Nota terakhir JJ dalam WhatsApp

image_pdf

Jamaludin bercerita tentang kehidupan puitis bersama rakan-rakan grup

KUALA LUMPUR 5 April – Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis meninggalkan bingkisan nota terakhir tentang kehidupan yang puitis melalui satu WhatsApp kumpulan rakan-rakan golf beliau beberapa hari lalu.

Rakan beliau, Datuk Ahmad Nordin Abu Bakar, 55, berkata, bingkisan nota dalam bahasa Inggeris itu bertajuk And Then, It Is Winter (Dan Kemudian, Ini Musim Sejuk)

Berikut merupakan petikan daripada bingkisan nota Allahyarham Jamaludin;

“Tetapi, inilah dia…pusingan hidup saya sudah lengkap dan hal itu tiba dengan mengejutkan…Bagaimana saya boleh berada sehingga ke tahap hari ini dengan pantas? Di mana perginya tahun-tahun dalam kehidupan saya berlalu dan di mana perginya zaman remaja saya?

“Masa bergerak terlalu pantas dan tidak disedari tahun berlalu. Kelihatan seperti baru semalam saya menjadi orang muda, baru sahaja kahwin dan memulakan kehidupan baharu sebagai pasangan.”

Tambah Ahmad Nordin, nota WhatsApp Allahyarham Jamaludin dengan 16 perenggan itu diakhiri dengan tulisan bermaksud;

“Hari ini merupakan hari tertua untuk kamu dan juga masih muda untuk kamu, jadi nikmatinya.”

Ahmad Nordin berkata, beliau merupakan rakan lama kepada Allahyarham Jamaludin dan merupakan rakan baik untuk permainan golf.

Malah, jelasnya, Allahyarham Jamaludin dan rakan-rakan juga baharu sahaja menjayakan perlawanan golf amal di Glenmarie, Shah Alam untuk menyiapkan Rumah Anak-Anak Yatim Bukit Ibam, Rompin, Pahang.

Beliau dan rakan-rakan juga mengetahui bahawa Allahyarham Jamaludin sangat menyukai masakan ikan patin dan masakan kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *

Rumah Asnaf & Anak Yatim | Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak | Kajian Pembangunan Tamadun Islam Moden