Ibu tampar guru cubit anaknya dipenjara 6 bulan dan denda RM2000

image_pdf

Tan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Jawi, selepas didapati bersalah menampar seorang guru pada 2015. FOTO Amir Irsyad Omar

Nibong Tebal, Mac 8, 2017: Seorang suri rumah dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Jawi, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menampar seorang guru pada 2015.

Tan Seow Yen, 36, didapati bersalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada seorang guru dengan menamparnya.

Majistret Shamshol Azwa Martadza menjatuhkan hukuman selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes.

Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 dan penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Sebelum ini, pada 16 Februari 2015, Tan mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang guru wanita berusia 39 tahun dengan menampar muka mangsa selepas mendakwa anaknya dicubit.

Tan didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 Februari 2015 dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sepanjang tempoh perbicaraan, seramai lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberikan keterangan.

Tertuduh diwakili Mohd Ismail Mohamed manakala pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan. – Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *