NASIB BURUK GENERASI AKIBAT TERLALU TAKSUB POLITIK

image_pdf

belaian tahun baru.jpg mix

MENGULAS GEJALA SOSIAL YANG BERLELUASA

Ramai tertanya-tanya mengapa kami repost beberapa berita tangkapan maksiat BERAMAI RAMAI pagi ini. Sebenarnya kami ingin nampakkan ‘sedikit’ gambaran betapa parahnya anak generasi kita waktu ini.

Sesungguhnya gejala sosial ini sudah tidak kenal siapa lagi. Dari anak sekolah yang melakukannya dalam bilik darjah, di tandas sekolah, di padang permainan, sampailah pelajar IPT yang buat ‘projek’ dalam kereta, di hotel bajet atau diratah sugar dady di hotel mewah. Tidak juga terbatas kepada anak dara sunti dengan mat rempit, malah melibatkan pelaku bergelar isteri dan suami selaku murobbi harapan keluarga.

Yang menjadi tanda tanya ialah mengapa kami kaitkan gejala ini dengan aktiviti berpolitik ?

Sebenarnya kami merujuk kepada GEJALA mabuk politik rakyat Malaysia saat ini. Bukanlah maksud berpolitik itu salah dan akan meninggalkan kesan sebegini, tetapi berlebih-lebihan dalam berpolitik (politicking) yang menyebabkan kita taksub dan mabuk. Itu sudah membawa kita sampai ke tahap lupa diri, lupa tanggungjawab sebagai ketua keluarga, ketua masyarakat dan negara. Banyak yang telah kita korbankan demi politik.

BERPOLITIK itu satu keperluan. Tetapi, politicking itu lebih kepada nafsu dan kehendak yang membunasakan. Dalam sudut sosiology, ia lebih menjurus kepada bergosip dan ia akan mengakibatkan kehancuran sesebuah negara bangsa. Fitnah dan gosip ini memang sangat seronok macam nasi, dan mengasyikkan macam arak bagi mereka yang sudah ketagih dan mabuk.

Semakin hari kita jadi semakin sedih dengan keruntuhan moral dan tatasusila anak bangsa. Lihat sahaja bagaimana masing-masing berdebat melontar hujjah dan saling ejek mengejek di media sosial. Rasa hormat sesama insan sudah hilang sama sekali. Tidak kiralah yang dikata itu apa pangkat, darjat dan usianya. Tahap carut dan makinya nauzubillah…. tak pernah terbayang akhlak bangsa ini akan jadi seteruk ini.

Apabila ada yang mengajak berdamai dan bercadang untuk tidak bertanding dalam PRK Cempaka contohnya, kita lihat bagaimana respon beberapa pemimpin tertentu terhadap hasrat itu. MEREKA dengan angkuh mengeluarkan kenyataan mencabar pihak lawan untuk bertanding. Biarpun pelbagai hujjah yang bernas diberikan, mereka tetap mempolitikkannya untuk mencabar pihak lawan dengan mengejek-ngejek macam budak-budak..

Apa yang kita bimbangkan ialah negara ini bukanlah dalam keadaan yang amat stabil dalam pelbagai segi. Ekonomi menuju kepada krisis, rakyat yang menderita kesan bencana banjir besar masih terkapai-kapai, belum dapat dibantu dengan sempurna. Anak-anak muda pula sedang diratah oleh pemangsa dengan gejala sosial yang luarbiasa teruknya. Bayi-bayi terbuang merata-rata. Anak-anak tidak sah taraf bergelandangan tidak tentu hala.

Allah larang kita berlebih-lebihan dalam semua perkara. Itu perbuatan SYAITAN. Begitu juga dalam politik. Apabila kita terlalu banyak berpolitik, maka ekonomi juga akan lebih merudum. Banyak masa, idea dan modal akan tersalur kepada kerja politik yang tidak berfaedah. Pendidikan, pemantauan ahli keluarga dan masyarakat juga akan berkurangan kerana banyak tumpuan sudah ke arah politik.

Dalam banyakl-banyak kes yang dirujuk kepada kami, banyak sekali yang terdiri dari anak-anak pemimpin politik yang terkenal. Kasihan melihat ibubapa mereka. Di mata masyarakat bukan main lagi mereka berkokok. Sebalik itu anak sendiri diratah mat rempit seawal usia 13 tahun dengan relanya. Lebih malang lagi apabila ibubapa mereka sendiri juga berkhalwat, sang ibu berselingkuh dengan jantan lain sedangkan sang pemimpin masih terus berkokok, SIBUK BERPOLITICKING.

KESIMPULAN dari seruan ini ialah, teruskan usaha perdamaian dan penyatuan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Kekalkan hasrat BN untuk tidak bertanding di Cempaka biar apapun cabaran dan ejekannya. Jangan didengar si macai yang mabuk politik.

Kurangkanlah ketaksuban dalam berpolitik. Biarlah kita lakukannya atas dasar keperluan, bukan atas dasar kehendak nafsu, amarah dan dendam kesumat kita. Mana yang boleh kita elakkan maka elakkanlah. Tumpukan lebih masa kepada pembangunan keluarga, agama, ekonomi dan membina kedaulatan negara.

Semuga MALAYSIA akan lebih terjaga oleh para ibubapa dan pemimpin yang kurang berpoliticking ala mesyuarat tingkap Mak Jenah dan Kak Tipah. amat memualkan sekali. Ejek sana, ejek sini, fitnah sana fitnah sini.

QS: 3. Ali ‘Imran 104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

Ikhlas dari,

WARGA PRIHATIN

http://prihatin.net.my/blog/2015/02/18/valentine-72-dicekup-berkhalwat-termasuk-warga-emas-warga-asing/

http://prihatin.net.my/blog/2015/01/02/maksiat-berkumpulan-tujuh-remaja-dicekup-di-hotel/

http://prihatin.net.my/blog/2015/01/02/maksiat-tahun-baharu-isteri-orang-dan-pelajar-ipt-antara-18-yang-ditahan/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *