image_pdf

JEMPUTAN KE MAJLIS WALIMAH 9 PASANGAN ASNAF RPWP

Y.Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Ustaz / Ustazah / Haji / Hajjah

PER: JEMPUTAN KHAS KE MAJLIS MERAIKAN 9 PASANGAN PENGANTIN

Dengan hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman semua, Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) adalah Rumah Kebajikan yang menempatkan sekitar 250 orang penghuni dari golongan Asnaf Fakir, Anak Yatim, OKU, Ibu Tunggal, Warga Emas dan Anak-anak Terbiar.

Sejak hari pertama penubuhan, kira-kira 12 tahun lalu, RPWP cuba untuk berdikari dengan menjalankan pelbagai perniagaan berunsur wakaf bagi mendanai kos pengurusan dan pembangunannya. Pekerja dan pengurusnya adalah dari kalangan sukarelawan sepenuh masa yang telah mewakafkan harta dan diri sepenuhnya tanpa gaji dan cuti.

Sukacita dimaklumkan bahawa kami berhajat untuk mengadakan majlis Walimah bagi meraikan perkahwinan 9 pasangan Pengantin dari kalangan anak yatim, asnaf serta sukarelawan kami pada 16 April 2017 nanti. Di samping dapat mengurangkan kos, sambutan perkahwinan beramai-ramai juga boleh menambahkan kemeriahannya.

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati untuk memanjangkan jemputan ini buat memeriahkan lagi sambutannya. Kami percaya dengan kehadiran insan prihatin dari pelbagai lapisan masyarakat akan dapat menjadikan Majlis ini bertambah seri serta barakah. Pasangan yang sudah tidak mempunyai ibubapa dan saudara mara khususnya akan InsyaAllah merasa dihargai dan berbahagia dengan penglibatan semua.

Dilampirkan Kad Jemputan berserta peta lokasi termasuk petunjuk tempat letak kereta bagi yang memerlukan. Kehadiran dijangka sekitar 10,000 tetamu.

Majlis yang akan jalankan secara rewang tradisional ini juga melibatkan begitu ramai pihak termasuk NGO, Badan Kebajikan, Jawatankuasa beberapa Masjid berhampiran, pelajar Universiti dan badan-badan kerajaan.

Sila isi ‘Borang Pengesahan kehadiran’ atau sekurang-kurangnya maklumkan melalui mesej Whatsapp, Telegram atau inbox Facebook hasrat untuk hadir bagi memudahkan pihak kami membuat anggaran jumlah sebenar tetamu yang akan hadir.

Kesudian untuk hadir amat kami syukuri dan insyaAllah dapat menggembirakan pasangan pengantin anak-anak syurga ini.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari,

LEMBAGA PENGASAS & PENGURUSAN

  • RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN (RPWP)
  • UNIT SUNGAI RAMAL BARU, PEMADAM DAERAH HULU LANGAT
  • AKADEMI INSAN PRIHATIN
  • SAIFUL NANG AKADEMI OF PROFESSIONAL (SNAP)
  • RARECATION TRAVEL
  • CANDIDSYNDROME (CS)
  • BUTIK WERDA & SARC
  • PRIHATIN SERVICES

 


Bismillahirrohmanirrohim

************

SLIP PENGESAHAN KEHADIRAN

 

  1. Saya ……………………………………………………………………………… akan *hadir / tidak hadir ke majlis ini (potong yang tidak berkenaan).
  2. Saya akan mewakilkan (Nama: …………………………………………………………. Tel: …………………..)
  3. Jumlah Kehadiran

:             Lelaki dewasa                                    ____ orang

                                                     :            Perempuan dewasa                       ____ orang

                                                     :             Anak-anak bawah 10 tahun           ____ orang

  1. Tentatif masa ketibaan rombongan saya    :    Pukul  _______ *Pagi/ Petang
  2. Demi mencari keberkatan, pihak saya berminat untuk

 a) Menyumbangkan / menaja  ………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………..  (sila nyatakan jenis dan jumlahnya jika ada hajat)

b)  Menghantar tenaga rewang (seramai ___ orang lelaki DAN ___ orang perempuan) pada ATAU bermula dari tarikh ___ April, hingga ___ April, 2017.

Terima kasih. .

 

Nama                                    :               ………………………………………………………………………

Jabatan / Institusi            :               ………………………………………………………………………

No. Telefon                        :               ………………………………………………………………………

 

********

Alhamdulillah

 

 

Pelajar tingkatan 4 cederakan rakan sekelas dengan kaca dan tumbuk cikgu

KULIM 12 Mac 2017 – Tidak cukup dengan bertindak ganas mencederakan rakan sekelas, seorang pelajar tingkatan empat bersikap biadab apabila menumbuk muka seorang guru lelaki berusia 50 tahun di sebuah sekolah menengah di sini, hari ini.

Sumber memaklumkan, kejadian itu berlaku pada pukul 9.35 pagi ketika salah seorang rakan sekelas pelajar tersebut menumpahkan air ke atas meja suspek ketika kelas pendidikan seni sehingga mendatangkan kemarahannya.

‘‘Berlaku pergaduhan antara dua pelajar itu menyebabkan guru wanita serta beberapa rakan lain bertindak meleraikannya.

“Namun suspek dipercayai sempat mencapai kepingan kaca tingkap nako dan melibasnya menyebabkan dua pelajar yang cuba menyabarkannya tercedera di leher dan tangan kiri.

‘‘Kepingan kaca yang pecah kemudiannya turut mendatangkan kecederaan di dagu salah seorang pelajar lain. Akibat daripada keadaan itu, seorang guru lelaki bertindak membawa kesemua pelajar tersebut ke pejabat sekolah untuk bertemu dengan guru bertugas,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, ekoran kejadian itu, guru berkenaan kemudiannya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdullah Arshad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – Utusan

Pelajar tingkatan 5 rogol pelajar tingkatan 1 sekolah yang sama berulang kali

Kuala Lumpur, Mar 10, 2017 : Seorang pelajar lelaki tingkatan lima dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini, bagi menghadapi empat pertuduhan termasuk merogol dan mencabul pelajar perempuan tingkatan satu yang sama sekolah dengannya.

 

Dua lagi pertuduhan ialah melakukan hubungan seks dengan objek dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa yang berumur 13 tahun enam bulan itu tanpa kerelaannya.

 

Tertuduh yang berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A Raof.

 

Bagi pertuduhan pertama remaja itu didakwa melakukan kekerasan jenayah iaitu melakukan hubungan seks dengan objek terhadap mangsa di tangga tingkat 2, sebuah bangunan rumah kedai di Taman Kosas di sini, pada 11.50 pagi, 14 Februari lalu,

 

Dia juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di tempat, masa dan tarikh sama. Pertuduhan ketiga, merogol mangsa di tempat sama pada 12.30 tengah hari pada 15 Februari lalu.

 

Tiga pertuduhan itu masing-masing mengikut Seksyen 377CA, Seksyen 377B dan Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

 

Bagi pertuduhan keempat, pelajar itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada 11.10 pagi, 13 Februari lalu.

 

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebat atau antara dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

 

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak tidak menawarkan sebarang jaminan namun tertuduh yang diwakili peguam Akmal Jusoh memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan tertuduh perlu meneruskan pembelajaran selain akan menjalani peperiksaan minggu hadapan dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

 

Haslinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pihak pendakwaan.

 

Mahkamah menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes. – Metro

 
 

Ibu tampar guru cubit anaknya dipenjara 6 bulan dan denda RM2000

Tan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Jawi, selepas didapati bersalah menampar seorang guru pada 2015. FOTO Amir Irsyad Omar

Nibong Tebal, Mac 8, 2017: Seorang suri rumah dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Jawi, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menampar seorang guru pada 2015.

Tan Seow Yen, 36, didapati bersalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada seorang guru dengan menamparnya.

Majistret Shamshol Azwa Martadza menjatuhkan hukuman selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes.

Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 dan penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Sebelum ini, pada 16 Februari 2015, Tan mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang guru wanita berusia 39 tahun dengan menampar muka mangsa selepas mendakwa anaknya dicubit.

Tan didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 Februari 2015 dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sepanjang tempoh perbicaraan, seramai lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberikan keterangan.

Tertuduh diwakili Mohd Ismail Mohamed manakala pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan. – Metro