TIPS KESELAMATAN ANAK GADIS UNTUK IBU BAPA

image_pdf
Anak dirogol – ‘Kenapa buat anak saya begini?’
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Berita tragis begini amat memilukan. Demikian juga terlalu banyak berita yang serupa sebelum ini. Tragedi anak hilang dan hanya mayat ditemui seperti kes Nurin Jazlin dan lainnya, juga yang melibatkan 3 orang anak hilang dan ditemui mayatnya di tali air di Kedah sebelum ini masih segar dalam ingatan kita. Banyak lagi kes anak hilang dan langsung gagal dijumpai.

Malanglah jika kita sebagai ibubapa tidak mengambil pelajaran. Allah perintahkan ibubapa agar tidak membiarkan anak dalam keadaan lemah. Allah seru agar jangan berkeliaran. Nabi SAW seru ibubapa agar cemburu dengan keselamatan anak-anak. Tanpa cemburu, kita dipanggil dayus. akibat kita dayus ialah ‘neraka’, sengsara dan dukacita di dunia dan akhirat.

Kami ingin merujuk khusus kepada sikap ibubapa yang ‘mengizinkan’ anak gadis sunti keluar malam biar apapun alasannya. Ada yang malah ‘menyuruh’ anak bersendirian atau ditemani adik yang juga lemah untuk keluar membeli itu dan ini.

Takziah kepada semua mangsa dan keluarga tragedi sebegini. Seruan ikhlas kepada ibubapa lain agar ambillah pelajaran dan jangan diulangi. Dalam gelap semua boleh jadi. Dengan klorofom, sesaat itu juga anak kita sudah tidak sedarkan diri. Itu belum lagi dengan kerelaan anak kita sendiri.

Nasihat tulus untuk anak-anak gadis yang suka berkeliaran dan baru mahu berjinak-jinak dengan ‘pasangan’.

Ketahuilah, lelaki sekarang tidak akan fikir panjang. Mereka akan ragut apa yang ‘anda ada’ apabila ada peluang. Ya mereka tidak perduli. Janganlah sesekali ‘menyerah diri’ sebelum dinikahi. Sekali anda ‘kehilangan’, anda bakal merana seumur hidup.

Kepada anak-anak lelaki yang sudah ‘terlanjur’, bertaubatlah. Dosa berzina terlalu berat. Hukumannya hampir membawa ‘mati’, seperti kita tidak layak hidup kerananya.
Sementara itu beringatlah. Anda juga ada adik kakak. Bakal ada anak dan isteri. Apa perasaan anda jika mereka diperlakukan begitu oleh orang lain?
Ulasan berasbab
WARGA PRIHATIN
* * *
 
  • Kes jenayah

RANTAU PANJANG – “Mengapa buat anak saya begini,” kata seorang ibu tunggal di sini, selepas anak perempuannya ditemui dalam keadaan keletihan di tandas Stadium Mini Pasir Mas, jam 9 malam semalam.

Ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Has, 33, berkata, anak perempuannya yang berusia 14 tahun didapati hilang selepas keluar jam 9 malam Rabu lalu, untuk ke kedai fotostat yang terletak kurang 10 meter dari rumah.

Has yang bekerja membuat kuih-muih berkata, dia berusaha mencari anak sulung dari tiga beradik itu, di sekitar kampung serta meminta bantuan daripada jiran dan saudara.

“Alhamdulillah, dia berjaya ditemui namun berada dalam keadaan keletihan kerana didapati tidak makan sejak hampir tiga hari lalu.

“Dia masih terkejut dan trauma dengan keadaan yang menimpa. Sepatah saya tanya, sepatah dia jawab,” katanya.

Menurutnya, dia memohon pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan jenayah terhadap anaknya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan seorang pelajar berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan anak daripada ibu mangsa pada jam 12 tengah hari Khamis lalu, kemudian sekali lagi membuat laporan polis mendakwa anaknya dirogol pada jam 4.49 pagi sehari kemudian.

“Pemeriksaan ujian air kencing pada remaja lelaki berkenaan didapati negatif dadah dan kami masih menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan pelajar perempuan berkenaan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengesahan Pengguna *

Rumah Asnaf & Anak Yatim | Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak | Kajian Pembangunan Tamadun Islam Moden