Pelajar tingkatan 4 cederakan rakan sekelas dengan kaca dan tumbuk cikgu

image_pdf

KULIM 12 Mac 2017 – Tidak cukup dengan bertindak ganas mencederakan rakan sekelas, seorang pelajar tingkatan empat bersikap biadab apabila menumbuk muka seorang guru lelaki berusia 50 tahun di sebuah sekolah menengah di sini, hari ini.

Sumber memaklumkan, kejadian itu berlaku pada pukul 9.35 pagi ketika salah seorang rakan sekelas pelajar tersebut menumpahkan air ke atas meja suspek ketika kelas pendidikan seni sehingga mendatangkan kemarahannya.

‘‘Berlaku pergaduhan antara dua pelajar itu menyebabkan guru wanita serta beberapa rakan lain bertindak meleraikannya.

“Namun suspek dipercayai sempat mencapai kepingan kaca tingkap nako dan melibasnya menyebabkan dua pelajar yang cuba menyabarkannya tercedera di leher dan tangan kiri.

‘‘Kepingan kaca yang pecah kemudiannya turut mendatangkan kecederaan di dagu salah seorang pelajar lain. Akibat daripada keadaan itu, seorang guru lelaki bertindak membawa kesemua pelajar tersebut ke pejabat sekolah untuk bertemu dengan guru bertugas,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, ekoran kejadian itu, guru berkenaan kemudiannya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdullah Arshad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – Utusan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *