image_pdf

ISLAM TIDAK LAGI BOLEH DIBANGUNKAN DENGAN NANYIAN, SYAIR, KATA-KATA & TEPUK SORAK SAHAJA

Kompilasi Kenangan Bersama arwah Ibu, ayah dan abang – satu perkongsian

Luahan hati anak derhaka – iringan guitar penuh syahdu

Luahan hati anak yang ditinggalkan ibu – Kisah benar

Mengenang Ibu Melakui Lagu – BDB

SAJAK IBU – 2 MINIT YANG MENGUNDANG TANGISAN PILU

SEJARAH KEJATUHAN MELAKA – FENOMENA ‘VACUM OF POWER’ BERULANG

Video “Hari Ibu” Prihatin Tersiar di TV1

ANCAMAN HUDUD – SULTAN BRUNEI BERTEGAS & PULANGKAN PAKU BUAH KERAS

Posting yang Yahudi tidak gemar – sudah dibuang oleh FB

00 sekolah dibomSUDAH TERANG LAGI BERSULUH

Kekejaman Regim Bashar al-Assad ini sudah tiada maafnya lagi. Islam tidak mengajar kekejaman sebegini rupa. Tidak kira rumah ibadat, sekolah habis dibom semuanya. Anak kecil, wanita mengandung, orang tua semua menjadi mangsa.

Perhatikan gambar yang menceritakan seribu kepiluan hasil kekejaman yang telah dilakukan. Ini hanya sebahagian kecil dari berita sadis dan menyayat hati yang kita terima. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Di mana perginya peranan PBB? OIC? pejuang hak asasi manusia?
Di mana jiran tetangga? ke mana perginya pula hazanah alam yang Allah kurnia? Bukankah negara Timur Tengah ini kaya raya belaka?

Masih kaburkah dengan kekejaman SYIAH? 

Ayuh gandakan usaha. Teruskan berdoa, tambahkan aura doa melalui zikir yang mendalam untuk tragedi ummat ini. Allah mendengar dan Insyaallah akan hadir kuderat Allah yang ghaib dengan aura doa kita. Sekurang-kurangnya lebih ramai manusia akan ikut merasa keperitan ini dan turut memberikan seruan yang sama.

Tadaruskan… bacakan… iqra’ berulang-ulang tanpa jemu.

Tafakkurkan.. Jangan sekali-kali berhenti. Fikir-fikirkan sentiasa, 

Taddaburkan.. masing-masing uruskan, anjurkan sesuatu untuk membantu..

Tabayyunkan.. Buktikan keprihatinan kita.. laksanakan apa saja bantuan yang termampu sebagai bukti sokongan kita.

Yang ada FB dan blog gunakanlah, sebarkan, buktikan kita simpati. Kita ajak dunia menyedari tragedi ini. Yang ada suara dan kuasa, suarakan, berikan tekanan kepada makhluk bernama Bashar al-Dajjal ini.

Jangan cari dan tunggu lagi datangnya Dajal yang bermata satu pada zahirnya. Kerana Al-Masih Dajjal itu adalah satu bentuk kepercayaan.. tugasnya menanam fitnah, doktrin salah yang membuat kita mempercayainya… ya, SATU MATA itu ialah mereka yang memandang dengan sebelah mata melihat kekejaman dan kebodohan ajaran ini.

Kita yang di sini juga harus ambil perhatian dan berjaga-jaga. Jika tubuh badan sendiri pun Syiah ajarkan untuk di pukul dan dikelar, inikan pula tubuh badan orang lain. Anda masih fikir ini ajaran Islam? Bagaimana masih ada yang ‘sudi’ dan ‘tergamak’ mengakui kebenaran dan memperjuangkannya? MasyaAllah…

Lihat wajah Basyar.. wajah ganas dan penuh selera untuk membunuh (wajah hitler sebagai perbandingan) Kaji dan teliti siapa rakan karibnya.. perhatikan ucapan dan tindaktanduknya.. 

Lihat siapa isteri Bashar dan bagaimana pemakaiannya. Jatuh bangun, betul salah, kuat lemahnya seorang pemimpin itu juga dapat di lihat atau dipengaruhi oleh perwatakan dan peranan isterinya.

Ada pemimpin yang sebenarnya teruk, namun penampilan dan peranan isteri ‘menyelamatkannya’. Ada pemimpin yang berpotensi, namun perangai anak isteri ‘membuatkan dia dibenci’.

Jika pemimpin bicara soal Islam, namun begitu gaya isterinya… nilaikanlah sendiri… Ayuh masing masing muhasabah diri. Lepas itu mari sama-sama islahkan diri.

IQRA – KUDAP PETANG AHAD
Warga Prihatin

 

P/S:

POSTING ASAL DI FB SUDAH DIPADAM SEBAIK SAJA MENCECAH SEJUTA VIEW PADA BEBERAPA JAM PERTAMA. INI PERTANDA MEREKA SEDAR AKAN KEKEJAMAN INI DAN SENGAJA MAHU MENUTUPINYA.

Syiah – ajaran sesat yang bertahan paling lama

1syiahPerbuatan menyeksakan diri oleh pengikut Syiah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

Justeru ketika menilai sesuatu pegangan dan aliran mestilah daripada perspektif ilmu agar tidak terpedaya dengan syaitan. Sememangnya jika dilihat dari sudut luaran, golongan Syiah agak ke hadapan daripada pelbagai sudut seperti ketenteraan, disiplin, penampilan dan sebagainya.

Apatah lagi setelah berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang menyerlahkan lagi kewibawaan Iran mendokong dan menyebar fahaman Syiah, namun semua itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk terus menerima pegangan dan aliran mereka.

Banyak golongan dan ajaran sesat yang berjaya menzahirkan penampilan hebat, namun akhirnya apabila ditimbang dari sudut ilmu, amat mengecewakan bahkan termasuk dalam ajaran yang menyeleweng. Jika persepsi menjadi ukuran, sudah tentu masyarakat akan mudah terikut dengan akidah dan pegangan orang Jepun.

Melalui kajian ilmu, didapati Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu’tadilah (Zaidiyah).

SYIAH RAFIDAH atau IMAMIYAH merupakan golongan yang paling dominan dan berkembang dalam dunia pada hari ini. Mereka merupakan majoriti Syiah yang mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas. Ali telah menaskan imamah anaknya Hassan manakala Hassan telah menaskan imamah saudaranya Hussein.

IMAMAH itu berpindah dengan nas kepada anak-anak Hussein sehinggalah kepada Muhammad bin Hassan al-Askari yang pada pendapat mereka dia ghaib semasa kecil dan akan muncul sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman dengan membawa kebenaran dan keadilan.

Mereka dikenali dengan Syiah Imamiyah kerana pegangan mereka kepada 12 imam yang dianggap sebagai maksum, yakni bebas daripada segala dosa dan kesalahan.

Mereka ini juga dinamakan golongan RAFIDAH kerana mereka menolak imamah Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman Affan dengan hujah bahawa Nabi Muhammad SAW mewasiatkan kepada Ali sebagai khalifah selepasnya.

Namun wasiat ini pada dakwaan Syiah telah diketepikan oleh kebanyakan sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW. Oleh yang demikian mereka mengkafirkan para sahabat Nabi SAW termasuk sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan selainnya.

Jelasnya, Syiah bukanlah suatu ajaran yang boleh diikuti, bahkan ia merupakan ajaran sesat yang diasaskan oleh seorang Yahudi dari Yemen yang bernama Abdullah bin Saba’.

Dia merupakan bangsa Yahudi yang digelar Ibnu Sauda’, berpura-pura memeluk Islam, pandai mengada-adakan cerita palsu dan bijak menipu orang.

Setelah Abdullah bin Saba’ memeluk Islam secara berpura-pura, dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajipan melantik Ali sebagai Imam dan menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali, bahkan mengkafirkan mereka.

Bermula dari sinilah, dapat dilihat dengan jelas bahawa ajaran Syiah Rafidah terpengaruh dengan agama Yahudi. Syiah merupakan ajaran sesat yang paling lama dapat bertahan sehingga ke hari ini. Mereka yang terpedaya dengan ajaran Syiah telah terperangkap dengan tipu daya syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat Islam daripada persada kebenaran.

SYIAH DAN AL-QURAN

Syiah tidak menganggap kitab suci al-Quran adalah kitab yang terpelihara. Bahkan mereka beranggapan telah berlaku penyelewengan pada ayat-ayat al-Quran.

Buktinya adalah nas yang dikemukakan oleh al-Kulaini iaitu ulama hadis Syiah dalam kitab hadisnya al-Kafi dengan menyatakan bahawa: “Daripada Hisham bin Salim, daripada Abi Abdillah, a.s berkata, al-Quran yang didatangkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad SAW adalah sebanyak 17,000 ayat”.

Mereka beranggapan al-Quran yang ada pada umat Islam hari ini masih tidak sempurna kerana ayat al-Quran yang ada hanya berjumlah 6,236 ayat sahaja, sedangkan mereka beranggapan bahawa al-Quran sebenar iaitu yang dikenali sebagai mushaf Fatimah mengandungi 17,000 ayat.

Ini bermakna dua pertiga ayat al-Quran sudah diselewengkan. Pegangan Syiah ini jelas sesat kerana Allah SWT telah menjamin kesucian al-Quran. Kitab suci itu terpelihara sehingga hari kiamat, tidak akan berlaku penyelewengan terhadap al-Quran walau satu huruf sekalipun. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Allah juga berfirman dalam Surah Fussilat ayat 41-42 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap al-Quran ketika sampainya kepada mereka, sedang al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

SYIAH DAN HADIS

Golongan Syiah menolak hadis-hadis yang terdapat dalam sahih Bukhari, sahih Muslim, sunan al-Tirmidzi dan kitab-kitab hadis ahli sunah yang lain. Mereka menolak mentah-mentah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW.

Bagi mereka, kitab hadis yang menjadi pegangan mereka ialah al-Kafi tulisan al-Kulaini, yang diriwayatkan daripada Imam Maksum.

Mereka juga menganggap para sahabat menjadi kufur dan murtad setelah kewafatan Rasulullah SAW. Al-Kulaini yang dianggap oleh golongan Syiah setaraf dengan Imam Bukhari meriwayatkan bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah SAW kecuali tiga orang daripada mereka iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.

Ini jelas menunjukkan kebiadaban puak Syiah kerana perbuatan mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad SAW sedangkan para sahabat mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda. Secara tidak langsungnya, puak Syiah juga telah memperkecilkan serta menghina Rasulullah SAW.

Golongan Syiah juga mengatakan bahawa para isteri Rasulullah SAW Saidatina Aisyah dan Saidatina Hafsah sebagai munafik dan kafir. Mereka mendatangkan riwayat palsu yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Rasulullah SAW sehingga mengakibatkan kewafatan baginda.

SYIAH DAN TAQIYAH

Sebenarnya konsep taqiyah itu ialah konsep yang berasaskan kepada perbuatan berdusta, berbohong dan berpura-pura. Konsep ini telah dijadikan asas oleh golongan Syiah dalam memartabatkan keimanan mereka kepada Allah SWT.

Disebabkan sikap taqiyah ini, para ulama tidak mahu menerima riwayat yang dibawa oleh golongan Syiah ekoran pembohongan yang dilakukan oleh mereka.

Ajaran Syiah itu sendiri sebenarnya ditegakkan di atas dasar taqiyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitab beliau al-Kafi: “Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah”.

WARGA POLIS & WARGA PRIHATIN

MAYAT BAYI DI TANGKI TANDAS

SARANAN PENYATUAN: RUMUSAN PERJUMPAAN BERSAMA YAB PM

Jangan berhenti berdoa agar Sultan Brunei terus cekal menghadapi cabaran