EKSPLORASI DUSUN DURIAN – SEKOLAH ALAM

image_pdf

EKSPLORASI DUSUN DURIAN – SEKOLAH ALAM. Hujung minggu yg lepas iaitu pada 29 Julai 2018, anak-anak pra sekolah Akademi Insan Prihatin (AIP) telah diberikan peluang untuk menjalani aktiviti eksplorasi ke dusun durian kepunyaan En Anuar dan Puan Noraini, atau lebih mesra di panggil Uncle dan Auntie.Dusun kepunyaan Uncle dan Auntie ini terletak di Kampung Lubuk Kelubi, Batu 19, Hulu Langat, Selangor. Perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 45 minit dari tempat penginapan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di Sungai Ramal, Kajang.Semua anak yg terlibat dalam eksplorasi ke dusun durian ini amat teruja dan gembira kerana ini adalah pengalaman pertama buat mereka.Ketibaan Bas coaster yang membawa 20 orang anak-anak tadika berserta 3 orang murobbiah dan seorang murobbinya ini disambut mesra oleh Uncle, Auntie serta sanak saudara mereka. Anak-anak dijamu dengan pelbagai juadah makanan yang telah disediakan termasuk buah durian yang sudah siap dikopek.Pertama kali menjejakkan kaki ke kawasan dusun yg lebih kurang 5 ekar keluasan keseluruhannya, membuatkan hati kami semua terpegun sebentar. Permandangannya yang sangat cantik, bersih dan nyaman. Di kiri kanananya terdapat pokok-pokok buluh serta daun keladi besar bagi mengindahkan dekorasi hiasannya membuatkannya lebih cantik dan menarik. Selain pokok durian, terdapat juga pokok buah-buahan lain seperti rambutan, manggis, duku langsat, cempedak dan lain-lain.Di hujung kawasan dusun tersebut, terdapat beberapa ekor rusa yg dibela di kandangnya. Selain itu, ada juga binatang ternakkan lain seperti ayam, angsa, ternakan ikan talapia merah, ikan keli, udang dan lain-lain lagi.Anak-anak juga teruja melihat rumah lebah kelulut atau nama saintifiknya Meliponini. Teruja melihat rumah serta sarang yang dibina sendiri oleh komuniti lebah ini. Jangka hayatnya 40 hari dan kemudiannya lebah-lebah tersebut akan mati. Namun hasil madu yang ditinggalkan amat bermanfaat buat manusia. Difahamkan lebah kelulut juga tidak bersengat atau menyengat orang. Eksplorasi diteruskan dengan melihat dengan lebih dekat lagi pokok durian yg ditanam di dalam kawasan tersebut. Ada durian kampung, durian kacukan dan durian lain juga. Kami diingatkan agar tidak berjalan di bawah pokok durian kerana dikuatiri durian akan luruh dan takut terkena kepala.Menikmati buah durian yang enak dan lazat. Mengenali pokok durian yang bagaimana rupa bentuknya, melihat perkembangan buah tersebut membesar di pokok dari putik hingga luruh ke tanah, membuatkan anak-anak ini memahami dengan lebih jelas lagi proses kitaran itu berlaku. Antara pengalaman menarik yang lain ialah memberi makan ikan-ikan di kolam ternakkan serta dapat mendengar ayam dan angsa berbunyi, mengetahui perbezaan antara ayam jantan dan betina serta bermacam-macam lagi.Eksplorasi diteruskan dan anak-anak dikenalkan dengan pokok Asam Gelugur ataupun Asam Keping. Nama siantifiknya ialah Garcinia Atroviridis. Anak-anak diberi peluang untuk merasai sendiri rasa pucuk daun pokok asam gelugur tesebut. Rasanya lemak masam dan ianya amat bagus untuk dibuat ulam. Manakala, buahnya pula, apabila masak, akan dihiris, dijemur, dikeringkan dan akhirnya boleh digunakan dalam pelbagai masakkan. Inilah yang dikatakan sekolah alam, di mana anak-anak dapat melihat sendiri kaitan kehidupan mereka dengan alam sekitar. Mereka alaminya sendiri dan rasai nikmat tersebut di depan mata mereka.Ini membuatkan anak-anak berminat untuk mengeksplorasi dengan lebih jauh lagi. Seronok kerana ianya berlaku di luar bilik darjah. Pembelajaran di luar kelas inilah yang dapat mendekatkan anak-anak ini dengan kitaran alam semula jadi dengan diri mereka secara alami.Sesi refleksi, kesan dan pesan di dalam bas semasa perjalanan pulang, dilakukan untuk kami semua membuat islah serta penambahbaikan pada masa yang akan datang. Amat berterima kasih kpd Uncle dan Auntie kerana memberi peluang kepada anak-anak tadika ini merasai eksplorasi ke dusun durian pada kali ini. Satu pengalaman manis yang tidak boleh dilupakan dan pastinya jika diberi peluang untuk datang kembali, banyak lagi aktiviti yg boleh dilakukan. Semoga Uncle dan Auntie dipanjangkan umur, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, dimurahkan rezeki, serta bahagia dunia akhirat. Semoga hubungan silaturrohim, kekeluargaan yang terjalin baik sejak Uncle dan Auntie mengikuti trip "Rarecation ke Switzerland 39" ini akan terus kekal sampai ke akhir hayat. Insya-Allah. Sampai ketemu lagi, Alhamdulillah.-Murobbiah Tadika-

Posted by Akademi Insan Prihatin on Khamis, 2 Ogos 2018

EKSPLORASI DUSUN DURIAN – SEKOLAH ALAM.

Hujung minggu yg lepas iaitu pada 29 Julai 2018, anak-anak pra sekolah Akademi Insan Prihatin (AIP) telah diberikan peluang untuk menjalani aktiviti eksplorasi ke dusun durian kepunyaan En Anuar dan Puan Noraini, atau lebih mesra di panggil Uncle dan Auntie.

Dusun kepunyaan Uncle dan Auntie ini terletak di Kampung Lubuk Kelubi, Batu 19, Hulu Langat, Selangor. Perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 45 minit dari tempat penginapan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di Sungai Ramal, Kajang.

Semua anak yg terlibat dalam eksplorasi ke dusun durian ini amat teruja dan gembira kerana ini adalah pengalaman pertama buat mereka.

Ketibaan Bas coaster yang membawa 20 orang anak-anak tadika berserta 3 orang murobbiah dan seorang murobbinya ini disambut mesra oleh Uncle, Auntie serta sanak saudara mereka.

Anak-anak dijamu dengan pelbagai juadah makanan yang telah disediakan termasuk buah durian yang sudah siap dikopek.

Pertama kali menjejakkan kaki ke kawasan dusun yg lebih kurang 5 ekar keluasan keseluruhannya, membuatkan hati kami semua terpegun sebentar. Permandangannya yang sangat cantik, bersih dan nyaman. Di kiri kanananya terdapat pokok-pokok buluh serta daun keladi besar bagi mengindahkan dekorasi hiasannya membuatkannya lebih cantik dan menarik.

Selain pokok durian, terdapat juga pokok buah-buahan lain seperti rambutan, manggis, duku langsat, cempedak dan lain-lain.

Di hujung kawasan dusun tersebut, terdapat beberapa ekor rusa yg dibela di kandangnya. Selain itu, ada juga binatang ternakkan lain seperti ayam, angsa, ternakan ikan talapia merah, ikan keli, udang dan lain-lain lagi.

Anak-anak juga teruja melihat rumah lebah kelulut atau nama saintifiknya Meliponini. Teruja melihat rumah serta sarang yang dibina sendiri oleh komuniti lebah ini. Jangka hayatnya 40 hari dan kemudiannya lebah-lebah tersebut akan mati. Namun hasil madu yang ditinggalkan amat bermanfaat buat manusia. Difahamkan lebah kelulut juga tidak bersengat atau menyengat orang.

Eksplorasi diteruskan dengan melihat dengan lebih dekat lagi pokok durian yg ditanam di dalam kawasan tersebut. Ada durian kampung, durian kacukan dan durian lain juga. Kami diingatkan agar tidak berjalan di bawah pokok durian kerana dikuatiri durian akan luruh dan takut terkena kepala.

Menikmati buah durian yang enak dan lazat. Mengenali pokok durian yang bagaimana rupa bentuknya, melihat perkembangan buah tersebut membesar di pokok dari putik hingga luruh ke tanah, membuatkan anak-anak ini memahami dengan lebih jelas lagi proses kitaran itu berlaku.

Antara pengalaman menarik yang lain ialah memberi makan ikan-ikan di kolam ternakkan serta dapat mendengar ayam dan angsa berbunyi, mengetahui perbezaan antara ayam jantan dan betina serta bermacam-macam lagi.

Eksplorasi diteruskan dan anak-anak dikenalkan dengan pokok Asam Gelugur ataupun Asam Keping. Nama siantifiknya ialah Garcinia Atroviridis.

Anak-anak diberi peluang untuk merasai sendiri rasa pucuk daun pokok asam gelugur tesebut. Rasanya lemak masam dan ianya amat bagus untuk dibuat ulam. Manakala, buahnya pula, apabila masak, akan dihiris, dijemur, dikeringkan dan akhirnya boleh digunakan dalam pelbagai masakkan.

Inilah yang dikatakan sekolah alam, di mana anak-anak dapat melihat sendiri kaitan kehidupan mereka dengan alam sekitar. Mereka alaminya sendiri dan rasai nikmat tersebut di depan mata mereka.

Ini membuatkan anak-anak berminat untuk mengeksplorasi dengan lebih jauh lagi. Seronok kerana ianya berlaku di luar bilik darjah.

Pembelajaran di luar kelas inilah yang dapat mendekatkan anak-anak ini dengan kitaran alam semula jadi dengan diri mereka secara alami.

Sesi refleksi, kesan dan pesan di dalam bas semasa perjalanan pulang, dilakukan untuk kami semua membuat islah serta penambahbaikan pada masa yang akan datang.

Amat berterima kasih kpd Uncle dan Auntie kerana memberi peluang kepada anak-anak tadika ini merasai eksplorasi ke dusun durian pada kali ini. Satu pengalaman manis yang tidak boleh dilupakan dan pastinya jika diberi peluang untuk datang kembali, banyak lagi aktiviti yg boleh dilakukan.

Semoga Uncle dan Auntie dipanjangkan umur, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, dimurahkan rezeki, serta bahagia dunia akhirat.

Semoga hubungan silaturrohim, kekeluargaan yang terjalin baik sejak Uncle dan Auntie mengikuti trip “Rarecation ke Switzerland 39” ini akan terus kekal sampai ke akhir hayat. Insya-Allah.

Sampai ketemu lagi, Alhamdulillah.

-Murobbiah Tadika-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *