image_pdf

Hudud tidak sesuai untuk negara kita, kata Tan Sri Musa Hitam

Hudud: Tidak Sesuai – Musa Hitam

Published on Sunday, 22 March 2015 20:37

Tan Sri Musa Hitam. Foto: www.malaysia-chronicle.com

Tan Sri Musa Hitam. Foto: www.malaysia-chronicle.com

PETALING JAYA: Hudud tidak sesuai untuk negara kita, kata Tan Sri Musa Hitam.

Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai bekas pemimpin UMNO, beliau percaya sejak penubuhan lagi sehingga hari ini, pendirian UMNO jelas bahawa Hudud tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang kaum, berbilang agama seperti Malaysia.

“Dari awal lagi, saya secara peribadi berpendapat bahawa Hudud tidak sesuai untuk negara kita,” kata Musa dalam satu kenyataannya, Sabtu.

Sehubungan itu, tambah beliau, UMNO perlu mengambil pendirian tegas mengenai pelaksanaan Hudud di Kelantan.

“Isu tersebut mempunyai implikasi yang sangat panjang untuk negara ini, kedua-dua di dalam dan di peringkat antarabangsa,” katanya yang kini berada di Cordoba, Sepanyol menyertai sesi meja bulat Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF).

Beliau juga berkata bahawa pihak pembangkang tidak seharusnya berpura-pura seperti mereka tidak tahu apa-apa.

Musa menyatakan bahawa rakyat tidak perlu terkejut dengan rang undang-undang Hudud PAS, kerana mereka telah memperjuangkan sejak sekian lama.

“Jika saya salah mengenainya, maka UMNO perlu menyatakan pendirian mereka secepat mungkin. Isu ini adalah penting dan tidak boleh diketepikan, “katanya lagi.

Sementara itu dalam perkembangan serupa, Sinar Harian melaporkan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menjelaskan kenyataannya sebelum ini, bahawa tiada keperluan untuk kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang Hudud di negeri itu pada masa ini.

“Saya tidak menolak Hudud atau menolak hukum ALLAH,” kata beliau sambil menyambung bahawa Kerajaan PAS Kelantan sepatutnya memfokus perkara lain yang lebih penting daripada memberi keutamaan kepada soal pelaksanaan Hudud di negeri berkenaan.

Beliau berkata, PAS nampaknya lebih mendahulukan hukuman itu daripada memberi keutamaan kepada perkara lain. Mereka sepatutnya menumpukan usaha membangunkan Islam dan bukannya menghukum orang Islam.

“Bukan saya menolak Hudud apatah lagi menolak hukum ALLAH, tapi setakat ini saya rasa negara kita sudah maju sejak berpuluh tahun kebelakangan ini dan tiada rakyat yang tercicir tidak kira beragama Islam,” katanya kepada pemberita, Sabtu.

Nur Jazlan berkata, kerajaan Pas Kelantan sepatutnya lebih memberi keutamaan kepada soal membantu rakyat di negeri itu yang terjejas teruk akibat banjir hujung tahun lalu.

Terdahulu, Dun Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.

Dilaporkan kesemua 44 ahli dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan termasuk 12 Adun BN.

 

 

 

 
-FMT

Kufurkah apabila pertikai hudud PAS, soal bapa wartawan BFM

Profesor Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi mempertahankan yang anaknya tidak mempertikaikan undang-undang Tuhan, tetapi undang-undang yang digubal PAS dan akan dikuatkuasakan parti Islam itu. – Gambar Facebook, 22 Mac, 2015.Profesor Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi mempertahankan yang anaknya tidak mempertikaikan undang-undang Tuhan, tetapi undang-undang yang digubal PAS dan akan dikuatkuasakan parti Islam itu. – Gambar Facebook, 22 Mac, 2015.Bapa kepada wartawan BFM, Aisyah Tajuddin, menyangkal dakwaan anaknya bersalah melakukan kekufuran menerusi klip video yang menyoal pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, susulan kenyataan polis yang beliau akan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Profesor Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi berkata, anaknya bukan mempertikaikan undang-undang Tuhan, tetapi undang-undang yang digubal PAS dan akan dikuatkuasakan parti Islam itu.

“Kelakar pula apabila mereka boleh menyiasatnya atas tuduhan melakukan kekufuran apabila hudud yang diulasnya adalah hudud sepertimana ditafsirkan oleh PAS,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ditemui pada satu forum berkenaan kebebasan beragama, Tajuddin berkata beliau sepatutnya bertindak tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.

“Saya sangka polis dan pihak berkuasa tidak memihak mana-mana parti. Tetapi, sebaliknya mereka bertindak berdasarkan tafsiran satu parti politik mengenai hudud,” katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar terdahulu hari ini dilaporkan berkata, polis akan memanggil penerbit stesen radio perniagaan itu dan Aisyah atas dakwaan melakukan kesalahan atas alasan agama mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis menerima sekurang-kurangnya 5 laporan selepas klip video itu diterbitkan pada Khamis, daripada pengadu yang merasakan ia mempermainkan kepercayaan agama.

Beliau juga memberi jaminan yang polis pada masa sama sedang mengesan mereka yang mengancam Aisyah dengan rogol dan bunuh.

Stesen radio itu sejak Jumaat menarik balik klip video itu, yang merupakan kerjasama antara BFM Media dan Projek Dialog di laman YouTube BFM Kupas, dan menerima sekurang-kurangnya 6,000 pandangan dan beratus-ratus komen menghina Aisyah.

Tajuddin berkata hari ini, jika polis mendakwa anaknya melakukan kekufuran, sesuatu yang “tidak masuk akal” apabila pengkritik hudud PAS lain, seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengarah Islamic Renaissance Front Dr Farouk Musa, tidak dikenakan tuduhan yang sama.

Tajuddin berkata Dr Mahathir sebelum ini mengatakan hudud PAS tidak adil kerana ia mewujudkan dua set undang-undang untuk jenayah yang sama, manakala Farouk terang-terangan menolak tafsiran PAS mengenai undang-undang itu.

“Saya sudah tentu tidak melihat apa yang Dr Mahathir atau Farouk katakan itu sebagai menghina. Tetapi jika apa yang Aisyah katakan dianggap satu kekufuran, kenapa apa yang mereka katakan tidak dianggap satu kekufuran juga?

“Jika anda mendakwa perempuan saya, saya rasa tidak masuk akal kalau Dr Mahathir juga tidak kena.”

Katanya, tidak seperti Dr Mahathir dan Farouk, Aisyah tidak pun mengkritik undang-undang itu, tetapi semata-mata mempersoalkan masa penguatkuasaannya dan keutamaan kerajaan Kelantan.

Ditanya sama ada beliau percaya Aisyah sepatutnya boleh mempersembahkan video itu dengan cara yang berbeza, Tajuddin menjawab anaknya melakukannya sama seperti semangat asal video itu.

“Itulah gaya Kupas – hebat dan mengesankan, provokatif dan bersifat sindiran. Dia diberi skrip dan dia melakukannya seperti yang dikehendaki. Dia sebenarnya hanya menggantikan pengacara asal.

“Dan mereka yang tersinggung dengan gayanya sebenarnya bukan penonton tetap Kupas, mereka tidak faham falsafahnya, yang ia satu satira,” kata Tajuddin.

Tetapi, beliau berkata, anaknya masih trauma disebabkan ancaman bunuh yang diterimanya, dan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil cuti.

“Saya tidak fikir dia akan buat video lagi untuk BFM pada masa akan datang. Mungkin BFM boleh tawarkan dia kerja lain. Tetapi, pastinya, pilihan terletak di tangannya,” katanya. – 22 Mac, 2015.

 

 

  • Hukum Islam takde satira. Siapa yang mempermainkan agama termasuk dalam golongan dimurkai Allah.

    • Saya bersetuju dengan tuan 100%.

    • Kalau Allah murka terhadap Aisyah, biar Allah yang menghukumnya… Tak perlu nyamuk-nyamuk mempertikaikan isu ini… Siapa lagi Agung.. Allah atau manusia…

  • Mempertikai Hukum Allah memang kufur and kafir! PAS tidak mempunyai keupayaan untuk ‘mereka cipta’ undang-undang Islam sendiri.

    Boleh orang tua kurang ajar membuktikan bahawa bil yang baru dibentang, dibahas dan diluluskan oleh undang-undang Negeri Kelantan baru-baru ini berlawanan dengan undang-undang Islam yang sebenar? Malah orang tua ni tahu ke apa dia undang2 Islam yang sebenar? dah lah anak mulut celupar, tutup aurat pun tak.
    Cermin diri sendiri sebelum nak berlagak pakar dalam undang2 Islam. Phd awak tu pun lansung tak berkaitan dengan pengajian Sharia’h!

  • Saudara abdul… tlg jgn sebut kristian.. jg sensitiviti ugama lain kalu saudara mahu ugama lain menghormati ugama saudara. Ada ayat yg lbh indah @ lbh murni (non muslim) sptmna yg disebutkn oleh saudara leo koo.. sy sokong n sependapat dgn anda saudara leo koo.

    • Kamu mahu saya menjaga sensitiviti agama lain sedangkan orang kafir sibuk menghina dan menyerang Islam and orang Islam di negara ini dalam pelbagai website termasuk TMI ini!

      Mengapa orang Kristian mencuri nama ‘Allah’ dari Al-Quran dan dimasukkan kedalam Bible untuk mengelirukan orang Melayu sedangkan nama Allah tidak terdapat dalam Bible bahasa Aramaic, Greek, Bahasa Inggeris dll? Bible Arab hanya ditulis selepas zaman Nabi Muhammad maka pihak Kristianlah yang menciplak nama Allah. Ini bererti orang Kristian telah melakukan kesalahan yang amat teruk ke atas orang Islam dan agama Islam dan sepatutnya orang Kristian mohon maaf kepada orang Islam.

      Inilah contoh pemikiran songsang orang kafir seperti kamu!

  • Kalau awak katakan hudud itu hudud PAS – apakah kamu boleh berikan hudud yang

  • Saya telah melihat video anak dr yang telah dimuat naik sebaik DUN Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II pada 8 Mac lalu! Pada saya, jika dr membuang ego serta bertindak berpandukan pedoman rasul junjungan (“hatta, jika fatimah anakku yang mencuri nescaya akan kupotong tangannya”), tentu menginsafi tindakan aisyah dan secara sedar akan mengakui bahawa aisyah telah cross the line; yang mengundang cemuhan, ugutan dll. Cuba dr jawap seikhlasnya; apakah aisyah akan dikutuk seteruk itu jika dia tidak bercakap begitu, tentunya tidak bukan? Ingat, tindakan dr memperlekehkan bangsa sendiri kononnya melayu-islam begitulah sifatnya, adalah keterlaluan. Akuilah dr bahawa tak siapapun, jika agama mreka dipertikaikan pasti ada pembelaan mungkin lebih dahsyat lagi! Seorang yg bertaraf prof adalah naif jika tidak dapat menduga tindak balas sedemikian…kefahaman berbeda di kalangan penganut tentunya mengundang tindak balas berlainan; ekstrem-ganas dan sederhana…tidak terkecuali dlm kes aisyah. Hujah dr yang mengatakan aisyah hanya mempertikaikan hudud Pas, bukan hudud Allah sukar diterima kerana apapun naratifnya ia tetap menyentuh hak Khaliq. Apa lagi, bila disatirakan pula! Janganlah hendaknya setelah riuh seantero dunia, dr pertikaikan pula mereka yang pernah mempertikaikan enakmen jenayah syariah II (hudud) itu….

    • Penganut agama lain tidak akan menggunakan ugutan bunuh, rogol kepada orang yang tidak sependapat dengan mereka. Hanya agama tertentu atau negara tertentu sahaja dalam konteks ini yang telah mendidik rakyat mereka untuk berkelakuan sedemikian. Sedangkan orang ramai asyik dengan pertikaian samada pengacara radio itu betul atau tidak kenapa tidak menjawab soalan dia yang bahawa hudud atau membantu mangsa banjir lebih penting? adakah hudud dapat menolong mereka? kenapa tidak mengubal dan membentang undang-undang kecemasan dahulu?

      • Penganut agama lain tidak akan menggunakan ugutan bunuh, rogol kepada orang yang tidak sependapat dengan mereka. Mereka cuma menyerang negara orang Islam dan merompak sumber alam dan mengebom sasaran awam dan membunuh orang Islam secara beramai-ramai seperti yang berlaku dalam serangan haram Amerika dan NATO ke atas Iraq, Libya, Afghanistan, Somalia, Sudan dll.

        Dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua, orang kafir telah membunuh 101 juta orang kafir dan orang Islam. Cara yang digunakan oleh tentera kafir ialah ugutan bunuh, bunuh, ugutan rogol, rogol, penyiksaan dan serangan ke atas orang awam dan sasaran awam!

      • Penganut agama lain memang tidak menggunakan ugutan bunuh, rogol tetapi mereka buat lebih dari itu. Anda boleh rujuk kes NLFT, KKK, Odisha, Sabra & Shatilla, Breivik, LRA, Rohingya, LTTE, Sohei dan ribuan kes lagi.

      • ..bila masa si Zulkafly ni mengugut Aisyah ‘the cleupar’ tu? kau tau baca BM ke? atau tau fitnah orang jer…kau ni sebiji macam penganut secular, fitnah dulu, bukti kemudian!!

    • ketara betul jahil nya, kasian sdh umur sebegini masih sja belum mengerti apa2, semua di tafsir mengikut logika manusia. Ndak tau tanya, ada buku baca jgn lah tunjuk aib dgn miskin ilmu

    • You are right.

  • Hudud adalah hudud Allah….Pas sebagai platform sahaja. Begitu juga kalau dibawah UMNO, PKR dan sebagainya.

    • Kalau betul-betul Hudud yang dibentangkan oleh PAS itu Hudud Allah, mengapa ada dua `courts of Hudud’ spertimana disoal oleh YB Saiffudin – Satu untuk Royalty, satu untuk orang umum??

  • QS 4:82. Adakah yang ingin melaksanakan dan yang menolak tidak memperhatikan Al Quran? Kalau Al Quran bukan dari sisi Tuhan pasti terdapat banyak pertentangan di dalamnya. Tuhan jadikan bumi dalam 6 masa. Inikan pula ada manusia ingin melaksanakan hukum-Nya ikut pada masa yang dia suka.

  • Lain kali , apa jua yg berkaitan dgn bangsa dan agama juga budaya yg berbagai jangan diperolok dan dimainkan spt badot yg tak berfikir . Perkara2 ini , mempunyai kaitan dgn kepercayaan , moral dan akhlak para penganut atau pengamalnya . Kenapa suka menghina ? Apakah menghina dan mengherdik & menyakat itu satu norma hidup yg mulia ? Sebagai cendiakawan yg cerdas berfikir kenapa mahu mendidik anak dan massa dgn perkara2 negatif begini . Negara memerlukan pemikiran2 yg bernas , positif dan membina bagi meletakkan Malaysia sebagai wilayah tamaddun yg unggul dgn ciri2 pembangunan rohani dan fizikal yg gilang gemilang . Lakonan salaptik yg membodoh diri dan masyarakat wajar disisih drp menjadi pemangkin pendidikan berbudaya murni…

    • hanya agama tertentu tidak boleh. Cuba buat komik memperlekehkan agama lain. Orang lain terima saja. Atau agama lain lebih moderasi maka orang ramai tidak mengkritik?

  • Islam telah dihina dan difitnah sejak pada hari Nabi Muhammad memulakan dakwahnya di kalangan orang-orang musyrik, orang-orang Yahudi dan Kristian oleh musuh Islam yang mempromosikan kebencian terhadap Islam dan umat Islam.

    Dan kini terdapat segelintir orang Melayu jahil yang kononnya berpelajaran tinggi sengaja mempertikaikan ajaran agama Islam di negara ini. Saya pasti mereka tidak mendapat pendidikan Islam atau pengetahuan Islam yang mencukupi atau jahil dalam erti sebenar kerana kegagalan ibu bapa mereka untuk mendidik mereka dengan betul. Maka tidak hairanlah mereka membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan mempertikai hukum Allah tanpa menyedari akibat daripada kezaliman yang mereka lakukan.

    Seseorang yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam, atau yang sebelum ini telah memeluk Islam, menjadi murtadd jika dia secara lisan menafikan apa-apa prinsip kepercayaan ditetapkan oleh Al-Quran atau Hadis, menyimpang dari ajaran Islam yang diluluskan (ilhad), atau jika dia atau dia melakukan kekufuran seperti bersikap biadap terhadap salinan al-Quran atau mempermainkan, mengejek, mempertikai atau mengingkari Hudud.

    Allah berfirman “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.. ”

    • “Islam telah dihina dan difitnah sejak pada hari Nabi Muhammad memulakan dakwahnya di kalangan orang-orang musyrik, orang-orang Yahudi dan Kristian oleh musuh Islam yang mempromosikan kebencian terhadap Islam dan umat Islam”

      Thanks, but since when did the Christians and the rest, ‘menghina’ Islam? 🙂 Rather, as a Christian, we’re taught to love your enemies.

      As such, please stop inciting others. Rather, please get to know non-Muslims. I’m sure your eyes will be open by the warmness of the Malaysians. 🙂

      • I had already responded to your comment but my factual response was deleted by TMI. It seems to me that I am going to start a new website because TMI is very selective and biased towards my comments!

        • Thanks Abdul, but aren’t you igniting dangerous religious sentiments with your statement? 🙂

          • Do you think that non-Muslims have the right to insult, defame or demonize Islam and Muslims?

          • Haven’t you read all the racist comments against Islam and Muslims by racist, immoral and corrupt non-Muslims throughout this website?

  • PAS cuba melaksanakan Hukum Hudud, Qisas dan Takzir yang terdapat dalam Al-Qur’an dan Sunnah maka tidak timbul isu Hudud Pas dll.

    Tindakan anaknya menyindir dan mempermainkan Hudud dan penutupan aurat boleh menyebabkan anaknya kufur akidah (murtad) kerana dia telah mengingkari perintah Allah!

    Allah telah berfirman yang bermaksud “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. ”

    Apakah agama bapanya sehingga dia sanggup membela anaknya menghina Islam dan orang Islam? Mengapa si bapa merasa terkilan apabila anaknya diugut selepas anaknya menimbulkan kemarahan orang ramai tetapi si bapa tidak merasa terkilan apabila anaknya mempermainkan Hudud dan hukum tutup aurat dan menghina orang Islam? Kebiadapan anaknya mencerminkan kegagalan bapanya mendidik anaknya.

  • Prof Din harus renungi bhw puterinya tlh dibelenggu oleh dalang
    dari penentang hudud yg Islam shj tlh tetapkan. Pemimpin Pas (pertubuhan Islam) tak berniat mengkelakar pasal hudud, sedemi
    juga Umno (pertubuhan Melayu) sementelah juga Mca, Gerakan,
    Dap & Supp (kepimpinan ras Cina non-muslim) yg mengadakan
    cerita khusus berkaitan kpd hudud. Sebelum perihal hudud dibahas
    & dilulus pindaan oleh DUN K’tan, ada pemimpin Dap & Pkr serta pemimpin lain-lain parti mengatakan hudud adalah ciptaan Pas
    semata. Kini ditohmahkan bhw hudud ini hak negeri K’tan
    (sokongan Adun Pas bersama Umno & Pkr) shj.

    Haruskah seorg prof boleh tertekan rasa terhdp hasil suruhan puaka
    ke atas puterinya (Aisyah) sbg pencerita di BFM Media, akan disiasat polis di bwh Sek 298 Kanun Keseksaan perundangan negara (tak terlibat dgn EKJS yg cuma dilulus pindaannya di DUN K’tan shj). Sekiranya EKJS 1993, pind. 2015 yg cuma Pas reka sprt dakwaan prof, diharapkan prof dpt menderafkan hudud hukum Allah swt yg dinyatakan dlm Kitabullah (Al-Quran) & hadis supaya dpt diperdebat melalui BFM Media. Kalimah Allah tlh dihalang kpd massa non-Islam dari Wang Kelian (Perlis) sehingga Selat Tebrau (Johor), kenapakah hukum Allah swt diketepikan (dinafikan) mudah? Serahkan shj kpd pihak KPN utk meneruskan siasatan atas pengaduan massa total.

  • Tindakan ugutan melampau keatas aisyah?…. mengapa tidak dgn pendekatan menasihat secara lemah-lembut, tenang serta berhemah seperti menerangkan beliau tentang keindahan hudud itu, mungkin beliau kurang faham, Rasullullah SAW & Islam itu sendiri, tak mengajarkan dan tidak menghalal perbuatan rogol dan bunuh sesuka hati….. inikah contoh yg baik utk menerangkan kpd orang bukan islam & pada org islam yg jahil/kurang arif/kurang didikan agama tentang kecantikan & kelebihan hudud, terangkan pd mereka secara gentlemen dan profesional, nyatakan fakta2 sahih tentang kehebatan dan kelebihan hudud…. bukan dgn ugutan rogol, bunuh bagai….. bertambah lah lagi orang akan menjauhi hukum ALLAH ini ! nasihat bukannya caci-cerca, dendam-kesumat & ugut-mengugut bagai… ! Islam itu agama yg hebat, indah dan cinta kedamaian….. jgn cemarkannya, seolah2 islam agama yg suka berperang dan byk unsur terrorisme/keganasan seperti yg di gambarkan oleh dunia barat! sekadar pandangan -ABU

    • Keindahan Islam itu adalah berdasarkan ajaran Islam yang terbaik. Jika terdapat sebilangan manusia yang menyeleweng dari ajaran Islam, ia adalah kerana kesalahan, kejahilan atau kelemahan mereka sendiri bukan kesalahan Islam.

  • Umno pun dah cakap ini hudud Pas, hudud politik….amacam plak?

  • Professor Mohamad Tajuddin has failed in instilling proper values and educate his beloved daughter.

    On a previous piece he quoted the inaction of Prophet Muhammad pbuh to those that have wronged him. In his professorial wisdom, did he not also teach his daughter that the Prophet pbuh also forbade Muslims to make fun of anyone, even to the extent of not calling anyone with nicknames, good or bad, lest it wounds the individual?

    The daughter goes on to make fun of the beliefs of a major religion. Defenders are calling it a parody or satire, thus its kosher. Isn’t parody or satire making fun? Ask some children, with the emotional scars they are still carrying with nicknames that were bestowed by peers or teachers, is it okay to be made fun of?

    As an academician (and a professor at that), M Tajuddin has also failed her daughter. In academia, if you do not agree with the ideas of others, you do not make fun of their ideas through parody or satire. That is the way of the vulgars. An intellectual engages by having rational debates, writing papers, speaking in conferences and such.

    Professor, you are only defending Aisyah because she is your daughter. Do not confuse parody as debate. Do not be like one of our ex PMs who refuse to bow out gracefully but is a constant thorn because he still has a son in politics.

    That can be construed as nepotism.

  • Avatar

    Jgn risau bukan semua Muslim nk hudud….im with u….

  • tuan dah tahaf prof. tp nampaknya pandai tak bijak. ank kesayangan tuan bukan buat video maharaja lawak mega, ia jelas membuat provokasi, memperkekeh parti PAS mungkin masih boleh dianggap tidak matang isu politik, tapi dengan ayat, cara dan gaya tidak sepatutnya mrnghina hukum Allah yang bukan ciptaan makhluk, jadi polis bukan sesuka nak tahan dan siasat kalau tak serius.

    cukuplah tunding jari salah orang lain. cuba tunduk sikit ego tu dan muhasabah diri dan anak tuan yg hebat sangat tu

  • HUDUD bukan pas punya tapi ALLAH yg punya..pas hanya lah sekadar alat.lagi banyak prof kangkong nii keluarkan statement semakin menonjol kebodohan nya.

  • Patut pun anak dia macam tu, tak ada beza dgn ayah dia..

  • Sudah berpangkat profesor dan berpelajaran tinggi namun tak faham undang2 islam ini meliputi umat islam dan hudud itu dari Allah bukan PAS. Mari aku buat analogi. Kalau anak anda lahir di Kelantan dan menganut islam, adakah dia ni menganut Islam PAS? Kalau anak anda lahir di Johor, adakah anak itu mengamalkan Islam UMNO? No, Islam ada satu versi sahaja. Tiada perisa vanila atau coklat. Bezanya tukang pelaksana sahaja. UMNO tak mahu melaksana hudud tetapi PAS di Kelantan yang menjadi pelaksana.

  • Kalau nak pertikai pun buat lah cara orang berilmu.
    Anak tuan terang2 membuat lawak bodoh atas hudud.
    Ini bolih menimbulkan kemarahan masyarakat.

 

Penerbit video hina hudud mohon maaf

  • Aisyah BFM Klip video yang berdurasi 1 minit 55 saat itu, telah ditonton seramai 279,031 dan mendapat sebanyak 15,701 ‘share’.
SHAH ALAM – Stesen radio BFM yang menerbitkan video kontroversi memohon maaf selepas video itu mendapat kecaman dan menimbulkan kemarahan rakyat.
Stesen berbahasa Inggeris itu turut menarik balik video berdurasi 1 minit 55 saat itu selepas penyampainya, Aisyah Tajuddin menerima pelbagai ancaman termasuk bunuh dan rogol.
Menurut BFM, video itu diterbitkan di bawah program berbahasa Melayu, BFM Kupas dengan kerjasama Projek Dialog yang menumpukan kepada komen sosial berhubung isu semasa.
BFM berkata, video itu sebenarnya menyentuh persoalan sama ada pelaksanaan hudud menjadi keutamaan Kelantan semasa berdepan masalah ekonomi dan pembinaan semula pasca banjir.
“Bagaimanapun, berdasarkan komen yang kami terima daripada pelbagai laman sosial, jelas sebahagian penonton menganggap kami mempersoalkan kebaikan pelaksanaan hudud. Kami tidak mempunyai niat berbuat demikian,” kata kenyataan itu.
BFM berkata, tujuan video itu adalah untuk mengajak penonton mempertimbangkan beberapa persoalan mengenai pelaksanaan hudud.
Sebelum ini BFM Kupas juga mengadakan dialog video bersama Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, aktivis, Marina Mahathir dan Aminuddin Yahya serta Tun Faisal sebagai cara menyelesaikan titik perbezaan.
Sementara itu, BFM berkata stesen radio itu kesal terhadap serangan peribadi dan ancaman bunuh di media sosial yang ditujukan kepada Aisyah dan menyifatkannya sebagai menyalahi undang-undang.
“Kami ingin menyatakan Aisyah hanyalah pengacara pengganti BFM Kupas dan bukan penulis skrip bagi video itu.

Jadi pandangan dalam video itu tidak mencerminkan pandangan peribadinya mengenai isu itu,” katanya.

Cubaan menghubungi Aisyah gagal apabila BFM memaklumkan wanita itu enggan ditemu bual media dan menyerahkan perkara tersebut kepada pengurusannya.
Wakil BFM, Ezra Zaid ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang berbincang sama ada mahu membuat laporan
polis berhubung ancaman bunuh yang diterima Aisyah atau tidak.

HUDUD MEMECAH BELAH?

00 hudud memecah belahAhli Parlimen Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan secara terbuka tidak menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan, dengan berbagai-bagai telahan yang mengguris hati umat Islam.

Nur Jazlan berkata beliau secara peribadi tidak menyokong usaha untuk perlaksanaan hudud. Beliau turut berkata HUDUD dikatakan memecah belahkan perpaduan di kalangan BN dan PR. Video rakaman kenyataan yang agak BRUTAL itu turut disiarkan oleh MalaysiaKini.

http://www.kinitv.com/video/16573O74

Katanya, usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong perlaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

“Jika tidak, tentu nenek moyang kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud),” kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online.

Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

Dalam pada itu, tiga ahli parlimen Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah itu.

Mereka adalah Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga telah berjanji bahawa pusat akan membantu Kelantan dalam usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu.

HUDUD MEMECAH BELAH ATAU MENYATUKAN UMMAT?

Memang benar hudud akan memecah belah. Tetapi harus kita kaji dahulu siapa yang akan dipecah belahkan oleh hudud?

Sebenarnya Hudud hanya memisahkan golongan Muslim tulin yang ingin mendekatkan diri kepada Allah, yang mendambakan kehidupan yang selamat sejahtera dengan Islam DARIPADA golongan Muslim yang FASIK, yang Islamnya hanya ‘atas nama’ semata-mata.

QS: 8. Al Anfaal 37. “Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan yang buruk itu sebagiannya di atas sebagian yang lain, lalu kesemuanya dilonggokkan-Nya, dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang merugi”.

Pada masa yang sama telah dapat dilihat dengan jelas bahawa Hudud telah MENYATU-PADUKAN hati-hati umat Islam. Itulah golongan yang benar-benar ikhlas mencintai Allah, ikhlas mendokong dan menggalang agamanya. Terlalu banyak ayat-ayat Allah yang mengesahkan fenomena penyatuan dengan hudud ini. Jazlin beleklah isikandung alquran yang mungkin sudah berabuk di atas almari rumah.

TIDAK PERLU HUDUD KERANA NENEK MOYANG KITA TIDAK LAKUKANNYA?

Kenyataan Jazlin ini amat jahiliyah sekali. Beliau lupa melihat sejarah bahawa Islam telah dimusuhi dan dinodai semenjak kewafatan Rasulullah SAW lagi. Asakan demi asakan melalui legasi Perang Salib telah membuatkan Islam yang seharusnya semakin hari semakin berkembang menjadi sebaliknya, iaitu semakin hari semakin hancur.

Lebih malang lagi insan yang menjadi engineer teologi dan politik yang diutus V A T I C A N untuk merancang dan menjatuhkan Islam di Nusantara, khususnya di Malaysia dan Indonesia ini pula yang amat kita sanjung dan puja. Itu tanda kita sendiri sudah tidak tahu apa yang kita buat dan apa yang kita kata.

Kejatuhan agama ini hanya disahkan 03.03.1924 di peringkat DUNIA, bilamana sistem kekhalifahan dimansuhkan. Sebenarnya kejayaan menjatuhkannya sudah berlaku lama sebelum itu, kerana kejahilan itulah Kamal Attarturk dengan mudah boleh memansuhkan sistem kekhalifahan Islam yang menjadi MISI UTAMA Adam a.s. diturunkan ke bumi ini (QS:2/30). Akibatnya nenek moyang kita kembali zulumat, diperkotak katikkan dan menzalimi diri..

QS: 2. Al Baqarah 170. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,” mereka menjawab: “bahkan kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari nenek moyang kami”, walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk.

Justeru, alasan menolak Hudud hanya kerana nenek moyang tidak melakukannya adalah salah dan bersifat JAHILIYAH. Ada terlalu banyak ayat-ayat Allah yang menjelaskan tentang fenomena ini. Antaranya QS:5/104 ; 26/26 ; 28/36 ; 26/74-76 ; 7/28 ; 7/95 ; 23/68 ; 23/24 ; 18/5 ; 14/10 ; 11/109 ; 10/78 ; 43/26 ; 36/6 dan banyak lagi.

Nenek moyang kita telah diperbodohkan dan ditekan melalui tekanan politik, ekonomi dan ketenteraan oleh penjajah. Dalam pada nenek moyang kita berhempas pulas untuk meneruskan hidup mereka menghantar jurutera teologi untuk memusnahkan semangat membangun FUNDAMENTAL agama di kalangan umat. Institusi masjid dan sekolah telah berjaya mereka tawan tanpa kita sedari.

Propaganda ekonomi, politik, pendidikan, hiburan, sukan dan sebagainya oleh penjajah telah sangat berjaya melumpuhkan akidah kita. Hari ini generasi kita tidak banyak tahu tentang asal usul dan asas sebenar agama ini. Kita dengan senang hati melakukan solat dan membaca quran tanpa mengetahui maknanya. Yang penting dapat pahala.

Sedikit demi sedikit kekuatan agama ini terhakis dari kita sehingga Islam kita kini hanya tinggal nama sahaja. Tanpa sedar, kita sebenarnya telah memutuskan amalan kita melalui tabiat itu kerana alquran itu mengandungi pelbagai pelajaran dan strategi untuk memenangkan agama. Bagaimana boleh kita bergerak mengikut ilmu Allah jika apa yang kita baca tidak kita fahami maksudnya?

HUDUD MENGANIAYA UMAT ISLAM?

Kenyataan Jazlin yang menampakkan seolah-olah undang undang Allah ini zalim adalah lebih parah dan terlalu menyakitkan hati. Tidak pasti apa yang beliau faham tentang ALLAH dan RUBUBIYAHNYA? Apa sebenarnya tahap pendirian serta akidah beliau. Istighfarlah banyak-banyak dan bertaubatlah.

Sebenarnya Hudud itu lebih kepada peraturan yang mencegah dan mendidik, bukannya lebih kepada menghukum. Jika terpaksa dihukum pun, ia hanya melibatkan individu yang telah benar-benar disahkan bersalah, tidak sekali-kali boleh dipengaruhi oleh sentimen politik dan pangkat serta darjat. Undang-undang Allah ini paling adil. Ia dilengkapkan dengan Qisas, Takzir dan Diyat.

KESIMPULAN

Jangan sekali kali mengeluarkan kenyataan politik sepertimana puak-puak non-Muslim yang sebenar-benarnya jahil dan tidak mempunyai ikatan tentang hudud ini. Selaku Muslim, harus diingat bahawa kita ada ikatan baiah melalui syahadah dengan segala perintah Allah.

Jika kita jahil atau belum benar benar membuat ‘homework’, merujuk kepada alquran dan sunnah secara berguru dan bertalaqqi, jangan berani-berani membuat kenyataan sewenang-wenang. Ia amat mudah memesongkan akidah kita dan orang-orang lain yang juga jahil.

Jika tidak boleh membina, bahkan tidak mahu menyokong sekalipun, janganlah keluarkan kenyataan yang bersifat meroboh, memperlekeh dan menghalang. Walaupun itu adalah hak masing-masing, namun suka kami ingatkan bahawa kesan penolakan atau halangan dari kita itu amat berat sekali di sisi Allah.

Ingatlah, Jasad Fir’aun masih dikekalkan untuk kita lihat (QS;10/90-92). Itu peristiwa sebelum Nabi SAW diutus. Kini, dapat kita lihat jasad Kamal At-tarturk tidak diterima bumi. Banyak lagi orang yang menghina Islam telah menerima ‘hukuman’ yang amat menghinakan dari dahulu hingga sekarang.

Demikian Allah perlihatkan kemurkaannya di dunia ini lagi. Tidak mustahil ada di kalangan kita yang berani-berani menyuarakan isi hati sehingga menghina agama dan mengguris hati Allah, Rasul, Malaikat dan seluruh Umat Islam ini bakal menerima nasib yang sama.

Sebenarnya ITU SUDAH PASTI akan terjadi…harta ke mana? pangkat ke mana?

Hudud telah dan bakal menyatukan hati ramai umat Islam tulin, tidak kira dari parti atau Mazhab mana sekalipun. Hudud juga sedang menampak dan memisahkan golongan Islam munafik dan fasik.

Sekali lagi tahniah kepada kerajaan Kelantan dan teruskan usaha tanpa menoleh ke belakang lagi. ALLAHUAKBAR.

WARGA PRIHATIN.

Aisyah BFM tampil mohon maaf

  • Aisyah BFM
  • Klip video yang berdurasi 1 minit 55 saat itu, telah ditonton seramai 279,031 dan mendapat sebanyak 15,701 ‘share’.

SHAH ALAM – “Mengharungi betapa bahayanya ancaman terhadap keselamatan diri ini merupakan pengalaman yang buruk dan bukan ciri-ciri Malaysia yang saya tahu,” akui penyampai media mewakili syarikat BFM Media Sdn Bhd, Aisyah Tajuddin.

Mengakui beberapa hari yang dilalui merupakan satu pengalaman pahit buat diri dan keluarga, akhirnya Aisyah, si gadis yang pernah muncul dalam satu paparan klip video didakwa mempersendakan hukum hudud akhirnya tampil dengan permohonan maaf.

Jelasnya menerusi kenyataan media hari ini, objektif sebenar video tersebut adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan Pas Kelantan dan tidak sekalipun berniat menghina Islam.

“Setelah beberapa hari yang lalu, sebuah video di mana saya bercakap mengenai pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 telah menyebabkan kemarahan di dalam laman-laman media sosial. Video tersebut hanya menyangkut perihal politik, perkataan dan perbuatan ahli politik; dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama.

“Sejak video tersebut diterbitkan, pelbagai ancaman bunuh dan rogol telah ditujukan kepada saya, keluarga, teman sekerja dan rakan-rakan. Ia sangat mendukacitakan,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gadis persenda hudud dikecam teruk]

Aisyah baru-baru ini didakwa menghina langkah kerajaan Pas Kelantan membentang dan meluluskan undang-undang hudud di negeri itu sehingga mencetuskan kecaman hebat terhadapnya di laman sosial.

Sementara itu, tambah Aisyah, liputan meluas media terhadap insiden tersebut mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan video itu.

“Tujuan video tersebut dibuat adalah untuk menggalakkan wacana yang berlangsung seputar isu keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf bagi nada dan cara penyampaian saya di dalam video tersebut. Saya tiada niat untuk mengherdik.

“Saya tiada niat untuk menghina. Namun kini saya sedar bahawa ia telah menimbulkan kemarahan. Maka untuk itu, saya benar-benar kesal dan memohon maaf, maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk mana-mana agama apa lagi agama saya sendiri,” katanya lagi.

Penang Akan Berkabung Bila Lee Kuan Yew Mati

kuan_yew_lgePerkhabaran sedih dari seberang tambak menyebut bahawa bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sedang berada dalam keadaan tenat dan menggunakan life support machine untuk hidup.

Khabarnya,para doktor telah mencadangkan agar mesin itu ditutup, tapi atas sebab-sebab tertentu seperti menunggu perayaan tahun baru cina habis dan sebagainya, cadangan tersebut ditangguhkan terlebih dahulu.

Tidak ada apa lagi yang boleh dibuat untuk memanjangkan nyawa Kuan Yew, 93 tahun.

Prihatin dengan keadaan tersebut dan bagi menunjukkan penghargaan Pakatan Rakyat terhadap Kuan Yew, kerajaan negeri DAP Penang, dilaporkan telah bercadang untuk mengadakan perkabungan negeri sekiranya Kuan Yew meninggal dunia nanti.

Walaupun menjadi bapa pengasas negara Singapura, tapi Kuan Yew juga banyak menyumbang kepada negara Malaysia dan parti DAP khususnya.  Sejarahnya, DAP adalah parti serpihan PAP pimpinan Kuan Yew setelah Singapura berpisah dari Malaysia.

Atas sebab itulah sebaik Pakatan Rakyat dan DAP merampas Penang dari BN pada tahun 2008, pemimpin luar pertama yang dijemput sebagai tanda penghormatan ialah Kuan Yew sendiri.  Memang impian semua untuk melihat Penang menjadi Singapura kedua.

Sejak dari itu, Kuan Yew dan Singapura menjadi model kepada kerajaan Penang,antaranya kewujudan speaking corner dan beberapa konsep pentadbiran yang lain – kecuali pertahanan yang berada dibawah kuasa kerajaan persekutuan.

Perkabungan negeri yang akan diadakan nanti, turut melibatkan cuti peristiwa untuk negeri Penang,bendera dikibar setengah tiang dan semua acara keagamaan di masjid, kuil, tokong dan gereja untuk mendoakan perjalanan Kuan Yew selepas mati.

LEE KWAN YEW MATI SEBELUM SEMPAT JADI PM MALAYSIA

 00 Lee kuan yew pictures10_ GREY

SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew dan pemimpin yang bertanggungjawab mengubah sebuah negara kerdil di Asia Tenggara kepada pusat perdagangan dan kewangan global meninggal dunia pada usia 91 tahun, kata Pejabat Perdana Menteri.

“Encik Lee meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada kira-kira jam 3.18 pagi tadi,” kata kenyataan itu.

Lee, seorang peguam lulusan Cambridge disifatkan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab menjadikan Singapura sebagai salah sebuah negara terkaya berdasarkan pendapatan per kapita yang tinggi.

Mendiang adalah pengasas pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak 1959 dan mengetuai negara itu berpisah daripada Malaysia pada 1965. – Reuters

Semuga beliau bersemadi dengan aman.

Antara kontroversi yang melibatkan beliau ialah kenyataannya yang bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia biarpun hanya seminit sebelum meninggal dunia. Mungkin itu hanya gurauan dan mungkin juga ada benarnya. Namun hakikatnya cita-cita itu tidak tercapai.

Berikut ini adalah pautan kenyataan beliau yang dikaitkan dengan analisa politik Malaysia dari sebuah blog.

 

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, May 2, 2012

Tolong Rahsiakan Dari Orang Melayu!

Dari Middle Voices :

Anonymous said…
Jika benar pakatan sulit ini kenapa tak lapor terus kepada pihak-pihak berkenaan yang bertanggungjawab. Ini kira gerakan bawah tanah yang diterajui oleh DAP.
Orang Melayu ni kalau tak terantuk memang tak tergadah.
Anonymous said…
Melayu mudah lupa. Tengok jelah apa dah jadi di seberang tambak johor. terpaksa tunduk kepada bangsa asing, dan di seberang sungai golok silap kona kena m enambelas..

ASHAMSURI said…

bro..aku pohon copy..tqvm..
Anonymous said…
melayu perintah tanah melayu pun lepas pada cina sapa lepaskan singapura la ni p.pinang yang di keruk ditipu semua tanah melayu kerja siapa ……..50tahun perintah mana melayu yang kaya selain dpd kroni orang kampung masih kat takuk lama walaupun penyokong totok BN/Umno
Anonymous said…
Kroni tu bangsa melayu jiwa islam.yg nak kuasa nih kapir musuh Islam yg nyata. Itu pun tak bleh fikir ker dol. Mmg betul Dr M ckp, UMNO tak beri peluang kpd bijak menyertai sbbnya yg dlm UmNo ada hati yg terang dpt bezakan mana jahil mana yg batil
Anonymous said…
Tak payah gaduh2
gunakan hak memasing masa PRU nnt
Anonymous said…
lee kwan yew = chin peng?? food for thought..
Anonymous said…
selama ni x nampak ke pengkhristianan dah lama bermula? selama ni siapa pemerintah kita? pernah x dia bagitahu pd kita semua,tahun baru yang sebenar bila? cuti-yg sepatutnya jumaat,bertukar kepada ahad…khristian berlenggang kangkong ke gereja bersama keluarga…kita?bg yg bekerja,bergegas2 utk kemasjid,krn masa rehat pendek..tolonglahhhhh,…wahai rakyat malaysia,pernahkah anda lihat pemimpin anda mengimamkan solat??ya,betul..ibadat bkn utk menunjuk2…tp ambillah langkah sekurang2nya….peribadi dinilai bermula dari zahir,barulah batin…benar2kah selama ini kerajaan kita bersungguh2 ambil berat tentang islam?
Anonymous said…
sedih rasa setelah baca. orang melayu mmg tak sedar-sedar, terlalu emosi dan tak berfikir panjang sebelum membuat keputusan dan mengambil tindakan. sedih melihat orang melayu kini. they will surely destroy the future of the younger generation. it is their kids and grandchildren whom will suffer.
Anonymous said…
Melayu & islam dicaci,dipertikai… Tp bangsa & agama lain disanjung….
Anonymous said…
BANGUN DAN SEDARLAH BANGSAKU….KOTAKAN KATA2 HANG TUAH “TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA”…MALAYSIA WAJIB DIPERINTAH OLEH ORG MELAYU ISLAM KERANA KITA NEGARA ISLAM……JGN JADI LALANG KELAK BANGSA KITA MUSNAH…..
Anonymous said…
Anon 7:08PM…udah2 la ngan slogan Hang Tuah ko tu…ingat kalimah Allah “Kun Fayakun”…yg tu HAQ..Hang Tuah belum pasti wujud..kembalilah kepada Al-quran dan As-sunnah..Islam untuk semua umat manusia,.semua kaum,.perkemaskan Iman kita,..InsyaAllah,..kita akan “hilang” dari dunia yg sementara ini menuju alam yg kekal dengan bekalan Iman kita…jgn taksub pada Melayu..takutlah pada Allah..sayangilah Rasulullah…dambakan syafaatnya..Amin..

Lee Kuan Yew meninggal dunia

SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew dan pemimpin yang bertanggungjawab mengubah sebuah negara kerdil di Asia Tenggara kepada pusat perdagangan dan kewangan global meninggal dunia pada usia 91 tahun, kata Pejabat Perdana Menteri.

“Encik Lee meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada kira-kira jam 3.18 pagi tadi,” kata kenyataan itu.

Lee, seorang peguam lulusan Cambridge disifatkan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab menjadikan Singapura sebagai salah sebuah negara terkaya berdasarkan pendapatan per kapita yang tinggi.

Mendiang adalah pengasas pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak 1959 dan mengetuai negara itu berpisah daripada Malaysia pada 1965. – Reuters

BIODATA

Lee Kuan Yew

16 September 1923: Lee dilahirkan di Singapura, kemudiannya tanah jajahan British.

1942-45: Mendapat pendidikan di Raffles College tetapi tergendala akibat penjajahan Jepun di Singapura pada Perang Dunia II.

1946: Pergi ke England dan mengikuti pengajian undang-undang di Universiti Cambridge, dikenali dengan panggilan Harry, nama panggilan oleh datuknya.

1947: Berkahwin secara rahsia dengan Kwa Geok Choo, rakan pengajian di Cambridge.

1950: Kembali ke Singapura.

1954: Bantu Parti Tindakan Rakyat, menjadi setiausaha agung parti.

1955: Menang kerusi dewan undangan, tubuh firma undang-undang Lee & Lee bersama isterinya.

1959: Lee menjadi Perdana Menteri Singapura selepas Parti Tindakan Rakyat menang besar dalam pilihan raya umum. Britain memberi Singapura kuasa mentadbir sendiri dalam semua urusan kecuali pertahanan dan hal ehwal luar negara.

1963: Lee mengumumkan Singapura merdeka sepenuhnya daripada Britain, menyertai Malaya untuk tubuh Persekutuan Malaysia.

1965: Singapura berpisah dari Malaysia.

1968, 1976, 1980: Di bawah pimpinan Lee, parti pemerintah menang semua kerusi dalam pilihan raya Parlimen.

1990: Selepas Singapura menikmati lebih dua dekad pertumbuhan ekonomi yang pesat, Lee letak jawatan sebagai perdana menteri. Mendiang dilantik sebagai menteri kanan dan semakin berpengaruh.

2004: Anak lelakinya, Lee Hsein Loong menjadi perdana menteri Singapura ketiga.

2011: Letak jawatan menteri Kabinet dan letak jawatan dari jawatankuasa eksekutif Parti Tindakan Rakyat selepas prestasi parti itu merosot sedikit.

5 Ferbuari 2015: Dimasukkan ke hospital kerana alami radang paru-paru yang teruk.

23 Mac 2015 – Lee meninggal dunia di Hospital Besar Singapura.

Pimpinan Pas perlu perubahan, kata Nizar

  •  Muhammad Nizar JamaluddinMohammad Nizar Jamaluddin

ALOR SETAR – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata perubahan perlu dilakukan terhadap kepimpinan parti memandangkan krisis utama dihadapi Pas sekarang ini ialah berkaitan pemikiran pemimpinnya.

“Jika mereka ini ada unsur-unsur mempamer kelemahan, maka perlu diubah, ini hak perwakilan dan ada dalam perlembagaan parti. Ubah pimpinan, sebab pemikiran tu bersama pimpinan,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas ke-41 Kawasan Kuala Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden Pas dengan alasan beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.

Ahmad Yakob dilapor berkata, walaupun Perlembagaan Pas memberi ruang untuk sesiapa sahaja memilih calon yang layak bagi menggalas tugas itu, namun sehingga kini keperluan Abdul Hadi menjadi presiden dilihat masih tinggi.

Ditanya apa perlunya bagi Pas untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat, Nizar berkata ianya penting bagi memastikan kedudukan Pas di hati orang bukan Melayu.

“Bila Pas berkeseorangan sepanjang 12 tahun, kita tak dapat tempat di hati pengundi bukan Melayu, tapi bila kita sama PR, kita banyak menang di kawasan yang bukan majoriti Melayu,” katanya.

Justeru katanya, pendirian Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din yang menegaskan Pas meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama pakatan pembangkang itu adalah pendapat peribadi Haron katanya.

Nizar berkata, pada masa ini terdapat dua pemikiran dalam Pas iaitu pemikiran ulama dan pemikiran progresif profesional.  – Bernama

Hala Tuju, Matlamat Pendakwah Kini Dipersoalkan

PERAK-TODAY-16IPOH: Keghairahan berdakwah dengan menggunakan pelbagai medium sebagai usaha mendekati hati penonton dan pendengar menimbulkan persoalan sama ada seseorang pendakwah itu benar-benar menjiwai tugasnya atau sekadar menjadi pelengkap kepada jadual program semata-mata.

Menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, sejak akhir-akhir ini wujud kecelaruan berikutan lambakan pelbagai syarahan dan penyampaian dakwah yang mengikut ‘trend’ terkini.

“Pergaulan sosial semakin teruk dan perpecahan di kalangan umat Islam semakin ketara.

“Semua pihak harus menilai semula kesilapan yang telah berlaku,” katanya.

Katanya lagi, ada di kalangan pendakwah di Malaysia kelihatan seperti penglipur lara dan segelintir lagi membuat fatwa tanpa menepati  syarak.

“Ada yang membuat fatwa-fatwa hukum berdasarkan sesuatu yang dirasakan dapat menarik sokongan dan pembelaan di kalangan pendengar,” katanya.

Tambahnya lagi, ada juga yang digelar pendakwah ‘Bollywood’ sedangkan perkataan itu adalah ‘fasikh’ yang mana menerangkan filem yang menunjukkan ia tidak sesuai sama sekali.

“Contohnya pemahaman bahawa menghisap rokok itu haram, asap rokok mengandungi candu itu masuk ke dalam darah, darah menjadi mani dan mani akan menghasilkan anak dan anak itu adalah haram,”katanya.

Jelasnya lagi, sehingga kini, merokok juga tidak lagi difatwakan haram dan anak zina  yang terhasil daripada hubungan haram juga dalam Islam tidak dipanggil anak haram.

“Bila digelar anak haram, kita sudah merendahkan darjat manusia, manusia dijadikan Allah mulia dan anak yang dilahirkan tidak berdosa,” katanya.

Ujarnya lagi, wujud juga pendakwah yang mengambil kesempatan untuk meraih pendapatan dan kekayaan dengan meletakkan harga yang tinggi bagi memenuhi jemputan hingga tidak mampu dipenuhi oleh kebanyakan orang.

Katanya lagi, senario semasa juga memperlihatkan kecenderungan menyelit unsur humor dan lawak yang berlebihan dalam ceramah.

“Kesannya penceramah itu lebih dikenali dengan lawaknya berbanding ilmu disampaikan,” katanya.

Tegasnya lagi, kini ramai golongan pendakwah yang menjadi penghibur dan juga sebaliknya.

“Kita tidak mahu agama suci ini berdasarkan Al-Quran dan hadis Nabi dipermain-mainkan dengan sewenang-wenangnya,” katanya.

Bagi negeri Perak sendiri katanya, Peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013 diwujudkan sejak 28 Mac 2013 bagi memastikan pendakwah memiliki tauliah sebelum menyampaikan dakwahnya.

“Setiap orang yang datang untuk memberi dakwah dan mengajar di Perak mesti memohon kebenaran daripada Jabatan Mufti Perak dan hanya yang diluluskan akan dibenarkan memberi pembelajaran,” jelasnya.

Katanya lagi, peraturan itu telah diwartakan sebagai satu peraturan enakmen agama Islam supaya tiada kekeliruan timbul.

“Seluruh masjid dan kariah seluruh Perak dinasihatkan supaya tidak menjemput pendakwah yang tidak bertauliah.

“Jika ingin juga berbuat demikian, mereka perlu memohon kebenaran Pejabat Mufti atau melalui pejabat Agama Daerah bagi mendapat kelulusan,” katanya.

Comments

  • Shahrom Abd Wahid

    Saya sokong Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani. Beliau cakap betul. Berkatalah yang benar walau pahit sekali pun, terutamanya hal keagamaan. Islam itu ada 73 cabang? dan satu saja yang betul iaitu yang mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasul. Tanggung jawab kita bersama untuk memastikan jalan yang kita ikuti jalan yang lurus seperti dalam surah Al-Fatehah.
  • Mohd Adam Shah

    Subahanallah.. benarlah..apa yg ku sangkakan selama ini..
  • Ghazali Gabrumeah · Top commenter · Works at TNBD Batu Gajah

    betul kata mufti, contoh ada seorang PU DIPERAK yang sepatutnya masuk pertandingan maharaja lawak,tapi trsilap. tapi bollywood tu gelaran orang yang bagi bukan dia sendiri gelarnya, cuma dia fasih brbahasa urdu, tidak salah kadang2 dia guna bahasa urdu. itu mufti kena faham
  • Demang Lebar · Top commenter

    YA LAH! KADANG RAMAI DIKALANGAN DEMA NI LEBIH TERSERLAH SBG PAK LAWAK DARIPADA PAK USTAZ ,KADANG KADANG SOALAN YG DIKEMUKAKAN SEOLAH OLAH MACAM DAH DIRANCANG,DGN SOALAN SOALAN BERBAUR LUCAH ,DAN TAK MASUK AKAL,

Pemuda DAP Perak Beku Kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS Perak

DAPIPOH: Pemuda DAP Perak membekukan segala bentuk kerjasama dengan Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak berkuatkuasa, semalam.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, ia selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Eksekutif DAP (DAPSY) berhubung perkara berkenaan.

“Selepas mesyuarat pada 19 Mac lalu, Jawatankuasa Negeri DAP Perak dengan sebulat suara memutuskan kita mengecam tindakan UMNO dan PAS Kelantan atas pembentangan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993 (pindaan 2015) di Kelantan pada 18 Mac lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Perak di sini, hari ini.

Ujarnya, pembentangan enakmen tersebut merupakan satu helah politik yang cuba memecah belahkan Pakatan Rakyat.

“Ia berada di luar dasar bersama parti berkenaan dan tidak pernah dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“DAP Perak menganggap pembentangan Enakmen tersebut oleh PAS Kelantan tanpa persetujuan Majlis Presiden Pakatan Rakyat adalah satu penderhakaan dan helah yang sengaja bersubahat dengan UMNO.

“Ia bertujuan meretakkan perpaduan Pakatan Rakyat serta melanjutkan talian hayat kuasa kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini hanya tinggal nyawa-nyawa ikan,” katanya lagi.

Jelasnya, pembekuan kerjasama berkenaan akan berlarutan hingga parti PAS menyelesaikan pertelingkahan dalaman parti itu dalam Muktamar PAS yang akan diadakan pada Jun depan.

Sementara itu, Kor Ming juga berkata, pihak DAP Perak bercadang menganjurkan satu kongres nasional khas DAP bagi mengkaji dan membuat keputusan berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

“Ini termasuk kemungkinan pembentukan ‘Pakatan Rakyat Baru’ demi memenuhi aspirasi rakyat Malaysia berbilang kaum untuk menggantikan rejim BN.

“Ia selaras dengan perjuangan Pakatan Rakyat untuk membentuk Malaysia yang adil, telus bersih dan berpaksikan kepada sistem demokrasi berparlimen,” tambah beliau.

Sebelum ini, Majlis Eksekutif Pemuda DAP (DAPSY) melalui Ketuanya, Teo Kon Seong telah membuat ketetapan untuk membekukan semua bentuk kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS Pusat yang merangkumi semua peringkat di seluruh negara.

Rumah Asnaf & Anak Yatim | Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak | Kajian Pembangunan Tamadun Islam Moden