image_pdf

PAS VS PASMA – ISLAM SEMAKIN BERSATU ATAU BERPECAH?

PAS VS PASMA – ISLAM SEMAKIN BERSATU ATAU BERPECAH?

PasMA bukan ‘Projek Langgar Hadi’

PasMA bukan ‘Projek Langgar Hadi’ – Phahrolrazi [TONTON VIDEO]
Pada 09-09-2014 01:09
Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

Post Pic

KUALA LUMPUR: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pertubuhan bukan kerajaan itu bukan kesinambungan terhadap ‘Projek Langgar Hadi’ yang heboh diperkatakan pada Jun lalu.
Presidennya Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi ketika menjadi panel di dalam forum ‘PAS campur Umno: Ke mana hala tuju?’ yang diadakan malam tadi turut menolak dakwaan penubuhan PasMA bertujuan mengubah barisan kepimpinan parti Islam itu pada pemilihan akan datang.
“Saya menolak dakwaan bahawa PasMA bertujuan ‘langgar presiden’, untuk jatuhkan beliau. Itu bukan kerja kita. Kita kerja bukan nak pergi mengundi dalam muktamar PAS, kecuali orang itu jadi perwakilan.
“Jatuh bangun presiden dan jawatankuasa adalah kerja perwakilan muktamar PAS. Bukan kerja NGO. Orang luar tidak boleh buat apa-apa, terpulang kepada perwakilan.
“Kami tidak bekerja untuk menentukan kepimpinan PAS, PKR dan DAP. Itu hak perwakilan,” katanya dalam forum itu.
Phahrolrazi dalam pada itu mengakui tindakan PAS akhir-akhir ini tidak menunjukkan mereka mahu terus bersama PR.
Ia dapat dilihat melalui ketidakbersamaan mereka dalam beberapa isu semasa, termasuklah konflik menamakan calon Menteri Besar Selangor.
“Kadang-kala kita melihat penegasan yang dibuat PAS kita akan sentiasa bersama Pakatan tetapi dalam tindakan kita rasa tidak berapa jelas.
“Memang kita tidak boleh nafikan dalam konteks persaingan mesti ada agenda Umno untuk melemahkan PR. Kita tidak boleh nafi. Ini persaingan dalam politik. Mesti ada jarum yang masuk ke dalam PAS dan mungkin sudah ada orang dalam PAS yang sudah mula terpengaruh,” katanya lagi.
Bagaimanapun, ujar Phahrolrazi, PAS akan menghadapi kesukaran sekiranya ia mengambil pendirian untuk keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat.
Ia disifatkan akan memberi kelebihan kepada Umno kerana rakyat sudah kehilangan gabungan alternatif.
“Kita tidak mahu PR runtuh akhirnya kita kembali kepada zaman 1950-an, 1960-an, 1970-an di mana hanya satu parti saja menguasai dan rakyat tidak ada pilihan. Adakah kita bersedia untuk kembali ke zaman itu.
“Politik yang sihat adalah politik di mana rakyat berpeluang membuat pilihan dan mereka yang diberi kuasa hendaklah bersedia dan ingat rakyat akan membuat pilihan dan menukar kerajaan,” katanya.
Beliau kemudiannya mahu PAS terus kekal bersama PKR dan DAP dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat.
PasMA yang pada mulanya ditubuhkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan berkemungkinan akan menjurus menjadi sebuah parti politik.
Ia rentetan langkah drastik PAS menamakan salah seorang ADUN-nya sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu sekali gus memberi tamparan hebat kepada PKR yang sebelum ini beria-ia mahukan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat ke jawatan itu.
PKR dan DAP dikhabarkan akan menjadikan PasMA sebagai alternatif di dalam Pakatan Rakyat setelah kecewa dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut mahukan ahli partinya dicalonkan bagi jawatan kerusi panas itu.


ALL SYSTEMS GO FOR PASMA:

Pas committing suicide by working with UMNO

 

PAS members who are “eager” to work with Umno will have their political careers in the Islamic party cut short, and history attests to this, PAS central committee member Mujahid Yusof Rawa said yesterday.

Speaking at a forum organised by the newly formed NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Mujahid categorically stated that PAS officially has no intention to work with Umno, despite widespread suggestions otherwise.

“I don’t deny there are forces from Umno who are trying to cause a split within PAS itself. But history shows that those who are trying to work with Umno would have their careers in PAS ended,” he told a hall packed to the brim at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese assembly hall.

Pro-Pakatan: Will reject S’gor MB post

PasMa is an NGO made up mostly of PAS members who want to ensure PAS stays with Pakatan Rakyat.

About 500 people, mainly from Pakatan parties, attended the forum, with some sitting on the floor to listen to panelists talk.

The forum marked the launch of a new movement within PAS that is clearly unhappy with the conduct of the party’s president Abdul Hadi Awang and other conservative leaders.

Hadi was previously reported to have tried to entice PKR deputy president Azmin Ali to be Selangor Menteri Besar and form a unity government in Selangor with Umno.

Mujahid, however, stressed that many “assumptions” have been made about the party and pleaded to the crowd that only its official stand should be counted.

“We had decided in the central committee meeting, for example, that we will reject the MB’s post if offered. Please listen to our official stand,” Mujahid said.

The Parit Buntar MP stated that “no one is infallible” and “the central committee cannot be undermined” despite repeated questioning from the floor on Hadi’s open defiance of the central committee decision by originally sending a list of only PAS members to the Selangor palace.

Palace action is ‘deviant’ from consistent practice

Meanwhile, constitutional expert Abdul Aziz Bari, who also sat on the panel at the PASMa forum, expressed his worry that if the Selangor palace continues to interfere in the process of choosing a new MB, there might be “no remedy.”

“You cannot bring this to court. What the palace is doing is deviant from the consistent practice,” he said.

Abdul Aziz, warned that if the palace opts for an MB who does not hold a majority in the state assembly, it could stand to face “embarrassment” if the appointed MB is voted out in a vote of no confidence.

“It would be an embarrassment to the palace. The sultan would then need to re-appoint the MB,” Abdul Aziz said.

No confidence vote but will the Palace care?

Abdul Aziz has done extensive research and written books on the Malaysian constitution before actively joining politics.

The other member of the panel for the night was PasMa president Phahrolazi Zawawi, a PAS assemblyperson in Kedah.

Phahrolazi stressed that at the moment, PasMa does not intend to be a political party and would remain as a NGO.

“PAS is saying that it remains committed to Pakatan Rakyat, but at the moment we are not seeing enough action to back this up,” he said.

State leaders identified, it’s all systems GO!

PasMa said that it had identified all the state leaders for every state arm as the movement gathers momentum, and the first liaison office is to be launched in Pahang.

The launch will ironically take place in Temerloh, Pahang, whose MP is PAS’ Nasruddin Hassan, a vocal supporter of Hadi. – Mkini

BUNGA TELUR & BUNGA RAMPAI – HIASAN & BUAH TANGAN MAJLIS PERKAHWINAN MELAYU ‘KLASIK’

BAIK BURUKNYA KEPUTUSAN MEMINDAHKAN MAKAM RASULULLAH

BAIK BURUKNYA KEPUTUSAN MEMINDAHKAN MAKAM RASULULLAH

Arab Saudi rancang pindah makam Nabi Muhammad SAW?

Arab Saudi rancang pindah makam Nabi Muhammad SAW?

Masjid Nabawi di Madinah yang menempatkan makam Nabi Muhammad SAW. – AGENSI

RIYADH 2 Sept. – Arab Saudi dilaporkan sedang merancang untuk memindahkan makam Nabi Muhammad SAW dari Masjid Nabawi bagi mengelak kawasan itu daripada menjadi tapak pemujaan, satu tindakan yang bakal menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.

Bagaimanapun, difahamkan, rancangan itu masih belum mendapat persetujuan daripada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang merupakan penjaga dan penyelia Masjid Nabawi yang menempatkan makam tersebut.

Menurut laman web Independent, dokumen setebal 61 muka surat itu sedang diedarkan dalam kalangan penyelia tapak itu semalam, yang mencadangkan bahawa jasad Nabi Muhammad SAW dipindahkan ke tanah perkuburan al-Baqi yang terletak berhampiran Masjid Nabawi.

Lokasi baharu makam Nabi Muhammad SAW tidak akan didedahkan dan tidak akan ditandakan.

Cadangan itu timbul selepas beberapa orang ulama khuatir kunjungan ke makam itu akan bertukar kepada aktiviti pemujaan yang merupakan perbuatan syirik dalam Islam.

Pengarah Yayasan Penyelidikan Warisan Islam, Dr Irfan al-Alawi berkata, satu-satunya cara untuk untuk menghentikan kunjungan orang ramai ke tapak itu adalah memindahkan makam tersebut.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini menegaskan bahawa mereka menjaga pembangunan kawasan-kawasan suci umat Islam di negara itu dengan penuh serius.

Bagaimanapun timbul kebimbangan rancangan itu dipercayai bermula daripada pergerakan pembaharuan dikenali Wahabi, yang dilihat boleh memecahbelahkan umat Islam di mana pengikut fahaman Sunnah dan Syiah dijangka akan menentangnya,

“Saya pasti penganut Islam di seluruh dunia akan terkejut dengan pendedahan ini. Ia akan menimbulkan kemarahan mereka,” kata Irfan. – AGENSI

Kelebihan Kota Suci Madinah

Kelebihan Kota Suci Madinah

on Thursday, April 25, 2013

kelebihankotasucimadinah


Banyak hadis Rasullulah saw yang menyebut tentang kelebihan Madinah dan buminya, kelebihan tinggal dan beramal di dalamnya, juga larang-larang daripada melakukan kejahatan di dalamnya. Di sini akan di sebutkan beberapa hadis mengenai serta beberapa hukum yang berkaitan dengannya, semoga ia dapat menjadi renungan dan panduan kepada semua. 

1- Rasullulah Saw Menjadikan Madinah Sebagai Tanah Haram dan berdoa untuk keberkatan ahlinya 

Maksudnya: 
“Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim as berdoa untuk Mekah.” 

Menurut riwayat yang lain : “Ya Allah, jadikanlah berkat Madinah dua kali ganda daripada berkat yang Engkau jadikan bagi Mekah.” (Hadis Bukhari No.2129,1885.Sahih Muslim No.1360,1369)

Hukum Haram Madinah 


Menurut Jumhur ulama’ (Imam Maliki,Syafie dan Ahmad) haram menangkap binatang perburuan dan memotong pokok-pokok yang tumbuh di Madinah . Ini berdasarkan hadis : 

Maksudnya : “…dan aku mengharamkan Madinah di antara dua tanah hitamnya , jangan dipotong pokoknya dan jangan ditangkap bintang perburuannya.” (Hadis Muslim No.1362)

Sesiapa yang melakukannya hendaklah meminta ampun dan bersitighfar bertaubat kepada Allah dan tidak dikenakan sebarang denda ke atas mereka. 

Namun menurut pendapat Ibnu Abi Zi’b,Ibnu Abi Laila dan Ibnu Al-Munzir; dikenakan denda ke atas mereka seperti denda membunuh perburuan atau memotong pokok di tanah haram Mekkah. 

Pendapat qadim (lama) Imam Syafie dan satu riwayat dari Imam Ahmad pula hukuman ke atas mereka yang melakukannya ialah salab: diambil semua barang yang ada bersamanya kecuali pakaian yang menutupi auratnya sahaja. (Imam Nawawi,Syarah Sahih Muslim 9/134-139 Al Hafiz Ibnu Hajar)

2- Amaran atau Ancaman Melakukan Kezaliman atau Maksiat di Madinah. 

Maksudnya: “Madinah adalah tanah haram , letaknya di antara Bukit E’ir dan Bukit Thur, sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) di dalamnya, maka ke atasnya laknat Allah ,Malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan baiknya samada yang wajib atau sunat tidak diterima  oleh Allah daripada pada hari kiamat” (Sahih Al-Bukhari No.6755,1870,Sahih Muslim No.1370) .

3- Kelebihan Bersabar Menanggung Kesusahan Yang Dihadapi Di Madinah .

Maksudnya : “Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya”.(Sahih Muslim No.1378)

4- Kelebihan Mati Di Madinah 

Maksudnya : “Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya , sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah .” (Dr.Ar-Rifa’i ,Al-Ahadith Al-Waridah Fi Fadhail madinah ms.264)

Mafhum hadis ini, sesiapa yang boleh tinggal di Madinah sampai mati janganlah keluar darinya, demikianlah juga kalau boleh berdoa biar Allah matikan di Madinah seperti doa Saidina Umar bin Al-Khattab ra. : 

“Ya Allah rezekikan daku agar mati syahid di jalan Engkau dan jadikan kematianku di negeri rasul Engkau saw. 

5- Kelebihan Belajar Di Masjid Nabawi . 

Maksudnya : “Sesiapa yang memasuki masjid kami untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah , dan sesiapa yang masuk dengan tujuan lain adalah umpama orang yang melihat kecantikan barang orang lain.”
(Fadhail Madinah ms 510,Al-Albani , Sahih Al-Jami’ As-Soghir No.6184, ahih Sunan Ibnu Majah No.184)

6- Madinah Terpelihara Daripada Ancaman Dajjal dan Wabak Taun ; 

Maksudnya : “Di setiap pintu Madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan dajjal daripada menyerang Madinah.”(Sahih Al-Bukhari No.1890) 

7- Madinah Sebagai Tapak Iman .

Maksudnya :”Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaiman ular kembali ke lubangnya.”(Sahih Al-Bukhari No.1876,Sahih Muslim No.147) 

8- Kelebihan Bersolat Di Masjid Nabawi. 

Maksudnya : “Pahala sembahyang di Masjid ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di masjid Masjidil Haram.(Sahih Al-Bukhari No.1190,Sahih Muslim No.1394) 
Juhmur Ulama berpendapat : “Semua bangunan tambahan selepas zaman Rasullulah saw adalah termasuk dalam “Masjidku”. Ini bermakna sesiapa yang bersolat di mana-mana bahagian tersebut tetap akan mendapat ganjaran seribu kali ganda.” 

9- Kelebihan Bersolat 40 Solat Di Masjid Nabawi 

Makudnya : “Sesiapa bersolat 40 waktu solat (mengerjakan solat 5 waktu berjemaah selam 8 hari berturut-turut) di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun , maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka , keselamatan daripada azabnya dan terlepas daripada bahaya nifaq.” 

Hadis ini dipertikaikan kesahihnya kerana salah seorang daripada perawinya “Nubait bin Umar” dianggap dhaif (lemah) . 

Walaupun begitu , perlu diingatkan kepada sesiapa yang berkesempatan , hendaklah mengerjakan solat di majid Nabawi dengan sebanyak mungkin , kerana sebagaimana yang telah disebutkan bahawa satu solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada seribu solat di masjid-masjid lain kecuali Masjidil Haram. Solat di  Masjidil Haram Mekah menyamai seratus ribu (100,000) solat. 

Syeikh ‘Atiyyah ra berkata : Hadis yang menggalakkan bersolat 40 waktu solat di Masjid Nabawi mungkin untuk membiasakan diri dengan solat berjemaah dan beramal soleh yang akan menjadikan dirinya sentiasa terikat dengan masjid. Lebih-lebih lagi jemaah yang datang jauh , semoga selepas pulang ke tempat asal akan istiqamah dengan ibadat solat berjemaah ini. Sekiranya setelah mendapat latihan ini tapi kembali seperti sebelumnya , tidak menunaikan solat dengan baik atau tidak berjemaah maka ini adalah satu kerugian yang besar .  (Tafsir (tatimmah) Adwa’ Al-Bayan 8/574) . 
Sehubungan dengan ini Imam Abu Isa At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Anas ra. 

Maksudnya : “Sesiapa mengerjakan solat berjemaah selama 40 hari dengan sempat bertakbir pertama (takbiratul Ihram), maka ditulis untuknya dua kelepasan; keselamatan daripada api neraka dan terlepas daripada bahaya nifaq .” (Sunan At-Tirmizi 2/7 No.241,Sahih Sunan At-Tirmizi No.200) 

Dan banyak lagi hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan Madinah. Untuk penjelasan yang lebih tentang kelebihan Madinah , pembaca di sarankan untuk merujuk kitab Al-Hadis Al Ardahatu Fi Fadilal Madinah . 

Sumber : 

Buku “Kelebihan Kota Suci Madinah” 
Halaman 4-11

MAS & ARAK – APABILA SYARIAH SUDAH DIPOLITIKKAN

MAS & ARAK – APABILA SYARIAH SUDAH DIPOLITIKKAN

 

PROJEK MERDEKA – TAK SEMPAT PAKAI SELUAR DALAM SEBELUM LOMPAT KELUAR

PROJEK MERDEKA – TAK SEMPAT PAKAI SELUAR DALAM SEBELUM LOMPAT KELUAR

 khalwat tak sempat pakai underwear - terjun

on Sunday, August 31, 2014

Sungai Petani: Gara-gara mahu melarikan diri, sepasang kekasih cedera selepas terjatuh daripada bumbung sebuah hotel bajet di Padang Temusu, di sini, dalam Ops Ambang Merdeka yang dijalankan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM), semalam.

Dalam serbuan jam 1.30 pagi, sepasukan anggota penguat kuasa PADKM yang membuat pemeriksaan di hotel berkenaan mendapati salah satu biliknya berkunci dari dalam.

Pegawai PADKM, Syeikh Alwi Othman berkata, anggota penguatkuasa mengetuk pintu bilik berkenaan beberapa kali, namun tiada jawapan.

“Bagaimanapun, anggota penguat kuasa terdengar bunyi seperti objek besar jatuh dari belakang hotel itu. Sebaik pintu bilik dipecahkan, anggota PADKM mendapati tingkap bilik terbuka dan menemui beg pakaian di atas tilam serta dua helai seluar dalam tersangkut di sebalik pintu.

“Pemeriksaan di luar bilik mendapati wujud satu lubang dari bumbung belakang sebuah kedai di tepi hotel itu. Namun, selepas hampir setengah jam memeriksa, anggota penguat kuasa menemui pasangan terbabit bersembunyi di atas siling bumbung kedai itu.

“Pasangan berkenaan terkejut dan tidak sempat memakai seluar dalam sebelum melompat keluar melalui tingkap belakang hotel terbabit,” katanya selepas mengetuai operasi berkenaan, kelmarin.

Beliau berkata, remaja perempuan itu yang berusia 17 tahun adalah pelajar berasal dari Tawar, Baling manakala teman lelakinya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menetap di Kuala Ketil.

“Hasil soal siasat mendapati pasangan terbabit mengaku menyewa hotel itu dengan bayaran RM70 selepas pulang meraikan malam Ambang Merdeka di Pantai Merdeka.