Pelajar tingkatan 2 asrama penuh cedera dibelasah 10 senior

image_pdf

SERI ISKANDAR, May 18 2017: Enam pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah berasrama penuh di Parit, dekat sini, dipercayai menjadi mangsa buli pelajar senior sehingga mengalami kecederaan fizikal di badan.

 

Dalam kejadian yang berlaku pada 5 Mei lalu, enam pelajar itu dipercayai dibelasah oleh 10 pelajar senior Tingkatan Tiga dan Empat selepas dikatakan seorang daripada mereka enggan meminjamkan kasut bola kepada seorang pelajar senior berkenaan.

 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, polis menerima enam laporan polis daripada semua mangsa sehari selepas kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

Katanya, polis sudah mengambil rakaman percakapan 10 pelajar senior berkenaan dan mereka kini dipercayai sudah digantung sekolah.

 

“Semua mangsa tidak mengalami kecederaan teruk, cuma lebam pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul menggunakan tangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, di sini, sebentar tadi.

 

Mohamad Zainal berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan menasihatkan keluarga pelajar supaya tidak melakukan tindakan yang boleh mengganggu siasatan polis.

 

Katanya, semua pelajar terbabit iaitu yang membuli dan mangsa berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur. – BHarian

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *