‘Heal Fast Please’ Antara Status Twitter Suspek Utama Sebelum Arwah Zulfarhan Meninggal

image_pdf

‘Heal Fast Please’ Antara Status Twitter Suspek Utama Sebelum Arwah Zulfarhan Meninggal

 

Astro Gempak melaporkan bahawa suspek utama merangkap ‘rakan baik’ arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mohd Akmal Zuhairi Azmal telah memberi tanda-tanda mengenai keadaan arwah di laman sosial. Akmal Zuhairi dalam laman Twitternya telah menyatakan keresahannya apabila luka lecuran di badan arwah masih tidak sembuh.

Akmal Zuhairi yang menggunakan nama samaran @hairiazmal telah meluahkan perasaannya dengan menulis ‘Heal fast please‘ dan ‘Hidupku tidak tentu arah‘ pada 31 Mei baru-baru ini.

Status berkenaan telah dimuat naik sehari sebelum arwah Zulfarhan disahkan meninggal dunia pada 1 Jun (Khamis).

Netizen juga menjumpai beberapa video cara untuk mengubati luka melecur yang telah ditonton oleh Akmal Zuhairi di laman Youtube.

Pembunuhan arwah Zulfarhan sangat memberi kesan kepada masyarakat Malaysia menjadikan netizen bertindak sebagai penyiasat persendirian dan mula menyiasat kisah di sebalik kejadian kejam ini.  

Beberapa netizen juga menjumpai beberapa gambar suspek bersama arwah dalam keadaan gembira di laman Instagram.

Akmal Zuhairi dan empat lagi suspek, Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin telah didakwa membunuh arwah Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi pada 22 Mei yang lalu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika terbukti bersalah. 

Sumber Astro Gempak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *