TERUSKAN KEMBARA USAI SOLAT SUBUH DI PERHENTIAN BENTA

image_pdf

Konvoi Harakah Ramadhan dalam misi bantuan pasca banjir Kelantan berhenti rehat dan solat subuh di Perhentian Rehat Benta.

Sebelum itu sedikit lagi aral pada sebuah salah sebuah dari bas kami namun dapat diselesaikan oleh team mekanik kira-kira 30 minit kemudian. Terdapat kebocoran pada sistem ‘pam angin’ yang memacu kuasa angin untuk break, clutch, pintu dan sebagainya.

Kini konvoi sedang meredah hening pagi, melalui Kuala Lipis, menuju Gua Musang dan seterusnya ke Dabong.

Anak-anak tidak melepaskan peluang meneliti segala unsur alam yang mereka lihat. Sepasang sukarelawan dari Singapura yang turut sama dalam kembara kali ini turut berkongsi ilmu. Beliau yang pakar menyelam bertaraf antarabangsa banyak berkongsi pengalaman dan ilmunya.

Semuga perjalanan ini terus lancar dan anak-anak dapat mengutip sebanyak mungkin pelajaran di sepanjang perjalanan itu. Berikut adalah sandaran BASMALAH kami, sesuai dengan kehendak Allah untuk anak-anak ini…

QS16. An Nahl 36. Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat “Sembahlah Allah dan jauhilah Thaghut itu”, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan .

QS 6. Al An’aam 11. Katakanlah: “Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.”

QS: 27. An Naml 69. Katakanlah: “Berjalanlah kamu di bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.

QS: 67. Al Mulk 15. Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu dibangkitkan.

QS: 29. Al ‘Ankabuut 20. Katakanlah: “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

QS 34, Saba’ 18. Dan Kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam hari dan siang hari dengan dengan aman.

Alhamdulillah.
WARGA PRIHATIN

P/S:

KAMI BERSYUKUR JIKA ADA PEMILIK HARDWARE ATAU PEMBEKAL BAHAN BINAAN, KHASNYA KAYU DAN PLYWOOD YANG SUDI MENYUMBANG ATAU MEMBEKAL DENGAN HARGA WAKAF UNTUK TUJUAN KEBAJIKAN INI.

KAMI JUGA BUKA KEPADA SESIAPA YANG ADA MAKLUMAT KHUSUS TENTANG KESUKARAN IBU TUNGGAL, ANAK-ANAK YATIM, WARGA EMAS DAN OKU YANG BENAR-BENAR MEMERLUKAN UNTUK KAMI PERTIMBANGKAN DAN BERIKAN KEUTAMAAN DALAM MISI BANTUAN KALI INI. KHASNYA KELUARGA YANG TINGGAL TERPENCIL DAN TIADA TENAGA LELAKI DALAM RUMAH ITU.

Warga Prihatin's photo.
Warga Prihatin's photo.
Warga Prihatin's photo.
Warga Prihatin's photo.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *