image_pdf

Penduduk bantah bina kolam tadahan air

javani 1SINAR HARIAN – 7 Mac 2015

SERDANG – “Kami bantah sekeras-kerasnya projek pembinaan kolam tadahan air di sini,” demikian tegas kira-kira 50 penduduk ketika mengadakan protes membantah pembinaan kolam takungan di bawah pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Serdang Jaya di sini, semalam.

Dakwa penduduk, banyak lagi kaedah dan cadangan lain boleh dilaksanakan oleh pihak berkenaan bagi menyelesaikan masalah banjir di Serdang Jaya.

Sebelum ini, cadangan tersebut pernah diutarakan namun penduduk kecewa suara mereka tidak didengari malah pihak berkenaan membuat keputusan membina kolam tidak sampai 500 meter dari jarak rumah diduduki mereka pula.

Wakil penduduk, Aswan Kudus berkata, apa yang mengecewakan pihaknya apabila tiada perbincangan dibuat dan pihak berkenaan hanya mengadakan pertemuan dengan beberapa penduduk yang tidak tahu apa-apa mengenai pelaksanaan projek tersebut.

Katanya, bagi memberi laluan projek dilaksanakan, struktur tambahan dipasang di belakang rumah kira-kira 200 penduduk pula terpaksa di roboh.

“Ini bukan soal kerugian ditanggung penduduk sahaja tapi membabitkan keselamatan kerana kolam dibina di bawah menara pencawang elektrik.

“Dulu sini kawasan lombong, kemudian ditambak sebelum dinaikkan perumahan, bayangkan apa akan jadi bila ada kolam air bawah pencawang. Apakah jaminan pihak tersebut kepada keselamatan penduduk?” katanya.

Javani Md Dom, 60, pula mempersoalkan rasional pembinaan kolam takungan air di kawasan yang memang sering banjir sebelum ini.

Kawasan perumahan itu katanya, akan lebih kerap banjir kerana air berkemungkinan akan melimpah ke rumah penduduk jika tak dapat ditampung kolam, kelak.

“Tiada fungsi bina kolam itu, kawasan ini rendah, jika ada kolam makin banjirlah kawasan ini. Siapa perunding yang merancang projek ini? Kenapa tak bincang dulu dengan penduduk?” katanya.

Penduduk, Mariam Shaari, 59, berkata, dia bimbang menara pencawang tumbang menyembah bumi setelah wujudnya kolam tadahan di situ.

Dia turut berasa hairan kerana projek itu dibenarkan sedangkan ketika penduduk mohon untuk menanam pokok di situ, TNB tidak memberi kelulusan kerana bimbang akan wujud air dalam tanah.

“Mengapa pilih tempat ini untuk bina kolam. Kenapa masa ada loji berdekatan dulu ditimbus dan dibangunkan sedangkan itu adalah punca banjir,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Puchong, Datuk Mohamad Satim Diman yang menerima aduan penduduk berkata, kolam itu tidak perlu dibina sebaliknya pihak berkenaan seharusnya membesarkan sistem perparitan sedia ada.

Katanya, ada cara lain bagi menyelesaikan masalah banjir itu namun pihaknya kesal kerana cadangan alternatif dihantar penduduk tidak diterima pakai sebaliknya kaedah menyusahkan penduduk pula diambil.

“Bila buat projek ini, ada struktur belakang rumah penduduk akan di roboh dan mengapa mengambil keputusan yang menyusahkan penduduk.

“Fikirkan cara lain, saya boleh tunjukkan bagaimana nak selesaikan masalah banjir di sini,” katanya.

Beliau berkata, punca banjir di Serdang Jaya adalah kerana pihak berkenaan meluluskan pembangunan di tapak loji kumbahan yang ditimbus selain tidak menyelenggara sungai serta sistem perparitan dengan sempurna.

“Kalau projek diteruskan juga, penduduk akan terus membuat bantahan,” katanya

TANAH PINGGIR PUTRAJAYA UNTUK JUALAN AMAL

Kami masih meneruskan usaha mengumpul dana bagi membangunkan Kompleks Akademi Insan Prihatin di tanah seluas 9.4 ekar di Lenggeng Negeri Sembilan. Keperluan masyarakat, khususnya golongan anak yatim dan asnaf untuk mendapatkan pendidikan terbaik yang berasaskan pembangunan sahsiah Islamiyah amat mendesak sekali.Prasarana yang ada di Sungai Ramal Kajang terlalu terbats untuk membuka lebih ruang dalam memenuhi permintaan masyarakat.

Dengan kerja secara gotong royong dan menggunakan kombinasi bahan terpakai di mana perlu, kos pembinaan dijangka menelan belanja tidak kurang RM25 Juta. Sekali lagi kami terpaksa melepaskan aset kesayangan kami untuk mengisi tabung pembangunan ini.

00 aip lenggeng

photo_2014-12-17_23-16-03

00 LENGGING 7.jpg B

Tawaran untuk jualan amal kali ini ialah sebidang tanah yang landai seluas 1.7 ekar, betul-betul bersepadan dengan Taman Pinggiran Putrajaya (Kg. Limau Manis).

00 putrajaya close up

Ini ialah tanah terakhir milik ayahanda pengasas dan pengetua RPWP sendiri yang dibeli bersama 4 orang rakan kongsi beliau 20 tahun dahulu. Ia telahpun beliau wakafkan menjadi milikan RPWP sejak 2005 lagi.

Kini kami ingin cairkan untuk disalurkan hasilnya sebagai dana pembangunan sebuah “Kota Ilmu Akademi Insan Prihain” (KIAI Prihatin) di tapak seluas 9.4 ekar yang baru kami beli di Pekan Lenggeng, Negeri Sembilan.

Sebelum ini pernah kami artikelkan rasional yang membuatkan AYAHANDA sanggup mewakafkan seluruh harta dan dirinya untuk kepentingan anak bangsa. Ambillah sedikit masa untuk meneliti kisah yang tersurat dan tersirat mengapa beliau sanggup melepaskan semua pegangan dunia yang beliau milikki hanya untuk menyelamatkan anak generasi.

http://prihatin.net.my/blog/2013/08/29/wakaf-tanah-pengorbanan-dan-impian-seorang-ayah/

Ukuran tanah ini pernah dinilai di mana selepas ditolak rezab jalan, ia mampu memuatkan 15 unit banglo sederhana. Pilihan kedua ialah 11 banglo mewah dengan harga jualan sekitar RM1.3 Juta sebuah banglo siap bina. Bermakna dengan 11 unit banglo mewah mampu menjana RM 14.3 juta.

Tanah ini BERSTATUS REZAB MELAYU pajakan 99 tahun dengan status guna BANGUNAN. Kedudukannya hampir di pintu masuk Putrajaya dan boleh diekses melalui lebuhraya PERSIARAN TIMUR dari ALAMANDA di Precint 16. Ia boleh juga didatangi melalui Sungai Merap, Bangi. Sila rujuk imej udara di gambar.

00 TANAH PUTRAJAYA ALL.jpg B

Kawasan dengan suasana kedamaian desa tetapi berada di pinggir Putrajaya ini merupakan prospek pelaburan hartanah yang sangat berbaloi. Ia amat sesuai untuk pelaburan bagi mereka yang mahu memulakan projek hartanah berskala kecil. Susah untuk mendapatkan tanah seluas ini yang dikelilingi dengan kedamaian desa, rumah-rumah banglo persendirian dan bunglo taman (Pinggiran Putra).

Sementara itu tawaran Jualan amal untuk sebuah rumah baglo mewah di Sungai Teris juga masih terbuka bagi yang berminat.

http://prihatin.net.my/…/04/03/banglo-mewah-untuk-jualan-a…/

Dengan ini, kami tawarkan aset berharga ini dengan mahar bernilai RM3 juta (boleh runding). Sila hubungi kami di 017-2267533 (SN), 013-3557307(Che Din), 019-5588621 (Nazir) atau Dr.Masjuki sendiri (013-5858700)

Tawaran ini juga kami berikan melalui saluran lain. Jadi jika berminat segeralah hubungi wakil kami. Insyaallah, pembelian aset wakaf ini akan diakad dan didoakan sebagai satu SEDEKAH JARIAH yang akan menjadi penerus amal yang kekal bagi pembeli selepas mati. Tentunya siapa cepat dia dapat.

Tawaran saham akhirat melalui jualan amal. Kejar akhirat, dunia mengikut…
Silalah panjang-panjangkan.

Barakallah, Mardhotillah.
WARGA PRIHATIN

Gadis 13 tahun kesal dirogol bapa kandung

Mangsa rogol bapa: ‘Ibu..maafkan kakak’
  • 'Ibu..maafkan kakak'
  • Suria ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut

PASIR GUDANG – “Saya hanya mampu menangis dan membiarkan ayah rogol saya kerana terlalu takut,” luah seorang remaja 14 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri, Julai tahun lalu.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Suria berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang tidur bersama empat adik yang masih kecil di ruang tamu rumah di sebuah kampung, di sini  selepas ibu pulang ke kampung bersama adik bongsu.

Menurutnya, peristiwa hitam itu hanya diberitahu kepada rakan ibunya yang juga jiran sekampung dan dirahsiakan daripada pengetahuan ibu kerana bimbang tidak dipercayai ibu kandungnya.

“Saya sebelum itu memang menumpang tidur di rumah jiran selepas ibu pulang ke kampung, namun memikirkan adik-adik nak bersekolah keesokan harinya saya membuat keputusan tidur bersama mereka di ruang tamu, manakala ayah di dalam bilik tidur.

“Saya terkejut dan sedih diperlakukan sedemikian rupa oleh ayah, sedangkan saya anak kandungnya sendiri.

“Kawan ibu nak bawa saya buat laporan polis, tapi saya menolak kerana terlalu takut. Saya hanya fikir apa perasaan ibu jika dia mengetahui perlakuan ayah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Suria berkata, ibu saudara yang baharu mengetahui peristiwa hitam yang berlaku Julai lalu itu terlalu marah lalu membawanya membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Gudang kelmarin.

Menurutnya, hatinya sebak tatkala melihat raut wajah ibu yang mungkin kecewa dengan tindakan bapa terhadapnya.

“Saya sedih melihat kelopak mata ibu digenangi air mata ketika doktor menceritakan hal sebenar kepada ibu.

“Maafkan kakak  ibu… kakak terpaksa..Kakak sayang ibu dan adik-adik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan menerima laporan daripada pengadu yang hadir bersama ibunya, kelmarin.

Katanya, suspek yang merupakan bapa kandung mangsa telah ditahan polis, petang kelmarin untuk siasatan lanjut.

“Mangsa juga telah kita hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan

KARTOSUWIRYO PAHLAWAN INDONESIA YANG TERFITNAH

SMK 4
FOTO:HUKUMAN TEMBAK ‘BERKAWAN’ YANG DISIFATKAN SEBAGAI ‘KEJAM’

KARTOSUWIRYO PAHLAWAN INDONESIA YANG TERFITNAH

‎”Sejarawan Istana” adalah sejarawan yang dikuburkan kisah sebenarnya oleh rekayasa sang penguasa terhadap sejarah. Pada mulanya mereka hanya mereka cerita seketika bertujuan untuk mengekalkan kuasanya. Lama kelamaah ia menjadi satu bahan kekal yang menipu dunia. Kebanyakan masyarakat turun temurun menjadi korban informasi sejarah sejarawan istana ini.

Di antara manipulasi sejarah di Indonesia adalah misteri sejarah Imam dan Komanden Tentera Islam Indonesia (TII), Sekarmaji Marijan Kartosuwiryo (SMK). Beliau bersama Soekarno dan Semaon adalah rakan seperguruan dengan Kiai Haji Omar Said Cokroaminoto (KHOSC) yang telah membentuk lakaran sejarah kemerdekaan yang tersendiri melalui 3 haluan berbeza.
Cokroaminoto_1

FOTO : KIYAI HAJI OMAR SAID COKROAMINOTO

SMK SOKARNO
Soekarno (Komanden Tentera Nasional Indonesia, TNI) yang selama ini dijulang dan dipuja puji sebagai pejuang kemerdekaan Indonesia sebenarnya adalah tidak lebih sebagai badut penjajah sahaja. Pembongkaran sejarah mendapati beliau adalah opportunis yang sanggup menggadai maruah bangsa demi mendapatkan kuasa dari mana-mana penjajah, baik Jepun mahupun Belanda.

Semeon pula berjuang menggunakan wadah Parti Komunis Indonesia. Hanya SMK yang kekal memikul amanah guru mereka KHOSC meneruskan misi perjuangan Islam.

Sejarah pembunuhan TNI pimpinan Soekarno terhadap Musso (penerus PKI tajaan Semaun) juga SMK yang kesemuanya adalah rakan sepengajian beliau juga boleh didapati dari sumber Wikipedia yang telah kami permudahkan bahasanya di link ini.

Sejarah perjuangannya meneruskan perjuangan Islam di Indonesia serta kronologi pembunuhannya oleh Soekarno yang juga rakan seperguruan ada kesaksian yang tersendiri. Pemesongan fakta dan penceritaan pemerintah telah membuatkan pandangan masyarakat Indonesia tentang Kartosuwiryo umumnya buruk.

Sebelum kisah sebenar itu hilang sepenuhnya, wajarlah kesaksian ini dibaca!!

SATU DEMI SATU PEMBONGKARAN SEJARAH BERLAKU

Pembongkaran sejarah menarik ini telah terlalu banyak berlaku, khususnya oleh para pengikut SMK yang meneruskan perjuangan menegakkan Islam menggunakan wadah perjuangan NEGARA ISLAM INDONESIA (N11). Teknologi multimedia dan dunia tanpa sempadan ini telah memungkinkan segala yang selama ini menjadi rahasia terdedah dengan berleluasa. Selama ini kebanyakannya diceritakan secara senyap dan berselindung kerana pendedahan terbuka bakal menerima padah oleh pemerintah.

Sejak kebelakangan ini, fakta-fakta sejarah ini telah pun menarik perhatian pihak pemerintah dan para pengkaji sejarah dari kalangan pegawai pemerintah, agamawan, pelajar dan juga pensyarah universiti Indonesia. Segala fakta yang dikutip dari cerita di kalangan keluarga kerabat TII yang berkisar di pondok dan pesantren, hinggalah ke peringkat pengesahan fakta di muzium dan buku-buku sejarah yang asli.

Cerita dalam artikel ini pula dipetik khusus dari sebuah seminar bertajuk “Hari-hari terakhir Kartosoewirjo” di TIM, Jalan Cikini Raya, Jakarta Pusat, Rabu (05/09/2012).

Di kala itu, pengamat sejarah bernama Dr Muhammad Iskandar, mengatakan Tentera Darul Islam (DI) , atau juga dipanggil Tentera Islam Indonesia (TII) pimpinan Imam Kartosoewiryo didakwa tidak berakhlak dan berperilaku kurang Islami. Mulai dari perilaku arogan kepada masyarakat hinggalah membuat air kencing di sembarang tempat dijadikan fitnah umum.

Menurut Muhammad Iskandar, tentera Kartosoewirjo dinilai bertindak sangat kejam. “Saya sebagai salah satu penduduk desa saat itu melihat mereka berlaku arogan bahkan sampai ada kiai-kiai yang sering didera dan mereka buang air (besar) di sungai,” jelas pakar sejarah dari Universiti Indonesia ini.

PEMBONGKARAN FAKTA SEJARAH OLEH BEKAS ANGGOTA TII/DI

Pendapat Dr Muhammad Iskandar dalam seminar ini telah dibantah keras oleh seorang peserta seminar bernama Yayan yang sengaja datang jauh dari Tasik Malaya, Jawa Barat. Beliau menghadiri seminar ini karena dia adalah seorang bekas anggota DI/TII. Secara langsung beliau bahkan mengakui bahwa keluarga besarnya juga adalah keturunan DI/TII. Kerana itu beliau tahu persis apa yang sebenarnya berlaku.

Dalam bantahannya, Yayan katakan bahawa perilaku tentera SMK (TII/DI)yang disebut oleh Iskandar sesungguhnya adalah sebahagian dari muslihat operasi inteligen TNI pimpinan Soekarno.

Harus diingat bahawa daripada 3 anak murid Kiai Haji Omar Said Cokroaminoto, hanya SMK yang meneruskan perjuangan Islam ajaran gurunya itu dengan penuh berhemah. Tidak mungkin keganasan terhadap penduduk dan segala perbuatan tidak berakhlak yang didakwa itu dilakukan oleh TII.

Ketika itu DI/TII berpecah menjadi dua di tanah Jawa; DI/TII Kartosoewirjo dan DI/TII dari operasi inteligen Suparjo. Perilaku yang dikatakan bahwa tentera DI/TII tidak berakhlak sebenarnya bukanlah Tentera Islam pimpinan Imam Kartosoewirjo. Semua itu adalah perilaku para penyusup agen Suparjo yang mengaku-ngaku anggota DI/TII untuk menimbulkan fitnah.

Menurut Yayan, Suparjo lah yang mencipta helah dengan menyusupkan ramai anggota Parti Komunis Indonesia (PKI) ke dalam DI/TII secara muslihat. Dari situlah timbulnya imej penghalalan segala cara yang telah mencemarkan nama baik DI/TII pimpinan SMK.

Menurut Yayan, TNI pimpinan Sukarno secara sengaja mengirimkan Danrem Suparjo untuk memecah belah dan memporak perandakan imej TII/DI pimpinan kartosuwiryo. Suparjo adalah orang TNI yang merupakan kader PKI yang kononnya ingin bekerjasama dengan DI/TII demi Islam. Beliau juga terlibat dalam pemberontakan PKI di Indonesia, jelas Yayan.

Semua itu sengaja dilakukan semata-mata untuk membangun imej buruk mengenai TII Kartosoewirjo. Yayan juga memaparkan fakta ini secara terbuka di depan peserta seminar itu.

PENGESAHAN PEMBONGKARAN FAKTA SEJARAH OLEH ANGGOTA INTELIGEN NEGARA

Penceritaan dusta terhadap Kartosoewirjo itu turut dibenarkan oleh Wibisono, seorang yang telah bekerja selama 32 tahun dengan Badan Inteligen Negara (BIN). Menurut Wibisono, sosok SMK adalah seorang pahlawan Islam tulin Indonesia. Kepentingan SMK mendirikan Negara Islam Indonesia (NII) adalah aset besar dari sejarah Indonesia yang dilenyapkan.

Menurut Wibisono, kala itu negara Indonesia sedang lemah. Indonesia barat, tengah dan timur sedang saling carut marut. Padahal kondisi Belanda saat itu sedang terdesak untuk menjaga beberapa kekuatan teritorial di beberapa titik vital di Indonesia.

Perjanjian LINGGARJATI, menurut Wibisono membuat baki daerah Indonesia hanya tinggal Jawa, Madura dan Sumatera. Sedangkan Perjanjian RENVILLE pula telah membuat teritorial Indonesia di pulau Jawa hanya tinggal sebatas Jogjakarta sahaja.

Untuk menjaga sisa teritorial Indonesia, maka pemerintah Indonesia berfikir untuk mengirim Lukas Kustario bagi menjaga daerah utara. Sedangkan daerah selatan justru dimandatkan kepada  Kartosoewirjo (SMK) oleh pemerintah.

Karenanya, Wibisono merasakan cukup aneh apabila tiba-tiba Kartosoewiryo yang banyak jasa itu distigmakan seorang yang kurang baik oleh sejarah.

“Hati-hati dalam menjelaskan sejarah, seperti Kahar Muzakar, Daud Beureuh hinggalah kepada Kartosoewirjo. Mereka itu aslinya adalah pejuang (kemerdekaan) semua”, jelas Wibisono di depan forum seminar secara terbuka.

Bagi Yayan dan Wibisono, penceritaan buruk yang direka terhadap Kartosoewiryo adalah fitnah sejarah yang harus diluruskan.

PENGESAHAN FAKTA OLEH ANAK BONGSU SMK

Sarjono Kartosoewirjo, anak terbungsu Kartosoewirjo juga menguatkan fakta pelurusan itu. Di peluncuran buku ‘Hari Terakhir Kartosoewirjo’ di Taman Ismail Marzuki (5/9/2012), beliau turut menceritakan empat permintaan terakhir ayahnya dari Ketua Mahkamah Darurat Perang sebelum dibunuh. Tiga darinya ditolak Presiden Soekarno.

Pertama: SMK ingin bertemu dengan perwira-perwira TII terdekat (DITOLAK).

Kedua : SMK minta eksekusinya disaksikan oleh perwakilan keluarga (DITOLAK dengan alasan bertentangan dengan budaya).

Ketiga : SMK yang telah memproklamasikan berdirinya Negara Islam Indonesia (NII) ini meminta jasadnya dikembalikan kepada keluarga untuk dimakamkan di pemakaman keluarga (juga DITOLAK).

Keempat : ingin bertemu ahli keluarganya sebelum dibunuh (ini sahaja yang diterima).

923003_20120907015033

923003_20120907015306

kartosuwiryo

Menurut Sarjonio yang berusia 5 tahun ketika eksekusi ayahnya dilakukan, seharusnya orang-orang TNI jangan menyebarkan fitnah melalui sejarah sebelah pihak. Sejarah juga harus mengizinkan pihak keluarga Kartosoewirjo dan semua keturunan DI/TII untuk turut menjelaskan sudut pandang mereka. Apatahlagi mereka adalah sebahagian dari pelaku sejarah tersebut. Mereka tidak akan menulis dalam kepalsuan.*

 

PENGESAHAN BERGAMBAR

Seorang peserta seminar bernama Fadli yang juga pengajar Ilmu Budaya UI adalah seorang pemberi 81 keping gambar-gambar eksekusi SMK. Ini benar-benar dapat membantu pengesahan fakta yang selama ini tersembunyi dan dipalsukan.

SMK dihukum bunuh di Pulau Ubi, sekitar 3 Kilometer di utara Pulau Onrust. “Di Pulau Ubi, oleh SEKUMPULAN 9 orang regu tembak dan diakhiri oleh KOMANDEN regu tembak itu sendiri.

Berita yang dikatakan fitnah tentang pembunuhan kejam dalam hukuman tembak itu dibuktikan oleh gambar-gambar ini. Imam SMK yang kurus kering kerana sakit tenat ketika ditangkap dan terpaksa dirawat selama 2 bulan dalam tahanan itu ditembak dengan 9 peluru hidup. Padahal sebutir peluru sudah cukup untuk menamatkan hayat beliau.

eksekusi-kartosoewirjo-bukti-sang-imam-bukan-nabi

61120905_Peluncuran-dan-Diskusi-Buku-Hari-Terakhir-Kartosoewirjo

SMK 3

120509_karto8

kartosoewiryo-38

DEMIKIAN SEPAK TERAJANG, BEGITU KOTOR DAN ZALIMNYA DUNIA POLITIK

BERHATI-HATILAH KITA.

_____________________

 

SUMBER:

 

 

Omar Said Cokroaminoto, Sukarno dan Sejarah Islam Indonesia

Cokroaminoto_1

Raden Haji Omar Said Cokroaminoto
(sumber: foto-foto.com)

Lahir : 16 Agustus 1882, di Tegalsari, Ponorogo, Jawa Timur
Meninggal : 17 Desember 1934 (umur 52), di Jogjakarta, Indonesia
Pekerjaan : Guru Agama
Pasangan : Suharsikin
Anak :

  • Siti Oetari
  • Harsono Cokroaminoto

Kekerabatan :

: Sukarno (murid dan mantan menantu)
: R.M. Cokroamiseno (ayah)
: Warok R.M. Adipati Cokronegoro (kakek/datuk)
: Sekarmaji Marijan Kartosuwiryo (murid)
: Musso (murid)
: Maia Estianty (cucu jauh)

RAJA JAWA TANPA MAHKOTA

Kiai / Raden Haji Omar Said Cokroaminoto (HOSC) adalah pahlawan nasional yang kurang mendapat perhatian. Pada bulan Mei 1912 beliau menubuhkan organisasi bernama Syarikat Islam (SI) yang diwarisi dari Serikat Dagang Islam yang ditubuhkan pada 1905 oleh Guru dan pemimpinnya bernama Kiyai Haji Samanhudi.

Cokroaminoto adalah anak kedua dari 12 bersaudara dari ayah bernama R.M. Cokroamiseno, salah seorang pegawai pemerintahan pada saat itu. Datuknya, R.M. Adipati Cokronegoro, juga pernah menjawat sebagai Bupati Ponorogo.

De Ongekroonde van Java’ atau “Raja Jawa Tanpa Mahkota” bernama Cokroaminoto ini adalah salah satu pelopor pergerakan Islam Merdeka di Indonesia. Tidak ramai yang tahu bahawa beliau adalah guru kepada para pemimpin-pemimpin besar di Indonesia.

Dari pemikiran beliaulah lahir berbagai macam ideologi bangsa Indonesia pada saat itu. Rumah beliau dijadikan rumah sewa tempat para pemimpin besar Indonesia menimbah ilmu daripadanya. Antara pemimpin utama itu ialah Semaoen, Alimin, Muso, Soekarno, dan Kartosuwiryo. Bahkan Tan Malaka juga pernah berguru padanya.

KAITAN COKROAMINOTO DENGAN PERJUANGAN ISLAM DAN KEMERDEKAAN INDONESIA

HOSC adalah orang yang pertama kali menolak untuk tunduk pada Belanda. Setelah ia meninggal, lahirlah warna-warni pergerakan Indonesia yang dibangun oleh murid-muridnya.

Malangnya, ketiga-tiga murid HOSC itu saling berselisih menurut paham masing-masing. Semaoen (bersama Muso dan Alimin) membawa aliran Sosialis Komunis (PKI). Soekarno membangun fahaman Nasionalis (TNI), dan Kartosuwiryo yang juga merangkap sekretaris pribadinya meneruskan perjuangan berdasarkan Islam (TII).

SMK SOKARNO

Pengaruh kekuatan politik pada saat itu memungkinkan para pemimpin yang asalnya sekawan itu saling bermusuhan hingga terjadi PEMBERONTAKAN MADIUN 1948 oleh Partai Komunis Indonesia pimpinan Muso kerana memproklamasikan “Republik Soviet Indonesia”. Soekarno mengirim pasukan elit TNI Divisi Siliwangi dan Muso selaku “abang sapaan” Soekarno itu tertembak mati pada 31 Oktober 1948.

SUKARNO KEJAM

Kemudian berlaku pertembungan terhadap Soekarno yang dikatakan berlanjutan melalui pemberontakan oleh Tentera Islam Indonesia(DI/TII) yang dipimpin oleh teman seperguruannya dengan HOSC, iaitu Sekarmaji Maridjan Kartosuwiryo (SMK).

Ada riwayat yang mengatakan pemberontakan yang diberi nama OPERASI PAGAR BETIS dengan TII itu sengaja dianjurkan secara palsu oleh inteligen Soekarno untuk memporak perandakan pasukan Tentera Islam Indonesia. Ahirnya Soekarno menjatuhkan hukuman mati kepada Kartosuwiryo, kawan seperguruannya sendiri pada 12 September 1962. Baca kisah sedih hukuman bunuh itu di sini

SMK 3

SMK 4

Gambar hukuman bunuh TNI pimpinan Soekarno terhadap teman sepengajiannya dengan HOSC iaitu Imam Sekarmaji Marijan Kartosuwiryo

PETUA DAN WASIAT COKROAMINOTO

Salah satu trilogi darinya yang termasyhur adalah Setinggi-tinggi ilmu, semurni-murni tauhid, sepintar-pintar siasah. Ini menggambarkan suasana perjuangan Indonesia pada masa itu yang memerlukan tiga kemampuan utama pada seorang pejuang kemerdekaan.

Dari kesemua muridnya yang paling HOSC sukai adalah Soekarno hingga dinikahkan Soekarno dengan anaknya, Siti Oetari sebagai isteri pertama Soekarno. Bagaimana Siti diceraikan semula oleh Soekarno yang mengakui sendiri bahawa beliau memang suka perempuan.

Pesan HOSC kepada murid-muridnya ialah “Jika kalian ingin menjadi Pemimpin besar, menulislah seperti wartawan dan berbicaralah seperti orator”. Perkataan ini membius murid-muridnya hingga membuat Soekarno setiap malam berteriak belajar pidato hingga membuat kawannya, Muso, Alimin, Kartosuwiryo, Darsono, dan yang lainnya terbangun dan tertawa menyaksikannya.

HOSC meninggal di Yogyakarta, Indonesia pada 17 Desember 1934 pada umur 52 tahun. Ia dimakamkan di TMP Pekuncen, Yogyakarta, setelah jatuh sakit sehabis mengikuti Kongres SI di Banjarmasin.

SUMBER: Dari Wikipedia bahasa Indonesia, blog INSPIRASI dan lain-lain

Dakwah jadi satu industri lumayan

PERKONGSIAN ilmu dapat menjadikan masyarakat Islam sebagai komuniti berilmu. – Gambar hiasan

 

Hampir sembilan tahun saya berkecimpung dalam industri dakwah. Saya menyebut industri dakwah kerana ia menjanjikan hasil pendapatan yang sungguh lumayan.

Malah, jika kena caranya, ia boleh menjadi satu bentuk perniagaan yang membawa keuntungan luar biasa.

Tidaklah terlalu luar biasa untuk menyaksikan ramai individu berhenti kerja dan menceburkan diri dalam industri ini sepenuh masa.

Ia menjadi satu sumber pendapatan untuk menyara hidup mereka dan keluarga. Sasaran pendapatan ini menjadi satu proses keutamaan secara semula jadi.

Industri ini sungguh menarik dan sifatnya luar biasa. Pulangan Return on Investment (ROI) cukup tinggi. Cakap-cakap industri menggambarkan begitu. Ketika menjawat jawatan sebagai pengarah di sebuah universiti tempatan, saya mahu membawa seorang penceramah terkenal ke dalam kampus untuk bertemu dengan warga universiti.

Sungguh, saya terkejut apabila beliau tanpa teragak-agak menyebut yuran ceramahnya sebanyak RM4,000 untuk program yang dijadualkan selama dua jam. Sebagai lulusan perakaunan, otak saya terus mengira pendapatan bulanan beliau yang boleh mencecah RM60,000 sebulan. Itu jika hanya menerima sebanyak 15 undangan.

Wah… menarik! Dalam kes lain, saya terpegun mendengar kisah anak murid yang dilatih untuk menguruskan kedatangan penceramah ke kampus kami di Segamat, Johor.

“Prof… ustaz tanya saya, mampukah awak membawa saya ke Segamat?”

Malah, saya sendiri pernah berhubung dengan penceramah yang masih bertugas dengan salah satu universiti tempatan untuk hadir bertemu dengan siswi secara khusus bagi program selama sejam.

PENDAKWAH perlu menunjukkan contoh dan akhlak yang baik untuk berdakwah. – Gambar hiasan

 

Menjual agama

Menarik kata-katanya: “Saya tidak menjual agama tetapi kebiasaannya mereka membayar saya antara RM1,500 hingga RM2,000.”

Lalu saya nyatakan: “Kita tertakluk kepada beberapa peraturan kewangan kerajaan. Bayaran honorarium tertakluk kepada jawatan hakiki. Bayaran kepada Profesor, Profesor Madya dan pensyarah biasa berbeza-beza.

“Namun, atas kapasiti saya sebagai pengarah, Insya-Allah ada beberapa aspek lain yang boleh saya pertimbangkan tetapi jumlahnya tidak begitu tinggi.”

Beliau menolak untuk hadir. Tentu sekali, ia bukan soal boleh atau tidak. Terpulanglah. Namun, saya sendiri berpegang kepada ayat 86, surah Sad yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran al-Quran ini dan bukanlah aku daripada orang-orang yang mengada-ngada.”

Juga melalui surah al-Furqan melalui ayat 56 yang bermaksud:

“Katakanlah: Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah.”

Alhamdulillah… hati saya terasa tenang dan damai. Malah, perjalanan dakwah saya pada setiap tempat berbeza keadaan. Ketika dalam satu perjalanan, saya pernah memberitahu kepada Roza…

Melalui ceramah dan kuliah, Allah SWT membawa saya bertemu dengan ramai orang dan mengunjungi banyak tempat. Kampung ini tidaklah terlalu jauh dari Shah Alam tetapi jika tidak bersebab, agaknya tidak sampai di sini.”

Saya terasa sayu dan sebak di dada. Tiba-tiba di penghujung ceramah, saya menuturkan kata-kata ini,

Jika tuan-tuan mendengar khabar saya meninggal, jika ada masa, mohon doakan saya dan laksanakan solat jenazah. Itu lebih penting buat saya.”

Kenapa? Entah… buku-buku terakhir yang ditulis, semuanya mengaitkan dengan masa berbaki yang semakin hampir. Reja kehidupan saya semakin mengecil.

Saya berusia 51 tahun. Jika genetik atau keturunan menjadi sandaran, maka saya mempunyai baki tujuh hingga lapan tahun sahaja. Kedua-dua ibu dan ayah berpenyakit diabetes serta mempunyai tekanan darah tinggi. Saya juga begitu.

Jika usia baginda Rasulullah SAW dijadikan asas, maka hanya sembilan tahun memisahkan kehidupan dunia dan alam kubur.

Merenung

Jika purata kematian kaum lelaki di negara ini (72 tahun) menjadi ingatan maka, saya mempunyai 21 tahun.

Adakah ia tempoh yang lama atau singkat? Jika saya merenung ke belakang, ia sepantas kilat. Jika melihat ke depan, ia kelihatan masa yang panjang. Namun, biarlah saya melihat ke belakang untuk merenung masa berbaki.

Allah… ya Allah… ajal maut di tangan Allah. Adik saya meninggal ketika berusia 35 tahun. Adik Roza juga begitu. Kematian… ia pasti tiba!

Ceramah dan kuliah saya sering mengingatkan soal kematian, sisa kehidupan dan perencanaan mengurus masa berbaki. Saya fikir, saya tidak perlukan sebarang bayaran untuk mengingatkan khalayak pendengar untuk satu isu yang sudah diketahui umum.

Salam sejahtera.

Hukum Syarak Berkaitan Troll dan Sarkasme

internet-trolls-cyber-harassment-ipredator
Sport Musang – Monday, October 27, 2014
Semenjak akhir-akhir ini fenomena atau budaya Troll di media sosial seperti facebook, twitter dan youtube sangat memberi pengaruh kepada nilai akhlak dan syakhsiah generasi muda.

 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TROLL ?
Troll adalah perbuatan seseorang yang sengaja provokatif (menghasut) atau sarkasme kepada sesuatu berita atau mesej yang mana pernyataannya berbeza dangan pernyataan atau mesej yang asal (off-topic) dengan tujuan untuk menyebabkan gangguan emosi ataupun tekanan terhadap berita tersebut. Istilah ini juga disebut sebagai ‘Trolling’.
Sarkasme pula adalah satu bentuk sindiran dalam ungkapan yang mengejek dan menghina sesuatu berita ataupun peribadi seseorang dengan tujuan untuk menyinggung perasaan sesesorang.
Perkataan ini diambil daripada perkataan yunani (sarkasmos) yang membawa maksud mengoyakkan atau merobek daging.
Terdapat juga Troll dalam bentuk komik dan mempunyai beberapa ekspresi yang biasa digunakan. Antaranya :

  • Derp, Herp, Derpina dan Malvin
  • Troll Dad
  • Cereal Guy
  • Forever Alone Guy
  • Like A Boss
  • Poker Face
  • GTFO
  • Like A sir

Orang yang melakukan perbuatan demikian, digelar sebagai Troller. Kita boleh menetapkan secara ringkas ciri-ciri identiti troller ini kepada beberapa kategori :

  • The Queen Bee
  • The Puffed Pedant
  • The Prickly Recluse
  • The Sock Puppet Master
  • The Fake Friendly

APAKAH KESAN KEPADA MANGSA TROLL ?
Ia akan menyebabkan mangsa troll tersebut merasa ‘Butthurt’ iaitu satu perasaan dan tindak balas emosi yang negative terhadap serangan dan penghinaan yang ditujukan terhadapnya.Walaupun pada asalnya, perlakuan troll tersebut dengan niat hanya sekadar untuk berjenaka, tetapi serba sedikit ia akan member kesan terhadap orang yang ditroll tersebut.

Ataupun dengan kata mudahnya merasa tersinggung dengan perbuatan tersebut.
BAGAIMANA PERBUATAN TROLL DAN SARKASME PADA PANDANGAN SYARAK ?

Setelah kita memahami pengertian istilah, bentuk troll dan sarkasme serta kesannya kepada perbuatan tersebut, mari kita lihat apakah syarak membenarkan perbuatan ini.
Perbuatan berdusta dengan tujuan untuk berjenaka adalah perbuatan yang dilarang oleh islam, manakala mengungkapkan sesuatu ungkapan yang bertujuan menghina dan mengejek peribadi seseorang juga tergolong sebagai Ghibah sepertimana yang disebutkan di dalam sabda Nabi s.a.w.
Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!”.
Kemudian Baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?” Jawab Baginda, “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi.)
Ghibah maksudnya menyebut keburukan orang lain walaupun benar. Buhtan maksudnya memfitnah dan mengada-adakan keburukan orang.
Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan cerita itu).
Bila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan yang lebih manfaat.
Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, celaan, tulisan atau gelaran yang berbaur hinaan. Mendengar ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah.
Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan diberikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya.
Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana ia boleh mengakibatkan putus ukhwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib dan lahir kehinaan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka jahanam sejauh antara timur dan barat.” (Riwayat Muslim)
Begitu juga orang yang berdusta pada tutur katanya walaupun dengan niat untuk berjenaka ditegah dan akan tergolong dalam golongan munafik
Rasulullah s.a.w bersabda : Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !
Huraian Hadith:
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.
DUSTA ADALAH SIFAT ORANG MUNAFIK
Munafik berasal dari perkataan “nafaqa” yang bermaksud “terbelah dua” iaitu tidak solid dan tidak jujur dengan Islam.
Bermuka dua itu memburukkan sesuatu pihak di hadapan pihak lain dan sebaliknya dengan alasan “nak hidup”.Pepatah melayu juga ada menyebut “talam dua muka” atau bermuka-muka yang bermaksud seseorang yang mendapat keuntungan daripada dua belah pihak yang berselisih.
Dalam Islam, Munafik adalah salah satu kategori atau golongan manusia yang diletakkan tarafnya lebih rendah daripada Muslim biasa.
Terdapat 30 ciri orang-orang yang dikategorikan sebagai yang dapat disebut munafik melalui petikan hadis Rasulullah s.a.w. Di dalam kehidupan sehari-hari, kita kerap mendengar perkataan “munafik” diucapkan orang.
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim pula, Rasulullah bersabda:

“Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta.”
BALASAN BAGI ORANG MUNAFIK
Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). (Al-Baqarah:15)
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. (An-Nisaa:145)
BERHATI-HATILAH DALAM BERMEDIA SOSIAL
Di dalam teknologi media yang serba canggih ini, ternyata memberi kemudahan kepada kita untuk menerima dan mencari sebarang maklumat dengan semuanya hanya di hujung jari sahaja.
Ianya juga memberi kesan yang baik dan juga buruk kepada pengguna.
Kesan yang baik bagi seorang pelajar dapat mencari apa saja maklumat untuk menyempurnakan assignment atau tugasan pensyarah di website, blog, Wikipedia dll.
Kesan yang buruk pula, ia menyebabkan pelajar menjadi malas merujuk kepada sumber yang asli iaitu kitab di perpustakaan atau mendekati pensyarah untuk meminta pandangan atau bertanya sebarang kemusykilan di dalam sesuatu bab.
Pesanan saya, berhati hatilah dalam menerima sesuatu berita dan menyampaikan kepada orang lain, selidiklah terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita itu.
Takut-takut kita tergolong dalam golongan munafik dan menyebarkan fitnah terhadap orang lain.
Wallahu A’alam.

Rujukan :

  • Al-Quranul Karim
  • Sahih Bukhari
  • Mukhtasar Minhajul Qosidin
  • Web Rasmi JAKIM

Gambar KJ Ambil Anak Balik Sekolah Jadi Perhatian Di Media Sosial

Tak keterlaluan dikatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) mempunyai populariti ala-ala artis di negara ini.
Jadi selayaknya artis, apa sahaja yang dibuat semua jadi perhatian.

2
Sampaikan gambar KJ yang datang mengambil anaknya balik dari sekolah seterusnya membantu kanak-kanak melintas jalan pun diambil oleh ‘peminatnya’ yang kemudian memuatnaik gambar tersebut di media sosial.
Rata-rata memberi komen tindakan KJ ini sebagai ‘sweet’ dan bertanggungjawab.
Dari satu segi menghantar dan mengambil anak balik dari sekolah adalah perkara biasa sebenarnya namun apabila seorang menteri mempunyai masa untuk melakukannya sudah tentu ia menjadi satu perkara menarik untuk dikongsikan.
Sebelum ini KJ turut dipuji apabila menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan biasa dan bukannya sekolah antarabangsa sebagaimana biasa dilakukan golongan ternama lain.

PENJELASAN LENGKAP PRO-KONTRA BERHUBUNG HUKUM ZIKIR MENARI

Ditulis oleh Admin PMWP pada 19 April 2015. diterbitkan di dalam Bayan Linnas

Mukadimah

Isu ini hangat diperkatakan oleh semua pihak. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Facebook kami, kami mahu membincangkannya secara khusus seperti yang telah dijanjikan. Bersama dengan isu ini, banyak tajuk berkaitan yang lain dan kami tidaklah membincangkannya kecuali tajuk ini sahaja supaya ia lebih terfokus dan sampai kepada sasaran. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini kami namakan dengan Penjelasan Berhubung Hukum Zikir Menari.

Maka, kami kemukakan di sini pelbagai pandangan dan hujahan berdasarkan nas atau fatwa yang dikemukakan. Semoga pencerahan ini memberi kefahaman yang baik kepada kita. Amin.

Definisi Zikir

Pelbagai maksud dan definisi dapat diberikan kepada pengertian zikir. Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati. Semantara dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.

Selain itu, zikir juga dapat diertikan sebagai sebahagian daripada rangkaian iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Mengingati Allah mendorongkan seseorang melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah

Zikir terbahagi kepada dua samada qalbi (dalam hati) atau lisani (iaitu pada lafaz lidah). Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, zikir yang terbaik adalah yang dilakukan bersama; hati dan lisan. Di antara zikir dengan hati dan zikir dengan lisan, zikir dengan hati adalah lebih baik.

Zikir orang-orang soleh adalah dengan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil sementara zikir orang yang berpaling daripada Allah iaitu dengan nyanyian yang melalaikan, ghibah (mengumpat orang lain), namimah (mengadu domba), dan kekejian. Seorang penyair menggambar golongan ini dengan menyatakan:
Definisi Menari

Definisi menari dalam Kamus Dewan menari bermaksud melakukan tari (gerakan badan serta tangan dan kaki berirama) mengikut rentak muzik manakala berdansa bermaksud menari cara Barat. Ini bermakna menari lebih luas konsepnya dan contoh-contoh ayat boleh dilihat dalam kamus, buku, majalah dan artikel yang berkaitan.

Hukum Gerakan Dalam Zikir

Sebelum dibincangkan tajuk utama iaitu zikir dalam keadaan menari, suka dinyatakan bahawa zikir dalam keadaan bergerak adalah perkara yang dibolehkan kerana ia menyebabkan badan menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan ibadat zikir. Mereka berdalilkan kepada nas al-Qur’an dan hadith antaranya:

Firman Allah SWT

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ

Maksudnya: “…(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring…”

(Surah Ali Imran: 191)

Al-Maraghi berkata: “Sepanjang menjalani kehidupan, mereka tidak pernah lupa kepada Allah SWT malahan mereka sering mengingati Allah SWT dengan hati yang terang dan menyedari sepenuhnya bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi dirinya.”

Adapun dari segi hadith Ummu al-Mukminin Aisyah R.Anha pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

 

HUKUM ZIKIR DALAM KEADAAN MENARI

Setelah melihat kepada isu yang begitu hangat ini, kami mendapati terdapat dua pandangan dengan masing-masing berhujah. Secara ringkasnya seperti berikut.

Pertama: HARAM

Antaranya firman Allah SWT:

Antara hujah golongan ini adalah Rasulullah SAW tidak melakukannya begitu juga secara umumnya para Sahabat tidak melakukannya kecuali sebahagian kecil sahaja di kalangan mereka.

اللَّـهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ

Maksudnya: “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah…”l

(Surah al-Zumar: 23)

Ayat ini juga membantah tarian-tarian atas nama ibadah kerana ia telah menjelaskan keadaan orang Mukmin saat mendengar zikir yang disyariatkan. Keadaan orang Mukmin yang mengenal Allah SWT, yang takut kepada hukuman-Nya, ketika mendengarkan firman-Nya, janji dan ancaman-Nya, hati mereka melunak, air mata bertitisan, bergementar kulit, tampak khusyuk dan penuh ketenangan. Bukannya dalam keadaan tarian yang seperti tidak sedarkan diri.

Seterusnya mereka bersandarkan kepada ijma’ ulama’ yang melarang serta menganggap perbuatan tarian seperti itu adalah bid’ah yang ditegah. Antara tokoh yang tegas dengan pendapat ini adalah:

  • Imam Abu Bakar al-Turtusi
  • Imam Taqiyuddin al-Subki
  • Imam Ibn Hajar al-Haitami
  • Imam al-Qurtubi
  • Imam Ibn Kathir
  • Syeikh Ibrahim bin Muhammad al-Hanafi dan lain-lain lagi.

Antara kaedah yang masyhur digunakan ialah:

الأَصْلُ فِي الْعِبَادَاتِ الْحَظَرُ أَوِ التَّوَقُّفُ

Maksudnya: “Asal pada ibadat adalah haram atau tawaqquf”

Maksud tawaqquf adalah terhenti kepada dalil. Jika terdapat dalil hukumnya dibolehkan. Sebaliknya jika tiada dalil, hukumnya adalah haram. Kaedah ini telah digunakan oleh ramai tokoh ulama’ antaranya :

  • al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari
  • Imam al-Zurqani dalam mensyarahkan kitab al-Muwatta’
  • Imam Ibn Muflih dalam al-Adab al-Syar’iyyah
  • Imam al-Syaukani dalam Nail al-Authar dan ramai lagi.

Antara tokoh ulama’ terdahulu yang memfatwakan ketidakharusan berzikir dalam keadaan menari ialah:

  • Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi ketika ditanya dalam isu ini beliau menyatakan:

“Sesungguhnya pelaku perbuatan ini bersalah, kehormatan dirinya jatuh. Orang-orang yang mengamalkan perbuatan ini secara berterusan kesaksiannya ditolak disisi syara’, perkataannya tidak diterima, rentetan daripada ini, tidak diterima periwayatannya dalam hadis Rasulullah SAW, tidak diterima juga kesaksiannya dalam melihat anak bulan Ramadhan, dan tidak diterima berita-berita agama yang dibawa.

Manakala keyakinan bahawa dirinya cinta pada Allah, sesungguhnya kecintaan dan ketaatan tersebut mungkin terjadi selain dari amalan ini, dan mungkin dia mempunyai hubungan dan amalan yang baik dengan Allah selain daripada situasi yang disebutkan ini. Sedangkan amalan ini merupakan satu maksiat dan permainan senda gurau, yang dikeji oleh Allah dan Rasul-Nya, dibenci pula oleh ahli ilmu dan mereka menamakan berbuatan ini sebagai bid’ah dan melarang dari berlakunya.

Tidak boleh bertaqarrub dengan Allah dengan melakukan maksiat kepada-Nya, tidak boleh juga ketaatan kepada Allah terjadi dengan melakukan larangan-Nya. Barangsiapa yang menjadikan wasilah kepada Allah dengan maksiat dia patut dipulau dan dijauhkan, dan barangsiapa menjadikan permainan dan persendaan sebagai agama, mereka adalah seperti orang yang berusaha menyebarkan kerosakan diatas muka bumi, dan orang-orang yang ingin sampai kepada Allah bukan dengan cara Rasulullah SAW dan sunnahnya, maka dia sangat jauh untuk mencapai apa yang diidamkannya”.

(Sebahagian fatwa yang mengutuk penggunaan seruling, tarian dan pendengaran muzik oleh Imam Ibnu Qudamah. Rujuk http://majles.alukah.net/t36981/)

  • Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abd al-Salam melalui kitabnya Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam 2/349-350 antara lain menyebut:

” …Manakala tarian dan tepukan : ianya adalah keringanan (akal) dan kebodohan menyerupai gerakan perempuan, tidak ada yang melakukan demikian itu kecuali orang yang cacat akalnya, atau berpura-pura lagi pembohong. Bagaimana dia boleh menari mengikuti dengan irama nyanyian daripada orang yang telah hilang jiwanya, dan telah tiada hatinya! Sedangkan Rasulullah SAW telah pun bersabda : (Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun yang selepasnya, kemudian yang selepasnya). 

Tidak pernah seorang pun yang boleh diikuti amalan mereka melakukan sebarang perbuatan demikian, sesungguhnya demikian itu hanyalah penguasaan syaitan ke atas suatu kaum yang menyangka lenggokan mereka ketika mendengar (nyanyian yang dianggap zikir) adalah bentuk pergantungan dengan Allah Azza wa Jalla.

Sesungguhnya mereka telah tertipu dengan apa yang mereka kata, dan menipu dalam apa yang mereka dakwa. Mereka mendakwa bahawa mereka mendapat dua kelazatan ketika mendengar apa yang didendangkan, Pertama. kelazatan ma’rifah dan keadaan bergantung pada Allah. Kedua, kelazatan suara, lenggokan nada, kata-kata yang tersusun yang membawa kepada kelazatan nafsu yang bukan dari agama dan tiada kaitan dengannya.

Tatkala makin besar dua kelazatan ini yang mereka rasa, mereka tersilap dan menyangka bahawa terkumpulnya kelazatan itu berlaku dengan ilmu ma’rifat dan keadaan. Akan tetapi tidak begitu, bahkan yang sering berlaku hanyalah kelazatan nafsu semata yang tiada kaitan dengan agama. 

Sebahagian ulama mengharamkan tepukan tangan, kerana hadis Rasulullah SAW (Sesungguhnya tepukan hanya untuk perempuan) dan Rasulullah melaknat perempuan yang menyerupai lelaki, begitu juga lelaki yang menyerupai perempuan. Barangsiapa yang merasai kehebatan Allah, dan menyedari kebesarannya, tidak dapat dibayangkan akan timbul dari dirinya tarian dan tepukan, dan tidak timbul tarian dan tepukan kecuali dari orang yang dungu lagi jahil, TETAPI tidak akan berlaku pada yang berakal dan mulia.

Bukti kejahilan pelaku kedua perbuatan ini ialah bahawasanya syari’at tidak mengajarkannya tidak dari Al-Quran, juga tidak dari Al-Sunnah, juga tidak dilakukan walau seorang dari nabi-nabi, dan tidak diendahkan oleh pengikut-pengikut para nabi, bahkan ianya hanya dilakukan oleh golongan jahil lagi bodoh yang terkeliru hakikat sesuatu dengan nafsu mereka. 

Sesungguhnya Allah telah berfirman: (“…Dan kami telah turunkan padamu sebuah kitab yang menerangkan segala perkara…). Ulama salaf terdahulu telah pergi, begitu juga dengan golongan terhormat dari golongan khalaf kemudian, tiada sebarang perkara yang mengelirukan mereka. Barangsiapa yang melakukan yang demikian, dan yakin bahawa itu merupakan suatu tujuan dirinya, demikian itu bukanlah suatu yang mendekatkan dirinya pada tuhannya, dan sekiranya dia meyakini bahawa demikian itu tidak dilakukan kecuali ingin bertaqarrub dengan Allah, sangat kejinya apa yang telah dilakukan, kerana dia menyangka perbuatan ini sebahagian dari ketaatan, sedangkan ianya hanya suatu bentuk kebodohan”

Kedua: HARUS

Mereka berhujahkan kepada umum ayat dan beberapa dalil daripada hadith antaranya firman Allah SWT:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ

Maksudnya: “…(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring…”

(Surah Ali Imran: 191)

Imam al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menyatakan bahawa sebagaimana yang diceritakan daripada Ibn Umar RA dan Urwah bin al-Zubair RA serta jamaah daripada sahabat RA, mereka telah keluar untuk menyambut hari raya di musolla dan berzikir kepada Allah. Tatkala dibacakan ayat di atas, mereka bangun berzikir dalam keadaan berdiri sebagai tabarruk muwaffiqh ayat tersebut.

Firman Allah SWT:

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ

Maksudnya: “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.”

(Surah Al-Nisa’: 103)

Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ al-Ahkam menyebut: Dalam ayat di atas, Allah menyatakan anak Adam melakukan urusan mereka dalam tiga keadaan. Ianya seolah-olah membataskan mengikuti masa.

Antara hadith yang digunakan oleh golongan yang mengharuskan adalah

Daripada Aisyah RA berkata:

جَاءَ حَبَشٌ يَزْفِنُونَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فِي الْمَسْجِدِ، فَدَعَانِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَوَضَعْتُ رَأْسِي عَلَى مَنْكِبِهِ، فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَى لَعِبِهِمْ، حَتَّى كُنْتُ أَنَا الَّتِي أَنْصَرِفُ عَنِ النَّظَرِ إِلَيْهِمْ

Maksudnya: “Telah datang orang Habsyah menari pada hari raya di masjid. Lalu Nabi SAW memanggilku dan aku meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda. Aku menonton tarian mereka sehingga aku mengalihkan pandanganku daripada mereka.”

Riwayat Muslim (892)

 

Daripada Saidina Ali RA berkata:

زرت النبي صلى الله عليه وسلم مع جعفر وزيد بن حارثة ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم لزيد : ( أنت مولاي ) فبدأ زيد يحجل ويقفز على رجل واحدة حول النبي صلى الله عليه وسلم ، ثم قال لجعفر : ( أما أنت فتشبهني في خَلقي وخُلقي ) فحجل جعفر كذلك ، ثم قال لي : ( أنت مني وأنا منك ) فحجل خلف جعفر

Maksudnya: “Aku telah menziarahi Nabi SAW bersama Ja’far dan Zaid bin Harithah. Maka bersabda Nabi SAW kepada Zaid: ‘Awak adalah bekas hambaku.” Zaid kemudiannya merasa amat suka dan menggerakkan badan kerana kegirangan atas sebelah kaki di hadapan Nabi SAW. Kemudian Nabi berkata kepada Ja’afar: ‘Awak pula sama sepertiku dari segi rupa bentuk dan akhlak.’ Maka Ja’far menggerakkan badan kerana kegirangan kemudian Rasulullah SAW berkata kepadaku pula: ‘Awak daripadaku dan aku daripadamu.’. Lantas Saidina Ali menggerakkan badan kerana kegirangan di belakang Ja’far.”  (HR Ahmad (2/213)

Al-Allamah al-Kattani menafsirkan perkataan (حجل) dengan menari dalam keadaan tertentu. Sama seperti pendapat Ibn Hajar al-Asqalani.

Selain itu, diriwayatkan oleh Abu Naim, daripada al-Fudhail bin ‘Iyadh RH berkata:

كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا ذكروا الله تعالى تمايلوا يمينا وشـمالا كما يتـمايل الشـجر في يوم الريح العاصف إلى إمام ثم إلى وراء.

Maksudnya: “Bahawa sahabat Rasulullah SAW ketika berzikir bergoyang-goyang ke kanan dan ke kiri seperti mana pokok bergoyang ditiup angin kencang ke hadapan kemudian ke belakang.” (al-Tartib al-Idariyah, Abd al-Hayy al-Kattani, 2/134)

Adapun pendapat ulama’ yang mengharuskannya pula antaranya ialah

  • Al-Allamah Ahmad Zaini Dahlan tatkala disebut hadith dan nas berkenaan dengan Ja’far, mengambil hukum bahawa Rasulullah tidak mengingkari perbuatannya dan atas dasar inilah ia dijadikan sumber hujah bagi golongan sufi menari ketika merasai keseronokan dalam majlis zikir.
  • Syeikh ‘Attiyyah Saqar dalam kitabnya yang terkenal Fatawa min Ahsanil Kalam menyebut:

وقد قال المحققون ان الكذر كأية عبادة لا يقبل الا اذا كان خالصا لوجه الله لا رياء فيه ولا سمعة

“Sungguh telah berkata oleh segala ulama’ Muhaqqiq akan bahawasa zikir itu seperti ayat ibadat, tak diterima melainkan apabila ia ialah bersih semata – mata kerana Zat Allah, tiada jenis riak padanya dan tiada sum’ah”.

وكذلك اذا صحب الذكر أصوات صاخبة أو حركات خاصة تذهب الخشوع كان عبادة ظاهرية جوفاء خالية من الروح ومثل ذلك اذا كانت المجالس تؤذي الغير كالمرضى المحتاجين الى الراحة أو المشتغلين بمذاكرة علم أو عبادة أخرى اهـــ

“Demikian itu juga apabila bersama zikir ini suara-suara yang bingit atau gerakan-gerakan yang tertentu yang menghilangkan akan khusyuk nescaya adalah ia ialah ibadat zahir serta sunyi daripada ruh ibadat, dan seumpama demikian itu ialah apabila majlis-majlis ini ialah menyakiti orang lain seperti orang-orang sakit yang mmerlukan rehat atau orang-orang yang sibuk dgn muzakarah ilmu atau ibadat yg lain”.

  • Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi menyatakan di dalam Majalah al-Tasawwuf al-Islami:

إذا لم تجد فيه نصاً فالأمر على الإباحة لأن النهى على التحريم افعل ولا تفعل فهو على مطلق الإباحة وإذا كان التمايل صناعيا كان نفاقا وإذا كان التمايل طبيعيا كان وجداً لا سيطرة للإنسان عليه والذكر راحة نفسية وعلى كل حال فالذاكرون وإن تمايلوا فهم خير من الذين يتمايلون فى حانات الرقص

“Apabila tak dijumpai satu nas pun pada masalah ini maka perkara ini adalah harus kerana larangan atas mengharamkan itu ialah sighah if’al dan la taf’al, maka ia semata – mata harus, dan apabila condong badan (bergerak) badan dibuat-buat nescaya adalah ia nifaq dan apabila condong tubuh itu dengan semulajadi, maka ia adalah rasa batin, tidak boleh dibuat-buat perasaan tersebut, dan zikir itu ialah kerehatan diri dan pada setiap kelakuan. Maka orang yang berzikir itu sekalipun bergerak badan mereka itu, lebih baik daripada mereka yang bergerak yakni bergerak – gerak mereka dalam tarian di kedai arak”.

TARJIH

Selepas meneliti beberapa hujah dari dua aliran yang mengharamkan dan yang membenarkannya, kami berpendapat:

  1. Pengharaman zikir dalam keadaan menari adalah lebih kuat kerana kaedah yang digunakan amat jelas.
  2. Hadith yang digunakan untuk mengharuskan zikir dalam keadaan menari lebih bersifat menggambarkan berita gembira yang diperolehi daripada Rasulullah SAW, bukannya mereka berzikir semasa itu. Ini adalah dua keadaan yang berbeza.
  3. Begitu juga perlakuan itu adalah hanya beberapa orang sahabat sahaja, bukan keseluruhan dan ia tidak ada kena mengena dengan zikir.
  4. Seterusnya mereka menggunakan perkataan tamayul yang memberi maksud menggoyangkan atau melenggokkan sedikit badan. Ia bukanlah seperti menari.
  5. Kami juga berpendapat, maksud gerakan yang diharuskan itu hanya gerakan yang kecil atau sedikit seperti kepala dihayun ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan sepertimana yang dilakukan oleh seseorang ketika asyik berzikir. Maka, ini tidak menjadi masalah dan dibolehkan.
  6. Hujah yang mengharuskan itu telah dijawab oleh ramai ulama seperti nas-nas yang dikemukakan lebih bersifat umum dan bukan dimaksudkan secara khusus berdasarkan wajah istidlal yang digunakan.
  7. Begitu juga kedudukan hadith seperti hadith Saidina Ali. Terdapat padanya dua illah.
  • Hani’ bin Hani’ dianggap jahalah dari segi halnya tau keadaannya.
  • Tadlis Ibn Ishaq al-Sabi’i.

Justeru hadith ini dianggap lemah oleh kebanyakan ulama’ hadith.

Fatwa Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abd al-Salam dan Ibn Qudamah al-Maqdisi begitu kukuh untuk menjadi penguat dan sandaran pengharaman zikir dalam keadaan menari.

 

Kenyataan JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan supaya orang Islam tidak meniru amalan berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menari kerana perbuatan itu disifatkan sebagai ajaran yang menyeleweng.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya telah mengeluarkan larangan tersebut dalam laman web e-fatwa menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-48 pada 3 April 2000.

“Beberapa tahun lalu budaya berzikir sambil menari ini tersebar di Malaysia dan ketika itu Jakim telah pun mengeluarkan larangan kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh atau mengikut cara tersebut.

“Bagaimanapun kejadian yang sama berlaku lagi, justeru Jakim menegaskan sekali lagi bahawa budaya berzikir sambil menari itu merupakan ajaran yang menyeleweng dan bertentangan dengan budaya ma­syarakat Islam di negara ini,” katanya.

 

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Dalam isu seperti ini, amatlah perlu kita memahami hakikat tasawwuf sebenar dan juga tareqat supaya apa yang kita amalkan benar-benar mengikut yang diredhai Allah SWT.

Syeikh Dahlan al-Qadiri dalam kitabnya Siraj al-Talibin telah menyebut bahawa hukum belajar tasawwuf adalah wajib aini bagi setiap mukallaf. Ini kerana sebagaimana wajib mengislahkan yang zahir, begitu juga wajib mengislahkan yang batin. Benarlah kata Imam Malik

Siapa yang bertasawwuf tanpa faqih dia mungkin membawa kafir zindiq.

Siapa yang mempelajajari feqah tanpa tasawwuf, dia boleh membawa fasiq.

Siapa yang menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia yang sebenarnya tahqiq.

Tatkala kita ingin mendekatkan diri kepada Allah samada melalui ilmu atau penghayatan amalan maka hendaklah ia benar-benar mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah.

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani pernah berkata dan mewasiatkan kepada anaknya: “Terbanglah kamu ketika kamu menuju kepada Allah dengan dua sayap iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul.” Hal ini amat penting kerana sehebat mana manusia sekalipun, jika rujukannya bukan lagi Kitabullah dan Sunnah Rasul maka mudahlah terbelit dengan godaan syaitan.

Justeru, amat wajar kita melakukan sesuatu benar-benar dengan kefahaman dan sebaliknya tanpa ilmu, seseorang itu mudah terpedaya dan tergelincir daripada hakikat Islam yang sebenar. Bacalah kitab-kitab tasawwuf seperti Minhaj al-Abidin oleh Imam al-Ghazali, Mukhtasar Minhaj al-Qasidin oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi dan lain-lain ulama sufi yang muktabar.

Sekali lagi kami tegaskan hukum zikir dalam bentuk tarian tidak dibolehkan sama sekali.  Walaubagaimanapun, jika bentuk goyangan sebahagian kepala atau badan dalam keadaan sedar, waras, tidak dibuat-buat, disamping menjaga adab tatasusila dan tidak berlebihan, maka adalah diharuskan.

Kami menjawab persoalan berkaitan tasawwuf ini begitu banyak melalui buku kami, A – Z Tentang Tasawwuf dan juga kitab Ahasin al-Kalim Syarah al-Hikam. Semoga dengan sedikit pencerahan ini menjadikan kita benar-benar memahami akan hakikat Islam yang sebenar untuk kita amali yang akhirnya menuju kepada Allah SWT mengikut yang diredhai-Nya. Semoga kita semua menjadi hamba-hamba-Nya yang bernaung di bawah kehidupan Islam yang sebenar dan merasai kemanisan dalam hati ketika beramal. Amin.

PENUTUP

Alhamdulillah, selesailah sudah Bayan Linnas Siri ke-17 berkenaan dengan hukum zikir dalam keadaan menari. Dengan menekuni kedua-dua pendapat dan hujah, alangkah baik kita melandasi bahtera kehidupan kita terutamanya pengamalan ibadat ‘ala basirah dan mengikut hadyun nabawi kerana sudah barang tentu mendapat keselamatan di dunia dan akhirat. Pada saat yang sama juga hendaklah kita melazimi dan membanyakkan zikir sebagaimana galakan Islam itu sendiri melalui nas al-Qur’an dan hadith supaya kita berzikir dengan sebanyak-banyaknya.

Syariat Islam tidak menyebut secara jelas dan terang tentang kebolehan tarian ketika berzikir, baik dalam al-Qur’ann mahupun Hadith. Hal itu juga belum pernah dilakukan oleh mana-mana Rasul dan Nabi pun dan begitu juga mereka yang mengikut jejak langkah Rasulullah di kalangan sahabat. Atas asas inilah alangkah baiknya kita berpada dengan berzikir bersungguh-sungguh sepertimana yang dilakukan di kalangan khalayak masyarakat kita ketika ini dengan menjaga adab dan tatasusilanya.

Tarian zikir yang dilakukan oleh sebahagian manusia penuh dengan keadaan yang kurang baik. Sementelahan lagi, ia membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) kepada penganut agama lain atau wanita dan kanak-kanak yang kecil begitu juga mencampur adukkan antara maksiat dan ibadat. Lebih dibimbangi lagi, sudah ada unsur muzik yang dimasukkan sama yang banyak melalaikan hati ketika berzikir.

Akhir kalam, saya berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah menunjukkan kita kepada jalan keredhaan-Nya dan selamat daripada sebarang maksiat. Amin.

Akhukum Fillah,

DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD  AL-BAKRI

Muft Wilayah Persekutuan.

19 April 2015 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1436H

Kartosuwiryo Pahlawan Indonesia

Kartosuwiryo Pahlawan Indonesia

‎”Sejarawan istana” adalah sejarawan yang mengkampanyeukan suara dan rekayasa penguasa terhadap sejarah. Banyak orang menjadi korban informasi sejarah sejarawan istana ini. Diantaranya adalah misteri sejarah Kartosuwiryo. Pandangan masyarakat Indonesia ttg Kartosuwiryo umumnya buruk. Kesaksian ini perlu dibaca!!

_________________________

Kartosuwiryo Dinilai Pahlawan Indonesia yang Telah Digembosi Sejarah

 

Hidayatullah.com–Kejadian menarik ternjadi saat diskusi “Hari-hari terakhir Kartosoewirjo” di TIM, Jalan Cikini Raya, Jakarta Pusat, Rabu (05/09/2012). Kala itu, pengamat sejarah Dr Muhammad Iskandar, mengatakan bila tentara DI/TII Kartosoewirjo diklaim tidak berakhlak dan berperilaku kurang Islami. Menurut Muhammad Iskandar banyak perilaku tentara Kartosoewirjo yang jauh dari akhlak Islam. Mulai dari berperilaku arogan kepada masyarakat hingga membuat air kencing disembarang tempat.

Menurut Muhammad Iskandar, tentara Kartosoewirjo dinilai bertindak sangat kejam. “Saya sebagai salah satu penduduk desa saat itu melihat mereka berlaku arogan bahkan sampai ada kiai-kiai yang sering ditodong dan buang air (besar) di sungai,” jelas pakar sejarah dari Universitas Indonesia ini.

Namun pendapat Dr Muhammad Iskandar ini langsung dibantah seorang peserta seminar bernama Yayan. Yayan yang sengaja datang jauh dari Tasikmalaya Jawa Barat menghadiri acara seminar ini karena ia adalah seorang anggota DI/TII. Secara gamblang ia bahkan mengakui bahwa keluarga besarnya adalah keturunan DI/TII.

Dalam bantahannya, Yayan bercerita bahwa perilaku tentara Kartosoewirjo yang disebut Iskandar sesungguhnya bagian dari operasi inteligen.

Menurut Yayan, Suparjo-lah yang menyusupkan banyak orang PKI kedalam tubuh DI/TII. Sejak dari situlah terbangun image penghalalan segala cara. DI/TII pecah menjadi dua di tanah Jawa. DI/TII Kartosoewirjo dan DI/TII dari operasi inteligen Suparjo. Perilaku yang dikatakan bahwa tentara DI/TII tidak berakhlak sebenarnya bukanlah tentara Kartosoewirjo. Semua itu adalah perilaku para penyusup agen Suparjo yang mengaku-ngaku anggota DI/TII.

Menurut Yaya, TNI secara sengaja mengirimkan Danrem Suparjo. Suparjo sendiri orang TNI yang merupakan kader PKI, ia juga terlibat dalam pemberontakan PKI di Indonesia, jelas Yayan.

“Semua itu dilakukan untuk membangun citra buruk mengenai Kartosoewirjo,” tambah Yayan yang sebelumnya juga memaparkan fakta ini di depan peserta seminar.

Penggembosan terhadap Kartosoewirjo itu sendiri dibenarkan oleh Wibisono. Wibisono adalah seorang yang telah bekerja selama 32 tahun pada Badan Inteligen Negara (BIN). Menurut Wibisono, sosok Kartosoewirjo adalah seorang pahlawan Indonesia. Kepentingan Kartosoewirjo mendirikan Negara Islam Indonesia (NII) adalah aset dari sejarah Indonesia.

Menurut Wibisono, kala itu negara Indonesia sedang lemah. Indonesia barat, tengah dan timur sedang carut marut. Padahal kondisi Belanda saat itu sedang terdesak. Untuk menjaga beberapa kekuatan teritorial dibeberapa titik vital di Indonesia.

Perjanjian Linggarjati, menurut Wibisono membuat daerah Indonesia hanya tersisa Jawa, Madura dan Sumatera. Sedangkan Perjanjian Renville telah membuat teritorial Indonesia di pulau Jawa hanya sebatas Jogyakarta. Untuk menjaga sisa teritorial Indonesia, maka pemerintah Indonesia berpikir untuk mengirim Lukas Kustario untuk menjaga daerah utara. Sedangkan daerah selatan justru dimandatkan ke Kartosoewirjo oleh pemerintah.

Karenanya, cukup aneh bagi Wibisono, tiba-tiba Kartosoewirjo yang banyak jasa distigmakan seorang yang kurang baik oleh sejarah.

“Hati-hati dalam menjelaskan sejarah, seperti Kahar Muzakar, Daud Beureuh hingga Kartosoewirjo semua itu aslinya pejuang (kemerdekaan) semua,” jelas Wibisono di depan forum seminar secara gamblang terbuka.

Bagi Yayan dan Wibisono, pencitraan buruk yang dibangun terhadap Kartosoewirjo adalah fitnah sejarah yang harus diluruskan.

Sarjono Kartosoewirjo, anak terbungsu Kartosoewirjo juga menguatkan pendapat-pendapat tersebut. Menurutnya, seharusnya orang-orang TNI jangan menyebarkan sejarah sepihak. Sejarah juga harus mengizinkan pihak keluarga Kartosoewirjo dan keturunan DI/TII untuk menjelaskan sudut pandang mereka. Terlebih mereka adalah bagian dari pelaku sejarah tersebut. Mereka tidak menulis dalam kepalsuan apalagi dari sebuah tulisan contekan,ujarnya.*

_____________________

Foto-foto Terakhir Kartosuwiryo yang Baru diungkap oleh Fadhli Zon

Oemar Said Tjokroaminoto, Soekarno, Semeon dan SMK

Oemar Said Tjokroaminoto

R.H. Oemar Said Cokroaminoto
Cokroaminoto 1.jpg

Hadji Oemar Said Tjokroaminoto
(sumber: foto-foto.com)
Lahir 16 Agustus 1882
Ponorogo, Jawa Timur
Meninggal 17 Desember 1934 (umur 52)
Yogyakarta, Indonesia
Pekerjaan Guru Sukarno
Agama Islam
Pasangan Suharsikin
Anak Siti Oetari
Harsono Tjokroaminoto
Kerabat Sukarno (murid dan mantan menantu)
R.M. Tjokroamiseno (ayah)
Warok R.M. Adipati Tjokronegoro (kakek)
Sekarmadji Maridjan Kartosoewirjo (murid)
Musso (murid)
Maia Estianty (cucu jauh)

 

Raden Hadji Oemar Said Tjokroaminoto (lahir di Tegalsari, Ponorogo, Jawa Timur, 16 Agustus 1882 – meninggal di Yogyakarta, Indonesia, 17 Desember 1934 pada umur 52 tahun) bernama lengkap Raden Hadji Oemar Said Tjokroaminoto, pahlawan nasional sekarang lebih dikenal dengan nama H.O.S Cokroaminoto, merupakan seorang pemimpin salah satu organisasi  yaitu Sarekat Islam (SI). Ia kemudian meninggal pada umur 52 tahun yaitu tanggal 17 Desember 1934 di Yogyakarta.[1][2][3]

Kehidupan pribadi

Tjokroaminoto adalah anak kedua dari 12 bersaudara dari ayah bernama R.M. Tjokroamiseno, salah seorang pejabat pemerintahan pada saat itu. Kakeknya, R.M. Adipati Tjokronegoro, pernah juga menjabat sebagai Bupati Ponorogo.

Pada bulan Mei 1912, HOS Tjokroaminoto mendirikan organisasi Sarekat Islam yang sebelumnya dikenal Serikat Dagang Islam dan beliau terpilih menjadi ketua.

De Ongekroonde van Java atau “Raja Jawa Tanpa Mahkota” bernama Tjokroaminoto adalah salah satu pelopor pergerakan di Indonesia dan sebagai guru para pemimpin-pemimpin besar di Indonesia. Berangkat dari pemikiran beliaulah yang melahirkan berbagai macam ideologi bangsa Indonesia pada saat itu. Rumah beliau sempat dijadikan rumah sewa tempat para pemimpin besar Indonesia menimbah ilmu daripadanya, yaitu Semaoen, Alimin, Muso, Soekarno, dan Kartosuwiryo. Bahkan Tan Malaka juga pernah berguru padanya.

Ia adalah orang yang pertama kali menolak untuk tunduk pada Belanda. Setelah ia meninggal, lahirlah warna-warni pergerakan Indonesia yang dibangun oleh murid-muridnya. Kaum sosialis/komunis dianut oleh Semaoen, Muso, dan Alimin.  Soekarno membangun fahaman nasionalis, dan Kartosuwiryo meneruskan perjuangan berdasarkan Islam merangkap sebagai sekretaris pribadi.

Malangnya, ketiga-tiga murid HOSC itu saling berselisih menurut paham masing-masing. Pengaruh kekuatan politik pada saat itu memungkinkan para pemimpin yang asalnya sekawan itu saling bermusuhan hingga terjadi Pemberontakan Madiun 1948 oleh Partai Komunis Indonesia pimpinan Muso kerana memproklamasikan “Republik Soviet Indonesia”. Dengan terpaksa presiden Soekarno mengirimkan pasukan elite TNI iaitu Divisi Siliwangi lalu mengakibatkan Muso selaku “abang sapaan” Soekarno itu tertembak mati 31 Oktober.

Kemudian pertembungan terhadap Soekarno dikatakan berlanjutan melalui pemberontakan oleh Tentera Negara Islam Indonesia(TNII) yang dipimpin oleh teman seperguruannya dengan HOSC, iaitu Sekarmaji Maridjan Kartosuwiryo. Ada riwayat yang mengatakan pemberontakan TNII itu sengaja dianjurkan secara palsu oleh Soekarno. Ahirnya Soekarno menjatuhkan hukuman mati kepada Kartosuwiryo, kawan seperguruannya sendiri pada 12 September 1962.

 

Salah satu trilogi darinya yang termasyhur adalah Setinggi-tinggi ilmu, semurni-murni tauhid, sepintar-pintar siasat. Ini menggambarkan suasana perjuangan Indonesia pada masanya yang memerlukan tiga kemampuan pada seorang pejuang kemerdekaan. Dari berbagai muridnya yang paling ia sukai adalah Soekarno hingga ia menikahkan Soekarno dengan anaknya yakni Siti Oetari, istri pertama Soekarno. Pesannya kepada Para murid-muridnya ialah “Jika kalian ingin menjadi Pemimpin besar, menulislah seperti wartawan dan bicaralah seperti orator“. Perkataan ini membius murid-muridnya hingga membuat Soekarno setiap malam berteriak belajar pidato hingga membuat kawannya, Muso, Alimin, Kartosuwiryo, Darsono, dan yang lainnya terbangung dan tertawa menyaksikannya.

Tjokro meninggal di Yogyakarta, Indonesia, 17 Desember 1934 pada umur 52 tahun. Ia dimakamkan di TMP Pekuncen, Yogyakarta, setelah jatuh sakit sehabis mengikuti Kongres SI di Banjarmasin.

 

SUMBER: Dari Wikipedia bahasa Indonesia, blog INSPIRASI dan lain-lain

KANAK-KANAK PEREMPUAN 5 TAHUN DAN 9 BULAN DIROGOL

ADMIN – Baitus Solehah

KANAK-KANAK 5 TAHUN DIROGOL BAPA TIRI
Ketika saya menjaga anak sakit di wad peadratik, 12 tahun yang lalu, pesakit katil sebelah anak saya adalah adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun.

Dirogol oleh bapa tiri berusia 22 tahun. Ibu kanak-kanak ini berusia 24 tahun, bermakna dia melahirkan anaknya itu ketika berusia 17 tahun.

Pakar gynecology telah mengesahkan berlaku terjahan pada selaput dara kanak-kanak perempuan itu secara paksaan.

BAYI 9 BULAN DIROGOL DI RUMAH PENGASUH

Satu kes lagi seorang bayi perempuan berusia 9 bulan. Selepas mengambil bayinya petang itu dari rumah pengasuh, bayi itu nampak gelisah dan menangis sahaja.

Apabila menukar lampin, didapati terdapat darah. Terus ibu bawa bayinya ke hospital. Pakar gyne mendapati, selaput dara bayi itu telah terterjah dengan ganas. Darah yang keluar adalah dari terjahan ganas dan selaput dara yang terkoyak secara paksa.

Betapa tidak selamatnya, anak perempuan , bayi perempuan pada zaman ini. Wajar kita curiga dengan semua orang demi keselamatan anak kita.

Nak bertakawal mesti ada usaha, tak boleh berserah begitu sahaja.

Jadi kisah dibawah ini saya langsung tak heran berlaku pada zaman ini.

SEJARAH HITAM ZAMAN MAHATHIR PERDANA MENTERI, SIAPA BOLEH LUPA?

dr-mahathir-dan-najib-razak-630x380Media Shah Alam     Saturday, April 11, 2015

Jika ditanya orang gila, apakah dia gila? Jawapan yang akan diberi sudah tentu tidak lain tidak bukan kamulah yang gila.

Jika ditanya kepada orang yang berak diatas jalan sudah pasti tidak ada pengakuan dibuat, begitulah juga mantan perdana menteri Malaysia yang kini bukan main lagi menghentam perdana menteri Datuk Seri Najib kerana sesuatu yang dihajati tidak tercapai.

Mengkritik Najib sesedap mungkin dengan dibantu oleh beberapa kereta kebal buruk,Mahathir terlupa semasa beliau masih sebagai perdana menteri banyak sejarah hitam berlaku antaranya  peristiwa Memali dan juga kematian seorang juruaudit yang ada kaitan dengan isu skandal Bumiputera Malaysia Finance(BMF)  Jalil Ibrahim yang dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong. Dikala itu tidak pula mantan sebelum beliau membangkitkan soalan siapa arah bunuh bahkan lenyap begitu sahaja kisah tersebut.

Manakala bekas pengerusi BMF Lorrain Esma Osman dari Pulau Pinang yang meninggal dunia dalam buangan di Landon pula dikatakan sehingga masuk kubur membawa rahsia Mahathir.

Berlakunya peristiwa berdarah Memali juga menjadikan anak beranak Ibrahim Libya dan keturunanya juga keturunan pengikutnya sehingga hari ini membenci Barisan Nasional terutamanya Umno. Yang menjadi kambing hitam adalah Musa Hitam kononnya Tun tiada dalam negara. Fakta ini didedahkan oleh Musa Hitam sendiri dan tak berjawab oleh Tun Mahathir diwaktu itu beliau berada dalam negara. Inilah tindakan licik Tun Mahathir, segala masalah dibiarkan orang lain memikulnya dan beliau kekal sebagai orang yang bersih.

Musa Hitam mendedahkan,semasa berlaku peristiwa berdarah di Memali bahawa Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Jika Mahathir dan kuncu-kuncunya mahu Najib jawab masalah berkaitan 1MDB, Mahathir juga perlu jawab beberapa permasalahan yang timbul mengenai kematian Jalil Ibrahim, Juruaudit yang menyiasat skandal BMF. Arwah ditembak mati dan dalam poket beliau mengandungi duit siling Malaysia manakala dokumen lain tidak dijumpai.

Tun Musa telah bangkitkan sebelum ini bahawa Tun Mahatir membiarkan beliau dengan beban memikul segala kesalahan tersebut. Tun Mahatir juga perlu akui bahawa hubungan amat rapat beliau dengan Abdullah Ang yang mengetuai MOIC. Banduan ini mendapat layanan istimewa dan bebas keluar masuk walaupun sedang menjalani hukuman penjara akibat pecah amanah. Kenapa beliau diamkan tingkahlaku ini biarpun didedahkan oleh Zainuddin Maidin.  .

Ramai lagi yang tidak nyanyuk ingat kepada UMBC yang ada kaitan dengan skandal BMF yang mana Mahathir tahu sejarah ini, Lorrain Esme Osman pula membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran  sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian dan pada masa itu seluruh dunia tahu siapa perdana menteri Malaysia.

RM 2.5billion pada waktu itu  jumlahnya  amat  besar bagaimana boleh diambil dengan begitu mudah tanpa pengetahuan pemimpin yang dinobat sebagai seorang yang bijak dan pintar malah tidak pernah mengaku nyanyuk.

Semasa skandal 2.5 billion sedang hangat dibual oleh rakyat Malaysia, rata-rata mengatakan mustahil boleh berlaku tanpa pengelibatan pemimpin tinggi negara, cuma tiada bukti untuk dituju kepada sesiapa disebabkan pada waktu itu beliau mengawal media dengan ketat.

Rakyat takut berkata-kata dan membuat tuduhan secara terbuka. Operasi Lalang dan berpuluh lagi operasi untuk menutup mulut pengkritik beliau. Hari ini dengan dunia tanpa sempadan dan beliau tanpa rasa bersalah amat mudah menuduh kononnya berlaku  penyelewengan dalam urusan  1MDB. Beliau membuat tuduhan kepada Najib dengan tanpa menunggu laporan Ketua Audit Negara.
Tak cukup dengan itu dikaitkan juga anak tiri Najib bagi mengambarkan peribadi Najib amat buruk dan tidak boleh dipercayai.

Dikala Negara dihormati dan diberi pengiktirafan oleh banyak negara dunia beliau seolah memperkecilkan orang yang beliau sendiri pilih untuk memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri. Jika Najib begitu teruk maka orang yang memilih mungkin telah nyanyuk atau buta.

Biarpun 1MDB mencatat keuntungan pada 2010 sebanyak 424 juta, 2011 sebanyak 544 juta, 2012 sebanyak 44 juta, 2013 sebanyak 778 juta dan hanya rugi sekali sejak ditubuhkan iaitu pada 2014 sebanyak 665 juta.

Namun keburukan 1MDB juga yang dicari, antara sebabnya kerana Najib perdana menteri yang tidak lagi mahu mengikuti kehendak mereka. Akhir akhir ini banyak perjanjian konsesi zaman Tun Mahathir seperti IPP, Kontrak lebuhraya telah disemak semula dan diambil alih oleh 1MDB. Ianya menyekat laba keuntungan yang merugikan rakyat dan menguntungkan kroni beliau. Bayangkan jika Mahathir masih perdana menteri sudah pasti kembang hidung para kuncu-kuncunya mempertahankan beliau.

Ramai para pembenci Najib mintak diperjelaskan apa yang berlaku dalam 1MDB, Najib bukan tidak mahu memberi penjelasan dan jawapan,sebaliknya masih menunggu siasatan daripada audit forensik. Biarlah pihak Audit menjalankan tugas mereka tanpa gangguan dan membentangkan laporan mereka kepada Parlimen terlebih dahulu. Najib bukan Mahathir yang akan mengawal segalanya bagi menyelamatkan tengkuk sendiri.

sumbber asal-http://kakipalu.blogspot.com/2015/04/sejarah-hitam-zaman-mahathir-perdana.html

WANITA DAN PENGARUHNYA TERHADAP LELAKI – DR MAZA

DR_mohd_ASRI_mufti_perlis-030215-TMI-AFIFUmat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruhi yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.

Muslihat Wanita

Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslihat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya.

Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf: “Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. (Surah Yusuf: 28).

Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).

Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.

Nabi s.a.w pernah bersabda: “Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabda baginda juga: “Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).

Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya.

Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat. Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.

Perhiasan Terindah

Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki.

Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda: “Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).

Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya.

Sabda Nabi s.a.w: “Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan).

Sabda Nabi s.a.w juga: “Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan).

Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

Bekas menteri: Biar Dr M, Anwar, Ku Li guling Najib

4:00PM – 17 Apr 2015

Bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad berbaik semula dan bekerjasama dengan para seterunya bagi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zaid mencadangkan demikian dalam tulisannya berhubung pertemuan di antara Mahathir dan orang kepercayaan Anwar, Azmin Ali yang didakwa berlangsung bulan lalu.

“Adakah ini pemulaan bagi satu pertemuan paling penting di antara Dr Mahathir dan Anwar?

“Semua orang menunggu ia berlaku – apatah lagi, kedua-dua personaliti itu membentuk politik Malaysia sejak 30 tahun lalu.

“Mungkin merekalah gandingan yang dapat menyatukan negara ini dan membawanya keluar dari kekusutan sekarang,” katanya.

Tambahnya, kemunculan Mahathir di majlis pengebumian allahyarham bapa Anwar awal bulan ini juga menunjukkan bahawa hubungan kedua-duanya semakin baik.

Trio Anwar, Mahathir, Ku Li

Dalam tulisan di blog zaid.my itu, beliau seterusnya berkata, usaha kedua-dua tokoh itu “untuk menyelamatkan Malaysia” dapat diperkuatkan lagi jika disertai oleh seorang lagi veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Pemerintahan mereka bertiga akan memastikan kerajaan Najib dalam dilupuskan dengan pantas,” katanya lagi.

Katanya, gandingan Mahathir dan Anwar yang dibentuk pada pada 1989 itu kini dapat dijayakan.

“Kini mereka berpeluang menjayakannya, mungkin dengan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri sementara untuk tiga tahun, sementara menunggu pilihan raya umum akan datang.

“Kemudian, Anwar boleh mengambil alih dengan rancangannya untuk negara ini,” katanya lagi yang turut mempromosi agar orang ramai menyertai perhimpunan besar 1 Mei bagi “menunjukkan jalan keluar bagi Najib”.

Beliau yakin, gabungan blok pembangkang dan BN akan dapat menggulingkan Najib.

Bagi mencapai tujuan itu, Mahathir dan Anwar bagaimanapun perlu mengubah sikap ke atas satu sama lain, katanya.

Mahathir perlu memadamkan rasa benci pada Anwar, dan begitu juga sebaliknya, kata peguam itu lagi.

Rumah Asnaf & Anak Yatim | Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak | Kajian Pembangunan Tamadun Islam Moden