Category Archives: Apresiasi Seni

image_pdf

KEBOSANAN ANAK-ANAK JADI PUNCA KREATIVITI

Tidak ramai yang sedar fenomena di mana 'kebosanan' anak-anak juga adalah suatu yang berguna sebagai peransang imaginasi…

Posted by Warga Prihatin on Jumaat, 3 Ogos 2018

Tidak ramai yang sedar fenomena di mana ‘kebosanan’ anak-anak juga adalah suatu yang berguna sebagai peransang imaginasi dan inisiatif mereka untuk ‘mencipta’ sesuatu.
.
Jika kita lorongkan kreativiti itu di jalan yang baik, maka baiklah hasilnya. Jika kita biarkan, mungkin mereka akan melakukan sesuatu yang tidak kita duga pula.
.
Warga Rpwp

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM #1

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM #1

>>> NOTA / PENGUMUMAN <<<

KAMI HENTIKAN POS GAMBAR YANG KAMI TERIMA DARI INBOX DI RUANGAN KOMEN ARTIKEL SEDONDON. SEBALIKNYA KAMI HIMPUNKAN DI ALBUM KHAS “KENANGAN SEDONDON AIDILFITRI 2015” INI.

INBOX JUGA TERLALU PENUH. AGAK LAMBAT UNTUK KAMI DOWNLOAD DAN PINDAHKAN IA KE ALBUM. JADI SILA UPLOAD SAJA DI RUANG KOMEN ARTIKEL SEDONDON YANG DISHARE OLEH SAIFUL NANG. JIKA TIDAK LEPAS BARU KIRIM DI INBOX WARGA PRIHATIN. INI UNTUK MENGURANGKAN BEBAN DI INBOX MALAH LEBIH CEPAT UNTUK ADMIN KUTIP DARI SANA.

UNTUK MENGURANGKAN BEBAN GAMBAR YANG TERLALU BANYAK DALAM SATU-SATU ALBUM, MAKA KAMI AKAN TERUS BUKA ALBUM BARU SELAGI MASIH ADA KIRIMAN KOLEKSI KENANGAN SEDONDON INI HINGGA HUJUNG SYAWAL.

MERIAH DAN SERONOK SEKALI MENATAP GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEDONDON YANG KALIAN KIRIMKAN. TIDAK DAPAT ZIARAH, DAPAT TATAP GAMBAR PUN SUDAH CUKUP MENYENANGKAN HATI. BUAT MASA INI KAMI TIDAK MASUKKAN GAMBAR KIRIMAN YANG TIADA “AURA SEDONDON” WALAU SEDIKITPUN KERANA ITU SUDAH LARI DARI TEMA ALBUM INI.

BEBERAPA GAMBAR TERBAIK AKAN KAMI POSISIKAN DI TEMPAT TERATAS DALAM SETIAP ALBUM UNTUK TATAPAN UMUM… MUNGKIN ADA IDEA UNTUK PERANCANGAN SEDONDON TAHUN DEPAN PULAK 😀

>>> SILA CARI GAMBAR ANDA DAN ISIKAN SENDIRI KAPSYEN (ULASAN) YANG PERLU UNTUK DIKONGSI DENGAN PEMBACA LAIN. TIDAK PERLU MINTA IZIN UNTUK TAG DAN SHARE DENGAN YANG LAIN. INI ALBUM KITA BERSAMA <<<

* * *
Banyak sekali gambar sedondon dengan kombinasi warna yang menarik. Sayangnya BANYAK yang tidak cukup kemas dan sempurna (KAFFAH) walaupun kombinasi warna sudah cukup baik.

Selain sedikit sebanyak warna dan design baju tidak sama, antara kekurangan lainnya ialah jenis dan patern songkok, samping dan tudung tidak sama. Ada yang tidak pakai songkok dan samping pun. Alangkah ruginya…

Tapi tidak mengapa…. kita tunggu lagi koleksi kiriman gambar sedondon dari pembaca yang masih bertali arus….

Lepas ni boleh kita sama sama sarankan yang mana paling cantik dan layak jadi pemenang… (dah jadi pertandingan lah pula…)

Tahniah kepada yang telah berjaya menyatukan ahli keluarga dan menzahirkan kesatuan itu melalui musawwimin pakaian raya.

“SELAMAT HARI RAYA, AIDILFITRI”

WARGA PRIHATIN

 

MENGKOBAR SEMANGAT MELALUI TAKBIR RAYA

MENGKOBAR SEMANGAT MELALUI TAKBIR RAYA

Tahun-tahun lepas, Ayahanda Pengetua RPWP hanya bawa nada rendah untuk takbir raya beliau. Tahun ini anak-anak sudah dilatih untuk takbir dan kebanyakan mereka bawa nada rendah yang biasa ayah bawa sebelum ini supaya lebih lunak, menyentuh hati, dan mudah dihayati.

Tahun ini Ayah seru dalam tausiah khas agar para murobbi dan anak-anak yang mampu cuba bawa nada tinggi. Oleh kerana ada tetamu luar yang ikut takbir, maka Ustaz Shauqi dan Ustaz Saiful diminta memberikan tausiah ringkas tentang takbir raya. Ayah pula tambah dengan rasional mengapa ayah minta bawa nada tinggi supaya tetamu tidak terkejut..

Sudah sampai masanya Warga Prihatin tinggikan nada suara sebagai menggambarkan isi hati dalam menyampaikan seruan melalui takbir raya. Ayah harapkan nada yang tinggi ini boleh diselarikan dengan penghayatannya. Dengan penjabaran maksud takbir yang jelas, alunan itu mampu membakar semangat seluruh warga yang mendengarnya.

Sementara itu, ayah minta semua warga sampaikan aura melalui nada tinggi itu untuk membesarkan Allah, mengikhlaskan diri untuk agama Allah, dan benar-benar berhamdalah memuji Allah. Turut diseru agar dipasangkan semangat yang sama untuk qowwam dan bertegas dalam menolak kutukan golongan kafir yang membenci cara hidup Islam yang sebenar.

Dengan pencapaian memberangsangkan RPWP, AIP dan Wakaf Enterprise, kebanyakan warga sukarelawan yang telah banyak berkorban harta dan diri itu lulus pelbagai ujian dari Allah selama ini. Dengan itu selayaknya mereka zahirkan dengan penuh semangat lafaz tahlil dengan sebenar-benar iktikad nafi dan isbat terhadap Allah.

Ayah juga minta masing-masing zahirkan rasa syukur dan berhamdalah melalui lontaran suara takbir itu. Syukurilah dengan ikhlas segala rahmat berupa petunjuk, taufik dan hidayah yang diberikan Allah. Hanya petunjuk Allah itu yang memungkinkan WP mampu mengislahkan warga dan anak-anak jagaannya. Tanpa petunjuk yang tepat dan berkesan dari Allah, kami juga akan gagal dan teraba-raba.

Untuk memberikan contoh nada tinggi kepada yang lain, maka ayah telah rakamkan contoh nada itu dan dimainkan di audio sistem RPWP sehari lebih awal supaya kami boleh ikuti dan melatih diri.

Malangnya ada sesuatu yang melucukan telah berlaku. Di kalangan Murobbi hanya beberapa orang sahaja yang mampu bawa nada tinggi. Seorang daripadanya diberi peluang untuk menyampaikan takbir dengan nada tinggi sebelum Ayahanda. Rupanya nada beliau lebih tinggi dari apa yang Ayah harapkan. Lebih malang lagi ayahanda sudah terpengaruh dengan nada itu. Maka, berhempas pulaslah beliau mempertahankan suaranya dengan nada yang ‘terlajak tinggi’ itu.

Apapun, kami benar-benar dapat rasakan aura seruan yang dizahirkan melalui takbir raya ayahanda kali ini. Sama-samalah kita hayati.

Tidak perlu minta izin untuk share selagi mana ianya untuk tujuan dakwah dan tidak dijadikan fitnah. Demikian juga dengan takbir yang begitu syahdu dari anakanda Hayat (10 tahun) yang kami upload malam tadi.

Salam Syawal, Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin (sama makna dengan lafaz baru ‘kosong kosong’)

Tapi maaflah, pendapat kami lafaz maaf begini ini hanya sekadar lafaz adat di kad raya untuk kita nampak berbudi bahasa sahaja semasa buat ucapan raya. Tiada maknanya sedikit pun selagi kita tidak nyatakan satu persatu salah dan dosa kita dengan rendah hati, sungguh-sungguh serta penuh insaf untuk tidak mengulanginya.

Biar siapapun kita, mari ambil sempena Syawal dan Aidilfitri. Mari kembalikan fitrah manusia, fitrah hamba di tempatnya semula, sesuai dengan kehendak Allah, Pencipta kita.

WARGA PRIHATIN

RESTU

RESTU

Ramadhan adalah bulan panas yang sarat dengan pelbagai isu hangat yang memanaskan jiwa. Kita benar-benar memerlukan air untuk jadi penawar dan penyejuk jiwa.

Buat penyejuk hati di bulan ramadhan ini, maka kami hadiahkan sebuah lagi nasyid nostalgia yang sudah tidak kedengaran untuk sama-sama kita hayati bait-bait nasihat di dalamnya.

Antara sunnah besar baginda Rasulullah SAW yang WAJIB kita amalkan ialah habit beristighfar, mengakui khilaf diri, segera memohon ampun dan kemaafan. Mesej ini turut disampaikan dalam nasyid lama yang kami muat-naik sebelum ini.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153972114762786/?video_source=pages_finch_main_video

Inilah antara masalah paling besar pada masyarakat kita hari ini. Tidak mahu bermuhasabah diri dan sukar memohon ampun. Akhirnya kita terus terusan berada dalam noda dan dosa yang mengundang kemurkaan Allah dan manusia.

Ironinya, sikap sukar memohon ampun ini juga dilengkapi dengan sifat SUKAR MEMAAFKAN pihak lain. Maka jadilah kita golongan yang berpenyakit hati, sentiasa dalam keadaan menyumpah seranah pihak lain. Padahal pada masa yang sama kita juga dirumpah seranah oleh Allah dan manusia kerana tidak mahu memohon ampun dan meminta maaf.

Ini adalah antara nasyid lama yang menjadi lagu rasmi anak-anak RPWP. Ia amat menyejukkan hati dan mampu mendidik jiwa.

Semuga bermanafaat.

Selamat berbuka,
WARGA PRIHATIN

 

AMPUNI KAMI

AMPUNI KAMI

Ramadhan adalah bulan panas yang sarat dengan pelbagai isu hangat yang memanaskan jiwa. Kita benar-benar memerlukan air untuk jadi penawar dan penyejuk jiwa.

Buat penyejuk hati di bulan ramadhan ini, maka kami hadiahkan sebuah lagi nasyid nostalgia yang sudah tidak kedengaran untuk sama-sama kita hayati bait-bait nasihat di dalamnya.

Antara sunnah besar baginda Rasulullah SAW yang WAJIB kita amalkan ialah habit beristighfar, mengakui khilaf diri, segera memohon ampun dan kemaafan. Mesej ini turut disampaikan dalam nasyid lama yang akan kami muat-naik selepas ini.

Inilah antara masalah paling besar pada masyarakat kita hari ini. Tidak mahu bermuhasabah diri dan sukar memohon ampun. Akhirnya kita terus terusan berada dalam noda dan dosa yang mengundang kemurkaan Allah dan manusia.

Ironinya, sikap sukar memohon ampun ini juga dilengkapi dengan sifat SUKAR MEMAAFKAN pihak lain. Maka jadilah kita golongan yang berpenyakit hati, sentiasa dalam keadaan menyumpah seranah pihak lain. Padahal pada masa yang sama kita juga dirumpah seranah oleh Allah dan manusia kerana tidak mahu memohon ampun dan meminta maaf.

Ini adalah antara nasyid lama yang menjadi lagu rasmi anak-anak RPWP. Ia amat menyejukkan hati dan mampu mendidik jiwa.

Semuga bermanafaat.

Selamat berbuka,
WARGA PRIHATIN

 

MALAYSIA NEGARA ‘KAMI’ BUKAN ‘KAMU’

 

MALAYSIA NEGARA ‘KAMI’ BUKAN ‘KAMU’


Dari dahulu sampai kini
Jauh sudah kita menjelajah bumi
Jauh kita belajar dan memerhati
Pelbagai peradaban dan mencari pekerti 

Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
Yang cantik molek milik orang
Walaupun hodoh itulah saudara sendiri

Akuilah, Malaysia ini negara kita
Kembalikanlah semangat mencari merdeka
Tak kira Melayu India mahupun Cina
Tak kira bangsa, budaya dan agama.

Itulah semangat nenek moyang terdahulu
Itulah penyatuan yang tidak mengenal bulu
Itulah perjuangan dengan matlamat yang satu
Itulah pengorbanan mereka untuk anak cucu…

Islam bukanlah agama penjajah
Islam bukanlah agama rasuah
Islam bukanlah agama yang murah
Islam agama terbaik dan menjadi uswah

Malaysia bertuah ini negara kita
Tempat kita sama-sama berusaha
Dari yang buruk menuju seruan Yang Esa
Dari porak peranda menjadi sejahtera

Ini negara tumpah darah kita…

Jika buruk, cantikkanlah
Jangan hanya sekadar berkata..

Jika kotor bersihkanlah
Bukan sekadar tutup hidung saja..

Jika rosak, baikilah
Bukan hanya cekak pinggang dan meminta minta,

Jika kurang lengkapkanlah
Buka sekadar mengharap jasa..

Ini tempat kita…
Ini tempat anak-cucu kita
Ini tempat akhlak ditempa
Ini tempat tokoh dicipta..

Carilah jalan membantu pemimpin kita
Biar siapapun dan apa parti politik mereka 
Rapatkan saf dan satukanlah tenaga
Hentikanlah fitnah dan adu domba..

Tangan mereka mungkin sudah penuh..
Kadang terlepas pandang 
Bukannya kerana mereka pengotor.

Tangan mereka mungkin penuh…
Terkadang yang buruk tak sempat dibaiki
Bukan kerana mereka suka keburukan.

Fikiran mereka mungkin kusut…
Banyak masalah dan diasak kemelut
Kerana itu kadangkala mereka juga kalut.

Mana yang silap kita betulkan
Mana yang salah kita maafkan
Mana yang terlupa kita ingatkan
Mana yang jahil kita ajarkan..

Mana yang bongkak kita tinggalkan saja..

Itulah Pemimpin yang tidak amanah dan gila kuasa
Itulah Pemimpin yang hanya tahu mengumpul harta
Itulah Pemimpin yang tidak perdulikan nasihat rakyatnya
Itulah Pemimpin yang membiarkan marhaen sengsara…

Wahai pemimpin sedarlah kalian semua…

Hidup ini tidaklah lama… 
Esok lusa ke liang lahad juga kita
Semua perbuatan bakal ditanya
Adakalanya bukan di kubur, tetapi di dunia…

Banyakkanlah muhasabah, kurangkanlah propaganda
Banyakkanlah beristighfar kepada yang Maha Esa
Apabila terlantik, sebelah kaki sudah di neraka..
Rasuah dan pecah amanah perbuatan paling hina.

Tiada manusia yang tiada khilaf…
Hentikanlah budaya menuding jari..
Gantikan dengan budaya meminta maaf..
Jika mahu dihormati dan disayangi..

InsyaAllah sekalian rakyat akan terbela
InsyaAllah negara akan aman sejahtera 
InsyaAllah kemurnian Islam akan ketara
InsyaAllah Malaysia akan unggul di mata dunia

Yang sejahtera dan mensejahterakan itulah ISLAM
Itulah kehendak al-Kholiq untuk sekalian isi alam
ITULAH SYURGA DUNIA DAN DARUSSALAM

Itulah impian kita semua…
Untuk Malaysia negara tercinta

WARGA PRIHATIN