Warden asrama rogol kanak-kanak perempuan 11 tahun

image_pdf

(Tertuduh dipenjara 17 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak perempuan}

 

KOTA BHARU,  May 17, 2017 – Warden asrama sekolah swasta dipenjara 17 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, dua tahun lalu.

 

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Hafiz Abdul Syukri, 24, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kedai Melor, Melor pada 6.15 pagi, 14 Februari 2015.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Firdaus Yusoff. – Metro

 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *