BANTUAN KEMANUSIAAN

image_pdf

BANTUAN KEMANUSIAAN

Musibah yang berlaku adalah ujian dari Allah. Ia bukan sahaja ujian untuk mangsa, malah ujian juga untuk kita yang memerhatikannya.

Sejak berita ini tersiar di Page LZS, kami masih gagal menghubungi mangsa atau saudara maranya. Jadual harian yang sangat padat juga menghalang kami untuk terus terjah mengatur ziarah.

Kami ingin dapatkan laluan menghubungi keluarga Wak Amat (menurut komen pembaca) sebelum menziarahinya. Kami ingin tahu apakah bantuan segera yang diperlukan agar boleh kami bantu sekadar yang mampu.

Kami mohon sesiapa yang berdekatan atau kenalan yang boleh bantu kami untuk menghubungi secara langsung mangsa kebakaran ini, atau mana-mana mangsa kebakaran dan fakir miskin lain untuk kami tawarkan mereka memilih apa sahaja stok pakaian yang ada dalam simpanan kami.

Mereka boleh ambil pakaian harian secukup jumlah yang diperlukan secara percuma. Sekurang-kurangnya bantuan tunai boleh diguna untuk keperluan lain yang lebih utama.

Soalnya mereka perlu datang ke gudang kami untuk memilih sendiri apa yang mereka benar-benar perlukan. Jika mereka tiada pengangkutan, kami juga sanggup untuk menjemput mereka.

Kepada mana-mana pegawai @Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang ada maklumat ini kami mohon jasabaik inbox nombor talian peribadi yang boleh kami hubungi. Waktu pejabat terlalu singkat dan kurang sesuai untuk kami yang bergerak sepanjang masa.

Kami boleh juga dihubungi termasuk melalui WA dan Telegram di talian 013-5858789 (Mak Long Werda) atau pengetua kami sendiri (0135858700).

Mohon dipanjangkan.
WARGA PRIHATIN

* * * * *
Satu kebakaran telah berlaku jam 1:45 petang tadi di Daerah Hulu Langat. Ia melibatkan sebuah rumah di persimpangan Sungai Michu, Hulu Langat.

Bantuan awal sebanyak RM500 diberikan kepada mangsa kebakaran. Bantuan lain akan menyusul kemudian. Semoga keluarga yang terlibat tabah menghadapi ujian ini.

Laporan daripada Pengurus Daerah Kajang, Ustaz Salehuddin.

Warga Prihatin's photo.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *