Bertaubatlah Ibrahim Ali – Jangan jadi BATU API

image_pdf

00 tok him batu api ibrahim-ali-lBERTAUBATLAH TOK HIM

Terkejut dengan kenyataan terkini Ibrahim Ali yang menyanggah cadangan rakyat dan pemimpin yang mahukan BN tidak bertanding di DUN Cempaka. Tanpa pertandingan, suasana akan jadi tenang untuk terus menyuburkan perpaduan ummah, dana, masa dan tenaga rakyat tidak terbazir dengan sia-sia.

Kenyataan brutal beliau yang mendapat kecaman hebat sebaik sahaja kematian Allahyarham TGNA diumumkan masih sukar diterima. Kini beliau tambah lagi dengan satu kenyataan yang bersifat nakal dan jahat.

Untuk Tok Pa, Shabery Cheek dan semua pemimpin dan pihak-pihak yang telah menunjukkan keprihatinan dalam isu ini, kami harap tidak berganjak dan terpengaruh dengan propaganda Ibrahim Ali. Kurang di fahami apa sebenarnya ada di benak fikiran dan ke mana sebenarnya hala tuju beliau.

Kami seru YAB PM dan para pemimpin yang waras agar kekalkan momentum keharmonian dan perpaduan ini. Berpendirian tegaslah untuk suatu kebaikan dan jangan sekali-kali terpengaruh dengan hasutan pengikut dan penyokong yang bersifat kaki kipas dan batu api seperti ini.

http://prihatin.net.my/blog/2015/02/15/prk-dun-cempaka-rayuan-terbuka-buat-yab-pm/

Sesungguhnya seruan rakyat ini dibuat selari dengan seruan ALLAH dan RASUL. Memanglah antara seruan ALLAH yang paling berat untuk kita patuhi ialah seruan untuk BERSATU. Jangan pandang remeh keengganan kita untuk mematuhi seruan ini kerana ALLAH gelarkan keingkaran itu sebagai MUSYRIK.

Lihat surah 42. Asy Syuura 13. “…: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu BERPECAH BELAH tentangnya. AMAT BERAT bagi orang-orang MUSYRIK agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepadaNya orang yang kembali.”

Kepada Tok Him dan sekutu-sekutunya ingatlah, bertaubatlah… Allah nyatakan dalam al-quran bahawa syaitan itu dikenali antaranya melalui sifatnya yang INGKAR arahan dan banyak songeh, suka MEMBAZIR, tidak menerima Islam secara KAFFAH (QS:2/208) dan suka MEMBISIKAN KEJAHATAN ke dada manusia (QS:114/4). Yang paling penting, ALLAH juga kata dalam surah yang sama bahawa Syaitan itu dari kalangan JIN dan MANUSIA. Mungkinkah kita sebahagian dari syaitan itu?

Kami betulkan sedikit tulisan beliau agar mudah anda baca. Tulisan asal agak sukar dibaca kerana banyak tulisan ringkas dan ejaan yang salah. Silalah baca dan nilai sendiri.

* * *

KENYATAAN SAYA PADA UTUSAN APABILA DIMINTA KOMEN KENYATAAN UMNO TIDAK BERTANDING DI PRK DUN CEMPAKA.

Jika UMNO masih lagi sebuah parti politik, maka UMNO mesti bertanding di PRK DUN Cempaka, kecuali UMNO Kelantan sudah jadi NGO. Sebagai parti politik, berilah seribu alasan sekali pun, prinsipnya mesti bertanding.

Alasan memberi tumpuan kepada banjir adalah kelakar sebab kerana banjir besar baru-baru inilah lagi kuat alasan UMNO kena bertanding. Kena pada masanya untuk menyedarkan pengundi, bila datang banjir besar atau mushibah, siapa dan parti mana yang mampu membela dan berkhidmat pada rakyat. Bukankah Berkhidmat itu perkara utama dalam perjuangan politik. Maka PRK di DUN Cempaka, UMNO boleh bukti siapa mampu berkhidmat pada rakyat. Jangan bersifat hipokrit. Baik cakap terus terang, UMNO kelantan tidak bertanding kerana takut kalah, budak pun boleh faham.

Program bantuan banjir boleh diteruskan di tempat banjir terlibat dan PRK terus bertanding. Baru di kata parti UMNO hebat sepanjang zaman. Kalah menang perkara biasa. Arwah TGNK menang DUN Cempaka bukan kerana PAS kuat semata-mata. Iannya kerana pengaruh peribadi arwah TGNK. Sekarang TGNK sudah tiada. Maka UMNO mesti uji PRK DUN Cempaka. Masaalah banjir UMNO selesai. PAS pun beria mahu kerjasama dengan UMNO atas nama banjir. Sebab PAS tak mampu maka serah pada UMNO kerajaan pusat.

Kerjasama untuk perpaduan Melayu atau ummah dengan UMNO, dengan angkuh PAS tolak. Jika nak jumpa dan sekadar bincang pun, muka orang UMNO akan di ludah.

Maka banjir UMNO urus dan kursi dalam Dewan beri pada Pas secara percuma. Baiknya Tok Pa. Apa kata Tok Pa dan UMNO Kelantan dibubar dan semua masuk PAS atau jadi NGO kerana perlu tumpu pada banjir sebab Kelantan ada banjir tiap tahun.

UMNO jadi badan politik kebajikan dan PAS benar-benar parti politik..

Pandangan ikhlas saya – Tok Him.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *