PRK DUN CEMPAKA – RAYUAN TERBUKA BUAT YAB PM

image_pdf

00 0 dun cempaka tqRAYUAN TERBUKA BUAT YAB PM

Alhamdulillah rata-rata rakyat dan pemimpin menyambut baik saranan agar BN tidak bertanding di pilihanraya kecil DUN Chempaka. Ini insyaAllah akan menyuburkan lagi keharmonian dan perpaduan yang sudah mula berputik. Warga Prihatin yang amat mengharapkan penyatuan ummah di negara ini benar-benar menjadi realiti ada menjelaskannya dalam artikel khas kelmarin.

http://prihatin.net.my/blog/2015/02/14/syahid-tgna-yang-menghidupkan-jiwa/

Di samping itu, setiap sen wang rakyat yang bakal dibelanjakan oleh jentera pilihanraya dan pihak-pihak yang bertanding dapat diselamatkan. Lebih mulia jika dana peruntukan pilihanraya dari semua pihak ekoran kematian Allahyarham TGNA boleh disalurkan sebagai dana tambahan membantu mangsa banjir yang masih lagi menderita dan terkapai-kapai sampai sekarang.

Terima kasih kepada Tok Pa, Shabery Cheek, para vateran UMNO serta semua pemimpin dan rakyat prihatin yang telah menyokong seruan ini dan berani tampil mengeluarkan kenyataan terbuka biarpun masih bersifat pandangan peribadi. Kalian pemimpin hebat di mata kami.

Kita teruskan doa ini dengan merayu agar YAB Perdana Menteri turut memperkenankan rayuan ini. Janganlah dibuka pintu untuk persengketaan lagi. Kami, ‘the silent majority’ sudah letih dan bosan dengan perbalahan yang berlarutan.

Kita hanya boleh sejahtera dengan agama ini dan Agama hanya tertegak dengan PERPADUAN. Bantulah usaha memupuk perpaduan. “AN AQIMUDDINA WALA TATAFARROQU FIH” (Tegakkanlah agama dan janganlah kalian berpecah belah untuknya) QS:42/13.

Firman Allah: “Jika kamu bantu (Agama) Allah, kelak Allah akan bantu kamu”.

Seruan ikhlas
WARGA PRIHATIN

* * *
BERIKUT ADALAH PETIKAN BEBERAPA KENYATAAN TERBUKA YANG BERKAITAN
15 Februari 2015

TOK PA : TAK PERLU LETAK CALON BN

Harian Metro. KOTA BHARU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed secara peribadi berpendapat, BN tidak perlu meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil ( PRK) DUN Chempaka yang akan diadakan selepas penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meninggal dunia Khamis lalu.

Mustapa berkata, perkara yang perlu diutamakan kini adalah usaha pemulihan pasca banjir di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, itu hanya pendapat peribadinya dan perbincangan lanjut mengenai perkara itu dengan BN negeri akan diadakan dalam masa terdekat

“Saya secara peribadi mungkin kita tidak perlu meletakkan calon sekiranya PRK diadakan tapi perkara ini masih belum dibincangkan kerana masih terlalu awal.

“Kini saya rasa kita perlu tumpukan usaha rapatkan perpaduan dan elakkan perbalahan dalam usaha pulihkan pasca banjir,” katanya.

* * *
SHABERY CHEEK : DUN CHEMPAKA DIPUTUSKAN PIMPINAN BN

Sinar Harian : KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada untuk meletakkan calon pada PRK Dun Chempaka hanya akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi BN, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Dalam konteks di Kelantan masa ini, kita ada pilihan sama ada menjaga rakyat atau mencari wakil rakyat.

“Menjaga rakyat seharusnya menjadi keutamaan apa lagi di sana masih ada beribu orang yang tak selesai dari segi perumahan (untuk mangsa banjir),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama delegasi Pertubuhan Agensi Berita Asia Pasifik (OANA) di sini, malam ini.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia diminta mengulas mengenai pandangan peribadi Pengerusi Umbo Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan kemungkinan BN tidak perlu meletakkan calon pada PRK Dun Chempaka.

Mustapa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Bencana Banjir Negeri Kelantan berkata tumpuan kini perlu diberi kepada kerja pemulihan pasca banjir di Kelantan.

Menurut Shabery untuk mencari wakil rakyat, ia memerlukan perbelanjaan yang besar selain melibatkan tenaga dan masa.

Justeru katanya, segala peruntukan, masa dan tenaga untuk menghadapi PRK itu boleh dialihkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Kelantan. – Bernama

* * *
MUSTAPHA YAAKUB : VETEREN SOKONG TIDAK BERTANDING DI CHEMPAKA

Sinar Harian: SHAH ALAM – Veteran Umno, hari ini menyarankan kepada pucuk pimpinan BN supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam PRK Dun Chempaka bagi memberi laluan percuma kepada Pas untuk menang tanpa bertanding.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata saranan itu dicadangkan bagi membolehkan BN/Umno dan Pas menumpukan kepada kerja-kerja untuk memulih mangsa banjir di Kelantan.

“Langkah itu juga akan menyelamat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis dari perbelanjaan yang besar untuk mengurus dan mengendalikan PRK itu sekiranya diadakan.

“Ia juga mengelak Umno daripada menghabiskan masa dan duit untuk berkempen,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, daripada bertanding di Dun Chempaka adalah lebih baik BN menumpukan gerak kerja di Permatang Pauh.

“Adalah lebih baik bagi BN menumpukan seluruh gerak kerja di PRK Permatang Pauh bagi menawan kerusi itu daripada PKR,” ulasnya.

Dun Chempaka kosong ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Abdul Aziz Nik Mat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *