Gadis tingkatan 1 dicabul datuk dan dirogol pakcik sendiri berulang kali

image_pdf

Melaka, Oct 13, 2016 : Dua lelaki berusia 60-an dan 30-an ditahan polis sejak Selasa lalu, kerana dipercayai terbabit dalam kes rogol pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Batu Berendam, di sini.

 

Difahamkan kedua-dua lelaki terbabit adalah datuk dan bapa saudara mangsa berusia 13 tahun itu. Mereka di sebuah rumah di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, di sini.

 

Ketua Polis negeri Datuk Ramli Din berkata, perbuatan dua lelaki terbabit disedari selepas mangsa mengadu kepada neneknya dan wanita itu kemudian memberitahu ibu mangsa.

 

“Ibu mangsa berusia 32 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam pada Ahad dan Isnin lalu (9 dan 10 Oktober) bagi kes rogol dan cabul.

 

“Mangsa tinggal bersama datuk, nenek dan bapa saudara, mendakwa dirogol berulang kali oleh bapa saudaranya sejak Ogos lalu, selain dicabul datuknya yang menunjukkan rakaman video lucah sejak September lalu,” kata Ramli ketika dihubungi di sini.

 

Beliau berkata, suspek kini direman tujuh hari bermula Selasa lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan 376 kanun sama kerana merogol. – Metro

 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *