Nenek Mati Ditetak Cucu Sendiri

image_pdf

Nenek Mati Ditetak Cucu Sendiri! Bapa Mertua & Isteri Suspek Juga Cedera… Apa Nak Jadi Ni?

 

Mayat Wak Moh dibawa ke unit forensik Hospital Lipis untuk bedah siasat. Gambar kecil: Wak Moh a/p Bah Wek

Seorang wanita warga emas Orang Asli maut akibat ditetak cucunya di Kampung Pagar, Pos Lenjang, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi itu mangsa, Wak Moh a/p Bah Wek, 76, ditetak di bahagian belakang leher dengan menggunakan sebilah parang.

Turut cedera dalam kejadian itu ialah bapa mertua suspek, Bah Keloh Bah Kuyah, 56, yang ditetak di bahagian leher dan belakang badan serta isteri suspek, Rohini a/p Bak Keloh, 21, yang mengalami kesan lecur di bahagian muka disebabkan bara api.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengkebumian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang cedera pula kini menerima rawatan di wad Hospital Lipis dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – Sinar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *