Category Archives: ABOUT PRIHATIN

Latest development and activities of ‘Warga Prihatin’.

image_pdf

LIVE – Pengasas AIP di BNC TV

 

SIARAN LANGSUNG PENGASAS AKADEMI INSAN PRIHATIN (AIP) DI BERNAMA NEWS CHANNEL TV.

TIPS KEHAMILAN: KESAN EMOSI IBU TERHADAP KECACATAN BAYI – PART 3

TIPS KEHAMILAN: KESAN EMOSI IBU TERHADAP KECACATAN BAYI – PART 3

 

Saiful Nang di program Nine11 Bernama News Channel (BNC)

TIPS PARENTING: KONFLIK BERTANYA & MENYAMPUK DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK

TIPS PARENTING: KONFLIK BERTANYA & MENYAMPUK DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK

PARENTING TIPS #10 : AJAR ANAK BEKERJA

SELAMAT HARI RAYA DARI PROJEK PELANGI AS-SALAM

 

SELAMAT HARI RAYA DARI PROJEK PELANGI AS-SALAM

SELAMAT HARI RAYA DARI PROJEK PELANGI AS-SALAMTahniah buat seluruh warga Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Baru Bangi yang telah bersama PROJEK PELANGI. Semuga video ini mampu membuka mata dan hati lebih ramai umat Islam di akhir zaman ini. Rasulullah SAW bersabda:‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)Sabda Baginda lagi,إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)Semuga amal yang sedikit ini mendapat redha Allah lagi diberkati.Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin Ucapan tulus dari,WARGA PRIHATIN

Posted by Warga Prihatin on 21hb Jun 2017

SELAMAT HARI RAYA DARI PROJEK PELANGI AS-SALAM

Tahniah buat seluruh warga Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Baru Bangi yang telah bersama PROJEK PELANGI. Semuga video ini mampu membuka mata dan hati lebih ramai umat Iswlam di akhir zaman ini.

Rasulullah SAW bersabda:

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Sabda Baginda lagi,

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)

Semuga amal yang sedikit ini mendapat redha Allah lagi diberkati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

Ucapan tulus dari,
WARGA PRIHATIN

Kanak-Kanak Memerlukan Microb, Bukan Antibiotik

Kanak-Kanak Memerlukan Microb, Bukan Antibiotik


Oleh pada 17 Jun 2017 kategori

 

kanak kanak bermain

Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk memastikan persekitaran anak-anak kita terutamanya bagi anak yang masih kecil agar sentiasa bersih. Namun begitu, tahukah anda bahawa persekitaran yang ‘terlampau bersih’ sebenarnya tidak elok untuk sistem imunisasi kanak-kanak?

Benar.

Ibu bapa di barat terutamanya, gemar menggunakan sabun antibakteria, hand sanitizer dan seangkatan dengannya untuk yang bukan sahaja membunuh bakteria tetapi juga microb yang penting untuk membentuk sistem imunisasi kanak-kanak.

air pancut

Tanpa microb ini kanak-kanak tidak berupa meningkatkan sistem imunisasi badan mereka, seterusnya mendedahkan mereka kepada penyakit-penyakit kronik seperti asma. Perkara ini diakui oleh Marie-Clairie Arrieta, seorang pakar mikrobiologis dan salah seorang penulis buku Let Them Eat Dirt: Saving Our Children from an Oversanitized World.

Kajian di lab selama beberapa tahun juga menunjukkan bahawa microb sangat diperlukan pada peringkat awal pertumbuhan manusia (iaitu pada zaman kanak-kanak) untuk membentuk sistem imunisasi yang kuat. Pada peringkat awal kehidupan, badan kita tidak mempunyai sistem imunisasi yang kuat. Microb yang ada pada tubuh badan kita akan menghasilkan sejenis molekul yang akan berinteraksi dengan immune cell yang ada pada badan, seterusnya ‘melatih’ sel tersebut untuk menangkis ancaman daripada sel yang dihasilkan oleh microb tersebut.

Fakta in disokong juga oleh bukti epidemologikal mengapa kanak-kanak yang tinggal di ladang atau kawasan luar bandar kurang mendapat penyakit kronik seperti asma berbanding kanak-kanak yang tinggal di bandar. Ini berbeza dengan kehidupan kanak-kanak di bandar.

pantai 268

Kajian yang dilakukan juga mendapati peningkatan jumlah penghidap penyakit kronik seperti asma, obesiti dan alergik adalah selari dengan gaya hidup manusia kini yang ‘terlalu’ mementingkan kebersihan sehingga menghalang pendedahan anak-anak kepada microb yang penting untuk membina imunisasi badan mereka pada peringkat awal.

Jadi bagi ibu bapa, sekiranya anak-anak anda gemar bermain di luar, biarkan! Selain penting untuk melatih sensori dan motor pergerakan anak-anak, ianya juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi mereka.

Kredit: The Star

JEJAK ASNAF PROJEK PELANGI RAYA – LIVE PART 2

Akademi Insan Prihatin was live.

JEJAK ASNAF PROJEK PELANGI RAYA – LIVE PART 2

JEJAK ASNAF PROJEK PELANGI RAYA – LIVE PART 2Sedang berlangsung program serahan sumbangan besar besaran berupa baju raya dan pelbagai makanan seperti beras, roti, bihun dan sebagainya melalui PROJEK PELANGI di PPRT Lembah Subang.Inilah kemuncak program 'jejak asnaf' yang dilakukan anak-anak RPWP melalui PROJEK PELANGI. Tidak siapa menyangka ada ratusan, malah ribuan asnaf pelbagai katagori seperti anak yatim, miskin bandar, warga emas, ibu tunggal yang sangat kesempitan hidupnya. Dalam keghairahan umat Islam bersedekah di bulan Ramadhan pun mereka tidak berpeluang mendapat tempiasnya kerana kesukaran hidup mereka tidak diketahui umum. Ramai di kalangan mereka lebih susah dan dhaif dari anak yatim di rumah-rumah kebajikan yang ada kerana mereka menghadapinya bersendirian.Tiada mock-up cek, tiada pemberita mahupun TV, tiada majlis perasmian mahupun jamu jamuan, jauh sekali 'menyelitkan' ceramah politik dalam program ini. Tiada pilih kasih yang didorong oleh dengki atau irihati. Segalanya kami lakukan semata-mata demi mencari redha Ilahi. Ini kerana selain dari bantuan JK masjid, proses menjejak asnaf ini juga dilakukan dan disaring sendiri oleh wakil asnaf setempat yang kami lantik.Sesungguhnya program ini benar-benar mampu mendidik anak-anak, juga murobbiah dan murobbi RPWP, serta semua badan korporat dan segenap lapisan masyarakat akan erti kesusahan hidup yang dideritai oleh golongan terpencil dan terpinggir ini.Semuga kami dapat istiqomah membantu mereka. Semuga sedikit usaha dan amal kita ini diberkati Allah hendaknya. Amiin.WARGA PRIHATIN PROJEK PELANGIAIPWERDA & SARCWarga Rpwp

Posted by Akademi Insan Prihatin on 19hb Jun 2017

Published by Akhmal Asyraf · 2 hrs ·

JEJAK ASNAF PROJEK PELANGI RAYA – LIVE PART 2

Sedang berlangsung program serahan sumbangan besar besaran berupa baju raya dan pelbagai makanan seperti beras, roti, bihun dan sebagainya melalui PROJEK PELANGI di PPRT Lembah Subang.

Inilah kemuncak program ‘jejak asnaf’ yang dilakukan anak-anak RPWP melalui PROJEK PELANGI. Tidak siapa menyangka ada ratusan, malah ribuan asnaf pelbagai katagori seperti anak yatim, miskin bandar, warga emas, ibu tunggal yang sangat kesempitan hidupnya.

Dalam keghairahan umat Islam bersedekah di bulan Ramadhan pun mereka tidak berpeluang mendapat tempiasnya kerana kesukaran hidup mereka tidak diketahui umum. Ramai di kalangan mereka lebih susah dan dhaif dari anak yatim di rumah-rumah kebajikan yang ada kerana mereka menghadapinya bersendirian.

Tiada mock-up cek, tiada pemberita mahupun TV, tiada majlis perasmian mahupun jamu jamuan, jauh sekali ‘menyelitkan’ ceramah politik dalam program ini. Tiada pilih kasih yang didorong oleh dengki atau irihati. Segalanya kami lakukan semata-mata demi mencari redha Ilahi. Ini kerana selain dari bantuan JK masjid, proses menjejak asnaf ini juga dilakukan dan disaring sendiri oleh wakil asnaf setempat yang kami lantik.

Sesungguhnya program ini benar-benar mampu mendidik anak-anak, juga murobbiah dan murobbi RPWP, serta semua badan korporat dan segenap lapisan masyarakat akan erti kesusahan hidup yang dideritai oleh golongan terpencil dan terpinggir ini.

Semuga kami dapat istiqomah membantu mereka. Semuga sedikit usaha dan amal kita ini diberkati Allah hendaknya. Amiin.

WARGA PRIHATIN
PROJEK PELANGI
AIP
WERDA & SARC
Warga Rpwp

VIDEO HIGHLIGHT SERAHAN BAJURAYA PROJEK PELANGI 2017

 

VERSI PENDEK VIDEO HIGHLIGHT SERAHAN BAJURAYA PROJEK PELANGI 2017

VERSI PENDEK VIDEO HIGHLIGHT SERAHAN BAJURAYA PROJEK PELANGI 2017(Untuk yang ingin jimatkan kredit data)..Dahulu 20 orang pengasas RPWP sama-sama menyingsing lengan, melurut gelang, mengasah parang, menyerah barang, menghabis wang dan menyerah jiwa raga seluruhnya untuk membangunkan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Matlamat utama ialah untuk membangunkan satu sampel masyarakat yang menjadikan KASIH SAYANG sebagai 'bahasa dan matawang' dunia. Ketika itu kami tidak menjangka pun bahawa ia akan jadi seperti RPWP hari ini…Anak-anak yang kami besarkan di RPWP kini mula mengembangkan kasih sayang itu kepada ramai lagi yang lain terutama rakan-rakan yang senasib dengan mereka. Kerana itu di antara begitu ramai tetamu yang ziarah, sebahagian mereka adalah dari rumah-rumah anak yatim dan tahfiz juga…Projek Pelangi ini juga merupakan satu mekanisma yang mereka usahakan dalam menzahirkan erti keprihatinan dalam persahabatan. Video ini kami tonton dengan menitiskan airmata. Selepas hampir 13 tahun, kasih sayang yang kami tanamkan kini bercambah dari sepohon menjadi seladang…Ikuti facebook page Akademi Insan Prihatin untuk update terkini, khususnya progress penghantaran PROJEK PELANGI HARI RAYA 2017…Boleh juga layari www.projekpelangi.comBerikut adalah butiran Akaun Bank Projek Pelangi,1209 2010 0366 68Prihatin ServicesBank Islam Berhad..Alhamdulillah ..WARGA PRIHATIN (Menyokong Usaha Anak-anak RPWP dalam Projek Pelangi).

Posted by Warga Prihatin on 18hb Jun 2017

VIDEO HIGHLIGHT SERAHAN BAJURAYA PROJEK PELANGI 2017
(Untuk yang ingin jimatkan kredit data)

Dahulu 20 orang pengasas RPWP sama-sama menyingsing lengan, melurut gelang, mengasah parang, menyerah barang, menghabis wang dan menyerah jiwa raga seluruhnya untuk membangunkan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Matlamat utama ialah untuk membangunkan satu sampel masyarakat yang menjadikan KASIH SAYANG sebagai ‘bahasa dan matawang’ dunia. Ketika itu kami tidak menjangka pun bahawa ia akan jadi seperti RPWP hari ini.

Anak-anak yang kami besarkan di RPWP kini mula mengembangkan kasih sayang itu kepada ramai lagi yang lain terutama rakan-rakan yang senasib dengan mereka. Kerana itu di antara begitu ramai tetamu yang ziarah, sebahagian mereka adalah dari rumah-rumah anak yatim dan tahfiz juga.

Projek Pelangi ini juga merupakan satu mekanisma yang mereka usahakan dalam menzahirkan erti keprihatinan dalam persahabatan. Video ini kami tonton dengan menitiskan airmata. Selepas hampir 13 tahun, kasih sayang yang kami tanamkan kini bercambah dari sepohon menjadi seladang.

Ikuti facebook page Akademi Insan Prihatin untuk update terkini, khususnya progress penghantaran PROJEK PELANGI HARI RAYA 2017.

Boleh juga layari www.projekpelangi.com
Berikut adalah butiran Akaun Bank Projek Pelangi,

1209 2010 0366 68
Prihatin Services
Bank Islam Berhad

Alhamdulillah
WARGA PRIHATIN
(Menyokong Usaha Anak-anak RPWP dalam Projek Pelangi).

‘FENOMENA’ RARECATION – DI ASTRO OASIS

 

'FENOMENA' RARECATION – DI ASTRO OASIS

'FENOMENA' RARECATION – DI ASTRO OASISRakaman dari siaran langsung program Bismillah Ad-duha pagi semalam. Ikuti penjelasan santai dan sangat menarik tentang apa itu keunikan RARECATION oleh Tuan Syibli Fakih.Terima kasih Astro Oasis.WARGA PRIHATIN

Posted by Warga Prihatin on 15hb Jun 2017

‘FENOMENA’ RARECATION – DI ASTRO OASIS

Rakaman dari siaran langsung program Bismillah Ad-duha pagi semalam. Ikuti penjelasan santai dan sangat menarik tentang apa itu keunikan RARECATION oleh Tuan Syibli Fakih.

Terima kasih Astro Oasis.
WARGA PRIHATIN

PENGENALAN & LATAR BELAKANG RPWP

Ramai yang sering bertanya apakah falsafah dan prinsip di sebalik modus operandi RPWP.

Ada yang ingin tahu untuk mencubanya dalam pengurusan rumah tangga, NGO, perkumpulan setempat, jabatan, syarikat, bahkan di sekolah, universiti, pusat tahfiz dan rumah anak-anak yatim yang sedang mereka kendalikan.

Atas sebab itu, kami kemaskini pamplet lama RPWP yang kini menjadi sebuah buku mini. Kami sulam setiap topik dengan gambar-gambar menarik untuk menjadikannya lebih menarik untuk diteliti.

Alhamdulillah cetakan pertama siap dan telah diedarkan kepada para tetamu yang berminat ketika hadir di majlis Walimah 16 April 2017 lalu.

Bagi yang belum berkesempatan mendapatkannya, kami kongsikan kesemua 50 mukasurat itu dalam album ini. Malangnya album ini tidak boleh di PIN kan di muka depan page ini. Silalah klik link ini untuk membaca kesemua 50 mukasurat buku pengenalan RPWP ini,

https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10156002027867786

Untuk maklumat tambahan, boleh juga ambil sedikit masa untuk menonton beberapa video yang kami senaraikan ini.

**********
PERKONGSIAN TANPA PREJUDIS – USTAZ ZAHARI
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10156057380882786/

PENGAKUAN BERANI SEORANG GURU – USTAZ MUSTAKIM:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155511220957786/

SEKILAS PANDANG OLEH ORANG LAMA:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154859166462786/

SYUKUR ALLAH PERLIHATKAN BUKTI KEJAYAAN SUNNAH NABI KEPADA SAYA DI RPWP – USTAZAH MAUDHAH:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154523222347786/

SEKOLAH CYBERJAYA KUTIP HASIL PENDIDIKAN RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154280630012786/

PENGAKUAN IKHLAS PENSYARAH UTEM TENTANG RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154265772192786/

PENGAKUAN USTAZ ASRI, PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-ZAHARAH TENTANG RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153045849752786/

TIDAK PERNAH JUMPA PENDIDIKAN AKHLAK SEBAIK INI – YB HASBULLAH
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153035848742786/

ULASAN PEGAWAI KHAS EXCO KEBAJIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154342542292786/

KAMI SUDAH JUMPA TEMPAT YANG SESUAI:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154798020157786/

MATLAMAT DAN MODUS OPERANDI RPWP PERLU DITELADANI – S.E.M.
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153009435022786/

RPWP SATU2NYA INSTITUSI PENYATUAN DI MALAYSIA YANG HARUS DITELADANI – PENGERUSI JEMAAH WANITA SURAU MUTTAQIN SEREMBAN:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153882375677786/

RPWP MEMBENTUK PEMIKIRAN ARAS TINGGI:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154223675232786/

ANAK-ANAK PRIHATIN MEMBANGGAKAN – KETUA KAMPUNG SG RAMAL
https://www.youtube.com/watch?v=E5PWTYyrB18

ANUGERAH MAULIDURRASUL 2011 KEPADA PENGASAS RPWP
https://www.youtube.com/watch?v=T5bSKhPeN9o

MISI & VISI ANAK-ANAK PRIHATIN
https://www.youtube.com/watch?v=pAKQTJtzmQk

********

DOKUMENTARI KHAS RTM – DI SEBALIK NAMA RPWP & AIP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154267553507786/

DOKUMENTARI KHAS RPWP TV9 – TAMAN SYURGA METROPOLITAN:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154009853217786/

DOKUMENTARI RPWP TV AL-HIJRAH – HIJRAH KEMBALI KEPADA FITRAH:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153296248777786/

BERKORBAN DEMI AMANAH ALLAH – RPWP DI TV ALHIJRAH:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153195617197786/

INSPIRASI TV AL-HIJRAH – DEMI KASIH DAN ILMU:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155885576397786/

RPWP IN ‘ASEAN OF THE YEAR’ – MEDIACORP S’PORE TV:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/175159355838069/

PELANCARAN WERDA DI PROGRAM SAFIYYA TV9 :
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154326185777786/

WERDA DI NONA TV3:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154326317692786/

DOKUMENTARI SEKOLAH KONTENA RPWP – TV3:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154684850647786/

RPWP – DI IKON SIARAN TV2:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154796297557786/

SAHUR DI RPWP – TV3:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154868527802786/

PENCAPAIAN SPM CALUN PERSENDIRIAN SUKARELAWAN REMAJA RPWP – B-HARIAN TV LIVE:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155872238237786/

PROJEK PELANGI DI SPM – RTM TV1
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10156046101777786/

KESAN PENDIDIKAN DARI PROJEK PELANGI
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10156063929757786/

********

PENGAKUAN TULUS FILANTROPIS CINA:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155791443252786/

JUTAWAN CINA KONGSIKAN RAHSIA RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155680069102786/

DETIK HATI TAN SRI LEE LAM THYE TENTANG RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154864246652786/

RPWP & AIP JADI MOTIVATION CENTRE UNTUK SEMUA – DATUK CHANG:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154810054507786/

RPWP IS FULL OF LOVE AND VERY INSPIRING – MRS WONG:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154293602002786/

RUPANYA MASIH ADA ‘ORANG BAIK’ DALAM DUNIA INI – PELAJAR CINA:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154798123502786/

RPWP IS IN THE RIGHT DIRECTION – WE LEARNED A LOT HERE – PELAJAR UM:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154798189127786/

LUAHAN HATI ANAK YATIM BERBANGSA CINA TENTANG KASIH SAYANG DI RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154798104467786/

RPWP MENYEDARKAN DIRI PELAJAR CINA INI SUPAYA JANGAN BANYAK KOMPLAIN:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154798145727786/

RPWP SUATU UNIVERSITI KEHIDUPAN – MR KHOO:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153009690607786/

PENGAKUAN ASNAF MUALLAF RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10152990529392786/

*********

SUATU KISAH BENAR DI RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154546239767786/

FILEM PENDEK – NASI LEMAK RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154797925187786/

APA RAHSIA DI SEBALIK HARAKAH KREN RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/654649911225678/

KESYAHDUAN TAKBIR RAYA 2016:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154962115107786/

TAKBIR RAYA ANAK ISTIMEWA YANG MENGUNDANG AIR MATA:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154039710472786/

KEUNIKAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR 1 RPWP – KUALA KRAI:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153952454767786/

AIR MATA ENGAGEMENT DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PASCA BANJIR – “RPWP SANGAT BERBEZA”, KATA MANGSA BANJIR LATA REK:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153530051187786/

KEUNIKAN MISI DABONG RPWP – MENGENALI GOLONGAN MUNAFIK DAN MANGSA YANG REDHA:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153952221162786/

RPWP SARAN MISI BANTUAN BANJIR BERPUSAT UNTUK ELAK PEMBAZIRAN – TV ALHIJRAH:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153531609912786/

APABILA JIWA JIWA PRIHATIN BERTAUT – DATIN NATRAH:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154759968332786/

THE KABIN – PROJEK ANAK-ANAK KEMAHIRAN RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155386303217786/

THE KABIN CHALLANGE – PROJEK ANAK-ANAK KEMAHIRAN RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155480142102786/

THE KABIN – KEKAGUMAN PENSYARAH & PELAJAR UTM:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155652123652786/

THE KABIN – VIDEO KLIP YANG MEMBUAT MATA TIDAK BERKELIP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155834886172786/

VISUAL MALAM PERNIKAHAN 2 PASANG ANAK-ANAK RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153842844567786/

LIPUTAN MAJLIS WALIMAH 2 PASANGA ANAK-ANAK RPWP – NONA TV3:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153228866617786/

DI SEBALIK TABIR PERSIAPAN MAJLIS WALIMAH 2 PASANGAN ANAK-ANAK RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153179761187786/

VISUAL MAJLIS WALIMAH 2 PASANGAN ANAK-ANAK RPWP 16 SEPTEMBER 2014:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153184110872786/

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153184704157786/

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153185133492786/

VISUAL DI MALAM PERNIKAHAN BERAMAI-RAMAI ANAK-ANAK RPWP JAN 2017:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155719114057786/

VISUAL PERSIAPAN KENDURI WALIMAH 9 PASANGAN ANAK-ANAK ASNAF RPWP:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155972439197786/

VISUAL PERJALANAN MAJLIS WALIMAH 9 PASANGAN ANAK-ANAK ASNAF RPWP 16 APRIL 2017:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155992258927786/

PROJEK PELANGI RPWP – DARI ASNAF UNTUK ASNAF:
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10155911389182786/

*************

Ada banyak lagi video berkaitan terhimpun di Channel video Facebook dan Youtube RPWP. Silalah ambil masa untuk meneliti lebih lanjut.

https://www.facebook.com/pg/wargaprihatin/videos/

https://www.youtube.com/user/VideoPrihatin/videos

Semuga Allah redha dengan usaha RPWP yang sedikit ini dan agar hasilnya mampu sedikit sebanyak merahmatkan alam ini. Semuga perkongsian ini bermanafaat buat sekalian rakan pembaca.

ALLAHUMMA SALAAMATAN FID-DIEN
Warga prihatin.

JEMPUTAN KE MAJLIS WALIMAH 9 PASANGAN ASNAF RPWP

Y.Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Ustaz / Ustazah / Haji / Hajjah

PER: JEMPUTAN KHAS KE MAJLIS MERAIKAN 9 PASANGAN PENGANTIN

Dengan hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman semua, Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) adalah Rumah Kebajikan yang menempatkan sekitar 250 orang penghuni dari golongan Asnaf Fakir, Anak Yatim, OKU, Ibu Tunggal, Warga Emas dan Anak-anak Terbiar.

Sejak hari pertama penubuhan, kira-kira 12 tahun lalu, RPWP cuba untuk berdikari dengan menjalankan pelbagai perniagaan berunsur wakaf bagi mendanai kos pengurusan dan pembangunannya. Pekerja dan pengurusnya adalah dari kalangan sukarelawan sepenuh masa yang telah mewakafkan harta dan diri sepenuhnya tanpa gaji dan cuti.

Sukacita dimaklumkan bahawa kami berhajat untuk mengadakan majlis Walimah bagi meraikan perkahwinan 9 pasangan Pengantin dari kalangan anak yatim, asnaf serta sukarelawan kami pada 16 April 2017 nanti. Di samping dapat mengurangkan kos, sambutan perkahwinan beramai-ramai juga boleh menambahkan kemeriahannya.

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati untuk memanjangkan jemputan ini buat memeriahkan lagi sambutannya. Kami percaya dengan kehadiran insan prihatin dari pelbagai lapisan masyarakat akan dapat menjadikan Majlis ini bertambah seri serta barakah. Pasangan yang sudah tidak mempunyai ibubapa dan saudara mara khususnya akan InsyaAllah merasa dihargai dan berbahagia dengan penglibatan semua.

Dilampirkan Kad Jemputan berserta peta lokasi termasuk petunjuk tempat letak kereta bagi yang memerlukan. Kehadiran dijangka sekitar 10,000 tetamu.

Majlis yang akan jalankan secara rewang tradisional ini juga melibatkan begitu ramai pihak termasuk NGO, Badan Kebajikan, Jawatankuasa beberapa Masjid berhampiran, pelajar Universiti dan badan-badan kerajaan.

Sila isi ‘Borang Pengesahan kehadiran’ atau sekurang-kurangnya maklumkan melalui mesej Whatsapp, Telegram atau inbox Facebook hasrat untuk hadir bagi memudahkan pihak kami membuat anggaran jumlah sebenar tetamu yang akan hadir.

Kesudian untuk hadir amat kami syukuri dan insyaAllah dapat menggembirakan pasangan pengantin anak-anak syurga ini.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari,

LEMBAGA PENGASAS & PENGURUSAN

  • RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN (RPWP)
  • UNIT SUNGAI RAMAL BARU, PEMADAM DAERAH HULU LANGAT
  • AKADEMI INSAN PRIHATIN
  • SAIFUL NANG AKADEMI OF PROFESSIONAL (SNAP)
  • RARECATION TRAVEL
  • CANDIDSYNDROME (CS)
  • BUTIK WERDA & SARC
  • PRIHATIN SERVICES

 


Bismillahirrohmanirrohim

************

SLIP PENGESAHAN KEHADIRAN

 

  1. Saya ……………………………………………………………………………… akan *hadir / tidak hadir ke majlis ini (potong yang tidak berkenaan).
  2. Saya akan mewakilkan (Nama: …………………………………………………………. Tel: …………………..)
  3. Jumlah Kehadiran

:             Lelaki dewasa                                    ____ orang

                                                     :            Perempuan dewasa                       ____ orang

                                                     :             Anak-anak bawah 10 tahun           ____ orang

  1. Tentatif masa ketibaan rombongan saya    :    Pukul  _______ *Pagi/ Petang
  2. Demi mencari keberkatan, pihak saya berminat untuk

 a) Menyumbangkan / menaja  ………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………..  (sila nyatakan jenis dan jumlahnya jika ada hajat)

b)  Menghantar tenaga rewang (seramai ___ orang lelaki DAN ___ orang perempuan) pada ATAU bermula dari tarikh ___ April, hingga ___ April, 2017.

Terima kasih. .

 

Nama                                    :               ………………………………………………………………………

Jabatan / Institusi            :               ………………………………………………………………………

No. Telefon                        :               ………………………………………………………………………

 

********

Alhamdulillah

 

 

KEPILUAN TAWAF WIDA’ YANG MEMBERI ‘TANDA’

tawaf wida'

Berikut adalah kata-kata pesan dari Saiful Nang kepada jemaah RARECATION UMRAH 25 yang akan meninggalkan Mekah menuju ke Madinah kelmarin. Ada banyak pelajaran yang menyentuh hati dari perkongsian ini untuk sama-sama kita teliti dan hayatinya.

*************************

[1:12 PM, 12/15/2016] Siful Nang:

Selamat menjalankan tawaf wida’ semua…

Inilah tawaf yang paling sedih dan sangat cepat berlalu. Dan kita perlu tinggalkan Mekah selepas itu dan kembali dengan segala pelajaran yang kita kutip. Pada pusingan ke 7 dan semasa istilam itulah antara masa hati terasa sayu. Jika ada rasa itu… insyaAllah memang Allah itu lebih dekat di hati kita dari urat nadi kita.

Kepada semua yang lain…perjalanan ini bukanlah satu kembara pelancongan biasa. Kembara umrah ialah kembara mencari Allah dalam diri kita sendiri. Alhamdulillah sehingga semalam dah ramai yang meluahkan rasa hati mereka bahawa ini ialah satu perjalanan yang lain dari biasa. Lain kerana perjalanan ini dilimpahi berkah. Perjalanan ini diniat atas memberi laluan kepada asnaf dan yatim utk turut sama bersama kita.

Tatkala agensi umrah membuat keuntungan puluhan ribu RM utk setiap keberangkatan, anda semua redha membayar sesuatu yang sama tetapi membenarkan keuntungan yang kami ambil terus ditukarkan menjadi peluang kepada golongan yang memerlukan untuk merasai pengalaman umrah ini.

Tiada perjalanan yang sempurna kecuali ia disempurnakan di dalam hati. Tinggal di tempat berhawa dingin juga jika hati sedang panas, kedinginan itu tak dirasa selain dari panas dalam hati. Berdiri di tengah panas dengan hati redha, kepanasan itu hanya sekadar membakar kulit tetapi tidak hati. Kita mencipta 5 bintang dalam hati.

Tiada perjalanan yang sempurna. Seperti sekeping puzzle yang hanya  sempurna apabila kita pasangkannya bersama. Barulah ia menjadi sempurna gambarnya. Bila kita bersama…barulah datang kesempurnaan. Walaupun bilik hanya berkipas, tetapi terasa dingin seperti dalam syurga.

Kami tidak sempurna, tetapi tuan-tuan yang menyempurnakan trip yang tidak sempurna ini menjadi sempurna dalam hati mereka yang redha.

Saya pernah pergi umrah dengan pakej sederhana. Saya juga pergi mengerjakan haji sebagai petugas dari pakej termahal sehingga yang termurah bersama muassasah. Saya sendiri lihat bagaimana pakej muassasah yang setiap hari beratur mengambil nasi bungukus…kehidupan mereka dan pengalaman haji mereka lebih mewah dalam kasih sayang dan persahabatan berbanding VVIP yang tinggal di hotel Intercon dengan bilik mengadap Kaabah. Saya belajar satu perkara…yang boleh diceritakan di dalam foto…bahawa syurga itu wujud dalam kalbu mukmin yang redha. Neraka itu datang dari kerungsingan dan keluh kesah.

Kita manusia tak mungkin sempurna, tetapi bila bersama-sama…kita boleh jadi jemaah yang sempurna.
Lihat foto-foto jemaah haji muassasah ini…mereka gembira dalam kekurangan yang ada. Kerana mereka bersyukur dan mengatakan….bahawa mereka tidak mungkin datang ke baitullah jika tiada jemputan.

d922e545-1394-4bc5-806d-c9e31b02892c 48ed4df9-204c-4b30-8787-8edccfce6906 045afe62-e10a-4803-8bae-a3b117a45c35 jemaah Muassasah

Bila saya jumpa Si Kaya di pakej mahal…ada yang berkata “Saya boleh pergi umrah setiap tahun yang saya mahu” ketika beliau memarahi petugas haji kami kerana kelewatan beg tiba di kamarnya. Itulah tahun ke-7 dia mengerjakan haji dengan menggunakan quota khusus dari menteri.
3089a9c1-cd2f-4542-ade3-046d508fa93c
Pada tahun berikutnya dia diserang angin ahmar…dan semenjak 2013 beliau tidak lagi mampu pergi mengunjungi Baitullah. Benarlah bahawa Allah memilih siapa yang dijemputnya bukan kerana wang ringgit

Saban hari saya di sana, saya memikirkan....betapa mereka ini lebih bertuah kerana hari-hari berada di baitullah. Namun saya sendiri yang mampu kewangan tidak sebertuah mereka ini.
Saban hari saya di sana, saya memikirkan….betapa mereka ini lebih bertuah kerana hari-hari berada di baitullah. Namun saya sendiri yang mampu kewangan tidak sebertuah mereka ini.

 

Saya memang orang yang angkuh...saya memang orang yang diva...saya memang orang yang sentiasa nak cari salah orang...saya memang orang yang sentiasa cari kesempurnaan dan menyalahkan orang lain jika ada kekurangan....
Saya memang orang yang angkuh…saya memang orang yang diva…saya memang orang yang sentiasa nak cari salah orang…saya memang orang yang sentiasa cari kesempurnaan dan menyalahkan orang lain jika ada kekurangan….

 

Bila hati redha...tempat ini lebih mewah dari Hotel 5 bintang. Pada ketika saya sendiri pernah merasa mengapa pakej saya semasa umrah dulu kurang itu dan kurang ini...saya tidak terus melihat kepada mereka di pakej lain...tetapi saya tersujud bersyukur bila melalui tempat ini...
Bila hati redha…tempat ini lebih mewah dari Hotel 5 bintang. Pada ketika saya sendiri pernah merasa mengapa pakej saya semasa umrah dulu kurang itu dan kurang ini…saya tidak terus melihat kepada mereka di pakej lain…tetapi saya tersujud bersyukur bila melalui tempat ini…

namun…Allah beri saya pelajaran besar. Haji dan umrah saya membawa saya melihat kepada golongan orang yang kurang bernasib baik. Dan saya terus insaf bahawa rupanya…saya terlalu melihat ke atas…dan kurang jalan merunduk ke bumi melihat apa yand di bawah. Saya terlampau jalan mendongak…sehingga saya tersadung tersungkur dan melihat bagaimana orang di bawah.

Ketika saya komplen makanan di Hotel Mubarak Madinah tidak sedap dan saya belanja di luar hotel untuk makanan yang lebih enak....dan setiba saya di Mekah saya terus jadi orang yang berterima kasih kerana melihat ada jemaah yang terpaksa makan dari sisa makanan orang lain
Ketika saya komplen makanan di Hotel Mubarak Madinah tidak sedap dan saya belanja di luar hotel untuk makanan yang lebih enak….dan setiba saya di Mekah saya terus jadi orang yang berterima kasih kerana melihat ada jemaah yang terpaksa makan dari sisa makanan orang lain.

Saya cuba cari kesempurnaan di dalam pakej yang mahal…rupanya kesempurnaan itu ada di dalam pakej yang murah sahaja. Saya cuba cari gelak tawa yang ikhlas dalam kalangan jemaah VIP tetapi saya jumpainya pada jemaah muasasah. Saya cuba cari persahabatan dari kalangan berada tapi saya jumpainya di kalangan mereka yang miskin.

Semua itu milik Allah. Dan saya tidak punya apa-apa.

Pengalaman mengerjakan umrah dan Haji mengajar saya semua itu. Dari situ saya berazam untuk memulakan langkah bagi memastikan lebih ramai anak-anak yatim dan asnaf boleh saya bawa ke sini bersama RPWP. Supaya Baitulllah ini mendidik kita untuk mula melihat ke dalam diri…bukan melihat orang lain.

Dari azam itu, saya pulang dengan menjual foto2 semasa di Mekah dan Madinah. Namun gagal juga menghantar seorangpun anak-anak yatim dan asnaf. Akhirnya…Allah tunjukkan jalan ini untuk menjadi lorong kepada anak-anak yatim dan asnaf untuk pergi bersama. Di sini nanti mereka belajar….dari alam…bila mereka buka mata mereka untuk melihat ke dalam diri dengan melihat ke bawah lebih berbanding mendongak ke langit.

Saya faham ada banyak kekurangan kami dalam mengendalikan pakej kali ini. Kami juga bersyukur kerana ramai yang meluahkan kesyukuran mereka kepada trip ini yang telah memberikan pendidikan rohani kepada mereka. Jika mahu dibanding mana lebih mewah, mana lebih makan, mana lebih selesa…ia adalah perlumbaan yang tiada kesudahan. Jika mahu diukur…sejauh mana kita berubah selepas kita mengunjungi rumah Allah…

InsyaAllah kita akan berubah menjadi insan lebih baik sekembalinya kita ke tanahair nanti.

Saya minta maaf atas segala kekurangan yang berlaku. Sampaikan salam saya kepada Rasulullah S.A.W

 

***************************

T.kasih SN… sebak pulak membacanya..

SETIAP GERAK DARI AMAL ANGGOTA KITA.. KATA KATA KITA.. GERAK HATI KITA.. bakal dicatat dan dikira.. yg baik mahupun yg buruk.. biar sebesar zarah sekalipun. Amal diukur dari niat.

KISAH JUTAWAN YANG MENFAKIRKAN DIRI

JUTAWAN INI SERAHKAN SELURUH KEKAYAANNYA UNTUK BUKA RUMAH KEBAJIKAN YANG TIDAK MEMINTA DERMA. SELEPAS 11 TAHUN ANAK-ANAK YATIM JAGAANNYA MENJUMPAI KERATAN AKHBAR INI DAN….