HARAKAH RAMADHAN PASCA BANJIR – KERJA PEMBINAAN & PEMBERSIHAN

image_pdf

Sedikit gambar suasana kerja-kerja pembinaan dan pembersihan yang sempat terakam.

Anak-anak dan murobbi dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kesesuaian kerja.

Anak-anak nisak dan ibu-ibu murobbiah ditugaskan menyediakan juadah buat alas perut anak-anak rijal dan para murobbi yang bekerja. Mereka juga diminta mengawal anak-anak sekolah rendah dan tadika yang belum sesuai untuk ikut bekerja di terik matahari itu. Suhu kemuncak adalah amat panas, mencecah 45 darjah celcius.

Yang ada kekuatan tenaga dan kepakaran dikhususkan untuk kerja-kerja pembinaan. Keutamaan diberikan untuk rumah anak yatim, warga emas, OKU dan fakir miskin yang sangat memerlukan.

Beberapa kumpulan lagi ditugaskan untuk melakukan baki-baki kerja-kerja pembersihan rumah-rumah warga emas, masjid, surau, Madrasah, Taski / Pasti dan juga kubur. Ini sesuai dengan kehadiran ramadhan di mana penduduk perlu melakukan aktiviti solat terawih, bertadarus dan sebagainya.

Selain dari memenuhi permintaan atau cadangan kerja dari Abang Arif (Mantan YB Dabung) dan beberapa ketua kampung, Imam, bilal dan penghulu yang membantu beliau, kami juga mengatur gerakan mencari mangsa-mangsa yang ‘masih tertinggal’ dan memerlukan bantuan segera.

Sebahagian ibu-ibu dan anak-anak nisak ditugaskan untuk bersilatulrahim dengan mangsa banjir bagi mencari mereka yang benar-benar memerlukan bantuan segera. Ini perlu kerana bilangan tenaga, barang bantuan, sedekah tunai yang mampu diagihkan agak terhad. Lagipun keberadaan kami di sana juga hanya 4 hari sahaja (setelah ditambah sehari – cadangan asalnya hanya 3 hari).

Alhamdulillah dengan izin Allah, dapatlah kami sumbangkan sedikit kepakaran dan tenaga sepanjang berada di sana untuk meringankan kesengsaraan beberapa mangsa yang masih terkapai-kapai. Bakinya banyak yang telah dan sedang dibantu oleh kerajaan dan begitu banyak NGO lain yang amat prihatin, Alhamdulillah.

Mangsa yang ada tenaga LELAKI dan tidak sempat dibantu dengan tenaga, juga tidak kami lupakan. Sedikit sebanyak dana harakah ramadhan yang sempat dikumpulkan kami agih-agihkan untuk membantu mereka membeli bahan binaan mengikut keperluan rumah mereka.

Semuga Allah redha dan merestui sedikit amal yang tidak seberapa ini dan semuga saudara-saudara kita mangsa banjir di sana dapat merasakan bahawa masih ada yang ingat dan prihatin pada kesusahan mereka.

Sama-sama kita doakan agar mereka kekal tabah dan redha dengan semua dugaan yang telah dan sedang mereka hadapi. Semuga Allah lembutkan hati-hati manusia, baik rakyat mahupun pemimpin, agar terus membantu dan mencuba sedaya upaya untuk tidak mengkarenah apa sahaja ‘punca bala’ hasil dari perbuatan tangan tangan manusia.

WARGA PRIHATIN.

Warga Prihatin's photo.
Warga Prihatin's photo.
Warga Prihatin's photo.
Warga Prihatin's photo.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *