GADIS OKU DIROGOL POK SU SAMPAI MENGANDUNG

image_pdf

(Tertuduh (tengah) dikawal ketat polis keluar dari mahkamah selepas dihukum)

KOTA BHARU May 29, 2017  – Perbuatan kejam seorang lelaki dikenali sebagai Pok Su yang merogol seorang wanita orang kurang upaya OKU lembam dibalas dengan hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan di mahkamah sesyen, di sini, tadi.

 

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Faizal Adlan Husin, 25, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan yang dikemukakan.

 

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 23 tahun di sebuah bengkel motosikal di Kampung Permatang Pasir Gunung, Bachok, pada jam 8.30 malam, dalam Julai 2016.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Dalam kejadian lalu, mangsa yang baru pulang dari mengaji di rumah saudaranya di kampung sama berjalan kaki untuk pulang ke rumah.

 

Tiba di hadapan sebuah kedai, lelaki yang dikenalinya sebagai Pok Su iaitu tertuduh menariknya dengan kuat dan menutup mulut dengan kain tudung mangsa.

 

Tertuduh kemudian mengangkat mangsa dan membawanya ke sebuah bilik serta merogolnya.

 

Tertuduh juga memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa pun, bagaimanapun mangsa mengalami sakit perut dan dibawa ke hospital sebelum disahkan mengandung 18 minggu. – Sinar

 

ULASAN: Sudah TERLALU BANYAK kes kehamilan gadis OKU hasil ‘kerja’ jantan-jantan yang bersifat binatang ini. Kebanyakannya dibuat dengan rela bahkan ada yang berlanjutan menjadi gejala ketagihan seks. Gadis malang ini sanggup menyerahkan kepada sesiapa sahaja lelaki yang ‘berhajat’ menidurinya secara bergilir-gilir. Tidak kerana wang, tidak juga kerana cinta, namun hanya kerana naluri biologi semata-mata. Tiada yang mahu tampil untuk membantu mangsa dan pemangsa mengawal nafsu yang tidak lagi ada batas sosial dan agama.

 

Wajarkah gadis OKU 23 tahun ini keluar sendirian jam 8.30 malam untuk belajar mengaji? Di manakah penjaganya?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *