image_pdf
All posts by admin

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM 8

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM 8

* * * * *

NOTA / PENGUMUMAN:

KAMI HIMPUNKAN SEMUA GAMBAR YANG ADA AURA SEDONDON KIRIMAN PEMBACA DI ALBUM KHAS “KENANGAN SEDONDON AIDILFITRI 2015” INI.

UNTUK MENGURANGKAN BEBAN GAMBAR YANG TERLALU BANYAK DALAM SATU-SATU ALBUM, MAKA KAMI AKAN TERUS BUKA ALBUM BARU SELAGI MASIH ADA KIRIMAN KOLEKSI KENANGAN SEDONDON INI HINGGA HUJUNG SYAWAL. ANDA BOLEH TERUS MENGIRIM GAMBAR SEHINGGA KAMI UMUMKAN SAAT PEMBERHENTIAN ATAU PENUTUPANNYA.

MERIAH DAN SERONOK SEKALI CUCI MATA MENATAP GAMBAR-GAMBAR “KENANGAN SEDONDON” YANG CANTIK-CANTIK KIRIMAN PEMBACA. TIDAK DAPAT ZIARAH, DAPAT TATAP GAMBAR PUN SUDAH CUKUP MENYENANGKAN HATI.

BUAT MASA INI KAMI TIDAK MASUKKAN GAMBAR KIRIMAN YANG TIADA “AURA SEDONDON” WALAU SEDIKITPUN KERANA ITU TIDAK MENEPATI TEMA ALBUM INI.

KAMI UPLOAD GAMBAR YANG DIKIRIM OLEH PEMBACA DENGAN TUJUAN MEMERIAHKAN SUASANA AIDILFITRI. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN ATAU RISIKO LAIN SEPERTI PENGGUNAAN GAMBAR OLEH PEMBACA LAIN TANPA IZIN.

BEBERAPA GAMBAR TERBAIK AKAN KAMI POSISIKAN DI TEMPAT TERATAS DALAM SETIAP ALBUM UNTUK TATAPAN UMUM… MUNGKIN ADA IDEA UNTUK PERANCANGAN SEDONDON TAHUN DEPAN PULAK

>>> SILA CARI GAMBAR MASING-MASING DAN ISIKAN SENDIRI KAPSYEN (ULASAN) YANG PERLU UNTUK DIKONGSI DENGAN PEMBACA LAIN. TIDAK PERLU MINTA IZIN UNTUK TAG DAN SHARE DENGAN YANG LAIN KERANA INI ALBUM “KITA” <<<

* * * * *
Banyak sekali gambar sedondon dengan kombinasi warna yang menarik. Sayangnya tidak banyak gambar yang cukup kemas dan sempurna (KAFFAH) walaupun kombinasi warna sudah cukup baik.

Selain sedikit sebanyak warna dan design baju tidak sama, antara kekurangan lainnya ialah jenis dan patern songkok, samping dan tudung tidak sama. Paling rugi apabila ada yang tidak pakai samping, songkok atau tudung ketika bergambar…

Tak mengapa…. kita tunggu lagi koleksi kiriman gambar sedondon dari pembaca yang masih bertali arus….

Lepas ni boleh kita sama sama sarankan yang mana paling cantik dan layak jadi pemenang… (dah jadi pertandingan lah pula…)

Tahniah kepada yang telah berjaya menyatukan ahli keluarga dan menzahirkan kesatuan itu melalui musawwimin pakaian raya.

“SELAMAT HARI RAYA, AIDILFITRI”

WARGA PRIHATIN

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM 6

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM 6

NOTA / PENGUMUMAN:

KAMI HENTIKAN POS GAMBAR YANG KAMI TERIMA DARI INBOX DI RUANGAN KOMEN ARTIKEL SEDONDON. SEBALIKNYA KAMI HIMPUNKAN DI ALBUM KHAS “KENANGAN SEDONDON AIDILFITRI 2015” INI.

UNTUK MENGURANGKAN BEBAN GAMBAR YANG TERLALU BANYAK DALAM SATU-SATU ALBUM, MAKA KAMI AKAN TERUS BUKA ALBUM BARU SELAGI MASIH ADA KIRIMAN KOLEKSI KENANGAN SEDONDON INI HINGGA HUJUNG SYAWAL.

MERIAH DAN SERONOK SEKALI CUCI MATA MENATAP GAMBAR-GAMBAR “KENANGAN SEDONDON” YANG CANTIK-CANTIK KIRIMAN PEMBACA. TIDAK DAPAT ZIARAH, DAPAT TATAP GAMBAR PUN SUDAH CUKUP MENYENANGKAN HATI.

BUAT MASA INI KAMI TIDAK MASUKKAN GAMBAR KIRIMAN YANG TIADA “AURA SEDONDON” WALAU SEDIKITPUN KERANA ITU TIDAK MENEPATI TEMA ALBUM INI.

BEBERAPA GAMBAR TERBAIK AKAN KAMI POSISIKAN DI TEMPAT TERATAS DALAM SETIAP ALBUM UNTUK TATAPAN UMUM… MUNGKIN ADA IDEA UNTUK PERANCANGAN SEDONDON TAHUN DEPAN PULAK

>>> SILA CARI GAMBAR MASING-MASING DAN ISIKAN SENDIRI KAPSYEN (ULASAN) YANG PERLU UNTUK DIKONGSI DENGAN PEMBACA LAIN. TIDAK PERLU MINTA IZIN UNTUK TAG DAN SHARE DENGAN YANG LAIN KERANA INI ALBUM “KITA” <<<

* * *
Banyak sekali gambar sedondon dengan kombinasi warna yang menarik. Sayangnya sukar mencari gambar yang cukup kemas dan sempurna (KAFFAH) walaupun kombinasi warna sudah cukup baik.

Selain sedikit sebanyak warna dan design baju tidak sama, antara kekurangan lainnya ialah jenis dan patern songkok, samping dan tudung tidak sama.

Tak mengapa…. kita tunggu lagi koleksi kiriman gambar sedondon dari pembaca yang masih bertali arus….

Lepas ni boleh kita sama sama sarankan yang mana paling cantik dan layak jadi pemenang… (dah jadi pertandingan lah pula…)

Tahniah kepada yang telah berjaya menyatukan ahli keluarga dan menzahirkan kesatuan itu melalui musawwimin pakaian raya.

“SELAMAT HARI RAYA, AIDILFITRI”

WARGA PRIHATIN

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM #7

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM #5

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM #5

PENGUMUMAN:

KAMI HENTIKAN POS GAMBAR YANG KAMI TERIMA DARI INBOX DI RUANGAN KOMEN ARTIKEL SEDONDON. SEBALIKNYA KAMI HIMPUNKAN DI ALBUM KHAS “KENANGAN SEDONDON AIDILFITRI 2015” INI.

UNTUK MENGURANGKAN BEBAN GAMBAR YANG TERLALU BANYAK DALAM SATU-SATU ALBUM, MAKA KAMI AKAN TERUS BUKA ALBUM BARU SELAGI MASIH ADA KIRIMAN KOLEKSI KENANGAN SEDONDON INI HINGGA HUJUNG SYAWAL.

MERIAH DAN SERONOK SEKALI CUCI MATA MENATAP GAMBAR-GAMBAR “KENANGAN SEDONDON” YANG CANTIK-CANTIK KIRIMAN PEMBACA. TIDAK DAPAT ZIARAH, DAPAT TATAP GAMBAR PUN SUDAH CUKUP MENYENANGKAN HATI.

BUAT MASA INI KAMI TIDAK MASUKKAN GAMBAR KIRIMAN YANG TIADA “AURA SEDONDON” WALAU SEDIKITPUN KERANA ITU TIDAK MENEPATI TEMA ALBUM INI.

BEBERAPA GAMBAR TERBAIK AKAN KAMI POSISIKAN DI TEMPAT TERATAS DALAM SETIAP ALBUM UNTUK TATAPAN UMUM… MUNGKIN ADA IDEA UNTUK PERANCANGAN SEDONDON TAHUN DEPAN PULAK

>>> SILA CARI GAMBAR MASING-MASING DAN ISIKAN SENDIRI KAPSYEN (ULASAN) YANG PERLU UNTUK DIKONGSI DENGAN PEMBACA LAIN. TIDAK PERLU MINTA IZIN UNTUK TAG DAN SHARE DENGAN YANG LAIN. INI ALBUM KITA BERSAMA <<<

* * *
Banyak sekali gambar sedondon dengan kombinasi warna yang menarik. Sayangnya sukar mencari gambar yang cukup kemas dan sempurna (KAFFAH) walaupun kombinasi warna sudah cukup baik.

Selain sedikit sebanyak warna dan design baju tidak sama, antara kekurangan lainnya ialah jenis dan patern songkok, samping dan tudung tidak sama.

Tak mengapa…. kita tunggu lagi koleksi kiriman gambar sedondon dari pembaca yang masih bertali arus….

Lepas ni boleh kita sama sama sarankan yang mana paling cantik dan layak jadi pemenang… (dah jadi pertandingan lah pula…)

Tahniah kepada yang telah berjaya menyatukan ahli keluarga dan menzahirkan kesatuan itu melalui musawwimin pakaian raya.

“SELAMAT HARI RAYA, AIDILFITRI”

WARGA PRIHATIN

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM 4

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM 4

>>> NOTA / PENGUMUMAN <<<

KAMI HENTIKAN POS GAMBAR YANG KAMI TERIMA DARI INBOX DI RUANGAN KOMEN ARTIKEL SEDONDON. SEBALIKNYA KAMI HIMPUNKAN DI ALBUM KHAS “KENANGAN SEDONDON AIDILFITRI 2015” INI.

INBOX JUGA TERLALU PENUH. AGAK LAMBAT UNTUK KAMI DOWNLOAD DAN PINDAHKAN IA KE ALBUM. JADI SILA UPLOAD SAJA DI RUANG KOMEN ARTIKEL SEDONDON YANG DISHARE OLEH SAIFUL NANG. JIKA TIDAK LEPAS BARU KIRIM DI INBOX WARGA PRIHATIN. INI UNTUK MENGURANGKAN BEBAN DI INBOX MALAH LEBIH CEPAT UNTUK ADMIN KUTIP DARI SANA.

UNTUK MENGURANGKAN BEBAN GAMBAR YANG TERLALU BANYAK DALAM SATU-SATU ALBUM, MAKA KAMI AKAN TERUS BUKA ALBUM BARU SELAGI MASIH ADA KIRIMAN KOLEKSI KENANGAN SEDONDON INI HINGGA HUJUNG SYAWAL.

MERIAH DAN SERONOK SEKALI MENATAP GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEDONDON YANG KALIAN KIRIMKAN. TIDAK DAPAT ZIARAH, DAPAT TATAP GAMBAR PUN SUDAH CUKUP MENYENANGKAN HATI. BUAT MASA INI KAMI TIDAK MASUKKAN GAMBAR KIRIMAN YANG TIADA “AURA SEDONDON” WALAU SEDIKITPUN KERANA ITU SUDAH LARI DARI TEMA ALBUM INI.

BEBERAPA GAMBAR TERBAIK AKAN KAMI POSISIKAN DI TEMPAT TERATAS DALAM SETIAP ALBUM UNTUK TATAPAN UMUM… MUNGKIN ADA IDEA UNTUK PERANCANGAN SEDONDON TAHUN DEPAN PULAK 😀

>>> SILA CARI GAMBAR ANDA DAN ISIKAN SENDIRI KAPSYEN (ULASAN) YANG PERLU UNTUK DIKONGSI DENGAN PEMBACA LAIN. TIDAK PERLU MINTA IZIN UNTUK TAG DAN SHARE DENGAN YANG LAIN. INI ALBUM KITA BERSAMA <<<

* * *
Banyak sekali gambar sedondon dengan kombinasi warna yang menarik. Sayangnya BANYAK yang tidak cukup kemas dan sempurna (KAFFAH) walaupun kombinasi warna sudah cukup baik.

Selain sedikit sebanyak warna dan design baju tidak sama, antara kekurangan lainnya ialah jenis dan patern songkok, samping dan tudung tidak sama. Ada yang tidak pakai songkok dan samping pun. Alangkah ruginya…

Tapi tidak mengapa…. kita tunggu lagi koleksi kiriman gambar sedondon dari pembaca yang masih bertali arus….

Lepas ni boleh kita sama sama sarankan yang mana paling cantik dan layak jadi pemenang… (dah jadi pertandingan lah pula…)

Tahniah kepada yang telah berjaya menyatukan ahli keluarga dan menzahirkan kesatuan itu melalui musawwimin pakaian raya.

“SELAMAT HARI RAYA, AIDILFITRI”

WARGA PRIHATIN

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM 3

UNTUK MENGURANGKAN BEBAN GAMBAR YANG TERLALU BANYAK, KAMI AKAN TERUS BUKA ALBUM BARU SELAGI MASIH ADA KIRIMAN KOLEKSI KENANGAN SEDONDON INI HINGGA HUJUNG SYAWAL.

MERIAH DAN SERONOK SEKALI MENATAP GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEDONDON YANG KALIAN KIRIMKAN. TIDAK DAPAT ZIARAH, DAPAT TATAP GAMBAR PUN SUDAH CUKUP MENYENANGKAN HATI. BUAT MASA INI KAMI TIDAK MASUKKAN GAMBAR KIRIMAN YANG TIADA “AURA SEDONDON” WALAU SEDIKITPUN KERANA ITU SUDAH LARI DARI TEMA ALBUM INI.

BEBERAPA GAMBAR TERBAIK AKAN KAMI POSISIKAN DI TEMPAT TERATAS DALAM SETIAP ALBUM UNTUK TATAPAN UMUM… MUNGKIN ADA IDEA UNTUK PERANCANGAN SEDONDON TAHUN DEPAN PULAK 😀

>>> SILA CARI GAMBAR ANDA DAN ISIKAN SENDIRI KAPSYEN (ULASAN) YANG PERLU UNTUK DIKONGSI DENGAN PEMBACA LAIN. TIDAK PERLU MINTA IZIN UNTUK TAG DAN SHARE DENGAN YANG LAIN. INI ALBUM KITA BERSAMA <<<

* * *
Banyak sekali gambar sedondon dengan kombinasi warna yang menarik. Sayangnya BANYAK yang tidak cukup kemas dan sempurna (KAFFAH) walaupun kombinasi warna sudah cukup baik.

Selain sedikit sebanyak warna dan design baju tidak sama, antara kekurangan lainnya ialah jenis dan patern songkok, samping dan tudung tidak sama. Ada yang tidak pakai songkok dan samping pun. Alangkah ruginya…

Tapi tidak mengapa…. kita tunggu lagi koleksi kiriman gambar sedondon dari pembaca yang masih bertali arus….

Lepas ni boleh kita sama sama sarankan yang mana paling cantik dan layak jadi pemenang… (dah jadi pertandingan lah pula…)

Tahniah kepada yang telah berjaya menyatukan ahli keluarga dan menzahirkan kesatuan itu melalui musawwimin pakaian raya.

“SELAMAT HARI RAYA, AIDILFITRI”

WARGA PRIHATIN

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM 2

KOLEKSI “KENANGAN SEDONDON” AIDILFITRI 2015 – ALBUM #1

ALBUM KHAS DI AMBANG SYAWAL – MOBILE UPLOAD

Kami kongsikan suasana di ambang Syawal tahun ini buat tatapan mereka yang tidak berkesempatan merasai suasana ‘memantai’ di RPWP.

Saban tahun inilah tradisi yang kami semua lalui. 20 orang pengasas RPWP menyambut hari raya dengan memantai di RPWP dahulu sedangkan semuanya mempunyai kampung halaman masing-masing.

Salam hormat dengan penuh kasih sayang kepada ibu bapa dan saudara mara kami yang telah menghalalkan dengan redho untuk kami menyambutnya dahulu bersama anak-anak yatim dan asnaf yang sebahagiannya tiada waris mahupun kampung halaman untuk dituju. Tiada riba untuk bermanja dan tiada dakapan hangat keluarga.

Sejak 10 tahun dahulu kami mulakan tradisi ini pada hari sebelum raya. Kami berbuka puasa sama-sama pada hari akhir berpuasa diikuti dengan takbir raya juga ditutup dengan tausiah hari raya sebelum masing-masing yang berpeluang memulakan perjalanan pulang ke kampung.

Semua ini dibuat atas dasar kekeluargaan. Sebak juga hati melihat anak-anak yang tidak pernah berhari raya dengan kemeriahan hidup dalam keluarga besar ini.

Oleh itu, kami yang bergilir untuk pulang ke kampung halaman masing-masing akan membawa pulang sebahagian anak-anak yatim ke kampung halaman kami warga pengasas RPWP yang 20 ini.

Ketupat, lemang, kuah kacang, rendang semua itu menjadi menu masakan utama. Persahabatan yang terbina kami adun dalam penyediaan makanan itu secara gotong-royong.

Dahulu mungkin kita biasa dengan acara memantai ini di kalangan ahli keluarga. Namun sekarang, semakin lama semakin banyak penjual lemang di tepi lebuhraya yang menjadi petanda juadah ini kini bukan lagi menjadi aktiviti penghubung kasih antara adik beradik, sahabat handai mahupun warga desa dan kampung. Lebih menyedihkan, di kampung-kampung tradisional juga telah banyak yang sekadar membeli dan bukan memasaknya sendiri.

Koleksi foto ini ialah gambaran kemeriahan memantai sempena hari raya aidilfitri tahun ini. Melihatnya sahaja boleh buat hati kami menjadi rindu akan riuh rendah ini. Yang baru menjadi yatim sahaja pun sudah terlupa kesunyian hidup tiada berbapa kerana di sini, mereka punyai bapa-bapa dan ibu-ibu pengganti kasih dan meriahnya juga tidak kurang gamatnya.

Sedikit klip video ada kami muatkan di video takbir yang kami post kelmarin.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/vb.176792972785/10154040762442786/?type=2&theater

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/vb.176792972785/10154039710472786/?type=2&theater

Salam lebaran
WARGA PRIHATIN

MENGKOBAR SEMANGAT MELALUI TAKBIR RAYA

MENGKOBAR SEMANGAT MELALUI TAKBIR RAYA

Tahun-tahun lepas, Ayahanda Pengetua RPWP hanya bawa nada rendah untuk takbir raya beliau. Tahun ini anak-anak sudah dilatih untuk takbir dan kebanyakan mereka bawa nada rendah yang biasa ayah bawa sebelum ini supaya lebih lunak, menyentuh hati, dan mudah dihayati.

Tahun ini Ayah seru dalam tausiah khas agar para murobbi dan anak-anak yang mampu cuba bawa nada tinggi. Oleh kerana ada tetamu luar yang ikut takbir, maka Ustaz Shauqi dan Ustaz Saiful diminta memberikan tausiah ringkas tentang takbir raya. Ayah pula tambah dengan rasional mengapa ayah minta bawa nada tinggi supaya tetamu tidak terkejut..

Sudah sampai masanya Warga Prihatin tinggikan nada suara sebagai menggambarkan isi hati dalam menyampaikan seruan melalui takbir raya. Ayah harapkan nada yang tinggi ini boleh diselarikan dengan penghayatannya. Dengan penjabaran maksud takbir yang jelas, alunan itu mampu membakar semangat seluruh warga yang mendengarnya.

Sementara itu, ayah minta semua warga sampaikan aura melalui nada tinggi itu untuk membesarkan Allah, mengikhlaskan diri untuk agama Allah, dan benar-benar berhamdalah memuji Allah. Turut diseru agar dipasangkan semangat yang sama untuk qowwam dan bertegas dalam menolak kutukan golongan kafir yang membenci cara hidup Islam yang sebenar.

Dengan pencapaian memberangsangkan RPWP, AIP dan Wakaf Enterprise, kebanyakan warga sukarelawan yang telah banyak berkorban harta dan diri itu lulus pelbagai ujian dari Allah selama ini. Dengan itu selayaknya mereka zahirkan dengan penuh semangat lafaz tahlil dengan sebenar-benar iktikad nafi dan isbat terhadap Allah.

Ayah juga minta masing-masing zahirkan rasa syukur dan berhamdalah melalui lontaran suara takbir itu. Syukurilah dengan ikhlas segala rahmat berupa petunjuk, taufik dan hidayah yang diberikan Allah. Hanya petunjuk Allah itu yang memungkinkan WP mampu mengislahkan warga dan anak-anak jagaannya. Tanpa petunjuk yang tepat dan berkesan dari Allah, kami juga akan gagal dan teraba-raba.

Untuk memberikan contoh nada tinggi kepada yang lain, maka ayah telah rakamkan contoh nada itu dan dimainkan di audio sistem RPWP sehari lebih awal supaya kami boleh ikuti dan melatih diri.

Malangnya ada sesuatu yang melucukan telah berlaku. Di kalangan Murobbi hanya beberapa orang sahaja yang mampu bawa nada tinggi. Seorang daripadanya diberi peluang untuk menyampaikan takbir dengan nada tinggi sebelum Ayahanda. Rupanya nada beliau lebih tinggi dari apa yang Ayah harapkan. Lebih malang lagi ayahanda sudah terpengaruh dengan nada itu. Maka, berhempas pulaslah beliau mempertahankan suaranya dengan nada yang ‘terlajak tinggi’ itu.

Apapun, kami benar-benar dapat rasakan aura seruan yang dizahirkan melalui takbir raya ayahanda kali ini. Sama-samalah kita hayati.

Tidak perlu minta izin untuk share selagi mana ianya untuk tujuan dakwah dan tidak dijadikan fitnah. Demikian juga dengan takbir yang begitu syahdu dari anakanda Hayat (10 tahun) yang kami upload malam tadi.

Salam Syawal, Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin (sama makna dengan lafaz baru ‘kosong kosong’)

Tapi maaflah, pendapat kami lafaz maaf begini ini hanya sekadar lafaz adat di kad raya untuk kita nampak berbudi bahasa sahaja semasa buat ucapan raya. Tiada maknanya sedikit pun selagi kita tidak nyatakan satu persatu salah dan dosa kita dengan rendah hati, sungguh-sungguh serta penuh insaf untuk tidak mengulanginya.

Biar siapapun kita, mari ambil sempena Syawal dan Aidilfitri. Mari kembalikan fitrah manusia, fitrah hamba di tempatnya semula, sesuai dengan kehendak Allah, Pencipta kita.

WARGA PRIHATIN

MUSAFIR DI AIDILFITRI – RINTIHAN SI YATIM PIATU

MUSAFIR DI AIDILFITRI – RINTIHAN SI YATIM PIATU

Semakin Aidilfitri mendekat, suasana semakin meriah dan ceria bagi kebanyakan dari kita. Namun tidak begitu perasaannya bagi anak-anak yatim piatu. Semakin hari raya mendekat, semakin anak-anak lain merasa gembira dapat bersuka ria bersama keluarga, perasaan mereka jadi semakin pilu dan hiba.

Video lagu raya ini adalah cetusan nurani sepasang anak yatim piatu yang diabadikan dalam lagu. Footage visualnya diadun dari iklan raya yang biasa kita tonton.

Kami minta maaf jika ada yang sensitif lalu menangis semasa menonton video ini. Terutama anak-anak yatim atau ibu tunggal yang melayani anak-anak yatim di luar sana. Kami sudah 10 tahun menghadapi situasi sebegini. Saban tahun terpaksa bergilir untuk tidak pulang beraya agar dapat bersama mereka yang tidak lagi berkeluarga.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kami terpaksa agih-agihkan anak anak ini untuk ikut para ibu bapa angkat dari kalangan murobbi RPWP agar mereka juga dapat turut merasakan suasana ‘balik kampung’. Lagipun sebahagian daripada kami masih punya ibu bapa yang juga perlukan santunan dari kami anak-anak mereka.

Sebahagian kami memang agak tegas terhadap anak-anak RPWP secara zahirnya. Kami rawat sakit mereka, kami didik dan ‘ajar’ mereka seperti anak sendiri. Kami bertempat tinggal dan berkelana bersama mereka. Tinggal di rumah yang sama, makan makanan yang sama, pakaian jenis yang sama dan bermusafir dengan kenderaan yang sama dengan mereka.

Sebenarnya kami hanya nampak tegas dihadapan mereka. Hakikatnya di belakang anak-anak ini hati kami tidak sekuat itu. Yang garang dan tegas itulah yang lebih sensitif serta mudah tertumpah air mata bila mengenangkan nasib anak-anak syurga ini.

Setiap kali raya kami akan berhimpun meraikan mereka terlebih dahulu. Sehari dua sebelum raya kami membuat persiapan raya dan memantai bersama mereka. Yang diizinkan pulang kampung pun hanya akan bertolak malam raya selepas majlis takbir, silaturrahim dan bersalam-salaman di malam raya.

Walaupun sepanjang tahun kami pujuk hati mereka agar kuat, namun setahun sekali kami terpaksa izinkan mereka ‘melayan’ hati mengenangkan ibubapa yang telah tiada. Itu hak ibubapa mereka untuk dikenang.

Kami cuma perkuatkan mereka dengan satu motivasi iaitu agar mereka mengenang ibubapa berserta azam dan usaha untuk membina akhlak anak yang soleh. Itu sahaja yang memberi ‘makna’ buat Allahyarham ibubapa mereka.

Sama-sama kita hayati lintasan hati anak-anak ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

Warga Prihatin

MENGAKU ADIK BERADIK KETIKA DICEKUP

MENGAKU ADIK BERADIK KETIKA DICEKUP

Ini antara dua pasangan berasingan dalam kes ‘projek maksiat ramadhan’ yang sempat dicekup. Sepasang daripadanya cuba menipu penguatkuasa dengan mengatakan mereka adalah adik beradik. Apabila ibubapa mereka mahu dihubungi lalu mereka mengaku bukan mahram.

Gadis yang seorang lagi juga mengaku menipu ibunya. Beliau sengaja pulang dari Kuala Lumpur sehari awal untuk bertemu kekasihnya.

Baru-baru ini menjadi viral klip video seorang gadis yang bercakap dengan emaknya dalam keadaan berbogel di hotel bajet mengatakan beliau sedang membeli buku bersama rakan. Padahal beliau sedang ‘bersama’ dengan teman lelakinya di hotel 2 jam itu.

Begitu banyak ibu bapa yang ‘bersangka baik’ terhadap anak-anak mereka telah ‘tertipu’ dengan lakonan anak-anak. Perbuatan sumbang anak-anak ini hanya disedari apabila mereka telah dibunuh teman lelaki, telah hamil atau membuang bayi.

Awasilah, ambil tahulah gerak geri anak-anak kita. Maklumkan situasi tenat ini kepada ibubapa dan saudara mara di kampung yang juga mempunyai anak gadis.

Jangan lupa nasihatkan anak teruna agar tidak sewenang-wenang meratah dara. Bayangkan jika kelak adik, kakak, isteri atau anak sendiri yang diratah.

SELAMAT HARI RAYA

Warga Prihatin

DOKUMENTARI KHAS RPWP – TAMAN SYURGA METROPOLITAN (TV9)

DOKUMENTARI KHAS RPWP – TAMAN SYURGA METROPOLITAN (TV9)

Kami muatnaik dokumentari khas ini untuk tontonan pembaca yang tidak berkesempatan menonton siaran TV9 petang tadi.

Terima kasih kepada TV9, khususnya saudara Fedtri Yahya atas kreativiti dan usaha mengutip kisah di sebalik kehidupan RPWP, juga Akademi Insan Prihatin (AIP) dan rangkaian Wakaf Enterprise yang sempat beliau tinjau untuk dimuatkan penceritaannya dalam dokumentari ini.

Ramai juga personaliti murobbi dan anak-anak yang sempat mereka wawancara secara sepontan. Kini dapatlah anda lihat sarana dan mengenali beberapa individu di sebalik tabir Sarcasteek (jenama Sarc), bengkel jahitan, bengkel percetakan t-shirt, galeri foto, SNAP, CS, Akademi Insan Prihatin (AIP) dan sebagainya.

Kita panjatkan syukur kepada Allah yang Maha Pemurah, Pemilik segala rahmat yang kita nikmati. Segala yang baik adalah dari petunjuk Allah. Yang buruk itu dari kelemahan dan kelalaian kami sendiri.

Alhamdulillah.
WARGA PRIHATIN

2 MAUT DISERANG BABI HUTAN

2 MAUT DISERANG BABI HUTAN

SEGAMAT : 2 Julai 2015 – Seorang lelaki Cina melapurkan telah menemui 2 mayat sekitar jam 11.35 pagi kelmarin dalam kebun getah di Kuala Paya, Buloh Kasap. Mangsa dipercayai maut akibat serangan babi hutan.

Butiran dari kad pengenalan didapati mangsa bernama Loo See Seng, 66 tahun, beralamat di No 13 Jalan Astakajaya 4, Taman Astaka Jaya, Jalan Buloh Kasap, 85010 Segamat. Seorang lagi mangsa adalah isteri beliau, yang bernama Liow Siew Lan.

Mangsa pertama cedera luka teruk di kedua-dua kaki, paha, tangan dan turut mengalami pendarahan dalaman. Mangsa kedua patah dan remuk di betis kanan, juga kesan koyakan akibat tisukan objek tumpul pada kedua-dua betis. Seluar kedua-dua mangsa koyak rabak dan ada juga kesan seretan.

Pada jam 2 petang pegawai penyiasat melakukan siasatan di tempat kejadian bersama Unit Forensik IPD Muar, K9, anggota Detektif, Ketua Polis Balai dan beberapa anggota. Hasil siasatan awal berdasarkan kecederaan dan koyakan pakaian, mangsa disyaki telah diserang oleh babi hutan.

Sewaktu menyiasat, Sarjan Mejar Johar bin Khamis mengambil inisiatif mengesan lopak atau punca air bagi mengesahkan perkara ini.

Ketika meninjau kawasan tanaman sawit bersebelahan kebun getah, seekor babi hutan telah menyerangnya menyebabkan kecederaan pada betis dan seluar beliau telah terkoyak. Bagaimanapun, dalam keadaan kelam kabut itu beliau sempat menyelamatkan diri dengan memanjat pokok sawit.

Bagi menyelamatkan SM Johar, anggota lain termasuk unit K9 terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol Walther P99 dan Sig Sauer bagi membunuh babi hutan tersebut.

Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Segamat dan akan menjalani Post Mortem pada bagi mengesahkan punca kematian. SM Johar pula sedang menjalani rawatan di Hospital Segamat

Hati-hatilah bila berhadapan babi hutan. Jangan pandang rendah kemampuan haiwan yang suka menyodol ini kerana akibatnya boleh membawa maut.

Kita ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan juga SM Johar.

WARGA PRIHATIN

KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN BALAK

Jam 9.35 berlaku kemalangan di Jln Semenyih, depan Stesen JPJ Timbang arah ke Semenyih. Sebuah lori membawa lebih muatan kayu balak jenis getah terbalik. Kayu menghempap 4 biji kereta & 1 motosikal.

Penunggang motor, seorang guru lelaki berbangsa India maut di tempat kejadian. Laluan Sesak ke dua-dua arah.

Bagaimana kayu sebanyak itu boleh dibawa dalam keadaan ‘loose’ begitu? Ulang alik pula depan JPJ.

Keadaan ini sama seperti lebih 30 buah lori balak yang sarat muatan parking di Stesyen mereka di Kuala Krai beberapa kali kami lalu di situ. Mengapa muatan sebegitu boleh bebas mundar mandir ke hulu ke hilir melalui Stesyen Timbang JPJ, dan juga balai-balai polis di jalan besar?

Menurut penduduk setempat, warga emas mangsa banjir yang dhaif pun boleh disaman kerana plate number atau cukai jalan yang baru mati seminggu. Lori balak yang mereka kata tidak pernah masuk Puspakom ini bebas pula membawa muatan balak melebihi had.

Banyaklah lagi yang perlu kita kemaskan. Semuga pihak terlibat masing-masing ambil perhatian demi keselamatan rakyat.

Apapun kita ucap takziah kepada keluarga mangsa.

WARGA PRIHATIN

KRONOLOGI KEMALANGAN YANG PERLU KITA AMBIL PELAJARAN

KRONOLOGI KEMALANGAN YANG PERLU KITA AMBIL PELAJARAN

Kami kongsikan kronologi kemalangan yang menyayat hati ini buat pelajaran kita di jalanraya, khususnya dalam menghadapi perjalanan sepanjang perayaan ini. Kronologi kemalangan yang diceritakan sendiri oleh Afiq Datuk Manaf ini terlalu pilu untuk kita hayati.

Terlalu banyak sudah kita dengar kes kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berhenti di lebuh raya, khasnya di gelap malam. Hati-hatilah ketika memberhentikan kenderaan di tepi lebuh raya yang gelap. Jangan ambil mudah. Pastikan anak-anak berada dalam kenderaan atau di tempat yang selamat.

Apabila berhenti pada kawasan kemalangan, pastikan kenderaan kita diletakkan cukup jauh ‘selepas’ dari lokasi kemalangan dan tidak mengganggu lalu lintas. Pesan pada anak-anak dan semua penumpang yang tidak terlibat agar tidak berkeliaran.

Afiq adalah anak seorang VIP yang memilih untuk hidup berdikari seperti anak orang biasa. Beliau berjiwa sangat prihatin terhadap kebajikan kaum keluarga dan terhadap insan lain. Walaupun hidup senang, beliau memilih untuk bersusah payah bermain kotor bersama Warga Prihatin dalam usaha menjaga kebajikan anak-anak syurga. Itulah pengalaman kami sendiri sepanjang bersamanya.

* * * * *
PENCERITAAN DARI M.AFIQ MANAF, [02.07.2015 01:50]

Salam ayah dan sahabat. Mohon maaf tak dapat beri laporan dalam telegram sepanjang di Kelantan. Internet takde. Saya dah selamat sampai di rumah Sentul.

Esok pagi akan ke IPD Maran untuk beri statement. Kerana hari jumaat pagi kena balik ke Sabah melawat mertua.

Selepas kemalangan malam tu, jenazah diangkat ke hosp Jengka jam 2.30am. Jam 3.30 sampai di hosp. Jam 7.30pagi baru selesai urusan forensik dan polis di bilik mayat.

Lebih kurang jam 9.00am bermula urusan mandi jenazah dan kapan. Saya dan bapa mangsa berpeluang mandi dan kapankan jenazah. Keadaan jenazah tidak berapa teruk dari luaran. Hanya tumit dan buku lali sebelah kiri nampak tulang.

Yang lain hanya lebam2 seluruh badan. Cuma keadaan dalaman agak teruk, bahagian tulang sebelah kiri semua patah. Rusuk, pinggul, paha dan tangan patah. Sebelah badan arwah di tindih lexus.

Alhamdulillah. Jam 10.30 van jenazah bergerak ke kuala krai bersama keluarga yang lain. Manakala saya terus ke IPD Maran untuk serah kenderaan.

Sampai di IPD Maran jam 11.30am dan minta izin dari polis untuk beri statement selepas selesai semua urusan kebumi. Terus bertolak balik dari Maran tumpang sepupu yang memang balik juga untuk melawat mak saudara.

Dalam perjalanan, jam 1.30tgh hari. Dapat berita mak sedara telah meninggal. Saya sampai di Kuala Krai lebih kurang 4.30pm, lewat 1 jam dari jenazah. Urusan pengebumian selesai jam 6pm. Kedua2 jenazah, nenek dan cucu di kebumikan dalam satu liang lahad. Suasana teramat hiba dan semua keluarga terkejut dengan apa yang terjadi.

Terima kasih ayah dan sahabat atas doa dan sokongan. Banyak memberi kekuatan buat saya. Saya betul2 terganggu dengan apa yang berlaku. 2 nyawa melayang depan mata.

Sebenarnya jarak saya dari kereta yang melanggar tak sampai 1meter. Rasa sejuk satu badan dan saya betul2 trauma. Allah saja yang tahu rasa bersalah dan sedih atas semua ni.

KRONOLOGI PERISTIWA MALAM KEJADIAN.

Jam 11.30 sebelum melalui kawasan kemalangan pertama, saya perasan lorry dari arah bertentangan dim lampu. Saya perlahankan kenderaan. Masa saya sampai, ternampak 1 Myvy hitam langgar divider tengah. Kereta berpusing, melintang jalan. Walaupun pasang hazard light, tapi menghadap ke bukit. Kawasan tu gelap. Selepas tu baru saya tahu kereta ni bergesel dengan lorry sebelum langgar divider.

Saya kereta pertama yang sampai. Masa lalu di sebelah, driver lorry sedang bantu driver myvi dan jerit minta tolong pada kami meminta air untuk padam api yang tengah menyala di bahagian enjin myvi. Saya berenti lebih kurang 70 meter dari lokasi myvi.

Saya, bapa arwah (Noraidi) dan adik sepupu terus lari ke arah myvi untuk sama selamatkan driver. Saya bawa pemadam api dari kereta saya untuk padam. Api berjaya padam dan driver myvi kami dapat tarik keluar. Kami semua ke tepi jalan. Selepas tenangkan driver myvi, kami masing2 ambil tempat di tepi jalan untuk beri isyarat supaya semua perlahankan kenderaan untuk elak myvi.

Masa tu kereta viva berenti agak ke depan kereta saya dan beberapa kereta lain turut berhenti depan viva. Semua ambil tempat tepi jalan dengan torchlight dan lampu handset untuk bagi isyarat. Paling jauh lebih kurang 200mtr ++ sebelum kereta myvi. Saya dan sepupu paling dekat dengan myvi (sebab orang pertama berhenti).

Kami berjaya perlahankan lebih 20 kereta dari melanggar myvi. Lebih kurang 10min, secara spontan saya cakap dengan sepupu untuk alih kereta saya ke depan lagi sebab tengok setengah kereta agak laju. Sepupu bapa arwah terus ke kereta untuk alihkan. Masa tu arwah yang berada tepi longkang masuk balik dalam kereta. Kereta di alih ke depan kereta viva. Jarak lebih kurang 100meter dari myvi atas jalan.

Bapa arwah sempat pesan pada arwah supaya duduk dalam kereta sebab kereta semua laju. Bapa arwah baru turun, tutup pintu sebelah driver dan berjalan ke belakang kereta. Rupanya arwah juga ikut turun dari pintu sebelah kiri belakang, ikut menuju ke belakang.

Waktu yang sama, saya dengar semua yang beri isyarat tepi jalan menjerit. Ada satu lexus datang dengan laju menuju ke arah myvi. Tanpa brek. Dekat dengan myvi, lexus mengelak ke kiri dan betul2 menuju ke arah saya. Hanya berselisih lebih kurang 1meter dari saya… terus meluru ke arah viva dan langgar bahagian belakang.

Bunyi amat kuat macam meletup. Viva melantun lalu melanggar kereta saya dan berpusing. Lexus terus terbalik 4 tayar ke atas dan terseret masuk ke dalam longkang.

Saya tak tahu arwah ada di luar kereta. Saya menuju ke arah viva. Hanya suara menjerit yang kedengaran. Debu naik dan suasana kelam. Tiba2 terdengar suara sepupu saya dari kereta saya memanggil nama arwah. Saya dan sepupu pusing keliling Lexus. Ternampak kaki terjulur dari dalam longkang dan arwah ditindih lexus. Di situ gelap.

Orang dah mula ramai membantu. Tapi semua ke arah viva. Saya menjerit minta tolong semua sambil maklumkan ada budak bawah lexus.

Masa masuk ke bawah, saya nampak arwah masih bergerak dalam keadaan terlangkup. Saya sempat pegang untuk periksa nadi dan ajar mengucap. Dalam beberapa minit arwah sudah tak bergerak. Saya naik balik ke tempat myvi sebab ramai orang bantu untuk keluarkan mangsa 3 dewasa 2 kanak2. Masa tu terlihat mangsa yang meninggal 5 tahun diangkat. Kepala berlubang dan otak jatuh semasa diangkat. Allah saja tahu perasaan saya masa tu.

Selepas 10 min baru orang cukup ramai untuk angkat lexus dan keluarkan arwah. Semasa bawak keluar arwah memang sudah meninggal. Suasana memang bingit sebab ada mangsa yang tersepit dekat viva… Ibu kepada anak yang meninggal.

Polis hanya sampai 45min selepas tu. Ambulan dan bomba dekat 1 jam setengah baru sampai. Dan trak polis hanya sampai jam 2.30am untuk angkat jenazah.

Walaupun sedih dengan apa terjadi. Saya dan keluarga tetap bersyukur, semua dalam kereta saya hanya berselisih dengan maut. Jarak saya sangat dekat… kereta pula baru dialihkan tak sampai 1 minit sebelum kejadian. Sepatutnya kereta saya yang mana ada keluarga sepupu di dalamnya berada di tempat tu. Alhamdulillah.

Inilah apa yang berlaku pada malam kejadian. Maaf lambat maklum pada ayah dan semua. Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua. Alhamdulillah.

* * * * * *
Berikut ini beberapa komen yang kami petik dari posting pertama.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10153992840377786/?type=1

ZETI WANISHA : Assalamualaikum… sy kakak Afiq. Sbnrnya ibubapa kami telah bertolak ke Kuala Krai utk melawat ibu saudara kami yg sedang nazak pd tghr Isnin. Afiq septtnya bertolak balik naik flight, tp sbb memikirkan sepupu kami (ibubapa kepada mangsa kemalangan) kerosakan kereta, Afiq bertindak membawa mereka balik bersama… semlm dua jasad selamat dikebumikan dlm 1 liang lahad di sini (ibu saudara kami iaitu nenek kepada mangsa kemalangan & mangsa). Terima kasih atas keprihatinan dan ucap selamat utk kami semua.

ANNA FAZANA : Walaikumussalam. Al fatihah dan salam takziah kpd yg telah pergi. buat Afiq.. moga Allah beri ganjaran Syurga yg tertinggi buatnya krn sifat ehsan dan keperihatinannya dlm melakukan kerja amal jariah. Moga ni juga dikira jihad fisabillahnya dlm mencari redha Allah. Amiin.

NUR SURIA AHMAD : Takziah tuk keluarga akak.. moga tabah.. ini lah dikatakan takdir.. mcm mana pon ttp blaku.. insyaAllah mrk pergi di bulan mulia.. tmpt mrk kat sana pon insyaAllah mulia juga..ameen.. smoga afiq trima ngan redha.. ini takdir bukannya sbb dia..

NORAZILA IBRAHIM : terima kasih untuk Afiq sepupuku yg amat baik hati dan prihatin.. Al-fatihah utk mertua n anak saudara ku.. semuga arwah dtempatkan di kalangan org2 yg beriman.. Aamiin

MONA HAMID : Tujuan mereka utk melawat ibu mertua yg sedang sakit… Setelah mereka kehilangan anak di waktu mlmnya, mereka kehilangan ibu mertua bagi noraidi pada siangnya pula… En Noraidi adalah kawan satu pejabat dgn sy… Innalillah… Semuga mereka tabah menghadapi ujian ini…

TUAN TANAH : Mereka dlm perjalanan utk ke Kg Bukit Batu, Kuala Krai Kelantan. Ini kg ambo ni SN… ptg keesokannya, nenek kpda arwah yg tgh nazak tu pula mninggal.. Al fatihah.. Ujian hebat buat ibu arwah. Kehilangan anak n ibu sekaligus..! Moga dia tabah..

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROOJIUN.
ALFATIHAH BUAT ARWAH

Mohd Akmal Razid bin Noraidi (CUCU)
Mek Esah binti Sulaiman (NENEK)
Juga kepada arwah mangsa lain yang tidak kami ketahui.

WARGA PRIHATIN

ALBUM KHAS KES DERA ADIK YAYA

Untuk mendapatkan gambaran lebih dekat trauma yang dideritai oleh adik Yaya, kami kompilasikan gambar-gambar berkaitan.

Turut dimuatkan beberapa printscreen komunikasi kasar dan gambar ibu tiri Yaya dari FB beliau.

Sukar dimengerti apa yang ada di minda ibu tiri Yaya dan bapa kandung sendiri yang tidak bertanggungjawab sama sekali atas kes penderaan ini.

SEMUGA ALLAH LINDUNGI ANAK INI BIARPUN TELAH MENGALAMI KECACATAN KEKAL DAN MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA IBUBAPA MEREKA.

Allahumma Amiin.

WARGA PRIHATIN

VIDEO PENAHANAN IBU TIRI SUSPEK DERA – BERITA TERKINI TV1

VIDEO PENAHANAN IBU TIRI SUSPEK DERA – BERITA TERKINI TV1

Ini rupa ibu tiri yang mendera Nur Zuliana hingga cacat. Lihat betapa angkuh gaya jalannya… sama dengan gaya bahasa di FB nya… tidak peliklah beliau tergamak mendera sampai begitu rupa.

Kita tunggu sandiwara dan alasan apa yang bakal diberikan kepada pihak polis semasa soal siasat sepanjang reman 4 hari ini.

(Wajarnya Polis “reman penjara” sahaja mereka ini maksima 60 hari untuk kes berat seperti ini).

Tindakan suami wanita ini yang membawa lari isterinya selepas kes terbongkar adalah amat mencurigakan. Mungkinkah si bapa sendiri yang melakukan penderaan yang amat trajis terhadap anak ini?

Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya. Semuga anak ini mendapat pengadilan yang sewajarnya.

WARGA PRIHATIN

RESTU

RESTU

Ramadhan adalah bulan panas yang sarat dengan pelbagai isu hangat yang memanaskan jiwa. Kita benar-benar memerlukan air untuk jadi penawar dan penyejuk jiwa.

Buat penyejuk hati di bulan ramadhan ini, maka kami hadiahkan sebuah lagi nasyid nostalgia yang sudah tidak kedengaran untuk sama-sama kita hayati bait-bait nasihat di dalamnya.

Antara sunnah besar baginda Rasulullah SAW yang WAJIB kita amalkan ialah habit beristighfar, mengakui khilaf diri, segera memohon ampun dan kemaafan. Mesej ini turut disampaikan dalam nasyid lama yang kami muat-naik sebelum ini.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153972114762786/?video_source=pages_finch_main_video

Inilah antara masalah paling besar pada masyarakat kita hari ini. Tidak mahu bermuhasabah diri dan sukar memohon ampun. Akhirnya kita terus terusan berada dalam noda dan dosa yang mengundang kemurkaan Allah dan manusia.

Ironinya, sikap sukar memohon ampun ini juga dilengkapi dengan sifat SUKAR MEMAAFKAN pihak lain. Maka jadilah kita golongan yang berpenyakit hati, sentiasa dalam keadaan menyumpah seranah pihak lain. Padahal pada masa yang sama kita juga dirumpah seranah oleh Allah dan manusia kerana tidak mahu memohon ampun dan meminta maaf.

Ini adalah antara nasyid lama yang menjadi lagu rasmi anak-anak RPWP. Ia amat menyejukkan hati dan mampu mendidik jiwa.

Semuga bermanafaat.

Selamat berbuka,
WARGA PRIHATIN

AMPUNI KAMI

AMPUNI KAMI

Ramadhan adalah bulan panas yang sarat dengan pelbagai isu hangat yang memanaskan jiwa. Kita benar-benar memerlukan air untuk jadi penawar dan penyejuk jiwa.

Buat penyejuk hati di bulan ramadhan ini, maka kami hadiahkan sebuah lagi nasyid nostalgia yang sudah tidak kedengaran untuk sama-sama kita hayati bait-bait nasihat di dalamnya.

Antara sunnah besar baginda Rasulullah SAW yang WAJIB kita amalkan ialah habit beristighfar, mengakui khilaf diri, segera memohon ampun dan kemaafan. Mesej ini turut disampaikan dalam nasyid lama yang akan kami muat-naik selepas ini.