SEMANGAT SETIAKAWAN DALAM KEMBARA ALAM.

image_pdf

Kebersamaan dan tolak ansur adalah disiplin utama dalam hidup berjemaah. Sepanjang perjalanan selepas Subuh tadi, kami juga diuji dengan dua lagi aral pada kenderaan konvoi.

Sebuah dari pickup yang kami gunakan mengalami masalah kipas dan terpaksa berhenti untuk dibaik pulih. Yang menariknya ia juga berlaku di Bukit Tujuh, betul-betul di lokasi yang sama dengan kerosakan bas kami semasa perjalanan Misi Bantuan Pasca Banjir yang pertama dahulu.

Sebuah lagi bas kami juga perlu berhenti dibaiki pedal minyaknya yang bermasalah. Sementara itu, ketua rombongan mengarahkan ahli konvoi yang lain meneruskan perjalanan dan menunggu di Hentian Gua Musang sementara yang rosak dibaiki.

Alhamdulillah berkat kegigihan dan pengalaman yang ada, kesemua kerosakan itu berjaya dipulihkan dan kini konvoi sedang menuju ke Dabong.

Seluruh warga sedar bahawa semua kenderaan yang kami gunakan adalah kenderaan lama yang kami baik pulih semula. Oleh itu, sedikit kerosakan di sini sana adalah dalam jangkaan kami dan tiada siapa yang mengeluh.

Kerana itu jugalah kami selalu berangkat bersama dengan segala kelengkapan peralatan bengkel baikpulih kenderaan. Ini juga menjadi topik pembelajaran kemahiran alam buat anak-anak kami.

Sementara kenderaan yang ditinggalkan sampai, yang lain ambil peluang untuk melakukan senaman di dataran perhentian Gua Musang. Melihat gambar mereka di Group Telegram, anak-anak tadika yang tinggal di RPWP tidak mahu ketinggalan untuk memaparkan gambar senaman mereka juga buat tatapan warga kembara.

Selepas itu mereka meneruskan sesi pembelajaran bersama murobbi / murobbiah. Turut rancak berkongsi pengalaman ialah Ayah Rakib, seorang Penyelam Berlesen Antarabangsa dari Singapura yang bersama dalam misi kali ini.

Sementara itu, kami juga difahamkan yang ADUN Dabong (yang kami tidak kenal) sedang menunggu ketibaan kami untuk turut membantu melancarkan misi bantuan ini.

Semuga Allah memberkati dan terus mempermudahkan urusan ini… InsyaAllah.

WARGA PRIHATIN.

Warga Prihatin's photo.
Warga Prihatin's photo.
Warga Prihatin's photo.
Warga Prihatin's photo.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *