengesan keberkesanan satu sistem kehidupan. Ramai juga yang membawa seluruh keluarga mereka untuk bersama anak-anak kami kerana mereka rasa banyak yang harus anak-anak mereka pelajari di rumah ini. Hampir kesemua mereka mengatakan ujud tahap ketenangan ibarat SYURGA di rumah ini. Ada yang posting “WE JUST GOT BACK FROM HEAVEN”, Subhanallah.

Oleh itu, walaupun kami sangat sibuk dengan kerja pembangunan, Kami cuba juga memenuhi permintaan pembaca. Sedaya upaya dan secara PERCUMA kami cuba cari masa menulis untuk kongsikan serba sedikit pedoman yang kami rasa baik dan selesa. Kenapa kami kata baik?, kerana ia adalah sesuatu yang telah kami laksanakan melalui kajian khusus secara berjemaah dan istiqomah sekian lama. Ada juga perkongsian berupa rumusan dari hasil PEMERHATIAN HALUS yang kami dapati sepanjang kami menjalankan projek pembangunan insan secara praktis selama ini.

Sejujurnya, KAMI masih belum cukup baik untuk mengatakan kami sudah berjaya. Oleh itu, Jika kami tidak kongsikan pun rasanya tidak mengapa.

Kami semua yang dahulunya menghadapi berbagai-bagai masalah keluarga dan perangai anak-anak yang bermacam-macam Alhamdulillah telah dapat merasakan sedikit nikmat ketenangan SYURGA melalui fenomena “Rumahku Syurgaku” ini. Demi kasih sesama insan, demi semangat persaudaraan dan demi menunjukkan rasa syukur kami kepada Allah atas hidayah Nya, maka kami kongsikan pengalaman kami. Kami ingin anda semua turut merasainya.

Ilmu hanyalah di sisi Allah dan perkongsian terbuka ini adalah sebagai tanda kami amat bersyukur dapat merasa nikmat ilmu itu. Itulah adat berjiran, jika durian itu sedap dan dapat dihidu baunya oleh jiran, hulurkanlah seulas dua. Itu yang sedang kami cuba. Sesungguhnya, sokongan dan minat anda telah menambah minat dan semangat kami. Terima kasih sekali lagi. KAMI SAYANG ANDA SEMUA.

LUAHAN SYUKUR DARI
Warga Prihatin.

Falsafah Musibah, Sabar & Maghfiroh – Pengalaman Sofiah Wali

sofiah musibah

Selalu kita dengar nasihat bahawa musibah itu adalah kifarah, ia adalah mekanisma pengampunan dari Allah. Tapi kita sering bingung mencari apakah mekanisma pengampunan itu. Daripada begitu banyak artikel yang telah ditulis oleh anggota Warga Prihatin, pagi jumaat ini Admin pilih yang ini untuk sama sama kita perhati.

Kelmarin kita disajikan dengan musibah anak 2 tahun yang maut dilanggar kereta bapa yang dipandu secara main-main oleh abangnya berumur 4 tahun. Kesannya masih terasa dalam benak fikir kita hingga saat ini. Kaitkan dengan konsep RUJUKAN ke atas penyebab setiap musibah yang berlaku melalui falsafah disebalik “INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUUN” yang telah dihuraikan semalam. Jika anda belum baca sila buka Parenting Tips 14.

Mari kita lihat bagaimana luahan hati Ibu sofiah ini menunjukkan bahawa sepanjang era kesakitan, beliau memikir semula kerjabuat masa lampau. Sepanjang berada di kerusi roda atau di wad hospital, beliau isi dengan pembacaan al-quran beserta maknanya. Beliau isi masa menemani kesakitan dengan menghisab diri.  Bagaimana peranan beliau sebagai ibu dalam mendidik anak, sebagai isteri melayan suami, sejauhmana ketaatan beliau sebagai Hamba kepada Allah. Bagaimana habit pemakanan beliau dan berbagai lagi.

Kita lihat Bagaimana beliau mampu mengisi ruang kesakitan dan ketidakupayaan melakukan apa apa untuk jangkamasa bertahun-tahun itu dengan zikir hati, bermuhasabah diri dan bertaubat. Kini beliau sedar dan insaf, banyak bersyukur dan sangat redha dengan apa yang berlaku. Semuga Allah terima taubat Ibu Sofiah, serta ampuni semua dosa-dosa beliau.

Ikuti luahan beliau sejurus selepas pulang dari Hospital PPUM selesai pembedahan lutut beliau baru baru ini.

MUSIBAH, SABAR & MAGHFIROH
Luahan SOFIAH WALI : Un-edited.

Setiap insan di mukabumi ini pasti akan menerima pelbagai ujian dari Allah S.W.T. Tidak kira kecil atau besar. Tua atau muda. Semua diuji dengan kemiskinan, anak-anak, saudara mara, kelaparan, kesakitan, jiwa yang tidak tenteram dan pelbagai lagi.

Adakah kita mampu melawan dugaan dan ujian itu. Sudah cukup kentalkah kesabaran kita dalam menghadapi semua itu. Adakah kita akan merungut atau mengeluh dengan musibah yang menimpa. Menyalahkan Allah lalu hilang pegangan, longgar kekuatan. Adakah ujian itu membuatkan kita jauh tersasar dari segala ketentuanNya…? Itu antara soalan-soalan yang harus sentiasa saya zikirkan setiap saat.

Pernahkan kita terfikir bahawa segala musibah yang menimpa adalah akibat kesalahan dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan dahulu. Acapkali kita melanggar perintahNya dan berbuat sesuka hati mengikut nafsu kita..?

Ya Allah….!
Aku sujud padaMu. Yang hina dina dan terlampau banyak kekurangan adalah hambaMU ini. Yang dahulu sering lalai dan selalu engkar pada arahan dan seruanMu.

Ya Allah…!
Ampunilah hambaMu ini. Terimalah taubat hambaMu ini. Aku redha dengan uijian ini. Sesungguhnya segala-galanya datang dariMu.

Allah menetapkan akan beroleh keberuntungan orang-orang yang kuat kesabarannya. Selalu mensyukuri nikmat dengan kesihatan yang baik. Sesungguhnya KESIHATAN ITU MAHKOTA MUJAHID. Yakin sesungguhnya menerima kesakitan itu dengan berlapang dada dan sentiasa menzikirkan namaNya , maka terhapuslah dosa-dosa kita.

AL Anbiya ayat 83 : dan ( ingatlah kisah ) Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, ” ( Ya tuhanku). sungguh aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.

Al Anbiya ayat 84 : Maka Kami kabulkan (doa) nya, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan jumlah mereka sebagai suatu rahmat dari Kami, dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Kami.

Dikesempatan ini, saya Sofiah Binti Walli ingin memanjatkan rasa syukur saya kepada Allah S.W.T. diatas nikmat dan kurniaNya keatas saya. Juga ingin saya ingin sampaikan rasa terimakasih yang tidak terkira kepada semua yang memberi sumbangan, kekuatan dan semangat kepada saya. Alhamdulillah dengan doa daripada semua, kesihatan saya semakin beransur-ansur pulih. Kaki yang sudah lama tidak mengorak langkah ini akan saya perkemaskan lagi kekuatannya untuk saya lebih berbakti kepada Allah, melalui khidmat yang tidak seberapa di Rumah Pengasih Warga Prihatin.

Kepada suami tercinta, En Rosli Bin Ludin yang juga sedang sengsara kesakitan tulang belakang. Hanya Allah sahaja yang akan membalas budi baiknya. Segala pengorbanan masa dan keringat akan tersemat dalam jiwa ini selamanya. Semoga Allah akan memberi keredhaanNya pada saya dan mempermudahkan usaha pembaikan yang sedang saya lakukan agar saya boleh menjadi isteri yang taat dah solehah. Yang selalu menyenangkan hati suami.

Doakan juga agar saya selamat menjalani pembedahan seterusnya, Insyaallah 22 September nanti.

Sekian. Alhamdulillah. Terimakasih.

Insan Prihatin Yang Terhutang Budi
SOFIAH WALI.

Parenting Tips 11: Membangunkan Anak Dari Tidur


PARENTING TIPS 11: TIPS MEMBANGUNKAN ANAK DARI TIDUR

Salah satu daripada masalah besar ibu bapa ialah kesukaran mengejutkan anak dari tidur.

Tips kali ini memberikan contoh secara langsung bagaimana amalan terbaik membangunkan anak dari tidur. Kali ini ia berbentuk video, sebagai memenuhi permintaan ramai yang ingin melihat secara live amalan parenting kami. Maaf kualiti agak rendah sebab ini rakaman video lama dan ia adalah kandid, bukan filem/drama.

Dr Masjuki, Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin yang mesra kami panggil AYAH adalah seorang yang tegas, tipikal seorang bapa gaya orang JAWA. Jika KESEMUA anak-anak beliau yang telah kami paparkan mempunyai jatidiri dan semangat juang yang tinggi adalah kerana beliau mampu turunkan jatidiri beliau dengan lancar. Soalnya apakah amalan atau tabiat beliau dalam membentuk dan mendidik anak sejak bayi? Ini yang menarik untuk sama-sama kita perhatikan.

Abu Rijal yang mesra dipanggil Ijal, adalah anak bongsu beliau yang berumur 5 tahun ketika rakaman video ini. Seumur ini Ijal sudah menghafal Surah-surah Juz Amma, sudah masuk pertandingan tilawah peringkat daerah dalam katagori tadika. Kini beliau sudah masuk pertandingan azan, Nasyid dan sebagainya. InsyaAllah akan kami upload sedikit klip hafazan dan rakaman kandid interaksi beliau dengan Ayah, termasuk bagaimana beliau dirotan juga kemudian nanti.

Sepertimana 7 orang anak-anak Ayah yang lain, Ijal yang kini darjah 4 juga petah berbicara, berwajah ceria, berani atas pentas dan agak cemerlang akademiknya. Ayah hanya tegas dan agak garang ketika anak-anaknya buat salah. Tapi ketika anak dalam keadaan patuh kita boleh lihat bagaimana Ayah membelai dengan penuh kasih sayang. Oleh itu hukuman paling berat dan ditakuti anak-anak Ayah ialah HUKUMAN MASA, iaitu bila Ayah tak izinkan mereka masuk bilik Ayah untuk bermesra. Sikap Ayah terhadap kami rakan-rakan co-founders yang berkerja sama-sama dengan beliau juga begitu.

Sebelum Ayah jatuh dan patah kaki dahulu, pejabat beliau di tingkat 3 RPWP. Beliau banyak melakukan kerja pejabat di waktu malam kerana siang terpaksa melakukan banyak kerja kasar membina bangunan. Lihat bagaimana setiap malam Abu Rijal bawa bantal dan selimut naik ke tingkat 3 untuk tidur atas lantai menemani Ayahnya.

BAGAIMANA AYAH BERHALUS MENGEJUT DAN MEMBANGUNKAN IJAL?

Ayah sangat minat dan mendalami bidang Psikologi dan mendapat distinction sewaktu di Universiti. Pesan Ayah, Jangan sekali-kali sergah anak atau menengking sewaktu mengejutkan mereka. Ini boleh mematikan jiwa mereka. Kita cuma perlu rapatkan diri, body contact, seakrab mungkin dengan anak sejak kecil, biar anak rasa hangat tubuh kita, berlaku energy transfer dan mereka akan sentiasa mengenang dan respek dengan kita.

Sebenarnya kebanyakkan Parenting Tips yang kami kongsikan adalah hasil uswah dari Ayah yang telah kami berjaya copy dalam mendidik anak-anak. Alhamdulillah kami merasa sangat beruntung.

Video ini telah lama kami gunakan untuk memberikan tunjuk ajar kepada semua para penjaga anak-anak di RPWP agar tidak sekali-kali mematikan mood anak di awal subuh ketika membangunkan mereka. Jika ini berlaku, anak-anak akan memulakan harinya dengan buruk dan tertekan pada hari itu. Pelajaran akan susah diterima, akal tidak akan berkembang.

PERHATIKAN VIDEO INI: AYAH MEMBANGUNKAN IJAL DALAM 2 EPISOD.

Episod Pertama ialah untuk menyedarkan dia akan sampainya waktu untuk bangun. Ayah lakukan sampai pasti ada tindakbalas dari Ijal, dalam video ini Ijal angkat badan memeluk Ayah. Ini menunjukkan bahawa dia telah sedar. Ayah beri respond semula kepada Ijal walaupun sekadar satu ciuman mesra. Kemudian Ayah biarkan semula seketika, siap selimutkan lagi dan beberapa minit kemudian Ayah ulangi lagi untuk membangunkan Ijal sepenuhnya.

Setelah Ijal bangun, Ayah iringi dengan pelukan dan ciuman. Bergantung kepada tahap sedar, Ayah iring juga dengan sedikit kata kata semangat, pujian dan kasih sayang. Kemudian setelah Ijal siap mandi dan beruniform, beliau naik semula bertemu Ayah untuk dapatkan izin ke sekolah pula. Perhatikan kali ini bagaimana Ayah melayan komunikasi Ijal, termasuk interaksi badan (body language). Menarik bukan?

Perhatikan juga bagaimana setiap kali Ijal respond pelukan Ayah dengan turut menepuk belakang Ayah. Lihat bagaimana Ijal menjawab soalan Ayah dan mengajukan soalan-soalan balas. Tindak balas ini harus dijadikan tanda yang mesej kita samada secara body language atau verbal telah sampai dan diproses oleh anak dengan baik.

Teknik ini kalau ibu yang buat mungkin kurang berkesan, kecuali ibu tunggal yang tiada pilihan, atau ketika si bapa tiada di rumah. Waktu ini ibu tentu sedang sibuk sediakan sarapan. Jadi bapalah yang kena buat. Sebab tu bapa pun kena belajar bangun awal. Sayang tu sayang jugalah. Sebagai bapa, kalau Ayah dah buat baik-baik Ijal tak mau bangun, nanti Ayah berdehem mengerang sikit, melompatlah dia bangun.

Bagi anda yang tidak yakin sebelum mencuba, ingatlah, tips ini bukan untuk kita lakukan sepanjang masa dan usia. Ia hanya satu pendekatan awal sebelum anak masuk darjah 1. Dalam video ini Ijal bangun jam 7.00 sebab Tadika mula 8.00am. Ijal dan rakan-rakan di RPWP telah bangun SENDIRI seawal 5.30 am, solat subuh berjemaah sejak darjah 1 lagi tanpa lagi Ayah panggil pun.

Sekarang ni kesemua mereka ada ikrar jam 6.30 pagi. Isnin Khamis pula kena bangun awal sikit sebab nak sahur untuk puasa sunat. Mana kami ada masa nak layan macam ni pada kesemua 65 anak yang residen, sampai besar? Jadi bila anak dah terbiasa, hari-hari mereka akan bangun sendiri sekarang. Mudah bukan? Lebih mudah lagi jika anak anda yang besar telah terlatih begini dan ketika anda semakin sibuk mencari nafkah, mereka pula lakukan pada adik-adiknya. Maka suburlah jiwa anak-anak anda kerana MEWAH DENGAN BELAIAN.

Ayah sendiri ada seorang anak Down Syndrome. Kami kagum bagaimana Ayah dan Mak Ibu boleh latih Nurhani sampai mampu menjaga kakaknya yang OKU tanpa sebarang masalah, berbanding dengan anak-anak OKU lain yang kami jaga. Semuanya bermula dari awal.

Amalan seterusnya setelah anak membesar ialah meneruskan ciuman, dakapan dan kata nasihat sewaktu mereka minta izin pergi dan bersalam waktu balik sekolah/Universiti. Ini Ayah teruskan sehingga kesemua anak-anaknya besar panjang. Menurut Ayah, setiap kali Ayah pulang lewat sewaktu berniaga dahulu, Ayah akan masuk bilik anak-anak dan kucup mereka yang sedang tidur, kadang-kadang betulkan selimut mereka (rujuk Parenting tips 2). Berkali-kali setiap hari kami memerhatikan adegan peluk cium Ayah dengan anak-anaknya.

Alhamdulillah kami bersyukur mendapat uswah itu secara live dan first hand. Kami sendiri bangga dan seronok bila sesekali dapat juga rasa peluk cium dengan Ayah. Waktu itu kami yang selama ini bingung mengurus keluarga menitis air mata kerana terlalu bersyukur mendapat tunjukajar secara lansung untuk mendidik anak-anak dari Ayah. Tak percaya? Tengok sendiri klip video raya baru-baru ni.

SELAMAT MENCUBA.

Kudap Kudap
WARGA PRIHATIN

http://prihatin.net.my/2013/08/31/tips-parenting-prihatin-3-kucup-anak/

http://prihatin.net.my/2013/08/09/takbir-eidul-fitri-prihatin/

http://prihatin.net.my/2013/08/08/linangan-air-mata-kasih-aidilfitri/