image_pdf

Antara aktivis pembangunan ummah dengan NATO dan OIC – Kenyataan Datuk Adnan Hashim C.I.C.

Antara aktivis pembangunan ummah dengan NATO dan OIC – Kenyataan Datuk Adnan Hashim C.I.C.

KE ARAH CENTRE OF EXCELLENCE – CIC

KE ARAH CENTRE OF EXCELLENCE – CIC

Punca sebenar anak kena ikat pengasuh

anak kena ikatPunca Sebenar Kanak-Kanak Diikat Tangan Dan Kaki Didedahkan

Seorang ibu sering tertanya-tanya tentang anaknya berusia tiga tahun yang kerap lapar dan tidak bermaya setiap kali diambil daripada pengasuh.

Gerak hatinya kemudian mendorongnya membuat pemeriksaan mengejut di rumah pengasuh terbabit di Flat Taman Seri Pinang dekat Sungai Puyu di sini, semalam.

Namun, alangkah luluh hatinya apabila melihat anak yang dikasihinya itu terbaring dalam kea­daan kedua-dua tangannya diikat dengan tali pinggang ke belakang manakala kedua-dua kakinya diikat menggunakan tali.

Lebih menyedihkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang merupakan anak pengasuh terbabit sedang mengawasi anaknya itu.

Menurut ibu kanak-kanak tersebut, Nalita Ahmad, 38, dia yang bekerja kilang menghantar anaknya ke rumah pengasuh berusia 39 tahun itu sejak Jun tahun lalu dan tiada masalah berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

“Selepas menghantar anak ke rumah pengasuh pukul 5.30 pagi semalam, saya terus ke tempat kerja sebelum tergerak hati ke rumah pengasuh itu pada pukul 10 pagi. Alangkah terkejutnya apabila saya dapati anak saya dalam kea­daan terikat.

“Saya kemudian meminta bantuan jiran terdekat untuk melepaskan ikatan anaknya kerana ketika kejadian pengasuh tiada di rumah. Saya difahamkan, anak saya diperbuat sedemikian kerana nakal,” ujarnya di sini, hari ini.

Nalita memberitahu, sehubu­ngan itu, dia membuat laporan di balai polis berhampiran kira-kira pukul 11.40 pagi semalam kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pengasuh terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pengasuh terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bekas penuntut UIA tahanan kes amuk melarikan diri dari hospital

Muhdalena lari dari hospital

Muhdalena Ahmad

JOHOR BAHRU: Wanita yang pernah didakwa terbabit dengan kejadian amuk di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM), Muhdalena Ahmad, 30, dipercayai melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pagi tadi.

Muhdalena yang diperintahkan ditahan di Hospital Permai, Tampoi, di sini oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya, Jun lalu itu dikatakan dimasukkan ke HSA kerana bersalin kelmarin.

Bagaimanapun, Muhdalena didapati tiada di katil hospital berkenaan kira-kira jam 9 pagi tadi selepas dikatakan memberi alasan untuk keluar ke tandas.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan dalam satu kejadian amuk dua tahun lalu. Mahkamah mendapati tertuduh mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian dan memerintahkannya ditahan dengan selamat di Hospital Permai Tampoi sementara menunggu diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Muhdalena yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menghadapi empat pertuduhan berhubung kejadian amuk bersama seorang lelaki di Kompleks B, JPM, Presint 1 di Putrajaya, pada jam 2.30 petang, 9 Julai 2012.

Remaja yatim piatu lari rumah sehelai sepinggang terpengaruh kawan

Termakan pujukan rakan

Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Pujukan rakan sebaya dipercayai menjadi punca seorang remaja perempuan yang juga pelajar cemerlang, Nor Fatin Abdul Halil, 16, melarikan diri dari rumah sejak 21 Mei lalu.

Difahamkan remaja terbabit meninggalkan rumah didiami di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan, Perak, sehelai sepinggang tanpa membawa pakaian dan MyKad.

Bapa saudara remaja terbabit, Mohd Suhaimi Mohd Ismail, 35, berkata, kehilangan Nor Fatin disedari oleh bapanya ketika dia mahu mengejutkan anak saudaranya itu untuk ke sekolah sekitar jam 6 pagi.

Menurutnya, bapanya bagaimanapun terkejut apabila mendapati Nor Fatin tidak berada di dalam bilik itu.

“Lebih menghairankan apabila pakaian dan Mykad miliknya anak saudara itu langsung tidak diusik.

Susulan itu kami segera membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan, Perak.

“Kami sekeluarga kemudian berusaha mencari Nor Fatin termasuk bertanya kepada rakan-rakan sekolahnya.

Puas kami mencarinya termasuk dan mencari di rumah saudara-mara serta rakan-rakannya tetapi gagal,” katanya.

Dia berkata, kehilangan remaja itu turut menimbulkan tanda tanya kepada guru sekolah tempat anak saudaranya belajar.

“Guru sekolah itu memberitahu Nor Fatin adalah seorang pelajar yang cemerlang, rajin belajar serta tidak mempunyai masalah disiplin.

FotoNOR Fatin

Pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mengesannya namun menemui jalan buntu.

“Ada rakan-rakan memberitahu pernah ternampak Nor Fatin di Seremban dan ada juga yang mendakwa pernah melihat di Melaka bersama seorang remaja lelaki.
Mereka cuba untuk mengejarnya tetapi gagal,” ujarnya.

Suhaimi berkata, mereka sekeluarga sangat bimbang terhadap keselamatan anak saudaranya itu lebih-lebih lagi Nor Fatin adalah anak yatim piatu selepas kehilangan ibu dan bapanya sejak tiga tahun lalu.

“Sesiapa yang menjumpai Nor Fatin diminta supaya menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

– See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles

Wanita cuba kahwin anggota kumpulan IS didakwa

Wanita cuba kahwin anggota kumpulan IS didakwa

SEPANG: Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba menjadi anggota kumpulan militan digelar Negara Islam (IS).

Ummi Khalsom Bahok, 25, didakwa cuba memberi sokongan kepada IS dengan mengambil penerbangan pesawat Airasia dari klia2, Sepang ke Brunei dan Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota kumpulan itu, Aqif Huessin Rahaiza.

Ummi Khalsom, seorang penolong pegawai kredit yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Pelepasan Antarabangsa, klia2, pada pukul 5.20 pagi, 5 Oktober 2014.

Bagi kesalahan itu, Ummi Khalsom didakwa mengikut Seksyen 130J9(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.

Ia memperuntuk hukuman penjara tidak lebih daripada setengah daripada tempoh hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Ummi Khalsom turut didakwa atas tuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan pesawat AirAsia dari klia2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.

Kesalahan itu dituduh dilakukan pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 Nov untuk sebutan bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Aizatul Akmal tidak membenarkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan tidak memperuntukkan tertuduh dijamin dan akan ditahan sementara menunggu perbicaraan selesai.

Sepanjang prosiding, Ummi Khalsom yang bertudung labuh dan berjubah hitam kelihatan tenang dan mengangguk sebagai tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Sharuddin Wan Ladin. – BERNAMA

Penjawat awam dicekup khalwat isteri orang

Khalwat isteri orang

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Seorang penjawat awam dicekup berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini, malam kelmarin.

Mereka dicekup berkhalwat kira-kira jam 12 tengah malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam Ops Bersih.

Lelaki lingkungan 30-an yang mempunyai isteri dan seorang anak berusia empat tahun itu berasal dari Pendang dan dipercayai baru bertukar kerja dari Sabah ke negeri ini sejak sebulan lalu.

Difahamkan, lelaki terbabit dipercayai baru mengenali wanita berusia 25 tahun itu yang bekerja di sebuah salun rambut di bandar raya ini.

FotoANGGOTA penguat kuasa JAIK mengambil keterangan sebelum pasangan dibawa ke pejabat agama.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, berkata operasi itu disertai 25 anggota penguat kuasa JAIK yang tertumpu di sekitar bandar raya ini dalam usaha membanteras kegiatan maksiat di negeri ini.
Beliau berkata, ketika membuat pemeriksaan di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini mendapati sebuah bilik berkunci dari dalam.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam hampir 10 minit, seorang wanita yang berpakaian lengkap kemudian membuka dan membenarkan pemeriksaan dalam bilik itu.

– See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Khalwatisteriorang/Article#sthash.OmsiSBpx.dpuf

Ikat anak – Ibu mangsa buat pemeriksaan mengejut

Ibu mangsa buat pemeriksaan mengejut

Butterworth: Mahkamah Majistret di sini, semalam, menetapkan 5 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pengasuh wanita, Nor Faezah Said, 39, yang didakwa mengikat tangan dan kaki seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun Selasa lalu.

Tertuduh pada awalnya mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kali pertama, tetapi selepas dibacakan kali kedua, tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menolak pengakuan pertama tertuduh.

Majistret Muhammad Firdaus membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut kertas pertuduhan, Nor Faezah dituduh melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah beralamat Blok A-8-19, Flet Seri Pinang, di sini, pada jam 10 pagi, Selasa lalu, ketika sebagai penjaga kanak-kanak terbabit.

Dia didakwa mendedahkan kanak-kanak itu yang berada dalam jagaannya kepada kecederaan fizikal dan emosi dengan mengikat tangan dan kakinya menggunakan tali dan tali pinggang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5790#sthash.aj6cAi7o.dpuf

 

Mayat bayi di tong sampah berbau harum

Mayat bayi berbau wangi

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

azimfitri@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: “Bayi itu berbau harum meskipun mayatnya ditutupi sampah-sarap. Saya segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu,” kata seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium mewah di Taman Melati di sini, yang menemui mayat bayi lelaki di dalam tong sampah.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Santa, 40-an, hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan penghuni kediaman mewah itu.

Menurutnya, penghuni terbabit terserempak mayat bayi lelaki itu ketika mahu membuang bungkusan sampah di dalam tong itu.

“Saya segera membuka tong sampah itu sebelum menemui mayat bayi yang baru dilahirkan.

“Anehnya saya tidak menghidu bau busuk sebaik pembuka tong sampah itu dibuka. Sebaliknya mayat bayi itu berbau harum walaupun sudah mati dalam tempoh lebih 24 jam,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:09 AM

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4886#sthash.mPKlz23r.dpuf