image_pdf

Child killed in five-floor fall while mum argues on the phone

Updated: Saturday April 4, 2015 MYT 8:06:42 AM

Grieving parents: Nurhayada’s mother being consoled by her husband at the KL Hospital while the younger daughter looks on. Inset: The scene of the tragic accident at the mall.

KUALA LUMPUR: A petty argument between a husband and wife over the telephone cost them dearly – the life of their six-year-old daughter.

The husband, who identified himself as Musa, said he had returned to his apartment in Taman Connaught at about 2pm to find his wife and two daughters missing.

“I called my wife on her mobile phone and asked her where she was.

“She said she had taken the children out shopping with a friend. I asked her why she hadn’t told me about it, and asked where she was so I could pick her up. But she said she would take a bus back,” he said.

As they spoke, Nurhayada Sofia got near an escalator on the second floor of the Kenanga Wholesale City mall in Pudu.

Nurhayada’s five-year-old sister was still with her mother.

Nurhayada was said to have tried to climb over the escalator when she slipped and fell five floors to the basement through a gap.

“We were still arguing when I heard a commotion and the line was cut,” Musa recalled at the Hospital Kuala Lumpur mortuary.

“Minutes later, my wife called back to say that Nurhayada was dead. I just couldn’t believe it.”

Nurhayada died due to severe injuries to the head.

However, a video of the incident that went viral showed a girl resembling Nurhayada playing near the escalator with her sister and her mother standing next to her.

Outside the mortuary, Musa’s wife was inconsolable. “I made a mistake and my daughter is dead,” she cried.

KL Fire and Rescue Department director Khiruddin Drah­­man said: “Investigations are ongoing. We will check whether the mall has adhered to safety regulations.”

KL CID chief Senior Asst Comm Zainuddin Ahmad said the police suspected no foul play and had classified the case as sudden death.

A mall spokesman said it was handling the incident with utmost importance.

“We are assisting the authorities in their investigation in every way possible,” she said.

Nurhayada is expected to be buried in her father’s hometown in Muar.

Saksi dakwa lihat helikopter meletup di udara dan dibumi

KEADAAN bangkai helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, petang tadi.

SEMENYIH: Seorang saksi yang juga penduduk kampung mendakwa melihat sebuah helikopter meletup di udara sebelum terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini, petang tadi.

Pengawal keselamatan, Roslan Harun, 53, berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 4.30 itu, beliau sedang berehat di rumahnya.

Roslan Harun – saksi nahas

“Mula-mula pak cik dengar bunyi kipas kuat…nampak helikopter meletup dan terbakar di udara. Selepas itu helikopter mula jatuh ke bawah.

“Tiba-tiba, pak cik dengar letupan kali kedua, mungkin waktu itu, ia sudah berada di darat. Hujan juga ketika itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan. Kawasan kejadian itu juga sudah ditutup kepada orang awam sejak jam 6.30 petang.

 

Nahas Helikopter – Jamaluddin Jarjis antara 6 yang terkorban

Jamaluddin Jarjis antara terkorban

Harian Metro – 4 April 2015

00 nahas helikopter jj

Semenyih: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis antara enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, petang tadi.

Beliau berkata, Jamaluddin berada di dalam helikopter berkenaan ketika nahas berlaku.

Sementara itu, Pengarah Bomba Negeri Selangor, Othman Abdullah berkata, keenam-enam mayat mangsa nahas helikopter sudah ditemui dan akan dibawa keluar dalam masa sejam.

Helikopter jenis AS365 Dauphin terhempas berhampiran Jalan Sungai Lalang-Kampung Pasir Baru di sini.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, seorang saksi Roslan Harun, 53, yang berada berhampiran lokasi kejadian melihat api marak di kawasan kebun kelapa sawit.

Menurutnya, dia tidak dapat menghampiri lokasi kejadian dan berada kira-kira 200 meter dari serpihan badan utama helikopter berkenaan.

“Ketika kejadian hujan lebat dan saya terus menghubungi bomba memaklumkan kejadian itu.

“Saya kemudian keluar dari lokasi nahas untuk menunjukkan jalan kepada pihak berkuasa untuk masuk ke sini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian nahas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2015 @ 8:50 PM

SEORANG daripada mangsa yang terkorban. FOTO ihsan bomba

ULASAN: WARGA PRIHATIN

Pemergian Mohd Po’ad kehilangan besar bagi saya – Najib

SUBANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kepulangan ke Rahmatullah setiausaha sulitnya, Datuk Mohd Po’ad Jelani akibat barah Lymphoma, satu kehilangan besar bagi beliau dan Pejabat Perdana Menteri.

Najib berkata, sepanjang hayatnya, Allahyarham Mohd Po’ad telah menjalankan tanggungjawabnya dengan begitu dedikasi dan amanah serta mempunyai keperibadian baik.

“Saya amat sedih dengan pemergian Mohd Po’ad kerana beliau telah bekerja dengan saya sejak tahun 1999 ketika saya Menteri Pendidikan.

“Saya ambil beliau bekerja dengan saya selepas melihat ciri-ciri kepimpinan yang ada pada beliau sebagai Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid TUDM Subang di sini malam ini.

Mohd Po’ad, 50, meninggal dunia di Hospital Raffles, Singapura pada pukul 9 pagi ini ketika sedang menjalani rawatan barah Lymphoma.

Najib tiba di masjid berkenaan pada pukul 7.30 malam bagi menziarahi jenazah dan menunaikan solat Maghrib berjemaah disusuli solat jenazah.

Beliau turut menemui keluarga Allahyarham bagi menzahirkan ucapan takziah kepada mereka.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan warga kerja Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri sebelum ini berada di Sarawak untuk lawatan kerja dua hari.

Jenazah yang diterbangkan dari Singapura tiba di pangkalan TUDM Subang 6 petang sebelum dimandi, dikafan serta disembahyangkan di masjid berkenaan dan seterusnya dibawa ke Kampung Janda Baik di Bentong, Pahang untuk dikebumikan selepas solat Isyak.

Sementara itu, anak saudara Allahyarham, Ana Farahah Mohd ketika ditemui pemberita berkata bapa saudaranya sebelum ini dimasukkan ke Hospital Ampang ketika cuti sekolah baru-baru ini.

Beliau berkata Allahyarham kemudian dibawa ke Singapura pada Selasa lepas bagi menjalani rawatan kimoterapi di sana.

“Pakcik ialah seorang yang tegas tetapi pemurah dan baik hati serta menjaga kebajikan anak-anak buahnya,” katanya.

Usaha pemberita untuk menemu bual isteri dan anak-anak Allahyarham bagaimanapun gagal.

Mohd Po’ad yang berasal Kampung Janda Baik, Bentong meninggalkan isteri, Datin Hamizah Abdul Khalid, 48, dan tiga orang anak, iaitu Nabilatasha, 23, Nabila Afiqah, 21, dan Muhamad Irfan Hazim, 16.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pegawai khas Najib di Kementerian Pendidikan pada 1999.

Mohd Po’ad kemudian menjadi setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri pada 1 April 2004 seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Sulit Perdana Menteri. – BERNAMA

DISYORKAN

Tak ada kaum lagi percaya Najib, kata Dr M

12:20PM – 2 Apr 2015 – MALAYSIAKINI

BN akan kalah sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus memimpin parti itu sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamed.

 

“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Datuk Seri Najib.

“Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar bahawa Umno dan dengan itu BN akan kalah jika Datuk Seri Najib memimpin Umno hingga PRU 14,” tulis Mahathir (kiri) di blognya hari ini.

Katanya lagi apabila Umno kalah, kepimpinan parti itu akan dikutuk dan ditolak oleh bangsa Melayu dan ia tidak akan dapat dipulihkan semula.

Ini bukan kali pertama Mahathir memberi amaran keras itu.

Pada 13 Mac lalu, perdana menteri 22 tahun itu meramalkan kontroversi sekitar isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan menjadi punca kekalahan BN dalam pilihan raya depan.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata pemberian wang percuma menimbul kemarahan orang Melayu dengan “mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina”.

Dalam masa sama, katanya, orang Cina juga menolak pemerintahan Najib seperti tergambar dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

‘Jet Datuk Seri, Datin Seri’

Walaupun dalam blognya sebelum ini Mahathir telah melontarkan kritikan keras tentang isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau terus berbuat demikian dalam tulisannya hari ini.

“Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Datuk Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka,” katanya.

Malah, katanya, laporan akhbar antarabangsa berhubung perkara itu “amat memalukan negara”.

Sementara itu, Mahathir juga mengkritik pembelian sebuah lagi jet rasmi perdana menteri ACJ319, yang didakwa pembangkang bernilai RM465 juta, untuk kegunaan “Datuk Seri dan Datin Seri”.

“Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta ringgit, kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik kerajaan,” katanya.

Terus mengasak Najib, Mahathir hari ini  turut membangkitkan berhubung persoalan siapa yang mengarahkan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Langkah itu memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu.

Ini termasuklah isu kekayaan keluarganya, perbelanjaan kerajaan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Lebih malang, serangan itu dilontarkan menjelang ulang tahun enam pentadbiran Najib sebagai perdana menteri esok.

Mahathir: Siapa arah bunuh Altantuya?

12:11PM – 2 Apr 2015 – MALAYSIAKINI

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.

 

“Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan.”Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul ‘merepek’, tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya.

Menulis di blognya, Mahahthir juga membangkitkan sebuah “skandal” kapal selam dengan pembunuhan Altantuya.

Sirul sebelum ini berkata beliau hanya menjalankan tugas dan menjadi kambing hitam dalam kes itu.

Daripada tahanan imigresen di Australia, bekas anggota polis elit itu berkata sedang mempertimbang untuk mendedahkan segala-galanya kepada media tentang perkara itu.

Najib menyifatkan dakwaan Sirul bahawa dia bertindak atas arahan sebagai rubbish (mengarut atau merepek).

Sirul dan seorang lagi rakan dalam pihak berkuasa itu Azilah Hadzri disabitkan bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman gantung sampai mata.

Motif kepada pembunuhan itu bagaimanapun masih misteri.

Esok 6 tahun Najib jadi PM

Sirul bagaimanapun tidak hadir dalam prosiding akhir di Mahkamah Persekutuan keran berada di Australia. Dia ditangkap tidak lama kemudian.

Undang-undang negara kanggaru itu tidak membenarkan pihak berdepan hukuman bunuh dihantar pulang ke negara hukuman akan dilaksanakan.

Penganalisis politik Razak Baginda (kiri), yang dikatakan pernah menjadi rakan rapat Najib, pernah didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu.Beliau kemudian dibebas tanpa dipanggil membela diri kerana keterangan dikemukakan tidak cukup bagi membuktikan kes prima facie terhadapnya.Sementara itu, walaupun Mahathir dilihat semakin lantang terhadap pentadbiran Najib, terutamanya  dalam isu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB), beliau tidak pernah secara terbuka membangkitkan kes Altantuya.

Langkah itu memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu.

Ini termasuklah isu kekayaan keluarganya, perbelanjaan kerajaan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Esok genap enam tahun Najib bertugas sebagai perdana menteri.

Kit Siang: Hantar Dr M dan Pak Lah jumpa Sirul

Ahli Parlimen veteran pembangkang, Lim Kit Siang menyarankan satu misi pencarian fakta untuk menyiasat Sirul Azhar Umar berhubung motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Dan dua calon terbaik untuk tugas itu, menurut Lim, ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“(Misi pencarian fakta ini perlu) melaporkan kepada Parlimen mengenai hasil penemuan mereka, termasuk apa yang patut dilakukan terhadap Sirul dan Azilah (Hadri), kedua-duanya berdepan dengan hukuman mati, walaupun Sirul telah melarikan diri ke Australia,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Pagi ini, Mahathir menulis di blognya bahawa ramalan oleh masyarakat sekarang ialah Umno dan BN akan kalah dalam pilihanraya umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menurutnya, tidak dijawab oleh Najib.

Salah satu isu utama, kata Mahathir, ialah misteri motif pembunuhan Altantuya.

Pada masa itu, Abdullah menjadi perdana menteri manakala Najib menjadi timbalannya.

3:50PM – 2 Apr 2015

Ku Li: Dr M hanya tuntut kebenaran

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menuntut penjelasan ke atas beberapa persoalan yang dilontarkannya.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab perkara yang dilontarkan itu.

“Sudah tiba masanya jawapan yang sebenarnya diberikan agar kebenaran terserlah dalam perkara ini.

“Saya pasti beliau (Mahathir) ada alasannya bila berkata begitu,” tambahnya apabila ditanya mengenai serangan terbaru Mahathir ke atas Najib hari ini.

Mahathir antara lainnya meminta polis mengenalpasti individu yang mengarahkan agar Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Katanya lagi, BN dan Umno akan tewas dalam pilihan raya akan datang sekiranya Najib terus mengetuai pentadbiran negara.

BN akan kalah pada PRU14, kata Tun M

  • Tun Dr Mahathir Mohamad
 

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan ahli dan pemimpin Umno perlu menyedari hakikat tersebut dan BN akan kalah pada PRU14 akan datang jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus memimpin parti itu.

Beliau berkata, rakyat Malaysia didakwa sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib sebagai perdana menteri apabila banyak tuduhan yang dilemparkan gagal dijawab dengan baik.

“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Datuk Seri Najib.

“Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula,” katanya dalam tulisan terbaru di blognya, Chedet, hari ini.

Dr Mahathir juga berkata, ahli dan pemimpin Umno didakwa menunjukkan kesetiaannya kepada Najib secara membuta tuli.

“Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan negara saya terpaksa dedah semua ini.

“Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri,” ujarnya.

Katanya lagi, dasar pemerintahan yang diperkenalkan Najib juga hanya menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan mengetepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), semata-mata untuk meraih sokongan pengundi Cina.

“Namun, penolakan BN dalam PRU13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib,” katanya.

Artikel Berkaitan

Malaysian King invites T-ARA for tea time

T-ara and Malaysian king
Posted on March 31, 2015

Girl group T-ARA was invited to attend Malaysian King’s luncheon.

On March 30th, the girls were invited by the Malaysian king, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, to attend his grand luncheon at the palace. This makes T-ARA the first oversea artists to be invited by the king himself.

After completing their finale performance on March 29th, the Malaysian King personally visited their hotel to meet and enjoy a tea time together with T-ARA, Black Eyed Pea‘s Taboo, and Havana Brown.

Meanwhile, T-ARA successfully performed more than 10 songs for the congratulatory performance, which included most of their hit tracks.

Source: Osen

Hudud kolot jika dilihat melalui kaca mata barat – kata pakar

Hudud kolot jika dilihat melalui kaca mata barat - pakar
Hudud kolot jika dilihat melalui kaca mata barat – Prof Dr Mahmood Zuhdi (Sumber:mahmoodzuhdi.com)
KUALA LUMPUR: Hukum hudud akan dikatakan kolot jika dilihat melalui kaca mata Barat.

Demikian pandangan Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurutnya, hukuman yang digariskan dalam agama Islam itu bukan sekadar menghukum, tetapi juga untuk mendisiplinkan pesalah.

“Perkara utama dalam agama adalah membimbing, sebaliknya perundangan menjadi langkah terakhir.

“Apabila seseorang sudah diberikan didikan, tetapi berbuat jahat, maka hendaklah dikenakan dengan hukuman berat.

“Tetapi untuk membolehkan hukuman berat itu dilaksanakan, ia memerlukan beban pembuktian yang ketat,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Dalam temu bual itu, Dr Mahmood Zuhdi menjelaskan kekeliruan masyarakat mengenai hukum hudud yang cuba dilaksanakan di Kelantan.

Katanya, Islam adalah agama yang mementingkan disiplin, berlainan dengan sistem Barat yang hanya menekankan kebebasan.

“Apabila manusia terlalu bebas, mereka tidak mempunyai disiplin,” katanya lagi.

Beliau mengambil contoh hukum hudud ke atas mereka yang melakukan zina, yang memerlukan empat saksi yang mempunyai pegangan agama yang kukuh dan jujur.

Dr Mahmood Zuhdi berkata saksi juga perlu melihat persetubuhan itu dengan jelas “seperti melihat benang memasuki lubang jarum”, dan bukannya menghendap.

Justeru, katanya, adalah agak mustahil untuk menghukum seseorang yang didakwa berzina.

“Malah, ketika zaman Rasulullah, hanya ada satu kes saja hukuman hudud dikenakan kepada penzina.

“Itu pun, beliau sendiri bertemu Rasulullah SAW dan mengaku perbuatannya.

“Tetapi Baginda SAW bertanyakan pelbagai soalan untuk memastikan perbuatan itu benar-benar dilakukan dan memahami maksud perzinaan,” jelas beliau.

Mengulas, apakah Kelantan melaksanakan hukum hudud, Dr Mahmood Zuhdi berkata Kerajaan Kelantan perlu banyak memberi pemahaman kepada masyarakat tentang apa itu hudud terlebih dulu.

“Untuk mengemukakan perlu dengan cara bijak dan berhati-hati.

“Undang-undang itu sama seperti sastera kerana mahu mengutamakan masyarakat. Perlu ada ijtihad baru yang mampu menyesuaikan dengan konteks semasa.

“Sekarang ini, asas ada tetapi isunya penganjur perlu benar-benar menjiwai syariat Islam semasa,” katanya.

Tag: hudud, dr mahmood zuhdi abdul majid, kolot, barat, uiam, Fiqh dan Usul Fiqh

Salahkah lelaki jadi doktor pakar sakit puan?

Oleh Syalikha Sazili – syalikha@bh.com.my

WANITA mengandung kebiasaannya berdepan pelbagai masalah seperti mual dan pening kepala akibat perubahan hormon pada awal waktu kehamilan.

Bagi wanita yang mengandung anak pertama, perkara ini tentunya tidak mudah untuk dilalui, selain memikirkan fasa kehamilan sehingga saat melahirkan cahaya mata.

Dalam keadaan itu, perkara pertama ialah membuat pemeriksaan dan rawatan dengan pakar sakit puan untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat.

Sejak zaman-berzaman, doktor atau pakar dalam bidang perbidanan diceburi oleh lelaki dan wanita. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, ramai lelaki memilih bidang ini sebagai kerjaya mereka.

RAMAI lelaki memilih bidang perbidanan sebagai kerjaya mereka.

Itulah hakikatnya dalam dunia perubatan. Meskipun bagi pesakit wanita mereka boleh memilih doktor daripada gender yang sama kerana lebih selesa, tidak malu dan tiada batasan dari segi aurat, tetapi ada kalanya mereka tidak dapat mengelak dan terpaksa memilih doktor lelaki.

Pakar sakit puan perlu memeriksa, merawat dan menyambut kelahiran bayi kerana itu adalah bidang tugas mereka.

Sejauh mana dilema pakar sakit puan ini? Bagaimana kesanggupan pesakit wanita memilih pakar sakit puan lelaki dan pandangan orang ramai terhadap tugas berkenaan?

Pegawai Perubatan Kecemasan dan Trauma Hospital Lahad Datu. Dr Muhammad Na’im Abdul Razak.

Tugas profesional

Pegawai Perubatan Kecemasan dan Trauma Hospital Lahad Datu, Sabah, Dr Muhammad Na’im Abdul Razak, berkata orang ramai tidak seharusnya bersifat negatif kerana kerjaya doktor adalah profesional dan fokus mereka untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Katanya, semua penyakit perlu dirawat dan memerlukan doktor termasuk ibu mengandung yang mempunyai risiko tinggi dan berhadapan dengan pelbagai kompilasi ketika melahirkan.

“Khidmat doktor amat penting. Doktor sakit puan bukan hanya berdepan dengan kelahiran bayi, malah berhadapan dengan kes pendarahan, kemaluan dijangkiti kuman dan pelbagai lagi.

“Memang kita perlu memeriksa keseluruhan tubuh wanita. Kami prihatin dari segi aurat, tetapi itu adalah tugas kami. Ketika pemeriksaan kita ada jururawat perempuan membantu melancarkan rawatan. Malah, lazimnya pesakit akan ditemani suami masing-masing.

“Keadaan pesakit memang sukar diramal kerana berdepan pelbagai risiko,” katanya.

 

PESAKIT wanita boleh pilih doktor perbidanan dari gender yang sama.

Berunding dengan keluarga

Dr Muhammad Na’im berkata, sekiranya ia berisiko dan keadaan menjadi cemas, doktor yang bertugas pada waktu itu tidak kira lelaki atau wanita akan mengambil alih tugas bagi tujuan menyelamatkan nyawa pesakit dan bayi.

“Bagi sesetengah kes yang berisiko tinggi, kami akan berunding dengan ahli keluarga. Sekiranya tiada doktor pakar wanita pada ketika itu, kita akan beri penerangan kepada keluarga pesakit supaya mereka memahami keadaan,” katanya.

 

Tidak wajar dipertikaikan

Perkara ini tidak hanya tertumpu ketika memberi perkhidmatan di Unit Obstetrik & Ginekologi (O&G) saja, malah semua jenis penyakit yang urusan rawatannya dikendalikan oleh doktor tanpa atas batasan jantina.

Doktor Sakit Puan Hospital Lahad Datu, Sabah, Dr Syahrul Azwan Azhari, berkata isu jantina bagi pakar perubatan memang sering dibicarakan kerana bukan semua pesakit selesa mendapatkan rawatan daripada doktor yang berlainan jantina dengan mereka.

KETUA Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

“Pekerjaan sebagai doktor ini adalah satu tanggungjawab berat, kami berkhidmat untuk merawat pesakit tanpa ada sebarang niat sebaliknya.

“Lelaki dan wanita kedua-duanya diperlukan di dalam bidang ini kerana mempunyai peranan tersendiri. Saya memilih bidang perbidanan ini kerana ia berbeza dengan unit yang lain. Niat saya untuk membantu ibu dan anak. Jadi tidak wajar ada yang mempertikaikan mengenainya .

“Apabila kami menerima pesakit, kita membuat pemeriksaan mengikut prosedur. Jika tidak ada keperluan untuk memeriksa badan pesakit khususnya di bahagian sulit atau mana-mana bahagian yang sensitif kepada wanita, kita tidak akan lakukan,” katanya.

Beliau berkata, semua doktor sudah lali tugas masing-masing kerana kerjaya itu adalah satu ibadat iaitu membantu orang yang sakit dan menyelamatkan nyawa mereka.

Dr Syahrul berkata, doktor lelaki sebenarnya lebih prihatin kerana kesakitan yang dideritai wanita ketika bersalin tidak pernah mereka alami.

“Sakit ketika bersalin sesuatu yang kami tidak dapat bayangkan. Jadi, kami amat menitikberatkan keadaan pesakit. Dari situ juga kami dapat belajar banyak perkara mengenai emosi dan keadaan pesakit,” katanya.

 

PEKERJAAN doktor perbidanan ini adalah satu tugas mulia.

Bidang berkemahiran tinggi

Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, pula berpendapat tanggapan bahawa profesion perbidanan yang dilakukan oleh doktor lelaki sebagai aktiviti pornografi bersifat penghinaan kepada mereka.

Katanya, bidang itu tidak mampu dilakukan tanpa kemahiran dan kepakaran serta lebih penting adalah untuk merawat pesakit sembuh seperti biasa.

“Bagi kerjaya perbidanan doktor yang mengendalikan prosedur ini perlu dilatih dan mempunyai kepakaran yang tinggi kerana ini membabitkan nyawa manusia.

“Kematian ketika bersalin jarang direkodkan di negara ini kerana kita mempunyai kemudahan dan kepakaran tinggi. Bagaimanapun, sekiranya doktor O&G lelaki melakukan pekerjaan itu sebagai hiburan dan bahan pornografi untuk mereka, saya menganggap ia sebagai satu penghinaan,” katanya.

 

Jangan disalah tafsirkan

Dr Harlina Halizah yang juga pakar O&G PPUKM, berkata prosedur memeriksa pesakit tidak hanya membabitkan doktor dan pesakit saja, tetapi doktor turut ditemani jururawat, mentor atau pembimbing.

Katanya, ia bukan saja bertujuan membantu atau membimbing doktor bertugas, malah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Sekiranya pesakit mempunyai pengalaman diganggu doktor lelaki atau gangguan seksual, mereka dinasihatkan membuat laporan kepada Majlis Perubatan Malaysia.

“Mereka juga harus mengemukakan segala bukti bagi mendakwa doktor terbabit supaya tindakan sewajarnya diambil.

“Pekerjaan ini adalah satu kerja mulia dan saya yakin semua doktor bertauliah melakukan tugasan dengan profesional dan tidak seharusnya disalah tafsirkan,” katanya.

 

ORANG ramai tidak seharusnya bersifat negatif terhadap kerjaya doktor perbidanan.

 

Kagum kepakaran doktor

Sementara itu, suri rumah, Zaiton Abdul Rahman, 51, berkata kemahiran dan kepakaran doktor sakit puan tidak kira lelaki atau wanita amat dikagumi.

Katanya, tiga daripada enam anaknya menggunakan khidmat doktor lelaki dan beliau tidak mengalami sebarang masalah sepanjang berurusan dengannya.

“Memang benar kita perlu dahulukan hukum, namun waktu itu tiada doktor wanita yang bertugas. Jadi, doktor lelaki yang menguruskan kelahiran anak saya.

“Jika saya boleh bandingkan perbezaan antara doktor lelaki dan wanita, bagi saya doktor lelaki lebih prihatin dan teliti melakukan tugas. Namun, itu cuma pandangan saya saja,” katanya sambil memaklumkan tiga daripada enam anaknya disambut oleh doktor lelaki yang sama.

Zaiton berkata, masyarakat juga tidak sepatutnya memandang negatif kerjaya pakar sakit puan kerana itu adalah tugas yang penting dalam dunia perubatan.

 

Bantu selamatkan pesakit

Hukum perubatan dari sudut agama sangat luas, namun dalam kes perbidanan ini sudah dikelaskan kepada beberapa bahagian mengikut syariat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata keadaan wanita bersalin terbahagi kepada dua bahagian iaitu situasi biasa dan kecemasan.

Katanya, dalam keadaan wanita yang normal dan tidak menghadapi sebarang komplikasi, mereka seharusnya mengutamakan doktor wanita beragama Islam untuk menyambut bayi terbabit.

“Rawatan berkenaan membabitkan aurat. Pesakit perlu memberi keutamaan memilih doktor wanita Islam dan jika tidak ada, perlu mendapatkan doktor wanita bukan Islam.

“Bagaimanapun, jika kedua-duanya tidak ada, barulah cari doktor lelaki untuk mendapatkan rawatan mereka,” katanya.

 

Tiada batasan gender

Beliau berkata, kerjaya dalam bidang sakit puan boleh dilakukan oleh sesiapa saja tanpa batasan gender kerana ia dianggap Fardu Kifayah.

“Tiada masalah bagi doktor lelaki mendalami ilmu dalam bidang ini kerana keperluannya adalah untuk membantu dan menyelamatkan pesakit.

“Jika dalam keadaan darurat, sesiapa saja diharuskan membantu wanita yang dalam keadaan kesakitan dengan tujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan pesakit,” katanya.

Rumah Asnaf & Anak Yatim | Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak | Kajian Pembangunan Tamadun Islam Moden