BILA PEMIMPIN SUDAH TIDAK PANDAI JAGA MULUT

image_pdf

BEGINILAH 'BILA KADUK SUDAH NAIK JUNJUNG'

BILA PEMIMPIN SUDAH TIDAK PANDAI JAGA MULUT – ISU KENYATAAN M.KULASEGARAN, MENTERI SUMBER MANUSIA, NAIB PRESIDEN DAP: INDIA PENDUDUK ASAL, MELAYU ADALAH PENDATANG.Berikut adalah terjemahan ucapan M.Kulasegaran oleh Kiridaren Jayakumar.."Sejarah buku teks kata kita datang ke sini 130 tahun. Ia tidak betul. Bilakah kita datang ke sini? 2500 tahun lalu. Manakah bukti itu? Boleh lihat di Lembah Bujang. Terdapat pelbagai kuil yang tertanam. Dari sejarah silam tersebut, mereka (Melayu) adalah pendatang, bukan kita. Kita dan mereka adalah sama. Tapi kita sudah lupa sekarang. Tanyalah pelajar-pelajar sekarang, berapa lamakah hubungan Hindu, mereka akan jawab 100 tahun, cikgu kita yang ajar. Cikgu yang berkata sebegitu perlu diketuk kepala, disebabkan negara kita ada had sebegitu sahaja. Jika anda pergi ke Lembah Bujang sekarang, amat jelas ada bukti hubungan kita. Kita perlu bercakap dengan semua orang dan masyarakat kita. Baru kita tahu tiada bezanya kita dengan mereka. Kita juga berhak untuk tinggal sini, ini adalah tanah ibu kita. Tiada yang lain, jika anda berfikir 2,500 tahun lalu, bagaimanakah keadaanya, kita ada segala hak. Jangan berputus asa."Kiridaren Jayakumar berpendapat hal ini sebenarnya assinasi politik atau karakter M.Kulasegaran. Ini adalah disebabkan kecuaian beliau dan menjadi satu teladan untuk ahli politik agar sentiasa berfikir sebelum bercakap..MULANYA NAFIKAN, AKHIRNYA TARIK BALIK KENYATAAN.Mulanya M Kula Segaran menafikan kenyataan kontroversinya dan menuduh akhbar sengaja memutarbelitkan fakta. .Selepas video ucapannya viral dan beliau dikecam pelbagai pihak, beliau akhirnya membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan kontroversinya seperti video yang telah tular..Beliau mendakwa menarik balik kenyataan itu kerana enggan kontroversi itu terus membarah..Beliau juga meminta maaf dan mengatakan sebelum ini beliau tidak pernah mencipta kontroversi dengan mempertikaikan perbezaan kaum dan agama di negara ini..“Saya akan selalu menjunjung perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan..“Perkataan seperti ‘sesumpah’. Maksudnya selalu berbeza seperti perkataan ‘pendatang’ yang saya ucapkan dalam bahasa Tamil baru-baru ini..Tambah Ahli Parlimen Ipoh Barat ini, ucapannya di Nilai baru-baru ini telah disalah erti yang mendakwa beliau menggunakan perkataan ‘pendatang’ merujuk kepada orang Melayu..“Saya dengan ini meminta maaf di atas wujudnya rasa terluka kepada sesiapa sahaja dengan kenyataan tersebut,” ujarnya..Sumber – Sinar Harian Online.KESIMPULAN.M Kula Segaran keliru antara isu Bangsa atau etnik peribumi dengan isu agama. Yang beliau klaim sudah bertapak 2500 tahun di bumi yang namanya sahaja pun TANAH MELAYU ini adalah agama Hindu, bukan etnik 'India' yang datang kerana berdagang atau dibawa masuk oleh British untuk bekerja di ladang getah.. Beliau juga seharusnya menasihati 'kaum'nya agar sentiasa bersyukur kerana diberikan hak kerakyatan dan dilayan dengan baik oleh pribumi Malaysia. .Bandingkan dengan rakyat Rohingya yang juga dibawa masuk oleh British ke Burma. Setelah Burma ditinggalkan, mereka dibiarkan terkontang kanting tanpa diberikan sebarang hak sebagai rakyat Burma..Semuga kekeruhan ini tidak berlarutan. Berhati-hatilah para pemimpin sekalian dalam melontarkan ucapan..WARGA PRIHATINWith – Warga Rpwp

Posted by Warga Prihatin on Isnin, 30 Julai 2018

 

BILA PEMIMPIN SUDAH TIDAK PANDAI JAGA MULUT – ISU KENYATAAN M.KULASEGARAN, MENTERI SUMBER MANUSIA, NAIB PRESIDEN DAP: INDIA PENDUDUK ASAL, MELAYU ADALAH PENDATANG
.
Berikut adalah terjemahan ucapan M.Kulasegaran oleh Kiridaren Jayakumar.
.
“Sejarah buku teks kata kita datang ke sini 130 tahun. Ia tidak betul. Bilakah kita datang ke sini? 2500 tahun lalu. Manakah bukti itu?

Boleh lihat di Lembah Bujang. Terdapat pelbagai kuil yang tertanam. Dari sejarah silam tersebut, mereka (Melayu) adalah pendatang, bukan kita.

Kita dan mereka adalah sama. Tapi kita sudah lupa sekarang. Tanyalah pelajar-pelajar sekarang, berapa lamakah hubungan Hindu, mereka akan jawab 100 tahun, cikgu kita yang ajar.

Cikgu yang berkata sebegitu perlu diketuk kepala, disebabkan negara kita ada had sebegitu sahaja.

Jika anda pergi ke Lembah Bujang sekarang, amat jelas ada bukti hubungan kita. Kita perlu bercakap dengan semua orang dan masyarakat kita. Baru kita tahu tiada bezanya kita dengan mereka.

Kita juga berhak untuk tinggal sini, ini adalah tanah ibu kita. Tiada yang lain, jika anda berfikir 2,500 tahun lalu, bagaimanakah keadaanya, kita ada segala hak. Jangan berputus asa.”

Kiridaren Jayakumar berpendapat hal ini sebenarnya assinasi politik atau karakter M.Kulasegaran. Ini adalah disebabkan kecuaian beliau dan menjadi satu teladan untuk ahli politik agar sentiasa berfikir sebelum bercakap.
.

MULANYA NAFIKAN, AKHIRNYA TARIK BALIK KENYATAAN
.
Mulanya M Kula Segaran menafikan kenyataan kontroversinya dan menuduh akhbar sengaja memutarbelitkan fakta.
.
Selepas video ucapannya viral dan beliau dikecam pelbagai pihak, beliau akhirnya membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan kontroversinya seperti video yang telah tular.
.
Beliau mendakwa menarik balik kenyataan itu kerana enggan kontroversi itu terus membarah.
.
Beliau juga meminta maaf dan mengatakan sebelum ini beliau tidak pernah mencipta kontroversi dengan mempertikaikan perbezaan kaum dan agama di negara ini.
.
“Saya akan selalu menjunjung perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
.
“Perkataan seperti ‘sesumpah’. Maksudnya selalu berbeza seperti perkataan ‘pendatang’ yang saya ucapkan dalam bahasa Tamil baru-baru ini.
.
Tambah Ahli Parlimen Ipoh Barat ini, ucapannya di Nilai baru-baru ini telah disalah erti yang mendakwa beliau menggunakan perkataan ‘pendatang’ merujuk kepada orang Melayu.
.
“Saya dengan ini meminta maaf di atas wujudnya rasa terluka kepada sesiapa sahaja dengan kenyataan tersebut,” ujarnya.
.
Sumber – Sinar Harian Online
.
KESIMPULAN
.
M Kula Segaran keliru antara isu Bangsa atau etnik peribumi dengan isu agama. Yang beliau klaim sudah bertapak 2500 tahun di bumi yang namanya sahaja pun TANAH MELAYU ini adalah agama Hindu, bukan etnik ‘India’ yang datang kerana berdagang atau dibawa masuk oleh British untuk bekerja di ladang getah.
.
Beliau juga seharusnya menasihati ‘kaum’nya agar sentiasa bersyukur kerana diberikan hak kerakyatan dan dilayan dengan baik oleh pribumi Malaysia.
.
Bandingkan dengan rakyat Rohingya yang juga dibawa masuk oleh British ke Burma. Setelah Burma ditinggalkan, mereka dibiarkan terkontang kanting tanpa diberikan sebarang hak sebagai rakyat Burma.
.
Semuga kekeruhan ini tidak berlarutan. Berhati-hatilah para pemimpin sekalian dalam melontarkan ucapan.
.
WARGA PRIHATIN
With – Warga Rpwp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *