image_pdf

INDAHNYA PENYATUAN, BILA DEBAT BERGANTI SYURO

INDAHNYA PENYATUAN, BILA DEBAT BERGANTI SYURO

INDAHNYA PENYATUAN, BILA DEBAT BERGANTI SYURO

INDAHNYA PENYATUAN, BILA DEBAT BERGANTI SYUROAlhamdulillah.. kami adalah antara banyak golongan marhaen yang amat gembira dan bersyukur melihat penyatuan hati dan suara semua Ahli Parlimen dalam sidang khas hari ini. Ia BERTEPATAN dengan apa yang kami utarakan serta mendapat sokongan seluruh pembaca, iaitu agar kita bersatu dan melupakan soal perbezaan ideologi politik, agama dan bangsa dalam menghadapi ancaman terhadap negara ini.http://prihatin.net.my/v3/2014/07/21/tragedi-mh17-satu-isyarat-besar-untuk-kita-bersatu/Admin mengikuti keseluruhan perbahasan di Dewan Parlimen yang disiarkan secara langsung hari ini.Buat julung kali menikmati suasana syuro, bukan suasana debat sepertimana biasa. Sepanjang persidangan suasana syuro jelas terzahir. Tiada jerit pekik dan bangkang membangkang sepertimana biasanya kecuali satu ketika bilamana YB Rafizi (PKR) bertegang urat apabila disentuh tentang tweet beliau yang menuduh kerajaan menggunakan wang rakyat untuk merasuah pihak terbabit dengan tragedi ini. Beliau naik berang kerana tweet itu dikatakan palsu dan akan membuat lapuran polis.Seluruh ahli Dewan kelihatan memberikan pelbagai ulasan dan saranan tambahan dari segi teknikal dan tektikal termasuk bab perundangan demi memperkukuhkan lagi usul yang dibentangkan oleh YAB PM. Inilah salah satu HIKMAH di sebalik tragedi MH17. Perpecahan watan negara dapat disatukan semula hati dan suaranya, sama sama mencari jalan dan HUKUM yang wajar dalam menghadapi musibah ini. Pihak pengurusan dan kakitangan MAS juga tidak kurangnya mengambil pelajaran dari kedua dua tragedi MH17 dan MH370 ini. Semuga banyak koreksi diri dan pembaikan dapat dilakukan selepas ini untuk membangunkan semula MAS samada secara financial maupun moral.Alangkah baiknya jika kemanisan amalan syuro yang murni, penyatuan hati dan suara para pemimpin negara ini dapat diteruskan agar negara boleh dibina dengan lebih baik dan rakyat boleh hidup aman sejahtera. Jika ini boleh terjadi, kami yakin para mangsa tragedi MH17 yang dikatakan syahid akhirat itu berhak bahkan kita doakan agar menerima ganjaran tambahan atas pengorbanan dan syahid mereka, diampuni segala dosa dan dilimpahi rahmat di alam sana. Jadikanlah tragedi ini sebagai asbab untuk kita bersatu semula.Kita ucap tahniah kepada YAB Perdana Menteri atas kejayaan negosiasi ini dan berdoa agar urusan selanjutnya dipermudahkan dan kita berjaya menuntut apa yang menjadi HAK kepada rakyat dan negara kita.Kita juga ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada YAB Perdana Menteri kita. Semuga beliau tabah dan dilimpahi hidayah dan keberanian dalam mewakili kita menghadapi apa sahaja cabaran yang melanda negara.Nota Kesyukuran,WARGA PRIHATINwww.prihatin.net.my

Posted by Warga Prihatin on 23hb Julai 2014

NAJIB GETS RARE PRAISE FROM KIT SIANG OVER MH17 BREAKTHROUGH

NAJIB GETS RARE PRAISE FROM KIT SIANG OVER MH17 BREAKTHROUGH

BILA MARHAEN YANG ‘GILA’ BERTEMU ORANG ‘GILA’ – TUDUNG NUR ALIA

BILA MARHAEN YANG ‘GILA’ BERTEMU ORANG ‘GILA’

TRAGEDI MH17 SATU ‘ISYARAT BESAR’ UNTUK KITA BERSATU

PEMBERONTAK AMBIL 196 MAYAT MANGSA MH17 – KITA DIBULI

PEMBERONTAK AMBIL 196 MAYAT MANGSA MH17 – KITA DIBULI

SAYA BERUNTUNG MASIH SEMPAT LIHAT AYAH IBU SEBELUM MEREKA MENINGGAL, TAPI DIA?

SAYA BERUNTUNG MASIH SEMPAT LIHAT AYAH IBU SEBELUM MEREKA MENINGGAL, TAPI DIA?

News Reporter On Air Exposing the killings of civilian by Israel

News Reporter On Air Exposing the killings of civilian by Israel

Pendirian Amerika terhadap konflik Israel dan Palestine yang sebenar benarnya.

Pendirian Amerika terhadap konflik Israel dan Palestine yang sebenar benarnya.

JIKA INI BENAR, KAMI ADALAH ANTARA GOLONGAN YANG PALING GEMBIRA & BERSYUKUR