KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN BALAK

image_pdf

Jam 9.35 berlaku kemalangan di Jln Semenyih, depan Stesen JPJ Timbang arah ke Semenyih. Sebuah lori membawa lebih muatan kayu balak jenis getah terbalik. Kayu menghempap 4 biji kereta & 1 motosikal.

Penunggang motor, seorang guru lelaki berbangsa India maut di tempat kejadian. Laluan Sesak ke dua-dua arah.

Bagaimana kayu sebanyak itu boleh dibawa dalam keadaan ‘loose’ begitu? Ulang alik pula depan JPJ.

Keadaan ini sama seperti lebih 30 buah lori balak yang sarat muatan parking di Stesyen mereka di Kuala Krai beberapa kali kami lalu di situ. Mengapa muatan sebegitu boleh bebas mundar mandir ke hulu ke hilir melalui Stesyen Timbang JPJ, dan juga balai-balai polis di jalan besar?

Menurut penduduk setempat, warga emas mangsa banjir yang dhaif pun boleh disaman kerana plate number atau cukai jalan yang baru mati seminggu. Lori balak yang mereka kata tidak pernah masuk Puspakom ini bebas pula membawa muatan balak melebihi had.

Banyaklah lagi yang perlu kita kemaskan. Semuga pihak terlibat masing-masing ambil perhatian demi keselamatan rakyat.

Apapun kita ucap takziah kepada keluarga mangsa.

WARGA PRIHATIN


 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *