BELI TANAH PERSENDIRIAN BINA RUMAH MANGSA BANJIR

image_pdf

KOTA BAHARU, 16 Jun (Bernama) — Kerajaan Persekutuan sedang mengenal pasti beberapa tanah milik individu di Kelantan untuk dibeli dan dijadikan tapak pembinaan rumah kekal mangsa banjir di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata setakat ini pihaknya telah mengenal pasti tanah milik individu seluas 2.4 hektar di Pria, Manjor (2.8 hektar), Kemubu (3.6 hektar) dan Dabong (3.6 hektar), yang kesemuanya dalam jajahan Kuala Krai.

“Kita minta bantuan kerajaan Negeri dari segi ubah syarat tanah dan proses dokumentasi lain yang berkaitan dengan pembelian tanah berkenaan supaya rumah kekal untuk mengsa banjir dapat dibina segera,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Kerajan Persekutuan memutuskan untuk membeli tanah milik individu kerana tanah yang disediakan oleh kerajaan negeri tidak mencukupi atau tidak sesuai bagi pembinaan rumah untuk mangsa banjir.

Katanya sejumlah 1,827 rumah musnah akibat banjir di Kelantan pada Disember tahun lepas.

Bagi tapak rumah seluas 12 hektar yang telah disediakan oleh kerajaan negeri seperti di Telekong, Kuala Krai, beliau berkata Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kos bagi pembinaan rumah kekal serta infrastruktur lain seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik.

* * * * * * *

TERIMA KASIH TOK PA DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN.

WALAUPUN ISU PEMBELIAN TANAH PERSENDIRIAN INI SUDAH DIWAR-WARKAN SEKIAN LAMA DAN IA MASIH DIULANGI LAGI DENGAN KATA-KATA “AKAN DAN BERCADANG”, KAMI BERHARAP AGAR KALI INI IANYA DAPAT BENAR-BENAR DISEGERAKAN.

LETAKLAH DIRI KITA DI TEMPAT MANGSA BANJIR YANG MASIH BERGELANDANGAN DAN KESENGSARAAN. USAHAKANLAH DENGAN SEGERA SEHINGGA BENAR-BENAR DAPAT MEREKA RASAKAN SEGERA HASIL USAHA KITA ITU. BARULAH NANTI DAPAT KITA RASAKAN NILAI KEIKHLASAN DARI AMAL BAKTI KITA UNTUK MEREKA

JUMLAH 17 UNIT YANG BARU SIAP SELEPAS 6 BULAN BANJIR BERLALU JELAS MENAMPAKKAN PENGURUSAN BANTUAN KITA YANG TERLALU LAMBAT DAN TERHEGEH-HEGEH. BERIBU-RIBU LAGI MANGSA BANJIR YANG MASIH MENUNGGU BANTUAN ITU. KELEWATAN INI TIDAK SEHARUSNYA BERLAKU DI MALAYSIA YANG KATANYA MENUJU NEGARA MAJU.

TIDAK PERLULAH DIRIKAN RUMAH YANG TERLALU CANGGIH. CUKUPLAH DENGAN RUMAH SEPARUH BATU DAN SEPARUH KAYU AGAR CEPAT SERTA MURAH PEMBINAANNYA DAN LEBIH RAMAI DAPAT SEGERA MEMILIKINYA. MANFAATKAN SUMBER KAYU DARI PEMBALAKAN YANG TELAH TURUT MENYEBABKAN BANJIR LUMPUR ITU.

KAMI DOAKAN TOK PA DAN KERAJAAN NEGERI BERJAYA MENYEMPURNAKANNYA DENGAN KADAR SEGERA. AMBIL PELAJARAN DARI APA YANG DIRANCANG OLEH DAP DAN USWAH MEREKA DALAM “BERSEGERA”. BIARLAH ORANG KATA KITA MENIRU TIDAK APA.

TERAKHIR KAMI BERDOA AGAR DIBUANG JAUH-JAUH SEGALA SENGKETA. KEMBALIKANLAH ROYALTI MINYAK KEPADA RAKYAT KELANTAN AGAR MEREKA TIDAK LAGI PERLU MENGAGIH-AGIHKAN TANAH SESUKA HATI UNTUK DIGONDOLKAN MELALUI PEMBALAKAN DAN MEMBUKA LADANG.

AMBILLAH PELAJARAN DARI PENGALAMAN LALU. JADIKAN KRISIS LAMA SEBAGAI PELAJARAN YANG MEMANDAIKAN DAN MENGUATKAN KESATUAN KITA.

WARGA PRIHATIN

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *