Hudud: Dewan Rakyat jadi sarkas bila Mahfuz nak paksa Jamil Khir

image_pdf

Alamak… Siapa saja yang tengok gelagat Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dalam sidang Dewan Rakyat petang Khamis tentu rasa macam ‘malu sendiri’.

Inikah contoh orang Islam yang sempurna.Terjerit,memekak,nak tunjuk keras kepala,langgar segala peraturan…dan nak paksa orang.

Semua ini gara-gara nak paksa Menteri Di jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir isytihar pendirian mengenai usul persendirian Hudud yang bakal dibawa oleh PAS di Parlimen.

Mahfuz bukan orang baru dalam Parlimen.Ketua Penerangan PAS ini sepatutnya cukup masak mengenai urusan dan peraturan sidang Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat bukan kedai kopi.Setiap benda kena ikut proses tidak main semberono ikut seleranya sahaja.

Sebaliknya beliau nak tunjuk konon dirimya jaguh soal Hudud tidak kena tempat.

Isunya sekalipun PAS sudah mengemukan notis usul persendirian pada Speaker Dewan Rakyat mengenai Hudud baru-baru ini namun ia belum masok lagi jadual sidang bila akan dibentangkan dan sebagainya.

Lagipun mengikut aturan di Parlimen usul persendirian hanya boleh dibentangkan selepas segala urusan kerajaan beres.

Dari segi prinsipnya memang tidak perlu sesiapapun nyatakan apa-apa sehingga sesuatu usul itu diteliti dulu dan dibentangkan nanti.

Apakah Mahfuz ingat beliau boleh jadi koboi main nak hentak orang cakap ikut kehendaknya.

Sebelum ini Mahfuz sudah beraksi sakan bawa ibu dan adik Sirul Azhar ke Sydney untuk jumpa bekas anggota UTK polis itu yang didapati bersalah bunuh Altantuya di pusat tahanan imigresen di sana.

Entahlah…ada orang cakap itu gimik nak dapat markah politik menjelang pemilihan PAS Jun ini.

Juga dalam politik ada istilah ‘potong di corner’ yakni kena tunjuk kita paling hebat dalam sesuatu isu sekalipun ramai orang lain sudah memperjuangkannya.

Betul ke tidak betul itu kena tanya Mahfuz lah.

Dalam bab Hudud ini,kata orang lojiknya kalau nak tunjuk garang sangat kenapa tidak halakan senapang balon habis-habis para ahli Parlimen PKR dan DAP dari kedua parti rakan sepusat sepusing PAS dalam Dewan Rakyat yang sudah kata secara terbuka tidak akan sokong Hudud.

Kawan dalam selimut tidak berani jentik,sekarang melilau nak salahkan orang lain.

Mungkin sengaja Mahfuz nak buat-buat lupa bahawa 12 Ahli Dewan Undangan UMNO/BN sokong Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Drama Mahfuz ‘meroyan’ berlaku semasa Jamil sedang gulung perbahasan hal-hal berkaitan porfolio agama bawah Jabatan Perdana Menteri .

Gara-gara gelagatnya itu sidang Dewan Rakyat tenggelam bagai sarkas kira-kira 18 minit hingga akhirnya Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said memerintahkan beliau dihalau keluar dewan.

Sebelum membuat keputusan berkenaan Ismail beberapa kali kata beliau cukup faham nawaitu Mahfuz segaja nak suruh beliau halau agar dapat jadi hero.

Malah kalangan Ahli Parlimen BN sendiri berteriak meminta Timbalan Speaker itu jangan halau Mahfuz kerana mendakwa beliau nak jadi hero jika kena tindakan itu.

Mahfuz bagai orang hilang akal terus berdiri buat tidak faham semasa beberapa kali ditegur dan terus mendesak Jamil nyatakan pendirian.

Pada satu peringkat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang jaga urusan Parlimen bangun sambil menyelak jadual mesyuarat dan memberitahu usul persendirian PAS mengenai Hudud belum ada lagi dalam jadual.

Katanya ia mungkin sudah diserahkan pada Speaker Dewan Rakyat tetapi belum masok dalam jadual lagi untuk dibentangkan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat hilang sabar bila Mahfuz terus berdegil malah mendakwa Jamil bacul nak isytihar pendirian kerana takut pada komponen BN lain.

Beliau menegaskan tidak ada mana-mana peraturan yang membolehkan Ahli Parlimen memaksa menteri menjawab.

“Tindakan (halau) ini jangan dijadikan isu di luar dewan selepas ini. Ia dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 42. Yang pertama, tidak mengendahkan nasihat saya supaya duduk diam, lama saya biarkan….selain mengeluarkan perkataan menteri ‘bacul’. Saya dengar perkataan ini terhadap menteri (Jamil Khir).

“Dia (Mahfuz) berdegil tidak menghormati (Timbalan) Speaker dan apabila diminta duduk diam, dia tidak menghiraukan arahan saya dan bukan kerana menteri gagal jawab,” kata Ismail.

Jamil semasa kekecohan sempat menjelaskan kerajaan perlu meneliti rang undang-undang tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Katanya setakat ini belum lihat sendiri pindaan yang diluluskan oleh DUN Kelantan.

Menurut beliau setelah terima ia akan bincangkan secara teliti.

“Di dewan ini kita perlu tunggu dan melihat rang undang-undang untuk kita sokong ataupun tidak…bawa dulu (rang undang-undang) itu,” katanya.- 26/3/2015

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *