HARAKAH RAMADHAN – Misi bantuan lanjutan pasca banjir

image_pdf

Anak-anak sedang disusun menaiki sekitar 15 kenderaan termasuk 2 buah bas untuk menyertai misi bantuan lanjutan pasca banjir yang dipanggil “Harakah Ramadhan”.

InsyaAllah Warga Prihatin akan berangkat malam ini untuk memulakan misi 3 hari itu mulai esok, di sekitar Dabong, Kemubu dan Manik Urai.

PERHATIAN… kepada semua pembaca yang telah menyatakan keinginan untuk turut serta melibatkan diri dalam program misi bantuan ini, MOHON BAWA SEKALI APA SAHAJA PERALATAN PERTUKANGAN MASING-MASING seperti tukul, gergaji, tape pengukur, kapak/parang dan lain-lain yang difikirkan perlu untuk kegunaan kerja pertukangan.

Mesin-mesin seperti chainsaw, jigsaw, grinder, cutter, wheelbarrow, jentolak atau apa sahaja yang boleh digunakan untuk kerja-kerja pembinaan dan pembersihan juga amat di alu-alukan.

Jika ada bekalan paku pelbagai ukuran dan paku zing yang sudi disumbangkan juga boleh dibawa bersama. Kami juga mengalu-alukan sumbangan kren, winch dan tow truck untuk berganding bahu dengan jentera yang kami bawa bagi membantu menegak dan membetulkan semula sebanyak mungkin rumah-rumah yang senget.

Semuga Allah meredhai kita semua serta sudi memberkati sedikit sebanyak bakti yang ‘sempat’ dan ‘mampu’ kita lakukan untuk saudara-saudara kita yang sedang sengsara di hujung desa sana. Sama-sama kita tidur di kemah mereka untuk merasai kesengsaraan panas terik dan kekeringan kemarau sejak sekian lama.

httpsa//www.facebook.com/media/set/…

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Mak Long Werda 013-5858789, Ustaz Hamzah 013-5858779, Nan 013-5858702 dan lain-lain admin yang boleh anda lihat di menu alamat web kami httpa//www.prihatin.net.my/:::www.prihatin.net.my.

Gunakan Whatsapp atau Telegram jika panggilan tidak berjawab atau talian tidak dapat dihubungi.

WARGA PRIHATIN.

Warga Prihatin's photo.
Warga Prihatin's photo.
Warga Prihatin's photo.
Warga Prihatin's photo.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *